EDISI PERTAMA BIL. 1/2022
MOMBENulTeOtiUn
ululalbab.upsi.edu.my
Tinta Pengarah PUA
Assalamualaikum wrt. wbt. Penglibatan pelajar daripada Kelab Sahabat Ulul Albab
yang bersifat antarabangsa ini dapat membawa imej UPSI
Salam Sejahtera. di peringkat antarabangsa. Peranan yang disumbangkan
ini memberi makna yang besar kepada Pusat Ulul Albab
Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi sebagai salah satu sayap pentadbiran di universiti ini.
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana majalah Momentous Ulul
Albab dari tahun 2019 hingga 2021 dapat diterbitkan dalam masa Adalah diharapkan, penerbitan majalah Momentous Ulul
yang ditetapkan. Albab ini dapat memberi maklumat dan input berguna
kepada pembaca semua sesuai dengan visi menjadikan
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan majalah ini sebagai sumber maklumat Pusat Ulul Albab
berbanyak terima kasih kepada semua editor Pusat Ulul Albab dan yang berinformasi dan bermanfaat untuk semua.
Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) yang membantu menyumbangkan
berita bagi penerbitan ini. Sekian, terima kasih.
Banyak program-program yang telah dijalankan melibatkan peranan Prof. Dr. Abdul Halim Ali
dan fungsi Pusat Ulul Albab. Paling penting Pusat Ulul Albab telah Pengarah Pusat Ulul Albab.
berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang mempunyai
ciri-ciri Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik melalui program-
program bermodul seperti program Pensijilan Ulul Albab, program
pengukuhan, Training of Trainers (TOT), program sangkutan dalam
dan luar negara yang berimpak tinggi.
SIDANG EDITORIAL REKA BENTUK GRAFIK:
Nur Aida Nabila Kaher Nordi
PENGARAH PUSAT ULUL ALBAB:
Prof. Dr. Abdul Halim Ali SUSUN ATUR:
Masturiana Mohd Basri
EDITORIAL:
Nor Hayati Aziz PENERBIT
Suhaida Mat Sukor
Masturiana Mohd Basri Pusat Ulul Albab
Nor Izzati Hassan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Zolkfili Ahmad Tahir 35900 Tanjong Malim, Perak D. R.
Tel : 05-450 6972/5036/6959
JURU FOTO: Faks : 05-458 5648
Kelab Sahabat Ulul Albab
(KeSUA)
BULETIN
MOMENTOUS
PUA
Isi Kandungan
Tinta Editor i,ii Momentous 44
Tinta Editor, Sidang Editorial, Koleksi Momentous
Isi Kandungan Tahun 2021
Pengenalan 4 Rencana 52
Pengenalan Pusat Ulul Albab Penubuhan 1 Tahun PUA
(PUA) & Kelab Sahabat Ulul Berjaya Bentuk Mahasiswa yang
Albab (KeSUA)
Mempunyai “Nilai Tambah”
Koleksi Momentous
Koleksi Momentous 7 53Artikel
2019 - 2022 “Designing Firdaus” melahirkan
insan Super Cemerlang
Momentous 8 Keratan Akhbar 55
Koleksi Momentous Koleksi Keratan Akhbar
Tahun 2019 2019 - 2021
Momentous 24 Media Sosial 58
Koleksi Momentous Poster Aktiviti Kelab Sahabat
Tahun 2020 Ulul Albab (KeSUA)
Hak Cipta Terpelihara
2019 - 2022
Buletin Momentous
Pusat Ulul Albab
Edisi Pertama Bil. 1/2022
Keluaran
Disember 2022
ISSN_________
Hubungi Kami
Telefon : +60 5450 6972/ 5036/ 6959/ 5037
Fax : +60 545 95648
Email : [email protected]
Alamat
Pusat Ulul Albab, Aras 1,
Bangunan Bitarasiswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 4 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Pengenalan
Selama hampir 5 tahun penubuhannya, Pusat
Ulul Albab Universiti Pendidikan Sultan Idris
(PUA) UPSI berjaya melaksanakan pelbagai
program yang berteraskan model Ulul Albab.
Tiga komponen utama model Ulul Albab yang
terdiri daripada elemen Quranik, Ensiklopedik,
dan Ijtihadik (QEI) mampu melahirkan pelajar
universiti yang Super Cemerlang selaras dengan
visi PUA UPSI itu sendiri iaitu “menjadi Pusat
Penjanaan kepimpinan pelajar Super Cemerlang
dalam Akademik, Akhlak dan Kepimpinan serta
menjadi Pusat Rujukan dan Pengembangan Ilmu
berteraskan Model Ulul Albab.”
Kejayaan PUA UPSI dalam melahirkan pelajar yang terlatih dengan model Ulul
Albab dapat dilihat daripada kejayaan kohort satu lagi. Kohort satu adalah
kelompok pertama yang menjadi penggerak kepada program-program Ulul Albab
di peringkat fakulti masing-masing dan juga universiti amnya. Program Ulul Albab
UPSI terdiri daripada 3 tunjang utama iaitu Program Utama, Program Pilihan dan
Program Pengukuhan.
Dalam Program Utama, terdapat 3 peringkat iaitu Peringkat Pertama (P1),
Peringkat Kedua (P2) dan Peringkat Ketiga (P3). Peringkat pertama adalah
berbentuk ceramah umum yang melibatkan semua pelajar baharu, sebagai asas
pengenalan bagi menimbulkan minat dan kesedaran kepada mereka untuk terus
mengikuti program Ulul Albab di peringkat yang seterusnya. Peringkat kedua (P2)
adalah program yang lebih berfokus, iaitu berbentuk bimbingan kemahiran secara
intensif atau yang lebih dikenali sebagai Training of Trainers (ToT). Pada peringkat
kedua ini, hanya lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah pelajar baharu, yang
akan dipilih dan disaring untuk mengikuti program ini berdasarkan syarat-syarat
yang ditetapkan. Peringkat ketiga (P3), adalah program khas sekumpulan pelajar
yang disaring daripada P2 “cream of the cream”. Program ini berbentuk sangkutan/
praktikal (attachment) di agensi / pusat luar yang terpilih, di mana pelajar-pelajar
akan mengaplikasikan semua ilmu dan kemahiran yang diperolehi dari P1 dan
P2. Kumpulan khas pelajar yang telah mengikuti P3 ini, akan menjadi ikon dan
pemimpin Ulul Albab yang akan menggerakkan keseluruhan “Sahabat Ulul Albab”
di universiti.
Dalam Program Pilihan pula, PUA telah memperkenalkan sebuah program baharu
bermodul dan berstruktur yang dikenali sebagai Kursus Pensijilan Profesional
Ulul Albab. Kursus ini terbuka kepada semua mahasiswa/i UPSI dan dilaksanakan
dalam tiga tahap iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST PENGENALAN 5
Peserta yang mengikuti kursus ini akan dibimbing menggunakan modul-modul
Ulul Albab, Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik oleh kumpulan “talent pool” atau
“coach” Ulul Albab UPSI yang telah melalui proses latihan dan bimbingan secara
terus daripada Panel Ulul Albab UPSI. Peserta yang mengikuti Kursus Pensijilan
Profesional Ulul Albab ini akan diberikan sijil yang diiktiraf diperingkat universiti,
bagi setiap tahap yang disertai, sebagai bukti penglibatan mereka dalam program
ini dan sebagai nilai tambah selepas bergraduat. Dalam perancangan masa
hadapan, kursus ini akan dibuka dan ditawarkan kepada pihak luar (sekolah.
agensi, IPT) dan orang awam yang berminat.
Manakala dalam Program Pengukuhan pula, PUA telah melaksanakan pelbagai
program yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan lijtihadik sepanjang tahun
melibatkan Sahabat Ulul Albab. Program-program ini dilaksanakan dengan
kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI. Matlamat utama Program Pengukuhan
ini adalah untuk menyemai dan menyemarakkan lagi nilai-nilai Ulul Albab dalam
kalangan mahasiswa/i UPSI, supaya menjadi nilai tambah kepada mereka selepas
bergraduat nanti.
Pendokumentasian program-program tersebut telah diterjemahkan melalui
terbitan Momentous Ulul Albab. Buku ini adalah gabungan Momentous Ulul Albab
yang telah diterbitkan daripada siri pertama hingga siri ke-43 yang bermula sejak
tahun 2019 hingga tahun 2021.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 6 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Pengenalan
KELAB SAHABAT ULUL ALBAB
Kelab ini ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan terbuka kepada
semua mahasiswa mahasiswi UPSI yang berminat. Ia bertujuan bagi menyokong
serta mendokong visi Pusat Ulul Albab yang ingin melahirkan mahasiswa/i UPSI
yang mempunyai pengetahuan dari aspek Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Antara fungsi KESUA adalah:
i.Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah terutamanya
untuk membantu kecermerlangan UPSI dalam melahirkan mahasiswa yang
seimbang daripada segi akhlak (agama) dan juga akademik.
ii.Melahirkan mahasiswa generasi Al-Quran yang mampu untuk menguasai bahasa
utama dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan bahasa-bahasa yang lain.
iii.Melahirkan mahasiswa/mahasiswi UPSI yang mampu mempraktikan unsur-
unsur ajaran agama dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST PENGENALAN 7
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
8 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Sahabat Ulul Albab
sumbang bakti di
9Bumi Pattani
LUAR NEGARA Pattani, 23 - 28 Jun 2019 kali ini disertai oleh 54 orang Kumpulan khas pelajar yang
-Pusat Ulul Albab UPSI telah pelajar daripada pelbagai fakulti telah mengikuti P3 ini, akan
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 berjaya melaksanakan Program di UPSI. Program P3 ini adalah menjadi ikon dan pemimpin
Sangkutan Sahabat Ulul Albab program berbentuk sangkutan Ulul Albab di universiti yang
Peringkat ketiga, Kohort Ketiga (attachment) di agensi/pusat akan menggerakkan kes-
(P3K3) kepada pelajar-pelajar luar yang terpilih yang mempu- eluruhan “Sahabat Ulul Al-
baharu UPSI ambilan Februari nyai kaitan dengan elemen Ulul bab” di universiti.
