PENGHARGAAN
Penerbitan buku digital (ebook) ini melibatkan kerjasama
semua ahli kumpulan dalam menyempurnakan tugasan
bagi kursus KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada
semua ahli kumpulan yang terlibat:
Nurnisya Izzati Binti Kamarul Bahrin
Wan Maisarah Binti Wan Zulkifli
Nurul Ain Asyiqien Binti Abdul Rahim
Aqilah Yasmin Binti Sanusi
Nurul Rosdiyana Binti Rosdi
Nabilah Arifah Binti Mohd Safu’an
Nur Atirah Diana Binti Yusof
Baida Binti Azahar
Itira Miandal
Julaillah Binti Suridi
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
Buku digital (ebook) ini disediakan untuk memudahkan murid-murid
tingkatan 5 Sains Rumah Tangga untuk membuat panduan dan
rujukan dalam menyediakan hidangan pencuci mulut bagi sajian timur
dan barat. Buku ini mengandungi senarai resepi standard dan cara
penyediaan pencuci mulut bagi sajian barat dan timur serta
penggunaan teknologi iaitu QR Code yang memaparkan video-video
cara penyediaan desert mengikut resepi. Video-video yang diberikan
melalui QR Code akan memudahkan lagi murid untuk menyediakan
hidangan pencuci mulut serta mencetuskan minat dan persediaan
murid untuk memasak.
1
PENGENALAN
Desert merupakan hidangan manis yang dihidangkan ketika
akhir hidangan utama seperti makan tengah hari atau
selepas makan malam untuk melengkapkan atau
menyeimbangkan lagi hidangan itu. Semasa cuaca panas,
desert sejuk atau desert dingin beku sangat sesuai
dihidangkan. Desert panas lebih sesuai dihidangkan ketika
cuaca sejuk. Di hotel, desert biasanya diperagakan di atas
troli desert untuk memberi peluang kepada pelanggan
memilih desert yang disukai.
2
FUNGSI PENCUCI
MULUT
Sajian terakhir dihidangkan selepas
hidangan utama
Menyeimbangan rantaian hidangan
Mempelbagaikan perisa dan rasa
makanan
Memberikan kepelbagaian warna dalam
sajian
3
Desert merupakan hidangan
pencuci mulut yang terakhir
selepas hidangan pembuka selera,
sup dan hidangan utama. Sesuatu
menu itu dianggap kurang
lengkap tanpa menghidangkan
desert. Desert Barat dihidang
pada penghujung jamuan
biasanya mempunyai rasa manis
atau pahit daripada buah-buahan
dan coklat
4
PUDING
JAGUNG
5
Bahan – bahan Langkah penyediaan
1. ½ tin (212g) jagung
2. ¾ cawan susu cair 1. Masukkan ½ tin jagung ke dalam
3. ¼ cawan gula periuk yang ingin digunakan.
4. 1 ½ cawan air
5. ½ cawan tepung kastard
6
2. Masukkan ¾ cawan susu cair 3.Kemudian masukkan 4. Masukkan 1 ½ cawan air ke
ke dalam periuk yang berisi pula ¼cawan gula pasir. dalam campuran tersebut.
jagung tadi.
7
5. Seterusnya, masukkan ½ 6. Masak campuran 7. Apabila campuran sudah
cawan tepung kastard dan gaul tersebut di atas api dan mula memekat, perlahankan
sehingga campuran tersebut gaul sehingga campuran api dan pastikan campuran
sebati. memekat. tersebut sentiasa digaul.
8
8. Tutup api apabila melihat 9. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
puding jagung tersebut menjadi Apabila puding jagung sudah sejuk dan kental
berketul dan boleh masukkan ke keluarkan daripada acuan dan hidangkan bersama
dalam bekas. sedikit susu cair.
9
Video : QR code
(Pudding Jagung)
10
SAGU GULA
MELAKA
11
Bahan-bahan
125 gram biji sagu
2 cawan air
1 sudu besar sirap atau pewarna
40 gram gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (simpulkan)
150 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
*Pilihan: Boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan
12
Cara Penyediaan
1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam supaya biji sagu lebih cepat masak.
