ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT (a) (b) (c) 1. PERLEMBAGAAN BAKAT ATM 1 - 24 2. UNDANG-UNDANG KECIL BAKAT ATM 25 a. Lagu BAKAT 26 b. Carta Organisasi 27 – 31 c. Kewangan 32 – 34 d. Harta/Aset 34 e. Seragam BAKAT 35 – 40 g. Pengaduan 41 3. TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT 42 - 45
i PERLEMBAGAAN BAKAT ATM DIREKTORI BIL FASAL TAJUK MUKA SURAT (a) (b) (c) (d) 1 Fasal 1 Nama 1 2 Fasal 2 Tempat Urusan 1 3 Fasal 3 Tujuan/Matlamat 1 4 Fasal 4 Jemaah Tertinggi Bakat Induk/Pusat 2 5 Fasal 5 Keahlian 4 6 Fasal 6 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli 5 7 Fasal 7 Penglibatan Dalam Persatuan Atau Pertubuhan Lain 5 8 Fasal 8 Sumber Kewangan 5 9 Fasal 9 Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi Bakat Atm) 6 10 Fasal 10 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi Bakat Atm) 8 11 Fasal 11 Tugas Dan Tanggungjawab Jemaah Tertinggi Bakat Induk/Pusat 9 12 Fasal 12 Kewangan 12 13 Fasal 13 Juruaudit 13 14 Fasal 14 Pentadbir Harta/Pemegang Amanah 13 15 Fasal 15 Penaung Diraja, Penaung, Penasihat Dan Penasihat Undang-Undang 14 16 Fasal 16 Pembubaran 14 17 Fasal 17 Penubuhan Cawangan (Perkhidmatan) 15 18 Fasal 18 Pembubaran Cawangan (Perkhidmatan) 15 19 Fasal 19 Jawatankuasa Bakat Cawangan (Perkhidmatan) 16 20 Fasal 20 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) 17 21 Fasal 21 Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Bakat Cawangan (Perkhidmatan) 18 22 Fasal 22 Kewangan Cawangan 21 23 Fasal 23 Penasihat Cawangan(Perkhidmatan) 22 24 Fasal 24 Peruntukan-Peruntukan Umum Mengenai Cawangan 22 25 Fasal 25 Pindaan Perlembagaan 22 26 Fasal 26 Tafsiran Perlembagaan Pertubuhan 22 27 Fasal 27 Larangan 23 28 Fasal 28 Bendera. Lambang Dan Lencana 23 29 Fasal 29 Peraturan Dan Undang-Undang Kecil 24 30 Fasal 30 Takrif 24
1 BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) (PPM-007-14-04022021) FASAL 1 NAMA 1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) Selepas ini disebut “BAKAT”. 1.2 Takrif Nama: Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris ialah Armed Forces Family Welfare Association’. FASAL 2 TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan BAKAT ialah URUSETIA BAKAT ATM, LORONG TUMBOK LADA OFF JALAN KUBU, KEMENTERIAN PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat. 2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat BAKAT tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN DAN MATLAMAT 3.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli BAKAT dan keluarga serta bekas ahli-ahli BAKAT tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat suami. 3.2 Mengekal dan memperkasakan perasaan muhibah serta persefahaman yang sedia wujud di kalangan keluarga Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat suami. 3.3 Memperkukuhkan ikatan silaturrahim di antara ahli-ahli BAKAT melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat samada kepada ahli-ahlinya.
2 3.4 Mewujudkan jaringan kerjasama dengan persatuan-persatuan dan organisasi kebajikan lain yang berdaftar di luar organisasi selaras dengan matlamat BAKAT. 3.5 Menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri ahli-ahli BAKAT dalam bidang pengurusan rumah tangga, sosial dan kemasyarakatan serta keagamaan melalui kepakaran daripada dalam BAKAT ataupun organisasi luar daripada BAKAT. 3.6 Memupuk dan memperkukuhkan semangat kerjasama serta setiakawan di kalangan ahli-ahli BAKAT. FASAL 4 JEMAAH TERTINGGI BAKAT INDUK/PUSAT 4.1 Pertubuhan ini akan ditadbir oleh satu badan Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat terdiri daripada: 4.1.1 Seorang Pengerusi – Isteri Panglima Angkatan Tentera. 4.1.2 Tiga orang Naib Pengerusi – (a) Isteri Panglima Tentera Darat. (b) Isteri Panglima Tentera Laut. (c) Isteri Panglima Tentera Udara. 4.1.3 Setiausaha 4.1.4 Penolong Setiausaha 4.1.5 Bendahari 4.1.6 Penolong Bendahari 4.1.7 Empat orang Ahli Eksekutif – Penasihat BAKAT Perkhidmatan dan BAKAT Gabungan 4.1.8 Empat orang Ahli Jawatankuasa Biasa – Mana-mana ahli BAKAT daripada BAKAT Gabungan 4.2 Pemegang-pemegang jawatan BAKAT dan tiap–tiap pegawai ATM yang menjalankan tugas eksekutif dalam BAKAT hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan dari bukan warganegara Malaysia adalah
3 tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). 4.3 Jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah merupakan jawatan tetap iaitu mengikut jawatan suami masing–masing dan tidak dipertandingkan. 4.4 Fungsi Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat hendaklah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian BAKAT dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan BAKAT mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). 4.5 Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat. 4.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat dan Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat: 4.6.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jemaah Tertinggi Induk;
4 4.6.2 Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan 4.6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat kepada Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatit dalam minit. 4.7 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat boleh memberi arahan kepada Setiausaha Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat dan mana-mana ahli BAKAT untuk menjalankan urusan BAKAT. 4.8 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat boleh melantik pengurus atau kakitangan yang difikirkan mustahak dan menentukan upah dan gaji yang bersesuaian. la boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan BAKAT. 4.9 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada manamana ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat. 4.10 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat baharu. 4.11 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat menandatangani apa-apa perjanjian atau persefahaman atau kerjasama antara BAKAT dengan mana-mana pihak bagi mencapai tujuan dan matlamat BAKAT setelah mendapat kelulusan daripada Penasihat BAKAT Induk/Pusat. FASAL 5 KEAHLIAN 5.1 Keahlian BAKAT: 5.1.1 Ahli Biasa: Terbuka kepada Isteri Pegawai ATM, Isteri Askar Lasykar ATM, Pegawai Wanita ATM yang berkahwin dengan Pegawai ATM atau Askar Lasykar ATM dan Askar Lasykar Wanita
5 ATM yang berkahwin dengan Pegawai ATM atau Askar Lasykar ATM. Mereka adalah layak mengundi dan memegang jawatan. 5.1.2 Ahli Eksekutif: Terbuka kepada semua Pegawai ATM atau Askar Lasykar ATM yang dilantik. Mereka boleh menghadiri mesyuarat, memegang jawatan tetapi tidak layak mengundi. 5.2 Keahlian ahli BAKAT adalah berdasarkan kepada lokasi/pasukan suami berkhidmat. 5.3 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan atau secara on-line, dihantar kepada Setiausaha yang berkenaan, yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa tertentu, untuk pertimbangan. 5.4 Jawatankuasa berkuasa menerima atau menolak permohonan menjadi ahli tanpa memberi apa-apa sebab. FASAL 6 PERBERHENTIAN, PEMECATAN DAN PERLETAKKAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA BAKAT 6.1 Ahli Jawatankuasa BAKAT yang suaminya telah meninggal dunia, bersara, ditamatkan, diberhentikan atau dibuang kerja daripada perkhidmatan ATM adalah digugurkan keahliannya melalui notis atau kenyataan bertulis bagi pembatalan keahlian sebagai Ahli Jawatankuasa BAKAT samada di peringkat induk atau cawangan. 6.2 Pemecatan Ahli Jawatankuasa BAKAT boleh dilakukan atas apa-apa sebab oleh Ahli Jawatankuasa BAKAT Pusat/Induk atau Cawangan (Perkhidmatan). Peluang rayuan untuk Ahli Jawatankuasa BAKAT memberikan penjelasan diberi dalam tempoh 14 hari bagi pembelaan dirinya melalui Surat Tunjuk Sebab. Sekiranya pemecatan diputuskan oleh Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat atau Cawangan (Perkhidmatan), rayuan boleh dikemukakan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) atau Cawangan (Perkhidmatan) untuk pertimbangan sama ada mengekalkan pemecatan atau membatalkan pemecatan. FASAL 7 PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN LAIN Ahli BAKAT boleh menyertai mana-mana persatuan atau pertubuhan lain yang tidak menyalahi undang-undang tetapi tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam parti politik yang mana bercanggah dengan status suami di dalam terma-terma perkhidmatan ATM.
