1 FAKULTI PENDIDIKAN NAMA KURSUS GGGE5014: KAEDAH MENGAJAR MODUL INOVASI PENGAJARAN NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. NORLENA SALAMUDDIN DISEDIAKAN OLEH : SET 20 (KUMPULAN 14) NAMA AHLI NO. MATRIK WAN NUR AREENA BINTI TUAN MAT P135392 ABDUL HALIM BIN AZMI P135395 TUAN NORAINA BINTI TUAN YAAKUB P135388 WAN SHAFIAN ISMA BIN WAN HARUN P135393
2 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN HALAMAN 1 OBJEKTIF 3 2 KANDUNGAN 2 3 KAEDAH PENYAMPAIAN (RPH) 5 - 64 4 PENTAKSIRAN 65 .
3 1. OBJEKTIF Objektif adalah salah satu elemen penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Ini penting dalam membantu guru mengenalpasti intipati pengajaran dan kaedah yang harus diamalkan untuk memastikan murid dapat memahami topik yang diajar. Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai bagi pengajaran kali ini. Diakhir pembelajaran , murid boleh : 3.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan 3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 3.1.3 Menukarkan pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hinga 10. 3.1.4 Menyatakan pecahan perseratus
4 2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk subjek yang diajar. RPH juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. RPH ini perlu ditulis sebelum sesi pembelajaran berlaku. TEMA : Nombor dan Operasi BAB : 3.0 Pecahan, Perpuluhan dan Peratus TAJUK : Pecahan,
5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 Mata pelajaran Matematik Tarikh /hari Isinin 24 November 2023 Tingkatan Tahun 3 Perdana Bilangan murid / pelajar 25 orang Masa 8.15 – 9.15 pagi Tema Nombor dan operasi Tajuk 3.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan Kemahiran fokus 3.1 Pecahan STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Pecahan. 3.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan.
6 Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid / pelajar dapat: BIL OBJEKTIF 1. Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan. 2. 3. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid boleh menjawab melebihi empat daripada enam soalan pecahan di WordWall. 2. Murid boleh membaca dan mengenal pasti pecahan yang betul dalam aktiviti. 3.
7 Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni Bekerjasama, tolong-menolong Kemahiran Berfikir (KB) 1.Menganalisis dan membuat hubungkait 2.Membina dan Analisa 3.Cipta dan buat keputusan 4.Aplikasi Kemahiran Personal (KP) 1.Keyakinan 2.Keberanian Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) 1.Kemahiran bertutur 2.Kemahiran menganalisis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai, ICT, bahasa, kreativiti dan inovasi
8 Bahan Bantu Mengajar No Jenis Bilangan 1. Bahan Maujud 1 2. Bahan Elektronik 3 3. Bukan Elektronik 3 Pengetahuan sedia ada murid / pelajar : 1. Murid telah mengetahui konsep pecahan mudah pada pembelajaran Tahun 2. KBAT/ I-THINK 1. Pemikiran kritis, kemahiran penaakulan, 2. Strategi pemikiran
9 Pembelajaran kontekstual, STEM Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (5 minit) 1. Tunjukkan murid sepuluh gula-gula dengan warna yang berbeza. Terdapat 2 gula-gula kuning, 4 gula-gula merah, 1 gula-gula biru, dan 3 gula-gula hijau. Bentuk matematik 4 gula-gula dari 10 gulagula: 4 10 2.Murid diminta memberitahu apa yang mereka lihat. 1. Gula-gula bewarna Kemahiran : menganalisis dan membuat hubungkait EMK : Nilai, bahasa Nilai: Bekerjasama
10 3.Guru mengambil semua gula-gula merah. 4.Murid diminta mengira bilangan gula-gula merah yang diambil dari jumlah gula-gula dalam bentuk matematik. 5.Ulangi aktiviti dengan contoh lain untuk meningkatkan kefahaman murid. Langkah 1 (20 minit) 3.1 Pecahan 1. Bentuk 5 kumpulan dengan membahagikan murid-murid. 2. Guru menunjukkan arahan oleh Canva. 1. Canva 2. Kertas kerja Kemahiran : membina dan analisa EMK : Kreativiti dan inovasi dan ICT
