The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERPEN_Nota & Latihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2020-11-30 02:30:14

CERPEN

CERPEN_Nota & Latihan

KANDUNGAN 1
6
1 00000000000 15
karya Shahnon Ahmad 22
30
2 Rindu Seorang Rafik 40
karya Nisah Hj. Haron 49
56
3 Res Judicata 62
karya Aidil Khalid 69

4 Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad

5 Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari

6 Profesor Sufi
karya A.Rahmad

7 Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail

8 Kami Akan Mati, Lin
karya Seroja Theavy Balakrishnan

9 Perspektif
karya NF Abdul Manaf

10 Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

1

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan dua orang seniman iaitu “Aku”, seorang pelukis

dan Daiman Kreko, seorang sasterawan yang cuba menterjemahkan hasil seni
mereka terhadap seorang lagi seniman iaitu Dol, seorang penyanyi rock. Dol
ialah penyanyi rock kumpulan Mad Dog.

Pada suatu hari Daiman Kreko menunaikan janjinya datang ke studio “Aku”
untuk berkarya. Daiman Kreko membawa Dol ke studio “Aku” untuk dijadikan
model dalam pengkaryaan mereka. “Aku” cuba menggambarkan Dol dalam
bentuk lukisan manakala Daiman Kreko pula cuba menggambarkan Dol dalam
bentuk penulisan. “Aku” lihat Dol berambut panjang, memakai subang di satu
telinga sahaja, memakai singlet tidak berlengan, memakai seluar yang ketat dan
robek-robek. “Aku” dapat merasakan kekosongan yang ada pada diri Dol. Akibat
kekosongan yang ada pada diri Dol, “Aku” menterjemahkan kekosongan yang
ada pada diri Dol dengan melukis bentuk 'O' yang bererti kosong.

Daiman Kreko pula hanya menulis angka 'kosong' kerana dia juga
berpendapat yang Dol tidak mempunyai apa-apa untuk dibangggakan.

Terdapat persamaan dalam kedua-dua karya mereka iaitu Dol sebenarnya
tidak memiliki apa-apa nilai yang hendak dibanggakan. Mereka termasuk Dol
ketawa melihat karya yang dihasilkan oleh “Aku” dan Daiman Kreko. “Aku” dan
Daiman Kreko berpelukan kerana berjaya mentafsir diri sebenar Dol. Dol hanya
menjadi kegilaan kepada peminat-peminatnya yang kagum dengan penampilan
dan gaya barat yang negatif yang dibawa oleh Dol. Walaupun Dol menyanyikan
lagu-lagu yang bertemakan kemanusiaan tetapi pada hakikatnya kehidupannya
sendiri yang penuh dengan kepalsuan. Dengan imej rocknya, anak-anak muda
begitu memujanya walaupun penampilannya yang negatif itu tidak memberi apa-
apa manfaat kepada mereka.

TEMA
Tema cerpen ini ialah jati diri manusia yang lemah. Dol yang digilai oleh

jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan
Barat, padahal tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat.

PERSOALAN
Persoalan kehilangan jati diri. Contohnya, Dol berambut panjang, memakai

satu subang sahaja, memakai singlet yang tidak berlengan, dan memakai seluar
yang ketat serta koyak.

Persoalan kesilapan memilih idola. Contohnya, golongan remaja
menjadikan Dol sebagai idola mereka walaupun Dol berimej negatif.

2

Persoalan keikhlasan dalam memberi pandangan. Contohnya, “Aku” dan
Daiman Kreko ikhlas dalam memberikan pandangan mereka tentang Dol yang
tidak mempunyai sesuatu pada dirinya yang boleh dibanggakan.

Persoalan amalan menepati janji. Contohnya, Daiman Kreko menunaikan
janjinya kepada “Aku” untuk datang berkaya di studio “Aku”.

Persoalan sifat berpura-pura/ hipokrit dalam kehidupan. Contohnya,
walaupun Dol menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kemanusiaan tetapi
pada hakikatnya kehidupannya sendiri yang penuh dengan kepalsuan.

PERWATAKAN “AKU”
Seorang pelukis.”Aku” mentafsir perwatakan Dol dalam lukisannya.
Seorang yang ikhlas dalam memberi pandangan. Contohnya, “Aku” ikhlas

dalam memberikan pandangannya tentang Dol yang tidak mempunyai sesuatu
pada dirinya yang boleh dibanggakan.

PERWATAKAN DAIMAN KREKO
Seorang penulis. Contohnya, Daiman Kreko mentafsir perwatakan Dol

dalam penulisannya.
Seorang yang menepati janji. Contohnya, Daiman Kreko menunaikan

janjinya kepada “Aku” untuk datang berkaya di studio “Aku”.
Seorang yang ikhlas dalam memberi pandangan. Contohnya, Daiman

Kreko ikhlas dalam memberikan pandangannya tentang Dol yang tidak
mempunyai sesuatu pada dirinya yang boleh dibanggakan.

PERWATAKAN DOL
Seorang penyanyi. Contohnya, Dol penyanyi rock kumpulan Mad Dog.
Seorang yang hipokrit/ suka berpura-pura. Contohnya, walaupun Dol

menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kemanusiaan tetapi pada hakikatnya
kehidupannya sendiri yang penuh dengan kepalsuan.

Seorang yang tidak mempunyai jati diri. Contohnya, Dol berambut panjang,
memakai satu subang sahaja, memakai singlet yang tidak berlengan, dan
memakai seluar yang ketat serta koyak.

NILAI MURNI
Nilai keikhlasan. Contohnya, “Aku” dan Daiman Kreko ikhlas dalam

memberikan pandangan mereka tentang Dol yang tidak mempunyai sesuatu
pada dirinya yang boleh dibanggakan.

Nilai menepati janji. Contohnya, Daiman Kreko menunaikan janjinya
kepada “Aku” untuk datang berkaya di studio “Aku”.

3

PENGAJARAN
Kita janganlah hidup dalam kepura-puraan/ hipokrit. Contohnya, walaupun

Dol menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan kemanusiaan tetapi pada
hakikatnya kehidupannya sendiri yang penuh dengan kepalsuan.

Kita hendaklah mempunyai jati diri. Contohnya, Dol berambut panjang,
memakai satu subang sahaja, memakai singlet yang tidak berlengan, dan
memakai seluar yang ketat serta koyak.

Kita janganlah menjadikan artis yang berimej negatif sebagai idola.
Contohnya, golongan remaja menjadikan Dol sebagai idola mereka walaupun
Dol berimej negatif.

Kita hendaklah ikhlas dalam memberi pandangan. Contohnya, “Aku” dan
Daiman Kreko ikhlas dalam memberikan pandangan mereka tentang Dol yang
tidak mempunyai sesuatu pada dirinya yang boleh dibanggakan.

Kita hendaklah menepati janji. Contohnya, Daiman Kreko menunaikan
janjinya kepada “Aku” untuk datang berkaya di studio “Aku”.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat seniman. Contohnya, “Aku” merupakan seorang pelukis,

Daiman Kreko seorang sasterawan dan Dol seorang penyanyi rock.
Masyarakat yang menjadikan artis yang berimej negatif sebagai idola.

Contohnya, golongan remaja menjadikan Dol sebagai idola mereka walaupun
Dol berimej negatif.

Masyarakat yang ikhlas. Contohnya, “Aku” dan Daiman Kreko ikhlas dalam
memberikan pandangan mereka tentang Dol yang tidak mempunyai sesuatu
pada dirinya yang boleh dibanggakan.

LATAR TEMPAT
Studio iaitu tempat “Aku” dan Daiman Kreko berkarya tentang Dol.
Kampung “Aku” iaitu pada zaman kanak-kanaknya “Aku” dan kawan-

kawannya menjolok sarang-sarang serangga serangga, tupai dan burung.

4

UJIAN PANTAS

ikhlas pelukis seniman penulis penyanyi
hipokrit menepati janji
idola berimej PERSOALAN kehilangan jati
negatif PERWATAKAN diri

NILAI MURNI
PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan dua persoalan.
2. Huraikan dua nilai murni.
3. Huraikan dua pengajaran.
4. Huraikan dua perwatakan “Aku”
5. Huraikan dua perwatakan Daiman Kreko.
6. Huraikan dua perwatakan Dol.
7. Huraikan dua latar masyarakat.

5

6

SINOPSIS
“Aku” berasa lega apabila mengetahui sebab Rosa menyepikan diri

daripada “Aku” selama tiga bulan iaitu berkaitan isu Pedra Branca atau Pulau

Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.
Bagi “Aku”, Rosa merupakan sahabat sejati dan juga seorang rafik. Sejak

Rosa menyepi diri, “Aku” terasa sangat akan kehilangannya kerana Rosalah
yang menceriakan dan menjadikan kehidupan “Aku” amat bermakna. “Aku”

berkali-kali cuba menghubungi Rosa sama ada melalui panggilan telefon,
menghantar sms dan e-mel tetapi gagal. “Aku” nyaris kehabisan ikhtiar untuk
menghubungi Rosa tetapi “Aku” tetap berusaha untukmenghubungi Rosa.

Apabila Ketua Pengarang tempat “Aku” bekerja menyuruh “Aku” ke
Singapura untuk membuat tugasan, “Aku” menerimanya tanpa banyak soal.
“Aku” terus ke Singapura untuk melaksanakan tugasan. Apabila pesawat

Singapore Airlines mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi,
“Aku” mengucapkan syukur berkali-kali. “Aku” mengambil peluang di sebalik

tugasan mendapatkan skop berita tentang Pulau Batu Putih di Singapura dengan

mencari Rosa di apartmennya di Woodlands Avenue tetapi Rosa tiada di situ.

Jiran-jiran di sekeliling rumahnya bersikap sombong kerana mengambil sikap
tidak tahu apabila “Aku” bertanya tentang Rosa. Setelah siap tugasannya, “Aku”

menaiki pesawat MAS untuk pulang ke Malaysia. Semasa di dalam pesawat
MAS, “Aku” terkenangkan saat-saat indah semasa ”Aku” dan Rosa di Pulau

Sentosa.
“Aku” teringat ketika berbual-bual dalam talian, Rosa sebagai rakyat

Singapura begitu bersemangat mempertahankan yang Pedra Branca atau Pulau
Batu Putih kepunyaan Singapura. “Aku” juga sebagai rakyat Malaysia
menyebelahi negara ”Aku” berkaitan isu Pulau Batu Putih. Namun “Aku” tidaklah
terlalu beremosi sehingga boleh merenggangkan persahabatan antara “Aku”
dengan Rosa. “Aku” rasa terkilan dengan sikap Rosa yang sengaja mematikan
telefon bimbitnya dan tidak mengangkat telefon rumah ketika “Aku”
menghubunginya. “Aku” ingin memohon maaf sekiranya sikap “Aku” yang
mempertahankan negara ”Aku” dalam isu Pulau Batu Putih ini menyebabkan
Rosa berkecil hati. Namun sebagai wartawan “Aku” perlu berterus terang untuk

menyampaikan berita yang benar kepada pembaca akhbar.
“Aku” teringat akan pertemuan pertama mereka apabila masing-masing

mempertahankan pandangan peribadi yang berbeza tentang dramatari „Kunang-
kunang Gunung Ledang‟ yang telah ditonton oleh “Aku”, Rosa dan Irda di

Auditorium DBKL. Rosa mempertahankan pendapatnya tentang drama tersebut

tanpa sebarang kompromi. Ada ketikanya sifat Rosa berubah daripada seorang

yang tegas menjadi seorang yang sensitif iaitu mudah terasa. Oleh sebab sifat
diri Rosa yang berubah-ubah, “Aku” memberitahu Irda yang Rosa bersifat

7

sedemikian kerana Rosa berbintang Cancer. Irda memarahi “Aku” kerana
mempercayai perkara-perkara yang karut.

