The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Geografi Alam Sekitar Fizikal S1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rashid abu bakar, 2020-10-19 20:57:25

Modul Pembelajaran Latubi

Geografi Alam Sekitar Fizikal S1

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

3. Pusat Pemodenan. Pemodenan masyarakat berlaku melalui
pendidikan yang menggalakkan perubahan sosial dan mental penduduk.
Bandar merupakan tempat bermulanya proses perubahan dan pemodenan
melalui perkembangan ideologi, teknologi, akses kepada maklumat dan
inovasi baru. Keadaan ini berlaku kerana bandar mempunyai kemudahan
pendidikan yang lengkap. Bandar Kuala Lumpur contohnya mempunyai
banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia
yang berperanan sebagai pusat pemodenan pemikiran dan pengetahuan
moden.

4. Kemudahan Kesihatan. Kemudahan perkhidmatan kesihatan lebih
lengkap yang ada di bandar menggambarkan kualiti hidup penduduk
yang lebih tinggi. Peningkatan dalam penggunaan teknologi perubatan
moden membantu peningkatan taraf kesihatan rakyat dan memanjangkan
usia orang tua. Penyediaan kemudahan perkhidmatan perubatan moden
membawa kepada perubahan landskap atau ruang fizikal yang lebih moden
melalui pembinaan bangunan, sistem pengangkutan serta prasarana
kesihatan seperti Hospital Besar, Hospital Pakar, Insitut Jantung Negara
dan Hospital Swasta.

5. Pembentukan Golongan Menengah. Golongan menengah
merupakan kumpulan penduduk yang mempunyai pendapatan tinggi dan
stabil, mengamalkan gaya hidup moden, berfikiran terbuka, berpendidikan
tinggi serta mengamalkan gaya hidup yang berbeza dengan kumpulan
penduduk luar bandar. Kumpulan ini terdiri daripada golongan profesional,
pemimpin dan korporat. Pembentukan golongan menengah dan kelas
atasan lebih ramai di bandar berbanding di luar bandar, kawasan
perumahan atau tempat kediaman golongan ini lebih moden kerana
mempunyai kos sara hidup yang tinggi.

6. Pembauran Inovasi. Pembauran inovasi dari bandar ke kawasan
sekitar berlaku melalui penyebaran idea baru, penggunaan teknologi
moden, peralatan moden, teknologi maklumat, kaedah mengurus dan
pengagihan barangan pengguna moden yang datang dari petempatan
bandar. Bandar merupakan tempat pembauran idea inovasi kepada
kawasan sekitarnya dan secara tidak langsung mempengaruhi penyebaran
ini ke arah pemodenan kawasan sekitarnya. Pembauran inovasi adalah
lebih mudah bermula dan berlaku di bandar dengan bantuan ICT.

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 50

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

Ojektif Pelajaran 9. Membandingkan peranan bandar besar,
bandar sederhana, dan bandar kecil di Malaysia

1. Saiz Bandar. Bandar besar seperti Kuala Lumpur mempunyai saiz
penduduk antara 500 000 hingga 1 juta, bandar sederhana seperti Alor
Setar mempunyai saiz penduduk antara 30 000 hingga 500 000 dan bandar
kecil seperti Guar Chempedak mempunyai saiz penduduk antara 10 000
hingga 29 000 orang. Pada dasarnya saiz penduduk bagi bandar ibu negeri
atau wilayah di Malaysia adalah melebihi 30 000 orang.

2. Lingkungan Pengaruh. Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh
mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih luas berbanding bandar
sederhana dan kecil. Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai pengaruh
terhadap semua wilayah dalam Malaysia termasuk Kedah, Kelantan,
Pahang, Sarawak dan sebagainya. Bandar sederhana seperti Alor Setar,
Kuantan, Kota Bharu dan sebagainya mempunyai lingkungan pengaruh
sebuah wilayah dan bandar kecil seperti bandar Jengka, Pahang dan
Kanowit Sarawak hanya mempunyai lingkungan pengaruh di wilayah luar
bandar.

