ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2021 51
T ECHNICAL SHARING
for PdPR
Tanjung Malim- Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA)
telah mengadakan Program Technical Sharing for
PdPR dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa
Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini diadakan
di platform Webex dan Google Meet bagi mewujud-
kan sesi dua hala secara terus dan memudahkan
peserta untuk bertanya kepada panel. Perkongsian
teknikal ini menampilkan panel dalam kalangan ahli
Kelab Sahabat Ulul Albab, Saudara Muhammad
Sobirin bin Jailani merangkap Yang Dipertua Kelab
Sahabat Ulul Albab dan mempunyai kemahiran
dalam aspek teknikal untuk kelas PdPR.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi
perkongsian yang mengfokus kepada kaedah bagi
melaksanakan kelas secara atas talian. Melalui
Program ini peserta telah diberikan penerangan
secara terperinci mengenai cara menggunakan
aplikasi Google Meet, Obs Studio serta classroom-
screen.com.
Perkongsian ini telah mendapat sambutan penyertaan seramai 400 orang bukan sahaja dari kalan-
gan Ahli KeSUA malah dari kalangan guru madrasah, tenaga pekerja, guru sekolah dan juga maha-
siswa daripada university-universiti tempatan. Diharapkan semua peserta dapat mengaplikasikan apa
yang dipelajari sewaktu program ini bagi menjadikan sesi PdPR lebih menarik seperti slogan yang
dibawakan dalam program ini iaitu “Make Your PdPR Session More Amazing”.
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
52 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI RENCANA
PENUBUHAN 1 TAHUN PUA BERJAYA
BENTUK MAHASISWA MEMPUNYAI "NILAI TAMBAH"
RENCANA & ARTIKEL MOMENTOUS Tanggal 28 Disember 2017, Pusat Ulul Albab telah secara rasminya ditubuhkan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan
visi melahirkan bakal pemimpin profesional yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI). Penerapan ciri QEI ini bakal meningkat-
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 kan kebolehpasaran graduan UPSI di masa akan datang.
Model QEI adalah konsep yang menjadikan ilmu Al-Quran sebagai sumber dalam membentuk hati, minda dan jiwa. Integrasi antara ilmu wahyu
dan sains untuk membentuk kurikulum bersepadu adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut menekankan pembentu-
kan insan yang seimbang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan.
Pengintegrasian ilmu aqli dan naqli dalam kalangan mahasiswa sememangnya perlu untuk memastikan kecemerlangan 2A (akademik dan
akhlak) sebagaimana yang dihasratkan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Shatar Sabran. UPSI mensasarkan agar graduannya bakal
menjadi rebutan di pasaran kerja.
Berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun dalam menerajui pendidikan Ulul Albab, Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Ustaz Wan Ahmad Zakry
Wan Kamaruddin, membawa konsep Ulul Albab yang telah sedia ada di 15 buah sekolah di bawah KPM, 8 buah sekolah IMTIAZ dan 5 buah
MRSM Ulul Albab serta mengembangkan konsep tersebut di institusi pengajian tinggi. Berbekalkan hanya 5 orang staf tetap, pusat ini telah
berjaya mengorak langkah mencipta nama dalam kalangan mahasiswa UPSI.
Sepanjang satu tahun dari April 2018 hingga April 2019, tidak kurang dari 5915 orang pelajar telah mengikuti program anjuran Pusat Ulul Albab.
Sebanyak 60 program telah dianjurkan sepanjang tempoh tersebut iaitu 53 program untuk pelajar, 6 program untuk staf dan 1 program untuk
agensi luar UPSI.