11 3. Setiap kumpulan diberikan 4 kertas kerja, 2 kertas saiz A dan 2 kertas saiz B. 4. Murid perlu berbincang dengan orang lain untuk mengenal pasti pecahannya. 5. Murid perlu membina rumah 2D daripada kertas yang diberikan. Setiap kumpulan perlu membentangkan rumah mereka. Nilai : Bekerjasama, tolong-menolong Langkah 2 (15 minit) 3.1 Pecahan 1. Murid membentuk 5 buah kumpulan.. 2. Guru memberikan setiap kumpulan satu set permainan pecahan pizza. 1. Set permainan pecahan pizza Kemahiran: cipta dan buat keputusan EMK: kreativiti dan inovasi
12 3. Murid-murid membaling dadu untuk bergerak di sekitar papan. 4. Murid membina pizza di tengah-tengah papan dan semua bahagian pizza mesti dikumpulkan sebelum topping boleh ditambah. 5. Kumpulan yang membuat pizza lengkap dengan sekurang-kurangnya satu daripada setiap topping pada pizza adalah pemenang. Nilai: Bekerjasama Langkah 3 (15 minit) 3.1 Pecahan, 1. Guru memberikan setiap pelajar kad emoji (kad hijau dan merah). 1 WardWall 2 Kad emoji Kemahiran : Aplikasi
13 2. Murid diberi kuiz melalui 'WordWall'. Pautan: https://wordwall.net/resource/62533040 3. Murid perlu menjawab semua soalan di atas kertas yang diberikan. 4. Murid menyemak dan membincangkan jawapannya dengan guru. 5. Murid menaikkan kad hijau jika mereka menjawab dengan betul dan kad merah jika mereka menjawab dengan salah. 6. Murid yang menjawab dengan betul mendapat gula-gula. EMK : Nilai, ICT Nilai : Bekerjasama Penutup (5 minit) 1. Guru memuji murid dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka. 1 Lembaran kerja Kemahiran : menilai dan meringkaskan EMK : Nilai
14 2. Murid dipilih secara rawak untuk memberikan ringkasan tentang apa yang dia pelajari hari ini. 3. Guru mencerminkan topik yang telah mereka pelajari pada hari itu. 4. Guru memberikan kerja rumah kepada murid-murid. Nilai: Bekerjasama
15 Refleksi Guru: Respon pelajar terhadap pembelajaran pada hari ini sangat baik dan menunjukan kefahaman mereka terhadap topik 3.1 Pecahan. Hal ini berkemunkinan penggunaan ABBM yang pelbagai dan aktiviti bersama-sama guru menjadikan pembelajaran pada hari ini seronoik dan bermakna. Kekuatan: Penggunaan ABBM, Aktiviti pembelajaran dan strategi pembelajaran yang digunakan menjadikan pembelajaran pada hari ni sangat menyeronokan. Kekurangan: Terdapat segelintir pelajar tidak mengambil bahagian sewmasa aktiviti Kumpulan dijalankan. Cadangan Penambahbaikan: Guru perlu memastikan kawalan kelas dapat diuruskan dengan lebih baik. Kesimpulan: Objektif pembelajaran tercapai dan PdPC dapat dijalankan dengan jayanya. Lampiran Pelaksanaan Aktiviti dan Justifikasi:
16 Gula-gula berwarna digunakan bagi set induksi
17 Arahan aktiviti pada aplikasi Canva Set permainan Membina Pecahan Pizza
18
19 Lembaran kerja sebagai kerja rumah
20 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 2 Mata pelajaran Matematik Tarikh /hari 24 November 2023 ( Isnin ) Tingkatan Tahun 3 Bilangan murid / pelajar 20 Orang Masa 9.15 – 10.15 pagi Tema Nombor dan operasi Tajuk 3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. Kemahiran fokus Mengenal dan Menentukan pecahan setara.
21 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Pecahan. 3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid / pelajar dapat: BIL OBJEKTIF 1. Murid dapat menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. 2. Murid dapat menguasai tajuk ini dengan latihan yang di berikan. 3. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid boleh memahami tajuk dengan betul mengikut penerangan guru yang bersesuaian dengan kefahaman yang telah ditetapkan. 2. Murid dapat menjawab lembaran kerja dengan betul.