“Aku” ditugaskan ke The Hague, Belanda mengikuti delegasi dari Wisma
Putra. Pada 17 Disember kes tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia
ke atas pulau-pulau Sipadan dan Ligitan akan diputuskan oleh Mahkamah
Keadilan Antarabangsa di Istana Keadilan di The Hague, Belanda. Sebelum ke
sana “Aku” membuat rujukan di laman web ICJ untuk mendapat maklumat
tentang senarai hakim yang akan menghakimi perbicaraan tersebut.

Pada hari tersebut, di Istana Keadilan perbicaraan yang dihakimi oleh tujuh
belas orang hakim memberikan hak kedaulatan pulau-pulau Sipadan dan Ligitan
kepada Malaysia. “Aku” berasa gembira apabila para hakim memberi hak
kedaulatan pulau-pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia. “Aku” yang
membuat liputan berita tersebut berbaur rasa antara gembira dan duka kerana
bagi “Aku” apalah erti sebuah kegembiraan apabila tiada Rosa di sisinya untuk
berkongsi kegembiraan itu.

“Aku” pulang ke hotel dan terus menghidupkan komputer riba. “Aku”
memeriksa kotak e-mel. Rupa-rupanya ada e-mel daripada Rosa yang dinanti-
nantikan beritanya sekian lama. Segala-galanya terjawab apabila Rosa
menjelaskan sebab penyepiannya selama ini. Sejak perbincangan hangat
mereka tentang Pedra Branca, Rosa menyedari bahawa dia menaruh perasaan
cinta kepada “Aku” dan tidak tahu cara untuk terus menjadi rafik kepada “Aku”
seperti dahulu. “Aku” sendiri terkeliru akan perasaannya kini terhadap Rosa.
Yang pasti, “Aku” menjadi rindu kepada seorang rafik.

TEMA
Tema cerpen ini ialah semangat setia kawan. Walaupun “Aku”

mempertahankan yang Pulau Batu Putih kepunyaan Malaysia tetapi “Aku”
tidaklah bertegang leher dengan Rosa tentang isu tersebut sehingga boleh
menggugat persahabatan mereka.

PERSOALAN
Persoalan kegigihan berusaha. Contohnya, “Aku” tetap gigih berusaha

untuk menghubungi Rosa walaupun beberapa usahanya itu menemui kegagalan.
Persoalan kepatuhan kepada arahan. Contohnya, “Aku” patuh kepada

arahan Ketua Pengarang tempat dia bekerja untuk membuat tugasan di
Singapura.

Persoalan kesyukuran kepada Tuhan. Contohnya, “Aku”” memanjatkan
rasa syukurnya kepada Allah apabila kapal terbang yang dinaikinya selamat
mendarat di Lapangan Terbang Changi.

8

Persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan. Contohnya,
walaupun “Aku” mempertahankan yang Pulau Batu Putih kepunyaan Malaysia
tetapi “Aku” tidaklah bertegang leher dengan Rosa tentang isu tersebut sehingga
boleh menggugat persahabatan mereka.

Persoalan kejujuran menyampaikan maklumat/ berita. Contohnya, sebagai
wartawan, “Aku” perlu bersikap jujur dalam melaporkan berita.

Persoalan kerajinan bekerja. Contohnya, “Aku” membuat rujukan terlebih
dahulu di laman web ICJ tentang senarai hakim yang akan menghakimi
perbicaraan itu sebelum bertolak ke Belanda.

Persoalan perbezaan personaliti/ latar belakang tidak menghalang jalinan
persahabatan. Contohnya, walaupun “Aku” seorang wartawan dan berzodiak
Aries manakala Rosa terlibat dalam seni tari dan berzodiak Cancer yang masing-
masing mencerminkan ciri-ciri peribadi yang berbeza, namun tidak menghalang
hubungan persahabatan yang akrab antara mereka.

Persoalan keadilan ketika membuat keputusan. Contohnya, perbicaraan
berkaitan tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia tentang Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan diputuskan secara adil di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.

Persoalan sifat hanya mementingkan pendapat sendiri/ tidak menghiraukan
pendapat orang lain. Contohnya, Rosa tetap dengan pendapatnya tentang
drama yang ditonton oleh mereka tanpa memperdulikan pandangan “Aku”.

Persoalan sifat masyarakat yang sombong. Contohnya, jiran-jiran di
sekeliling rumah Rosa bersikap sombong kerana mengambil sikap tidak tahu
apabila “Aku” bertanya tentang Rosa.

Persoalan kepercayaan kepada perkara tahyul. Contohnya, “Aku” masih
percaya kepada ramalan bintang yang menentukan peribadi seseorang.

Persoalan semangat cinta akan negara/ semangat patriotisme. Contohnya,
sebagai rakyat Malaysia “Aku” tetap menyatakan yang Pulau Batu Putih
kepunyaan Malaysia.

PERWATAKAN “AKU”/ RAFIK MUSTAQIM
Seorang yang gigih berusaha. Contohnya, “Aku” tetap gigih berusaha

untuk menghubungi Rosa walaupun beberapa usahanya itu menemui kegagalan.
Seorang yang patuh kepada arahan ketua/ majikan. Contohnya, “Aku”

patuh kepada arahan Ketua Pengarang tempat dia bekerja untuk membuat
tugasan di Singapura.

Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Contohnya, “Aku””
memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah apabila kapal terbang yang
dinaikinya selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi.

9

Seorang yang mementingkan semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contohnya, walaupun “Aku” mempertahankan yang Pulau Batu Putih kepunyaan
Malaysia tetapi “Aku” tidaklah bertegang leher dengan Rosa tentang isu tersebut

sehingga boleh menggugat persahabatan mereka.
Seorang yang jujur. Contohnya, sebagai wartawan, “Aku” perlu bersikap

jujur dalam melaporkan berita
Seorang yang rajin bekerja. Contohnya, “Aku” membuat rujukan terlebih

dahulu di laman web ICJ tentang senarai hakim yang akan menghakimi

perbicaraan itu sebelum bertolak ke Belanda.
Seorang yang mempercayai perkara tahyul. Contohnya, “Aku” masih

percaya kepada ramalan bintang yang menentukan peribadi seseorang.

Seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara/ berjiwa patriotik.
Contohnya, sebagai rakyat Malaysia “Aku” tetap menyatakan yang Pulau Batu

Putih kepunyaan Malaysia.
Seorang yang berhemah tinggi/ sedia memohon maaf. Contohnya, “Aku”

mahu memohon maaf daripada Rosa sekiranya perbezaan pendapat antara

mereka tentang isu Pulau Batu Putih boleh merenggang persahabatan antara

mereka.
Seorang wartawan. Contohnya, “Aku” bekerja sebagai wartawan.
Seorang yang amanah. Contohnya, “Aku” mempunyai amanah untuk

disampaikan kepada pembaca akhbar tentang sesuatu berita..
Seorang yang tidak suka bermain dengan emosi. Contohnya, “Aku” tidak

suka bermain dengan emosi untuk menarik minat pembaca akhbar.

PERWATAKAN ROSA
Seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara/ berjiwa patriotik.

Contohnya, Rosa begitu bersemangat mempertahankan negaranya dengan
mengatakan bahawa Pedra Branca atau Pulau Batu Putih adalah milik
Singapura.

Seorang yang tidak memperdulikan pandangan orang lain. Contohnya,
Rosa tetap dengan pendapatnya tentang drama yang ditonton oleh mereka
tanpa memperdulikan pandangan “Aku”.

NILAI MURNI “Aku” tetap gigih berusaha untuk
Nilai kegigihan. Contohnya,

menghubungi Rosa walaupun beberapa usahanya itu menemui kegagalan.
Nilai kepatuhan. Contohnya, “Aku” patuh kepada arahan Ketua Pengarang

tempat dia bekerja untuk membuat tugasan di Singapura.

10

Nilai kesyukuran. Contohnya, “Aku” memanjatkan rasa syukurnya kepada
Allah/ Tuhan apabila kapal terbang yang dinaikinya selamat mendarat di
Lapangan Terbang Changi.

Nilai setiakawan. Contohnya, walaupun “Aku” mempertahankan yang
Pulau Batu Putih kepunyaan Malaysia tetapi “Aku” tidaklah bertegang leher
dengan Rosa tentang isu tersebut sehingga boleh menggugat persahabatan
mereka.

Nilai kejujuran. Contohnya, sebagai wartawan, “Aku” perlu bersikap jujur
dalam melaporkan berita

Nilai kerajinan. Contohnya, “Aku” membuat rujukan terlebih dahulu di
laman web ICJ tentang senarai hakim yang akan menghakimi perbicaraan itu
sebelum bertolak ke Belanda.

Nilai patriotisme. Contohnya, sebagai rakyat Malaysia “Aku” tetap
menyatakan yang Pulau Batu Putih kepunyaan Malaysia/ Rosa begitu
bersemangat mempertahankan negaranya dengan mengatakan bahawa Pedra
Branca atau Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Nilai keadilan. Contohnya, perbicaraan berkaitan tuntutan bertindih antara
Malaysia dan Indonesia tentang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan diputuskan
secara adil di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Nilai hemah tinggi. Contohnya, “Aku” bersedia memohon maaf daripada
Rosa sekiranya perbezaan pendapat antara mereka tentang isu Pulau Batu Putih
boleh merenggang persahabatan antara mereka.

NILAI MURNI YANG TERDAPAT PADA WATAK “AKU”
Nilai kegigihan. Contohnya, “Aku” tetap gigih berusaha untuk menghubungi

Rosa walaupun beberapa usahanya itu menemui kegagalan.
Nilai kesyukuran. Contohnya, “Aku”” memanjatkan rasa syukurnya kepada

Allah apabila kapal terbang yang dinaikinya selamat mendarat di Lapangan
Terbang Changi.

Nilai kejujuran. Contohnya, sebagai wartawan, “Aku” perlu bersikap jujur
dalam melaporkan berita.

Nilai kepatuhan. Contohnya, , “Aku” patuh kepada arahan Ketua
Pengarang tempat dia bekerja untuk membuat tugasan di Singapura.

Nilai patriotisme. Contohnya, sebagai rakyat Malaysia “Aku” tetap
menyatakan yang Pulau Batu Putih kepunyaan Malaysia.

Nilai kerajinan. Contohnya, “Aku” membuat rujukan terlebih dahulu di
laman web ICJ tentang senarai hakim yang akan menghakimi perbicaraan itu
sebelum bertolak ke Belanda.

11

Nilai hemah tinggi. Contohnya, “Aku” bersedia memohon maaf daripada
Rosa sekiranya perbezaan pendapat antara mereka tentang isu Pulau Batu Putih
boleh merenggang persahabatan antara mereka.

PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Contohnya, “Aku” tetap gigih berusaha untuk menghubungi Rosa walaupun
beberapa usahanya itu menemui kegagalan.

Kita hendaklah patuh kepada arahan ketua/ majikan. Contohnya, “Aku”
patuh kepada arahan Ketua Pengarang tempat dia bekerja untuk membuat
tugasan di Singapura.

Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Contohnya, “Aku””
memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah/ Tuhan apabila kapal terbang yang
dinaikinya selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Kita hendaklah memiliki semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contohnya, walaupun “Aku” mempertahankan yang Pulau Batu Putih kepunyaan
Malaysia tetapi “Aku” tidaklah bertegang leher dengan Rosa tentang isu tersebut
sehingga boleh menggugat persahabatan mereka.

