The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERPEN_Nota & Latihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2020-11-30 02:30:14

CERPEN

CERPEN_Nota & Latihan

49

SINOPSIS
Abah “aku”/ Averah mempunyai empat orang anak, iaitu tiga orang lelaki

dan seorang perempuan. Pada suatu malam, Averah sekeluarga berkumpul
untuk menikmati makan malam yang enak iaitu gulai sembilang, sambal udang
campur petai, sayur keladi, gulai ayam kampung dan ikan terubuk cecah air
asam. Abah makan sampai tiga kali tambah. Pada malam itu juga Along dan
Acik yang selama ini telah bersengketa telah berdamai semula. Tiga bulan
kemudian, emak meninggal dunia yang menyebabkan kami sekeluarga terasa
sepi.

Sebagai anak perempuan Averah cuba menggembirakan abah dan ingin
selalu berada dekat dengannya. Oleh itu, Averah menolak tawaran belajar di luar
negara dan memilih universiti tempatan. Averah juga telah memohon bekerja di
hospital yang berhampiran dengan kampung tempat tinggal mereka. Averah juga
telah menolak cinta Dr. Lokeman yang merupakan anak orang kaya dan tinggal
di kota. Keputusan Averah menolak cinta Dr. Lokeman menyebabkan teman-
temanku menganggap Averah menolak tuah.

Pada suatu hujung minggu, Along menelefon Averah untuk
memberitahunya yang abah mereka telah menyuruhnya mencari ikan sembilang
dan meminta semua anaknya pulang ke kampung. Tetapi hanya aku dan Acik
serta isterinya yang sarat mengandung pulang kerana Along sibuk bekerja,
manakala Angah pula berada di Miri. Pada malam itu, Averah, Acik dan isterinya
memasak gulai ikan sembilang untuk abah. Setelah makan kami berbual-bual di
anjung rumah. Abah bercerita kisah mudanya sebagai seorang guru, tetapi
tiada seorang pun anaknya yang menjadi pendidik. Abah tidak pernah menyesal
kerana pelajaran dan ilmu agama sudah diberikan oleh abah kepada anak-
anaknya. Sebelum masuk ke bilik untuk tidur abah menyatakan sedikit rasa
terkilannya kerana tidak semua anaknya dapat berkumpul pada malam itu.
Namun begitu, abah masih memuji keenakan gulai sembilang Averah dan
menyatakan gulai itu menambahkan rindunya kepada emak. Hatiku berdebar-
debar apabila melihat abah memandangku sebelum dia masuk tidur.

Pada keesokan paginya, sewaktu aku mengejutkan abah untuk solat
Subuh bersama-sama, aku mendapati abah telah meninggalkan kami buat
selama-lamanya. Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan penuh kekesalan
kerana gagal memenuhi permintaan terakhir abah.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kasih sayang dalam keluarga. Averah berusaha

untuk membahagiakan abahnya setelah ibunya meninggal dunia seperti
memasak ikan sembilang kegemaran abahnya/ menolak tawaran untuk belajar di
luar negara dengan memilih universiti tempatan kerana tidak mahu berjauhan

50

dengan ayahnya/ menemani abahnya sejak kematian ibunya/ memohon
bertukar tempat kerja ke tempat yang dekat dengan kampungnya kerana ingin
menjaga abahnya/ menolak cinta Dr. Lokeman demi menjaga abahnya.

PERSOALAN
Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, abah terlalu merindui

isterinya yang telah meninggal dunia/ Averah tidak sanggup berpisah jauh
daripada abahnya kerana sangat menyayangi abahnya/ abah rindu akan anak-
anaknya/ abah rindu untuk makan bersama-sama seperti dahulu/ abah rindu
suasana masa lalu ketika dia makan bersama-sama ahli keluarganya.

Persoalan tanggungjawab kepada keluarga. Contohnya, abah menunaikan
tanggungjawabnya membesarkan anaknya dengan memberi mereka pelajaran
dan ilmu agama/ Averah memasak gulai ikan sembilang atas permintaan
abahnya.

