The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat Ketetapan Rasmi Sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40324006, 2022-03-17 10:06:41

KETETAPAN SMK HULU KELANG

Maklumat Ketetapan Rasmi Sekolah

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

 Amanat Pengetua SMK Hulu Kelang 6
 Lencana SMK Hulu Kelang & Piagam/ Matlamat Sekolah 7
 Visi dan Misi KPM & SMK Hulu Kelang 8
 Lagu SMK Hulu Kelang 9
 Format Jadual Waktu 10
 Ketetapan Kurikulum SMK Hulu Kelang 11
 Ketetapan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Hulu Kelang 23
 Ketetapan Kokurikulum SMK Hulu Kelang 30
 Ketetapan Pengurusan Tingkatan 6 36

3

JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU KETETAPAN SEKOLAH 2022

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi Mohd Rohan bin Sidek
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi III Zaidaton Akma binti Zoll Kaperi
Penyelaras
: Penolong Kanan HEM
Ahli Jawatankuasa Hamidah binti Buang

: Penolong Kanan Kokurikulum
Mona Asifah binti Abdullah

: Penolong Kanan Tingkatan 6
Shamshul Mardiyyah binti Bahrum

: Nor Roseffin binti Ariffin
Wan Harinawati binti Wan Daud
Norzaiyana Binti Ashaari
Mohd Huzairon bin Alias

: Surayya binti Suaidi
Nurhuda binti Hj. Ahmad
Nor Hafizah binti Muhd Nor

4

AMANAT PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-Nya,

kita dipertemukan lagi dalam keadaan sihat dan sejahtera. Bagi meneruskan
usaha-usaha murni memartabatkan ummah dan memperkasakan jiwa insaniah.
Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan dan
profesionalisme keguruan memikul tanggungjawab memberikan pendidikan
berkualiti, membentuk masyarakat berpengetahuan dan produktif bersesuaian
dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam alaf digital ini. Guru perlu
menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kompetensi
yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi memantapkan kualiti
perkhidmatan guru mengikut arus perubahan perdana yang berlaku dalam
revolusi pendidikan. Warga pendidik yang menjadi pelaksana dasar pendidikan
negara perlu sentiasa bersedia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baharu
bagi membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen perubahan dalam
masyarakat. Inovasi dan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif perlu
dicetuskan oleh guru dalam organisasi sekolah dan pendidikan supaya guru dapat
mengaplikasikannya sebagai asas untuk membina dan mengembangkan potensi
manusia.

Berpegang kepada kata-kata “Sehati Mengungguli Prestasi”, marilah kita
bersama-sama meletakkan SMK Hulu Kelang sebagai sebuah institusi pendidikan
yang dilimpahi kasih sayang dan rahmah kepada semua warga sekolah, komuniti
dan negara tercinta. Mudah-mudahan amanah yang dipikul ini dapat dijayakan
dengan penuh iltizam dan dedikasi, seterusnya diberkati oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

……………………....………..............
(MOHD ROHAN BIN SIDEK)
Pengetua
SMK. Hulu Kelang

5

LENCANA SMK HULU KELANG

Cogan Kata : Berdikari
Warna
Lambang : Biru, Merah, Kuning, Putih
Melambangkan maksud yang sama dengan bendera
Tahun Direka Malaysia.

: • Bulan sabit dan bintang
Melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi

• Bunga Raya
Melambangkan Bunga Kebangsaan dan kelopak-
kelopaknya menunjukkan warga SMK Hulu Kelang
turut mendukung lima Prinsip Rukun Negara.

• Obor dan buku
Melambangkan semangat pelajar dalam bidang
akademik dan kokurikulum.

• Buku
Melambangkan sumber ilmu.

• Bola
Melambangkan kegiatan sukan

• Daun
Melambangkan persekitaran sekolah yang damai
dan lestari

: 1983

6

PIAGAM SEKOLAH

1. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dengan
meningkatkan prestasi PT3, SPM dan STPM.

2. Menentukan setiap pelajar dan guru dapat melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran yang efektif.

3. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum
dengan menentukan penyertaan aktif oleh guru dan pelajar.

4. Sentiasa berusaha untuk membentuk dan mengekalkan sifat-sifat murni
dalam kalangan pelajar, guru dan staf sokongan.

5. Sentiasa berusaha mewujudkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan
pelajar, guru dan staf sokongan.

6. Mengamalkan suasana tenteram serta persekitaran yang ceria dan bersih.
7. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan layanan mesra.
8. Mewujudkan hubungan mesra dengan semua pihak.

MATLAMAT SEKOLAH

1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik.

2. Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berbudi dan berani.

3. Menyediakan pelajar yang berketerampilan, berkemahiran dan boleh menjadi
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

4. Memberikan peluang mendapatkan pendidikan yang saksama kepada semua
pelajar.

7

VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk

Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

8

LAGU SMK HULU KELANG

Putera-puteri SMKHK,
Mendukung wawasan pendidikan,
Menjadi insan harmonis seimbang,
Menggarap gemilang masa depan.

Sederap kami melangkah,
Berilmu, Beramal dan Beriman,
Asas pelajar, berketerampilan,
Penuh iltizam dalam kehidupan.

Berilmu, cahaya dicari,
Beramal, tonggak peribadi,

Beriman, asas jaya diri,
Sekolah Menengah Hulu Kelang.

Kami putera-puteri sedia,
Menegakkan warisan bangsa,

Menghadiahkan piala jaya,
Untuk ibunda, sekolah dan negara.

Penggubah : Allahyarham Malek bin Saidin
Penulis lirik : Shamshul Mardiyyah binti Hj Bahrum

9

10

11

MATA PELAJARAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS TAHUN 2022
WAJIB
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

PAKEJ MATA PELAJARAN TERAS
STEM
12 Bahasa Melayu Bahasa Sejarah Matematik Pendidikan Pendidikan
Inggeris Islam Moral

KEMANUSIAAN & Bahasa Melayu Bahasa Sejarah Matematik Pendidikan Pendidikan Sains
SASTERA IKHTISAS Inggeris Islam Moral

PAKEJ MATA PELAJARAN ELEKTIF
STEM
Biologi Fizik Kimia Matematik
Tambahan
KEMANUSIAAN & Prinsip Ekonomi Perniagaan
SASTERA IKHTISAS Perakaunan Pendidikan Seni
Visual
PENGAJIAN ISLAM Tasawwur
Islam

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

VISI
Insan Terdidik dan Berkualiti Penjana Kegemilangan Negara Bangsa

Definisi Visi Mengikut Konteks Sekolah
Menawarkan sistem pendidikan yang mantap melalui PdPc yang berkesan dan berupaya
membuka minda menerusi perlaksanaan MMI yang menyeluruh yang dapat melahirkan
generasi berdaya saing, beridentiti nasional dan bersahsiah unggul yang mampu
memberi impak kepada kesejahteraan kemajuan negara.