2019. Program yang berjalan Albab. Di samping pelajar-pela-
selama 6 hari ini, telah ber- jar ini merasai pengalaman ba-
langsung mulai 23 Jun 2019 haru pelaksanaan ulul albab di
hingga 28 Jun 2019 bertempat luar negara mereka juga secara
di University Fatoni, Thailand tidak langsung dapat mengap-
dan juga di Madrasah Diniyah likasikan semua ilmu dan kema-
A’liyah, Yala, Thailand. hiran yang diperolehi sebelum
ini dengan melaksanakan pro-
Buat julung kalinya tahun ini, gram kepada pelajar di Thai-
PUA telah melaksanakan se- land.
cara serentak program pering-
kat ketiga ini, iaitu di Thailand, Antara pengisian program yang
di Aceh dan juga dalam negara berlansung ialah Halaqah dan
di Madrasah An-Najihah, Negeri Tadabbur al-Quran, CSR dan
Sembilan. Tadabur Alam, kelas Bahasa
Arab dan Bahasa Thailand, Su-
Program Peringkat ketiga (P3), kan Sunnah Memanah, Qiyam-
ini adalah kesinambungan dari- ullail, Wacana Ulul Albab, Soleh
pada program Peringkat Perta- English, Brain Gym Challenge
ma (P1) dan Kedua (P2) yang
telah berlangsung sebelum ini. dan banyak lagi.
P3 adalah Program khas se-
kumpulan pelajar “cream of the
cream” yang telah disaring dar-
ipada P2. Program di Thailand
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 9
Antara pengisian sepanjang enam (6) hari Terokai
di Banda Aceh peserta telah mengikuti
kelas Perkongsian Seni & Budaya Aceh, Banda Aceh, 23 - 28 Jun 2019 – Seramai 20 orang peserta dalam kalangan
Al-Quran Dan Sains, Materi Kreativiti sahabat Ulul Albab yang memenuhi syarat telah terpilih untuk mengikuti
dan Inovasi , Bahasa Arab , Praktek program sangkutan P3 ke Universitas Syiah Kuala Banda Aceh, Indonesia.
Masyarakat Budidaya Tiram, Kelas Lokasi program Sangkutan Ulul Albab Peringkat Ke-3 (P3) adalah amat
Materi Penawar Bagi Hati, Tadabbur di bertetapan dengan objektif penubuhannya dalam usaha melahirkan
Masjid Raya Baitulrahman ,Halaqah Al- mahasiswa-mahasiswi UPSI yang mempunyai nilai Quranik, Ensiklopedik
quran dan sesi dialog dan pencambahan dan Ijtihadik. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan kemahiran
idea bersama wakil pemimpim pelajar insaniah kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab sama ada dari segi kepimpinan
Unsyiah. Para peserta amat bertuah mahupun aspek-aspek yang lain. Selain daripada itu mereka juga didedahkan
kerana mendapat tenaga pengajar yang dengan perkara-perkara baru supaya lebih kreatif dan inovatif yang mampu
mempunyai pengalaman yang luas bersaing di peringkat global dan seimbang selari dengan konsep Quranik,
dalam bidang masing-masing antaranya Ensiklopedik dan Ijtihadik. Program Sangkutan di Banda Aceh ini merupakan
Teungku Jamaika, beliau adalah pencetus kerjasama antara Pusat Ulul Albab dan Universitas Syiah Kuala, Banda
idea untuk menginovasikan perusahaan Aceh (Unsyiah).
tiram kepada penduduk tempatan dengan
menggunakan tayar, Prof. Dr. Azman
Ismail , imam Masjid Raya Baitulrahman
dan Prof. Dr. Yusni Sabi yang merupakan
bekas Timbalan Canselor di Universiti
Ar-Raniry Aceh, Indonesia.
Selain daripada itu peserta berpeluang
mencurahkan bakti dan kemahiran dalam
Program CSR (Fun English with Sahabat
Ulul Albab) di sekolah SD 65 Percontohan
Banda Aceh. Seramai 200 orang pelajar
sekolah SD Percontohan telah terlibat
dalam program selama 3 jam ini.
Program Sangkutan Ke Banda Aceh ini
telah dirasmikan oleh Dr. Hizir Sofian
yang merupakan Timbalan Rektor ke-4
Unsyiah.
Menurut Pengarah Pusat Ulul Albab, Ustaz Wan Zikry Wan Kamaruddin yang merupakan ketua delegasi untuk program
Sangkutan ini, pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini memberikan manfaat yang sangat banyak dan
bermakna kepada para peserta dalam memperkukuhkan dan meningkatkan lagi aspek Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik
dalam diri para peserta dan seterusnya objektif 2A dapat dicapai dengan jayanya.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
10 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
16 Sahabat Ulul Albab mengikuti
Pengajian TURATH DINIYAH
Nilai, 23 – 27 Jun 2019 –
Seramai 16 orang peserta
dalam kalangan sahabat Ulul
Albab dipilih mengikuti penga-
jian Turath Diniyah di Maahad
Tahfiz An-Najihah Nilai
(MATAN), Negeri Sembilan.
Program ini merupakan ker-
jasama antara Pusat Ulul
Albab dan Maahad Tahfiz An
Najihah, Nilai.
Antara pengisian sepan- Peserta juga berpeluang berkongsi kemahiran dalam Slot Sahabat Ulul Albab
jang lima (5) hari di sini ialah bersama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz An-Najihah di mana peserta telah membuat
peserta telah mengikuti kelas dua aktiviti iaitu yang pertama slot motivasi “Anda Berhak Hebat” yang disampaikan
Halaqah Al-Quran, Pengajian oleh Saudari Afeyfah, Aisya Mudzira dan Ain Nazurah. Manakala slot kedua ialah
Kitab Turath Penawar Bagi slot ijtihadik “Brain Gym” yang dikendalikan oleh Saudari Che Shazwani dan Nurul
Hati, Kitab Uyunul Masail Ashikin. Dalam slot ini, adik-adik tahfiz didedahkan bagaimana untuk menyusun
Linnisa’, Qiamullail bersama strategi dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan bahan yang diberikan.
pelajar MATAN dan Bacaan
Manzil.
Program ini dikendalikan oleh
tenaga pengajar yang mem-
punyai pengalaman luas iaitu
Ustaz Khoirudin bin Abdul
Manaf, lulusan Maahad di
Indonesia.
Pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini memberikan manfaat
yang sangat banyak dan bermakna kepada para peserta dalam memperkukuhkan
dan meningkatkan lagi aspek Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dalam diri para
peserta dan seterusnya mencapai kecemerlangan 2A (Akademik & Akhlak).
2019
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 11
Bicara Ikon
Dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Putrajaya- Pusat Ulul Albab UPSI dengan kerjasama Sekolah
Kathir mendefinisikan lubb sebagai akal, Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMKAPUTRA) telah
dan ulul albab sebagai, “mereka yang berjaya menganjurkan Bicara Ikon Ulul Albab pada 28 Jun 2019
mempunyai akal yang sempurna lagi bersih, bertempat di SMAPUTRA. Program ini telah dikendalikan oleh
yang mengetahui hakikat banyak perkara Dato’ Dr Danial Zainal Abidin, Panel Ulul Albab UPSI dengan tajuk
secara jelas dan nyata”. perkongsiannya “Ciri-Ciri Ulul Albab dalam al-Quran”
Antara ciri-ciri utama golongan Ulul Albab, Program kali ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 300 orang
ialah: (a) Menjadikan Al-Quran Sebagai peserta yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar SMK Agama
Manual Kehidupan (al-baqarah: 269), Putrajaya, serta jemputan daripada komuniti dan sekolah-sekolah
(b) Menekankan Tilawah, Tadabbur dan yang berhampiran.
Tazakkur (As-Saad: 29), (c) Membina takwa
(Al-Maidah: 100), (d) Mampu menapis dan Program ini telah dapat memberi pendedahan kepada guru-guru
menilai (az-Zumar: 18), (e) Cemerlang dan pelajar mengenai ciri-ciri Ulul Albab yang terkandung di dalam
melaui zikir dan fikir (ali-imran: 190), (f) al-Quran. Kalimah “Ulul Albab” adalah perkataan atau kalimah
Kesungguhan mengusai ilmu dalam pelbagai yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Kalimah “Ulul
bidang (al-baqarah: 179, 197, 269, ali-Imran: Albab” disebut sebanyak 16 kali di dalam al-Quran dan setiap
7, 190, Al-Maidah: 100 dan Yusuf:111), (g) ayat berkait secara langsung dengan isu-isu yang dibangkitkan
Kemahiran berinteraksi dengan al-Quran di dalam ayat berkenaan.
(Ar-Ra’d:19, Ibrahim: 52 dan Sod : 29), dan
(h)Kebolehan mengenalpasti solusi dalam Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan
kehidupan (Sod:43, Az-Zumar: 9, 18, 21, ulul abab yang digunakan al-Quran ini merujuk kepada golongan
Ghafis:54 dan At-Tolaq:10). yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu
membuat penilaian yang tepat. Albab berasal daripada bahasa
Program ini mampu memberi impak Arab lubb. Lubb bermaksud “inti pati, bahagian yang terbaik”.
yang sangat baik dan bermanfaat kepada Albab bermaksud “heart, mind, intellect, reason, understanding,”
peserta dalam mewujudkan perkambangan iaitu, “hati, minda, intelek
ilmu yang positif serta dapat dipraktikkan
sepenuhnya oleh warga SMKA Putrajaya
dan masyarakat setempat serta dapat
mewujudkan jaringan yang baik antara
Pusat Ulul Albab dengan pihak sekolah.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2019 12 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 PUA Merintis Jaringan Strategik
dengan Institusi Sekolah Menengah, Rendah & Swasta
Tanjong Malim- Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI telah melebarkan lagi sayap-
nya dengan membina jaringan strategik bersama sekolah-sekolah di sekitar
Kerling dan Tanjong Malim. Di peringkat awal, tiga buah sekolah telah men-
yatakan persetujuan dan berminat untuk bekerjasama dengan PUA, iaitu
Institut Tahfis Saba (ITS) Kerling ,Selangor; Sekolah Kebangsaan Tanjong
Malim (SKTM) dan Sekolah Menengah Agama Slim River, Perak. Kunjungan
hormat dan perbincangan kerjasama telah diadakan di dua buah sekolah,
iaitu ITS pada 11 Julai 2019 dan SKTM pada 19 Julai 2019.
