Pembiakan
(Reproduction)
Bab 4
Anda akan mempelajari:
• Pembiakan seks dan aseks
• Sistem pembiakan manusia
• Kitar haid
• Persenyawaan dan kehamilan
• Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
• Kemandulan dan pencegahan kehamilan
• Pembiakan tumbuhan
• Proses penghasilan individu baru daripada organisma
hidup
• Untuk menambahkan bilangan individu suatu spesies
• Menggantikan yang mati
• Memastikan kemandirian (survival) hidupan
• Dua jenis:
◦ Pembiakan seks (sexual reproduction)
◦ Pembiakan aseks (asexual reproduction)
Pembiakan Seks dan
Pembiakan Aseks
Pembiakan seks
• Melibatkan dua induk berlainan jantina (Jantan dan Betina)
• Induk menghasilkan sel pembiakan yang dipanggil gamet
• Induk jantan menghasilkan gamet jantan (sperma)
• Induk betina menghasilkan gamet betina (ovum)
• Dua jenis persenyawaan (fertilization):
◦ Persenyawaan luar (external fertilization)
◦ Persenyawaan dalam (internal fertilization)
Perbandingan Persenyawaan Luar dan
Persenyawaan Dalam
Persenyawaan Luar Persenyawaan Dalam
• Cantuman gamet jantan dengan • Cantuman gamet jantan dengan
gamet betina berlaku di luar badan gamet betina berlaku dalam badan
organisma betina organisma betina
• Contoh: ikan, katak • Contoh: mamalia, burung, reptilia,
serangga
Kelebihan persenyawaan dalam berbanding
persenyawaan luar
• Peluang ovum disenyawakan oleh sperma adalah lebih
tinggi.
• Anak yang terhasil dalam badan betina mendapat
makanan dan perlindungan daripada ibu sebelum
dilahirkan.
Pembiakan aseks
• Melibatkan hanya satu induk.
• Tidak melibatkan gamet dan persenyawaan gamet tidak berlaku.
• Individu baru yang terhasil mempunyai ciri dan kandungan
genetik yang sama dengan induk.
• Kelebihan:
◦ Hanya satu induk diperlukan.
• Kelemahan:
◦ Tiada variasi ciri pada individu baru.
• Dijalankan oleh organisma ringkas – ameba,
paramesium, hidra serta tumbuhan seperti bawang,
halia, lumut dan ubi kentang.
• Jenis pembiakan aseks:
◦ Belahan dedua (binary fission)
◦ Pertunasan (budding)
◦ Pembentukan spora (spore formation)
◦ Pembiakan vegetatif (vegetative reproduction)
◦ Penjanaan semula (regeneration)
◦ Kultur tisu (tissue culture)
Belahan dedua (binary fission)
• Sel induk membahagi
menjadi dua sel anak yang
serupa.
• Nukleus membahagi dahulu
diikuti oleh sitoplasma.
• Contoh: Amoeba,
Paramecium
Pertunasan (budding) • Terbentuk di
bahagian tepi
induk
• Bermula
sebagai
unjuran dan
terus tumbuh
menyerupai
induk
• Tunas
matang akan
terpisah dari
pada induk
dan hidup
sebagai
individu baru.
Pembentukan spora (spore formation)
• Spora dihasilkan dalam struktur
khas (sporangium) melalui
pembahagian sel.
• Spora-spora dilepaskan apabila
sporangium matang pecah.
• Boleh dibawa angin ke tempat
yang jauh dari induk kerana ia kecil
dan ringan.
• Contoh: tumbuhan tidak berbunga
– lumut, paku-pakis, cendawan.
Penjanaan semula (regeneration)
• Sebahagian daripada organisma
induk tumbuh dan berkembang
menjadi individu baru.
• Contoh: cacing pipih (flat worm) –
planaria, tapak sulaiman (star fish)
Kultur tisu (tissue culture)
• Teknologi menghasilkan tumbuhan
baru daripada tisu dalam bidang
hortikultur
• Melibatkan pengkulturan tisu
secara in vitro (di luar badan
organisma)
• Induk berkualiti tinggi dipilih bagi
menghasilkan banyak tumbuhan
muda baru (klon) dengan cepat.
• Contoh: pokok pisang, padi,
tomato, jagung, kopi, kelapa sawit,
orkid dan getah.
