The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DIGITAL LIBRARY, 2023-03-16 00:43:50

Modul BSTEM Sains Sekolah Rendah

Modul BSTEM Sains Sekolah Rendah

39 Contoh PdP 2 Projek : Mengawet Mangga


40 Projek mengawet mangga merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan setelah murid Tahun 6 selesai mempelajari tajuk Kerosakan Makanan dalam KSSR Sains Tahun 6. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Murid didedahkan kepada isu berkenaan lambakan buah mangga untuk mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk yang boleh dipasarkan. Antara cadangan produk yang boleh dihasilkan oleh murid adalah seperti jeruk manga, jus manga, aiskrim manga dan jem manga. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang kaedah pengawetan makanan bagi memastikan kelestarian alam sekitar selain daripada menerapkan nilai keusahawanan. Cadangan masa pelaksanaan aktiviti ini adalah 6 waktu bersemuka, bergantung kepada kreativiti guru untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor lain. Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Guru perlu merancang persiapan bahan dan peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, klip video dan kos yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini. Murid digalakkan menghasilkan produk berkualiti dengan kos yang minima. Langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru sepanjang aktiviti ini melibatkan 3 sesi pembelajaran seperti berikut: PENGENALAN


41 SESI 1 (2 Waktu PdP) SESI 2 (2 WaktuPdP) Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan tentang lambakan buah-buahan yang tidak terjual atau termakan. (Kata kunci: pengawetan makanan) Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca, borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta helaian penilaian rubrik untuk guru dan murid. Menyediakan bahan asas pengawetan dan alat radas yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti ini. Mentadbir ujian Pra ke atas murid. Mencetus minda murid dengan set induksi. (persembahan MS PowerPoint / memberikan bahan rangsangan) Memberikan senario atau pernyataan masalah. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan kepada murid melaksanakan projek ini. Menggalakkan murid mengenal pasti masalah dalam proses sumbang saran dan menjana idea untuk menyelesaikan masalah dan membimbing murid mendapatkan idea menghasilkan produk. Membekalkan murid dengan kertas A4 untuk lakaran. Membuat lakaran pembungkusan produk dan mengenal pasti prosedur pengawetan yang dipilih. Mengenal pasti bahan keperluan untuk menghasilkan produk bagi sesi PdP yang seterusnya. Membuat penilaian hasil produk dan pembungkusan produk. Menyediakan bahan asas pengawetan dan peralatan yang diperlukan oleh murid dalam penghasilan produk berdasarkan prosedur pengawetan makanan yang telah dipilih. Sebelum PdP SemasaPdP Semasa PdPSemasaP dP Sebelum PdP SelepasPdP


42 SESI 3 (2 WaktuPdP) Membimbing murid menjalankan kaedah pengawetan makanan yang dipilih. Memantau murid menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang dipilih. Membimbing murid mengumpul data dan menyediakan laporan pembentangan produk dalam bentuk laporan bertulis persembahan power point atau apa-apa bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Mengumpul laporan pembentangan dan produk yang dihasilkan. Menyediakan peralatan dan keperluan untuk pembentangan produk oleh murid termasuklah seperti kertas sebak, komputer riba dan projector LCD (Liquid-Crystal Display) jika ada pembentangan secara slaid multimedia. Menjadi pemudah cara dalam pembentangan laporan dan persembahan produk. Menggalakkan kritikan berhemah dalam kalangan murid dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi saintifik bagi penambahbaikan. Mengumpul semua produk murid Mentadbir ujian pasca. Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik produk/ pembentangan manakala murid pula melengkapkan borang penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri. Mengedarkan Exit card sebagai refleksi kendiri murid. Mengarahkan murid menyediakan laporan saintifik yang perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu. Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan penambahbaikan untuk PdP seterusnya. Menyemak laporan murid yang telah diterima. Menyimpan beberapa hasil produk yang baik sebagai bahan contoh/ pameran pada Minggu Sains dan Matematik/ Hari Kokurikulum/ Bengkel Sains. Murid mengiklankan produk dalam pelbagai media. Murid menjual produk di kalangan warga sekolah. SemasaPdP Semasa PdPSemasaP dP SelepasPdP SemasaPdP Semasa PdPSemasaP dP Sebelum PdP Sesi 3 Selepas PdP Semasa PdPSemasa PdP


