The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOVEL Nota & Latihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2020-12-10 23:30:38

NOVEL

NOVEL Nota & Latihan

4. Presiden sebagai anak angkat. Contohnya, Presiden ialah anak
angkat kepada seorang nakhoda di Eropah.

5. Presiden sebagai pelajar. Contohnya, Presiden belajar di sekolah/
kolej/ universiti di Eropah.

6. Presiden sebagai suami. Contohnya, Presiden ialah suami
kepada seorang perempuan yang bergelar „Ju‟.

PERBEZAAN ANTARA CATATAN BIOGRAFI PRESIDEN
DENGAN KEHIDUPANNYA YANG SEBENAR

Mengikut catatan biografinya, Presiden dikatakan diambil oleh
nakhoda kapal sebagai anak angkat semasa nakhoda itu mendarat di
Ogonshoto tetapi sebenarnya dia telah berenang/ mencuri-curi masuk
ke dalam kapal tersebut sehingga tertangkap.

Mengikut catatan biografinya, Presiden dikatakan tinggal dengan
nakhoda dan isteri nakhoda setelah kapal yang dinaikinya berlabuh di
Eropah, tetapi sebenarnya dia telah diserahkan kepada seorang
nakhoda yang sudah bersara dan tinggal bersama-samanya.

Mengikut catatan biografinya, Presiden dikatakan antara pelajar
asing yang paling pintar tetapi sebenarnya dia tidak pernah mencapai
kedudukan di atas nombor 20 di dalam kelasnya.

Mengikut catatan biografinya, tesisnya di universiti dikatakan
tentang kemunculan dan perkembangan fahaman demokrasi di Asia
Pasifik tetapi sebenarnya tesisnya adalah tentang kediktatoran.

PERWATAKAN JENERAL
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan
perwatakan Jeneral. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu anda
mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

Seorang pesara tentera. Contohnya, jeneral baru bersara
daripada angkatan tentera.

1. Jeneral baru bersara daripada angkatan tentera.

47

2. Jeneral tiba di restoran tepat pada masanya seperti yang
diberitahu oleh Wakil Dewan Presiden.

3. Jeneral telah membunuh pegawai kanan provinsi iaitu saingan
politiknya dalam pemilihan Wakil Dewan Presiden.

4. Jeneral dan isterinya menghulurkan bantuan kepada orang-
orang yang baru dikenalinya.

5. Tetamu yang menghadiri upacara memuja 'semangat rumah'
yang dibuat oleh jeneral berasa kagum akan sifat peramah yang
ada padanya.

6. Sebaik-baik bersara daripada angkatan tentera, jeneral
menganggotai parti pemerintah kerana dengan cara itu dia akan
mendapat kedudukan dan ganjaran.

7. Apabila ditanya oleh Wakil Dewan Presiden adakah dia
bercadang untuk bertanding jawatan sebagai Wakil Dewan
Presiden, jeneral berpura-pura memberitahunya yang dia tidak
berhasrat untuk bertanding kerana masih baru di Ture tetapi yang
sebenarnya dia telah merancang untuk bertanding dalam
pemilihan yang akan datang.

8. Jeneral berjaya dalam misi peperangan di Kiribati.
9. Setiap pagi, Jeneral bersama-sama isterinya berlari-lari di

pantai.
10. Jeneral mengadakan upacara ‘memuja semangat rumah’

semasa menduduki rumah barunya di Ture.

PERWATAKAN NAKHODA
Berdasarkan contoh yang diberi, anda diminta menyatakan
perwatakan Nakhoda. Jawapan yang ditebalkan boleh membantu
anda mengesan jawapannya. Jawapan untuk soalan nombor 1 telah
diberikan kepada anda. Anda jawab soalan yang seterusnya.

Seorang tua. Contohnya, nakhoda berumur akhir lima puluhan.

1. Nakhoda berumur akhir lima puluhan.
2. Nakhoda pernah bekerja sebagai nelayan pesisir pantai.

48

3. Nakhoda bijak memilih masa yang sesuai untuk melancarkan
bahteranya ke laut.

4. Nakhoda meramalkan bencana besar bakal melanda
Ogonshoto apabila melihat seekor penyu besar menyusup di
bawah sampan cadiknya.

