The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

esample Top Class Bahasa Melayu Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TOP CLASS 2021, 2020-11-09 18:40:18

esample Top Class Bahasa Melayu Tingkatan 4

esample Top Class Bahasa Melayu Tingkatan 4

  Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei

I Pendapat / Perbincangan / Ulasan

Model Karangan Domain : Awam

Lima negara ASEAN mencapai kata sepakat meningkatkan kerjasama menangani pencemaran
jerebu merentas sempadan secara berkesan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Jerebu
Merentas Sempadan.
Menurut Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam
satu kenyataan, hari ini, komitmen itu dimeterai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
Kementerian Sub-Wilayah (MSC) Ke-21 di Brunei.
Katanya, lima buah negara ahli MSC itu juga bersetuju mempertingkatkan kerjasama
untuk menangani jerebu rentas sempadan.
Sumber : Berita Harian, Jerebu, 5 Negara ASEAN Sepakat untuk Mengatasi Jerebu,

Muhammad Nasarudin Parzi, 8 Ogos 2019.

Petikan akhbar di atas menyatakan usaha-usaha negara ASEAN untuk menangani Jerebu
masalah jerebu yang kerap berlaku di rantau ini. Nasional
Huraikan kesan-kesan jerebu dan langkah-langkah untuk menanganinya.
INFO

Perkasa Karangan

Dalam menghadapi realiti baharu dunia yang semakin pantas 1. Karangan jenis perbincangan,

bergerak, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan berita pendapat, atau ulasan menghendaki
peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan- anda membincangkan tajuk yang
kawasan bandar utama menyebabkan berlakunya jerebu. diberikan dengan memberikan
hujah-hujah.

Fenomena jerebu yang saban tahun melanda negara kita 2. Karangan jenis ini bersifat pro
dan kontra. Oleh itu, anda perlu
menimbulkan pelbagai impak negatif sama ada dari segi memastikan sama ada anda perlu
ekonomi atau sosial kepada masyarakat. memberikan hujah daripada satu

Kesan utama jerebu ialah kualiti udara negara kita pihak atau daripada kedua-dua
akan terjejas. Udara negara kita yang azalinya bersifat segar pihak.
dan bersih tercemar oleh partikel-partikel debu dan asap.
Hal ini telah menyebabkan jarak penglihatan mendatar 3. Ketika menyatakan hujah, anda
yang dahulunya sejauh dua kilometer menjadi 50 meter dikehendaki memberikan huraian,
sahaja. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2019, negara kita contoh, dan alasan yang kukuh
bagi menguatkan pendapat anda.
Huraian anda haruslah benar, logik,
dan menepati kehendak soalan.

dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kerana 4. Karangan jenis ini tidak terikat oleh

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Putrajaya dan Pelabuhan sebarang format.

Klang mencecah 400 buat kali pertama di Malaysia sehingga

darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut. Natijahnya, segala aktiviti luar tidak

dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan, dan kilang terpaksa ditutup operasinya

dalam tempoh tertentu. Hal ini sudah tentu mengganggu kelancaran aktiviti harian masyarakat

setempat.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 44

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei 

Fenomena jerebu juga telah menjejaskan kesihatan

rakyat. Akibat jerebu, golongan kanak-kanak dan warga tua • realiti – keadaan yang nyata,
mudah mengalami masalah kesihatan. Keadaan ini berlaku hakikat

kerana partikel habuk yang memasuki badan seseorang akan • darurat – keadaan yang
menyebabkan badannya menjadi lemah serta merendahkan mencemaskan (biasanya yang
ketahanan badannya. Oleh hal yang demikian, penyakit- berlaku dengan tiba-tiba)

• merebak – menular; tersebar

penyakit seperti selesema dan batuk akan mudah merebak. merata-rata
Malahan, pesakit-pesakit asma dan pesakit yang menghadapi • kritikal – menunjukkan atau
masalah berkaitan dengan pernafasan mudah diserang
mungkin menimbulkan krisis
• kolektif – bersama-sama atau

penyakit. Bagi orang yang tidak menghadapi masalah beramai-ramai sebagai suatu
kesihatan, jerebu boleh menyebabkan mereka menghadapi kumpulan

masalah kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata, dan

sebagainya. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk mendapatkan

rawatan di klinik atau di hospital bagi mengelakkan penyakit ini menjadi semakin teruk.

