GEOGRAFI MODUL
ALAM SEKITAR PEMBELAJARAN
LATUBI
MANUSIA SEMESTER 1
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 2020
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
ALAM SEKITAR MANUSIA
TEMA 1
PENDUDUK
1.1 KONSEP PENDUDUK
PENDUDUK SEBAGAI SUMBER
Penduduk sebagai sumber manusia merujuk kepada manusia sebagai aset atau
tenaga buruh yang boleh digunakan dalam pembangunan sosioekonomi
sesebuah negara. Penduduk sebagai sumber boleh diukur berdasarkan kuantiti
dan kualiti. Kuantiti penduduk merujuk kepada jumlah, bilangan atau saiz
penduduk mengikut umur dan jantina. Kualiti penduduk adalah berkaitan taraf
pendidikan, kemahiran, kesihatan dan sikap.
Objektif Pelajaran 1. Menyatakan konsep penduduk sebagai
sumber manusia
Penduduk sebagai sumber manusia boleh diukur melalui dua indikator iaitu
kuantiti dan kualiti.
1. Kuantiti Penduduk. Kuantiti penduduk boleh diukur berdasarkan lima
iaitu aspek (1) bilangan atau jumlah penduduk (2) saiz penduduk (3)
taburan penduduk yang mendiami sesebuah kawasan, daerah atau negara
pada tempoh masa tertentu (4) struktur umur yang merangkumi golongan
muda (tidak produktif & menjadi tanggungan), golongan dewasa (produktif)
dan golongan tua (menjadi tanggungan & tidak produktif) dan (5) jantina:
lelaki mempunyai kekuatan tenaga fizikal untuk bekerja dalam sektor
ekonomi primer seperti pertanian dan pembalakan khususnya di negara
sedang membangun manakala perempuan kurang tenaga fizikal sesuai
untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan khususnya
negara maju.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 1
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
2. Kualiti Penduduk. Kualiti penduduk boleh diukur berdasarkan beberapa
aspek iaitu (1) taraf pendidikan yang merangkumi kadar celik huruf,
pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, menengah, pendidikan tinggi,
kolej, maktab dan universiti (2) kemahiran iaitu penduduk yang mudah
menerima kemahiran, berkemahiran tinggi dan berinovasi, (3) taraf
kesihatan yang baik iaitu sihat dan cergas fizikal serta mental, (4) sikap
positif penduduk iaitu berdisipin, bersikap positif, bermotivasi, mudah
menerima pembaharuan, berinovasi dan mempunyai nilai murni yang
tinggi.
PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
Objektif Pelajaran 2. Menjelaskan peranan manusia sebagai agen
perubahan melalui aktiviti sosioekonomi
Penduduk sebagai agen perubahan terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Agen Perubahan Ekonomi. Penduduk sebagai agen perubahan ekonomi
merujuk kepada peranan manusia sebagai tenaga kerja yang digunakan
bagi memacu dan menukar sektor ekonomi tradisional kepada sektor
ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan. Penduduk
sesebuah negara berperanan menggerakkan pembangunan ekonomi
melalui sumbangan tenaga kerja dan pengguna kepada barangan serta
perkhidmatan yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi. Penduduk
yang ramai dan berkualiti mampu memberi nilai tambah dan
mengembangkan jumlah permintaan atau penawaran barangan serta
perkhidmatan.
2. Agen Perubahan Sosial. Penduduk sebagai agen perubahan sosial
merujuk kepada peranan penduduk sesebuah negara dalam mewujud dan
mengembang kemudahan infrastruktur asas dan infrastruktur sosial.
Penduduk sesuatu kawasan sangat berperanan dalam mempengaruhi
revolusi teknologi perhubungan dan telekomunikasi.
3. Agen Perubahan Landskap Fizikal. Penduduk sebagai agen perubahan
landskap fizikal merujuk kepada peranan penduduk dalam melakukan
pelbagai perubahan terhadap landskap fizikal. Manusia melalui pelbagai
aktiviti ekonomi bertanggungjawab menyebabkan perubahan kepada
empat sistem fizikal iaitu (a) Geomorfologi seperti hakisan permukaan
cerun, kegagalan cerun, struktur tanah longgar, tanah runtuh, tanah berasid
dan kurang subur (b) Atmosfera seperti pencemaran udara, jerubu,
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 2
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
ketidakseimbangan gas di atmosfera, hujan asid, pemanasan mikro, pulau
haba, kemarau, El Nino dan La Nina (c) Hidrologi iaitu kemusnahan
kawasan tadahan hujan, kadar resapan air tanah berkurangan, isipadu
akuifer kurang, mata air sungai dan isipadu badan air terjejas (d) Ekologi
seperti kepupusan dan kemusnahan biodiversiti flora dan fauna, kepupusan
pelbagai spesies pokok, herba, binatang liar, serangga dan unggas hutan,
ekosistem hutan terjejas dan terganggu.
4. Agen Perubahan Landskap Budaya. Penduduk sebagai agen perubahan
landskap budaya merujuk kepada peranan manusia melalui pelbagai aktiviti
ekonomi yang menyebabkan perubahan pelbagai bentuk landskap budaya.
Antara bentuk landskap budaya adalah petempatan, guna tanah,
pengangkutan dan perbandaran. Pembinaan kawasan petempatan
menyebabkan topografi fizikal seperti hutan, tanah tinggi, paya dan tasik
ditebus guna menjadi topografi budaya seperti tapak bangunan dan
kawasan kediaman penduduk. Pembangunan guna tanah menyebabkan
eksploitasi hutan, tanah tinggi dan tasik untuk pembinaan kawasan
pertanian, perumahan, lebuh raya, hotel, bangunan perniagaan,
pelancongan, perlombongan, perindustrian dan sebagainya.
1.2 TABURAN PENDUDUK
Taburan penduduk bermaksud sebaran atau corak agihan penduduk di atas
muka bumi yang tidak sekata iaitu jarang, sederhana dan padat. Taburan
penduduk atas muka bumi pada umumnya adalah tidak seragam, tidak seimbang
atau tidak sekata. Ada kawasan yang padat dengan penduduk, ada kawasan
sederhana, ada kawasan yang jarang dan ada kawasan ekstrem atau melampau
tidak didiami manusia.
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT WILAYAH
Objektif Pelajaran 3. Mengenal pasti pola taburan dan kepadatan
penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia
1. Taburan Penduduk Mengikut Benua. Taburan penduduk pada
dasarnya adalah tidak sekata. Ada kawasan mempunyai penduduk yang
sangat padat dan ada kawasan yang penduduknya sangat jarang. Data
statistik menunjukkan bahawa Lebih 60 peratus atau 4.2 bilion penduduk
dunia tinggal di Benua Asia. 11 peratus penduduk tinggal di Benua Eropah,
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 3
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
8 peratus penduduk tinggal di Amerika Utara dan 5.3 peratus lagi tinggal
di Amerika Selatan.
2. Taburan Penduduk Mengikut Garislintang. Berdasarkan
kedudukan garis lintang didapati 50 peratus penduduk dunia tinggal
di kawasan garis lintang 20°U hingga 40°U dan 40 peratus tinggal di
kawasan garislintang 40°U hingga 60°U dan kurang dari 10 peratus
penduduk tinggal di Hemisfera Selatan.
3. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan. Perincian taburan
penduduk mengikut kawasan menunjukkan bahawa taburan dan
kepadatan penduduk wilayah dunia adalah tidak sekata. Pada umumnya
kepadatan penduduk boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu kawasan
penduduk padat, kawasan penduduk sederhana dan kawasan penduduk
jarang.
POLA TABURAN DAN KEPADATAN PENDUDUK DUNIA
1. Penduduk Padat. Pola taburan penduduk padat dunia dipengaruhi oleh
faktor dominan seperti bandar utama, kawasan perindustrian, kawasan
pertanian dan kawasan yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat.
Antara kawasan penduduk padat di dunia adalah Jakarta, Washington,
Paris dan Tokyo.
2. Penduduk Sederhana Padat. Kawasan penduduk sederhana padat dunia
adalah kawasan hutan sejuk sederhana, hutan taiga, hutan pokok tirus,
padang rumput hawa sederhana dan kawasan mediterranean.
3. Penduduk Jarang. Kawasan yang mempunyai pola taburan penduduk
jarang di wilayah dunia adalah kutub utara, kawasan tundra, gurun panas,
hutan hujan khatulistiwa, Lembangan Amazon, Lembangan Congo dan
pedalaman Asia Tenggara.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 4
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Rajah 1.1 : Taburan Penduduk Dunia
POLA TABURAN DAN KEPADATAN PENDUDUK MALAYSIA
1. Kawasan Penduduk Padat. Pola taburan penduduk padat Malaysia
di pengaruhi oleh faktor dominan seperti bandar utama, kawasan
perindustrian, kawasan pertanian dan kawasan yang mengalami
pertumbuhan ekonomi pesat. Antara kawasan berpenduduk padat adalah
kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang mempunyai tanah yang
subur dan sesuai untuk pembangunan pelbagai aktiviti ekonomi seperti
pertanian, perlombongan, perindustrian dan perkhidmatan. Bandar utama
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Shah Alam dan Georgetown juga mempunyai
penduduk pada iaitu melebihi 200 orang km2.
2. Kawasan Penduduk Sederhana Padat. Taburan penduduk
sederhana padat di Malaysia adalah di kawasan penanaman getah dan
kelapa sawit, tanah rancangan pembangunan wilayah, kawasan pesisir
pantai serta kawasan bandar kecil dan sederhana.
3. Kawasan Penduduk Jarang. Taburan penduduk jarang di Malaysia
adalah kawasan pedalaman yang berbukit, bergunung ganang dan
berhutan tebal serta kawasan paya. Antaranya ialah kawasan pergunungan
di Sabah, Sarawak dan Pahang.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 5
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Rajah 1.2: Peta Taburan Penduduk Malaysia
KETAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
Objektif Pelajaran 4. Menerangkan faktor yang mempengaruhi
ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan negara
Malaysia dengan penekanan kepada data taburan penduduk
Malaysia.
Pola taburan penduduk yang tidak seimbang wilayah dunia
dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu
1. Bentuk Muka Bumi. Kawasan yang bergunung-ganang dan
mempunyai hutan tebal dan sukar dihubungi atau mempunyai darjah
ketersampaian yang rendah seperti banjaran gunung mempunyai
kepadatan penduduk yang jarang. Kawasan tanah pamah atau delta yang
subur seperti Delta Irrawady dan Lembangan Huang He mempunyai
penduduk yang sangat padat.
2. Saliran. Kawasan mempunyai sumber saliran yang baik juga
mempengaruhi taburan penduduk. Sungai merupakan jalan pengangkutan
yang agak penting di beberapa kawasan. Sungai berperanan untuk
membekalkan sumber sistem pengairan bagi mengairi kawasan pertanian,
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 6
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
membekalkan keperluan air bersih, sumber protein dan membekalkan tanih
alluvium yang subur untuk aktiviti pertanian. Antara kawasan tebing sungai
yang menjadi tumpuan penduduk ialah Sungai Chao Praya, Sungai
Mekong dan Sungai Irrawady.
3. Demografi. Taburan penduduk dunia dipengaruhi oleh faktor demografi
seperti kadar kelahiran, kematian, kesihatan dan tahap kesuburan wanita.
