The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-16 00:43:50

Modul BSTEM Sains Sekolah Rendah

Modul BSTEM Sains Sekolah Rendah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI BAHAN SUMBER SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM) BSTEM SAINS SEKOLAH RENDAH


SIRI BAHAN SUMBER SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM) BSTEM SAINS (Sekolah Rendah) Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018


Terbitan Jun 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. CIP/ISBN ISBN 976-967-420- XXX-X


KANDUNGAN Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii Kata Aluan ix Pendahuluan 1 Panduan Pelaksanaan BSTEM 3 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1: Penghasilan Baja Organik Pengenalan 9 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 13 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 16 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 18 Lampiran: A -1 Ujian Pra 22 B -1 Ujian Pasca 25 C -1 Lembaran Kerja Murid 28 D -1 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan 32 E -1 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri 34 F -1 Exit Card 36 G -1 Aktiviti Murid Mengikut Langkah 37 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2: Mengawet Mangga Pengenalan 40 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 44 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 50 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 51 Lampiran: A -2 Ujian Pra 56 B -2 Ujian Pasca 58 C -2 Lembaran Kerja Murid 60 D -2 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan 64


E -2 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri 66 F -2 Exit Card 68 Rujukan 69 Penghargaan 70


v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


ix KATA ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017 merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM di semua peringkat. BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi kepuasan dan motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam bidang STEM. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM, PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21. Sekian, terima kasih. SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018


1 PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan STEM. Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1. BSTEM 2016 BSTEM 2017 Biologi (Sek. Men.) Pengajian Kejuruteraan Awam (Sek. Men.) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Sek. Men.) Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Sek. Men.) Fizik (Sek. Men.) Grafik Komunikasi Teknikal (Sek. Men.) Reka Bentuk dan Teknologi (Sek. Men.) Sains Rumah Tangga (Sek. Men.) Kimia (Sek. Men.) Sains Sukan (Sek. Men.) Asas Sains Komputer (Sek. Men.) Sains Tambahan (Sek. Men.) Matematik Tambahan (Sek. Men.) Matematik (Sek. Men.) Sains (Sek. Men.) Pertanian (Sek. Men.) Reka Cipta (Sek. Men.) Asas Kelestarian (Sek. Men.) Sains (Sek. Ren.) Matematik (Sek. Ren.) Sains Komputer (Sek. Men.) Reka Bentuk dan Teknologi (Sek. Ren.) Pembelajaran Bersepadu (Pra Sekolah) - Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017


2 Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya. Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik. BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi tajuk lain dalam mata pelajaran ini.


3 PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu, Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid. BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi dua contoh PdP untuk mata pelajaran Sains. Contoh PdP ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru untuk membina lebih banyak aktiviti PdP STEM berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya, setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi: 1. Pengenalan 2. Komponen PdP 3. Rancangan PdP 4. Aktiviti PdP 5. Lampiran: Ujian Pra Ujian Pasca Lembaran Kerja Murid Borang Penilaian Exit Card Aktiviti Murid Mengikut Langkah Rujukan Penghargaan Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan borang penilaian yang disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip, penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.


4 PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam PdP 1 . Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu dilalui oleh murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1. 1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KPM BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya menjadi Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah Mencari dan mengumpul maklumat melalui inkuiri Merancang dan menjalankan penyiasatan Menganalisis dan menginterpretasi data Membina penyelesaian dan mereka bentuk penyelesaian Mempersembahkan produk Menambah baik produk Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar. Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber (temu bual, kajian, internet, media cetak dan lain-lain). Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam bentuk inkuiri. Murid menggunakan pemikiran matematik dan komputasional dalam membentangkan data supaya boleh difahami, digunakan serta dikongsi bersama. Murid menstrategi dan merangka pelan penyelesaian. Murid mereka cipta dengan mengulangi proses/ kaedah secara sistematik untuk menambahbaik produk. Murid membentangkan produk dengan justifikasi berdasarkan evidens. Rakan lain diberi peluang untuk berkomunikasi dengan memberikan komen membangun. Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan masalah dan meningkatkan kefungsiannya. 1 2 3 4 5 6 7 Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM


5 lebih berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP STEM bagi setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah 2. Rajah 2: Langkah Umum Pelaksanaan PdP STEM PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan dengan impak yang tinggi dalam memberi peluang dan galakan kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan. FASA SEBELUM PdP FASA SEMASA PdP FASA SELEPAS PdP 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar. 2. Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai bagi tujuan di atas. 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP. 4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan peralatan yang diperlukan. Memilih tempat dan tarikh yang sesuai bagi PdP ini. 5. Mentadbir Ujian Pra. 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini. 6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set induksi bagi mencetus minda murid dan menarik pelibatan murid. 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalansoalan yang telah disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP). 9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian murid/ kumpulan. 10. Mentadbir Ujian Pasca. 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan. 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang akan datang.