Kedua-dua buah sekolah memberikan sambutan dan sokongan yang
amat baik terhadap program kerjasama yang ditawarkan, di mana menurut
Pengarah PUA, Ustaz Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin, Pusat Ulul Albab
UPSI telah menyediakan beberapa modul yang berasaskan elemen Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) yang dapat dikongsikan bersama khususnya
dalam membantu pelajar-pelajar menguasai kepelbagaian bidang dan kema-
hiran, berakhlak mulia dan mempunyai nilai tambah QEI yang menggabung-
kan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
ITS diwakili oleh Timbalan Pengerusi 1 ITS, Ir Haji Noor Razman Haji Abdul
Razak; Mudir ITS, Ustaz Razief Muslini dan beberapa orang wakil dari ITS,
manakala SKTM pula diketuai sendiri Guru Besar SKTM, Puan Azuraniza Abu
Samah dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTM.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 13
PUA Anjur LADAP Guru Tahfiz
-Kepelbagaian Metodologi Hafazan Al-Quran-
Putrajaya- Pusat Ulul Albab UPSI dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya atau singkatannya
SMAPUTRA telah berjaya menganjurkan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru-Guru Tahfiz Kementerian
Pendidikan Malaysia pada 20 Julai 2019 bertempat di SMAPUTRA.Program ini telah dikendalikan oleh Y.Bhg. Dr Sedek bin
Arifin, Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang juga merupakan
Setiausaha Lajnah Tasheh Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Tajuk perkongsian beliau adalah “Kepelbagaian Metodologi
Hafazan Al-Quran: Satu Analisis”
Program kali ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru tahfiz SMK Agama
Putrajaya, SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassa Sail, SMK Agama Kuala Lumpur, SBP Integrasi Rawang, SM Integrasi Sains
Tahfiz MAWIP, SMA Nilai, Institut Tahfiz Saba Kerling, Imtiaz Melaka, Imtiaz Banting dan Maahad Tahfiz Shah Alam. Program
ini telah dapat memberi pendedahan kepada guru-guru tahfiz khasnya mengenai kepelbagaian metod pembelajaran tahfiz
yang telah dilaksanakan di beberapa institusi tahfiz seluruh dunia, antaranya kaedah hafazan Deobandy dari India, dari Turki,
Panipaty dari Pakistan, dari Mekah al-Mukarramah dan lain-lain lagi. Kaedah-kaedah hafazan ini juga kebanyakkannya telah
dilaksanakan di institusi-institusi tahfiz di Malaysia.
Hasil analisis yang dijalankan oleh Dr Sedek, walaupun terdapat kepelbagaian metod dalam hafazan al-Quran, namun yang
terlebih penting bagi mengekalkan hafazan al-Quran oleh para huffaz, beberapa rukun dan syarat mesti dipatuhi. Rukun-rukun
tersebut adalah (i) Hafazan ayat-ayat al-Quran yang baru (ii) Ulangan ayat-ayat yang baru dihafaz dan (iii) Ulangan ayat-ayat
lama yang telah dihafaz. Manakala syarat-syaratnya pula adalah (i) Dibaca (hafaz) tanpa melihat kepada mashaf al-Quran di
hadapan guru (ii) Ayat-ayat yang dibaca mestilah tidak mempunyai sebarang kesalahan sama ada kesalahan yang melibatkan
hukum tajwid atau kelancaran hafazan itu sendiri. Hasil tinjauan dan perbincangan dengan para peserta, dapat dirumuskan
bahawa metod hafazan yang dilaksanakan sekarang ini dalam program Tahfiz TMUA mahupun Kurikulum Bersepadu Tahfiz
(KBT), majoritinya hanya memfokuskan kepada rukun yang pertama sahaja, di mana pelajar dapat menghabiskan silibus
hafazan dan tasmik yang ditetapkan serta mencapai objektif pihak pengurusan, walau bagaimanapun kelemahannya adalah
pelajar kurang berjaya mengekalkan hazan 30 juzuk al-Quran, malahan kajian yang dijalankan mendapati selepas 5 tahun,
70% para huffaz bersetuju hanya 2-5 juzuk sahaja yang dapat dikekalkan.
Program ini sangat bermanfaat kepada para peserta khususnya dalam membantu mereka menambahbaik kaedah-kaedah
hafazan serta dapat melengkapkan keperluan PdPc dalam sukatan matapelajaran hifz al-Quran dan Maharat al-Quran khususnya
dalam mendepani pembelajaran abad ke-21.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2019 14 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Sahabat Ulul Albab Bakal Perkenalkan
Modul Ulul Albab di Sekolah TMUA
Cyberjaya- Pusat Ulul Albab (PUA) telah mengadakan
perbincangan dan pembentangan modul program bagi Siri
Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab bersama Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Program Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab ini
bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan
modul-modul Ulul Albab kepada beberapa buah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang melaksanakan
Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA) sekitar negeri Pulau
Pinang, Selangor, Melaka dan Pahang.
Pihak BPI dalam responnya amat mengalu-alukan
kehadiran delegasi dari PUA UPSI dan memberi sokongan
penuh terhadap penganjuran program jelajah ini.
Program ini akan dikendalikan oleh sekumpulan ahli
Sahabat Ulul Albab UPSI yang terlatih dengan modul
tersebut. Modul Ulul Albab ini menggabungkan elemen-
elemen utama dalam Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik
dan Ijtihadik (QEI).
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 15
Sahabat Ulul Albab MEMPERKENAL
Modul Ulul Albab
Pusat Ulul Albab UPSI telah berjaya di sekolah-sekolah TMUA
menganjurkan Program Jelajah Perkongsian
Modul Ulul Albab selama enam hari, di enam
buah sekolah yang melaksanakan kurikulum
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah-
sekolah yang terlibat ialah SMKA Kerian, Perak,
SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal,
Pulau Pinang, SMKA Kuala Lumpur, SMKA
Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail Pedas, Negeri
Sembilan, SBP Integrasi Selandar Melaka dan
SBP Integrasi Rawang, Selangor. Program ini
turut dihadiri oleh pegawai Pusat Ulul Albab
dan juga pegawai pemantau dari Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Program ini telah dikendalikan oleh seramai 30
orang ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KSUA)
UPSI, menggunakan Modul Kemahiran Ulul
Albab yang dibangunkan, hasil daripada
program dan latihan berstruktur yang dilalui
oleh KSUA merentas tiga elemen Ulul Albab
iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik (QEI).
Modul QEI yang dibawa oleh ahli KSUA kali ini
ialah Amazing Quran (AQ), Smart Study (2S)
dan Anda Berhak Hebat (ABAH). Modul-modul
ini adalah di antara 11 Modul Kemahiran Ulul
Albab UPSI. Perkongsian modul ini melibatkan
seramai 80 sehingga 120 orang pelajar di setiap
sekolah.
Dalam masa yang sama, pengisian berbentuk
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) turut
diberikan kepada guru-guru di SBP Integrasi
Rawang, yang dikendalikan oleh Jurulatih
Quranik Ulul Albab UPSI merangkap Penyelaras
1 Pusat Ulul Albab UPSI, iaitu Ustaz Muhammad
Hasbi bin Abdul Rahman. Modul yang
dikongsikan ini pula adalah salah satu daripada
25 modul Pensijilan Profesional Ulul Albab UPSI.
Secara umumnya, melalui program ini secara
tidak langsung telah dapat menambahkan
lagi kemahiran insaniah ahli KSUA, antaranya
meningkatkan kemahiran berfikiran secara kreatif
dan kritis, kerjasama berpasukan dan keyakinan
diri untuk berhadapan di khalayak. Kemahiran
ini amat diperlukan kepada ahli KSUA yang
majoritinya merupakan bakal pendidik suatu
hari nanti. Program ini turut memberi impak
yang besar bukan sahaja kepada pihak sekolah
dan ahli KSUA, malahan juga kepada Pusat
Ulul Albab itu sendiri dalam menyebarluaskan
lagi Modul Kemahiran Ulul Albab dan Modul
Pensijilan Profesional Ulul Albab ini di agensi
dan institusi pendidikan di Malaysia.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2019 16 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 17
MEMAHAMI POT ENSI DIIRI GURU
MELALUI HIGH IMPACT T EACHING (HIT)
Tanjong Malim- Bertempat di Bilik Seminar Fakulti Perniagaan Dan
Ekonomi telah berlangsungnya program High Impact Teaching (HIT) yang
melibatkan 36 orang guru dari sekolah angkat Pusat Ulul Albab UPSI,
(SKTM, SMK Khir Johari, SMK Slim River), Imtiyaz Banting dan Melaka,
Maahad Tahfiz Manzil Furqan dan MRSM Sg Besar. Program ini dirangka
khusus dengan penekanan terhadap pengenalpastian potensi individu,
pasukan dan organisasi bagi tujuan memaksimumkan potensi diri untuk
mencapai kecemerlangan. Program ini juga memberi tumpuan kepada
pembentukan sikap positif, mengenal pasti potensi diri serta memperba-
harui komitmen individu terhadap tugas, pasukan dan organisasi.
Keseluruhan program ini telah menggunakan pendekatan Neuro
Lingustic Programming (NLP). Guru-guru dapat memahami potensi diri
dan mengerakkan ke arah pencapaian kecermerlangan dan mening-
kat kemahiran komunikasi kendiri . Program ini telah dikendalikan oleh
Master Coach NLP UPSI Prof. Madya Dr. Mohd Abdullah bin Jusoh,
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
18 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Majlis Penghargaan Pelajar
1st Class Degree SAHABAT ULUL ALBAB
2019 “Ilmu yang diperolehi sepanjang Beliau turut menekankan pelajar yang
cemerlang, adalah mereka yang memiliki
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 menyertai KeSUA sangat membantu sifat al-Qawiy dari aspek “cemerlang aka-
demik” dan Al-Amin dari aspek “cemerlang
dalam persediaan peperiksaan. Ilmu akhlak”, sebagaimana yang difirmankan
oleh Allah SWT dalam surah Al-Qasas:26
yang diberikan adalah salah satu yang bermaksud : “Salah seorang dari-
pada kedua-duanya berkata: Wahai ayah,
faktor saya mencapai keputusan yang ambillah dia sebagai pekerja, sesung-
guhnya sebaik-baik pekerja ialah yang
cemerlang pada semester lepas” kuat, lagi amanah”. “Jika setiap pelajar
memiliki kedua-dua sifat ini, inshaAllah
Tanjong Malim- Pusat Ulul Albab telah menganjurkan sikap seperti itulah yang dicari-cari oleh
Majlis Penghargaan kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab majikan,” katanya.
