SENARAI SEMAK
PENGHANTARAN LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM
JANUARI – NOVEMBER 2021
BIL BAHAGIAN KANDUNGAN/MODUL TARIKH SEMAKAN
MODUL (ADA/TIADA)
1 MUKA DEPAN FAIL Tahun 2021
Nama homeroom dan gambar
homeroom bersama-sama guru
homeroom
Mengikut templet yang diberi
2 CATATAN GURU PENASIHAT
HOMEROOM Tahun 2021
Gambar Guru Penasihat
Homeroom
Catatan Guru Penasihat
Homeroom
2 1.0 MAKLUMAT ASAS
Latar Belakang Homeroom Tahun 2021
Struktur Organisasi Unit
Pembangunan Homeroom
(UPHR)
Perancangan Strategik
Homeroom
Carta Organisasi Homeroom
Perancangan Aktiviti Homeroom
Tahunan
Senarai Nama Ahli Homeroom
Data Peribadi Ahli (templet
baharu seperti di bawah)
* gunakan templet yang lama.
3 2.0 LAPORAN PERTEMUAN RASMI Januari-
JANUARI-NOVEMBER 2021 November
Senarai semak pelaporan 2021
(M1 hingga M16)
Pertemuan Rasmi Homeroom
(Rujukan Modul UPHR 2021)
* e-pelaporan ( eHrRS )
3.0 LAPORAN PERTEMUAN TIDAK RASMI
JANUARI-NOVEMBER 2021 Lengkap
Senarai semak pelaporan
Pertemuan Tidak Rasmi
Homeroom (Rujuk templet)
Laporan Tidak Rasmi Homeroom
Sepanjang Tahun 2021
* eHrRS
4 4.0 LAPORAN TASMIK 2021
Laporan Lengkap Program
Tasmik Homeroom
* rujuk templet
5 5.0 KEJAYAAN HOMEROOM TAHUN
SEMASA (2021) Tahun 2021
Kejayaan Homeroom sepanjang
tahun 2021
(Pelbagai aktiviti diperingkat
maktab sama ada anjuran
UPHR, BWP, dan KOQ)
* rujuk templet yang lama
6 6.0 REKOD PELBAGAI ASPEK
Rekod Pertemuan Individu
Rekod Kehadiran Guru
(Rasmi sahaja)
Rekod Kehadiran Pelajar
(Rasmi sahaja)
Rekod Kegiatan
Kokurikulum
Rekod Pencapaian Akademik
Rekod Khidmat Masyarakat
Rekod Kewangan Homeroom
Rekod Disiplin Ahli
7 7.0 BAHAN EDARAN DAN MODUL
Disediakan oleh; Senarai Semak Modul UPHR (
M1-M6)
Lain-lain bahan edaran ( poster
dll)
Penyelaras UPHR 2021
WORK FOR A CAUSE
NOT FOR APPLAUSE.
LIVE LIFE TO EXPRESS
NOT TO IMPRESS.
DON'T STRIVE TO MAKE
YOUR PRESENCE
NOTICED, JUST MAKE
YOUR ABSENCE FELT.
Z
C
U
I
H
K
A
G I
U L
I
MRSM TRANSKRIAN,
NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
MAKLUMAT & LAPORAN PROGRAM
HOMEROOM CIKGU ZUHAILI
TAHUN 2021
KANDUNGAN FAIL
BAHAGIAN 1.0: MAKLUMAT ASAS
1. Latar Belakang Homeroom
A. Struktur Organisasi Unit Pembangunan Homeroom (UPHR)
B. Perancangan Strategik Homeroom
C. Carta Organisasi Homeroom
D. Perancangan Aktiviti Homeroom Tahunan
E. Senarai Nama Ahli Homeroom
F. Data Peribadi Ahli
BAHAGIAN 2.0 : LAPORAN PERTEMUAN RASMI JANUARI-NOVEMBER 2021
G. Senarai Semak Pelaporan Pertemuan Rasmi 2021
H. Pelaporan Pertemuan Rasmi Homeroom (Rujukan Modul UPHR 2021)
BAHAGIAN 3.0 : LAPORAN PERTEMUAN TIDAK RASMI 2021
I. Senarai semak Pertemuan Tidak Rasmi
J. Pelaporan Pertemuan Tidak Rasmi Homeroom 2021
BAHAGIAN 4.0 : LAPORAN TASMIK 2021
K. Laporan Pertemuan/ Program Tasmik 2021
BAHAGIAN 5.0 : KEJAYAAN HOMEROOM 2021
L. Kejayaan Homeroom Sepanjang Tahun 2021
BAHAGIAN 6.0 : REKOD PELBAGAI ASPEK
M. Rekod Pertemuan Individu
N. Rekod Kehadiran Guru
O. Rekod Kehadiran Pelajar
P. Rekod Kegiatan Kokurikulum
Q. Rekod Pencapaian Akademik
R. Rekod Khidmat Masyarakat
S. Rekod Kewangan Homeroom
T. Rekod Disiplin Ahli
BAHAGIAN 7.0 : MODUL & BAHAN EDARAN
U. Senarai semak Modul Homeroom
V. Maklumat Tambahan/Bahan Edaran
MAJLIS AMANAH RAKYAT
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
SISTEM HOMEROOM DI MRSM
PENDAHULUAN
Idea mengenai Homeroom ini telah diperkenalkan sejak tahun 1972 di MRSM Seremban dan
kemudiannya dikembangkan ke MRSM-MRSM lain. Sejak itu program Homeroom menjadi sebahagian
program MRSM yang tidak boleh dipisahkan daripada program-program lain di MRSM.
Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar
menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses
pendidikan ini dibimbing oleh seorang guru penasihat. Di samping selalu proses pembelajaran akademik,
pelajar juga akan didedahkn dengan budaya penerokaan sejajar dengan penerokaan di bidang Sains
(Scientific Enquiry) melalui program pengkayaan.
RASIONAL PENUBUHAN HOMEROOM
1. Pelajar-pelajar MRSM yang berbeza pengetahuan, pencapaian, pengalaman dan latar belakang
sosio ekonomi yang berbeza perlu diberi pendedahan supaya wujud persefahaman dan perasaan
kekitaan dikalangan mereka.
2. Corak atau cara hidup di MRSM yang berbeza memerlukan pelajar mendapat bimbingan dan
tunjukajar supaya mereka memahami situasi dan cara hidup yang baru itu melalui suatu agensi
yang tertentu.
3. Program Homeroom membolehkan perhatian dan bimbingan kepada kanak-kanak yang masih
dalam perkembangan dan pertumbuhan ke arah kematangan. Pada peringkat umur ini pelajar
begitu mudah mengalami gangguan emosi dan mudah tersinggung dengan sebab-sebab yang
kecil, remeh atau yang tidak munasabah pada anggapan orang dewasa. Oleh itu masalah emosi
pelajar-pelajar perlu mendapat perhatian dan bimbingan terutama sekali dari pihak orang-orang
dewasa.