43 Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam Carta 1. Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid dalam Projek Mengawet Mangga SESI 1 (2 Waktu PdP) 1. Mengenal Pasti Masalah 3. Menjana Idea Kreatif Dalam Menentukan Prosedur Pengawetan Dan Pembungkusan Produk 2. Mengumpul Maklumat 4. Memilih Prosedur Pengawetan Dan Pembungkusan Produk Terbaik 5. Mengenal Pasti Jenis Alat, Bahan Dan Radas Terbaik 6. Menghasilkan Produk Berdasarkan Prosedur Yang Dipilih 7. Menguji Kualiti Produk Akhir SESI 2 (2 Waktu PdP) BERJAYA Proses Penambahbaikan TIDAK YA 8. Membuat Persembahan Projek Dan Sesi Soal Jawab 9. Mendokumentasikan Projek SESI 3 (2 Waktu PdP)


44 BSTEM pengawetan makanan merujuk kepada kerangka STEM yang mengandungi komponen berikut: Konteks: / Kehidupan Harian / Alam Sekitar / Keusahawanan / Masyarakat Tempatan dan Global Kemahiran Abad ke 21: / Kreativiti dan Inovasi / Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah / Komunikasi dan Kolaborasi / Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kemahiran Hidup dan Kerjaya / Nilai dan Etika / Bersifat Ingin Tahu Pengintegrasian STEM: Sains: Mengaplikasi kaedah pengawetan Teknologi: Menghasilkan reka bentuk pembungkusan Kejuruteraan: Mereka bentuk prosedur pengawetan yang baik Matematik: Menentukan jisim produk yang akan dipasarkan. Menentukan jisim agen pengawetan Komponen PdP


45 Bahan /Sumber: Alat, Bahan dan Radas yang diperlukan: (Cadangan) Buah Mangga Pisau Bekas untuk penyediaan produk Bekas untuk pembungkusan produk Agen pengawetan (gula, garam dan cuka) Alat Penimbang Penapis Mesin pengisar makanan Air mineral Dapur gas mini Kertas tisu dapur Sudu Lain-lain alat, radas dan bahan mengikut keperluan Sumber yang disediakan oleh guru: Blog dan laman web *(pautan video) Surat Khabar Persembahan Powerpoint


46 Panduan untuk guru bagi mencetus idea berkaitan dengan proses mengawet mangga. Tujuan : Menghasilkan jeruk mangga menggunakan kaedah penjerukan Bahan/Alat Asas : Mangga muda, pisau, balang, air mineral, cili padi, asam boi, sudu, gula, garam dan cuka. Prosedur : 1. Kupas kulit mangga dan potong buah mangga kepada bentuk yang lebih kecil. 2. Selepas dibersihkan, rendam buah mangga tersebut dalam balang berisi air garam selama beberapa jam. 3. Setelah ditos, buah mangga dimasukkan semula ke dalam balang dan ditabur dengan gula dan cili padi yang dihiris halus. Simpan buah mangga dalam peti sejuk. Nota: Guru boleh menggunakan buah-buahan lain yang sesuai. ne PENCETUS IDEA JERUK MANGGA


47 Tujuan : Menghasilkan jus mangga menggunakan kaedah pendinginan Bahan/Alat Asas : Mangga masak, gula, ais, susu, mesin pengisar, pisau Prosedur : 1. Kupas kulit mangga yang masak dan potong isinya kepada saiz yang lebih kecil. 2. Kisar mangga bersama sedikit gula, air masak, susu cair dan ais di dalam mesin pengisar. 3. Jus mangga sedia dihidangkan. PdP