3. Pusat Pertumbuhan Ekonomi. Bandar besar mendominasi
pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi sekunder atau tertier, malah
sehingga ke tahap kauntener dan kuiner. Semakin besar bandar semakin
banyak aktiviti ekonomi tertier yang tumbuh, pelbagai bentuk perkhidmatan
ditawarkan kepada penduduk yang meliputi perniagaan, pengangkutan,
dan kewangan sesuai dengan tarafnya sebagai pusat pertumbuhan
ekonomi wilayah. Bandar sederhana pula hanya menjadi pusat
pertumbuhan ekonomi daerah dan mempengaruhi ekoomi bandar kecil dan
pekan di dalam daerah pengaruhnya. Bandar kecil berperanan sebagai
pusat pertumbuhan ekonomi daerah kecil dan menjadi pusat pengplan hasil
dari penduduk setempat.

4. Pusat Perkhidmatan Sosial. Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Putra Jaya mempunyai perkhidmatan sosial yang lengkap, kadar celik huruf
yang tinggi dan proses pembentukan golongan menengah yang aktif.
Tumpuan utama adalah kepada aktiviti pendidikan tinggi dan perubatan
moden. Bandar sederhana menyediakan perkhidmatan social kepada
penduduk dalam daerah dan bandar kecil serta pekan dalam lingkungan

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 51

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

pengaruhnya. Bandar kecil hanya menyediakan perkhidmatan sosial
kepada penduduk setempat dan kampung yang berada dalam
pengaruhnya.

5. Aspek Fizikal. Bandar besar merupakan pusat pembangunan makro,
pembangunan wilayah dan koridor pembangunan. Merupakan kawasan
tepu bina, sesak dengan bangunan tinggi dan kurang kawasan atau ruang
lapang. Guna tanah bandar adalah bagi memenuhi keperluan bangunan
rumah kediaman moden, premis perniagaan, ruang pejabat, jalan raya dan
lain-lain yang diselangseli dengan kawasan hijau yang terancang.
Keperluan guna tanah menganjur sehingga ke kawasan pinggir bandar,
malah sehingga ke zon tepu bina iaitu zon di luar sebuah bandar yang telah
dibangunkan. Bandar sederhana menjadi pusat pembangunan daerah,
kadar tepu bina sederhana dan masih ada kawasan hijau serta masih ada
kawasan guna tanah yang belum dimajukan. Bandar kecil hanya menjadi
pusat pembangunan mikro. Binaan bangunan jarang dan masih terdapat
kawasan hutan semula jadi. Guna tanah bercampur dengan guna tanah
desa seperti kawasan pertanian, tanah lapang yang belum dimajukan
seperti hutan, belukar dan paya.

KESAN TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

Objektif Pelajaran 10. Menghuraikan kesan transformasi desa
dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan
sosioekonomi

1. Kepadatan Penduduk. Transformasi desa dan pembandaran menarik
perpindahan penduduk ke bandar kecil dan menyebabkan bilangan
penduduk bertambah serta menjadi padat. Migrasi desa bandar yang pesat
akibat perkembangan aktiviti ekonomi moden seperti pembuatan dan
perkhidmatan telah menyebabkan berlaku pertambahan penduduk dan
kepadatan di kawasan bandar kecil atau kampong tersusun.

2. Perubahan Status Pekerjaan. Transformasi desa dan pembandaran
telah menyebabkan perubahan dalam aktiviti ekonomi iaitu daripada primer
kepada sektor sekunder dan tertier atau daripada sektor pertanian kepada
sektor pembuatan dan perkhidmatan. Jenis pekerjaan telah berubah
daripada petani kepada kerani, jurujual, jururawat, guru dan pegawai dalam
pejabat kerajaan atau swasta. Jenis pekerjaan penduduk juga berubah
kepada sektor perkilangan seperti jurutera, juruteknik dan operator

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 52

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

pengeluaran apabila pembangunan sektor perindustrian diperluaskan ke
kawasan luar bandar.