Persoalan perselisihan faham antara adik-beradik tidak berpanjangan.
Contohnya, Along dan adiknya, Achik sudah lama tidak bertegur sapa tetapi
akhirnya mereka berbaik semula semasa mereka sekeluarga berkumpul dan
makan bersama-sama.

Persoalan kesibukan dalam kerjaya menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Contohnya, Along dan Angah tidak dapat menunaikan permintaan abah supaya
berkumpul di kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Persoalan sifat berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Contohnya,
Averah bersikap berhati-hati dalam memilih suami kerana bimbangkan yang
bakal suaminya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.

Persoalan pengorbanan demi rasa tanggungjawab. Contohhya, Averah
menolak cinta Dr. Lokeman demi menjaga abahnya.

Persoalan amalan tolong-menolong dalam keluarga. Contohnya, Averah,
Achik dan isterinya bersama-sama memasak gulai ikan sembilang untuk abah.

Persoalan keinsafan terhadap kesalahan diri. Contohnya, Along dan Angah
berasa insaf apabila tidak dapat menunaikan permintaan terakhir abah untuk
pulang ke kampung.

Persoalan kepatuhan kepada ajaran agama. Contohnya, Averah
mengejutkan abahnya untuk solat Subuh bersama-sama.

Persoalan kesediaan menerima hakikat kehidupan. Contohnya, Averah
menerima hakikat yang abang-abangnya kurang waktu untuk pulang menemui
ayah mereka kerana masing-masing telah berkeluarga.

51

PERWATAKAN AVERAH
Seorang yang penyayang. Contohnya, Averah tidak sanggup berpisah jauh

daripada abahnya kerana sangat menyayangi abahnya.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, Averah

memasak gulai ikan sembilang atas permintaan abahnya.
Seorang yang berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Contohnya,

Averah bersikap berhati-hati dalam memilih suami kerana bimbangkan yang
bakal suaminya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.

Seorang doktor/ yang berkelulusan tinggi. Contohnya, Averah merupakan
seorang doktor lepasan universiti tempatan.

Seorang yang sanggup berkorban demi kasih sayangnya kepada bapanya.
Contohhya, Averah menolak cinta Dr. Lokeman demi menjaga abahnya.

Seorang yang patuh kepada ajaran agama. Contohnya, Averah
mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama-sama.

Seorang yang rasional/ sedia menerima hakikat kehidupan. Contohnya,
Averah menerima hakikat yang abang-abangnya kurang waktu untuk pulang
menemui ayah mereka kerana masing-masing telah berkeluarga.

PERWATAKAN ABAH
Seorang yang penyayang. Contohnya, abah terlalu merindui isterinya yang

telah meninggal dunia/ abah rindu akan anak-anaknya/ abah rindu untuk makan
bersama-sama dengan ahli keluarganya seperti dahulu/ abah rindu suasana
masa lalu ketika dia makan bersama-sama ahli keluarganya.

Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, abah
menunaikan tanggungjawabnya membesarkan anaknya dengan memberi
mereka pelajaran dan ilmu agama.

Seorang pesara guru. Contohnya, abah ialah seorang guru yang telah
bersara.

Seorang duda. Contohnya, isteri kepada abah telah meninggal dunia.

NILAI MURNI
Nilai kasih sayang. Contohnya, abah terlalu merindui isterinya yang telah

meninggal dunia/ abah rindu akan anak-anaknya/ abah rindu untuk makan
bersama-sama dengan ahli keluarganya seperti dahulu/ abah rindu suasana
masa lalu ketika dia makan bersama-sama ahli keluarganya/ Averah tidak
sanggup berpisah jauh daripada abahnya kerana sangat menyayangi abahnya.

