فاتي رھسيا
Taala dan dikurniakan pahala yang berganda kepadanya seumpama membaca al-Quran dua
puluh kali khatam.
Sesiapa daripada orang Muslim yang dibacakan kepadanya surah Yasin ketika Malaikat Maut
berbetulan turun hendak mengambil nyawanya, nescaya datang sertanya beberapa Malaikat yang
lain sebanyak sepuluh kali ganda sekalian huruf surah Yasin itu dan semua mereka itu berdiri
bersaf-saf di hadapan dengan mengucap selawat dan memenuhkan ampuni baginya dan hadir
mereka itu ketika dimandikan dan di sembahyang mereka itu akan dia dan mengiring ke kubur
hingga selesai dikuburkan.
Sesiapa yang membaca surah Yasin nescaya menolong baginya dua puluh saksi dan siapa yang
mendengarnya dikurniakan kepadanya pahala umpama orang yang menyedekahkan 1000 dinar
kerana fisabilillah.
Sesiapa yang menulis surah Yasin dan minum airnya, nescaya masuk ke dalam rongganya 1000
macam ubat dan seribu nur, seribu berkat dan seribu rahmat dan keluar dari dalamnya sekalian
penyakit-penyakit dan kejahatan.
Sesiapa membaca surah Yasin ketika subuh, nescaya sentiasa beroleh sukacita pada siangnya dan
apabila dibaca ketika petang, beroleh sukacita pada malamnya hingga sampai subuh.
Tersebut pada hadis, baca olehmu akan surah Yasin dan di dalamnya ada dua puluh berkat dan
jika dibaca oleh orang yang lapar, nescaya jadi kenyang dan jika dibaca oleh orang yang tiada
mempunyai pakaian bagi menutup auratnya, nescaya mendapat ia, dan jika dibaca oleh orang
yang tiada beristeri, nescaya mendapat akan dia dan jika dibaca oleh orang yang takut, nescaya
hilang ketakutannya dan jika dibaca oleh orang yang terkena kurung, nescaya terlepas
daripadanya dan jika dibaca oleh orang yang musafir, nescaya dapat pertolongan di dalam
perjalanan dan jika dibaca orang yang kehilangan harta bendanya, nescaya dapat balik benda
yang hilang itu, jika dibaca pada mayat, mudah-mudahan diringankan azabnya, dan jika dibaca
oleh orang yang dahaga, nescaya hilang kedahagaannya dan jika dibaca oleh orang yang sakit
nescaya sembuh kesakitannya.
Tersebut pada hadis rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam surah Yasin itu jika dibaca pada
suatu hajat, nescaya diperoleh apa-apa yang di cita.
Sesiapa membaca Yasin hingga sampai kepada ayat ke-13 ( َوا ْض ِر ْب لَھُ ْم َمثَ ً أَ ْص َحا َب ا ْلقَ ْريَ ِة إِ ْذ
) َجا َءھَاا ْل ُم ْر َسلُو َنkemudian berdoa apa-apa maksudnya, nescaya makbul doanya itu.
Sabda rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ertinya; sesiapa membaca surah Yasin pada mana-
mana waktu, nescaya terpelihara dirinya daripada dosa pada hari itu.
68
Al-Muallij Mustaqim ibnu Muhammad Najib