PELAPORAN ➢ Laporan Pertemuan WAJIB dihantar selepas 24 jam selesai
PERTEMUAN! pertemuan homeroom untuk semakan TPPP dan rekod UPHR.
➢ Mohon disimpan lampiran dalam bentuk “hardcopy” juga.
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan)
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (29 JUN 2021/ Selasa)
➢ GOOGLE FORM ~
o Borang Laporan Kehadiran~ Guru dan Pelajar
o Borang Laporan Pertemuan Rasmi HR
o Borang Penilaian Aktiviti
➢ SU dan Presiden HR akan mengisi semua borang di atas dan
Guru Penasihat boleh membimbing mereka menulis laporan
dengan betul.
➢ Setiap Laporan akan dinilai oleh UPHR untuk tindakan seterusnya.
TERIMA KASIH SEMUA!!!
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
AGENDA PERTEMUAN:
MAKLUMAT ➢ TAKLIMAT PRGORAM TASMIK
PENTING! o SESI 1 (3.00 ptg-3.40 ptg)
▪ Kehadiran WAJIB bagi semua Guru Homeroom,
Setiausaha HR dan Presiden Homeroom (bagi
pelajar bukan Islam, boleh digantikan dengan wakil
yang lain)
▪ Taklimat disampaikan oleh Ustaz Ahmad
Fakhruddin (JK Mini Ulul Albab UPHR)
o SESI 2 (3.40 ptg- 4.30 ptg)
▪ Pertemuan Rasmi Homeroom berlangsung
▪ Bagi HR Cikgu Joespenzal, Cikgu Jayanti dan
Cikgu Suganty, pertemuan homeroom dikendalikan
oleh Ustaz Ahmad Fakhruddin
➢ PASTIKAN PARA PELAJAR MEMATUHI MASA AGAR
PROGRAM YANG DILAKSANAKAN MENGIKUT KETETAPAN
DAN PERANCANGAN INSYAALLAH!
3.40 petang ➢ Persediaan pertemuan menggunakan platform yang bersesuai
3.45 petang
➢ Pertemuan Rasmi Homeroom bermula;
o Bacaan Doa oleh wakil homeroom
o Ucapan Presiden Homeroom
o Kata-kata Motivasi seorang wakil homeroom
o Ucapan/ Nasihat/ Bertanya khabar Guru Penasihat
kepada semua ahli homeroom
➢ Pelaksanaan Aktiviti:
TAKLIMAT PROGRAM TASMIK OLEH GURU PENASIHAT
HOMEROOM
➢ Guru homeroom menyampaikan taklimat berkaitan dengan
Program Tasmik Homeroom kepada ahli homeroom masing-
masing
➢ Pelajar dan guru perlu merancang masa dan penggiliran program
ini mengikut kesesuaian masing-masing
➢ Semua perancangan yang dibuat mestilah berpandukan maklumat
yang terdapat dalam bahan yang diberi dalam slaid tadi
➢ Hasilkan jadual secara berkala untuk memastikan program ini
dapat dilaksanakan secara istiqamah dan lancar. Insyaallah.
4.30 PTG • Objektif:
o Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
o Menyeimbangkan aspek kerohanian dalam diri pelajar-pelajar
o Mendisiplinkan diri dalam menyusun aktiviti berfaedah
terutama dalam aspek jasmani dan rohani serta emosi pelajar
PELAPORAN ➢ Laporan Pertemuan WAJIB dihantar selepas 24 jam selesai
PERTEMUAN!
pertemuan homeroom untuk semakan TPPP dan rekod UPHR.
➢ Mohon disimpan lampiran dalam bentuk “hardcopy” juga.
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan dan 1 poster ucapan )
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (27 Julai 2021/ Selasa)
➢ GOOGLE FORM ~
o Borang Laporan Kehadiran~ Guru dan Pelajar
o Borang Laporan Pertemuan Rasmi HR
o Borang Penilaian Aktiviti
➢ SU dan Presiden HR akan mengisi semua borang di atas dan
Guru Penasihat boleh membimbing mereka menulis laporan
dengan betul.
