DR. MIOR HAMDAN BIN HJ. GHAZALI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
KINTA SELATAN
SETINTA BICARA
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil a’lamin. Segala puji dan syukur dipanjatkan
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya,naskhah
Antologi Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2020/2021 ini
berjaya diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada seluruh warga pendidikan PPD Kinta Selatan yang
memberi sokongan penuh dalam penerbitan Antologi pada kali
ini.Antologi ini ialah sebuah naskhah yang menghimpunkan
koleksi penulisan kreatif dalam kalangan murid-murid dalam
daerah Kinta Selatan serta guru-guru yang terlibat sebagai
editor.Cabaran penulisan kreatif ini dilontarkan kepada warga
pendidikan Kinta Selatan dalam situasi pandemik Covid19 yang
melanda negara. PPD Kinta Selatan mengorak langkah
mendepani situasi VUCA (Votatility, Uncertainty, Complexity,
Ambiguity) akibat pandemik Covid19 ini dengan membuka ruang
kepada murid-murid di daerah Kinta Selatan untuk
mengetengahkan bakat penulisan yang mungkin terpendam.
Penulis-penulis muda dan berbakat khususnya murid-murid di
daerah Kinta Selatan, diasah dan diasuh daya imaginasi mereka
melalui teknologi maklumat dan bimbingan secara maya bagi
mengupayakan mereka membebaskan segala pendaman
memoir, cetusan perasaan, dan perkongsian nilai pengalaman
dengan cara yang kreatif melalui medium penulisan. Buah
penulisan yang telus, hidup, dan segar daripada bakat-bakat
terpendam ini diangkat dan dipersembahkan sebagai satu
koleksi antologi untuk dikongsi dengan para pembaca di luar
sana.
DR. MIOR HAMDAN BIN HJ. GHAZALI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
KINTA SELATAN
Kelahiran antologi ini diharap bertepatan dengan
Kempen Malaysia Membaca. PPD Kinta Selatan
mempunyai impian agar usaha berkarya dan
menerbitkan antologi ini dapat membangkitkan kembali
nilai penulisan dan minat membaca selaras dengan
objektif Program Dekad Membaca Kebangsaan yang
telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 13 Disember 2018 yang berhasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Berbudaya
Membaca pada 2030.
Semoga penerbitan antologi ini ini dapat menyuburkan
budaya membaca dalam kalangan generasi muda,
khususnya murid-murid sekolah dan merancakkan
penghasilan karya kreatif yang bermutu buat tatapan
mereka yang dahagakan bahan bacaan yang santai dan
segar. Antologi ini juga diharap dapat memberi kepuasan,
keseronokan dan merangsang minda, dan seterusnya
membawa kepada budaya cintakan ilmu. Hanya dengan
ilmu, keupayaan untuk “Mengangkat Harga Diri dan
Maruah Anak Didik Kita” dapat direalisasikan.
#malaysiamembaca
v
Nama : Jasmeet Kaur A/P Jasvinder Singh 3
Nama : Mursyidah Binti Ahmad Sukor 6
Sekolah : SMK Sultan Yussuf 9
Nama : Ummi Nur Khadijah binti Damanhuri 14
Sekolah : SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. 17
Nama : Raja Fatin Alawiyah Bt. Raja Ahmad Iskandar 21
Sekolah : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng 24
Nama : Nurfatini Izzati Binti Milatu Samsi. 25
Sekolah : SBP Integrasi Gopeng. 26
Nama :Kok Poh Er 27
Sekolah : SMK Seri Teja 29
Nama : Sim Guan Yu 30
Sekolah : SJKC Yuk Kwan Batu Gajah
Nama : Nur Afina Safiyya Binti Mohd Azirul
Sekolah : SK Methodist (ACS) Kampar
Nama : Ling Shu Qiao
sekolah : SJK (C) Sin Min Sg. Siput
Nama : Iskandar Zulkarnein Shah Bin Idris
Sekolah : SJKC Yuk Kwan Batu Gajah
Nama : Sim Ying Xuan
Sekolah : SJKC Yuk Kwan, Batu Gajah
Nama : Nor Maisarah Binti Jamil
Sekolah : SK Bukit Pekan
Name : Nur Amrina Rashada Binti Zulkifli 33
Schoo : SBP Integrasi Gopeng 35
Name : Tan Haw Xuan 38
School : SMK Sentosa 40
Name : Chai Yun Yi 43
School : SMK Kampar 45
Name : Jeeveta a/p Arasu 47
School : SMK St. Bernadette’s Convent 48
Name : Nicholas Paul A/L Henry Paul 49
School : SMK Sultan Yussuf 50
Name : Nur Afrina binti Mohd Anuar 51
Name : Nur Alia Qasrina Binti Mohd Azrul 52
School : SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru
Name : Vince Davince a/l Vincent
School : SK Sultan Yussuf
Nama : Bernade Jude a/l Andrew
: SK Sultan Yussuf
Sekolah : Alya Dayana Binti Kamrul Hisham
Name : SK Malim Nawar
School : Siti Maisarah Binti Mohamad Shahnaz
name : SK Methodist Malim Nawar
School : Nur Auni Zuhairah Binti Azman
Name : SK Tronoh
Schoo
EN. AHMADFASHIL@AHMAD DR. MIOR HAMDAN BIN HJ. GHAZALI EN . AZMI BIN MAT SAAT
FAZIL BIN ZAINAL ABIDIN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TIMBALAN PPD
KINTA SELATAN
SEKTOR PERANCANGAN
EN. AHMAD MASWAN PN. SARIMAH BINTI MABEE PN. ZAINAB BINTI
BIN AHMAD FUAAD MOHD TAHIR
PN. MASTURA BINTI MOHD AZNAM PN. IDA YUSNIATI BINTI MD YUSOF
1
EDITOR ANTOLOGI ESEI PPD KINTA SELATAN
2020/2021
ATHEINA BT ATHESAN ISSAM BIN ABDUL HAI SUMA DEVI A/P R.SATHASIVAM
SMK SERI TEJA SK TUALANG SEKAH SMK ST BERNADETTE’S CONVENT
DEWI HARTINI BINTI M.SHANTI A/P M. FAIZA HANIM BINTI DAUD
MOHD RAZALI MARATHAMUTHU SMK SULTAN YUSSUF
SK SULTAN YUSSUF
SK GOPENG, JALAN ILMU
v
LATIFAH BINTI ISMAIL AHMAD SAHURI BIN ALIAS NOR’AINI BINTI AHMAD
SBPI GOPENG SK SERI TRONOH SMK SULTAN YUSSUF
NIZAM BINTI BAHARUDDIN MARZITA BINTI FAUZIAH BIBI BINTI SYED
SK GOPENG, TMN GOPENG MOHAMAD NOR
2 MUSTAFFA
BARU SK SENTOSA SMK KAMPAR
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID-19’?
Hidup ibarat roda, begitulah ibrah manusia dalam
kehidupan. Penularan wabak penyakit Covid-19 pada
penghujung Disember 2019 di Wuhan, China nyata telah
menggemparkan negara tujuh benua bahkan mengakibatkan
suasana panik dalam kalangan penduduk dunia. Natijahnya,
rakyat Malaysia telah digesa untuk duduk di rumah dalam satu
tempoh yang diperintahkan oleh kerajaan dalam usaha
mencegah virus ini merebak kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati.
Petugas barisan hadapan Covid-19 yang terdiri
daripada doktor, jururawat, tentera, polis ,rela, kakitangan
perubatan, wartawan media, pegawai penguatkuasa Pihak
Berkuasa Tempatan(PBT) dan imigresen telah menggembleng
tenaga bagai aur dengan tebing untuk mendepani cabaran
globalisasi yang semakin menghimpit agar rakyat Malaysia dapat
menikmati kesejahteraan hidup. Memetik kata-kata Abraham
Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16, “Jangan tanya apa
yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara”. Persoalan yang bermain dalam
kotak fikiran saya ialah apakah yang akan saya lakukan jika diberi
peluang sebagai barisan hadapan Covid-19?
“Utamakan Keselamatan”, itulah tindakan awal yang akan saya
lakukan sebagai pegawai perubatan tatkala berhadapan dengan
ancaman virus Covid-19.
Jika diberi peluang bertugas di barisan hadapan.
Sebagai seorang doktor, saya akan mengutamakan keselamatan
diri sendiri terlebih dahulu. Perkara ini amat signifikan dan tidak
boleh dipandang remeh kerana jika saya mengabaikan
keselamatan diri, natijahnya akan membahayakan orang di
sekitar saya. Sebagai seorang doktor, saya akan sentiasa
menasihati orang ramai agar menjaga kebersihan diri dengan
sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun. Saya juga akan
menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu apabila
batuk atau bersin, memakai topeng muka setiap masa semasa
berada di tempat awam dan menjaga jarak satu meter dengan
individu lain. Saya juga akan mengikuti langkah-langkah
keselamatan ini kerana malang tidak berbau. Justeru,
bergelanggang di mata orang banyak, sememangnya saya akan
mengutamakan keselamatan diri sendiri dahulu agar
keselamatan pesakit yang saya rawat terjamin.
3
Memetik wasitah nirmala seterusnya, jika saya
seorang anggota polis, saya akan melaksanakan tugas saya
sebagai petugas barisan hadapan Covid-19 dengan penuh dedikasi
dan integriti. Bak kata orang tua-tua, habis kapak berganti beliung.
Tanggungjawab saya terhadap negara dan rakyat Malaysia adalah
memastikan mereka berasa selamat dan tidak cemas di rumah
dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mahatma Gandhi, pemimpin tersohor di India ada berkata,
“Orang akan dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk
kesejahteraan masyarakat sekitarnya”.
