UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI
SMK BUKIT RAMBAI, MELAKA
BRASS: BERILMU, RESPONSIF, ADAB, SIHAT, SEJAHTERA
Majlis Pelancaran
10 APRIL 2023
ISNIN
7.40 PAGI
MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA
ATURCARA
MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM MINDA SIHAT
10 APRIL 2023
7.40 pagi : Murid berbaris di tapak perhimpunan
: Ketibaan barisan Pentadbir
: Nanyian Lagu Negaraku,
Melaka Maju Jaya
Lagu Sekolah
Ikrar Rukun Negara
: Bacaan Doa
: Laporan Guru Bertugas
: Ucapan Aluan Penyelaras
Program Minda Sihat
: Ucapan Perasmian
: Gimik Perasmian
: Penyerahan Modul Minda Sihat
kepada wakil PRS
: Majlis bersurai
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BUKIT RAMBAI, MELAKA
BRASS: BERILMU, RESPONSIF, ADAB, SIHAT, SEJAHTERA
”
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
#UBKBRASSPRIHATIN
PENGENALAN PROGRAM MINDA SIHAT
Memugarkan emosi murid mendepani cabaran masa
kini atau akibat krisis hidup yang dialami
Tema:
“MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental
Memugarkan emosi murid bagi menyokong
kesejahteraan dirI
Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada
minda akibat krisis yang berlaku
Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan
kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik
Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam
mengendalikan masalah emosi; dan tingkah laku
Merujuk murid yang mengalami masalah emosi,
psikologi dan mental kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
4 PENDEKATAN UTAMA OLEH UBK
1. PENCEGAHAN
• Mengenal pasti isu murid berdasarkan analisis
senarai semak keperluan murid dalam kebiasaan
baharu
• Mempromosikan kepentingan menjaga
kesejahteraan, kesihatan dan mencegah penyakit
mental
• Membimbing murid menguruskan emosi bagi
meningkatkan gaya daya tindak
• Melaksanakan saringan minda sihat untuk
pengesanan awal masalah mental.
2. PERKEMBANGAN
• Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara
sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti
bimbingan kelompok, mentor mentee dan
Pembimbing Rakan Sebaya
• Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif
dan daya tahan
• Meningkatkan kemahiran mengawal emosi
melalui sesi bimbingan berterusan.
3. PEMULIHAN
• Melaksanakan intervensi minda sihat kepada
murid yang dikenal pasti
• Melaksanakan sesi kaunseling secara
berterusan dan berfokus kepada
penyelesaian isu menggunakan pendekatan
kaunseling seperti Solution Focus Brief
Therapy, Cognitive Behavioral Therapy,
Choice Theory Reality Therapy dan
sebagainya.
4. KRISIS
• Mengenal pasti murid yang mengalami tanda
kemurungan dan tanda awal
kecelaruan/gangguan mental contoh
skizofrenia, kecelaruan bipolar, cubaan dan
perancangan psikososial negatif
• Melapor kes krisis kepada Pengetua atau
Guru Besar
• Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa
untuk merujuk murid kepada pegawai
kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.
PIHAK YANG BERPERANAN DAN
BERTANGGUNGJAWAB DALAM PROGRAM
MINDA SIHAT INI IALAH;
Pentadbir Sekolah
• Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan
• Memantau pelaksanaan program secara berterusan
• Merujuk kes krisis murid kepada ibubapa/penjaga
• Melaporkan dan tindakan intervensi kes krisis serta
psikososial negatif murid kepada PPD dan JPN
mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan SOP 1:3:7.
Guru
• Memastikan program dilaksanakan dengan lancar
• Memantau perkembangan perubahan tingkah laku
dan emosi murid
• Merujuk murid yang dikenal pasti mengalami
perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK
• Meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan
diri dan kesihatan mental merentas kurikulum.
Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Menyelaras pelaksanaan program kepada guru
dan murid
• Melaksanakan penataran program kepada guru
• Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan
mental kepada guru, ibu bapa dan murid
• Menyediakan panduan dan bahan program
kepada guru
• Melaksanakan saringan minda sihat melalui
Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM)
• Menyediakan profil murid dari segi isu
kesejahteraan emosi
• Melaksanakan program pencegahan,
pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut
keperluan murid
• Memantau perkembangan murid dari masa ke
semasa
• Melaporkan kes krisis dan psikososial negatif
kepada Pengetua dan Guru Besar
• Melaksanakan intervensi umum, khusus dan
krisis kepada sasaran murid yang dikenal pasti
• Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan
yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat
nasihat dan bantuan kepakaran.
PELAKSANAAN PROGRAM OLEH UBK
PROMOSI MINDA SIHAT
Info 5 minit Pemugaran minda sihat
Info Kesihatan Minda dan Hidup Berkualiti
- Modul Minda Sihat di dalam kelas
- Sebaran maklumat dan pesanan kepada semua kelas
dan melalui medium whatssap / telegram / facebook
Senarai Semak Keperluan Murid
Teknik Relaksasi / Kuiz / Ekspresi Emosi
- Modul Minda Sihat di dalam kelas
- Sebaran maklumat dan pesanan kepada semua kelas
dan melalui medium whatssap / telegram / facebook
PELAKSANAAN PROGRAM OLEH UBK
SARINGAN MINDA SIHAT
Senarai Semak Keperluan Emosi Murid
Saringan PHQ9 dan Saringan GAD7
Intervensi Umum
- Sesi Kaunseling
- Teknik Relaksasi
- Latihan Pernafasan
- Urutan bahu dan leher
- X Break
- Brain Gym
- Energizer
Intervensi Khusus
- Sesi kaunseling
- Kemahiran Daya Tindak
- Kenali Emosi
- Tangani Stress
- Teknik Pernafasan
- Mindfulness
- Mengawal Marah
- Penyelesaian Masalah
- Berfikiran Positif
- Komunikasi Berkesan
- Kemahiran Asertif
- Terapi Cara Kerja
PERANAN GURU
Unit Bimbingan dan Kaunseling
berbesar hati memohon
kerjasama semua guru untuk
merujuk murid kepada UBK
sekiranya guru-guru mendapati
sebarang perubahan
tingkah laku murid
PERANAN MURID
Murid-murid dipelawa untuk
membuat temujanji dengan
Guru Bimbingan dan Kaunseling
untuk berkongsi masalah agar
kita sama-sama dapat membina
minda yang sihat
MINDA SIHAT HATI BERSIH
Individu yang mempunyai minda
yang sihat berupaya
Mengekalkan
hubungan yang Mengambil bahagian
harmoni dengan dalam aktiviti
orang lain kemasyarakatan
Boleh menyumbang
di dalam masyarakat
ANDA MEMPUNYAI
KESIHATAN MINDA
YANG POSITIF
JIKA ANDA
Selesa dengan diri sendiri
Selesa dengan orang lain
Selesa dengan persekitaran
Dapat memenuhi tuntutan
kehidupan
madebycikgusarinah
Intervensi
Umum
1. Teknik Pernafasan
2. Teknik Urutan
3. X Break
4. Energizer
TEKNIK PERNAFASAN
• Semasa dalam keadaan tertekan atau stres, pernafasan
seseorang akan menjadi cepat tanpa kawalan.
• Hal ini kerana pembuluh darah mengecut lalu mengurangkan
kadar oksigen dalam badan.
• Oksigen yang masuk menggantikan karbon dioksida yang
keluar ketika kita bernafas dalam-dalam, membawa banyak
manfaat untuk sistem tubuh.
• Mengawal pernafasan dapat memperlahan degupan jantung
dan menurunkan atau menstabilkan tekanan darah. Hal ini
dikaitkan dengan tahap tekanan yang lebih rendah.
