The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023- CAWANGAN BEAUFORT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pnscawbeaufort, 2023-04-17 01:22:45

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023- CAWANGAN BEAUFORT

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023- CAWANGAN BEAUFORT

1


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 01 TAJUK : MISTERI SUMPAHAN MAHSURI BERDARAH PUTIH PENULIS : IBNU IBRAHIM AT -TAWARI TERBITAN : KARYA PUBLIKA SDN BHD MUKA SURAT : 372 MS ISBN : 9789672394 HARGA : RM 32.56 NO.RUJUKAN : MAN 398.209 MIBN NO.ACCESSION : 0003886478 Ulasan : Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tatasusila oleh kedua orang tuanya, Sejak zaman kanak-kanak lagi, Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa di mana dia tidak seperti kanak-kanak lain. Sehingga meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan, serta hati budi yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Datuk Pekerma Jaya. Dia adalah wakil sultan, memerintah Langkawi pada masa tersebut. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 2


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 02 TAJUK : PENDAMPING MALAM PENULIS : IDA MUNIRA TERBITAN : KARNADYA PUBLISHING SDN BHD MUKA SURAT : 351 MS ISBN : 9789674062941 HARGA : RM 21.00 NO.RUJUKAN : MAF IDA NO.ACCESSION : 0003741951 Ulasan : “Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini,” – AKMA Dalam melayari bahtera rumah tangga bersama Karim dan anaknya, Akma tidak menyangka Tuhan menguji dirinya saban malam akibat disihir oleh seseorang. Hasutan syaitan yang diterima telah selalu kedengaran di indera dengar wanita ini yang menyuruhnya dia membunuh si anak. Menahan segala gangguan dan kesakitan dan terus berikhtiar dan berdoa sehingga akhirnya Allah menemukannya dengan seorang perawat Islam yang sudi membantunya. Siapakah perawat itu? Mampukah masalah Akma diselesaikan oleh si perawat? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 3


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 03 TAJUK : MEMORI SEORANG PERAJURIT PENULIS : MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM B.A BADARUDDIN TERBITAN : CASAMAS RESOURCES MUKA SURAT : 240 ISBN : 9789675994487 HARGA : RM 17.20 NO.RUJUKAN : MAN MUH NO.ACCESSION : 0003611144 Ulasan : Pengalaman sangat mahal harganya. Mengapa kita harus mengalaminya? Berapa harga mahal yang harus dibayar untuk sebuah pengalaman? Pengalaman itu mahal bukan bererti sebuah pengalaman boleh dibeli dengan wang. Ia bukan sahaja menjadi guru, sebagai panduan malah ia mendewasakan kita. “Pengalaman adalah guru yang paling sempurna” mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai buat sebuah pengalaman. Kita tidak akan tahu rasa masin kalau kita tidak pernah makan garam, kita tidak bisa merasakan rasa manis kalau kita tidak pernah merasakan gula, kita tidak bisa merasakan kasarnya tanah kalau kita tidak pernah menyentuhnya. Jadi, segala pengalaman pengalaman kita yang kita lalui, rasa, sentuh dan lainnya adalah guru yang sempurna. Hargailah apa yang ada di depan mata, kalau ia pergi? Kita perlu mencari kembali, jangan membuang masa mencari semula apa yang sepatutnya kita sudah genggam pada hari ini. Jadikanlah pengalaman dulu sebagai pengajar di masa hadapan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Nuramalina binti Ahammad PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 4


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 04 TAJUK : LELAKI TERAKHIR MENANGIS DI BUMI PENULIS : MUSA NUWAYRI TERBITAN : DUBOOK PRESS MUKA SURAT : 222 ISBN : 9789670723471 HARGA : RM 22.00 NO.RUJUKAN : MAN MUS NO.ACCESSION : 0003571795 Ulasan : Akhirnya, malam itu wajah sebenar mereka terdedah. Van kami dirampas menggunakan kunci pendua manakala kami diugut untuk ditembak menggunakan pistol di kepala andai tidak membayar RM54000 untuk mendapatkan semula van yang kami sendiri beli dan RM20000 untuk membayar sewa bangunan sekolah selama 3 bulan, selewat-lewatnya esok. Demi Allah, kami tidak akan tunduk pada kebatilan. Tiada wang barang sesen lagi yang akan kami korbankan. Perjuangan tetap akan diteruskan kerana kami berjuang bukan untuk dunia yang ini. Satu sahaja yang kami pinta. Andai kami mati di dalam perjuangan ini, doakan kami mati di dalam perjuangan meninggalkan kemanusian. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Nuramalina binti Ahammad PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 5


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 05 TAJUK : WISH LIST PENULIS : SYAMNURIEZMIL TERBITAN : PENULISAN ENTERPRISE MUKA SURAT : 659 MS ISBN : 9789672102465 HARGA : RM 23.25 NO.RUJUKAN : MAF SYA NO.ACCESSION : 0003739481 Ulasan : Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 6


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 06 TAJUK : MISTERI BANTAL BERDARAH DOSA PENULIS : SALVIA ROSE TERBITAN : PBE ONE STOP CENTRE MUKA SURAT : 245 ISBN : 9789671566916 HARGA : RM40.00 NO.RUJUKAN : MAF SAL NO.ACCESSION : 0003889880 Ulasan : Bantal berbentuk hati yang dihiasi dua kuntum bunga mawar merah itu menyimpan satu tragedi berdarah.Bantal terpakai yang menyimpan kisah seorang wanita muda bernama Dellarosa.Delailah yang telah membelinya dari sebuah kedai menjual pakaian terpakai mula hidup dalam dua dunia.Sejak itu,roh Dellarosa sering muncul dalam hidup Delailah sebagai seorang sahabat.Dellarosa menjadi tempat Delailah mengadu setiap kepahitan yang dilaluinya.Tiada rahsia yang disimpan dan semuanya diceritakan pada Dellarosa kerana percayakan sahabatnya itu.Delailah yang hidup dalam kelukaan dan sentiasa menjadi mangsa buli rakan sekerja kerana saiz badan besar,akhirnya tanpa memikirkan kesan telah menerima permintaan Dellarosa untuk bertukar roh dengannya.Delailah tidak kisah tentang siapa Dellarosa yang sebenar kerana dia hanya ingin melarikan diri dari realiti kehidupan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 7