(KeSUA) yang mendapat keputusan peperiksaan kelas
pertama ISMP/ISM bagi semester 2 2018/2019. Majlis Saudari Nur Husna Razali, pelajar semester
yang melibatkan seramai 132 pelajar daripada pelbagai 2, Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
kursus pengajian diadakan di Kafe Bitarasiswa, KSAJS. (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) UPSI
yang berkesempatan menghadiri majlis ini
Inisiatif ini adalah bagi memberikan galakan dan moti- merakamkan ucapan terima kasih kepada
vasi kepada ahli KeSUA untuk bersungguh-sungguh dan PUA kerana sudi meraikan pelajar yang
berusaha lebih gigih bagi mencapai keputusan cemerlang mendapat keputusan kelas pertama, yang
dalam peperiksaan dalam setiap semester. secara tidak langsung dapat membangkit-
kan semangat kepada pelajar yang hadir
Menurut Dr Ahmad Amri Zainal Adnan, Penyelaras 2 Pusat untuk terus berusaha dengan bersung-
Ulul Albab (PUA), majlis yang diadakan ini adalah untuk guh-sungguh mencapai kejayaan.
meraikan kejayaan dan kesungguhan ahli KeSUA yang
mengekalkan kecemerlangan akademik, selari dengan “Ilmu yang diperolehi sepanjang menyer-
halatuju UPSI dalam melahirkan pelajar cemerlang 2A tai KeSUA sangat membantu dalam per-
(Akademik & Akhlak). sediaan peperiksaan. Ilmu yang diberikan
adalah salah satu faktor saya mencapai
keputusan yang cemerlang pada semes-
ter lepas” katanya selepas acara berakhir.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 19
Program Amal Bakti Sarawak Beri Peluang
SAHABAT ULUL ALBAB Kongsi MODUL QEI
Kuching, Sarawak- Pusat Ulul Albab (PUA) dengan Modul ini membantu pelajar mengenalpasti
kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) matlamat mereka dengan jelas dan menekankan
dan Pusat Bimbingan Nur Hikmah telah menga- al-Quran sebagai panduan dan bukti kebesaran
dakan Program Amal Bakti dan Program Jelajah Allah. Program diteruskan dengan aktiviti bersama
Ulul Albab. Program yang memfokuskan perkong- komuniti, iaitu Forum yang bertajuk “Muhammad
sian Modul Ulul Albab ini bertujuan untuk mem- Kekasih Allah” yang dikendalikan sepenuhnya
perkenal dan mempromosikan modul-modul Ulul oleh Sahabat Ulul Albab. Program ini secara tidak
Albab kepada sekolah yang terpilih di daerah langsung, berjaya melatih Sahabat Ulul Albab dalam
Kuching Sarawak. Sekolah yang terlibat ialah mengaplikasikan ilmu/modul yang mereka pernah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh lalui sebelum ini.
Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) yang melak-
sanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Program Di samping Jelajah, Program Amal Bakti bersama
ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam. Di komuniti kampung Temong Tebedu turut diadakan
samping itu, Sahabat Uul Albab turut menjelajah ke dalam usaha mendekati masyarakat di sana. Antara
Kampung Temong Tebedu dalam program ramah program yang diadakan adalah motivasi, tazkirah
mesra bersama komuniti dan turut menyebarkan dan juga silang budaya bersama masyarakat di
dakwah untuk menegakkan syiar Islam di bumi sana. Ahli komuniti yang terlibat dalam program
Sarawak. ini amat terharu dan berharap program ini akan
diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Pihak (SHOAW) dalam responnya mengalu-alukan
kehadiran delegasi dari Pusat Ulul Albab Universiti Pada hari terakhir, program diteruskan dengan
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan memberi melawat ke Pusat Bimbingan Wanita Nur Hikmah di
sokongan terhadap penganjuran program jelajah Bandar Baru Samariang bagi melihat dan mengam-
ini. Program ini dikendalikan oleh Sahabat Ulul bil inspirasi perjuangan dakwah yang tidak men-
Albab UPSI yang telah terlatih dengan Modul Ulul genal titik noktah.
Albab iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik
(QEI). Program ini telah mendapat maklum balas Melalui program yang dijalankan ini, PUA berharap
yang sangat baik dari peserta dikalangan guru jalinan mesra antara semua pihak yang terlibat akan
dan pelajar. terus berkekalan disamping menjadi medium dan
medan dakwah kepada Sahabat Ulul Albab UPSI
Antara modul yang dikongsikan bersama pelajar khususnya dalam menyebarkan syiar Islam di bumi
adalah seperti Anda Berhak Hebat dan Amazing Sarawak.
Quran.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2019 20 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 MENGAJAR KONSEP SOLEH ENGLISH
Langkah Mudah Pelajari Bahasa
Bangi- Pusat Ulul Albab telah menghantar enam orang pelajar di bawah Kelab Sahabat Ulul Albab
(KeSUA) untuk menjadi fasilitator dalam program Soleh English Camp anjuran Soleh English di Bangi,
Selangor. Program ini dirangka khusus untuk kanak-kanak dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan
mudah, seronok dan tidak membebankan.
Dengan bertemakan #MasjidAdventure, misi utama adalah menyuburkan rasa cinta anak-anak dan diri
kita sendiri untuk suka hadir ke masjid melalui lagu tema dan aktiviti berbahasa Inggeris yang disusun.
Semuanya akan dikembangkan menjadi modul pembelajaran yang berpanjangan dan di hujungnya
pelajar akan menangkap kosa kata, sebutan bahasa Inggeris yang tepat, tatabahasa yang mantap
dan paling utama pengisiannya berkongsepkan Islamik yang menyuburkan jiwa.
Malah, program ini telah memberi pengalaman kepada fasilitator khususnya pelajar UPSI sebagai per-
sediaan menjadi pendidik di masa hadapan. Sesi pembelajaran bahasa Inggeris ini yang merupakan
satu sesi kerohanian tanpa meminggirkan unsur seronok dan interaktif dalam belajar sudah menjadi
ciri utama pembelajaran abad ke-21 dan pelajar dapat menjadikan sebagai satu contoh atau rujukan
dalam Pembelajarn dan Pemudahcaraan (PdPc) di kelas apabila menjadi pendidik kelak.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 21
Majlis Penghargaan Ulul Albab
"A Night to Remember"
Tanjong Malim- 25 November 2019, merupakan
Perjumpaan Mingguan terakhir Kelab Sahabat Ulul
Albab (KeSUA) dan juga malam penghargaan “A
Night To Remember” kepada Ustaz Wan Ahmad
Zakry Bin Wan Kamarudin, Pengarah Pusat Ulul
Albab yang akan menamatkan tempoh peminja-
mannya selama 2 tahun di UPSI. Acara malam
tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran.
Majlis ini berlangsung di Ruang Legar Bitarasiswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dengan anggaran
kehadiran Sahabat seramai 300 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 50 orang
Sahabat Ulul Albab yang telah berjaya mengikuti
program Pensijilan Profesional Ulul Albab Tahap
Asas, Pertengahan dan Lanjutan beserta 26 orang
Jurulatih/Penggubal Modul Pensijilan Profesional
Ulul Albab telah diraikan pada malam tersebut.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persemba-
han pelajar, tayangan montaj, nyanyian pelbagai
bahasa yang bertemakan salam perpisahan serta
berkonsepkan elemen Quranik, Ensaiklopedik dan
Ijtihadik. Majlis diakhiri dengan penyampaian cen-
derahati dan sesi fotografi sebagai tanda kenan-
gan Pengarah bersama Sahabat Ulul Albab UPSI.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2019 22 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Pusat Ulul Albab
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bincang Kerjasama
Tanjong Malim- Pusat Ulul Albab dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengadakan perbincangan bagi mengadakan kerjasama dalam pelbagai perkara berkaitan
dengan penempatan guru-guru di sekolah-sekolah kelolaan BPI KPM. Perbincangan ini diadakan sempena
kunjungan hormat Penolong Pengarah BPI KPM, Ustaz Mohd Norsyam Abdul Rahman ke pejabat Pusat
Ulul Albab. Antara topik yang dibincangkan adalah keperluan guru-guru tahfiz di sekolah Tahfiz Model Ulul
Albab (TMUA), Latihan Mengajar Sahabat Ulul Albab dan penempatan pelajar bukan aliran tahfiz yang
mempunyai Sijil Profesional Ulul Albab sebagai guru akademik di sekolah-sekolah di bawah seliaan BPI
iaitu sekolah-sekolah Menengah Agama (SMKA), sekolah-sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh Malaysia. Turut hadir dalam perbincangan itu ialah
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, Pengarah Pusat Ulul Albab dan Ustaz Muhamad Tarmizi Abdul Rahman,
Timbalan Pengarah.
Satu perbincangan lanjut melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Ulul Albab dan BPI
KPM dicadangkan akan diadakan bagi memperincikan cadangan menyetarakan Sijil Profesional Ulul
Albab dengan Sijil Tahfiz Malaysia sebagai prasyarat penempatan guru-guru tahfiz di sekolah-sekolah
kelolaan BPI nanti. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali menegaskan, perbincangan ini penting bagi membuka
peluang kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya yang mengikuti program
Pensijilan Profesional Ulul Albab mendapat penempatan di sekolah-sekolah kelolaan BPI setelah ber-
graduat. Selain itu, beliau juga berharap Pusat Ulul Albab UPSI bakal menjadi sumber rujukan dan pem-
bekal utama tenaga guru di SMKA (TMUA) dan SABK di seluruh Malaysia. Perbincangan kerjasama ini
turut dihadiri Penolong Pendaftar Kanan Pusat Ulul Albab, Puan Norhayati Aziz dan Penyelaras 1, Ustaz
Muhammad Hasbi Abdul Rahman.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 23
RAMADHAN tetamu yang dirindui
Tanjong Malim- Pada 28 April bersamaan
5 Ramadan berlangsungnya penyeba-
ran poster Muhasabah Ramadan kepada
semua kumpulan Kohort ahli Kelab Saha-
bat Ulul Albab melalui aplikasi WhatsApp,
Telegram, Facebook dan juga Instagram.
Poster muhasabah ini dilaksanakan bertu-
juan untuk memberi sedikit tazkirah ringkas
serta kata-kata nasihat yang berbentuk
poster sepanjang bulan Ramadhan. Sera-
mai 30 orang ahli jawatakuasa Kelab Saha-
bat Ulul Albab menyediakan tajuk tazkirah
masing-masing untuk dikongsikan kepada
semua ahli kelab.
Perkongsian yang diberi ini juga merupa-
kan salah satu inisiatif MJKesua untuk
memberi input yang berguna kepada Ahli
kelab. Tambahan pula, Ramadan kali ini
berada dalam tempoh perintah kawalan
pergerakan (PKP) dalam memutuskan ran-
taian Covid-19. Aktiviti melalui maya sa-
haja yang dapat dilaksanakan. Walaupun
usaha ini kecil, harapnya ianya memberi
kesan yang baik kepada pembangunan
modal insan untuk ahli KeSUA.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
24 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Pusat Ulul Albab
Menyumbang 10 Unit Meja
untuk SPEAKER CORNER UKLK
2020 Tanjung Malim- Dalam usaha membantu
menjadikan Bangunan Bitarasiswa sebagai
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 medan santai bagi mahasiswa UPSI, Pusat
Ulul Albab (PUA) menyumbangkan seban-
yak 10 unit meja kepada Unit Kediaman Luar
Kampus (UKLK) bagi kegunaan perbincan-
gan/pembelajaran santai mahasiswa sama
ada secara individu atau berkumpulan.
Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali, Pengarah
PUA menyampaikan sumbangan 10 unit
meja kepada Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani
Che Kob, Pengetua UKLK untuk diletakkan
di The Student Lounge Bitarasiswa.
