The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOVEL Nota & Latihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2020-12-10 23:30:38

NOVEL

NOVEL Nota & Latihan

KANDUNGAN 1
1 Sinopsis Prolog: Kawai Maru 3
2 Sinopsis Bab 1: Kolonial 7
3 Sinopsis Bab 2: Jeneral 12
4 Sinopsis Bab 3: Penyamaran 15
5 Sinopsis Bab 4: Aisberg 17
6 Sinopsis Bab 5: Mainan 20
7 Sinopsis Bab 6: Pentafsir 23
8 Sinopsis Bab 7: Jari 26
9 Sinopsis Bab 8: Kamera 29
10 Sinopsis Bab 9: Bahtera 32
11 Sinopsis Epilog: Tsunami 34
12 Tema 34
13 Persoalan 37
14 Nilai murni 39
15 Pengajaran 42
16 Latar masyarakat

17 Latar tempat 44
18 Perwatakan Presiden 45
19 Peranan watak Presiden 46
20 Perbezaan antara catatan biografi Presiden dengan 47

kehidupannya yang sebenar 47
21 Perwatakan Jeneral 48
22 Perwatakan Nakhoda 49
23 Unsur konflik 51
24 Peristiwa imbas kembali 52
25 Peristiwa imbas muka

SINOPSIS

PROLOG: KAWAI MARU

Kawai Maru merupakan sebuah kapal kepunyaan Tuan
Kawai. Kapal ini didaftarkan di Kobe. Tuan Kawai telah bekerja
sebagai nelayan sejak umurnya lima belas tahun. Dia telah menjadi
kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan. Walaupun dia telah
memperoleh kekayaan dan dapat hidup senang-lenang di Tokyo,
Osaka atau Kyoto, namun Tuan Kawai lebih suka menghambakan
dirinya bersama Kawai Maru di lautan. Tuan Kawai sanggup melabur
besar-besaran kerana dia sangat mahir tentang ikan dan hidupan laut.
Tuan Kawai berasa malu kerana Jepun mengimport ikan dari Amerika,
China, Thailand, Rusia, India dan Chile sedangkan perairan di
sekeliling Ogonshoto kaya dengan hasil laut. Baginya, Kawai Maru
adalah jawapannya. Kawai Maru menempatkan dua ratus orang
pekerja. Dua tingkat Kawai Maru dijadikan tempat tidur pekerja. Satu
tingkat untuk ruang dapur dan dewan makan. Dua tingkat lagi sebagai

1

tempat menyimpan ikan lengkap dengan bilik sejuk beku. Kawai Maru
menggunakan teknologi moden seperti komputer dan satelit.
Sebahagian besar hasil tangkapan dijual terus di perairan
antarabangsa. Antara tempat yang mempunyai banyak ikan ialah
Jurang Marianas.

Kepulauan Ogonshoto ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada
pemulaan zaman Edo. Merekalah yang menamakan pulau itu sebagai
Ogonshoto. Oleh itu pengaruh Jepun masih terdapat di Ogonshoto.
Misalnya, di Futu-Ata terdapat generasi kacukan Jepun. Ogonshoto
merupakan sebuah pulau yang sangat cantik. Republik Ogonshoto
terdiri daripada enam buah pulau. Kepulauan ini terletak lebih kurang
1500 batu di barat laut Pulau Easter yang menjadi milik negara Chile.
Tatamanu merupakan ibu negara dan pelabuhan utamanya. Tuan
Kawai sering berulang alik ke Ogonshoto kerana perairannya
merupakan lubuk ikan yang luar biasa dan berkualiti tinggi. Di dalam
Kawai Maru anak-anak kapal Kawai Maru banyak bercerita tentang
Ogonshoto. Kami (anak-anak kapal Kawai Maru) berkongsi sesama
kami, dengan penduduk Ogonshoto, dan dengan nakhoda dan anak-
anak kapal bahteranya tentang beberapa peristiwa yang dikenali
sebagai naratif Ogonshoto.

2

BAB 1: KOLONIAL

Pelbagai gelaran buruk diberi kepada Presiden kerana ada dalam
kalangan penduduk Ogonshoto yang tidak menyukainya. Ada yang
menggelarnya Belut Selat Morauka, Dewa Badak dan bermacam-
macam lagi. Antaranya termasuk juga „kolonial‟. Itulah gelaran yang
diberi kepada Presiden. Presiden merupakan seorang anak luar nikah
di Malagana.

Malagana terkenal sebagai sebuah pusat hiburan. Ketika
Presiden berusia tujuh tahun, dia selalu menghabiskan masanya di
pantai Tanjung Takatea. Semasa di pantai, dia asyik memandang
sebuah kapal orang asing yang sering datang ke pulau itu. Dia
mengambil keputusan untuk merapati kapal tersebut. Apabila dia
dapat masuk ke dalam kapal tersebut, dia cuba menyembunyikan
dirinya agar tidak dapat dikesan oleh anak-anak kapal. Dia bertekad
untuk mengikut kapal itu ke Eropah tanpa pengetahuan ibu dan rakan-

3

rakan. Dia pun tertidur dalam kelaparan. Semasa dalam pelayaran
iaitu pada hari yang ke sepuluh dia diserang selesema. Akhirnya dia
ditangkap oleh anak kapal dan dibawa ke Eropah. Di Eropah dia
dihantar menerima pendidikan sehingga ke peringkat universiti.

Setelah lulus di universiti, dia mendapat tawaran bekerja di
sebuah firma. Sebelum dia memulakan pekerjaannya dia ingin
menghabiskan masa selama dua minggu di laut. Malangnya baru tiga
hari belayar, ribut taufan yang luar biasa telah melanda kapalnya.
Kapalnya telah musnah dan dia telah keputusan makanan. Ribut
taufan tersebut telah menghantar kapalnya ke pesisir negaranya yang
sekian lama ditinggalkannya. Akhirnya dia telah kembali ke negara
asalnya, Ogonshoto.

Orang ramai yang menemuinya selepas kapalnya dipukul ribut
taufan menghulurkan bantuan untuk membawanya dan rakan-
rakannya ke pantai. Presiden telah meminta pertolongan mereka untuk
mencari ibunya kerana dia ingin memeluk lutut ibunya yang telah lama
ditinggalkan.

Dia mengambil keputusan untuk menetap di Ogonshoto
manakala tiga orang rakannya telah bertolak ke Tokyo sebelum ke
Eropah. Di Ogonshoto, dia telah menyertai parti politik paling popular
di Ogonshoto. Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia
dilantik sebagai Timbalan Presiden. Selepas Presiden meninggal
dunia, dia dilantik sebagai Presiden Ogonshoto yang baharu. Presiden
mengarahkan penulis-penulis upahan menulis cerita tentang dirinya
yang penuh dengan kebaikan agar dia dikagumi oleh rakyat
Ogonshoto.

Mengikut catatan buku biografinya, Presiden dikatakan diambil
oleh nakhoda kapal sebagai anak angkat semasa nakhoda itu
mendarat di Ogonshoto tetapi sebenarnya dia telah berenang dan
mencuri-curi masuk ke dalam kapal tersebut sehingga tertangkap.

Mengikut catatan buku biografinya, Presiden dikatakan tinggal
dengan nakhoda dan isteri nakhoda setelah kapal yang dinaikinya
berlabuh di Eropah, tetapi sebenarnya dia telah diserahkan kepada
seorang kelasi tua yang sudah bersara dan tinggal bersama-
samanya.

4

Mengikut catatan buku biografinya, Presiden dikatakan begitu
berminat untuk belajar sebaik sahaja diserahkan kepada nakhoda dan
isteri nakhoda tetapi sebenarnya dia dipaksa pergi ke sekolah oleh
kelasi tua itu.

Mengikut catatan buku biografinya, Presiden dikatakan antara
pelajar asing yang paling pintar tetapi sebenarnya dia tidak pernah
mencapai kedudukan di atas nombor 20 di dalam kelasnya.

Mengikut catatan buku biografinya, tesisnya di universiti
dikatakan tentang kemunculan dan perkembangan fahaman
demokrasi di Asia Pasifik tetapi sebenarnya tesisnya adalah tentang
kediktatoran.

Bagi Presiden, pemerintahan akan kekal lama jika tiada
penentangan. Oleh sebab tidak mahu ditentang, dia telah menutup
asrama mahasiswa kerana di situlah mereka akan duduk berkumpul
dan berbincang untuk menentangnya. Para mahasiswa terpaksa
mencari rumah sewa di luar. Sebarang bentuk bantahan tidak akan
dilayan dan mereka akan dihukum. Baginya, tugas utama mahasiswa
adalah untuk mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan sahaja.

Presiden terus mengorak langkah untuk memajukan Ogonshoto.
Ogonshoto mulai berubah. Pembangunan telah berlaku dengan
pesatnya. Pelaburan dari Jepun mencurah-curah masuk. Reka
bentuk pelabuhan dan bangunan seolah-olah seperti berada di
Yokohama, Jepun. Dalam tempoh yang singkat, Presiden telah melihat
gaya hidup anggota Dewan Presiden, keluarga dan penyokong
mereka telah berubah. Corak kapitalisme yang diamalkan telah
berjaya menjadikan setiap individu berlumba-lumba mengumpul
kekayaan. Malah isteri Presiden digelar „Ju‟ yang dalam bahasa Jepun
bermaksud sepuluh kerana dalam setiap urus niaga pemerintah,
komisen sebanyak sepuluh peratus perlu diberikan kepada isteri
Presiden. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran rakyat
Ogonshoto bahawa bagi mereka kekayaan itu adalah milik bersama
dan bukan milik individu. Keadaan ini telah memberi peluang kepada
orang-orang Presiden untuk mengumpul kekayaan kerana rakyat
menolak kekayaan sebagai tujuan hidup.

5

Pada suatu hari Presiden sebuah negara di Afrika telah
mengunjungi Ogonshoto. Mereka saling bertukar pendapat dan
pengalaman cara-cara mengendalikan negara masing-
masing. Presiden negara di benua Afrika tersebut
menyatakan kekagumannya terhadap Presiden kerana amat dihormati
oleh Dewan Presiden dan rakyat Ogonshoto tetapi pendapat itu
disangkal oleh Presiden kerana baginya mereka bukan
menghormatinya tetapi takut kepadanya. Presiden berjaya
mengekalkan kedudukannya dengan memainkan peranannya sebagai
seorang kolonial.