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 07 TAJUK : PUAKA PENULIS : SAHIDZAN SALLEH TERBITAN : BUKU FIXI SDN BHD MUKA SURAT : 314 ISBN : 9789672128304 HARGA : RM18.50 NO.RUJUKAN : MAF SAH NO.ACCESSION : 0003827876 Ulasan : Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang,tiga sahabat,Amirul,Roslan dan malik telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan seekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik.Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian,setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem,pelakon dan novelis,salah seorang daripadanya dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh.Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang,dalang pembunuhan dan setan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 8


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 08 TAJUK : HARTA YANG DITINGGALKAN PENULIS : IRDINA IDRIS TERBITAN : PUSTAKA EWAN MUKA SURAT : 176 ISBN : 9789673771349 HARGA : RM23.31 NO.RUJUKAN : MTF IRD NO.ACCESSION : 0003892422 Ulasan : Harta Yang Ditinggalkan ditulis untuk memberi inspirasi,semangat dan mencetus idea bernas kepada para pembaca.Cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam Harta Yang Ditinggalkan ini mengandungi teladan,panduan dan akan dapat membimbing pembaca supaya dapat membentuk peribadi yang berakhlak mulia,berkualiti dan berintegriti. Cerita d-cerita dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.Bentuk perkataan dan ayat yang mudah serta padat diolah supaya senang dibaca dan difahami semua. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 9


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 09 TAJUK : BESI KERSANI PENULIS : IBNU IBRAHIM AT -TAWARI TERBITAN : KARYA PUBLIKA MUKA SURAT : 356 ISBN : 9789672394167 HARGA : RM 32.56 NO.RUJUKAN : MAN IBN NO.ACCESSION : 0003890330 Ulasan : Kersani turut disebut dalam beberapa mantera Melayu. Secara khususnya, mantera-mantera tersebut memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan kekuatan besi kersani kepada diri mereka. Bagi segelintir individu, kersani dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia. Dalam hal ini, individu berkaitan akan menggunakan mantera-mantera tertentu bagi membangkitkan semangat besi tersebut. Semangat besi tersebutlah yang kononnya menjadi sumber kekuatan batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani. Dalam erti kata lain, semangat besi tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya kesakitan yang luar biasa. Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Nuramalina binti Ahammad PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 10


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 10 TAJUK : ARSENE LUPIN PENULIS : RASIDAHSALLEH,DZUL AZRAAI&NADIA AMIR TERBITAN : PENERBIT X MUKA SURAT : 272 ISBN : 978-967-369-560-7 HARGA : RM22.20 NO.RUJUKAN : MTF LEB NO.ACCESSION : 0003898702 Ulasan : Arsene Lupin,seorang budiman yang misteri,hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah.Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran.Dia mampu menjadi sesiapa sahaja.Pemandu,detektif,pembuat buku,doktor rusia,matador sepanyol,ahli perniagaan,pemuda bertubuh sasa atau lelaki tua yang uzur. Kisah Arsene Lupin,pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa perancis,Je sais tout.Watak ciptaan Maurice Marie Emile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes,walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah! Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 11


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 11 TAJUK : HIMPUNAN KES YANG TAK TERLUPAKAN 26 KES PENULIS : DR FAHD RAZY TERBITAN : KATAPILAR BOOKS MUKA SURAT : 218 ISBN : 978-967-2014-68 HARGA : RM29.60 NO.RUJUKAN : MAN 808.882 AHM NO.ACCESSION : 0003897689 Ulasan : Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh.Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempesona.Sering juga merakam kematian dalam rupa pedih dan menggamamkan.Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman.Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar. Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini.Ia warna kehidupan.Ia warna pergulatan.Ia juga warna kematian.Tidak ada hitam atau putih.Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas,ingatan paling sukar untuk dilupakan sebagai petugas kesihatan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 12


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 12 TAJUK : MISTERI SOFIA PENULIS : ABBA ZAHIR BIAMRILLAH TERBITAN : SYNERGY MEDIA MUKA SURAT : 198 MS ISBN : 9789673712526 HARGA : RM 15.54 NO.RUJUKAN : MAN 297.64 BIA NO.ACCESSION : 0003833547 Ulasan : Salman Iskandar lahir di Purwakarta kurang lebih abad yang lalu sebagai pengais bungsu enam bersaudara. Kegemarannya dalam menulis dimulai dari SD dan semakin terarah ketika terdaftar sebagai mahasiswa Fakultas Sastra UNPAD pada 1995 dengan spesialisasi Filologi. Semasa kuliah, pernah aktif sebagai redaktur artistik Buletin Aweuhan, dan Majalah Tangara. Juga menjabat sebagai Pemimpin Umum Majalah Ruyatul Islam dan Buletin INQILABI. Dia juga pernah menjadi Senior Editor di Mizan Group, dan Salamadani. Kiprahnya dalam bidang penulisan dan editing dan pelatihan jurnalistik telah membuatnya mendapatkan gelar PREDATOR (Penulis, Trainer dan Editor) BUKU. Sampai tahun ini, lebih dari 60 buku telah ditulis olehnya untuk berbagai penerbit, dan lebih banyak lagi buku yang telah di edit. Beberapa bukunya yang terkenal adalah kumpulan cerpen Impian Terindah, Spiderman I Will Kill You, Misteri Sofia dan setumpuk buku-buku khusus untuk anak-anak yang diterbitkan DAR! Mizan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 13


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 13 TAJUK : ANTOLOGI CERPEN TANGON PENULIS : ANGELA ENGKUAN TERBITAN : KELAB PENULIS KADAZANDUSUN MURUT SABAH ( MOMOHUNSIA ) MUKA SURAT : 323 MS ISBN : 9789671453506 HARGA : RM 25.00 NO.RUJUKAN : MAN 899.2883 ANG NO.ACCESSION : 0003577692 Ulasan : APABILA Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia) mengadakan kerjasama dengan New Sabah Times menganjurkan hadiah cerpen, maka terfikir oleh kami bagaimana memberi kefahaman tentang penciptaan karya entik kepada penulis. Walaupun sebelum ini ramai yang menulis cerpen berunsurkan kearifan tempatan, namun ia tak begitu meluas dan kurang menjadi pilihan oleh kalangan penulis dan sastrawan. Lama sebelum ini, sastera etnik sebenarnya sudah dumulai oleh tokoh-tokoh sastera kami seperti Datuk Ismail Abbas (Amil Jaya, Allahyarham) dengan novel Bagaton, tokoh sasterawan negara Jasni Matlani menerusi novel dan apresiasinya mengenai masyarakat Brunai, Bisaya dan etnik tempatan, Hasyuda Abadi turut memuisikan etnik. Dan sastera etnik Sabah juga sudah pernah naik ke pentas kebangsaan menerusi Azmah Nordin untuk Hadiah Sastera Perdana. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 14