Sebagai anggota polis, saya akan membantu orang
ramai yang memerlukan bantuan, mengamalkan nilai berbudi
pekerti mulia dan hormat-menghormati antara satu sama lain
sewaktu menjalankan tugas untuk negara tercinta. Griffith Taylor,
pakar antropologi kelahiran England mengatakan bahawa
“Semiskin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi
pekerti ”. Maka, saya akan menjaga tutur kata sewaktu
menjalankan tugas rasmi, bak kata mutiara, peliharalah
lidah,nescaya datang daripadanya faedah. Lantaran itu, belum
berkilat sudah berkilau bulan sangkap tiga puluh sememangnya
saya akan melaksanakan tugas saya dengan baik demi
kesejahteraan masyarakat.
Meninjau dari skop yang lain, sebagai kakitangan
perubatan di Unit Psikiatrik saya berperanan memberikan
perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana rakyat Malaysia
yang terjejas akibat pandemik Covid-19 jika saya diberi peluang
sebagai petugas barisan hadapan. Hal ini adalah vital kerana
rakyat Malaysia amat memerlukan sokongan moral lebih-lebih
lagi dalam suasana dan persekitaran yang sedang mengancam
jagatraya ini. Abu Bakar As-Siddiq, khalifah Islam yang pertama
ada menyebut, “Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas
dengan buah”. Lantaran itu, saya ingin menjadi pohon kepada
individu yang terkesan berpaut agar dapat terus bertahan
menghadapi pandemik Covid-19 yang kini berada pada tahap
yang membimbangkan.
Sebagai seorang kakitangan perubatan, saya
bertanggungjawab menenangkan ahli keluarga pesakit yang
dijangkiti wabak Covid-19 supaya mereka tidak berputus asa,
terus berdoa untuk kesembuhan insan tersayang dan percaya
akan sifat “Rahman” dan “Rahim” Tuhan Yang Maha Esa agar
kehidupan masyarakat dunia kembali normal.
4
Dari perspektif yang lain pula, sekiranya saya
berpeluang menjadi seorang wartawan, saya tidak akan
menyebarkan berita palsu atau berita yang belum dikemas kini
oleh pihak berautoriti seperti KKM. Sepanjang tempoh PKP yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan, terdapat lambakan berita
palsu yang telah diviralkan di media sosial. Berita sensasi yang
indah khabar daripada rupa ini telah mencetuskan suasana
huru-hara dan menyebabkan masyarakat berasa cemas.
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga pernah berkata, “Dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab kita sehari-hari kepada rakyat, kejujuran dan
keikhlasan hendaklah diletakkan atas segala kepentingan yang
lain”. Misalnya, sebagai seorang wartawan, saya akan
memastikan terlebih dahulu kesahihan berita yang diterima
sebelum berkongsi berita tersebut dengan orang lain. Secara
tidak langsung saya dapat mengelakkan rakyat bertambah
rungsing akibat berita palsu yang tersebar. Bak kata aforisme
Melayu, intan itu jika terbenam dipelim bahan sekalipun, tidak
akan hilang cahayanya. Justeru, sudah terang lagi bersuluh
sememangnya saya tidak akan menyebarkan sebarang berita
palsu demi memastikan ketenteraman awam dan keamanan
negara terjamin.
Kesimpulannya, dimana ada kemahuan,di situ ada
jalan merupakan kata bidalan yang amat sinonim dengan
masyarakat Melayu. Peribahasa ini mendukung maksud
sekiranya kita benar-benar mahukan sesuatu, kita pastinya akan
berusaha sedaya upaya untuk melakukan sesuatu sehingga
berjaya. Setiap strata masyarakat seyogianya berganding bahu,
dalam menghadapi ancaman pandemik Covid-19 kerana negara
kita, tanggungjawab kita. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh ada mengatakan
bahawa, “Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak
sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya”. Hakikatnya, kita
belum menang sebaliknya perjuangan kita masih panjang.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu demi negara tercinta.
Pahatkan keazaman yang padu dalam sanubari dan minda
kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih. “Kita Jaga Kita”
NAMA: JASMEET KAUR A/P JASVINDER SINGH
5
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID-19’?
Sejak kebelakangan ini, isu jangkitan Covid-19
merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Negara
yang kita cintai, Malaysia turut dilanda wabak Covid-19 yang kian
hari semakin membimbangkan dek kerana penularannya yang
sangat cepat dan pantas. Justeru itu, kerajaan Malaysia telah
mengambil langkah proaktif iaitu dengan mengisytiharkan perintah
kawalan pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan
Covid-19 yang semakin membimbangkan ini. Oleh itu, hampir
semua rakyat Malaysia perlu menjalani kuarantin di rumah dan
hanya mereka yang terlibat dengan tugasan penting sahaja
dibenarkan bekerja di luar. Pelajar sekolah seperti saya juga tidak
dapat pergi ke sekolah seperti biasa dan perlu mengikuti kelas atas
talian di rumah. Namun, jika saya diberi peluang sebagai salah
seorang barisan hadapan Covid-19, saya ingin menjadi seorang
doktor kerana saya yakin tugasnya amat mencabar dan hebat.
Pertama sekali, jika saya menjadi seorang doktor, saya
akan membantu negara dengan berkorban masa dan tenaga demi
memutuskan rantaian Covid-19. Saya akan berusaha bersungguh-
sungguh merawat semua mangsa covid-19 dan memberikan mereka
semangat dan kata-kata yang positif untuk kembali pulih seperti
sedia kala. Sebagai seorang doktor, khidmat saya amat diperlukan
oleh negara dalam usaha membantu merawat pesakit Covid-19 di
samping berusaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat virus
ini. Oleh itu, saya tidak gusar sekiranya tidak mempunyai masa rehat
yang mencukupi dan berkualiti. Saya berjanji untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik demi negara yang tercinta ini.
Seterusnya, sebagai seorang doktor yang berkeluarga,
saya perlu menjaga kebersihan diri dengan lebih terperinci
berbanding orang lain. Saya berpotensi tinggi untuk dijangkiti virus
Covid-19 kerana saya perlu sentiasa berinteraksi dengan pesakit
setiap hari. Oleh itu saya akan mengambil langkah berjaga-jaga bak
kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Langkah ini perlu
agar saya tidak dijangkiti dan seterusnya menyebarkan virus ini
kepada orang lain. Oleh itu, saya akan mengambil langkah proaktif
dengan mengkuarantinkan diri daripada berinteraksi dengan ahli
keluarga atau terlibat dengan aktiviti sosial secara dekat sehingga
wabak ini berakhir. Saya tahu hal ini bukanlah mudah tetapi perlu
dilakukan untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Izharlah,
sebagai seorang
6
doktor, penjagaan kebersihan dan kesihatan amatlah penting
demi keselamatan diri dan orang yang tersayang.
Selain menjadi seorang doktor, saya juga merupakan
pengguna laman sosial. Kemajuan teknologi ini akan saya
manfaatkan untuk menyebarkan maklumat berkaitan virus
Covid-19. Dengan itu, saya akan memanfaatkan masa yang ada
untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang
betapa bahayanya wabak Covid-19 dan menasihati mereka
untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan. Saya juga akan
menceritakan serba sedikit gerak kerja saya sebagai salah
seorang barisan hadapan agar masyarakat lebih memahami
dan mengambil iktibar untuk mematuhi perintah kawalan
pergerakan. Sokongan daripada masyarakat kepada barisan
hadapan amatlah diperlukan, agar barisan hadapan akan kekal
bersemangat dalam menjalankan tugas.
Akhir sekali, saya akan menyalurkan bantuan yang
sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan. Ramai rakyat
terjejas dari segi pendapatan sejak perintah kawalan
pergerakan dikuatkuasakan. Sebagai seorang doktor yang
bersemangat untuk menyemai bakti kepada negara, sudah
tentu saya mempunyai kekangan masa untuk turun padang
menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Justeru, saya hanya mampu menyalurkan sumbangan kepada
masyarakat melalui tabung derma atas talian. Sekurang-
kurangnya, sumbangan ini mampu meringankan sedikit beban
masyarakat yang memerlukan semasa perintah kawalan
pergerakan ini. Tidak dapat dinafikan, terdapat juga
masyarakat yang mengalami impak psikologi kerana norma
kehidupan baharu menjejaskan kehidupan dan mata pencarian
sesetengah golongan masyarakat. Oleh itu, sebagai pengamal
perubatan, saya akan menawarkan sesi kaunseling secara atas
talian untuk membantu masyarakat yang mengalami tekanan
perasaan seperti kemurungan, stres dan gemuruh.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, barisan hadapan
Covid-19 merupakan hero yang amat berjasa kepada negara
pada ketika ini. Mereka berkorban masa dan tenaga demi
negara yang tercinta. Tidak kira jawatan yang disandang sama
ada doktor, polis, askar, jururawat, pekerja pembersihan,
pengawal keselamatan mahupun pekerja kurier, jasa mereka
kepada negara amat besar mengikut bidang kerja masing-
masing.
7
Sebagai seorang rakyat yang cinta akan
negara, kita haruslah menghargai jasa para barisan
hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas
demi keharmonian negara. Penurunan angka positif
Covid-19 pada hari ini adalah hasil daripada susah
payah para barisan hadapan. Salah satu cara untuk kita
menghargai jasa mereka adalah dengan mematuhi
perintah kawalan pergerakan dan duduk di rumah bagi
memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Barisan
hadapan, kalianlah hero negara.
NAMA : MURSYIDAH BINTI AHMAD SUKOR
SEKOLAH : SMK SULTAN YUSSUF BG
8
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI
“BARISAN HADAPAN COVID-19’?
Mutakhir, masyarakat di seluruh pelosok dunia
dikejutkan dengan serangan wabak koronavirus atau dengan
nama lainnya COVID-19. Wabak ini mula menyerang pada bulan
Disember 2019, berpunca daripada satu bandar di China iaitu
Wuhan dan telah tersebar luas di negara itu serta negara-negara
lain dalam jangka masa hanya beberapa bulan. Setakat 26 April
2020, kira-kira 2.94 juta kes dan lebih daripada 203 ribu
kematian telah dicatatkan di seluruh dunia. Hal ini amatlah
menggusarkan masyarakat dunia yang tidak mustahil akan
berdepan kemungkinan kepupusan sekiranya wabak ini tidak
ditangani dengan baik. Peningkatan kes statistik dan pola
kenaikan pesakit di negara kita Malaysia juga telah
mengakibatkan pelbagai implikasi terutamanya mengancam
keselamatan masyarakat.