3. Peningkatan Taraf Hidup. Transformasi desa dan pembandaran telah
menyebabkan peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar.
Pembangunan kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial, sistem
perhubungan dan peluang pekerjaan membantu meningkatkan
pendapatan isi rumah. Perubahan ini dapat dilihat melalui peningkatan taraf
pendidikan, kesihatan, gaya pemakanan, pemilikan harta, kuasa beli dan
mobiliti penduduk.

4. Perumahan. Transformasi desa dan pembandaran memberi kesan
terhadap perubahan kualiti perumahan. Perubahan tersebut dapat dilihat
daripada bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah seperti batu
bata, kaca, besi, keluli dan marmar. Setiap rumah mempunyai kemudahan
asas yang diperlukan seperti bekalan air dan elektrik, bilangan bilik tidur
mencukupi dan kelengkapan serta perabot moden untuk memberi
keselesaan hidup.Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan
permintaan terhadap rumah tinggi dan harga rumah semakin meningkat
khususnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Georgetown.

5. Kemiskinan Bandar. Transformasi desa dan pembandaran yang pesat
khususnya melalui migrasi penduduk yang kurang kemahiran
menyebabkan berlaku penggangguran atau guna tenaga tidak penuh.
Keadaan ini secara tidak langsung membawa kepada kemiskinan.
Penghijrahan penduduk desa yang miskin dan pekerja asing menambah
keadaan kemiskinan penduduk bandar. Pengangguran relatif dan mutlak
berlaku akibat persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang
begitu terhad. Jumlah penduduk yang terlalu ramai dan tidak seimbang
dengan kadar pertumbuhan ekonomi menyebabkan ramai penduduk
bandar menganggur dan meningkatkan kadar kemiskinan bandar.

6. Migrasi Desa Bandar. Transformasi desa dan pembandaran yang
pesat dengan perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi sekunder dan tertier
menyediakan banyak peluang pekerjaaan yang boleh menarik penduduk
desa untuk berpindah ke bandar. Keadaan ini menyebabkan berlaku
peningkatan yang ketara migrasi desa ke bandar dan kesannya penduduk
bandar bertambah manakala kawasan luar bandar kekurangan penduduk
yang produktif khususnya golongan dewasa.

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 53

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

7. Kesesakan Lalu Lintas. Transformasi desa dan pembandaran yang
pesat tanpa perancangan teliti menyebabkan berlaku masalah kesesakan
di bandar. Kesesakan bandar berlaku apabila pembinaan bangunan yang
terlalu padat dan rapat, manakala kesesakan lalu lintas berlaku akibat
bilangan kenderaan yang terlalu banyak di pusat bandar pada satu masa
khususnya waktu puncak. Kesesakan berlaku akibat pertambahan
penduduk yang sangat pantas dan tidak selari dengan kemudahan
infrastruktur yang disediakan.

8. Masalah Sosial. Transformasi desa dan pembandaran memberi kesan
terhadap status sosial penduduk. Masalah moral seperti kemasukan
kudaya kuning dan jenayah semakin meningkat khususnya dalam kalangan
remaja. Masalah sosial seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, penagihan
dadah dan pil perangsang, jenayah culik, peras ugut dan sebagainya
semakin meningkat. Penyebaran penyakit seperti HIV dan AIDs berlaku
akibat aktiviti sosial yang dilarang seperti pelacuran, perkongsian jarum
suntikan dan penagihan dadah. Keadaan ini memberi gambaran berkaitan
proses pembandaran palsu berlaku di sesuatu kawasan pembandaran.

Objektif Pelajaran 11. Menjelaskan kesan transformasi desa dan
pembandaran terhadap alam sekitar.