6 FASAL 8 SUMBER KEWANGAN 8.1 Sumber kewangan BAKAT adalah seperti berikut: 8.1.1 Sumbangan daripada pendapatan Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) dan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT). 8.1.2 Sumbangan dana, derma atau geran daripada Kerajaan, agensi kerajaan, korporat atau pertubuhan lain yang berdaftar. 8.1.2.1 Segala sumbangan yang diterima BAKAT di peringkat Induk dan Cawangan akan dibentangkan sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan Cawangan (Perkhidmatan) dan akan dimasukkan ke dalam Penyata Tahunan. 8.1.2.2 Segala sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi Jemaah perkhidmatan masing-masing. 8.1.3 Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti BAKAT yang dijana melalui perniagaan oleh Ahli-Ahli BAKAT hendaklah dimaklumkan dan dipersetujui oleh Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat atau Pengerusi Jemaah Perkhidmatan. 8.1.4 Usaha-usaha lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat atau Cawangan (Perkhidmatan). FASAL 9 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN (JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM) 9.1 Segala pengurusan dan pengelolaan BAKAT ditetapkan melalui Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) hendaklah diadakan sekali setahun tidak lewat daripada bulan Februari setiap tahun tertakluk kepada keadaan dari semasa ke semasa. 9.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah dilaksanakan 21 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan tertakluk kepada kesesuaian.
7 9.2 Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dihadiri oleh: 9.2.1 Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat. 9.2.2 Ahli Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) seperti dinyatakan di dalam Fasal 21 perlembagaan ini. 9.2.3 Ahli BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) / Gabungan. 9.3 Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) ialah sekurang-kurangnya 1/2 daripada ahli yang layak hadir Mesyuarat atau dua (2) kali jumlah ahli Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi untuk mesyuarat. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda Perlembagaan BAKAT dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli BAKAT. 9.4 Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat hendaklah menghantar kepada setiap Setiausaha BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) diadakan dan satu notis awal dan laporan serta penyata kira-kira BAKAT bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli tempat urusan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 9.5 Usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat mesti sampai kepada Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat tidak lewat daripada 28 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). 9.6 Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat hendaklah mengedarkan kepada semua BAKAT Cawangan (Perkhidmatan), sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM), satu agenda mesyuarat, salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) yang lalu, usul-usul Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul (jika ada), penyata kira-kira yang sudah diperiksa bagi tahun lalu.
8 Salinan-salinan dokumen ini perlu juga dihantar ke tempat urusan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) untuk kegunaan ahli BAKAT. FASAL 10 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PERWAKILAN (JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM) 10.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) boleh diadakan: 10.1.1 Apabila difikirkan perlu oleh Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat; atau 10.1.2 Di atas permintaan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa dari DUA (2) BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) atau lebih atau tidak kurang daripada satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan atau sebab tertentu. 10.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) yang diminta oleh BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 10.3 Notis dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) akan diedarkan oleh Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat kepada semua ahli BAKAT sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat itu. Agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) hendaklah terhad kepada perkara yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan seperti di perenggan 10.1. 10.3.1 Tujuan Mesyuarat Agung diadakan ialah untuk membincangkan agenda berikut: (a) Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu. (b) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan sepanjang tahun sebelumnya. (c) Membentang dan menerima laporan Bendahari dan penyata kirakira yang berakhir 31 haribulan Januari bagi tahun sebelumnya. (d) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Pemeriksa Kira-kira (jika berkenaan).