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 14 TAJUK : SILA TINGGALKAN PESANAN CINTA PENULIS : MONIRALILY TERBITAN : GRUP BUKU KARANGKRAF SDN BHD MUKA SURAT : 427 MS ISBN : 9789678608824 HARGA : RM 21.75 NO.RUJUKAN : MAF MON NO.ACCESSION : 0003742183 Ulasan : Perkenalan Zuhar Izqi dengan seorang gadis bernama Ismira Liyana membuatkan Zuhar jatuh cinta buat kali kedua, begitu juga dengan Ismira. Mereka berdua bercinta, tetapi mendapat halangan daripada Fareed, Rina dan kedua-dua orang tua mereka sendiri. Fareed mahukan Ismira, manakala Rina juga mahukan Zuhar sedangkan Fareed dan Rina merupakan pasangan kekasih. Pelbagai kisah menarik berlaku ketika Ismira bersetuju untuk bekerja di ZI Kafe. Jejaka kacak bernama Hazim menaruh hati kepada Ismira. Hari berganti hari, bekas tunang Zuhar, Usyarita datang kembali merebut cinta Zuhar. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 15


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 15 TAJUK : JEANIE&GENIE RELAX TO THE MAX PENULIS : TRISH GRANTED TERBITAN : LITTLE SIMON MUKA SURAT : 121 ISBN : 978-1-5344-7468-0 HARGA : RM32.81 NO.RUJUKAN : EJF GRA NO.ACCESSION : 0003930227 Ulasan : Jeanie Bell”s life was totally normal until she met the new girl in school.Willow Davis isn”t just new,she”s a genie who needs help!Granting perfect wishes is not.So when Jeanie accidentally wishes she could relax,things get a little too relaxed.Can willow fix this wish,or will Jeanie be stuck in her lazy daze for life?. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 16


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 16 TAJUK : TANGANI DAN KUASAI TEKANAN PENULIS : MOHD.ASYRAF ISMAIL TERBITAN : BRAINMAX ENTERPRISE MUKA SURAT : 132 ISBN : 978-967-382-133-4 HARGA : RM 24.42 NO.RUJUKAN : MTN 158.1 MUH NO.ACCESSION : 0003888529 Ulasan : Siri motivasi membina kejayaan diterbitkan supaya dapat membantu generasi muda merealisasikan wawasan,misi dan usaha untuk mencemerlangkan diri.Siri ini memuatkan isu dan aspek yang dikupas daripada pelbagai bidang yang bersesuaian dengan tingkat kehidupan pelajar dan para remaja.Isu dan aspek yang dipaparkan ini sekurang-kurangnya dapatlah dijadikan sebagai sedikit motivasi,panduan,pembimbing,ilmu yang bermanfaat. Dan sebagai benteng pertahanan diri dalam menghadapi arus permodenan gaya hidup generasi muda yang semakin jauh daripada matlamat hidup yang berakhlak mulia, berkualiti, dan berintegriti. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 17


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 17 TAJUK : THE NAUGHTIEST GIRL IS A MONITOR PENULIS : ENID BLYTON TERBITAN : HODDER CHILDREN”S BOOKS MUKA SURAT : 215 ISBN : 978-1-444-95862-1 HARGA : RM45.22 NO.RUJUKAN : EJF BLY NO.ACCESSION : 0003921589 Ulasan : Elizabeth Allen is proud to be made a school monitor,but she soon finds out that it is a very demanding job.The more things get out of control. With the help of her fellow pupils,can Elizabeth set things right? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 18


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 18 TAJUK : THE HIDDEN HEART OF RICO ROSSI PENULIS : KATE HARDY TERBITAN : MILLS & BOON MUKA SURAT : 186 ISBN : 978-0-263-89319-9 HARGA : RM15.00 NO.RUJUKAN : EAF HAR NO.ACCESSION : 0003229119 Ulasan : Rico Rossi is a successful hotel billionaire but when beautiful English tourist Ella Chandler mistakes him for a tour guide he can”t help going incognito!He'll show her every attraction Italy has to offer,starting with himself! Ella can”t believe the sizzling attraction that burns between them,and when it”s time to leave the Eternal City she find it hard to kiss her Latin lover goodbye.But when she discovers he”s lied to her she”s devastated.Commitment,shy Rico now has one big fight on his hand,if he wants Ella.he”s got some proving to do!. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 19


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 19 TAJUK : Projek Lavender : 22 kisah pejuang kanser yang cekal melawan PENULIS : Norsa’adah Ahmad, Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin TERBITAN : Dua Penulis PLT MUKA SURAT : 230 ms. ISBN : 9789671354933 HARGA : RM32.00 NO.RUJUKAN : MAN 616.994 PRO NO.ACCESSION : 0003725928 Ulasan : Kanser antara penyakit yang digeruni bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, pelbagai jenis kanser yang wujud masa kini dan ia menyerang tanpa mengira usia. Kanser telah menjadi penyumbang punca kematian masyarakat. Walau bagaimanapun, kanser sebenarnya boleh dirawat jika dikesan lebih awal. Namun ramai yang takut untuk menerima rawatan kanser seperti radioterapi atau kemoterapi selepas mendengar cerita dan kesan sampingan yang akan dialami Oleh itu, buku ini memberi pendedahan tentang kanser kerana ianya menghimpunkan kisah kanser dan ditulis oleh doktor dan insan yang rapat dengan pesakit kanser. Manakala tajuk buku ini dinamakan sebagai Projek Lavender kerana reben ungu cerah adalah warna reben kesedaran kanser dan ianya tidak begitu popular seperti reben merah jambu untuk kanser payudara. Maka dengan adanya buku ini dapat memberi kesedaran kita mengenai kanser dan menjadi masyarakat yang lebih prihatin serta penyayang kepada penghidap kanser. Selain itu juga, kita juga perlu sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi menrendahkan risiko terkena kanser. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norhayati Mohd Yassin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 20