Objektif Teknik Pernafasan
1. Mengawal kadar metabolisme dalam badan ketika stres.
2. Memperolehi ketenangan sekiranya teknik pernafasan yang
betul dilakukan ketika berhadapan dengan situasi yang tegang.
3. Meningkatkan pertukaran antara oksigen dan karbon
dioksida.
4. Meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan
ketegangan.
DEEPBREATHING
TEKNIK PERNAFASAN KOTAK
PERNAFASAN 4 SEGI
Pernafasan 4 Segi
1. Teknik pernafasan kotak adalah jenis latihan mengatasi stres yang mudah dan biasa.
2. Kaedahnya sangat mudah iaitu dengan merehatkan
badan anda, tutup mata dan bernafas melalui hidung sahaja.
3. Pastikan semua udara berkumpul di dalam paru- paru anda. Buat kiraan 1 hingga 4 perlahan-
lahan.
4. Selepas menarik nafas, tahan nafas anda dan buat
kiraan 1 hingga 4 perlahan-lahan sekali lagi.
5. JANGAN BUKA MULUT ANDA. Cuba tahan nafas anda sehingga kiraan 4 saat.
6. Hembus nafas perlahan-lahan sehingga kiraan 4 saat.
*Jika diamalkan dengan kerap, teknik ini boleh membantu meningkatkan daya ketahanan terhadap
tekanan, penurunan perasaan kemurungan dan peningkatan perasaan positif.
Teknik Urutan
Pakar Psikologi berpendapat kaedah urutan mampu
mengurangkan simptom stres. Urutan santai atau
relaxing massage dapat menenangkan minda dan
seseorang itu dapat menikmati sentuhan yang lembut
pada sesuatu titik tekanan.
Teknik Urutan Dalam Menangani Stres
Terdapat beberapa kaedah urutan yang boleh dilakukan
secara individu atau berpasangan bergantung
kepada kesesuaian.
Teknik
Individu Berpasangan
Urutan
Tangani Stres Dengan Teknik Urutan Leher dan Bahu
Teknik urutan ini boleh melegakan otot dan melancarkan
perjalanan darah seterusnya ia dapat melegakan stres.
Teknik Urutan Secara Berpasangan
Berikut merupakan panduan dan langkah bagi
orang yang mengurut :
• Minta rakan anda duduk dengan selesa.
• Minta rakan anda
memejamkan mata sambil
membayangkan atau fikirkan
sesuatu yang menyenangkan.
• Berdiri di belakangnya dan
letakkan tangan di atas
bahunya.
• Gunakan kedua-dua tangan
anda.
Teknik Urutan Secara Berpasangan
Berikut merupakan panduan dan Langkah bagi orang yang mengurut :
Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut
dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke
tengkuk.
Ulang 3 kali.
Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga
ke bahagian atas lengan.
Ulang 3 kali.
Urut dengan ibu jari, bermula dari bahagian
tengah bahu mengarah ke luar, menjauhi tulang
belakang hingga ke bahagian pinggang.
Ulang 3 kali.
Urut dengan ibu jari, bahagian atas tengkuk
menggunakan teknik memutar hingga ke bawah
tengkuk (seperti bentuk bulatan).
Ulang 3 kali.
Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan
di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepalanya
ke kanan dan kemudiannya ke kiri.
Ulang 3 kali.
Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi
tangan di tengkuk. Dengan perlahan putarkan
kepalanya ke kanan dan kemudiannya ke kiri
Ulang 3 kali
Akhir sekali letakkan kembali tangan pada bahu
rakan anda.
Teknik Urutan Secara Individu
Urutan ini boleh dilakukan sendiri pada :
✓ Mata
✓ Tapak tangan
✓ Tapak kaki
✓ Kepala
*Pastikan suasana persekitaran tenang dan pengaliran udara
yang baik.
Mata
Urutan untuk melegakan mata yang
letih.