MISI
Menjana Potensi Individu untuk Melahirkan Insan yang Terampil Mengikut Acuan
Sistem Pendidikan dan Aspirasi Negara

MATLAMAT
•Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu
•Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketrampilan dan Sejahtera
•Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara
•Memberi Peluang-peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia

Definisi Misi Mengikut Konteks Sekolah
Guru yang berwibawa dan berfikiran positif kea rah peningkatan mutu PdPc berkesan
yang sentiasa mencari jalan supaya murid hanya menikmati pengalaman pembelajaran
yang terbaik untuk membangunkan potensi murid agar mampu muncul sebagai insan
yang berdikari dan berkeyakinan tinggi untuk menyumbang terhadap kemakmuran diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

13

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik dan staf SMK Hulu Kelang dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
MURID :
 Memastikan proses PdPc berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu

(MMI) dan murid mendapat pendidikan berkualiti.
 Memastikan buku/hasil kerja murid diperiksa selewat-lewatnya dua hari selepas

dikumpulkan
 Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta merta
STAF:
 Memastikan urusan gaji guru tepat pada masanya
 Memaklumkan kepada guru segala edaran daripada stakeholder berkaitan dengan

perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya 1 hari daripada tarikh diterima.
 Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun
 Semua tuntutan perjalanan diproses dalam masa seminggu selepas borang

diterima.
IBU BAPA :
 Segala aduan dan rayuan bertulis diproses dalam masa seminggu
 Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 30 minit sebelum

dihantar kepada pihak yang berkenaan.
 Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan.
KOMUNITI :
 Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
STAKEHOLDER :
 Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada stakeholder selewat-

lewatnya 1 hari selepas surat diterima
OBJEKTIF KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2)

14

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

1. PERNYATAAN KETETAPAN KURIKULUM

i. Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan

kurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan

emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan .
ii. Ketetapan Kurikulum Sekolah (KKS) yang diwartakan mestilah selari dengan

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 .

iii. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia .
iv. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan

kurikulum semasa.

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

i. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-
kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan
pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah mengikut arahan KPM.

ii. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang
ditetapkan.

iii. Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru
iv. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
v. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan
pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang
sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa .
vi. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru
Kanan Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan
sepenuhnya .

15

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
i. Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 4 / 1986 .
ii. Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,
motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di
dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan
digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu ,
berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan
kekesanan pengajaran.
iii. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV
dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-
panitia
iv. Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-
strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan
kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran
v. Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun
bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum
di sekolah. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu
selepas mesyuarat kurikulum. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah
disampaikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran melalui Setiausaha Kurikulum.
vi. Ketua Panitia dan Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia
dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan dengan diselia oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.

4. SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
i) SP , HSP, DSKP dan RPT adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran
ii) Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia
pada setiap akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang
disediakan hendaklah mengikut aras kemampuan pelajar dan perlu mengikut
takwim semasa sekolah.
iii) Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP atau DSKP kepada objektif
pentaksiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ,
dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata
pelajaran yang diajar.
iv) Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah
dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam
fail khas supaya senang dirujuk.
v) Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh KPM.
vi) Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di
dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod
Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .
vii) Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
a) Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
b) Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
c) Tingkatan Satu, Dua, dan Empat – sukatan dilengkapkan pada Bulan Oktober.

16

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

viii. Bagi mata pelajaran Menengah Rendah seorang pelajar akan mengambil semua
mata pelajaran kecuali bukan Melayu akan mengambil Pendidikan Moral dan
yang beragama Islam akan mengambil Pendidikan Islam secara Pentaksiran Be-
rasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Pusat.

ix. Bagi mata pelajaran Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5 ), selain daripada mata
pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)
serta mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pendidikan Islam (murid Islam) dan Pendidikan Moral (murid bukan
Islam), pakej mata pelajaran adalah seperti berikut:

PAKEJ

PAKEJ MATA PELAJARAN ELEKTIF

STEM BIOLOGI FIZIK KIMIA MATEMATIK
TAMBAHAN

KEMANUSIAAN PRINSIP EKONOMI PERNIAGAAN PENDIDIKAN

& SASTERA PERAKAUNAN SENI VISUAL
IKHTISAS

PENGAJIAN TASAWWUR
ISLAM ISLAM

5 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i) Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru
untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid.

ii) Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
( TMK )

iii) Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi
keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah .

iv) Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi
multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti
GOOGLE CLASSROOM digalakkan dan akan diperluaskan.

v) Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris seperti yang terdapat dalam DLP dan HIP .

vi) Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik
dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang
kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar
sebelum beredar ke topik selanjutnya .

17

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

i. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran
berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT )
semasa proses pengajaran dan pembelajaran

ii. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian
peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .

iii. Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran ‘i-Think’ untuk mencungkil bakat
dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

iv. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan
daya tumpuan pelajar di dalam kelas .

v. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan
content skill language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru
mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan
kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan

vi. Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata pelajaran mestilah
sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti
yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk
mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .

vii. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara
berterusan terutama Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 menggunakan PBS agar PdPc lebih
menarik dan berkesan.

viii.Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan
budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan
penerapan budaya cintakan ilmu .

ix. Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan mencapah
ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.

6 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN
i. Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan

konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam
topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar .
ii. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN
BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
iii. Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini
mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan
untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar
menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk
melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk
penulisan .

18

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

iv. Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas
ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc dalam bilik darjah.
Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak oleh guru mata pelajaran mengikut skedule yang telah ditetapkan.

v. Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia
mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah
yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan
dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan
dalam panitia .

7. LATIHAN MINIMUM
i. Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses

pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang
disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru
mata pelajaran.
ii. Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
iii. Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi
pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

8. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
i. Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam

pendidikan
ii. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang

ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996
iii. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran

berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif
iv. Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan

prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Penilaian
dan Peperiksaan (rujuk lampiran) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan
ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format
peperiksaan, jadual pengawasan , rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi
ujian, ‘content skill’ dan post mortem peperiksaan .
v. Jawatankuasa ‘Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ‘Take Off Value’
dan meletakkan ‘ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan keputusan
peperiksaan mereka.

19

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

9. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

i. Jumlah waktu pembelajaran bagi setiap mata pelajaran adalah mengikut
ketetapan Akta Pendidikan 1996, Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa dan Simulasi Jadual Waktu KSSM.

ii. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat kurikulum

iii. Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan
kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam )

iv. Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tingkatan 1 ke Tingkatan 2 dan Tingkatan
4 ke Tingkatan 5 menjadi syarat utama agar peluang pengalaman mengajar
kelas peperiksaan kepada guru-guru di sekolah ini.

v. Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah antara 26 hingga 30 waktu
seminggu

vi. Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus
dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .

vii. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan
bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi
dengan Jadual Waktu Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul
Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti
tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian
dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .

viii. Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru
penyelaras bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap
dan satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik
khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat
Sumber, Makmal Sains, Bengkel KH , Surau, Bilik Pusat Pembelajaran, Dewan
Sekolah , Bilik PSV , Bilik APD dan Makmal Komputer.

ix. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran
kendiri pelajar di dalam meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat
perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu
dan semua guru, GKMP dan ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan
tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing. Guru
Perpustakaan dan Media adalah orang penting yang berperanan menggerakkan
peranan dan fungsi PSS.

10. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK – ‘UK EXCELLENCE’

i. Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar
Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akademik
ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan pelajar .

ii. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik –
UK EXCELLENCE.

20

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG

iii. Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat

dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata
pelajaran, menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif
tinggi boleh dikuasai, meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya

melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,
meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar .
iv. Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah

program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dan pada masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di
dalam kelas sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka

pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat
bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada

latih tubi , pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice make
permanent’. Program Peningkatan Prestasi Akademik SMKHK – UK EXCELLENCE
merangkumi;

1)Smart Bengkel Lestari
2)Smart Perkampungan Ilmu Lestari
3)Smart 2Q (Quality & Quantity)

4)Smart Motivasi
5)Smart Reward
v. Penglibatan PK HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi

penyelarasan program kecemerlangan akademik .
vi. Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan
yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada

Jawatankuasa .

11 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
i. Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan

diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam
setahun .
ii. Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk
menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan guru
cemerlang untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan
keberkesanan program-program sekolah .
iii. Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari
kesalahan . Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ‘judgement statement’
tetapi mestilah membuat ‘statement berdasarkan observation’ supaya
penambaikan boleh berlaku .
iv. Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia
dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan .
v. Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja
dioptimumkan .
vi. Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil
kerja pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah
diurus dengan baik
vii. Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah
dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat
Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi
tujuan penambahbaikan .