4. Kanak-kanak sangat memerlukan seseorang sebagai tempat dia mengadu hal dan menyatakan
masalah peribadinya. Oleh itu satu suasana yang memungkinkan pelajar-pelajar memenuhi
keperluan begini perlu disediakan.
5. Selaras dengan pendekatan yang diamalkan di MRSM seperti pemusatan kepada pelajar dan
belajar melalui penemuan, maka kesempatan untuk pelajar-pelajar mendapat bimbingan yang
lebih bermakna perlu diadakan.
6. Homeroom boleh memberi kesempatan dan mengujudkan suasana perhubungan yang rapat dan
saling memahami antara guru dan pelajar-pelajar. Perkara ini adalah penting untuk mengujudkan
suasana pembelajaran yang menarik.
7. Menyediakan kesempatan untuk guru-guru memainkan peranan dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai pendidik yang sebenarnya dalam kurikulum MRSM.
PERANAN HOMEROOM
Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar
menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan. Proses
pembelajaran pelajar semasa menjadi pelajar MRSM adalah seperti ditunjukkan oleh gambar rajah:
Bakat dan Pengetahuan
kebolehan
HR
Kokurikulum
Gambarajah 1. Homeroom sebagai teras pendidikan di MRSM.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan Homeroom memainkan peranan berikut :
1. Menjadi teras dan pusat kegiatan seluruh aktiviti pembelajaran dan perkembangan pelajar
semasa mereka menjadi pelajar MRSM.
2. Mengujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan praktikal berasaskan hubungan
mesra. Ini boleh memberikan kepuasan belajar kepada individu atau kumpulan.
3. Melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman ke arah
melahirkan individu yang berfikiran rasional, kritikal, berpandangan jauh, cepat dan tepat
membuat keputusan mahupun secara individu atau kumpulan.
4. Membentuk sikap dan sahsiah yang dinamis, berinisiatif, sanggup bekerja keras, berani
mencuba, tabah, bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan berdikari.
5. Menyedia dan melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan nilai-nilai masyarakat dan negara.
OBJEKTIF HOMEROOM
1. Membantu pelajar-pelajar menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi mahupun yang
bersifat umum atau peribadi.
2. Memberikan bimbingan yang sempurna kepada setiap aspek perkembangan pelajar-pelajar
dalam proses pembelajaran.
3. Memupuk semangat dan perasaan persaudaraan, kekitaan dan tanggungjawab bersama yang
tinggi dan menyeluruh.
4. Menyalurkan minat ingin tahu dan bakat pelajar mengikut kemampuan dan peringkat pelajar-
pelajar.
5. Mengesan dan menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah-masalah emosi.
6. Membantu pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di MRSM.
7. Mengembangkan bakat pelajar-pelajar dalam berbagai bidang.
8. Meninggi dan menyalurkan sifat ingin tahu dan minat pelajar.
9. Menggalakkan pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti-aktiviti mereka.
10. Memperolehi pengetahuan dan pengalaman melalui penglibatan diri sendiri.
11. Memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar.
12. Menanamkan perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM.
13. Mengujudkan hubungan yang mesra antara guru-guru dan pelajar.
14. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti riadah.
15. Mengawasi tingkahlaku atau disiplin pelajar.
16. Mengadakan kegiatan bimbingan dan rundingcara.
17. Mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat.
18. Memupuk sifat-sifat terpuji dan berhemah tinggi.
19. Meninggikan kesedaran sivik dan perasaan kewarganegaraan Malaysia.
FUNGSI HOMEROOM
Selaras dengan objektif dan tujuan-tujuannya, keluarga pelajar harus berfungsi sekurang-kurangnya
seperti di bawah :
1. Sebagai Satu Unit Keluarga
Guru penasihat sebagai pengganti penjaga pelajar-pelajar di Maktab mestilah merasakan
bahawa pelajar-pelajar di bawah jagaannya adalah seperti anak atau keluarganya sendiri dalam
konteks memberikan pelajar-pelajar bimbingan dan didikan.
2. Saluran Mengesan dan Menyelesaikan Masalah
Menjadi satu medan dan lebih praktikal dalam mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah
pelajar, tempat untuk tempat mengadu hal dan membincangkan masalah-masalah mereka.
3. Saluran Pembentukan Sikap
Satu saluran untuk membentuk sikap-sikap yang positif dikalangan pelajar seperti sikap
bertanggungjawab, berani mencuba, tidak mudah putus asa, sanggup menerima risiko atau kritik
secara rasional, memupuk dan mengukuhkan sikap suka berdikari, menghasilkan sesuatu kerja
dengan baik, suka membantu orang lain, suka berlumba-lumba untuk sesuatu yang baik dengan
cara yang baik. Ia juga berfungsi untuk mengesan dan menghapuskan sikap negatif di kalangan
pelajar-pelajar.
4. Medan Pembentukan Keperibadian
Membentuk dan memupuk sifat-sifat yang mencerminkan keperibadian warga Malaysia yang
matang, bersahsiah yang dinamis, bertatasusila, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.
5. Saluran Mengembangkan Minat
Mengesan bakat, minat dan perasaan ingin tahu pelajar serta menyalurkannya mengikut
kemampuan pelajar, memberikan dorongan dan bimbingan kepada pelajar untuk
mengembangkan bakat atau minat mereka serta meninggikan motivasi pencapaian pelajar dalam
bidang-bidang yang diceburi oleh mereka.
6. Badan Kebajikan
Menjaga kebajikan ahli dalam semua aspek kehidupan dan mengukuhkan perpaduan dan
persefahaman di kalangan pelajar, memberikan pelajar pengetahuan atau pengalaman tertentu
seperti mengendalikan mesyuarat membuat keputusan, melaksanakan sebarang aktiviti atau
projek, memperkaya dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran meliputi kegiatan-kegiatan
riadah, sosial dan akademik untuk faedah pelajar.
7. Unit Pentadbiran
Memudahkan hal ehwal pentadbiran yang berkaitan dengan pelajar dengan memberikan
kerjasama kepada pihak yang berkaitan dalam kerja-kerja pengumpulan data, penyediaan
laporan dan lain-lain serta melaksanakan peraturan-peraturan pentadbiran dan disiplin pelajar-
pelajar.
8. Alat Perpaduan
Menyatukan pemikiran dan tanggapan pelajar-pelajar yang datang dari berbagai latar belakang
sosio ekonomi, meminimumkan perbezaan sosio ekonomi dan menggalakkan pelajar-pelajar
bekerja secara kumpulan dengan nilai-nilai kerjasama yang tinggi.
9. Agen Pemasyarakatan
Menjadi agen pemasyarakatan untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami cara hidup, adat
kebiasaan dan nilai-nilai masyarakat dengan mengembangkan proses pendidikan formal dengan
proses pemasyarakatan pelajar-pelajar, mendekat dan menghubungkan cara hidup dan
pemikiran pelajar dengan perkembangan-perkembangan yang terjadi di dalam masyarakat dan
negara.
DEFINISI HOMEROOM
Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang
guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dari waktu yang tidak
terbatas.