Selain itu, fenomena jerebu juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Banyak aktiviti
ekonomi terpaksa dihentikan akibat jerebu. Dalam aspek pelancongan, fenomena jerebu yang
kritikal di negara kita menyebabkan banyak tempahan bilik hotel dan lawatan ke destinasi
pelancongan dibatalkan oleh pelancong asing. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mahu
menanggung risiko kesihatan apabila datang ke negara kita. Pembatalan ini sudah tentu
menjejaskan sumber pendapatan rakyat yang terlibat dalam aktiviti pelancongan seperti
pemilik hotel, pengusaha pengangkutan, pengusaha kraf tangan, dan pengusaha makanan.

Oleh yang demikian, fenomena jerebu tidak harus dipandang ringan kerana kesannya
yang sangat kritikal terhadap kesejahteraan masyarakat dan kelangsungan ekonomi negara.
Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menangani isu ini agar tidak berterusan pada
masa hadapan. Langkah utama untuk menanganinya ialah negara-negara di Asia Tenggara
haruslah bekerjasama bagi mengatasi jerebu yang berlaku di sesebuah negara. Sebagai contoh,
apabila jerebu berlaku di Indonesia akibat kebakaran hutan, negara-negara jiran haruslah
sanggup menyingsing lengan untuk menghulurkan bantuan bagi memadamkan kebakaran
tersebut. Apabila kerjasama dapat dibentuk, usaha untuk memulihkan fenomena jerebu
menjadi lebih pantas, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita
tidak harus membiarkan sesebuah negara bertarung secara bersendirian untuk memadamkan
kebakaran hutan dan pada masa yang sama menyalahkan mereka sebagai punca berlakunya
jerebu.

Dalam pada itu, negara-negara ASEAN haruslah menguatkuasakan undang-undang
pembakaran terbuka bagi mengelakkan pihak tertentu secara sewenang-wenangnya melakukan
pembakaran terbuka berskala tinggi untuk menjimatkan kos operasi mereka. Undang-undang
tersebut haruslah tegas dan keras kerana kesannya yang bersifat serantau dan menimbulkan
pelbagai gejala negatif. Kerjasama dalam penggubalan undang-undang berkaitan dengan alam
sekitar perlu dilakukan agar undang-undang dan bentuknya seragam dalam kalangan negara
ASEAN.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
jerebu. Masalah jerebu akan mudah ditangani sekiranya dilakukan secara kolektif. Jika tidak,
masalah jerebu ini akan menjadi mimpi ngeri yang berlaku saban tahun.

45 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei

Praktis SPM 9

Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Kerjaya

SEJARAH hitam tercatat dalam diari bola sepak Malaysia apabila skuad negara buat pertama
kali tewas kepada Kemboja dengan jaringan 1-3 pada temasya Sukan SEA ke-30 sekali gus skuad
negara gagal ke separuh akhir hari ini.
Dalam perlawanan terakhir kumpulan A di Stadium Memorial Rizal di sini, skuad bawah 22
tahun (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee turun dengan misi wajib menang tetapi gagal
menunjukkan semangat juang yang diperlukan serta memperagakan aksi hambar.
Malah kekalahan di tangan Kemboja itu turut menyambung detik malang Malaysia pada
temasya dwitahunan itu apabila dimalukan oleh Filipina 0-1 pada saingan peringkat kumpulan
sebelum ini.

Sumber : Berita Harian, Sukan SEA, Sejarah Hitam Bola Sepak di Sukan SEA Kemboja,
4 Disember 2019.

Petikan di atas menyatakan sebahagian prestasi sukan negara kita.
Bincangkan faktor-faktor prestasi sukan di negara kita belum mencapai tahap yang membanggakan rakyat.