21

KETETAPAN KURIKULUM SMK HULU KELANG
12 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP )
i. Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa

memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk
budaya kerja cemerlang .
ii. Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga
sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme,
Perbincangan Profesional, dan Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah .
iii. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-
bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada
Pengetua atau PK Pentadbiran untuk tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang
pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-
kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .
iv. Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab
itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi , pengurusan
panitia yang efisyen dan PdP menggunakan GOOGLE CLASSROOM.
v. Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya
adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru
tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan
dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan
baik oleh ketua panitia mata pelajaran tersebut .
vi. Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia
atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan
pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran ,
tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar .

22

23

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
1.0 Pengurusan unit-unit Hal Ehwal Murid
1.1 Pengetua melantik Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil bagi
semua unit HEM.
1.2 Pengetua mengendalikan mesyuarat J/K Induk HEM tiga kali setahun.
1.3 Penolong Kanan HEM memastikan fail induk disediakan dan sentiasa
dikemaskini.
1.4 Ketua/Setiausaha unit HEM mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa
Kecil tiga(3) kali setahun.
1.5 Jawatankuasa Kecil unit HEM menjalankan aktiviti/program yang
diputuskan dalam mesyuarat dan menyediakan laporan pelaksanaan
program.
1.6 Semua unit HEM menyediakan perancangan strategik, OPPM dan
perancangan tahunan untuk tahun semasa.

2.0 Pengurusan mesyuarat
2.1 Pengerusi menentukan tarikh mesyuarat dan agenda mesyuarat.
2.2 Setiausaha mengeluarkan surat panggilan mesyuarat yang
mengandungi maklumat berikut seperti dalam SPSK:
2.2.1 Nama Mesyuarat
2.2.2 Tarikh dan Masa Mesyuarat
2.2.3 Tempat Mesyuarat
2.2.4 Nama Pengerusi Mesyuarat
2.2.5 Agenda Mesyuarat
2.3 Setiausaha mengedarkan borang kehadiran mesyuarat untuk diisi dan
ditandatangani oleh semua ahli mesyuarat yang hadir.
2.4 Pengerusi mempengerusikan mesyuarat berdasarkan agenda yang
telah ditetapkan.
2.5 Setiausaha mencatat minit mesyuarat seperti maklumat berikut:
2.5.1 Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat.
2.5.2 Keputusan yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.
2.6 Setiausaha menyediakan minit mesyuarat mengikut format minit
mesyuarat yang betul.
2.7 Setiausaha menyerahkan minit mesyuarat yang telah siap dibuat
kepada pengerusi untuk semakan.
2.8 Setelah minit mesyuarat disemak oleh pengerusi, setiausaha
membetulkan semula kandungan minit mesyuarat yang tercicir.
2.9 Setiausaha mengedarkan minit mesyuarat dan borang maklumbalas
dalam tempoh tujuh(7) hari selepas mesyuarat kepada semua ahli
mesyuarat.
2.10 Ahli mesyuarat mengambil tindakan berdasarkan hasil keputusan
mesyuarat yang telah dipersetujui dan mengisi borang maklumbalas
untuk memaklumkan tindakan yang telah diambil.
2.11 Setiausaha mengumpulkan dan menyatukan semua dapatan
maklumbalas daripada ahli-ahli mesyuarat untuk edaran semasa
mesyuarat yang akan datang.
2.12 Setiausaha memfailkan minit mesyuarat ke dalam Fail Induk Unit
HEM.

24

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

3.0 Pengurusan Perhimpunan Pagi

3.1 Guru bertugas berada di tapak perhimpunan pada atau sebelum loceng
pertama berbunyi pada pukul 7.20 pagi.
3.2 Guru sistem PA bersama J/K sistem PA menyediakan mikrofon/speaker

yang berfungsi.
3.3 Guru kelas mengambil kehadiran murid sebelum perhimpunan bermula.
3.4 Semua guru dan murid berada di tapak perhimpunan dari permulaan

sehingga sesi perhimpunan tamat melainkan guru disiplin yang mempunyai
tugas tertentu.
3.5 Guru displin terutama guru disiplin yang bertugas membantu

mengendalikan perhimpunan pagi bersama dengan pengawas sekolah.
3.6 Pengendalian Perhimpunan:

3.6.1 Murid beratur dalam dua barisan, murid lelaki satu barisan dan
murid perempuan satu barisan di belakang murid lelaki.
3.6.2 Kerusi guru disusun rapi dan mencukupi oleh pengawas.

3.6.3 Guru sistem PA bersama AJK Siaraya memastikan alatan berfungsi
dengan baik.
3.7 Aturcara perhimpunan

3.7.1 Kata aluan Pengerusi Majlis – Guru bertugas
3.7.2 Bacaan doa
3.7.3 Nyanyian lagu Patriotik

i. Lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Selangor
iii. Lagu Sekolah

3.7.4 Pelafazan Rukun Negara dan Bacaan Ikrar Murid
3.7.5 Laporan Guru Bertugas Mingguan (minggu sebelum)
3.7.6 Pengumuman/ Pelaksanaan Program

3.7.7 Ucapan Pentadbir
3.7.8 Ucapan Pengetua
3.7.9 Perhimpunan bersurai

4.0 Pengurusan fail-fail
4.1 Semua fail induk unit HEM senantiasa dikemaskini dan sentiasa berada di
bilik operasi.
4.2 Fail induk HEM lengkap dan mengandungi semua perkara seperti dalam
senarai semak yang ditetapkan.
4.3 Pemantauan fail induk unit HEM akan dijalankan oleh PK HEM dengan
bantuan setiausaha HEM tiga (3) kali setahun.

25

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

5.0 Pengurusan Disiplin Sekolah
5.1 Menyediakan peraturan-peraturan dan panduan tatatertib murid sekolah.
5.2 Menentukan prosedur tindakan kes disiplin sekolah mengikut Pekeliling
SPI Bil 7/1995
5.3 Menguatkuasakan peraturan sekolah untuk murid mengikut Pekeliling SPI
Bil 9/1975.
5.4 Pengurangan peratus kes murid yang terlibat dalam salahlaku disiplin
kepada 16%, ponteng kelas kepada 13% dan ponteng sekolah kepada
19%.
5.5. Memastikan murid yang terlibat dalam kes disiplin dirujuk kepada unit
bimbingan dan kaunseling sebelum dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
5.6 Kes-kes gantung dan buang sekolah dibicarakan dalam Lembaga Disiplin
sebelum tindakan diambil.

6.0 Pengurusan Kehadiran Murid
6.1 Unit Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) menguruskan kehadiran
murid dengan:
6.1.1 memastikan e-kehadiran diisi setiap hari persekolahan oleh guru
kelas sebelum 8.30 pagi.
6.1.2 Penyelaras APDM menyediakan laporan kehadiran murid pada hujung
setiap bulan. Satu salinan difailkan dan lagi satu salinan diserah
kepada PK HEM.

7.0 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
7.1 Mengadakan bilik atau ruang bimbingan dan kaunseling yang selesa dan
kondusif.
7.2 Mengadakan lima (5) sesi kaunseling individu dan satu (1) sesi kaunseling
berkelompok seminggu.
7.3 Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan
kaunseling mengikut keperluan dan isu/masalah murid.