2. Didihkan 2 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya
tidak berkerak di bahagian bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
13
3. Tapis dan bilas bawah air paip 4. Kemudian masukkan ke dalam acuan 5. Letakkan 1 sudu besar
untuk membuang kanji sagu kegemaran masing-masing. sirap atau pewarna
supaya biji sagu kelihatan lebih
cantik.
14
6. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental
15
Cara untuk menyediakan air gula:
1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak
hingga gula larut dan pekat.
16
2. Sejukkan air gula.
3. Apabila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan
bersama sedikit air gula dan santan atau susu cair.
17
Video : QR code
Sagu Gula Melaka
18
PENGAT
PISANG
BERSAGU
19
BAHAN-BAHAN
1. 2/3 biji pisang (dipotong)
2. 250 ketul gula Melaka
3. 250ml air
4. Santan 1 kotak
5. 15g sagu biji (direndam dengan air panas dan toskan
6. 1 helai daun pandan
7. 1 sudu besar gula [asir
8. ½ sudu kecil garam
20
CARA PENYEDIAAN :
1. Didihkan 250 ml air ke dalam periuk.
2. Masukkan gula melaka, daun pandan,
garam dan gula pasir. Gaul sehingga gula larut
3.Apabila gula telah larut, masukkan santan dan
kacau sebati. Kemudian, masukkan sedikit air
dan kacau rata.
21
CARA PENYEDIAAN :
4.Masukkan potongan pisang dan sagu yang
telah ditoskan tadi.
5.Tambahkan air jika terlalu pekat.
Gaulkan dan biarkan sehingga pengat
mendidih.
6. Apabila pengat telah mendidih, tutup api dan
hidangkan.
22
Video : QR code
(Pengat Pisang
Bersagu)
23
BUBUR
CHA-CHA
24
Bahan-bahan
1. 1 mangkuk kecil biji sagu (rendam 15 minit)
2. 1 cawan gula
3. 2 cawan cha cha
4. 1 helai daun pandan (simpulkan)
5. 1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
6. 1 biji gula melaka
7. 1 sudu teh garam
8. 200 ml santan
25
Cara Penyediaan 3. Kemudian masukkan ubi keledek.
Rebus ubi sehingga empuk.
1. Masukkan cha cha dan air
secukupnya. Rebus cha cha
sehingga lembut lebih kurang 15
hingga 20 minit dan toskan.
2. Sediakan periuk baru, masukkan air secukupnya. 4. Seterusnya, masukkan garam.
26
5. Masukkan daun pandan. 7. Masukkan cha cha yang telah
direbus.
6. Masukkan gula melaka. 8. Masukkan sagu yang telah direndam.
.
27
9. Masukkan santan satu kotak. 10. Masukkan gula mengikut
citarasa masing-masing.
11. Kacau sebati sehingga bubur 12. Hidangkan mengikut citarasa
mendidih dan tutup api .
.
28
Video : QR code
(Bubur Cha-Cha)
29
Desert merupakan hidangan
pencuci mulut yang terakhir
selepas hidangan pembuka
selera, sup dan hidangan utama.
Sesuatu menu itu dianggap
kurang lengkap tanpa
menghidangkan desert. Desert
Barat dihidang pada penghujung
jamuan biasanya mempunyai rasa
manis atau pahit daripada buah-
buahan dan coklat
30
VANILLA
SOUFFLE
31
BAHAN-BAHAN
1. 4 biji telur ( asingkan telur putih dan kuning)
2. 300ml susu
3. 50 g tepung (diayak)
4. 90g gula( 45g untuk telur kuning, 45 gram untuk telur putih)
5. 10g estrak vanilla
6. 1g garam
SAPUAN PADA BEKAS
Mentega dan gula yang dilembutkan
HIASAN
Gula aising
32
CARA PENYEDIAAN
1. Sapu mentega yang telah dilembutkan pada permukaan dalam bekas yang digunakan.
Kemudian, tabur gula untuk membuat lapisan pada sapuan mentega tadi.
