Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 50 TAJUK : HAMKA PERMATA TAFSIR BUMI NUSANTARA PENULIS : DR. MUHAMMAD YUSRY AFFANDY TERBITAN : PTS MUKA SURAT : 219 ISBN : 9789674812645 HARGA : RM 24.42 NO.RUJUKAN : MAN 928.99221 MUH NO.ACCESSION : 0003790690 Ulasan : Iman tanpa ilmu bagikan lentera di tangan bayi. Namun, ilmu tanpa iman bagikan lentera di tangan pencuri. Sebuah buku yang melihat secara teliti biografi Hamka sebagai ahli tafsir dan juga keunikan tafsir Al-Quran versi Hamka. Para pembaca dapat mengenali ketokohan Hamka sebagai ahli tafsir terkemuka dengan lebih dekat lagi menerusi buku ini. Kehebatan Hamka dalam lapangan tafsir al-Quran membuktikan bahawa warga nusantara turut menyumbang kepada peradaban ilmu yang tinggi dalam ilmu tafsir yang lazimnya didominasi mufassirin dalam kalangan ilmuan Timur Tengah. Saya tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakiti saya. Dendam itu termasuk dosa. Selama 2 tahun 4 bulan saya ditahan, saya merasa itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga saya dapat menyelesaikan kitab tafsir Al-Quran 30 juz. Bila bukan dalam tahanan, tidak mungkin ada waktu saya untuk menyelesaikan pekerjaan itu. - HAMKA Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Muhammad Wali An Nur bin Ismail PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 51
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 51 TAJUK : MENGATASI CABARAN HIDUP CARA ISLAM PENULIS : ABDULLAH BIN SAAD AZ-ZAHRANI TERBITAN : SYNERGY MEDIA MUKA SURAT : 192 ISBN : 978-967-371-553-4 HARGA : RM15.54 NO.RUJUKAN : MAN 297.261 ABD NO.ACCESSION : 0003834639 Ulasan : Pernahkah anda dilanda kesedihan dan kedukaan sehingga menjejaskan kesihatan anda? Tidakkah anda mahu kesedihan itu hilang daripada hidup anda supaya anda dapat hidup tenang? tidak dapat dinafikan lagi bahawa anda memang pernah mengalami kesedihan walaupun hanya terdapat perkara yang kecil mampu merungsingkan pikiran anda. Marilah kita menghilangkan kesedihan dan berusahalah untuk melakukan perkara yang dapat mengubati kesedihan kita.Carilah jalan untuk mencari kedamaian hati supaya kita memperoleh kebahagiaan dalam reda dan kasih sayang Allah S.W.T. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 52
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 52 TAJUK : FENOMENA ALAM ATAU AZAB ALLAH PENULIS : ZAINAL JAIN/SITI MERIAM YUSOFF TERBITAN : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD MUKA SURAT : 206 ISBN : 978-967-61-2333-6 HARGA : RM15.90 NO.RUJUKAN : MAN 297.23 ZAI NO.ACCESSION : 0003170222 Ulasan : Bulan September dan Oktober 2009 boleh dikatakan bulan malapetaka kepada dunia,terutama Asia Tenggara,India dan Asia Timur,China dan Taiwan terjejas teruk apabila dilanda taufan tropika yang menyebabkan berlakunya banjir besar,tanah runtuh,kemusnahan harta benda ribuan ringgit di samping kehilangan nyawa dan beribu-ribu yang mengalami kecederaan.Pada bulan September dan Oktober,Taufan Ketsana,Taufan Ondoy dan Taufan Mirine membadai Filipina dan Vietnam.Banjir yang melanda Manila dan 25 wilayah lain adalah yang terburuk di Filipina dalam tempoh 42 tahun.Vietnam turut mengalami bencana dahsyat Taufan Ketsana sehingga di Wilayah Quang Nam sahaja 200.000 orang terpaksa berpindah. Kejadian bencana alam semakin kerap dan magnitudnya kian meningkat.Adakah ini hanya merupakan fenomena alam atau azab Allah?Ataupun peringatan yang umur dunia sudah hampir ke penghujungnya? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 53
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 53 TAJUK : PANTUN BERKAIT MENGEJAR PELANGI PENULIS : AHMAD SARJU TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MUKA SURAT : 115 ISBN : 978-983-49-1353-3 HARGA : RM24.65 NO.RUJUKAN : MAN 899.281 AHM NO.ACCESSION : 0003675882 Ulasan : Mengejar pelangi merupakan pantun berkait yang mengandungi pelbagai jenis nasihat dan pedoman hidup.Sebanyak 82 pantun dipersembahkan.Setiap pantun membawa persoalan dan perutusan yang sesuai melalui genre pantun berkait,dengan memaparkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,kerjasama,hormat-menghormati,cinta akan bangsa dan negara dan seumpamanya. Buku ini sesuai dengan sasaran khalayak daripada pelbagai peringkat umur,sekali gus menambah khazanah karya sastera dalam bentuk pantun berkait pada masa kini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 54
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 54 TAJUK : Tokoh Pemimpin Terkenal PENULIS : Ariffin Awang TERBITAN : Pustaka Amal Ilmu MUKA SURAT : 88 muka surat ISBN : 978-967-0683-76-8 HARGA : RM32.93 NO.RUJUKAN : MTN 303.34 ARI NO.ACCESSION : 0003894654 Ulasan : Siri Tokoh Berjasa mengandungi empat buah buku yang menerangkan dan memberi fakta-fakta mengenaikan kesemua tokoh yang mempunyai sumbangan besar terhadap perkembangan tamadun manusia di Asia Tenggara khususnya dan di dunia amnya. Siri ini memuatkan pendedahan terkini walaupun tidak terlalu mendalam tetapi kandungannya amat bermanfaat kepada pembaca dan pengkaji untuk keperluan ilmiah mereka. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 55
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 55 TAJUK : Sherlock Holmes PENULIS : Sir Arthur Conan Doyle TERBITAN : Open Bridge Publication MUKA SURAT : 144 muka surat ISBN : 978-967-369-586-7 HARGA : RM12.58 NO.RUJUKAN : MTF DOY NO.ACCESSION : 0003913161 Ulasan : Kali ini Sherlock Holmes menulis sendiri kisah penyiasatannya setelah selalu mengkritik gaya penulisan Dr. Watson. Pada Januari 1903, James M. Dodd datang menemuinya untuk meminta bantuan selepas melalui pengalaman yang membingungkan. James mempunyai seorang sahabat baik semasa berkhidmat dalam tentera, bernama Godfrey Emsworth yang telah lama menyepi. Ayah Godfrey telah membalas surat James dan menyatakan Godfrey sedang berlayar mengelilingi dunia. Bagaimanapun, James merasakan ada yang tidak kena, lalu dia ke rumah keluarga Godfrey untuk mendapatkan jawapan. Ayah Godfrey melayan James dengan dingin, dan James dapat merasakan seisi rumah itu telah menipunya. Pada malam itu, James tiba-tiba terlihat wajah Godfrey pada tingkap biliknya. Apa yang menakutkannya, wajah Godfrey kelihatan lebih pucat daripada mayat! Apakah yang dilihatnya itu benar-benar Godfrey atau hantunya? Akhirnya Holmes sedar, menulis bukannya mudah. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 56
