Kelahiran bayi
• Pada akhir kehamilan, badan fetus berpusing sehingga kepalanya menghala
ke arah serviks.
• Selepas lebih kurang 9 bulan, fetus telah berkembang dengan lengkap dan
bersedia untuk dilahirkan.
• Dinding uterus ibu mengecut dengan kuat, amnion (sarung ketuban) pecah
dan bendalir amnion (air ketuban) mengalir keluar.
• Fetus ditolak keluar dari uterus melalui faraj dan seterusnya keluar dari
badan.
• Bayi dilahirkan dan tali pusatnya dipotong.
Kelahiran normal
Kelahiran secara pembedahan / cesarean
section / c-section
Kelahiran bermasalah 1
Kelahiran bermasalah 2
Faktor yang mempengaruhi
perkembangan fetus dan
bayi
Kepentingan pengambilan makanan
berkhasiat
• Fetus bergantung kepada ibunya untuk semua keperluan.
• Seorang ibu hamil perlu:
◦ Mengambil makanan berkhasiat
◦ Mengamalkan gizi seimbang
◦ Menjaga kesihatan
• Gizi seimbang: satu sajian yang Nutrien Wanita Wanita
mengandungi semua kelas hamil tidak hamil
makanan (tujuh) dalam kuantiti Protein (g) 102
yang betul. Ferum (mg) 70
Kalsium 15 10
• Wanita hamil perlukan lebih banyak (mg) 1000 - 1500 800
tenaga harian (11 593 kJ) Vitamin A
berbanding wanita yang tidak hamil (µg) 900 750
(9450 kJ). Vitamin C
(mg)
100 70
Pelbagai kelas makanan sepanjang
kehamilan
Nutrien Sumber Fungsi
Karbohidrat dan Nasi, roti, kentang, susu, Membekalkan tenaga untuk aktiviti harian ibu
lemak mentega dan keju
Protein Ayam, daging lembu, ikan, Untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam fetus
kacang, susu dan keju
Asid folik Brokoli, bayam, kacang hazel dan Untuk perkembangan sistem saraf fetus yang
kacang tanah normal
Vitamin C Buah-buahan sitrus, tomato, Untuk kesihatan kulit fetus dan ibu
jambu dan sayuran
Kalsium dan Ikan bilis, keju dan susu Untuk pembentukan tulang fetus yang kuat dan
fosforus mengekalkan kesihatan dan kekuatan gigi dan
tulang ibu
Ferum Hati, daging merah dan ikan tuna Untuk pembentukan haemoglobin bagi
mengelakkan ibu mengalami anemia
Pelawas Bijirin, sayuran dan buah-buahan Untuk mencegah ibu daripada sembelit
Kepentingan mengelak
daripada mengambil bahan
yang memudaratkan fetus
• Ibu hamil perlu rehat dan tidur secukupnya, dan pemeriksaan yang kerap
oleh doctor.
• Ibu hamil tidak harus:
◦ Merokok
◦ Mengambil alkohol
◦ Mengambil dadah
• Gas karbon monoksida, nikotina dan tar terdapat dalam asap rokok.
• Gas karbon monoksida akan bergabung dengan haemoglobin dalam darah
membentuk karboksihemoglobin – mengurangkan oksigen ke fetus.
• Akibat dari karboksihemoglobin menyebabkan fetus:
◦ Bersaiz kecil
◦ Mungkin mati semasa dilahirkan
◦ Terencat akal atau cacat fizikal
◦ Pramatang dan keguguran
• Akibat daripada pengambilan alcohol, bayi akan mengalami Sindrom Alkohol
Fetus – melambatkan perkembangan dan merosakkan otak, system saraf
dan jantung.
• Akibat ketagihan dadah (contoh: heroin dan kokaina):
◦ Fetus mengalami kerosakan otak kekal, kerencatan mental atau masalah tingkah
laku dalam kehidupan secara berterusan
◦ Bayi dilahirkan dengan berat yang rendah
◦ Bayi mengalami kecacatan jantung yang teruk
Kebaikan penyusuan ibu
• Susu ibu ialah makanan sempurna bagi perkembangan bayi manakala susu
formula berasal dari susu lembu yang boleh diminum oleh bayi sebagai
pilihan kedua.
• Mengandungi laktosa, protein dan lemak yang lebih mudah dicernakan oleh
bayi - kurang menghadapi cirit-birit dan sembelit.
• Mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan
sesetengah penyakit dan meningkatkan sistem keimunan bayi.
• Mengandungi banyak vitamin, garam mineral, kalsium dan protein.
• Perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara ibu dengan bayinya
akan berkembang
• Tidak menyebabkan alergi.
Kemandulan (infertile) dan
Pencegahan Kehamilan
Kemandulan dan cara mengatasinya
• Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemandulan ialah ketidakupayaan satu
pasangan normal untuk beranak meskipun berusaha selama 12 bulan.
• Punca kemandulan:
Kemandulan lelaki Kemandulan perempuan
• Bilangan sperma sedikit • Ovari tidak dapat menghasilkan atau
• Testis tidak dapat menghasilkan sperma membebaskan ovum matang
• Lelaki yang mati pucuk gagal memindahkan • Tiub Fallopio tersumbat
sperma ke dalam faraj perempuan • Ketumbuhan fibroid dalam uterus
• Ketidakseimbangan hormone atau kekurangan hormon seks
• Organ seks cacat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti sifilis dan gonorea
Cara mengatasi kemandulan
Pembedahan laparoskop
Kaedah Pencegahan Kehamilan
• Membolehkan pasangan suami isteri
menentukan bilangan anak mengikut
keupayaan ekonomi dan masa.
• Boleh berunding dengan doctor untuk
merancang jarak umur antara anak-anak
mereka.
• Pencegahan kehamilan berlaku dengan
cara:
◦ Menghentikan penghasilan ovum matang
(pengovulan)
◦ Menghalang sperma daripada sampai dan
mensenyawakan ovum
◦ Menghalang penempelan embrio pada
dinding uterus
• Dijalankan secara kimia, semula jadi,
mekanikal atau pembedahan.
Jenis kaedah Cara penggunaan Kelemahan Kelebihan
Pil pencegah hamil • Hormon menghalang • Kesan sampingan: • Berkesan jika diambil
(kimia – hormon) pengovulan loya, berat badan dengan teratur
bertambah
• Ditelan oleh
perempuan setiap
hari selama 21 hari
selepas haid
Penggunaan kondom • Sarung getah nipis • Boleh bocor • Tiada kesan
(mekanikal) yang dipasang pada
zakar lelaki sebelum • Alergi terhadap getah sampingan
persetubuhan untuk
mencegah sperma • Melindungi pengguna
daripada memasuki
faraj perempuan dari jangkitan
penyakit kelamin
seperti AIDS
Jenis kaedah Cara penggunaan Kelemahan Kelebihan
Alat kontraseptif dalam • Diperbuat daripada • Risiko penyakit • Boleh memberikan
uterus (IUCD) - wayar kuprum atau perlindungan selama
Mekanikal plastic dalam radang serviks yang 10 tahun
pelbagai saiz dan
bentuk tinggi
• Kekejangan otot
• Dipasang pada
uterus wanita oleh uterus
doctor untuk tempoh
yang berbeza
(beberapa bulan ke
beberapa tahun)
Jenis kaedah Cara penggunaan Kelemahan Kelebihan
Kaedah ritma (semula
jadi) • Gunakan pengukuran • Perlu simpan rekod • Tiada kos
Vasektomi suhu tubuh dan kitar haid perempuan • Tiada kesan
(Pembedahan)
perubahan mucus yang tepat bagi sampingan
serviks bagi menentukan waktu • Diterima oleh
menganggarkan suburnya kebanyakan agama
• Tidak berkesan bagi
masa pengovulan
• Elakkan wanita yang
persetubuhan mempunyai kitar haid
semasa waktu subur yang tidak tetap
• Kedua-dua ductus • Memerlukan • 100% berkesan
• Tiada kesan
sperma lelaki pembedahan
• Pembedahan tidak sampingan
dipotong dan diikat
• Tiada sperma keluar berbalik dan kekal
menerusi zakar
Jenis kaedah Cara penggunaan Kelemahan Kelebihan
Implan progesteron • Tiub yang berisi • Risiko masih belum • Menghalang
(Hormon dan pengovulan,
pembedahan) progesteron buatan diketahui kemasukan sperma
dan penempelan
dimasukkan di bawah
lengan atas kulit
perempuan
• Tahan selama 5
tahun
Ligasi tiub (tubektomi) • Kedua-dua tiub • Memerlukan • 100% berkesan
(Pembedahan) • Tiada kesan
Fallopio dipotong dan pembedahan
sampingan
diikat • Pembedahan tidak
• Sperma tidak dapat berbalik dan kekal
mensenyawakan
ovum
Jenis kaedah Cara penggunaan Kelemahan Kelebihan
Spermisid (Bahan kimia) • Jeli, krim atau busa • Keberkesanannya • Murah
• Boleh digunakan
dimasukkan ke dalam tidak terjamin
Bersama-sama
faraj wanita sebelum • Boleh menyebabkan
kondom
persetubuhan alahan (alergi)
• Membunuh sperma
yang memasuki faraj
Kepentingan mengamalkan pemeriksaan
kesihatan
• Mengenal pasti masalah system pembiakan seperti fibroid bagi pasangan
yang sukar beranak.