5. Nakhoda membina bahtera untuk menyelamatkan penduduk
Ogonshoto daripada malapetaka yang bakal menimpa mereka.

6. Nakhoda gigih berusaha menyiapkan sebuah bahtera bagi
menyelamatkan penduduk Ogonshoto daripada ditimpa
malapetaka.

7. Nakhoda berasa syukur apabila mendapati ramai orang yang
semakin mempercayai ramalannya yang mala petaka bakal
melanda Ogonshoto.

8. Nakhoda berupaya membina bahtera yang besar dan tahu
jenis-jenis kayu untuk membuat bahtera.

9. Nakhoda bersimpati dengan orang yang berpenyakit lalu
membenarkan mereka menaiki bahteranya.

10. Nakhoda bahtera akan patuh kepada arahan pemerintah sama
ada dibenarkan menjadi penduduk di situ atau diminta
meninggalkan pulau tersebut.

UNSUR KONFLIK DALAM NOVEL NARATIF OGONSHOTO
Konflik antara penduduk Ogonshoto dengan Presiden.
Contohnya, sebahagian penduduk Ogonshoto tidak menyukai presiden
dan memberi gelaran yang buruk kepadanya.
Konflik antara anggota komiti elit parti dengan Presiden.
Contohnya, ada anggota komiti yang tidak bersetuju dengan
pandangan Presiden semasa Presiden mempengerusikan mesyuarat
komiti elit partinya.
Konflik antara Presiden dengan mahasiswa. Contohnya, Presiden
menutup asrama universiti iaitu tempat mahasiswa berkumpul kerana
Presiden tidak mahu ada gerakan menentangnya.
Konflik antara penduduk Tubua dengan Presiden. Contohnya,
sekumpulan penduduk Tubua mengadakan demonstrasi menentang

49

rancangan Presiden untuk membangunkan Tubua kerana rancangan
tersebut boleh merosakkan alam sekitar.

Konflik antara Presiden dengan pemuda Banaba. Contohnya,
Presiden menembak pemuda Banaba selepas pemuda tersebut gagal
dalam satu permainan membunuh binatang kesayangan.

Konflik antara resi muda dengan Presiden. Contohnya, resi muda
rasa terhina apabila Presiden melontarkan kelapa emas yang
menghancurkan ikan ciptaan resi muda dalam satu sayembara.

Konflik antara pegawai kanan provinsi dengan bekas jeneral.
Contohnya, pegawai kanan provinsi dan jeneral ingin merebut jawatan
sebagai wakil Dewan Presiden.

Konflik antara anak nakhoda bahtera dengan bapanya.
Contohnya, anak nakhoda bahtera tidak bersetuju dengan cadangan
bapanya untuk membina bahtera kerana dia tidak percaya yang
bencana alam akan berlaku di Ogonshoto.

Konflik antara pemerintah Ogonshoto dengan guru sains.
Contohnya, Pemerintah Ogonshoto mengarahkan guru sains bertukar
serta merta dari Tatamanu ke daerah pedalaman kerana makalahnya
yang mengkritik pemerintah Ogonshoto.

Konflik antara saudara-mara guru sains dengan guru sains.
Contohnya, saudara-mara guru sains memarahinya kerana mereka
juga turut dihukum apabila guru sains dihukum oleh pemerintah kerana
mengkritik pemerintah Ogonshoto dalam satu makalah.

Konflik antara bekas komandan dengan dirinya sendiri.
Contohnya, bekas komandan berasa bersalah atas kesalahan masa
lalunya semasa berkhidmat di angkatan tentera.

Konflik antara seorang lelaki dengan bekas komandan.
Contohnya, seorang lelaki memarahi bekas komandan yang
menurutnya bekas komandan itu tidak perlu rasa bersalah kerana
semua tindakannya semasa berkhidmat dalam angkatan tentera
adalah atas arahan Presiden.

Konflik antara isteri bekas komandan dengan seorang lelaki.
Contohnya, isteri bekas komandan memarahi lelaki tersebut kerana
menganggu suaminya yang sedang sakit.

50

Konflik antara anak-anak bekas komandan dengan bapa mereka.
Contohnya, anak-anak bekas komandan tidak memperdulikan bapa
mereka yang sedang sakit.