48 Tujuan : Menghasilkan aiskrim mangga menggunakan kaedah penyejukbekuan. Alat dan bahan : Buah mangga yang masak, krim putar, susu pekat, pisau, papan pemotong, mesin pengisar, mesin pengadun dan bekas. Bahan A - (Susu segar, krim putar dan susu pekat) Prosedur: 1. Bahan A diadun dalam mesin pengadun hingga gebu. 2. Kisar mangga dalam mesin pengisar 3. Campurkan mangga dan bahan A. Kacau perlahan hingga sebati 4. Masukkan ke dalam bekas dan sejuk bekukan.


49 Tujuan : Menghasilkan jem mangga menggunakan kaedah pendidihan Alat dan bahan : Buah mangga, gula, papan pemotong, pengisar, periuk, sudip, air, dapur gas dan pisau. Prosedur: 1. Kupas mangga, bersihkan, potong kecil dan kisar halus. 2. Masak mangga yang telah dikisar dengan gula. Kacau mangga hingga pekat. 3. Jem yang telah sejuk dimasukkan ke dalam botol yang bersih dan kering. JEM MANGGA


50 Rancangan PdP: Pengawetan Mangga Tahun: Tahun 6 Tajuk: Pengawetan Makanan Standard Kandungan: 8.1 Kerosakan makanan Standard Pembelajaran: 8.1.4 Menjelaskan dengan contoh kaedah pengawetan makanan serta mengaitkan dengan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Hasil Murid : Produk mangga yang tahan lama Tempoh (waktu): 6 waktu (2 + 2 + 2 waktu) Ringkasan Aktiviti: Senario: Pak Samad seorang pengusaha ladang mangga. Namun begitu kebanyakan penduduk kampung juga mengusahakan tanaman mangga. Maka wujudlah persaingan dalam kalangan pengusaha lading mangga. Pada musim buah berlaku lambakan buah mangga yang tidak terjual. Apakah yang perlu dilakukan oleh Pak Samad untuk mengelakkan lambakan buah mangga daripada rosak. Sebagai seorang juruteknologi makanan, anda dikehendaki mencari kaedah pengawetan yang sesuai untuk buah mangga supaya tahan lama seterusnya membantu Pak Samad memasarkan produk tersebut dengan kaedah pembungkusan yang menarik dan murah. Apa pengetahuan, kemahiran dan nilai yang murid peroleh setelah melalui aktiviti ini? Pengetahuan, kemahiran dan nilai Mengenal pasti masalah dunia sebenar berkaitan dengan pengawetan makanan Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah. Melahirkan rasa tanggung jawab sosial dan kemahiran berkerjasama dalam kumpulan. Apa pengalaman baharu murid setelah melalui aktiviti ini? Pengalaman baharu murid Mengaplikasikan pengetahuan kaedah pengawetan makanan. Mengitlak pengawetan makanan bertujuan untuk menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma. Menghargai sumber makanan yang ada.


51 AKTIVITI PdP Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM SESI 1: 2 waktu PdP 1. Mengetahui/ mengukur pengetahuan sedia ada murid dalam isu ini. Menduduki ujian pra pembelajaran menyediakan ujian pra. - Lampiran A2 (Ujian Pra) 2. Membuat pemerhatian dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sedia ada dengan isu dunia sebenar. Menonton dan mencatatkan fakta/ pemerhatian isu atau masalah yang dipaparkan dalam tayangan slaid berkenaan. Menayangkan slaid tentang senario lambakan buahbuahan yang sering berlaku di pasar borong atau di gerai buah-buahan. Menyoal murid tentang permasalahan senario tersebut. Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar Borang catatan murid – Kertas kosong untuk mencatat pemerhatian dan permasalahan / Isu yang dijangkakan 3. Meneroka dan mencari maklumat berkaitan kaedah pengawetan makanan yang sesuai digunakan. 4. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma 5. Menerangkan kaedah pengawetan yang dipilih hasil daripada perbincangan kumpulan. Berbincang dan menyenaraikan faktafakta yang mereka sudah tahu, ingin tahu dan akan tahu berkaitan kaedah pengawetan, reka bentuk dan prosedur pengawetan yang terbaik. Memberikan satu senario berkaitan dengan pernyataan masalah. Mengarahkan setiap kumpulan mengenal pasti fakta-fakta yang berkaitan tentang kaedah pengawetan, reka bentuk produk dan prosedur pengawetan yang terbaik. Memerlukan murid beri pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi. Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka Lampiran C2- Lembaran Kerja Murid (Bahagian A dan B)