22 Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni Jujur, Berjimat-cermat, Amanah dan Bertanggungjawab Kemahiran Berfikir (KB) 1.Menganalisis 2.Membuat Kesimpulan 3.Mereka Cipta 4.Aplikasi Kemahiran Personal (KP) 1.Keyakinan 2.Keberanian Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) 1.Bertutur 2.Menganalisis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai dan Kreativiti serta Inovasi
23 Bahan Bantu Mengajar No Jenis Bilangan 1. Bahan Maujud 4 2. Bahan Elektronik 2 3. Bukan Elektronik 1 Pengetahuan sedia ada murid / pelajar : Murid tahu mengenai kedudukan pecahan wajar dan mengenalpasti pecahan wajar. KBAT/ I-THINK 1. Pemikiran kritis, kemahiran penaakulan, 2. Strategi pemikiran Pembelajaran kontekstual, STEM
24 Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (5 minit) 1.Sediakan dua biji kek dan di bahagiakan kepada 2 orang murid. 2.Kek yang pertama dipotong kepada dua bahagian yang sama besar dan satu bahagian diberikan kepada murid tersebut. 3.Kek yang kedua pula dipotong kepada 4 bahagian yang sama besar dan diberi kepada murid tersebut. 1. Dua biji kek Kemahiran : menganalisis dan membuat hubungkait EMK : Nilai, bahasa Nilai: Bekerjasama
25 4.Murid diminta menyatakan pecahan setara bagi satu perdua. 5.Memberi penjelasan bahawa dua perempat adalah sama dengan satu perdua.
26 Langkah 1 (20 minit) 3.1 Pecahan 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dimana 1 kumpulan terdiri dari 4 orang murid. 2. Setiap kumpulan diberi 2 helai kertas A4. 3. Guru memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk melipat dan menggungting kertas A4 pertama kepada empat bahagian dan hasil potongan kertas di bahagi sama banyak kepada ahli kumpulan. 4. Kemudian kertas A4 kedua pula,dilipat dan digunting kepada lapan bahagian yang sama 1. Kertas A4 Kemahiran : membina dan analisa EMK : Kreativiti dan inovasi dan ICT Nilai : Bekerjasama, tolong-menolong
27 besar dan dibahagi sama banyak kepada setiap ahli kumpulan. 5. Banding beza saiz bahagian yang setiap murid dapat. 6. Guru memberi penjelasan kepada murid bahawa 2/4 adalah setara dengan 4/8. 7. Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan menggunakan contoh yang lain. Langkah 2 (15 minit) 3.1 Pecahan 1. Murid kekal dalam kumpulan yang tersedia ada. 1. Kad Bergambar Kemahiran: reka bentuk dan buat keputusan
28 2. Guru menunjukkan kad bergambar seperti dibawah. 3. Murid diberi jawapan secara lisan dan menyatakan pecahan setara bagi suatu pecahan yang wajar. 4. Murid diminta untuk mewarnakan 2 helai kertas A4 yang diberikan mengikut pecahan yang dinyatakan. EMK: kreativiti dan inovasi Nilai: kerjasama dan tolongmenolong
29 5. Warnakan pecahan untuk 1/3. 6. Warnakan bahagian berikut supaya menjadi pecahan setara 1/3. 7. Guru menjelaskan kepada murid bahawa 1/3 adalah setara dengan 2/6. Langkah 3 (15 minit) 3.1 Pecahan, 1. Guru memberikan setiap pelajar link Forms untuk murid menjawab soalan. 2. Murid diberi kuiz melalui 'WordWall'. 3. Murid diminta menjawab semua soalan yang diberikan. 1 WordWall 2 Forms Kemahiran : Aplikasi EMK : Nilai, ICT Nilai : Bekerjasama
30 4. Murid menyemak jawapan bersama guru. Penutup (5 minit) 1. Guru menucapkan tahniah kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. 2. Guru memilih murid untuk menerangkan semula tajuk yang sudah dipelajari pada hari ini 3. Guru mencerminkan topik yang telah mereka pelajari pada hari itu. 4. Guru memberikan kerja rumah kepada murid-murid. 1 Lembaran kerja Kemahiran : menilai dan meringkaskan EMK : Nilai Nilai: Bekerjasama
31 Refleksi Guru: Dilihat pembelajaran dan pengajaran pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya. Set induksi yang digunakan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk yang diajarkan. Murid-murid juga dilihat seronok kerana pelbagai BBM yang digunakan oleh guru. Terdapat beberapa orang murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran dan akan di bombing pada kelas yang akan datang. Kekuatan: Penggunaan kaedah dan BBM dapat menarik minat murid untuk terus fokus dalam pelajaran. Kekurangan: Beberapa orang murid didapati tidak fokus serta bermain semasa PdP berjalan. Cadangan Penambahbaikan: Guru perlu memastikan kawalan kelas dapat diuruskan dengan lebih baik. Kesimpulan: Objektif pembelajaran tercapai dan PdPC dapat dijalankan dengan jayanya. Laporan Pelaksanaan Aktiviti dan Justifikasi: Set Induksi: 5 minit ( 2 biji kek )
32 Langkah 1: 20 minit ( kertas A4) Langkah 2: 15 minit ( kad bergambar )
33
34 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 3 Mata pelajaran Matematik Tarikh /hari 25 November 2023 Kelas 3 Perdana Bilangan murid / pelajar 25 orang Masa 8.15 - 9.15 (1 Jam) Tema Nombor dan Operasi Tajuk 3.1.3 Menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10. Kemahiran fokus Mendengar, Bertutur, Menganalisa, Menulis, Mengira STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Pecahan 3.1.3 Menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10.