➢ Setiap Laporan akan dinilai oleh UPHR untuk tindakan seterusnya.
TERIMA KASIH SEMUA!!!
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN
AGENDA PERTEMUAN:
MAKLUMAT ➢ PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN (UNIT SEJARAH)
PENTING! o SESI 1 (3.00 ptg-3.40 ptg)
Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat
MRSM Transkrian 2021 anjuran Unit Sejarah
o SESI 2 (3.40 ptg- 4.30 ptg)-RUJUK MODUL
▪ Pertemuan Rasmi Homeroom berlangsung
▪ Modul UPHR Pertemuan Kali Ke-10
➢ PASTIKAN TUGASAN UNTUK MAJALAH MAKTAB
DISIAPKAN DAN DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA15 OGOS
2021
3.40 petang ➢ Persediaan pertemuan menggunakan platform yang bersesuai
3.45 petang
➢ Pertemuan Rasmi Homeroom bermula;
o Bacaan Doa oleh wakil homeroom
o Ucapan Presiden Homeroom
o Kata-kata Motivasi seorang wakil homeroom
o Ucapan/ Nasihat/ Bertanya khabar Guru Penasihat
kepada semua ahli homeroom
TAJUK MODUL
“PROUD OF YOU”
HOMEROOM TEMA
T1 REMAJA
T2 ATLET
T3 AGAMAWAM
T4 FIGURE AWAM
T5 PEMIMPIN
➢ Pelaksanaan Aktiviti:
➢ Setiap homeroom perlu memilih mana-mana tokoh mengikut
ketetapan tema di atas
➢ Berbincang dan bercerita tentang jasa dan pengorbanan mereka
untuk Malaysia sempene KEMERDEKAAN NEGARA KE-64 ini
➢ Kumpul dan carikan maklumat tentang mereka
➢ Dengan berlatarbelakangkan Bendera Malaysia atau yang sesuai,
hasilkan satu poster digital dengan tema “PROUD OF YOU”
➢ Isi kandungan poster digital mestilah
o Gambar tokoh yang dipilih
4.30 PTG o 5 Ucapan paling kreatif dan ringkas kerana kejayaan
mengharumkan nama negara
o Nama Homeroom
o Lain-lain- terpulang pada kreativiti homeroom masing-
masing
• Objektif:
o Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
o Berterima kasih dan memberi penghargaan
o Memupuk jati diri sebagai anak Malaysia
PELAPORAN ➢ Laporan Pertemuan WAJIB dihantar selepas 24 jam selesai
PERTEMUAN!
pertemuan homeroom untuk semakan TPPP dan rekod UPHR.
➢ Mohon disimpan lampiran dalam bentuk “hardcopy” juga.
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan dan 1 poster ucapan )
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (10 Ogos 2021/ Selasa)
➢ GOOGLE FORM ~
o Borang Laporan Kehadiran~ Guru dan Pelajar
o Borang Laporan Pertemuan Rasmi HR
o Borang Penilaian Aktiviti
➢ SU dan Presiden HR akan mengisi semua borang di atas dan
Guru Penasihat boleh membimbing mereka menulis laporan
dengan betul.
➢ Setiap Laporan akan dinilai oleh UPHR untuk tindakan seterusnya.
TERIMA KASIH SEMUA!!!
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN 2021
AGENDA PERTEMUAN:
➢ TAKLIMAT PEMURNIAN E-LAPORAN HOMEROOM
o 3.00 PETANG/ SECARA DALAM TALIAN
Peserta : Setiausaha Homeroom semua tingkatan
Kehadiran : WAJIB
MAKLUMAT o PERTEMUAN HR SEPERTI BIASA-RUJUK MODUL
PENTING!