Pembiakan vegetatif (vegetative
reproduction)
• Tumbuhan baru yang dihasilkan daripada struktur vegetatif pada tumbuhan
selain bunga.
• Struktur vegetatif mempunyai tunas muda dan makanan simpanan untuk
tumbuhan muda membesar.
• Bahagian yang terlibat:
◦ batang (stems),
◦ daun (leaves),
◦ akar (roots)
◦ pucuk (shoots)
Batang rayap (creeping stems)
• Batang yang tumbuh pada
permukaan tanah
• Pucuk tumbuh dari nodus dan
menjadi tumbuhan baru.
• Contoh
◦ Kiambang
◦ Rumput
◦ strawberi
Tuber dan rizom (underground stems)
• Batang bawah tanah yang
menyimpan makanan.
• Pucuk hijau baru akan tumbuh
daripada tunas menjadi tumbuhan
baru.
• Contoh: ubi kentang, halia
Bebawang (bulbs)
• Batang terubah suai dalam dasar
daun bengkak.
• Tunas tumbuh dalam batang
antara daun-daun.
• Pucuk hijau tumbuh daripada
tunas.
• Contoh: bawang (onions), keladi
bunting (water hyacinth)
Umbisi
• Batang bawah tanah yang
pendek, tebal dan bulat.
• Tumbuhan baru tumbuh
daripada tunas
menggunakan simpanan
dalam batang.
Daun (leaves)
• Sesetengah daun tumbuhan
menghasilkan tunas dan akar
adventitious pada pinggirnya
apabila terletak dalam tanah
lembap.
• Contoh: pokok begonia, pokok
setawar (Bryophyllum sp)
Akar (roots)
• Sesetengah akar tumbuhan
menyimpan makanan.
• Apabila tumbuhan induk mati, akar
tumbuh menjadi tumbuhan baru.
Pucuk (shoots)
• Sulur adalah pucuk bawah tanah
dengan daun bersisik.
• Ia menghasilkan daun daripada
akarnya.
• Pucuk kemudian berkembang
menjadi tumbuhan baru.
Sistem Pembiakan Manusia
(Human Reproductive
System)
Sistem pembiakan lelaki (male reproductive
system)
Organ pembiakan Huraian & Fungsi
Kelenjar prostat
• Terletak di dasar
pundi kencing
• Merembeskan
bendalir yang
mengandungi
nutrient untuk
sperma
• Bendalir
bersama dengan
sperma disebut
sebagai semen
(air mani)
Organ pembiakan Huraian & Fungsi
Duktus sperma
• Tiub yang
Testis menyalurkan
sperma dari testis
ke uretra
• Bersambung
dengan vesikel
semen yang
menyimpan
sperma sementara
dalam badan
• Terdapat sepasang
yang terletak
dalam skrotum
• Menghasilkan
sperma dan
merembeskan
hormone seks
lelaki - testosteron
Organ Huraian & Fungsi
pembiakan
Skrotum • Kantung yang tergantung di
luar badan lelaki
Uretra
• Melindungi testis dan
Zakar mengekalkannya pada
suhu bilik
• Tiub yang bermula dari
pundi kencing dan melalui
zakar
• Menyalurkan sperma ke
luar badan
• Organ seks lelaki yang
terdiri daripada tisu lembut
dan kaya dengan salur
darah
• Memindahkan sperma ke
dalam faraj perempuan
semasa persetubuhan
Sistem Pembiakan Perempuan (Female
reproductive system)
Organ Huraian & Fungsi
pembiakan
Ovari • Sepasang organ seks yang
terletak di kedua-dua belah
Tiub Fallopio uterus
(oviduktus)
• Menghasilkan ovum dan
hormone seks perempuan
seperti progesteron dan
estrogen
• Tiub berotot yang terletak
berhampiran dengan ovari
pada kedua-dua belah
uterus
• Tempat persenyawaan
sperma dan ovum
Sistem Pembiakan Perempuan (Female
reproductive system)
Organ Huraian & Fungsi
pembiakan
Uterus • Berbentuk bujur dan
(Rahim) berdinding otot tebal yang
kaya dengan kapilari darah
Serviks
• Tempat penempelan embrio
• Tempat fetus berkembang
dan membesar
• Bahagian leher uterus
• Merembeskan mucus untuk
memudahkan sperma