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 20 TAJUK : CELARU PENULIS : ZURA ANWAR TERBITAN : DEAR NOVELS SDN BHD MUKA SURAT : 279 ISBN : 978-967-2902-18-8 HARGA : RM37.00 NO.RUJUKAN : MAF ZUR NO.ACCESSION : 0003889780 Ulasan : Bella,seorang gadis yang skema,sering digelar loser dan dipulaukan oleh kebanyakkan pelajar di Universiti Clareford East.Namun,segalanya berubah apabila Laila,rakan sebilik baru Bella muncul.Mereka berdua mula menjadi teman rapat.Seiring tiu,berlaku satu demi satu kematian mengejutkan di fakulti mereka. Detektif Linda mengesyaki bahawa kes kematian itu adalah kes pembunuhan dan dalangnya adalah pelajar daripada Universiti Clareford East sendiri.Bella merasakan ada yang tidak kena dengan Laila.Dia mula mencurigai teman sebiliknya sendiri apabila Laila mula berbohong kepadanya.Rupanya ,Laila buka teman sebilik yang sepatutnya mendaftar masuk dengan Bella dan Laila juga bukan pelajar di Universiti Clareford East. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 21


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 21 TAJUK : Hirari di dalam kotak perak PENULIS : Hannah Serres TERBITAN : Fajar Pakeers MUKA SURAT : 563 ms. ISBN : 9789838221337 HARGA : RM29.60 NO.RUJUKAN : MAF HAN NO.ACCESSION : 0003882588 Ulasan : Novel ini menceritakan tentang Aisyah yang menjadi seorang seiyuu (pelakon suara). Ianya bukan semudah yang disangka kerana jika membawa watak golongan wanita. Mereka tidak dibenarkan mempunyai gosip kerana ia bertentangan dengan imej yang sepatutnya mereka bawa. Michiya, Yuu dan beberapa orang remaja menjadi sahabat kerana minat mendalam terhadap kisah-kisah ghaib dan hantu sehingga menggelarkan diri mereka sebagai “ Ghost Hunter. Walaupun mereka berlainan universiti mereka masih berkawan dan Aisyah pula mendapat tawaran belajar di Kyoto setelah tamat SPM. Dia sangat gembira tidak perlu lagi ke Jepun setiap tahun kerana dia akan tinggal di negara itu sekurang-kurangnya empat tahun lagi. Kebolehan yang ada pada Aisyah telah merubah kehidupan dua lelaki iaitu Hikaru dan Hirari. Setelah terbongkarnya satu kebenaran yang tidak disangka telah menyebabkan perselisihan faham di antara keduanya. Oleh itu, untuk mengetahui kisah lanjut mengenai Hirari dan watak lain di dalam buku ini, anda harus meminjam buku ini dan dapatkan ianya di Perpustakaan Cawangan Beaufort. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norhayati Mohd Yassin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 22


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 22 TAJUK : INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA PENULIS : NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA TERBITAN : GALERI ILMU SDN BHD MUKA SURAT : 243 ISBN : 978-983-097-262-6 HARGA : RM16.80 NO.RUJUKAN : MAN 306.872 NOO NO.ACCESSION : 0003572576 Ulasan : Indahnya Hidup Tanpa Derita mengumpulkan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarakat hari ini.Namun watak-watak di dalam buku ini telah di ubahsuai bagi menjaga maruah dan kebajikan bersama. Buku ini turut dilengkapi dengan pakej nasihat dan tip-tip keagamaan dan psikologi untuk dijadikan rujukan dan panduan kehidupan.Banyak perkara menarik dikongsikan di dalam buku ini kerana kisah yang dipaparkan kadang-kadang merupakan kisah exstrem yang tidak terjangkau akal fikiran. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 23


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 23 TAJUK : ADUHAI SUAMI PENULIS : MUHAMAD MAT YAKIM TERBITAN : ALAF 21 SDN BHD MUKA SURAT : 222 ISBN : 978-983-124-320-6 HARGA : RM15.00 NO.RUJUKAN : MAN 306.8722 MUH NO.ACCESSION : 0003386711 Ulasan : Aduhai Suami adalah himpunan rencana pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam.Perihal telatah mereka dalam melayari bahtera rumah tangga dirungkai dalam pelbagai ragam dan kisah-kisah realiti yang mencuit hati.Di sebalik karenah,perilaku pelik serta keegoan si suami,adakalanya gelagat mereka memang sukar diduga.Sukarkah memahami mereka?. Tidak kira sama ada mengenai Tongkat Ali ataupun Kacip Fatimah,debar malam pertama ataupun malam-malam sepi seorang lelaki,semuanya dipersembahkan dalam bahasa kewartawanan yang mudah difahami.Bukan sahaja mudah,ia segar dan selalu memberangsangkan.Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi ilham baru untuk lebih mengenali sifat semulajadi lelaki dan seterusnya memahami mereka. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 24


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 24 TAJUK : SWEET ANA SOLEHAH PENULIS : KAK ADAH /KAK SYU TERBITAN : ANA MUSLIM SDN BHD MUKA SURAT : 96 ISBN : 978-967-449-429-2 HARGA : RM 12.21 NO.RUJUKAN : MJF KAK NO.ACCESSION : 0003923227 Ulasan : Ana solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman merupakan anak yatim. Demi meringankan bahan yang ditanggung ibunya lantaran di Rumah Kebajikan Darul Rioyah. Di tempat itulah bermulanya episod kehidupan Ana adik-adiknya pelbagai kisah yang berlaku mewarna hidup Ana di sini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 25


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 25 TAJUK : KEAJAIBAN IBADAT MALAM PENULIS : SUBKI AL-BUGHURY TERBITAN : SYNERGY MEDIA MUKA SURAT : 159 ISBN : 978-967-371-441-4 HARGA : RM 14.80 NO.RUJUKAN : MAN 297.3822 SUB NO.ACCESSION : 0003832080 Ulasan : Tiada batasan waktu dalam beribadat, kerana hakikatnya hidup kita adalah untuk beribadat kepada nya.Al-quran dan Hadis menyebutkan bahawa waktu sepertiga malam adalah waktu terbaik untuk bersujud, berdoa dan berzikir kepada nya. Sesungguhnya, pada waktu ketika sebahagian besar hamba terlelap dan para malaikat bermunajat, kita sebagai hambanya dan merintih kepada yang Maha Esa. Buku ini membahasakan mengenai ibadat-ibadat yang amat disarankan mengenai ibadat-ibadat yang waktu sepertiga malam. Tiada lagi alasan untuk kita sebagai hamba nya lalai menjalankan perintah nya. Temukan keajaibannya. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 26