9 (e) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat. Semua usul yang hendak dibahaskan mestilah disampaikan kepada Setiausaha tujuh (7) hari bekerja sebelum Mesyuarat Agung. 10.4 Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) yang dipanggil di bawah perenggan 10.1.1 atau 10.1.2, kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Perwakilan seperti di perenggan 10.3 akan juga digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dengan syarat jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) bagi tujuan yang sama tidak boleh dibenarkan sehingga sekurangkurangnya tiga (3) bulan dari tarikh mesyuarat itu dibatalkan. FASAL 11 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JEMAAH TERTINGGI BAKAT INDUK/PUSAT 11.1 Tugas dan tanggungjawab Pengerusi adalah seperti berikut: 11.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM), Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang difikirkan perlu serta bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. 11.1.2 Menerajui kepimpinan pengurusan BAKAT dalam mencapai tujuan dan matlamat penubuhan 11.1.3 Merancang program dan aktiviti BAKAT bagi memastikan visi, misi dan objektif BAKAT dapat direalisasikan disamping menerapkan konsep kesederhanaan dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. 11.1.4 Memimpin dan memantau prestasi aktiviti BAKAT agar mencapai sasaran yang ditetapkan. 11.1.5 Mengawal dan memantau pengurusan akaun BAKAT bagi memastikan ianya mengikut sistem pengurusan kewangan yang ditetapkan. 11.1.6 Menilai keberkesanan program dan aktiviti yang dilaksanakan. 11.1.7 Melantik salah seorang daripada Naib Pengerusi (isteriisteri Panglima Perkhidmatan) memangku jawatan semasa ketiadaannya
10 atau mewakilinya dalam sesuatu mesyuarat atau majlis yang tidak dapat dihadirinya. 11.1.8 Bekerjasama rapat dengan Penasihat BAKAT dan Urus Setia BAKAT ATM dalam segala urusan BAKAT dan permasalahan BAKAT. 11.2 Tugas dan Tanggungjawab Naib Pengerusi adalah seperti berikut: 11.2.1 Menghadiri setiap Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM), Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan lain-lain mesyuarat yang diadakan di peringkat Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat. 11.2.2 Membentangkan laporan aktiviti BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) masing-masing semasa Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) atau apabila diperlukan pada bila-bila masa. 11.2.3 Membentangkan laporan kewangan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) masing-masing semasa Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) atau apabila diperlukan berbuat demikian oleh Pengerusi. 11.2.4 Membincangkan aktiviti-aktiviti BAKAT peringkat ATM semasa Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) atau apabila diperlukan. 11.2.5 Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diperlukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. 11.2.6 Bersedia untuk memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya atau mewakili Pengerusi apabila diperlukan. 11.3 Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha dan Penolong Setiausaha adalah seperti berikut: 11.3.1 Mengendalikan segala urusan pentadbiran Urus Setia BAKAT ATM khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua dokumen, buku, risalah, kertas kerja dan minit mesyuarat. 11.3.2 Menyimpan dan mengemaskini maklumat-maklumat aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan
11 11.3.3 Memaklumkan kepada Pengerusi segala tindakan yang diambil berhubung dengan pengurusan BAKAT. 11.3.4 Mengkoordinasikan segala keperluan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan lain-lain mesyuarat yang difikirkan perlu. 11.3.5 Mengkoordinasikan segala keperluan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh BAKAT diperingkat ATM. 11.3.6 Menentukan setiap peralatan yang terdapat di dalam Rumah BAKAT ATM direkodkan dan sentiasa mengawasi dan memantau bangunan dan harta yang ada di dalam Rumah BAKAT ATM. 11.3.7 Membantu Pengerusi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan BAKAT. 11.3.8 Menyediakan laporan tahunan BAKAT untuk Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan lain-lain mesyuarat yang difikirkan perlu. 11.3.9 Membantu Pengerusi mentadbir BAKAT mengikut Perlembagaan BAKAT. 11.2.10 Menentukan Perlembagaan BAKAT sentiasa dikemaskini dan dimaklumkan kepada BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 11.4 Tugas dan Tanggungjawab Bendahari dan Penolong Bendahari adalah seperti berikut: 11.4.1 Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod penerimaan dan perbelanjaan di dalam akaun BAKAT. 11.4.2 Bertanggungjawab ke atas semua urusan kewangan Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat yang diperolehi.
12 11.4.3 Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan Jemaah Tertinggi BAKAT/Induk. 11.5 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Biasa adalah seperti berikut: Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. 11.6 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Eksekutif adalah seperti berikut: Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. FASAL 12 KEWANGAN 12.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang BAKAT boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan BAKAT, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. 12.2 Setiap transaksi penerimaan dan perbelanjaan hendaklah direkodkan dalam lejar serta disokong dengan dokumen yang berkaitan. Tatacara perakaunan yang digunakan adalah berdasarkan kepada piawaian perakaunan yang diluluskan. 12.3 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama BAKAT. Perbelanjaan hendaklah mendapat kelulusan oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 12.4 Sebarang perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah mendapat kelulusan oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 12.5 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 12.6 Setiap permohonan kewangan hendaklah dimajukan terlebih dahulu kepada Pengerusi melalui Setiausaha atau Bendahari untuk kelulusan pengeluaran kewangan.
13 12.7 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari sebelum diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 13 Perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun Kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 12.8 Tahun kewangan pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01 haribulan Februari dan berakhir pada 31 haribulan Januari setiap tahun. FASAL 13 JURUAUDIT 13.1 Dua orang ahli Pertubuhan yang bukan Jawatankuasa Pertubuhan atau pegawai ATM yang berkelayakan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi tempoh yang dinyatakan seperti Fasal 12.8. 13.2 Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung. Mereka juga boleh apabila dikehendaki oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan BAKAT pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat. FASAL 14 PENTADBIR HARTA/PEMEGANG AMANAH 14.1 Segala harta tidak alih BAKAT hendaklah didaftarkan atas nama BAKAT dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ia telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh TIGA (3) orang pemegang jawatan BAKAT pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri BAKAT. 14.2 Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan.
14 FASAL 15 PENAUNG DIRAJA, PENAUNG, PENASIHAT DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG 15.1 Penaung Diraja BAKAT adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong manakala Penaung adalah Panglima Angkatan Tentera. 15.2 Penasihat adalah Pegawai Kanan Tentera yang dilantik oleh Panglima Angkatan Tentera secara bertulis dan dipersetujui oleh Pegawai Kanan Tentera tersebut. 15.3 Tugas dan Tanggungjawab Penasihat adalah seperti berikut: 15.3.1 Menasihati Jemaah Tertinggi dalam pengurusan serta perihal perjalanan BAKAT. 15.3.2 Memantau, mengkoordinasi dan mengawal selia pengurusan BAKAT serta berhubung rapat dengan Panglima Angkatan Tentera dan Jawatankuasa Panglima-Panglima berkaitan segala aktiviti dan urusan BAKAT sejajar dengan tujuan dan matlamat penubuhan BAKAT. 15.4 Penasihat Undang – Undang adalah seorang Pegawai ATM yang berkelulusan Undang – Undang yang dilantik secara bertulis dan dipersetujui oleh Pegawai ATM tersebut. 15.5 Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Undang-Undang adalah seperti berikut: Menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat perundangan kepada Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat serta meneliti dan mencadangkan sebarang pindaan terhadap Perlembagaan BAKAT atau apa-apa dokumen yang mempunyai kesan undang-undang. FASAL 16 PEMBUBARAN 16.1 BAKAT boleh dibubarkan secara sukarela melalui usul di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Dengan syarat kuorum bagi pembubaran adalah dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat, mengikut mana yang kurang. Fasal 10.4 adalah tidak terpakai bagi maksud pembubaran. Jika kuorum tidak dapat diperolehi, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan. Suatu usul yang baharu perlu dibuat. 16.2 Sekiranya BAKAT hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan BAKAT yang sah mengikut Perlembagaan
15 BAKAT hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut. 16.3 Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. 16.4 Sekiranya BAKAT induk dibubarkan maka cawangan-cawangan akan turut terbubar secara automatik. FASAL 17 PENUBUHAN CAWANGAN (PERKHIDMATAN) 17.1 Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat melalui ketetapan Jawatankuasa Panglima-Panglima boleh membenarkan penubuhan Cawangan di peringkat Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Gabungan Markas ATM yang mempunyai organisasi dan bidang kuasa Pemerintahan tersendiri serta bebas menjalankan sebarang aktiviti selaras dengan tujuan dan matlamat penubuhan BAKAT. 17.2 Jawatankuasa Cawangan (Perkhidmatan) akan dibuat di dalam UndangUndang Kecil sebagaimana Fasal 29. FASAL 18 PEMBUBARAN CAWANGAN (PERKHIDMATAN) 18.1 Cawangan (Perkhidmatan) boleh dibubarkan jika Cawangan (Perkhidmatan) tidak mematuhi Perlembagaan BAKAT atau keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) atau Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat atau tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh BAKAT. 18.2 Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat. Sebarang Cawangan (Perkhidmatan) yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat di dalam tempoh 30 hari daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan. Di dalam keadaan yang demikian Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat boleh melantik satu jawatankuasa pengurusan daripada ahli-ahli untuk mengurus hal-hal cawangan itu sementara rayuan dipertimbangkan. 18.3 Jika sesuatu Cawangan (Perkhidmatan) dibubar atas sebab yang disebutkan dalam perkara 18.1 Perlembagaan ini, maka ahli-ahli boleh diserap Cawangan (Perkhidmatan) yang terhampir.