Nilai tanggungjawab. Contohnya, abah menunaikan tanggungjawabnya
membesarkan anaknya dengan memberi mereka pelajaran dan ilmu agama/
Averah memasak gulai ikan sembilang atas permintaan abahnya.

52

Nilai pengorbanan. Contohnya, Averah menolak cinta Dr. Lokeman demi
menjaga abahnya.

Nilai keinsafan. Contohnya, Along dan Angah berasa insaf apabila tidak
dapat menunaikan permintaan terakhir Abah untuk pulang ke kampung.

Nilai tolong-menolong. Contohnya, Averah, Achik dan isterinya bersama-
sama memasak gulai ikan sembilang untuk abah.

Nilai kepatuhan/ ketaatan. Contohnya, Averah mengejutkan ayahnya
untuk solat Subuh bersama-sama.

Nilai rasional. Contohnya, Averah menerima hakikat yang abang-
abangnya kurang waktu untuk pulang menemui ayah mereka kerana masing-
masing telah berkeluarga.

PENGAJARAN
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, abah terlalu

merindui isterinya yang telah meninggal dunia/ Averah tidak sanggup berpisah
jauh daripada abahnya kerana sangat menyayangi abahnya/ abah rindu akan
anak-anaknya/ abah rindu untuk makan bersama-sama seperti dahulu/ abah
rindu suasana masa lalu ketika dia makan bersama-sama ahli keluarganya.

Kita hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap ahli keluarga.
Contohnya, abah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan anaknya
dengan memberi mereka pelajaran dan ilmu agama/ Averah memasak gulai ikan
sembilang atas permintaan abahnya.

Kita janganlah bergaduh/ bermusuhan sesama ahli keluarga. Contohnya,
Along dan adiknya, Achik sudah lama tidak bertegur sapa tetapi akhirnya mereka
berbaik semula semasa mereka sekeluarga berkumpul dan makan bersama-
sama.

Kita janganlah terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan
hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya, Along dan Angah tidak dapat
menunaikan permintaan abah supaya berkumpul di kampung kerana sibuk
dengan kerjaya masing-masing.

Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Contohnya,
Averah bersikap berhati-hati dalam memilih suami kerana bimbangkan yang
bakal suaminya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.

Kita hendaklah sedia berkorban demi tanggungjawab kepada ahli keluarga.
Contohnya, Averah menolak cinta Dr. Lokeman demi menjaga abahnya.

Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah lakukan. Contohnya, Along
dan Angah berasa insaf apabila tidak dapat menunaikan permintaan terakhir
Abah untuk pulang ke kampung.

Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong. Contohnya, Averah,
Achik dan isterinya bersama-sama memasak gulai ikan sembilang untuk abah.

53

Kita hendaklah patuh/ taat kepada ajaran agama. Contohnya, Averah
mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama-sama.

Kita hendaklah bersikap rasional dalam menerima hakikat kehidupan.
Contohnya, Averah menerima hakikat yang abang-abangnya kurang waktu
untuk pulang menemui ayah mereka kerana masing-masing telah berkeluarga.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang insaf. Contohnya, Along dan Angah berasa insaf apabila

tidak dapat menunaikan permintaan terakhir abah untuk pulang ke kampung.
Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. Contohnya,

Averah, Achik dan isterinya bersama-sama memasak gulai ikan sembilang untuk
abah.

Masyarakat yang sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan hubungan
sesama ahli keluarga. Contohnya, Along dan Angah tidak dapat menunaikan
permintaan abah supaya berkumpul di kampung kerana sibuk dengan kerjaya
masing-masing.

Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Averah sekeluarga dirundung
perasaan murung setelah ibu mereka meninggal dunia.

UJIAN PANTAS 1 UJIAN PANTAS patuh insaf
kasih sayang
tanggungjawab perselisihan
tolong- faham antara
menolong PERSOALAN adik-beradik
kesibukan PERWATAKAN
dalam kerjaya tidak
menjejaskan NILAI MURNI berpanjangan
hubungan PENGAJARAN
kekeluargaan
sifat berhati- pengorbanan
hati dalam demi rasa
memilih
pasangan tanggungjawab

hidup

rasional

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.