Oleh hal yang demikian, wujudlah pihak barisan
hadapan dalam usaha membendung penularan wabak ini.
Menurut artikel Wikipedia, barisan hadapan ditakrifkan sebagai
kedudukan yang paling dekat dengan kawasan konflik. Dalam
konteks ini, barisan hadapan COVID-19 merupakan anggota-
anggota yang paling hampir dan utama dalam mengendalikan
kes-kes dan berperanan untuk mencegah serta mengekang
penularan wabak tersebut. Barisan hadapan ini melibatkan
pelbagai pihak antaranya seperti polis, tentera dan petugas
kesihatan. Pada hemat saya, sekiranya saya diberi peluang
sebagai barisan hadapan COVID-19, terdapat pelbagai perkara
yang akan saya lakukan dalam usaha memerangi pandemik ini.
Pada perspektif saya, sekiranya saya merupakan
barisan hadapan dalam bidang perubatan, saya akan memberi
rawatan dan memantau keadaan kesihatan pesakit dengan
lebih terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebagai
seorang yang bekerja rapat dengan pesakit-pesakit COVID-19,
saya menggalas tanggungjawab untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Dalam hal ini, saya akan
memantau keadaan pesakit sama ada keadaan kesihatan
mereka merosot atau meningkat. Dalam pada itu, saya akan
memberikan lebih perhatian kepada sesetengah golongan
seperti pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan orang tua.
Hal ini disebabkan oleh mereka merupakan golongan yang
mudah diserang penyakit dan berpotensi menghadapi
komplikasi yang serius. Dalam situasi
9
Dalam situasi genting misalnya apabila keadaan
kesihatan pesakit semakin merosot, saya akan mengadakan
mesyuarat bersama pakar-pakar perubatan untuk
membincangkan kaedah rawatan yang terbaik untuk diberikan
kepada mereka. Misalnya, pesakit boleh dirawat dengan
memberikan preskripsi ubat tertentu. Satu kajian yang telah
dijalankan oleh Pusat Kebangsaan Pembangunan Bioteknologi
China mendapati bahawa sejenis ubat yang digunakan untuk
merawat malaria iaitu klorokuin, berpotensi untuk
menyembuhkan COVID-19. Ubat-ubat lain yang mungkin
menjadi penyelesaian termasuklah remdesivir, ribavirin dan
interferon-beta. Di samping itu, satu cara lain yang boleh
digunakan untuk merawat pesakit adalah dengan memberi
rawatan sokongan, sama ada secara fizikal, mental atau
sokongan emosi.
Bagi membuktikan perkara ini, pesakit-pesakit yang
kritikal akan disokong dengan bantuan alat pernafasan untuk
membantu mereka yang menghadapi kesukaran bernafas.
Dalam pada itu, saya akan bekerjasama dengan staf-staf hospital
untuk menjaga kebajikan dan mengambil berat hal ehwal
pesakit. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai pegawai
perubatan dengan bersungguh-sungguh laksana pepatah
genggam bara api biar sampai jadi arang. Jelaslah, apabila saya
memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberikan rawatan
terbaik kepada mereka, pesakit akan lebih terjaga selain dapat
mengurangkan penderitaan yang dialam oleh mereka.
Pada masa yang sama, sebagai barisan hadapan
perubatan, saya akan bekerja keras bagi memutuskan rantaian
jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit. Hal yang demikian
akan saya lakukan dengan cara mengamalkan langkah berjaga-
jaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). SOP ialah
panduan yang jelas dan terperinci tentang cara sesuatu proses
perlu dilaksanakan. Dalam konteks ini, saya akan memastikan
diri saya dan anggota perubatan yang lain mematuhi etika
pemakaian yang betul semasa bertugas iaitu memakai peralatan
perlindungan diri (PPE). PPE merangkumi peralatan seperti
sarung tangan pakai buang, penutup hidung dan mulut, alat
pelindung muka, kasut but getah, gaun lengan panjang, dan
apron plastik.
Sementelahan itu, saya akan menjaga kebersihan
diri dan persekitaran saya. Dalam hal ini, saya akan membasuh
tangan sebelum dan selepas menyentuh pesakit dan
persekitarannya, serta mengamalkan etika batuk iaitu menutup
hidung dan mulut dengan kertas tisu, membuang tisu, dan
10
membasuh tangan dengan serta-merta. Hal ini bersangkut paut
dengan menjaga kebersihan bahagian pernafasan dan
menghalang daripada jangkitan virus. Bahkan, saya akan
mengamalkan polisi tidak berjabat tangan dengan mana-mana
individu.
Prosedur-prosedur tersebut perlu dipatuhi dan
diambil serius disebabkan oleh anggota barisan hadapan
perubatan berdepan risiko yang tinggi untuk dijangkiti. Hal yang
demikian adalah berdasarkan penilaian risiko terdedah kepada
darah, cecair dan sekresi serta badan pesakit semasa
mengendalikan mereka. Meninjau dari skop kebersihan
persekitaran, saya akan mengawal aktiviti keluar masuk fasiliti
terutamanya wad-wad pesakit COVID-19 dan memastikan
bahawa setiap anggota kesihatan bebas COVID-19. Bahkan,
peralatan-peralatan perubatan juga akan saya disinfeksi dan
sterilisasi sebelum dan selepas penggunaannya kerana malang
tidak berbau. Langkah-langkah ini bertujuan membolehkan
petugas kesihatan memasuki wad dalam keadaan selamat
tanpa risiko jangkitan yang lebih lanjut. Hal ini sama dengan
peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Tegasnya,
saya optimis bahawa saya akan memutuskan rantaian jangkitan
COVID-19 melalui pematuhan yang tegas kepada prosedur-
prosedur yang telah ditetapkan.
Di samping itu, saya turut akan memutuskan
rantaian jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat dan
orang awam sebagai petugas kesihatan barisan hadapan. Dalam
konteks ini, saya akan memeriksa dan mengenal pasti individu
yang disyaki dijangkiti serta kelompok masyarakat yang berisiko
tinggi kepada jangkitan COVID-19. Sebagai tamsilan, kelompok
yang terdedah kepada jangkitan adalah kontak rapat dengan
pesakit COVID-19. Mereka termasuklah ahli keluarga, rakan
sekerja, dan sesiapa sahaja yang telah berhubung dengan
pesakit dalam tempoh 2 minggu sebelum timbulnya gejala
dalam diri pesakit. Selain itu, individu yang mempunyai
simptom-simptom penyakit seperti Influenza (ILI) juga
merupakan golongan yang perlu disaring untuk mengesahkan
status mereka berkenaan COVID-19. Mereka mungkin
mengalami gejala seperti batuk-batuk, sakit tekak, demam dan
gejala penyakit Influenza yang lain. Begitu juga dengan semua
pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) perlu dirawat
sebagai pesakit positif COVID-19 sehinggalah penyakit itu
dibuktikan sebaliknya. Lain daripada itu, kes-kes yang disyaki
COVID-19 turut termasuk pesakit di bawah siasatan (PUI)
seperti masyarakat yang mempunyai sejarah melancong ke luar
negara belakangan ini.
11
Golongan ini berkemungkinan telah dijangkiti
COVID-19 semasa berada di luar negara dan berisiko
menyebarkan wabak tersebut secara lebih meluas di seluruh
negara. Lanjutan daripada itu, saya akan mengasingkan
golongan-golongan tersebut daripada orang awam sementara
mereka menjalani rawatan lanjut agar tidak menjangkiti orang
lain. Hal yang demikian akan dilakukan dengan cara
menempatkan mereka di tempat yang lain atau mengenakan
perintah kuarantin sekurang-sekurangnya selama 14 hari.
Sementara itu, saya akan menjalankan operasi persampelan
kesihatan awam. Hal ini merangkumi pengambilan sampel
pesakit terutama di kawasan zon merah, pengesanan kes aktif
dan saringan kesihatan di kluster wabak. Tindakan ini perlu
dilakukan supaya kes-kes COVID-19 dapat dikesan dari awal dan
mengelakkan pertambahan jumlah kes bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Lantaran berpaksikan kebenaran, saya akan
membantu memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dalam
kalangan masyarakat dengan agar kesejahteraan rakyat
Malaysia terjamin.
Walaupun barisan hadapan COVID-19 utamanya
dianggotai oleh pegawai perubatan dan petugas kesihatan,
namun barisan hadapan ini turut melibatkan anggota lain
seperti polis, tentera dan bomba. Jika saya melihat dari
perspektif yang berbeza, iaitu sekiranya saya diberi peluang
menjadi anggota barisan hadapan sebagai polis dan tentera,
saya akan melaksanakan tugas saya dengan mengawal
pergerakan rakyat. Dalam keadaan yang penuh berwaspada dan
kekhuatiran ini, perkara paling utama yang akan saya lakukan
adalah menyeru orang ramai agar patuh kepada Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diimplementasikan oleh
pihak kerajaan sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Selain itu, saya akan
menggalakkan masyarakat untuk kekal berada di rumah masing-
masing dan tidak keluar sepanjang tempoh PKP sekiranya tiada
keperluan yang penting dan mustahak.
Hal sedemikian bertujuan mengurangkan
pendedahan masyarakat awam kepada jangkitan COVID-19 yang
telah merebak di merata-rata tempat. Malahan, saya sebagai
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ataupun Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan memberikan amaran kepada masyarakat
agar tidak melanggar peraturan. Bagi membuktikan perkara ini,
saya akan membantu menghalang sebarang bentuk
perhimpunan dan memastikan orang awam mengamalkan
penjarakan sosial apabila bercampur dengan masyarakat.