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 56 TAJUK : Permata di Dalam Lumpur PENULIS : Shamsinar TERBITAN : Minda Ceria Resources MUKA SURAT : 62 muka surat ISBN : 978-967-2203-12-1 HARGA : RM20.72 NO.RUJUKAN : MJF SHA NO.ACCESSION : 0003911726 Ulasan : Himpunan Cerpen Galaksi merupakan koleksi cerpen terbaik yang menampilkan cerita-cerita berunsur kemasyarakatan pelbagai kaum di negara kita. Cerpen ini sesuai dibaca oleh murid-murid pada peringkat sekolah rendah bagi mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa serta menyemai perasaan harmoni dan saling menghormati antara kaum di negara kita. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 57
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 57 TAJUK : CHE WONG KHAZANAH YANG MENGHILANG PENULIS : JAMAL RIZAL RAZALI/ANIS NABILLA AHMAD/JAMILAH BEBE MOHAMAD/HASMADI HASSAN TERBITAN : PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MUKA SURAT : 172 ISBN : 978-967-2226-30-7 HARGA : RM48.96 NO.RUJUKAN : MAN 305.89595 NO.ACCESSION : 0003940490 Ulasan : Buku ini merupakan hasil suntingan semula beberapa buah artikel yang ditulis sepanjang kajian mengenai masyarakat orang asli Che Wong yang dijalankan bermula pada tahun 2015 hingga 2018.Selain daripada memenuhi piawaian akademik,kajian ini juga sebenarnya bertujuan mendokumentasikan khazanah yang dimiliki oleh masyarakat ini semampu mungkin.Sebagai salah satu daripada usaha tersebut,buku ini dihasilkan sebagai pelantar kepada para peminat kajian etnik dan kebahasaan,terutama etnik minoriti, untuk sama-sama dapat menghayati situasi sebenar yang dihadapi oleh masyarakat ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 58
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 58 TAJUK : TUTORIAL ASAS APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PENULIS : SUHAIZAL HASHIM TERBITAN : PENERBIT UTHM MUKA SURAT : 161 ISBN : 978-967-2389-24-8 HARGA : RM29.52 NO.RUJUKAN : MAN 371.334 SUH NO.ACCESSION : 0003934374 Ulasan : Terhasilnya buku ini adalah atas hasrat untuk berkongsikan sedikit pengetahuan mengenai kepelbagaian aplikasi atas talian terkini yang sering digunakan dalam bidang pendidikan kepada para pendidik dan juga pelajar.Sejajar dengan kehendak pendidikan abad 21,atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik di luar sana yang kurang pasti mengenai kesediaan perisian-perisian atas talian yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkembangan pesat teknologi dan komunikasi memerlukan tahap pengetahuan golongan pendidik dan pelajar yang sentiasa peka terhadap kepelbagaian aplikasi pendidikan terkini atau sedikit terkebelakang.Hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai banyak masa dan minat untuk meneroka teknologi baru yang tersedia di atas talian.Justeru,perkongsian ini amat bermakna bagi membantu para guru atau pelajar-pelajar sebagai bakal pendidik di masa hadapan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 59
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 59 TAJUK : COVID-19 DARI PERSPEKTIF SAINS SOSIAL IMPLIKASI DAN SOLUSI PENULIS : ABDUL RASHID ABDUL AZIZ TERBITAN : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MUKA SURAT : 291 ISBN : 978-967-2831-09-9 HARGA : RM 48.96 NO.RUJUKAN : MAN 616.2414 COV NO.ACCESSION : 0003941497 Ulasan : Pandemik Covid-19 yang menyerang Malaysia dan dunia menuntut masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan sosial. Justeru,usaha bagi menyusun kembali norma individu, keluarga, organisasi dan masyarakat amat penting agar kelangsungan dan keseimbangan hidup boleh diteruskan secara lestari.Buku ini ditulis dengan menggabungkan kepakaran dan pengalaman penyelidik,pendidik serta penggerak organisasi dan masyarakat dalam merungkai setiap permasalahan yang wujud rentetan pandemik Covid-19 agar setiap individu mencapai kesejahteraan kendiri yang holistik.Setiap perspektif masalah dibincangkan secara sistematik dan menyeluruh berkaitan pendekatan yang perlu dilakukan oleh semua pihak agar masalah yang ditempuh bertukar menjadi peluang dan proses rektifikasi boleh dilaksanakan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 60
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 60 TAJUK : 78 KUNCI MENCAPAI KETENANGAN HATI PENULIS : HJ HASAN MUHD AL-KHAIRUN BIN GHAZALI TERBITAN : PERNIAGAAN JAHABERSA MUKA SURAT : 226 ISBN : 983-170-385-5 HARGA : RM 13.90 NO.RUJUKAN : MAN 297.261 TUJ NO.ACCESSION : B02488825D Ulasan : Sesungguhnya perang antara seorang hamba dan nafsunya merupakan perang yang paling besar dan teruk di dunia. Kerana hal itu akan menentukan perjalanan manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Di antara manusia ada yang menyerahkan hatinya kepada nafsu, jadilah ia pengikut nafsunya, berbuat sekehendak nafsunya. Di antara mereka, ada yang menyatakan jihad hingga ia dapat menaklukkan nafsunya sehingga nafsu mengikutinya. Itulah hamba Allah yang sebenarnya. Di antara mereka, ada pula yang berjuang memerangi nafsunya pada suatu kesempatan, tetapi kadang-kadang ia pun bersahabat dengan nafsu pada kesempatan lain. Suatu hari kemenangan itu untuknya, di hari lain kemenangan tersebut untuk nafsunya. Agar kita faham tabiat perjuangan ini, hendaklah kita mengetahui pengertian hati, jiwa dan nafsu. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 61
