The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Draf- Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PP SPM mulai Tahun 2021 (TERHAD)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jarif36, 2024-04-24 20:33:32

Draf- Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PP SPM mulai Tahun 2021

Draf- Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PP SPM mulai Tahun 2021 (TERHAD)

Keywords: Buku Panduan PP SPM mulai Tahun 2021

MULAITAHUN GARISPANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PENTAKSIRANPUSAT SIJILPELAJARANMALAYSIA L E M B AG A P E P E RIKS AA N &


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,2,5 – 13, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WP Putrajaya Tel: 03-8884 3260 Faks: 03-8889 3344 www.lp.moe.gov.my © Lembaga Peperiksaan 2024 Cetakan Pertama 2024 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-man maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021 dari semasa ke semasa mengikut keperluan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PP SPM MULAI TAHUN 2021 Pentaksiran Pusat telah mula dilaksanakan sejak Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) pada tahun 2011. Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia (PP SPM) ialah perkongsian akauntabiliti antara LP dengan pihak sekolah dalam menjalankan komponen pentaksiran pusat mata pelajaran yang ditawarkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia. LP telah menerbitkan buku panduan pelaksanaan PBS 2009 dan panduan pentaksiran pusat tahun 2011 untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua pihak yang telibat dalam mengurus tadbir PBS. Selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula dilaksanakan sejak tahun 2020, Sektor Operasi, LP (SO, LP) melihat peluang untuk mengemaskini dokumen panduan yang menjadi piawai kepada pengurusan di pelbagai peringkat yang lebih berfokus kepada salah satu elemen SPPK, iaitu Pentaksiran Pusat untuk Sijil Pelajaran Malaysia. Penerbitan garis panduan ini adalah hasil daripada kajian literasi dan perbincangan secara berkala yang melibatkan semua sektor di LP dan juga Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri. Beberapa penambahbaikan daripada dokumen sebelum ini dibuat bagi memastikan kesesuaian pelaksaan dengan mengambil kira kebolehurusan PP SPM di setiap peringkat. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (BASRI BIN HASSAN) Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan Lembaga Peperiksaan PRAKATA


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 Prakata Senarai Rajah i Senarai Lampiran ii Akronim iii PENGENALAN 1 PENGENALAN TENTANG PENTAKSIRAN PENDIDIKAN 1 SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) 2 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN 2 DEFINISI 4 PENYATAAN DASAR 5 PENAWARAN MATA PELAJARAN 5 PELAKSANAAN KOMPONEN PENTAKSIRAN PUSAT SPM 5 PENGECUALIAN 6 FORMAT PENTAKSIRAN/MANUAL/MODUL PENTAKSIRAN 6 EVIDEN 6 PROSEDUR KESELAMATAN 8 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM 10 LANTIKAN PERSONEL 11 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DOKUMEN 37 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PELAKSANAAN KOMPONEN PP SPM 38 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PANDUAN PENSKORAN 40 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENSKORAN BERDASARKAN EVIDEN PP SPM 44 ISI KANDUNGAN


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PP SPM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEREKODAN DAN PENGHANTARAN SKOR PP SPM MESYUARAT JK VERIFIKASI SKOR 45 PENJAMINAN KUALITI 47 KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI 47 KES KHAS, KES SALAH LAKU CALON DAN KES LUAR JANGKAAN 57 KES KHAS 57 KES SALAH LAKU 61 KES LUAR JANGKAAN 62 PENGURUSAN FAIL 63 FAIL INDUK 63 FAIL KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN/ JURU LATIH UTAMA MATA PELAJARAN 64 FAIL PENTAKSIR MATA PELAJARAN/ GURU LANTIKAN PENGETUA 65 LAMPIRAN 66 CONTOH SURAT 66 BORANG PENTADBIRAN 67 BORANG PENJAMINAN KUALITI 71 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM 76


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PP SPM i Tajuk Muka Surat Rajah 3.1 Piramid Hierarki Pentaksir 28 Rajah 3.2 Aliran Tugas Pengurusan dan Pentadbiran Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran oleh Personel PP SPM 38 Rajah 3.3 Aliran Tugas Pengurusan dan Pentadbiran Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon oleh Personel PP SPM 42 Rajah 3.4 Carta Alir Pengurusan dan Pentadbiran Penskoran Berdasarkan Eviden oleh Personel PP SPM 44 Rajah 3.5 Carta Alir Pengurusan dan Pentadbiran Perekodan dan Penghantaran Skor PP SPM 45 Rajah 4.1 Carta Alir Pementoran Pentadbiran PP SPM 48 Rajah 4.2 Carta Alir Pementoran Penskoran PP SPM 49 Rajah 4.3 Carta Alir Pemantauan Pentadbiran PP SPM 50 Rajah 4.4 Carta Alir Penyelarasan Dokumen Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran PP SPM 51 Rajah 4.5 Carta Alir Penyelarasan Skor PP SPM 54 Rajah 4.6 Carta Alir Penyelarasan Skor dan Pengesahan Pensijilan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 55 Rajah 4.7 Carta Alir Penyelarasan Skor dan Pentaksiran Sekolah Seni Malaysia 56 SENARAI RAJAH


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 ii Tajuk Muka Surat Lampiran 7.1 Contoh Surat 67 Lampiran 7.2 Borang Pentadbiran PP SPM 68 Lampiran 7.3 Borang Penjaminan Kualiti 73 SENARAI LAMPIRAN


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 iii PP SPM - Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia LP - Lembaga Peperiksaan PLP Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan JPN - Jabatan Pendidikan Negeri PJPN Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri PPD - Pejabat Pendidikan Daerah PKP - Penolong Kanan Pentadbiran PKS - Penolong Kanan Seni GKMP - Guru Kanan Mata Pelajaran JUMP - Jurulatih Utama Mata Pelajaran SuP - Setiausaha Peperiksaan GT - Guru Tingkatan KPP - Ketua Pengawas Pentaksiran PP - Pengawas Pentaksiran AKP - Anggota Kumpulan Pelaksana KPK - Ketua Pentaksir Kebangsaan PL - Pentaksir Luar KPN - Ketua Pentaksir Negeri KPKw - Ketua Pentaksir Kawasan PKw - Pentaksir Kawasan KPS - Ketua Pentaksir Sekolah KPMP - Ketua Pentaksir Mata Pelajaran PMP - Pentaksir Mata Pelajaran GLP - Guru Lantikan Pengetua KSLC - Kes Salah Laku Calon AKRONIM 1


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 1 1.0 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN TENTANG PENTAKSIRAN PENDIDIKAN 1.1.1 Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan pembelajaran murid. 1.1.2 Perkembangan pembelajaran merujuk kepada apa yang murid tahu, boleh buat dan boleh amalkan. 1.1.3 Maklumat yang dikumpulkan dapat digunakan oleh guru mata pelajaran untuk membuat keputusan tentang prestasi murid. 1.1.4 Guru yang mengajar adalah personal yang terbaik untuk mentaksir dan membuat keputusan tentang prestasi murid kerana guru lebih mengenali keupayaan murid. 1.1.5 Guru yang mengajar boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pentaksiran. 1.1.6 Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan boleh menggunakan kaedah yang kurang formal dan tidak berstruktur. 1.1.7 Pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. (assessment for learning and assessment as learning). 1.1.8 Pentaksiran sumatif dilaksanakan di akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. 1.1.9 Pentaksiran sumatif merupakan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) yang lebih formal dan berstruktur. 1.1.10 Pentaksiran boleh diklasifikasikan kepada empat (4) kategori: i. Ujian ii. Pentaksiran produk/projek iii. Pentaksiran prestasi iv. Pentaksiran proses kemahiran