8.0 Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan
8.1 Membantu pihak sekolah mengawasi dan meningkatkan kebersihan dan
keceriaan sekolah dari semasa ke semasa.
8.2 Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.
8.3 Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan
sekolah
8.4 Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak
luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi
mempertingkatkan mutu kerbersihan sekolah.
8.5 Menguat kuasa segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan
dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh
AJK ini.
8.6 Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa
ke semasa dan membuat laporan kemajuan kerja.
8.7 Memastikan kelas-kelas dalam keadaan ceria sepanjang tahun.
8.8 Memastikan kelas-kelas dalam keadaan bersih sebelum pelajaran pertama
dimulakan.
8.9 Memastikan kemudahan asas seperti penyapu, penyodok dan sebagainya
ada dalam setiap kelas.

26

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
9.0 Pengurusan Kesihatan Murid
9.1 Menyediakan bilik rawatan untuk perkhidmatan Klinik Bergerak Jabatan
Kesihatan.
9.2 Menyediakan bilik kecemasan dan dilengkapkan dengan peralatan untuk
merawat murid yang sakit.
9.3 Mengadakan tiga (3) program kesihatan setahun di peringkat sekolah.
9.4 Semua murid memiliki buku rekod kesihatan dengan butiran peribadi dan
rekod rawatan kesihatan yang lengkap.
9.5 Memastikan semua pelajar Tingkatan 3 mendapat suntikan ATT .
9.6 Memastikan semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam
mendapat rawatan pergigian sekolah.
9.7 Memantau perjalanan Unit Denggi Sekolah supaya kawasan sekolah bebas
denggi.
9.10 Menguruskan Kit Ujian Kendiri Covid 19 bagi murid bergejala semasa di
sekolah.

10.0 Pengurusan Keselamatan Murid
10.1 Alat pemadam api yang berfungsi diletakkan di tempat strategik dalam
kawasan sekolah.
10.2 Mempamerkan pelan laluan kecemasan di dalam setiap kelas (termasuk
makmal, bengkel dan bilik-bilik khas) dan di luar bilik darjah di kawasan
sekolah.
10.3 Menjalankan latihan kebakaran (fire drill) dan cara menggunakan alat
pemadam api dua (2) kali setahun.
10.4 Merancang dan melaksana dua (2) program sekolah selamat, empat (4)
program dengan kerjasama unit kaunseling dan 2 program dengan
kerjasama unit disiplin.

11.0 Pengurusan Kebajikan Murid
11.1 Semua murid dan anak yatim yang benar-benar memerlukan bantuan
dikenalpasti dan diberi bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
11.2 Pemantauan murid yang menerima bantuan dilakukan dua (2) kali
setahun.
11.3 Memastikan data maklumat murid yang memohon bantuan lengkap dan
sahih.
11.4 Menguruskan tuntutan takaful/perlindungan murid yang ditimpa
kemalangan dengan kadar segera.

12.0 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
12.1 Semua murid menerima buku teks sebelum permulaan sesi persekolahan
baru.
12.2 Semua buku teks diproses sebelum diedarkan.
12.3 Memastikan buku teks cukup untuk semua murid.
12.4 Semua murid memulangkan buku teks pada akhir sesi persekolahan.

27

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
13.0 Pengurusan Bilik Segar
13.1 Memastikan kebersihan bilik segar sentiasa dijaga.
13.2 Memastikan pekerja swasta membersihkan bilik segar dua (2) kali sehari
pada hari persekolahan.
13.3 Memastikan bilik segar berfungsi dengan baik.
13.4 Memastikan setiap kerosakan diambil tindakan segera.
13.5 Bilangan tandas mencukupi untuk kegunaan murid dan guru mengikut
Indikator Butiran Penyeliaan Skor Catatan.
13.6 Mendedahkan kepada murid-murid cara menggunakan tandas dengan
betul.
13.7 Memastikan tandas bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
13.8 Membuat pemeriksaan kebersihan dan kerosakan tandas dan dilaporkan
dalam Buku Laporan Tugas.
13.9 Merancang dan mengadakan dua (2) aktiviti yang berkaitan dengan
kebersihan tandas.
13.10 Menyediakan label-label atau mural yang sesuai.
13.11 Melengkapkan papan kenyataan di luar tandas supaya ia berfungsi dan
bermaklumat.

14.0 Pengurusan Kantin
14.1 Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan.
14.2 Pemantauan kebersihan kantin dan penyediaan makanan dijalankan setiap
hari dan laporan dibuat sekali dalam seminggu.
14.3 Memastikan makanan cukup dan berkhasiat untuk semua murid.
14.4 Semua pekerja kantin menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan
memiliki kad kesihatan yang sah.
14.5 Bilangan kerusi dan meja mencukupi untuk murid duduk dan makan.

15.0 Pengurusan Biasiswa
15.1 Semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad)
di Bank Simpanan Nasional dan disimpan di pejabat sekolah.
15.2 Borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa diisi untuk
setiap transaksi.
15.3 Memberi borang permohonan biasiswa dan kemaskini maklumat semua
pelajar dalam senarai layak Sistem APB yang memenuhi kriteria pencapaian
akademik dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM.
15.4 Memastikan pencapaian akademik pemegang biasiswa dipantau dua kali
setahun.
15.5 Mengadakan perjumpaan berkala dan program motivasi dengan pemegang
biasiswa sekurang-kurangnya sekali setahun.
15.6 Menjalankan sesi dialog bersama dengan ibubapa penerima BKP / BKPU
tawaran baru satu kali setahun.

28

KETETAPAN PENGURUSAN HEM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

16.0 Pengurusan Sistem Maklumat Murid (SMM)
16.1 Semua data murid diisi dengan lengkap dalam SMM oleh guru tingkatan.
16.2 Penyelaras SMM membuat rumusan maklumat murid pada setiap hujung
bulan.
16.3 Penyelaras menyediakan laporan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan
bulan Jun untuk difail dan dihantar ke PPD/JPNS.
16.4 Guru Tingkatan menutup register pada setiap hujung bulan dengan tepat.

17.0 Pengurusan PPDa
17.1 Penyelaras menyediakan sudut PPDa di sekolah.
17.2 Tidak ada murid yang terlibat dengan dadah.
17.3 Murid yang disyaki mengambil dadah menjalani ujian air kencing bagi
memastikan sepenuhnya sama ada murid tersebut terlibat/positif atau tidak
terlibat/negatif dalam penyalahgunaan dadah.

18.0 Pengurusan Perabot
18.1 Kerusi dan meja cukup untuk semua murid mengikut slogan ‘1Murid 1Meja
1Kerusi’.
18.2 Kerosakan meja dan kerusi dikurangkan kepada 25%.
18.3 Pergerakan kerusi dan meja pada hari persekolahan dikurangkan.
18.4 Setiap kelas mempamerkan pelan duduk di papan notis.

19.0 Pengurusan KPJ
19.1 Penyelaras merancang dan melaksana ceramah/pameran satu (1) kali
setahun.
19.2 Ahli KPJ bertugas mengikut jadual bertugas yang sudah ditetapkan.
19.3 Pengurusan perabot berjalan secara berkala iaitu sekali seminggu bermula
dari minggu pertama sehingga akhir tahun.
19.4 Penyelaras merancang dan menjalankan kempen 5 minit di tapak
perhimpunan sebanyak 4 kali setahun.

20.0 Pengurusan Peti Cadangan dan Pengaduan
20.1 Menyediakan empat peti cadangan dan pengaduan di pejabat, bilik disiplin,
bilik kaunseling dan kantin sekolah.
20.2 Memastikan empat peti cadangan dan pengaduan berada dalam keadaan baik
(tidak dirosakkan dan pastikan tidak hilang).
20.3 AJK perlu memeriksa setiap peti cadangan pada setiap hari Jumaat.
20.4 Setiap cadangan dan aduan yang diterima diambil tindakan segera oleh pihak
pentadbir.
20.5 Merekodkan setiap cadangan dan aduan yang diterima dalam buku khas
aduan dan cadangan.
20.6 Memberi maklum balas kepada pencadang dan pengadu bagi setiap aduan
dan cadangan yang telah diambil tindakan. Setiap aduan dan maklum balas
ditampal pada papan notis di bilik guru dan kantin sekolah.