berenang ke tiub Fallopio
untuk persenyawaan ovum
• Terbuka sewaktu bersalin
Sistem Pembiakan Perempuan (Female
reproductive system)
Organ Huraian & Fungsi
pembiakan
• Tiub berotot yang membuka
Faraj ke luar sebagai vulva
• Tempat bagi pemindahan
sperma oleh zakar semasa
persetubuhan
• Menjadi lebar sewaktu
bersalin
Akil baligh (puberty) dalam lelaki dan
perempuan
• Akil baligh (puberty) : peringkat remaja lelaki dan
perempuan mencapai kematangan seks
• Lelaki: kebiasaannya 12 – 14 tahun
• Perempuan: Kebiasaannya 11 – 13 tahun
• Semasa akil baligh: perubahan fizikal, fisiologi dan
juga emosi
Perubahan yang berlaku pada lelaki dan
perempuan
Perubahan Lelaki Perempuan
Fizikal
• Suara menjadi garau • Bulu tumbuh di ketiak dan
Fisiologi • Bulu tumbuh di muka, ketiak kawasan pubis
Emosi
dan kawasan pubis • Kedatangan haid
• Badan menjadi lebih berotot, • Badan menjadi lebih berat dan
lebih tinggi dan dada lebih tinggi
besar • Payudara membesar
• Pinggul lebih lebar
• Testis mula menghasilkan
sperma dan merembeskan • Ovari mula melepaskan ovum
hormon seks seperti yang matang dan merembeskan
testosteron hormon seks perempuan –
progesterone dan estrogen
• Tertarik kepada wanita
• Berasa malu dan tertarik kepada
lelaki
Sel Pembiakan (gamet)
• Sperma
◦ Sel pembiakan lelaki
◦ Dihasilkan di testis apabila lelaki
mencapai akil baligh
◦ Sel paling kecil dalam badan
manusia
◦ Lelaki yang sihat menghasilkan lebih • Bahagian tengah: mengandungi banyak
kurang 2 billion sperma dalam satu mitokondria yang membekalkan tenaga
hari. kepada sperma
Ekor: membolehkan sperma berenang
• Struktur sperma:
◦ Kepala: mengandungi satu nukleus •
yang membawa maklumat genetik
Sel Pembiakan (gamet)
• Ovum
◦ Sel pembiakan perempuan
◦ Dihasilkan di ovari apabila
perempuan mencapai akil baligh
◦ Sel paling besar dalam badan
manusia dengan diameter lebih
kurang 0.1 mm dan berbentuk sfera
◦ Tidak boleh bergerak sendiri dan • Mempunyai nukleus yang besar dan
nukleusnya mengandungi bahan diselaputi oleh membran sel dan
genetik dikelilingi lapisan berjeli.
Satu sel ovum boleh hidup lebih kurang
◦ Kedua-dua ovari bergilir • 24 jam di dalam rahim.
mengeluarkan ovum
◦ Satu sel ovum dikeluarkan dalam
anggaran setiap 28 hari
Perbezaan sperma dan ovum
Sperma Ovum
• Berjuta-juta dibebaskan pada satu • Hanya satu dibebaskan pada satu
masa masa
• Bersaiz kecil kira-kira 0.01 – 0.05 • Bersaiz besar kira-kira 0.1 mm
mm diameter
• Dihasilkan dalam testis • Dihasilkan dalam ovari
• Boleh bergerak sendiri • Tidak boleh bergerak sendiri
• Mengandungi sedikit sitoplasma • Mengandungi banyak sitoplasma
yang mempunyai nutrien untuk zigot
• Tempoh hayat sehingga 72 jam selepas persenyawaan
• Tempoh hayat sehingga 24 jam
Kitar Haid (Menstrual Cycle)
• Bermula apabila seorang perempuan mencapai akil baligh
• Haid: penyingkiran tisu pelapik dinding uterus, darah, mukus dan ovum yang
tidak tersenyawa yang mengalir keluar melalui faraj perempuan.
• Sejak lahir, seorang perempuan mempunyai banyak ovum yang belum
matang. Pengovulan bermula apabila dia mencapai akil baligh.
• Pada akil baligh, ovum matang pada masa yang berbeza.
• Apabila matang, ovum dilepaskan dari ovari.
• Satu ovum dilepaskan dari salah satu ovari setiap bulan.