Kita hendaklah bersikap jujur dalam menyampaikan berita. Contohnya,
sebagai wartawan, “Aku” perlu bersikap jujur dalam melaporkan berita.

Kita hendaklah rajin bekerja. Contohnya, “Aku” membuat rujukan terlebih
dahulu di laman web ICJ tentang senarai hakim yang akan menghakimi
perbicaraan itu sebelum bertolak ke Belanda.

Kita janganlah terlalu percaya perkara tahyul. Contohnya, “Aku” masih
percaya kepada ramalan bintang yang menentukan peribadi seseorang.

Kita hendaklah memiliki semangat patriotik/ semangat cinta akan negara.
Contohnya, sebagai rakyat Malaysia “Aku” tetap menyatakan yang Pulau Batu
Putih kepunyaan Malaysia/ Rosa begitu bersemangat mempertahankan
negaranya dengan mengatakan bahawa Pedra Branca atau Pulau Batu Putih
adalah milik Singapura.

Kita janganlah terlalu mementingkan pendapat sendiri tanpa
mempertimbangkan pendapat orang lain. Contohnya, Rosa tetap dengan
pendapatnya tentang drama yang ditonton oleh mereka tanpa memperdulikan
pandangan “Aku”.

Kita janganlah menjadikan perbezaan personaliti/ latar belakang sebagai
penghalang dalam persahabatan. Contohnya, walaupun “Aku” seorang wartawan
dan berzodiak Aries manakala Rosa terlibat dalam seni tari dan berzodiak
Cancer yang masing-masing mencerminkan ciri-ciri peribadi yang berbeza,
namun tidak menghalang hubungan persahabatan yang akrab antara mereka.

12

Kita hendaklah berlaku adil ketika membuat sesuatu keputusan.
Contohnya, perbicaraan berkaitan tuntutan bertindih antara Malaysia dan
Indonesia tentang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan diputuskan secara adil di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Kita janganlah bersikap sombong sesama manusia. Contohnya, jiran-jiran
di sekeliling rumah Rosa bersikap sombong kerana mengambil sikap tidak tahu
apabila “Aku” bertanya tentang Rosa.

Kita hendaklah sedia memohon maaf demi menjaga ikatan persahabatan.
Contohnya, “Aku” bersedia memohon maaf daripada Rosa sekiranya perbezaan
pendapat antara mereka tentang isu Pulau Batu Putih boleh merenggang
persahabatan antara mereka.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang cinta akan negara/ berjiwa patriotik. Contohnya, dalam

pertikaian yang melibatkan Pulau Batu Putih, “Aku” menyatakan yang pulau itu
kepunyaan Malaysia manakala Rosa pula tetap berkeras yang pulau itu
kepunyaan Singapura.

Masyarakat yang sombong. Contohnya, jiran-jiran di sekeliling rumah
Rosa bersikap sombong kerana mengambil sikap tidak tahu apabila “Aku”
bertanya tentang Rosa.

LATAR TEMPAT
Di Woodlands Avenue, Singapura iaitu tempat tinggal Rosa.
Di Lapangan Terbang Changi, Singapura iaitu tempat kapal terbang

Singapore Airlines yang dinaiki oleh “aku” mendarat.
Di dalam pesawat MAS ketika “aku” terkenangkan masa-masa indah

bersama Rosa ketika mereka berkunjung ke Pulau Sentosa.
Pulau Sentosa iaitu tempat yang dikunjungi “aku” dan Rosa semasa “aku”

ke Singapura.
Di Auditorium DBKL iaitu tempat “aku”, Rosa dan Irda menonton dramatari

Kunang-kunang Gunung Ledang.
Di Istana Keadilan, The Hague, Belanda iaitu tempat perbicaraan antara

Malaysia dan Indonesia tentang hak kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan.

Di hotel tempat penginapan “aku” di Belanda iaitu tempat “aku” menerima
e-mel daripada Rosa yang menjelaskan sebab dia menyepi selama ini.

13

UJIAN PANTAS

UJIAN PANTAS 1

gigih wartawan patuh amanah syukur
jujur rajin
mementingkan PERSOALAN tidak suka
pendapat adil PERWATAKAN nasionalime bermain
sendiri Sombong wartawan dengan emosi
NILAI MURNI
semangat PENGAJARAN mempercai
setiakawan perkara tahyul
perbezaan
personaliti

berhemah tinggi

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:

1. Huraikan empat persoalan.

2. Huraikan empat nilai murni.

3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan “aku”/ Rafik Mustaqim.

UJIAN PANTAS 2

Woodlands Lapangan Di dalam
Avenue Terbang pesawat MAS
Changi
Auditorium Pulau hotel tempat
DBKL LATAR Sentosa penginapan
TEMPAT
Istana “aku” di
Keadilan, Belanda
The Hague,
Belanda

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

14

15

SINOPSIS

Slot berita di televisyen pada jam lapan malam memaparkan kisah
seorang peguam berusia awal tiga puluhan sedang dikerumuni wartawan untuk
ditemu ramah di foyer bangunan mahkamah. Peguam itu memberitahu para
wartawan bahawa dia baru sahaja memfailkan writ saman terhadap Syarikat
KTN kerana koc yang dinaikinya lambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur dalam perjalanannya ke Jakarta menyebabkan dia terlepas janji
temu dengan sebuah syarikat di Jakarta yang menawarkan kontrak sebanyak
RM 27 juta. Pada pendapatnya apabila dia membeli tiket dengan jadual yang
telah ditetapkan tetapi KTN gagal menepatinya, maka KTN telah melakukan
pecah kontrak. Justeru, sebagai pembeli tiket dia berhak menyaman KTN untuk
menuntut ganti rugi.

Timbul pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menonton berita
tersebut. Seorang tukang gunting di kedainya misalnya yang menonton berita
tersebut sambil memotong rambut seorang pelanggannya mencicip-cicip bibirnya
mengeluarkan bunyi „chet chet chet‟. Seorang tua dalam rumah papannya yang
sunyi di hujung sebuah kampung hanya mengelip-ngelipkan mata menatap apa
yang terpapar di skrin televisyen. Seorang suri rumah yang sedang membaca al-
Quran dalam keadaan masih bertelekung segera berhenti membaca dan memicit
punat menguatkan suara televisyen. Sekumpulan remaja yang sedang
menikmati makan malam di restoran mamak tersedak beramai-ramai mendengar
hal tersebut dari skrin besar di sudut kedai. Seorang penganggur yang sedang
berjalan melepasi sebuah rumah kedai yang kebetulan memasang berita
tersebut, berhenti sebentar dan ternganga melongo menontonnya.

Keesokan harinya, berita tersebut dilaporkan di muka hadapan akhbar-
akhbar utama siap dengan gambarnya sekali. Laporannya sama seperti yang
diberitakan malam tadi, hanya kali ini lebih terperinci lagi. Turut ditambah juga
ialah profil peguam tersebut.

Dia ialah seorang peguam yang memiliki firma guamannya sendiri. Hanya
kecil sahaja firmanya. Dia telah beramal sebagai peguam selama tujuh tahun.
Dia memiliki rekod menang kes 50-50, yakni menang dan kalahnya lebih kurang
seimbang. Dia bukanlah seorang peguam yang terkenal, dan sebelum ini hanya
mengendalikan kes kecil-kecilan sahaja seperti kes-kes kemalangan jalan raya,
menyaman syarikat insurans, tuntutan hutang, dan sebagainya. Ini adalah kali
pertama dia mengendalikan kes mewakili dirinya sendiri dan kali pertama pula
membawa kes dengan jumlah tuntutan yang besar.

Reaksi mereka yang menatap akhbar pada pagi itu sama juga seperti
mereka yang menonton di slot berita malam tadi iaitu memberi reaksi yang
pelbagai. Seorang hakim menggeleng-geleng kepala ketika membaca laporan
tersebut. Dia juga berasa hairan dengan tindakan peguam tersebut menyaman

16

KTN seolah-olah peguam tersebut tidak memahami ilmu undang-undang.
Sebuah akhbar lain pula dalam laporannya turut memuatkan pandangan seorang
pakar bidang perundangan dari Universiti Teknologi MARA, Profesor Ray Jay,
yang memberi komentarnya dengan memetik peruntukan dalam Akta Kontrak.
Menurut Profesor Ray Jay, ganti rugi yang boleh dituntut ialah kerugian yang
timbul secara langsung sahaja. Kerugian yang ditimbulkan secara berangkai
tidak dibenarkan. Tuntutan peguam tersebut secara berangkai iaitu tren
terlambat menyebabkan peguam itu terlambat ke KLIA, jadi dia terlepas
penerbangan ke Jakarta menyebabkan dia tidak dapat hadir mesyuarat dan
terlepas peluangnya untuk mendapat kontrak bernilai RM 27 juta. Sebuah akhbar
yang lain pula memetik komentar daripada salah seorang peguam KTN sendiri
yang mengesahkan bahawa KTN telah mendapat notis writ saman itu. Dia agak
terkejut kerana perkara sebegini memang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Menurutnya, res judicata bermaksud sesuatu hal yang telah selesai
diperdebatkan dan telah diputuskan oleh mahkamah tidak boleh diperdebatkan
lagi. Dia percaya tindakan menyaman ini hanya dibuat untuk mendapat publisiti
murahan. Sebagai peguam kecil dari firma yang tidak terkenal, tentu sekali
publisiti besar-besaran seperti ini sudah lama menjadi idamannya.

Pada waktu tengah hari peguam tersebut mendapat panggilan telefon
daripada seorang wartawan yang ingin meminta komennya tentang pandangan
Profesor Ray Jay yang disiarkan di akhbar hari ini dan juga komentar daripada
peguam KTN. Bagi peguam itu, dia menyaman KTN bukan untuk kepentingan
diri tetapi untuk membela nasib pengguna KTN yang terpaksa menanggung
masalah dan kerugian kesan daripada perkhidmatan KTN yang tidak cekap.
Beliau memberitahu wartawan tersebut bahawa saman tersebut tentang
penumpang-penumpang individu kecil melawan syarikat korporat pengangkutan
awam gergasi. Menurutnya selama ini KTN tidak mengendahkan rungutan orang
ramai tentang perkhidmatan mereka yang tidak efisien. Tambahnya lagi, purata
antara 90 000 hingga 100 000 orang menggunakan perkhidmatan tren setiap
hari. Dia inginkan KTN menambah baik perkhidmatannya dan memberikan
perkhidmatan yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab.

Akhirnya, kedua-dua belah pihak iaitu peguam tersebut dan tiga orang
peguam yang mewakili KTN tiba dimahkamah untuk berhujah di hadapan hakim
di dalam kamar.

TEMA
Tema cerpen ini ialah keberanian dalam mempertahankan hak. Seorang

peguam telah menyaman syarikat KTN kerana kegagalan menyediakan
perkhidmatan pengangkutan yang efisien kepada pengguna menyebabkan dia

17

sampai lewat di destinasi dan sekaligus terlepas peluang menghadiri mesyuarat
berkaitan sebuah kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia.

PERSOALAN
Persoalan akibat tidak menepati masa. Contohnya, KTN disaman kerana

koc miliknya gagal sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan.
Persoalan ketidakcekapan dalam perkhidmatan/ perkhidmatan yang tidak

cekap/ sifat tidak memperdulikan keluhan/ rungutan masyarakat. Contohnya,
KTN dianggap tidak cekap apabila keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang
perkhidmatan mereka tidak diendahkan dan tiada penambahbaikan dalam
perkhidmatan yang disediakan.

Persoalan kepentingan pengangkutan awam kepada orang ramai/
masyarakat. Contohnya, peguam itu menyatakan bahawa pengangkutan awam
merupakan kemudahan yang penting kepada orang ramai kerana ramai orang
menggunakannya.