• Mengesan penyakit seperti kanser ovari, AIDS atau pertumbuhan dalam
organ pembiakan untuk rawatan segera.
• Membantu pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk
mengatasi masalah mereka. Kaedah seperti IVF boleh dijalankan.
Penyalahgunaan pengetahuan kaedah
pencegahan kehamilan dan kesannya kepada
masyarakat
• Menimbulkan masalah
sosial seperti:
◦ Hubungan seks bebas
◦ Pil pencegahan kehamilan
boleh diperoleh dengan
mudah tanpa perlunya
preskripsi doktor.
• Seks rambang
• Penyakit kelamin
◦ Keluarga yang terlibat dalam
penyalahgunaan kaedah
pencegahan kehamilan
mungkin berpecah-belah.
Pembiakan Tumbuhan
(Plant Reproduction)
Struktur dan fungsi bahagian bunga
• Bunga (flower): organ pembiakan
tumbuhan.
• Menghasilkan gamet jantan dan
gamet betina
• Dua jenis bunga:
◦ Biseks – mempunyai kedua-dua
organ pembiakan jantan dan betina.
◦ Aseks – mempunyai salah satu
organ pembiakan sahaja.
Bahagian bunga Fungsi
Sepal Melindungi bunga pada
peringkat kudup (bud)
Ranggi (petal) Menarik agen pendebungaan
(Contoh:serangga) untuk
mendebungakan bunga
Stamen (organ Anter Menghasilkan debunga
pembiakan Filamen Menyokong anter
jantan)
Pistil / Karpel Stigma Menerima bunga
(organ Stil Menyokong stigma
pembiakan Ovari Mengandungi ovul
betina)
Ovul Mengandungi gamet betina
Proses pendebungaan (pollination process)
• Pendebungaan (pollination): proses pemindahan debunga matang dari anter
ke permukaan stigma yang melekit.
• Apabila anter matang, ia akan pecah dan mendedahkan debunganya.
• Tumbuhan perlukan agen untuk membantu memindahkan debunganya.
• Agen pendebungaan (pollination agents):
◦ medium (air dan angin)
◦ organisma (serangga dan haiwan)
• Pendebungaan – dua jenis:
◦ Pendebungaan sendiri (self-pollination)
◦ Pendebungaan kacuk (cross-pollination)
Perbandingan pendebungaan sendiri dan
pendebungaan kacuk
Satu / dua Satu ❖ Dari debunga Dua Dua bunga
bunga dari pokok pokok dari dua
pokok sama ke stigma pokok
Pendebungaan ❖ Perlu agen Pendebungaan
sendiri kacuk
pendebungaan
Stamen dan Stamen dan stigma
stigma matang matang waktu yang
waktu yang sama sama atau berbeza
Kelebihan pendebungaan kacuk
• Sifat pokok baru dari pendebungaan kacuk:
◦ Lebih sihat – daya tahan terhadap penyakit dan
serangga
◦ Mampu sesuaikan diri dalam persekitaran yang
berubah
◦ Lebih banyak buah berkualiti baik
◦ Biji benih berkualiti tinggi
◦ Matang awal dan cepat berbuah
Aplikasi pendebungaan kacuk
• Agensi yang menjalankan penyelidikan:
◦ MARDI – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Malaysian
Agricultural Research & Development Institute)
◦ MPOB – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board)
◦ RRI – Institut Penyelidikan Getah Malaysia (Rubber Research Institute of Malaysia)
• Hasil pendebungaan kacuk:
◦ Kelapa sawit spesies Tenera (kacukan Dura dan Pisifera)
◦ Padi variety MR103 dan MR106
◦ Jagung variety Masmadu – lebih besar & manis
◦ Betik variety Eksotika – lebih manis, harum dan warna merah oren
◦ Durian
Kelapa sawit
Padi
Padi
Jagung
Betik
Durian
XO
Mao Shan Wang/ Musang King D24
(Butter durian, Cat Mountain King,
Rajah Kunyit)
Red Prawn (Hong Xia,
Ang Hay)
Proses persenyawaan dalam tumbuhan