Tutup mata. Letakkan ibu jari di bawah kening.
Urut secara membulat di sekitar kelopak mata
dan berakhir di batang hidung. Ulang langkah
ini beberapa kali terutama dalam kawasan
soket mata di mana batang hidung bertemu
dengan rabung kening.
Tapak Tangan
Urutan untuk tapak tangan.
Gunakan ibu jari dan urut secara menolak otot
tapak tangan menghala ke hujung jari. Fokus
kepada celah tulang jari pada tapak tangan.
Teknik Urutan Secara Individu
Tapak Kaki
Urutan untuk tapak kaki.
Gunakan ibu jari dan urut di tengah tapak kaki
dengan laluan ke atas diikuti dengan tepi
tapak kaki dan bawah ibu jari kaki. Tekan
setiap jari-jari kaki.
Kepala
Titik 1
Titik lekuk pada kiri dan kanan dahi dikenal
pasti. Urut menggunakan 2 jari iaitu jari
telunjuk dan jari tengah secara putaran lawan
jam. Ulang 3 kali.
Titik 2
Titik terletak pada tengah di antara kening
dikenal pasti. Urut menggunakan jari telunjuk
dengan gerakan secara putaran di atas kening
hingga ke hujung kening dan titik 1. Ulang 3
kali.
Titik 3
Titik terletak pada lekuk di bahagian tengkuk
dikenal pasti. Urut menggunakan
jari telunjuk dan jari tengah dengan
gerakan menekan pada lekuk tersebut.
Pastikan posisi kepala tegak semasa
urutan tersebut dilakukan. Ulang 3 kali.
Intervensi Umum
Pengenalan
• X-Break merupakan aktiviti regangan ringkas di ruang kerja
atau belajar dan dilakukan semasa waktu belajar atau bekerja.
• Melaksanakan senaman 15 minit sebagai amalan gaya hidup
sihat.
• Dibahagikan kepada 3 sesi.
• Setiap sesi pula hanya mengambil masa selama 5 minit
sahaja atau dipanggil sebagai X-Break 5 minit.
Sasaran
➢ Individu yang mudah hilang fokus dan ketidakstabilan emosi
bila berhadapan dengan kerja atau tugasan.
➢ Murid atau guru yang sering berhadapan dengan
kelas dalam talian bagi tempoh yang panjang.
Objektif
Meningkatkan fleksibiliti dan memberi
relaksasi pada otot.
Meningkatkan kecergasan fizikal.
Menjadikan individu lebih fokus.
Kaedah Pelaksanaan
Waktu dan tempoh
✓ Waktu adalah fleksibel.
✓ 15 minit mengikut kesesuaian dan masa.
Cara Pelaksanaan
✓ Sesi ini boleh dilakukan secara berkumpulan mahupun
berseorangan.
✓ X-Break boleh dilaksanakan menggunakan bebanan badan individu
(body weight) atau menggunakan peralatan seperti loop
band/resistant band dan alatan lain yang bersesuaian.
Contoh pilihan adalah seperti berikut: -
✓ Pelaksanaan senaman ringan seperti berjalan dengan pantas di
rumah / tempat kerja / turun naik tangga / lari setempat / lompat
bintang (star jump), senaman ringan yang menggunakan latar muzik
dan lain-lain.
✓ Laksanakan setiap sesi selama 5 minit, dalam setiap 2 jam.
✓ Contoh:
• Sesi pembelajaran pada 8 pagi, X-Break dilakukan pada jam 10
pagi.
• Sesi pembelajaran pada 3 petang, X-Break dilakukan pada jam
5 petang.
X-Break BERDIRI
✓ Setiap pergerakan dilakukan dengan kiraan 8 saat.
✓ Regangan ini boleh dilakukan sambil BERJALAN.
✓ Hentakkan kaki kiri diikuti kaki kanan secara berterusan.