Persoalan harapan terhadap keuntungan yang belum pasti. Contohnya,
peguam itu menyaman KTN kerana dia mendakwa yang dia kerugian dua puluh
tujuh juta ringgit akibat kehilangan kontrak tersebut sedangkan dia belum pun
mendapat kontrak tersebut.

Persoalan amalan berdikari dalam kehidupan. Contohnya, peguam itu
meneruskan tuntutannya secara sendirian tanpa bantuan orang lain kerana dia
akan mewakili dirinya sendiri semasa proses pendakwaan dijalankan.

Persoalan keadilan dalam menjatuhkan hukuman. Contohnya, keputusan
sama ada kes itu boleh diteruskan atau sebaliknya dipertimbangkan oleh hakim
dengan seadil-adilnya.

Persoalan keyakinan diri. Contohnya, peguam itu amat yakin dengan
tindakannya menyaman syarikat pengangkutan KTN.

Persoalan amalan mementingkan kepentingan awam/ masyarakat/ orang
ramai. Contohnya, peguam itu memfailkan writ samannya adalah untuk memberi
amaran kepada pengendali pengangkutan awam agar menjalankan
perkhidmatan yang cekap demi kepentingan masyarakat pengguna tren yang
keluhan mereka tidak diendahkan oleh pengusaha tren.

18

PERWATAKAN PEGUAM
Seorang yang berani menyuarakan pendapat/ mempertahankan hak.

Contohnya, peguam itu dengan beraninya telah mengemukakan writ saman
untuk mendapatkan keadilan di mahkamah kerana berasa dirinya teraniaya.

Seorang yang mementingkan kepentingan awam/ masyarakat/ orang
ramai. Contohnya, peguam itu memfailkan writ samannya adalah untuk memberi
amaran kepada pengendali pengangkutan awam agar menjalankan
perkhidmatan yang cekap demi kepentingan masyarakat pengguna tren yang
keluhan mereka tidak diendahkan oleh pengusaha tren.

Seorang yang yakin diri/ berkeyakinan tinggi. Contohnya, peguam itu amat
yakin dengan tindakannya menyaman syarikat pengangkutan KTN.

Seorang peguam. Contohnya, peguam itu memiliki sebuah firma guaman
sendiri.

Seorang yang petah berbicara. Contohnya, peguam itu menjawab soalan-
soalan wartawan dengan lancar.

NILAI MURNI
Nilai berdikari. Contohnya, peguam itu meneruskan tuntutannya secara

sendirian tanpa bantuan orang lain kerana dia akan mewakili dirinya sendiri
semasa proses pendakwaan dijalankan.

Nilai keadilan. Contohnya, keputusan sama ada kes itu boleh diteruskan
atau sebaliknya dipertimbangkan oleh hakim dengan seadil-adilnya.

Nilai keberanian. Contohnya, peguam itu dengan beraninya telah
mengemukakan writ saman untuk mendapatkan keadilan di mahkamah kerana
berasa dirinya teraniaya.

Nilai tanggungjawab. Contohnya, peguam itu memfailkan writ samannya
adalah untuk memberi amaran kepada pengendali pengangkutan awam agar
menjalankan perkhidmatan yang cekap demi kepentingan masyarakat pengguna
tren yang keluhan mereka tidak diendahkan oleh pengusaha tren.

Nilai yakin diri. Contohnya, peguam itu amat yakin dengan tindakannya
menyaman syarikat pengangkutan KTN.

PENGAJARAN
Kita hendaklah menepati masa dalam sebarang urusan. Contohnya, KTN

disaman kerana koc miliknya gagal sampai ke destinasi pada masa yang
ditetapkan.

Kita hendaklah memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam setiap
urusan/ Kita hendaklah prihatin dengan keluhan masyarakat/ orang ramai.
Contohnya, KTN dianggap tidak cekap apabila keluh-kesah daripada pelbagai

19

pihak tentang perkhidmatan mereka tidak diendahkan dan tiada
penambahbaikan dalam perkhidmatan yang disediakan.

Kita janganlah terlalu mengharapkan terhadap keuntungan yang belum
pasti. Contohnya, peguam itu menyaman KTN kerana mendakwa dia kerugian
dua puluh tujuh juta ringgit akibat kehilangan kontrak tersebut sedangkan dia
belum pun mendapat kontrak tersebut.

Kita hendaklahmengamalkan sikap berdikari dalam kehidupan. Contohnya,
peguam itu meneruskan tuntutannya secara sendirian tanpa bantuan orang lain
kerana dia akan mewakili dirinya sendiri semasa proses pendakwaan dijalankan.

Kita hendaklah berlaku adil ketika membuat keputusan. Contohnya,
keputusan sama ada kes itu boleh diteruskan atau sebaliknya dipertimbangkan
oleh hakim dengan seadil-adilnya.

Kita hendaklah berani menyuarakan pendapat/ mempertahankan hak untuk
mendapatkan keadilan. Contohnya, peguam itu dengan beraninya telah
mengemukakan writ saman untuk mendapatkan keadilan di mahkamah kerana
berasa dirinya teraniaya.

Kita hendaklah mementingkan kepentingan masyarakat/ pengguna/ orang
ramai/ rakyat. Contohnya, peguam itu memfailkan writ samannya adalah untuk
memberi amaran kepada pengendali pengangkutan awam agar menjalankan
perkhidmatan yang cekap demi kepentingan masyarakat pengguna tren yang
keluhan mereka tidak diendahkan oleh pengusaha tren.

Kita hendaklah sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Contohnya,
peguam itu amat yakin dengan tindakannya menyaman syarikat pengangkutan
KTN.

LATAR TEMPAT
Foyer bangunan mahkamah iaitu tempat seorang lelaki berusia awal tiga

puluhan dikerumuni oleh wartawan untuk mendapat maklumat lanjut tentang writ
samannya terhadap syarikat KTN.

Kedai guntung rambut iaitu tempat seorang tukang gunting rambut
mencicip-cicip bibirnya apabila mendengar berita tentang writ saman seorang
peguam terhadap syarikat KTN mdelalui televisyen.

Rumah seorang tua iaitu tempat seorang tua mengelip-ngelip matanya
ketika menatap sesuatu yang dipaparkan di skrin televisyen.

Restoran mamak iaitu tempat sekumpulan remaja tersedak beramai-ramai
setelah mendengar berita writ saman seorang peguam terhadap syarikat KTN
melalui televisyen.

Rumah seorang suri rumah iaitu ketika seorang suri rumah yang sedang
membaca al-Quran segera berhenti membaca dan memicit punat menguatkan
suara televisyen.

20

Di hadapan rumah kedai iaitu ketika seorang penganggur yang sedang
berjalan melepasi sebuah rumah kedai berhenti sebentar dan ternganga
melongo ketika mendengar berita berkaitan peguam tersebut.

UJIAN PANTAS 1 UJIAN PANTAS

petah berani akibat tidak
berbicara menepati
PERSOALAN
yakin diri PERWATAKAN masa peguam

berdikari NILAI MURNI adil kepentingan
PENGAJARAN pengangkutan
ketidakcekapan awam kepada
dalam harapan orang ramai
terhadap
perkhidmatan keuntungan
yang belum

pasti

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan peguam.

UJIAN PANTAS 2 Rumah Di hadapan Foyer
Kedai seorang tua rumah kedai bangunan
mahkamah
guntung LATAR
rambut TEMPAT Rumah
seorang suri
Restoran
mamak rumah

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

21

22

SINOPSIS
Keluarga “aku”, Tuk Nyan, Pak Mid dan lapan lagi keluarga tinggal di

kampung. Masyarakat kampung di tempat tinggal kami menggelar Pak Mid

sebagai orang gila kerana membersihkan tanah rang kepunyaannya semata-

mata untuk menanam pokok-pokok hutan. Perkara ini merupakan perkara yang

luar daripada kebiasaan bagi orang-orang kampung. Biasanya orang-orang

kampung akan membersihkan tanah untuk ditanam dengan pokok buah-buahan.

Namun begitu, sebahagian lagi tanahnya masih lagi diusahakan dengan

penanaman padi. Selain itu Pak Mid juga menangkap ikan di sungai dan

menjaga pokok-pokok putat air, cemumar dan beluntas yang tumbuh di tebing
sungai untuk keperluannya sekeluarga. “Aku” melihat Pak Mid seorang yang

tekun, rajin, berdisiplin, penyabar, dan tidak banyak bercakap tetapi begitu

mesra dengan penduduk kampung.

Setelah beberapa tahun kemudian, kawasan tanaman pokok hutannya
bertambah subur dan dibiarkan semak oleh Pak Mid. Kebanyakan ibu bapa
melarang anak-anak mereka bermain di situ dengan menyatakan bahawa di
kawasan semak itu ada harimau, ular dan orang bunian. Walaupun digelar gila
oleh orang-orang kampung, Pak Mid tetap melayan orang kampung dengan baik
dan terus bekerja dengan penuh tekun dan berdisiplin. Apabila kerajaan
berhasrat membawa projek pembangunan ke kampung tersebut, tanah-tanah
orang kampung yang terlibat diambil oleh kerajaan dan dibayar dengan
pampasan yang sepatutnya. Tuk Nyan terkejut apabila tanah Pak Mid dibayar
dengan harga yang lebih mahal. Pak Mid memberitahu Tuk Nyan yang tanahnya
dibayar dengan harga yang tinggi kerana pokok-pokok jati yang ditanam oleh
Pak Mid ada nilai pasaran. Bahagian tanah hutan buatan Pak Mid yang tidak
diambil oleh kerajaan pula, dijadikan tempat untuk anak-anak muda belajar
tentang alam semula jadi.

Kehidupan di kampung pada masa itu sangatlah susah apatah lagi
kampung tempat tinggal “Aku” jauh di pedalaman. Misalnya, untuk ke jalan
berturap, penduduk kampung perlu melalui batas sawah sejauh tiga kilometer
dan berjalan kaki empat kilometer lagi untuk ke sekolah. Sumber air pula
datangnya dari sungai, telaga dan air hujan yang ditakung manakala sumber
cahaya pada waktu malam datangnya daripada pelita dan lampu gasolin.

Pak Mid menggunakan wang pampasan yang diperoleh daripada kerajaan
untuk mendirikan rumah yang lebih sempurna dan melengkapkannya dengan
pelbagai kemudahan asas. Pak Mid juga menggunakan wang tersebut untuk
membiayai persekolahan anak-anaknya. Selain itu Pak Mid juga
menyumbangkan lima puluh helai sejadah di surau untuk kegunaan penduduk

23

kampung. Anak-anaknya juga sudah berjaya dalan pelajaran masing-masing.
Pak Mid mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dia telah berjaya
dalam kehidupannya dan anak-anaknya juga telah berjaya dalam pelajaran
masing-masing. Bagi Pak Mid untuk berjaya dalam kehidupan, seseorang itu
perlu berusaha dan berdoa kepada Allah.

Semua golongan tua di kampung tersebut diberikan peranan untuk
membangunkan masyarakat termasuk ayah “Aku‟ yang dilantik sebagai
setiausaha lembaga masjid. Anak-anak muda pula dilantik menganggotai
lembaga masjid.

Sejak itu “Aku” melihat kampungku cukup aman, maju dan penduduknya
bersatu padu. Tidak terdengar lagi panggilan-panggilan yang menghina sesama
penduduk kampung. “Aku” berasa berat hati untuk meninggalkan kampung
halaman apabila “Aku” telah tamat pengajiannya nanti.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kegigihan merealisasikan hasrat tanpa mempeduli

cabaran yang mendatang. Pak Mid tetap gigih mengusahakan tanaman pokok
hutan walaupun orang menganggap dia gila. Usahanya terbukti berjaya apabila
tanah miliknya dibayar dengan pampasan yang lumayan oleh kerajaan.