35 Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid 3 Perdana dapat: BIL OBJEKTIF 4. Menukar sekurang-kurangnya tiga pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10. 5. 6. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 3. Murid dapat menganalisa sekurang-kurangnya tiga pecahan wajar kepada bentuk termudah menggunakan gambar rajah dengan betul. 4. Murid dapat membuat pengiraan sekurang-kurangnya tiga pecahan wajar kepada bentuk termudah menggunakan operasi bahagi dengan betul.
36 Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni • Menumpukan perhatian • Yakin pada diri sendiri • Kerjasama Kemahiran Berfikir (KB) • Menghubung kait • Menganalisis • Membanding beza • Mengaplikasi Kemahiran Personal (KP) • Keberanian • Keyakinan Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) • Kemahiran mendengar dan menulis • Kemahiran mengumpul maklumat • Kemahiran mengingat • Kemahiran menganalisis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Bahasa • Nilai murni
37 Bahan Bantu Mengajar No Jenis Bilangan 4. Paparan multimedia (Canva) 1 5. Kad warna 30 6. Kertas berwarna A4 2 Pengetahuan sedia ada murid / pelajar: 2. Pelajar telah mempelajari berkenaan pecahan wajar pada pelajaran yang lalu. KBAT/ I-THINK 3. Kemahiran penaalukan 4.
38 Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (5 minit) Mengimbas kembali pembelajaran terdahulu. 1.Guru memulakan kelas dengan bersoal jawab dengan murid melalui model pecahan yang dibuat menggunakan kertas. 2. Guru mengulangi semula istilah pengangka dan penyebut kepada murid dan contoh-contoh pecahan wajar yang telah dipelajari. • Kertas berwarna A4, dan bulat. Kemahiran : Membuat hubungkait EMK : Bahasa, nilai murni Nilai: Hormat kepada guru Langkah 1 (15 minit) Menjelaskan konsep pecahan dalam bentuk termudah 1.Guru menjelaskan pecahan termudah ialah pecahan yang mempunyai pengangka dan penyebut paling kecil dengan merujuk pada buku teks. 2.Guru menunjukkan pecahan dua per empat kepada murid menggunakan slide Canva. • Buku teks • Slide canva Kemahiran : Menumpukan perhatian, keberanian, kerjasama EMK : Bahasa, nilai murni, ICT Nilai: Hormat kepada guru, menumpukan perhatian, kerjasama
39 3.Guru meminta murid untuk membayangkan sekiranya pecahan dua per empat menjadi satu per dua. 4.Guru memberikan contoh lain. Murid diminta membandingkan pecahan tiga per sembilan dan satu per tiga. Murid disoal antara kedua-dua pecahan, manakah pecahan yang termudah. 5.Guru melaksanakan aktiviti Showdown di mana murid diminta menulis jawapan kepada soalan pecahan yang ditunjukkan pada slide Canva. 6.Pada masa yang ditetapkan semua murid menunjukkan jawapan secara serentak. 7.Semua murid saling membantu rakan yang memberikan jawapan yang salah. https://www.canva .com/design/DAF3 MggwyyE/VTv6s XWb3NJVzM_Uj __FjA/edit Langkah 2 (20 minit) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tentang menukar 1.Guru menunjukkan cara kedua untuk menukar pecahan wajar ke bentuk termudah melalui operasi bahagi menerusi slide Canva. • Slide Canva Kemahiran : Menganalisa, mengaplikasi, kerjasama