(3.00 PTG-4.30 PTG)
▪ Pertemuan Rasmi Homeroom berlangsung
▪ Modul UPHR Pertemuan Kali Ke-11
➢ Bagi pelajar-pelajar bukan Islam, program akan dikendalikan
oleh Puan Suganthi a/p Kaliapan dan Puan Jayanthi a/p
Kaliapan dengan tajuk modul “It’s a Beautiful Day”
3.00 petang ➢ Persediaan pertemuan menggunakan platform yang bersesuai
3.15 petang
➢ Pertemuan Rasmi Homeroom bermula;
o Bacaan Doa oleh wakil homeroom
o Ucapan Presiden Homeroom
o Kata-kata Motivasi seorang wakil homeroom
o Ucapan/ Nasihat/ Bertanya khabar Guru Penasihat
kepada semua ahli homeroom
TAJUK MODUL 11
TASMIK DAN HAFAZAN
➢ Pelaksanaan Aktiviti:
o Perbincangan guru dan pelajar tentang perkembangan
hafazan anak-anak homeroom
o Guru mengemas kini maklumat dan perkembangan pelajar
dalam program tasmik masing-masing
o Guru merancang aktiviti petang ini sama ada untuk
membantu pelajar untuk menambah hafalan mereka atau
mendengar hafazan untuk mana-mana pelajar yang sudah
menghafal
• Objektif:
o Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
4.30 PTG o Memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar fokus
terhadap hafazan masing-masing
o Memberi pandangan dan pendapat terbaik untuk tindakan
penyelesaian sesama ahli homeroom dan guru penasihat
homeroom.
PELAPORAN ➢ Penghantaran laporan hanya menggunakan SATU (1) pautan
PERTEMUAN! Google Form yang disediakan oleh UPHR
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan)
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (6 September 2021/ Selasa)
TERIMA KASIH SEMUA!!!
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN 2021
AGENDA PERTEMUAN:
PERTEMUAN RASMI KALI KE-13
MAKLUMAT o PERTEMUAN HR SEPERTI BIASA-RUJUK MODUL
PENTING! (3.00 PTG-4.30 PTG)
▪ Pertemuan Rasmi Homeroom berlangsung
▪ Modul UPHR Pertemuan Kali Ke-13
➢ Setiausaha yang GAGAL menghantar Laporan Pertemuan
Kali Ke-11, pastikan anda berbuat demikian secepatnya
sebelum penolakan medal dilaksanakan (demerit)
➢ SETIAUSAHA HR WAJIB MENGHANTAR LAPORAN
PERTEMUAN HOMEROOM PADA 20 SEPTEMBER 2021
(Bermakna terdapat DUA Laporan yang WAJIB dihantar
menggunakan E-Laporan (Google Studio) iaitu Pertemuan Ke-
12 (Pelaksanaan Tasmik) dan Ke-13)
3.00 petang ➢ Persediaan pertemuan menggunakan platform yang bersesuai
3.15 petang
➢ Pertemuan Rasmi Homeroom bermula;
o Bacaan Doa oleh wakil homeroom
o Ucapan Presiden Homeroom
o Kata-kata Motivasi seorang wakil homeroom
o Ucapan/ Nasihat/ Bertanya khabar Guru Penasihat
kepada semua ahli homeroom
TAJUK MODUL 13
INDAHNYA DUNIA FOTOGRAFI
"Shot Of The Day”
HOMEROOM TEMA
TING 1 CANDID
TING 2 MOMENT
TING 3 NATURE
TING 4 LANDSCAPE
TING 5 MICRO
4.30 PTG SYARAT-SYARAT MENGHASILKAN GAMBAR MENGGUNAKAN
TELEFON PINTAR
1. Menggunakan telefon pintar sahaja
2. Tidak dibenarkan “crop” dan edit
3. Boleh guna teknik “zooming” atau “panning”
4. Mengikut tema yang ditetapkan sahaja
5. Hantar dalam Lanskap sahaja
6. Gambar di bawah adalah contoh mengikut tema sahaja
➢ Pelaksanaan Aktiviti:
• Semua ahli homeroom di minta untuk mendengar dengan teliti
pautan bertajuk Basic Foto - 3 Elemen Asas dalam Fotografi +
Teknik Komposisi Gambar
• Pautan tersebut ialah https://youtu.be/RJ-V9tTs-4M
• Pelajar dan guru bersama-sama berbincang berkaitan dunia
fotografi.