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 2 1.2 SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) 1.2.1 SPPK telah diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) pada tahun 2011 dan merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Peperiksaan Pusat (centralised and standardised exam). 1.2.2 Dalam konteks pendidikan, PBS merangkumi 4 komponen iaitu; i. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). ii. Pentaksiran Pusat (PP) dilaksanakan secara perkongsian akauntabiliti (shared accountability) antara LP dan pihak sekolah di mana instrumen, Panduan Penskoran dan Panduan Pengurusan disediakan oleh LP manakala pentadbiran, penskoran dan pelaporan dilaksanakan oleh pihak sekolah. PP ditadbir urus oleh LP. iii. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kendalian Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK). iv. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) kendalian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Rujukan: Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil.1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) bertarikh 31 Mac 2014. 1.3 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN 1.3.1 Keserasian dengan Kehendak Kurikulum Format pentaksiran dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pemudahcara. 1.3.2 Berpusatkan Calon Aktiviti yang ditaksir dilakukan sepenuhnya oleh calon. Skor tahap pencapaian penguasaan peribadi boleh diberi tanpa membuat perbandingan dengan calon lain. 1.3.3 Tempoh pelaksanaan Pentaksiran Pusat hendaklah dilaksanakan mengikut takwim dan tempoh masa yang telah ditetapkan oleh LP. 1.3.4 Berpaksikan Pembinaan Insan Pendekatan pentaksiran yang menjadikan nilai-nilai murni sebagai sesuatu yang perlu ditanamkan dalam diri calon dan ditaksir.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 3 1.3.5 Telus dan Terbuka Memberi peluang kepada calon untuk mengetahui: i. Apa yang ditaksir. ii. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan. iii. Bila pentaksiran dilakukan. iv. Di mana pentaksiran dilaksanakan. 1.3.6 Kebolehlaksanaan Format pentaksiran mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 1.3.7 Kepelbagaian Instrumen Pelbagai instrumen digunakan untuk memberikan cakupan yang lebih luas dan lebih banyak evidens bagi menghasilkan gambaran yang menyeluruh serta tepat tentang prestasi pembelajaran calon. 1.3.8 Formatif dan Berterusan Pentaksiran dilakukan secara berterusan mulai tingkatan empat hingga tingkatan lima menerusi pentaksiran merujuk kriteria (criterion-referenced assessment) di mana prestasi calon ditentukan dengan membandingkan evidens yang diperoleh daripada calon dengan pernyataan kriteria. Calon diberi peluang untuk mempertingkatkan pembelajaran dan memperbaiki skor dalam kemahiran yang ditaksir. 1.3.9 Mempunyai Skor Skor yang diberikan oleh pentaksir mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana penskoran dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir adalah termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). 1.3.10 Pelaporan Positif Skor yang dilaporkan akan menunjukkan tahap penguasaan serta menggalakkan calon memperbaiki tahap penguasaan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 1.3.11 Penyelarasan dan Pemantauan Berterusan Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan Pentaksiran Pusat dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 4 1.4 DEFINISI 1.4.1 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan yang diambil oleh murid tingkatan 5 atau individu telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM. Rujukan: Panduan Pengurusan Peperiksaan (Buku 3P) Edisi 2018 1.4.2 Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia (PP SPM) ialah perkongsian akauntabiliti antara LP dengan pihak sekolah dalam menjalankan komponen Pentaksiran Pusat mata pelajaran yang ditawarkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia. 1.4.3 Komponen Pentaksiran Pusat ialah pentaksiran yang perlu dilaksanakan oleh calon mengikut mata pelajaran yang ditawarkan oleh LP. 1.4.4 Personel Pentadbiran/Personel Pentaksiran ialah individu yang bertanggungjawab memastikan PP SPM dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan. 1.4.5 Format Standard Pentaksiran merupakan dokumen yang mengandungi penetapan konstruk dan aspek yang hendak ditaksir. 1.4.6 Penghasilan Instrumen Pentaksiran merujuk kepada menghasilkan instrumen peperiksaan dan berdasarkan kurikulum, Jadual Spesifikasi Ujian dan format peperiksaan/pentaksiran bagi setiap mata pelajaran dengan menepati prinsip kesahan, kebolehpercayaan, keadilan serta mematuhi prosedur operasi standard dan arahan keselamatan. 1.4.7 Panduan Penskoran ialah petunjuk yang digunakan untuk memberikan skor kepada evidens. 1.4.8 Evidens merupakan bahan bukti hasil kerja calon dalam bentuk proses atau produk. 1.4.9 Penskoran ialah kaedah pemberian skor ke atas kualiti dan pencapaian individu yang menepati hasrat konstruk dan aspek pentaksiran. 1.4.10 Penjaminan Kualiti ialah piawaian bagi menentukan kualiti pelaksanaan PP SPM. 2.0 PERNYATAAN DASAR Pelaksanaan komponen Pentaksiran Pusat ditadbir mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan Seksyen 67, Seksyen 68 dan Seksyen 69 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 2.1 PENAWARAN MATA PELAJARAN 2.1.1 Pihak sekolah yang menawarkan mata pelajaran dengan komponen Pentaksiran Pusat hendaklah memastikan insfrastruktur dan kelengkapan


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 5 fizikal sekolah disediakan bagi membolehkan pelaksanaan komponen Pentaksiran Pusat sebelum menawarkan mata pelajaran berkaitan. 2.1.2 Pihak sekolah hendaklah memohon kelulusan daripada Pengarah Pendidikan JPN dua (2) tahun sebelum menawarkan mata pelajaran dengan komponen Pentaksiran Pusat. 2.1.3 Calon tidak dibenarkan mendaftar mata pelajaran yang mempunyai komponen Pentaksiran Pusat sekiranya mata pelajaran berkenaan tidak ditawarkan di sekolah. Rujukan: Panduan Pengurusan Peperiksaan (Buku 3P) Edisi 2018 2.2 PELAKSANAAN KOMPONEN PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2.2.1 Calon sekolah yang mendaftar mata pelajaran dengan komponen Pentaksiran Pusat wajib melaksanakan Pentaksiran Pusat. 2.2.2 Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana komponen Pentaksiran Pusat akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. 2.2.3 Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan calon melaksanakan sendiri komponen Pentaksiran Pusat dan skor yang diberikan kepada calon adalah skor yang sahih berdasarkan evidens yang autentik. 2.2.4 Personel Pentaksiran hendaklah memberi skor yang sah berdasarkan evidens dalam bentuk proses/ produk yang dihasilkan oleh calon. 2.2.5 Mata pelajaran yang terlibat dengan Pentaksiran Pusat boleh dirujuk pada 7.3 Lampiran. 2.3 PENGECUALIAN 2.3.1 Calon yang memerlukan pengecualian Pentaksiran Pusat hendaklah memohon kepada pihak sekolah dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU. 2.3.2 Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pendidikan, JPN. 2.3.3 SPP, JPN akan membuat siasatan dan Pengarah Pendidikan akan mengeluarkan surat jawapan permohonan pengecualian Pentaksiran Pusat kepada pihak sekolah. Satu (1) salinan surat kelulusan pengecualian diserahkan kepada Pengarah Peperiksaan (u.p.: KPP Unit Menengah Atas, Sektor Operasi).