6

BAB 2: JENERAL

Jeneral baru bersara daripada angkatan tentera. Dia membeli
sebuah rumah kecil di Ture. Dia berulang alik antara Ture dan
Tatamanu. Dia mengatakan bahawa dia dilahirkan di Ture walaupun
beberapa orang tua di Futu-Ata mengatakan dia dilahirkan di Pukana.
Penduduk Ture amat menyenangi kedatangan jeneral ke tempat
mereka. Setiap pagi jeneral dan isterinya akan pergi ke kampung-
kampung nelayan atau ke pedalaman bertanya khabar dan
menghulurkan bantuan kepada orang-orang kampung yang baru
dikenalinya. Selepas upacara memuja „semangat rumah‟, dia dan
isterinya terus menetap di situ dan tidak lagi berulang-alik ke
Tatamanu.

Namun bagi seorang pegawai kanan provinsi di Ture, kehadiran
jeneral tersebut sebagai satu petanda tidak baik kerana akan

7

menyaingi pengaruhnya. Dia amat mengharapkan agar jeneral tidak
tinggal di Ture. Pegawai kanan provinsi tersebut telah lama menanam
pengaruhnya di Ture. Dia juga sudah lama menjadi umang-umang. Di
pejabat dia sentiasa berpakaian kemas dan apabila menemui
penduduk di situ dia akan berpakaian seperti mereka. Kehadiran
jeneral di Ture menjadi tanda tanya kepada pegawai kanan provinsi
itu. Baginya kedatangan jeneral bakal menggugat kedudukannya di
Ture. Dia mencari jalan untuk mengusir jeneral keluar dari Ture.
Pegawai kanan provinsi tersebut cuba mencari pengaruh dengan
meluahkan rasa bimbangnya kepada orang-orang yang pernah
menerima pertolongannya. Dia cuba mempertahankan dirinya sebagai
pegawai yang paling layak untuk penduduk Ture. Ada berita yang
mengatakan bahawa jeneral bukan anak jati Ture kerana dilahirkan di
Pukana, Pulau Futu-Ata dan bukannya di Ture. Mereka telah
menokok tambah cerita untuk lebih meyakinkan penduduk di Ture
bahawa jeneral sememangnya tidak dilahirkan di Ture.

Pegawai kanan provinsi mula memainkan peranannya untuk
menyelidiki asal usul jeneral dengan menghubungi rakannya di pejabat
pendaftaran Pukana. Harapannya agar berita jeneral lahir di Pukana
adalah benar dan dapatlah dia menamatkan pengaruh jeneral di
Ture. Jeneral sebenarnya telah melalui proses penghapusan identiti
iaitu identiti tempat lahirnya dihapuskan daripada rekod pejabat
pendaftaran sebelum pertempuran Kiribati. Setelah misi Kiribati
berjaya, sebelum bersara, proses penukaran kartu tentera (kad
pengenalan tentera) kepada kartu awam (kad pengenalam awam), dia
memilih Ture sebagai tempat kelahirannya. Pegawai kanan provinsi
berasa kecewa apabila mendapat tahu nama jeneral tidak ada dalam
buku pendaftaran kelahiran Pukana.

Dalam masa yang sama jeneral juga mempunyai pengikut-
pengikutnya yang cuba memberikan imej yang buruk terhadap
pegawai kanan provinsi. Tersebar kisah pegawai kanan provinsi itu
dilahirkan dalam sebuah kapal dan bukan di Ture. Hal ini menimbulkan
tanda tanya kepada pegawai kanan provinsi itu. Dia kecewa kerana
gagal untuk mendapatkan pengesahan daripada ibunya yang telah
lama meninggal dunia.

8

Jeneral memilih Ture bukan atas sebab keindahannya tetapi lebih
kepada faktor politik yang mulai lemah kerana wakil Dewan Presiden
sudah terlalu tua dan pembangunan di Ture tidak berkembang.
Bandarnya mundur dan rakyatnya tidak berpendidikan
tinggi. Tambahan pula wakil Dewan Presiden tersebut sering
membayangkan yang dia akan berundur atas faktor usia dan daya
ingatannya yang lemah. Jadi wakil Dewan Presiden itu bukanlah
faktor yang merisaukan hatinya. Yang lebih dirisaukannya ialah
pegawai kanan provinsi iaitu saingan politiknya. Matlamat jangka
pendek jeneral adalah untuk menggantikan wakil Dewan Presiden
dalam pemilihan umum dan matlamat jangka panjangnya pula ialah
mendapat kedudukan dan penghormatan serta imbuhan kewangan
sekiranya dia dipilih dalam pemilihan umum tersebut.

Pada suatu malam jeneral dan pegawai kanan provinsi telah
dijemput oleh wakil Dewan Presiden untuk makan malam di sebuah
restoran makanan laut di Ture. Malam itu buat pertama kali mereka
bertiga akan bersua muka. Jeneral telah tiba lebih awal dengan
membawa sepucuk pistol. Lima belas minit kemudian pegawai kanan
provinsi tiba. Mereka menunggu wakil Dewan Presiden yang masih
belum tiba. Satu jam kemudian barulah wakil Dewan Presiden tiba
dengan mengatakan dia terlupa akan perjumpaan malam itu. Oleh
sebab itulah dia menyatakan hasratnya untuk menarik diri dalam
pemilihan umum akan datang kerana sifat pelupanya itu. Apabila wakil
Dewan Presiden bertanyakan kepada pegawai kanan provinsi tentang
hasratnya untuk bertanding, pegawai tersebut mengatakan dia akan
melihat kepada sokongan dan sekiranya perlu bertanding dia harus
meletak jawatan sebagai pegawai kanan provinsi. Apabila ditanya
pula kepada jeneral, dia mengatakan bahawa dia masih baru dan
belum terfikir untuk bertanding kerana wakil Dewan Presiden masih
ada. Jeneral memberitahu pegawai kanan provinsi tersebut yang
pegawai kanan provinsi tersebut lebih layak menggantikan wakil
Dewan Presiden. Pegawai kanan provinsi gembira mendengarnya dan
berharap hasrat jeneral akan menjadi kenyataan. Pegawai kanan
provinsi mula berangan-angan kerana baginya laluan telah terbuka
luas untuknya.

9

Pada masa yang sama jeneral menyusun strategi kerana wakil
Dewan Presiden sudah terlalu tua dan pegawai kanan provinsi pula
sedang asyik dengan angan-angannya. Seminggu selepas itu
pegawai kanan provinsi telah meletakkan jawatan dan membuat
liputan tentang hasratnya untuk bertanding. Dia sudah tidak lagi pergi
ke kampung tetapi terus merangka strategi dengan mengadakan
beberapa mesyuarat. Sementara itu jeneral terus berkempen dengan
anggota komiti parti provinsi untuk membangunkan Ture. Dia berjanji
yang keuntungan yang bakal diperoleh apabila Ture membangun akan
dibahagi sama rata dengan syarat penduduk Ture memilih jeneral
dalam pemilihan umum. Sokongan yang diberi nampaknya lebih
memihak kepada jeneral. Keadaan ini sangat tidak disenangi oleh
pegawai kanan provinsi, lalu dia juga menyusun strategi.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon yang menyampaikan pesanan
penting daripada pejabat Presiden. Presiden ingin menemui jeneral
dan pegawai kanan provinsi pada jam sembilan malam di dalam bot di
hujung pangkalan Ture. Presiden ingin menyelesaikan kemelut antara
mereka. Kedua-duanya tiba dengan berpakaian rasmi untuk berjumpa
Presiden. Namun Presiden masih belum tiba. Mereka terus ke
pangkalan namun Presiden masih belum ada di situ. Pegawai kanan
provinsi tertarik dengan pistol jeneral dan ingin melihatnya. Jeneral
telah memberi pistol tersebut tanpa sebarang prasangka. Tanpa
disangka-sangka pegawai kanan provinsi telah mengacukan pistol
tersebut ke arah jeneral untuk membunuhnya. Malangnya pistol
tersebut tiada peluru. Jeneral marah lalu merampas semula pistol
tersebut dan menolak pegawai kanan provinsi sampai terlentang di
pangkalan. Jeneral terus mengacukan pistol tersebut kepada pegawai
kanan provinsi tersebut dan menembak pegawai kanan provinsi.
Pegawai kanan provinsi itu dicampaknya ke dalam laut. Setelah
menunggu satu jam namun presiden belum datang juga, jeneral pun
pulang ke rumah tanpa rasa bersalah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh wakil Dewan Presiden
berjalan lancar. Ketika mesyuarat berhenti rehat sebelum pemilihan
dibuat, wakil Dewan Presiden telah memanggil jeneral ke bilik
mesyuarat. Wakil Dewan Presiden telah melemparkan sampul surat

10

yang mengandungi gambar kepada jeneral dengan perasaan marah.
Gambar tersebut ialah gambar semasa kejadian tembakan di
pangkalan. Jeneral sangat terkejut. Semua anggota komiti telah
melihat gambar-gambar tersebut. Jeneral terperangkap dan telah
digari oleh empat orang anggota polis dan seterusnya dibawa ke balai
polis. Kerusi Ture terus kekal menjadi milik wakil Dewan Presiden.