Penduduk berkurangan di kawasan yang menghadapi masalah kadar
kematian yang tinggi akibat masalah kebuluran atau bencana alam.
4. Perbandaran. Proses pembandaran yang pesat mempengaruhi taburan
penduduk. Kawasan bandar yang mengalami proses perbandaran sangat
pesat seperti Tokyo dan New York mempunyai penduduk yang sangat
padat berbanding kawasan luar bandar yang tidak mengalami proses
perbandaran.
5. Pengangkutan. Kemudahan pengangkutan khususnya jalan raya dan
jalan keretapi moden sangat mempengaruhi taburan penduduk.
Kemudahan sistem pengangkutan yang baik meningkatkan mobiliti
penduduk untuk pergi ke sesuatu kawasan. Ketersampaian yang rendah
menyebabkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak atau kawasan
pedalaman dunia mempunyai beberapa orang penduduk sahaja.
6. Jenis Kegiatan Ekonomi. Kawasan tumpuan yang paling padat
dengan penduduk di dunia adalah kawasan pembangunan perindustrian
yang maju seperti di Barat Laut Amerika Syarikat dan wilayah
pembangunan pertanian intensif serta saintifik seperti di Lembah Chang
Jiang Cina dan Praire Kanada.
7. Dasar Kerajaan. Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting
dalam mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah negara atau wilayah.
Dasar kependudukan dan pembangunan yang diamalkan dapat
mempengaruhi taburan penduduk, program tranmigrasi penduduk seperti
dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia telah menarik penduduk di Pulau
Jawa untuk berpindah ke Pulau Sumatera dan Kalimantan yang
berpenduduk jarang.
8. Sejarah Asal. Sejarah penjajahan dan eksploitasi sumber alam oleh
British secara tidak langsung telah mempengaruhi taburan penduduk.
Pembangunan kawasan yang kaya dengan sumber bijih timah dilakukan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 7
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
oleh British menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia seperti Lembah
Kelang dan Lembah Kinta menjadi kawasan tumpuan penduduk. Sejarah
peperangan yang panjang seperti yang berlaku beberapa kawasan Asia
seperti Myanmar, Afghanistan dan Syiria menyebabkan taburan penduduk
tidak seimbang kerana penduduk terpaksa berpindah ke petempatan baru.
KEMAHIRAN AMALI
Objektif Pelajaran 5. Mengira kepadatan penduduk mengikut
wilayah dunia, Asia Tenggara dan negeri-negeri di Malaysia
Kepadatan penduduk suatu kawasan atau wilayah boleh dihitung
menggunakan formula berikut:
KEPADATAN PENDUDUK JUMLAH PENDUDUK
CONTOH PENGIRAAN :
KELUASAN KAWASAN
25 OOO
100 KM2
= 250 orang KM2
Objektif Pelajaran 6. Melukis, melabel, dan mempersembahkan
data taburan penduduk dalam bentuk jadual, gambarajah, dan
peta tematik.
PETA KOROPLET
Peta Koroplet merupakan satu bentuk peta tematik yang digunakan bagi
menunjukkan kepadatan atau densiti sesuatu data yang diwakilinya. Perbezaan
nilai dalam peta koroplet digambarkan melalui perbezaan ton warna. Peta
Koroplet sangat sesuai bagi menunjukkan taburan sesuatu ciri geografi seperti
kepadatan penduduk.
MELUKIS PETA KOROPLET
1. Data. Kira data kepadatan penduduk menggunakan formula jumlah
penduduk ÷ keluasan kawasan. Kemudian susun semula data kepadatan
penduduk mengikut urutan daripada nilai terkecil kepada nilai yang
terbesar.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 8
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
CONTOH SUSUNAN DATA KEPADATAN PENDUDUK
34
73
94
131
268
529
868
1174
5592
2. Sela Kelas. Pilih sela kelas yang sesuai untuk mewakili seiap kumpulan
nilai kepadatan. Sela kelas yang terbaik adalah tidak melebihi lapan
kumpulan sela. Contoh sela kelas adalah seperti berikut:
CONTOH SELA KELAS
50
0 – 49
50 – 99
100 – 149
150 – 199
200 – 249
> 250
3. Jadual Pengiraan Data. Data disusun dalam bentuk jadual seperti
berikut:
KAWASAN PENDUDUK KELUASAN KEPADATAN
JOHOR 2 496.2 18 986 131
KEDAH 1 505.9 9 426 160
KELANTAN 1 411.1 14 983 94
MELAKA 872 900 1 650 529
NEGERI SEMBILAN 797.9 6 643 120
PAHANG 1 213.9 35 965 34
PERAK 2 083.3 21 005 99
PERLIS 213.2 795 268
PULAU PINANG 1 209.9 1 031 1 174
SELANGOR 6 909.7 7 956 868
TERANGGANU 948.4 12 955 73
WP KUALA LUMPUR 1 358.9 243 5 592
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 9
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
4. Tentukan Skema Lorekan. Menentukan skema lorekan yang sesuai
bagi setiap sela kelas. Pastikan lorekan yang paling jarang dibuat untuk
kepadatan yang paling rendah dan lorekan yang paling rapat untuk
kepadatan yang paling tinggi.
< 100
100 - 199
200 - 299
300 - 399
> 400
5. Melukis Peta Koroplet. Tandakan lorekan pada peta dasar mengikut
skema lorekan yang berkenaan mengikut daerah, negeri atau negara.
Lorekan perlu dilakukan dengan cermat dan kemas. Lengkapkan peta
dengan tajuk dan petunjuk.
Rajah 1.3: Peta Koroplet Kepadatan Penduduk
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 10
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
PETA TITIK
Peta Titik merupakan bentuk simbol yang paling mudah dan berkesan bagi
menunjukkan taburan sesuatu ciri khususnya taburan penduduk. Titik yang
seragam diperlukan dan setiap titik mampu mewakili nilai penduduk tertentu.
Keberkesanan sebuah peta titik bergantung kepada kaedah pemilihan nilai titik
kerana titik yang dibentuk memberi kesan pandang terhadap peta yang
dihasilkan. Jika nilai titik terlalu kecil maka jumlah titik menjadi terlalu banyak dan
sukar untuk menunjukkan perbezaan antara kawasan penduduk padat dan
jarang.
MELUKIS PETA TITIK
1. Data. Teliti data yang diberi dan tentukan nilai maksima dan minima
(contoh nilai maksima 395 741, nilai minima 84 771).
2. Menentukan Skala. Pilih skala yang sesuai supaya taburan titik
mewakili semua data penduduk (contoh skala 1 titik mewakili 10
000).
3. Mengira Jumlah Titik. Kira jumlah titik yang diperlukan bagi setiap
kawasan mengguna formula (Bilangan Titik = Jumlah Penduduk ÷
Nilai Skala Titik).
DAERAH PENDUDUK BILANGAN TITIK
Seberang Perai Tengah 236 270 236 270 ÷ 10 000 = 23.6 (24 titik)
Seberang Perai Utara 224 647 224 647 ÷ 10 000 = 22.4 (22 titik)
Seberang Perai Selatan 84 771 87 771 ÷ 10 000 = 08.4 (08 titik)
Daerah Timur Laut 395 741 395 741 ÷ 10 000 = 39.5 (40 titik)
Daerah Barat Daya 122 765 122 765 ÷ 10 000 = 12.2 (12 titik)
4. Melukis Peta Titik. Tandakan titik pada peta dasar mengikut bilangan
titik yang ditentukan mengikut daerah, negeri atau negara. Menanda
bilangan titik perlu dilakukan dengan cermat dan kemas. Lengkap peta
dengan tajuk, skala dan petunjuk.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 11
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Rajah 1.4: Peta Titik Taburan Penduduk
Objektif Pelajaran 7. Mentafsir peta dan menganalisis data
taburan penduduk dari segi sebab dan kesan perbezaan taburan
terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan.
KESAN KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
1. Tekanan Terhadap Sumber Alam. Kawasan yang berpenduduk
padat memberi tekanan terhadap sumber alam. Antaranya berlaku
persaingan terhadap guna tanah. Permintaan yang sangat tinggi untuk
membina kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan dan rekreasi
menyebabkan kawasan untuk pertanian berkurangan.
2. Kemerosotan & Kepupusan Sumber. Taburan penduduk yang
terlalu padat memberi ancaman terhadap kepupusan dan kemerosotan
kualiti sumber alam. Sumber hutan yang ditebang untuk dijadikan kawasan
pertanian, petempatan dan perindustrian. Penebangan hutan secara besar-
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 12
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
besaran dan tidak terkawal mengancam kualiti hutan dan memusnahkan
kawasan tadahan air.
3. Pembaziran Sumber Alam. Taburan penduduk yang jarang
mempunyai kesan tehadap sumber alam. Kawasan yang kurang penduduk
mengalami pembaziran sumber. Sumber alam seperti mineral, tanih dan
hutan tidak diteroka atau dibiarkan dalam keadaan semulajadi. Dari segi
ekonomi sumber yang tidak dibangunkan adalah membazir. Penduduk
yang sedikit menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk membangukan
sumber alam sedia ada di kawasan berkenaan.
4. Kemerosotan Kualiti Udara. Pertambahan penduduk yang pesat di
sesuatu kawasan khususnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Johor Baharu menyebabkan peningkatan pencemaran udara. Bilangan
kenderaan yang banyak menyumbang kepada pertambahan kandungan
gas pencemar seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida yang
menyebabkan kemerosotan kualiti sumber udara.
5. Kemerosotan Kualiti Air. Kawasan berpenduduk padat seperti
Lembah Kelang, Pulau Pinang, Seberang Perai dan Johor Baharu
mempunyai pencemaran air yang tinggi. Sungai Gombak dan Sungai Klang
Selangor dicemari sisa buangan daripada kilang seperti sisa logam timah
hitam, zink, proses metal finishing dan penyaduran logam. Sumber air dari
sungai juga terdedah kepada pembuangan sisa kumbahan dan sampah
sarap dari kawasan pertempatan penduduk yang menyebabkan
pencemaran sumber air.
1.3 PERTUMBUHAN PENDUDUK
Pertumbuhan penduduk merujuk kepada proses perubahan penduduk iaitu
dengan melihat peratus perubahan tahunan penduduk sesebuah negara.
Pertumbuhan penduduk dinilai berdasarkan indikator kadar kelahiran, kadar
kematian dan migrasi.
PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA
Objektif Pelajaran 8. Membandingkan trend pertumbuhan
penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 13
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
TREND PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA
1. Arah Aliran Pertumbuhan. Arah aliran pertumbuhan merujuk kepada
arah aliran peningkatan atau penurunan penduduk di sesuatu wilayah dunia
sama ada secara mendadak atau pesat, secara gradual atau perlahan dan
aliran stabil atau tidak berubah.
2. Kadar dan Arah Aliran Penduduk. Arah aliran penduduk dunia
meningkat secara mendadak selepas perang dunia ke dua hingga hari ini.
Pada dasarnya kadar aliran pertumbuhan penduduk dunia tidak sama
mengikut wilayah dunia, benua Eropah mengalami pertumbuhan penduduk
secara gradual atau perlahan manakala benua Amerika Selatan, benua
Oceania benua Afrika dan benua Asia mengalami pertumbuhan secara
mendadak atau pesat.