• Kitar haid: satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari
perempuan
• Melibatkan 4 fasa:
◦ Fasa haid
◦ Fasa pemulihan
◦ Fasa subur (pengovulan)
◦ Fasa prahaid
• Dikawal oleh hormone yang dirembes oleh ovari
• Kitar haid normal: 28 hari
• Bergantung kepada faktor seperti keadaan mental, fizikal, perubahan emosi
dan nutrisi
• Sindrom prahaid: sakit perut, perubahan emosi, sakit kepala dan kelesuan
• Perlu menjaga kebersihan diri
semasa haid
◦ Elak dijangkiti mikroorganisma
• Seorang perempuan akan berhenti
mengalami haid antara umur 50 –
55 tahun.
• Dipanggil putus haid (menopause)
• Kesuburan seseorang perempuan
telah tamat.
Persenyawaan dan
Kehamilan (Fertilization
and Pregnancy)
Persenyawaan (Fertilization)
• Suatu proses apabila satu sperma
bergabung dengan satu ovum lalu
membentuk satu zigot (zygote).
• Sewaktu persetubuhan:
◦ Berjuta-juta sperma dipindahkan dari
zakar lelaki ke dalam faraj
perempuan.
◦ Hanya lebih kurang 100 yang akan
sampai ke ovum
◦ Sperma perlu berenang melalui
serviks ke dalam uterus sebelum
sampai ke tiub Fallopio untuk sampai
ke ovum.
• Hanya satu sperma akan berjaya menembusi membrane ovum
• Kepala sperma itu akan masuk ke dalam ovum manakala ekornya tertinggal
di luar.
• Satu membrane akan terbentuk mengelilingi ovum untuk menghalang
sperma lain masuk ke dalamnya.
• Nukleus pada kepala sperma kemudian bercantum dengan nucleus ovum.
• Persenyawaan menghasilkan zigot yang akan bergerak ke uterus.
Pengovulan
• Ovum matang dilepaskan
Persenyawaan
• Percantuman nukleus sperma dengan
nukleus ovum
Perkembangan zigot
• Zigot membahagi berulang kali
membentuk embrio
• Embrio bergerak melalui tiub Fallopio
ke uterus
Penempelan
• 7 – 8 hari selepas persenyawaan,
embrio tertanam ke dalam dinding
uterus
Perkembangan zigot
kepada embrio dan fetus
hingga kelahiran
Zigot
• Terbentuk dalam tiub Fallopio dan membahagi
berulang kali sehingga menjadi embrio
embrio
• Terus membahagi berulang kali dan yang
berusia 2 bulan berkembang menjadi fetus
fetus
• Terus membahagi dan berkembang menjadi
bayi
Kepentingan dan fungsi plasenta (uri) dan
tali pusat (umbilical cord)
• Peringkat awal kehamilan, embrio ◦ Perlindungan
mendapatkan nutrien daripada
lapisan uterus. • Fetus dilindungi daripada system
keimunan ibu
• Permukaan embrio serta lapisan
uterus terikat dengan kuat dan • Melindungi fetus daripada perubahan
membentuk cakera besar yang berbahaya dalam tekanan darah ibu
dikenali sebagai plasenta.
◦ Perembesan hormon
• Kepentingan plasenta:
• Menyenggara pelapik uterus selepas
◦ Sebagai tempat pertukaran bahan bulan ketiga kehamilan
terlarut seperti makanan, bahan
buangan dan oksigen di antara ibu • Mengalirkan antibodi dari darah ibu
dengan fetus. kepada darah fetus supaya fetus
mendapat keimunan terhadap
• Fungsi plasenta: sebilangan penyakit
◦ Membolehkan perlekatan fizikal fetus • Embrio membesar dalam. satu pundi
kepada dinding uterus ibu bernama amnion (sarung ketuban).
• Pundi berisi bendalir amnion (air
ketuban) yang menyerap gegaran
dan melindungi embrio dari sebarang
bahaya
• Dari 2 bulan hingga kelahiran, embrio berkembang menjadi fetus.
• Fetus mula menyerupai manusia.
◦ Bahagian badannya seperti muka, anggota dan jari dapat dikenal pasti.
• Tali pusat (umbilical cord) menghubungkan embrio/fetus kepada plasenta.
• Fungsi tali pusat:
◦ Mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien (gula, vitamin, garam
mineral, asid amino dan lipid)
◦ Membawa bahan buangan (urea dan karbon dioksida) keluar dari fetus ke plasenta
dan disingkirkan melalui darah ibu.
• Dalam plasenta, darah ibu dan fetus tidak bercampur.