16 18.4 Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi Cawangan (Perkhidmatan) itu menyerahkan kepada Setiausaha Jemaah Tertinggi BAKAT Induk/Pusat segala buku rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh Cawangan (Perkhidmatan) itu beserta dengan satu keterangan kira-kira Cawangan (Perkhidmatan) mulai dari tarikh akhir penyata itu dihantar sehingga tarikh perintah penutupan. FASAL 19 JAWATANKUASA BAKAT CAWANGAN (PERKHIDMATAN) 19.1 Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) adalah seperti berikut: 19.1.1 Pengerusi – Isteri Ketua Perkhidmatan 19.1.2 Timbalan Pengerusi – Isteri Timbalan Ketua Perkhidmatan 19.1.3 Naib Pengerusi (Tidak melebihi 3 orang pada sesuatu masa) 19.1.4 Setiausaha 19.1.5 Bendahari 19.1.6 Ahli Jawatankuasa Exco 19.1.6.1 Perkhidmatan Darat seramai 6 orang 19.1.6.2 Perkhidmatan Laut seramai 4 orang 19.1.6.3 Perkhidmatan Udara seramai 4 orang 19.2 Jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah merupakan jawatan tetap iaitu mengikut jawatan suami masing–masing dan tidak dipertandingkan. 19.3 Jika berlaku sebarang kekosongan dalam jawatan Setiausaha atau Bendahari, Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) berhak melantik mana-mana ahli yang difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu. 19.4 Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah menjalankan tugas pentadbiran BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dan arahan Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
17 19.5 Setiausaha BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha BAKAT Induk/Pusat tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat diadakan. FASAL 20 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN (PERKHIDMATAN) 20.1 Segala pengurusan dan pengelolaan BAKAT ditetapkan melalui Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan). Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah diadakan sekali setahun tidak lewat daripada bulan April setiap tahun tertakluk kepada keadaan dari semasa ke semasa. 20.2 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) dihadiri oleh: 20.2.1 Ahli Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 20.2.2 Ahli Biasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). Sekiranya seseorang ahli Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) tidak dapat hadir, maka penggantinya hendaklah dilantik dari mana-mana ahli Cawangan (Perkhidmatan). 20.3 Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) ialah sekurang-kurangnya 1/2 daripada ahli yang layak hadir Mesyuarat atau dua (2) kali jumlah ahli Jawatankusa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi untuk mesyuarat. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan); dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda Perlembagaan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 20.4 Setiausaha Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah menghantar kepada setiap Ahli BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) sekurangkurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) diadakan dan satu notis awal dan laporan serta penyata kira-kira BAKAT bagi tahun lalu yang telah diaudit.
18 20.5 Usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat mesti sampai kepada Setiausaha BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) tidak lewat daripada 28 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan). 20.6 Setiausaha Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah mengedarkan kepada semua Ahli BAKAT Cawangan (Perkhidmatan), sekurangkurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan), satu agenda mesyuarat, salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) yang lalu, usul-usul Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul (jika ada), penyata kira-kira yang sudah diperiksa bagi tahun lalu. FASAL 21 TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA BAKAT CAWANGAN (PERKHIDMATAN) 21.1 Tugas dan tanggungjawab Pengerusi adalah seperti berikut: 21.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan), Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan (Perkhidmatan) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang difikirkan perlu serta bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. 21.1.2 Menerajui kepimpinan pengurusan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dalam mencapai tujuan dan matlamat penubuhan 21.1.3 Merancang program dan aktiviti BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) bagi memastikan visi, misi dan objektif BAKAT dapat direalisasikan disamping menerapkan konsep kesederhanaan dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. 21.1.4 Memimpin dan memantau prestasi aktiviti BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) agar mencapai sasaran yang ditetapkan. 21.1.5 Mengawal dan memantau pengurusan akaun BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) bagi memastikan ianya mengikut sistem pengurusan kewangan yang ditetapkan. 21.1.6 Menilai keberkesanan program dan aktiviti yang dilaksanakan. 21.1.7 Melantik Timbalan atau Naib Pengerusi memangku jawatan semasa ketiadaannya atau mewakilinya dalam sesuatu mesyuarat atau majlis yang tidak dapat dihadirinya.
19 21.1.8 Bekerjasama rapat dengan Penasihat BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dan Urus Setia BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dalam segala urusan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dan permasalahan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.2 Tugas dan Tanggungjawab Timbalan/Naib Pengerusi adalah seperti berikut: 21.2.1 Menghadiri setiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan), Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan (Perkhidmatan) dan lain-lain mesyuarat yang diadakan di peringkat Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.2.2 Membentangkan laporan aktiviti BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) masing-masing semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) atau apabila diperlukan pada bila-bila masa. 21.2.3 Membentangkan laporan kewangan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) atau apabila diperlukan berbuat demikian oleh Pengerusi. 21.2.4 Membincangkan aktiviti-aktiviti BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) atau apabila diperlukan. 21.2.5 Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diperlukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. 21.2.6 Bersedia untuk memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya atau mewakili Pengerusi apabila diperlukan. 21.3 Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha adalah seperti berikut: 21.3.1 Mengendalikan segala urusan pentadbiran Urus Setia BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) khasnya berkenaan surat-menyurat dan menyimpan semua dokumen, buku, risalah, kertas kerja dan minit mesyuarat. 21.3.2 Menyimpan dan mengemaskini maklumat-maklumat aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. 21.3.3 Memaklumkan kepada Pengerusi segala tindakan yang diambil berhubung dengan pengurusan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan).