TREND PERTUMBUHAN PENDUDUK MALAYSIA
1. Aliran Pertumbuhan Penduduk. Kadar dan arah aliran pertumbuhan
penduduk Malaysia adalah tidak stabil dengan kadar turun naik yang kecil
antara tahun 1950an hingga 1990an. Pertumbuhan penduduk Malaysia
turun secara perlahan mulai tahun 1990an hingga kini.
2. Pertambahan dan Perubahan Penduduk. Pertambahan atau
perubahan penduduk merujuk kepada perbezaan relatif antara jumlah
penduduk tahun semasa dengan jumlah penduduk tahun sebelumnya.
Objektif Pelajaran 9. Menghitungkan kadar pertumbuhan tahunan
penduduk
Kadar pertumbuhan tahunan penduduk di wilayah dunia dan negara Malaysia
boleh dihitung dengan menggunakan formula berikut
r = 1/n Log e (Pn / Po) X 10
r = Kadar Pertumbuhan
n = Bilangan Tahun
Pn = Penduduk Tahun Semasa
Po = Penduduk Tahun Asas
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 14
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Objektif Pelajaran 10. Mengganggarkan dan meramalkan
penduduk di sesebuah kawasan.
Berdasarkan bilangan penduduk tahun asas (1990) berjumlah 16 juta dan
penduduk tahun semasa (2000) yang berjumlah 24 juta maka anggaran
pertumbuhan penduduk adalah pada kadar 4 peratus.
1990 – bilangan penduduk = 16 j
2000 - bilangan penduduk 24 j
n = 2000 – 1990 = 10
r = 1/10 In (24/16) x 100
= 0.1 In 1.5 x 100
= 0.1 x 0.4 x 100
r = 4%
FAKTOR PERTUMBUHAN PENDUDUK
Objektif Pelajaran 11. Menghuraikan proses pertumbuhan
penduduk
Pertumbuhan penduduk berlaku melalui dua cara iaitu:
1. Pertumbuhan Semulajadi. Kadar pertumbuhan semula jadi penduduk
boleh dihitung menggunakan formula [ kadar pertumbuhan semulajadi =
kadar kelahiran – kadar kematian ].
2. Pertumbuhan Penduduk. Kadar pertumbuhan tahunan penduduk
boleh dihitung menggunakan formula [ kadar pertumbuhan penduduk =
kadar kelahiran – kadar kematian + kadar migrasi bersih ].
Objektif Pelajaran 12. Menilai faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan penduduk.
Pada dasarnya terdapat dua faktor semula jadi yang mempengaruhi
pertumbuhan penduduk sesebuah negara iaitu kadar kelahiran dan kadar
kematian. Kelahiran dan kematian penduduk dipengaruhi oleh faktor sosial dan
faktor ekonomi. Namun terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi iaitu
migrasi dan dasar kerajaan.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 15
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
FAKTOR SOSIAL
1. Perkembangan & Kemajuan Tahap Kesihatan. Kemajuan
teknologi perubatan seperti amalan makanan seimbang, rawatan kesihatan
ibu mengandung, bersalin di hospital, rawatan pakar, rawatan susulan bayi,
penggunaan peralatan moden, ubat-ubatan moden dan program imunisasi
serta langkah kawalan penyakit berjangkit dapat meningkatkan kadar
kelahiran dan mengurangkan kadar kematian penduduk sesebuah
kawasan atau negara.
2. Amalan Perancang Keluarga. Program amalan perancang keluarga
yang diamalkan seperti penggunaan pil, ubat dan alat pencegah kehamilan
dapat mengurangkan kadar kelahiran penduduk.
3. Perkahwinan Pada Usia Muda. Pasangan yang berkahwin pada usia
muda kemungkinan mempunyai anak yang ramai berbanding pasangan
yang berkahwin pada lewat usia. Umur seorang perempuan semasa
berkahwin mempunyai korelasi yang rapat dengan faktor kesuburan.
Wanita yang berkahwin pada usia muda sekitar 20 tahun mempunyai tahap
kesuburan yang tinggi.
4. Pegangan & Fahaman Agama. Pegangan agama seseorang
mempunyai pengaruh yang besar terhadap kadar kelahiran. Kadar
kelahiran dalam kalangan penganut agama islam biasanya lebih tinggi
kerana agama islam menggalakkan penganutnya mempunyai ramai anak
dan mengharamkan pengguguran.
5. Tahap Pendidikan. Tahap pendidikan terutamanya dalam kalangan
wanita mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kadar kelahiran.
Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang wanita maka semakin
kuranglah bilangan anak yang dilahirkan.
FAKTOR EKONOMI
1. Perkembangan & Kemajuan Ekonomi. Kemajuan ekonomi yang
dicapai oleh sesebuah negara sangat mempengaruhi kadar kelahiran dan
kematian penduduk. Negara yang maju dengan pertumbuhan KDNK yang
tinggi dapat menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan dan pendidikan
secara percuma kepada penduduk. Kemudahan perubatan yang moden
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 16
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
dan mencukupi meningkatkan kadar kelahiran bayi dan jangka hayat
penduduk.
2. Peluang Pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak dan meluas juga
sangat mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian penduduk.
Penduduk yang bekerja mempunyai pendapatan untuk membina keluarga
dan kehidupan yang lebih baik berbanding penduduk yang tidak
mempunyai pekerjaan.
3. Pendapatan Perkapita. Peningkatan dalam pendapatan perkapita
penduduk juga mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian.
Pendapatan perkapita yang tinggi memberi kuasa beli yang lebih baik
kepada penduduk, dengan itu pelbagai jenis kemudahan kesihatan dapat
dibeli.
FAKTOR MIGRASI
1. Migrasi. Perpindahan penduduk dari negara jiran seperti dari Indonesia,
Thailand, Filifina dan Vietnam sama ada secara sah atau secara haram
akan meningkatkan jumlah penduduk sesebuah negara.
FAKTOR KESTABILAN POLITIK
1. Kestabilan Politik. Keadaan negara yang aman, tenteram dan makmur
tanpa kekacauan serta peperangan dapat mempengaruhi pertumbuhan
penduduk. Negara yang bergolak dan tidak stabil seperti Syiria dan
Afghanistan mempunyai kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian
yang tinggi.
DASAR KERAJAAN
1. Dasar Kerajaan. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Dasar yang diamalkan oleh
kerajaan seperti dasar 70 juta penduduk, insentif rebet cukai pendapatan,
rawatan ibu mengandung dan bersalin secara percuma akan meningkatkan
kadar kelahiran penduduk.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 17
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
KEMAHIRAN AMALI
Objektif Pelajaran 13. Mengira, melukis, dan mempersembahkan
data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual
dan gambarajah.
GRAF GARIS
Graf garis merujuk kepada titik-titik yang bersambung menjadi satu garisan pada
pemidang. Graf garis digunakan dengan meluas bagi menunjukkan pola
perubahan sesuatu elemen seperti suhu, trend penduduk, perubahan
pengeluaran, turun naik perdagangan dan sebagainya (Shaharuddin & Noraziah,
1984:55).
MELUKIS GRAF GARIS
Data pertumbuhan penduduk boleh dipersembahkan dalam beberapa cara iaitu
menggunakan graf bar atau graf garis. Kaedah untuk melukis graf garis mudah
adalah seperti berikut:
1. Data. Data pertumbuhan penduduk yang mempunyai peratus kadar
kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan penduduk mengikut tahun
seperti jadual di bawah diperlukan untuk membina graf garis.
Jadual 2.1 : Data Pertumbuhan Penduduk Malaysia 2009 – 2013
Tahun 2009 2010 2011 2012 2013
Ciri Demografi
17.9 17.2 17.6 17.8 16.3
Kadar Kelahiran 4.7 4.6 4.7 4.7 4.7
Kadar Kematian 13.2 12.6 12.9 13.1 11.6
Pertumbuhan Penduduk
2. Menentukan Skala. Pilih skala yan sesuai menggambarkan data
berkaitan kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan
penduduk.Contohnya Skala 1 cm mewakili 2 peratus.
3. Melukis Paksi. Lukis paksi menegak (paksi X) dan paksi mendatar
(paksi Y). Paksi menegak untuk meletakkan peratus kelahiran, kematian
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 18
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
dan pertumbuhan penduduk. Paksi mendatar untuk meletakkan tahun data
diambil.
4. Melukis Graf. Berdasarkan data dalam jadual 2.1 plotkan dalam
pemidang yang telah dibentuk dalam kertas graf. Tandakan semua data
yang diperlukan dan sambung semua poin yang telah ditandakan.
Lengkapkan garaf dengan tajuk dan petunjuk (rujuk rajah 1.5)
Kadar Kelahiran, Kadar Kematian dan Pertumbuhan
Penduduk Malaysia 2009 hingga 2013
peratus 20
18
16 2010 2011 2012 2013
14 Tahun
12
10
8
6
4
2
0
2009
Kadar Kelahiran Kadar Kematian Pertumbuhan Penduduk
Rajah 1.5: Graf Garis Kadar Kelahiran, Kadar Kematian dan
Pertumbuhan Penduduk Malaysia 2009 hingga 2013
Objektif Pelajaran 14. Mentafsir data dalam jadual dan
gambarajah
Mentafsir bermaksud menerangkan ciri, pola dan trend yang ditunjukkan oleh
data yang dipersembahkan dalam jadual, graf atau gambarajah.
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK
Objektif Pelajaran 15. Mengenal pasti kesan positif dan kesan
negatif pertumbuhan penduduk
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 19
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
KESAN POSITIF
1. Ciri Demografi. Kadar kelahiran yang tinggi dalam sesebuah negara
menyebabkan bilangan penduduk muda yang ramai. Bilangan penduduk
muda yang ramai memberi kesan positif kerana golongan muda lebih ramai
daripada golongan dewasa.
2. Status Sosioekonomi. Kadar kelahiran yang tinggi dalam sesebuah
negara menyebabkan bilangan penduduk muda yang ramai. Keadaan ini
memberi kesan positif kerana nisbah tanggungan golongan dewasa
menanggung golongan tua adalah kecil. Golongan muda yang ramai
menyediakan barisan pelapis dan aset tenaga kerja pada masa hadapan.
Tenaga kerja yang ramai mempercepatkan pembangunan sumber alam.
Penduduk yang ramai meluaskan saiz pasaran domestik barangan
keperluan. Golongan muda dan dewasa menjamin keperluan tenaga kerja
dalam negara seperti anggota keselamatan iaitu polis dan tentera yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
KESAN NEGATIF
1. Ciri Demografi. Kadar kelahiran yang tinggi dalam sesebuah negara
menyebabkan bilangan penduduk muda yang ramai. Penduduk muda
adalah golongan yang tidak produktif. Keadaan ini menyebabkan golongan
muda yang tidak produktif menjadi lebih ramai berbanding golongan
dewasa yang produktif.
2. Status Sosioekonomi. Kadar kelahiran yang tinggi menyebakan
golongan muda yang ramai. Kadar kematian yang rendah pula
menyebabkan pertambahan golongan tua dalam negara. Keadaan ini
memberi kesan kepada status sosioekonomi kerana nisbah tanggungan
orang dewasa terhadap orang muda dan tua bertambah. Pembangunan
sumber terjejas kerana kekurangan tenaga profesional dewasa malah saiz
pasaran domestik bagi barangan keperluan golongan dewasa berkurang
kerana jumlah golongan dewasa yang sedikit.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 20
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Objektif Pelajaran 16. Membandingkan kesan pertumbuhan
penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi
antara negara maju dengan negara sedang membangun
Negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai
ciri demografi dan status sosioekonomi yang berbeza dengan negara
membangun seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.