PELAKSANAAN HOMEROOM
Dalam pelaksanaan Homeroom di MRSM, Homeroom hendaklah menjadi teras dan pusat kegiatan
pelajar baik dari segi aktiviti, pelaporan dan penilaian sesuatu kegiatan.
A. Pembentukan Homeroom
1. Pembentukan Homeroom ditentukan oleh pihak Maktab.
2. Semua pelajar mesti menjadi ahli Homeroom.
3. Jumlah anggota satu-satu kumpulan Homeroom adalah terhad dan tidak melebihi 15
orang pelajar.
4. Keahlian satu-satu Homeroom terdiri dari pelajar-pelajar sebaya. Satu kumpulan sebaya
boleh terdiri daripada :
a. Pelajar dalam satu tingkatan sama ada mengikut kelas atau daripada berbagai-
bagai kelas.
b. Pelajar tingkatan 4 dan 5.
c. Pelajar tingkatan 1, 2, dan 3.
5. Ciri-ciri lain Homeroom adalah seperti berikut :
a. Ahli yang berbeza latar belakang sosio ekonominya dan berasal dari kawasan
yang berlainan.
b. Ahlinya tidak terhad kepada satu jantina.
c. Mempunyai seorang penasihat yang dilantik oleh Pengetua.
B. Guru Penasihat
1. Guru penasihat hendaklah diberi penerangan, pendedahan atau sebarang bentuk kursus
bagi membolehkannya menjadi guru penasihat Homeroom yang berkesan.
2. Tugas menjadi penasihat Homeroom merupakan salah satu tugas penting yang
diambilkira dalam penilaian prestasi tahunan seseorang guru MRSM (Lampiran 1).
3. Guru penasihat berperanan menjayakan semua tujuan, fungsi dan objektif Homeroom
yang ditetapkan dari masa ke semasa.
4. Melainkan ada perkara-perkara luar biasa dan tidak dapat dielakkan, guru penasihat
akan menjadi guru penasihat sesuatu Homeroom sepanjang masa kumpulan pelajar
berkenaan menjadi pelajar MRSM
C. Tugas Guru Penasihat Homeroom
1. Perlantikan
a. Guru penasihat mestilah dilantik oleh Pengetua daripada kalangan guru MRSM.
b. Ketua-ketua Jabatan serta guru-guru tertentu boleh dikecualikand ari menjadi guru
penasihat atas budibicara Pengetua.
2. Tugas-Tugas Penasihat
a. Tugas Umum
i. Menjaga kebajikan pelajar-pelajar khusus mengenai penginapan, makanan,
kesihatan dan keselesaan belajar.
ii. Memberikan khidmat nasihat dan perhatian yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar bermasalah.
iii. Membimbing dan menyalurkan minat serta ingin tahu pelajar mengikut
peringkat dan kemampuan pelajar.
iv. Memperluaskan pengetahuan dan kegiatan pembelajaran pelajar.
v. Memberikan tunjuk ajar dan bimingan dalam setiap aspek kehidupan
pelajar.
b. Pentadbiran
i. Menjadi penghubung atau perantaran pihak pentadbir dengan pelajar-
pelajar berkaitan dengan hal ehwal pelajar.
ii. Membincangkan dengan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan masalah-
masalah atau hal ehwal pelajar.
iii. Memberitahu guru-guru berkaitan dengan masalah-masalah tertentu yang
dihadapi oleh individu atau kumpulan pelajar-pelajar untuk perhatian guru-
guru yang berkenaan.
iv. Menyampaikan dan membincangkan masalah-masalah pelajar dalam
mesyuarat guru.
v. Mempatikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan-kemudahan yang
sepatutnya.
vi. Mempastikan pelajar-pelajar dapat menggunakan kemudahan-kemudahan
yang disediakan dengan betul dan berkesan.
vii. Mempastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan-peraturan maktab.
viii. Mengawasi tingkahlaku pelajar-pelajar dari masa ke semasa mahupun di
dalam kawasan maktab atau diluar.
c. Bimbingan
i. Memberi bimbingan dalam pembentukan sahsiah pelajar.
ii. Memberi bimbingan dalam bidang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
iii. Memberi bimbingan dalam pengurusan diri dan kesihatan.
iv. Membimbing dan membantu pelajar dalam hal-hal akademik.
v. Membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah khususnya masalah
emosi.
vi. Membantu kegiatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau
kumpulan.
d. Kegiatan
i. Menggerak dan membimbing pelajar-pelajar merancang aktiviti atau
program Homeroom sepanjang tahun.
ii. Menentukan matlamat-matlamat yang ingin dicapai melalui program-
program yang dilaksanakan dari segi intelektual, kemahiran dan sikap.
iii. Menjadi pakar rujuk atau perunding kepada pelajar dalam melaksanakan
aktiviti mereka.
iv. Menjadi penyelia dan pemerhati dalam pelaksanaan aktiviti pelajar.
v. Menilai perlaksanaan aktiviti dan membincangkannya dengan pelajar-
pelajar dengan penekanan kepada aspek-aspek:
▪ Pencapaian matlamat.
▪ Penglibatan individu.
▪ Nilai kerjasama.
▪ Sikap dan sahsiah.
▪ Nilai-nilai B.
▪ Cara-cara menyelesaikan masalah.
▪ Kecenderungan kerjaya.
vi. Guru penasihat mestilah berada bersama-sama pelajar-pelajar ketika satu-
satu aktiviti itu berjalan.
vii. Jika projek atau aktiviti itu dijalankan diluar kawasan maktab, guru penasihat
mestilah terlebih dahulu mempastikan :-
▪ Kawasan yang dipilih adalah sesuai dengan aktiviti yang hendak
dijalankan.
▪ Langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan pelajar-pelajar
telah diambil dengan teliti.
▪ Meneliti dan menandatangani semua surat menyurat.
▪ Menghubungi pihak-pihak tertentu diluar Maktab bagi pihak pelajar-
pelajar untuk mendapatkan kebenaran atau kemudahan-kemudahan.
e. Rekod dan Laporan
i. Menyelia dan menyimpan rekod-rekod peribadi, akademik, aktiviti pelajar,
ujian-ujian psikologi seperti rekod Konsep Kendiri, personaliti dan rekod
kecenderungan kerjaya pelajar.
ii. Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan pelajar untuk
keperluan-keperluan tertentu atas permintaan pihak-pihak yang berkenaan
seperti :
▪ Laporan sahsiah pelajar kepada pihak maktab atau ibubapa/penjaga
pelajar.
▪ Laporan aktiviti tertentu.
▪ Laporan khas individu atau kelompok berkaitan sesuatu perkara.
iii. Menyediakan surat akuan untuk pelajar.
iv. Meminta atau mendapat data-data yang berkaitan mengenai pelajar-pelajar
dari guru-guru subjek, ibu bapa, pihak pentadbiran dan lain-lain yang
berkenaan.
v. Menyediakan satu laporan tahunan tentang kegiatan Homeroom.
vi. Menyediakan laporan sahsiah pelajar kepada ibu bapa / penjaga pelajar
atau pihak yang berkaitan yang memerlukannya.
vii. Menyimpan rekod hasil ujian pelajar seperti kedudukan Konsep Kendiri,
personaliti dan kecenderungan kerjaya pelajar.