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 61 TAJUK : MENDIDIK ANAK PEREMPUAN PENULIS : ABDUL MUN’IM IBRAHIM TERBITAN : PTS MILLENNIA SDN BHD MUKA SURAT : 397 ISBN : 978-967-5564-15-4 HARGA : RM 18.45 NO.RUJUKAN : MAN 297.577 ABD NO.ACCESSION : 0003039816 Ulasan : Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku ini menyampaikan ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir, sehingga mereka berumah tangga kelak. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 62
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 62 TAJUK : PANGLIMA AWANG : Pemusnah Armada Terhebat Eropah PENULIS : ZAIN AL- JOHAN TERBITAN : KARYA PUBLIKA SDN BHD MUKA SURAT : 423 ISBN : 978-967-2394-28-0 HARGA : RM 31.68 NO.RUJUKAN : MAF ZAI NO.ACCESSION : 0003935185 Ulasan : Panglima Awang atau juga dikenali sebagai Enrique de Malacca dan juga Datuk laut Dalam seorang tokoh Melayu yang pernah melakar sejarah dunia bersama-sama pelayar Sepanyol, Kapten Ferdinand Magellan dalam misi manusia pertama mengelilingi dunia yang dikenali sebagai Armada Maluku. Misi ini dibiayai dan mendapat restu Raja Sepanyol, Raja Charles V. Ikuti kisah Panglima Awang yang tidak terdapat di dalam catatan Antonio Pigafetta dan peranannya terhadap sejarah Melaka dan juga Rembau sehingga akhir hayatnya serta perjalanannya sepanjang mengikuti Armada Maluku mengelilingi dunia dengan ilmu pelayaran yang diturunkan oleh gurunya iaitu Laksamana Hang Tuah. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 63
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 63 TAJUK : HENTIKAN AMALAN RASUAH PENULIS : MUHAMAD AL HAFIZ TERBITAN : SEMARAK MURNI ENTERPRISE MUKA SURAT : 48 ISBN : 978-967-2370-49-9 HARGA : RM 38.88 NO.RUJUKAN : MTN 361.109M MUH NO.ACCESSION : 0003936854 Ulasan : Jangan terjebak dalam Fenomena ini! Ialah sebuah siri yang memberi peringatan keras buat pembaca agar menjauhi beberapa fenomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Antaranya adalah amalan rasuah menghancurkan negara, kebencian terhadap umat islam, budaya LGBT dan hedonisme yang dipacu nafsu di luar kawalan serta membuli di jalan raya. Tidak kurang bahayanya ialah amalan politik wang sehingga pemerintah gagal membela nasib rakyat Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 64
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 64 TAJUK : WUJUD DATANG TIDAK DIUNDANG WUJUDNYA TIDAK DIDENDANG PENULIS : HASRUDI TERBITAN : PUBLIK SDN MUKA SURAT : 394 ISBN : 978-967-2394-21-1 HARGA : RM 30.24 NO.RUJUKAN : MAF HAS NO.ACCESSION : 0003935454 Ulasan : Percutian enam sahabat ke Bandung, Indonesia telah mengundang malapetaka dalam hidup mereka..Sejak mereka meninggalkan Gunung salak yang terkenal dengan mitos mistiknya, hidup mereka berenam mula diburu dan dinampakan dengan makhluk yang cukup mengerikan dan menakutkan. Atas bantuan Wak Kardi,makhluk yang menyerupai perempuan tua yang hodoh itu berjaya diusir dari dari terus mengganggu mereka berenam .Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Gangguan yang disangka sudah berakhir , rupanya masih datang menghampiri. Selagi haknya tidak dikembalikan, selagi itu mereka diburu.selagi janji tidak dikotakan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 65
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 65 TAJUK : Bencilah! Tapi Aku Suka PENULIS : Hitsuji HARUMI TERBITAN : Kadokawa Gempak Startz Sdn. Bhd. MUKA SURAT : ISBN : 978-967-2315-60-5 HARGA : RM11.10 NO.RUJUKAN : MTF HAR NO.ACCESSION : 0003833357 Ulasan : Izumi pelajar terbaik jurusan seni yang suka chatting. Nickname dia IZU dan partner alam mayanya KANON. Izumi amat kagumi KANON dan setiap hari diorg chatting. Suatu hari, seorang pelajar jurusan muzik bernama Sagami muncul. Izumi dengan Sagami ni tak pernah ngam. Dan... identiti sebenar Sagami ialah KANON! Apa Sagami perlu buat untuk tambat hati gadis ni? Berterus-terang? Biarkan? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 66
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 66 TAJUK : HENTIKAN POLITIK WANG PENULIS : MUHAMAD AL HAFIS TERBITAN : SEMERAK MURNI ENTERPRISE MUKA SURAT : 48 ISBN : 978-967-2370-53-6 HARGA : RM38.88 NO.RUJUKAN : MTN 361.109 M MUH NO.ACCESSION : 0003936734 Ulasan : Jangan terjebak dalam Fenomena ini! Ialah sebuah siri yang memberi peringatan keras buat pembaca agar menjauhi beberapa fenomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini.Antaranya adalah amalan rasuah menghancurkan negara, kebencian terhadap umat islam, budaya LGBT dan hedonisme yang dipacu nafsu di luar kawalan serta membuli di jalan raya. Tidak kurang bahayanya ialah amalan politik wang sehingga pemerintah gagal membela nasib rakyat Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti musah PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 67
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 67 TAJUK : BERSALIN DALAM BUDAYA MELAYU PENULIS : ZABRI ZAKARIA TERBITAN : CONTENT PLUS SDN .BHD. MUKA SURAT : 48 ISBN : 978-967-0771-97-7 HARGA : RM 48.96 NO.RUJUKAN : MTN 615.88 ZAB NO.ACCESSION : 0003936950 Ulasan : Kembali Telusur perubatan Alamiah merupakan sebuah siri yang mendalami cara-cara perubatan alamiah yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu.Hal ini kerana timbulnya kesedaran dalam kalangan kita akan kesan-kesan sampingan yang membawa perubatan moden,lalu berusaha mencari perubatan alamiah untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami oleh mereka.Siri yang penuh warna-warni ini pastinya bermanfaat bagi generasi muda mengenali kelebihan perubatan Alamiah yang mujarab serta kurang kesan sampingan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musa PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 68