6


7 CONTOH PdP 1 Projek: Penghasilan Baja Organik


8


9 Aktiviti menghasilkan baja organik merupakan satu projek mini yang dilaksanakan setelah murid selesai mempelajari topik Bahan Buangan dalam kurikulum Sains Tahun 6. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL). Murid didedahkan dengan satu isu pengurusan bahan buangan untuk diselesaikan melalui penghasilan produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang bahan buangan dalam menghasilkan produk untuk kebaikan sejagat dan juga dapat menerapkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menghargai alam sekitar. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 6 waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk disesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor lain. Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Guru perlu merancang persiapan bahan dan peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, klip video dan kos yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini. Murid digalakkan untuk menghasilkan produk yang mesra alam dengan kos yang minima. Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru sepanjang aktiviti ini melibatkan 3 sesi pembelajaran seperti berikut: PENGENALAN


10 SESI 1 (2 Waktu PdP) Merancang PdP Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan tentang cara pengurusan bahan buangan terbiodegradasi. (Kata kunci: Terbiodegradasi) Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca, kertas A4, lembaran kerja murid, serta helaian penilaian rubrik untuk guru dan murid. Mentadbir ujian Pra ke atas murid. Mencetus minda murid dengan set induksi (tayangan video/ memberikan bahan rangsangan) Memberikan senario atau pernyataan masalah. Mengedarkan lembaran kerja murid (Lampiran C) sebagai garis panduan kepada murid melaksanakan projek ini. Memberi rangsangan kepada murid untuk mengenal pasti masalah melalui proses sumbang saran dan menjana idea untuk menyelesaikan masalah dan membimbing murid mendapatkan idea menghasilkan produk baja organik. Membimbing murid membuat lakaran produk dan label. Mengumpul lakaran produk. Membimbing murid mengenal pasti bahan keperluan untuk menghasilkan produk bagi sesi PdP yang seterusnya. Membuat penilaian lakaran produk yang telah disediakan oleh murid dan memberi cadangan untuk penambah baikan. Menyemak Ujian Pra (Lampiran A) Membimbing dan memantau murid menghasilkan baja organik. Sebelum PdP Semasa PdP Semasa PdPSemasa PdP Selepas PdP


11 SESI 2 (2 Waktu PdP) SESI 3 (2 Waktu PdP) Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti ini berdasarkan lakaran berlabel murid. (Guru boleh minta murid membawa bahan dan peralatan yang diperlukan) Membimbing dan memantau murid menghasilkan baja organik Mengenal pasti peralatan yang diperlukan untuk mengasingkan baja cecair organik dan sisa-sisa yang tidak terurai. Mengenal pasti bahan untuk aktiviti pembungkusan produk secara kreatif untuk tujuan pemasaran. Memastikan peralatan yang diperlukan untuk mengasingkan baja cecair organik dan sisa-sisa yang tidak terurai telah disediakan. Memastikan bahan untuk aktiviti pembungkusan produk secara kreatif untuk tujuan pemasaran telah disediakan. Menjadi pemudah cara dalam aktiviti mengasingkan baja cecair organik dengan sisa-sisa tidak terurai dan pembungkusan produk dengan mengemukakan soalan-soalan yang kritis. Menjadi pemudah cara dalam aktiviti pembentangan hasil produk bagi setiap kumpulan (Gallery walk). Menggalakkan kritikan berhemah dalam kalangan murid dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi saintifik bagi penambahbaikan. Mengumpul semua produk murid Mentadbir ujian pasca. Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan borang penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri. Mengedarkan Exit card sebagai refleksi kendiri murid. Membimbing murid menyediakan laporan aktiviti yang perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu. Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan penambahbaikan untuk PdP seterusnya. Menyemak laporan murid yang telah diterima. Membimbing murid untuk mempamer laporan dan produk dalam Bilik Sains. Menggalakkan murid dan pihak sekolah menggunakan produk pada tumbuhan di kawasan sekolah. Membimbing murid untuk mengiklan dan menjual hasil produk. Semasa PdP Semasa PdPSemasa PdP Selepas PdP Sebelum PdP Semasa PdP Semasa PdPSemasa PdP Sebelum PdP Selepas PdP Semasa PdPSemasa PdP