20 21.3.4 Mengkoordinasikan segala keperluan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (Perkhidmatan) dan lain-lain mesyuarat yang difikirkan perlu. 21.3.5 Mengkoordinasikan segala keperluan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh BAKAT diperingkat Cawangan (Perkhidmatan). 21.3.6 Menentukan setiap peralatan yang terdapat di dalam Rumah BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) direkodkan dan sentiasa mengawasi dan memantau bangunan dan harta yang ada di dalam Rumah BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.3.7 Membantu Pengerusi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.3.8 Menyediakan laporan tahunan BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) untuk Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan lain-lain mesyuarat yang difikirkan perlu. 21.3.9 Membantu Pengerusi mentadbir BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) mengikut Perlembagaan BAKAT. 21.4 Tugas dan Tanggungjawab Bendahari adalah seperti berikut: 21.4.1 Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod penerimaan dan perbelanjaan di dalam akaun BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.4.2 Bertanggungjawab ke atas semua urusan kewangan Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) yang diperolehi. 21.4.3 Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan). 21.5 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Biasa adalah seperti berikut: Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
21 FASAL 22 KEWANGAN CAWANGAN 22.1 Semua wang yang dikutip di Cawangan-Cawangan (Perkhidmatan) akan menjadi aset bagi Cawangan (Perkhidmatan) tersebut. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang Cawangan (Perkhidmatan) boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Cawangan (Perkhidmatan), termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah 22.2 Setiap transaksi penerimaan dan perbelanjaan hendaklah direkodkan dalam lejar serta disokong dengan dokumen yang berkaitan. Tatacara perakaunan yang digunakan adalah berdasarkan kepada piawaian perakaunan yang diluluskan. 22.3 Semua wang Cawangan (Perkhidmatan) hendaklah disimpan di atas nama BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan (Perkhidmatan) dan kira-kira wang ini akan dikelolakan bersama-sama oleh Pengerusi Cawangan (Perkhidmatan), Bendahari Cawangan (Perkhidmatan) atau Setiausaha Cawangan (Perkhidmatan). 22.4 Bendahari Cawangan (Perkhidmatan) dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. 22.5 Sebarang perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah mendapat kelulusan oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 22.6 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 22.7 Setiap permohonan kewangan hendaklah dimajukan terlebih dahulu kepada Pengerusi Cawangan (Perkhidmatan) melalui Setiausaha Cawangan (Perkhidmatan) atau Bendahari Cawangan (Perkhidmatan) untuk kelulusan pengeluaran kewangan. 22.8 Semua wang, buku dan harta-harta lain BAKAT yang dipegang oleh mana-mana cawangan yang telah dibubarkan akan dihantar dengan seberapa segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung bersama-sama dengan penyata kira-kiranya.
22 FASAL 23 PENASIHAT CAWANGAN(PERKHIDMATAN) 23.1 Penasihat Cawangan (Perkhidmatan) adalah Pegawai Kanan Tentera yang dilantik oleh Panglima Perkhidmatan. 23.2 Tugas dan Tanggungjawab Penasihat adalah seperti berikut: 23.2.1 Menasihati BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) dalam pengurusan serta perihal perjalanan BAKAT. 23.2.2 Memantau, mengkoordinasi dan mengawal selia pengurusan BAKAT serta berhubung rapat dengan Panglima Perkhidmatan berkaitan segala aktiviti dan urusan BAKAT sejajar dengan tujuan dan matlamat penubuhan BAKAT. FASAL 24 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 24.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan BAKAT, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat BAKAT akan diikuti sejauh mana yang sesuai. 24.2 Mesyuarat Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) dan Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan (Perkhidmatan) atau Jawatankuasa BAKAT Cawangan (Perkhidmatan) mengenai pentadbirannya. FASAL 25 PINDAAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM). Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 26 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM), Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa BAKAT Induk/Pusat, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak
23 selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM), keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan (Jemaah Tertinggi BAKAT ATM) berikutnya. FASAL 27 LARANGAN 27.1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis BAKAT. 27.2 BAKAT atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. 27.3 BAKAT tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan. 27.4 "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh BAKAT kepada mana-mana ahlinya. FASAL 28 BENDERA. LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera -Tidak Berkenaan 2. Lambang Keterangan Gambar dan penerangan logo BAKAT adalah seperti berikut: (1) Lambang Angkatan Tentera. Lambang ini menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan/organisasi dalam Angkatan Tentera Malaysia. (2) Warna Latar Belakang. Warna ini menunjukkan warna Angkatan Tentera Malaysia meliputi BAKAT dari ketiga-tiga Perkhidmatan. (3) Wajah Wanita Berlatar Belakangkan Perajurit. Menerangkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan wanita yang mempunyai pertalian rapat dengan
24 perjuangan anggota tentera, sementara para isteri sentiasa teguh di belakang menjaga kebahagian rumah tangga. Kedua-duanya menuju satu haluan berbakti kepada negara. (4) Bunga Padi Kekuningan. Melambangkan suasana aman, sejahtera dan kemuafakatan. (5) Penggunaan Logo. Logo ini boleh digunakan oleh semua ahli BAKAT dalam Angkatan Tentera Malaysia. 3. Lencana - Tidak Berkenaan FASAL 29 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL BAKAT boleh mengadakan apa-apa peruntukan melalui peraturan atau undangundang kecil yang menyentuh perihal pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan dari semasa ke semasa. FASAL 30 TAKRIF 30.1 'Angkatan Tentera Malaysia' ertinya Angkatan Tetap. 30.2 'Ketua Perkhidmatan' ertinya Panglima Tentera Darat atau Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia atau Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia. 30.3 'Kebajikan' ertinya kesejahteraan, kesihatan seseorang atau sesuatu kumpulan kebajikan. 30.4 'Keluarga' ertinya terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. 30.5 'Perlembagaan' ertinya perlembagaan atau sebarang pindaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima dan Mesyuarat Agung