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 68 TAJUK : PENGAJIAN BERTERUSAN BIDANG PENTERJEMAHAN DAN KEJURUBAHASAN PENULIS : JOHN KEARNS TERBITAN : IIUM PRESS MUKA SURAT : 301 ISBN : 978-967-491-060-0 HARGA : RM155.52 NO.RUJUKAN : MAN 418.02 PEN NO.ACCESSION : 0003940386 Ulasan : Buku ini merupakan himpunan penulisan para ilmuwan dalam pengajian penterjemahan,merangkumi kedua-dua kumpulan penulis iaitu ahli ilmu yang tersohor dan penyelidik yang sedang meningkat naik.Kepelbagaian yang menyeluruh berkenaan kaedah-kaedah penyelidikan yang inovatif telah ditampilkan dengan baik,malah perbezaan serta keunikan telah diserasikan dengan keterangkuman yang terjalin dalam ruang lingkup pengajian terjemahan,menjadikan himpunan makalah ini sesuatu yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin meneroka ruang penyelidikan kala kini dan tersemasa dalam pendidikan penterjemah Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 69
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 69 TAJUK : SIRI PERIHAL AIR PENCEMARAN AIR PENULIS : NELLIE QUEK TERBITAN : BRIGHT PUBLICATIONS SDN BHD MUKA SURAT : 46 ISBN : 978-967-2260-78-3 HARGA : RM41.44 NO.RUJUKAN : MJN 553.7 QUE NO.ACCESSION : 0003928065 Ulasan : Pencemaran air adalah istilah luas yang menggambarkan segala jenis pencemaran badan air seperti sungai,tasik atau tanah basah dengan bahan yang boleh menimbulkan ancaman terhadap kesihatan manusia atau kehidupan laut. Pencemaran air menyebabkan banyak kematian dan penyakit di seluruh dunia di mana penyakit berjangkit dan penyakit lain merebak melalui air. Air adalah salah satu bahan terpenting di bumi.Semua tumbuhan dan haiwan memerlukan air untuk hidup.Sekiranya tidak ada air maka tidak akan ada kehidupan di bumi. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 70
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 70 TAJUK : NASIHAT BUAT HATI PENULIS : MOHD KHAIRI ISMAIL TERBITAN : PUBLISHING HOUSE MUKA SURAT : 110 ISBN : 978-967-411-708-5 HARGA : RM 8.00 NO.RUJUKAN : MAN 297.57 HABIB NO.ACCESSION : 0003574789 Ulasan : Apa hikmahnya Allah s.w.t menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika .Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira ,anugerah daripada Allah s.w.t kepada kita sekiranya isi hati bukan perkara rahsia dunia ini mungkin huru-hara. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musa PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 71
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 71 TAJUK : ISA INAYAT…TAKKAN LELAH MENYINTAIMU PENULIS : CIK TET TERBITAN : KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD MUKA SURAT : 480 ISBN : 978-967-2035-93-0 HARGA : RM 38.88 NO.RUJUKAN : MAF CIK NO.ACCESSION : 0003935604 Ulasan : Tanpa cinta dan kenal hati budi masing-masing mereka terpaksa disatukan. Semuanya gara-gara perbuatan khianat orang lain hingga mereka berdua menanggung natijahnya.kejamnya isa menoreh hati Azka hingga berparut.Hidup diteruskan tanpa suami di sisi. Hingga lah isa muncul kembali di hadapan mata.segala menjadi kucar-kacir.sikap dan layanan isa terhadapnya membuatkan Azka terlupa yang dia hanya lah pilihan kedua .Lantas bahagia mula digapai .Namun satu rahsia silam yang dibina hancur dengan sekelip mata..Hati Azka rela dengan kenyataan yang memedihkan .Kini isa sudah tak sudi memandang wajahnya .Apa lagi pilihan yang dia ada seakan berlalu pergi?Adalah isa akan melepaskan Azka seperti yang dikatakan Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah binti Musa PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 72
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 72 TAJUK : 5ADS Anak Dara Sunti PENULIS : Abang Lan TERBITAN : Muslim teens MUKA SURAT : 92 ISBN : 978967493035 HARGA : 9.30 NO.RUJUKAN : MTF ABA NO.ACCESSION : 0003664006 Ulasan : Buku komik yang sangat menghiburkan .menampilkan watak utama Aliya, Dhiana, Dhania, Masyitah dan Salwa, lima anak dara dengan lima ragam yang serba tak kena. Kalau tidak kecoh satu hari, memang bukan merekalah namanya. Melayan kerenah si kembar Dhiana dan Dhania yang berbeza personaliti, ditambah keletah si kecil Salwa yang mencuit hati, mesti korang tak kering gusi baca komik.Sangat sesuai dibaca oleh semua golongan . Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 73
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 73 TAJUK : Cik Bit vs Encik Bos PENULIS : Cik Bit TERBITAN : Adlwarna MUKA SURAT : 125 ISBN : 97896707571 HARGA : 17.80 NO.RUJUKAN : MTF CIK NO.ACCESSION : 0003687017 Ulasan : Cerita komik yang ringkas. Kejap saja dah habis baca. Sedikit blur kerana setiap muka surat adalah kisah berlainan iaitu tiada kesinambungan. Dan juga nama staf di OC dan plan lantai ofis tidak sama.Sudah ratusan purnama Cik Bit bekerja di Firma XXX nan aman damai yang diusahakan oleh seorang usahawan dikenali sebagai Encik Bos. Beliau merupakan seorang bos yang.Jangan ketinggalan membaca cerita ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 74
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 74 TAJUK : NASKHAH DARI ACCRA PENULIS : IRNI FAZRITA FARID TERBITAN : IIUM PRESS MUKA SURAT : 154 ISBN : 978-967-491-069-3 HARGA : RM74.88 NO.RUJUKAN : MAF COE NO.ACCESSION : 0003936321 Ulasan : Setelah tersembunyi tanpa diketahui sesiapa lebih 700 tahun,terbongkar sebuah manuskrip yang mengandungi jawapan bagi persoalan-persoalan terakhir sebuah bandar.Berabad-abad sebelumnya,pada malam pencerobohan Accra warga penduduknya berhimpun dan seorang lelaki berdiri di hadapan mereka lantas mengajak berkongsi rasa ketakutan mereka agar mungkin dia menawarkan penawar hati dan harapan. Wawasannya yang luar biasa mengenai keberanian,kesendirian,kesetiaan dan kehilangan telah ditranskripsi sebagai warisan generasi seterusnya.Penjelajahan abadi dan berkuasa untuk perkembangan peribadi,kebijaksanaan setiap hari,dan kegembiraan hati. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 75