2.Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam bekas yang berasingan kerana putih telur
perlu diasingkan daripada kuning telur. Pastikan telur yang digunakan sudah dibasuh dengan bersih.
33
3. Seterusnya, masukkan 300ml susu ke dalam periuk dan letakkan ke atas api pada suhu
sederhana rendah. Biarkan ia sehingga mendidih.
. Masukkan kuning telur ke dalam periuk yang lain dan tambahkan 45g gula. Kacau campuran
sehingga kuning telur dan gula menjadi sebati. Selepas campuran menjadi sebati, masukkan pula
50g tepung yang telah diayak dan kacau semula.
34
5. Tuangkan kira-kira satu pertiga susu panas untuk menghilangkan warna kuning telur. Setelah
warna campuran bahan tadi semakin pudar, masukkan kesemua baki susu tadi.
Letakkan ke atas api pada suhu sederhana rendah dan kacau secara berterusan sehingga campuran
menjadi pekat.
6. Selesai memasak campuran bahan tadi, tutup api dan pindahkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas
kosong. Kemudian tambah 10g ekstrak vanila, kacau dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik
35
7. Panaskan ketuhar pada suhu 190° C dan letakkan loyang pembakar di dalam
ketuhar.
8. Sementara menunggu ketuhar dipanaskan, masukkan 1g garam ke dalam bekas yang berisi putih telur. Pukul putih telur
sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sampai bertanduk. (Jadi meringue).
9. Kemudian masukkan meringue ke dalam mangkuk campuran vanila tadi. Gaul secara kaup balik.
2306
10.Bahagikan adunan ke dalam setiap bekas dan ketuk sedikit untuk mengeluarkan angin
11.Letakkan ke atas loyang pembakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi dan bakar ke dalam ketuhar
selama 25-30 minit sehingga kembang dan mempunyai warna keemasan.
2307
13.Akhir sekali, taburkan gula aising pada permukaan atas vanilla souffle.
.
2308
Video : QR code
(Vanilla Souffle)
39
CREPE
SUZETTE
40
BAHAN-BAHAN
1. 55g tepung serba guna
2. 100ml susu penuh krim(wholemilk)
3. 1 biji telur
4. 30g mentega( unsalted butter)- dicairkan
5. 41sudu besar gula pasir
6. ½ sudu teh garam
7. 1 biji kulit oren
41
Langkah Penyediaan: 2. Masukkan garam dan gula 3. Adunkan bahan kering dan buat
ke dalam tepung. ruang di tengah bahan kering
Crepe Suzette tersebut.
1. Pukul telur dengan
perlahan menggunakan
pemukul telur sebelum
ditambah kepada bahan
kering.
42
4. Masukkan telur yang telah 5. Tambahkan susu penuh krim 6. Masukkan mentega yang
dipukul ke dalam ruang sedikit-sedikit ke dalam adunan telah dicairkan.
tengah bahan kering dan dan gaulkan hingga sebati
adunkan semua bahan sehingga semua ketulan hilang.
sehingga sebati.
43
7.Parutkan kulit oren ke dalam 8. Masukkan adunan ke dalam 9.Panaskan pan dengan api
adunan, pastikan bahagian peti sejuk selama 30 minit. sederhana dan sapu mentega
putih pada kulit oren tidak ke permukaan pan.
diparut kerana menghasilkan
rasa pahit.
23
10. Tuang sedikit adunan ke 11. Terbalikkan crepe suzette 12. Angkat dan hidangkan crepe
atas pan dan ratakan. untuk memasak permukaan suzette.
berlawanan.
13.Ulang semula langkah 10
hingga langkah 12 sehingga
adunan habis dimasak.
44
Sos:
1. Parutkan kulit oren dan perah buah oren untuk mendapatkan jus oren.
2. Didihkan jus oren,parutan kulit oren, sedikit garam dan gula serta sedikit
mentega sehingga menjadi likat.
3. Tuangkan ke atas crepe suzette yang telah siap.
44
Video : QR code
(Crepe Suzette)
45