52 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM 6. Membuat strategi, merancang dan mengagihkan tugasan bagi mendapatkan maklumat, sumber pembelajaran dan bahan yang diperlukan. Merancang bagaimana untuk mendapatkan maklumat dan sumber pembelajaran serta bahan yang diperlukan (seperti di Lampiran C, Bahagian B ) bagi mereka bentuk kaedah pengawetan yang terbaik seterusnya boleh memasarkan produk tersebut. Memantau dan membimbing murid dalam mencari maklumat, sumber dan bahan yang diperlukan. Kerja berpasukan yang produktif Lampiran C2- Lembaran Kerja Murid (Bahagian C) 7. Menentukan prosedur/ kaedah pengawetan yang sesuai 8. Menentukan reka bentuk pembungkusan produk yang menarik, murah dan mesra pengguna. 9. Menentukan kaedah pemasaran produk yang berkesan. Mengemukakan soalan dan mencetuskan ideaidea yang kreatif dan inovatif berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam proses mereka bentuk prosedur/ kaedah pengawetan, reka bentuk pembungkusan produk dan kaedah pemasarannya. Melontarkan soalansoalan yang dapat mencungkil pemikiran murid dalam pemilihan kaedah pengawetan, pembungkusan dan pemasaran produk. Melibatkan kerja berpasukan dengan penggunaan teknologi sesuai dengan bijak dan berhemah. Borang lakaran murid – Kertas kosong bagi setiap murid untuk menulis prosedur pengawetan dan melakar reka bentuk pembungkusan produk. 10. bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan. 11. menerangkan dan membentangkan kaedah prosedur pengawetan, reka bentuk pembungkusan dan kaedah pemasaran produk. Memperincikan kaedah pengawetan. Memilih kaedah pengawetan dan lakaran gambaran pembungkusan yang terbaik di Lampiran C, melalui perbincangan yang melibatkan pemikiran kritikal dan analitikal. Membimbing dan membangunkan kemahiran berfikir murid dalam mengenal pasti masalah sebenar isu ini dan strategi menyelesaikannya. Mengaplikasi pemahaman kandungan STEM. Memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian kreatif & inovatif berserta Lampiran C2 - Lembaran Kerja Murid (Bahagian D1)


53 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Menjustifikasikan pemilihan terbaik mereka dengan menerangkan prosedur pengawetan yang dipilih dan kaedah pembungkusan yang digunakan dengan melengkapkan jadual di Lampiran C, Bahagian D2. Bertindak sebagai fasilitator dan menggalakkan murid menyelesaikan masalah dengan tepat, kreatif dan inovatif. Menilai kumpulan murid sambil memantau. justifikasi SESI 2: 2 waktu PdP 12. Menjalankan aktiviti pengawetan mengikut prosedur yang dirancang. Menjalankan aktiviti pengawetan yang membolehkan mangga tahan lebih lama. Memilih kaedah pembungkusan dengan menentukan juga isipadu/jisim produk yang dihasilkan. (contoh: jeruk- 250 g/ jus mangga- 500 ml) Membimbing dan membantu murid menjalankan aktiviti pengawetan mangga. Memastikan keselamatan murid. Menilai kemahiran manipulatif murid semasa menjalankan aktiviti pengawetan. Mengaplikasi pemahaman kandungan, kemahiran dan nilai STEM. Murid menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar melalui aktiviti inkuiri / projek/ penyelesaian masalah Melibatkan kerja berpasukan dengan penggunaan teknologi sesuai dengan bijak dan berhemah.