Konflik antara abang pemuda yang mencipta kamera dengan
pemerintah. Contohnya, abang pemuda yang mencipta kamera
dibunuh oleh angkatan tentera atas arahan presiden kerana
memperjuangkan hak asasi manusia.

Konflik antara pemuda yang mencipta kamera dengan angkatan
tentera. Contohnya, pemuda yang mencipta kamera ditahan di lokap
tentera atas tuduhan menggunakan kamera yang belum diluluskan
penggunaannya.

Konflik antara penduduk kampung dengan bekas pekerja kapal
Kawai Maru. Contohnya, bekas pekerja kapal Kawai Maru tidak
diperdulikan oleh penduduk di kampung halaman mereka setelah
mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Konflik antara bekas pekerja kapal Kawai Maru dengan diri
mereka sendiri. Contohnya, bekas pekerja kapal Kawai Maru tidak
tahu menyesuaikan diri apabila telah kembali semula ke kampung
halaman mereka.

PERISTIWA IMBAS KEMBALI
Anak-anak kapal Kawai Maru teringat kisah-kisah yang mereka
alami atau yang mereka dengar semasa berada di Ogonshoto.
Semasa berada di dalam kapal ketika perutnya lapar, Presiden
teringat akan ibu dan kawan-kawannya.
Tuan rumah di Tubua memberitahu pada masa dahulu pemimpin-
pemimpin di Ogonshoto akan turun padang melihat masalah rakyat.
Menurut nelayan dari Kuri, pada masa dahulu penduduk
kampung akan bermesyuarat di bawah pokok palma untuk mencari
jalan menyelesaikan masalah mereka.
Semasa berada di hospital Tubua, pemuda dari Banaba
terkenang akan sebuah klinik rakyat di Banaba.
Semasa menerima rawatan daripada resi, pemuda dari Banaba
terkenang peristiwa dia ditembak oleh Presiden.

51

Semasa menerima rawatan daripada resi, pemuda dari Banaba
terkenang peristiwa dia hanyut di laut selama enam puluh hari.

Bekas komandan teringat kejahatan masa lalunya yang
membunuh orang atas arahan Presiden.

Nakhoda teringat kisah dia ternampak penyu gergasi yang
berenang ke arahnya semasa dia berada di dalam sampannya di
sebuah selat.

Tukang masak istana menceritakan kepada nakhoda bagaimana
dia menggunakan daging manusia menggantikan daging rusa untuk
memasak bubur tradisional Ogonshoto

Encik Noor masih teringat kisah tsunami yang berlaku ketika dia
berumur empat puluh tahun sepuluh hari.

Semasa berada di taman, Encik Noor terkenang kunang-kunang
yang terbang pada waktu malam di desanya.

PERISTIWA IMBAS MUKA
Wakil Dewan Presiden membayangkan hasratnya untuk bersara
atas faktor usia.
Pegawai kanan provinsi membayangkan yang dia akan
bertanding untuk merebut jawatan Wakil Dewan Presiden kerana wakil
yang sedia ada akan bersara.
Jeneral membayangkan kepada pengikut-pengikutnya akan
imbuhan yang bakal mereka terima sekiranya dia dipilih menjadi wakil
Dewan Presiden.
Kata tuan rumah di Tubua, bukit-bukit akan gondol jika
pemerintah meneruskan usaha mereka untuk membangunkan Tubua.
Kebanyakan pengunjung di Teluk Pinavana sudah
membayangkan yang kapal-kapal akan membawa dua bungkah
aisberg ke pelabuhan tersebut.
Seorang resi memberitahu pemuda dari Banaba bahawa pada
suatu hari nanti, pemuda tersebut akan tahu sebab mereka merawat
kakinya dahulu, bukan tangan atau lidahnya
Guru sains berhasrat mengundang para tetangga dan kenalannya
ke rumahnya untuk jamuan thanksgiving.

52

Pemuda yang mencipta kamera memberitahu sahabatnya jika
sesuatu berlaku ke atas dirinya, dia mengamanahkan kamera itu
kepada sahabatnya.

Semasa berada di bangku sebuah taman, Encik Noor
membayangkan pada minggu depan bunga sakura yang ada di taman
itu akan mekar keseluruhannya.

53


Click to View FlipBook Version