Soalan 2 Domain : Awam

Faktor pembangunan yang tidak terkawal dikenal pasti sebagai punca yang menyebabkan
kejadian tanah runtuh kerap berlaku di negara kita. Kita masih ingat tragedi tanah runtuh di
Highlands Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Kita sudah tentu tidak mahu sejarah
hitam itu berulang lagi.
Usaha mengekang tragedi ini daripada berulang haruslah dilakukan secara proaktif dan
menyeluruh. Pembangunan haruslah mematuhi dasar terhadap kesan alam sekitar yang melalui
proses kelulusan yang ketat. Di samping itu, usaha menyelanggara kawasan berisiko haruslah
dilakukan secara berterusan.

Sumber : Berita Harian Online, Tanah Runtuh,
Pembangunan tidak terkawal kawasan cerun punca tanah runtuh,

Shaarani Ismail, 21 Oktober 2018.

Petikan di atas menyatakan sebahagian isu berkaitan dengan tanah runtuh.
Bincangkan kesan-kesan tanah runtuh kepada masyarakat dan negara.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 46

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei 

J Gambaran / Keperihalan / Cerita

Perkasa Karangan

1. Karangan jenis ini tidak mempunyai format penulisan yang khusus, tetapi mestilah mengandungi pendahuluan, isi-isi,
dan penutup.

2. Anda dihendaki menceritakan sesuatu peristiwa yang anda lihat, alami, atau rasai berdasarkan pengalaman sendiri
ataupun imaginasi.

3. Umumnya, karangan jenis ini memerihalkan pengalaman, peristiwa, keadaan, perasaan, perwatakan, dan sebagainya.
Dengan itu, anda boleh menggambarkan perkara-perkara itu berbentuk kenyataan atau rekaan.

4. Karangan jenis ini memerlukan kekuatan daya imaginasi, pengetahuan yang luas, dan penggunaan kata-kata yang
kreatif agar cerita yang ditulis menjadi menarik.

Praktis SPM 10

Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Pendidikan

Industri buku mempunyai hubungan sangat rapat dengan amalan membaca. Amalan membaca
yang sihat dan dirangsang suasana positif, akan menyemarakkan industri ini. Kajian Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) menunjukkan rakyat Malaysia membaca 15 judul buku setahun.
Apabila kita melihat angka penerbitan buku Malaysia pula, apakah jumlah penerbitan
baharu positif? Jumlah penerbitan baharu pada 2017 sebanyak 17,213 judul. Ini bermakna terbitan
2017 turun sebanyak 2,379 judul berbanding 19,592 judul pada 2016.
Penganjuran Pesta Buku perlu disemarakkan lagi bagi merancakkan minat membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia.

Sumber : Berita Harian Online, Pesta Buku, Reformasi Segera Industri Buku Malaysia,
Ishak Hamzah, 23 Mei 2018.

Petikan di atas menyatakan sebahagian daripada kepentingan pesta buku.
Anda mengikut keluarga anda ke Pameran Buku Antarabangsa.
Gambarkan pengalaman anda sepanjang menyaksikan pameran tersebut.
Soalan 2 Domain : Pendidikan

Ibu bapa perlu memanfaatkan sepenuhnya peranan mereka menerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik
khususnya di luar bandar.
Menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang jika sekolah-sekolah di luar bandar
mahu mencapai kecemerlangan terutama dalam bidang akademik, semangat kerjasama semua
pihak amat dititikberatkan khususnya ibu bapa dan guru menerusi PIBG.
  “Gemblengan tenaga dan usaha-usaha yang berterusan oleh pihak sekolah, diyakini dapat
melonjakkan nama sekolah untuk setanding dengan sekolah lain dalam era digital dan dunia
tanpa sempadan ini,” ujar beliau.

Sumber : Utusan Borneo, Peranan PIBG, Ibu bapa perlu manfaat peranan PIBG bantu sekolah,
3 Feb 2020.