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 6 2.4 FORMAT PENTAKSIRAN, MANUAL PENGOPERASIAN DAN MODUL PENTAKSIRAN Pelaksanaan Pentaksiran Pusat bagi setiap mata pelajaran hendaklah berpandukan format pentaksiran, manual pengoperasian atau modul pentaksiran mengikut mata pelajaran yang dikeluarkan oleh LP. 2.5 EVIDENS 2.5.1 Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik. 2.5.2 Evidens terbahagi kepada dua iaitu: i. Evidens calon iaitu keupayaan sebenar calon yang boleh diperoleh secara lisan atau perlakuan. ii. Evidens bahan iaitu bukti atau hasil calon dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara individu atau berkumpulan. 2.5.3 Jenis-jenis evidens adalah seperti yang berikut: Jenis Evidens Keterangan Penulisan • Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. • Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan. Bahan cetakan Hasil kerja calon yang menggunakan pelbagai medium. Persembahan Pembentangan atau penglibatan calon dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. Grafik • Persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. • Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Artifak Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 7 Jenis Evidens Keterangan Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar. Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan. Rakaman Perekodan atau pelaporan dalam bentuk audio visual. Bahan informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT. Proses Gerak kerja atau aktiviti semasa melakukan tugasan. 2.5.4 Ciri-ciri evidens adalah seperti yang berikut: i. Sah Evidens yang dikemukakan hendaklah releven dan menggambarkan penguasaan dan pencapaian standard yang telah ditetapkan. ii. Autentik Calon dapat membuktikan evidens adalah hasil kerja sendiri. iii. Kecukupan Evidens yang dikumpulkan mencukupi untuk menunjukkan kemampuan calon. iv. Semasa Evidens dapat membuktikan calon membuat tugasan mengikut piawaian semasa. v. Ketekalan Evidens yang dikumpulkan dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberikan oleh pentaksir yang berlainan. Rujukan: Manual Pengendalian PBS SPM 2009


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 8 2.6 PROSEDUR KESELAMATAN 2.6.1 Personel i. Semua personel pentadbiran dan pentaksiran pusat yang menguruskan pengoperasian pentaksiran, Instrumen Pentaksiran, Panduan Penskoran, evidens dan penyimpanan skor calon hendaklah dilantik secara rasmi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat Serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50 Pin.1/2011). ii. Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) hendaklah ditandatangani sekali sahaja bagi tahun semasa. iii. Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam) yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh Pengetua sehingga enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran keputusan SPM. Rujukan: Manual Pengendalian PBS SPM 2009 2.6.2 Pengoperasian Dokumen i. Instrumen Pentaksiran, Evidens, Panduan Penskoran dan Borang Skor Induk (BSI)/Borang Skor Calon (BSC) dirujuk sebagai dokumen pentaksiran. Dokumen pentaksiran yang telah dilengkapkan merupakan dokumen terperingkat TERHAD. Semua personel pentaksiran pusat bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dokumen tersebut. ii. Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran mengikut mata pelajaran hendaklah dimuat turun menggunakan komputer yang dikhaskan di premis pusat peperiksaan berdaftar serta disimpan dalam media storan yang dikhaskan. iii. Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran hendaklah dicetak, diperbanyakkan dan disimpan di pusat berdaftar dengan kawalan keselamatan mengikut arahan bagi mata pelajaran masing-masing. Dilarang mencetak di luar premis pusat peperiksaan berdaftar. iv. Maklumat dalam media storan, mesin fotostat dan mesin risograf hendaklah dilupuskan dengan serta merta selepas percetakan dokumen pentaksiran. v. Semua dokumen pentaksiran disimpan dalam almari berkunci/bilik berkunci dan kuncinya disimpan oleh Pengetua. vi. SuP hendaklah menyerahkan dokumen pentaksiran kepada Ketua Pengawas Pentaksir Sekolah (KPPS) 30 minit sebelum ujian bertulis berlangsung. vii. Evidens Pentaksiran hendaklah disimpan sehingga enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran keputusan Pentaksiran Pusat. Rujukan: Manual Pengendalian PBS SPM 2009


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 9 2.6.3 Larangan di dewan/bilik peperiksaan i. Dilarang membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Pentaksiran Pusat, Penyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat telekomunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa pentaksiran. ii. Dilarang menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. iii. Dilarang mendedahkan instrumen pentaksiran atau jawapan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. iv. Dilarang memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku semasa pentaksiran. v. Dilarang menukar bahan pentaksiran atau jawapan dengan calon lain. vi. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada KPPS.. vii. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa pentaksiran. viii. Dilarang membawa keluar instrumen pentaksiran dan skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau yang telah digunakan dari dewan/bilik peperiksaan. Rujukan: Manual Pengendalian PBS SPM 2009


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 10 3.0 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN PUSAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (PP SPM) Pengoperasian Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia (PP SPM) meliputi perkaraperkara yang berikut: Lantikan Personel PP SPM Pengurusan dan Pentadbiran Dokumen PP SPM: Penjaminan Kualiti (Pementoran/Pemantauan) Pengurusan dan pentadbiran Pelaksanaan Komponen Pentaksiran Pusat: Penjaminan Kualiti (Pementoran/Pemantauan/ Penyelarasan) Pengurusan dan Pentadbiran Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran: Penjaminan Kualiti (Pemantauan) Pengurusan dan Pentadbiran KesKes Khas/Kes Salah Laku Calon: Penjaminan Kualiti (Pementoran/Pemantauan) Pengurusan dan Pentadbiran Penskoran Berdasarkan Evidens: Penjaminan Kualiti (Pementoran/Penyelarasan) Pengurusan dan Pentadbiran Perekodan dan penghantaran skor: Penjaminan kualiti (Pementoran/Pemantauan)


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 11 3.1 LANTIKAN PERSONEL PP SPM 3. Kategori Personel Pentaksiran Pusat Sijil Pelajaran Malaysia (PP SPM) i. Personel Pentadbiran Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran dokumen pentaksiran, instrumen pentaksiran, panduan penskoran PP SPM serta melaksanakan penyelarasan skor. Senarai Personel Pentadbiran adalah seperti yang berikut: PERSONEL SINGKATAN Pengarah Peperiksaan - Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri - Pegawai Pendidikan Daerah - Pengetua Sekolah - Penolong Kanan Pentadbiran PKP Guru Kanan Mata Pelajaran GKMP Setiausaha Peperiksaan SuP Ketua Pengawas Pentaksir Sekolah** KPPS Pengawas Pentaksir Sekolah** PPS *Pengetua boleh melantik personel tambahan selagi tidak bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sekolah yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Sekolah Seni Malaysia. **Ujian Bertulis mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Ujian Tahriri. ii. Personel Pentaksiran Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk melaksanakan pentaksiran, penskoran berdasarkan evidens, penyelarasan skor. Senarai Personel Pentaksiran adalah seperti yang berikut: PERSONEL SINGKATAN Ketua Pentaksir Kebangsaan KPK Pentaksir Luar* PL Ketua Pentaksir Negeri KPN