KEMEROSOTAN KUALITI ALAM SEKITAR

1. Peningkatan Suhu Setempat. Proses pembandaran yang pesat
memberi kesan terhadap perubahan iklim mikro iaitu peningkatan suhu.
Perubahan corak guna tanah daripada litupan tumbuhan kepada
bangunan, permukaan bumi bertar, bersimen dan batu bata meningkatkan
kadar penyimpanan haba pada waktu siang dan pembebasan semula pada
waktu malam menyebabkan kesan rumah hijau. Pertambahan kandungan
gas karbon dioksida dalam atmosfera bumi menyebabkan kadar
penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di kawasan bandar.
Pembinaan bangunan yang sangat rapat menyebabkan haba terperangkap
di celah-celah bangunan dan memanaskan permukaan bandar. Kewujudan
fenomena pulau haba pada waktu siang dan fenomena pulau sejuk pada
waktu malam juga mempengaruhi suhu di bandar.

2. Hakisan Tanah. Transformasi bandar dan desa yang pesat khususnya
di kawasan cerun bukit menyebabkan hakisan tanah. Pembangunan tanah
untuk pembangunan wilayah melalui penebangan pokok secara besar-

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 54

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

besaran menyebabkan ketiadaan tumbuhan dan mendedahkan permukaan
tanah kepada larian air permukaan dan menyebabkan hakisan tanah.

3. Tanah Runtuh. Pembinaan bangunan kediaman, perdagangan,
perindustrian dan perkhidmatan di bandar atau desa menyebabkan hakisan
permukaan bumi berlaku. Keadaan menjadi lebih teruk jika pembangunan
dilakukan di kawasan cerun bukit atau lereng bukit kerana proses hakisan
lebih giat dan memberi kesan kepada profil serta struktur tanah. Struktur
tanah menjadi longgar dan tidak stabil menyebabkan kejadian tanah runtuh.

4. Tanah Tandus. Penebangan hutan untuk pembangunan bandar atau
desa mendedahkan permukaan tanah kepada sinaran matahari dan hujan.
Permukaan tanah yang terdedah secara langsung kepada sinaran matahari
menjadi kering dan tandus.

5. Banjir dan Banjir Kilat. Proses penebangan atau pembersihan
kawasan yang mempunyai tumbuhan dan digantikan dengan kawasan
berturap menjadikan permukaan bumi terdedah kepada curahan hujan
secara terus menyebabkan larian air permukaan meningkat. Penurapan
permukaan bumi secara berlebihan di bandar dengan 50 peratus
permukaan ditutupi dengan bitumen, tar dan aspal menyebabkan halangan
terhadap resapan air dalam tanah sebaliknya mengalir di permukaan dan
menjadi penyebab utama berlaku banjir kilat. Longkang dan anak sungai
yang cetek di bandar tidak mampu menampung isipadu air yang banyak
ketika hujan lebat menyebabkan air melimpah dan membanjiri kawasan
sekitarnya. Kekurangan atau ketiadaan tumbuhan di bandar menyebabkan
proses cegatan silara tidak berlaku menjadikan kuantiti larian air
permukaan meningkat dan tidak mampu ditampung oleh sistem saliran
bandar yang lemah.

6. Kepupusan Kepelbagaian Biologi. Penerokaan kawasan hutan atau
kawasan baru bagi tujuan pembandaran dan pembinaan petempatan telah
mengganggu dan merosakan ekosistem. Penebangan pokok secara besar-
besaran menyebabkan kemusnahan dan kepupusan kepelbagaian biologi.
Pebagai spesies tumbuhan dan binatang seperti orkid, tumbuhan herba
dan spesies serangga mengalami kepupusan.