D. Pentadbiran
1. Homeroom ditadbir dan dikendalikan mengikut struktur pentadbiran yang ditetapkan.
2. Butiran peribadi ahli Homeroom hendaklah disimpan oleh penasihat dalam bentuk buku
atau fail untuk memudahkan rujukan.
E. Aktiviti Homeroom
1. Aktiviti Homeroom boleh dijalankan mengikut apa yang ditetapkan dan diluluskan oleh
pihak maktab.
2. Pertemuan rasmi Homeroom hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali seminggu
dan masa yang diperuntukkan tidak kurang daripada 30 minit.
3. Pelaporan kegiatan Homeroom dibuat berdasarkan buku laporan kegiatan Homeroom
yang ditetapkan.
Unit Kaunseling dan Homeroom
Bahagian Pendidikan Menengah MARA
9 Oktober 2003
PERANCANGAN PELAN STRATEGIK
HOMEROOM CIKGU ZUHAILI
VISI
PENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN
MAKTAB DAN TERKENAL DI MANA
SAHAJA KAMI BERADA
MISI
MEREALISASIKAN IDEA DAN IMPIAN
DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA
TANPA RASA JEMU BELAJAR DAN
MENGAJAR
NILAI TERAS
SAINTIFIK, INDEPENDEN, KREATIF,
AMANAH DAN PATRIOTIK (SIKAP)
MOTO
A LEARNING COMMUNITY DEDICATED
TO BUILD A RESPECTFUL AND
RESPONSIBLE STUDENT AND
EMPOWERING ALL LEARNERS
SLOGAN
TOGETHER WE ACHIEVE THE
EXTRAORDINARY
PERANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
HOMEROOM CIKGU ...................
SESI 2021
BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT
PENDAFTARAN PELAJAR
1
2✓
3✓
4
* Yang ni qis isi berdasarkan rekot perjumpaan rasmi dan tidak rasmi
carta organisasi
homeroom cikgu zuhaili
GURU PENASIHAT
PUAN ZUHAILI BINTI JALIL
PRESIDEN
AIMAN FARIS BIN ZAHIDI
NAIB PRESIDEN
NUR SUMAIYAH SOLEHAH BINTI
SHAHROL SAEFFY
SETIAUSAHA
NORHANA BINTI OMAR
BENDAHARI
NUR DAYANA FARZANA BINTI
MUHAMMAD NIZAM
AJK AKADEMIK
NUR FARISYA HUSNA BINTI AHMAD
FADZIL
AJK MERIT HOMEROOM AJK KEBAJIKAN
NURZAKIRAH BINTI ISKANDAR CHE HANIM LYANA ATHIRAH BINTI
MUHAMAD IDRIS
AJK KEUSAHAWANAN AJK JAMUAN/LAWATAN
MOHAMAD HAIQAL BIN MOHAMAD
IQMAL ZARIEF HAKIM BIN
YUSOFF ZULKIFLI
AJK MINI ULUL ALBAB AJK VIDEO
ADAM ISKANDAR BIN MAZUHAN MUHAMMAD FARIZ NORHAKIM BIN
ANUAR
AJK ALBUM/BUKU SKRAP AJK BLOG
MUHAMMAD SYAZWAN BIN JAMAL HARSHENI A/P VEEJAYAKUMARAN
AJK KHIDMAT MASYARAKAT AJK MEMBACA
MUHAMMAD HAFIZ BIN ZULKIPALI NOR IYLIA NISRINA BINTI ISMAIL
SENARAI SEMAK LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM
MENGIKUT MODUL UPHR (JANUARI-OGOS 2021)
BIL MODUL TARIKH DISEMAK OLEH
TIADA
1 M1
“OHANASHI MASHO” 1 Februari 2021
(MARI BERBICARA)
2 M2
SAMBUTAN HARI MARA 1 Mac 2021
(Pertandingan Anjuran BWP /UPHR)
3 M3
“WITH LOVE WE CARE” 15 Mac 2021
4 M4
MENU SATU RASA Ditangguhkan
pada masa yang
lain
5 M5
BERSEMUKA 5 April 2021
HOMEROOM QURANTIME- AHLAN (Semakan T1)
WASAHLAN RAMADAN
6 M6
TERIMA KASIH CIKGU 17 Mei 2021
7 M7 14 Jun 2021
KARYA BUAT BARISAN HADAPAN
8 M8 28 Jun 2021
PERTANDINGAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI BUMI
9 M9
TAKLIMAT PROGRAM TASMIK/ 26 Julai 2021
HAFAZAN MINI ULUL ALBAB
10 M10 9 Ogos 2021
CINTAI BENDERA KITA
(MENYIAPKAN TUGASAN MAJALAH
MAKTAB 2021)
-Pelancaran Bulan Merdeka-
11 M11 23 Ogos 2021 Aktiviti pada M11
MALAYSIA PRIHATIN ditangguhkan dan
(TIK TOK MERDEKA)
semua pelajar
menghadiri Majlis
Watikah Pelantikan
BWP Sesi 2021/22
12 M12 6 September 2021
TASMIK DAN HAFAZAN
13 M13 11 Oktober 2021
INDAHNYA DUNIA FOTOGRAFI
“SHOT OF THE DAY”
14 M14 18 Oktober 2021
KISAH & TELADAN
Disemak oleh;
TANDA TANGAN & NAMA GURU PENASIHAT HOMEROOM
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : FEBRUARI 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 1 Februari 2021
MASA 3.28 – 4.09 p.m.
AGENDA/MODUL MODUL 1 (PKP) : “OHANASHI MASHO ~ MARI BERBICARA”
14 / 15 orang
JUMLAH
KEHADIRAN 1. Harsheni A/P Veejayakumaran
PELAJAR TIDAK
HADIR 1. Mewujudkan kejelekitan antara ahli homeroom dan guru penasihat homeroom
OBJEKTIF dengan perkongsian cerita yang menarik
2. Memberi peluang kepada ahli homeroom menghasilkan sebuah penulisan
kreatif berdasarkan kisah sendiri
3. Memberi ruang kepada pelajar bercerita dan meluahkan perasaan yang
terpendam semasa cuti
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi pendengar yang baik
PERINCIAN 1. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Presiden
AKTIVITI Homeroom setelah menunggu ahli-ahli homeroom yang lain untuk menyertai
pautan perjumpaan di aplikasi Google Meet.
2. Teacher Zuhaili bertanyakan khabar ahli-ahli homeroom serta meminta mereka
untuk menceritakan pengalaman yang dialami pelajar sepanjang cuti
persekolahan yang ingin diceritakan.
3. Seterusnya, Teacher Zuhaili menerangkan penghasilan tugasan pada hari ini
iaitu anekdot. Semua ahli homeroom diminta untuk menulis anekdot masing-
masing dan ia perlu dihantar kepada Ameera bagi menggabungkan semua
hasil anekdot.