12 Sepanjang proses PdP guru perlu menerapkan amalan STEM dan pembelajaran mendalam supaya PdP tersebut menjadi lebih bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam Carta 1. Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan Baja Organik TIDAK SESI 1 (2 Waktu PdP) 1. Mengenal Pasti Masalah 3. Membuat Lakaran Produk Dan Berlabel 2. Mengumpul Maklumat 4. Mengenal Pasti Bahan Dan Peralatan 5. Menghasilkan Baja Organik 6. Mengasingkan Baja Cecair Organik Dengan Sisa Yang Tidak Terurai 7. Menjalankan Aktiviti Pembungkusan Produk SESI 2 (2 Waktu PdP) BERJAYA Proses Penambahbaikan YA 8. Membuat Persembahan Projek Dan Sesi Soal Jawab SESI 3 (2 Waktu PdP) 9. Mendokumentasikan Projek


13 BSTEM Baja Organik merujuk kepada kerangka STEM yang mengandungi komponen berikut: Konteks: / Kehidupan Harian / Alam Sekitar / Masyarakat Tempatan dan Global Kemahiran Abad 21: / Kreativiti dan Inovasi / Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah / Komunikasi dan Kolaborasi / Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kemahiran Hidup dan Kerjaya / Nilai dan Etika / Bersifat ingin tahu Pengintegrasian STEM: Sains: 1. Mengaplikasi pengetahuan pengurusan bahan buangan. 2. Memahami peranan mikroorganisma dalam penghasilan baja organik. Teknologi: Menggunakan teknologi dalam; 1. Mereka bentuk label botol pada peringkat akhir. 2. Membentangkan proses penghasilan baja organik. 3. Memasarkan baja organik. Kejuruteraan: Mencipta formula campuran bahan untuk menghasilkan baja organik Matematik: 1. Menyukat kuantiti gula. 2. Mengukur isipadu cecair baja organik. 3. Menggunakan unit piawai yang sesuai dalam pengukuran. KOMPONEN PdP


14 BahanSumber: Alat, Bahan dan Radas yang diperlukan: (Cadangan) Sisa bahan mentah seperti; sayur-sayuran, buah-buahan, kulit bawang, kulit udang, sisik ikan dan perut ikan. Gula (dicadangkan gula perang – ¼ daripada isipadu botol) Air bilasan beras (dicadangkan ¾ daripada isipadu botol) Botol 1.5 liter Kerajang Aluminium Penapis Lain-lain alat, radas dan bahan mengikut keperluan Sumber yang disediakan oleh guru: Blog dan laman web Surat khabar Persembahan Powerpoint Lampiran A - Ujian Pra Lampiran B - Ujian Pasca Lampiran C - Lembaran kerja murid Lampiran D - Borang Penilaian Produk dan Pembentangan Lampiran E - Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri Lampiran F - Exit Card


15 Panduan untuk guru dan boleh ditunjukkan kepada murid bagi mencetus idea berkaitan dengan proses penghasilan baja organik. Lakaran prosedur penyediaan projek baja organik PENCETUS IDEA Masukkan gula Masukkan air beras Tutup dan biarkan beberapa hari Masukkan sisa makanan