25 UNDANG-UNDANG KECIL BAKAT ATM
26 LAGU BAKAT Kami Ahli BAKAT Tentera Badan Kebajikan Keluarga Bersatu Kami Semua Membela Isteri Tentera Mari Bersama Berbakti Beri Semangat Pada Suami Berjiwa Penuh Berani Membela Ibu Pertiwi Berjuang Kami Tanpa Senjata Semoga Kami Berjaya Keadilan Tercipta Sama-sama Bahagia Tujuan BAKAT Mulia Membuat Amal Sentiasa Bersama Membela Bangsa Negara Maju Jaya
2CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIKAN KJEMAAH TERTINPenaung - Seri Paduka Pengerusi - Isteri PanglimSetiausaha - Pegawai Staf 1 BAKAT ATM Bendahari - Isteri Ketua Staf MK ATM Ahli- Ahli Isteri Panglima Tentera Darat (Pengerusi JT BAKAT Darat) Isteri Panglima Tentera Laut (Pengerusi JT BAKAT Laut) Timb. Bendahari – Isteri Pengarah UGAT Penasihat - Panglima AngTimb. Penasihat - Asiste
7 KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) GGI BAKAT ATM Baginda Raja Permaisuri Agong ma Angkatan Tentera Jemaah Tertinggi Isteri Panglima Tentera Udara (Pengerusi JT BAKAT Udara) Isteri Ketua Staf MK ATM (Pengerusi BAKAT Gabungan ATM) gkatan Tentera en Ketua Staf Perkhidmatan Anggota
2CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIK(BAKAT)Isteri Panglima Latihan Isteri Panglima 1 Div Isteri Panglima 3 Isteri Panglima Logistik Isteri Panglima 2 Div Penasihat - PanglTimb. Penasihat - Asisten Ketua Ahli -Timbalan Pengerusi - Isteri TimPenaung- Isteri PangliNaib Pengerusi 1 - Isteri Panglima PemNaib Pengerusi 2 - Isteri Panglima PemPengerusi -Isteri Pan
8 KAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA ) DARAT Div Isteri Panglima 5 Div Isteri Panglima 4 Div ima Tentera Darat Staf Cawangan Sumber Manusia Isteri Panglima 10 Bgd (PARA) - Ahli mbalan Panglima Tentera Darat ima Angkatan Tentera merintahan Medan Barat Tentera Darat Isteri Panglima 21 GGK merintahan Medan Timur Tentera Darat nglima Tentera Darat
2CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIK(BAKATPengerusi - Isteri PaPenasihat - Dilantik oleh Panglima Tentera Laut Pengerusi BA(Isteri PanPengerusi BAKAT Laut Kuala Lumpur (Isteri Timbalan Panglima Tentera Laut) Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan Ketua Bahagian Operasi dan Strategik Ketua Bahagian Perisikan Laut Ketua Bahagian Pusat Hidrografi National Ketua Bahagian Sumber Manusia Ketua Bahagian Ketua Bahagian Pentadbiran Kejuruteraan Ketua Bahagian Inspektorat Jeneral Ketua Bahagian Materiel
9 KAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA T) LAUT nglima Tentera Laut Timb Pengerusi - Isteri Timbalan Panglima Tentera Laut AKAT Laut Armada Barat nglima Armada Barat) Pengerusi BAKAT Laut Armada Timur (Isteri Panglima Armada Timur) Pengerusi BAKAT Laut Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 3 Pengerusi BAKAT Laut Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 1 Pengerusi BAKAT Laut Lumut Pengerusi BAKAT Laut KD SULTAN ISMAIL (KDSI) Pengerusi BAKAT Laut Kota Kinabalu Pengerusi BAKAT Laut Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 2 Pengerusi BAKAT Laut Semporna Pengerusi BAKAT Laut Tawau Pengerusi BAKAT Laut Kuching
3CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIK(BAKAT)PENASIHAT BAKAT UDARA AKS TADBIR BAKAT BOB BAKAT MTU BAKAT PU SUBANG BAKAT PU JUGRA BAKAT PU BWTH BAKAT PU KTN BAKAT PUGK BAKAT SKN 323 BKT LUNCHU BAKAT PUKALUB KK PENAUNG BAKAT WILAYAISTERI PANGWILUPENAUNG BAKAT WILAYAH UDARA 1 – ISTERI PANGWILUD 1 PENGERUISTERI PENGLIMA T
0 KAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA ) UDARA AGAMA/PENDIDIKAN/SAJIAN JBU LEADER- ISTERI LT JEN TUDM BAKAT PU SENDAYAN BAKAT PU KUCHING BAKAT PU LABUAN BAKAT ATU BAKAT KTU BAKAT SLTT BAKAT INSMAT BAKAT PHU AH UDARA 2 – UD 2 PENAUNG BAKAT NAUNGAN MPPLU – ISTERI PPLU JBU LEADER- ISTERI LT JEN TUDM USI JBU TENTERA UDARA KEBAJIKAN/AMAL SHOPPE/HARTA&RESEPSI JBU LEADER – ISTERI LT JEN TUDM TIMBALAN PENGERUSI JBU ISTERI TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA SUKAN, KESIHATAN DAN RIADAH/KEBUDAYAAN&REKREASI/KRAFTANGAN
3CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIK(BAKAT) GABPenaung - Isteri PanglPengerusi - Isteri KetPenasihat – KetuMK AB BSPP SEKRETARIAT MK ATM 104 KPTD 92 PTAT FLEET MK ATM KEM KEMENTAH PGAT PPAT BHEA (J7) KSSKA KENTONMEN KEMENTAH BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN (J4) BHG OPERASI DAN LATIHAN PERTAHANAN (J3) BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA (J1) BAPERAPERTABHG PROVOS MARSHAL CWG TENAGA KERJA JAB ARAH PELAJARAN JAB ARAH REKOD DAN PENCEN JAB ARAH UGAT CWG STAF AM UNIT SEJARAH JAB ARAH KAGAT PUSAT PEPERANGAN BERSAMA (PESAMA) PUSAT SIMULASI OLAH PERANG (PSOP) ATM PUSAT OPERASI PERTAHANAN PETUNJHAAD
1 KAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA BUNGAN ATM ima Angkatan Tentera tua Staf Markas ATM ua Staf MK ATM BHG INSPEKTORAT JENERAL ATM PUSPAHANAS BOPKP MPAT MTAT ALK UPNM MIDAS MTD ILMI PPM INSAN PLPE KOLEJ PERISIKAN BAHAGIAN KOMLEK (J6) BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN (J9) BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTAHANAN (BPKP) AHAGIAN ANCANGAN AHANAN (J5) SPSM CPSK CPS ATM (J8) NCO ATM RPS 91 RSD PKS ATM HAT TM 94 HAT 96 HAT HATW KK 93 DEPOT UK : AKIKI (B60) D HOC
32 KEWANGAN (1) Tahun Kewangan. Tahun kewangan BAKAT dikira bermula dari 01 haribulan Januari dan berakhir pada 31 haribulan Disember setiap tahun. (2) Pengurusan Kewangan BAKAT. Pengurusan kewangan BAKAT ini meliputi (a) Pendapatan dan perbelanjaan Tabung BAKAT. (b) Perakaunan dan dokumen sokongan. (c) Pengurusan bank. (d) Laporan kewangan. (e) Audit. (f) Keselamatan rekod perakaunan. (3) Pendapatan dan Perbelanjaan Tabung BAKAT. (a) Pendapatan. Pendapatan BAKAT diperolehi daripada sumber berikut: (i) Geran tetap yang disalurkan oleh KSSKA melalui sumbangan kerajaan. (ii) Sumbangan daripada TKAT. (iii) Sumbangan dari orang perseorangan/ agensi swasta (sekiranya ada). (b) Perbelanjaan. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah berdasarkan kepada perkara yang diputuskan melalui mesyuarat atau kelulusan Pengerusi. (4) Agihan Peratusan Peruntukan KSSKA. Sumber pendapatan adalah daripada geran tetap oleh KSSKA berjumlah sepuluh peratus (10%) daripada sumbangan kerajaan atau tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat KSSKA. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut: (a) Jemaah Tertinggi BAKAT ATM - 20%. (b) BAKAT Darat - 45%. (c) BAKAT Laut - 15%. (d) BAKAT Udara - 15%