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 75 TAJUK : MARI BERUBAT DENGAN TUMBUHAN SEKEKLILING ANDA PENULIS : SITI FUZIAH YUSOF TERBITAN : AR-RISALAH PRODUCT MUKA SURAT : 663 ISBN : 978-967-0268-04-0 HARGA : RM51.06 NO.RUJUKAN : MAN 615.321 SIT NO.ACCESSION : 0003884013 Ulasan : Ilmu perubatan atau penyembuhan telah wujud sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi.Ia diturunkan dari generasi ke generasi melalui lisan dan setelah adanya tulisan ia telah dibukukan.Penggunaan tumbuhan-tumbuhan semulajadi telah menjadi asas kepada perubatan dan penyembuhan penyakit.Sebelum wujud dan popularnya perubatan atau rawatan moden,penggunaan tumbuhan semulajadi ini adalah bahan utama.Namun kini ia dikenali sebagai perubatan alternatif atau tradisional. Kini pengunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini semakin popular dan diberikan perhatian semula.Ini adalah kerana ubat-ubatan moden dan cara rawatan moden ada kesan sampingan untuk jangkamasa pendek atau panjangnya.Malah lebih serius lagi,bahan yang terdapat dalam ubat-ubatan itu statusnya agak samar-samar samada halal atau tidak.Sehubungan dengan masyarakat sekarang khususnya pengguna-pengguna Islam amat menitikberatkan tentang halal dan haram bahan tersebut.Maka disebabkan isu tersebut penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini telah menjadi pilihan.Bukan hanya di kalangan orang Islam malah ahli farmasi barat juga telah menjalankan kajian dan mengakui keberkesanan perubatan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 76
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 76 TAJUK : MASA DEPAN PEMBELAJARAN KOKURIKULUM PENULIS : MUHAMAD MAT NOOR/NORKHAIRANI ABDUL RAWI TERBITAN : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MUKA SURAT : 119 ISBN : 978-967-2831-46-4 HARGA : RM54.00 NO.RUJUKAN : MAN 371.809595 MAS NO.ACCESSION : 0003941642 Ulasan : Buku ini menghimpunkan artikel-artikel yang telah ditulis oleh individu seluruh Malaysia yang mempunyai sejarah,pengetahuan,pengalaman serta pandangan jauh berkait dengan kursus kokurikulum di Malaysia telah melalui anjakan paradigma yang semakin menampakkan kerelevannya dalam membentuk individu agar menjadi individu yang mempunyai ciri-ciri bagi membangunkan bangsa Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 77
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 77 TAJUK : Kepentingan Mengundi Dalam Pilihan Raya PENULIS : Zanariah Mohd Rajab TERBITAN : Habat Publishing MUKA SURAT : 40 ISBN : 978967232351 HARGA : 39.96 NO.RUJUKAN : MTN 324.9M ZAN NO.ACCESSION : 0003928796 Ulasan : Buku dalam siri “Kuasa Rakyat Dalam Pilihan Raya” wajar dibaca oleh semua warga negara Malaysia bagi mengetahui proses amalan sistem demokrasi berparlimen pemilihan sebuah kerajaan yang terbentuk atas pilihan kuasa undi rakyat. Bermula tahun 2022 anak muda berusia 18 tahun dan ke atas dibenarkan mengundi. Siri pastinya dapat mendidik pelajar dalam amalan demokrasi. Tajuk-tajuk dalam siri ini ● Demokrasi dan sistem pilihan raya ● Isu-isu yang berbangkit di pilihan raya. ● Kepentingan mengundi dalam pilihan raya ● Polemik pengundi berusia 18 tahun ● Sejarah pilihan raya di Malaysia. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 78
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 78 TAJUK : Kementerian Dalam Negeri PENULIS : Faudzy Nor TERBITAN : Pustaka Ilham Padu MUKA SURAT : 56 ISBN : 9789671841969 HARGA : 32.40 NO.RUJUKAN : MTN 353.109595 FAU NO.ACCESSION : 0003939749 Ulasan : Buku “Siri Cakna” ada merupakan siri pengetahuan Am yang wajar dibaca oleh kita semua,terdapat banyak maklumat tentang agensi kerajaan atau badan-badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Maklumat dari segi misi,visi,objektif penubuhan sesebuah agensi tersebut ditubuhkan. Tajuk-tajuk buku yang terdapat didalam siri ini ialah: ● Kementerian Kewangan Malaysia ● Kementerian Dalam Negeri ● Kementerian Pengajian Tinggi ● Kementerian pelancongan,seni dan budaya Malaysia ● Kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia ● Jabatan perdana menteri Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 79
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 79 TAJUK : Kemajuan Kaedah Hitungan Falak PENULIS : Baharuddin Zainal, Sharifah Hamizah Syed Omar, Nurul Afidah Mohd Toridi & Ahmad Taufan Abdul Rashid TERBITAN : Penerbit UNISZA MUKA SURAT : 212 ISBN : 9789672231196 HARGA : 48.24 NO.RUJUKAN : MAN 529.327 BAH NO.ACCESSION : 0003939453 Ulasan : Buku ini merupakan pendedahan kemajuan kaedah hitungan falak berkaitan hitungan waktu solat, sudut kiblat, penyusunan takwim, dan sudut Matahari dalam keadaan tertentu. Hasil hitungan yang melibatkan pengukuran dan penandaannya seperti sudut kiblat dan garisan geografi kemudiannya ditandakan di lapangan. Dalam setiap peringkat kemajuan kaedah hitungan falak, penggunaan medium hitungan dinyatakan sama ada ijtihad dengan sains rakyat, kaedah hisab munajjimin, penggunaan sukuan sinus, atau kaedah logaritma. Apabila mesin kira saintifik dimajukan serta era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ahli falak dapat menyesuaikan penggunaan medium ini kerana memenuhi objektif aplikasi falak dalam ibadat. Setiap kaedah hitungan dan penerbitan data falak yang dibincangkan telah disertakan ilustrasi grafik serta rumus moden untuk menunjukkan mutu anasir sains dalam kaedah yang dibincangkan. Sesungguhnya buku ini dapat mencerminkan pencapaian sebenar sains dengan aspek teknikalnya, pastinya buku ini wajar dibaca Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 80
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 80 TAJUK : Aphonic PENULIS : Hyun Yunzz TERBITAN : SYKT FAJAR MUKA SURAT : 530 muka surat ISBN : 978-983-822-125-2 HARGA : RM26.90 NO.RUJUKAN : MAF HYU NO.ACCESSION : 0003883618 Ulasan : Novel “APHONIC” ini mengisahkan tiga orang gadis yang memiliki keperibadian yang berbeza tetapi saling berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Penampilan mereka yang kelihatan polos menutupi sikap kekejaman yang tidak pernah disangka, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis dan tanpa belas kasihan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 81