Setiap meja yang disumbangkan dilekatkan
dengan poster-poster berkaitan perkongsian
ilmu modul Ulul Albab untuk dimanfaatkan
sebagai tambahan ilmu kepada mahasiswa.
Idea poster ini merupakan hasil sumbangan
daripada Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI
(KeSUA).
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 25
Tanjong Malim- Kelab Sahabat Ulul Al- Pertandingan
bab UPSI (KeSUA) telah mengadakan Menulis Berita
Pertandingan Menulis Berita yang ber-
langsung selama 8 hari bermula pada mengasah bakat penulisan
11 hingga 18 Julai 2020. Pertandingan
ini terbuka kepada ahli KeSUA dan ma- mahasiswa UPSI
hasiswa UPSI. Seramai 45 orang pe-
serta telah mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.
Pertandingan menulis berita ini bertu-
juan untuk meningkatkan lagi daya pe-
mikiran yang kritis oleh setiap pelajar
dan mampu menambahkan lagi gaya
penulisan yang lebih kreatif.
Senarai Nama Pemenang Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi
“e-Sukan : Penghalang sebuah Kejayaan?”
Nurulnasuha Abdullah
“Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia” Siti Nursolehah Haron
“Game Sekadar Hobi Atau Sebagai Punca
Pendapatan?”
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 26 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 MESYUARAT AGUNG KALI - 3
KELAB SAHABAT ULUL ALBAB (KeSUA)
Tanjung Malim- Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) bersama Pusat Ulul Albab (PUA) telah mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3 bagi sidang 2019/2020. Mesyuarat Agung Tahunan 2019/2020 ini di-
adakan merujuk kepada perlembagaan persatuan dan memberi peluang ahli KeSUA dan Jawatankuasa
Kelab Sahabat Ulul Albab yang baharu untuk mengetahui perkembangan persatuan di bawah kepimpinan
jawatankuasa semasa sidang 2019/2020. Semestinya, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada tahun ini
agak berbeza berbanding tahun sebelumnya dimana MAT pada kali ini tidak dijalankan secara bersemu-
ka sebaliknya menggunakan platform dalam talian iaitu Google Meet ekoran penularan wabak COVID-19.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 292 orang yang
terdiri daripada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab
Kohort dari 1 hingga Kohort 5. Mesyuarat Agung
Tahunan ini membentangkan semua aktiviti dan
kewangan sepanjang sidang 2019/2020 dan
untuk memperkenalkan barisan baharu Majlis
Jawatankuasa Kelab Sahabat Ulul Albab (MJKe-
SUA) bagi sidang 2020/2021. Mesyuarat berakhir
dengan ucapan dan amanat oleh Profesor Madya
Dr. Abdul Halim Bin Ali, Pengarah Pusat Ulul Al-
bab, UPSI. Setiap ahli jawatankuasa pelaksana
telah menjalankan amanah dan gerak kerja yang
baik bagi menjayakan Mesyuarat Agung KeSUA
2019/2020. Diharapkan mesyuarat ini mampu
memberikan pendedahan dan peluang kepada
ahli Majlis Jawatankuasa Kelab Sahabat Ulul Al-
bab bagi sidang 2020/2021 agar lebih bermotivasi
dan berkeyakinan tinggi dalam memimpin Kelab
Sahabat Ulul Albab pada masa akan datang.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 27
Pertandingan Poster
menguji kreativiti mahasiswa UPSI
Tanjung Malim- Majlis Jawatankuasa Kelab Sahabat
Ulul Albab telah mengadakan Pertandingan Poster
Merdeka yang bertemakan “Malaysia Prihatin” ter-
buka kepada semua mahasiswa UPSI. Pertandingan
ini telah disertai oleh 48 orang mahasiswa UPSI den-
gan menggunakan platform sosial media iaitu Insta-
gram sebagai ruang untuk peserta menyertai dengan
syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pertandingan ini
dianjurkan bagi melihat hasil karya kreatif mahasiswa
dalam mempersembahkan poster yang menarik dan
dikongsikan kepada seluruh masyarakat sosial.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Exco Media Kelab
Sahabat Ulul Albab iaitu saudara Haikal Mustaffa
bersama rakan exco. Hasil poster merdekaan ini
merupakan ciptaan sendiri tanpa memplagiat ha-
sil karya orang lain beserta caption yang menarik.
Pertandingan Mencipta Poster ini diadakan berse-
mpena tarikh keramat hari kemerdekaan yang jatuh
pada tanggal 31 Ogos 1957. Selain itu, pertandingan
ini juga memberi kesedaran kepada peserta bahawa
hari kemerdekaan ialah hari kemenangan buat Ma-
laysia hasil daripada perjuangan
Yang Berhormat Tunku Abdul Rahman Putra
menujukkan kehebatan beliau sebagai pemimpin
yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang
berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri
yang tinggi untuk membebaskan negara dari
cengkaman penjajah.
Dengan nilaian juri Pertandingan Poster Merde-
ka, muncul 3 pemenang iaitu tempat pertama
saudara Muhammad Hafizul Zulkifli yang mem-
peroleh wang tunai sebanyak RM200, bagi tem-
pat kedua pula iaitu saudari Noor Adina Pasani
yang membawa pulang RM100 dan di tempat
ketiga pula Awangku Zaini Awangku Zainal yang
membawa pulang RM50.
Ketiga-tiga pemenang ini mempunyai potensi
dan bakat yang baik dalam mereka poster dan
telah menarik minat juri serta masyarakat yang
lain. Bukan itu sahaja malah pemenang juga tel-
ah membawa pulang t-shirt Merdeka Tee yang
berkualiti tinggi tajaan daripada Ombak Exclu-
sive.Pemenang-pemenang yang diumumkan di
nilai berdasarkan aspek kreativiti, Persemba-
han Ilustrasi, Tema serta caption yang menar-
ik. Pertandingan yang dijalankan dapat juga
dikongsi bersama warga kampus agar dapat
memberi kesedaran terhadap jasa pengorbanan
dalam menentang penjajah untuk mencapai ke-
merdekaan.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
28 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Ampang- Pusat Ulul Albab (PUA)
buat pertama kalinya telah men-
gadakan sesi pertama per-
temuan bersama calon Alumni
Yayasan Terengganu (YT) pada
16 Julai 2020, di De Palma Hotel,
Ampang. Sesi ini melibatkan
Saudara Muhammad Fiqree
Hameez Bin Mohd Rosli selaku
Alumni SM Imtiaz Yayasan
Terengganu Kuala Terengganu.
Kini, beliau sedang bertu-
gas sebagai Field Engineer di
Schlumberger Limited. Siri per-
temuan yang diadakan oleh PUA
adalah dalam usaha menjejaki
dan mengenalpasti calon yang
tepat bagi Kategori Alumni untuk
dipilih dalam program Designing
Firdaus (DF).
Sesi Pemilihan Alumni YT
ke Program DF
2020 Secara amnya, program DF adalah
program lanjutan yang dilaksanakan oleh
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Pusat Ulul Albab berteraskan elemen
QEI. Program ini sebenarnya ber-
matlamat untuk melahirkan individu-in-
dividu Muslim yang mempunyai ciri-ciri
Super Cemerlang dalam bidang Sains &
Teknologi serta gabungan penguasaan
terhadap ilmu, kemahiran dan amalan
yang bertunjangkan elemen Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI).
Selain itu, sesi kedua juga turut diadakan
pada 26 Julai 2020 di tempat yang sama
yang melibatkan seorang lagi Alumni SM
Imtiaz YT Kuala Berang iaitu Saudara
Muhammad Firdaus Bin Hamzah yang
kini sedang menjawat sebagai Chemical
Engineer di Exxon Mobil Malaysia.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 29
PUA Terima Kunjungan
Pengetua MRSM UA Gemenceh
Tanjung Malim- Pusat Ulul Albab UPSI menerima kunjungan daripada Pengetua MRSM Ulul Albab Ge-
mencheh, Ustaz Lokman Annas Othman bagi membincang dan mendapatkan maklumat awal bagi pro-
gram-program yang ditawarkan oleh Pusat Ulul Albab. Pihak MRSM juga berminat untuk mengadakan
program kerjasama antara Pusat Ulul Albab UPSI dan MRSM Ulul Albab Gemenceh yang melibatkan
pelajar dan guru-guru. Lawatan susulan bersama pengurusan tertinggi MRSM Gemencheh ke Pusat
Ulul Albab akan diadakan pada 15 September 2020.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 30 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 PUA menghasilkan
Modul Profesional Ulul Albab
Tanjung Malim, Pusat Ulul Albab UPSI
(PUA)- Mesyuarat Pemantapan Modul Ulul
Albab diadakan pada 24 hingga 27 Septem-
ber bagi menyemak dan menentukan mod-
ul profesional yang akan diterbitkan dalam
bentuk bercetak dan dijadikan sebagai ruju-
kan rasmi.
Mesyuarat yang dihadiri oleh 30 orang Tal-
ent Pool PUA telah bertungkus lumus berbin-
cang selama tiga hari bagi menentukan
kandungan dan format modul-modul Ulul
Albab sebelum diterbitkan sebagai rujukan
UPSI dan juga untuk tujuan pengkomersi-
alan pada masa akan datang.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 31
1 Jam bersama Pusat Ulul Albab
Tanjung Malim– Pusat Ulul Albab (PUA) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
mengadakan Slot Pengenalan PUA dan Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) kepada 800 orang
Pelajar baharu FBK. Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Pelajar Ambilan September
2020/2021. Seramai 13 orang Majlis Jawatankuasa Kelab Sahabat Ulul Albab (MJKeSUA) terlibat
dalam mengendalikan program selama satu jam ini. Program ini bertujuan memberi pendedahan
awal kepada mahasiswa dan mahasiswi FBK berkaitan objektif PUA dalam melahirkan khalifah
profesional serta aktiviti-aktiviti dan juga kelebihan-kelebihan yang bakal pelajar perolehi dengan
menyertai PUA.
Pengarah PUA iaitu Profesor Dr. Abdul Halim Ali dalam ucapannya menerangkan program-program
yang akan ditawarkan oleh PUA kepada mahasiswa FBK dan ianya bakal memberi nilai tambah dan
perbezaan antara mahasiswa FBK yang mengikuti program KeSUA dengan mahasiswa lain. MJKe-
SUA mempersembahkan slot “Tahukah Anda”, Persembahan 6 Bahasa dan Brain Gym. Persem-
bahan-persembahan ini berasakan elemen-elemen penting didalam Ulul Albab komponen iaitu
Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi diberikan brosur yang
mempunyai maklumat berkaitan PUA dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PUA. Terdapat juga
QR code berkaitan video pengenalan PUA, borang penilaian dan borang pendaftaran ahli kohort 6.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 32 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 PERJUMPAAN MINGGUAN PM#1
"SELAMAT DATANG SAHABAT"
Tanjung Malim– Pada 13 Oktober 2020 berlangsungnya Perjumpaan Mingguan pertama PM#1
‘Selamat datang Sahabat’. Program ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform
‘Google Meet’ yang melibatkan semua ahli Kelab Sahabat Ulul Albab. Perjumpaan mingguan
pertama ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Pusat Ulul Albab iaitu Profesor Dr. Abdul
Halim bin Ali dan juga pegawai-pegawai Pusat Ulul Albab.
