51 LOGO PANDU PUTERI DUNIA
52 BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari meninari setiap kanak-kanak di dunia BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. • Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. • Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
53 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI
54 PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN (Mempunyai Pasukan Pandu Puteri untuk Diuruskan) 5 Jenis Baju Pemimpin 1. Baju Kurung Berpesak 2. Baju Kebaya 3. Baju Perjalanan / Aktiviti 4. Baju Batik PPPM 5. Baju Perkhemahan / Aktiviti PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KELIP-KELIP ➢ Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. ➢ Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan ➢ Kasut sekolah/sukan. Kurung pesak Kebaya Perjalanan / aktiviti Batik PPPM
55 LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS BAJU PERKHEMAHAN / AKTIVITI
56 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS PAKAIAN SERAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI REMAJA
57 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI RENJER
58 PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KADET IPG PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KLOVER SUZANA
59 Prinsip Asas Perlembagaan Visi, Misi, Pandu Puteri
60 PRINSIP ASAS PERLEMBANGAN Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjedi ahli pergerakan Pandu Puteri. Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukerela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan depertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga bulan. Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah
61 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MATLAMAT Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah OBJEKTIF • Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. • Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. • Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MATLAMAT 1: Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti Objektif • Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat cawangan. • Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh. • Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli. • Meningkatkan prestasi pemimpin • Meningkatkan jumlah ahli. • Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan. • Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan
62 MATLAMAT 2: Untuk mencapaikan pengiktirafkan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya Objektif • Menonjolkan imej moden. • Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia). • Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Wanita) • Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan • Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul • Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik • Menghebahkan sumbanganahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia MATLAMAT 3: Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengkukuhkan dana persatuan Objektif • Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa • Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa bersanya faerah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa • Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan • Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa • Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa • Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
63 • Meningkatkan kecekapan pengrusan kewangan VISI DAN MISI VISI MISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
64 Hormat Pandu Puteri
65 HORMAT PANDU PUTERI TABIK HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA • Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. • Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. • Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1) Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2) Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3) Upacara mengibarkan bendera. Kedudukan hormat pandu puteri Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan, 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi.
66 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ. HORMAT KEPANDUAN Lambang kesetiaan ❖ 3 jari melambangkan 3 bahagian persetiaan ❖ Ibu jari di atas jari kelingking melambangkan yang kuat membantu yang lemah. ISYARAT PANDU PUTERI • Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. • Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. • Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. • Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dihanyunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Siku berhampiran badan. 4. Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 6. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan.
67 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Salam Pandu Puteri • Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. • Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. • Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. • Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. • Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. • Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. • Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. • Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Termasuk untuk berjabat tangan • Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.
68 IstiadatIstiadat Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia
69 ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA • Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). • Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. • Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan beruniform yang lain. • Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: ➢ Cara 1 : Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) ➢ Cara 2 : Untuk Pasukan besar 2 cara pembentukan Ladam Kuda
70 ISTIADAT MENAIKKAN PANJI-PANJI Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hitmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat serta memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya; Kapten : Pasukan, keluar baris! • Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Pembaca Doa dan I orang Penyampai Kata-kata Hikmat sebelum Pembentukan Ladam Kuda. Ladam kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS Linkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (Kakak Setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadar ini iala Lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas. • Lagu Pandu Puteri Tunas : Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan • Lagu Ahli Baharu : Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas
71 • Lagu Kumpulan ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS) Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengahtengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan. Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat). Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambal menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas.
72 Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan “na na na na….”’ ahli kumpulan akan membuat
73 lingkungan kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambal menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan”. Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. Pemimpin akan sebut perkataan “T.O.S.” tiga kali. Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali. Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda. ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS • Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengan penant dan duduk bertinggung. • Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambal skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. • Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. PENUTUPAN PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari
74 lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli kelaur baris boleh dibuat juga secara rekaan. ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan • Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. • Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. • Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari). • Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Pow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di bawah dagu seperti sekuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan dibawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh
75 memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransuransur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman. Ahli boleh menyanyikan lagu “Selamat Datang”. ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI Istiadat ini adalah suatu istiadat khas untuk menyambut atau mengalu-alukan tetamu seperti: 1. Pesuruhjaya dan pemimpin. 2. Ahli baru yang telah dilantik. 3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Cara Menyambut Tetamu Pandu Puteri:
76 1) Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan menyatakan : “Selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkungan hormat besar, dipersilakan.” 2) Selepas itu, semua ahli pandu puteri akan berdiri dalam lingkungan pandu puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntum bunga yang tertutup. 3) Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri dan dibawa ke dalam lingkungan besar. 4) Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akan beraksi seperti bunga berkembang besar. 5) Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 6) Seterusnya, semua pandu puteri tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 7) Setelah itu, pandu puteri tunas akan menyanyi lagu iaitu: Selamat datang puan, selamat datang puan, datang kerana pandu puteri, selamat datang puan (2x). 8) Semua ahli pandu puteri akan memberi hormat kepada tetamu dan membawa masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalam lingkungan. Contoh Istiadat Menyambut Tetamu http://www.youtube.com/watch?v=aZe_1P6kOMQ ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU 1. Ahli baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian prapesetiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari perlantikan ini 2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan PPT.