16 RANCANGAN PdP Tahun: Tahun 6 Tajuk: Bahan Buangan Standard Kandungan: 9.1 Bahan buangan Standard Pembelajaran: 9.1.5 Memerihalkan pengurusan bahan buangan secara terancang untuk kehidupan yang lestari. Hasil Murid: Baja Organik Tempoh (waktu): 6 waktu (2 + 2 + 2 waktu) Ringkasan Aktiviti: Senario: Anda merupakan seorang jurutera bahan yang berhasrat untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan sisa buangan yang dihadapi oleh Encik Aiman. Encik Aiman, seorang pemilik restoran berpendapat sisa makanan boleh dimanfaatkan daripada dibuang begitu sahaja. Di restoran beliau, terdapat banyak sisa bahan mentah yang dikumpulkan semasa proses menyediakan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kulit bawang, air bilasan beras, kulit udang, sisik ikan dan perut ikan. Sebagai seorang jurutera yang mementingkan kelestarian alam sekitar, anda dikehendaki menghasilkan produk daripada sisa bahan mentah supaya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Seterusnya anda juga perlu membantu Encik Aiman memasarkan produk tersebut dengan kaedah pembungkusan yang menarik dan murah. Apa pengetahuan, kemahiran dan nilai yang murid peroleh setelah melalui aktiviti ini? Pengetahuan, kemahiran dan nilai Mengenal pasti masalah dunia sebenar berkaitan dengan pengurusan bahan buangan. Menghubungkaitkan masalah dengan konsep penguraian bahan terbiodegradasi. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah. Melahirkankan rasa tanggung jawab sosial dan kemahiran berkerjasama dalam kumpulan. Memupuk kemahiran mereka cipta dan menghargai alam sekitar


17 Apa pengalaman baharu murid setelah melalui aktiviti ini? Pengalaman baharu murid Menghasilkan baja organik daripada bahan buangan terbiodegradasi. Menerangkan konsep penguraian bahan terbiodegradasi oleh mikroorganisma. Mengenal pasti gula sebagai sumber nutrien untuk mikroorganisma. Menjana idea untuk memanfaatkan sisa-sisa bahan buangan. Mencetus idea kreatif dalam memasarkan produk. Mengaplikasi ciri-ciri keusahawanan.


18 AKTIVITI PdP Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Sesi 1 (2 waktu PdP) 1. Mengetahui/ mengukur pengetahuan sedia ada murid dalam isu ini. Menduduki ujian pra pembelajaran Memberi ujian pra. Lampiran A1 (Ujian Pra) 2. Membuat pemerhatian dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sedia ada dengan isu dunia sebenar. Menonton dan mencatatkan fakta/ pemerhatian isu atau masalah yang dipaparkan dalam tayangan video berkenaan. Menayangkan video tentang lambakan sampah dan pengurusan bahan buangan. Menyoal murid tentang masalah pengurusan bahan buangan di kawasan perumahan mereka. Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar. Borang catatan murid – Kertas kosong untuk mencatat pemerhatian dan permasalahan/ Isu yang dijangkakan 3. Meneroka dan mencari maklumat berkaitan masalah pengurusan bahan buangan dan cara-cara mengatasinya. Menyenaraikan fakta-fakta yang mereka sudah tahu, ingin tahu dan akan tahu berkaitan bahan buangan dan pengurusan bahan buangan. Berbincang untuk mengenal pasti isu berdasarkan senario yang diberikan. Memberikan satu senario berkaitan dengan pernyataan masalah. Mengarahkan setiap kumpulan mengenal pasti fakta-fakta yang berkaitan dengan masalah pengurusan bahan buangan dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Memerlukan murid beri pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi. Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka Lampiran C1 - Lembaran Kerja Murid (Bahagian A dan B)


19 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM 4. Membuat strategi, merancang dan mengagihkan tugasan bagi mendapatkan maklumat, sumber pembelajaran dan bahan yang diperlukan. mendapatkan maklumat dan sumber pembelajaran serta bahan yang diperlukan bagi menghasilkan baja organik. (rujuk bahagian B, Lampiran C1) Memantau dan membimbing murid dalam mencari maklumat, sumber dan bahan yang diperlukan. Melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif. Lampiran C1- Lembaran Kerja Murid (Bahagian C) 5. Melakar draf campuran bahan bagi menghasilkan baja organik. 6. Melabel komposisi kandungan yang terdapat dalam penghasilan baja organik. Mengemukakan soalan dan mencetuskan idea-idea yang kreatif dan inovatif berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam proses penghasilan baja organik, kaedah pembungkusan dan kaedah pemasaran. Melontarkan soalan-soalan yang dapat mencungkil pemikiran murid dalam pemilihan bahan untuk menghasilkan baja organik, kaedah pembungkusan dan kaedah pemasaran. Melibatkan kerja berpasukan dengan penggunaan teknologi sesuai dengan bijak dan berhemah. Lampiran C1 (Bahagian D1) 7. Bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan. 8. Menerangkan dan membentangkan kaedah pembungkusan dan pemasaran. Berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk memilih kaedah pembungkusan dan teknik pemasaran. Membimbing dan membangunkan kemahiran berfikir murid dalam mengenal pasti masalah dalam kaedah pembungkusan dan pemasaran dan strategi menyelesaikannya. Sebagai fasilitator dan menggalakkan murid menyelesaikan masalah dengan tepat, kreatif dan inovatif. Menilai kumpulan murid sambil memantau. Memerlukan murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM. Memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian kreatif & inovatif beserta justifikasi Lampiran C1- Lembaran Kerja Murid (Bahagian D1)