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 26 TAJUK : BIOGRAFI HO CHI MINH PENULIS : NOOR IDA RAMLI TERBITAN : IIUM PRESS MUKA SURAT : 202 ISBN : 978-967-491-076-1 HARGA : RM 74.88 NO.RUJUKAN : MAN 923.2597 BIO NO.ACCESSION : 0003932144 Ulasan : Ho Chi Minh ( 1890-1969 ) merupakan seorang pemimpin revolusi Vietnam. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Republik Demokratik Vietnam dari tahun 1946 hingga 1969. Beliau kemudian dilantik menjadi perdana Menteri negara tersebut sejak penubuhannya pada 1945 hingga 1955. Beliau merupakan tokoh penting bagi Tentera Rakyat Vietnam dan Viet Cong semasa meletusnya perang Vietnam. Ho Chi Minh dianggap sebagai pahlawan terhebat dalam kalangan bangsa Vietnam atas jasanya memperjuangkan kemerdekaan dan penyatuan Vietnam. Bandar Raya Saigon di Vietnam Selatan yang takluk pihak Utara pimpinannya pada tahun 1975 dinamakan sebagai Bandar Raya .Ho Chi Minh sebagai mengenang jasanya. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 27


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 27 TAJUK : BAKSIS UNTUK AYAH PENULIS : DR HISHAM SHARIF TERBITAN : HUMAIRA PUBLICATIONS SDN BHD MUKA SURAT : 128 ISBN : 978-967-088-638-1 HARGA : RM17.60 NO.RUJUKAN : MAN 306.8742 HIS NO.ACCESSION : 0003608432 Ulasan : Kaulah lelaki pertama untuk si dia yang bergelar anak di dunia ini. Allah meletakkan dirimu pada suatu sudut yang besar peranannya.Bukan hanya sebagai seorang ayah,bukan hanya seorang teman,bukan hanya seorang pemberi nafkah tetapi juga seorang pelindung dan pembimbing kehidupan dunia dan akhirat. Buku Baksis untuk Ayah merupakan suatu hadiah yang sungguh bermakna buat seorang bergelar ayah.Daripada hasil nukilan seorang ayah kepada mereka yang bergelar ayah. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 28


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 28 TAJUK : IBU ITU SUNGGUH AJAIB PENULIS : BILIF ABDUH TERBITAN : AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN BHD MUKA SURAT : 204 ISBN : 978-967-0267-80-7 HARGA : RM18.40 NO.RUJUKAN : MAN 306.8743 BIL NO.ACCESSION : 0003281159 Ulasan : Jika ditanya siapakah insan yang kuat,paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini,pasti jawapannya adalah ibu.Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa.Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut,tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki(Ayah). Lihatlah Siti Hajar,seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail.Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab,dia perlu meneruskan kehidupan,membesarkan dan memelihara anaknya sendirian. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 29


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 29 TAJUK : Cerita Klasik Melayu PENULIS : Suhaiza TERBITAN : Edukid Publication Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 148 ISBN : 9789673644726 HARGA : RM 22.82 NO.RUJUKAN : MJN 499.2886 SUH NO.ACCESSION : 0003747071 Ulasan : Buku ini diterbitkan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang kisah-kisah yang telah diceritakan sejak turun temurun. Cerita-cerita dalam buku ini abadi nilainya dan tidak akan berubah mengikut masa. Disamping itu, banyak pedoman yang dapat diambil daripada kisah-kisah yang dipaparkan. Terdapat lapan kisah-kisah dahulu di dalam “Cerita Klasik Melayu”. Gaya bahasa dan ilustrasinya yang menarik memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Bt Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 30


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 30 TAJUK : 1001 CERITA UNTUK BUAH HATI PENULIS : Panel Penulis Ana Muslim TERBITAN : Ana Muslim Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 288 ISBN : 9789674491376 HARGA : RM 59.90 NO.RUJUKAN : MJN 297.18 SAT NO.ACCESSION : 0003642767 Ulasan : Kisah Rasul dan Sahabat merupakan himpunan kisah-kisah Rasul, para sahabat dan juga teladan. Cerita ini berdasarkan 10 sifat-sifat mahmudah dan dua sifat terpuji yang lain seperti digambarkan dalam himpunan cerita terpilih. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan contoh teladan kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian. Melalui kisah ini juga dapat membantu anak- anak untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti ikhlas, reda, tawakal. Sabar, bijaksana, mengingati mati zuhud, taubat, mahabbah, takut kepada Allah, berani dan bijaksana. Buku ini lengkap dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik dan cantik. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Bt Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 31


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 31 TAJUK : BEYBLAZE GIRL PENULIS : SABRINA ISMAIL TERBITAN : Bookiut MUKA SURAT : 120 ISBN : 9789673694327 HARGA : RM 11.10 NO.RUJUKAN : MTF SAB NO.ACCESSION : 0003795406 Ulasan : Sikap tamak Kirana membuatkan dia sanggup mensabotaj pihak lawan untuk memenangi pertandingan lantas memiliki Beyblaze Emas Sakti. Satu pergaduhan besar telah berlaku antara dia dan ibunya yang membuatkan Kirana dihukum untuk kembali ke masa lampau. Di kampung Rotan Kayu, Kirana bertemu kembali dengan ibunya yang lebih muda dan lasak. Tini, seorang jaguh gasing kampung. Tini mencabar Kirana untuk bertarung di gelanggangnya bagi merampas Beyblaze Emas Sakti milik Kirana Antara Beyblaze dan gasing, yang mana satukah yang lebih hebat ? berjayakah Tini merampas Beyblaze Emas Sakti Kirana dan mampukah Kirana kembali ke zaman nya semula? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Bt Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 32