Fokus utama perjumpaan mingguan ini adalah untuk meraikan kehadiran ahli baharu daripada
kohort 6 yang merupakan pelajar baru ambilan September 2020/2021. Mereka ini telah mele-
pasi peringkat pertama semasa mengikuti slot Ulul Albab semasa program orientasi baru-baru
ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pusat Ulul Albab dan
kemudian diteruskan dengan pembentangan carta aliran jadual Perjumpaan Mingguan untuk
semester ini. Ahli KeSUA juga diperkenalkan dengan barisan pimpinan baharu Kelab Sahabat
Ulul Albab bagi sesi 2020/2021. Mereka ini yang akan menjadi tulang belakang untuk mengu-
ruskan program dan aktiviti daripada Pusat Ulul Albab dan Kelab Sahabat Ulul Albab.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 33
Pertandingan "MAULUD SPEECH"
Sempena Maulidur Rasul
Tanjung Malim– Pertandingan Maulud Speech
sempena Maulidur Rasul 1442H (29 Oktober 2020)
yang bertemakan “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
merupakan anjuran Exco Kerohanian, Kelab Sahabat
Ulul Albab (KeSUA). Antara objektif pertandingan ini
adalah untuk memberi pendedahan dan menambah-
kan lagi pengetahuan am dalam kalangan ahli KeSUA
dan peserta tentang hari bersejarah Maulidur Rasul.
Pihak penganjur juga turut mengambil inisiatif dengan
mengadakan pertandingan pengucapan awam
berkonsepkan video berkaitan sirah Rasulullah SAW
dan juga teladan yang boleh diambil daripadanya.
Ia berlangsung selama seminggu bermula dari 21
Oktober sehingga 28 Oktober 2020. Seramai 18 orang
peserta telah mengambil bahagian dalam pertandin-
gan ini. Video peserta dihantar melalui laman sosial
instagram dengan tanda pagar #MauludSpeech dan
#UlulAlbabAlwaysTheBest.
Pada 7 November, pemenang telah diu-
mumkan di Instagram Pusat Ulul Albab.
Pemenang pertama ialah saudara
Hasbullah Bin Ibrahim (D20182085183)
dengan membawa pulang hadiah wang
tunai sebanyak RM 200.00, pemenang
kedua saudari Nur Amira Nadhirah Binti
Faizal (D20192089608) berjaya membawa
pulang hadiah sebanyak RM 100.00 dan
pemenang ketiga pula disandang oleh
saudara Muhammad Faris Bin Fatim Nor
Mubeen (D20181084100) membawa
pulang wang tunai sebanyak Rm 50.00.
Harapan kami agar perkongsian ilmu yang
disampaikan dapat diterima oleh semua
pendengar. Semoga pertandingan seperti
ini diadakan lagi pada tahun akan datang.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 34 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 KeSUA ANJUR
QURANIC DAY
Tanjung Malim– Program Quranic Day ber-
langsung pada minggu kedua merupakan
anjuran Exco Kerohanian, Kelab Sahabat
Ulul Albab (KeSUA). Minggu pertama berta-
juk ‘Pengenalan Surah Al- Fatihah’ dan tajuk
minggu kedua adalah ‘Surah Al-Baqarah’.
Program ini dilaksanakan secara atas talian
dengan membawa konsep seminggu satu
surah.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah ingin
membudayakan pengajian Al-Quran tidak kira
di mana sahaja dan menjadikan mahasiswa
lebih cinta terhadap Al-Quran serta mema-
hami isi kandungannya serta memantapkan
elemen Quranik dalam kalangan ahli KeSUA.
Hebahan dibuat menggunakan poster yang
disertakan dengan hebahan perkongsian ilmu
yang berkaitan dengan surah yang berkenaan
dan beberapa hadis yang berkaitan dengan
surah tersebut. Ia juga untuk memberi perke-
nalan asas terhadap sesuatu surah agar para
pelajar mengetahui secara dasar intipati surah
tersebut.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 35
KeSUA Anjur
AL-KAHFI DAN DHUHA REMINDER
Tanjung Malim– Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) di bawah Exco Latihan dan Perpaduan,
KeSUA mengadakan program Al-Kahfi dan solat sunat Dhuha bermula 22 Oktober 2020
yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat jam 7.30 pagi, setiap minggu sepanjang
sidang 2020/2021.
Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui hebahan video pendek dan ayat
bacaan surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan 100-110 disebar melalui akaun Instagram Pusat Ulul
Albab dan juga group Whatsapp Kohort 1 sehingga Kohort 6. Program ini juga dilak-
sanakan sebagai peringatan kepada mahasiswa dan warga UPSI mengenai kebaikan
dan kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat dan mengerjakan solat sunat
Dhuha setiap hari, bukan hanya pada hari Isnin sahaja.
Program ini digunakan sebagai medium untuk mengajak para mahasiswa dan warga
UPSI dalam menggamalkan surah Al-Kahfi dan sunat Dhuha. Dalam setiap hebahan akan
disertakan dengan perkongsian yang berkaitan dengan surah Al-Kahfi seperti hadis dan
kelebihan surah Al-Kahfi serta solat sunat Dhuha seperti ayat ajakan, nasihat dan hadis
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 36 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 "ABAH" melonjak
Potensi Diri Sahabat Ulul Albab
Tanjung Malim– WEBINAR “Anda Berhak Hebat” (ABAH) berlangsung daripada jam 10.00
pagi hingga 5.00 petang dan disampaikan oleh coach jemputan iaitu Encik Izuhan, coach NLP
UKM. ABAH merupakan salah satu program utama PUA yang diadakan pada setiap semester
khusus untuk Sahabat Ulul Albab yang menginginkan akademiknya semakin kukuh dan mantap.
Matlamat program ini juga adalah untuk mentransformasikan pemikiran mahasiswa sekaligus
membentuk personaliti dan melonjakkan kecemerlangan mereka untuk menjadi “Pelajar Kelas
Pertama”.
Program ini menggunakan modul Neuro Linguistic Programming (NLP) yang membantu untuk
mengenali emosi dan diri, menjana keyakinan diri, berkomunikasi dengan lebih efektif dan
membina matlamat yang ampuh. ABAH diadakan secara atas talian melalui platform Google
Meet.
Pengisian ABAH memfokuskan cara untuk mengendalikan diri dengan mewujudkan emosi yang
positif, mengetahui personaliti diri dan mencipta matlamat yang mantap melalui rumus SMART
ditambah dengan sensori (lihat, rasa, dengar). Seramai 75 orang Sahabat Ulul Albab (Ijazah
Sarjana Muda) yang terdiri daripada Kohort 1 hingga Kohort 5 telah menyertai program ini .
Program ABAH membolehkan mahasiswa mampu mengendalikan diri dan lebih bertanggung-
jawab untuk meledakkan potensi diri agar berjaya dan terus cemerlang dalam kehidupan serta
mempunyai matlamat diri yang jelas untuk dicapai dalam hasrat untuk memastikan seramai
mana sahabat Ulul Albab akan berjaya mendapat dan mengekalkan prestasi sebagai “Pelajar
Kelas Pertama”.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 37
BICARA ADIWIRA:
Dunia Tanpa Sepadan
Tanjung Malim– Satu webinar berkonsepkan pendidikan dianjurkan oleh Exco Akademik
dan Kerjaya, Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) sidang 20/21. “Bicara Adiwira: Dunia Tanpa
Sempadan” adalah satu tema yang diangkat bagi program ini kerana di situlah penonjolan ter-
hadap guru sebagai ikon masyarakat itu dilakukan.
Webinar ini membawakan seorang panel khas yang sungguh hebat pencapaiannya dalam
profesion perguruan iaitu Encik NorHailmi Bin Abdul Mutalib yang merupakan seorang Guru
Cemerlang Sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah. Panel ini sekaligus mer-
upakan antara Finalis Top 50 bagi Anugerah Guru berprestij, Global Teacher Prize 2020, Guru
Adiwira Kebangsaan 2019 dan Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017.
Objektif utama webinar ini adalah untuk memberikan inspirasi dan pendedahan mendalam
berkaitan profesion perguruan kepada bakal pendidik nanti. Di sini juga peserta didedahkan
berkaitan dengan isu-isu pendidikan, pedagogi, pembudayaan PAK-21 dan seumpamanya.
Meskipun ianya dilakukan secara atas talian, namun sesi soal jawab diantara panel dan peserta
juga berlaku.
Webinar secara atas talian ini menggunakan platform streamyards dan halaman rasmi Facebook
Pusat Ulul Albab UPSI. Sambutannya diluar jangkaan kerana penyertaannya bukan sahaja
dalam kalangan mahasiwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), malahan turut mempunyai
penyertaan daripada institusi lain seperti daripada Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM),
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan lain-lain.
Tidak ketinggalan, penyertaan daripada alumni UPSI dan dalam kalangan mereka yang sudah
bergelar guru. Majoriti peserta berpuas hati serta memberikan maklum balas positif terhadap
program ini dan berharap supaya program sebegini mempunyai kesinambungannya di masa
akan datang.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2020 38 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Sembang Motivasi Ulul Albab
Tanjung Malim– Program Sembang Motivasi #KitaJagaKita yang dianjurkan oleh Exco Kebajikan
Masyarakat KeSUA. Program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang ramai daripada maha-
siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga penyertaan pelajar universiti luar yang turut sama
dalam program ini. Program ini telah bersiaran langsung di Facebook Pusat Ulul Albab, UPSI selama
dua jam bermula pada jam 8.40 malam dan tamat bersiaran pada pukul 10.40 malam.
Perkongsian yang bermanfaat daripada penceramah jemputan, ustaz Adnin bin Roslan atau lebih dike-
nali dengan Ustaz Adnin melalui tajuk #KitaJagaKita sangat menyeluruh berkaitan dengan kehidupan
sebagai seorang pelajar sekarang yang dilanda pelbagai masalah ekoran pembelajaran atas talian.