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 12 PERSONEL SINGKATAN Ketua Pentaksir Kawasan KPKw Pentaksir Kawasan PKw Ketua Pentaksir Sekolah KPS Ketua Pentaksir Mata Pelajaran KPMP Pentaksir Mata Pelajaran/ Guru Lantikan Pengetua PMP/GLP *personel ini hanya untuk Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Sekolah Seni Malaysia sahaja. 4. Tugas Dan Peranan Personel PP SPM i. Peringkat Lembaga Peperiksaan Perkara Tugas Dokumen a) Menyedia dan memuat naik dokumen PP SPM ke Portal LP. b) Mengedarkan surat siaran ke JPN. c) Mengadakan Mesyuarat Pengurusan, Pentadbiran dan Penyelarasan bersama dengan pihak SPP, JPN. d) Menyediakan Panduan Pengoperasian PP dan Manual Pengoperasian PP. e) Menyediakan format laporan PP SPM. f) Mendokumentasikan laporan dan minit mesyuarat. g) Mengadakan mesyuarat pascanilai berdasarkan laporan daripada JPN/KPK untuk tujuan penambahbaikan. Bahan Pentaksiran a) Menyedia dan memuat naik Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran ke Portal LP. b) Memberi kata laluan kepada JPN untuk memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran. Penskoran Evidens a) Membuat pelantikan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang akan mengoperasikan pengurusan dan pentadbiran PP SPM di peringkat kebangsaan. b) Menguruskan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat Kebangsaan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 13 Perkara Tugas Perekodan dan Penghantaran Skor a) Menyediakan aplikasi untuk perekodan skor dalam aplikasi. b) Menyediakan kata laluan aplikasi kemasukan skor untuk kegunaan SuP. c) Menerima skor calon daripada pusat peperiksaan berdaftar. Penjaminan Kualiti a) Membuat lantikan pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk Penjaminan Kualiti PP SPM bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP. b) Menerima laporan pemantauan daripada pegawai pemantau dan JPN. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Menerima salinan keputusan KSLC dan laporan siasatan daripada SPP JPN. b) Mengambil tindakan terhadap kes khas dan KSLC. Buku Panduan Pengurusan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan Edisi 2021 ii. Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perkara Tugas Dokumen a) Memaklumkan kepada PPD untuk memuat turun dokumen PP SPM dari Portal LP. b) Menyediakan surat-surat makluman berkaitan PP SPM. c) Menyediakan surat pengesahan pengecualian PP SPM. d) Memastikan KPN menyerahkan laporan PP SPM kepada KPK. e) Menyelaras dokumentasi Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM daripada pusat/PPD sebelum diserahkan kepada LP. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Memastikan taklimat pelaksanaan PP SPM kepada PPD/pusat berdaftar. b) Memastikan JPN/PPD mengurus dan mengendalikan PP SPM berdasarkan Jadual Kerja/Takwim PP SPM dan Panduan Pengoperasian PP SPM yang dikeluarkan LP.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 14 Perkara Tugas c) Membuat lantikan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang akan menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentaksiran di peringkat negeri. Bahan Pentaksiran a) Memastikan kata laluan untuk memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran dipanjangkan ke pusat peperiksaan berdaftar. b) Memastikan pusat peperiksaan berdaftar memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran. Penskoran Evidens a) Menguruskan pelantikan pentaksir dari sekolah kerajaan untuk mentaksir calon persendirian. b) Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat negeri dijalankan. c) Memastikan penyelarasan oleh KPN/KPKw/PKw di pusat peperiksaan berdaftar diselaraskan. d) Mengarahkan KPN/KPKw untuk membuat penyelarasan. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Skor peringkat negeri/daerah mengikut keperluan negeri. b) Memastikan penghantaran skor pusat peperiksaan yang berdaftar melalui aplikasi yang disediakan LP. Penjaminan Kualiti a) Memantau pelaksanaan PP SPM di peringkat JPN dan pusat berdaftar. b) Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan PP SPM. c) Membuat laporan pemantauan pengurusan PP SPM serta menghantar ke LP bersama-sama dokumen PP SPM yang berkaitan. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Menerima laporan kes khas dan KSLC daripada pusat peperiksaan berdaftar. b) Melaporkan kes khas dan KSLC kepada LP.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 15 iii. Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Perkara Tugas Dokumen a) Memastikan pusat peperiksaan berdaftar memuat turun dokumen PP SPM dari Portal LP b) Menyediakan surat-surat makluman berkaitan PP SPM. c) Memastikan KPKw/PKw menyerahkan laporan PP SPM kepada KPN. d) Menyelaras dokumentasi Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM daripada pusat/PPD sebelum diserahkan kepada JPN. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Memaklumkan kepada Pengetua mengenai pengurusan dan pengendalian PP SPM. b) Memberikan taklimat pengurusan, pentadbiran dan keselamatan kepada Pengetua. c) Menyediakan Jadual Penyelarasan KPKw/PKw. d) Mengumpul, menyemak dan menghantar tuntutan Personel Pentaksir ke JPN. Bahan Pentaksiran a) Memberi kata laluan untuk memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran mata pelajaran yang berkenaan sahaja kepada pusat berdaftar. b) Memaklumkan kepada pusat berdaftar untuk memuat turun Instrumen Pentaksiran/Panduan Penskoran. Penskoran Evidens a) Membuat lantikan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang akan menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentaksiran di peringkat daerah. b) Menguruskan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat daerah. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Memastikan semua sekolah terlibat melaksanakan Mesyuarat Verifikasi Penskoran di peringkat sekolah. b) Memastikan pusat yang berdaftar memasukkan skor ke dalam aplikasi yang disediakan oleh LP mengikut jadual kerja.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 16 Perkara Tugas Penjaminan Kualiti a) Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai PPD untuk Penjaminan Kualiti PP SPM bagi menjamin pelaksanaan mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP. b) Memantau pelaksanaan PP SPM di pusat peperiksaan berdaftar. c) Membuat laporan pemantauan PP SPM dan menghantar ke JPN bersama-sama dokumen PP SPM yang berkaitan. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Melaporkan kes khas dan KSLC kepada JPN. b) PPD menerima maklumat berkaitan kes yang berlaku di daerahnya melalui JPN. c) PPD membantu (jika dilantik oleh JPN) menjalankan siasatan aduan KSLC di pusat peperiksaan yang berkenaan. iv. Pengetua/Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) Perkara Tugas Dokumen a) Memastikan Personel Pentadbiran memuat turun dokumen PP SPM dari Portal LP. b) Mengesahkan Instrumen dan Panduan Penskoran PP SPM dengan menggunakan Borang LP/Am166. c) Menerima surat siaran atau pekeliling dari LP, JPN dan PPD. d) Memastikan semua Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran menandatangani Akta Rahsia Rasmi dan Borang LP/Am 50 Pin./2011. e) Menyimpan Akta Rahsia Rasmi dan Borang LP/Am50. Pin/2011 yang telah ditandatangani oleh personel pentaksiran dan personel pentadbiran. f) Memantau penyimpanan evidens yang berkaitan sehingga enam (6) bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. g) Mengemukakan permohonan pengecualian PP SPM kepada Pengarah Pendidikan JPN disertakan dokumen sokongan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 17 Perkara Tugas h) Mengesahkan Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM yang telah dilengkapkan sebelum dihantar ke PPD/JPN. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Melantik Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran untuk menjalankan PP SPM. b) Memberi taklimat pengurusan dan pentadbiran PP SPM kepada Personel Pentadbiran, Personel Pentaksiran dan calon. c) Memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan pengurusan dan pentadbiran PP SPM. d) Memantau PP SPM dijalankan mengikut Jadual Kerja/takwim PP SPM dan Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PP SPM. e) Memastikan dewan/bilik peperiksaan untuk Ujian Bertulis dan Ujian Lisan disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan. f) Memastikan Penjaminan Kualiti PP SPM dilaksanakan dan mengesahkan borang Penjaminan Kualiti PP SPM. g) Memantau pengurusan fail PP SPM dan evidens calon. h) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pentaksiran Pusat SPM, Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor dan Mesyuarat Kes-Kes Khas. i) Memastikan KPMP menyediakan Jadual Kerja PP SPM bagi mata pelajaran masing-masing dan menandatanganinya. Bahan Pentaksiran a) Menerima kata laluan daripada JPN/PPD dan memantau proses memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Jadual Kerja/Takwim PP SPM yang dikeluarkan oleh LP. b) Memantau pelaksanaan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran bagi memastikan cetakan sepadan dengan paparan pada skrin komputer dengan menggunakan borang Semakan