PERSOALAN
Persoalan kegigihan berusaha. Contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan

tanah rang tanpa bantuan alat-alat moden atau sebarang jentera.
Persoalan kesabaran menghadapi cemuhan masyarakat. Contohnya, Pak

Mid tetap bersabar walaupun orang kampung menganggapnya sebagai orang
gila.

Persoalan cinta akan alam sekitar. Contohnya, Pak Mid menjaga sungai
dan pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.

Persoalan tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Contohnya,
Pak Mid menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan untuk
membiayai persekolahan anak-anaknya.

Persoalan amalan bermurah hati terhadap masyarakat. Contohnya, Pak
Mid menyumbangkan lima puluh helai kain sejadah di surau untuk kegunaan
penduduk kampung.

Persoalan kesyukuran kepada Allah/ Tuhan. Contohnya, Pak Mid
mengucapkan rasa syukur kepada Allah setelah dia berjaya dalam
kehidupannya.

Persoalan kepercayaan karut dalam masyarakat. Contohnya, ada ibu bapa
yang menyatakan di dalam hutan terdapat orang bunian yang boleh
menyembunyikan orang.

24

Persoalan kesusahan hidup di kampung. Contohnya, penduduk kampung
belum lagi mempunyai jalan yang berturap, bekalan air paip dan bekalan elektrik.

Persoalan kepentingan pembangunan di kampung. Contohnya, kerajaan
menghantar pegawainya untuk membina pelbagai projek pembangunan di
kampung “Aku”.

Persoalan sifat berpandangan jauh. Contohnya, Pak Mid menggunakan
tanah rangnya untuk menanam pokok-pokok hutan kerana dia tahu yang pokok-
pokok tersebut mempunyai nilai pasaran.

Persoalan kepercayaan kepada kuasa Allah/ Tuhan / ketaatan kepada
perintah Allah/ Tuhan/ amalan berdoa dalam kehidupan. Contohnya, bagi Pak
Mid untuk berjaya dalam kehidupan, seseorang itu perlu berusaha dan berdoa
kepada Allah.

Persoalan sifat buruk sangka dalam masyarakat. Contohnya, orang-orang
kampung menganggap Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok-
pokok hutan dan bukan pokok buah-buahan di tanahnya.

Persoalan kepentingan alam semula jadi dalam pendidikan. Contohnya,
hutan buatan Pak Mid menjadi tempat anak-anak kampung belajar tentang alam
semula jadi.

Persoalan perpaduan masyarakat. Contohnya, “Aku” mendapati penduduk
di kampungnya hidup dalam keadaan bersatu padu.

PERWATAKAN PAK MID
Seorang yang gigih berusaha. Contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan

tanah rang tanpa bantuan alat-alat moden atau sebarang jentera.
Seorang yang sabar menghadapi dugaan. Contohnya, Pak Mid tetap

bersabar walaupun orang kampung menganggapnya sebagai orang gila.
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Pak Mid menjaga

sungai dan pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak.

Contohnya, Pak Mid menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan
untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.

Seorang yang memiliki sifat murah hati. Contohnya, Pak Mid
menyumbangkan lima puluh helai kain sejadah di surau untuk kegunaan
penduduk kampung.

Seorang yang bersyukur kepada Allah/ Tuhan. Contohnya, Pak Mid
mengucapan rasa syukur kepada Allah setelah dia berjaya dalam kehidupannya.

Seorang yang berpandangan jauh/ berwawasan. Contohnya, Pak Mid
menggunakan tanah rangnya untuk menanam pokok-pokok hutan kerana dia
tahu yang pokok-pokok tersebut mempunyai nilai pasaran.

25

Seorang yang percaya kepada kuasa Allah/ Tuhan/ beriman. Contohnya,
bagi Pak Mid untuk berjaya dalam kehidupan, seseorang itu perlu berusaha dan
berdoa kepada Allah.

Seorang yang mementingkan persahabatan/ berprasangka baik terhadap
orang lain. Contohnya, Pak Mid menganggap semua penduduk kampung ialah
saudara-maranya. / Pak Mid tidak berburuk sangka terhadap orang kampung
yang menyindirnya.

NILAI MURNI
Nilai kegigihan. Contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang tanpa

bantuan alat-alat moden atau sebarang jentera.
Nilai kesabaran. Contohnya, Pak Mid tetap bersabar walaupun orang

kampung menganggapnya sebagai orang gila.
Nilai mencintai alam sekitar. Contohnya, Pak Mid menjaga sungai dan

pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Pak Mid menggunakan wang pampasan

yang dibayar oleh kerajaan untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.
Nilai murah hati. Contohnya, Pak Mid menyumbangkan lima puluh helai

kain sejadah di surau untuk kegunaan penduduk kampung.
Nilai kesyukuran. Contohnya, Pak Mid mengucapan rasa syukur kepada

Allah setelah dia berjaya dalam kehidupannya.
Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, “Aku” mendapati penduduk di

kampungnya hidup dalam keadaan bersatu padu.

NILAI MURNI YANG ADA PADA WATAK PAK MID
Nilai kegigihan. Contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang tanpa

bantuan alat-alat moden atau sebarang jentera.
Nilai kesabaran. Contohnya, Pak Mid tetap bersabar walaupun orang

kampung menganggapnya sebagai orang gila.
Nilai mencintai alam sekitar. Contohnya, Pak Mid menjaga sungai dan

pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Pak Mid menggunakan wang pampasan

yang dibayar oleh kerajaan untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.
Nilai murah hati. Contohnya, Pak Mid menyumbangkan lima puluh helai

kain sejadah di surau untuk kegunaan penduduk kampung.
Nilai kesyukuran. Contohnya, Pak Mid mengucapkan rasa syukur kepada

Allah setelah dia berjaya dalam kehidupannya.

26

PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Contohnya, Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang tanpa bantuan alat-alat
moden atau sebarang jentera.

Kita hendaklah bersabar dengan cemuhan masyarakat. Contohnya, Pak
Mid tetap bersabar walaupun orang kampung menganggapnya sebagai orang
gila.

Kita hendaklah mencintai alam sekitar. Contohnya, Pak Mid menjaga
sungai dan pokok-pokok yang sedia ada di tebing sungai tersebut dengan baik.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak.
Contohnya, Pak Mid menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan
untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.

Kita hendaklah memiliki sifat murah hati. Contohnya, Pak Mid
menyumbangkan lima puluh helai kain sejadah di surau untuk kegunaan
penduduk kampung.

Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah/ Tuhan. Contohnya, Pak
Mid mengucapan rasa syukur kepada Allah/ Tuhan setelah dia berjaya dalam
kehidupannya.

Kita hendaklah mempunyai wawasan dalam kehidupan. Contohnya, Pak
Mid menggunakan tanah rangnya untuk menanam pokok-pokok hutan kerana
dia tahu yang pokok-pokok tersebut mempunyai nilai pasaran.

Kita hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah jika mahu
berjaya dalam sebarang pekerjaan. Contohnya, Bagi Pak Mid untuk berjaya
dalam kehidupan, seseorang itu perlu berusaha dan berdoa kepada Allah.

Kita janganlah mempunyai sikap buruk sangka terhadap orang lain.
Contohnya, orang-orang kampung menganggap Pak Mid sebagai orang gila
kerana menanam pokok-pokok hutan dan bukan pokok buah-buahan di
tanahnya.

Kita janganlah menanam kepercayaan karut kepada anak-anak.
Contohnya, ada ibu bapa yang menyatakan di dalam hutan terdapat orang
bunian yang boleh menyembunyikan orang.

Kita hendaklah menghargai golongan muda. Contohnya, masyarakat
kampung melantik golongan muda menganggotai lembaga pengurusan masjid.

Kita hendaklah hidup dalam keadaan bersatu padu. Contohnya, “Aku”
mendapati penduduk di kampungnya hidup dalam keadaan bersatu padu.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mempunyai sikap buruk sangka terhadap orang lain.

Contohnya, orang-orang kampung menganggap Pak Mid sebagai orang gila

27

kerana menanam pokok-pokok hutan dan bukan pokok buah-buahan di
tanahnya.

Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut. Contohnya, ada ibu
bapa yang menyatakan di dalam hutan terdapat orang bunian yang boleh
menyembunyikan orang.

Masyarakat yang belum menikmati kemudahan asas/ miskin. Contohnya,
penduduk kampung belum lagi mempunyai jalan yang berturap, bekalan air paip
dan bekalan elektrik.

Masyarakat kampung. Contohnya, “Aku”, Tuk Nyan dan Pak Mid tinggal di
kampung

Masyarakat petani. Contohnya, penduduk kampung bekerja sebagai
petani.

Masyuarakat yang bersatu padu. Contohnya, semua orang-orang tua di
kampung diberi peranan untuk membangunkan masyarakat/ anak-nak muda
dilantik menganggotai lembaga masjid/ “Aku” mendapati penduduk di
kampungnya hidup dalam keadaan bersatu padu.

Masyarakat yang berpendidikan tinggi/ masyarakat yang mementingkan
pendidikan. Contohnya, anak-anak Pak Mid ada yang berkelulusanan universiti
dan ada yang sedang menuntut di universiti/ anak-anak Pak Mid dan “Aku”
berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Masyarakat yang menghargai golongan muda. Contohnya, masyarakat
kampung melantik golongan muda menganggotai lembaga pengurusan masjid.

LATAR TEMPAT
Kampung iaitu tempat tinggal keluarga “Aku”, keluarga Pak Mid, keluarga

Tuk Nyan dan lapan keluarga lain.
Tanah rang iaitu tempat Pak Mid menanam pokok-pokok hutan.
Tebing sungai iaitu tempat Pak Mid menjaga pokok-pokok putat air,

cemumar dan beluntas dengan baik.

28

UJIAN PANTAS 1 UJIAN PANTAS sabar murah hati
gigih taat
syukur kepercayaan
tanggungjawab berpandangan karut dalam
perpaduan PERSOALAN jauh. masyarakat
PERWATAKAN
kesusahan sifat buruk
hidup NILAI MURNI sangka dalam
PENGAJARAN
di kampung masyarakat
kepentingan
cinta akan pembangunan
alam sekitar
di kampung
kepentingan
alam semula

jadi dalam
pendidikan

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan Pak Mid.

UJIAN PANTAS 2 petani menghargai
mengamalkan miskin golongan
kepercayaan muda

karut mempunyai
kampung sikap buruk

masyarakat LATAR sangka
yang MASYARAKAT terhadap
orang lain
mementingkan
pendidikan

bersatu padu

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.

29

30

SINOPSIS

Pak Yasok ialah penggiat seni wayang kulit. Sudah bertahun-tahun Pak
Yasok mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-
anaknya iaitu Sauki, Sulida dan Naemah. Dia tinggal di kampung bersama-sama
dengan isterinya, Mak Esah. Ketiga-tiga anaknya telah pun berjaya dalam
pelajaran dan kini mempunyai kerjaya yang baik. Sauki bekerja sebagai guru
Pendidikan Islam di institusi kerajaan di Kuala Lumpur, Sulida menjadi jurutera
syarikat minyak di Miri, Sarawak dan Naemah pula menjadi doktor di Hospital
Kulim, Kedah. Semasa di beranda rumahnya, Pak Yasok teringat akan anak-
anak dan cucu-cucunya. Sama ada Pak Yasok dan Mak Esah atau cucu-cucu
mereka, apabila masing-masing teringat antara satu sama lain mereka akan
menelefon dan bertanya khabar.