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 81 TAJUK : 1001 Simpulan Bahasa PENULIS : Mohd Jaffri Mahidin TERBITAN : Impiana Publications & Distributors Sdn. Bhd. MUKA SURAT : 30 muka surat ISBN : 978-983-3298-73-0 HARGA : RM8.80 NO.RUJUKAN : MJN398.99928MUH NO.ACCESSION : B02852923I Ulasan : Buku Siri 1001 Simpulan Bahasa menghimpunkan simpulan bahasa yang mudah dipahami oleh semua lapisan masyarakat, buku ini juga ada menerangkan maksud serta contoh penggunaan ayat bagi setiap simpulan-simpulan bahasa. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 82
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 82 TAJUK : Road to Hati Awak PENULIS : Miz Amaryllis TERBITAN : Suara Hati Publication MUKA SURAT : 966 muka surat ISBN : 978-967-2300-40-3 HARGA : RM39.22 NO.RUJUKAN : MAF MIZ NO.ACCESSION : 0003887008 Ulasan : Betul kata orang. Bila hati dah terpaut rasa suka, sikit cela pun tak nampak dek mata. Tapi bila yang sempurna itu ternyata hanya luaran semata-mata, mulalah bertingkah kata, mencari cela yang ada lalu berpaling muka. Yang menjadi isunya bila dah bersusah payah move on, terjadi pula pertemuan kedua. Konon hati dah kuat. Mana nak tahu perisai yang disangka kukuh, rebah jua. Tarikan Nur Shahwatul Islam versi 2.0, bukan calang-calang. Makin cantik, makin misteri. Nak Ahmad Danish Arman U-turn? Serius dia dah tak mampu. Nak dibiar kena caras dengan Qurt, si klon Captain America tu? Jangan harap! Masalahnya, keras hati Is tu tak boleh dibawa bincang. Kerja nak reject aje. Kenapa? Padahal Is pun ada hati pada Dany. Dengan kedegilan Dany untuk memiliki Is dan kedegilan Is untuk menolak Dany, siapa yang akan menang? Apa yang buat Is berubah menjadi seorang yang misteri? Dan berjaya ke Dany road to hati Is? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 83
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 83 TAJUK : BATON CINTA PENULIS : SUFEA HAREEZ TERBITAN : IDEA KREATIF MUKA SURAT : 498 ISBN : 978-967-2803-13-3 HARGA : RM 29.52 NO.RUJUKAN : MAF SUF NO.ACCESSION : 0003934132 Ulasan : Pertemuan yang memalukan tanpa diduga membawa mereka ke pertemuan yang berakhir dengan sebuah akad.Juwita fikir dia kuat tapi bila maruahnya bakal diperjudikan,dia terpaksa akur untuk menjadi isteri Jaidan walau itu yang paling dia tak mahu berlaku dalam hidupnya.Dalam Juwita mencari keserasian hidup sebumbung bersama Jaidin,ujian datang bertimpa-timpa menyebabkan Juwita mengalah dengan ketentuan hidup. Laluan untuk Jaidan menyemai benih cinta terhadap Juwita menjadi sukar apabila Firman jadi penghalang.Tanpa diberi pilihan ,Jaidan menuntut hak kecilnya sebagai seorang suami ke atas Juwita .Bagi Juwita ,semua lelaki sama sahaja .Ambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah.Mampukah Jaidan mengotakan janjinya setelah bekas kekasihnya muncul kembali? Demi rahsia dan maruah Juwita, mampu kah Jaidan pertahankan rumah tangga mereka. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Saunah Binti Musa PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 84
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 84 TAJUK : Hentikan Pembuli Jalan Raya PENULIS : Muhamad Al Hafis TERBITAN : Semarak Murni Enterprise MUKA SURAT : 48 ISBN : 9789672370512 HARGA : 38.88 NO.RUJUKAN : MTN 361.109M MUH NO.ACCESSION : 0003936794 Ulasan : Cabaran semakin hebat apabila kemajuan serta perkembangan sesebuah tamadun bangsa menjadi semakin getir. Pelbagai elemen tidak sihat pastinya akan ada.Diharapkan buku siri “Jangan terjebak Dalam Fenomena Ini!” dapat merungkai bermacam pergolakan yang dapat dikongsi/panduan terutama ibu bapa dalam memandu anak-anak kearah yang dapat menghindar dari terjebak perkara-perkara negatif. Tajuk-tajuk dalam siri ini: ● Hentikan Hedonisme dan Sugar Daddy ● Hentikan Pembuli Jalan Raya ● Hentikan amalan Rasuah ● Hentikan Budaya LGBT ● Hentikan Politik Wang ● Hentikan Islamophobia ● Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 85
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 85 TAJUK : Mencari Fitrah PENULIS : Dahiri Saini TERBITAN : MUKA SURAT : 473 muka surat ISBN : 978-983-46-0273-4 HARGA : RM32.00 NO.RUJUKAN : MAF DAH NO.ACCESSION : 0002977931 Ulasan : Mencari Fitrah menghimpunkan lima buah skrip drama yang mampu menarik minat pembaca untuk menghayatinya kerana ke semua drama ini menggunakan pelbagai teknik yang ditampilkan dengan begitu berkesan sekali. Pelbagai persoalan dipaparkan dalam kumpulan Skrip Drama Pentas Mencari Fitrah. Soal patriotisme dipaparkan dalam "Naratif Kemerdekaan". Penekanan pemikiran sejagat dalam pemerkasaan ummah melalui tolerasi agama dalam "Jeda Nur Iman", dilema konflik diri dan kabur ketuhanan dalam "Nazarkumal" dan "Mencari Fitrah" serta pincangnya kehidupan manusia dalam satira "Hanturisme". Ikutilah ketegangan, kemesraan, suara-suara sinis dan pelbagai rencah kehidupan yang disajikan dalam kumpulan skrip drama pentas ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Norfatheehah Syaheera binti Junai PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 86
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 86 TAJUK : Makin Menakutkan PENULIS : WS Uzala TERBITAN : Dddiplex Sdn.Bhd MUKA SURAT : 94 ISBN : 9789670799698 HARGA : 19.24 NO.RUJUKAN : MTF WSU NO.ACCESSION : 0003821524 Ulasan : Novel yang banyak memberi dorongan semangat kepada para pelajar dalam musim cuti sekolah ini untuk membuat program secara berkumpulan yang kecil.Bertujuan mecabar jati diri dalam aktiviti-aktiviti lasak. Contohnya berkemah di tepi sungai atau hutan kecil sekitar kawasan kampung. Judul-judul dalam Siri ini : ● Bahaya Mula Dirasa ● Bebas Juga akhirnya ● Bongkar Rahsia ● Kegigihan Tercabar ● Makin menakutkan ● Mengikut Kata hati ● Niat Jahat ● Terperangkap. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 87