33 (e) BAKAT Gabungan ATM - 5%. (5) Perakaunan dan Dokumen Sokongan. (a) Tatacara Perakaunan. Setiap transaksi penerimaan dan perbelanjaan hendaklah direkodkan dalam lejar serta disokong dengan dokumen yang berkaitan. Tatacara perakaunan yang digunakan adalah berdasarkan kepada piawaian perakaunan yang diluluskan. (b) Wang Tunai Dalam Tangan. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang tunai tidak melebihi RM 500.00 pada setiap masa. (6) Pengurusan Bank. (a) Pembukaan Akaun Bank. Kewangan BAKAT hendaklah diurus melalui bank perdagangan berlesen yang dipilih dan atas kelulusan Jemaah Tertinggi BAKAT/ Divisyen/ Briged/ Pangkalan/ Pasukan. (b) Pegawai Pemegang Akaun Bank. Pegawai yang dilantik sebagai Pemegang Akaun BAKAT adalah Pegawai yang dilantik oleh Perkhidmatan/ Divisyen/ Briged/ Pangkalan/ Pasukan. (c) Tandatangan Timbal Cek. Semua cek untuk kegunaan BAKAT hendaklah ditandatangani melalui syarat-syarat berikut: (i) Cek bernilai RM5,000.00 dan ke bawah. Hendaklah ditandatangani oleh Pemegang Akaun dan seorang Penandatangan Timbal. (ii) Cek bernilai RM5,000.00 dan ke atas. Hendaklah ditandatangani oleh Pemegang Akaun, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM/ Pengerusi BAKAT Perkhidmatan/ Divisyen/ Briged/ Pangkalan/ Pasukan dan seorang Penandatangan Timbal. (d) Rekod Perbankan. Pemegang Akaun dikehendaki menyimpan rekod perbankan dengan selamat untuk tujuan pengesahan dan pengauditan. (6) Laporan Kewangan. Pemegang Akaun dan Bendahari bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan BAKAT atas keperluan seperti pemeriksaan/ audit atau Mesyuarat Tahunan/ Agung. Perkara yang perlu dalam laporan kewangan adalah seperti berikut: (a) Penyata Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. (b) Kunci Kira-Kira. (c) Lain-lain penyata perakaunan/dokumen sokongan yang difikir perlu.
34 (7) Audit. Akaun BAKAT hendaklah diaudit dan disahkan oleh Lembaga Audit atau Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik. (8) Keselamatan Wang Tunai/ Buku Cek/ Rekod Perakaunan. Bendahari/ Pemegang Akaun dikehendaki sentiasa memastikan wang tunai, buku cek dan rekod perakaunan dikemaskini dan disimpan di tempat selamat. HARTA/ ASET (1) Harta/ Aset yang dibeli oleh BAKAT atau disumbangkan kepada BAKAT (sama ada aset mudah alih atau aset tidak alih) adalah menjadi aset/ harta BAKAT dan hendaklah direkodkan dalam Buku Pendaftaran Harta BAKAT mengikut prosedur yang dikeluarkan dalam 1Pekeliling Perkhidmatan (1PP). Buku ini hendaklah mengandungi maklumat-maklumat mengenai harta tersebut iaitu jenis harta, tarikh dibeli atau tarikh diterima (jika sumbangan), nama penderma/ penyumbang, nilai kos harta, jangka hayat harta dan nilai salvage (jika ada), peratus susut nilai dan tempat di mana harta ditempatkan. (2) Susut Nilai Harta. Susut nilai harta hendaklah dibuat pada setiap tahun kepada semua jenis harta BAKAT mengikut cara pengurangan garis lurus (straight line method) atau apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh 1PP. Jumlah susut nilai harta hendaklah diiktiraf sebagai perbelanjaan BAKAT dan dicajkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan BAKAT. (3) Insurans Harta. Semua aset alih (RM2,000.00 ke atas) dan aset tidak alih (RM2,000.00 ke bawah) BAKAT hendaklah direkodkan dan diinsuranskan seperti berikut: (a) Semua aset alih dan aset tidak alih BAKAT hendaklah diinsuranskan melalui syarikat insurans bertauliah/ berlesen yang diluluskan oleh Jawatankuasa BAKAT. (b) Jenis insurans yang dibenarkan ialah insurans kecurian dan kebakaran. (4) Audit Harta/Aset. Pelaksanaan audit hendak dibuat setiap 6 bulan sekali sebelum Mesyuarat Agung Tahunan atau apabila berlaku pertukaran Pengerusi BAKAT/ AJK Harta/ Penjaga Rumah BAKAT dan dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
35 SERAGAM BAKAT (1) Pakaian Seragam Rasmi BAKAT. Kain seragam BAKAT dipakai oleh semua ahli BAKAT ATM (Darat, Laut, Udara dan Gabungan ATM) semasa aktiviti luar dan dalam BAKAT yang memerlukan pemakaian seragam. Kain seragam BAKAT hanya boleh diperolehi melalui Urus Setia BAKAT ATM. Pemakaian lengkap adalah seperti di Gambar 1. 1. Tatacara Baju Kurung. a. Baju kurung tradisional berpesak (tidak berfesyen). b. Baju tidak boleh dijahit manik, bersulam dan piping. c. Kain susun tepi (kiri) sahaja. 2. Tudung mengikut ketetapan daripada BAKAT Perkhidmatan dan anak tudung berwarna HITAM sahaja. 3.Tag Nama sebelah kiri. 4.Beg tangan berwarna hitam (bertali pendek atau panjang). 5.Tatacara Kasut. a. Kasut berwarna hitam. b. Kasut bertutup penuh. c. Kasut bertumit di antara 1 hingga 2 inci sahaja. d. Stokin kaki berwarna kulit. 6. Tatacara Aksesori Tambahan. a. Seutas rantai mutiara putih sahaja. b. Seutas gelang (mutiara putih/ emas). c. Sebentuk cincin (mutiara/ emas/ emas putih). d. Kerongsang yang berlebihan dan berjurai tidak dibenarkan. 7.Pemakaian niqab (purdah) tidak dibenarkan. GAMBAR 1
36 (2) Warna Tudung/ Selendang. Pemakaian tudung adalah diwajibkan kepada semua ahli BAKAT yang beragama Islam dan selendang bagi ahli BAKAT yang bukan beragama Islam semasa memakai pakaian seragam BAKAT. Warna tudung/ selendang bagi ahli BAKAT adalah mengikut BAKAT Perkhidmatan seperti berikut: (a) BAKAT Darat - Warna Merah. (b) BAKAT Laut - Warna Biru Tua. (c) BAKAT Udara - Warna Biru Muda. (d) BAKAT Gabungan ATM - Warna Krim. (e) Pemakaian tudung/ selendang bagi ahli BAKAT di bawah BAKAT Gabungan ATM (warna krim) sekiranya menghadiri acara-acara rasmi melibatkan Perkhidmatan/ Kor hendaklah menukar warna tudung mengikut warna tudung perkhidmatan masing-masing. (f) Ahli BAKAT yang mana suami berkhidmat di pasukan berbeza perkhidmatan, pemakaian warna tudung adalah mengikut BAKAT setempat.
