CREAM
CARAMEL
46
BAHAN-BAHAN
1. 100g gula
2. 4 sudu besar air
3. 4 biji telur
4. 240ml susu sejat cair
5. 120ml susu pekat
6. 1 sudu kecil esen vanila
47
Cara Penyediaan
1. Masukkan gula ke dalam periuk dan kacau menggunakan
spatula sehingga bertukar menjadi keperangan. Gula akan
cair dengan haba dan berubah menjadi keperangan.
2. Kemudian masukkan 4 tbsp air dan kacau
sehingga sebati.
3. Tuangkan caramel ke dalam acuan kek berbentuk
bulat dan ratakan pada semua bahagian bekas.
48
Cara Penyediaan
4. Seterusnya pukul telur di dalam satu
bekas.
5. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanilla di
dalam adunan telur. Kemudian kacau sehingga sebati.
6. Tapis terlebih dahulu sebelum masukkan adunan ke
dalam acuan kek yang mempunyai caramel.
49
Cara Penyediaan
7. Bakar pada suhu 160c selama 45 minit
menggunakan teknik waterbath.
8. Setelah selesai dibakar, sejukkan dahulu di
dalam peti selama satu jam sebelum sedia untuk
dimakan.
50
Video : QR code
(Cream Caramel)
51
PENUTUP
Penghasilan buku digital ini merupakan alternatif dalam memudahkan semua
murid mahupun guru-guru untuk mencari resepi standard pencuci mulut bagi
sajian timur dan barat. Segala bahan dan cara penyediaannya telah
dipaparkan di dalam buku digital ini. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat
melihat video agar mudah difahami. Diharapkan penghasilan buku digital ini
dapat membantu murid-murid untuk lebih memahami topik pencuci mulut bagi
sajian timur dan barat.
52