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 18 Perkara Tugas Bahan Pentaksiran Pusat SPM (LP/Am166). c) Memantau proses percetakan dan memperbanyak Instrumen Pentaksiran di premis kerajaan/sekolah. d) Memantau pengurusan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran dijalankan mengikut Prosedur Keselamatan sebelum diserahkan kepada KPMP/PMP/GLP. e) Memantau penyerahan Instrumen Pentaksiran kepada KPMP/PMP/GLP untuk dibawa bersama ke Mesyuarat Penyelarasan Tugasan. f) Memastikan Taklimat Penyelarasan Tugasan dilaksanakan kepada KPMP, PMP dan calon. Penskoran Evidens a) Memberikan kebenaran kepada Personel Pentaksiran untuk membawa keluar evidens calon mengikut nisbah yang ditetapkan ke Mesyuarat Penyelarasan Skor Peringkat Kebangsaan/Negeri/ Daerah bagi tujuan penyelarasan skor. b) Memastikan semua pentaksir telah menerima taklimat Penyelarasan Skor sebelum membuat penandaan/ penskoran. c) Akur dengan tarikh penyelarasan yang ditetapkan oleh JPN/PPD. d) Memastikan personel pentaksiran melaksanakan penskoran di tempat yang tertutup dan selamat. e) Menerima laporan penyelarasan skor daripada KPN/KPKw/PKw. f) Memastikan KPMP/PMP/GLP membuat penskoran semula semua evidens calon jika perlu. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Memastikan SuP menyelaras kemasukan skor calon yang betul dan tepat melalui aplikasi yang disediakan LP dan mencetak rumusan skor. b) Memastikan semak silang dilaksanakan oleh KPMP/PMP/GLP bagi menentukan cetakan markah melalui aplikasi adalah sama dengan markah dalam Borang Skor Induk/Borang Skor Calon.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 19 Perkara Tugas c) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor di peringkat sekolah bagi memastikan ketekalan, kesahan dan kebolehpercayaan skor yang tinggi d) Memastikan SuP mencatat minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor dan menyimpan minit berkenaan sehingga 6 bulan keputusan SPM dikeluarkan. e) Mengesahkan rumusan skor yang telah dicetak. f) Mengesahkan skor calon yang dihantar ke LP. Penjaminan Kualiti a) Melaksanakan bimbingan bagi tujuan penambahbaikan kepada Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran selepas pemantauan. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Melaporkan secara bertulis kepada JPN/PPD untuk pengurusan kes khas dan KSLC. b) Mengambil langkah awal bagi mengawal kes salah laku supaya tidak tersebar. v. Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Perkara Tugas Dokumen a) Merancang dan memastikan KPMP menyediakan jadual kerja PP SPM mengikut mata pelajaran masing-masing. b) Merancang dan menyediakan jadual percetakan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran. c) Memastikan dokumen PP di muat turun dari Portal LP. d) Memantau penyimpanan Borang Skor Induk/Borang Skor Calon yang telah diisi. e) Memantau penyimpanan evidens yang berkaitan sehingga enam (6) bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. f) Memantau pengurusan fail PP SPM dan evidens calon. g) Memastikan Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM yang telah lengkap


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 20 Perkara Tugas didokumentasikan dan disahkan sebelum dihantar ke JPN/PPD. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Menyelaras pelaksanaan PP SPM. b) Memastikan semua Personel Pentadbiran yang lain dan Personel Pentaksiran menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PP SPM. c) Menyelaras jadual sidang untuk ujian lisan dan ujian bertulis. d) Memastikan dewan/bilik peperiksaan untuk ujian bertulis dan bilik ujian lisan disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan. e) Memaklumkan kepada calon, ibu bapa dan penjaga mengenai Jadual Kerja/Takwim PP SPM sebelum pentaksiran dilaksanakan. f) Merancang taklimat Penyelarasan Tugasan dan penskoran kepada PMP/calon selepas penyelarasan di peringkat kebangsaan/negeri/daerah. g) Memastikan PP SPM dijalankan mengikut Jadual Kerja/Takwim PP SPM dan Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PP SPM. h) Menganggotai dan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor. i) Menganggotai dan menghadiri Mesyuarat Kes Khas. j) Menyelaras dokumen kes khas dan KSLC. Bahan Pentaksiran a) Merancang penyimpanan di tempat selamat dalam almari berkunci/bilik berkunci bagi Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran yang dimuat turun. b) Melaksanakan semakan percetakan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran bagi memastikan cetakan sepadan dengan kandungan paparan pada skrin komputer dengan menggunakan borang Semakan Bahan Pentaksiran Pusat SPM (LP/Am166). c) Memastikan proses percetakan dan memperbanyak Instrumen Pentaksiran dijalankan di premis kerajaan/sekolah. d) Memastikan pengurusan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 21 Perkara Tugas mengikut Prosedur Keselamatan sebelum diserahkan kepada KPMP/PMP/GLP. e) Menyerahkan Instrumen Pentaksiran/Panduan Penskoran kepada Personel Pentaksiran pada tempoh masa yang ditetapkan untuk tujuan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor. Penskoran Evidens a) Memantau penskoran setiap evidens calon. b) Memastikan evidens calon pindah diuruskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Memantau pengisian Borang Skor Induk/Borang Skor Calon bagi setiap mata pelajaran. b) Memastikan semua Personel Pentaksiran melaksanakan penskoran selepas menerima taklimat penskoran. c) Memastikan semua evidens diberi skor dalam tempoh masa yang ditetapkan. d) Memastikan penyelarasan antara KPMP dan PMP/GLP dilaksanakan. e) Memastikan proses kemasukan skor mengikut prosedur, dalam tempoh yang telah ditetapkan. f) Memastikan proses semak silang antara cetakan markah aplikasi LP dengan Borang Skor Induk/ Borang Skor Calon dilaksanakan. g) Memantau pencetakan skor yang telah diverifikasi untuk disahkan. h) Memastikan skor dihantar ke LP dalam tempoh masa yang ditetapkan. Penjaminan Kualiti a) Melaksanakan Penjaminan Kualiti PP SPM bagi memastikan pelaksanaan ditadbir mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Mengenal pasti kes khas. b) Menyelaras dokumen kes khas dan KSLC untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas dan KSLC.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 22 vi. Setiausaha Peperiksaan (SuP) Perkara Tugas Dokumen a) Memuat turun dokumen PP SPM dari Portal LP. b) Menyedia, menguruskan dan mengemaskini Fail Induk PP SPM. c) Menyerahkan Jadual Sidang/Jadual Kerja/Takwim PP SPM dan Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM kepada KPPS untuk dilengkapkan. d) Menyusun dan menyemak Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM untuk disahkan sebelum dihantar ke PPD/JPN. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PP SPM. b) Menyelaras bilik ujian lisan dan dewan/bilik peperiksaan untuk ujian bertulis. c) Mencatat minit Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon. Bahan Pentaksiran a) Memuat turun Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Jadual Kerja/Takwim PP SPM yang dikeluarkan oleh LP dengan pemantauan PKP. b) Melaksanakan verifikasi Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran bagi memastikan cetakan sepadan dengan paparan pada skrin komputer dengan menggunakan borang Semakan Bahan Pentaksiran Pusat SPM (LP/Am166). c) Menguruskan pencetakan dan memperbanyak Instrumen Pentaksiran di premis kerajaan/sekolah. d) Mengurus penyimpanan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran mengikut Prosedur Keselamatan. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Menyelaras proses kemasukan skor mengikut prosedur yang telah ditetapkan. b) Memastikan KPMP/PMP/GLP mengisi skor calon yang betul dan tepat melalui aplikasi yang disediakan oleh LP. c) Mengurus dan memastikan Borang Serah Terima Evidens dilengkapkan ditandatangani oleh KPMP/GLP serta