54 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM SESI 3: 2 waktu PdP 13. Mencari penambah baikan bagi kaedah pengawetan yang telah dipilih untuk memastikan produk berkeadaan baik (tekstur, rasa dan ketahanan) 14. Mencari penambahbaikan bagi kaedah pembungkusan produk (tahan pecah, mudah dibawa, menarik) menguji kefungsian dan membuat penambahbaikan prototaip sehingga berjaya. mengumpul data yang berkaitan dengan kefungsian dan kebolehan prototaip menyelesaikan masalah. Guru menilai kemahiran manipulatif murid semasa menguji prototaip. Kerja berpasukan yang produktif. Mengaplikasi kemahiran proses mereka bentuk Lampiran D2 Rubrik Penilaian untuk rekabentuk prosedur pengawetan 15. Membentangkan produk akhir dengan yakin berserta justifikasi dan eviden yang kukuh. 16. Menerima teguran dan kritikan dengan baik dan berhemah. 17. Melatih diri untuk membina soalan yang baik dan relevan. Mempamerkan dan membentangkan produk akhir tersebut kepada kelas untuk penilaian. Murid dan guru digalakkan mengutarakan soalan, ulasan dan kritikan berhemah bagi penambahbaikan produk. Mengarahkan murid melengkapkan tugasan seperti dalam Lampiran C, Bahagian E. menilai produk berdasarkan rubrik. Memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian kreatif & inovatif berserta justifikasi. Memberi peluang menambah baik idea atau produk Lampiran C2, Bahagian E (murid) Lampiran D2 Rubrik Penilaian untuk pembentangan (guru) 18. Menilai pembelajaran mereka melalui perbandingan sebelum dan selepas PdP. Menduduki ujian pasca Memberi ujian pasca pembelajaran. Lampiran B2 Ujian Pasca


55 Aktiviti Objektif Aktiviti PdP Penilaian Formatif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM 19. Membuat refleksi diri tentang pembelajaran mereka dalam PdP tadi. Membuat penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri. Membuat refleksi dengan melengkapkan Exit Card. memastikan murid melengkapkan Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri serta Menggunakan Exit Card untuk membuat penilaian dan refleksi PdP Lampiran E2 Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri Lampiran F2 Exit Card Refleksi Guru


56 UJIAN PRA [CONTOH PdPc 1: KAEDAH PENGAWETAN] TAJUK: KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN TARIKH: ........................... NAMA: .............................................................. KELAS: ............................ Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengawetan makanan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. Jelaskan kaedah pengawetan yang boleh digunakan untuk mengawet buah mangga? (TP 2) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Apakah punca kerosakan makanan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 4. Apakah kepentingan teknologi kaedah pengawetan kepada manusia? (TP 4) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 5. Bagaimanakah cara untuk memastikan produk makanan dapat dipasarkan dengan baik? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Lampiran A-2


57 6. Nyatakan 3 ciri-ciri buah-buahan yang telah rosak. (TP 1) a) _______________________________________________________________ b) _______________________________________________________________ c) _______________________________________________________________ 7. Pada pendapat kamu, apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi mangga? Jelaskan. (TP 5) _________________________________________________________________ _________________________________________________________________


58 UJIAN PASCA [CONTOH PdPc 2: KAEDAH PENGAWETAN] TAJUK: KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN TARIKH: ........................... NAMA: .............................................................. KELAS: ............................ Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengawetan makanan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. Jelaskan kaedah pengawetan yang boleh digunakan untuk mengawet buah mangga? (TP 2) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Apakah punca kerosakan makanan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 4. Jelaskan kepentingan teknologi kaedah pengawetan kepada manusia? (TP 4) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 5. Bagaimanakah cara untuk memastikan produk makanan dapat dipasarkan dengan baik? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Lampiran B-2