7. Kemusnahan Habitat dan Rantaian Makanan. Penyahutanan
untuk tujuan pembangunan dan pembandaran menyebabkan kemusnahan

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 55

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

habitat flora dan fauna. Kemusnahan tumbuhan sebagai pengeluar dalam
rantaian makanan mengganggu keseimbangan dalam sistem tersebut dan
menyebabkan pengguna primer dalam ekosistem hutan kehilangan sumber
makanan. Gangguan terhadap ekosistem hutan turut memberi kesan
kepada semua sistem alam sekitar termasuk manusia.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. Pencemaran Udara. Pencemaran udara berlaku apabila udara di
kawasan bandar mengandungi banyak partikel terampai seperti habuk,
debu, asap, gas karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
Pertambahan kuantiti bahan cemar udara ini disebabkan oleh pertumbuhan
pesat sektor perindustrian, pertambahan bilangan kenderaan bermotor
di jalan raya, stesen janakuasa dan alat hawa dingin. Aktiviti tersebut
menyumbang kepada peningkatan indeks pencemaran udara (IPU)
sehingga melebihi 300 dan menyebabkan jerubu tebal.

2. Pencemaran Air. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan
effluen atau sisa toksid dari industri perkilangan. Bahan buangan dari sektor
pembuatan seperti zink, kadmium, plumbum, timah hitam serta
pembuangan sampah sarap oleh penduduk setempat menyebabkan
pencemaran air sungai yang serius seperti di sungai Kelang dan sungai
Gombak. Aktiviti perlombongan dan hakisan tanah dari tapak pembinaan
turut mencemari air sungai. Indeks kemerosotan kualiti air bersih diukur
berdasarkan indikator kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD),
kandungan bekteria Escherichia coli (E-Coli), kandungan amoniakal
nitrogen (NH3-N),kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (PH)
dan perubahan warna atau bau.

3. Pencemaran Tanih. Pencemaran tanih atau tanah berlaku apabila
pembuangan sisa toksid dan sisa domestik bahan kimia dibuang merata-
rata tempat menyebabkan pencemaran tanih. Proses larut resap selepas
hujan lebat turut mencemari air bawah tanah.

4. Pencemaran Bau. Industri memproses bahan mentah seperti kilang
getah dan kilang kelapa sawit, kawasan penternakan binatang, tapak
pelupusan sampah dan loji rawatan kumbahan menyebabkan pencemaran
bau yang serius.

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 56

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

5. Pencemaran Bunyi. Pencemaran bunyi dihasilkan daripada aktiviti
pembinaan, perkilangan, jentera berat dan kenderaan bermotor. Kawasan
yang mengalami bunyi bising melebihi 55 dBA dianggap mengalami
pencemaran bunyi. Kilang memproses bahan mentah kelapa sawit yang
mengeluarkan bunyi melebihi 85 dBA boleh menyebabkan pekak.

6. Pencemaran Sampah Sarap. Pertambahan penduduk menyebabkan
jumlah pembuangan sampah sarap meningkat dan menyebabkan
pencemaran sampah sarap khususnya di kawasan perumahan. Pemilihan
kawasan yang sesuai sebagai tapak pelupusan sampah sarap dapat
mengurangkan tahap pencemaran sampah sarap di kawasan bandar.

7. Pencemaran Sisa Toksid. Pencemaran sisa toksid berlaku apabila
kilang-kilang mengalirkan sisa kimia ke dalam longkang atau sungai.
Longgokan bahan buangan sisa buangan kilang sebelum diangkut ke tapak
pelupusan menyebabkan sisa kimia meresap ke dalam tanah lalu
mencemari tanah dengan sisa toksid.

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 57

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB

LATUBI JAWAB 1
1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai sumber.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan tiga indikator untuk mengukur sumber manusia.

1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga peranan manusia sebagai agen perubahan.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 58

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 2
2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk.

[ 3 markah ]
(b) Perincikan tiga faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan

penduduk di Malaysia.
1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan bagaimana proses pertumbuhan penduduk berlaku.

1

2

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 59

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 3
3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan penduduk.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan tiga kesan positif pertumbuhan penduduk terhadap ciri

demografi negara sedang membangun.
1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga kesan kurangan penduduk terhadap sosioekonomi

sesebuah negara.
1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 60

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 4
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan tiga kesan penuaan penduduk terhadap pembangunan

sosioekonomi sesebuah negara.