Bahkan juga, individu
12
yang gagal memberikan alasan yang munasabah kerana melanggar
PKP akan ditahan. Dengan kata lain, saya akan mengambil tindakan
tegas dan mengenakan hukuman keras kepada pihak yang
mengingkari PKP. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan
Tempatan Jangkitan) 2020, individu yang didapati bersalah akan
diperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda
sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Saya tidak akan
teragak-agak untuk menahan mereka kerana kata-kata mutiara ada
menyebut berani kerana benar, takut kerana salah.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sekiranya saya diberi
peluang sebagai antara barisan hadapan COVID-19, saya akan
memeras keringat saya dan memberikan perkhidmatan yang terbaik
dalam usaha mencegah dan mengekang penularan wabak COVID-19
di Malaysia. Umum mengetahui bahawa wabak koronavirus ini telah
menjadi titik tolak perubahan dalam bidang perubatan bahkan
membawa impak yang begitu besar kepada sejarah dunia.
Sehubungan dengan itu, barisan hadapan COVID-19 memainkan
peranan yang signifikan dalam usaha berperang dengan virus yang
tidak kelihatan pada mata kasar kita. Pengorbanan dan
sumbangan anggota barisan hadapan negara yang bekerja tanpa
lelah sepanjang hari bagai sumbu pelita menerangi orang lain dengan
membakar diri sendiri. "Wira dan wirawati di seluruh negara yang
berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri",
begitulah perihal mereka seperti yang digambarkan oleh Raja
Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dalam titah penghargaan
baginda kepada para perajurit negara. Oleh hal yang demikian,
masyarakat dan golongan marhaen sewajarnya mengapresiasi
barisan hadapan ibu pertiwi dan tidak mengibaratkan mereka seperti
melukut di tepi gantang.
Pada masa yang sama, turut menjadi obligasi setiap
individu dan masyarakat untuk bersama-sama berusaha dalam
menjayakan sesuatu perkara atau menangani sesuatu isu. Justeru, ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, begitulah pepatah Melayu
yang menekankan peri pentingnya sinergi daripada pelbagai pihak
dalam membendung penularan wabak ini. Sekiranya
penggemblengan tenaga bagai aur dengan tebing diberikan oleh
masyarakat, maka masyarakat dapat bersiap siaga dalam menempuh
sesuatu cabaran seperti krisis wabak COVID-19 ini. Rentetan itu,
negara kita Malaysia dapat mengekalkan kesejahteraan dan
mencapai kemajuan bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara
makmur.
Nama : Ummi Nur Khadijah binti Damanhuri
Sekolah: SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak.
13
APA YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG SEBAGAI
BARISAN HADAPAN COVID-19
‘Stay at home’. Ungkapan ini begitu sinonim dengan YAB Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih-lebih lagi pada musim
wabak penyakit berjangkit Covid-19. Peringatan mesra dalam siri
ucapannya kepada rakyat Malaysia agar menjaga keselamatan diri
dek kerana sayang dan keprihatinan YAB Perdana Menteri untuk
memastikan keselamatan rakyat dan negara terpelihara. “Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” justeru gandingan mantap
barisan kepemimpinan negara yang diterajui oleh KDYMM. Seri
Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah, YAB. Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin, YB.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri
Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr.
Noor Hisham Abdullah hampir setiap kali bersiaran di media
perdana dan berulang kali mengingatkan rakyat Malaysia akan
kepentingan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar rantaian virus Covid-
19 dapat diputuskan.
Hakikatnya, virus berbahaya Covid-19 yang belum
ditemukan penawarnya telah meragut ratusan ribuan nyawa
penduduk dunia. Media Itali, melaporkan angka kematian akibat
virus ini telah mencanak naik kepada 24,114 kes, berpunca sikap
rakyatnya yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
oleh pemerintah dan keengganan mematuhi SOP telah
meletakkan negara tersebut dalam situasi ‘darurat’ meskipun
berjaya dibendung pada peringkat awalnya .Senario yang terjadi
persis peribahasa Melayu, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,
pecah semua, dek kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
individu menyebabkan individu lain menerima tempiasnya.
Malaysia juga tidak terkecuali, saban hari ada sahaja pertambahan
kes baharu dan kematian dilaporkan. Persoalannya, apakah yang
akan saya lakukan jika saya diberi peluang sebagai barisan
hadapan atau ‘frontliners’ Covid-19?
Seandainya saya diberi kesempatan menjadi anggota
barisan hadapan, nescaya kerjaya sebagai polis menjadi pilihan
primer. Dengan memilih kerjaya tersebut, saya bertanggungjawab
menjaga ketenteraman awam serta berautoriti
14
untuk menasihati rakyat Malaysia yang masih berdegil dan
tidak mematuhi arahan PKP. Saya juga akan memastikan tiada
seorangpun yang akan terlepas daripada dikenakan kompaun
mandatori RM1,000 atau 6 bulan penjara jika disabitkan
kesalahan melanggar arahan MKM dan KKM sepanjang PKP
sedang berkuat kuasa. Saya percaya menerusi kerjasama dan
sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bagi aur dengan
tebing dalam mematuhi nasihat yang disarankan oleh MKM dan
KKM secara konsisten maka hasrat kerajaan untuk memerangi
wabak Covid-19 sekali gus memutuskan rantaian virus ini ke
angka sifar akan berhasil.
Melihat perspektif yang berbeza, dengan memilih
kerjaya anggota pertahanan negara, saya bertangungjawab
mengawal aktiviti pencerobohan sempadan negara yang
menjadi laluan tikus bagi kemasukan warga asing ke negara ini.
Amanah yang saya pikul sebagai anggota tentera memerlukan
kecekapan bertindak pantas dan agresif bagi menghalang
wujudnya kluster baharu warga asing pembawa virus Covid-19
menjangkiti penduduk bumi bertuah ini. Situasi pandemik
Covid-19 yang tiada noktahnya ini, nyata telah menghakis nilai
kemanusiaan demi kelangsungan hidup. Hatta, akibat tertekan
dengan PKP, terdapat segelintir masyarakat kini bertindak
agresif menghamburkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa.
Menerusi gandingan mantap antara pihak polis dan anggota
tentera, nescaya usaha menghalang warga asing yang bercita-
cita untuk melintasi sempadan negara akan berjaya sekali gus
dapat mengawal kebolehjangkitan virus ini kepada rakyat
tempatan.
Seyogia, menjadi penghantar makanan “Foodpanda”
juga adalah impian saya jika diberi kesempatan menjadi petugas
barisan hadapan. Sejarah pasaran penghantaran makanan
mudah alih ini bermula di Berlin, Jerman. Perkhidmatan ini
memudahkan pengguna untuk memesan makanan dari restoran
makanan pilihan menerusi jaringan komunikasi. Sebelum
penularan virus Covid-19, perkhidmatan “Foodpanda” telahpun
d i p e r ke n a l ka n d i M a l ay s i a . S e j a k b e r m u l a nya P K P,
perkhidmatan “Foodpanda” telah menjadi daya tarikan ramai
bagi tujuan memesan makanan segera dan membeli barang
keperluan harian. Kerjaya sebagai penghantar makanan
“Foodpanda" bukan sahaja mencabar tetapi menagih kesabaran
kerana saya perlu mengharungi cuaca yang tidak menentu
untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan ke
satu-satu rumah dengan selamat. Pada hemat
15
saya, melalui kerjaya ini, saya dapat memberikan perkhidmatan
terbaik untuk membantu orang ramai memperoleh bekalan
makanan dan keperluan seharian mereka setiap hari.
Akhir sekali, saya memilih untuk menjadi doktor. Tugas
seorang doktor bukanlah mudah, sebaliknya menuntut
komitmen yang tinggi tanpa kenal erti penat dalam menangani
virus berbahaya ini. Apa yang penting, pengakhirannya, kita
mesti menang. Petugas medik,doktor,jururawat bahkan
pembantu petugas kesihatan tidak menang tangan merawat kes
pesakit Covid-19 yang saban hari meningkat. Ada juga antara
mereka yang bertugas 24 jam tanpa rehat, tanpa sempat
menjamah sesuap nasi pun dek kerana keletihan bekerja.
Petugas kesihatan yang lebih terkesan ialah para doktor yang
merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19. Baju khas
Covid-19 juga perlu saya pakai setiap masa semasa merawat
pesakit bagi mengelakkan virus mudah merebak. Terpancar
kegembiraan di riak wajah saya tatkala melihat pesakit sembuh.
Pengorbanan besar petugas kesihatan yang mengutamakan
tugas hakiki dalam waktu-waktu kritikal ini dengan tidak
berjumpa keluarga semata-mata untuk merawat pesakit Covid-
19 seharusnya dipuji dengan cara kita sentiasa mematuhi SOP.
Kesimpulannya, siapapun kita di barisan hadapan,
polis, tentera, penghantar makanan “Foodpanda” waima doktor
sekalipun, kita perlu bersama-sama berganding bahu
membantu kerajaan memutuskan rantaian virus Covid-19
dengan sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi
SOP. Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila kamu mendengar
terdapat satu wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke
tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu
daerah sedangkan kamu berada di sana, maka janganlah kamu
keluar melarikan diri daripadanya”. Tegasnya, sebagai rakyat
yang rindu akan kehidupan kembali normal adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk mengambil langkah-langkah
pencegahan dan patuhilah segala arahan pihak berkuasa
sepanjang tempoh PKP sehingga negara kita benar-benar bebas
daripada ancaman virus Covid-19 bak kata peribahasa, ‘ingat
ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri
yang akan mengait’. “Kita Jaga Kita”. “Kita Mesti Menang”.
NAMA : Raja Fatin Alawiyah Bt. Raja Ahmad Iskandar
SEKOLAH : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
16
APA YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI BARISAN HADAPAN COVID-19?