21.0 Pembangunan Sahsiah Murid
21.1 Menghasilkan program HEM yang dapat membantu kecemerlangan murid dan
memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
21.2 Mengadakan program Solat Zuhur Berjemaah mengikut tingkatan (bergilir).
21.3 Mengadakan Kelas Celik Al-Quran selepas waktu persekolahan.
21.4 Memeperkasakan program mingguan Bacaan Yasin/ Al-Mathurat, Program
Ihya Ramadhan dan Solat Hajat, khususnya murid kelas peperiksaan awam.

29

30

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

VISI KOKURIKULUM

Kokurikulum SMK Hulu Kelang Cemerlang

MISI KOKURIKULUM

1. Menghasilkan murid yang cemerlang dan berketerampilan dalam bidang kokurikulum
2. Menghasilkan insan yang sihat, cergas dan aktif dalam bidang kokurikulum di peringkat

zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

1.1 Penyertaan Murid
i. Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri
daripada satu sukan dan permainan, satu unit beruniform dan satu kelab
dan persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun.
ii. Murid perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang
ditawarkan oleh sekolah.

1.2 Masa aktiviti
i. Aktiviti pada setiap hari Rabu dari 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
ii. Aktiviti pasukan sekolah ialah pada hari Isnin, Selasa atau Rabu dari jam
3.00 petang sehingga 4.30 petang.
iii. Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan
keadaan semasa.

1.3 Bilangan perjumpaan
i. Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah

a) Sukan dan permainan - 12 kali perjumpaan
b) Unit beruniform - 12 kali perjumpaan
c) Kelab dan persatuan - 12 kali perjumpaan

1.4 Kod pakaian
i) Aktiviti sukan dan permainan
a) Baju kokurikulum atau kemeja-T sukan atau sekolah dan seluar trek.
b) Bagi pelajar perempuan yang bertudung, hanya tudung putih atau hitam
(kosong) sahaja yang dibenarkan.
ii) Aktiviti unit beruniform
Pakaian seragam unit uniform masing-masing.
ii) Aktiviti kelab dan persatuan
Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau kemeja-T sekolah.

31

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

iii) Aktiviti luar sekolah
Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah.

iv) Sukan tara dan Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga
a) Kemeja-T rumah sukan atau kemeja-T sekolah atau kemeja-T putih dan seluar
trek bagi pelajar lelaki/perempuan bukan Islam.
b) Kemeja-T rumah sukan atau kemeja-T sekolah atau kemeja-T putih berlengan
panjang dan seluar trek bagi pelajar perempuan Islam.

v) Perhimpunan kokurikulum pada hari Isnin minggu ke tiga setiap bulan
a) Pakaian unit uniform lengkap.
b) Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh penyelaras
Pasukan Badan Beruniform.
c) Guru-guru amat digalakkan memakai pakaian unit beruniform.

1.5 Pengurusan Laporan Aktiviti Kokurikulum
i) Setiap unit kokurikulum perlu menyediakan maklumat-maklumat berikut dan
perlu dimuatnaik ke dalam Google Drive masing-masing. Isi kandungan mesti
mempunyai perkara-perkara berikut:

1. Perlembagaan 8. Laporan Tahunan

2. Rancangan Tahunan 9. Surat –menyurat
3. Struktur Organisasi 10. Minit-minit mesyuarat
4. Surat penubuhan kelab/persatuan 11. Rekod kewangan bulanan

5. Senarai keahlian / rekod 12. Penyata kewangan tahunan
kehadiran ahli 13. Laporan aktiviti
6. Laporan setiap aktiviti

7. Laporan pencapaian /kejayaan
ahli

1.6 Pengurusan Buku PAJSK
i. Setiap murid mesti mempunyai buku PAJSK sebagai rekod kehadiran dalam
aktiviti kokurikulum.
ii. Buku PAJSK yang dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum mesti
diserahkan kepada guru penasihat untuk ditandatangani selepas aktiviti
dijalankan.
iii. Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku
kokurikulum maka guru penasihat perlu ada rekod kehadiran ahli yang tepat dan
lengkap bagi setiap perjumpaan agar penilaian dalam dilaksanakan dengan adil
dan saksama.

1.7 Pengurusan dan pengelolaan aktivti di dalam sekolah dan di luar sekolah
a) Langkah keselamatan yang sesuai dilaksanakan mengikut Standard Operating
Procedures (SOP).
b) Tiada aktiviti boleh dijalankan tanpa kehadiran dan pengawasan guru.

32

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
Dasar 1: Dasar-Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
i. Pihak sekolah akan mematuhi segala dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah.
Dasar 2: Tenaga Pengajar
i. Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum.
ii. Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut:

Badan Beruniform Persatuan / Kelab
1. Persatuan Bahasa
1. Pandu Puteri 2. Persatuan STEM
2. Bulan Sabit Merah Malaysia 3. Persatuan Keusahawanan Muda dan PROTUNe
3. Kadet Remaja Sekolah 4 Persatuan Rukun Negara, Sejarah, Moral dan
4 PKBM (Laut)
Alam Sekitar
5. Puteri Islam 5. Persatuan Koperasi dan Pengguna
6. Kadet Polis 6. Kelab Pencegah Jenayah

Sukan dan Permainan Rumah Sukan
1. Kelab Bola Sepak/ Futsal 1. Rumah Temenggung
2. Kelab Bola Jaring 2. Rumah Syahbandar
3. Kelab Badminton 3. Rumah Laksamana
4 Kelab Permainan Dalaman 4 Rumah Bendahara
5. Kelab Bola Tampar
6. Kelab Petanque

iii. Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut:

a. Menggubal perlembagaan
b. Melantik jawatankuasa
c. Merancang aktiviti tahunan
d. Merekod kehadiran pelajar
e. Melaksanakan aktiviti harian
f. Membuat penilaian
g. Menyediakan laporan

33

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG

Dasar 3: Penyertaan Pelajar

i. Semua murid Tingkatan 1 sehingga 5 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan
bagi ketiga-tiga bidang berikut :
a) Unit Beruniform
b) Kelab dan Persatuan
c) Sukan dan Permainan

ii. Semua murid diwajibkan menyertai satu rumah sukan.
iii. Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai

berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
iv. Penentuan pemilihan pelajar akan diputuskan oleh PK Kokurikulum.
v. Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

Dasar 4: Penjadualan Kegiatan

i. Takwim kegiatan kokurikulum sepanjang tahun persekolahan disediakan.
ii. Kegiatan Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta

latihan rumah sukan dijalankan selepas waktu sekolah (2:00 petang sehingga
5:00 petang) berdasarkan ketetapan berikut :
a) Unit beruniform (setiap Rabu)
b) Kelab dan Persatuan (setiap Khamis)
c) Kelab Sukan dan Permainan n Latihan Rumah Sukan (setiap Selasa)

iii. Kegiatan atau aktiviti kokurikulum boleh juga dijalankan pada hari Sabtu dan
Ahad, seperti Pertandingan Larian Merentas Desa pada hari Ahad dan
Perkhemahan Unit Beruniform pada hari Sabtu dan Ahad.

iv. Kegiatan akan ditangguhkan atas sebab-sebab berikut:
a) Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)
b) Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
c) Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
d) Atas arahan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum
e) Pandemik

Dasar 5: Penyertaan Kegiatan Luar Sekolah

i. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan peringkat Kawasan,
Daerah, atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.

ii. Sekolah tidak memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program
Sasaran.

iii. Sekolah sentiasa berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke
tahap tertinggi melalui:
a) Latihan yang bersistematik
b) Kelengkapan yang sempurna
c) Pertandingan dalaman
d) Penyertaan yang aktif

34

KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HULU KELANG
Dasar 6: Penilaian
i. Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai dengan

menggunakan kaedah dalam buku ‘Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah
Menengah’. terbitan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran.
ii. Pihak sekolah juga akan menggunakan kaedah ‘Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum’ (PAJSK) yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Dasar 7: Penghargaan
i. Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :
a) Barangan atau wang tunai
b) Sijil Penghargaan
ii. Mewujudkan Anugerah Sukan dan Kokurikulum kepada pelajar yang cemerlang
pencapaian dalam bidang kokurikulum.