40 pecahan wajar kepada bentuk termudah 2.Guru menunjukkan contoh pengiraan pecahan bentuk termudah lain seperti dua per enam belas melalui operasi bahagi berpandukan kotak sifir. 3.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 2 atau 3 orang ahli. 4.Guru melaksanakan aktiviti think-pair-share. Dengan merujuk soalan pada slide Canva murid diberikan masa untuk berfikir, kemudian membincangkan dengan ahli pasukan lain. 5. Semua kumpulan diminta berkongsi jalan pengiraan dan jawapan kepada soalan diberikan, dan kumpulan yang salah diberikan bimbingan oleh rakan lain dan guru. EMK : Bahasa, nilai murni, ICT Nilai : Kerjasama, keyakinan Langkah 3 (15 minit) Aktiviti pengukuhan 1.Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberikan enam kad berwarna warni • Kad berwarna Kemahiran : Menganalisa, memerhati, kerjasama, penaalukan
41 2.Guru membuka permainan yang telah dibangunkan dalam aplikasi Wordwall. 3.Setiap kumpulan perlu mengangkat kad warna yang betul untuk menjawab soalan yang dipaparkan. 4.Ahli kumpulan perlu menjelaskan penyelesaian kepada jawapan tersebut. 5.Kumpulan yang menjawab dengan betul diberikan ganjaran coklat. • Wordwall Link: https://wordwall.net/re source/65717050 EMK : Bahasa, nilai murni, ICT Nilai: Kerjasama, keyakinan Penutup (15 minit) Rumusan pelajaran 1.Beberapa murid disoal tentang pelajaran hari ini. 2.Guru membuat rumusan PdP dan memberi peneguhan serta teguran terhadap sikap murid sepanjang PdP. 3. Murid paling aktif diberikan ganjaran dan tepukan oleh rakan-rakan. • Google site https://sites.google.co m/view/matematikpec ahantahun3/home Kemahiran : Merumus EMK : Bahasa, nilai murni Nilai : Kerjasama
42 4.Guru memberikan kerja rumah kepada murid dalam Google site. Refleksi Guru Kekuatan : 1- Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk slide Canva dan permainan menggunakan Wordwall menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan sepanjang pembelajaran tajuk pecahan bentuk termudah. 2- Aktiviti Showdown dan think-pair-share dapat mengukuhkan lagi kemahiran berfikir murid untuk memahami tajuk pecahan bentuk termudah, selain turut menggalakkan kerjasama antara rakan-rakan. 3- Ganjaran yang diberikan kepada pelajar yang aktif dan kumpulan yang cemerlang ketika proses pembelajaran dapat merangsang semangat dan keyakinan murid untuk mencuba yang terbaik pada kelas akan datang. Kekurangan : 1- Terdapat isu teknikal ketika PdPc dijalankan dan pelajar terpaksa menunggu beberapa minit sebelum langkah 1 bermula.