NEGARA MAJU
1. Ciri Demografi. Negara maju mempunyai kadar kelahiran dan kematian
yang sangat rendah. Ini menyebabkan golongan dewasa lebih ramai
daripada gologan muda. Nisbah tanggungan orang dewasa kepada orang
muda adalah rendah, namun nisbah tanggungan terhadap orang tua adalah
tinggi kerana kadar kematian sangat rendah.
2. Ciri Sosioekonomi. Bilangan penduduk dewasa yang ramai
menguntungkan negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Golongan dewasa merupakan aset tenaga kerja dalam pelbagai sektor
ekonomi. Golongan dewasa dapat menyediakan tenaga produktif yang
ramai dan boleh digunakan bagi membangun sumber alam dengan cekap.
Saiz pasaran domestik bagi barangan keperluan golongan dewasa seperti
kereta, pakaian dan sebagainya adalah tinggi. Sumber tenaga manusia
yang ramai dapat digunakan untuk menguatkan pertahanan negara.
NEGARA SEDANG MEMBANGUN
1. Ciri Demografi. Negara sedang membangun seperti Malaysia
mempunyai kadar kelahiran dan kematian yang tinggi. Keadaan ini
menyebabkan golongan muda lebih ramai dari golongan dewasa dan tua.
Golongan muda yang ramai menyebabkan nisbah tanggungan orang
dewasa terhadap orang muda adalah tinggi dan nisbah tanggungan
golongan dewasa terhadap orang tua adalah rendah kerana kadar
kematian yang tinggi.
2. Ciri Sosioekonomi. Bilangan penduduk dewasa yang sedikit
menyebabkan golongan dewasa produktif sebagai tenaga kerja dalam
pelbagai sektor ekonomi untuk kegunaan semasa berkurangan. Namun
pada masa hadapan apabila golongan muda membesar mereka boleh
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 21
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
menjadi aset pelapis tenaga kerja yang berpotensi bagi membangunkan
sumber alam, memperluas saiz pasaran domestic bagi barangan keperluan
golongan dewasa dan muda. Aset ini boleh digunakan untuk menguatkan
pertahanan negara.
PROSES PENUAAN PENDUDUK
Penuaan penduduk merujuk kepada proses peningkatan jangka hayat penduduk
di sesebuah negara iaitu pertambahan bilangan penduduk yang berumur
melebihi 65 tahun. Sesebuah negara diklasifikasikan sebagai mengalami
penuaan apabila 7% daripada jumlah penduduknya mencapai umur melebihi 65
tahun.
Objektif Pelajaran 17. Menjelaskan proses penuaan penduduk
dan kesannya
Penuaan penduduk atau peningkatan jangka hayat penduduk sesebuah negara
memberi kesan terhadap demografi dan status sosioekonomi.
1. Ciri Demografi. Kadar kematian penduduk yang rendah menyebabkan
jangka hayat penduduk tinggi. Penduduk berusia melebihi 65 tahun
bertambah dan situasi ini memberi kesan terhadap jantina apabila bilangan
wanita lebih ramai dari lelaki. Nisbah tanggunggan golongan dewasa dan
kerajaan bertambah untuk menanggung golongan tua yang ramai.
2. Status Sosioekonomi. Pertambahan bilangan golongan tua berusia 65
tahun ke atas memberi kesan terhadap ekonomi. Golongan tua tidak
produktif dari segi ekonomi dan tidak banyak menyumbang kepada proses
pembangunan ekonomi. Kos perbelanjaan kerajaan meningkat bagi
menampung kos pengurusan sistem sokongan untuk warga emas. Selain
itu bajet kerajaan juga meningkat bagi pembayaran pencen, KWSP dan
perkhidmatan kesihaan untuk golongan pesara. Peningkatan jangka hayat
penduduk juga memberi kesan terhadap kemerosotan nilai murni
masyarakat. Golongan dewasa terpaksa menghantar ibu bapa ke rumah
kebajikan dan mengabaikan tanggungjawab menjaga orang tua.
KEMAHIRAN AMALI
Objektif Pelajaran 18. Mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi
bagi ketiga-tiga bentuk piramid penduduk
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 22
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
PIRAMID PROGRESIF
Piramid progresif memberi gambaran tentang ciri penduduk yang terdapat
di negara-negara mundur seperti Brazil, India dan Afrika. Piramid ini
menggambarkan tahap pembangunan rendah yang dialami oleh negara-negara
tersebut.
1. Ciri Demografi. Piramid Progresif menggambarkan kadar kelahiran yang
tinggi dengan jumlah golongan muda ramai. Situasi ini boleh dilihat melalui
tapak piramid yang lebar. Kadar kematian pula relatif tinggi dengan jangka
hayat penduduk yang rendah di mana jumlah golongan tua yang sedikit
atau kurang, Ia digambarkan melalui puncak piramid yang tajam. Umur pula
menunjukkan bahawa golongan kanak-kanak ramai berbanding golongan
dewasa dan tua. Ia digambarkan melalui cerun piramid yang cengkung.
Nisbah tanggungan pula tinggi (dewasa-muda). Nisbah lelaki dan
perempuan serta umur muda dan dewasa hampir seimbang. Perempuan
lebih ramai daripada lelaki pada peringkat usia 65 tahun ke atas.
2. Ciri Sosioekonomi. Corak pertumbuhan penduduk yang progresif ini
adalah tidak produktif dari segi ekonomi atau tidak banyak menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi. Berlaku peningkatan kos perbelanjaan dan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 23
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
pengurusan sokongan warga emas. Peningkatan bajet kerajaan untuk
membayar pencen, KWSP dan menyediakan perkhidmatan kesihatan.
Kemerosotan nilai murni dalam kalangan masyarakat berlaku di mana
golongan dewasa terpaksa hantar ibu bapa ke rumah kebajikan dan
mengabaikan tanggung-jawab menjaga ibu bapa kerana kesibukan
bekerja.
PIRAMID REGRESIF
Piramid regresif memberi gambaran tentang ciri penduduk yang terdapat
di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jeman, United Kingdom,
Sweden, Denmark. Piramid ini menggambarkan tahap pembangunan baik yang
dialami oleh negara tersebut.
1. Ciri Demografi. Piramid Regresif menggambarkan kadar kelahiran yang
rendah dan golongan muda sedikit. Ini dapat dilihat melalui tapak piramid
yang sempit. Kadar kematian juga rendah dan jangka hayat penduduk
tinggi.Ini bermakna golongan tua yang ramai puncak piramid kecil.
Berdasarkan indikator umur golongan dewasa ramai berbanding daripada
golongan kanak-kanak. Ini digambarkan melalui cerun piramid yang
cembung. Nisbah tanggungan adalah rendah (dewasa-muda). Dari segi
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 24
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
jantina pula perempuan lebih ramai daripada lelaki di peringkat usia 65
tahun ke atas.
2. Ciri Sosioekonomi. Piramid Regresif memberi gambaran bahawa untuk
penggunaan semasa negara kekurangan golongan dewasa yang produktif
sebagai tenaga kerja dalam pelbagai sektor ekonomi dan anggota
keselamatan seperti polis dan tentera. Namun pada masa hadapan, apabila
golongan muda membesar dan menjadi aset pelapis tenaga kerja. Aset
yang ada dapat membangunkan sumber alam, memperluaskan saiz
pasaran domestik bagi barangan keperluan golongan muda dan dewasa
serta menguatkan pertahanan sesebuah negara seperti polis,tentera,
RELA.
PIRAMID PERANTARAAN
Piramid perantaraan memberi gambaran tentang ciri penduduk yang terdapat di
negara-negara maju seperti Jepun. Piramid ini menggambarkan tahap
pembangunan seimbang yang dialami oleh negara tersebut.
:
1. Ciri Demografi. Piramid berbentuk hampir tegak atau tegak
menunjukkan perbezaan penduduk mengikut kumpulan umur iaitu muda,
dewasa dan tua adalah tidak stabil. Kadar kelahiran sangat rendah,
golongan muda sangat sedikit, ini digambarkan melalui tapak piramid
sangat sempit. Kadar kematian sangat rendah, golongan tua yang ramai,
jangka hayat penduduk tinggi dapat dilihat dari bentuk puncak piramid
lebar. Struktur umur pula menunjukan golongan dewasa ramai berbanding
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 25
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
golongan kanak-kanak. Jantina menunjukkan perempuan lebih ramai
daripada lelaki di peringkat usia 65 tahun ke atas.
2. Ciri Sosioekonomi. Pertambahan penduduk tua menyumbang kepada
golongan yang tidak produktif dari segi ekonomi dan tidak menyumbang
kepada ekonomi. Namun peningkatan golongan tua yang berkemahiran
tinggi memberi nilai tambah kepada bekalan tenaga profesional dalam
negara seperti pensyarah, doktor, penyelidik, peguam, hakim, jurutera, ahli
farmasi. Golongan tua yang ramai menyebabkan peningkatan kos
perbelanjaan dan pengurusan sokongan warga emas. Peningkatan budjet
kerajaan untuk membayar pencen, KWSP dan perkhidmatan kesihatan.
Kemerosotan nilai murni masyarakat apabila terpaksa hantar ibu bapa ke
rumah kebajikan dan mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang
sudah tua.
MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI
Model Peralihan Demografi merupakan satu model yang digunakan untuk
melihat perubahan atau transisi pada kadar kelahiran dan kadar kematian
penduduk yang tinggi kepada kadar kelahiran atau kematian yang rendah
apabila sesebuah negara mengalami proses pembangunan ekonomi iaitu dari
era pra perindustrian kepada sistem ekonomi perindustrian.
Objektif Pelajaran 19. Menerangkan model peralihan demografi
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 26
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
1. Tahap 1. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap
tenaga kerja dalam sektor pertanian. Kadar kematian juga tinggi
disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah dan serangan wabak
penyakit. Kadar pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah rendah
disebabkan peningkatan kadar kelahiran dan kematian. Antara negara
yang berada pada tahap ini ialah Kenya, Sudan, Angola dan lain-lain
negara mundur.
2. Tahap 11. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh keperluan terhadap
tenaga kerja dalam sektor pertanian dan ketiadaan amalan perancangan
keluarga. Kadar kematian rendah disebabkan oleh peningkatan taraf
kesihatan, perubatan yang baik dan bekalan makanan yang cukup. Kadar
pertumbuhan semulajadi tahap ini adalah tinggi disebabkan peningkatan
kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian. Antara negara yang
berada pada tahap ini adalah terdiri daripada negara membangun seperti
Thailand, Vietnam, Indonesia dan lain-lain negara membangun.
3. Tahap 111. Kadar kelahiran rendah disebabkan oleh amalan
perancangan keluarga, masyarakat yang semakin maju dan ramai
golongan wanita yang bekerjaya dan berkahwin lewat. Kadar kematian
rendah disebabkan oleh kemajuan dalam bidang perubatan seperti
pengenalam vaksin untuk penyakit merbahaya dan peralatan perubatan
moden. Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah
disebabkan oleh pengurangan kadar kelahiran dan kematian. Antara
negara yang berada pada tahap ini ialah negara maju seperti Jepun, Britain,
Perancis dan sebagainya.
