SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT,
PULAU PINANG
PAMERAN BERTEMA
RAMADAN
DIANJURKAN OLEH
PUSAT SUMBER SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2021
PENGERTIAN PUASA
• Ertinya menahan diri
dari makan dan minum
dan dari segala
perbuatan yang boleh
membatalkan puasa
mulai dari terbit fajar
hinggalah terbenam
matahari.
HUKUM PUASA RAMADHAN
• Ibadah puasa di bulan
Ramadhan adalah wajib bagi
mereka yang memenuhi
syaratnya.
• Selain puasa di bulan
Ramadhan, puasa yang wajib
ditunaikan adalah puasa
kifarah, puasa nazar,
dan puasa ganti (qada’).
NIAT PUASA RAMADHAN
PERKARA YANG DISUNATKAN
KETIKA BERPUASA
• Makan sahur serta melambatkannya
• Menyegerakan berbuka puasa & sunat
berbuka dengan buah kurma atau
benda-benda yang manis
• Menjamu orang-orang yang berbuka
puasa
• Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
• Memperbanyakkan ibadah dan berbuat
kebaikan
• Membaca Al-Quran
• Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan
Ramadhan
PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA
BERPUASA
• Tidur sepanjang hari
• Mandi terlalu kerap
• Merasa makanan dengan lidah
• Bersugi selepas gelincir matahari
• Berbekam
PERKARA YANG MEMBATALKAN
PUASA
• Memasukkan sesuatu ke dalam
rongga dengan sengaja kecuali
terlupa
• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh atau keluar mani dengan
sengaja
• Keluar darah haid dan nifas
• Gila
• Pitam atau mabuk sepanjang hari
• Murtad
DOA KETIKA BERBUKA PUASA
BAGAIMANA JIKA TAK MAMPU
BERPUASA?
• Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan
ibadah puasa adalah:
• Orang sakit
• Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
• Ibu mengandung
• Ibu yang menyusukan anak
• Orang tua yang tidak mampu berpuasa
• Pekerja yang melakukan kerja berat
• Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya
tidak terdaya.
• Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang
membatalkan puasa Ramadhannya samada kerana keuzuran
ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika tidak mampu juga,
diwajibkan membayar fidyah
“Telah datang kepada kalian
Ramadan, bulan yang diberkahi.
Allah mewajibkan atas kalian
berpuasa padanya. Pintu-pintu
syurga dibuka padanya. Pintu-
pintu Jahim (neraka) ditutup.
Syaitan-syaitan dibelenggu. Di
dalamnya terdapat sebuah malam
yang lebih baik dibandingkan
dengan 1000 bulan. Siapa yang
dihalangi dari kebaikannya, maka
sungguh ia terhalangi”.
(HR Ahmad)
Selamat menjalani
ibadah puasa…