47 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei

Petikan di atas menyatakan sebahagian daripada peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) sekolah.
PIBG sekolah anda telah menganjurkan Hari Keluarga. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu.
Gambarkan keadaan dan suasana sepanjang program itu.

K Peribahasa / Cogan Kata
Perkasa Karangan

1. Karangan peribahasa meliputi simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, dan kata-kata hikmat.
2. Karangan peribahasa menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang diberikan sama ada dalam teknik

huraian ataupun teknik cerita.
3. Sekiranya tajuk soalan menghendaki anda menulis cerita, maka isi cerita yang ditulis mestilah benar-benar dapat

menjelaskan maksud peribahasa dan berisi dengan pengajaran. Cerita yang ditulis itu boleh berdasarkan imaginasi
atau pengalaman anda sendiri.
4. Sekiranya teknik huraian yang anda pilih, anda harus menjelaskan maksud peribahasa serta mengaitkan peribahasa
itu dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Praktis SPM 11

Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Kerjaya

Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang
dek panas. Peribahasa dikatakan wujud sama waktu dengan wujudnya bahasa dan peradaban
sesuatu bangsa.
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid mengenai peribahasa sangat membimbangkan
guru kerana peribahasa merupakan warisan negara. Martabatnya harus dijaga setaraf dengan
kita memelihara kedudukan pantun, syair, gurindam, seloka, teromba dan warisan-warisan
lain dalam masyarakat kita.
Kita bimbang jika generasi muda sekarang tidak tahu apakah itu peribahasa. Sememangnya
kerajaan dan pihak NGO telah merancang dan menjalankan pelbagai usaha untuk mempromosi
dan mengekalkan kelangsungan warisan negara ini, tetapi pada pandangan saya, semua usaha
ini haruslah berakar tunjang di bangku sekolah lagi.

Sumber : Seminar Pedagogi Kali Ke-8, Peribahasa,
Penguasaan Peribahasa Dan Makna Menggunakan Pisatum: Satu Kajian Tindakan,

Muhd Ridzuan Mad Nasir, September 2017.

Petikan di atas tentang peranan peribahasa yang besar kesannya terhadap pembentukan semangat untuk
mencapai kejayaan.
Berdasarkan maksud salah satu peribahasa di atas, tulis sebuah cerpen yang menggambarkan kepayaan
seseorang sebelum dirinya mencapai kejayaan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 48

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei 

Soalan 2 Domain : Awam

Sistem pendidikan negara yang ada sekarang masih kurang berjaya untuk menerapkan tahap
celik budaya dalam kalangan generasi muda antara kaum sehingga berlakunya kerenggangan
perpaduan nasional. Demikian pandangan Presiden MAPIM,  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, polarisasi antara kaum bermula dari bangku sekolah dan natijahnya ialah semangat
kekitaan dan perpaduan semakin lusuh.
“Walhal, peribahasa kita ada menyarankan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Amalan kerjasama ini mampu membentuk masyarakat yang bersatu padu. “

Sumber : Suara Sarawak, Mapim: Perpaduan Kaum, Perpaduan Nasional Semakin Longgar,
Muhammad Zikri Shahbudin, 16 April 2017.

Petikan di atas menyatakan peribahasa yang menunjukkan amalan kerjasama dan muafakat dalam masyarakat.
Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis sebuah karangan tentang kepentingan amalan kerjasama dan muafakat
dalam masyarakat.

L Karangan Berunsurkan Sastera

Model Karangan Domain : Awam

Paparan dan penyebaran pelbagai ilmu dalam apa-apa jua bahasa di mayapada ini melalui
media elektronik begitu berleluasa kini. Hal ini tidak terkecuali karya sastera. Satu-satunya
majalah sastera elektronik berbahasa Melayu di dunia, iaitu eSastera.com (http://esastera.
com) yang muncul sejak 2002 yang diasaskan oleh Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Bin Wan
Abas.
Di ruang eSastera.com, para penulis bebas berkarya, menulis entri di blog untuk bacaan
khalayak siber, menulis karya kreatif; sajak, puisi Melayu tradisional, pantun dan ulasan serta
kritikan sastera.