Objektif Pelajaran 20. Menganalisis kaitan di antara pertumbuhan
penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi antara
wilayah dunia atau sesebuah negara.
1. Tahap 1. Masyarakat pertanian Negara yang berada pada tahap ini
adalah Negara mundur dan ekonominya berasaskan kepada pertanian.
Ekonomi yang berasaskan pertanian menyebabkan keperluan terhadap
tenaga kerja adalah tinggi dan menyebabkan kadar kelahiran adalah tinggi.
Kegiatan pertanian yang berorientasikan buruh menyebabkan pengeluaran
makanan terhad dan penerokaan sumber alam yang terbatas. Pengeluaran
makanan terhad menyebabkan kebuluran dan meningkatkan kematian.
Pada tahap ini pembangunan sosial yang rendah digambarkan melalui
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 27
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
kadar kematian tinggi, tahap pendidikan rendah dan kadar kemiskinan
tinggi.
2. Tahap 11. Peringkat awal perindustrian di mana sumber ekonomi negara
berubah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Sektor
perindustrian dan perkhidmatan mula berkembang. Sumber ekonomi
berkembang disebabkan peningkatan dalam penggunaan teknologi
menyebabkan pembangunan sumber alam meningkat. Pendapatan
perkapita semakin meningkat, peluang pekerjaan bertambah dan taraf
hidup penduduk meningkat. Pembangunan sosial meningkat seperti
kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan dan proses pembandaran
semakin berkembang.
3. Tahap 111. Peringkat perindustrian. Kadar kelahiran dan kematian
menurun dan pertumbuhan penduduk hampir sifar. Negara yang berada
pada tahap ini adalah Negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis,
Jepun dan lain-lain. Pendapatan Negara bergantung kepada sektor
perindustrian dan perkhidmatan. Sumber alam dijana dengan berkesan
kerana kemajuan teknologi Pembangunan sosial tinggi seperti kemajuan
kesihatan yang meningkatkan jangka hayat, kemajuan sistem pendidikan
dankadar celik ICT yang tinggi.Masyarakat pada tahap ini bermaklumat dan
taraf hidup penduduk yang tinggi.Kadar pembandaran adalah tinggi dan
sebahagian besar penduduk tinggal di bandar.
1.4 MIGRASI
Migrasi merujuk kepada proses perpindahan atau pergerakan penduduk dari
satu tempat tinggal ke satu tempat tinggal yang lain. Migrasi dipengaruhi oleh
beberapa faktor iaitu ekonomi, sosial dan politik. Migrasi boleh bersifat kekal,
sementara atau bermusim.
Objektif Pelajaran 21. Mengenalpasti jenis dan menghurai pola
migrasi dalaman negara Malaysia serta migrasi antarabangsa
semasa.
JENIS MIGRASI
1. Migrasi Dalaman. Migrasi dalaman adalah proses pergerakan
penduduk yang berlaku antara satu tempat ke satu tempat yang lain dalam
sesebuah negara.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 28
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
2. Migrasi Antarabangsa. Migrasi antarabangsa adalah proses
pergerakan atau perpindahan penduduk dari sesebuah negara ke negara
lain dan merentasi sempadan negara.
POLA MIGRASI DALAMAN
1. Arah Aliran. Arah aliran migrasi dalaman di Malaysia melibatkan
pergerakan penduduk dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pada umumnya
terdapat empat arah aliran migrasi di Malaysia iaitu pergerakan penduduk
dari desa ke bandar, bandar ke desa, desa ke desa dan bandar ke bandar.
2. Isipadu Aliran. Isipadu aliran adalah berkaitan jumlah atau bilangan
penduduk yang berpindah ke sesuatu kawasan. Isipadu aliran migrasi
di Malaysia menunjukkan bahawa perpindahan penduduk dari desa
ke bandar adalah yang paling besar. Isipadu yang besar ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu peluang pekerjaan, jurang
pendapatan, kemiskinan dan kemudahan insfrastruktur.
3. Komposisi Aliran. Komposisi aliran menggambarkan jenis komposisi
penduduk yang bergerak iaitu status jantina, umur dan taraf pendidikan.
Pada dasarnya komposisi aliran pergerakan penduduk melibatkan lebih
ramai lelaki berbanding perempuan. Pada masa kini komposisi aliran
migrasi di Malaysia melibatkan golongan muda tanpa mengira umur.
Peluang pekerjaan dalam sektor industri dan perkhidmatan yang banyak di
bandar menarik minat golongan muda untuk berhijrah.
POLA MIGRASI ANTARABANGSA
1. Arah Aliran. Arah aliran migrasi antarabangsa terbahagi kepada dua
jenis iaitu migrasi antara negara dan migrasi antara benua. Malaysia dan
Singapura menjadi destinasi utama pergerakan penduduk dari negara lain
seperti Indonesia, Filifina, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Bangladesh.
2. Isipadu Aliran. Isipadu aliran migrasi antarabangsa membincangkan
jumlah atau bilangan penduduk sesebuah negara yang berpindah masuk
ke negara lain. Berdasarkan data penduduk tahun 1919 terdapat 728 870
orang buruh Indonesia yang masuk secara sah ke Malaysia untuk bekerja
dalam pelbagai sektor.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 29
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
3. Komposisi Aliran. Komposisi aliran migrasi merujuk kepada pola aliran
yang berkaitan jantina, taraf pendidikan dan umur. Melihat dalam aspek
komposisi jantina, kaum lelaki biasanya lebih banyak berhijrah berbanding
kaum perempuan. Faktor jenis pekerjaan dan taraf pendidikan menentukan
komposisi aliran migrasi, contohnya ramai kaum wanita dari Indonesia
berhijrah ke Malaysia dan Singapura untuk bekerja sebagai pembantu
rumah.
Objektif Pelajaran 22. Menilai faktor yang mempengaruhi migrasi
dalaman dan antarabangsa semasa
MIGRASI DALAMAN
1. Ekonomi. Peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perindustrian di
bandar-bandar besar. Penawaran gaji yang tinggi dan kemudahan
pembandaran menarik ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar.
Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian di kawasan luar
bandar menawarkan gaji yang rendah mendorong belia berhijrah ke
bandar.
2. Sosial. Kemudahan asas yang lengkap di bandar seperti bekalan air,
elektrik dan kemudahan telekomunikasi mendorong penghijrahan ke
bandar. Pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jalan hubungan Timur
Barat dan Lebuh Raya Pantai timur meningkatkan ketersampaian
penduduk ke bandar. Kemudahan pengangkutan seperti bas dan keretapi
memudahlan lagi pergerakan penduduk. Pusat pengajian tinggi yang
terdapat di bandar seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Putra Malaysia mendorong pelajar luar bandar
berhijrah ke bandar. Kemudahan pembandaran seperti kemudahan
kesihatan, hiburan, pasar raya, kemudahan kewangan menarik ramai
golongan muda berhijrah ke bandar.
3. Dasar Kerajaan. Pembangunan wilayah melalui agensi kerajaan seperti
KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, JENGKA dan DARA menyebabkan
berlakunya penghijrahan penduduk ke tanah rancangan yang dibuka.
Pembandaran yang berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur seperti Cheras,
Ampang dan Gombak menyebabkan penghijrahan dari satu bandar ke satu
bandar yang lain. Kewujudan koridor pembangunan wilayah seperti Koridor
Pembangunan Wilayah Timur, Koridor Pembangunan Wilayah Utara dan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 30
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Wilayah Iskandar menyebabkan banyak projek pembangunan berskala
besar.
4. Sumber Alam. Kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti bijih
timah, petroleum dan gas asli menyediakan banyak peluang pekerjaan dan
menarik ramai penduduk berhijrah.
5. Politik. Keadaan politik yang tidak stabil seperti peperangan dan
kekacauan yang kerap berlaku menimbulkan ketakutan kepada penduduk
menyebabkan berlaku pelarian atau perpindahan penduduk secara besar-
besaran. Peperangan yang berlaku di negara-negara Arab seperti Syiria
dan Afghanistan menyebabkan penduduk negara tersebut berhijrah ke
kawasan lain yang lebih aman.
6. Bencana Alam. Bencana alam seperti kemarau, banjir besar dan
tsunami juga menjadi faktor yang mendorong penghijrahan penduduk ke
kawasan yang lebih selamat.
MIGRASI ANTARABANGSA
1. Ekonomi. Kemajuan ekonomi di sesebuah negara yang menyediakan
banyak peluang pekerjaan seperti dalam sektor pertanian dan pembinaan
menarik kemasukan buruh asing.Antara faktor penarik migrasi antara
bangsa ialah gaji yang lebih tingi ditawarkan berbanding dengan negara
asal atau nilai mata wang negara yang dituju lebih tinggi berbanding
dengan negara asal menyebabkan pendapatan mereka tinggi.
2. Sosial. Terdapat pelbagai kemudahan asas, kesihatan, pengangkutan
dan perhubungan di Malaysia.
3. Dasar Kerajaan. Dasar kerajaan yang menggalakkan kemasukan buruh
asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor pembinaan
dan perladangan. Urusan pengeluaran permit kerja yang lebih mudah.
4. Politik. Keadaan politik yang stabil di Malaysia menggalakkan
kemasukan warga asing ke Malaysia. Kehidupan yang lebih selamat dan
terjamin yang terdapat di Malaysia.
5. Bencana Alam. Malaysia bebas daripada bencana alam seperti gempa
bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Gempa bumi dan ribut taufan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 31
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
di negara seperti Bangladesh, Filipina dan Indonisia mendorong
penduduknya berhijrah ke Malaysia.
6. Ketersampaian. Negara-negara seperti Thailand, Myanmar dan
Indonesia hampir dan bersempadan dengan Malaysia memudahkan lagi
pergerakan masuk ke Malaysia.
7. Persamaan Adat dan Budaya. Persamaan adat resam dan budaya,
keturunan dan persaudaraan serta perkahwinan. Contohnya antara
Malaysia dengan Indonesia
Objektif Pelajaran 23. Menjelaskan kesan migrasi dalaman dan
migrasi antarabangsa semasa
KESAN MIGRASI DALAMAN
KESAN POSITIF
1. Kemajuan Ekonomi. Pertambahan tenaga kerja dalam pelbagai sektor
ekonomi seperti pertanian, pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan
Memajukan sumber di kawasan yang dituju seperti sumber tanah dan
sumber mineral.
2. Kemajuan Infrastuktur. Kemajuan infrastruktur bagi memenuhi
keperluan penduduk seperti perumahan, bekalan air, elektrik,
pengangkutan dan perhubungan. Pembinaan sekolah, hospital dan
kawasan rekreasi.
3. Pasaran. Pertambahan penduduk di kawasan yang dituju akan
meningkatkan pasaran barangan. Pertambahan pendapatan penduduk
meningkatkan kuasa beli.
4. Keseimbangan Kaum. Penghijrahan penduduk Melayu ke bandar-
bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh dapat mengimbangkan kaum di
bandar-bandar tersebut.
5. Proses Pembandaran. Penghijrahan penduduk ke kawasan bandar
menyebabkan peningkatan kawasan perumahan, infrastruktur dan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 32
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
beberapa kemudahan perkhidmatan. Pertambahan infrastruktur dan
kemudahaan perkhidmatan menyebabkan saiz bandar semakin besar.