11

BAB 3: PENYAMARAN

Tubua merupakan sebuah pekan pelabuhan di barat Gora-
Gora. Tubua juga kaya dengan keindahan alam semulajadi. Orang-
orang Presiden ingin membangunkan Tubua. Sekumpulan penduduk
di pedalaman Tubua tidak bersetuju dengan rancangan ini. Mereka
menubuhkan sebuah komiti untuk memprotes rancangan tersebut.
Pada suatu petang, protes itu terhenti apabila terlihat seorang lelaki
tua berjalan menuju ke arah mereka. Lelaki tua dari Kuri itu
menyatakan yang dia datang ke situ setelah mendengar ada bantahan
di situ tentang rancangan Presiden. Ketua kumpulan protes berterima
kasih kepada lelaki tua itu kerana memberi sokongan kepada
mereka. Lelaki tua itu telah dipelawa untuk bermalam di situ. Dia
dijamu dengan makanan dan minuman serta arak. Tuan rumah
menceritakan kepada lelaki tua tersebut perihal pemimpin pada zaman
dahulu yang sangat prihatin terhadap rakyat sehingga ada yang
menyamar untuk mengetahui keadaan rakyat dengan lebih
dekat. Lelaki tua itu tertawa mendengar cerita tuan rumah itu dengan

12

mengatakan bahawa Presiden tidak akan melakukan penyamaran
kerana zaman sudah berubah sekarang.

Lelaki tua itu memberitahu mereka bahawa pada masa dahulu
rakyat akan berkumpul untuk berbincang tentang masalah yang
dihadapi dan berusaha untuk menyelesaikannya. Namun amalan
tersebut tidak lagi diamalkan oleh penduduk Ogonshoto
sekarang. Kenyataan lelaki tua itu telah disangkal oleh seorang anak
muda dengan mengatakan bukan mereka tidak mahu duduk
berbincang tetapi perbincangan itu telah berpindah ke Dewan Presiden
yang tertutup sehingga mereka jarang dapat mendengar keputusan
yang telah diambil. Lelaki tua itu mencadangkan agar protes itu
dihentikan jika ingin pendapat mereka didengar oleh Presiden. Semua
yang mendengar cadangan tersebut terkejut dan tidak bersetuju
dengan pendapat lelaki tua itu. Lelaki tua itu ingin tahu sebab mereka
tidak mahu Tubua dimajukan. Tuan rumah tersebut menerangkan
bahawa mereka tidak mahu Tubua nanti akan tercemar dengan
masalah perjudian dan pelancongan yang membawa banyak
keburukan serta kerosakan kepada alam semulajadi.

Penduduk Tubua yang tidak bersetuju dengan rancangan
Presiden ingin meneruskan protes mereka sehingga ke pintu istana
Presiden di Tatamanu. Dengan jumlah seramai 100 orang dewasa, 30
orang remaja lelaki dan wanita serta 20 keping sepanduk mereka
berarak ke Tubua. Perarakan itu diketuai oleh lelaki tua yang datang
dari Kuri. Mereka tiba di Tubua menjelang waktu senja. Jumlah orang
ramai yang menyokong mereka semakin bertambah. Lelaki tua dari
Kuri itu terus mengepalai perarakan ke Tatamanu. Sampai sahaja di
persimpangan jalan, mereka berhadapan dengan sekumpulan anggota
angkatan bersenjata. Tiba-tiba lelaki tua itu meluru ke arah anggota
angkatan bersenjata dan menjerit dengan mengatakan “dari Kuri” lalu
terus lenyap dalam kepulan asap yang dilepaskan oleh pihak anggota
bersenjata. Akhirnya semua orang yang terlibat dalam perarakan itu
lari bertempiaran.

Salah seorang lelaki yang menyertai perarakan itu berpendapat
bahawa lelaki tua dari Kuri itu ialah Presiden. Teori penyamaran itu
telah tersebar tetapi segera ditutup oleh akhbar tunggal di Ogonshoto

13

dengan mengatakan bahawa empat jam selepas kembali dari Peru,
Presiden terus ke pejabatnya. Terdapat satu berita yang mengatakan
seorang lelaki telah ditangkap dalam „Peristiwa Tubua‟ dan kini sedang
disiasat oleh pihak tentera. Apabila kisah penyamaran itu timbul lagi,
akan ada sekumpulan orang yang menafikannya dengan memberitahu
orang ramai yang merekalah yang menyambut dan menghantar
Presiden balik ke istana setibanya dari Peru. Akhirnya, teori
penyamaran ini lama kelamaan hilang. Namun begitu masih ada yang
tertanya-tanya siapakah lelaki tua dari Kuri itu. Walau bagaimanapun
persoalan itu tidak ada jawapan dan tetap menjadi misteri.

14

BAB 4: AISBERG

Aisberg daripada Kutub Selatan dikatakan telah dapat ditarik
untuk dibawa ke Ogonshoto. Berita dari stesen televisyen dan radio
di Republik Ogonshoto menyiarkan ucapan Presiden tentang empat
belas orang nakhoda sedang menarik aisberg untuk kelangsungan
hidup di Ogonshoto. Dalam tempoh dua bulan lagi Ogonshoto akan
dilanda kemarau yang sangat dahsyat. Dengan ketibaan aisberg
tersebut nanti bakal menyelamatkan keadaan kemarau di
Ogonshoto. Sejak berita penarikan aisberg diumumkan, pantai Teluk
Pinavana sering dikunjungi penduduk Ogonshoto. Antaranya
termasuklah seorang lelaki tua dari Runakita. Penduduk di Ogonshoto
mula berangan-angan akan ketibaan aisberg tersebut sehingga lupa
bahawa bumi Ogonshoto sudah mula merekah dan tiada setitik air
hujan pun yang turun membasahi bumi Ogonshoto.

Setelah letih menunggu lelaki tua itu balik ke rumah dengan
membawa empat belas tong kosong untuk mencari sumber air sama
ada dengan membeli air tersebut atau mendapatkannya daripada
sumber asli. Dia ingin memastikan bahawa empat belas tong itu harus
penuh dengan air sebelum sampai ke rumahnya.

Dalam masa yang sama pihak pentadbir Ogonshoto sibuk
membincangkan proses pengagihan aisberg itu nanti kepada
penduduk di Ogonshoto. Berita tentang proses pengagihan itu telah

15

tersebar di akhbar, radio dan televisyen namun seminggu kemudian
barulah lelaki tua itu mendapat berita tersebut melalui jirannya.

Pada suatu pagi ketika jirannya hendak pergi ke Teluk Pinavana
untuk menunggu ketibaan aisberg, lelaki tua itu mula menggali satu
kawasan kecil di rumahnya untuk membuat kolam. Beberapa hari
kemudian, jirannya memaklumkan kepadanya bahawa kontraktor-
kontraktor yang dipilih untuk mengangkat dan memotong aisberg
tersebut telah memberi kata dua kepada pihak pentadbir Ogonshoto
supaya bayaran sebagai upah melakukan kerja tersebut digandakan
sebanyak tiga kali daripada yang telah ditetapkan di dalam perjanjian
dan mesti dilunaskan sebelum aisberg tiba atau mereka tidak akan
memberi kerjasama. Lelaki tua itu hanya tersenyum lalu meneruskan
kerja-kerja mendalamkan kolamnya.

Tidak lama kemudian muncul lagi jirannya memaklumkan pihak
pentadbir Ogonshoto bersetuju dengan tuntutan tersebut. Lelaki tua
itu meminta jirannya memaklumkan kepadanya apabila aisberg
tersebut telah sampai di Ogonshoto. Dalam masa yang sama dia
meneruskan kerja-kerja mendalamkan kolam dengan harapan akan
muncul mata air. Namun masih belum ada tanda-tanda adanya mata
air.

Setelah tiga bulan berlalu, jirannya tidak lagi muncul membawa
berita tentang aisberg. Aisberg yang dinanti-nantikan tidak juga
muncul. Lelaki tua itu tertanya-tanya adakah cerita tentang penarikan
aisberg ke Ogonshoto itu betul atau adakah aisberg itu telah cair
semasa dalam perjalanan ke Ogonshoto. Namun akhirnya perigi yang
digali oleh lelaki tua itu menemui mata air.

16

BAB 5: MAINAN

Seorang pemuda sedang leka bermain dengan binatang
buruannya. Dia tidak pernah terfikir dia akan pandai bermain
permainan tersebut jika dia tidak hanyut di lautan selama enam puluh
hari. Selama tujuh hari dan tujuh malam keluarganya sibuk
mencarinya namun tidak berjumpa. Pada suatu malam ibunya
mengalami mimpi buruk dan pada keesokan harinya ibunya seperti
biasa pergi ke gereja untuk mendoakan keselamatan anaknya
itu. Tatkala ingin keluar dari rumahnya, datang seorang tentera
membawa khabar anaknya telah selamat dan dirawat di hospital
Tubua. Anaknya sudah beransur pulih dan yang paling mengejutkan
ibunya ialah anaknya itu akan menjadi anak angkat Presiden
Ogonshoto setelah dia sihat kelak.

Pihak media memuji tindakan Presiden mengambil pemuda dari
Banaba ini sebagai anak angkat. Pemuda ini telah diajar cara
berpakaian, bercakap dan menghadiri majlis rasmi. Pada peringkat
awal pemuda ini ditempatkan di stor peralatan sukan. Setahun
kemudian dia ditempatkan di bahagian stor pemakanan istana bagi
menentukan bekalan makanan basah dan kering sentiasa
mencukupi. Beberapa tahun kemudian, kerana sifatnya yang rajin,
dedikasi, disiplin dan amanah, dia telah bebas pergi ke setiap tempat
di dalam istana kecuali kamar Presiden. Walau bagaimanapun dia
tetap mengambil sikap berdiam diri atau tidak bercakap banyak.

Gerhana matahari penuh akan berlaku setiap 1642 hari. Sehari
selepas gerhana matahari penuh, permainan memburu binatang
peliharaan diadakan. Waktu permainan bermula saat matahari gelincir
rembang sehinggalah sampai waktu matahari terbenam. Setiap

17

pemburu dibenarkan menggunakan senjatanya sebanyak tiga kali
sahaja. Jika setelah tiga kali, binatang buruan tersebut masih tidak
mati maka binatang tersebut mesti dibebaskan. Permainan tersebut
diadakan di sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggir gunung yang
berhutan.

Menurut pekerja istana, Presiden tidak pernah ketinggalan untuk
mengambil bahagian dalam permainan ini. Binatang buruan Presiden
sebelum ini ialah keluang, musang, babi hutan tua dan beruk. Semua
binatang buruan ini berjaya menjadi sasaran Presiden. Kali ini mereka
tidak tahu apakah binatang buruan Presiden.