• Guru boleh menambah pelbagai maklumat berkaitan dunia
fotografi untuk memberi pengetahuan kepada ahli-ahli homeroom
menggunakan peranti dan teknologi ke arah perkara yang
bermanfaat
• Guru memberi masa setiap ahli homeroom mengambil gambar
menggunakan telefon pintar mengikut tema yang telah ditetapkan
di atas ( 30 minit ) di sekitar tempat tinggal mereka
• Semua ahli homeroom boleh menghantar hasil gambar masing-
masing kepada guru homeroom melalui aplikasi yang dipersetujui
dan mudah
• Guru homeroom pula wajib memilih satu gambar paling menarik
untuk dihantar bersama-sama laporan oleh setiausaha.
• Objektif:
o Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
o Menambah ilmu pengetahuan berkaitan ilmu fotografi dengan
menggunakan teknologi (telefon pintar)
o Memanfaatkan peranti untuk kebaikan
PELAPORAN ➢ Penghantaran laporan hanya menggunakan SATU (1) pautan
PERTEMUAN! Google Form yang disediakan oleh UPHR
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan dan 1 hasil gambar yang
terpilih)
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (12 Oktober 2021/ Selasa)
TERIMA KASIH SEMUA!!!
Contoh Hasil Fotografi Menggunakan Telefon Pintar Mengikut Tema
MOMENT CANDID
MICRO LANDSCAPE
NATURE/EVENING
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM TRANSKRIAN 2021
AGENDA PERTEMUAN:
PERTEMUAN RASMI KALI KE-14
MAKLUMAT o PERTEMUAN HR SEPERTI BIASA-RUJUK MODUL
PENTING!
(3.00 PTG-4.30 PTG)
▪ Pertemuan Rasmi Homeroom berlangsung
▪ Modul UPHR Pertemuan Kali Ke-14
o HASIL KISAH DAN TELADAN mestilah dikumpulkan
dan di hantar dalam bentuk Microsoft WORD sahaja
kepada Penyelaras HR Tingkatan menggunakan
aplikasi yang sesuai.
3.00 petang ➢ Persediaan pertemuan menggunakan platform yang bersesuai
3.15 petang
➢ Pertemuan Rasmi Homeroom bermula;
o Bacaan Doa oleh wakil homeroom
o Ucapan Presiden Homeroom
o Kata-kata Motivasi seorang wakil homeroom
o Ucapan/ Nasihat/ Bertanya khabar Guru Penasihat
kepada semua ahli homeroom
TAJUK MODUL 14
“KISAH & TELADAN”
HOMEROOM KISAH
TING 1 KISAH 1
TING 2 KISAH 2
TING 3 KISAH 3
TING 4 KISAH 4
TING 5 KISAH 5
SYARAT-SYARAT MENGHASILKAN KISAH DAN TELADAN
1. Semua ahli homeroom WAJIB menulis kisah berdasarkan
pengalaman sendiri
2. Kisah mempunyai pengajaran dan teladan untuk pembaca
3. Arial saiz 12
4.30 PTG
4. Panjang Kisah & Teladan mestilah 40-50 patah perkataan
sahaja
5. Hantar kepada setiausaha untuk dikumpulkan dalam pdf
6. Hantar kepada Penyelaras HR Tingkatan untuk tindakan
seterusnya
7. Ada tajuk dan nama penulis
➢ Pelaksanaan Aktiviti:
• Guru homeroom memilih seorang wakil homeroom untuk
membacakan kisah yang disediakan/ditetapkan oleh
UPHR mengikut tajuk masing-masing
• Berdasarkan kisah tersebut, berbincanglah dalam
kumpulan homeroom tentang pengajaran dan teladan
yang bolkeh diambil
• Secara bergilir, ahli homeroom boleh berbincang tentang
kisah sendiri untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam
kehidupan pada masa akan datang
• Semua ahli homeroom diberi masa 30-45 minit untuk
menghasilkan sebuah kisah berdasarkan pengalam sendiri
yang pernah dilalui yang tidak dapat dipisahkan
• Kisah boleh ditulis mengikut kreativiti masing-masing
• SILA RUJUK SYARAT PENULISAN DI ATAS
• Objektif:
o Mendekatkan ikatan antara Guru Penasihat Homeroom dan
ahlinya.