77 3. Kemudian, pasukan akan memberi “Hormat Besar” kepada PPT baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya. ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI REMAJA Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer Arahan: Kapten mengambil tempat ke kiri bendera jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada. 1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadaan berSEDIA) Pasukan Panji-Panji, masuk baris! (Pasukan Panji-Panji berdiri 4 langkah sebaris di hadapan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten kemudian bergerak ke tiang bendera dan memusing ke belakang semula untuk menghadap pasukan) 2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus beraqda dalam keadaan senang diri) Pasukan, sedia!
78 3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk pasukan yang belum mahir berkawad) 4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda terbentuk dngan baik) 5. Kapten: Pasukan berhenti! 6. Kapten: Ke dalam, pusing! 7. Kapten: Pasukan Panji-Panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-Panji yang di tengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan kanan secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-Panji sahaja) Berhenti! Ketua Panji-Panji mengambil satu Langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera, ahli memberi isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan. Perhatian: Pasukan Panji-Panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi. 8. Selepas nyanyian Lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan panjipanji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu Langkah ke belakang dan memberi arahan. Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hotmat! Ketua PP memberi arahan. Ketua PP: Pasukan Panji-Panji belakang pusing! Cepat jalan! (Pasukan panji-panji balik ke tempat asal masing-masing). Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing. Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.) Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya. Kapten: Pasukan, kelaur baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan mengambil Langkah ke hadapan semual dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) ** Sekiranya hendak bersurai.
79 ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI RENJER Kapten berdiri dengan bendera di sebelah kanannya, jaraknya bergantung kepada bilangan ahli Pandu Puteri. Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang bendera). 3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris mengambil tempat, seorang di depan penanda dan seorang lagi di belakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah kiri dan terus berdiri SENANG DIRI). ** Kedua-dua Renjer Puteri di depan dan di belakang penanda juga berada dalam keadaan SENANG DIRI. Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadapan. Kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera.
80 Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing! Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Puteri bergerak mengikut hitungan langkah) Arahan: Unit ke dalam, pusing. Arahan : Pasukan panji-panji jalankan tugas, (Pasukan panji-panji terdirid aripada penanda dan dua ahli Renjer Puteri di sebelah kiri dan kanannya akan menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.
81 Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji, cepat jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti! Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri tegak memegang tali bendera. Selepas nyanyian, dia melilitkan tali bendera. Ia mengambil satu langkah ke belakang, beri arahan : Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat Ke belakang pusing Cepat jalan Berhenti (apabila telah tiba di kedudukan ahli) Ke belakang, pusing Pemeriksaan boleh dijalankan. PASUKAN, BERSURAI (Semua ahli Renjer Puteri ambil satu Langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan, pusing ke kanan dan terus beredar dari situ). ISTIADAT MENGAMBIL KEDATANGAN Pasukan ! Ketua, masuk baris ! Ketua, bilang !
82 Ketua, ke kiri pusing ! Ketua bilang (Mula dengan 0) Dua Langkah ke hadapan, gerak ! Pasukan, masuk baris ! Pasukan, sedia ! Ke kanan, lurus! Pandang depan ! Ketua, ambil kedatangan ! Kumpulan bunga……. Senang diri ! Pasukan, sedia ! Pasukan ke kanan, pusing ! Ketua, lapor ! Pasukan ke bentuk ladam lkuda, cepat jalan ! ISTIADAT BENDERA Seiring dengan namanya “Istiadat’ beberapa perkara perlu dipatuhi; • Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera. • Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda. • Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan. Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula. • Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus. Naik/Turun Bendera Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut).
83 Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu Langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda). Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: - Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) - 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji - 1 orang pembaca doa - 1 orang penyampai kata-kata hikmat’ Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis) Kapten akan memberikan arahan seperti berikut: Ahli membentuk ladam kuda! Pasukan panji-panji, keluar baris! Pasukan panji-panji, sedia! Cepat jalan! Berhenti! Ke kanan / ke kiri pusing! Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat! Ke kanan / kiri pusing! Cepat jalan! Berhenti! Keluar baris! Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten. Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula!