4. Pertemuan berakhir pada pukul 4.09 petang dengan bacaan doa oleh Presiden
Homeroom sebagai penutup. Semua ahli homeroom bersurai.
GAMBAR SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
MASALAH/ 1. Masalah capaian Wi-Fi atau data yang tidak baik menyukarkan pelajar untuk
KEKANGAN menyertai perjumpaan di Google Meet.
2. Tidak menepati masa pertemuan
REFLEKSI
1. Kita perlulah bijak meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati dengan
menggunakan cara dan kaedah yang bersesuaian agar mesej kita dapat
diterima oleh pihak ramai.
2. Kita hendaklah mempunyai kemahiran menjadi seorang pendengar yang baik
agar kita disenangi oleh orang lain.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
LAMPIRAN
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : MAC 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 1 Mac 2021
MASA 2.42 – 4.04 p.m.
AGENDA/MODUL MODUL 2 (PKP) ~ “SELAMAT HARI MARA KE-55”
15 / 15 orang
JUMLAH
KEHADIRAN (TIADA)
PELAJAR TIDAK
HADIR 1. Membuka minda pelajar tentang sejarah MARA
OBJEKTIF 2. Menghargai jasa MARA terhadap pelajar-pelajar
3. Menitipkan rasa berterima kasih kepada MARA dalam membangunkan modal
insan yang seimbang dari segi JARI.
PERINCIAN 1. Pertemuan dimulakan pada pukul 2.42 petang di aplikasi WhatsApp.
AKTIVITI 2. Kami membahagikan tugas masing-masing dalam setiap pertandingan yang
dianjurkan oleh BWP.
3. Komik Hari MARA telah dihasilkan oleh Syafiqah, Kuiz Hari Mara pula disertai
oleh Haiqal, Syazwan dan Iqmal serta Pertandingan Tiktok Hari MARA
disiapkan oleh Sumaiyah.
4. Bagi Kolaj Hari MARA, semua ahli homeroom diminta untuk mengambil
gambar bersama sama dengan sekeping lukisan berbetuk hati. Semua gambar
perlulah dihantar kepada Hana untuk diedit dan disusun atur. Seterusnya,
Dayana pula memasukkan tulisan ucapan pada kolaj yang telah diedit.
5. Pertemuan ditamatkan pada pukul 4.04 petang.
GAMBAR
UPHR TRANSKRIAN | 2021
MASALAH/ 1. Segelintir ahli homeroom tidak mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti
KEKANGAN yang dijalankan.
REFLEKSI
1. Kita sepatutnya menghargai segala jasa MARA terhadap diri kita.
2. Kita perlulah bersyukur dengan segala kemudahan dan peluang yang telah
diberikan oleh MARA.
3. Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan
yang diimpikan untuk membalas jasa MARA.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : MAC 2021
HOMEROOM : CIKGU ZUHAILI
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH 15 MAC 2021
MASA 3:00-4:30 pm
AGENDA/MODUL “WITH LOVE WE CARE” SEMPENA ISRAK MIKRAJ
PERTEMUAN RASMI HOMEROOM KALI KE-3
JUMLAH 15 ORANG
KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK (TIADA)
HADIR
OBJEKTIF 1. Ahli homeroom dapat berkongsikan pengalaman masing-masing tentang
tugasan yang mereka lakukan di rumah.
2. Dapat berkongsikan tanggungjawab yang telah dilakukan untuk keluarga di
rumah seperti menolong ibu ayah mengemas rumah.
3. Mewujudkan sikap mengambil berat, prihatin serta peka terhadap bebanan
tugas ahli keluarga yang lain
4. Mewujudkan perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap ahli
keluarga.
PERINCIAN 1. Wakil homeroom perlu membaca rencana “NORHANA KONGSI KERJA AMAL
AKTIVITI KEBAJIKAN “
2. Ahli homeroom membincangkan tentang artikel tersebut serta memberikan
penerangan dan penjelasan terhadap pandangan mereka berdasarkan apa
yang difahami.
3. Puan Zuhaili juga memberikan sedikit pandangannya terhadap artikel tersebut
supaya ahli homeroom dapat memahami dengan lebih lagi.
4. Setiap ahli homeroom perlu melakukan kerja amal dan menangkap gambar
aktiviti yang mereka jalankan seperti contoh, memberi makan kepada haiwan,
mengemas halaman rumah, memasak dan lain-lain.
5. Wakil homeroom perlu mengtip semua gambar ahli homeroom dan kemudian
menyusunnya dalm bentuk kolaj yang kreatif dan menarik mengikut kreativiti
tersendiri.
6. Kolaj ini perlu dihantar sebelum 19 Mac 2021 kepada penyelaras Homeroom
Tingkatan masing-masing.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
GAMBAR
UPHR TRANSKRIAN | 2021
MASALAH/ 1. Segelintir para pelajar tindak menepati waktu yang ditetapkan.
KEKANGAN 2. Masalah capaian internet menyukarkan perjumpaan di atas talian dijalankan
REFLEKSI
melalui aplikasi meet. Oleh itu, perjumpaan homeroom diteruskan dengan
menggunakan aplikasi Whatsapp.
1. Ahli homeroom telah memberikan kerjasama yang terbaik dengan
membincangkan perkara yang harus dilakukan bagi menyiapkan kolaj ini.
2. Setiap ahli homeroom telah diarahkan untuk menangkap sekeping gambar
mereka melakukan pekerjaan rumah seperti memberi kucing makan,
mengemas bilik, membasuh baju dan lain-lain.
3. Norhana binti Omar telah ditugaskan supaya mengumpulkan semua gambar
ahli homeroom untuk menyusun membuat kolaj yang kreatif dan menarik.
4. Presiden homeroom juga memberikan sedikit dua kata kepada ahli homeroom
supaya memberikan kerjasama yang terbaik dan membincangkan sedikit
sebanyak tentang Majlis Anugerah Homeroom 2020 yang akan dijalankan pada
26 Mac 2021 ini.
5. Semua ahli homeroom bersemangat dan memastikan semua aktiviti dijalankan
dengan lancar serta sempurna.
6. Puan Zuhaili juga memberikan sedikit kata-kata semangat kepada ahli
homeroom supaya sentiasa memberi fokus yang terbaik dalam setiap
peperiksaan dan berjaya di dunia dan akhirat.
7. Perjumpaan homeroom berakhir pada pukul 4:30 petang dengan bacaan yang
diketuai Aiman Faris.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : MEI 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 17 Mei 2021
MASA 5.00 p.m. - 6.00 p.m.
AGENDA/MODUL MODUL 6 (ONLINE) : “TERIMA KASIH CIKGU”
11 /15 orang
JUMLAH
KEHADIRAN 1. Harsheni A/P Veejayakumaran
PELAJAR TIDAK 2. Iqmal Zarief Hakim bin Zulkifli
HADIR 3. Mohamad Haiqal bin Mohamad Yusoff
4. Nurzakirah binti Iskandar
OBJEKTIF 1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan ahlinya.