o Menambah ilmu pengetahuan berkaitan penulisan cerita
penbdek dengan menggunakan teknologi (telefon pintar)
o Memanfaatkan peranti untuk kebaikan
o Menjadikan pelbagai pengalaman hidup untuk masa akan
datang
PELAPORAN ➢ Penghantaran laporan hanya menggunakan SATU (1) pautan
PERTEMUAN! Google Form yang disediakan oleh UPHR
➢ Laporan hendaklah disertakan dengan gambar sepanjang aktiviti
berlangsung. (1 gambar pertemuan )
➢ Diingatkan bahawa laporan mestilah setara@sama dengan aktiviti
yang terdapat dalam modul yang disediakan
➢ Laporan WAJIB dihantar pada atau sebelum 4.30 petang sehari
selepas pertemuan dilaksanakan. (19 Oktober 2021/ Selasa)
TERIMA KASIH SEMUA!!!
KISAH DAN TELADAN 1
Pelajaran Sang Kodok
9:37 PM Posted by Kisah Tauladan
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh
kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat
betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih
baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari
lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka
berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan
menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat
sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti
berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.
Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu
kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya
kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah
memberikan semangat kepadanya.
Renungan :
Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang
sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam
menjalani hari-hari.
Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati
hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang
sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata
kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.
Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau
bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya,
kejatuhannya, ataupun kemalangannya.
Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi
mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
KISAH DAN TELADAN 2
Pemburu Yang Tamak
9:36 PM Posted by Kisah Tauladan
Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih
burung murai itu merayu kepada si pemburu.
Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"
Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"
"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan
engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari
engkau memakanku "
Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu.
Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia
sudah mencapai puncak bukit.
Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat
pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti
hidupmu sendiri, jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat
yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika
tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat
setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."
Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa
dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"
Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan
padaku nasihat yang ketiga itu!"
Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua
pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau
kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan
keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau
fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh
gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing
seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol!
Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul
seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"
Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan
ketamakannya itu.
Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu
yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia
menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti
yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).
KISAH DAN TELADAN 3
Kisah Tiga Budak Hitam.
9:35 PM Posted by Kisah Tauladan
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba
seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol
tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-
tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun
membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah
membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa
terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan
aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan
permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut
menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang
pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih
supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih
putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu
budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan
kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..."
Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan
kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal
hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan
tidak memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka
melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka
juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan
manusia sendiri.
KISAH DAN TELADAN 4
Paku Di Tiang
9:34 PM Posted by Kisah Tauladan
Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat.
Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih
ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain
amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi
kebiasaannya.
Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari
ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat
kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap
kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau
berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."
Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang
paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar
dia mencabut keluar paku dari tiang.
Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang.
Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan
paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang
bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun
berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir
paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih
banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka
semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat
lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku
yang tinggal melekat di tiang.
Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi
disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana
semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh
benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap
kekal ditiang, bersama dengan karatnya."
Moral :
Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan
menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur
menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita
menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk,
maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita
telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku
itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum
dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.
KISAH DAN TELADAN 5
Balang Mayonis dan 2 Cawan Kopi
8:53 PM Posted by Kisah Tauladan
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di
hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan
beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya
menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola
golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh,
pelajarnya lantas menjawab "ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula
sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia
bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan
yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang
terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor
tersebut.
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya
berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda,
kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara
penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula
mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir
pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya
ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai
ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak.
Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang
pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan.
Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air
kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan
bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk
secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."
Moral :
Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24
jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..."