Tanggal 25 Januari 2020 merupakan tarikh
yang cukup keramat bagi semua rakyat Malaysia apabila
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)
mengesahkan kes pertama Covid-19 masuk ke Malaysia.
Kes membabitkan tiga warga China yang masuk ke
Malaysia(Johor) melalui Singapura. Bermula detik itu,
negara kita telah menyediakan petugas barisan hadapan
untuk menangani penularan virus, mengurangkan risiko
jangkitan dan seterusnya memutuskan rangkaian Covid-
19. Siapakah pejuang dalam menyelamatkan nyawa
rakyat Malaysia yang berada di barisan hadapan ini?
Mereka bukan sahaja terdiri daripada doktor, polis,
tentera, kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
bahkan juga pengawal keselamatan pekerja
pembersihan, dan pekerja kurier. Jika saya diberi
peluang sebagai barisan hadapan Covid-19, saya akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu negara
mendepani kemelut ini.
Seandainya saya berpeluang menjadi
seorang doktor, saya akan merawat para pesakit Covid-
19 dengan sehabis baik. Sebagai contohnya, saya akan
memastikan pesakit-pesakit saya menerima rawatan
yang sewajarnya tanpa perlu didiskriminasikan mengikut
agama, bangsa dan pangkat. Selain itu, saya juga akan
sentiasa memberi tumpuan terhadap perkembangan
pesakit-pesakit ini supaya mereka sembuh seperti sedia
kala. Tidak dilupakan, saya akan sentiasa mematuhi
peraturan pemakaian yang telah ditetapkan dalam
merawat pesakit Covid-19 ini supaya saya sentiasa
dilindungi untuk terus memberikan rawatan kepada
mereka yang memerlukan. Izharlah, doktor memainkan
peranan penting dalam arena perjuangan menentang
Covid-19 ini.
17
Jadi, jika diberi peluang menjadi doktor,
saya akan merawat pesakit dengan sepenuh jiwa
dan raga kerana setiap masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya. Lagipun inilah masanya untuk
saya menyumbang bakti untuk nusa yang tercinta.
Andai kata saya memikul tanggungjawab sebagai
seorang polis, saya akan memastikan rakyat
Malaysia mematuhi segala peraturan ketika
perintah kawalan pergerakan (PKP). Misalnya, saya
akan mengadakan sekatan jalan raya dan bertanya
kepada para pengguna jalan raya tujuan mereka
keluar dari rumah. Golongan yang ingkar akan
dikenakan tindakan tegas seperti direman,
dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan yang
lebih tegas seperti dikehendaki membayar denda
atau dipenjarakan .
Selain itu, saya juga akan memastikan
hanya ketua kelurga sahaja yang keluar untuk
membeli barang keperluan atau menemankan ahli
keluaga yang perlu mendapatkan rawatan. Tidak
dilupakan, sebarang aktiviti keagamaan, riadah
ataupun aktiviti secara beramai-ramai tidak akan
dibenarkan ketika pandemik Covid-19 ini berlaku
bagi mengelakkan penularan wabak.
Tidak dapat dinafikan, tugas seorang
polis ketika penularan Covid-19 ini amatlah
mencabar. Mereka terpaksa berdepan dengan
segelintir rakyat Malaysia yang ingkar perintah
kawalan pergerakan (PKP). Jadi, jika saya seorang
polis, saya akan bersikap tegas terhadap rakyat
Malaysia lagi-lagi ketika waktu yang sulit ini tanpa
mengira status sosial dan pangkat.
18
Tugas kakitangan penerangan adalah satu
tugas yang cukup mulia dan penting dalam
menerangkan semua polisi dan dasar kerajaan. Mutakhir
ini, berita fitnah dan palsu berkenaan Covid-19
berleluasa dalam media sosial. Jadi, sebagai pihak
barisan hadapan negara Malaysia, Saya sebagai salah
seorang kakitangan MKN akan menyampaikan berita
yang sahih kepada rakyat Malaysia. Saya akan
mewujudkan aplikasi yang mudah untuk menyampaikan
berita yang sahih selain menggunakan medium
televisyen dan radio. Contoh aplikasi yang akan saya
gunakan jika saya merupakan kakitangan MKN ialah
Telegram, Facebook, Youtube. Saya juga akan membina
aplikasi baharu bagi memudahkan saluran informasi
berkaitan Covid-19. Dengan menggunakan aplikasi yang
pelbagai ini, saya akan menyampaikan berita yang sahih
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara
perkara yang akan saya jelaskan ialah perkembangan
statistik bilangan pesakit Covid-19 dan info-info semasa
berkaitan Covid-19.
Jadi, rakyat Malaysia akan dapat mengetahui
berita yang benar dan peka terhadap perkembangan
terkini. Dengan ini, saya dapat mengelakkan berita palsu
berkenaan Covid-19 terus tersebar. Oleh itu, saya amat
berbangga jika saya merupakan salah satu anggota MKN
kerana dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
dan membantu masyarakat untuk mendapatkan
maklumat yang sahih serta mengelakkan kebimbangan
yang tidak wajar atau tidak berasas dalam kalangan
masyarakat.
Barisan hadapan negara memainkan peranan
yang amat besar dan penting. Tanpa mereka, pasti
sudah banyak nyawa rakyat Malaysia yang terkorban
angkara virus Covid-19. Tugas barisan hadapan ini
amatlah besar dan mulia. Saya amat berbangga dan
gembira seandainya saya merupakan barisan hadapan
ketika dugaan pandemik ini berlaku.
19
Saya akan menjadi sangat gembira kerana
saya telah menolong ramai pesakit Covid-19 dan rakyat
Malaysia. Dengan pertolongan barisan hadapan sebagai
benteng terhadap ancaman Covid-19, rakyat Malaysia
dapat menjauhkan diri daripada risiko Covid-19, dan
yang amat bermakna bagi seorang barisan hadapan
adalah melihat pesakit Covid-19 sembuh dan tersenyum
semula. Oleh itu,hargailah para barisan hadapan kita
yang telah mengorbankan sepenuh jiwa dan raga
mereka demi negara Malaysia. Segala titik peluh mereka
dan pengorbanan mereka tidak terhitung demi rakyat
Malaysia. Dapat kita lihat di kaca televisyen, para doktor
bermandi peluh memakai peralatan perlindungan diri
(PPE). Malah ada antara barisan hadapan seperti pekerja
kurier, pekerja pembersihan ini yang kelelahan kerana
terpaksa bertugas melebihi masa yang ditetapkan.
Barisan hadapan seperti polis dan tentera
juga terpaksa menghadapi panas menyengat, angin ribut
dan hujan yang lebat ketika menjalankan sekatan jalan
raya. Oleh itu,saya amat berbesar hati dan gembira
sekiranya saya merupakan para barisan hadapan
kendatipun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.
Sesungguhnya para barisan hadapan negara kita ini
ibarat “harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama”. Maka,hargailah mereka, para
barisan hadapan kita.
Nama : Nurfatini Izzati Binti Milatu Samsi
Sekolah : SBP Integrasi Gopeng
20
TAJUK: APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA
DIBERI PELUANG SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID-
19’?
Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar atau
melihat berita di kaca televisyen ataupun di surat
khabar yang memaparkan isu wabak koronavirus. Apa
itu wabak koronavirus? Tahukah anda bahawa wabak ini
telah diisytiharkan sebagai pandemik COVID-19 oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)? Penularan dan
keadaan wabak yang melanda dunia kini kian mencapai
tahap yang amat membimbangkan kerana kadar
penularannya begitu cepat dan meluas tanpa mengira
latar belakang mangsa. Sehubungan dengan itu, ramai
pejuang barisan hadapan termasuklah para doktor,
jururawat, anggota tentera, anggota polis dan
sebagainya telah memerah keringat, berkorban masa,
tenaga dan nyawa mereka untuk sama-sama
membendung penularan wabak COVID-19.
Jika saya diberi peluang sebagai pejuang barisan
hadapan COVID-19, saya akan melaksanakan
tanggungjawab atau tugasan yang diamanahkan sebagai
pegawai perubatan dengan penuh dedikasi, keazaman
dan iltizam yang tinggi. Walaupun terpaksa
meninggalkan orang yang saya sayangi demi tugas, saya
rela. Saya tetap akan menghulurkan tangan dan
berusaha sedaya upaya untuk memberikan rawatan dan
perkhidmatan terbaik kepada setiap warganegara yang
memerlukan pertolongan tanpa mengira darjat, tahap
pendidikan, kekuasaan mahupun keturunan. Saya juga
akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan
pesakit-pesakit yang dijangkiti virus berbahaya ini dari
masa ke masa. Sebagai contoh, saya akan membuat
pemantauan rapi secara berkala di dalam wad selain
merekodkan perkembangan kesihatan mereka.
Impaknya, saya mampu mengambil tindakan segera
bagi membantu memulihkan pesakit-pesakit yang
dijangkiti dengan wabak pandemik Covid-19 bagi
menurunkan statistik bilangan penghidap yang semakin
bertambah saban hari.
21
Selain daripada itu, saya juga akan sentiasa
memastikan tahap kebersihan dan kesihatan diri sendiri
berada pada tahap yang baik. Hal ini sangat penting bagi
melindungi diri saya, pesakit dan orang yang rapat dengan
diri seperti rakan sebaya, ahli keluarga serta anak-anak
daripada wabak COVID-19. Misalnya, saya selaku pegawai
perubatan yang berhadapan dengan risiko jangkitan wajib
memakai Peralatan Perlindungan Peribadi atau Personel
Protective Equipment (PPE) semasa menjalankan tugas. Hal
ini kerana PPE mampu membantu melindungi diri saya
daripada terkena titisan akibat batuk, bersin atau cecair
badan yang datangnya daripada pesakit atau permukaan
yang tercemar.