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 32 TAJUK : RUMAH BERHANTU: Mampukah bertahan serumah denganku PENULIS : Ain Maisarah TERBITAN : BLINK BOOK Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 114 ISBN : 9789672040286 HARGA : RM 9.00 NO.RUJUKAN : MTF AIN NO.ACCESSION : 0003733313 Ulasan : Yusuf Yusainny dihantar ke cawangan baru di Bangsar. Keadaan jadi huru-hara, mana mungkin berpindah rumah dalam sekelip mata! Mujurlah beroleh sebuah rumah yang selesa. Lebih menggembirakan, ada tawaran memiliki kediaman tersebut pada separuh harga. Hanya letakkan deposit dan bersetuju tidak menarik diri dari perjanjian dalam tempoh tiga bulan.Berjiran dengan seorang wanita tua misteri bernama Nenek Koko, individu itu menasihatkan agar banyak membaca Al-Quran. Hari pertama, tiba-tiba wujud helaian demi helaian rambut panjang di atas katil. Malamnya, nasi hidangan pula berbau hancing. Kekusutan memuncak apabila anak dan isteri Yusuf Yusainny terserempak dengan lembaga putih dipercayai pontianak, memunculkan diri sewaktu remang-remang senja.Akhirnya Nenek Koko berkongsi kisah, rumah itu rupa-rupanya bekas tapak perkuburan. Lebih menyeramkan, ia terkenal dengan legenda seorang wanita mengandung sulung mati dibakar oleh ibu mertua. Maka ia berdendam hingga sekarang, menanti suaminya bagi menyatakan kebenaran. Mengetahui sejarah berkenaan, semakin buatkan tidak keruan… sampai demam-demam! Jika berpindah keluar, maka deposit RM30,000 pasti hangus. Dapatkah manusia bertahan, duduk serumah dengan hantu syaitan? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Sazlin Nur Atika Bt Aripin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 33


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 33 TAJUK : ADA SYURGA DI WAJAH IBU PENULIS : M.ZAIM TERBITAN : AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD MUKA SURAT : 166 ISBN : 978-967-0268-87-3 HARGA : RM8.80 NO.RUJUKAN : MAN 306.8743 MZA NO.ACCESSION : 0003366198 Ulasan : “Ya Allah,terima kasih engkau telah menurunkan malaikatmu ke dunia untuk sentiasa menjaga aku,sentiasa mencintai aku,tidak pernah meninggalkan aku.Ya Allah,walaupun aku sering menyakitinya,mengecewakannya,membuatnya bersedih,tetapi sentiasa dan sentiasa,dia membalasnya dengan ketulusan dan cinta.Sesungguhnya tidak ada yang kayak untuk dia selain syurgamu.Ya Allah,jadikanlah aku sebagai insan yang sentiasa berbakti kepadanya dan sentiasa membahagiakannya.Sesungguhnya,engkau adalah sebaik-baik tempat memohon.” Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 34


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 34 TAJUK : Savage Stone Age PENULIS : Terry Deary TERBITAN : Scholastic Ltd MUKA SURAT : 139 muka surat ISBN : 978-1-407165-59-2 HARGA : RM8.00 NO.RUJUKAN : EJN 930.12 DEA NO.ACCESSION : 0003928325 Ulasan : After fifteen fearsome years on the page, "Horrible Histories" are coming to the small screen - with all the nasty bits intact - of course. In "Savage Stone Age" readers can discover the full story: what Stone Age people used instead of toilet paper; why a hole in the skull is good for headaches; and, how to make a Stone Age mummy. Join Rattus Rattus and the gang for the funniest, fastest, nastiest and daftest ride through history you're ever likely to see. These books are from the Beaufort Branch of Sabah State Library collection. For any inquiries, please don’t hesitate to call us at 087222 679 or email us at [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 35


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 35 TAJUK : The Wimpy Kid Movie Diary : How Greg Heffley went Hollywood PENULIS : Jeff Kinney TERBITAN : Amulet Books MUKA SURAT : 199 ms. ISBN : 9780810996168 HARGA : RM10.00 NO.RUJUKAN : EJN 791.4372 KIN NO.ACCESSION : 0003347930 Ulasan : This book is the story of how a little idea turned into a major motion picture, and how a fictional cartoon character became a real boy.Greg Heffley the character in this book took a long time to develop into the character that he is today. Which is kind of strange, considering he’s basically a stick figure. The writer took four years to fill up the sketch pad and create all the scenes and characters in the “ Diary of a Wimpy Kid” universe. Then, a giant 1,200 page book that was first published online. More than 90% of the material written in the sketch pad didn’t make the final cut. Therefore, to know more about how the writer made a movie from “Diary of a wimpy Kid”, you have to borrow this book and its Beaufort Library collection. If you have any questions about this matter please contact us at 087-222679 / library fan page / email: [email protected]. Diulas oleh Norhayati Mohd Yassin PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 36


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 36 TAJUK : IBADAH DALAM TEMPOH PKP PENULIS : SYEIKH AHMAD FAISOL HAJI OMAR TERBITAN : GALERI ILMU SDN. BHD MUKA SURAT : 90 ISBN : 978-983-097-924-3 HARGA : RM13.32 NO.RUJUKAN : MAN 297.53 AHM NO.ACCESSION : 0003888939 Ulasan : Ibadah solat,puasa,zakat dan haji yang menjadi rukun islam adalah kewajipan yang mesti ditunaikan setiap muslim mengikut tatacara yang telah ditetapkan syariat.Namun,dalam situasi kecemasan dan darurat,pelaksanaan tatacara ibadah-ibadah ini boleh berubah demi menjaga nyawa manusia. Apabila Covid-19 menjadi ancaman besar yang membahayakan nyawa seluruh manusia,maka para ulama telah berbincang untuk mencari penyelesaian dalam isu ibadah umat islam.Buku ini hadir menjelaskan pelbagai persoalan dan kemusykilan berkenaan ibadah yang timbul sepanjang Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 37


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 37 TAJUK : AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS PENULIS : ADUKA KHALIS TERBITAN : ABADA PUBLICATION MUKA SURAT : 64 ISBN : 978-967-2976-23-3 HARGA : RM 40.32 NO.RUJUKAN : MJF ADU NO.ACCESSION : 0003830291 Ulasan : SIRI BICARA ILMU Mengandungi lima buah buku cerita yang sangat menarik, ditulis dengan pelbagai tema seperti kemanusiaan, teladan, nilai murni dan pengajaran.Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar di sekolah rendah dan juga sekolah menengah . Buku-buku dalam siri ini mengetengahkan pelbagai unsur yang pasti dapat merangsang minda pelajar dengan pelbagai cerita menarik. Cerita -cerita ditulis sarat dengan info berguna,teladan dan pengajaran.Ia pasti sangat bermanfaat untuk merangsang cara berfikir pelajar supaya menjadi lebih fokus,lebih kritis dan lebih kreatif apabila berdepan dengan sesuatu keadaan atau perkara berbangkit.Bahasa yang digunakan juga sangat menarik dan sangat sesuai untuk semua golongan pelajar.Dapatkan SIRI BICARA ILMU untuk menambah koleksi bahan tambahan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 38