54

4. Huraikan empat perwatakan Averah.
5. Huraikan tiga perwatakan abah.

UJIAN PANTAS 2 sibuk dengan
kerjaya
mengamalkan sehingga
sikap tolong-
mengabaikan
menolong hubungan
sesama ahli
insaf keluarga

penyayang

LATAR
MASYARAKAT

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan tiga latar
masyarakat.

55

56

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan kehidupan batu karang yang sedang terancam

dan akan mengalami kepupusan. Karangan laut mengimbau kehidupan mereka
yang harmonis suatu ketika dahulu. Karangan laut mencurahkan perasaan
kecewa dan sedih kerana ancaman pencemaran laut kepada sahabatnya, Lin.
Karangan laut juga mengadu dia kini telah kehilangan kekasih pujaan hati dan
cintanya kini telah punah. Kini karangan laut hidup dalam kesepian.

Karangan laut bertanya kepada Lin sama ada Lin masih mengingati
mereka. Baginya, mungkin Lin sibuk dengan kerja yang diberikan oleh
majikannya atau Lin sibuk melayan kerenah anak-anaknya walaupun mereka
sudah dewasa tetapi masih manja. Namun begitu semua warga karangan laut
masih mengingati Lin kerana mereka ialah bangsa yang tidak melupakan nilai
setiakawan. Karangan laut teringat peristiwa warga karangan laut menyambut
kedatangan Lin dengan begitu meriah dan mesra sekali.

Karangan laut mengajak Lin datang untuk melihat keadaan mereka. Dia
menjangkakan sekiranya Lin tidak datang atau menangguhkan kedatangannya,
berkemungkinan mereka telah musnah akibat aktiviti manusia.

Karangan laut memberitahu Lin yang mereka menjadi tontonan para
penyelam yang datang ke tempat mereka. Mereka juga menyediakan makanan
untuk orang-orang miskin. Namun begitu dengan setiap kebaikan yang mereka
berikan kepada manusia, manusia tidak tahu menghargainya malah ada yang
mengambil hidupan laut yang masih lagi kecil untuk dijual. Bagi karangan laut,
ancaman yang mereka hadapi mungkin disebabkan oleh Caka yang membuang
bahan buangan kilangnya ke laut atau angkara Daka yang mengambil anak-anak
ikan bersisik warna-warni untuk diletakkan di dalam akuarium di kedainya.
Karangan laut memberitahu Lin yang mereka sudah tidak berdaya melawan
penyakit.

Karangan laut juga mengingati Lin yang Lin pernah memuji mereka
sebagai sebuah hutan tropika yang membantu menyedut karbon dan gas-gas
berbahaya akibat kesan rumah hijau serta penapisan ozon. Ubat AZT untuk
pesakit HIV juga diambil daripada tubuh karangan laut. Karangan laut juga
mengingatkan Lin akan pujian Lin kepada mereka bahawa mereka adalah antara
ciptaan Tuhan yang istimewa untuk semua warga dunia.

Mengikut karangan laut, nenek moyang Lin jarang sekali menyakiti warga
karangan laut. Mereka tidak tamak mengumpul harta dengan menjadikan
karangan laut sebagai barang dagangan.

Karangan laut bertanya kepada Lin adakah Lin telah membawa masalah
mereka ke seminar antarabangsa. Karangan laut yakin yang Lin sahaja dapat
menolong mereka.

57

Karangan laut memberitahu Lin yang dia sedang sakit. Karangan laut
bertanya kepada Lin apa yang perlu dilakukan kerana dia tidak dapat melarikan
diri. Dia juga memberitahu Lin bahawa ada manusia yang datang mengambil
mereka.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kemusnahan karangan laut akibat pencemaran alam.