84 Pasukan bersurai! Cara Melipat Bendera Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan. Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.
85 Penjagaan Bendera • Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunukannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. • Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu. • Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. • Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. • Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat. Pelupusan Bendera Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam. ISYARAT WISEL 1. Satu tiupan pendek - JAGA SEDIA 2. Satu tiupan Panjang - DIAM @ BERHENTI 3. Banyak tiupan pendek - SELAMAT DATANG @ LEKAS 4. Tiupan pendek-pendek-panjang - BERSEDIA @ AMARAN 5. Tiupan pendek-pendek-pendek panjang - KETUA KUMPULAN, DATANG SINI 6. Tiupan Panjang-panjang-panjang - PERGI DARI SINI
86 SIMPULAN
87 SIMPULAN DAN IKATAN SIMPULAN: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. IKATAN: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaanya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. JENIS-JENIS SIMPULAN Terdapat enam simpulan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelat, antaranya ialah: 1) Simpul Buku Sila / Reef Knot 2) Simpul Bunga Geti / Common Bend 3) Simpul Tindih Kasih / Bowline 4) Simpul Manuk / Clove Hitch 5) Simpul Balak 6) Simpul Belit
88 IKATAN SIMPUL MANUK ❖ Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. ❖ Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan Ketika mula mengikat pada kayu dan sebagainya. ❖ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. ❖ Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi. ❖ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. TEKNIK SIMPUL MANUK ❖ Mulakan simpul pada kayu. ❖ Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. ❖ Tarik hujung tali.
89 SIMPULAN BUKU SILA ❖ Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. ❖ Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. ❖ Ia digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh dan mengikat khemah yang dilipat. ❖ Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. ❖ Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. TEKNIK SIMPUL BUKU SILA ❖ Letakkan hujungA di atas hujung B. ❖ Masukkan hujung A di bawah B. ❖ Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
90 SIMPULAN TINDIH KASIH ❖ Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. ❖ Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang, menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. TEKNIK SIMPUL TINDIH KASIH ❖ Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. ❖ Kemudian, amsukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. ❖ Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan tersebut.
BUNGA GETI ❖ Simpul bunga geti digunakan untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Contohnya, menyambung tali perahu dengan tali kapal. ❖ Digunakan untuk sambung tali penarik bendera dalam flag break. TEKNIK SIMPUL BUNGA GETI ❖ Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. ❖ Kemudian tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul. 94
SIMPUL BALAK ❖ Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. ❖ Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. ❖ Permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk) TEKNIK SIMPUL BALAK ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas. 95
BELIT ❖ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal ikatannya. TEKNIK SIMPUL BELIT ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas. 96
97 S Ikatan
JENIS-JENIS IKATAN Terdapat tiga jenis ikatan asas yang biasa diguna pakai antaranya ialah: 1) Ikatan Seraya 2) Ikatan Serong 3) Ikatan lilit Kacang JENIS IKATAN HURAIAN GAMBAR IKATAN SERAYA • Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara, tiang, bendera dan lain-lain. • Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (lihat gambar no. 1) • Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk IKATAN SERONG • Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang IKATAN LILIT KACANG • Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu projek • Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga 98
99 Perkhemahan
KONSEP PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Ia merupakan aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada. Berkhemah bermakna seseorang akan menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan dan minuman, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran luar. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai. Tujuan perkhemahan adalah dapat meningkatkan kecekapan dan kendiri, menghayati maksud batasan kehidupan, memupuk semangat keberanian dan kreativiti dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Ia berkait rapat dengan ikhtiae hidup secara individu atau berkumpulan. Kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji tahap kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti ini juga dapat menguji kesanggupan seseorang ketika menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, pengurusan perkhemahan terdiri daripada tiga kategori iaitu, sebelum, semasa dan selapas. OBJEKTIF PERKHEMAHAN • Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba kekurangan. • Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. • Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. • Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet. • Menanam sikap bekerjasama dalam kadet. • Memberi peluang kepada pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. 100
TUJUAN PERKHEMAHAN • Berkhemah sebagai cara pendidikan • Berkhemah sebagai cara ibadat. • Perkhemahan untuk orientasi sosial. • Berkhemah untuk rekreasi. • Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan. • Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. • Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH • Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. • Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang / tiang khemah berada dalam keadaan baik. • Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggi. • Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. • Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk dibuka. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang / pancang.
JENIS-JENIS KHEMAH Ridge Tent Dome Tent Frame Tent Bell Tent A-Frame
Hoop Khemah Awan Wedge