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 38 TAJUK : 20 SIRAH HIDUP RASULULLAH SAW PENULIS : NUR SYAFIQA YUSOFF TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 170 ISBN : 978-967-0414-75-1 HARGA : RM 27.38 NO.RUJUKAN : MJN 297.18 DUA NO.ACCESSION : 0003912542 Ulasan : Buku ini menceritakan pahit getir perjalanan hidup Nabi dan rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam dan menyatukan kaum Musyrikin Mekah dan Madinah. Bermula dari kelahiran Baginda dan saat Baginda dilantik menjadi rasul, sehinggalah hari kewafatan Baginda. Buku ini akan membawa adik-adik menyelami sejarah kehidupan Rasulullah SAW. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 39


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 39 TAJUK : UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA DI MALAYSIA PENULIS : DALELEER KAUR RANDAWAR/NAJIBAH MOHD ZIN TERBITAN : IIUM PRESS MUKA SURAT : 233 ISBN : 978-967-491-082-2 HARGA : RN88.92 NO.RUJUKAN : MAN 345.595025553 DAL NO.ACCESSION : 0003941115 Ulasan : Buku ini membincangkan jenayah keganasan rumah tangga di Malaysia.Pengarang membincangkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan beberapa undang-undang tambahan lain.Oleh kerana berlakunya beberapa perubahan undang-undang dalam bidang ini,penerbitan buku ini penting bagi menjelaskan mengenai pindaan dan perkembangan terkini,sama ada dari aspek pelaksanaan atau undang-undang kes.Pengarang menerangkan dengan jelas prinsip undang-undang keganasan rumah tangga dari sudut perlindungan kepada mangsa.Perbandingan juga dibuat dengan undang-undang lain yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga dari sudut perlindungan kepada mangsa.Perbandingan dibuat dengan undang-undang lain yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang mempengaruhi fungsi hukum ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 40


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 40 TAJUK : 366 CERITA DARI AL-QURAN DAN HADIS PENULIS : MOULVI AL-HAFIZ S.A. SEYED IBRAHIM AL-BUKHARI M.A TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 205 ISBN : 978-967-0880-34-1 HARGA : RM 35.52 NO.RUJUKAN : MJN 297.18 SAT NO.ACCESSION : 0003907523 Ulasan : Allah menceritakan pelbagai kisah di dalam al-Quran. Antaranya seperti kisah para nabi, Ashabul Kahfi, zulkarnain, kaum yang tidak beriman serta banyak lagi. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menceritakan kisah para nabi yang berlaku sejak berkurun-kurun dahulu? Buku ini dapat membantu ibu bapa menghiburkan anak-anak pada setiap malam sesuai dengan konsepnya, iaitu satu hari satu cerita. Tambahan pula, ilustrasi yang berwarna warni dapat menyuntik minat anak-anak terhadap buku ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 41


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 41 TAJUK : BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH PENULIS : AZRUL RASHID TERBITAN : PUSTAKA ZAMRUD MUKA SURAT : 56 ISBN : 978-967-2983-14-9 HARGA : RM 27.36 NO.RUJUKAN : MJF AZR NO.ACCESSION : 000393746 Ulasan : Siri MARI PERBAIKI PENCAPAIAN mengandungi enam buah buku cerita yang ditulis bertujuan untuk menyuburkan minat membaca dalam kalangan pembaca di sekolah rendah dan sekolah menengah.Buku-buku di dalam siri ini ditulis dengan pelbagai tema seperti semangat kepahlawanan,keberanian,kejujuran,kasih sayang, kesetiaan dan sebagainya. Buku-buku dalam siri ini ditulis dengan menarik, disertakan gambar berwarna-warni dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua pelajar. Terdapat banyak pelajaran dan contoh nilai murni dalam penceritaan supaya pembaca dapat meneladani cerita yang dibaca. Dapatkan buku-buku dalam siri ini kerana ia pasti pelaburan yang berbaloi untuk pengetahuan pelajar. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 42


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 42 TAJUK : 366 KISAH RASULKU MUHAMMAD SAW PENULIS : USTAZ MOHD ZANZUARI HUSAIN TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 192 ISBN : 978-967-0880-33-4 HARGA : RM 35.52 NO.RUJUKAN : MJN 297.246 MUH NO.ACCESSION : 0003907553 Ulasan : Buku ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang rindu untuk mendengar cerita-cerita menarik tentang junjungan mulia kita. Kisah di dalam buku ini memuatkan kehidupan Baginda SAW bermula sewaktu kelahiran Nabi SAW sehinggalah kewafatan Baginda. Apa yang menarik, kanak-kanak dapat mempelajari sahsiah dan peribadi Baginda. Malah, setiap cerita yang disampaikan mempunyai sumber rujukan yang sahih di samping pengajaran berharga yang dapat dijadikan iktibar dan pedoman dalam kehidupan seharian. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 43


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 43 TAJUK : DILEMA PENGURUSAN PERSEKITARAN PEMBINAAN PENULIS : SARIFAH MERYAM SHAREH MUSA/ROSHARTINI OMAR/ROZLIN ZAINAL TERBITAN : PENERBIT UTHM MUKA SURAT : 315 ISBN : 978-967-2389-73-6 HARGA : RM34.56 NO.RUJUKAN : MAN 690.0286 DIL NO.ACCESSION : 0003937222 Ulasan : Buku Dilema Pengurusan Persekitaran Pembinaan ini membawa pembaca untuk melihat isu-isu pengurusan alam sekitar,bencana dan pengurusan sumber dalam industri pembinaan terkini.Keseluruhannya buku ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian pengurusan alam sekitar dan pengurusan sumber dengan 11 bab bagi keseluruhan buku.Perbincangan meliputi aspek-aspek pembangunan dan pembinaan yang dijalankan penting untuk negara,namun aspek-aspek yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar dan pengunaan sumber yang cekap perlu ditekankan agar pembangunan yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar dan penggunaan sumber untuk masa depan tidak terjejas.Hasil dapatan dengan menggunakan data-data empirikal yang mempunyai kesahihan,kebolehpercayaan dan kredibiliti yang tinggi menyokong kajian yang dilakukan dan memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang isu,implikasi dan cabaran dalam merealisasikan sesebuah pembangunan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 44