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 23 Perkara Tugas PS/PKV sebelum dan selepas membawa evidens calon pergi dan balik ke Mesyuarat Penyelarasan Skor di peringkat kebangsaan/negeri/daerah. d) Mencetak skor calon melalui aplikasi LP untuk diserahkan kepada KPMP/GLP untuk diverifikasi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang dipengerusikan oleh Pengetua. e) Membetulkan markah dalam aplikasi bagi memastikan sama dengan markah dalam borang skor yang telah dimuktamadkan oleh pentaksir. f) Mencetak rumusan skor yang telah dibetulkan untuk disahkan. g) Mengurus skor dan evidens calon kes khas dan KSLC sebagaimana yang telah ditetapkan LP. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Menyediakan dokumen kes khas dan KSLC untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas dan KSLC. b) Menyediakan laporan aduan KSLC kepada Pengetua untuk dipanjangkan kepada JPN. vii. Ketua Pengawas Pentaksir Sekolah (KPPS)/ Pengawas Pentaksir Sekolah (PPS) Perkara Tugas Dokumen Menerima Jadual Sidang/Jadual Kerja/Takwim PP SPM dan Borang Pentadbiran Ujian Bertulis PP SPM daripada SuP untuk dilengkapkan. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Memastikan tempat, peralatan dan keperluan untuk Ujian Bertulis/Ujian Lisan telah disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti dalam Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (4P). b) Mentadbir Ujian Bertulis PP SPM mengikut Jadual Sidang/Jadual Kerja/Takwim PP SPM. c) Membaca arahan dan larangan kepada calon sebelum memulakan Ujian Bertulis. d) Mencatat kehadiran calon.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 24 Perkara Tugas e) Membungkus Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) mengikut prosedur yang telah ditetapkan menggunakan pembungkus yang bersesuaian (Ujian Bertulis sahaja). f) Menyerahkan bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) dan lebihan Instrumen Pentaksiran kepada Pengetua pada hari yang sama (Ujian Bertulis sahaja). g) Menjalankan tugas yang diarahkan oleh JPN/PPD/Pengetua. Bahan Pentaksiran a) Menerima Instrumen Pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya Ujian Bertulis PP SPM daripada Pengetua mengikut Jadual Kerja/Takwim PP SPM. b) Menyerahkan lebihan Instrumen Pentaksiran kepada SuP selepas selesai Ujian Bertulis PP SPM. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Membuat laporan aduan KSLC kepada KPS. viii. Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) Perkara Tugas Dokumen a) Menerima pelantikan KPK daripada LP. b) Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap Mesyuarat Tugasan dan Skor di peringkat kebangsaan. c) Menyediakan Laporan Prestasi Ujian dan Laporan Prestasi Calon dan dihantar kepada LP. Bahan Pentaksiran a) Menerima Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran daripada LP semasa menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat kebangsaan. b) Menerima dan menyelaras Laporan PP SPM mengikut mata pelajaran sebelum dihantar kepada LP.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 25 Perkara Tugas Penskoran Evidens a) Mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat kebangsaan. b) Melaksanakan penyelarasan skor evidens KPN. c) Menjadi rujukan kepada KPN untuk sebarang isu berkaitan Penyelarasan Tugasan dan Skor evidens calon. Penjaminan Kualiti a) Menerima arahan pemantauan daripada LP. b) Melaksanakan Penjaminan Kualiti PP SPM bagi memastikan pelaksanaan ditadbir mengikut SOP yang telah ditetapkan. c) Memantau Fail Pentaksiran Pusat. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) Mendapatkan laporan kes khas daripada KPN dan menyerahkan laporan kepada LP. ix. Pentaksir Luar (PL) Perkara Tugas Penyelarasan Evidens/ Pengesahan a) Melaksanakan penyelarasan skor bagi evidens calon. b) Mengesahkan penganugerahan Sijil Tahfiz KPM dan Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan (bagi Kurikulum Bersepadu Tahfiz sahaja). Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) Melaporkan kes salah laku calon kepada LP. x. Ketua Pentaksir Negeri (KPN)/Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)/Pentaksir Kawasan (PKw) Perkara Tugas Dokumen Menyediakan maklumat berkaitan prestasi ujian dan prestasi calon dan dihantar kepada KPK. Bahan Pentaksiran Menerima Instrumen Pentaksiran daripada SuP sebelum menghadiri Mesyuarat


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 26 Perkara Tugas Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat kebangsaan. Penskoran Evidens a) Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat kebangsaan. b) Melaksanakan moderasi skor evidens KPKw/PKw/KPMP. c) Menjadi rujukan kepada KPKw/PKw/ KPMP untuk sebarang isu berkaitan Penyelarasan Tugasan dan Skor evidens calon. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor peringkat Negeri/Daerah mengikut keperluan JPN. b) Melaporkan kepada JPN sebarang ketidakakuran dalam skor evidens calon. Penjaminan Kualiti a) Melaksanakan Penjaminan Kualiti PP SPM bagi memastikan jadual kerja yang ditetapkan oleh LP dipatuhi. b) Memantau Fail Pentaksiran Pusat. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Mendapatkan laporan kes khas daripada KPN/KPKw/PKw dan menyerahkan laporan kepada JPN. b) Menyerah laporan aduan KSLC kepada JPN. xi. Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) Perkara Tugas Dokumen a) Merancang jadual kerja pentaksiran mengikut mata pelajaran. b) Memaklumkan perancangan dan mendapatkan pengesahan Jadual Kerja mata pelajaran daripada pengetua sebelum diedarkan kepada PMP/GLP. c) Menyediakan senarai nama dan menyusun calon sebelum menjalankan pentaksiran (ujian lisan/ujian bertulis). d) Memantau pengurusan Fail PMP/GLP dan evidens calon. e) Memastikan evidens yang berkaitan disimpan di tempat selamat yang telah ditetapkan sehingga enam (6) bulan


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 27 Perkara Tugas selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM. f) Menyediakan maklumat berkaitan prestasi ujian dan prestasi calon dan dihantar kepada KPN/KPKw/PKw. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PP SPM. b) Memastikan semua calon telah mendaftar mata pelajaran. c) Menjalankan pentaksiran pusat berdasarkan jadual kerja. d) Menerima senarai nama calon daripada SuP. e) Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat daerah dan disampaikan di peringkat sekolah. f) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor dan Mesyuarat Kes Khas. Bahan Pentaksiran a) Menerima Instrumen Pentaksiran daripada PKP sebelum menghadiri taklimat Penyelarasan Tugasan di peringkat Negeri/Daerah. b) Menyerahkan Instrumen Pentaksiran dan memberi taklimat Penyelarasan Tugasan kepada PMP/GLP dan murid yang terlibat berdasarkan Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran yang dibekalkan oleh LP. Penskoran Evidens a) Menerima Panduan Penskoran daripada PKP sebelum menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Skor di peringkat negeri/ daerah. b) Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Skor bersama KPN/KPKw/PKw. c) Menyerahkan Panduan Penskoran dan memberi taklimat penyelarasan skor di peringkat sekolah. d) Memastikan PMP/GLP memberikan skor kepada setiap evidens calon. e) Menyelaras skor evidens yang diberikan oleh PMP/GLP. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Mengenalpasti dan melaporkan kes-kes khas kepada GKMP. b) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas dan KSLC.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 28 Perkara Tugas c) Membuat laporan aduan KSLC kepada KPKw. xii. Pentaksir Mata Pelajaran (PMP)/Guru Lantikan Pengetua (GLP) Perkara Tugas Dokumen a) Mengurus Fail PMP/GLP dan evidens calon. b) Menyimpan evidens yang berkaitan di tempat yang telah ditetapkan sehingga enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM. Pengurusan Pentaksiran Pusat a) Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PP SPM. b) Melaksanakan PP SPM mengikut Jadual Kerja/Taklimat PP SPM yang ditetapkan. c) Menerima senarai nama calon daripada SuP. d) Memaklumkan jadual sidang pentaksiran pusat kepada calon. e) Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat sekolah. f) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor, Mesyuarat Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon. Bahan Pentaksiran a) Menerima Instrumen Pentaksiran daripada KPMP sebelum menghadiri taklimat Penyelarasan Tugasan di peringkat sekolah. b) Mengedarkan Instrumen Pentaksiran dan memberi taklimat Penyelarasan Tugasan kepada murid. Penskoran Evidens a) Menerima Panduan Penskoran daripada KPMP dan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Skor di peringkat sekolah. b) Memberikan skor kepada setiap evidens calon dalam tempoh yang ditetapkan. Perekodan dan Penghantaran Skor a) Melengkapkan Borang Skor Induk/ Borang Skor Calon dalam tempoh masa yang ditetapkan. b) KPMP (jika lebih dari seorang) membuat penyelarasan skor yang diberikan oleh PMP/GLP.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 29 Perkara Tugas c) Melaporkan dapatan penyelarasan skor kepada KPS sebelum penyelarasan skor dijalankan oleh KPKw/Pkw. d) Menyediakan dokumen dan evidens murid bagi tujuan penyelarasan skor oleh KPKw/PKw. e) Menerima borang markah yang dicetak oleh SuP melalui aplikasi SPPAT bagi tujuan semak silang bersama-sama dengan KPMP. f) Memastikan skor yang dimasukkan dalam aplikasi adalah skor yang telah diselaraskan. Pengurusan Kes Khas dan Kes Salah Laku Calon (KLSC) a) Mencadangkan permohonan kes khas dan laporan aduan KSLC kepada KPKw. b) Menyediakan laporan dan dokumen sokongan bagi setiap permohonan. c) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas dan KSLC. 5. Kriteria Pelantikan Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran dan pemeriksaan serta berintegriti dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel pentaksiran. i. Pengetahuan Dalam Mata Pelajaran a) Mengajar mata pelajaran berkenaan. b) Menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berkenaan. c) Berpengalaman mengajar mata pelajaran di peringkat menengah atas. ii. Pengetahuan Dalam Ilmu Pentaksiran a) Memahami konsep dan definisi pentaksiran. b) Mengetahui rasional pentaksiran dilaksanakan. c) Memahami maksud konstruk dan evidens dalam pentaksiran. d) Memahami aras kesukaran item dalam pentaksiran. e) Memahami cakupan item berdasarkan soalan. f) Mengetahui kaedah pentaksiran yang betul. g) Mempunyai pengetahuan tentang panduan penskoran. h) Mengetahui prinsip moderasi, verifikasi dan penyelarasan skor.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 30 6. Hierarki Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran i. KPK dilantik bagi setiap mata pelajaran. ii. PL dilantik mengikut keperluan (hanya untuk KBT dan Sekolah Seni Malaysia sahaja). iii. KPN dilantik bagi setiap mata pelajaran di setiap negeri berdasarkan keperluan. iv. KPKw/PKw dilantik bagi setiap mata pelajaran di setiap daerah berdasarkan keperluan. v. KPS, PKP, SuP, KPMP dan PMP/GLP dilantik secara automatik mengikut perjawatan semasa. vi. KPPS/PPS dilantik untuk pelaksanaan Ujian Bertulis sahaja. Rajah Hierarki Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran LP JPN PPD Sekolah Pengarah Peperiksaan KPK KPN KPKw/PKw KPS PKP SuP KPMP KPPS/PPS PMP/GLP PL