Ruangan soal jawab juga mendapat sambutan daripada peserta untuk bertanyakan pelbagai kemusyki-
lan kepada ustaz, rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan program sembang motivasi dan mereka
berhasrat agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar berkaitan dengan slogan #KitaJagaKita
yang secara menyeluruhnya membincangkan tentang keadaan dunia yang melanda Covid-19, isu yang
dikupas adalah berkaitan keadaan pelajar yang perlu untuk peka dan cakna dengan kebajikan orang
sekeliling dan cuba sedaya upaya untuk membantu antara satu sama lain ketika musibah melanda
bukan hanya sekadar untuk membantu diri sendiri bahkan cuba untuk memberi bantuan kepada mereka
yang memerlukan bantuan terutamanya bantuan dari segi emosi. Selain bantuan daripada segi fizikal,
kita memikirkan inisiatif lain untuk membantu pelajar untuk terus bermotivasi dan bersemangat untuk
belajar mencari ilmu agar manfaatnya akan digunakan di dalam kehidupan. Akhir sekali pesanan buat
kita semua adalah “Betulkan niat kerana Allah” kata-kata yang boleh membawa keberkatan dalam hidup
kita. Insya Allah.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2020 39
PUA
anjur Program Ulul
Albab Peringkat
Kedua K5-6
Tanjung Malim- Program Ulul Albab
Peringkat Kedua (P2) untuk ahli Kelab
Sahabat Ulul Albab yang terdiri dari-
pada kohort 5 dan kohort 6 , iaitu pela-
jar-pelajar semester 1 dan 2 melalui
platform Google Meet dengan kehad-
iran seramai 180 orang peserta yang
terpilih dan memenuhi syarat serta ber-
komitmen tinggi. Peringkat kedua (P2)
adalah program utama Pusat Ulul Albab
yang berbentuk bimbingan kemahiran
secara intensif atau yang lebih dike-
nali sebagai Training of Trainers (TOT).
Tujuan program ini dilaksanakan
adalah untuk membuat penilaian ter-
hadap peserta bagi melayakkan diri
mereka ke Peringkat Ketiga (P3) bagi
Kohort 5 dan Kohort 6. Pengisian yang
diberikan kepada peserta adalah berk-
isarkan modul Ulul Albab iaitu Quranik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI).
Pelbagai topik yang menarik dikong-
sikan oleh barisan panel jemputan yang
sangat hebat terdiri daripada Puan Nur
Akmal, Encik Izzuhan, Bro Shah Kirit
dan Abang Badr bagi mengendalikan
slot dalam bidang masing-masing yang
menjurus kepada tiga komponen Ulul
Albab (QEI) tersebut sepanjang program
berlangsung. Antara pengisian yang
dikongsikan bersama perserta adalah
slot “Anda Berhak Cemerlang” meng-
gunakan teknik NLP, bahasa mandarin,
“Street Dakwah” dan “Bijak Berbicara”.
Peserta begitu teruja dengan pengisian
yang bermanafaat walaupun pada kali
ni program P2 dibuat secara atas talian.
Menurut Pengarah Pusat Ulul Albab, Prof.
Dr. Abdul Halim Ali walaupun sekarang
pademik covid-19 sedang melanda tetapi
ianya tidak melemahkan semangat ahli
jawatankuasa penganjur untuk menerus-
kan semua program/modul yang telah
dirancang.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
40 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
PUA lahirkan
ikon ulul albab 2.0
2020 Tanjung Malim– Pentas akhir Misi Pencarian Pada peringkat akhir, 10 orang peserta perlu
Ikon Ulul Albab musim kedua. Program ini dilak- membuat persembahan secara bersemuka dengan
sanakan di Dewan Seri Tanjung, Kampus Sultan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP)
Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan ketika penularan Covid-19. Pentas akhir ini juga
Idris. Seramai 21 orang peserta yang terdiri dar- mengekalkan konsep Ulul Albab di mana peserta
ipada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) akan menyampaikan syarahan, pembentangan atau
telah menyertai peringkat saringan yang diada- hujah dalam Q-Talk (Quranik), Speak with Evidence
kan pada 29 November yang lalu. (Ensiklopedik), dan Innovation Presentation
(Ijtihadik).
Dalam peringkat saringan peserta dikehendaki
menjawab soalan-soalan daripada panel juri Pemenang tempat pertama menjadi milik saudara
berteraskan tiga elemen Ulul Albab iaitu Quranik, Muhammad Faris Bin Fatim Nor Mubeen dan
Ensiklopedik dan Ijtihadik. membawa pulang wang tunai RM 1,000.00, naib
johan saudari Afeyfah Binti Zulkipli memperoleh
Hanya 16 peserta yang terpilih ke pering- RM 750.00, ke-3 saudari Nur Fatihah Binti Mohd
kat separuh akhir yang dilaksanakan pada Nasir, membawa pulang wang tunai RM500.00,
13 Disember yang mana peserta dikehendaki tempat ke-4 memperoleh RM 150.00 disandang
menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan oleh Masrihanna Binti Masrupi, dan tempat ke-5
namun lebih mencabar berbanding peringkat hingga ke-10 masing-masing memperoleh RM
saringan kerana peserta perlu membentang- 100.00 sebagai sagu hati.
kan satu idea inovasi.
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1
Inovasi tersebut perlu dibentangkan hanya
dalam tempoh lima minit sahaja. Daripada 16
peserta tersebut, hanya 10 peserta yang mara
ke peringkat akhir.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 41
KeSUA anjur program
How to Train Your Inner Dragon
Tanjung Malim – Exco Latihan dan Perpaduan, Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) mengan-
jurkan program How to Train Your Inner Dragon “A rhetorician was not born in a day” bermula
jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam secara atas talian di Facebook Pusat Ulul Albab
UPSI. Program ini menampilkan Puan Heida Haidzir sebagai panel dan Saudara Mohammad
Hafiz selaku moderator.
Program ini bertujuan untuk memberi penekanan mengenai keupayaan minda dalam mem-
pengaruhi cara bertutur dan penyampaian seseorang sekaligus dapat menggalakkan para
peserta untuk mencari peluang dan meningkatkan keyakinan diri untuk berdiri dihadapan
terutamanya ketika menghadapi keadaan pandemik covid19 ini.
Slot dimulakan dengan iringan lagu pembukaan dan lagu Ulul Albab. Kemudian, sesi bacaan
doa yang diketuai oleh Saudara Izzuddin Bin Zainol (AJK Protokol KeSUA), tayangan montaj
dan seterusnya program diserahkan kepada panel dan moderator. Program diakhiri dengan
bacaan doa rabitah dan sesi bergambar ajk bersama panel.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2021 42 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Slot Pengenalan Ulul Albab sempena
Minggu Orientasi Pelajar Baharu
Tanjung Malim – Pusat Ulul Albab (PUA) menyampaikan slot pengenalan PUA pada Minggu Orientasi
Pelajar Baharu ambilan Mac 2021 menerusi laman Facebook rasmi Pusat Ulul Albab secara live.
Seramai 15 orang Majlis Jawatankuasa Kelab Sahabat Ulul Albab (MJKeSUA) yang terlibat dan
jumlah pelajar baharu yang direkod mengikuti program ini adalah seramai lebih 472 orang. Program
ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa baharu berkaitan objektif PUA
dalam melahirkan khalifah profesional serta aktiviti-aktiviti dan juga manfaat yang akan pelajar per-
olehi dengan menyertai Kelab Sahabat Ulul Albab.
Pengisian program dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Pusat Ulul Albab iaitu Profesor Dr
Abdul Halim Bin Ali serta ucapan daripada Yang di-Pertua Kelab Sahabat Ulul Albab iaitu Saudara
Muhammad Faris Bin Fatim Nor Mubeen. Slot diteruskan lagi dengan persembahan oleh MJKeSUA
seperti persembahan “Tahukah Anda?”, persembahan 4 Bahasa dan aktiviti Brain Gym yang dipersem-
bahkan menerusi tayangan video. Persembahan ini berunsurkan elemen-elemen utama di dalam
Ulul Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Mahasiswa juga disajikan dengan tayangan video
montaj mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PUA serta penerangan ringkas mengenai model
Ulul Albab oleh saudara pengerusi majlis. Pautan berkaitan borang penilaian serta borang pendaft-
aran ahli kohort 7 turut disertakan di ruangan komen Facebook.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 43
67 Ahli Kesua Sertai Program
Pensijilan Profesional Ulul Albab
Tanjung Malim – Pusat Ulul Albab menganjurkan Program Pensijilan Profesional Ulul Albab Peringkat
Lanjutan untuk ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang telah terpilih seramai 67 orang dan program dilak-
sanakan melalui platform Google Meet. Program Pensijilan Profesional Ulul Albab ini merupakan
program utama bagi Pusat Ulul Albab.
Tujuan program pensijilan ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam tiga
(3) komponen utama Ulul Albab selain dapat memberi nilai tambah kepada pelajar yang juga rata-
ratanya terdiri daripada bakal guru apabila mereka selesai bergraduat nanti. Pengisian yang diberikan
kepada peserta adalah berkisarkan modul utama Ulul Albab iaitu modul bagi Quranik, Ensiklopedik
dan Ijtihadik (Q,E,I). Pelbagai modul yang menarik dikongsikan oleh barisan panel jemputan yang
sangat hebat terdiri daripada kalangan Pensyarah atau lebih dikenali sebagai Talent Pool Pusat Ulul
Albab bagi mengendalikan slot sepanjang program berlangsung.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
44 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
Tanjung Malim – PUA dengan kerjasama Fakulti
Bahasa telah mengadakan program kecemerlangan
Akademik Dan Akhlak kepada pelajar-pelajar program
Kesusateraan Melayu yang terpilih. Program ini telah
dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Mac 2021 (8:00
pagi – 5:00 petang). “Program AA Excellent” (AAE)
adalah satu program yang bertujuan untuk menampil-
kan kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar yang
terpilih. Program ini dihadiri seramai 70 orang pelajar
yang terdiri daripada pelajar Program Kesusasteraan
Melayu yang mendapat keputusan yang cemerlang.
Program ini menampilkan tiga orang panel khas yang
sungguh hebat dalam memberi motivasi dan tips bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik dan akhlak
pelajar iaitu Encik Norrul Izuhan bin Shafri, seorang
Eksekutif Pentadbiran (Kanan) Jabatan Bendahari
Kampus Kuala Lumpur, UKM, Encik Badrul Sani
seorang Konsultan Badrul Sani International dan Prof.
Dr. Abdul Halim Ali.