2. Menghargai jasa dan pengorbanan guru a.k.a Guru Homeroom
PERINCIAN
AKTIVITI 1. Pada pukul 5.00 petang, Presiden Homeroom, Aiman menghantar link
pertemuan secara online menggunakan aplikasi Google Meet ke Group
WhatsApp Homeroom.
2. Kami memulakan perjumpaan dengan bacaan doa oleh Presiden Homeroom.
3. Teacher Zuhaili bertanyakan bagaimanakah kami meraikan Hari Raya Aidilfitri
pada tahun ini.
4. Kebanyakan ahli homeroom menyatakan perayaan disambut dengan agak
meriah bersama-sama keluarga walaupun dikekang oleh PKP.
5. Teacher Zuhaili meminta ahli homeroom berkongsi pendapat mengenai
apakah yang difahami dengan frasa ‘generasi berilmu’.
6. Antara pendapat yang diutarakan ialah generasi yang berpengetahuan luas,
bijaksana dan pelapis pemimpin negara pada kemudian hari.
7. Teacher Zuhaili merumuskan perbincangan dengan menyatakan bahawa
generasi berilmu ialah generasi yang berpengetahuan merangkumi semua
ilmu seperti fiksyen, bukan fiksyen, khayalan dan realiti.
8. Pertemuan diakhiri pada pukul 6.00 petang dengan bacaan doa penutup oleh
Hafiz.
GAMBAR SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
MASALAH/ 1. Ahli Homeroom tidak menepati waktu pertemuan.
KEKANGAN 2. Masalah capaian Internet
REFLEKSI 1. Kita sepatutnya berasa bersyukur kerana masih dapat meraikan Hari Raya
Aidilfitri walupun dikekang dengan PKP.
2. Kita perlulah menuntut ilmu dengan tekun serta mengaplikasikan ilmu yang
telah dipelajari dalam kehidupan agar kita dapat membina generasi yang
berilmu.
3. Kepintaran seseorang insan bukanlah hanya diukur dengan keputusan
peperiksaan, tetapi juga melalui adab dan perilakunya yang sopan.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
4. Jasa seorang guru hendaklah dikenang dan dihargai sehingga ke hujung
nyawa kerana pengorbanan mereka bagi mendidik kita adalah sangat besar
LAMPIRAN
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : JUN 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 14 Jun 2021
MASA 3.15 p.m. – 4.40 p.m.
AGENDA/MODUL MODUL 7 (ONLINE) : “ KARYA BUAT BARISAN HADAPAN “
13 /15 orang
JUMLAH
KEHADIRAN 1. Adam Iskandar bin Mazuhan
PELAJAR TIDAK 2. Muhammad Hafiz bin Zulkipali
HADIR
OBJEKTIF 1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan ahlinya.
2. Menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan dan kerajaan dalam
menangani pandemik.
3. Mengetahui peranan masing-masing dalam membantu kerajaan menangani
pandemik ini.
PERINCIAN 1. Pada pukul 3.15 petang, pertemuan secara atas talian melalui aplikasi
AKTIVITI WhatsApp dimulakan oleh Teacher Zuhaili.
2. Teacher Zuhaili meminta Presiden Homeroom, Aiman untuk membaca
Al-Fatihah dengan merakamkan bacaannya bagi membuka pertemuan.
3. Teacher Zuhaili meminta setiap ahli homeroom untuk berkongsi pendapat
masing-masing tentang cabaran yang dihadapi semasa kelas PdPR serta
pandangan terhadap situasi terkini Covid-19 di negara kita.
4. Semua pendapat dan idea perlu ditulis di atas sehelai kertas kajang lalu ia
perlulah dirakamkan dan dihantar ke Group WhatsApp Homeroom.
5. Antara cabaran kelas PdPR yang dinyatakan oleh ahli homeroom ialah
cabaran menguruskan masa dengan bijak yang diutarakan oleh Zakirah.
Farisya pula berpendapat dia sukar memahami pelajaran yang dipelajari
semasa kelas PdPR. Iqmal pula berasa tidak selesa dengan gangguan di
sekelilingnya seperti notifikasi daripada media sosial serta bunyi bising akibat
penambahbaikan rumahnya. Cabaran sukar untuk menumpukan perhatian
atau kurang fokus di dalam kelas PdPR dialami oleh Iylia dan akhir sekali,
Haiqal berasa terganggu dengan masalah capaian Internetnya yang lemah
sewaktu mengikuti kelas PdPR.
6. Dengan pelbagai cabaran yang telah dihadapi, kami berusaha melakukan
penambahbaikan terhadap proses pembelajaran melalui kelas PdPR dengan
mengulang kaji pelajaran terlebih dahulu sebelum kelas dan terus bertanyakan
kepada guru jika terdapat sebarang ketidakfahaman. Selain itu, kami juga
bercadang untuk menyediakan jadual belajar agar proses pembelajaran kami
lebih teratur dan efisien. Di samping itu, kami bersetuju untuk mendisiplinkan
agar lebih menghargai masa.
7. Semua ahli homeroom menanam semangat untuk meningkatkan PNG masing-
masing bagi Peperiksaan Akhir Semester 2 yang akan menyusul beberapa
bulan sahaja lagi. Ahli homeroom bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh
bagi membina masa hadapan yang cerah.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
GAMBAR 8. Seterusnya, Teacher Zuhaili berkongsi sebuah video dan berita terkini yang
MASALAH/ mengupaskan tentang keadaan Covid-19 di negara kita sewaktu kita menjalani
KEKANGAN PKP 3.0 ini.
REFLEKSI 9. Ahli homeroom berpandangan bahawa kami sebagai pelajar dapat membantu
kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 dengan sentiasa mematuhi
SOP tanpa leka serta membantu menyebarkan info dan maklumat yang sahih
bagi memberi kesedaran kepada masyarakat negara kita ini.
10. Sebelum menamatkan pertemuan, Teacher Zuhaili meminta kami untuk
berbincang mengenai karya yang hendak dihasilkan bagi ditujukan kepada
para petugas barisan hadapan. Kami akhirnya memilih untuk menghasilkan
sebuah poskad digital bagi menyatakan penghargaan terhadap petugas
barisan hadapan.
11. Pertemuan homeroom diakhiri pada pukul 4.40 petang dengan bacaan doa
penutup oleh Presiden Homeroom, Aiman.
SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
1. Tidak menepati masa pertemuan.
1. Kita perlulah mempunyai semangat yang membara dan jiwa yang kental agar
tidak mudah berputus asa sepanjang kita menghadapi cabaran dan rintangan
dalam perjuangan menuntut ilmu.
2. Kita sepatutnya belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dikekang oleh
wabak Covid-19 bagi membalas jasa-jasa para petugas barisan hadapan yang
berkorban masa dan tenaga bagi melindungi keselamatan kita semua.
3. Kita hendaklah sedar bahawa setiap cabaran dan kesusahan yang kita alami
sekarang pastinya akan membuahkan hasil pada masa hadapan.