6. Pembauran Inovasi. Perpindahan golongan profesional ke luar bandar
selepas bersara menyumbangkan idea kepada penduduk luar bandar.
KESAN NEGATIF
1. Kesesakan Bandar. Kesesakan berlaku kerana pertambahan
penduduk menyebabkan pertambahan kediaman, kenderaan dan
jaringan pengangkutan. Kesesakan lalu lintas pada waktu puncak pagi
dan petang.
2. Pengangguran. Golongan yang berhijrah berpendidikan rendah dan
sukar mendapatkan pekerjaan di bandar Peluang pekerjaan yang sedikit
berbanding pertambahan penduduk di bandar.
3. Masalah Setinggan. Kekurangan rumah kos rendah dan nilai rumah
yang tinggi di bandar menyebabkan munculnya petempatan setinggan.
4. Masalah Sosial. Kos hidup yang meningkat di bandar mendorong
berlakunya kecurian, pelacuran, pecah rumah, penagihan dadah dan
sebagainya.
5. Tekanan Sumber Alam. Pertambahan penduduk menyebabkan
berlakunya tekanan terhadap sumber tanah.Harga tanah dan rumah
semakin meningkat.
6. Pencemaran Sumber Alam. Pertambahan penduduk di bandar-
bandar besar menyebabkan berlakunya pencemaran udara, air dan tanah.
Pencemaran air dan udara berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa
industri, sampah sarap dan penggunaan kenderaan bermotor.
7. Kerosakan Sumber. Penerokaan sumber untuk pembinaan kawasan
perumahan menyebabkan berlakunya kerosakan sumber seperti tanah
runtuh dan kemusnahan sumber hutan.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 33
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
KESAN MIGRASI DALAMAN TERHADAP KAWASAN ASAL
KESAN POSITIF
1. Mengurangkan Tekanan Terhadap Sumber. Migrasi penduduk
luar bandar ke bandar mengurangkan tekanan terhadap sumber tanah
untuk pertanian di luar bandar. Peluang pekerjaan yang mencukupi di luar
bandar disebabkan oleh pengurangan penduduk. Kesannya pengangguran
di luar bandar dapat dikurangkan.
2. Kuasa Beli Meningkat. Penghantaran wang ke desa menyebabkan
pendapatan dan tabungan penduduk desa bertambah. Meningkatkan
kualiti hidup penduduk desa disebabkan tabungan yang meningkat.
3. Pemindahan Kepakaran. Golongan profesional yang bersara dari
perkhidmatan membawa idea baru begi kegiatan pertanian dan IKS yang
boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian. Berlaku perubahan
sosial, politik dan budaya di kalangan penduduk desa.
KESAN NEGATIF
1. Kekurangan Tenaga Kerja. Penghijrahan golongan muda ke bandar
menyebabkan kekurangan tenaga kerja di desa. Kekurangan tenaga muda
menyebabkan berlaku pembaziran sumber seperti tanah yang tidak
diusahakan dan terbiar.
2. Ketidakseimbangan Struktur Umur. Penghijrahan golongan muda
ke kawasan bandar menyebabkan sebahagian besar penduduk desa yang
tinggal adalah terdiri daripada warga tua. Keseimbangan struktur antara
golongan tua dan muda memberi kesan terhadap sosioekonomi penduduk.
KESAN MIGRASI ANTARABANGSA
KESAN POSITIF
1. Pembangunan Ekonomi Negara. Kemasukan migran menyebabkan
berlakunya pembangunan ekonomi negara seperti sektor pertanian,
pembinaan dan pembuatan. Kemasukan golongan profesional dalam
sektor perkhidmatan seperti doktor dan pensyarah membawa kemajuan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 34
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
dalam sektor perkhidmatan. Perkembangan ekonomi dalam pelbagai
sektor menyebabkan KDNK negara meningkat.
2. Perluasan Pasaran Domestik. Pertambahan penduduk akibat
kemasukan warga asing telah meningkatkan pasaran dalam negara.
Kuasa beli domestik bertambah dan ekonomi berkembang disebabkan oleh
perbelanjaan warga asing.
3. Pemindahan Teknologi. Pemindahan teknologi berlaku akibat
kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia. Antara bentuk teknologi yang
dibawa masuk ialah elektronik, automotif, aeroangkasa dan sebagainya.
Pemindahan teknologi yang dibawa oleh migran menjimatkan kos
penghantaran pekerja ke luar negara untuk mendapat latihan.
KESAN NEGATIF
1. Peningkatan Masalah Sosial. Kemasukan pendatang atau migran
secara haram atau tidak sah menyebabkan berlaku pertambahan masalah
jenayah, penyebaran wabak penyakit seperti AIDS dan pelacuran serta
mewujudkan multi racial.
2. Kewujudan Setinggan. Kebanyakan migran tidak mampu menyewa
rumah disebabkan kadar sewa yang tinggi menyebabkan mereka membina
rumah secara haram di atas tanah rezab. Keadaan ini menimbulkan
masalah sosial seperti pencemaran air dan bau di kawasan setinggan.
Pada masa yang sama mewujdkan kawasan penduduk dengan kualiti
hidup yang rendah.
3. Persaingan dengan Buruh Tempatan. Kemasukan buruh asing
yang ramai dalam pelbagai sektor ekonomi menyebabkan berlaku
persaingan untuk mendapat pekerjaan dengan buruh tempatan. Majikan
lebih berminat menggunakan tenaga buruh asing khususnya dalam sektor
perniagaan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan kerana kos upah
buruh asing lebih murah. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar
pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan.
4. Pengaliran Keluar Wang Negara. Buruh asing yang datang dari
pelbagai negara seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan
menyebabkan berlaku pengaliran keluar wang negara apabila pendatang
asing menghantar wang ke negara asal.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 35
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
5. Kekurangan Kemudahan Asas. Pertambahan bilangan pendatang
asing akan meningkatkan permintaan terhadap kemudahan kesihatan dan
perumahan. Permintaan yang tinggi menyebabkan kemudahan asas yang
disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang
ramai.
1.5 PENDUDUK DAN SUMBER ALAM
Objektif Pelajaran 24. Menghuraikan konsep dan jenis sumber
alam
Sumber Alam. Sumber alam merupakan sumber asli yang terdapat dalam
komponen alam sekitar fizikal. Sumber tersebut mempunyai nilai ekonomi,
dihargai dan bermanfaat bagi aktiviti fizikal manusia. Manusia memerlukan
sumber alam untuk kehidupan seperti air, udara, makanan, pakaian, perkakas
dan tempat kediaman.
JENIS-JENIS SUMBER ALAM
1. Sumber Boleh Dibaharui. Sumber alam yang boleh dibaharui terbahagi
kepada dua iaitu (1) sumber alam yang berterusan dan tidak akan pupus
seperti sumber udara, air, angin, ombak dan solar dan (2) sumber alam
yang boleh diganti setelah digunakan seperti hutan, padang rumput, tanah
pertanian, sumber perikanan dan sumber tenaga biomas.
2. Sumber Yang Tidak Boleh Dibaharui. Sumber alam yang tidak boleh
dibaharui akan pupus atau kehabisan jika digunakan secara berterusan dan
tidak diganti semula. Antara sumber yang tidak boleh dibaharui ialah
petroleum, gas asli dan arang batu.
ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUMBER
Objektif Pelajaran 25. Mengenalpasti komponen alam sekitar
yang meliputi empat sistem
1. Sistem Ekologi (biosfera). Sistem ekologi atau biosfera terdiri daripada
semua organisma hidup di bumi. Sistem biosfera bergantung kepada
sistem yang lain seperti atmosfera, litosfera dan hidrosfera bagi membentuk
persekitarannya. Biosfera terdiri daripada beberapa buah ekosistem.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 36
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
Ekosistem ialah hubungan di antara organisma hidup dengan alam
sekitarnya. Antara ekosistem yang ada ialah hutan, tasik, kolam, hutan
bakau dan laut.
2. Sistem Geomorfologi (litosfera). Sistem geomorfologi atau litosfera
merupakan kerak bumi yang terdiri daripada batuan, mineral dan tanah.
Beberapa proses geomorfologi berlaku di dalam sistem litosfera seperti
hakisan, luluhawa, tanah runtuh, pengangkutan dan pemendapan.
3. Sistem Hidrologi (hidrosfera). Sistem hidrologi atau hidrosfera
merupakan semua sumber air yang terdapat di bumi seperti lautan, tasik,
kolam, sungai, paya dan air bawah tanah. Air di bumi boleh wujud dalam
tiga bentuk iaitu cecair, pepejal dan gas.
4. Sistem Atmosfera. Sistem atmosfera merupakan lapisan udara bumi yang
terdiri daripada pelbagai jenis gas dan zarah-zarah bukan gas. Lapisan
atmosfera melekat pada permukaan bumi dan bergerak bersama-sama
dengan bumi disebabkan tarikan graviti. Lapisan atmosfera terdiri daripada
beberapa lapisan seperti troposfera, stratosfera, mesosfera dan
termosfera. Antara gas yang terdapat di dalam atmosfera ialah nitrogen
78%, oksigen 21%, gas argon 0.9%, karbon dioksida 0.03% dan gas-gas
lain 0.07%. Zarah bukan gas seperti wap air, debu dan asap juga terdapat
dalam sistem atmosfera.
Objektif Pelajaran 26. Menghuraikan hubungkait antara manusia
dengan sumber alam dari segi kepentingan sumber alam kepada
manusia
Manusia memerlukan sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup dan
membina kemajuan sosioekonomi. Penerokaan sumber seperti tanah, hutan dan
pelbagai sumber mineral adalah bagi memenuhi keperluan kehidupan dan
melaksanakan pembangunan yang berterusan. Sehubungan itu sumber alam
sekitar fizikal sangat penting terhadap manusia.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR FIZIKAL
1. Atmosfera. Unsur-unsur yang terkandung di dalam atmosfera seperti suhu,
cahaya matahari dan kelembapan udara sangat penting kepada manusia.
Tenaga suria penting untuk melakukan aktiviti seperti pengeringan produk
IKS, aktiviti pertanian, perikanan dan pelancongan. Hujan penting bagi
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 37
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
aktiviti pertanian seperti penanaman dan pengairan. Tiupan angin penting
bagi aktiviti pelancongan dan pengangkutan.
2. Hidrosfera. Unsur penting hidrosfera ialah lautan, sungai tasik, paya dan
air bawah tanah. Sungai, laut dan tasik penting sebagai kawasan perikanan
kerana kaya dengan pelbagai spesies ikan. Lautan, sungai dan air bawah
tanah menjadi sumber bekalan air kepada manusia untuk kegunaan sektor
industri dan akuakultur.
3. Biosfera. Sistem biosfera mempunyai pelbagai jenis spesies flora dan
fauna. Biosfera penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti
pembalakan, sumber makanan, hasil hutan, perubatan, pelancongan dan
sebagainya.
4. Litosfera. Unsur yang terdapat dalam litosfera seperti mineral dan tanah.
Litosfera penting untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti
perlombongan, pertanian, pelancongan, petempatan dan sebagainya.
