فاتي رھسيا
Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Bulan - Ketika ini tiada baik bagi pekerjaan yang halus-
halus sahaja.
Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Zuhal - Ketika ini kemenangan.
Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Musytari - Ketika ini baik dan bahagia pada segala
pekerjaan istimewa pula pekerjaan akad nikah dan memulai apa-apa pekerjaan.
HARI SABTU DAN MALAM RABU
Ketika yang pertama jam pukul 6 Zuhal - Ketika ini nahas.
Ketika yang kedua jam pukul 7 Musytari - Ketika ini berbahagia dan baik akad nikah.
Ketika yang ketiga, jam pukul 8 Marikh - Ketika ini nahas segala pekerjaan.
Ketika yang keempat, jam pukul 9 Matahari - Ketika ini baik bagi kira bicara dan membuat apa-
apa pekerjaan dan akad nikah.
Ketika yang kelima, jam pukul 10 Zuhrah- Ketika ini nahas tiada boleh buat apa-apa pekerjaan
yang besar dan kata setengah pendeta, baik semuanya.
Ketika yang keenam, jam pukul 11 Utarid - Ketika ini baik dan jaya dalam pekerjaan kira bicara.
Ketika yang ketujuh, jam pukul 12 Bulan - Ketika ini baik bagi apa-apa pekerjaan pun.
Ketika yang kelapan, jam pukul 1 Zuhal - Ketika ini nahas apa pekerjaan pun tetapi kata
setengah pendeta, baik mendirikan rumah, menanam pokok buah-buahan.
Ketika yang kesembilan, jam pukul 2 Musytari - Ketika ini baik pada pa-apa pekerjaan pun,
istimewa pula pada pekerjaan menanam, seperti menanam padi, jagung dan sebagainya.
Ketika yang kesepuluh, jam pukul 3 Marikh - Ketika ini tiada molek bagi turun berjalan jauh dan
dekat.
Ketika yang kesebelas, jam pukul 4 Matahari - Ketika ini baik bagi segala pekerjaan zahir dan
batin seperti mendamaikan yang berkelahi, istimewa pula pekerjaan akad nikah dan turun
berjalan jauh dan dekat.
135
Al-Muallij Mustaqim ibnu Muhammad Najib
فاتي رھسيا
Ketika yang kedua belas, jam pukul 5 Zuhrah- Ketika ini baik bagi menghasilkan kemegahan di
sisi orang-orang besar negeri dan berdamping diri dengan perempuan-perempuan dan memulai
apa-apa pekerjaan.
Wallahu Alam
**********
AL MALIKUL QUDDUS
()ا لك القدوس
Ialah nama-nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Setengah daripada khasiatnya:
Sesiapa yang mengamalkan kedua-duanya, nescaya masyhurlah namanya dengan kebaikan dan
dapat martabat yang tinggi serta bersih batinnya daripada kekotoran dosa.
Sesiapa menulis bilangan nama melainkannya menjadikan wafak empat persegi (4 X 4) atas batu
akik jadikannya cincin, iaitu buat pada hari Isnin bulan suci daripada najis dan pakaikan dia,
nescaya berkekalanlah dengan segala kelakuan yang baik dan taatlah orang kepadanya.
٦٤ ٦٨ ٧١ ٥٧
٧٠ ٥٨ ٦٣ ٦٩
٥٩ ٧٣ ٦٦ ٦٢
٦٧ ٦١ ٦٠ ٧٢
**********
MEMBERHENTIKAN PEREMPUAN DAN LELAKI DARI BERZINA
Jika kamu berkehendak memberhentikan lelaki dan perempuan daripada berbuat zina, ambillah
sekeping kertas atau kain dan tulis di atasnya:
ألف تجري كصاح كطلح قديرمحسن الجميل الجميل فراش هنيه اعقدوا ذكرف ن
ابن ف نة بارك ﷲ فيكم وعليكم
Kemudian tanamlah kertas atau kain itu di bawah pelangkahan pintunya.
136
Al-Muallij Mustaqim ibnu Muhammad Najib