35

36

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

TINGKATAN ENAM - LATAR BELAKANG
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh
kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian
menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak
ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pascamenengah iaitu Tingkatan Enam, jika
menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 semester. Terdapat dua
aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains
Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kemasukan

Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian
bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah
mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak
melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
Semua tawaran kemasukan dibuat secara dalam talian dan calon-calon yang tidak mendapat
tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Matlamat

Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda
berimpak tinggi, glokal dan universal. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada
negara di samping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.

Objektif
Objektif pelaksanaan pendidikan Tingkatan Enam adalah untuk:

a) meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi;
b) memberikan pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi;
c) memberikan pendidikan yang setara dengan program tingkatan enam yang lain;
d) memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai

kebolehpasaran yang tinggi; dan
e) membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek

perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan
hasrat untuk:
a) memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti

pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti
Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana tingkatan enam dilihat sebagai salah satu
laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti;
b) mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam ;
c) membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam .

37

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
a) Imej dan Anjakan Minda.
b) Info dan Infrastruktur.
c) Pengurusan dan Pentadbiran
d) Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
e) Kurikulum.

Kurikulum Tingkatan Enam

Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012
setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun
begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata
pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib
diambil oleh semua pelajar. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang
berikut:

Bil Kod Mata Pelajaran Bil Kod Mata Pelajaran

1. 900 Pengajian Am 12. 944 Ekonomi

2. 910 Bahasa Melayu 13. 946 Pengajian Perniagaan

3. 911 Bahasa Cina 14. 948 Perakaunan

4. 912 Bahasa Tamil 15. 950 Mathematics (M)

5. 913 Bahasa Arab 16. 954 Mathematics (T)

6. 920 Literature in English 17. 958 Information and
Communications Technology(ICT)

7. 922 Kesusasteraan Melayu 18. 960 Physics
Komunikatif

8. 930 Syariah 19. 962 Chemistry
20. 964 Biology
9. 931 Usuluddin 21. 966 Sains Sukan
22. 970 Seni Visual
10. 940 Sejarah

11. 942 Geografi

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran
kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).

Kokurikulum Tingkatan Enam

Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10
peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang
berikut:

a. Kelab/ Persatuan;
b. Sukan/ Permainan; dan
c. Badan Beruniform

38

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:
a. Penggal 1: Mei hingga November (26 minggu) termasuk
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)

• Peperiksaan Semester 1 (S1)

b. Penggal 2: Januari hingga Mei (20 minggu termasuk
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
• Peperiksaan Semester 2 (S2)

c. Penggal 3: Mei hingga November (26 minggu) termasuk
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
• Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1), dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau
mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga semester, iaitu S1,
S2, dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Pentaksiran

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan
kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata
pelajaran. Pelajar mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2, dan S3. Pelajar juga
mesti melaksanakan Kerja Kursus.

Pelajar akan menerima keputusan peperiksaan setiap semester. Mereka boleh membaiki
keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2.
Pentaksiran pencapaian pelajar dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga
semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik
bagi ketiga-tiga semesterl seperti yang berikut:
Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 + Kerja Kursus]

Yuran

Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan
persendirian individu.

Komponen Yuran Kos (RM)
Yuran asas 120.00
Yuran setiap mata pelajaran 90.00
Caj menduduki semula peperiksaan akhir per
kertas (Ulangan) 50.00

39

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

Penggredan STPM

Gred Kertas Gred Mata Markah Nilai Gred Mata Status
(Berdasarkan Pelajaran Pelajaran
setiap penggal) (Kumulatif) 80-100 (NGMP) Lulus Penuh
70-79 Lulus Penuh
A A 60-69 4.00 Lulus Penuh

A- A- 3.67

B+ B+ 3.33

B B 55-59 3.00 Lulus Penuh

B- B- 50-54 2.67 Lulus Penuh

C+ C+ 45-49 2.33 Lulus Penuh

C C 40-44 2.00 Lulus Penuh

C- C- 35-39 1.67 Lulus Sebahagian

D+ D+ 30-34 1.33 Lulus Sebahagian

D D 25-29 1.00 Lulus Sebahagian

F F 0-24 0.00 Gagal

Pengiktirafan
Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), danCambridge Assessment United Kingdom.
Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum
layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.
Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

40

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM
LAMPIRAN B

PENGURUSAN TINGKATAN ENAM
Latar Belakang (Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam 2016)
Salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 ialah
usaha mewujudkan laluan pendidikan yang pelbagai bagi murid lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Mesyuarat JPP Ke-203 bertarikh 21 November 2013 telah meluluskan pelaksanaan
penjenamaan semula Tingkatan Enam. Perubahan PdP bagi melahirkan modal insan
berkualiti dan berdaya saing. Perubahan kepada pendekatan tingkatan enam diharap
menarik lebih ramai murid ke T6
Membentuk kepimpinan menuju ke arah Membina Negara Bangsa meliputi aspek
perpaduan, patriotisme, jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Mendidik murid secara
menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang,
berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
Pada 4 Januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) meluluskan sistem modular. Sistem
modular boleh memartabatkan T6 sebagai laluan ke universiti. Pengurusan sekolah perlu
merancang, mengurus dan melaksanakan T6 secara sistematik, cekap dan berkesan selaras
dengan penjenamaan semula T6. Penambahbaikan garis panduan sedia ada berkaitan
pelaksanaan jadual waktu berdasarkan sistem modular perlu dilaksanakan serta
pelaksanaan PdP perlu menjurus kepada keberhasilan murid.
BPSH mengambil inisiatif untuk membuat penambahbaikan ke atas Garis Panduan yang
dikeluarkan pada Tahun 2009 dengan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Tingkatan
Enam Tahun 2016 yang akan dijadikan sebagai Standard Operating Procedure (SOP) bagi
pengurusan Pusat Tingkatan Enam.
Penambahbaikan garis panduan pengurusan Tingkatan Enam ini akan dapat memantapkan
dan melancarkan lagi pengurusan di semua Pusat Tingkatan Enam dalam aspek pengurusan
dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan sumber manusia (guru), pengurusan
peraturan dan disiplin.
GARIS PANDUAN INI JUGA AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PUNCA KUASA OLEH SEMUA
PIHAK PENTADBIR DAN PENGURUSAN DI PUSAT TINGKATAN ENAM.
STRUKTUR ORGANISASI DI SEKOLAH
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Struktur organisasi PT6 Mod 2 dan Mod 3 adalah berasingan dengan aliran perdana.
Jawatan GPK T6, Guru Akademik, Guru Kokurikulum, dan Guru Amali adalah mengikut waran
perjawatan yang diluluskan.
Keutamaan perlu diberikan kepada pengisian kekosongan jawatan guru T6 yang
merupakan jawatan kenaikan pangkat.