Batu karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya, Lin akan kemusnahan
kehidupan mereka sedikit demi sedikit akibat kerakusan sikap manusia yang
mencemarkan laut.

PERSOALAN
Persoalan ketabahan untuk kelansungan hidup. Contohnya, “Aku” tabah

dalam usaha untuk meneruskan kehidupan di laut.
Persoalan sifat mencintai alam sekitar/ menjaga alam sekitar. Contohnya,

nenek moyang Lin menjaga alam sekitar sebaik mungkin dan tidak
merosakkannya.

Persoalan pencemaran alam oleh manusia. Contohnya, Caka membuang
sisa kilang ke dalam laut.

Persoalan ketamakan untuk mengejar kekayaan tanpa memikirkan
kemusnahan alam sekitar/ hidupan laut. Contohnya, manusia mencuri
karangan laut untuk dijual kepada orang-orang kaya tanpa memikirkan nasib
penghuni laut yang semakin pupus.

Persoalan kesibukan dalam kehidupan merenggangkan persahabatan.
Contohnya, “Aku” beranggapan Lin telah melupai mereka kerana terlalu sibuk
dengan kerjanya.

Persoalan kesetiaan dalam persahabatan. Contohnya, “Aku” tidak
melupakan Lin kerana mereka setia dalam persahabatan.

Persoalan ketidakcekapan dalam membesarkan anak-anak. Contohnya,
“Aku” beranggapan Lin terlalu sibuk melayani kerenah anak-anaknya yang terlalu
manja walaupun sudah dewasa.

Persoalan amalan menghormati tetamu. Contohnya, “Aku” dan rakan-
rakannya begitu menghormati tetamu dengan menerima kedatangan Lin ke
tempat mereka dan dilayan dengan baik.

Persoalan amalan menepati janji. Contohnya, karangan laut tidak pernah
memungkiri janji untuk menyediakan sumber makanan kepada orang-orang
miskin di pulau-pulau nusantara.

Persoalan amalan tidak tamakkan harta/ kekayaan. Contohnya, nenek
moyang Lin tidak tamak mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana
kebahagiaan bagi mereka bukan terletak pada kekayaan.

58

Persoalan kekaguman terhadap keindahan alam sekitar dan hidupan laut.
Contohnya, nenek moyang Lin kagum melihat keindahan pantai dan hidupan
laut.

Persoalan keprihatinan terhadap kebersihan di lautan. Contohnya, nenek
moyang Lin tidak mencemari laut kerana laut itu segala-galanya bagi mereka.

NILAI MURNI
Nilai ketabahan. Contohnya, “Aku” tabah dalam usaha untuk meneruskan

kehidupan di laut.
Nilai mencintai/ menghargai alam sekitar. Contohnya, nenek moyang Lin

menjaga alam sekitar sebaik mungkin dan tidak merosakkannya/ nenek moyang
Lin kagum melihat keindahan pantai dan hidupan laut/ nenek moyang Lin tidak
mencemari laut kerana laut itu segala-galanya bagi mereka..

Nilai kesetiaan. Contohnya, “Aku” dan kawan-kawannya tidak melupakan
Lin kerana mereka setia dalam persahabatan.

Nilai hormat-menghormati. Contohnya, “Aku” dan rakan-rakannya begitu
menghormati tetamu dengan menerima kedatangan Lin ke tempat mereka dan
dilayan dengan baik.

Nilai menepati janji. Contohnya, karangan laut tidak pernah memungkiri
janji untuk menyediakan sumber makanan kepada orang-orang miskin di pulau-
pulau di nusantara.

Nilai kebersihan mental dan fizikal. Contohnya, nenek moyang Lin tidak
tamak mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana kebahagiaan bagi
mereka bukan terletak pada kekayaan.

Nilai setia kawan. Contohnya “Aku” dan rakan-rakannya mempunyai nilai/
semangat setia kawan.