1

2

[ 6 markah ]
(c) Huraikan tiga langkah untuk mengatasi masalah penuaan penduduk.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 61

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 5
5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan mengapa sesetengah negara mengalami lebihan penduduk.

1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga kesan negatif lebihan penduduk terhadap sosioekonomi

sesebuah negara.
1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 62

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 6
6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Model Peralihan Demografi.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi kejatuhan kadar kelahiran pada

peringkat ketiga dalam Model Peralihan Demografi.
1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 63

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 7
7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan transformasi desa.

[ 3 markah ]
(b) Huraikan 3 strategi pembangunan desa yang dilaksanakan di Malaysia.

1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga proses yang menyebabkan perubahan desa di Malaysia.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 64

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 8
8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan bagaimana proses pembandaran menghasilkan golongan

menengah di Malaysia.
1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Huraikan 3 faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 65

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 9
9. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bandar raya global.

[ 3 markah ]

(b) Jelaskan tiga ciri bandar raya global.
1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga peranan bandar dalam pembangunan negara Malaysia.

1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 66

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI JAWAB 10

10. (a) Nyatakan 3 bandar di Malaysia yang mempunyai penduduk melebihi 1
juta orang.

[ 3 markah ]
(b) Jelaskan 3 faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia.

1

2

3

[ 6 markah ]
(c) Terangkan tiga kesan transformasi desa terhadap pembangunan

sosioekonomi penduduk luar bandar di Malaysia.
1

2

3

[ 6 markah ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 67

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS STPM

LATUBI BERFOKUS 1

1. (a) Nyatakan tiga ciri demografi bagi sesebuah negara.

1
2
3

[ markah 3: STPM 2019 ]

(b) “Faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden
menyumbang kewujudan penduduk menua yang tinggi kepada sesebuah
negara”. Jelaskan pernyataan ini.

1

2

3

[ 6 markah: STPM 2019 ]
(c) Jelaskan 3 kesan negatif kewujudan penduduk menua yang tinggi

di sesebuah negara.
1

2

3

[ 6 markah: STPM 2019 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 68

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 2
2. (a) Jelaskan 6 faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk Malaysia.

1

2

3

4

5

6

[ 12 markah; STPM 2019]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 69

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan 6 kesan negatif kepadatan penduduk yang tinggi terhadap
sosioekonomi di sesebuah kawasan.

1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2019]

. 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 70

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 3

3. (a) Bincangkan 6 strategi yang telah diambil dalam membangunkan kawasan
desa di Malaysia.

1

2

3

4

5

6

K

[13 markah: STPM 2019]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 71

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Jelaskan 6 kesan positif pembangunan desa di Malaysia.
1

2

3

4

5

6

[ 12 markah: STPM 2019 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 72

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 4
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tansformasi desa.

[ markah 3: STPM 2018 ]
(b) Jelaskan tiga kepentingan transformasi desa disesebuah kawasan.

1

2

3

[ 6 markah: STPM 2018 ]
(c) Jelaskan tiga pendekatan pembangunan wilayah dalam strategi

pembangunan desa di Malaysia.
1

2

3

[ 6 markah: STPM 2018 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 73

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 5

5. (a) Jelaskan 6 faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah
negara.

1

2

3

4

5

6

[ 12 markah; STPM 2018]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 74

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan 6 langkah bagi mengatasi ketakseimbangan taburan
penduduk di Malaysia.

1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2018]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 75

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 6

6. (a) Bezakan empat peranan bandar kecil dengan bandar besar dalam konteks
pembangunan di Malaysia.

1

2

3

4

[12 markah: STPM 2018]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 76

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan 6 kesan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal.
1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2018 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 77

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 7
7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran.