4. Kita sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotik
wajarlah mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar
masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dapat diselesaikan secepat
mungkin.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
LAMPIRAN
Gambar pertemuan homeroom secara atas talian (Aplikasi WhatsApp)
UPHR TRANSKRIAN | 2021
Beberapa contoh catatan pendapat dan idea ahli homeroom mengenai topik modul 7
UPHR TRANSKRIAN | 2021
Karya buat barisan hadapan – POSKAD
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : JUN 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 28 Jun 2021
MASA 3.00 pm – 4.39 pm
AGENDA/MODUL Pertandingan Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat MRSM Transkrian 2021
“Restore Our Earth” – Tingkatan 4 : Kolaj Menanam Pokok HR
JUMLAH 14 / 15 orang
KEHADIRAN 1. Harsheni A/P Veejayakumaran
PELAJAR TIDAK 1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan ahlinya
HADIR 2. Menghargai alam sekitar
3. Memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli homeroom dalam menghasilkan
OBJEKTIF sesuatu tugasan
PERINCIAN 1. Pada pukul 3.00 petang, pertemuan homeroom secara atas talian melalui
AKTIVITI aplikasi WhatsApp dimulakan dengan bacaan doa secara mesej suara oleh
Presiden Homeroom, Aiman. Teacher Zuhaili bertanyakan khabar setiap ahli
homeroom. Kebanyakan ahli homeroom membalas bahawa mereka sihat wal
afiat sahaja. Namun begitu, Iqmal menyatakan yang dia mengalami selesema
ringan lalu dinasihati oleh Teacher Zuhaili untuk banyakkan minum air supaya
cepat sembuh.
2. Presiden Homeroom mengongsikan berita bahawa homeroom kami berjaya
mendapat tempat kedua dalam Pertandingan The Voice Factor sempena
Pertandingan Kolokium Homeroom Peringkat MRSM Transkrian 2021. Semua
ahli homeroom berasa sangat gembira dan teruja atas berita tersebut. Teacher
Zuhaili mengucapkan tahniah dan syabas serta menyatakan rasa gembira
teacher kerana homeroom kami telah berjaya memenangi banyak
pertandingan bagi tahun ini.
3. Seterusnya, Teacher Zuhaili bertanyakan mengenai kolaj gambar swafoto ahli-
ahli homeroom bersama-sama dengan sebuah pokok tanaman yang perlu
disiapkan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2021. Presiden
Homeroom memaklumkan bahawa kebanyakan ahli homeroom telah
menghantar gambar tersebut dan dia sedang dalam proses menyiapkan hasil
kolaj.
4. Teacher Zuhaili terlupa untuk membuka majlis dengan bacaan doa lalu
Teacher Zuhaili meminta Presiden Homeroom untuk merakamkan bacaan doa
pembuka majlis. Walaupun sudah lama pertemuan berlangsung dan banyak
agenda yang telah dibincangkan, Presiden Homeroom tetap membacakan Al-
Fatihah bagi memberkati majlis pada petang itu.
5. Pada pukul 3.23 petang, Teacher Zuhaili meminta Fariz dan Sumaiyah untuk
memberi ucapan motivasi dalam bentuk mesej suara. Ahli homeroom yang
lain diminta untuk menyuarakan pengalaman masing-masing sepanjang
menjalani kelas PdPR pada kali ini. Terdapat tiga perkara yang disentuh iaitu
UPHR TRANSKRIAN | 2021
GAMBAR bagaimana kami menjalani kelas secara atas talian, subjek yang dirasakan
MASALAH/ sukar untuk difahami dan bantuan serta komitmen keluarga sewaktu kelas
KEKANGAN PdPR berlangsung. Ahli homeroom diminta untuk menghantar mesej suara
kepada Teacher Zuhaili secara peribadi. Teacher Zuhaili meminta agar semua
REFLEKSI ahli homeroom jujur dengan apa yang diperkatakan kerana teacher ingin
membantu apa-apa yang teacher mampu supaya kelas PdPR menjadi lebih
mudah dan selesa.
6. Pada pukul 4.03 petang, Sumaiyah mengongsikan ucapan motivasinya. Dia
menyarankan agar kami fokus kepada kelas PdPR dari pukul 8.00 pagi
sehingga 4.30 petang tanpa membuka langsung aplikasi media sosial. Hal ini
adalah untuk memastikan kita sentiasa menumpukan perhatian sewaktu kelas
berlangsung.
7. Teacher Zuhaili memuji Sumaiyah atas tipsnya yang sangat bernas. Teacher
Zuhaili berpesan agar kami menyediakan jadual yang bersesuaian dengan
rutin harian masing-masing supaya terdapat masa lapang untuk
menghilangkan stres dan melegakan tekanan setelah sehari suntuk belajar.
8. Akhir sekali, Presiden Homeroom menutup majlis dengan bacaan doa pada
pukul 4.39 petang. Pertemuan berakhir dan semua ahli homeroom bersurai.
SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
Tiada.
1. Kita hendaklah menghargai dan menyayangi bumi kerana inilah satu-satunya
rumah dan tempat tinggal kita yang asli dan tiada planet lain yang mampu
menggantikan bumi kita ini.
2. Kita perlulah bekerjasama menyiapkan apa-apa tugasan agar kita dapat
meringankan beban masing-masing serta tugasan itu juga dapat disiapkan
dalam tempoh masa yang singkat dan kualitinya juga lebih baik.
3. Kita mestilah bijak menguruskan masa agar kita tidak menjadi terlalu tertekan
dengan tugasan dan kerja yang telah tertangguh dalam tempoh masa yang
lama.
4. Kita sepatutnya meluangkan masa untuk menghilangkan stres supaya hati kita
berasa lebih tenang dan kita dapat mengelakkan diri kita daripada pemikiran
bunuh diri yang semakin bertambah dan meningkat di Malaysia akibat situasi
negara yang huru-hara.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
LAMPIRAN
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : JULAI 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 26 Julai 2021
MASA 3.59 – 4.45 pm
AGENDA/MODUL MODUL 9 – TAKLIMAT PROGRAM TASMIK
13 / 15 orang
JUMLAH
KEHADIRAN 1. Harsheni A/P Veejayakumaran (Non-Muslim)
PELAJAR TIDAK 2. Nurzakirah binti Iskandar
HADIR
OBJEKTIF 1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan ahlinya.
2. Menyeimbangkan aspek kerohanian dalam diri pelajar-pelajar.
3. Mendisiplinkan diri dalam menyusun aktiviti berfaedah terutama dalam aspek
jasmani dan rohani serta emosi pelajar.
PERINCIAN 1. Pada pukul 3.59 petang, perjumpaan secara atas talian melalui aplikasi
AKTIVITI WhatsApp dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Presiden
Homeroom secara mesej suara.
2. Teacher Zuhaili meminta ahli homeroom yg aktif di atas talian untuk mengisi
nama di senarai yang disediakan bagi mengambil kedatangan untuk
pertemuan hari ini.
3. Teacher Zuhaili turut memaklumkan bahawa perjumpaan pada kali ini hanya
adalah untuk menentukan hari bagi setiap ahli homeroom menghafaz ayat atau
surah yang telah dihafal kepada teacher.