41

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

STRUKTUR ORGANISASI TINGKATAN 6

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Perjawatan Tingkatan Enam terdiri daripada Pengetua, GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK
Kokurikulum (Kolej T6), GPK T6 (PT6 Mod 2 dan Mod 3), Guru T6 (Akademik), Guru T6
(Kokurikulum), dan Guru T6 (Amali). Jawatan Guru T6 merupakan jawatan kenaikan pangkat
yang dilaksanakan melalui urusan pemangkuan atau penempatan hakiki Gred DG44, Gred
DG48, dan Gred DG52. Guru T6 ialah guru yang mengajar T6 dan telah menerima surat l
antikan secara rasmi menjawat jawatan tersebut. Guru Tingkatan Enam yang telah menerima
Arahan Penempatan (AP) mesti mengajar mengikut AP yang telah ditetapkan sahaja iaitu
mengajar Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 16 waktu dan dilengkapkan dengan tugas
kerja kursus/ penyelidikan Tingkatan Enam 4 waktu dan kokurikulum Tingkatan Enam 4
waktu. Tugas ini mesti dinyatakan secara rasmi dalam jadual waktu.
BIDANG DAN SENARAI TUGAS :
1. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
1.1 Mengajar 8 waktu seminggu
SENARAI TUGAS
PKT6
1. Pengurusan dan Pentadbiran
2. Kurikulum
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
4. Pengurusan Kokurikulum
5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme.

42

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM
Bilangan waktu mengajar bagi Guru Akademik Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 16
waktu hingga maksimun 24 waktu termasuk bahagian interaksi dengan murid
(kokurikulum dan kerja kursus). Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu
interaksi dengan murid dan tanpa interaksi dengan murid. Jumlah minimum untuk mata
pelajaran Tingkatan Enam - 16 waktu, maka baki waktu boleh dipenuhkan dengan interaksi
dengan pelajar dan interaksi tanpa pelajar.
BIDANG TUGAS:
GURU AKADEMIK, GURU KOKURIKULUM DAN GURU AMALI TINGKATAN 6

TUGASAN PERKARA JUMLAH JUMLAH
MINIT WAKTU
INTERAKSI Akademik (Kuliah/Tutorial)
DALAM BILIK 640 16
DARJAH Penyelidikan/Konsultasi/Kolokium 160 4
(DALAM JADUAL Kokurikulum
WAKTU KELAS) 160 4
JUMLAH 24
TUGAS LUAR Persediaan Guru Sebelum PdP 960
BILIK DARJAH Penyelidikan Guru 160 4
Penilaian dan Pentaksiran 120 3
Penggubalan Item 200 5
JUMLAH 80 2
560 14
JUMLAH BESAR 960 + 560 = 24 + 14 = 38
1520

GARIS PANDUAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM
(perincian bidang tugas)

Bil PERKARA PERINCIAN TUGAS

1 Waktu Interaksi dengan pelajar - 22-30 waktu ( keseluruhan)
Mengajar Akademik - 16/24 waktu.
(Contact Hours) Kokurikulum - 4 waktu.
melibatkan pengurusan satu aktiviti samada persatuan/kelab,
unit beruniform atau sukan/permainan
Penyelidikan /Konsultasi - 2 waktu.
melibatkan aktiviti membimbing pelajar membuat kajian dan
penyelidikan, membimbing pelajar mengakses maklumat secara
elektronik dan bahan bercetak.
Kolokium/Kerja Kursus - 2 waktu
melibatkan pembentangan hasil kajian dan penyelidikan, komen
dan ulasan guru.

2 Tugas Luar Tugas guru akademik Tanpa
Bilik Darjah/ Tingkatan Enam interaksi dengan pelajar
Tanpa Interaksi (15 waktu keseluruhan ) -
Dengan Pelajar. Persediaan - 4 waktu. Perincian dijelaskan di
Penyelidikan - 3 waktu. bawah
Gubal item - 3 waktu.
Penilaian dan Pentaksiran - 6 waktu.

43

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

PERINCIAN TUGASAN LUAR BILIK DARJAH TANPA INTERAKSI DENGAN PELAJAR.

a) Persediaan Guru 4 waktu seminggu untuk membuat persediaan sebelum
1 PdP
 Fokus kepada 2 kelas
 Satu mata pelajaran akademik.
 Menulis buku rekod mengajar/folio
 Membuat perancangan pengajaran, rujukan, penyediaan

BBM, nota, latihan dan lain-lain.
 Membuat persediaan untuk membimbing pelajar

membuat penyelidikan dan pembentangan hasil
penyelidikan dalam kolokium.
 Menyediakan folio (Folio PdP, Penyelidikan,Penilaian dan
Pentaksiran dan Pengurusan Kokurikulum) dan
menghantar laporan kepada Penolong Kanan Tingkatan
Enam setiap sebulan sekali.

b) Penyelidikan Guru 2 waktu seminggu
 Membuat penyelidikan berkaitan mata pelajaran yang di-

ajar bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan pelajar.
 Guru harus menghasilkan sekurang-kurangnya satu

penyelidikan setahun dan dibentangkan dalam kolokium.

c) Gubal Item. 3 waktu seminggu.
 Merancang menggubal dan menyediakan soalan untuk

ujian dan peperiksaan dalaman.
 Menyediakan bank item.

d) Penilaian dan 6 waktu seminggu.
Pentaksiran.  Menyemak kertas ujian dan peperiksaan.
 Memasukkan markah pelajar ke dalam Sistem Penilaian

dan Peperiksaan.
 Membuat 'post mortem' bagi setiap ujian dan

peperiksaan.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM

Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap
orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan
empat jenis folio bagu tujuan pemantauan. Folio-folio tersebut adalah:
(i) Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
(ii) Penyelidikan
(iii) Penilaian dan Pentaksiran
(iv) Kokurikulum.

Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diuruskan dengan memastikan
komponen bagi setiap folio adalah lengkap dan kemas kini. Komponen bagi setiap folio adalah
seperti yang tersenarai di bawah:

44

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran

Komponen folio P&P adalah seperti berikut:
 Jadual waktu peribadi
 Jadual waktu kelas
 Perancangan pengajaran setiap semester
 Perancangan pengajaran mingguan
 Perancangan pengajaran harian
 Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
 Nama pelajar bagi kelas yang diajar
 Biodata pelajar (bagi yang memegang jawatan guru kelas)
 Refleksi harian

2. Folio Penyelidikan
 Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan

minit curai setiap perjumpaan.
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar.
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Jadual konsultasi dengan pelajar.
 Laporan konsultasi dengan pelajar.
 Refleksi konsultasi dengan pelajar. (Setiap pelajar – 2 minggu sekali [Laporan

Kemajuan]).
 Perancangan pembentangan pelajar untuk diberikan penilaian.
 Jadual perancangan dan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan

minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan).
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
 Penulisan laporan/hasil penyelidikan.
 Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/daerah/negeri/

antarabangsa.

3. Folio Penilaian dan Taksiran
 Perancangan penilaian tahunan
 Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
 Skema pemarkahan ujian/peperiksaan
 Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
 Bukti penggubalan item soalan dan skema pemarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa

interaksi).
 Borang markah/penilaian pelajar bagi pembentangan dan penyelidikan.

4. Folio Kokurikulum
 Jadual pelibatan kokurikulum.
 Laporan aktiviti kokurikulum.
 Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
 Senarai nama pelajar di bawah seliaan.
 Rekod pencapaian pelajar di bawah seliaan.