PENGAJARAN
Kita janganlah merosakkan alam sekitar sehingga memusnahkan hidupan

laut. Contohnya, banyak hidupan di laut yang mengalami kemusnahan dan
kepupusan akibat perbuatan manusia/ Caka membuang sisa kilang ke dalam
laut.

Kita janganlah sanggup memusnahkan hidupan laut semata-mata untuk
mengejar kekayaan/ kita janganlah tamak mengejar kekayaan sehingga boleh
memusnahan alam sekitar/ hidupan laut. Contohnya, manusia mengejar
kekayaan tanpa memikirkan nasib penghuni laut yang semakin pupus/ manusia
mencuri karangan laut untuk dijual kepada orang-orang kaya tanpa memikirkan
nasib penghuni laut yang semakin pupus/ nenek moyang Lin tidak tamak
mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana kebahagiaan bagi mereka
bukan terletak pada kekayaan.

59

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan untuk kelansungan hidup.
Contohnya, “Aku” tabah dalam usaha untuk meneruskan kehidupan di laut.

Kita hendaklah mencintai alam sekitar/ menjaga alam sekitar. Contohnya,
nenek moyang Lin menjaga alam sekitar sebaik mungkin dan tidak
merosakkannya.

Kita janganlah terlalu sibuk dalam kehidupan sehingga boleh
merenggangkan persahabatan. Contohnya, “Aku” beranggapan Lin telah
melupai mereka kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

Kita hendaklah sentiasa setia dalam persahabatan. Contohnya, “Aku” tidak
melupakan Lin kerana mereka setia dalam persahabatan.

Kita hendaklah cekap dalam membesarkan anak-anak. Contohnya, “Aku”
beranggapan Lin terlalu sibuk melayani kerenah anak-anaknya yang terlalu
manja walaupun sudah dewasa.

Kita hendaklah menghormati tetamu. Contohnya, “Aku” dan rakan-
rakannya begitu menghormati tetamu dengan menerima kedatangan Lin ke
tempat mereka dan dilayan dengan baik.

Kita hendaklah menghargai keindahan alam sekitar dan hidupan laut.
Contohnya, nenek moyang Lin kagum melihat keindahan pantai dan hidupan
laut.

Kita janganlah memungkiri janji/ Kita hendaklah menunaikan janji.
Contohnya, karangan laut tidak pernah memungkiri janji untuk menyediakan
sumber makanan kepada orang-orang miskin di pulau-pulau nusantara.

Kita hendaklah menjaga kebersihan di lautan kerana terdapat banyak
sumber makanan. Contohnya, nenek moyang Lin tidak mencemari laut kerana
laut itu segala-galanya bagi mereka.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbakti terhadap kita.
Contohnya, “Aku” memberitahu Lin ada golongan manusia yang telah lupa akan
kebaikan “Aku” dan kawan-kawannya kepada mereka.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang merosakkan hidupan laut. Contohnya, banyak hidupan di

laut yang mengalami kemusnahan dan kepupusan akibat perbuatan manusia.
Masyarakat yang mengejar kekayaan tanpa memperdulikan kemusnahan

hidupan laut. Contohnya, manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan nasib
penghuni laut yang semakin pupus.

Masyarakat yang mencintai/ menghargai/ menjaga alam sekitar.
Contohnya, nenek moyang Lin menjaga alam sekitar sebaik mungkin dan tidak
merosakkannya.

60

Masyarakat yang menghormati tetamu. Contohnya, “Aku” dan rakan-
rakannya begitu menghormati tetamu dengan menerima kedatangan Lin ke
tempat mereka dan dilayan dengan baik.

Masyarakat yang tidak tamakkan harta/ kekayaan. Contohnya, nenek
moyang Lin tidak tamak mengumpul harta yang berlambak-lambak kerana
kebahagiaan bagi mereka bukan terletak pada kekayaan.