Selain itu, jika saya seorang pejuang barisan
hadapan, saya pasti akan membersihkan diri selepas
bertugas supaya tidak membawa virus pulang ke rumah dan
menjangkiti orang lain. Malahan, saya akan memastikan diri
sendiri dan orang lain mempraktikkan amalan jarak sosial
untuk mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 sungguhpun
tidak dapat melihat virus tersebut menggunakan mata kasar
kerana malang tidak berbau. Oleh itu, pentingnya bagi saya
agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan bak kata
pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati lantas
menyebabkan saya mampu membantu menyelamatkan
nyawa lebih ramai rakyat yang terjejas akibat koronavirus
durjana ini.
Bukan itu sahaja, sebagai pegawai perubatan yang
terlatih, saya juga akan sentiasa bersabar dalam
menghadapi dugaan dan kesusahan dengan hati yang
tenang semasa menjalankan tugas. Selaku seorang
kakitangan kerajaan yang bertauliah, saya akan cuba
mencontohi sikap Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk
Dr Noor Hisham Abdullah yang diiktiraf sebagai antara tiga
orang doktor terbaik di dunia dalam menangani situasi
COVID-19. Beliau tidak pernah jemu bekerja bersama-sama
barisan hadapan dalam menangani wabak ini dan sentiasa
bersabar menjawab apa-apa sahaja persoalan yang diajukan
oleh wartawan semasa sidang media diadakan. Justeru, saya
juga akan mempraktikkan contoh teladan yang
22
ditunjukkan oleh beliau dengan memberikan sokongan
dan khidmat kaunseling kepada pihak yang
memerlukan misalnya para pesakit yang dijangkiti
wabak COVID-19 supaya mereka sentiasa berfikiran
positif untuk menentang wabak ini. Kesannya mereka
akan sentiasa berada dalam kondisi yang baik dan
mental yang seimbang semasa proses pemulihan
daripada penyakit yang dihadapi.
Tuntasnya, dapatlah kita simpulkan bahawa
pandemik COVID-19 ialah sejenis penyakit berjangkit
yang sangat berbahaya. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, kita
haruslah berganding bahu dengan para pejuang
barisan hadapan yang bertungkus-lumus dengan
penuh kesungguhan bagi melawan serangan virus ini.
Walaupun sehingga setakat hari ini koronavirus masih
belum mempunyai penawar atau vaksin yang
berkesan, namun ianya bukanlah sesuatu yang
mustahil.
Dengan adanya khidmat daripada pakar-
pakar kesihatan dan penyelidik terbaik dunia, tidak
mustahil virus ini dapat dilenyapkan dari muka bumi.
Selaku rakyat yang tidak mampu menjadi salah satu
daripada anggota barisan hadapan yang menentang
wabak ini, kita tetap mampu menghulurkan bantuan
secara tidak langsung. Oleh itu, ayuhlah kita sama-
sama memberikan sokongan dan kerjasama dengan
cara mematuhi peraturan yang ditetapkan selain
mematuhi arahan pihak berkuasa untuk memastikan
kita bersama-sama dapat membendung penularan
wabak COVID-19.
#COVID-19
#Dudukdirumah #Kitajagakita
Nama :Kok Poh Er
Sekolah : SMK Seri Teja
23
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI
PELUANG SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID 19’
Covid 19 adalah satu penyakit yang boleh
merebak dari individu ke individu yang lain melalui
titisan pernafasan atau sentuhan.Bagi mengawal gejala
penyakit ini dari merebak, kerajaan telah mengistiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Jika diberi peluang sebagai barisan hadapan
Covid 19, saya ingin menjadi seorang anggota polis.Saya
akan memastikan semua pergerakan orang ramai masa
PKP dikawal dengan ketat.Saya akan bertugas untuk
mengekang Covid 19 dengan membataskan pergerakan
orang ramai bagi memutuskan rangkaian jangkitan
secepat mungkin.Jika terdapat rakyat yang berdegil
dengan berjalan-jalan, bersiar-siar dan bersesak-sesak di
tempat awam, saya akan mengambil tindakan yang
tegas.
Saya juga akan bertugas menjaga sekatan
jalan raya walaupun ketika cuaca panas atau hujan.Saya
bersedia bertugas selama 12 jam sehari.Saya perlu
bertegas dalam melaksanakan tugas demi keselamatan
semua pihak.Setiap kenderaan akan saya periksa dengan
teliti bagi memastikan orang ramai keluar hanya untuk
tujuan yang dibenarkan sahaja.Jika mereka gagal
memberi alasan yang kukuh, saya akan arahkan mereka
berpatah balik atau diberi amaran.
Dalam usaha membendung wabak Covid 19
ini, pasukan polis telah banyak berkorban masa dan
tenaga walaupun berisiko terkena jangkitan penyakit
ini.Oleh itu, saya berasa sungguh bangga bertugas
sebagai anggota polis semasa Covid 19 ini.Sebagai
anggota polis saya akan memastikan rakyat Malaysia
mematuhi peraturan semasa PKP dinegara ini.Saya
berharap Covid 19 dapat ditewaskan dengan kerjasama
daripada semua pihak.
Nama Peserta : Sim Guan Yu
Sekolah : SJKC Yuk Kwan Batu Gajah
24
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI
PELUANG SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID 19’
Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh
negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan
di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.
Namun, dimanakah peranan dan tanggungjawab kita
sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi penularan
wabak COVID-19 ini?
Sekiranya saya diberi peluang sebagai petugas
kesihatan di barisan hadapan COVID-19, saya akan pastikan
semua rakyat Malaysia mendapat layanan kesihatan di
tahap yang tinggi. Saya akan merawat pesakit-pesakit
COVID-19 dengan sebaiknya dan mengambil berat tentang
keadaan pesakit. Saya juga akan menyampaikan maklumat
tentang cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri
dari virus COVID -19.
Saya akan memberi pendedahan kepada orang
awam dengan mengajar langkah-langkah yang betul untuk
mencuci tangan dan membersihkan diri agar terhindar dari
virus COVID-19. Maklumat-maklumat ini akan saya
sampaikan melalui laman sosial seperti Facebook, Youtube
dan sebagainya.
Jika saya diberi peluang menjadi pasukan
keselamatan seperti polis atau tentera, saya akan
memastikan semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan
PKP dengan memberi nasihat semasa melakukan sekatan
jalan raya atau semasa membuat rondaan. Nasihat-nasihat
yang akan diberikan kepada mereka adalah seperti duduk di
rumah, jangan berkumpul, gunakan pelitup hidung dan
mulut serta sanitizer apabila keluar atau berada di tempat
awam.
Kesimpulannya, saya percaya dengan menjadi
seorang petugas di barisan hadapan COVID-19, saya akan
menjadi orang yang bertanggungjawab untuk cuba
menyelamatkan nyawa manusia pada setiap masa. Saya
yakin dan mampu bekerja dengan penuh dedikasi di barisan
hadapan. Bak kata pepatah, ‘hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih’.
NAMA : NUR AFINA SAFIYYA BINTI MOHD AZIRUL
SEKOLAH : SK METHODIST (ACS) KAMPAR
25
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI BARISAN HADAPAN COVID-19?
Wabak COVID-19 diisytiharkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik pada 11 Mac
2020, iaitu seminggu sebelum Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.
Sepanjang pandemik ini, peranan barisan hadapan dalam
membantu kerajaan umumnya dan rakyat Malaysia
khususnya tidak dapat dinafikan.
Sekiranya saya diberi peluang sebagai barisan
hadapan COVID-19, saya akan menjadi seorang doktor yang
berusaha bersungguh-sungguh untuk merawat pesakit
COVID-19. Bukan itu sahaja, saya akan memberikan
perhatian yang sepenuhnya kepada setiap pesakit. Hal ini
saya lakukan bagi memastikan mereka tidak berasa
terpinggir bahkan diberikan perhatian yang rapi. Mereka
perlu dijaga dan dirawat dengan sebaik mungkin.
Seterusnya, jika saya sebagai seorang polis, saya
akan meronda setiap kawasan dengan lebih kerap supaya
tiada individu yang keluar dari rumah dengan sesuka hati.
Saya juga akan memastikan setiap individu mematuhi SOP
atau Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan agar
penularan wabak ini dapat dielakkan. Sekiranya usaha ini
dijalankan secara berterusan, pasti dapat memutuskan
rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita dengan lebih
cepat.
Kesimpulannya, jika saya diberi peluang untuk
menjadi barisan hadapan COVID-19, saya akan menjalankan
tanggungjawab saya tanpa mengira penat dan lelah demi
kesejahteraan negara tercinta. Sebagai rakyat, kita mesti
bersatu hati untuk memenangi perjuangan dalam usaha
menentang COVID-19. Kita mesti menang!
Nama : Ling Shu Qiao
sekolah : SJK (C) SIN MIN SG SIPUT
26
APAKAH YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI ‘BARISAN HADAPAN COVID 19’
Pada masa kini, penyakit Coronavirus sudah
semakin merebak di seluruh dunia.Begitu juga di negara
kita.Dari hari ke hari bilangan pesakit Covid 19 semakin
bertambah.Ini membebankan petugas frontliner Covid 19.
Jika diberi peluang sebagai frontliner semasa Covid
19 ini, saya ingin menjadi seorang anggota polis.Sebagai
seorang anggota polis, saya akan menjalankan tugas saya tidak
kira siang ataupun malam.Saya akan menjaga keselamatan
orang ramai supaya tidak dijangkiti virus yang berbahaya ini.
Saya akan mengawal lalu lintas dan membuat
sekatan jalan raya supaya orang ramai tidak keluar rumah
tanpa alasan yang munasabah.Saya sentiasa menasihati orang
ramai supaya duduk dirumah dan tidak berkumpul ditempat-
tempat awam.Saya akan memberi amaran kepada pemandu
yang ingkar perintah dan menahannya jika masih berdegil
dengan peraturan yang telah dibuat.