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 31 7. Syarat Lantikan Personel Pentaksiran i. Pentaksir Luar (PL) ii. Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) LP menetapkan instrumen pentaksiran yang memerlukan pentaksiran dianggotai oleh PL. Pelantikan berdasarkan Nota Kerjasama (MoA) dengan agensi yang terlibat dan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuat kuasa. Pentaksir Luar yang dilantik hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan LP dan berdasarkan kepakaran dalam bidang berkenaan; dan Syarat Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan; Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya enam (6) tahun; Bagi mata pelajaran baharu, pegawai pembina LP boleh dilantik sebagai KPK sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun; Bagi mata pelajaran baharu, KPK yang dilantik perlu mempunyai pengalaman mengajar untuk tempoh 2 tahun; dan Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 32 iii. Ketua Pentaksir Negeri (KPN) Syarat Profesional Tidak pernah digugurkan sebagai KPN/KPKw/PKw; Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik. Syarat Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan; Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa; dan Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 33 iv. Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Syarat Profesional Tidak pernah digugurkan sebagai KPKw/PKw; Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik. Syarat Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan; Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; • Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa; dan Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 34 v. Pentaksir Kawasan (PKw) Syarat Profesional Tidak pernah digugurkan sebagai PKw; Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik. Syarat Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan; Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa; dan Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib. Syarat Profesional Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 35 vi. Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) iv. Pentaksir Mata Pelajaran (PMP) Syarat Pelantikan Guru mata pelajaran tingkatan 4 atau 5 Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa; dan Sekiranya hanya seorang sahaja guru mata pelajaran, Guru Kanan Mata Pelajaran dalam bidang berkenaan boleh dilantik sebagai KPMP Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib. Syarat Profesional Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik. Syarat Pelantikan Guru mata pelajaran tingkatan 4 atau 5 Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa; dan


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 36 iv. Guru Lantikan Pengetua (GLP) 3.2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DOKUMEN PP SPM 3.2.1 Surat Rasmi i. Surat Siaran a) LP bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran pelaksanaan PP SPM. b) JPN bertanggungjawab mengedarkan surat siaran kepada PPD/sekolah. Syarat Profesional Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik. Syarat Pelantikan atas keperluan sekiranya berlaku perkara-perkara berikut; PMP berpindah ke daerah/negeri lain/jabatan PMP bersalin/sakit berpanjangan PMP cuti belajar sepenuh masa/belajar separuh masa Mengajar mata pelajaran berkenaan. Syarat Profesional Menerima maklumat dan memahami komponen Penjaminan Kualiti dan cara pelaksanaan; Menerima maklumat dan memahami Jadual Waktu, Jadual Kerja dan Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM yang disediakan oleh LP; dan Mempunyai ciri-ciri integriti dan kepimpinan yang baik.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 37 c) Pengetua bertanggungjawab menerima dan mengedarkan surat siaran kepada personel yang terlibat. ii. Surat Pelantikan a) LP bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan kepada KPK. b) JPN bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan kepada KPN, KPKw dan PKw. c) Pengetua pusat peperiksaan berdaftar bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan kepada Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran. d) Surat Pelantikan ini adalah sebagai punca kuasa kepada Personel Pentaksiran untuk menjalankan penskoran pentaksiran serta melaksanakan aktiviti Penjaminan Kualiti PP SPM. e) Pelantikan sebagai Personel Pentaksiran ini adalah sah untuk tahun semasa. LP dan JPN boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya guru yang dilantik didapati tidak mematuhi perkara yang dinyatakan di dalam surat pelantikan. 3.2.2 Format, Manual dan Modul Pentaksiran Format, manual dan modul pentaksiran mengikut mata pelajaran boleh dimuat turun dari portal LP. 3.2.3 Takwim PP SPM dan Jadual Kerja Mengikut Mata Pelajaran i. Takwim dan Jadual Kerja PP SPM akan dikeluarkan oleh LP mengikut tahun pelaksanaan. ii. Dokumen berkenaan boleh dimuat turun dari portal LP (lp.moe.gov.my). 3.2.4 Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM i. Panduan Pengoperasian Pentaksiran Pusat SPM akan dikeluarkan oleh LP. ii. Dokumen berkenaan boleh dimuat turun daripada portal LP. 3.2.5 Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran i. LP memuat naik Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran di portal LP. ii. Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran di muat turun oleh SuP daripada portal LP berdasarkan takwim iii. Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran diklasifikasikan sebagai dokumen Terhad.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 38 3.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PELAKSANAAN KOMPONEN (PP SPM) Pentaksiran mata pelajaran bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di peringkat menengah atas menggunakan format pentaksiran yang baharu bermula tahun 2020. Pengoperasian PP SPM hendaklah berpandukan Format Pentaksiran/Manual Pengoperasian/Modul Pentaksiran mengikut mata pelajaran yang dikeluarkan LP. Format pentaksiran bagi setiap mata pelajaran boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi LP (www.lp.moe.gov.my). Pihak sekolah bertanggungjawab menguruskan pengoperasian PP SPM bagi calon sekolah. Pihak JPN bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan PP SPM bagi calon persendirian untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Senarai mata pelajaran dengan komponen PP SPM di 7.0 Lampiran. 3.3.1 Ujian Lisan i. Ujian Lisan merupakan pentaksiran yang dijalankan untuk menguji keterampilan calon berbahasa, kemahiran komunikasi secara formal dan kemahiran mendengar calon. ii. Ujian Lisan dijalankan dalam tempoh masa mengikut jadual kerja dan jadual sidang yang ditetapkan. iii. Calon Kurang Upaya Pendengaran dan Calon Kurang Upaya Pertuturan boleh dikecualikan daripada melaksanakan Ujian Lisan. iv. Personel Pentadbiran merancang, menyusun jadual sidang mengikut jumlah calon dan menyediakan bilik peperiksaan. v. Ujian Lisan PP SPM dikategorikan kepada dua iaitu a) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) iaitu diambil oleh calon sekolah sahaja. b) Ujian Lisan iaitu diambil oleh calon sekolah dan calon persendirian. Calon sekolah dikendalikan oleh Personel Pentadbiran dan calon persendirian dikendalikan oleh JPN. c) Ujian Tilawah/Ujian Syafawi iaitu diambil oleh calon sekolah sahaja yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). 3.3.2 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) i. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ialah pentaksiran yang dijalankan dalam situasi komunikasi sebenar dan lebih daripada satu kemahiran bertutur dapat ditaksir. ii. Pentaksiran dijalankan secara berterusan dan dikendalikan sepenuhnya oleh PMP semasa proses Pengajaran,Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc). iii. Calon ditaksir pencapaiannya atau penguasaan secara lisan dalam pelbagai aktiviti individu dan kumpulan. iv. Pentaksiran ini membolehkan penambahbaikan dan pemulihan dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan penguasaan calon. v. PLBS terdiri daripada beberapa aspek: a) Talaqi b) Tahriri c) Tasmik