Ketika Pak Yasoh sedang gigih memahat belulang patung wayang kulit,
Pak Yasok teringat kata-kata menantunya, Faezah iaitu isteri Sauki yang
melarang Pak Yasok meneruskan kerjayanya sebagai dalang. Bagi Faezah
pekerjaan tersebut bertentangan dengan ajaran agama Islam. Pak Yasok
berasa marah dan kecewa dengan penghinaan tersebut. Pak Yasok hairan
kerana tok siak, pak lebai dan imam masjid tidak pernah menghina kerja-kerja
seninya selama ini. Seperti masyarakat Islam lain di kampungnya, Pak Yasok
juga pergi solat berjemaah di surau dan masjid. Pak Yasok juga membayar zakat
dan menziarahi saudara maranya jika ada yang sakit dan jika ada kematian.
Malah di bangsal wayang kulit di halaman rumahnya, anak-anak muda di
kampung tersebut berlatih menabuh gendang selepas selesai solat Isyak. Jika
ada sesiapa di kampung tersebut yang sakit atau jika ada kematian, latihan
menabuh gendang dihentikan sebagai menghormati penduduk kampung
berkenaan. Semenjak peristiwa itu, Faezah tidak balik ke rumah Pak Yasok lagi.
Namun sebagai anak, Sauki tetap pulang ke kampung menziarahi Pak Yasok
dan Mak Esah.

Pada suatu hari Nora datang ke rumah Pak Yasok kerana ingin belajar
menjadi dalang wayang kulit. Ibu bapa Nora tinggal di Kuala Lumpur. Apabila
Nora memberitahu Pak Yasok yang dia penuntut universiti, Pak Yasok bergurau
dengannya yang Pak Yasok pernah juga pergi ke Hospital Universiti di Kubang
Kerian kerana menziarahi saudara-maranya yang sakit. Pak Yasok dengan rasa
bangga dan dengan rela hati sedia mengajar Nora seni wayang kulit. Dalam
jangka masa tiga bulan, Nora berjaya menguasai ilmu pendalangan wayang kulit
daripada Pak Yasok. Akhirnya Pak Yasok mengadakan majlis memperlimau
untuk Nora kerana berjaya menguasai ilmu tersebut. Semua anak dan cucunya
diminta pulang dan menghadiri majlis tersebut. Tanpa diduga, Faezah turut
pulang bersama-sama dengan Sauki dan anak-anaknya. Faezah memohon maaf

31

daripada Pak Yasok akan kesilapannya selama ini yang menghina pekerjaan
Pak Yasok.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kecintaan terhadap seni warisan bangsa/ seni

wayang kulit. Pak Yasok sanggup menurunkan ilmu pendalangan wayang kulit
kepada Nora untuk memastikan warisan seni wayang kulit berterusan.

PERRSOALAN
Persoalan tanggungjawab sebagai ketua keluarga/ tanggungjawab

terhadap keluarga. Contohnya, Pak Yasok dapat menyara keluarga dan
membesarkan anak-anaknya daripada hasil pendapatannya sebagai dalang
wayang kulit.

Persoalan kegigihan bekerja. Contohnya, Pak Yasok begitu gigih membuat
patung wayang kulit.

Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, Pak Yasok menelefon
anak-anak dan cucu-cucunya jika dia terasa rindu akan mereka.

Persoalan realiti/ hakikat kehidupan ibu bapa yang telah tua. Contohnya,
Pak Yasok dan Mak Esah terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa
tinggal berdua setelah anak-anak mereka telah berkeluarga dan bekerja jauh
pula.

Persoalan kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Contohnya, Pak Yasok
membiayai persekolahan anak-anaknya sehingga mereka berjaya dalam bidang
masing-masing.

Persoalan ketaatan/ kepatuhan kepada perintah Allah. Contohnya, Pak
Yasok berjemaah di surau dan masjid serta mengeluarkan zakat/ orang-orang
kampung mengadakan solat Isyak berjemaah di masjid kampung tersebut.

Persoalan amalan hidup bermasyarakat/ amalan mementingkan hubungan
persaudaraan. Contohnya, Pak Yasok menziarahi saudara mara yang sakit atau
jika ada kematian/ anak-anak muda menangguhkan latihan menabuhkan
gendang wayang kulit jika ada orang-orang kampung yang sakit atau jika ada
kematian.

Persoalan pergolakan/ konflik dalam keluarga. Contohnya, Faezah telah
menghina bapa mentuanya yang menyebabkan Pak Yasok berasa marah dan
berkecil hati.

Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Contohnya, Sauki tetap
pulang menziarahi Pak Yasok dan Mak Esah walaupun tanpa ditemani isterinya
kerana tanggungjawabnya sebagai anak.

32

Persoalan kepatuhan kepada kehendak keluarga/ ibu bapa. Contohnya,
anak-anak Pak Yasok patuh kepada permintaannya supaya pulang ke rumah
untuk upacara memperlimau Nora menjadi dalang.

Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Contohnya, Faezah
akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang ke rumah Pak Yasok lalu
memohon maaf daripada Pak Yasok.

Persoalan kepatuhan/ kepercayaan kepada petua pendalangan.
Contohnya, Pak Yasok patuh kepada petua pendalangan yang dipelajari
daripada Dalang Tok Ali.

Persoalan amalan menghormati ibu dan bapa. Contohnya, Sauki tidak
tergamak menasihati Pak Yasok supaya tidak lagi bekerja sebagai dalang
wayang kulit kerana menghormati Pak Yasok.

Persoalan ketabahan/ kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contohnya, Pak Yasok tetap tabah menghadapi penghinaan daripada
menantunya/ Faezah demi meneruskan kecintaan terhadap seni wayang kulit.

Persoalan amalan berbudi bahasa/ bersopan santun/ berbudi pekerti dalam
kehidupan. Contohnya, Nora memberi salam kepada Pak Yasok semasa
bertemu dengannya di rumah Pak Yasok.

PERWATAKAN PAK YASOK
Seorang yang bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarga. Contohnya,

Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya daripada
hasil pendapatan sebagai dalang wayang kulit.

Seorang yang gigih bekerja. Contohnya, Pak Yasok begitu gigih membuat
patung wayang kulit.

Seorang yang penyayang. Contohnya, Pak Yasok menelefon anak-anak
dan cucu-cucunya jika dia terasa rindu akan mereka.

Seorang yang mementingkan pendidikan anak-anaknya. Contohnya, Pak
Yasok membiayai persekolahan anak-anaknya sehingga mereka berjaya dalam
bidang masing-masing.

Seorang yang taat kepada perintah Allah/Tuhan/ajaran agama. Contohnya,
Pak Yasok berjemaah di surau dan masjid serta mengeluarkan zakat.

Seorang yang mementingkan hubungan persaudaraan. Contohnya, Pak
Yasok menziarahi saudara mara yang sakit atau jika ada kematian.

Seorang yang sensitif/ mudah terasa. Contohnya, Pak Yasok benar-benar
terasa dengan penghinaan yang dilemparkan oleh menantunya/ Faezah
terhadap dirinya.

Seorang yang mencintai seni budaya bangsa. Contohnya, demi
kecintaannya terhadap seni warisan budaya/ wayang kulit, Pak Yasok menolak

33

teguran menantunya/ Faezah yang menganggap kerja-kerja pendalangan
sebagai kerja sia-sia dan berdosa.

NILAI MURNI
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Pak Yasok dapat menyara keluarga dan

membesarkan anak-anaknya daripada hasil pendapatan sebagai dalang wayang
kulit.

Nilai kegigihan. Contohnya, Pak Yasok begitu gigih membuat patung
wayang kulit.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Yasok menelefon anak-anak dan cucu-
cucunya jika dia terasa rindu akan mereka.

Nilai rasional. Contohnya, Pak Yasok dan Mak Esah terpaksa menerima
hakikat yang mereka terpaksa tinggal berdua setelah anak-anak mereka telah
berkeluarga dan bekerja jauh pula.

Nilai ketaatan/ nilai kepatuhan. Contohnya, Pak Yasok berjemaah di surau
dan masjid serta mengeluarkan zakat/ orang-orang kampung mengadakan solat
Isyak berjemaah di masjid kampung tersebut/ anak-anak Pak Yasok patuh
kepada permintaannya supaya pulang ke rumah untuk upacara memperlimau
Nora menjadi dalang.

Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, Pak Yasok menziarahi saudara
mara yang sakit atau jika ada kematian/ anak-anak muda menangguhkan latihan
menabuhkan gendang wayang kulit jika ada orang-orang kampung yang sakit
atau jika ada kematian.

Nilai keinsafan. Contohnya, Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya
dan pulang ke rumah Pak Yasok lalu memohon maaf daripada Pak Yasok.

Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Sauki tidak tergamak menasihati
Pak Yasok supaya tidak lagi bekerja sebagai dalang wayang kulit kerana
menghormati Pak Yasok.

Nilai cinta akan seni budaya. Contohnya, demi kecintaannya terhadap seni
warisan budaya/ wayang kulit, Pak Yasok menolak teguran menantunya/ Faezah
yang menganggap kerja-kerja pendalangan sebagai kerja sia-sia dan berdosa.

Nilai ketabahan/ kesabaran. Contohnya, Pak Yasok tetap tabah
menghadapi penghinaan daripada menantunya/ Faezah demi meneruskan
kecintaan terhadap seni wayang kulit.

Nilai berbudi bahasa/ kesopanan/ berbudi pekerti. Contohnya, Nora
memberi salam kepada Pak Yasok semasa bertemu dengannya di rumah Pak
Yasok.

34

PENGAJARAN
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga.

Contohnya, Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-
anaknya daripada hasil pendapatan sebagai pemain wayang kulit.

Kita hendahklah gigih bekerja. Contohnya, Pak Yasok begitu gigih
membuat patung wayang kulit.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, Pak Yasok
menelefon anak-anak dan cucu-cucunya jika dia terasa rindu akan mereka.

Kita hendaklah bersedia menerima realiti kehidupan. Contohnya, Pak
Yasok dan Mak Esah terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa tinggal
berdua setelah anak-anak mereka telah berkeluarga dan bekerja jauh pula.

Kita hendaklah mementingkan pendidikan dalam kehidupan. Contohnya,
Pak Yasok membiayai persekolahan anak-anaknya sehingga mereka berjaya
dalam bidang masing-masing.

Kita hendaklah taat/ patuh kepada perintah Allah/ ajaran agama.
Contohnya, Pak Yasok berjemaah di surau dan masjid serta mengeluarkan
zakat/ / orang-orang kampung mengadakan solat Isyak berjemaah di masjid
kampung tersebut.

Kita hendaklah mengamalkan semangat hidup bermasyarakat/ Kita
hendaklah mementingkan hubungan persaudaraan. Contohnya, Pak Yasok
menziarahi saudara mara yang sakit atau jika ada kematian/ anak-anak muda
menangguhkan latihan menabuhkan gendang wayang kulit jika ada orang-orang
kampung yang sakit atau jika ada kematian.

Kita janganlah bergaduh sesama ahli keluarga. Contohnya, Faezah telah
menghina bapa mentuanya yang menyebabkan Pak Yasok berasa marah dan
berkecil hati.

Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara hubungan baik terhadap
kedua-dua ibu dan bapa. Contohnya, Sauki tetap pulang menziarahi Pak Yasok
dan Mak Esah walaupun tanpa ditemani isterinya kerana tanggungjawabnya
sebagai anak.