02/22/2021 18:49:19
1
LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM TAHUN 2022
HOMEROOM: PN. ZUHAILI BINTI JALIL
TINGKATAN : TINGKATAN 5
PERTEMUAN : RASMI KALI PERTAMA
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH
MASA 4/12/2022
TEMPAT
AGENDA/MODUL 3:00:00 AM
JUMLAH KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK HADIR Dewan
KEHADIRAN PENASIHAT
OBJEKTIF Orentasi
LAPORAN AKTIVITI
15 ORANG
MASALAH/KEKANGAN
REFLEKSI Tiada
HADIR
Perjumpaan homeroom
Aktiviti orentasi diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 3.00
petang. Ini ialah pertemuan rasmi pertama homeroom yang diadakan
pada sesi persekolahan semester 1, 2022. Pada pertemuan kali ini
tidak perlu untuk melakukan sesi pengenalan kerana telah mengenali
antara satu sama lain selama 4 tahun. Kami hanya berbincang
tentang perancangan yang akan dilakukan pada tahun ini. Selain itu,
kami berbincang mengenai penukaran ahli jawatan kuasa untuk
tahun 2022 ini memandangkan ada diantara kami yang mempunyai
jawatan dalam SKP. Jadi jawatan- jawatan seperti presiden, timbalan
presiden, dan setiausaha akan diberikan kepada ahli homeroom yang
tidak mempunyai jawatan dalam SKP. Seterusnya, pertemuan
homeroom diakhiri pada pukul 4.30 petang.
Tiada masalah
Orentasi ini memberikan peluang kepada ahli homeroom untuk
berkumpul.
DISEDIAKAN OLEH : GURU PENASIHAT :
02/22/2021 18:49:19
1
………………………. …………………………….
NAMA : NOR IYLIA NISRINA BINTI ISMAIL NAMA : PN. ZUHAILI BINTI JALIL
E-MEL : [email protected] E-MEL : [email protected]
TARIKH : 4/12/2022 TARIKH : 4/12/2022
GAMBAR AKTIVITI :
02/22/2021 18:49:19
1
DISAHKAN OLEH : TANDATANGAN/COP
PN. NIRLIANA BINTI NOH (PENYELARAS HR T5)
[email protected]
………………………..
NAMA
TPPP : MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
PENYELARAS UPHR : SITI ZURHAIDA BINTI SYED ALI
PENYELARAS HR :
1. NOR FADILA BINTI AYOB (T1)
2. ROSIDI BIN ABU (T2)
02/22/2021 18:49:19
1
3. KHAIRUL MUNA BINTI RADZI (T3)
4. JULIANAASNIZAH BINTI OMAR (T4)
5. NIRLIANA BINTI NOH (T5)
02/22/2021 18:49:19
1
LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM TAHUN 2022
HOMEROOM: PN. ZUHAILI BINTI JALIL
TINGKATAN : TINGKATAN 5
PERTEMUAN : RASMI KALI KE-2
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH
MASA 4/15/2022
TEMPAT
AGENDA/MODUL 3:00:00 AM
JUMLAH KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK HADIR Dewan Ibnu Sina
KEHADIRAN PENASIHAT MAH 2021
OBJEKTIF
LAPORAN AKTIVITI 4 ORANG
ADAM ISKANDAR PT180156
MUHAMMAD FARIZ NORHAKIM PT214253
MOHAMAD HAIKAL PT180272
MUHAMMAD HAFIZ PT180028
IQMAL ZARIEF HAKIM PT18078
CHE HANIM LYANA ATHIRAH PT180146
NUR SUMAIYAH SOLEHAH PT180251
NUR DAYANA FARZANA PT180100
NOR IYLIA NISRINA PT180132
NUR FARISYA HUSNA PT214262
HARSHENI PT180062
( KESEMUA AHLI HOMEROOM INI TIDAK TERLIBAT
DENGAN MAH 2021)
TIDAK HADIR (URUSAN KELUARGA)
Pertemuan homeroom rasmi ke-2
Majlis Anugerah Homeroom 2021 ( MAH 2021) diadakan di Dewan
Ibnu Sina. MAH Kali ini hanya boleh dihadiri oleh empat orang
sahaja daripada setiap homeroom iaitu presiden homeroom, timbalan
presiden homeroom, setiausaha homeroom dan bendahari homeroom.