Sumber : www.esasteravaganza.com. Sastera Siber, Biodata Penulis
Irwan bin abu Bakar, 19 Jun 2020.

Petikan di atas menerangkan usaha untuk menyebarluas karya sastera agar mendapat tempat di hati masyarakat.
Anda ingin menulis rencana untuk meyatakan pandangan anda tentang perkara tersebut untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah anda.

49 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang Perkasa Karangan

diberi­kan perhatian oleh negara kita. Oleh hal yang demikian, 1. Penulisan mestilah berdasarkan
kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk format jenis karangan yang
menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. diminta sama ada penulisan
Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk memberikan skrip drama, cerpen, ulasan,
penjelasan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi pendapat, perbincangan, atau
maklumat. Malahan, sejumlah peruntukan yang besar telah sebagainya.
dilaburkan untuk tujuan tersebut. Berdas­arkan usaha dan
iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang 2. Patuhilah format karangan yang
berformat khusus.

teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar,
khususnya dalam menyebarluaskan produk sastera yang
selama ini dipandang dingin oleh masyarakat.
• iltizam – semangat
Teknologi maklumat mampu untuk dijadikan wahana • wahana – alat atau tempat
oleh para penulis untuk memperdagangkan karya mereka • konvensional – cara lama
secara lebih mudah dan pantas. Hal ini demikian kerana, • mapan – konsisten
terdapat sesetengah masyarakat yang sukar untuk membeli • tersohor – terkenal
karya sastera secara konvensional. Malahan, harga • input – maklumat baharu

bahan sastera yang dijual secara cetak jauh lebih mahal
berbanding dengan karya sastera itu diterbitkan secara digital mahupun melalui Internet.
Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat membolehkan pembeli karya sastera hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk membeli karya sastera yang diingini oleh mereka.

Di samping itu, para pembeli dapat melihat dan mengenal penulis melalui laman blog
sebelum membeli produk tersebut. Malahan, penulis-penulis terkenal pada masa ini, seperti
Shamsuddin Othman dan Maniyamin Ibrahim mempunyai blog sendiri. Menerusi blog penulis
ini, bakal pembeli bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan penulis yang diminati oleh
mereka, malahan urusan penjualan dan pembelian karya sastera dapat dilakukan secara terus
dengan penulis tanpa perlu melalui orang tengah. Oleh itu, harga produk sastera juga dapat
dikurangkan kerana kosnya menjadi murah berbanding dengan cara yang lama. Tuntasnya,
dengan hanya memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan
Internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat tentang hasil karya penulis yang diingini.

Selain itu, teknologi maklumat juga dapat meningkatkan mutu karya sastera kerana
penulis-penulis dapat berkongsi maklumat dan pengalaman untuk menghasilkan karya yang
terbaik. Dalam hal ini, penulis-penulis mapan dapat menggunakan saluran teknologi maklumat
untuk menurunkan ilmu dan kepakaran mereka kepada penulis baharu. Sebagai contohnya,
penulis tersohor, iaitu Faisal Tehrani mewujudkan laman blognya bagi memberikan input
penulisan kepada penulis muda. Input-input ini penting supaya penulis baharu dapat
menggunakannya demi memastikan karya yang dihasilkan dapat memikat pembaca. Malahan,
kewujudan blog seperti ini dapat menjadi wahana untuk membincangkan ciri-ciri karya
terbaik untuk dipersembahkan kepada pembaca yang semakin tinggi cita rasanya.