59 6. Nyatakan tiga ciri buah yang telah rosak. (TP 1) a) _______________________________________________________________ b) _______________________________________________________________ c) _______________________________________________________________ 7. Pada pendapat kamu, apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi mangga? Mengapakah kaedah ini paling sesuai? (TP 5) _________________________________________________________________ _________________________________________________________________


60 LEMBARAN KERJA MURID TAJUK : KAEDAH PENGAWETAN – MENGAWET BUAH MANGGA NAMA KUMPULAN:………………… KELAS: …………….. TARIKH:…………… Nama Ahli Kumpulan: 1) 3) 5) 2) 4) 6) Objektif Pembelajaran: Murid dapat: Menjalankan pengawetan makanan dengan prosedur yang betul. Menyukat kuantiti bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan proses pengawetan. Mereka bentuk dan menghasilkan pembungkusan produk yang menarik, mudah dibawa dan tidak mudah rosak. Memasarkan produk dengan mengiklankan melalui pelbagai media. A. Pencarian Fakta Berdasarkan senario yang diberi, kenal pasti fakta yang berkaitan dengan kaedah pengawetan makanan, pembungkusan produk dan cara pemasaran produk. 1 2 3 4 5 Lampiran C-2


61 B. Perlu Tahu/ Isu pembelajaran Berdasarkan fakta yang dikemukakan, apakah isu dan pengetahuan yang perlu anda bagi membolehkan anda menyelesaikan tugasan? Bil. Isu yang perlu anda tahu/ isu pembelajaran 1 2 3 4 5 C. Pelan Tindakan Draf pelan tindakan untuk menangani isu yang dikenal pasti, termasuk sumber dan bahan yang diperlukan. Langkah Tindakan Bahan/Sumber 1 2 3 4 5


62 D. Penyelesaian yang dicadangkan 1. Melalui sumbang saran, cadangkan kaedah dan prosedur pengawetan yang mungkin dan lakarkan reka bentuk pembungkusan produk yang terbaik. Lakaran mestilah berlabel dan mengikut skala. Kaedah Pengawetan Makanan Prosedur Pengawetan Makanan Reka bentuk Pembungkusan Produk 2. (a) Terangkan kelebihan kaedah pengawetan yang dipilih. Kelebihan Penerangan 1 Cth: Rasa Rasanya sedap, masam dan manis. 2 3 4 5


63 (b) Terangkan kelebihan pembungkusan produk yang dipilih. Kelebihan Penerangan 1 Cth: Rupa bentuk Menarik, berwarna warni 2 3 4 5 E. Pembentangan 1. Sediakan produk dan reka bentuk pembungkusan produk menggunakan bahan sedia ada. 2. Sediakan pembentangan (cth: menggunakan ICT) untuk menjelaskan pemilihan bahan dan reka bentuk pembungkusan produk.