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 87 TAJUK : Guru tegas tetapi Akrab dengan pelajar PENULIS : Mohd Shukar Saleh TERBITAN : Efektif MUKA SURAT : 64 ISBN : 9789672715191 HARGA : 44.64 NO.RUJUKAN : MTN 371.5 MUH NO.ACCESSION : 0003939936 Ulasan : Insan yang bergelar guru.adalah seseorang yang telah mengabdikan dirinya untuk mengajarkan suatu ilmu, mendidik, mengarahkan, dan melatih muridnya agar memahami ilmu pengetahuan yang diajarkannya tersebut.Guru sanggup berkorban apa saja untuk memestikan insan yang dididiknya menjadi menusia yang berguna. Siri buku-buku “Cara menangani disiplin di Sekolah : ● Keselamatan pelajar di sekolah ● Guru tegas tetapi akrab dengan pelajar ● Punca Gejala Sosial di sekolah ● Kaedah pengurusan disiplin pelajar. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 88
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 88 TAJUK : MIKROBIOLOGI MAKANAN UNTUK SAINS KESIHATAN PENULIS : MOHD ADZIM KALILI ROHIN TERBITAN : PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN MUKA SURAT : 160 ISBN : 978-967-2231-15-8 HARGA : RM54.72 NO.RUJUKAN : MAN 664.001579 MUH NO.ACCESSION : 0003932183 Ulasan : Buku ini meliputi isu-isu utama kawalan bakteria bawaan makanan yang menjejaskan keselamatan.Ia mengandungi penerangan terperinci dan praktikal dalam penghitungan mikrob,pengasingan serta pengenalan bakteria bawaan makanan berpatogen.Terdapat enam bab yang menghuraikan topik mikrobiologi makanan.Setiap bahagian bermula dengan pengenalan komprehensif,huraian dan penerangan yang mendalam mengenai mikroorganisma yang ditangani dalam bahagian tertentu di dalam buku ini.Ujian mikrobiologi merupakan alat yang berguna dalam pengurusan keselamatan makanan.Walau bagaimanapun,cara pemilihan serta penggunaannya mesti seiring dengan pengetahuan,manfaat dan tujuan.Oleh itu,kompendium ini dilakukan sebagai rujukan kepada golongan professional makmal,saintis penyelidikan,pegawai dietetik,ahli nutrisi,pengajar mahupun pelajar. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 89
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 89 TAJUK : Bijaksana berpandukan ilmu,akal dan iman PENULIS : Asyraf Ismail TERBITAN : Brainmax Enterprise MUKA SURAT : 132 ISBN : 978967382135 HARGA : 24.42 NO.RUJUKAN : MTN 158.1 MUH NO.ACCESSION : 0003888559 Ulasan : Buku bersiri Motivasi Membina Kejayan pastinya dapat membantu para pembaca terutama golongan remaja .Bagi memacu generasi baharu yang cemerlang pelbagai cara perlu diterapkan. Moga dengan membaca buku ini serbah sedikit dapat memupuk jati diri golongan pelajar yang berilmu dapat dilahirkan. Buku-buku yang terdapat dalam siri ini ialah : ● Tangani dan kuasai tekanan ● Masa berharga untuk diri,keluarga dan masyarakat ● Bijaksana berpandukan Ilmu,akal dan iman ● Akal tentukan kebaikan atau keburukan ● Berani asas kececemalangan ● Menjana semangat dalam diri Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 90
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 90 TAJUK : PERADABAN ISLAM ISU DAN CABARAN PENULIS : NAJIHAH ABD WAHID TERBITAN : PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN MUKA SURAT : 151 ISBN : 978-967-2231-13-4 HARGA : RM41.76 NO.RUJUKAN : MAN 909.09767 NAJ NO.ACCESSION : 0003932113 Ulasan : Peradaban Islam mempunyai ruang lingkup perbahasan yang sangat luas.Peradaban Islam yang kuat dan utuh akan dapat memperkasakan ketamadunan Islam untuk kembali gemilang.Buku peradaban Islam,isu dan cabaran ini,cuba untuk mengupas dan mengumpulkan beberapa aspek penting berkaitan peradaban Islam.Beberapa isu berkaitan pembinaan peradaban Islam secara menyeluruh turut dikupas oleh para akademik dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 91
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 91 TAJUK : Siasat sebelum Bertindak PENULIS : Aduka Khalis TERBITAN : Brainmax Enterprise MUKA SURAT : 132 ISBN : 978967382135 HARGA : 24.42 NO.RUJUKAN : MTN 158.1 MUH NO ACCESSION : 0003888559 Ulasan : Buku dalam siri ini, sangat menarik kasih yang dimuatkan dengan pelbagai tema kemanusian,teladan,nilai murni dan pengajaran. Buku ini sesuai dibaca oleh golongan pelajar.mengetengahkan pelbagai unsur yang pasti dapat merangsang minda menjadi lebih fokus ,kritis dan lebih kreatif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan. Bahasa yang digunakan dalam buku ini sangat mudah difahami. Buku-buku dalam siri ini : ● Siasat sebelum bertindak ● Duri Dalam Daging ● Antara kaca dan permata ● Air dicincang tidak akan putus ● Merendah diri sifat terpuji Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 92
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 92 TAJUK : INSTITUSI RAJA PENULIS : ISHAK SAAT/AHMAD ZAINUDIN HUSIN TERBITAN : PENERBIT UTHM MUKA SURAT : 220 ISBN : 978-967-2975-48-9 HARGA : RM35.28 NO.RUJUKAN : MAN 352.2309595 ISH NO.ACCESSION : 0003941568 Ulasan : Buku ini merupakan koleksi yang dijadikan bab dalam buku bagi membicarakan tentang kisah kesultanan di alam melayu yang terdapat di gugusan kepulauan melayu.Dalam buku ini digarapkan 13 makalah yang membicarakan pelbagai kisah yang pernah dilalui oleh Kesultanan di Alam Melayu.Pelbagai kisah perjuangan Kesultanan di Alam Melayu yang dirakamkan oleh pelbagai ahli akademik dari pelbagai universiti samada dari dalam mahupun luar negara. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Rizwan Mohd Jidi PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 93
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 93 TAJUK : Lawak Kampus PENULIS : Teks & Komik Keith TERBITAN : Kadokawa MUKA SURAT : 120 ISBN : 9789673858910 HARGA : 8.25 NO.RUJUKAN : MTF KEL NO.ACCESSION : 0003728229 Ulasan : Lawak kampus teruskan membaca dan jangan tinggal membaca semua jilid yang diterbitkan. Pasti gamat dan menghiburkan! "Lawak Kampus" jilid ke-27 karya Keith kini kembali lagi! Sarat dengan lawak sempoi Vanness, Froggy, Aditas dan kawan-kawan. Ilustrasi watak Lawak Kampus ala bintang glamor turut diselitkan. Sudah tentu pembaca tidak kering gusi membelek komik humor berjilid ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 94
