44 10. Perbelanjaan. a. Jenis perbelanjaan. (1) Perbelanjaan Pengurusan Tabung BAKAT. (2) Perbelanjaan Pentadbiran/Operasi Tabung BAKAT. (3) Perbelanjaan Pelaburan. (4) Perbelanjaan untuk aktiviti sosial, sukan dan kebajikan. (5) Pembelian harta. (6) Sumbangan/hadiah / geran kepada badan sukan dan kebajikan ATM atau lain-lain organisasi. (7) Lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Lembaga Jawatankuasa Pengurusan demi kepentingan BAKAT. (8) Lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung dari masa ke semasa. b. Transaksi Perbelanjaan dan Dokumen Sokongan. Setiap transaksi perbelanjaan hendaklah direkodkan dalam lejar dan disokong dengan dokumen yang disahkan sebagai bukti perbelanjaan telah dilaksanakan. c. Susutnilai Harta. Susut nilai harta mengikut kadar perakaunan semasa. d. Wang Tunai Dalam Tangan. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang tunai dengan tidak melebihi RM500.00 pada setiap masa. PENGURUSAN BANK 11. Pembukaan Akaun Bank. Kewangan Kelab hendaklah diurus melalui bank perdagangan berlesen yang dipilih oleh dan atas kelulusan Lembaga Jawatankuasa Pengurusan. 12. Pegawai Pemegang Akaun Bank. Bendahari secara automatik dilantik sebagai Pegawai Pemegang Akaun Bank. 13. Tandatangan Timbal Cek. Cek bernilai RM 5,000.00 dan ke bawah hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun dan seorang penandatangan timbal. Cek bernilai RM 5,000.00 dan ke atas hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM/ Pengerusi BAKAT Perkhidmatan dan seorang penandatangan timbal.
45 14. Rekod Perbankan. Pemegang akaun dikehendaki menyimpan rekod perbankan seperti keratan buku cek, penyata bank, slip tunai ke bank dan sebagainya dengan selamat untuk tujuan pengesahan dan audit. 15. Pelarasan Penyata Bank. Pemegang akaun hendaklah memastikan pelarasan penyata bank dibuat pada setiap hujung bulan bagi memastikan setiap transaksi/kredit dan debit direkodkan dan baki akaun bank adalah tepat. LAPORAN KEWANGAN 16. Laporan Kewangan Tahunan. Bendahari bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan Kelab bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis setiap tahun. 17. Laporan Kewangan Semasa. Bendahari perlu juga menyediakan Laporan Kewangan atas keperluan semasa seperti pemeriksaan/ audit khas atau Mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Pengurusan. 18. Perkara yang perlu dalam laporan kewangan ialah: a. Penyata Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (Income and Expenditure Accounts). b. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet). c. Lain-lain penyata perakaunan/ dokumen sokongan yang difikirkan perlu seperti senarai harta, senarai pelaburan, senarai siberhutang dan sipiutang dan sebagainya. AUDIT 19. Akaun tahunan Kelab hendaklah diaudit dan disahkan oleh sekurang-kurangnya dua (2) Pemeriksa Kira-Kira. Pemeriksa Kira-Kira hendaklah terdiri daripada pegawai bertauliah yang dilantik oleh formasi/unit masing-masing. Laporan Pemeriksaan Kira-Kira hendaklah dimajukan kepada Bendahari KSSKA. KESELAMATAN WANG TUNAI/ BUKU CEK/ REKOD PERAKAUNAN 20. Bendahari/ Pemegang Akaun hendaklah sentiasa memastikan wang tunai, buku cek dan rekod-rekod perakaunan sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat selamat. Lejar dan dokumen perakaunan hendaklah dimajukan kepada Pegawai Memerintah pada minggu pertama pada setiap bulan. Pegawai Memerintah berhak membuat pemeriksaan mengejut ke atas akaun tersebut.