Pesta bermula. Presiden dan keluarganya berada di barisan
hadapan diikuti dengan menteri dan rakyat biasa. Masing-masing
dengan binatang buruan mereka tetapi Presiden tidak memegang apa-
apa binatang di tangannya. Pemuda Banaba itu mencengkam tupai
keruwaknya dan mengerling ke arah Presiden dan melihat Presiden
menyeluk poket seluar seolah-olah menyeluk sesuatu daripada poket
seluarnya dan mula mengejar mainannya. Dia pun terus memburu
tupai keruwaknya tetapi tidak sempat menyumpitnya ketika itu.
Selepas menyumpit untuk kali yang ketiga, tupai itu hilang daripada
pandangannya.

Tiba-tiba dia terdengar suara Presiden memanggilnya. Dia berasa
sangsi. Dia sudah pasrah bahawa dia akan kembali sebagai pemain
yang tewas. Dia terfikir mungkin panggilan Presiden adalah untuk
membantunya mengejar tupai keruwak tersebut. Tetapi sangkaannya
meleset kerana tiba-tiba dia mendengar satu das tembakan berdesing
di sisinya. Apabila dia menoleh, dilihatnya Presiden sedang meluru ke
arahnya sambil mengacukan pistol dengan tembakan das kedua
menembusi lengan kanannya. Dia cuba melaungkan dan
menyedarkan Presiden bahawa yang ditembak itu bukan binatang
buruan tetapi dirinya tetapi Presiden terus mendekatinya dan
melepaskan das yang ketiga lalu mengenai betis kirinya. Dia benar-
benar bingung dengan keadaan itu dan terus berlari. Apabila teringat
sudah tiga kali tembakan dilepaskan dia memperlahankan langkahnya
dan terus menuju ke dalam hutan.

18

Sementara menunggu matahari terbenam, pemuda Banaba yang
kesakitan tadi melihat semak-semak bergoyang. Tanpa disangka-
sangka Presiden muncul dan melepaskan das yang keempat yang
menghancurkan tapak tangan kanannya. Dalam semak yang
bergoyang-goyang tadi muncul beberapa orang tentera elit Presiden
menyerbu ke arahnya dan mencengkam pipi dan memaksanya
mengeluarkan lidah lalu memotong lidahnya dan kedua-dua
pergelangan tangannya dikerat. Presiden telah memberi amaran
kepadanya supaya dia tidak pulang ke istana lagi.

Pemuda Banaba berasa amat sedih kerana permainan itu telah
dikhianati dan dia menjadi mangsa kezaliman Presiden dan tentera
elitnya. Dalam keadaan parah dia terus masuk ke dalam hutan dan
telah ditemui oleh sekumpulan resi (orang pertapa). Resi-resi tersebut
merawatnya. Semasa menerima rawatan pemuda ini telah mengimbas
kembali kehidupannya yang karam di lautan dan diselamatkan dan
menikmati satu kehidupan yang sangat hebat tetapi dalam sekelip
mata permainan memburu binatang peliharaan telah memusnahkan
kebahagiaan yang dinikmatinya selama ini. Pemerintah Eropah
sebenarnya telah mengharamkan manusia menjadi binatang buruan
tetapi kini dirinya menjadi mangsa buruan. Pemuda tersebut
mengambil keputusan untuk terus berada di hutan bersama resi-resi
tersebut kerana baginya Ogonshoto sudah tertutup untuknya dan
Banaba juga bukan tempat yang sesuai baginya.

19

BAB 6: PENTAFSIR

Lelaki tua yang gemar menyelam merupakan resi yang dikenali
oleh masyarakat di Aitu. Tiada siapa yang sanggup bertentang mata
dengan resi tersebut. Resi tersebut tidak bercakap banyak. Jika
bercakap, kata-katanya penuh dengan maksud yang tersirat. Ada
seorang penduduk menjadi pendamping resi tersebut. Tetapi setelah
sepuluh tahun dia mendampingi resi, kini dia mula mentafsir semua
pengalamannya tentang resi tersebut.

Pada peringkat awal ada sebelas buah rumah sahaja di Aitu.
Salah sebuah rumah tersebut merupakan rumah resi. Terdapat empat
bandar sahaja yang telah membangun, iaitu Tatamanu, Pukana,
Tubua dan Malagana. Pada suatu hari Aitu dilanda dua petanda
buruk. Petanda buruk itu ialah terdapat bangkai seekor paus
terdampar di pantai dan debu gunung berapi meliputi seluruh
Aitu. Keadaaan tersebut membuatkan resi dan seluruh penduduk di
Aitu mula mentafsir maksud di sebalik dua kejadian tersebut.

Presiden Ogonshoto akan datang ke Aitu kerana berhasrat ingin
memajukan Aitu. Pada satu hari datang utusan Presiden ke Aitu
memberitahu tentang perancangan pembangunan di Aitu dan tentang
kedatangan Presiden ke Aitu untuk mengadili satu sayembara tentang

20

„ciptaan yang hidup‟. Hadiahnya ialah sebutir kelapa emas. Tiga orang
resi telah memberanikan diri menyertai sayembara tersebut termasuk
resi yang paling muda. Masing-masing mula mentafsir dan cuba
menyiapkan ciptaan mereka. Pada hari sayembara itu diadakan,
Presiden datang untuk mengadili hasil ciptaan mereka. Setiap ciptaan
diletakkan di tepi pantai dan ditutup. Hanya Presiden sahaja yang akan
membuka kain penutup dan melihat hasil ciptaan tesebut untuk diadili.
Apabila dilihat ketiga-tiga ciptaan, Presiden memilih ciptaan resi muda
itu sebagai yang terbaik. Presiden telah melontarkan kelapa emas
menghancurkan ciptaan resi muda itu. Bagi mereka mungkin itu cara
seorang Presiden menyampaikan hadiah. Namun bagi resi muda itu,
itu adalah cara seorang terpelajar membodohkan dirinya sebagai
manusia biasa.

Resi muda mentafsirkan peristiwa tersebut dengan memberi satu
gambaran yang menunjukkan dua kuasa sedang bergelut iaitu kuasa
baik dan kuasa jahat. Dalam pertapaannya, resi muda mentafsirkan
yang Tuhan telah menggantikan ikan-ikan ciptaannya menjadi ikan
karang berwarna-warni manakala hadiah ciptaan Presiden yang
berupa kelapa emas ialah hidupan laut yang menjadi perosak karang.
Jelas menunjukkan bahawa dua petanda telah Tuhan turunkan di bumi
Aitu. Keadaan ini juga memberi tafsiran bahawa mustahil untuk rakyat
biasa melawan seorang Presiden yang berkuasa. Keadaan ini tidak
seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Kezaliman harus ditentang.

Selepas dua puluh satu hari pendamping resi memberi tafsiran
tentang sebahagian riwayat resi tua, datang seseorang yang mengaku
dirinya dari Pejabat Presiden di Tatamamu untuk mendapat maklumat
dan mentafsir tentang imbuhan nirwana yang akan diberi kepada
orang yang berjaya membunuh hidupan laut perosak karang. Apabila
diberitahu bahawa tafsiran tersebut dibuat oleh resi tua, dia
menyatakan hasratnya untuk menemui resi tua. Dia dibawa menemui
resi tua itu dan mereka telah bersoal jawab tentang isu tafsiran
imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut
perosak karang. Dia memberi amaran kepada resi tua itu bahawa dia
boleh dikenakan hukuman atas pendapat yang diberinya itu. Namun
resi tua itu menafikan kerana baginya Tuhan akan memberi imbuhan

21

kepada perkara kebaikan. Selanjutnya resi tua itu berkata ringkas,
“akan tiba”. Orang dari Tatamamu membuat tafsiran yang kata-kata
“akan tiba” bermaksud Tuhan akan tiba. Lalu dia pun menunggu
ketibaan Tuhan yang dipercayainya akan memberi jawapan kepada
persoalannya. Tuhan yang ditunggunya tetap tidak kunjung tiba
sehingga akhirnya orang dari Tatamamu itu menemui ajalnya di tepi
pantai dengan mata yang terbuka. Mayatnya dibawa balik ke
Tatamanu.

Dalam perjalanan pulang selepas kapal layar yang membawa
mayat tersebut meninggalkan Aitu, pentafsir berbual-bual dengan resi
tua. Menurut pentafsir, yang dimaksudkan oleh resi tua dengan kata-
kata “akan tiba” bukanlah bermakna Tuhan akan tiba atau maut akan
tiba tetapi sebenarnya kebenaran yang akan tiba apabila kuasa baik
dapat mengatasi kuasa jahat. Resi tua tidak mengatakan apa-apa
kepada pentafsiran yang diberikan oleh pentafsir tetapi menangis
teresak-esak. Namun begitu pada anggapan pentafsir, kesudian resi
tua memagang lengangnya dan berjalan seiring bermaksud yang resi
tua itu bersetuju dengan pendapatnya.

22

BAB 7: JARI

Pada suatu ketika dahulu kritikan terhadap pemerintah di
Ogonshoto sangat kuat. Presiden telah memberi kebenaran kepada
rakyatnya untuk mengkritik dan tidak akan mengambil tindakan atas
keluarga atau sesiapa sahaja atas kritikan tersebut. Dia ingin
menjadikan Republik Ogonshoto sebagai contoh terbaik tentang
fahaman demokrasi moden.

Ada seorang guru sains sekolah tinggi di Tatamanu yang telah
mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku di Ogonshoto. Dia
telah menyiapkan satu makalah untuk diterbitkan. Pada masa itulah
guru ini telah berkata kepada dirinya bahawa dia akan mengerat jari
manis tangan kanannya jika makalah itu diterbitkan kerana dia serta
keluarga atau saudara–mara bebas daripada tindak balas keras
pemerintah seperti yang telah dijanjikan oleh Presiden. Makalah yang
bertajuk Daratan telah mengkritik pentadbiran Ogonshoto yang dengan
mudah menyerahkan daratan kepada kuasa luar sehingga hak anak
peribumi Ogonshoto terabai. Makalah tersebut telah diterbitkan.