20 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM SESI 2: 2 waktu PdP 9. Menghasilkan baja organik. Menghasilkan baja organik daripada sisa terbiodegradasi yang diperoleh daripada rumah atau kawasan sekolah. Membimbing dan membantu murid dalam menghasilkan baja organik. Mengawas dan memastikan keselamatan murid. Menilai kemahiran manipulatif murid semasa menghasilkan produk. Memerlukan murid mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM. Memerlukan murid mengaplikasi kemahiran proses mereka bentuk. SESI 3: 2 waktu PdP 10. Mengasingkan hasil penapaian dengan menggunakan penapis. 11. Menghasilkan produk akhir baja organik. Mengasingkan baja cecair organik dengan sisa yang tidak terurai. Aktiviti pembungkusan produk dengan kreatif untuk tujuan pemasaran. Menilai kemahiran manipulatif murid semasa menguji produk. Melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif. Melibatkan murid dalam mengaplikasi kemahiran proses mereka bentuk. 12. Membentang kan hasil produk dengan yakin beserta justifikasi dan eviden yang kukuh. 13. Menerima teguran dan kritikan dengan baik dan berhemah. Mempamerkan dan membentangkan hasil produk tersebut kepada kelas untuk penilaian. (gallery walk) Perbincangan murid dan guru tentang soalan, ulasan dan kritikan berhemah bagi Mengarahkan murid melengkapkan tugasan seperti dalam Lampiran C, Bahagian E. Melontarkan soalan-soalan untuk menilai produk berdasarkan rubrik. Memerlukan murid beri pelbagai jawapan / penyelesaian kreatif & inovatif beserta justifikasi. Memberi peluang murid menambah baik produk. Lampiran C1, LEMBARAN KERJA MURID (Bahagian E) Lampiran D1 Rubrik Penilaian untuk pembentangan (guru)


21 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM 14. Melatih diri untuk membina soalan yang baik dan relevan. penambahbaikan produk. 15. Menilai pembelajaran murid melalui perbandingan sebelum dan selepas PdP. Menduduki ujian pasca Mentadbir ujian pasca pembelajaran. Lampiran B1 Ujian Pasca 16. Membuat refleksi kendiri tentang pembelajaran mereka dalamPdP tadi. Membuat penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri. Membuat refleksi dengan melengkapkan Exit Card. Memastikan murid melengkapkan Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri serta Exit Card untuk membuat penilaian dan refleksi PdP Lampiran E1 Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri Lampiran F1 Exit Card Refleksi


22 UJIAN PRA [CONTOH PdPc 1: PENGHASILAN BAJA ORGANIK] TAJUK: BAHAN BUANGAN TARIKH: ........................... NAMA: .............................................................. KELAS: ............................ Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan. 1. Nyatakan empat contoh bahan buangan.( TP 1 ) _________________________________________________________ 2. Berikan dua jenis bahan buangan. a) ________________________________________________________ b) ________________________________________________________ 3. Kelaskan bahan buangan dalam soalan 1 kepada jenis-jenis bahan buangan.( TP 2 ) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan terbiodegradasi? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Lampiran A-1


23 5. Terdapat tiga jenis tong kitar semula di kawasan sekolah kamu. Senaraikan contoh bahan buangan bagi setiap tong tersebut? (TP3) Tong Berwarna Biru Tong Berwarna Coklat Tong Berwarna Jingga 6. Plastik adalah satu bahan yang mengambil masa yang lama untuk dibiodegradasi. Jelaskan mengapa penggunaan bahan tidak terbiodegradasi perlu digunakan secara berhemah.( TP 4 ) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 7. Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang kepada alam sekitar.(TP 5) ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________