[ markah 3: STPM 2017 ]
(b) Bagaimanakah proses pembandaran mewujudkan golongan menengah di

bandar.
1

2

[ 6 markah: STPM 2017 ]
(c) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di

Malaysia pada masa ini.
1

2

3

[ 6 markah: STPM 2017 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 78

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 8

8. Jadual di bawah menunjukkan taburan penduduk Malaysia mengikut strata
dari tahun 1970 hingga tahun 2010 (juta orang).

Tahun 1970 1980 1991 2000 2010
Kawasan
2.96 4.49 9.38 14.43 17.91
Bandar 7.48 8.65 9.00 8.84 10.34
Luar Bandar

(a) Berdasarkan jadual di atas
(i) Hitung peratus penduduk bandar dan peratus penduduk luar bandar
di Malaysia dari tahun 1970 hingga tahun 2010.

Tahun 1970 1980 1991 2000 2010
Kawasan

Bandar
Luar Bandar

[ 05 markah : STPM 2017 ]

(ii) Lukis graf yang sesuai bagi menunjukkan peratus penduduk bandar
dan peratus penduduk luar bandar di Malaysia dari tahun 1970 hingga
tahun 2010.

[ 07 markah: STPM 2017]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 79

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan kesan pertambahan penduduk bandar yang pesat terhadap
sosioekonomi penduduk kawasan bandar.

1

2

3

4

5

6

K
[ 13 markah: STPM 2017]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 80

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 9
9. (a) Huraikan ciri-ciri bandar raya global.

1

2

3

4

5

6

[12 markah: STPM 2017]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 81

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan kesan bandar raya global terhadap sesebuah negara.
1

2

3

4

5

6

K
[ 13 markah: STPM 2017 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 82

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 10

10. (a) Nyatakan tiga petunjuk kualiti penduduk di sesebuah negara.

1
2
3

[ markah 3: STPM 2017u ]

(b) Huraikan tiga langkah bagi meningkatkan kualiti penduduk di sesebuah
negara.

1

2

3

[ 6 markah: STPM 2017u ]
(c) Jelaskan tiga aktiviti manusia dalam mengubah landskap baudaya.

1

2

3

[ 6 markah: STPM 2017u ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 83

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 11
11. (a) Bincangkan kepentingan sumber alam terhadap alam sekitar manusia.

1

2

3

4

5

6

K
[ 13 markah; STPM 2017u]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 84

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Huraikan langkah yang sesuai bagi menjamin kelestarian sumber hutan.
1

2

3

4

5

6

[ 12 markah: STPM 2017u]

. 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 85

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 12
12. (a) Jelaskan perubahan yang berlaku hasil pemodenan sosioekonomi desa.

1

2

3

4

5

6

[12 markah: STPM 2017u]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 86

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Jelaskan proses saling kebergantungan desa-bandar di Malaysia.
1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2017u ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 87

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 13

13. (a) Nyatakan tiga jenis aliran migrasi dalaman.

1
2
3

[ markah 3: STPM 2016 ]

(b) Huraikan tiga pola migrasi dalaman di Malaysia pada masi ini

1

2

3

[ 6 markah: STPM 2016 ]
(c) Jelaskan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi kemasukan warga

asing ke Malaysia.
1

2

3

[ 6 markah: STPM 2016 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 88

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 14
14. Gambarajah di bawah menunjukan Model Peralihan Demografi

(a) Berdasarkan gambarajah di atas huraikan peringkat-peringkat yang
terdapat dalam Model Peralihan Demogafi berkenaan.

1

2

3

[ 12 markah; STPM 2016]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 89

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan kesan proses penuaan penduduk terhadap pembangunan
sosioekonomi Malaysia.

1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2016]

. 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 90

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

LATUBI BERFOKUS 15
15. (a) Huraikan kesan pembandaran desa di Malaysia.

1

2

3

4

5

6

[12 markah: STPM 2016]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 91

MMM MODUL PEMBELAJARAN LATUBI 2020

(b) Bincangkan peranan perindustrian desa dalam membangunkan sesebuah
kawasan luar bandar.

1

2

3

4

5

6

K

[ 13 markah: STPM 2016 ]

DR. MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR 942/3 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 92


Click to View FlipBook Version