Semasa bertugas di tempat awam, saya akan
memastikan orang ramai memakai penutup muka dan
mematuhi penjarakan sosial terutama semasa membeli barang
dipasar, kedai runcit atau pasar raya..
Saya juga berharap, orang ramai dapat mengikuti
arahan seperti duduk di rumah, rajin mencuci tangan dan
memakai penutup muka dalam tempoh perintah kawasan
pergerakan semasa Covid 19 ini.Saya akan menjalankan tugas
saya dengan penuh amanah dan berdedikasi.Saya juga akan
menjaga kesihatan diri sendiri supaya saya dapat terus
memberi perkhidmatan saya sebagai seorang anggota polis.
Nama :Iskandar Zulkarnein Shah Bin Idris
Sekolah :SJKC Yuk Kwan Batu Gajah
27
APA YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA SAYA DIBERI
PELUANG SEBAGAI BARISAN HADAPAN COVID-19.
Penyakit paling heboh diperkatakan di seluruh
dunia sekarang ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan
di Wuhan, China. Di Malaysia pula, penularan wabak
COVID-19 bermula seawal 25 Januari 2020. Dalam
mengekang penularan wabak ini, peranan barisan
hadapan amatlah penting. Barisan hadapan yang
menangani COVID-19 terdiri daripada petugas kesihatan
dan perubatan, polis, tentera dan sebagainya.
Jika saya diberi peluang sebagai seorang doktor,
saya akan merawat pesakit COVID-19 dengan penuh rasa
tanggungjawab agar pesakit dapat segera sembuh. Saya
juga akan merawat mereka dengan penuh sabar dan
sentiasa memberi kata- kata semangat agar mereka terus
kuat melawan penyakit tersebut. Pada masa yang sama,
saya juga perlu sentiasa bersedia untuk bekerja lebih
masa bagi merawat bilangan pesakit yang kian bertambah.
Pengorbanan ini tentunya menuntut keikhlasan yang tinggi
bagi diri saya.
Selain itu, saya juga bertanggungjawab
membantu pegawai perubatan yang lain untuk membuat
saringan dan mengambil sampel individu yang disyaki
dijangkiti wabak COVID-19 di lapangan. Sebagai seorang
doktor juga, ,setiap saat saya pasti akan berhadapan
dengan risiko jangkitan.
Jadi, ,sebagai langkah keselamatan saya mesti
memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang
lengkap sepanjang tempoh penjagaan di ICU. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Demi
tugas dan amanah, saya rela melaksanakan
tanggungjawab untuk masyarakat dan negara yang
tercinta.
28
Kesimpulannya, penularan virus ini boleh
diputuskan rangkaiannya apabila semua pihak
berganding bahu ibarat aur dengan tebing. Pasukan
perubatan seperti para doktor dan jururawat bertungkus-
lumus menyelamatkan nyawa manakala pasukan
keselamatan yang terdiri daripada pihak polis dan tentera
pula memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berjalan dengan jayanya. Bak kata pepatah, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Pada
akhirnya, kiita pasti menang dan Malaysia bebas daripada
COVID-19. Itulah harapan saya.
Nama : Sim Ying Xuan
Sekolah : SJKC Yuk Kwan, Batu Gajah
29
APA YANG AKAN SAYA LAKUKAN JIKA DIBERI PELUANG
SEBAGAI FRONTLINER COVID-19?
Menjelang tahun 2020, dunia telah dikejutkan
dengan sejenis virus yang telah merebak dengan begitu cepat.
Virus tersebut dikenali sebagai virus korona atau COVID-19.
Penyebaran jangkitan virus korona juga telah mengubah
corak kehidupan manusia serta merencatkan pertumbuhan
ekonomi dengan begitu drastik.
Petugas barisan hadapan (frontliner) memikul
tanggungjawab yang sangat besar kepada negara. Sebagai
frontliner, mereka telah ditugaskan untuk merawat pesakit
terutamanya pesakit yang dijangkiti COVID-19. Sekaligus,
mereka amat terdedah kepada bahaya mendapat jangkitan
virus COVID-19. Perkara yang akan saya lakukan jika diberi
peluang sebagai frontliner COVID-19 ialah merawat pesakit
COVID-19 dengan sedaya upaya saya. Saya akan merawat
pesakit COVID-19 supaya mereka cepat sembuh dan sihat.
Jika ramai pesakit yang sembuh dari penyakit COVID-19, maka
kebarangkalian virus COVID-19 berjangkit akan berjaya
disekat.
Seterusnya, saya akan memberi layanan terbaik
kepada pesakit COVID-19. Hal ini dapat mengurangkan rasa
kesedihan pesakit yang menghadapi masalah peribadi seperti
terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan taulan,
kegelisahan menghadapi sakit yang kronik dan lain-lain lagi.
Selain itu, saya juga akan memastikan pesakit
berada dalam keadaan yang selesa, memastikan persekitaran
pesakit bersih dan nyaman serta diberi penjagaan yang rapi.
Saya juga akan memastikan pemakanan pesakit mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh pihak hospital diagihkan
dengan sebaiknya.
Akhir sekali, saya akan memastikan diri saya
selamat daripada jangkitan COVID-19. Antara cara mencegah
COVID-19 ialah memakai pelitup mulut dan hidung,
membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan
‘sanitizer’ serta menjaga penjarakan supaya tidak dijangkiti.
Sebagai frontliner, saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga
kerana barisan fronliner sangat penting untuk membantu
pesakit dan orang awam. Bak kata pepatah, “sediakan payung
sebelum hujan”.
30
Kesimpulannya, kita perlu berjaga-jaga dengan
persekitaran supaya tidak mudah dijangkiti. Sebagai
frontliner, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
berbakti kepada negara dan memastikan pesakit COVID-19
berkurangan. Rakyat Malaysia perlu bekerjasama bersama
pihak frontliner untuk duduk di rumah seperti yang
diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan malaysia. Saya
berharap kita semua mengambil peranan masing-masing
untuk mencegah COVID-19 agar tidak terus merebak ke
merata-rata.
NAMA : NOR MAISARAH BINTI JAMIL
SEKOLAH : SK BUKIT PEKAN, KAMPAR
31
32
WHAT WOULD I DO IF GIVEN THE
OPPORTUNITY AS A COVID-19 FRONTLINER?
Since my ambition is to be a somebody in
medical field, I really want to be given the opportunity as a
COVID-19 frontliner. Imagine how worthy it would be; treat
people and help them to be fully recovered, although it
may risk my very own life.
If I am a biomedical researcher, I want to work
really hard in figuring out the exact way to protect human
from the virus. Experimenting is an important step to
develop the cure. I really want to sit in the lab, working
with state-of-the-art-equipment, holding the sample of
COVID-19’s infected blood and experimenting it with lots of
formulated vaccines and drugs. If I am lucky enough,
maybe the cure for the pandemic is in my hand.
That means victory for the world. I’m going to be their new
Florence Nightingale! Seeing people smiling and cheerful
again means a lot to me.
Apart from that, not only serving the nation, I
want to serve the WORLD! After Ihave successfully found
the cure, I will travel around the world distributing the
vaccinesor drugs and I will make sure no part on this earth
is left behind. We will get rid of the virus and bring
happiness back to the world!
I hope one day I can serve the nation like today
COVID-19 frontliners. Maybe I can’t do much during this
pandemic, but at least I can contribute through this piece
of writing. Remember, stay at home! Ease the burden of
the frontliners. To the frontliners,
thank you for risking your life in keeping us safe and sound!
Name : Nur Amrina Rashada Binti Zulkifli
School : SBP Integrasi Gopeng
33
WHAT WOULD I DO IF GIVEN THE OPPORTUNITY AS A
COVID-19 FRONTLINER?
In the year 2020, a worldwide pandemic has
swept the whole planet and has caused great distress
and inconvenience to everyone. The Coronavirus disease
2019 or known as COVID-19 has claimed many lives and
caused many individuals not able to carry out their daily
routine. All parts of society must work together as an
effort to combat against the COVID-19 pandemic. There
are many who are risking their lives to fight against this
disease such as doctors, nurses, police officers,
researchers and volunteers. So, what would I do if I was
given the opportunity to be a COVID-19 frontliner?
First, I would volunteer to work at a hospital
by lending a helping hand to those in need at the
hospital. Doctors and nurses worldwide are all working
hand in hand to aid those who are ill, and it would lessen
their burdens if I could assist them with some of the
duties. For example, as I can speak a few languages and
know a sign language, I can help the hospital by
answering patient questions related to Covid-19.
Besides, there is a lot of shortage of personal protective
equipment (PPE) in hospitals. I could also help in seeking
donations from the citizen for surgical masks, N95
respirators, face/eye shields, gloves, cleaning supplies
and hand sanitizers. These are the gear that medical staff
uses to protect themselves from getting sick and also to
prevent infection from one patient to another.
Though COVID-19 is potentially lethal to
anybody, it is far more likely to cause serious problems
and fatality in older people. For a start, I could do a
favour by delivering essential items to people in need
especially the elderly, the sickly and those living on the
street. For example, items such as food, face masks,
hand sanitizers and toilet papers are important during
this pandemic time. I am thinking that if I could just send
these items directly to them, then they won’t have to
venture out risking their lives.
34
It’s a good deed that will not only make
me feel useful in a time when I might be feeling
helpless, but also a small step to “minimize the risk
that others get sick, and that helps everyone in
these critical times. It is also important to recognize
curbing of the virus spread being tantamount to
the treatment of the disease.
The future trend of global infection
cases will rise exponentially, owing to the effective
spread of the virus through bodily fluid. At this rate,
the capacity for treatment such as hospital facilities
and medical supplies would soon be overwhelmed.
The adage, ‘prevention is better than cure’, is
certainly critical when tackling with this pandemic.
Besides staying at home, regular disinfection of
public facilities is also necessary.
Therefore, as a frontliner, I would also
volunteer to disinfect virus- targeted hotspots such
as the wet markets, convenience stores and public
washrooms. Disinfection practices are important to
reduce the potential for COVID-19 virus
contamination in non-healthcare settings.