DAYA TAMPUNG PERSEKITARAN FIZIKAL
Daya tampung persekitaran fizikal merujuk kepada keupayaan persekitaran
fizikal di sesebuah negara dalam menampung sumber alam yang diperlukan oleh
penduduk di sesebuah kawasan seperti air permukaan bersih, udara bersih,
tanah pertanian dan hutan.
Objektif Pelajaran 27. Menghuraikan konsep daya tampung
sumber alam dalam konteks keseimbangan ekosistem
FAKTOR MEMPENGARUHI DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM
1. Kuantiti Sumber Alam. Negara yang mempunyai sumber alam yang
banyak dapat menampung keperluan penduduknya untuk tempoh yang
lama. Contohnya sumber tanah, hutan dan mineral yang banyak.
2. Teknologi. Penggunaan teknologi moden membolehkan pengeluaran
sumber dengan cekap, cepat dan dalam kuantiti yang banyak. Contohnya
sumber hutan dan sumber mineral. Penggunaan teknologi yang rendah
menyebabkan daya tampung sumber alam yang rendah.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 38
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
3. Pengurusan Sumber. Pengurusan sumber yang cekap penting bagi
mengelakkan pembaziran sumber dan daya tampung sumber sentiasa
berterusan. Contohnya penanaman semula hutan.
4. Jumlah Penduduk. Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan daya
tampung sumber alam semakin rendah. Contohnya sumber tanah.
Pengawalan pertumbuhan penduduk perlu dilakukan bagi memastikan
sumber alam dapat menampung keperluan penduduk.
Objektif Pelajaran 28. Menjelaskan bagaimana keseimbangan
ekosistem dapat menjamin daya tampung sumber alam yang
berterusan (kelestarian sumber)
Keseimbangan Ekosistem. Keseimbangan ekosistem boleh dicapai
melalui usaha pembangunan berterusan, pemeliharaan dan pemuliharaan
sumber alam, penerokaan dan penggunaan sumber alam yang berhemah, serta
pengurusan sumber yang berkesan. Usaha-usaha bagi mewujudkan
keseimbangan di antara ekosistem dengan daya tampung sumber alam melalui
1. Pemeliharaan. Memelihara alam sekitar dari kerosakan atau
kemusnahan dan tidak menunggu proses baik pulih. Contohnya mewarta
dan melindungi hutan simpan kekal.
2. Pengurusan Strategik. Pengurusan yang sistematik merupakan
proses melindungi, mengawal selia dan memelihara sumber. Pengurusan
ekosistem yang sistematik dan berhemah sangat penting dalam usaha
mengekalkan ekosistem. Contohnya menghadkan pengeluaran dan
penggunaan sumber yang tidak boleh dibaharui seperti petroleum, bijih
timah, bijih besi dan sebagainya.
3. Penggunaan Sumber Tenaga Alternatif. Membangunkan sumber
tenaga gantian kepada tenaga fosil seperti tenaga solar, tenaga biomas,
tenaga angin dan tenaga ombak. Penggunaan sumber tenaga gantian bagi
memastikan daya tampung tenaga fosil yang berterusan.
4. Pembangunan Lestari. Pembangunan yang digabungkan dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pembangunan yang disertai
dengan usaha membaik pulih sumber seperti air, hutan, tenaga, udara,
mineral dan sebagainya.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 39
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR
1. Pencemaran Udara. Pertumbuhan penduduk yang pesat menyumbang
kepada pertambahan kandungan bahan cemar udara dalam atmosfera
seperti gas karbon monoksida dan partikel terampai (PM10). Situasi ini
berlaku kesan daripada pertambahan kenderaan bermotor dan kilang.
2. Pencemaran Air. Pertumbuhan pesat penduduk menyumbang kepada
pencemaran air. Pencemaran air berlaku apabila penduduk membuang
sisa kumbahan, sisa-sisa industri, baja kimia, racun serangga dan sampah
sarap ke dalam badan air seperti sungai, kolam dan tasik.
3. Pencemaran Bunyi dan Bau. Pertambahan penduduk yang pesat
menyumbang kepada pencemaran bau khususnya daripada aktiviti
pembuangan sisa domestik dari tapak pelupusan sampah yang
mengeluarkan bau busuk yang mengganggu keselesaan manusia.
Pertambahan penduduk menyebabkan bilangan kenderaan khususnya
di bandar besar seperti Kuala Lumpur meningkat dan menyebabkan
pencemaran bunyi dari kenderaan dan kilang.
4. Peningkatan Suhu. Penebangan hutan secara besar-besaran untuk
membina petempatan penduduk menyebabkan berlakunya peningkatan
suhu setempat yang disebabkan oleh pertambahan gas karbon dioksida
dalam bungkusan udara.
5. Banjir Kilat. Penurapan permukaan bumi dengan bitumen, tar dan simen
untuk pembangunan bandar dan sistem pengangkutan mengurangkan
proses resapan air ke dalam tanah dan meningkatkan larian air permukaan
yang menyebabkan banjir kilat.
6. Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh. Penebangan hutan menyebakan
permukaan bumi kekurangan litupan tumbuhan. Keadaan ini melonggarkan
struktur tanah dan mendedahkan permukaan bumi secara langsung
kepada curahan hujan. Pemotongan bukit untuk pembinaan lebuh raya
meningkatkan sudut cerun dan mempercepatkan kejadian tanah runtuh.
7. Gangguan Sistem Hidrologi. Penyahutanan mengurangkan proses
resapan dan mengurangkan simpanan air bawah tanah. Kekurangan air
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 40
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
bawah tanah menyebabkan air di empangan, tasik dan sungai semakin
berkurangan.
8. Kemusnahan Ekosistem. Penyahutanan menyebabkan berlakunya
kemusnahan habitat haiwan. Ketiadaan habitat menyebabkan rantaian
makanan terganggu dan berlaku penghijrahan spesies ke habitat baru.
Proses ini menyebabkan kepupusan spesies tumbuhan dan haiwan dalam
sistem ekologi.
Objektif Pelajaran 29. Mencadangkan pelbagai langkah
perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan
masalah lebihan dan kurangan penduduk serta kekurangaan
sumber alam.
LANGKAH PERUNDANGAN
1. Akta Alam Sekitar 1974. Menghalang kemerosotan alam sekitar dan
meningkatkan kualiti alam sekitar Agensi yang bertanggungjawab ialah
Jabatan Alam Sekitar yang berkuasa menyaman, mengenakan denda,
menyita premis dan mengenakan tindakan mahkamah.
2. Akta Perhutanan Negara 1984. Akta Perhutanan Negara 1984 untuk
mengawal kegiatan pembalakan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 untuk mencegah hakisan tanah.
LANGKAH BUKAN PERUNDANGAN
1. Memasang Alat Penapis Asap. Perlepasan bahan cemar industri dan
kenderaan bermotor seperti gas karbon dioksida dan partikel terampai
(PM10) dapat dikurangkan melalui kaedah memasang alat penapis asap
pada cerobong asap kilang dan ekzos kenderaan.
2. Mengguna Pengangkutan Awam. Galakan dan kempen
penggunaan kenderan awam seperti sistem LRT dan komuter khususnya
di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dapat mengurangkan
penggunaan bahan api fosil dan pembebasan gas pencemar seperti karbon
dioksida dan karbon monoksida.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 41
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
3. Mengawal Tanah Runtuh dan Hakisan. Mengawal tanah runtuh
dan hakisan dengan menanam tanaman tutup bumi, membuat sungkupan,
membina tembok konkrit, mewujudkan sistem perparitan di cerun, membina
teres bertangga dan membina gabion ( batu dalam sangkar dawai )
4. Mengawal Pencemaran Air. Pencemaran air boleh dikawal
menggunakan kaedah seperti merawat sisa kumbahan sebelum dilepaskan
kembali ke dalam sistem saliran, memasang perangkap sampah di dalam
sungai, merawat air yang telah tercemar dan mewartakan hutan simpan.
5. Mengawal Flora dan Fauna. Mengawal kepupusan flora dan fauna
melalui kaedah penanaman semula hutan yang telah ditebang,
mengadakan rawatan sivilkultur dan melaksanakan sistem penebangan
terpilih.
6. Mengawal Peningkatan Suhu. Peningkatan suhu khususnya
di kawasan bandar dan perindustrian utama dapat di kawal melalui kaedah
penanaman semula pokok dan penghijauan bandar.
7. Membangunkan Tenaga Mesra Alam. Membangunkan tenaga
mesra alam seperti tenaga solar, hidroelektrik, angin dan biomas dapat
mengatasi masalah kemerosotan kualiti dan kepupusan sumber alam.
Penggunaan tenaga mesra alam dapat mengurangkan penggunaan bahan
api fosil dan mengurangkan pembebasan gas CFC, karbon dioksida dan
bahan cemar udara.
8. Kempen. Kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat
tentang betapa pentingnya memelihara keseimbangan alam sekitar dan
sumber boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dan NGO. Kempen kesedaran
seperti cintai hutan kita dan sebagainya boleh dilakukan melalui media
masa seperti surat khabar, televisyen dan radio.
9. Pendidikan. Pengetahuan dan kesedaran untuk memelihara ekosistem
akuatik boleh dibentuk melalui pendidikan. Pendidikan secara formal
di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi melalui
pelaksanaan kurikulum seperti matapelajaran Geografi, Sains, alam sekitar
dan sebagainya dapat membentuk kesedaran dan meningkatkan
pengetahuan tentang pentingnya menjaga alam sekitar fizikal.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 42
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
ALAM SEKITAR MANUSIA
TEMA 2
TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN
2.1 TRANSFORMASI DESA
Objektif Pelajaran 1. Mentakrifkan konsep transformasi desa
Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui
permodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi,
kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Objektif Pelajaran 2. Menghuraikan 4 strategi pembangunan desa
1. Pembangunan Insitu. Pembangunan insitu merujuk kepada aktiviti
pembangunan fizikal luar bandar atau desa. Kawasan kampung atau desa
dibangunkan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur asas, program
perumahan rakyat termiskin dan pusat pertumbuhan ekonomi desa.
2. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Pembangunan yang
menyepadukan atau menggabungkan segala tenaga, sumber yang
berpotensi dan agensi kerajaan. Kawasan-kawasan pertanian bersaiz kecil
dan tidak ekonomik disepadukan dan ditambah nilai dengan pelbagai
prasarana bagi meningkatkan produktiviti serta mempelbagai tanaman.
3. Pembangunan Wilayah. Membangunkan kawasan yang dikenalpasti
secara khusus bagi menjana sumber alam yang berpotensi terutamanya
sumber tanah.