Ini untuk menjaga sop yang perlu kita patuhi kerana berada di
kawasan yang tertutup. Jika kesemua pelajar menyertai majlis ini
dewan akan penuh dan berada dalam kelompok yang besar. Majlis
Anugerah Homeroom dimulakan selepas semua yang terlibat berada
02/22/2021 18:49:19
MASALAH/KEKANGAN 1
REFLEKSI
dia dalam dewan. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan
menganugerahkan pengiktirafan kepada presiden, timbalan presiden,
setiausaha dan homeroom terbaik pada tahun 2021 sebelum di
mulakan tahun 2022.
Ahli homeroom yang penghadiri MAH 2021 tidak dapat untuk
mengambil gambar kerana berlaku tidak diberi peluang untuk
memegang Telefon pintar.
Program ini memberikan semangat untuk membuat file homeroom
yang lebih baik untuk tahun 2022.
DISEDIAKAN OLEH : GURU PENASIHAT :
………………………. …………………………….
NAMA : NOR IYLIA NISRINA BINTI ISMAIL NAMA : PN. ZUHAILI BINTI JALIL
E-MEL : [email protected] E-MEL : [email protected]
TARIKH : 4/15/2022 TARIKH : 4/15/2022
GAMBAR AKTIVITI :
02/22/2021 18:49:19
1
DISAHKAN OLEH :
PN. NIRLIANA BINTI NOH (PENYELARAS HR T5)
02/22/2021 18:49:19
1
[email protected] TANDATANGAN/COP
………………………..
NAMA
TPPP : MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
PENYELARAS UPHR : SITI ZURHAIDA BINTI SYED ALI
PENYELARAS HR :
1. NOR FADILA BINTI AYOB (T1)
2. ROSIDI BIN ABU (T2)
3. KHAIRUL MUNA BINTI RADZI (T3)
4. JULIANAASNIZAH BINTI OMAR (T4)
5. NIRLIANA BINTI NOH (T5)
02/22/2021 18:49:19
1
LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM TAHUN 2022
HOMEROOM: PN. ZUHAILI BINTI JALIL
TINGKATAN : TINGKATAN 5
PERTEMUAN : RASMI KALI KE-3
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH
MASA 7/22/2022
TEMPAT
AGENDA/MODUL 3:00:00 AM
JUMLAH KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK HADIR Dewan selera
KEHADIRAN PENASIHAT
OBJEKTIF Etika makan
LAPORAN AKTIVITI
15 ORANG
MASALAH/KEKANGAN
Tiada
HADIR
Memahami etika makan dengan betul
Petermuan homeroom kali ni bermula pada pukul 3.00 petang. Semua
ahli homeroom berkumpul di dewan selera seperti yang diarahkan
oleh guru penasihat homeroom iaitu Cikgu Zuhaili. Kami
membahagikan tugas untuk menerangkan tentang etika makan
seterusnya memberi masa untuk berbincang mengenai etika makan
sebelum menerangkannya besertakan demontrasi yang betul dan
tepat. Selain itu, kami juga berbincang mengenai adab makan kaum
lain kerana setiap kaum pasti mempunyai adab makan yang berbeza.
Kami bertanyakan kepada Harsheni mengenai adab makan kaum
India memandangkan Harsheni ialah seorang kaum India jadi dia
semestinya lebih mengetahui tentang adap makan kaum mereka.
Daripada aktiviti ini kami dapat pengetahuan baharu tentang etika
makan dengan betul. Selain daripada penerangan tentang etika
makanan kami juga membuat perbincangan tentang aktiviti yang
bakal di jalankan pada minggu aktiviti. Terdapat dua aktiviti
mengikut homeroom yang akan berlangsung pada minggu aktiviti.
Perjumpaan homeroom tamat pada pukul 4.30 petang.
Kurang pengetahuan tentang etika makan
02/22/2021 18:49:19
1
REFLEKSI Program pada Kali ni amat membantu pelajar dalam mengetahui
tentang etika makan
DISEDIAKAN OLEH : GURU PENASIHAT :
………………………. …………………………….