Kita hendaklah patuh kepada kehendak ibu dan bapa. Contohnya, anak-
anak Pak Yasok patuh kepada permintaannya supaya pulang ke rumah untuk
upacara memperlimau Nora menjadi dalang.

Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya,
Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang ke rumah Pak Yasok
lalu memohon maaf daripada Pak Yasok.

Kita hendaklah menghormati ibu dan bapa. Contohnya, Sauki tidak
tergamak menasihati Pak Yasok supaya tidak lagi bekerja sebagai dalang
wayang kulit kerana menghormati Pak Yasok.

35

Kita hendaklah mematuhi petua yang dipelajari daripada seseorang agar
hasilnya memuaskan. Contohnya, Pak Yasok mematuhi petua membuat patung
wayang kulit yang dipelajari daripada guru wayang kulitnya iaitu Dalang Tok Ali.

Kita hendaklah mencintai seni budaya bangsa. Contohnya, demi
kecintaannya terhadap seni warisan budaya/ wayang kulit, Pak Yasok menolak
teguran menantunya/ Faezah yang menganggap kerja-kerja pendalangan
sebagai kerja sia-sia dan berdosa.

Kita hendaklah tabah/ sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contohnya, Pak Yasok tetap tabah menghadapi penghinaan daripada
menantunya/ Faezah demi meneruskan kecintaan terhadap seni wayang kulit.

Kita hendaklah mengamalkan sikap berbudi bahasa/ bersopan santun/
berbudi pekerti dalam kehidupan. Contohnya, Nora memberi salam kepada Pak
Yasok semasa bertemu dengannya di rumah Pak Yasok.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang sedia menerima realiti/ hakikat kehidupan. Contohnya,

Pak Yasok dan Mak Esah terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa
tinggal berdua setelah anak-anak mereka telah berkeluarga dan bekerja jauh
pula.

Masyarakat yang penyayang. Contohnya, apabila Pak Yasok dan Mak
Esah rindu akan cucu-cucu mereka, mereka akan menelefon Pak Yasok dan
Mak Esah. Begitu juga dengan cucu-cucu mereka.

Masyarakat yang mengamalkan sikap hidup bermasyarakat/ semangat
kejiranan. Contohnya, anak-anak muda menangguhkan latihan menabuhkan
gendang wayang kulit jika ada orang-orang kampung yang sakit atau jika ada
kematian.

Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya, imam masjid, pak lebaidan
tok siak.

Masyarakat yang taat/ patuh kepada perintah Allah/ Tuhan/ ajaran agama.
Contohnya, orang-orang kampung mengadakan solat Isyak berjemaah di masjid
kampung tersebut.

Masyarakat yang patuh kepada kehendak ibu dan bapa. Contohnya, anak-
anak Pak Yasok patuh kepada permintaannya supaya pulang ke rumah untuk
upacara memperlimau Nora menjadi dalang.

Masyarakat belia. Contohnya, mereka yang belajar menabuh gendang
terdiri daripada anak-anak muda.

Masyarakat yang meminati seni muzik. Contohnya, anak-anak muda di
kampung tersebut belajar menabuh gendang.

36

LATAR TEMPAT
Beranda rumah Pak Yasok iaitu tempat Pak Yasok teringat akan anak-

anak dan cucu-cucunya ketika berada di rumahnya.
Kuala Lumpur iaitu tempat Sauki bekerja.
Miri, Sarawak iaitu tempat kerja Sulida.
Hospital Kulim, Kedah iaitu tempat kerja Naemah/ anak bongsu Pak Yasok.
Kuala Lumpur iaitu tempat tinggal keluarga Nora.
Hospital Universiti, Kubang Kerian iaitu tempat Pak Yasok melawat

saudara-maranya yang sakit.
Bangsal wayang kulit iaitu tempat anak-anak muda di kampung tersebut

membuat latihan menabuh gendang.
Ulu Klang iaitu tempat galeri wayang kulit.

PERBANDINGAN WATAK ANTARA NORA DENGAN FAEZAH
Nora seorang mahasiswa universiti manakala Faezah bekerja sebagai guru.
Nora meminati seni wayang kulit manakala Faezah tidak meminatinya.
Nora belum berkahwin manakala Faezah sudah berkahwin.
Nora ialah penuntut kepada Pak Yasok di bidang seni wayang kulit

manakala Faezah ialah menantu kepada Pak Yasok.
Kedua-dua watak ini tinggal di Kuala Lumpur.

PERANAN WATAK PAK YASOK
Pak Yasok sebagai suami. Contohnya, Pak Yasok ialah suami kepada Mak

Esah.
Pak Yasok sebagai bapa. Contohnya, Pak Yasok ialah bapa kepada Sauki/

Sulida/ Naemah.
Pak Yasok sebagai orang Islam. Contohnya, Pak Yasok solat berjemaah

di surau/ masjid/ mengeluarkan zakat.
Pak Yasok sebagai guru seni wayang kulit. Contohnya, Pak Yasok

mengajar seni wayang kulit/ ilmu pendalangan kepada Nora.
Pak Yasok sebagai dalang wayang kulit. Contohnya, Pak Yasok bekerja

sebagai dalang wayang kulit.
Pak Yasok sebagai datuk. Contohnya, Pak Yasok ialah datuk kepada tujuh

orang cucu.
Pak Yasok sebagai bapa mentua. Contohnya, Pak Yasok ialah bapa

mentua kepada Faezah.

37

UJIAN PANTAS

UJIAN PANTAS 1

tanggungjawab gigih
kepentingan
kasih sayang taat/ patuh sabar
pelajaran
berbudi mencintai
patuh seni budaya
bahasa rasional
bangsa
PERSOALAN
hormat-
realiti/ hakikat PERWATAKAN menghormati

kehidupan NILAI MURNI

PENGAJARAN

insaf

amalan hidup konflik dalam

bermasyarakat keluarga

sensitif

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan Pak Yasok.

UJIAN PANTAS 2 LATAR beragama penyayang
belia MASYARAKAT Islam
meminati mengamalkan
seni muzik patuh kepada sikap hidup
kehendak ibu
sedia bermasyarakat/
menerima dan bapa semangat
realiti/ hakikat kejiranan
kehidupan

taat/ patuh
kepada
perintah

Allah/ Tuhan/
ajaran agama

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.

38

UJIAN PANTAS 3

Miri, Sarawak

Bangsal Hospital
wayang kulit Kulim, Kedah

Beranda Ulu Klang LATAR Hospital
rumah Pak TEMPAT Universiti,
Kubang
Yasok
Kerian

Kuala Lumpur

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

UJIAN PANTAS 4 bapa orang Islam datuk
suami
bapa mentua PERANAN guru seni
WATAK wayang kulit
dalang seni
wayang kulit PAK YASOK

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat
peranan watak Pak Yasok.

UJIAN PANTAS 5
Bandingkan empat perwatakan antara watak Nora dengan watak Faezah.

39

40

SINOPSIS
Seorang anak muda membuat keputusan untuk pergi ke Bandar Barus

yang kini dikenali sebagai Kota Sibolga. Sebelum pergi ke Bandar Barus anak
muda itu pernah belajar ilmu agama di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan di bawah
Tuan Guru Haji Hashim yang berasal dari Kampung Pantai Johor, Kedah.

Dalam perjalanan ke bandar Barus, timbul keinsafan dalam diri anak muda
itu tentang kebesaran Allah. Dalam perjalanan anak muda itu dari Medan ke
Permatang Sintar, dia bertembung dengan segolongan belia yang memohon
derma untuk membina masjid. Walaupun Bandar Barus tidak sesibuk New York,
Paris atau London tetapi baginya Bandar Barus ialah sebuah bandar istimewa.
Bandar Barus atau Sibolga juga terkenal sebagai dataran sufi kerana terdapat
ramai tokoh-tokoh besar sufi di bandar tersebut. Anak muda itu mengagumi
tokoh-tokoh ilmu tasawuf yang pernah tinggal di situ seperti Hamzah Fansuri,
Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani dan Abdul Raof Singkel.
Hakikat itulah yang menjadi penyebab utama meruntun hati anak muda itu untuk
ke sana. Dia ingin memastikan adakah Bandar Barus merupakan tempat terbaik
untuk dia menuntut ilmu tasawuf dan mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar
tentang kebesaran Tuhan melalui daya fikir. Seorang tokoh sejarah memberitahu
anak muda itu bahawa di Bandar Barus masih ada rumah-rumah ahli sufi yang
dibuat daripada batang-batang kayu dan lalang.

Sampai sahaja di Bandar Barus, anak muda itu terus mendaftar masuk di
Hotel Wisata Indah. Dia kemudian mengambil teksi untuk melihat keindahan
Bandar Barus. Dia sangat berharap Pak Supir iaitu pemandu teksi itu dapat
membantu dia mencari tempat pengajian tasawuf yang terbaik di bandar itu.
Tetapi dia berasa kecewa kerana Pak Supir seperti juga orang-orang kota yang
lain tidak dapat membantunya malah tidak mengenali langsung nama-nama
ulama besar yang disebutnya itu. Pada pendapatnya, orang kota seperti Pak
Supir tidak mempunyai masa untuk membaca buku-buku berkaitan agama Islam.
Mereka hanya pentingkan wang semata-mata.

Selepas makan tengah hari bersama Pak Supir di Restoran Sudarno, anak
muda itu kembali ke hotel penginapannya. Di lobi hotel, anak muda itu bertemu
dengan seorang profesor yang sedang asyik membaca sebuah buku yang tebal
dan mencatatkan sesuatu. Dia dapat merasakan aura keistimewaan profesor itu.

Setelah bertegur sapa, profesor itu rupa-rupanya datang dari Malaysia.
Dalam perbualan panjang itu, ada ketikanya profesor itu memandang rendah
tentang tujuan anak muda yang belajar pondok itu datang ke Bandar Barus untuk
menuntut ilmu, tidak sepertinya yang datang ke Bandar Barus untuk membuat
kajian. Profesor itu mencadangkan kepada anak muda itu supaya membaca
buku-buku tulisannya berkaitan ilmu sufi kerana bidang tersebut telah dianggap
seperti secawan teh baginya. Anak muda itu dengan tenang mempertahankan

41

prinsipnya bahawa berguru itu lebih baik dan ilmu yang dipelajari perlu
diamalkan. Tidak berguna ilmu yang banyak jika tidak diamalkan. Kesan
daripada perbualan dengan anak muda lepasan sekolah pondok itu, profesor itu
membuat penilaian diri, menghitung-hitung jumlah pengetahuannya yang banyak
tentang ilmu tasawuf. Profesor itu mendapati dirinya hanyalah seorang manusia
yang bergelar ahli ilmu tasawuf tetapi bukan ahli tasawuf. Timbul perasaan kesal
di hatinya kerana dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk membuat kajian
sedangkan anak muda itu juga datang beribu-ribu kilometer jauhnya tetapi
datang untuk menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kegigihan menuntut ilmu. Seorang anak muda yang

berasal dari Kelantan sanggup mengembara beribu-ribu kilometer dari Malaysia
ke Bandar Barus di Sumatera, Indonesia semata-mata untuk belajar ilmu tasawuf
dan ingin diamalkan dalam kehidupannya.

PERSOALAN
Persoalan kejujuran dalam memberi pendapat. Contohnya, anak muda itu

secara jujurnya memberitahu profesor yang dia tidak mempunyai ilmu tetapi
mahu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.

Persoalan kekaguman terhadap tokoh ilmuan Islam/ agama/ tokoh ilmu
tasawuf. Contohnya, anak muda itu mengagumi tokoh-tokoh ilmu tasawuf
seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani
dan Abdul Raof Singkel.