Belakangan ini, kita semakin terdedah kepada novel Islamiah yang kebanyakannya
diimport dari negara jiran, iaitu Indonesia. Antara novel yang popular ialah “Ayat-Ayat
Cinta” dan “Ketika Cinta Bertasbih”. Kejayaan novel Islamiah ini membuktikan bahawa dunia
penulisan negara kita memerlukan penulis yang mampu untuk membangunkan jiwa nurani
pembaca mengikut acuan Islam. Hal ini demikian kerana, novel yang bersifat cinta murahan
dan menggalakkan pergaulan bebas sudah tidak dapat diterima oleh khayalak pembaca.
Teknologi maklumat seharusnya digunakan oleh penulis muda untuk melontarkan penulisan
mereka agar dapat dikupas dan dimantapkan oleh sasterawan mapan mahupun pembaca
yang jujur dalam memberikan kritikan. Hal ini sangat penting supaya penulis muda mampu
untuk mencapai tahap kematangan dalam berkarya. Yang menariknya, kritikan tersebut dapat
diterima dalam masa yang pantas daripada pelbagai pihak. Penulis muda pula harus melihat
kritikan itu secara positif dan berusaha untuk meningkatkan mutu karya mereka berdasarkan
kritikan tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 50

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei 

Kesimpulannya, teknologi maklumat yang sedang berkembang dengan pesat yang
menawarkan perkhidmatan pantas dan tanpa sempadan itu harus dimanfaatkan oleh semua
penggiat dan penggemar sastera untuk menyemarakkan dunia sastera tanah air. Dengan
hal yang demikian, dunia sastera tanah air terus dapat dipertahankan walaupun menerima
cabaran akibat minat membaca yang semakin menurun dalam kalangan pembaca pada masa
ini. Kesungguhan semua pihak amat penting agar dunia sastera tanah air dapat dimartabatkan
semula ke arah membina insan pembaca yang berakhlak dan bersahsiah tinggi sebagai modal
insan ke arah membentuk kemajuan negara.

Praktis SPM 12

Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1 Domain : Peribadi

Ramai peminat drama memberitahu bahawa mereka kini sudah bosan dengan industri seni
tempatan kerana sering menghasilkan skrip dan jalan cerita sesebuah drama yang terlalu klies.
Kebanyakan skrip dan jalan cerita drama kini terlalu biasa dan klise sehingga tiada cabaran
untuk penonton memahami cerita tersebut. Mesej yang dibawa juga bersifat biasa-biasa.
Oleh itu, ramai peminat drama beralih kepada menonton teater kerana pementasan teater
lebih kreatif dan menuntut daya fikir yang tinggi dalam kalangan penonton.

Sumber; Mynewshub, Drama Tempatan,
Peminat Bosan dengan Drama kini, 10 Ogos 2017.

Petikan di atas menyatakan sebahagian kritikan masyarakat terhadap mutu drama tempatan.
Anda juga kurang berpuas hati dengan mutu skrip beberapa buah drama tempatan. Anda ingin menulis rencana
kepada sebuah syarikat akhbar tentang perkara tersebut.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Soalan 2 Domain : Awam

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu
pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa.
Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa
penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh
itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Pantun bukanlah
adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina.

Sumber: www.retibahasa.com Puisi Tradisional Melayu, Fungsi Pantun dalam
Masyarakat Melayu Tradisional Muhammad Khairi Ariffin, 22 September 2010.

Petikan di atas menyatakan antara keunikan yang terkandung dalam puisi Melayu lama.
Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta untuk mewawancara seorang tokoh puisi
tradisional tempatan mengenai cara mempopularkan puisi Melayu lama semula.
Tulis wawancara itu selengkapnya.

51 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Jawapan

TE TE Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kemahiran Membaca
TE
MA Isi tersurat
1. Menjana pendapatan sampingan.
1 Merealisasikan Impian 2. Tidak memerlukan modal yang besar.
3. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
ikon; mencipta nama; arena; wira kebangsaan; gelanggang; menarik komputer.
perhatian; meminta izin; memburu dua kejuaraan; pemain pilihan 4. Risiko kerugian sifar atau amat minimum.
pertama; menundukkan; pemain nombor satu dunia; sebutir bintang; 5. Perniagaan boleh dimulakan secara sambilan.
simbol kegigihan; idola; generasi baharu 6. Tidak perlu mewujudkan laman sesawang atau melaburkan wang