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 44 TAJUK : DURI DALAM DAGING PENULIS : ADUKA KHALIS TERBITAN : ABADA PUBLICATION MUKA SURAT : 64 ISBN : 978-967-2976-21-9 HARGA : RM 40.32 NO.RUJUKAN : MJF ADU NO.ACCESSION : 0003930351 Ulasan : SIRI BICARA ILMU mengandungi lima buah buku cerita yang sangat menarik, ditulis dengan pelbagai tema seperti kemanusiaan, teladan, nilai murni dan pengajaran. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Buku-buku dalam siri ini mengetengahkan pelbagai unsur yang pasti dapat merangsang minda pelajar dengan pelbagai cerita menarik. Cerita-cerita yang ditulis sarat dengan info berguna,teladan dan pengajaran. Ia pasti sangat bermanfaat untuk merangsang cara berfikir pelajar supaya menjadi lebih fokus, lebih kritis dan lebih kreatif apabila berdepan dengan sesuatu keadaan atau perkara berbangkit. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 45


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 45 TAJUK : 366 CERITA SAHABAT RASULULLAH SAW PENULIS : NUR SYAFIQA YUSOFF TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 188 ISBN : 978-967-0880-87-7 HARGA : RM 35.52 NO.RUJUKAN : MJN 297.648 NUR NO.ACCESSION : 0003914100 Ulasan : Sahabat merupakan kawan, teman dan juga rakan yang rapat dan akrab dengan kita. Tahukah adik-adik, Rasulullah SAW juga mempunyai sahabat? Sahabat Baginda bukan sahaja menyokong setiap perjuangan Baginda malah sentiasa membenarkan setiap perkataan dan juga perbuatan Baginda. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 46


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 46 TAJUK : KOMIK DOA DAN ADAB ANAK SOLEH PENULIS : NUR SYAFIQA YUSOFF & FATIMAH ABDUL NASIR TERBITAN : DARUL MUGHNI TRADING MUKA SURAT : 159 ISBN : 978-967-0880-84-6 HARGA : RM 27.38 NO.RUJUKAN : MJN 297.382 NUR NO.ACCESSION : 0003912482 Ulasan : Mari ikuti telatah dan gelagat watak-watak cilik ini dalam menjalani aktiviti harian mereka yang sangat menghiburkan ! contohilah sikap dan peribadi mereka yang sentiasa mengingati Rasulullah SAW dengan mencontohi adab-adab Baginda dan berpandukan ajaran Islam. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 47


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 47 TAJUK : PERIHAL KUCING BAKA PENULIS : CHE DYLLA TAIB TERBITAN : CONTENT PLUS SDN BHD MUKA SURAT : 46 ISBN : 978-967-2737-10-0 HARGA : RM 56.16 NO.RUJUKAN : MJN 636.8 CHE NO.ACCESSION : 0003931948 Ulasan : Kucing sesuai menjadi haiwan peliharaan bukan sahaja kerana berbulu lembut, gebu, cantik dan berwajah comel, tetapi juga kerana keletahnya yang menghiburkan. Kucing juga boleh menjadi sahabat dan teman bermain ketika kesepian. Malah, dengan karakternya yang tenang dan bijak, ia mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta ketika memandangnya. Antara topik-topik menarik dalam siri ini memaparkan panduan penting dalam penjagaan kucing dan rawatan berserta tip-tip hebat yang diperlukan oleh setiap pengemar kucing. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 48


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 48 TAJUK : ANAK BUKIT JAPONG PENULIS : HASHIM LATIFF TERBITAN : UUM PRESS MUKA SURAT : 181 ISBN : 978-967-2064-72-5 HARGA : RM18.50 NO.RUJUKAN : MAF HAS NO.ACCESSION : 0003867230 Ulasan : Zafar,seorang remaja anak yatim berusaha melakukan pekerjaan untuk menyara seorang adiknya yang belajar di menara gading.Zafir mengambil upah menjaja kuih muih di sekitar kampungnya menggunakan kereta sorong.Semasa menjaja,beliau sering dibuli dan dipukul oleh dua orang samseng sebayanya.Namun,dengan niat untuk menyara adiknya untuk berjaya,Zafar tetap bersemangat untuk cekal dan tabah mengharungi segala rintangan.Zafar sering kali berjaya mendengar perancangan samseng tersebut untuk melakukan jenayah di kampungnya.Beliau melaporkan perancangan jahat tersebut kepada Tok Penghulu dan orang kampung.Rancangan jahat samseng tersebut sering digagalkan oleh kawalan orang kampung.Dalam satu kejadian,seorang samseng tersebut telah cedera dan dibantu oleh Zafir dan orang kampung.Samseng tersebut insaf dan menjadi rakan baik kepada Zafir. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 49


Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 49 TAJUK : POHON : JEMAAH SERAM PENULIS : JEMAAH SERAM TERBITAN : KARNADYA PUBLISHING SDN BHD MUKA SURAT : 233 ISBN : 9789674062873 HARGA : RM 17.25 NO.RUJUKAN : MAF POH NO.ACCESSION : 0003745529 Ulasan : -PUAKA BERINGIN - ILYA ABDULLAH BANGLO yang dikatakan berhantu itu telah menarik perhatian seorang novelis seram bernama Hadif. Hadif menyewa banglo terbabit untuk merasai keseraman yang lebih realiti bagi idea manuskripnya. Berhampiran banglo itu terdapat sebatang pokok beringin. Di sebalik pokok beringin itu ada yang sedang memerhati Hadif. -LAMBAIAN ARA - NURHAN YUSOF “Dia sukakan kamu. Itu sebab kamu nampak lambaian Ara.” Bisik moyang Murkina. Alia yang masih lemah kembali menggeletar di dalam keretanya kerana ternampak wanita berkebaya hijau itu. -POKOK DURIAN - ASRAF SHAARI Empat sekawan iaitu Ramli, Lokman, Mamat dan Zamri merancang untuk tidur di kebun milik atuk Mamat sambil menikmati buah durian. Keceluparan mulut Rahim memakan diri apabila dia tiba-tiba diganggu dengan penampakan kepala manusia yang tergantung di atas pokok durian. Misteri terjawab dengan terbongkarnya satu rahsia yang tidak pernah diduga mereka. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 50


Click to View FlipBook Version