Persoalan ilmu yang diperoleh perlu diamalkan. Contohnya, anak muda itu
memberitahu profesor yang dia ingin mengamalkan ilmu yang telah
dipelajarinya.

Persoalan kebijaksanaan memberi pendapat. Contohnya, anak muda itu
dapat mematahkan hujah seorang profesor dengan menyatakan bahawa adalah
lebih baik mengamalkan ilmu yang dipelajari daripada hanya mengkajinya
sahaja.

Persoalan keinsafan atas kebesaran Allah/ Tuhan. Contohnya, dalam
perjalanan ke Bandar Barus, timbul keinsafan dalam diri anak muda itu tentang
kebesaran Allah.

Persoalan prasangka buruk terhadap orang lain. Contohnya, anak muda itu
mempunyai prasangka buruk terhadap orang kota yang dianggapnya hanya
mementingkan wang dan tidak mengambil tahu tentang ahli-ahli sufi di situ.

Persoalan sifat tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contohnya,
profesor mempunyai banyak ilmu tentang tasawuf tetapi tidak mengamalkannya.

42

Persoalan sifat memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya,
profesor menganggap anak muda itu lebih rendah ilmunya daripada dirinya yang
berjawatan seorang profesor.

Persoalan sifat tidak mementingkan hal-hal keagamaan. Contohnya,
menurut anak muda itu masyarakat kota tidak mempunyai masa untuk
membaca buku-buku berkaitan agama Islam.

Persoalan sifat mementingkan wang dalam kehidupan. Contohnya,
menurut anak muda itu masyarakat kota hanya mementingkan wang semata-
mata dalam kehidupan mereka.

Persoalan kehidupan masyarakat yang tidak mementingkan keduniaan/
kebendaan. Contohnya, seorang tokoh sejarah memberitahu anak muda itu
bahawa di Bandar Barus masih ada rumah-rumah ahli sufi yang dibuat daripada
batang-batang kayu dan lalang.

PERWATAKAN ANAK MUDA
Seorang yang gigih mencari ilmu. Contohnya, anak muda itu sanggup

pergi ke Bandar Barus semata-mata kerana ingin mendalami ilmu tasawuf untuk
diamalkan dalam kehidupannya.

Seorang yang jujur. Contohnya, anak muda itu secara jujurnya
memberitahu profesor yang dia tidak mempunyai ilmu tetapi mahu beramal
dengan ilmu yang dipelajarinya.

Seorang yang mengagumi tokoh-tokoh ilmuan Islam/ agama/ tokoh ilmu
tasawuf. Contohnya, anak muda itu mengagumi tokoh-tokoh ilmu tasawuf
seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani
dan Abdul Raof Singkel.

Seorang yang bijak memberi pendapat/ pandangan. Contohnya, anak
muda itu dapat mematahkan hujah seorang profesor dengan menyatakan
bahawa adalah lebih baik mengamalkan ilmu yang dipelajari daripada hanya
mengkajinya sahaja.

Seorang yang insaf atas kebesaran Allah/ Tuhan. Contohnya, dalam
perjalanan ke Bandar Barus, timbul keinsafan dalam diri anak muda itu tentang
kebesaran Allah.

Seorang yang mempunyai sikap buruk sangka terhadap orang lain.
Contohnya, anak muda itu mempunyai prasangka buruk terhadap orang kota
yang dianggapnya hanya mementingkan wang dan tidak mengambil tahu
tentang ahli-ahli sufi di situ.

43

PERWATAKAN PROFESOR
Seorang yang tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contohnya,

profesor mempunyai banyak ilmu tentang tasawuf tetapi tidak mengamalkannya.
Seorang yang memandang rendah terhadap kebolehan orang lain/

sombong/ angkuh. Contohnya, profesor menganggap anak muda itu lebih
rendah ilmunya daripada dirinya yang berjawatan seorang profesor.

Seorang yang sudah berumur/ tua. Contohnya, profesor tersebut berumur
dalam lingkungan lima puluhan.

Seorang tenaga pengajar di universiti. Contohnya, profesor bekerja
sebagai tenaga pengajar bidang tasawuf di sebuah universiti.

Seorang yang insaf. Contohnya, akhirnya profesor berasa insaf akan
kesilapannya selama ini yang hanya mengkaji ilmu tasawuf tetapi tidak
mengamalkannya.

NILAI MURNI
Nilai kegigihan. Contohnya, anak muda itu sanggup pergi ke Bandar Barus

semata-mata kerana ingin mendalami ilmu tasawuf untuk diamalkan dalam
kehidupannya.

Nilai kejujuran. Contohnya, anak muda itu secara jujurnya memberitahu
profesor yang dia tidak mempunyai ilmu tetapi mahu beramal dengan ilmu yang
dipelajarinya.

Nilai kebijaksanaan. Contohnya, anak muda itu dapat mematahkan hujah
seorang profesor dengan menyatakan bahawa adalah lebih baik mengamalkan
ilmu yang dipelajari daripada hanya mengkajinya sahaja.

Nilai keinsafan. Contohnya, dalam perjalanan ke Bandar Barus, timbul
keinsafan dalam diri anak muda itu tentang kebesaran Allah/ akhirnya profesor
berasa insaf akan kesilapannya selama ini yang hanya mengkaji ilmu tasawuf
tetapi tidak mengamalkannya.

PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih mencari ilmu. Contohnya, anak muda itu sanggup

pergi ke Bandar Barus semata-mata kerana ingin mendalami ilmu tasawuf untuk
diamalkan dalam kehidupannya.

Kita hendaklah berlaku jujur dalam memberi pendapat. Contohnya, anak
muda itu secara jujurnya memberitahu profesor yang dia tidak mempunyai ilmu
tetapi mahu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.

Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Contohnya, anak
muda itu memberitahu Profesor yang dia ingin mengamalkan ilmu yang telah
dipelajarinya.

44

Kita hendaklah bijak memberi pendapat tentang sesuatu perkara.
Contohnya, anak muda itu dapat mematahkan hujah seorang profesor dengan
menyatakan bahawa adalah lebih baik mengamalkan ilmu yang dipelajari
daripada hanya mengkajinya sahaja.

Kita hendaklah insaf atas kebesaran Allah/ Tuhan. Contohnya, dalam
perjalanan ke Bandar Barus, timbul keinsafan dalam diri anak muda itu tentang
kebesaran Allah.

Kita janganlah mempunyai sikap buruk sangka terhadap orang lain.
Contohnya, anak muda itu mempunyai prasangka buruk terhadap orang kota
yang dianggapnya hanya mementingkan wang dan tidak mengambil tahu
tentang ahli-ahli sufi di situ.

Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contohnya, profesor
mempunyai banyak ilmu tentang tasawuf tetapi tidak mengamalkannya.

Kita janganlah memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Contohnya, profesor menganggap anak muda itu lebih rendah ilmunya daripada
dirinya yang berjawatan seorang profesor.

Kita hendaklah mementingkan hal-hal keagamaan. Contohnya, menurut
anak muda itu masyarakat kota tidak mempunyai masa untuk membaca buku-
buku berkaitan agama Islam.

Kita janganlah terlalu mementingkan wang dalam kehidupan. Contohnya,
menurut anak muda itu masyarakat kota hanya mementingkan wang semata-
mata dalam kehidupan mereka.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang tidak mementingkan urusan keagamaan. Contohnya,

menurut anak muda itu masyarakat kota tidak mempunyai masa untuk
membaca buku-buku berkaitan agama Islam.

Masyarakat yang mementingkan wang dalam kehidupan. Contohnya,
menurut anak muda itu masyarakat kota hanya mementingkan wang semata-
mata dalam kehidupan mereka.

Masyarakat yang tidak mementingkan keduniaan/ kebendaan. Contohnya,
seorang tokoh sejarah memberitahu anak muda itu bahawa di Bandar Barus
masih ada rumah-rumah ahli sufi yang dibuat daripada batang-batang kayu dan
lalang.

Masyarakat sufi. Contohnya, pada masa dahulu tokoh-tokoh sufi di Barus
telah menjadikan Barus sebagai dataran sufi.

Masyarakat penulis. Contohnya, pada masa dahulu di Bandar Barus
terdapat sebilangan penulis yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syeikh
Nuruddin ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Raof Singkel, Syeikh Daud
al-Fatani.

45

Masyarakat sukarelawan. Contohnya, dalam perjalanan anak muda itu
dari Medan ke Permatang Sintar, dia bertembung dengan segolongan anak
muda yang memohon derma untuk membina masjid.

Masyarakat istana/ pemerintah. Contohnya, Raja Iskandar Muda Mahkota
Alam dan Raja Iskandar Thani.

LATAR TEMPAT
Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan iaitu tempat pemuda tersebut belajar

ilmu agama.
Bandar Barus/ Sibolga iaitu tempat tujuan anak muda itu untuk mendalami

ilmu tasawuf/ terdapatnya dataran sufi.
Pantai Danau Toba iaitu tempat anak muda itu berasa insaf akan

kebesaran Tuhan.
Dalam perjalanan dari Medan ke Permatang Sintar iaitu tempat anak muda

itu bertemu sekumpulan anak-anak muda memohon derma daripada orang
ramai untuk membina masjid.

Hotel Wisata Indah, Jalan Brigedier Jeneral Katamso 51, Sibolga iaitu
tempat penginapan pemuda itu di Bandar Barus/ Sibolga.

Restoran Sudarno, di hujung Jalan Brigedier Jeneral Katamso 51 iaitu
tempat pemuda itu dan Pak Supir makan ikan bakar.

Lobi Hotel Wisata Indah iaitu tempat pemuda itu bertemu seorang profesor.
Makam Mahligai iaitu tanah perkuburan ulama di Bandar Barus.

PERBANDINGAN WATAK ANTARA ANAK MUDA DENGAN PROFESOR
Anak muda masih muda manakala profesor sudah berumur/ dalam

lingkungan umur lima puluhan.
Anak muda tinggal di Kelantan manakala profesor tinggal di Kuala Lumpur.
Anak muda lulusan sekolah pondok manakala profesor lulusan universiti.
Anak muda tidak bekerja/ sudah tamat belajar manakala profesor bekerja

sebagai tenaga pengajar di universiti.
Anak muda mencari ilmu/ ilmu tasawuf untuk diamalkan manakala profesor

mencari ilmu/ ilmu tasawuf untuk dibuat kajian.
Anak muda ialah watak protagonis manakala profesor ialah watak

antagonis.

46

UJIAN PANTAS 1 gigih UJIAN PANTAS jujur insaf
kagum tua angkuh
bijak tidak
memandang mengamalkan
rendah PERSOALAN
PERWATAKAN ilmu yang
terhadap orang diperoleh
lain NILAI MURNI
PENGAJARAN tidak
tidak mementingkan
mementingkan mementingkan
wang dalam keduniaan
hal-hal kehidupan
keagamaan

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan tiga nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan anak muda.
5. Huraikan tiga perwatakan profesor.

UJIAN PANTAS 2 sukarelawan penulis
sufi
mementingkan
istana/
pemerintah wang dalam

yang tidak kehidupan
mementingkan
yang tidak
urusan
keagamaan LATAR mementingkan

MASYARAKAT keduniaan/

kebendaan

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.

47

UJIAN PANTAS 3 Pantai Danau Restoran
Hotel Wisata Toba Sudarno

Indah Makam Dalam
Bandar Barus/ Mahligai perjalanan
Sibolga dari Medan ke
Permatang
Pondok Pasir LATAR
Tumbuh TEMPAT Sintar

Lobi Hotel
Wisata Indah

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

UJIAN PANTAS 4
Bandingkan empat perwatakan antara watak anak muda dengan watak profesor.

48


Click to View FlipBook Version