Setelah seminggu berlalu dan didapati tiada sebarang tindakan
yang dikenakan lalu guru tersebut teringat akan janjinya untuk
mengerat jari manis tangan kanannya sekiranya dia bebas daripada
tindakan tersebut. Guru tersebut terpaksa melunaskan janjinya dengan
berjumpa sahabatnya iaitu pengidap pesakit kusta untuk meminta
pertolongan. Dengan bantuan sahabatnya, di perumahan para

23

penghidap lepra akhirnya jari manisnya telah berjaya dipotong tanpa
guru itu berasa sakit. Diambilnya jari yang sudah putus itu dan
dimasukkan ke dalam balang kaca. Dua minggu kemudian dia
mendapat sepucuk surat yang mengarahkannya meninggalkan
Tatamanu dalam tempoh dua puluh empat jam. Ini adalah tindakan
yang dikenakan terhadapnya akibat penerbitan makalahnya. Saudara-
maranya juga turut terlibat dengan hukuman tersebut dan guru
tersebut menjadi bahan kemarahan saudara-maranya.

Beberapa minggu kemudian terdengar berita bahawa tiga syarikat
dari Turki, Jepun dan Jerman telah pergi ke kawasan pedalaman di
Kuri untuk menebang hutan di situ bagi dijadikan padang
golf. Beberapa orang datang berjumpa guru tersebut untuk meminta
pendapatnya. Guru itu menyatakan kemarahannya dan tidak bersetuju
dengan apa yang bakal berlaku. Tambahan pula kajian alam sekitar
tentang projek tersebut belum lagi dilakukan. Guru itu memberitahu
mereka sekiranya kajian alam sekitar dilakukan nescaya projek itu
akan terbatal dan dia berani mempertaruhkan jari hantunya pula. Guru
tersebut terlalu yakin dengan dirinya bahawa jari hantunya tidak akan
menjadi korban kerana mereka telah melalui satu tempoh yang amat
getir iaitu kemarau yang sangat dahsyat. Sudah tentu mereka tidak
akan mahu peristiwa itu berulang kembali dan bersungguh-sungguh
untuk mempertahankan hutan itu daripada diteroka untuk dijadikan
padang golf.

Seminggu kemudian kumpulan pencinta alam secara rasmi
membantah projek tersebut. Pemerintah Ogonshoto telah
membatalkan projek tersebut. Guru tersebut berasa sangat gembira.
Dalam masa yang sama penyokong kuat Presiden sedang
merencanakan sesuatu untuk membina juga padang golf tersebut
walaupun pemerintah Ogonshoto telah membatalkannya. Mereka
menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk bertindak.

Guru yang sedang gembira itu merancang untuk mengadakan
majlis kesyukuran kerana projek tersebut telah dibatalkan. Majlis
kesyukuran itu diadakan di rumah guru tersebut. Walau bagaimanapun
kemeriahan majlis itu telah dikejutkan dengan pengumuman daripada
pejabat Presiden tentang rancangan pembinaan padang golf bertaraf

24

antarabangsa akan dibina dan projek tersebut tidak akan
memudaratkan Ogonshoto. Semua yang hadir terkejut terutama guru
tersebut. Namun mereka sudah pasrah dengan ketentuan itu dan
menasihati guru tersebut agar tidak mengerat jarinya. Namun guru
tersebut yang berpegang teguh kepada janjinya. Dia menelefon
sahabatnya untuk memotong jari manisnya tetapi sahabatnya telah
meninggal dunia. Akhirnya guru itu telah memotong jarinya sendiri
sebagaimana yang telah dijanjikan.

25

BAB 8: KAMERA

Adik ke pada seorang aktivis hak asasi manusia yang berasal dari
Runakita telah dipilih mewakili Ogonshoto dalam program Penyelidik
Muda Asia-Pasifik di Tokyo. Dia ditempatkan di sebuah politeknik di
pinggir Tokyo di bawah penyeliaan seorang professor. Pada suatu
pagi di dalam teksi untuk balik ke rumahnya dia membelek sebuah
akhbar Ogonshoto yang dbelinya dan terpandang sebuah iklan
tentang seorang komandan tua yang memohon maaf kepada semua
pihak atas kesilapannya sepanjang perkhidmatannya dalam Angkatan
Bersenjata Republik Ogonshoto. Anak-anaknya sendiri tidak mahu
menjaganya. Hanya isterinya yang tua dan lumpuh yang menjaganya.

Pemandu teksi menceritakan perihal komandan tua itu dan
membawanya ke rumah komandan tersebut untuk melihat sendiri
keadaannya. Sesampai di rumah bekas komandan itu dia melihat
bekas komandan itu meracau untuk meminta maaf atas semua
kesalahannya. Di situ juga dia melihat seorang lelaki iaitu rakan
kepada bekas komandan itu cuba menenangkannya agar tidak perlu
memohon maaf kerana semua tindakannya selama ini atas arahan
Presiden. Dia meminta bekas komandan itu meminta maaf kepada
Tuhan. Namun nasihat lelaki tersebut tidak diendahkan oleh bekas
komandan.

26

Semasa bekas komandan itu meracau, dia menyebut tentang
pembunuhan seorang lelaki aktivis hak asasi manusia yang
dilakukannya atas arahan Presiden. Isteri bekas komandan itu
memarahi lelaki tersebut kerana mengganggu suamnita. Bekas
komandan tersebut akhirnya dibawa oleh lelaki tersebut ke hospital
tentera bagi mengelak segala rahsia antara bekas komandan itu dan
Presiden terbocor.

Sekembalinya pemuda itu ke kamarnya, dia telah memasang
dengan lengkap kamera yang dibelinya. Dia telah berjaya
mencantumkan semua peralatan untuk kamera eksperimentalnya
itu. Kamera itu sangat canggih kerana dapat merakam foto dan suara
untuk setiap detik peristiwa yang dilaluinya. Semua pergerakan dan
suara temannya semasa pergi ke lapangan terbang telah dirakamkan
di dalam kamera tersebut. Dia menunjukkan foto hasil rakaman
kamera eksperimentalnya kepada temannya.Temannya terkejut
dengan hasil kamera itu yang sangat canggih. Pemuda itu
menceritakan pengalamannya kepada temannya ketika pergi ke rumah
bekas komandan itu termasuk kisah bekas komandan itu memberitahu
temannya yang dia telah membunuh seorang lelaki aktivis hak asasi
manusia di jurang kawah gunung berapi Gora-Gora. Menurutnya lagi
berkemungkinan lelaki aktivis hak asasi manusia itu ialah abang
tuanya yang dikatakan telah bersembunyi di Amerika.

Mereka pun mengambil keputusan untuk mendaki gunung berapi
Gora-Gora. Sepanjang perjalanan mereka kamera eksperimental
itu telah merakamkan setiap detik yang berlaku. Apabila dicuci, dia
menjerit apabila didapati terdapat tiga foto dan tiga pita suara yang
terakam dalam kamera tersebut. Foto 1 ialah foto abang tuanya dalam
keadaan matanya telah diikat dengan sehelai kain dan komandan
memegang pistolnya. Pita suara pula merakamkan suara abangnya
meminta tolong supaya tidak diapa-apakan. Foto 2 pula
memperlihatkan abangnya di tepi jurang dan komandan mengacukan
pistol ke arah kepala abang tuanya. Pita suara memperdengarkan
abangnya merayu supaya jangan dibunuh dan dibawa ke pengadilan.
Kemudian terdengar bunyi tembakan. Foto 3 pula menunjukkan

27

anggota tentera menerajang mayat abang tuanya masuk ke dalam
kawah gunung berapi dan komandan menyarungkan pistolnya semula.

Rupa-rupanya abang tuanya bukan menghilangkan diri tetapi
telah dibunuh dengan kejam di kawah gunung berapi Gora-
Gora. Temannya memintanya untuk membawa isu tersebut ke muka
pengadilan. Dia bersetuju dan menyediakan panduan cara-cara
menggunakan kamera untuk temannya sekiranya berlaku sesuatu
terhadap dirinya dan meminta temannya mengamanahkan kamera itu
kepada orang yang dipercayai jika sesuatu yang buruk terjadi kepada
temannya itu. Kamera tersebut merupakan teknologi yang dicipta
untuk membolehkan sesiapa sahaja melihat semula peristiwa masa
lampau dan merakamkan visual serta audionya. Pergerakan serta
perbuatan manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi
boleh dirakamkan semula.

Dia telah menyerahkan tiga keping foto dan pita suara sebagai
bukti laporan rasminya di pejabat undang-undang Tatamanu. Dia ingin
mendapatkan keadilan untuk abangnya supaya dapat membawa
bekas komandan ke muka pengadilan. Tiba-tiba datang dua orang
tentera menahannya kerana memiliki kamera yang belum diluluskan
penggunaannya. Tanpa disedarinya, tiga keping foto dan pita suara
yang diberikan kepada pejabat undang-undang di Tatamanu telah
dibuat salinan dan diserahkan kepada pegawai di hospital tentera
tempat bekas komandan itu diawasi. Foto dan pita suara itu telah
dipertontonkan kepada bekas komandan tersebut. Bekas komandan
tersebut menjerit ketakutan sehingga pengsan semasa melihat foto-
foto tersebut. Menurut doktor, bekas komandan tersebut sudah tidak
dapat diselamatkan lagi dan maut sedang menghampirinya. Pihak
hospital telah memanggil sebuah teksi untuk menghantar bekas
komandan tersebut pulang ke rumahnya.

Setelah dua hari ditahan, keesokan harinya akan bermula
perbicaraan ke atas dirinya. Namun dia belum dimaklumkan tarikh dan
masa kes pembunuhan abang tuanya akan dibicarakan. Dia
terbayang kamera eksperimentalnya yang boleh merakam peristiwa
masa lampau pada masa kini. Dia tidak tahu di tangan siapa kamera
itu berada sekarang.