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 39 d) Murajaah 3.3.3 Ujian Bertulis i. Ujian Bertulis menggunakan instrumen yang mengandungi item Berstruktur atau Esei. ii. Pengoperasian Ujian Bertulis merujuk kepada Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan dikendalikan oleh Personel Pentadbiran. iii. Ujian Bertulis dilaksankan mengikut takwim pentaksiran pusat yang dikeluarkan oleh LP mengikut tahun semasa. iv. Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon diperiksa oleh Personel Pentaksiran dengan merujuk Panduan Penskoran. 3.3.4 Kerja Kursus/Projek i. Pentaksiran kerja kursus/projek menggunakan pendekatan pengujian autentik (authentic) iaitu calon dikehendaki mengemukakan kerja kursus/projek dengan menghasilkan produk/artifak/folio/persembahan untuk ditaksir. ii. Kerja kursus/ projek dilaksanakan mengikut jadual kerja yang ditetapkan. iii. Pentaksiran dijalankan secara berterusan dan dikendalikan sepenuhnya oleh PMP semasa proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). 3. Tugasan Modul Mata Pelajaran Vokasional (MPV) i. Tugasan modul MPV merupakan pentaksiran yang menekankan pengetahuan teknikal, kemahiran kebolehkerjaan serta nilai etika profesional calon. ii. Pentaksiran dijalankan secara berterusan dan dikendalikan sepenuhnya oleh PMP semasa proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc). iii. Hanya calon yang telah kompeten ≥ 50% daripada jumlah keseluruhan modul pentaksiran di Tingkatan 4 layak untuk didaftarkan. iv. Calon hendaklah memperolehi ≥ 70% markah untuk Kompeten (K) dalam setiap modul. v. Pengulangan pentaksiran boleh dilakukan jika calon Belum Kompeten (BK) dalam sesuatu modul pentaksiran. Calon diberi peluang mengulang sehingga calon Kompeten (K) atau tamat tempoh pentaksiran. Calon boleh terus membuat permohonan untuk ditaksir semula kepada PMP. vi. Hanya calon yang telah menyelesaikan ≥ 30% daripada keseluruhan modul layak untuk mendapat Sijil MPV.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 40 4. Bilik-Bilik Peperiksaan i. Bilik Menunggu iaitu bilik di mana calon ditempatkan sebelum menduduki ujian. ii. Bilik Ujian iaitu bilik di mana hanya calon dan PMP/GLP sahaja berada semasa sesi Ujian Lisan berlangsung. iii. Dewan/bilik peperiksaan iaitu bilik di mana calon ditempatkan untuk menduduki Ujian Bertulis mengikut Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. 3.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PANDUAN PENSKORAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran ditadbir urus oleh Personel Pentadbiran yang dilantik. Semakan dan pencetakan Instrumen Pentaksiran dibuat bagi memastikan dokumen yang dimuat turun adalah tepat dan lengkap. Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran perlu dibawa oleh Personel Pentaksiran (KPK/KPKw/PKw) ke Mesyuarat Penyelarasan Tugasan. Pengurusan dan pentadbiran Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran PP SPM adalah meliputi perkaraperkara berikut: Langkah-langkah Pengoperasian Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran oleh Personel PP SPM PENERANGAN 1. LP memuat naik Instrumen/Panduan Penskoran Pentaksiran mengikut Takwim PP SPM. 2. JPN/PPD/Pengetua memuat turun Instrumen Pentaksiran. • LP menyerahkan kata laluan muat turun kepada JPN. • JPN menyerahkan kata laluan muat turun kepada PPD. • PPD menyerahkan kata laluan muat turun kepada Pengetua. • Pengetua menyerahkan kata laluan muat turun kepada SuP. 3. SuP memuat turun Instrumen/Panduan Penskoran dan KPS membuat Semakan Pencetakan Bahan Pentaksiran Pusat (LP/Am166). 4. Instrumen/Panduan Penskoran diperbanyakkan dan disimpan dalam almari berkunci di tempat yang selamat. TAMA T Mula 1 2 3 4 5


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 41 PENERANGAN 5. Instrumen/Panduan Penskoran diserahkan kepada KPKw/PKw/KPMP untuk kegunaan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dan Skor di peringkat negeri/daerah mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. 3. Mesyuarat Penyelarasan Tugasan i. Mesyuarat Penyelarasan Tugasan dijalankan selepas Instrumen Pentaksiran dimuat turun. ii. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan untuk menyelaras tugasan berdasarkan Instrumen Pentaksiran yang dikeluarkan. a) Peringkat Kebangsaan b) Peringkat Negeri/Daerah Tugas •Mesyuarat diselaraskan oleh LP. •Personel yang terlibat wajib menghadiri keseluruhan sesi mesyuarat. •Menyelaras tugasan berdasarkan Instrumen Pentaksiran. •Menyediakan minit mesyuarat untuk diserahkan kepada KPN/KPKw/PKw. Tindakan LP JPN KPK KPN Tugas •Mesyuarat diselaraskan oleh JPN/PPD. •Personel yang terlibat wajib menghadiri keseluruhan sesi mesyuarat. •KPN/KPKw mempengerusikan mesyuarat. •Taklimat Penyelarasan Tugasan berdasarkan Instrumen Pentaksiran. Tindakan JPN/PPD KPN KPKw PKw KPMP


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT SPM MULAI TAHUN 2021 42 c) Peringkat Sekolah 4. Mesyuarat Penyelarasan Skor i. Mesyuarat dilaksanakan dengan tujuan menyelaras skor calon berdasarkan Panduan Penskoran yang dikeluarkan oleh LP. a) Peringkat Kebangsaan Tugas •Mesyuarat diselaraskan oleh KPMP (sekiranya lebih dari seorang PMP/GLP). •Personel yang terlibat wajib menghadiri keseluruhan sesi mesyuarat. •KPMP mempengerusikan mesyuarat. •Taklimat Penyelarasan Tugasan berdasarkan Instrumen Pentaksiran. Tindakan KPMP PMP/GLP Tugas •Mesyuarat diselaraskan oleh LP. •KPK menyediakan laporan PP SPM. •Personel yang terlibat wajib menghadiri keseluruhan sesi mesyuarat. •Menyelaras Panduan Penskoran. •Penyelarasan penskoran evidens. Tindakan LP JPN KPK KPN


Click to View FlipBook Version