Kemahiran Menulis untuk promosi dalam perisian.
1. (a) Abang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di
Isi tersirat
Universiti Sains Malaysia.
(b) Ibu menghampar dua bidang permaidani di ruang tamu rumah. 1. Meningkatkan kewangan diri sendiri dan keluarga.
2. (a) Shazana ingin menjadi bintang badminton negara suatu hari 2. Tidak memerlukan premis perniagaan atau stor untuk menyimpan

nanti. barangan.
(b) Ibu tersenyum apabila melihat gelagat anak bongsunya 3. Mengetahui aplikasi asas Facebook, Instagram, Telegram, dan

mengira bintang di langit. WhatsApp.
3. (a) Keempat-empat orang anak Pak Mail menjawat jawatan yang 4. Masalah kewangan seperti hutang dan muflis tidak berlaku.
5. Masa terluang dapat diisi dengan aktiviti yang menguntungkan.
tinggi. 6. Menjimatkan masa dan kos promosi.
(b) Amira kagum melihat menara yang tinggi itu.
4. (a) Cikgu Asmawi mengarahkan ahli pengakap maju sedikit ke Kemahiran Menulis

hadapan. 1. Berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan kerana
(b) Kita haruslah menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai kerajaan menggalakkan perkembangan sektor pelancongan
domestik dan luar negara.
bidang untuk mencapai status negara maju.
2. Peluang pekerjaan yang terbuka luas disebabkan oleh
Aspek Seni Bahasa tertubuhnya banyak syarikat pelancongan.
1. Patih Gajah Mada sangat gembira setelah mendengar kata-kata
3. Kerjaya terjamin kerana kemasukan banyak pelancong luar
yang diucapkan oleh Kertala Sari. Kemudian, Patih Gajah Mada negara serta sambutan daripada pelancong tempatan.
menghidangkan makanan dan minuman serta memberikan
persalinan kepada Kertala Sari. 4. Kerjaya ini akan terkesan sekiranya jaminan keselamatan negara
2. Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala terjejas akibat bencana alam atau peperangan.
Sari sebagai penggawa agung kerana ingin membakar semangat
juang Kertala Sari untuk melawan musuh. Selain itu, Patih Gajah Aspek Seni Bahasa
Mada mahu Kertala Sari membalas dendam atas kematian 1. Maksud menentang semua kebobrokan ialah melawan seluruh
bapanya yang telah dibunuh oleh Laksamana. Seterusnya,
pelantikan ini untuk menghargai jasa bapa Kertala Sari yang kerosakan atau kebinasaan.
terkorban di tangan Laksamana Melaka. 2. Rangkai kata pacuannya diiring seribu keberanian perlu ada

MA pada diri Sang Gembala Kuda itu kerana Sang Gembala Kuda
menghadapi cabaran yang sukar dalam hidupnya. Sang Gembala
2 Memetik Bintang Kuda juga ingin memastikan dia mampu untuk mencapai
kejayaan dalam setiap perjuangannya.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur 3. Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita hendaklah
• merawat dan menguruskan pesakit bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik.
• perlu merancang keperluan pesakit mengikut keadaannya Selain itu, kita mestilah berani menghadapi rintangan dan
cabaran. Kita juga perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan
dengan pemantauan para doktor sesuatu tugas agar dapat mencapai kejayaan.
• jururawat terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam dan
MA
kerenah pesakit serta kerenah ahli keluarga pesakit
• sifat sabar yang tinggi 3 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah
• dalam situasi yang berisiko
• mereka tidak mudah dipengaruhi oleh emosi dan cenderung Kemahiran Mendengar dan Bertutur

mengambil tindakan yang praktikal Ciri-ciri:
• jururawat lelaki dapat mengendalikan pesakit yang agresif dan 1. Bersaiz sederhana besar
2. Kulitnya berduri lembut
sukar dikawal 3. Isinya berwarna putih
4. Rasa masam-masam manis

J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version