28

BAB 9: BAHTERA

Seorang lelaki berumur lewat lima puluhan berhasrat membina
sebuah bahtera setelah melihat seekor penyu raksasa yang melintas
di bawah perahunya. Kemunculan penyu raksasa itu membawa
alamat yang gempa bumi bakal berlaku di Ogonshoto. Nakhoda
tersebut telah menceritakan peristiwa kemunculan penyu raksasa itu
kepada orang ramai agar bersiap sedia untuk mencari sebuah sebuah
daratan yang baru. Pada mulanya mereka tidak mempercayai kata-
katanya tetapi apabila ada seorang lelaki mengatakan bahawa dia
pernah mendengar hal itu daripada bapanya yang juga telah
mendengar hal itu daripada datuknya, barulah mereka
mempercayainya. Ramai orang yang mempercayai kata-katanya
kecuali anak lelaki kepada lelaki tersebut. Anaknya tidak percaya yang
Ogonshoto akan dilanda gempa bumi. Namun hal itu tidak
mematahkan semangat lelaki tersebut untuk membina sebuah
bahtera.

29

Kos membina sebuah bahtera sangat tinggi. Oleh itu lelaki
tersebut telah membuat permohonan kepada pemerintah Ogonshoto.
Namun sistem birokrasi di Ogonshoto yang begitu rumit menyebabkan
permohonannya ditolak. Akhirnya dia memohon bantuan daripada
sebuah firma Jepun di Futu-Ata. Seminggu selepas itu dia diberi surat
rasmi dan diberi kebenaran membina bahtera. Kerja-kerja membina
bahtera dimulakan. Setelah bahtera siap semua penduduk mula
menaiki bahtera. Tiga orang penduduk tidak dibenarkan menaiki
bahtera kerana mengalami keracunan makanan dan dibimbangi
penyakit itu akan berjangkit kepada orang lain. Namun salah seorang
daripada mereka yang sakit itu mengugut lelaki tersebut (nakhoda
bahtera) kerana menurutnya lima orang yang menghadiri jamuan di
istana telah berada di dalam bahtera. Atas dasar perikemanusiaan,
nakhoda tersebut memberi kebenaran kepada mereka untuk menaiki
bahtera dan menempatkan mereka di bahagian buritan bahtera
supaya penyakit mereka tidak menjangkiti penumpang-penumpang
yang lain. Akhirnya anak lelakinya juga turut serta menaiki bahtera
tersebut. Sauh pun dibongkar dan mereka pun memulakan pelayaran.

Nakhoda telah memanggil tukang masak yang menyediakan
makanan di istana Presiden untuk menyiasat perihal mangsa
keracunan makanan. Tukang masak tersebut menceritakan perihal
dia berasa sakit hati dengan Presiden kerana tetamu Presiden sahaja
yang boleh makan makanan yang enak-enak. Apabila tetamu
Presiden ingin makan bubur tradisional yang mengandungi daging
rusa, tukang masak itu jadi bingung kerana rusa sudah tidak ada lagi
di Ogonshoto. Kebetulan ada seorang lelaki datang ke rumahnya,
maka lelaki itu telah menjadi mangsanya. Dia telah melapah daging
lelaki itu dan memasukkan ke dalam bubur tradisional tersebut.
Apabila diselidiki lelaki itu mempunyai penyakit kelamin yang parah.
Oleh itu sesiapa yang makan bubur tersebut telah mendapat
jangkitan penyakit tersebut.

Setelah mendengar penjelasan daripada tukang masak tersebut,
nakhoda menghampiri lampu hurricane yang belum dipadamkan. Di
sisi lampu hurricane tersebut ada sebuah buku catatan. Di dalam buku
catatan tersebut anak lelakinya menulis yang dia tidak mengikut

30

bapanya untuk menaiki bahtera tersebut. Tubuh badan nakhoda itu
gementar tetapi digagahinya juga keluar ke geladak dan melihat
keadaan alam.

Semasa nakhoda itu memerhati keadaan alam, tiba-tiba
terdengar dentuman yang sangat kuat. Nakhoda mengarahkan layar
dipasang. Bahtera terangkat enam ratus kaki ke udara dipukul
gelombang. Semua penumpang menjerit dan muntah. Bahtera tetap
meneruskan pelayarannya. Nakhoda teringat akan anak lelakinya.
Namun semua itu tidak dapat diselamatkan lagi. Bahtera terus
belayar. Berminggu-minggu lamanya bahtera menempuh samudera
dan akhirnya mereka menemui daratan untuk berlabuh.

31

EPILOG: TSUNAMI

Naratif Ogonshoto berakhir dengan cerita berlabuhnya kapal
Kawai Maru dan bahtera dari Ogonshoto di perairan pulau. Walaupun
bahtera itu tidak sebesar kapal Kawai Maru, tetapi ukurannya agak
luar biasa dan dibuat dengan tangan sepenuhnya. Apabila mereka
bertemu, mereka bercerita tentang tsunami yang berlaku yang
menghancurkan Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata.

Sepuluh orang penumpang bahtera telah meninggal dunia. Yang
sakit dimasukkan ke dalam wad dan bakinya ditempatkan di khemah-
khemah khas sementara menunggu keputusan pemerintah pulau
tersebut. Nakhoda tersebut pasrah dengan keputusan yang bakal
dibuat oleh pemerintah pulau tersebut tentang dirinya dan penumpang
bahtera tersebut.

Pertemuan anak-anak kapal Kawai Maru dengan anak-anak
kapal bahtera di pulau itu membuatkan mereka lebih akrab dan
mereka telah menemui watak-watak yang masih hidup dalam semua
naratif Ogonshoto. Kenangan yang telah berpuluh tahun yang lalu

32

masih segar dalam ingatan. Penulis kini sudah berusia lapan puluh
tahun dan telah meninggalkan Kawai Maru dua puluh tahun yang
lalu. Peristiwa tsunami itu berlaku ketika penulis berusia empat puluh
lima tahun sepuluh hari. Cerita tsunami yang dahsyat itu sering
menjadi bahan bualan mereka dan mereka tidak jemu-jemu
mengulangi cerita tersebut.

Kebanyakan teman penulis telah pulang ke kampung halaman
masing-masing. Namun begitu mereka merasakan suasana di
kampung tidak sama dengan suasana di kapal Kawai Maru. Mereka
berasa terasing dan sunyi tinggal di kampung.

Selepas keluar dari hospital setelah menjalani rawatan, penulis
tidak kembali ke kampung halamannya. Isterinya juga telah
meninggal dunia tiga puluh tahun yang lalu dan mereka tidak
mempunyai anak. Oleh itu penulis mengambil keputusan untuk tinggal
di rumah orang-orang tua di Daerah Kita, Tokyo. Ketika tinggal di situ
penulis telah jatuh sakit dan menerima rawatan di sebuah hospital di
Tokyo. Sebenarnya penulis telah lama menghidap penyakit tersebut
tetapi telah merahsiakannya daripada keluarganya. Namun penyakit
itu semakin serius ketika dia bertugas di sebuah organisasi Asia-
Pasifik di Tokyo. Semasa berada di wad tersebut setelah berjaya
menjalani pembedahan, penulis teringat akan kampung halamannya
yang telah lama ditinggalkan iaitu Malaya.

33

TEMA

Tema novel ini ialah kepincangan dalam kepimpinan yang
menjejaskan kehidupan sosial, ekonomi, politik dan pembangunan.
Beberapa kepincangan berlaku dalam era pemerintahan Presiden di
Ogonshoto seperti amalan rasuah, menyekat hak kebebasan suara
rakyat, membunuh atau menghukum orang yang menentang,
mengkritik atau tahu rahsia peribadinya, dan melakukan pembangunan
tanpa mengambil kira kepentingan alam sekitar.

PERSOALAN
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan
persoalannya. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu anda
mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

Persoalan penggunaan teknologi satelit dalam kegiatan
perikanan. Contohnya, Tuan Kawai menggunakan teknologi satelit
dalam kegiatan perikanannya.

1. Tuan Kawai menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan
perikanannya.

2. Tuan Kawai berani mengharungi lautan untuk menangkap ikan
walaupun dia terpaksa menempuh gelombang-gelombang besar
dalam pelayarannya.

3. Tuan Kawai seorang yang berwawasan kerana sanggup melabur
secara besar-besaran dalam industri perikanan kerana dia tahu
pelaburannya itu akan mendatangkan keuntungan yang besar.

4. Semasa di Eropah, Presiden telah dihantar ke sekolah dan
belajar sehingga peringkat universiti.

5. Banyak anak luar nikah yang dilahirkan di Ogonshoto
termasuklah Presiden.

6. Semasa kecil, Presiden belum pernah melihat tempat lain di
dunia menyebabkan dia berusaha menyusup masuk ke dalam
kapal Kawai Maru kerana ingin mengetahui tentang dunia luar.

34

7. Presiden menghalang kebebasan bersuara dalam kalangan
rakyatnya.

8. Penulis-penulis yang diupah oleh Presiden menulis sesuatu
yang baik tentang Presiden agar dipandang mulia oleh
masyarakat.

9. Presiden memberitahu orang-orang yang membawanya ke pantai
selepas pulang dari Eropah bahawa dia menyayangi tanah
airnya iaitu Ogonshoto.

10. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya sekembalinya
dari Eropah kerana dia ingin memeluk ibunya.

11. Bekas jeneral dan pegawai kanan provinsi mempunyai perasaan
dengki untuk menjatuhkan saingan masing-masing dalam
merebut jawatan wakil Dewan Presiden.

12. Pegawai kanan provinsi sengaja berpakaian seperti nelayan
ketika berkunjung ke kampung nelayan untuk menarik hati
mereka mengundinya ketika pemilihan wakil Dewan Presiden.

13. Jeneral tiba di restoran untuk bertemu dengan tuan wakil dan
pegawai kanan tepat pada waktu yang dijanjikan.

14. Pengikut-pengikut pegawai kanan provinsi membuat fitnah
terhadap jeneral agar jeneral tidak dipilih oleh rakyat sebagai
wakil Dewan Presiden.

15. Jeneral dan pegawai kanan provinsi ingin menjadi wakil Dewan
Presiden kerana jawatan tersebut menyediakan kedudukan
dan kemewahan.

16. Orang-orang kepercayaan jeneral cuba merasuah para anggota
komiti parti dengan menjanjikan habuan jika mereka memilih
jeneral sebagai Wakil Dewan Presiden.