4. Perindustrian Desa. Menyelerakkan pusat-pusat industri ke kawasan
luar bandar berdasarkan potensi sumber yang ada di kawasan itu. Melalui
program ini kawasan desa dibangunkan menjadi pusat perindustrian yang
baru.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 43
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
TERAS PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Menurut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terdapat tujuh teras
utama dalam proses pembangunan desa di Malaysia iaitu:
Rajah 2.1: Teras Pembangunan Luar Bandar
Objektif Pelajaran 3. Menjelaskan proses perubahan desa
1. Saling Kebergantungan Desa Bandar. Bandar dan desa
mempunyai hubungan dua hala yang signifikan iaitu (1) bandar berperanan
sebagai pusat pembauran inovasi baru kepada penduduk desa melalui
sistem telekomunikasi dan pusat-pusat penerangan kerajaan, (2) bandar
berperanan sebagai pusat pengumpulan, pengedaran dan pemasaran
hasil-hasil desa, (3) bandar berperanan sebagai pusat pentadbiran
kawasan bagi melicinkan urusan pentadbra, penyaluran polisi kerajaan,
peningkatan penyelidikan dan pembangunan, (4) bandar sebagai pusat
pasaran barangan melalui kewujudan pasar tani dan pasar malam bagi
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 44
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
memudahkan penduduk desa memasarkan hasil keluaran mereka, (5)
bandar merupakan pusat perindustrian (PKS) khususnya bagi mengubah
struktur ekonomi desa daripada pertanian kepada perindustrian, (6) bandar
berperanan sebagai pusat khidmat sosial dengan menyediakan pelbagai
khidmat sosial seperti pendidikan dan kesihatan, (7) bandar sebagai pusat
pekerjaan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan melalui pelbagai
sektor ekonominya dan (8) bandar berperanan sebagai pusat pemodenan
dengan pelbagai gaya hidup moden.
2. Pembandaran Desa. Pembandaran desa merupakan usaha menaik
taraf status desa setaraf bandar yang merangkumi (1) kemudahan
infrastruktur asas seperti di bandar, (2) perubahan jumlah penduduk melalui
perubahan fugsi dan kemudahan desa secara insitu dan rebakan bandar
berampiran dan (3) bekalan kemudahan asas seperti air, elektrik,
telekomuikasi, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan. Strategi yang
digunakan adalah dengan mewujudkan bandar baru di kawasan
pembangunan wilayah, membandarkan pekan yang berpotensi dan
mewujudkan bandar industri sesuai dengan konsep penyelerakkan industri
desa.
3. Pusat Pertumbuhan Desa. Perancangan pembangunan desa adalah
melalui kewujudkan pusat pertumbuhan desa yang akan dicapai dengan
cara (1) meningkatkan peranan bandar kecil dengan memusat dan
meningkatkan fungsi serta peranan petempatan tersebut, (2) meningkatkan
fungsi dan saiz desa, (3) memastikan pusat pertumbuhan desa menjadi
pemangkin kepada pembangunan dan pemodenan (4) pusat pertumbuhan
desa akan menjadi tempat tumpuan penduduk setempat bagi menjalankan
aktiviti ekonomi, mendapatkan perkhidmatan dan maklumat untuk
meningkatkan ekonomi mereka.
4. Pemodenan Sosioekonomi Desa. Proses pemodenan ekonomi desa
melibatkan (1) penyediaan kemudahan asas dan pelbagai kemudahan
social bagi mewujudkan gaya hidup moden dalam kalangan penduduk desa
(2) meningkatkan taraf pendidikan bagi membolehkan penduduk desa
bekerja dalam pelbagai bidang ekonomi moden (3) menggalakkan
penggunaan jentera, baka baru hasil dari program penyelidikan &
pembangunan sebagai usaha untuk mencetuskan pemodenan dalam
kalangan penduduk desa.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 45
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
2.2 BANDAR DAN PEMBANDARAN
Objektif Pelajaran 4. Mendefinasikan maksud bandar dan proses
pembandaran
1. Bandar. Bandar merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai
penduduk melebihi 10, 000 orang dan telah diwartakan. Bandar mempunyai
ciri-ciri sosio ekonomi, kemudahan asas pembandaran dan gaya hidup
moden.
KLASIFIKASI BANDAR SAIZ PENDUDUK
Bandar Kecil < 30 000
Bandar Sederhana 30 000 – 500 000
Bandar Besar
Bandar Raya Metropolitan 5000 – 1, 000 000
> 1, 000 000
2. Proses Pembandaran. Pembandaran atau urbanisasi ialah
proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar.
Proses berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar
yang lebih besar dan kompleks sifatnya bermula daripada bandar kecil
ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.
JENIS DAN CIRI BANDAR
Objektif Pelajaran 5. Menghuraikan jenis dan ciri bandar iaitu
bandar raya global, metropolis, bandar primat dan bandar raya
mega
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 46
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
1. Bandaraya Global. Bandar raya global adalah bandaraya dunia atau
bandar raya alfa yang menempatkan pelbagai aktiviti yang bertaraf
antarabangsa. Bandar jenis ini ditentukan melalui titik pertemuan penting
dalam sistem ekonomi, budaya, sosial, politik, teknologi dan kemudahan
bandar infrastruktur. Memiliki sifat khusus dan unggul bertaraf dunia. Aktiviti
ekonomi pada tahap kuartener dan kuiner. Pelbagai fungsi mega bersifat
kuartener dan kuiner termasuk pusat kewangan, pusat pasaran kewangan
dunia, ibu pejabat korporat perdagangan berbilangnegara (MNC). Pelbagai
institusi bertaraf antarabangsa Pusat pertumbuhan sektor perkhidmatan
dan perniagaan. Pusat perindustrian utama. Pusat jaringan pengangkutan
dan telekomunikasi antarabangsa. Kekerapan mengendalikan seminar dan
persidangan antarabangsa. Pusat membeli belah bertaraf antarabangsa
2. Bandar Metropolis. Bandar raya gabungan bandaraya dengan
beberapa buah bandar sehingga kawasan sub urban (kumpulan beberapa
buah bandar yang bersambungan). Bandar ini mempunyai penduduk
melebihi satu juta orang. Hierarki paling tinggi dan lingkungan pengaruh
luas Mempunyai pelbagai fungsi seperti pusat pemusatan (aglomerasi) dan
berteknologi tinggi, fungsi bandar pentadbiran, perniagaan, perdagangan,
perinsudtrian. Ciri fizikal dapat dilihat dengan struktur bangunan yang padat
dan tepu bina dengan bangunan. Rebakan bandar ke kawasan sekitar.
Perkembangan bangunan secara vertikal untuk jimatkan ruang. Ciri sosial
dapat dilihat melalui kualiti hidup yang tinggi- pendapatan tinggi dengan
gaya hidup moden dan sangat bergantung kepada penggunaan teknologi.
Pelbagai kemudahan infrastruktur bertaraf dunia, pengangkutan moden,
pusat kewangan, pusat membeli belah, pusat ICT moden (hub komunikasi),
banyak hotel lima bintang. Tumpuan pengangkutan wilayah dan hub
pengangkutan wilayah, serantau atau dunia
3. Bandar Primat. Bandar yang terbesar dan dominan dalam sesebuah
negara atau peneraju bagi pelbagai bidang seperti politik, media, ekonomi,
kebudayaan dan pendidikan bagi negaranya. Jumlah penduduknya adalah
melebihi 5 kali ganda berbanding dengan bandar ke dua terbesar bagi
negaranya. Bandar primat hanya wujud apabila terdapat sebuah bandar
utama yang menjadi tumpuan penduduk, menjadi beberapa kali lebih besar
berbanding dengan bandar rank kedua (Jefferson, 1939). Menempatkan
lebih daripada 70% penduduk bandar di sesebuah negara. Pusat aktiviti
politik dan pentadbiran. Pusat kegiatan sosial seperti pendidikan, kesihatan
dan kebudayaan sesebuah negara.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 47
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
4. Bandaraya Mega. Proses pembandaran yang berterusan membolehkan
bandar-bandar metropolis bercantum membentuk saiz bandar yang lebih
besar dan luas dengan jumlah penduduk melebihi 10 juta membentuk
bandar Mega.
Objektif Pelajaran 6. Memperihalkan pola pembandaran
Pola pembandaran merujuk kepada perubahan saiz dan bilangan bandar,
pertumbuhan penduduk bandar dan perubahan sosioekonomi bandar.
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANDARAN
Objektif Pelajaran 7. Menilai faktor yang mempengaruhi proses
pembandaran
1. Faktor Sejarah. Sejarah petempatan sebuah bandar sangat
mempengaruhi proses pembandaran. Penjajah British telah membawa
kepada kedatangan migran, merubah perkembangan petempatan desa
kepada bandar, ibu negeri, bandar pelabuhan dan beberapa buah bandar
di kawasan pedalaman. Proses yang berlaku adalah berkait rapat dengan
pengeksploitasian sumber alam dan penguasaan politik semasa
penjajahan.
2. Perkembangan Ekonomi. Kepesatan pembandaran adalah berkait
rapat dengan kemajuan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Kepesatan
pembangunan sektor industri telah memesatkan proses urbanisasi atau
pembandaran iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak
dan menarik ramai penduduk ke kawasan tersebut.
3. Dasar Kerajaan. Dasar dan rancangan pembangunan kerajaan
mempengaruhi perkembangan bandar sedia ada dan perkembangan
bandar baru. Bandar-bandar satelite muncul bagi menampung limpahan
penduduk dan pembandaran bandar yang lebih besar seperti Kuala
Lumpur, Shah Alam dan Georgetown.
4. Kemudahan Infrastruktur. Perkembangan kemudahan asas dan
sosial seperti perkembangan kemudahan utiliti (air dan elektrik),
kemudahan sosial termasuk pendidikan, pengangkutan dan kesihatan
membawa kepada kewujudan bandar dan berkembang. Kemunculan pusat
pendidikan tinggi (IPTS dan IPTA) mempercepatkan proses pembudayaan
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 48
MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020
masyarakat bandar kepada kehidupan lebih moden, penyebaran inovasi
baru dan mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
5. Faktor Demografi. Kedatangan migrasi dan pertumbuhan semulajadi
penduduk juga menjadi pemangkin kepada perkembangan bandar.
Pertambahan jumlah penduduk akibat migrasi dari luar bandar melipat
gandakan jumlah penduduk bandar yang merupakan satu elemen penting
dalam perkembangan bandar.
2.2 PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Bandar memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Bandar telah membawa pelbagai unsur pemodenan seperti
struktur ekonomi, sistem pengangkutan, perkhidmatan dan sebagainya. Unsur-
unsur pemodenan ini boleh dilihat dalam ruang fizikal, ekonomi, politik, sosial
dan budaya. Peranan yang sesebuah bandar bergantung kepada jenis dan saiz
bandar, semakin besar saiz maka semakin banyak peranan bandar tersebut.
Objektif Pelajaran 8. Mengenal pasti peranan bandar dalam
pembangunan sesebuah negara
Antara peranan yang dimainkan oleh bandar adalah:
1. Pusat Pemasaran. Bandar membantu memasarkan produk pertanian
dari luar bandar seperti sayur-sayuran, daging, ikan dan susu segar.
Kegiatan perniagaan dan perdagangan dalam bandar memberi sumbangan
kepada pembangunan bandar dan kawasan sekitar dengan menjana
pendapatan per kapita yang tinggi. Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur
atau Geogetown mengadakan karnival jualan pada musim perayaan atau
cuti panjang sekolah dan memungut cukai daripada hotel, pusat hiburan,
serta pusat perniagaan untuk memperoleh sumber pendapatan. Hasil
pendapatan yang tinggi menyebabkan status bandar raya Kuala Lumpur
berkembang dengan lebih maju.
2. Pusat Pekerjaan. Perkembangan serta pembangunan pesat pelbagai
aktiviti ekonomi dan sosial di bandar mewujudkan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk. Pembangunan sektor perindustrian,
perkidmatan dan perniagaan menjadikan bandar sebagai pusat pekerjaan
yang terpenting khususnya kepada penduduk luar bandar.
DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 49