45

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK HULU KELANG
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

11.0 Kehadiran

1.1. Setiap pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan.

1.2. Sidang persekolahan tingkatan 6 adalah seperti berikut :

Sesi Pagi

Isnin :7:30 pagi - 2.30 Petang (1:50 Tgh - 2:30 Ptg -Peny/KK)

Selasa :7:30 pagi - 2.30 Petang (1:50 Tgh - 2:30 Ptg -Peny/KK)

Rabu :7:30 -1:10 Tengah hari

(2:00 - 4:20 Petang – aktiviti Kokurikulum)

Khamis : 7.30 pagi - 2.30 Petang(1:10 Tgh - 2:30 Ptg -Peny/KK)

Jumaat :7.30 pagi – 12.45 tengah hari

1.3 Semua pelajar mesti berada di sekolah 20 minit lebih awal sebelum waktu
pertama bermula.

1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas sebelum loceng waktu pertama
berbunyi, kecuali hari hujan/pelajar yang bertugas di kelas pada hari tersebut.

1.5 Seseorang pelajar yang tidak hadir kerana sakit, ibu bapa/penjaga mestilah
memaklumkannya kepada pihak sekolah melalui surat/sijil akuan sakit daripada
doktor yang sah.

1.6 Surat makluman yang ditandatangani sendiri oleh pelajar berkenaan tidak akan
diterima oleh pihak sekolah.

1.7 Jika seseorang pelajar tidak hadir atas sebab-sebab lain daripada sakit, ibu bapa/
penjaga hendaklah menulis surat atau datang menemui PKT6 atau guru
tingkatan untuk memaklumkannya.

1.8 Ketidakhadiran yang boleh dirancang pada suatu masa akan datang seperti
bercuti mengikut ibu bapa/penjaga boleh dimohon lebih awal dengan menulis
surat permohonan cuti pelajar.

1.9 Jika seseorang pelajar tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa
keterangan bertulis daripada pihak ibu bapa/penjaga, surat amaran pertama
akan dihantar sekiranya murid berkenaan tidak hadir selepas diberi surat
amaran pertama, surat amaran kedua dan ketiga akan dihantar, jika tidak ada
jawapan atau tindak balas, ketidakhadiran selama 30 hari berturut-turut atau 60
hari berselang seli, pelajar berkenaan boleh diberhentikan.

1.10 Pelajar-pelajar wajib hadir menjalani aktiviti kokurikulum sekolah.
1.11 Pelajar-pelajar diwajibkan hadir bagi mengikut sebarang kelas tambahan, kelas

pemulihan, kelas ganti, kelas tahanan, dan kelas persediaan peperiksaan yang
diarahkan oleh guru-guru/pentadbir sekolah.
1.12 Pelajar-pelajar yang sengaja tidak hadir atau datang lewat atau pulang awal
tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.
1.13 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa rakan-rakan luar memasuki/
menggunakan kemudahan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
1.14 pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam/PK HEM. Pelajar-pelajar yang
memperoleh kebenaran dikehendaki mencatatkan namanya di dalam buku
Catatan Pelajar Balik Awal yang diletakkan di pejabat sekolah.

46

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

1.15 Pelajar-pelajar yang lewat kehadirannya mesti berjumpa terlebih dahulu dengan
Pengetua/PKT6/Guru Betugas untuk mendapatkan kebenaran masuk ke kelas
dengan mengisi slip lewat.

2.0 Pakaian Seragam Sekolah

Sejajar dengan sisitem pendidikan tingkatan enam seperti di kolej-kolej matrikulasi
danpusat asasi sains, pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan
oleh pihak kementerian dalam Surat pekeliling Ikhtisas Bil 2 Tahun 2014

ETIKA PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM
PELAJAR LELAKI

• Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga
atau rekaan lain.

• Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
• Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat
• Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan
• Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter
• Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat

daripada bahan denim
• Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking
• Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
• Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek

dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

PELAJAR PEREMPUAN
• Baju kurung atau pakaian tradisional
• Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan,
gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut
• Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan
• Pakaian ketat juga tidak dibenarkan
• Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki
• Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
• Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek
dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

47

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

Antara pemakaian yang disarankan di dalam lampiran pekeliling:

3.0 Rambut

3.1. Pelajar Lelaki

3.1.1 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan disikat rapi serta tidak
3.1.2 berfesyen.
3.1.3 Bahagian belakang rambut mesti nipis dan panjangnya tidak mencecah
kolar baju.
Bahagian pelipis mesti tipis dan panjangnya tidak melebihi satu
sentimeter di telinga.

48

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM

3.1.4 Bahagian depan rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi.
3.1.5 Bahagian atas rambut tidak boleh melebihi 12 cm panjang.
3.1.6 Rambut tidak boleh dikerinting, diwarna atau menggunakan sebarang
bahan untuk tujuan berfesyen (gel) kecuali krim rambut biasa.
3.1.7 Rambut fesyen, blonde, punk, jambul burung atau seumpamanya adalah
dilarang sama sekali.

3.2. Pelajar Perempuan

3.2.1 Rambut hendaklah sentiasa didandan kemas dan tidak ada bahagian
rambut yang menutupi dahi.

3.2.2 Warna rambut mesti asli dan tidak diwarnakan.
3.2.3 Rambut fesyen, blonde, punk, jambul burung atau seumpamanya adalah

dilarang sama sekali.
3.2.3 Pelajar-pelajar digalakkan supaya berambut agak pendek dan jika

panjang hendaklah diikat dengan reben berwarna hitam.
3.2.4 Rambut tidak boleh dikerinting, diwarna atau menggunakan sebarang

bahan untuk tujuan berfesyen (gel) kecuali krim rambut biasa.
.

4.0 Tag Nama

4.1 Setiap pelajar DIWAJIBKAN memakai tag pelajar sepanjang berada di
sekolah.

.
5.0 Kuku, Bulu kening dan Perhiasan

5.1 Semua pelajar hendaklah berkuku pendek dan bersih sepanjang masa,
tidak diwarnakan dengan sebarang jenis kosmetik termasuk inai.

5.2 Semua pelajar dilarang mencabut bulu kening.
5.3 Pemakaian semua jenis perhiasan termasuk rantai leher adalah tidak

dibenarkan sama sekali.

49

KETETAPAN PENGURUSAN KURIKULUM, HAL EHWAL PELAJAR DAN KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM
LAMPIRAN C

PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM SMK HULU KELANG

Pentaksiran Baharu Kokurikulum
Pentaksiran sekali pada Semester ketiga. Pengiraan markah tidak melibatkan markah
kokurikulum Tingkatan Lima. Menyediakan program khusus untuk Tingkatan Enam.
Jadual Pemarkahan

(a) Kehadiran: 50 Markah

Perkara Markah Perkara Markah
Kehadiran 50 Pelibatan 10
Jawatan 10 Pencapaian 10
Projek—Jawatan 10 Jumlah 100
Projek—Peringkat 10 Ekstra kurikulum 10

Skor Elemen Kehadiran
Aspek kehadiran memberikan markah tertinggi dalam pentaksiran ini, dengan tujuan
untuk menggalakkan murid hadir pada setiap perjumpaan yang ditetapkan. Bilangan
perjumpaan hendaklah tidak kurang daripada lima belas kali (15 kali) sepanjang
pengajian Tingkatan Enam dengan mengambil kira satu perjumpaan bersamaan 160
minit .

Kehadiran 15 kali sepan- Bilangan Markah Bilangan Markah
jang pengajian Tingkatan 1 3.33 9 29.97
2 6.66 10 33.30
Enam (160 minit satu 3 9.99 11
perjumpaan) 4 13.32 12 40
5 16.65 13 43.33
6 19.98 14 46.67
7 23.21 15
8 26.64 50

50


Click to View FlipBook Version