UJIAN PANTAS

hormat tabah pencemaran
alam
menepati janji prihatin
tamak kesibukan
ketidakcekapan PERSOALAN dalam
dalam PERWATAKAN
PENGAJARAN kehidupan
membesarkan
anak-anak LATAR mengenang
MASYARAKAT jasa

setia

merosakkan mencintai alam

hidupan laut sekitar

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan tiga latar masyarakat.

61

62

SINOPSIS
Sharifah baru kematian suami iaitu Abang Said. Pandangan ataupun

perspektif Sharifah terhadap kehidupannya mula berubah sejak dia menerima
sepucuk surat layang. Tiga bulan yang lalu dia merupakan isteri kepada seorang
pemimpin yang terkenal dengan kehidupannya yang mewah dan cara hidup
berprotokol. Sebelum ini dia beranggapan bahawa dia dan suaminya disayangi
oleh semua lapisan masyarakat namun begitu anggapannya ternyata kurang
tepat setelah menerima surat layang dan terbukti apabila suaminya meninggal
dunia tiada seorang pun kenalannya yang datang untuk menguruskan jenazah
suaminya kecuali ahli masjid. Barulah dia sedar bahawa suaminya hanya
dihormati kerana mempunyai kuasa, pangkat dan wang ringgit. Hanya Pak Dol
dan Mak Limah sahaja yang menangisi kematian abang Said kerana Abang Said
pernah membiayai pembedahan Mak Limah semasa sakit jantung.

Sharifah teringat kembali tentang isi kandungan surat layang yang banyak
memberi kesedaran kepadanya. Penulis surat tersebut memintanya menyelami
kesusahan dan cara hidup golongan bawahan yang kurang terbela dan tidak
mendapat perhatian daripada pihak atasan. Penulis surat itu juga menegur sikap
suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk
membela nasib masyarakat setelah terpilih. Sharifah mula bertekad untuk
mengubah cara hidupnya dan memberitahu hal itu kepada suaminya tetapi tidak
diendahkan oleh suaminya. Walaupun suaminya telah meninggal dunia sebelum
melihat perubahan dirinya, namun dia tetap bertekad mengubah perspektifnya
dalam kehidupan walaupun sudah agak terlambat.

TEMA
Perbezaan kehidupan antara golongan atasan/ kaya-raya dengan

masyarakat bawahan/ miskin. Kehidupan Sharifah dan suaminya, Abang Said
yang hidup dalam kemewahan telah mendapat teguran daripada masyarakat
bawahan kerana selama ini Abang Said tidak memperduli pun akan kesusahan
hidup golongan bawahan.

PERSOALAN
Persoalan cara hidup mewah golongan atasan/ orang kaya/ orang berada.

Contohnya, Abang Said dan Sharifah sebagai golongan atasan menjalani
kehidupan dengan cara hidup yang mewah.

Persoalan perasaan simpati terhadap kesusahan hidup orang miskin.
Contohnya, Sharifah bersimpati dengan kehidupan golongan bawahan atau
miskin setelah menerima sepucuk surat layang daripada mereka yang
memberitahu akan kesusahan hidup mereka.

63

Persoalan kasih sayang dalam keluarga/ kasih sayang isteri terhadap
suami. Contohnya, Sharifah sayang akan suaminya dan ingin berubah ke arah
yang boleh diterima oleh masyarakat kerana dia tidak mahu imej suaminya
diperkatakan oleh orang lagi.

Persoalan keazaman untuk mengubah cara hidup. Contohnya, Sharifah
berazam untuk mengubah cara hidupnya daripada yang mewah kepada yang
sederhana.

Persoalan perilaku pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungawab/
tidak beramanah/ tidak mengambil berat masalah rakyat. Contohnya, Abang
Said tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin walaupun dia
telah dipilih dan diberi amanah oleh rakyat untuk membela nasib mereka/ Abang
Said tidak mengambil berat isi kandungan surat layang ditunjukkan oleh
isterinya tentang masalah rakyat.

Persoalan amalan tolong-menolong sesama manusia. Contohnya, Abang
Said membiayai pembedahan jantung Mak Limah.