24 8. Lakarkan satu kaedah atau alat bagi membantu manusia menguruskan sisa buangan berdasarkan imaginasi kamu.(TP6)


25 UJIAN PASCA [CONTOH PdPc 1: PENGHASILAN BAJA ORGANIK] TAJUK: BAHAN BUANGAN TARIKH: ........................... NAMA: .............................................................. KELAS: ............................ Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan. 1. Nyatakan contoh bahan buangan yang boleh ditemui di tempat berikut ( TP 1 ): TEMPAT SISA BUANGAN Kantin Kelas Sekitar Sekolah 2. Kelaskan bahan buangan di soalan 1 dalam bentuk pengurusan grafik. (TP2) Lampiran B-1


26 3. Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahan terbiodegradasi. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan terbiodegradasi ? _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 4. Menjelaskan dengan contoh pengurusan bahan buangan secara terancang. ( TP 3 ) a) ______________________________________________________________ b) ______________________________________________________________ 5. Jelaskan mengapa penggunaan bahan tidak terbiodegradasi perlu digunakan secara berhemah. ( TP 4 ) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 6. Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang kepada: a. manusia b. haiwan c. alam sekitar ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________


27 7. Lakarkan satu kaedah atau alat bagi membantu manusia menguruskan sisa buangan berdasarkan imaginasi kamu. Terangkan bagaimana alat atau kaedah yang kamu cipta berfungsi.


28 LEMBARAN KERJA MURID TAJUK : BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK TARIKH:……………………… KELAS: …………….……. Nama Ahli Kumpulan: 1) 3) 5) 2) 4) 6) Objektif Pembelajaran: Murid dapat: Mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar untuk melalui kehidupan yang selesa. Meneroka dan mencari maklumat berkaitan masalah pengurusan bahan buangan dan cara mengatasinya. Bekerja dan berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan. Menerangkan dan membentangkan hasil produk. Memahami proses merekacipta. A. Pencarian Fakta Berdasarkan scenario yang diberi, kenal pasti maklumat berkaitan bahan buangan dan pengurusan bahan buangan. Bahan Buangan Pengurusan Bahan Buangan Lampiran C-1


29 B. PerluTahu/Isu Pembelajaran Berdasarkan fakta yang dikemukakan di A, apakah isu dan pengetahuan yang perlu anda tahu bagi membolehkan anda menyelesaikan tugasan? C. PelanTindakan Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti termasuk sumber dan bahan yang diperlukan. Langkah Tindakan Bahan/Sumber 1 2 3 4 5 Bil. Isu dan Pengetahuan Yang Perlu Anda Tahu 1 2 3 4 5


30 D. Penyelesaian yang dicadangkan 1. Melalui sumbang saran, lakarkan campuran untuk menghasilkan baja organik. Labelkan lakaran yang dihasilkan.


31 2. Nyatakan kaedah pembungkusan yang dipilih dan senaraikan teknik pemasaran yang sesuai dalam bentuk pengurusan grafik. E. Penghasilan Produk 1. Hasilkan baja organik berdasarkan campuran bahan-bahan yang dicadangkan. 2. Sediakan pembentangan (menggunakan ICT) untuk menjelaskan pemilihan bahan untuk menghasilkan baja organik.