4. Teacher Zuhaili bertanyakan pendapat ahli homeroom sekiranya semua
bersetuju jika teacher sendiri yang menentukan jadual bagi program tasmik
ini. Majoriti ahli homeroom menyokong cadangan yang diberikan oleh Teacher
Zuhaili.
5. Seterusnya, Teacher Zuhaili memberitahu bahawa tarikh dan masa ahli
homeroom akan memulakan tasmik akan dimaklumkan kemudian.
6. Selain itu, Teacher Zuhaili juga meminta ahli-ahli homeroom untuk mengundi
sama ada mahu melakukan tasmik secara video call menggunakan aplikasi
Google Meet ataupun dengan cara merakamkan bacaan tasmik masing-masing
dan menghantarnya kepada Teacher Zuhaili di aplikasi WhatsApp.
7. Kebanyakan ahli homeroom bersetuju untuk melakukan tasmik secara
rakaman video sahaja.
8. Sebelum mengakhiri perjumpaan, Teacher Zuhaili mengucapkan ucapan
selamat sempena menduduki Peperiksaan Selaras 2 yang akan datang.
Teacher juga menasihati dan mengingatkan ahli-ahli homeroom agar
menyiapkan tugasan yang masih belum dihantar dengan secepat mungkin.
9. Akhir sekali, pertemuan ditamatkan pada pukul 4.45 petang dan semua ahli
homeroom bersurai.
GAMBAR SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
UPHR TRANSKRIAN | 2021
MASALAH/ 1. Respons yang diberikan oleh ahli homeroom kurang baik.
KEKANGAN
REFLEKSI 1. Kita perlulah beristiqamah dalam membaca al-Quran kerana ia merupakan
pegangan dan panduan hidup seluruh umat Islam.
2. Semua ahli homeroom mestilah bekerjasama dengan guru homeroom bagi
memastikan amalan membaca dan menghafaz al-Quran dapat diterapkan
dalam diri masing-masing.
3. Kita sepatutnya mendisiplinkan diri agar membaca sekurang-kurangnya satu
halaman muka surat al-Quran pada setiap hari supaya hati kita sentiasa
tenang dan aman daripada rasa risau dan sedih.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
LAMPIRAN
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
LAPORAN AKTIVITI HOMEROOM : OGOS 2021
HOMEROOM : TINGKATAN 4 ( CIKGU ZUHAILI )
MRSM Transkrian
TARIKH 9 Ogos 2021
MASA 3.48 – 4.14 p.m.
AGENDA/MODUL MODUL 10 – PROUD OF YOU
14 / 15
JUMLAH
KEHADIRAN 1. Muhammad Hafiz bin Zulkipali
PELAJAR TIDAK
HADIR 1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan ahlinya.
OBJEKTIF 2. Berterima kasih dan memberi penghargaan
3. Memupuk jati diri sebagai anak Malaysia
PERINCIAN 1. Perjumpaan homeroom diadakan secara atas talian melalui aplikasi WhatsApp
AKTIVITI pada pukul 3.48 petang. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan surah Al-
Fatihah oleh Presiden Homeroom melalui mesej suara.
2. Teacher Zuhaili meminta ahli-ahli homeroom untuk mengutarakan idea
masing-masing bagi tugasan poster digital.
3. Sementara yang lain mencari idea, Teacher Zuhaili meminta Presiden
Homeroom untuk membuat senarai kehadiran.
4. Idea yang akhirnya telah dipersetujui oleh semuanya adalah untuk
membahagikan tugasan kepada beberapa bahagian dan mana-mana ahli
homeroom yang berminat untuk membuat bahagian tertentu boleh menuliskan
nama mereka di dalam senarai yang disediakan.
5. Bagi tugasan poster digital, tugasan dibahagikan kepada mencari info
mengenai tokoh, mencari gambar berkenaan dengan tokoh, membuat ucapan
kreatif dan mengedit poster. Terdapat lima orang yang terlibat dalam
penghasilan poster digital iaitu Sumaiyah, Hanim, Haiqal, Adam dan Fariz.
6. Teacher Zuhaili meminta agar tugasan untuk poster homeroom yang akan
diletakkan dalam majalah maktab untuk dibahagikan mengikut kaedah yang
sama. Perbincangan pembahagian tugasan ini berlaku setelah perjumpaan
homeroom rasmi tamat.
7. Pertemuan akhirnya tamat pada pukul 4.14 petang dan semua ahli-ahli
homeroom pun bersurai.
GAMBAR SILA RUJUK LAMPIRAN DI BAWAH
MASALAH/ 1. Sebilangan ahli homeroom tidak aktif dalam proses perbincangan bersama-
KEKANGAN sama dengan Guru Homeroom.
REFLEKSI 1. Kita sepatutnya menghargai segala perjuangan prajurit-prajurit negara yang
telah banyak berkorban demi menempah kemerdekaan buat negara kita.
2. Kita mestilah menjadikan tokoh-tokoh di Malaysia sebagai inspirasi untuk
mengejar impian dan mencapai kejayaan kita sendiri.
3. Kita perlulah berbangga dengan identiti negara kita supaya kita dapat
UPHR TRANSKRIAN | 2021
memupuk semangat nasionalisme dalam diri masing-masing.
UPHR TRANSKRIAN | 2021
LAMPIRAN
UPHR TRANSKRIAN | 2021
UPHR TRANSKRIAN | 2021
02/22/2021 18:49:19
1
LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM TAHUN 2021
HOMEROOM: PN. ZUHAILI BINTI JALIL
HOMEROOM TINGKATAN : TINGKATAN 4
PERTEMUAN : RASMI KALI KE-11
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH
MASA 09/06/2021
TEMPAT
AGENDA/MODUL 15:16
JUMLAH KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK HADIR Aplikasi WhatsApp dan Google Meet
KEHADIRAN PENASIHAT
OBJEKTIF TASMIK DAN HAFAZAN
15 ORANG
(TIADA)
HADIR
1. Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
2. Memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar fokus
terhadap hafazan masing-masing
3. Memberi pandangan dan pendapat terbaik untuk tindakan
penyelesaian sesama ahli homeroom dan guru penasihat homeroom
LAPORAN AKTIVITI Perjumpaan homeroom dimulakan pada pukul 3.16 petang secara
atas talian melalui aplikasi WhatsApp dan Google Meet. Cikgu
Zuhaili memberikan ucapan salam lalu ahli homeroom yang lain
membalasnya dengan hantaran teks dilengkapi emoji wajah gembira
dan riang. Seterusnya, kehadiran diambil dengan menyenaraikan
nama-nama ahli homeroom yang sudah hadir. Perjumpaan
homeroom dibuka dengan bacaan doa oleh saudara Adam Iskandar
lalu diiringi dengan ucapan pembuka yang disampaikan oleh
Presiden Homeroom. Antara isi kandungan ucapannya adalah agar
kita semua menguatkan semangat sewaktu tempoh PdPR ini. Kita
juga perlulah memupuk sifat rajin dalam diri dan membuang sifat
malas dalam diri. Selain itu, kita juga mestilah menukar corak
pemikiran agar sentiasa positif.
Topik bagi pertemuan pada kali ini ialah aktiviti tasmik dan