17. Wakil Dewan Presiden tidak berusaha untuk memajukan
daerah Ture.

18. Orang-orang Presiden telah mendapat kontrak untuk
membangunkan kawasan pedalaman Tubua.

19. Nelayan dari Kuri memberitahu sekumpulan penduduk Tubua
yang dia sanggup tidak ke laut untuk menangkap ikan
semata-mata untuk menyertai kumpulan protes.

35

20. Menurut nelayan dari Kuri, masyarakat Ogonshoto sekarang
sudah melupakan adat turun-temurun.

21. Seorang lelaki tua memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto, jika ada pihak yang
bermasalah, orang ramai akan bermuafakat bagi
menyelesaikan masalah tersebut.

22. Tuan rumah memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto pemimpin-pemimpin
negara sering menemui rakyat untuk mengetahui masalah
mereka.

23. Penduduk di Tubua menentang rancangan Presiden untuk
membangunkan kawasan pedalaman Tubua kerana rancangan
tersebut akan merosakkan alam sekitar.

24. Seorang lelaki tua gigih berusaha seorang diri mengorek kolam
untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim kemarau.

25. Kontraktor yang telah dipilih untuk mengangkat dan memotong
aisberg, telah mengugut pemerintah Ogonshoto iaitu bayaran
yang telah ditetapkan hendaklah digandakan tiga kali serta
dilunaskan sebelum aisberg itu tiba atau mereka tidak akan
bekerjasama.

26. Sekumpulan penduduk telah menyelamatkan pemuda Banaba
setelah dia ditemui hampir maut di pantai barat Gora-Gora.

27. Ibu dan ahli keluarga pemuda Banaba pergi ke gereja untuk
memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana pemuda
Banaba yang hilang telah ditemui.

28. Presiden dengan kejamnya telah menembak anak angkatnya
selepas suatu permainan.

29. Penduduk Ogonshoto mengadakan permainan memburu dan
membunuh binatang peliharaan sempena peristiwa gerhana
matahari penuh.

30. Guru sains berani mengkritik kepincangan yang berlaku di
Ogonshoto.

31. Guru sains tanpa berfikir panjang telah berjanji akan memotong
jari manisnya kerana sekiranya pihak pemerintah tidak

36

mengambil tindakan terhadapnya yang mengkritik kepimpinan
Ogonshoto.
32. Guru sains meminta sahabatnya memotong jari manisnya di
sebelah kanan untuk mengotakan janjinya sekiranya makalah
yang menyiarkan kritikannya terhadap pemerintahan Ogonshoto
disiarkan.
33. Pemuda dari Runakita mencipta kamera eksperimental yang
berjaya merakam peristiwa yang telah berlaku.
34. Anak-anak bekas komandan tentera tidak mahu datang
menjaga bapa mereka yang sedang sakit.
35. Bekas komandan tentera melalui iklan di akhbar memohon maaf
kepada penduduk Ogonshoto atas segala kesilapannya semasa
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Republik Ogonshoto.
36. Pemuda dari Runakita telah membuat laporan rasmi bahawa
abangnya telah dibunuh oleh bekas komandan dan tentera demi
menegakkan keadilan.
37. Menurut nakhoda, kemunculan penyu raksasa di perairan
Ogonshoto membayangkan yang Ogonshoto akan ditimpa
bala bencana yang besar.
38. Anak lelaki nakhoda tidak bersetuju dengan pendapat
ayahnya iaitu kemunculan penyu gergasi di perairan Ogonshoto
menandakan yang Ogonshoto akan timpa bala bencana.
39. Nakhoda membenarkan dua orang wanita dan seorang lelaki
yang berpenyakit menaiki bahteranya kerana mahu
menyelamatkan mereka daripada malapetaka yang bakal
berlaku nanti.
40. Bekas anak-anak kapal Kawai Maru yang telah tua terasa sunyi
apabila telah pulang ke kampung masing kerana tidak
diperdulikan oleh orang-orang kampung.

NILAI MURNI
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan nilai murni.
Jawapan yang ditebalkan boleh membantu anda mengesan
jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah diberikan kepada
anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

37

Nilai rasional. Contohnya, Tuan Kawai mengambil keputusan
untuk kapal Kawai Maru berlabuh lebih lama di Tatamanu semasa
gelombang-gelombang besar berlaku di perairan Ogonshoto.

1. Tuan Kawai mengambil keputusan untuk kapal Kawai Maru
berlabuh lebih lama di Tatamanu semasa gelombang-
gelombang besar berlaku di perairan Ogonshoto.

2. Presiden semasa zaman kanak-kanaknya memberanikan diri
berenang menuju ke kapal/ menyeludup masuk ke dalam kapal
untuk pergi ke Eropah.

3. Presiden memberitahu orang-orang yang membawanya ke pantai
selepas pulang dari Eropah bahawa dia menyayangi tanah
airnya iaitu Ogonshoto.

4. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya sekembalinya dari
Eropah kerana dia ingin memeluk ibunya.

5. Tuan rumah memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto pemimpin-pemimpin
negara sering menemui rakyat untuk mengetahui masalah
mereka.

6. Nelayan dari Kuri memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto, jika ada pihak yang
bermasalah, orang ramai akan berkumpul untuk berbincang
bagi menyelesaikan masalah tersebut.

7. Penduduk di Tubua menentang rancangan Presiden untuk
membangunkan kawasan pedalaman Tubua kerana rancangan
tersebut akan merosakkan alam sekitar.

8. Lelaki tua dari Runakita gigih berusaha seorang diri mengorek
kolam untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim
kemarau.

9. Sekumpulan penduduk telah menyelamatkan pemuda Banaba
setelah dia ditemui hampir maut di pantai barat Gora-Gora.

10. Ibu dan ahli keluarga pemuda Banaba pergi ke gereja untuk
memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana pemuda
Banaba yang hilang telah ditemui.

38

11. Setelah mendapat bukti kematian abangnya pemuda dari
Runakita telah membuat laporan kerana dia ingin mendapatkan
keadilan dan mahu mereka yang terlibat dalam pembunuhan
abangnya dibawa ke muka pengadilan.

12. Nakhoda membenarkan dua orang wanita dan seorang lelaki
yang berpenyakit menaiki bahteranya kerana mahu
menyelamatkan mereka daripada malapetaka yang bakal
berlaku nanti.

13. Bagi rakyat Ogonshoto mereka ingin hidup secara sederhana
sahaja kerana kekayaan tidak dapat dibawa selepas mati.

14. Tetamu yang menghadiri upacara memuja 'semangat rumah'
yang dibuat oleh jeneral berasa kagum akan sifat peramah yang
ada padanya.

15. Sekumpulan resi bertapa untuk memperoleh kebersihan rohani,
jasmani dan mental.

16. Pemuda dari Banada menjadi popular dalam kalangan pekerja
istana Presiden kerana sifatnya yang amanah.

17. Nakhoda memberitahu orang-orang yang berpenyakit yang
menaiki bahteranya bahawa dia yakin yang mereka akan
sembuh.

18. Nakhoda membina bahtera untuk menyelamatkan penduduk
Ogonshoto daripada ditimpa bala bencana nanti.

19. Nakhoda bahtera akan patuh kepada arahan pemerintah sama
ada dibenarkan menjadi penduduk di situ atau diminta
meninggalkan pulau tersebut.

20. Encik Noor berdoa kepada Tuhan sebelum ia menjalani
pembedahan.

PENGAJARAN
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan
pengajaran. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu anda
mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

39

Kita hendaklah mempunyai wawasan untuk memperoleh
kehidupan yang lebih baik. Contohnya, Tuan Kawai seorang yang
berwawasan sanggup melabur secara besar-besaran dalam industri
perikanan kerana dia tahu pelaburannya itu akan mendatangkan
keuntungan yang besar.

1. Tuan Kawai seorang yang berwawasan sanggup melabur secara
besar-besaran dalam industri perikanan kerana dia tahu
pelaburannya itu akan mendatangkan keuntungan yang besar.

2. Presiden semasa zaman kanak-kanaknya memberanikan diri
berenang menuju ke kapal/ menyeludup masuk ke dalam kapal
untuk pergi ke Eropah.

3. Semasa di Eropah, Presiden telah dihantar ke sekolah dan
belajar sehingga peringkat universiti.

4. Presiden memberitahu orang-orang yang membawanya ke pantai
selepas pulang dari Eropah bahawa dia menyayangi tanah
airnya iaitu Ogonshoto.

5. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya sekembalinya dari
Eropah kerana dia ingin memeluk ibunya.

6. Tuan rumah memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto pemimpin-pemimpin
negara sering menemui rakyat untuk mengetahui masalah
mereka.

7. Nelayan dari Kuri memberitahu sekumpulan penduduk di Tubua
bahawa pada masa dahulu di Ogonshoto, jika ada pihak yang
bermasalah, orang ramai akan berkumpul untuk berbincang
bagi menyelesaikan masalah tersebut.

8. Penduduk di Tubua menentang rancangan Presiden untuk
membangunkan kawasan pedalaman Tubua kerana rancangan
tersebut akan merosakkan alam sekitar.

9. Lelaki tua dari Runakita gigih berusaha seorang diri mengorek
kolam untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim
kemarau.

10. Sekumpulan penduduk telah menyelamatkan pemuda Banaba
setelah dia ditemui hampir maut di pantai barat Gora-Gora.

40

11. Ibu dan ahli keluarga pemuda Banaba pergi ke gereja untuk
memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana pemuda
Banaba yang hilang telah ditemui.

12. Setelah mendapat bukti kematian abangnya pemuda dari
Runakita telah membuat laporan kerana dia ingin mendapatkan
keadilan dan mahu mereka yang terlibat dalam pembunuhan
abangnya dibawa ke muka pengadilan.

13. Nakhoda membenarkan dua orang wanita dan seorang lelaki
yang berpenyakit menaiki bahteranya kerana mahu
menyelamatkan mereka daripada malapetaka yang bakal
berlaku nanti.