LEHER KEPALA
• Letakkan tangan kanan di pipi kanan. • Dongakkan kepala sedikit ke atas dan
• Kemudian tolak pipi ke kiri. Tahan. tahan.
• Ulang gerakan sama untuk pipi kiri. • Kemudian, tundukkan kepala sedikit ke
bawah dan tahan.
LENGAN
BAHU
• Angkat tangan kanan lurus ke atas.
Kemudian, bengkokkan ke belakang.
• Pusingkan bahu ke hadapan dan ke • Gunakan tangan kiri untuk tarik siku
belakang. kanan. Tahan.
• Ulang gerakan sama untuk tangan kiri.
X-Break BERDIRI
✓ Setiap pergerakan dilakukan dengan kiraan 8 saat.
✓ Regangan ini boleh dilakukan sambil BERJALAN.
✓ Hentakkan kaki kiri diikuti kaki kanan secara berterusan.
LENGAN PINGGANG
• Luruskan tangan ke hadapan paras bahu. • Luruskan badan dan berdiri tegak.
• Terbalikkan tapak tangan ke atas, • Pusingkan badan ke kiri dan ke kanan.
gunakan tangan kiri untuk tolak tapak
tangan kanan ke bawah. • Ulang gerakan sama ke kiri.
• Ulangkan gerakan sama untuk kiri.
PAHA
• Gerakkan kaki kanan ke hadapan dan BETIS
pacakkan tumit.
• Kemudian turunkan badan sedikit ke • Jengketkan kedua kaki ke atas dengan
bawah sambil bengkkokkan lutut kiri dan menggunakan kekuatan jari kaki dan
letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tahan.
paha kiri sebagai imbangan dan tahan.
• Ulang gerakan sama untuk kaki kiri.
X-Break MEJA
✓ Regangan meja sebagai alat senaman.
✓ Tahan setiap pergerakan selama 8 saat.
TANGAN DADA
• Berdiri dengan berhampiran dengan meja. • Tangan masih kekal di atas meja.
Ambil satu Langkah ke belakang. Lebarkan sedikit bukaan tangan dan kaki.
• Letakkan kedua-dua tangan di atas • Kemudian turunkan badan ke hadapan
meja sebagai imbangan. sambil bengkokkan siku 90 darjah dan
• Turunkan badan ke hadapan sambil tahan.
bengkokkan siku 90 darjah dan tahan.
SQUAT
BELAKANG LENGAN
• Ambil satu langkah ke belakang. Letakkan
kedua-dua tangan di atas meja sebagai
• Pusingkan badan hingga imbangan.
membelakangkan meja. • Buka kaki selebar bahu. Kemudian,
• Tahankan badan 90 darjah sambil turunkan punggung ke bawah 90
bengkokkan siku serta dan tahan. darjah dan tahan.
• Pastikan lutut tidak melebihi jari kaki ketika
dibengkokkan.
X-Break MEJA
✓ Regangan meja sebagai alat senaman.
✓ Tahan setiap pergerakan selama 8 saat.
PAHA PAHA
• Angkat lutut kanan 90 darjah dan • Tolak kaki kanan di sisi kanan sambil
tahan. pacakkan jari kaki dan tahan.
• Ulang gerakan sama untuk kaki kiri. • Ulang gerakan untuk kaki kiri.
PAHA BETIS
• Tolakkan kaki kanan ke belakang sejauh
mungkin sambil pacakkan jari kaki dan • Jengketkan kedua-dua kaki ke atas
tahan. dengan menggunakan kekuatan jari kaki
• Ulang gerakan sama untuk kaki kiri. dan tahan.
X-Break KERUSI
✓ Regangan kerusi sebagai alat senaman.
✓ Tahan setiap pergerakan selama 8 saat.
PAHA PAHA
• Berdiri di belakang kerusi sambil pegang • Tolak kaki kanan sedikit ke sisi kanan
kerusi sebagai imbangan. dan tahan.
• Angkat lutut kanan 90 darjah dan tahan. • Ulang gerakan sama untuk kaki kiri.
• Ulang gerakan sama untuk kaki kiri.
SQUAT
PAHA
• Buka kaki selebar bahu. Turunkan
punggung ke bawah 90 darjah sambil
• Tolak kaki kanan sedikit ke belakang tangan memegang kerusi sebagai
dan tahan. imbangan dan tahan.
• Ulang gerakan sama untuk kaki kiri. • Pastikan lutut tidak melebihi ibu jari
kaki Ketika dibengkokkan. Naik perlahan-
lahan.
X-Break KERUSI
✓ Regangan kerusi sebagai alat senaman.
✓ Tahan setiap pergerakan selama 8 saat.
PINGGANG PERUT
• Angkat kedua-dua kaki lurus ke
• Duduk di atas kerusi dan tegakkan hadapan.
badan.
• Pusingkan badan ke kanan sambil • Kemudian bengkokkan lutut 90 darjah
tangan memegang kerusi dan tahan. sambil tangan memegang kerusi
• Ulang gerakan sama ke kiri. sebagai imbangan.
• Kekalkan posisi selama 8 saat.
PAHA BETIS
• Angkat kaki kanan serta luruskan ke • Pacak tumit kanan, turunkan badan ke
hadapan dan kekalkan posisi selama 8
saat. bawah. Kemudian sentuh hujung jari kaki
• Ulang gerakan sama dengan kaki dengan tangan kanan dan kekalkan
kiri. posisi selama 8 saat.
• Ulang gerakan dengan tumit kiri.
Intervensi Umum
Energizer
8 Cara Kekal Bertenaga
1. Dapatkan cahaya matahari pagi.
2. Mulakan hari dengan makanan
berunsurkan protein.
3. Lakukan senaman ringan.
4. Kurangkan pengambilan makanan
yang mengandungi kafein.
5. Minum air yang mencukupi.
6. Ambil multivitamin.
7. Elakkan merokok.
8. Rehat yang mencukupi.
Energizer
Senaman Otak
Tujuan:
1. Mengurangkan rasa tertekan.
2. Meningkatkan daya ingatan.
3. Meningkatkan fokus dan konsentrasi.
4. Meningkatkan motivasi dan produktiviti.
5. Meningkatkan daya keyakinan diri.
6. Menajamkan penglihatan dan
pendengaran.
7. Memperbaiki aliran darah dari otak ke
badan.
Energizer
Contoh Senaman Otak
SEBUTKAN WARNA BUKAN EJAAN:
*Otak kanan akan berusaha menyebut warnanya.
*Otak kiri berusaha membaca ejaannya.
Intervensi Khusus
1. Teknik Menangani Stres
a) Bertenang dan Bernafas Secara Dalam
b) Berkata Relaks dan Beribadah
c) Berkongsi Perasaan
d) Berehat / Mendengar Muzik dan Teknik
Mindfulness
e) Bersenam dan Berfikiran Positif
1. Kemahiran Daya Tindak
2. Kawal Kemarahan
3. Berfikiran Positif
4. Penyelesaian Masalah
5. Asertif
Intervensi Khusus
Teknik Menangani Stres
Bertenang adalah kemahiran yang mencabar tetapi penting
yang perlu dipelajari dalam menghadapi konflik yang berlaku.
Jika berhadapan terlalu banyak konflik dalaman ia boleh
menghalang seseorang untuk berkomunikasi secara efektif.
Teknik Untuk Bertenang
Bertenang Tarik Nafas Fokus
Sentiasa ingatkan Tarik nafas dalam- Fokus kepada
pada diri sendiri dalam dan perkara atau
bahawa tidak lepaskan secara aktiviti yang
boleh menyakiti perlahan-lahan. disukai.
perasaan orang
lain.
Kebaikan Bertenang
1. Merendahkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
2. Meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida dalam sel tubuh untuk mengurangkan
ketegangan.
3. Menguruskan pelbagai masalah kesihatan seperti
keresahan, kebimbangan, sakit kepala, sakit fizikal dan
sebagainya.
Teknik Bernafas Dengan Dalam
Objektif
1. Sebagai panduan GBK untuk membantu murid atau guru yang
mengalami gangguan emosi.
2. Membantu individu untuk lebih tenang terhadap konflik yang dihadapi.
3. Membantu mengalihkan fokus individu terhadap perkara yang
digemari.
Sasaran
Murid atau guru yang mengalami emosi tidak stabil, yang mudah stres dan
mengalami konflik.
Pelaksanaan
1. Duduk dengan tenang, letakkan tangan kanan di dada dan tangan kiri
di perut.
2. Tarik nafas secara perlahan-lahan dengan kiraan 1,2,3,4 sehingga perut
terasa naik.
3. Tahan nafas seketika dalam kiraan 1,2,3,4,5.
4. Hembus nafas secara perlahan-lahan dalam kiraan 1,2,3,4,5,6,7.
Sehingga perut kempis.
5. Ulang beberapa kali sehingga keadaan menjadi tenang.
Ulang beberapa kali sehingga tenang
Intervensi Khusus
Teknik Menangani Stres
Berkata “Relakslah”
Relaks, tarik nafas dan berkata:
“Tak mengapa”
“Tak apalah”
“Ok lah tu”
“Bawa bersabar”
Tidak mengapa...
➢ untuk melakukan kesilapan.
➢ untuk mempunyai hari yang buruk.
➢ untuk menjadi kurang sempurna.
➢ untuk melakukan terbaik pada diri anda.
➢ untuk menjadi diri sendiri.
Kelebihan yang diperolehi:
✓ Dengan kata-kata ini dapat menenteramkan perasaan dan
mengurangkan stres.
✓ Masalah fizikal dapat dikurangkan seperti sakit kepala dan
ketegangan otot.
✓ Masalah dapat diatasi dengan lebih bijak jika berfikiran
rasional.
Teknik Beribadah
Objektif
1. Sebagai panduan GBK untuk membantu murid yang mengalami
gangguan emosi.
2. Membantu individu untuk lebih mengenali diri.
3. Membantu meningkatkan “Self-Esteem”.
Sasaran
Murid yang berhadapan dengan konflik emosi dalam diri.
Penerangan
MEDITASI ZIKIR
Menumpukan perhatian untuk Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang
bertindak balas dengan cara bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir
yang lebih tenang terhadap emosi lebih merujuk kepada mengingati Allah atau
menyebut nama-nama Allah.
dan fikiran.
Semua zikir-zikir ini sesuai dibaca pada bila-bila
masa dan ketika waktu yang sesuai, sewaktu
1. Duduk dalam posisi yang duduk, berjalan, berdiri dan berbaring.
selesa. Antaranya:
2. Rasai dan tenangkan tubuh
anda. Berikan perhatian pada
berat tubuh dan rasainya. Subhanallahi wa bihamdihi
3. Fokuskan pada pernafasan. Maha Suci Allah. Segala Puji untuk Allah, Tiada
Jangan ubah pernafasan, Tuhan yang sebenar kecuali Allah dan Allah
hanya fokuskan pada Maha Besar.
pernafasan semula jadi, menarik
dan menghembus nafas.
Lahaula wala quwwata illabillah Tiada
daya dan upaya kecuali dengan izin Allah.
4. Apabila fikran anda
menerawang, abaikannya.
Fokuskan kembali kepada
pernafasan anda. Astaghfirullah ha innallah kanataw waba
5. Lakukannya kira-kira 5 minit. Aku mohon ampun daripada Allah
sesungguhnya dia Maha Penerima Taubat.
4
8