32 BORANG PENILAIAN PRODUK DAN PEMBENTANGAN TAJUK : PENGURUSAN BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK Tarikh: ........................... Kumpulan: …………………................. Kategori 4 3 2 1 Skor Pemilihan Bahan Kombinasi bahanbahan yang dipilih amat sesuai dan sisa organik terurai. Bahan yang dipilih sesuai dan terdapat percubaan mengubah suai secara kreatif untuk menjadikan sisa organik terurai. Bahan yang dipilih kurang sesuai namun boleh diubah suai secara kreatif menjadikan sisasisa organik terurai. Bahan yang dipilih tidak sesuai dan menjadikan sisasisa organik tidak terurai. Sikap saintifik Semua ahli kumpulan dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan dapat mengaplikasi sikap saintifik dalam penghasilan produk. Sebahagian besar ahli kumpulan dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan dapat mengaplikasi sikap saintifik dalam penghasilan produk. Sebahagian ahli kumpulan tidak dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan tidak dapat mengaplikasi sikap saintifik dalam penghasilan produk. Semua ahli kumpulan tidak dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan tidak dapat mengaplikasi sikap saintifik dalam penghasilan produk. Fungsi Kombinasi bahan sangat baik dan bertepatan dengan kehendak. Kombinasi bahan baik tetapi kurang menepati kehendak. Kombinasi bahan kurang baik dan mempunyai kelemahan yang perlu penambahbaikan. Kombinasi bahan kurang baik dan mempunyai banyak kelemahan yang perlu penambahbaikan. Penggunaan ICT Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT secara optimum sama ada semasa penyelidikan dan pembentangan projek Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT yang bersesuaian sama ada semasa penyelidikan dan pembentangan Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT secara minimum sama ada semasa penyelidikan dan pembentangan Ahli kumpulan tidak dapat mengaplikasi kemahiran ICT sama ada semasa penyelidikan dan pembentangan Lampiran D-1


33 Kategori 4 3 2 1 Skor Kerja Kumpulan Kumpulan berfungsi dengan sangat baik. Semua ahli mendengar, berkongsi pengetahuan dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan berfungsi dengan baik. Sebahagian besar ahli mendengar, berkongsi dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan kurang berfungsi dengan baik. Tidak semua ahli mendengar, berkongsi dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan tidak berfungsi dengan baik. Ramai ahli yang tidak memberi kerjasama Jumlah skor


34 BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA DAN PENILAIAN KENDIRI TAJUK : PENGURUSAN BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK Tarikh: .................... Nama: ........................................ Kumpulan: .......................... Skor Kategori 4 3 2 1 SKOR( isikan nama ahli kumpulan) Diri ….............. Rakan 1 ………… … Rakan 2 ………… … Rakan 3 ………… … Sumbangan Mengambil bahagian secara sangat aktif dan kerap memberi idea berguna dalam aktiviti kumpulan. Mempunyai daya usaha yang tinggi dan berjaya menampilkan ciri-ciri kepimpinan Mengambil bahagian secara aktif dan memberi idea berguna dalam aktiviti kumpulan. Sering memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi Kadang-kadang mengambil bahagian dan memberi idea dalam aktiviti kumpulan. Memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan Kurang memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan Penyelesaian Masalah Bertindak secara aktif dan berjaya menyelesaikan banyak permasalahan dalam kumpulan Bertindak secara kurang aktif namun berjaya menyelesaikan masalah dalam kumpulan Bertindak secara kurang aktif dan berjaya menyelesaikan sedikit masalah dalam kumpulan Bertindak secara tidak aktif dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah dalam kumpulan Lampiran E-1


35 Skor Kategori 4 3 2 1 SKOR( isikan nama ahli kumpulan) Diri ….............. Rakan 1 ………… … Rakan 2 ………… … Rakan 3 ………… … Sikap Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan dan sentiasa mendorong rakan dalam kumpulan Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan namun kurang mendorong rakan dalam kumpulan Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan namun jarang memberi dorongan kepada rakan dalam kumpulan Bersikap kurang positif terhadap projek yang dilaksanakan. Tumpuan terhadap tugasan Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan dan kerap melakukan tugasan secara kendiri Memberi tumpuan penuh terhadap tugasan namun kurang menyelesaikan tugasan secara kendiri Kurang memberi tumpuan terhadap tugasan dan kerap bergantung kepada ahli kumpulan yang lain Tidak memberi tumpuan penuh terhadap tugasan dan sangat bergantung kepada ahli kumpulan yang lain Bekerja dengan orang lain Sentiasa bekerjasama, mendengar pandangan dan menjaga keharmonian ahli-ahli dalam kumpulan Memberi kerjasama, mendengar pandangan tetapi kurang menjaga keharmonian dalam kumpulan Kurang bekerja sama dan kurang menjaga keharmonian dalam kumpulan Memberikan kerjasama yang sangat minimum Jumlah skor


36 EXIT CARD NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. Lampiran F-1


37 DAPATAN RINTIS DAN CONTOH PDP 1 DALAM PENGHASILAN BAJA ORGANIK Lampiran G-1


38


Click to View FlipBook Version