NAMA : NOR IYLIA NISRINA BINTI ISMAIL NAMA : PN. ZUHAILI BINTI JALIL
E-MEL : [email protected] E-MEL : [email protected]
TARIKH : 7/22/2022 TARIKH : 7/22/2022
GAMBAR AKTIVITI :
02/22/2021 18:49:19
1
DISAHKAN OLEH : TANDATANGAN/COP
PN. NIRLIANA BINTI NOH (PENYELARAS HR T5)
[email protected]
………………………..
NAMA
TPPP : MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
PENYELARAS UPHR : SITI ZURHAIDA BINTI SYED ALI
PENYELARAS HR :
1. NOR FADILA BINTI AYOB (T1)
2. ROSIDI BIN ABU (T2)
02/22/2021 18:49:19
1
3. KHAIRUL MUNA BINTI RADZI (T3)
4. JULIANAASNIZAH BINTI OMAR (T4)
5. NIRLIANA BINTI NOH (T5)
02/22/2021 18:49:19
1
LAPORAN PERTEMUAN RASMI HOMEROOM TAHUN 2022
HOMEROOM: PN. ZUHAILI BINTI JALIL
TINGKATAN : TINGKATAN 5
PERTEMUAN : RASMI KALI KE-4
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH
MASA 8/11/2022
TEMPAT
AGENDA/MODUL 3:00:00 AM
JUMLAH KEHADIRAN
PELAJAR TIDAK HADIR Di depan makmal fizik
KEHADIRAN PENASIHAT
OBJEKTIF Adab
LAPORAN AKTIVITI
15 ORANG
MASALAH/KEKANGAN
REFLEKSI Tiada
HADIR
Mengetahui adab-adab yang perlu kita amalkan setiap hari.
Petermuan rasmi homeroom kali ke-4 telah dijalankan pada 11 ogos
2022. Sebelum melaksanakan pertemuan homeroom semua pelajar
perlu ke Dewan Ibnu Sina terlebih dahulu pada pukul 3.00 petang
untuk refleksi bersama unit UPHR mengenai aktiviti yang telah
dijalankan pada minggu aktiviti. Selepas tamat refleksi itu pada
pukul 3.30 petang setiap homeroom perlu begerak ke tempat
pertemuan homeroom yang telah ditetapkan oleh unit UPHR.
Pertemuan homeroom dilakukan mengikut module yang telah
diberikan oleh unit UPHR iaitu adab. Kami membahagikan tugas
mengikut jenis adab yang terdapat dalam module tersebut iaitu adab
bertamu, adab di bilik air, adab di masjid, adab makan, adab tidur
dan adab berteman. Selepas diabahagikan tugas kepada beberapa
kumpulan yang kecil, kami berbincang mengenai adab tersebut dan
melakonkan contoh adab yang telah di berikan. Setelah tamat
lakonan tersebut kami berbual kosong dan bersurai pada pukul 4.30
petang.
Tiada
Kami dapat menambah pengetahuan tentang adab yang perlu kami
02/22/2021 18:49:19
1
lakukan pada setiap hari.
DISEDIAKAN OLEH : GURU PENASIHAT :
………………………. …………………………….
NAMA : NOR IYLIA NISRINA BINTI ISMAIL NAMA : PN. ZUHAILI BINTI JALIL
E-MEL : [email protected] E-MEL : [email protected]
TARIKH : 8/11/2022 TARIKH : 8/11/2022
GAMBAR AKTIVITI :
02/22/2021 18:49:19
1
DISAHKAN OLEH : TANDATANGAN/COP
PN. NIRLIANA BINTI NOH (PENYELARAS HR T5)
[email protected]
………………………..
NAMA
TPPP : MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
PENYELARAS UPHR : SITI ZURHAIDA BINTI SYED ALI
PENYELARAS HR :
1. NOR FADILA BINTI AYOB (T1)
2. ROSIDI BIN ABU (T2)
02/22/2021 18:49:19
1
3. KHAIRUL MUNA BINTI RADZI (T3)
4. JULIANAASNIZAH BINTI OMAR (T4)
5. NIRLIANA BINTI NOH (T5)