PUA anjur Program Kecemerlangan
Akademik dan Akhlak Pelajar Program
Kesusasteraan Melayu (AAE)
2021
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah pembelajaran yang berkesan bagi
melonjakkan keputusan cemerlang dalam pencapaian akademik pelajar program kesusasteraan Melayu serta
menerapkan nilai-nilai murni dalam amalan kehidupan pelajar program Kesusasteraan Melayu. Program ini diada-
kan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dan Zoom manakala dipenghujung program diadakan
sesi soal jawab diantara panel dan peserta. Program ini mendapat maklum balas yang baik daripada peserta-pe-
serta yang terlibat. Mereka sangat teruja dan bersyukur kerana terpilih dan dapat menyertai program seperti ini.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 45
Tanjung Malim – Exco Media dan Publisiti Kelab Bengkel
Sahabat Ulul Albab (KeSUA) menjalankan
program Bengkel Awesome Poster bersama AwesomfeoPr KoesSteUrA
penceramah dari UITM Kelantan Kampus Kota
Baharu iaitu Saudari Aaida Nabihah Zuraidin.
Program ini dijalankan selama 2 jam bermula
daripada pukul 8.30 malam sehingga 10.30
malam secara atas talian di Google Meet yang
melibatkan seramai 7 orang ahli jawatankuasa
program dan 56 peserta yang terdiri daripada
MJKeSUA, Rakan Exco dan Ahli Jawatankuasa
Penyelaras Kohort KeSUA UPSI. Program ini
dijalankan bertujuan untuk mendedahkan kepada
para peserta dalam menghasilkan poster yang
menarik dengan hanya menggunakan software
Adobe Photoshop. Bengkel ini juga memberi
pendedahan asas cara menggunakan Adobe
Photoshop dengan mudah.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2021 46 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Ipoh – Perubahan semasa akibat Covid-
19 memerlukan perancangan hala tuju
Pusat Ulul Albab (PUA) disemak dan
diselaraskan semula supaya sejajar
dengan norma baharu yang dipraktik-
kan di UPSI. Bagi menggerakkan per-
jalanan setiap program yang telah
dirancang, salah satu aspek penting
yang diberi keutamaan adalah penerbi-
tan khususnya modul-modul dan buku
berkonsepkan Ulul Albab. Justeru itu,
Mesyuarat Penyelarasan Hala Tuju dan
Pemerkasaan Penerbitan telah diada-
kan pada 23 – 25 April 2021 bertempat
di Impiana Hotel, Ipoh telah menjadi plat-
form dan landasan terbaik bagi menca-
pai objektif yang ditetapkan.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Bin Md. Taff , Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor mengesahkan kewujudan
PUA perlu diteruskan berdasarkan kejayaan yang dicapai serta mempunyai peranan besar dalam menyokong
hasrat UPSI untuk menghasilkan kecemerlangan bakal graduan yang mempunyai nilai tambah dalam bidang
akademik, akhlak dan kemahiran insaniah. Bagi melestarikan kecemerlangan pelajar di peringkat dalam dan
luar negara, beliau menyatakan PUA harus memperkasakan ‘branding’ Ulul Albab serta menghasilkan kejayaan
super cemerlang secara ‘Quick Win’.
Mesyuarat kali ini telah dihadiri seramai
24 orang Talent Pool yang terdiri dari-
pada pensyarah- pensyarah univer-
siti dalam pelbagai bidang yang telah
memberi komitmen secara sukarela yang
sangat tinggi.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 47
Quranic Day Tanjung Malim – 21 April berlangsung-
nya program Quranic Day bagi minggu
Kelab Sahabat Ulul Albab yang terakhir untuk sidang 2020/2021.
Program ini dianjurkan oleh Exco kero-
hanian Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA
dengan tajuk ‘Surah Ar-Rad’. Program
ini dilaksanakan secara atas talian iaitu
membuat hebahan poster beserta hua-
raian lengkap berkaitan surah Ar-Rad di
semua media sosial seperti Whatsapp,
Instagram, dan Facebook rasmi Pusat
Ulul Albab. Dinyatakan juga dengan lebih
terperinci berkaitan surah Ar-Rad. Poster
program disebarkan bermula jam 9 pagi
pada setiap hari rabu bertujuan untuk
membudayakan pengajian Al-Quran
tidak kira di mana sahaja dan menjadikan
mahasiswa UPSI untuk lebih cinta terha-
dap Al-Quran serta memahami isi kand-
ungannya serta memantapkan elemen
Quranik dalam kalangan ahli KeSUA. Ia
juga untuk memberi perkenalan asas ter-
hadap sesuatu surah agar para maha-
siswa mengetahui secara dasar inti-
pati surah tersebut. Semoga perkong-
sian ilmu ini dapat dimanfaatkan kepada
semua mahasiswa terutama ahli KeSUA
kerana ia dapat meningkatkan lagi peng-
etahuan berkaitan elemen quranik dalam
diri ahli KeSUA.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
2021 48 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Sayembara Penulisan Kreatif
dan DESKRIPTIF ULUL ALBAB
Tanjung Malim – Berlangsungnya pertandingan
Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Ulul Albab
anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Kelab Sahabat Ulul
Albab Sidang 2020/2021. Pertandingan sayembara ini
terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu merangkumi
kategori puisi moden yang lebih tertumpu ke arah peng-
hasilan sajak, kategori cerpen dan juga kategori rencana.
Melalui penganjuran Sayembara Penulisan Kreatif dan
Deskriptif ini, secara tidak langsung dapat membina dan
mencungkil bakat penulisan peserta dalam berkarya serta
memberi peluang kepada mahasiswa/i bagi menzahirkan
idea dan kreativiti mereka melalui bidang penulisan dan
kesusasteraan. Bukan itu sahaja, melalui pertandingan ini
juga sebenarnya dapat memperkasakan serta memarta-
batkan penggunaan Bahasa Kebangsaan kerana setiap
kategori yang dipertandingan menekankan aspek peng-
gunaan Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.
Pertandingan ini bukan sahaja mendapat sambu-
tan yang baik dalam kalangan ahli kelab ini tetapi turut
mendapat sambutan daripada mahasiswa/i Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang lainnya termasuklah maha-
siswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat
diploma. Pertandingan ini juga hakikatnya bukanlah
membuka ruang kepada pelajar daripada Fakulti Bahasa
dan Komunikasi sahaja tetapi menerima penyertaan dar-
ipada pelbagai fakulti secara keseluruhannya, asalkan
memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Pada 1 Ogos 2021, hebahan pemenang telah dilakukan
melalui akaun media sosial rasmi Pusat Ulul Albab iaitu
facebook dan instagram. Johan bagi kategori puisi ialah
Nizam Bin Ronald (D20181084012) yang memenangi wang
tunai sebanyak RM 100.00, manakala johan bagi kategori
cerpen dan juga rencana, masing-masingnya dimenangi
oleh Nur Fatihah Binti Mohd Nasir (D20191088501) dan
juga Nur Hafizah Binti Alimunir (D20191089023) dengan
hadiah wang tunai RM 300.00 setiap satunya. Tempat
kedua dan ketiga bagi kategori puisi membawa pulang
wang tunai sejumlah RM 80.00 dan juga RM 60.00 serta
saguhati bagi tempat keempat dan kelima ialah RM 30.00.
Tempat kedua dan ketiga kategori cerpen dan rencana
pula menerima wang tunai RM 200.00 dan RM 100.00,
serta bagi saguhati iaitu di tempat keempat dan kelima
pula menerima wang tunai RM 50.00. Setiap peserta juga
diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.
Jelasnya, program sayembara ini mendapat maklum balas
yang baik daripada peserta dan diharapkan program sebe-
gini dapat diadakan lagi di masa akan datang.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 49
Pensijilan Profesional Ulul Albab
Peringkat Asas Siri Ke-3
Tanjung Malim - 13, 19 dan 20 Jun 2021 berlangsun-
gnya Program Pensijilan Profesional Ulul Albab
Peringkat Asas untuk ahli Kelab Sahabat Ulul Albab
yang telah terpilih bagi mengikuti program tersebut.
Program Pensijilan ini telah dilaksanakan melalui plat-
form Google Meet dengan penglibatan seramai 95
orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab Sahabat
Ulul Albab (KeSUA). Program Pensijilan Profesional
Ulul Albab peeringkat asas ini merupakan program
utama bagi Pusat Ulul Albab dan terbahagi kepada
tiga peringkat, kali ini merupakan Program Pensijilan
Profesional Ulul Albab Peringkat Asas siri ke 3. Tujuan
program pensijilan ini dilaksanakan adalah untuk mela-
hirkan pelajar yang mahir dalam tiga (3) komponen
utama Ulul Albab selain dapat memberi nilai tambah
kepada bakal guru apabila mereka bergraduat nanti.
Pengisian yang disampaikan kepada peserta adalah
berkisarkan modul utama Ulul Albab iaitu modul
Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (Q,E,I). Pelbagai
modul yang menarik dikongsikan oleh barisan panel
jemputan yang sangat hebat terdiri daripada kalan-
gan Pensyarah atau lebih dikenali sebagai Talent
Pool Pusat Ulul Albab bagi mengendalikan slot dalam
bidang masing-masing.
Program yang dijalankan selama tiga hari ini
menampilkan 12 orang Talent Pool yang berlatarbe-
lakangkan elemen utama dalam Ulul Albab. Program
diakhiri dengan peperiksaan pada malam hari tera-
khir program bagi melayakkan para peserta meraih
sijil untuk ke peringkat seterusnya dalam Program
Pensijilan Profesional Ulul Albab.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
50 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
KeSUA Berkongsi Teknik
Pengajaran & Pembelajaran
Di Rumah (PdPR)
2021 Tanjung Malim- Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) telah
mengadakan Program Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 di Rumah (PdPR) dengan kerjasama beberapa persatuan
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi laman
rasmi Facebook Pusat Ulul Albab. Program ini dijalankan di
platform Facebook Live yang mendapat tontonan seramai
3.5K. Panel jemputan bagi program ini adalah saudara Faiz
Farhan dan Saudari Maisarah Zainal yang merupakan ahli
kelab sahabat Ulul Albab Kohort 1.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada semua mahasiswa yang bakal men-
jalani Latihan Mengajar (LM) dan Program Perantis Guru
(PPG) pada cuti semester. Antara tips menarik yang
telah dikongsikan oleh kedua-dua panel adalah tentang
bagaimana ingin mewujudkan komunikasi yang berkesan
sama ada di antara guru mahupun murid, teknik pengajaran
ketika PdPR dan cadangan aplikasi yang boleh digunakan
untuk PdPR. Selain itu, panel juga menceritakan cabaran
yang bakal dihadapi dan cara mengatasi cabaran tersebut.
Harapan daripada pihak pengajur adalah supaya semua
yang bakal menjalani LM dan PPG dapat membuat perse-
diaan yang sewajarnya serta dapat melaksanakan tugasan
dengan baik sekaligus dapat membuktikan bahawa kita
semua adalah graduan Pendidikan yang berkualiti untuk
mendidik anak bangsa.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST