Intervensi Khusus
Teknik Menangani Stres
Pengenalan
• Perasaan adalah sesuatu yang tidak
patut dipendam oleh seseorang sebaliknya
perlu dikongsi atau diluahkan dengan cara
yang positif.
• Memendam perasaan seorang diri lama-
kelamaan akan menyebabkan seseorang
mengalami tekanan akibat masalah yang
tidak dapat dilepaskan.
Objektif
1. Melalui teknik perkongsian perasaan ini,
individu akan dapat mengurangkan
perasaan kecelaruan dan tekanan dalam
minda mereka.
Berkongsi Perasaan
Berkongsi perasaan akan Luahkan perasaan anda
membuatkan anda berasa dan cuba dengar
lega dan dapat melepaskan pendapat orang lain
tekanan yang dihadapi. tentang perasaan anda
itu.
Luahkan dan kongsikan
perasaan anda dengan Berkongsi perasaan juga turut
ahli keluarga, teman membuatkan anda merasai Berkongsi perasaan turut
rapat yang dipercayai bahawa masih ada orang yang memberi manfaat untuk
atau guru kaunseling sayang dan mengambil berat mengeratkan perhubungan
anda. perihal diri anda. terutamanya dengan ahli
keluarga.
5
1
Intervensi Khusus
Teknik Menangani Stres
Pengenalan
• Berehat merupakan salah satu daripada Teknik Mengawal Stres yang
boleh diamalkan oleh individu untuk menenangkan diri apabila dilanda
emosi yang tidak stabil.
• Teknik merehatkan diri adalah teknik yang sangat mudah untuk
dilaksanakan kerana tidak memerlukan sebarang media dan tenaga.
Hanya memerlukan tempat yang selesa dan sesuai sahaja.
• Mendengar muzik juga salah satu teknik yang sangat menarik untuk
diaplikasikan namun perlulah mengambil kira jenis muzik yang
didengari kerana terdapat muzik yang akan membuatkan anda lebih
tertekan apabila mendengarnya.
Objektif
Berehat dan mendengar muzik membantu individu untuk berasa lebih
tenang apabila dilakukan dengan teknik yang betul dan sempurna.
Rehatkan diri Tubuh badan akan
sambil Alunan muzik Tubuh badan menjadi lebih
mendengar yang lembut dan akan menjadi tenang dan
alunan muzik tenang dapat lebih relaks mengembalikan
dan
instrumental mengurangkan pernafasan semula tenaga
(lembut dan denyutan jantung dalaman yang
tenang). yang laju. akan kembali
normal. positif.
Kesan Terapi Muzik
a) Ketika mendengar lagu, dopamine iaitu sejenis
1 neurotransmitter yang membantu meningkatkan rasa tenang dan
kekal bersemangat akan dihasilkan.
Meningkatkan b) Pada saat fikiran seseorang individu berada dalam keadaan yang
mood dan tidak stabil dan bercelaru, jika diperdengarkan dengan muzik yang
emosi tenang dan sentimental, secara tidak langsung membantu
mengembalikan ketenangan dan kesegaran fikiran.
a) Terapi Muzik dapat membantu meningkatkan motivasi dalam diri
2 individu. Apabila adanya motivasi, secara tidak langsung
semangat
akan
menaikkan
untuk berusaha
seseorang
Meningkatkan b) meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri masing-masing.
motivasi Jika dilihat secara umum, banyak program-program motivasi
menggunakan lagu-lagu yang berunsurkan semangat bagi
melahirkan perasaan dalam diri peserta untuk lebih
berkeyakinan .
a) Hasil penulisan daripada Seminar Perawatan Universitas
3 Muhammdiyah Sukarta, Indonesia menyatakan terapi Muzik dapat
menstimulasi sistem saraf pusat yang memproduksikan
Mengurangkan endorfin untuk membantu menurunkan tekanan darah,
degupan jantung dan memperlahankan rima pernafasan
perasaan seseorang dan sekaligus dapat mewujudkan suasana yang tenang
sehingga dapat meminimumkan perasaan takut dan cemas dalam
diri seseorang.
a) Muzik dapat membantu seseorang untuk membaiki dan
4 b) mengekalkan daya fokus.
Menurut penulisan kajian yang dilakukan oleh Feby Ika Saputry dari
Membantu Universitas Islam Negeri Alauddin Makasar, Indonesia menyatakan
untuk fokus bahawa aktiviti kemuncak otak untuk fokus terjadi ketika waktu
senyap yang singkat antara lagu. Hal ini dilihat sebagai cara untuk
minda bermeditasi pada waktu tersebut.
*Tip: Elakkan diri daripada mendengar muzik yang kuat dan ‘heavy’ walaupun anda
menggemarinya kerana ia akan meningkatkan lagi degupan jantung anda.
Terapi Mindfulness
• Terapi Mindfulness adalah jenis psikoterapi yang melibatkan kombinasi
antara terapi kognitif, meditasi dan penanaman sikap yang
berorientasikan pada masa kini.
• Terdapat pelbagai jenis terapi dibawah Terapi Mindfulness ini. Namun,
dua jenis terapi ni sangat sesuai digunakan iaitu Mindfulness-Based
Stress Reduction (MBSR) dan Mindfulness-Based Cognitif Therapy
(MBCT).
• MBCT merupakan pengembangan dari MBSR. Ia berasal daripada
terapi kognitif dengan teknik meditasi mindfulness, yoga dan kegiatan
yang berorientasikan kegiatan diri.
Objektif
Melatih individu dengan pemikiran berkaitan suasana hati. Melalui terapi ini,
individu akan diajar untuk mengubah sikap berdasarkan bagaimana cara
mereka berfikir.
Teknik Terapi Mindfulness
Mindfulness
meditation
❑ Duduk dalam keadaan
selesa dan tumpukan
kepada fikiran dan
perasaan.
❑ Cuba kosongkan fikiran
dan pusatkan fikiran untuk
berada dalam keadaan
yang paling tenang.
5
5
Intervensi Khusus
Teknik Menangani Stres
BERSENAM
Pengenalan
Melakukan senaman ringan / mudah secara
konsisten dan teratur dapat membantu murid
mengawal tekanan dan gejala kemurungan
ringan, meningkatkan keyakinan diri serta
meningkatkan kualiti hidup secara fizikal dan
mental.
Objektif
1. Murid dapat mengawal tekanan emosi
secara lebih sihat.
Sasaran
Murid berkeperluan intervensi khusus
(Stres, Kebimbangan dan Kemurungan)
Kaedah:
Menggalakkan murid melakukan aktiviti senaman sekurang-
kurangnya 3 hari setiap minggu. Setiap murid perlu memilih
senaman yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan atau
keadaan fizikal murid bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
LOMPAT BINTANG MOUNTAIN
(20 KALI) CLIMBERS
(10 KALI)
SENAMAN MUDAH
Ulang senaman ini selama 10-30 minit.
Rehat selama 10 saat bagi setiap pertukaran pergerakan.
Lakukan ulang kitaran senaman mudah ini sebanyak 3 set.
LARI SETEMPAT
(30 SAAT)
MULA LOMPAT TALI
(15 KALI)
TAMAT BURPEES (5 KALI)
Selain kaedah senaman ringan ini, antara aktiviti bersukan lain yang boleh
dilakukan murid adalah :
➢ Mengayuh basikal
➢ Jogging @ brisk walking (berjalan pantas)
➢ Aerobik/ zumba/ menari
➢ Berenang
➢ Bermain badminton / tenis
➢ Senam tai chi
BERFIKIRAN POSITIF
(Kaedah Positive Self-talk)
Pengenalan
Berdialog dengan diri sendiri menggunakan ayat positif.
Percakapan yang positif pada diri sendiri dapat
mempengaruhi cara pemikiran dan emosi agar diri
berupaya melihat sesuatu perkara yang berlaku dari
sudut pandangan yang membawa kebaikan dan
membina. Seseorang yang berfikiran positif akan melihat
masalah yang dihadapinya sebagai satu cabaran untuk
menjadi lebih baik.
Objektif
Murid dapat menguruskan emosi, meningkatkan
keyakinan diri, merasionalkan pemikiran dan menghalang
emosi negatif.
Sasaran
Murid berkeperluan intervensi khusus
(Stres, Kebimbangan dan Kemurungan)
Kaedah Menerapkan Positive Self-talk Kepada Murid
Kenal pasti Kenal pasti mood Galakkanuntuk Dekatkan murid Berikanpeneguhan
kategorinegative- atau perasaan senyum atau dengankelompok pada diri murid
talk dalam diri negatif murid pada ketawa individu yang
murid. ketikaitu. berfikiran positif • Pujian
Personalizing • Sedih Senyum atau • Berikan hadiah
(menyalahkan diri) • Marah ketawa adalah Libatkan murid • Berikan
dorongan untuk
denganpelbagai
Magnifying • Sunyi bercakap pada diri program sokongan dan
(fokus kepada • Tertekan sendiri yang positif. pendidikan. galakan untuk
perkara negatif, • Geram Ciptakansuasana Memuji murid di berfikir secara
abaikan semua yang mempunyai hadapan ibu positif
yang positif) • Kecewa unsur humor atau bapa/rakan • Berikan kata-
Catastrophizing Minta murid berfikir lucu semasa sesi sebaya/ kelompok kata perangsang
(berfikir berlebihan dan nilaikan semula kaunseling. kecil.
dengan buruk dan perasaan negatif “Teruskan berusaha”
jarang berfikir yang dialami. Galakkan murid “Kamu sangat
secara logik atau Adakah berbaloi melakukan aktiviti hebat”
rasional) klien berada dalam sihat seperti
Polarizing mood itu? membaca komik, “Saya percaya kamu
menonton video
mampulakukan”
(sering melihat haiwan lucu atau
sesuatu perkara rancanganlawak. “Bagus tindakan
dalam skop yang kamu”
sempit dan tiada
jalan penyelesaian)
Jika saya berfikiran POSITIF,
Saya rasa POSITIF,
Kehidupan kita jadi POSITIF,
Tindakan saya juga POSITIF!
60
Aplikasi Positive Self-talk Kepada Murid
1 hari 1
senyuman.
Galakkanmurid
untuk sentiasa
senyum setiap
hari. Nyatakan
kelebihan
senyum dalam Menggunakan
kehidupan. sticky note dan
Bercakap di
hadapan cermin menulis kata-
dengan kata- kata positif
kata positif pada diri.
pada diri Tampal di
sendiri. dinding/
cermin/buku
nota/ diari.
Dapatkan
Membantu sokongan/
orang lain. bantuan. Galakan
Melakukan murid bercakap
kebaikan dan meluahkan
meningkatkan perasaan pada
kesejahteraan orang yang
emosimurid. dipercayai/
kaunselor.
61
Intervensi Khusus
Pengenalan
Kemahiran daya tindak (KDT) ialah alternatif awal yang tidak akan
memberi kesan buruk kepada kehidupan murid kerana mereka akan
melakukan aktiviti yang seronok dan dapat mengalihkan tumpuan
sementara menunggu emosi negatif yang mengganggu itu reda.
Objektif
Murid mengetahui dan boleh bertindak balas untuk mengurus
perasaan, pemikiran dan tindakan terhadap situasi yang
mencabar atau gangguan emosi.
Sasaran
Murid berkeperluan intervensi khusus
(Kebimbangan, Serangan Panik, Kemurungan)
Kemahiran Daya Tindak (Coping Skill)
Menenangkan Diri Alihkan Perhatian Tindakan Yang
Self-soothing Distraction Bertentangan
Opposite Action
Menyesuaikan diri Mengalihkan perhatian Melakukan perkara yang
melalui 5 deria yang sementara kepada sesuatu mendorong emosi positif dan
dimiliki. perkara lain. bertentangan dengan situasi
masalah yang dihadapi.
Kesedaran Emosi Kesedaran Pelan Krisis
Emotional Awareness Mindfulness Crisis Plan
Menggunakan alat untuk Menggunakan alat untuk Menghubungi talian sokongan
mengenal pasti dan mengalihkan perasaan dan atau mendapatkan rujukan dari
menjelaskan perasaan emosi yang berpusatkan masa ahli pakar yang lain apabila semua
yang dialami. kini atau sekarang. kemahiran daya tindak yang
digunakan tidak berkesan.
Kemahiran Daya Tindak
(Coping Skill)
Self-soothing (Teknik Relaksasi 5 Deria)
Murid mengenal pasti atau menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh menenangkan diri
melalui 5 deria.
• Makanan • Menghidu bau • Mendengar muzik • Melihat • Membelai haiwan
kegemaran bunga/rumput/ • Mendengar pemandangan alam peliharaan
• Minum teh hujan bacaan ayat al- sekitar/gambar • Menggenggam
• Makan coklat • Menghidu bau quran (muslim) kenangan yang “stress ball”
• Gula-gula aromaterapi • Mendengar menggembirakan • Berurut
• Balm/ wangian bunyian alam • Menonton tv • Memeluk bantal
Sesuatu yang Sesuatu yang Sesuatu yang Sesuatu yang Sesuatu yang
boleh dirasa boleh dihidu boleh didengar boleh dilihat boleh disentuh
Alihkan Perhatian (Distraction)
Menggalakkan murid melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan diminati mengikut
kesesuaian keadaan.
Bermain Memasak Melukis Menjahit Menonton Mendengar
puzzle/ sudoku pakaian filem / drama muzik
Opposite Action “O2e”
Mendorong murid melakukan aktiviti yang bertentangan dengan tekanan negatif yang dialami.
Kemahiran Daya Tindak
(Coping Skill)
Kesedaran Emosi (Emotional Awareness)
GBK boleh meminta murid melakukan aktiviti ini dan membimbing murid mengenal pasti
emosi yang kerap dialami murid.
Kesedaran (Mindfulness)
Kaedah grounding, iaitu menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan
alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Kawalan Merendam
Meditasi pernafasan kaki dalam
“Paper bag” air
Berjalan di
Yoga atas rumput Mandi
Pelan Krisis (Crisis Plan)
Keadah ini digunakan jika semua kaedah KDT tidak berkesan. Kenal pasti siapa yang sering
memberi sokongan dan dorongan kepada murid ketika berhadapan dan mengalami masalah.
Rujuk kepada profesional yang lain sekiranya keadaan memerlukan.
Kawan Ibu bapa/
yang nenek/ibu
paling saudara
rapat
Guru/
kaunselor Pakar
sekolah psikiatri
Intervensi Khusus
Pengenalan
Perasaan marah merupakan sifat yang terdapat dalam
jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia merupakan emosi
semula jadi yang kebiasaannya bermula daripada sedikit
keresahan dan boleh menjadi ganas dan tidak terkawal.
Objektif
1. Mengawal kemarahan yang dialami.
2. Menghalang daripada melakukan perkara yang
tidak diingini.
Tanda-tanda Marah
FIZIKAL EMOSI TINGKAH LAKU
➢ Mengetap gigi ➢ Sedih ➢ Menangis
➢ Pening kepala ➢ Rasa bersalah ➢ Menjerit
➢ Tangan ➢ Geram ➢ Mengasingkan
berpeluh ➢ Gelisah diri
➢ Muka merah ➢ Mengeluarkan
kata-kata kesat
Kesan Tidak Mengawal Marah
1. Kemarahan boleh mengakibatkan
kebinasaan dan kerosakan.
2. Memukul dengan anggota badan.
3. Maki hamun dan sumpah seranah.
4. Berdendam dan dengki.
5. Menjejaskan perhubungan.
6. Menjejaskan kemampuan mental untuk
memproses maklumat dengan cepat.
7. Seseorang akan bertindak secara agresif
dengan melepaskan kemarahannya.
Tip 1: TIPS 4U
69
Tip 2 : 5 Cara Padam Marah Anda
Intervensi Khusus
Pengenalan
• Cara penumpuan minda atau cara kita berfikir
dengan baik dapat menghilangkan sikap atau emosi
yang negatif atau merosakkan diri kita.
• Menghadapi rintangan atau dugaan hidup dengan
cara memikirkan perkara yang baik atau positif.
Objektif
1. Memahami konsep berfikiran positif
2. Mengetahui panduan dan kesan berfikiran positif
dalam kehidupan.
Sasaran
Murid-murid yang berisiko dalam saringan minda sihat.
Tentukan matlamat yang
mampu dicapai.
Berkawan dengan orang
yang berfikiran positif.
Kerap mengamalkan
senaman relaksasi.
Amalkan jenaka dalam
kehidupan harian.
Sentiasa bersyukur.
Bersabar Cakap yang
baik-baik
Memaafkan Sentiasa
diri dan orang Bersyukur
lain
Berupaya menangani stres Disenangi dan
dihormati
Mudah
Berasa lebih
bahagia mendapat
kawan
Dapat menjalinkan Cenderung melihat
hubungan sosial yang kebaikan orang lain
baik
Intervensi Khusus
Penyelesaian masalah adalah satu proses yang
menyebabkan perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu
keadaan akan terhasil seperti yang sepatutnya atau
sebagaimana dikehendaki.
Objektif
Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. Menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang
baik.
3. Mengetahui langkah-langkah untuk menyelesaikan
masalah.
Sasaran
Murid-murid yang menghadapi masalah.
Kebaikan Kemahiran Penyelesaian Masalah
Yang Baik
1. Murid-murid dapat meningkatkan fokus terhadap masalah
sebenar. Mereka dapat mengenal pasti dan memberi
keutamaan terhadap masalah sebenar.
2. Murid-murid dapat mengurangkan tekanan (stres).
3. Murid-murid juga berkebolehan menyelesaikan
masalah dengan lebih baik.
4. Murid-murid dapat mengurangkan pembaziran sumber
seperti masa, tenaga manusia dan kewangan.
Langkah-langkah Penyelesaian Masalah
Menggunakan Kaedah IDEAL
I D E A L
Describe Evaluate
Identify options consequence Act Learn
s of each
options
IDEAL
I Murid-murid mengenal pasti masalah dan
Identify bertanya kepada diri sendiri atau orang lain.
D Murid-murid harus menghuraikan pilihan-
Describe pilihan yang dapat menyelesaikan masalah.
options
E Murid-murid perlu membuat penilaian akibat
Evaluate daripada setiap pilihan tersebut (timbang
consequences
of each keburukan dan kebaikannya).
options
A Murid-murid harus bertindak berdasarkan
Act pilihan yang terbaik.
Murid-murid harus belajar daripada
L tindakan yang diambil sama ada hasil
Learn tindakan tersebut berjaya menyelesaikan
masalah atau sebaliknya.
Tip membuat keputusan yang baik
1. Murid-murid perlu menulis kebaikan dan
keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat
membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran
murid.
2. Murid-murid juga perlu membuat keputusan
dengan membuatpilihan yang terbaik.
3. Murid-murid harus percaya kepada diri sendiri
dalam membuat keputusan dan perlu faham
bahawa keputusan yang telah diambil bukan
100% tepat.
4. Apabila keputusan telah dibuat, murid-murid
jangan rasa ragu dan menyesal terhadap
keputusan yang telah dibuat. Itu adalah
keputusan yang paling tepat pada masa itu dan
berikan tumpuan pada yang terbaik untuk masa
kini.
5. Murid-murid harus mengelakkan daripada
membuat keputusan secara tergesa-gesa. Murid-
murid perlu menangguhkan dahulu membuat
keputusan jika tidak mempunyai maklumat
lengkap tentang sesuatuperkara itu.
Intervensi Umum
Pengenalan
• Tingkah laku asertif atau ketegasan diri adalah
keupayaan untuk meluahkan perasaan, keperluan dan
pendapat secara jelas, jujur dan berterus- terang.
• Menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati
idea, perasaan dan keperluan orang lain.
• Sikap asertif bermaksud berupaya untuk mengawal diri
dan bertanggungjawab kepada diri sendiri.
• Membuat keputusan dalam apa jua situasi.
• Sedia mendengar dan memahami perasaan,
keperluan dan kedudukan orang lain.
Objektif
Di akhir sesi ini, murid-murid dapat:-
a) Memahami maksud tentang asertif.
b) Menyatakan hak mereka dan menghormati hak orang
lain.
c) Meningkatkan tingkah laku asertif.
Ciri-ciri Individu Asertif
Murid yang mempunyai sikap asertif:-
1. Dapat menyatakan pendapat, perasaan dan
kemahuan mereka.
2. Berterus-terang, jujur dan berhemah.
3. Boleh menerima pandangan orang lain.
4. Menghormati perasaan orang lain, tidak cuba
menakutkan orang lain.
5. Berani mengatakan tidak terhadap ajakan dan
perbuatan negatif.
6. Menjaga harga diri dan berkeyakinan.
Sasaran
Murid-murid yang kurang keyakinan diri
Faedah Bersikap Asertif
1. Meningkatkan kesejahteraan diri.
2. Meningkatkan keyakinan dalam diri.
3. Mengelakkan orang lain daripada mengambil
kesempatan ke atas diri sendiri.
4. Berasa selesa dengan diri sendiri.
5. Meningkatkan perhubungan yang baik dengan orang
lain.
6. Melahirkan perasaan tidak bersetuju tanpa berasa
marah.
7. Boleh meminta pertolongan apabila memerlukannya.
8. Dihormati oleh orang lain.
Asas Membina Kemahiran Asertif
1. Nyatakan apa yang kamu nampak/lihat.
2. Nyatakan perasaan anda secara jelas, jujur dan
terbuka.
3. Nyatakan apa yang dikehendaki/diperlukan.
4. Elakkan konflik demi keselamatan diri.
Tanggapan Murid Lain Terhadap
Murid Asertif
Dihormati Dihargai Dipercayai
7 Tip Bersikap Asertif
Belajar katakan “TIDAK” Utamakan hak sendiri,
kepada perkara yang
bertentangan/tidak penting hormati hak orang lain
Menolak permintaan dengan
Guna bahasa badan yang sebab yang realistik secara
sesuai dengan situasi
berhemah
Percaya diri dan Dapatkan sokongan dari
perasaan sendiri rakan terdekat
Tekad dengan tindakan