64 Borang Penilaian untuk Produk dan Pembentangan TAJUK : KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN – MENGAWET BUAH MANGGA Tarikh: ........................... Kumpulan: …………………................. Kategori 4 3 2 1 Skor Penentuan prosedur pengawetan Prosedur yang dipilih amat sesuai dan diubah suai secara kreatif untuk menjadikannya lebih berkesan Prosedur yang dipilih sesuai dan terdapat percubaan mengubah suai secara kreatif untuk menjadikannya lebih berkesan Prosedur yang dipilih kurang sesuai namun boleh diubah suai secara kreatif menjadikannya lebih berkesan Prosedur yang dipilih tidak sesuai dan menjadikan produk tidak berfungsi dengan berkesan Sikap saintifik Semua ahli kumpulan dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan dapat mengaplikasi prinsip sains dalam menghasilkan produk Sebahagian besar ahli kumpulan dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan dapat mengaplikasi prinsip sains dalam menghasilkan produk Sebahagian ahli kumpulan tidak dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan tidak dapat mengaplikasi prinsip sains dalam menghasilkan produk Semua ahli kumpulan tidak dapat menunjukkan pemahaman yang jelas dan tidak dapat mengaplikasi prinsip sains dalam menghasilkan produk Hasil produk (mangga) Hasil produk sangat baik dari segi rasa, tekstur dan jangka hayat produk. Hasil produk baik dari segi rasa, tekstur dan jangka hayat produk. Hasil produk kurang baik dari segi rasa, tekstur dan jangka hayat produk dan mempunyai kelemahan yang perlu penambahbaikan Hasil produk kurang baik dari segi rasa, tekstur dan jangka hayat produk dan mempunyai banyak kelemahan yang perlu penambahbaikan Pembungkusan produk Pembungkusan produk sangat menarik dari segi rupa bentuk, mudah dibawa, jenis material pembungkusan dan ketahanan pembungkusan Pembungkusan produk menarik dari segi rupa bentuk, mudah dibawa, jenis material pembungkusan dan ketahanan pembungkusan Pembungkusan produk kurang menarik dari segi rupa bentuk, mudah dibawa, jenis material pembungkusan dan ketahanan pembungkusan serta mempunyai Pembungkusan produk kurang menarik dari segi rupa bentuk, mudah dibawa, jenis material pembungkusan dan ketahanan pembungkusan serta mempunyai Lampiran D-2


65 Kategori 4 3 2 1 Skor kelemahan yang perlu penambahbaikan banyak kelemahan yang perlu penambah- baikan Penggunaan ICT Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT secara optimum sama ada semasa pembentangan projek dan pemasaran produk Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT yang bersesuaian sama ada semasa pembentangan projek dan pemasaran produk Ahli kumpulan mengaplikasi kemahiran ICT secara minimum sama ada semasa pembentangan projek dan pemasaran produk Ahli kumpulan tidak dapat mengaplikasi kemahiran ICT sama ada semasa pembentangan projek dan pemasaran produk Kerja Kumpulan Kumpulan berfungsi dengan sangat baik. Semua ahli mendengar berkongsi pengetahuan dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan berfungsi dengan baik. Sebahagian besar ahli mendengar, berkongsi dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan kurang berfungsi dengan baik. Tidak semua ahli mendengar, berkongsi dan menyokong usaha ahli kumpulan yang lain. Kumpulan tidak berfungsi dengan baik. Ramai ahli yang tidak memberi kerjasama Jumlah skor


66 Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Penilaian Kendiri TAJUK : KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN – MENGAWET BUAH MANGGA Tarikh: .................... Nama: ........................................ Kumpulan: .......................... Skor Kategori 4 3 2 1 SKOR ( isikan nama ahli kumpulan) Diri ….............. Rakan 1 …………… Rakan 2 …………… Rakan 3 …………… Sumbangan Mengambil bahagian secara sangat aktif dan kerap memberi idea berguna dalam aktiviti kumpulan. Mempunyai daya usaha yang tinggi dan berjaya menampilkan ciri-ciri kepimpinan Mengambil bahagian secara aktif dan memberi idea berguna dalam aktiviti kumpulan. Sering memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi Kadang-kadang mengambil bahagian dan memberi idea dalam aktiviti kumpulan. Memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan Kurang mengambil bahagian dan jarang memberi idea kerjasama dalam aktiviti kumpulan Penyelesaian Masalah Bertindak secara aktif dan berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam kumpulan Bertindak secara kurang aktif namun berjaya menyelesaikan masalah dalam kumpulan Bertindak secara kurang aktif dan berjaya menyelesaikan sedikit masalah dalam kumpulan Bertindak secara tidak aktif dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah dalam kumpulan Sikap Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan dan sentiasa mendorong rakan dalam kumpulan Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan namun kurang mendorong rakan dalam kumpulan Bersikap positif terhadap projek yang dilaksanakan namun jarang memberi dorongan kepada rakan dalam kumpulan Bersikap kurang positif terhadap projek yang dilaksanakan. Lampiran E-2