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 94 TAJUK : DIA MARYAMKU PENULIS : SHAFATIN YUSOF TERBITAN : KASEH ARIES PUB SDN BHD MUKA SURAT : 504 ISBN : 978-967-2035-87-9 HARGA : RM 40.32 NO.RUJUKAN : MAF SHA NO.ACCESSION : 0003935654 Ulasan : Dalam perjalanan itu mereka adalah satu. Mereka kehilangan, mereka ditinggalkan. Kehilangan bagi Maryam sebenarnya adalah kekuatan. Bukan titik kelemahan. Bukan kesedihan berpanjangan. Maryam merasai kehilangan pada mereka yang pulang. Bagi Ayden Lee, ditinggalkan orang tersayang menjadikan dia manusia yang mati pada jiwa, kosong tanpa rasa, hidup dalam dendam yang tidak pernah hilang. Saat perjalanan mereka berteman bahagia, akhirnya sebuah rahsia mengoyakkan seluruh kepercayaan. Kerana kebenaran itu, Sarah Maryam tewas. Bukan kerana kebenaran yang menyakitkan tapi pembohongan yang melukakan. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 95
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 95 TAJUK : DI SAAT CINTA ITU DATANG PENULIS : IMPIANGELLA TERBITAN : SUARA HATI PUBLICATION MUKA SURAT : 776 ISBN : 978-967-2300–53-3 HARGA : RM 34.56 NO.RUJUKAN : MAF IMP NO.ACCESSION : 0003935085 Ulasan : Kehadiran Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang yang disayangi tergadai maruah diri. Perasaan bersalah menghantui diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa saja untuk Auntie Su. Dia dihina, dicemuh malah dia disakiti dan dikasari. Berharap, agar ianya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Auntie Su. Empat tahun Aairin lari daripada realiti, akhirnya dia terpaksa kembali berhadapan dengan semuanya. Nekad mahu merungkaikan ikatan yang terjalin atas rasa bersalahnya. Bagi Aairin, kebahagiaan tidak akan wujud dalam hubungan mereka. Namun tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan. Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan layakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu? Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Dwi Farahna Dawit PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 96
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 96 TAJUK : TIP MENJADI PENULIS BESTSELLER PENULIS : ZAMRI MOHAMAD TERBITAN : PTS PUBLISHING SDN BHD MUKA SURAT : 275 ISBN : 978-967-5226-11-3 HARGA : RM27.90 NO.RUJUKAN : MAN ZAM NO.ACCESSION : B03091487J Ulasan : Menjadi penulis bestseller adalah impian semua. Buku ini ditulis selepas mengambil kira pandangan para penulis bestseller tempatan, penulis bestseller antarabangsa dan penerbit. Semua pandangan dan pengalaman mereka ditulis dan disusun semula khusus untuk saudara. Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan kepada tip-tip menulis buku bukan fiksyen. Buku ini juga mendedahkan bagaimana pengalaman kerjaya dan hidup dapat dijadikan buku bukan fiksyen yang ditunggu-tunggu pembaca. Selain itu, kandungannya dapat;- ● Mempercepatkan cita-cita ● Menjelaskan cara menulis yang mudah seterusnya menjadi penulis bestseller ● Menjadikan penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa ataupun sambilan ● Menjadi panduan asas penulis baru ● Mendedahkan teknik menulis terkini ● Merealisasikan impian individu yang inginkan kebebasan kewangan ● Mencetuskan ilham menulis Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Nuramalina binti Ahammad PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 97
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 97 TAJUK : CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS PENULIS : ZAMRI MOHAMAD TERBITAN : PTS PUBLISHING SDN BHD MUKA SURAT : 295 ISBN : 987-983-3585-31-1 HARGA : RM30.00 NO.RUJUKAN : MAN ZAM NO.ACCESSION : B02674856E Ulasan : Bagaimana menjana pendapatan cara mudah dengan menulis artikel dari rumah di usia muda? Apakah kualiti seorang penulis? Bagaimana memahirkan kaedah penulisan anda? Apakah langkah-langkah awal mengatasi masalah penulisan? Apakah halangan seorang penulis bebas? Cari duit cara mudah dapat merungkaikan persoalan-persoalan ini. Para remaja dapat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang kukuh melalui penulisan. Buku ini menggabungkan pelbagai strategi yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca setia. Rahsia pendekatan yang berkesan berjaya dicungkil oleh penulis melalui buku ini. Struktur buku ini yang disusun mengikut langkah-langkah penulisan yang baik dapat memudahkan pembaca mendapat maklumat yang dikehendaki. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh Nuramalina binti Ahammad PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 98
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 98 TAJUK : Minat seorang pengajar PENULIS : Nurul amalina Bt Idris TERBITAN : Jambatan Ilmu MUKA SURAT : 157 ISBN : 9789672938132 HARGA : 18.50 NO.RUJUKAN : MTF NUR NO.ACCESSION : 0003893432 Ulasan : Buku-buku dalam siri ini mengkhususkan untuk memberi pendidikan kepada para remaja dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam membentuk insan yang lebih baik. Terdapat lapan judul dalam “Siri Coretan Famili” ● Demi Kehandak ● Tibar Dari penculikan Hazel ● Menyasar kejayan ● Naluri atikah ● Jeanie anak dara english ● Minat seorang pengajar ● Saudara kandung ● Bercantum jua akhirnya. ● Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 99
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2023 ULASAN 99 TAJUK : Sumpahan Puaka di Blok D PENULIS : Nur Syuhada TERBITAN : Synergy Media MUKA SURAT : 208 ISBN : 9789674448110 HARGA : 12.75 NO.RUJUKAN : MTF SUM NO.ACCESSION : 0003733373 Ulasan : Buku yang mengisahkan cerita seram untuk kita sekali sekelah menggamit fikiran bagaimana agaknya dunia seram itu dirasa sebagai suatu realiti.sewajarnya kita harus merasa perasaan “takut”. Dengan menghayati kisah sumpahan puaka di blok D ,baharu kita tahu dalam alam ini bukan hanya kita tapi ada penghuni atau makhluk lain. Jangan ketinggalan untuk terus membaca buku seumpama ini. Buku ini adalah antara koleksi perpustakaan kami. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan, anda boleh hubungi kami di talian 087-222679 / fan page perpustakaan / email: [email protected]. Diulas oleh KARUYSOP MUSRI PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH CAWANGAN BEAUFORT 100