The frontliners’ contributions in tackling
this global pandemic is critical and shouldn’t be
overlooked. It is not the least superfluous to
describe their roles as the pillars that supports the
survival of mankind. From the bottom of my heart,
I would like to express my highest gratitude
towards these frontliners who are putting their
lives on the line.
Name : Tan Haw Xuan
School : SMK Sentosa
35
What would I do if given the opportunity as a Covid-
19 frontliner?
As we all know, the pandemic which is called
Covid-19 has hit the world by storm and has reached a
critical level. This fatal virus has taken away so many
lives. Countries all over the world are working hard to
fight against the virus. This is occurring in Malaysia too.
Fortunately, the situation in our country is getting
better from day to day, and we will receive good news
soon.
If given the opportunity as a Covid-19
frontliner, I would take care of the Covid-19 patients in
the hospital if I were a doctor or a nurse. On account
of the deadly pandemic, the patients need constant
observations and treatments so that they could be
cured from the disease. Patients require more
attention and care to make sure they are totally free
from the disease when they are discharged. In
addition to that, I will give more focus on the ICU
patients owing to their conditions which may turn for
the worse all of a sudden. As such, immediate action
should be taken to ensure that the patient can survive
the critical situation.
Besides, if I were a doctor or a nurse, I
would be willing to work around the clock because it is
my duty as a responsible medical worker. Regarding
the rise in the number of positive cases, it means that
more and more patients will be admitted to the
hospital for treatment. At that peak of circumstances,
frontliners are going to be extremely busy and some
might fall sick due to long working hours and this will
lead to the scarcity of medical workers. Thus, I also
have to take care of my health so that I can continue
to treat the patients until they fully recover.
36
Besides providing medical care, I will
give the patients encouragement and moral
support to stimulate their spirit and confidence
to fight against the virus successfully. Giving
motivational words to the patients can make
them become more confident that they will
have a speedy recovery. I will help them deal
with depression and encourage them to stay
optimistic in facing all the obstacles ahead.
A positive attitude can heal the body
and mind faster. Other than health care workers,
the frontliners also consist of police officers and
soldiers. If I were a police officer or soldier, my
main task is to ensure the people obey the
Movement Control Order (MCO) that has been
implemented by the government since the 18th
of March.
MCO has so far brought a positive
impact that is the decline in the number of
positive cases. Therefore, I will stand duty at the
road block everyday to ensure the drivers and
motorists follow the SOP. Moreover, I will advise
them to go home if they have no valid excuse
for being outside.
Besides, I will also patrol at places
that are usually frequented by people such as
markets, religious sites and public parks. I will
make sure that the people observe physical
distancing and are wearing their masks. I will
ensure the hawkers only open their stalls from
8.00 a.m to 8.00 p.m. These steps can help in
curbing the spread of Covid-19.
37
Last but not least, after I finish the day
duties as a frontliner, the first thing I should do
upon arriving at home is to clean myself up
thoroughly. It is because there is always the risk
of the virus lingering on my body and clothes.
Therefore, I should take a bath and wash the
clothes I wore for that day duty. Only after that I
can do other things at home and interact with
my family.
This is the best way to protect myself
and my family from contracting the virus. Not
only that, I will always advise my family and
friends to maintain self cleanliness like washing
hands or using sanitizers frequently. Combating
the virus is not only the job of frontliners but
also the responsibility of all Malaysians.
Those are the things that I would do if
given the opportunity as a Covid-19 frontliner.
The frontliners are playing their roles responsibly
and have shown profound efforts and sincerity
to free our country from the dreaded virus. They
have a huge battle ahead of them. As such, we
as the public should be grateful to them as they
have contributed so much. We only need to
follow the SOP and take care of ourselves so that
our country can be free from the disease or else,
the sacrifices made by the dedicated frontliners
will be in vain.
Name : Chai Yun Yi
School :SMK Kampar
38
What would I do if given the opportunity as a Covid-19
frontliner?
The Covid-19 pandemic affected the whole world
until the world becomes silence. Silence caused by the
order to quarantine that left most of the roads and
workplaces empty. Silence for the increasing death toll day
by day. Silence of the frontliners’ family members who are
in the fear of their loves one who are out there to protect
Malaysian citizens and keep them save. Did I mention the
frontliners?
Yes, the frontliners who are working by risking
their own lives during this pandemic while the rest of us
stayed at the comfort of our own home. The frontliners such
as doctors, nurses, police officers, soldiers, food delivery
workers, grocery shop workers and so on. Besides, let’s not
forget the heads of the family, where most of them are
fathers who make sure their families have enough to eat.
Today, I am asked with a question what would I do if I was
given the opportunity as a Covid-19 frontliner? Surprisingly,
I am up to the challenge.
As a normal human being, even I have the fear of
getting infected and be bedridden at the hospital. Dreading
the idea that it will be the last day of my breathing and
living on the earth and worried of not able to see any of my
family members ever again. However, if I think about the
situation carefully, I am a young girl and I have a better
immune system than the older ones. I can fight the virus as
it is the only way to overcome it until the vaccine is found.
Therefore, why don’t I as a young frontliner help others who
are older or sick out there? Moreover, I believe that
numbers do matter, if there are many more of us as
frontliners lending a helping hand, maybe we can defeat it
and who knows we can end this pandemic as soon as
possible.
We should understand that unity is strength.
However, remember that we still need to maintain our
distance! So, I would like to be an example to youngsters
out there who can also lend a helping hand by being
frontliners or volunteers.
39
Firstly if I were a frontliner in a medical
field, for example a doctor, a nurse or a medical
researcher, I would certainly write journals and update
news online about how easy this virus can affect
people, so everyone will realize the seriousness of this
situation. I would also be going to help the patients
who are suffering from the disease. I wanted to be by
their side and encourage them one by one throughout
the day so that they can fight the disease with their
willpower. As I can’t be by their side 24/7, I will do
researches and share the finding with other doctors or
researchers from other countries to find solutions to
the problems created by this virus. One thing I am sure
that I will carry out my work with full dedication,
professionalism and showing altruism.
Moreover, if I am a police officer, a soldier
or even a Foodpanda delivery girl, I would follow the
precautions advice by the World Health Organization
(WHO). I will protect myself and others by taking these
simple precautions, such as physical distancing,
wearing a mask, avoiding crowds and cleaning my
hands. I would set a good example to the other citizens.
As an officer involved in a roadblock, I will carry out my
responsibilities with enthusiasm to help the country in
stemming the COVID-19 outbreak.
Furthermore, I would increase patrolling
the housing residential and hotspot places; for
example, shopping complexes, wet markets or even
the parks so I can emphasis the important of taking
precautions to the citizens of Malaysia and
reprimanded the stubborn ones.
41
Lastly, as a Foodpanda deliver girl, I would
encourage my customers to wash their hands first before
receiving the food and paying the cash. It would be even
better if my customers make use of cashless payment. It
will really help in preventing the virus from spreading.
Most importantly, I am going to make sure that I will take
all the precautions needed such as cleaning myself and
taking shower before entering my house and meeting
with my family members. I would also stay away from my
family members so that the virus would not spread to
them if I am infected. Even it is just a small action, I hope
this would help to create some awareness!
In a nutshell, I understand that all the
frontliners and their family members have gone through a
hard time fighting against this virus, however I will give
them assurance that it is a must to help the ones
suffering out there. We need to remember that it is the
responsibility of all of us to end this pandemic as soon as
we can, as ‘pandemic’ is not a word to use lightly or
carelessly. It is a word that, if misused, can cause
unreasonable fear, or unjustified acceptance that the
fight is over, leading to unnecessary suffering and death.
In the days and weeks ahead, we expect to see the
number of cases, the number of deaths, and the number
of affected countries in the world climb even higher.
Therefore, just like I am ready to be the frontliner to help
the suffering ones, I hope that all of us will be ready to
sacrifice something in order to end this Covid-19
pandemic.
Name : Jeeveta a/p Arasu
School : SMK St. Bernadette’s Convent
40
What would I do if given the opportunity as a Covid-19
frontliner?
During this pandemic, most of the countries
throughout the world are suffering with major issues such
as depression caused by financial breakdown, inability to
find a job or even being laid off from their present job.
Hence, frontliners are taking charge to ease the situation.
Frontliners are those who are critical to the Covid-19
response or delivering essential public services within the
country such as those who are at the frontline of health
and social care.
Being a frontliner in the medical field, I will
have to prioritize my patients’ lives before mine. Hence, I
will first ensure that every patient admitted is given
proper treatment and supplied with adequate medication
to ensure that they recover from their illness. Moreover, I
will also ensure that other medical staff abides to meet
the safety requirements which have been imposed by the
government to avoid severe complications during
treatment.
Secondly, if I become a frontliner in the
country defense against Covid-19, I will ensure that every
Malaysian abides to the Movement Control Order (MCO).
Hence, I will ensure that proper safety measures and
protocols are initiated during the MCO. Moreover, I will
volunteer to keep watch at every roadblock which I have
been assigned to. I will also make sure that nobody
violates the Standard Operation of Procedure (SOP) set by
the government.
Last but not least, if I become a frontliner in
social services, I will provide services to the public by
being a personal grocer. To avoid getting infected during
my service, I will abide to all the safety regulations
stipulated by the Health Ministry such as putting on a
mask as a safety precaution and sanitizing each time I
deal with customers or travel to public places.
42
As a personal grocer, I will also offer my
service to people in rural areas who have
transportation difficulties no matter the distance.
Last but not least, I will offer a lower price to
people who live in a hand-to-mouth lifestyle
such as college students and foreign labors.
In a nutshell, I would like to thank
every frontliner who is risking their lives in
various fields during the pandemic. Without
them, life during the pandemic can be difficult
and unbearable.
Name: Nicholas Paul A/L Henry Paul
School : SMK Sultan Yussuf
43