67 Skor Kategori 4 3 2 1 SKOR ( isikan nama ahli kumpulan) Diri ….............. Rakan 1 …………… Rakan 2 …………… Rakan 3 …………… Tumpuan terhadap tugasan Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan dan kerap melakukan tugasan secara kendiri Memberi tumpuan penuh terhadap tugasan namun kurang menyelesaikan tugasan secara kendiri Kurang memberi tumpuan terhadap tugasan dan kerap bergantung kepada ahli kumpulan yang lain Tidak memberi tumpuan penuh terhadap tugasan dan sangat bergantung kepada ahli kumpulan yang lain Bekerja dengan orang lain Sentiasa bekerjasama, mendengar pandangan dan menjaga keharmonian ahli-ahli dalam kumpulan Memberi kerjasama, memberi pandangan tetapi kurang menjaga keharmonian dalam kumpulan Kurang bekerja sama dan kurang menjaga keharmonian dalam kumpulan Memberikan kerjasama yang sangat minimum Jumlah skor


68 EXIT CARD NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. NAMA : SOALAN 1 SOALAN 2 Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas. Lampiran F-2


69 RUJUKAN Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), KPM 2016 Buku Teks Sains tahun 6, Dewan Bahasa dan Pustaka Penghasilan baja kompos dicapai daripada laman web http://www.astroawani.com/beritamalaysia/penghasilan-baja-kompos-daripada-sisa-makanan-di-rumah-63571 Penghasilan baja kompos daripada sisa makanan di rumah dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=QUCqFkjRqfM Pembuatan baja organik dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=grk6cJtAxww Cara-cara membuat baja organik dicapai daripada laman web http://lekiragro.blogspot.my/2012/02/cara-cara-membuat-baja-organik.html Jenis-jenis baja kompos dicapai daripada laman web http://animhosnan.blogspot.my/2016/12/jenis-jenis-baja-kompos.html Baja kompos - Kitar semula bahan sisa makanan dicapai daripada laman web http://blog.townplan.gov.my/?p=4056 Cara ringkas membuat baja kompos dicapai daripada laman web http://zakifarmtemerloh.blogspot.my/2012/05/cara-ringkas-membuat-baja-kompos.html Cara pengawetan makanan dicapai daripada laman web https://www.slideshare.net/.../pengawetan-makanan-38060547 Cara membuat aiskrim mangga dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=7wnxVVXWLr0 Prosedur membuat jeruk mangga dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=lbTKdHl9Hfw Penyediaan jem mangga dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=Yt9jCnp86Qo Cara membuat jus mangga dicapai daripada laman web https://www.youtube.com/watch?v=BNZ8Gvpl0mc


70 PENGHARGAAN PENASIHAT En. Shazali bin Ahmad Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (STEM) Bahagian Pembangunan Kurikulum Dr. Mohamed bin Abu Bakar Timbalan Pengarah (Kemanusiaan) Bahagian Pembangunan Kurikulum PENASIHAT EDITORIAL Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Dasar dan Penyelidikan Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor Inovasi dan Teknologi Mohamed Zaki bin Abd Ghani Ketua Sektor Pendidikan Islam Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Pendidikan Khas Mohd Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Kesenian dan Kesihatan Hjh. Norashikin binti Hashim Ketua Sektor Prasekolah PENULIS Zainon binti Abdul Majid Bahagian Pembangunan Kurikulum Kamarul Azlan bin Ahmad Bahagian Pembangunan Kurikulum Nuraini binti Abu Bakar Bahagian Pembangunan Kurikulum Kumutha a/p Krishnamoorthy Bahagian Pembangunan Kurikulum Rozita Bt Abdul Rahman SK Seri Lanang Mohd Azizi bin Alias SK Sungai Kantan Anuarsadat bin Rashid SK Taman Nirwana Asmahani binti Mad Lias SK Sungai Kelambu Norhafizah binti Abdul Ghani SK Bandar Seri Putra


Click to View FlipBook Version