43 Cadangan Penambahbaikan 1- Guru perlu mencuba terlebih dahulu paparan yang hendak ditayangkan sebelum proses pengajaran bermula supaya PdPc berjalan dengan lancar. Kesimpulan: 1- Sesi pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik. 23 daripada 25 orang murid Darjah 3 Perdana yang hadir berjaya mencapai objektif pertama manakala 2 daripada 25 murid tidak berjaya mencapai objektif pertama. Murid diberi bimbingan tentang maksud pecahan, cara menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah dengan memberi akses kepada Google Sites. Lampiran Pelaksanaan Aktiviti dan Justifikasi: Set Induksi: 5 minit (Soal jawab menggunakan BBM kertas warna)
44 Langkah 1: 15 minit (buku teks dan tayangan slide Canva) Langkah 2: 20 minit (tayangan slide Canva)
45 Langkah 3: 15 minit (Bermain sambil belajar menggunakan Wordwall)
46 Penutup: 15 minit (Pembahagian kerja sekolah melalui Google site) Justifikasi RPH adalah suatu perancangan dan penjelasan terperinci yang disiapkan oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimulakan. Dalam RPH, terdapat beberapa unsur penting yang harus dimasukkan, seperti topik, standard kandungan, standard pembelajaran, objektif kandungan, bahan bantu mengajar, nilai, dan refleksi guru. Guru mempunyai justifikasinya yang tersendiri terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan tahap pemahaman murid dan pemilihan bahan bantu mengajar bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap pengajaran yang dilaksanakan lebih berpusatkan kepada murid di mana murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti individu dan berkumpulan. Aktiviti individu dilihat dapat membantu murid membina keyakinan diri untuk lebih menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan pada masa yang sama dapat merangsang kemahiran berfikir dan menganalisis. Misalnya pada langkah 1, murid perlu menjawab soalan yang diberikan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan ketika aktiviti Showdown. Murid juga dapat mengukuhkan lagi pemahaman daripada pembelajaran yang ditunjukkan oleh guru.
47 Selain itu, aktiviti berkumpulan pula melibatkan interaksi antara murid dengan rakan sekumpulan lain yang membantu merangsang peningkatan tahap kognitif murid. Ini dapat dilihat ketika langkah 2, di mana murid menjalani aktiviti think-pair-share yang memerlukan kerjasama dan pemahaman daripada setiap ahli pasukan untuk menjawab soalan yang ditunjukkan oleh guru. Tanpa melibatkan hukuman, murid yang menjawab jawapan yang salah diberikan oleh bimbingan oleh rakan-rakan dan guru. Seterusnya, langkah 3 dilaksanakan sebagai pengukuhan berterusan kepada murid-murid melalui aktiviti permainan bermain sambil belajar. Guru memberikan 6 kad warna kepada setiap kumpulan dan murid dikehendaki mengangkat kad warna yang sesuai utuk menjawab soalan yang ditunjukkan dalam aplikasi Wordwall. Selain mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan, aktiviti ini juga mendorong pelajar untuk terlibat aktif dan turut memupuk keyakinan dalam diri. Dalam pada itu, pemilihan bahan bantu mengajar sangat penting dalam memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memilih menggunakan paparan multimedia seperti slide Canva yang mempunyai gambarrajah bagi mengukuhkan lagi daya ingatan dan kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini mampu menjimatkan masa guru untuk mengajar dan menarik minat pelajar terhadap teknologi yang digunakan. Justeru, guru perlu bijak dan kreatif dalam memilih bahan bantu mengajar serta merancang aktiviti pengajaran agar dapat menarik perhatian murid supaya dapat mencapai objektif pembelajaran. Pencapaian murid daam mencapai kriteria kejayaan yang ditetapkan, mencerminkan kecemerlangan guru dalam menarik minat murid dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu topik pembelajaran.
48 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 4 Mata pelajaran Matematik Tarikh /hari 25 November 2023, Isnin Kelas Tahun 3 Bilangan murid / pelajar 20 Masa 9.15 pm – 10.15 pm Tema Nombor dan Operasi Tajuk 3.1.4 Menyatakan pecahan perseratus Kemahiran fokus Mengira, menaakul, & menyelesaikan masalah STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Pecahan Murid dapat : 3.1.4 Menyatakan pecahan perseratus
49 Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid 3 Perdana dapat: BIL OBJEKTIF 7. Murid boleh menamakan pecahan perseratus dengan betul. 8. Murid boleh menguasai tajuk pecahan perseratus berdasarkan lembaran kerja (Liveworksheet) Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 5. Murid berjaya menguasai pecahan perseratus dengan betul mengikut kefahaman yang telah ditetapkan. 6. Murid dapat menjawab lembaran kerja (Liveworksheets) dengan betul. Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni • Kejujuran, • Kerjasama, • Tolong Menolong, • Kesopanan,
50 • Hormat Kepada Guru Kemahiran Berfikir (KB) • Menumpukan Perhatian, • Menjana Idea, • Membuat gambaran, • Mengumpulkan Maklumat • Menganalisis • Mengaplikasi Kemahiran Personal (KP) • Keberanian, • Keyakinan Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) • Bertutur, • Menganalisis Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Keusahawanan • Kreativiti dan Inovasi