37 (3) Pemakaian Tudung. Pemakaian tudung adalah diwajibkan kepada semua ahli BAKAT yang beragama Islam seperti di Gambar 2. Tatacara dan jenis tudung adalah mengikut ketetapan daripada BAKAT Perkhidmatan. Anak tudung adalah berwarna hitam sahaja. BAKAT DARAT BAKAT LAUT BAKAT UDARA BAKAT GABUNGAN ATM GAMBAR 2
38 (4) Pemakaian Selendang. Pemakaian selendang adalah untuk ahli BAKAT yang bukan beragama Islam seperti di Gambar 3. PANDANGAN HADAPAN PANDANGAN SISI Tatacara pemakaian selendang adalah seperti berikut: (a) Selendang dipakai pada bahu sebelah kiri (tidak dijahit manik, bersulam atau berjurai dihujungnya). (b) Rambut pendek hendaklah disisir rapi. (c) Rambut panjang melebihi paras bahu hendaklah diikat dan disanggul dengan sarung sanggul berwarna hitam sahaja. (d) Jenis material kain selendang adalah daripada chiffon. (e) Selendang boleh dipinkan dengan kerongsang yang sederhana besarnya. (f) Subang berjurai tidak dibenarkan. GAMBAR 3
39 (5) Niqab (Purdah). Pemakaian niqap (purdah) dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan semasa memakai seragam BAKAT. (6) Tag Nama. Tag nama dipakai di sebelah kanan pakaian. Contoh Tag Nama adalah seperti di Gambar 4. (a) Warna huruf pada perkataan hendaklah berwarna keemasan. (b) Bilangan huruf nama tidak melebihi 9 huruf. (c) Latar belakang tag nama adalah berwarna hitam. (d) Saiz tag nama adalah 1 inci x 3 inci. (e) Jenis tulisan SOUVENIR BOLD dan saiz tulisan 23.42 pt. (7) Beg Tangan. Beg tangan yang ditetapkan hanya berwarna hitam dan bertali panjang atau pendek. (8) Kasut. Kasut yang ditetapkan adalah berwarna hitam dan hendaklah bertumit (di antara 1 hingga 2 inci sahaja) serta bertutup penuh. (9) Aksesori Tambahan. Aksesori dibenarkan semasa pemakaian seragam adalah seperti berikut: (a) Seutas kalung mutiara putih sahaja. (b) Sebentuk cincin (mutiara, emas atau emas putih) pada jari manis sahaja. (c) Seutas gelang mutiara atau emas (tidak terlalu besar). (d) Penggunaan kerongsang yang berlebihan/ berjurai adalah tidak dibenarkan. 1 inci 3 inci 0.7cm GAMBAR 4
40 (e) Pemakaian subang berjurai tidak dibenarkan. (f) Penggunaan cermin mata hitam dibenarkan bagi acara luar dewan. (10) Pakaian Mengandung. Bagi ahli BAKAT yang mengandung semasa acara rasmi pemakaian baju BAKAT adalah diberikan kelonggaran kepada pakaian kurung awam dengan warna biru seperti pakaian seragam BAKAT. (11) Tatacara Pemakaian Baju BAKAT. Pemakaian baju BAKAT adalah untuk majlis seperti berikut: (a) Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Pasukan/ Pangkalan/ Briged/ Divisyen/ Perkhidmatan/ ATM. (b) Majlis-majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan/ Pangkalan/ Kor/ Briged/ Divisyen/ Perkhidmatan/ ATM. (c) Majlis Perbarisan Tamat Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Kanan. (d) Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet/ PALAPES/ Perajurit Muda. (e) Mesyuarat Tahunan/Agung BAKAT Pasukan/ Pangkalan/ Briged/ Divisyen/ Perkhidmatan/ ATM. (f) Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT Pasukan/ Pangkalan/ Briged/ Divisyen/ Perkhidmatan/ ATM. (g) Majlis Pemakaian Pangkat di Pasukan/ Pangkalan/ Briged/ Divisyen/ Perkhidmatan/ ATM.
41 PENGADUAN Sebarang aduan terhadap mana-mana ahli yang didapati tidak cekap dan amanah dalam menjalankan keputusan Jawatankuasa, bersikap negatif, melanggar etika sebagai ahli BAKAT, menyalahgunakan jawatan yang diberi dan menyalahgunakan mana-mana medium media sosial dalam perihal berkaitan BAKAT dan organisasi ATM serta lain-lain sebab yang difikirkan boleh menjejaskan nama BAKAT hendaklah terlebih dahulu diadukan kepada Jemaah Tertinggi BAKAT ATM sebelum (sekiranya perlu) dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
42 TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT
43 TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT (Rujuk kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil KSSKA) (No Pendafataran : 0180-06-WKL) AM 1. Membentangkan prosedur kewangan dan perakaunan BAKAT ATM yang meliputi bidang tugas Bendahari, pendapatan dan perbelanjaan, perakaunan, insurans harta, penyediaan laporan kewangan, prosedur audit dan keselamatan rekod perakaunan wang BAKAT. ORGANISASI 2. Organisasi BAKAT adalah sepertimana yang dibentangkan di dalam Perlembagaan BAKAT. BIDANG TUGAS 3. Bidang tugas BAKAT ATM adalah sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan BAKAT. PERAKAUNAN 4. Tatacara Perakaunan. Tatacara perakaunan yang digunakan adalah sebagaimana yang dipraktikan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. 5. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari BAKAT bertanggungjawab menyediakan laporan perbelanjaan yang berakhir pada 31 Dis setiap tahun kepada KSSKA. 6. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari TKAT juga perlu menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa oleh KSSKA. PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TABUNG BAKAT 7. Sumber Pendapatan. Sumber pendapatan utama BAKAT adalah merupakan geran tetap yang disalurkan oleh KSSKA yang berjumlah sepuluh peratus (10%) daripada sumbangan kerajaan atau tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung. 8. Rekod dan Penerimaan. Setiap transaksi penerimaan pendapatan hendaklah direkodkan dalam lejar dan resit penerimaan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan. 9. Agihan Peruntukan. KSSKA akan memberi peruntukan kewangan kepada BAKAT ATM untuk diagihkan kepada BAKAT perkhidmatan/formasi dan unit. Pengagihan peruntukan ini adalah berdasarkan kepada suatu jumlah yang ditentukan oleh BAKAT ATM.