14. Presiden menghalang kebebasan bersuara dalam kalangan
rakyatnya.

15. Presiden dengan kejamnya telah menembak anak angkatnya
selepas suatu permainan.

16. Penduduk Ogonshoto mengadakan permainan memburu dan
membunuh binatang peliharaan sempena peristiwa gerhana
matahari penuh.

17. Guru sains tanpa berfikir panjang telah berjanji akan memotong
jari manisnya kerana sekiranya pihak pemerintah tidak
mengambil tindakan terhadapnya yang mengkritik kepimpinan
Ogonshoto.

18. Bekas jeneral dan pegawai kanan provinsi mempunyai perasaan
dengki untuk menjatuhkan saingan masing-masing dalam
merebut jawatan wakil Dewan Presiden.

19. Pegawai kanan provinsi sengaja berpakaian seperti nelayan
ketika berkunjung ke kampung nelayan untuk menarik hati
mereka mengundinya ketika pemilihan wakil Dewan Presiden.

20. Jeneral tiba di restoran untuk bertemu dengan tuan wakil dan
pegawai kanan tepat pada waktu yang dijanjikan.

21. Pengikut-pengikut pegawai kanan provinsi membuat fitnah
terhadap jeneral agar jeneral tidak dipilih oleh rakyat sebagai
wakil Dewan Presiden.

41

22. Jeneral dan pegawai kanan provinsi ingin menjadi wakil Dewan
Presiden kerana jawatan tersebut menyediakan kedudukan
dan kemewahan.

23. Orang-orang kepercayaan jeneral cuba merasuah para anggota
komiti parti dengan menjanjikan habuan jika mereka memilih
jeneral sebagai Wakil Dewan Presiden.

24. Anak-anak bekas komandan tentera tidak mahu datang
menjaga bapa mereka yang sedang sakit.

25. Bekas komandan tentera melalui iklan di akhbar memohon maaf
kepada penduduk Ogonshoto atas segala kesilapannya semasa
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Republik Ogonshoto.

LATAR MASYARAKAT
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan latar
masyarakat. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu anda
mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

Masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, pemimpin-
pemimpin negara di Ogonshoto pada masa dahulu sering menemui
rakyat untuk mengetahui masalah mereka.

1. Pemimpin-pemimpin negara di Ogonshoto pada masa dahulu
sering menemui rakyat untuk mengetahui masalah mereka.

2. Pada masa dahulu di Ogonshoto, jika ada pihak yang
bermasalah, orang ramai akan berkumpul untuk berbincang
bagi menyelesaikan masalah tersebut.

3. Penduduk di Tubua menentang rancangan Presiden untuk
membangunkan kawasan pedalaman Tubua kerana rancangan
tersebut akan merosakkan alam sekitar.

4. Sekumpulan penduduk telah menyelamatkan pemuda Banaba
setelah dia ditemui hampir maut di pantai barat Gora-Gora.

5. Ibu dan ahli keluarga pemuda Banaba pergi ke gereja untuk
memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana pemuda
Banaba yang hilang telah ditemui.

42

6. Ibu dan ahli keluarga pemuda Banaba pergi berdoa di gereja.
7. Pekerja-pekerja Kawai Maru menggunakan komputer dan

satelit untuk mengesan lubuk ikan.
8. Nakhoda-nakhoda kapal gigih berusaha menarik aisberg pulang

ke Ogonshoto seperti yang diarahkan oleh Presiden.
9. Anak-anak luar nikah Malagana selalu menghabiskan masa

dengan merayap di pantai dan tidak ke sekolah.
10. Anak-anak kapal Kawai Maru bekerja sebagai nelayan.
11. Terdapat banyak anak luar nikah di Ogonshoto.
12. Di Gora-Gora ada sekumpulan resi tinggal di situ.
13. Penduduk Ogonshoto mengadakan permainan memburu dan

membunuh binatang peliharaan sempena peristiwa gerhana
matahari penuh.
14. Bekas jeneral dan pegawai kanan provinsi mempunyai perasaan
dengki untuk menjatuhkan saingan masing-masing dalam
merebut jawatan wakil Dewan Presiden.
15. Orang-orang Presiden menggunakan kedudukan, pengaruh dan
peluang yang mereka ada untuk mengumpulkan kekayaan diri
sendiri.
16. Rakyat Ogonshoto yang mengkritik sistem pemerintahan
Presiden akan dihukum.
17. Golongan mahasiswa antara kumpulan yang tidak disukai oleh
Presiden.
18. Di Futu-Ata terdapat generasi kacukan Jepun.
19. Ramai masyarakat dari Eropah bekerja di Ogonshoto.
20. Ketika kapal Presiden hanyut dipukul ribut beberapa individu
menawarkan bantuan untuk membawa Presiden dan rakan-
rakannya ke pantai.
21. Orang-orang kepercayaan jeneral cuba merasuah para anggota
komiti parti dengan menjanjikan habuan jika mereka memilih
jeneral sebagai Wakil Dewan Presiden.
22. Jeneral dan isterinya menghulurkan bantuan kepada orang-
orang yang baru dikenalinya.
23. Tidak ada seorang pun kanak-kanak di Ture yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke sekolah tinggi.

43

24. Kumpulan protes melayan nelayan dari Kuri yang menjadi
tetamu mereka dengan baik.

25. Masyarakat Ogonshoto sekarang sudah melupakan adat turun-
temurun.

26. Banyak pemuda-pemudi Kiribati yang terdidik di sekolah
Inggeris.

27. Banyak pemuda-pemudi Kiribati yang telah lulus ujian bahasa
Inggeris, akhirnya gagal mencapai cita-cita mereka disebabkan
oleh masalah kewangan.

28. Banyak pemuda-pemudi Kiribati yang terdidik di sekolah Inggeris
bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran mereka ke Australia atau
New Zealand.

29. Banyak pemuda Kiribati turut menanam cita-cita untuk mencipta
nama sebagai pemain bola sepak atau ragbi di Australia atau
New Zealand.

30. Penduduk Aitu percaya bahawa kejadian bangkai ikan paus
terdampar di pantai membayangkan sesuatu peristiwa buruk
akan berlaku di Aitu.

31. Anak-anak kapal Kawai Maru yang telah tua kembali ke kampung
halaman masing-masing.

LATAR TEMPAT
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan latar
tempat. Anda boleh merujuk buku teks atau sinopsis novel ini untuk
mencari jawapan. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah diberikan
kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

Kapal Kawai Maru iaitu kapal penangkapan ikan kepunyaan Tuan
Kawai.

1. Kapal penangkapan ikan kepunyaan Tuan Kawai.
2. Negara yang diperintah oleh Presiden.
3. Tempat Presiden dilahirkan.
4. Tempat Presiden semasa zaman kanak-kanak menghabiskan

masanya.

44

5. Tempat Presiden menyiapkan kajian ilmiahnya semasa di
universiti.

6. Tempat tinggal jeneral selepas bersara.
7. Tempat jeneral menembak mati pegawai kanan provinsi.
8. Tempat Tuan Wakil menyerahkan kepada jeneral gambar-gambar

yang menunjukkan jeneral telah menembak bekas pegawai
kanan.
9. Tempat sekumpulan penduduk mengadakan protes tanda tidak
puas hati kepada Presiden yang ingin membangunkan Tubua
tanpa memperdulikan kerosakan alam sekitar.
10. Tempat adanya aisberg.
11. Tempat ahli keluarga pemuda Banaba memanjatkan rasa syukur
setelah pemuda Banaba telah dijumpai.
12. Tempat pemuda Banaba dijumpai oleh sekumpulan penduduk.
13. Tempat asal pemuda yang dijadikan anak angkat oleh presiden.
14. Tempat tinggal sekumpulan resi.
15. Tempat diadakan sayembara tentang „ciptaan yang hidup‟.
16. Tempat jari manis guru sains dipotong.
17. Tempat guru sains tersebut mengadakan jamuan „thanksgiving‟.
18. Kenderaan yang digunakan oleh sebilangan penduduk
Ogonshoto untuk mencari daratan baru kerana Ogonshoto
diramalkan akan mengelami gempa bumi.
19. Tempat tinggal Encik Noor setelah berhenti daripada bekerja di
Kawai Maru.
20. Tempat Encik Noor dirawat.
21. Kampung halaman Encik Noor di Malaya.

PERWATAKAN PRESIDEN
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan
perwatakan Presiden. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu
anda mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

45

Seorang yang bercita-cita besar. Contohnya, sewaktu kecil
Presiden memasang impian untuk keluar dari Ogonshonto dan
melihat dunia luar.

1. Sewaktu kecil Presiden memasang impian untuk keluar dari
Ogonshonto dan melihat dunia luar.

2. Presiden ialah anak luar nikah.
3. Sewaktu kecil, Presiden memberanikan dirinya berenang dan

menyeludup masuk ke kapal yang membawanya ke Eropah.
4. Presiden memberitahu orang-orang yang membawanya ke pantai

selepas pulang dari Eropah bahawa dia begitu menyayangi
tanah airnya iaitu Ogonshoto.
5. Sewaktu tiba di Ogonshonto setelah lama berada di perantauan,
Presiden meminta orang ramai mencari ibunya kerana dia ingin
memeluk ibunya.
6. Presiden menyertai parti politik popular di Ogonshonto
sekembalinya ke Ogonshoto dan mengumpul maklumat
tentang kelemahan dan kesilapan pihak atasan parti kerana
dia berhasrat untuk mengambil alih jawatan presiden
7. Presiden Ogonshoto memberitahu Presiden dari negara di Afrika
yang rakyat Ogonshoto takut kepadanya.
8. Presiden dengan kejamnya telah menembak anak angkatnya
selepas suatu permainan.
9. Presiden tidak mahu rakyat Ogonshoto mengkritik sistem
pemerintahan di Ogonshoto.

PERANAN WATAK PRESIDEN
1. Presiden sebagai ketua negara. Contohnya, Presiden ialah ketua

negara Ogonshoto.
2. Presiden sebagai pemimpin parti politik. Contohnya, Presiden

ialah pemimpin sebuah parti politik di Ogonshoto.
3. Presiden sebagai anak. Contohnya, Presiden ialah anak kepada

seorang wanita di Malagana.

46


Click to View FlipBook Version