Sekurang-kurangnya 8 orang tokoh penceramah telah ditampilkan bagi memberi inspirasi kepada para mahasiswa sejak minggu pertama men-
jejakkan kaki ke UPSI. Antara tokoh yang memberikan sumbangan adalah Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, Hj. Pahrol Mohamad Juoi, Hj. Fadzli
Yusof dan Dr. Mohd Arip Kosmo. Pusat Ulul Albab juga berjaya menarik 30 orang kakitangan UPSI dalam kalangan ahli akademik dan non-ak-
ademik untuk bersama-sama menyumbangkan kepakaran dalam menghasilkan hampir 10 modul QEI bagi tujuan Pensijilan Profesional Ulul
Albab. Buat masa ini, kursus bersijil ini hanya ditawarkan kepada mahasiswa UPSI dan akan dibuka kepada pihak luar pada masa akan datang.
Hasil perancangan yang rapi, seramai 467 orang mahasiswa juga berjaya direkrut melalui Kelab Sahabat Ulul Albab yang mengadakan per-
jumpaan tetap mingguan dan program sepanjang semester. 467 orang mahasiswa ini dibentuk dengan acuan Pusat Ulul Albab untuk menjadi
pemimpin masa hadapan yang berkualiti. Antara program yang dirancang untuk mereka adalah Tarbiyah Murabbi (menggunakan pendekatan
Neuro Linguistic Programming), Program Sangkutan ke Thailand dan Singapura, serta Ikon Ulul Albab.
Pusat Ulul Albab tidak ketinggalan menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi luar seperti Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran
Kebangsaan (PINTA) untuk menyediakan latihan, khidmat perundingan dan penyelidikan yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak. Satu Kursus
Pensijilan Institusi Tahfiz Al-Quran telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 November 2018 kepada pihak PINTA dengan penyertaan seramai 32
orang mudir dan pentadbir sekolah. Dalam pada itu, Pusat Ulul Albab juga sedang berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melatih guru-guru di seluruh Malaysia menggunakan modul-modul yang telah dibangunkan.
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ARTIKEL ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST RENCANA & ARTIKEL 53
DESIGNING FIRDAUS melahirkan insan
SUPER CEMERLANG
Pusat Ulul Albab UPSI (PUA) mengorak langkah dengan melak-
sanakan Program Designing Firdaus berkonsepkan Ulul Albab . PUA
melihat secara positif program Designing Fidaus ini sebagai satu
projek lanjutan daripada program yang sedia dilaksanakan oleh PUA
UPSI. Ia juga merupakan program pengisian yang sangat bermakna
bagi menempatkan pelajar-pelajar Ulul Albab di seluruh Negara
dalam rangka melatih, menunjukkan jalan ke arah kemenjadian insan
generasi super cemerlang dalam bidang sains dan teknologi yang
berteraskan komponen Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik.
Dalam konteks mendepani cabaran untuk melahirkan insan yang
cemerlang generasi super cemerlang, maka PUA UPSI berada pada
landasan terbaik bagi membuktikan bahawa konsep pendidikan
yang bersifat holistik, universal dan bersepadu dapat diterjemah-
kan oleh UPSI kepada masyarakat dan Negara menerusi pelaksa-
naan program Designing Firdaus.
PUA dengan program sedia ada dan program Designing Firdaus
akan menjadi pusat rujukan sesuai dengan misi UPSI untuk menjadi
universiti dengan ciri-ciri 3R (Referred, Respected & Relevan).
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
KOLEKSI KERATAN AKHBAR 2019 54 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Koleksi Keratan Akhbar 2019 - 2022
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST 2019 55
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
KOLEKSI KERATAN AKHBAR 2021 56 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1
KOLEKSI KERATAN AKHBAR 2022 57
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
POSTER AKTIVITI KELAB SAHABAT ULUL ALBAB (KeSUA) 58 BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB UPSI
BULETIN MOMENTOUS EDISI 1 Poster Aktiviti Kelab Sahabat Ulul Albab
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST
ULUL ALBAB ALWAYS THE BEST POSTER AKTIVITI KeSUA 59
BULETIN MOMENTOUS PUSAT ULUL ALBAB
ululalbab.upsi.edu.my