Persoalan amalan mengenang budi orang yang telah berjasa/ berbudi/
memberi pertolongan. Contohnya, Mak Limah dan Pak Dol menangisi kematian
Abang Said kerana mengenang budinya yang pernah menolong membiayai
pembedahan Mak Limah pada suatu masa dahulu.

Persoalan perilaku hipokrit/ berpura-pura dalam kalangan masyarakat.
Contohnya, orang ramai hanya menghormati Abang Said selagi dia mempunyai
kuasa dan wang ringgit.

Persoalan projek pembangunan menjejaskan kehidupan orang miskin.
Contohnya, penulis surat layang memberitahu Sharifah bahawa pengambilan
tanah untuk pembinaan kondominium telah menjejaskan kehidupan orang
miskin.

Persoalan amalan berhemah sesama manusia. Contohnya, penulis surat
layang telah menegur Sharifah dan suaminya secara berhemah dengan
menggunakan bahasa yang lembut dan tidak menyakitkan hati.

Persoalan sifat mementingkan kebendaaan. Contohnya, orang ramai
mendekati/ baik dengan suaminya dan Sharifah kerana mereka mengharapkan
habuan/ ganjaran daripada Abang Said.

Persoalan cinta akan alam sekitar. Contohnya, penulis surat layang tidak
mahu pokok-pokok ditebang untuk mendirikan kondominium.

Persoalan kemiskinan hidup masyarakat. Masyarakat setinggan hidup
dalam kemiskinan.

64

PERWATAKAN SHARIFAH
Seorang yang bersimpati dengan kesusahan hidup orang miskin.

Contohnya, Sharifah bersimpati dengan kehidupan golongan bawahan/ miskin
setelah menerima sepucuk surat layang daripada mereka yang memberitahu
akan kesusahan hidup mereka.

Seorang yang penyayang. Contohnya, Sharifah sayang akan suaminya
dan ingin berubah ke arah yang boleh diterima oleh masyarakat kerana dia tidak
mahu imej suaminya diperkatakan oleh orang lagi.

Seorang yang berazam untuk mengubah cara hidup. Contohnya, Sharifah
berazam untuk mengubah cara hidupnya daripada yang mewah kepada yang
sederhana.

Seorang yang mengamalkan cara hidup mewah. Contohnya, Sharifah
hidup terlalu mewah dengan cara berpakaian dan memperagakan diri.

Seorang yang cantik. Contohnya, Sharifah seorang yang cantik/ jelita.

PERWATAKAN ABANG SAID
Seorang yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil

rakyat/ pemimpin/ tidak beramanah. Contohnya, surat yang dihantar kepada
isterinya/ Sharifah mendedahkan perilaku Abang Said yang tidak melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat/ pemimpin.

Seorang yang tidak mengambil berat/ memandang remeh kritikan orang
ramai terhadapnya. Contohnya Abang Said hanya ketawa sahaja apabila
isterinya/ Sharifah menunjukkan surat yang mengandungi kritikan orang ramai
terhadapnya.

Seorang yang baik hati. Contohnya, Abang Said membiayai pembedahan
Mak Limah yang sakit jantung.

Seorang yang tidak disukai oleh masyarakat. Contohnya, pada hari
kematian Abang Said, tidak ada seorang pun yang datang untuk menguruskan
jenazahnya kecuali ahli masjid/ Sharifah sering mendengar berita yang tidak baik
tentang Abang Said melalui kawan-kawannya.

Seorang yang kaya/ berada. Contohnya, Abang Said dikelilingi oleh orang
ramai kerana dia kaya/ ada banyak wang.

NILAI MURNI
Nilai keinsafan. Contohnya, Sharifah rasa insaf setelah membaca surat

layang yang ditujukan kepadanya yang mengkritik cara hidup dia dan suaminya
selama ini.

65

Nilai simpati. Contohnya, Sharifah bersimpati dengan kehidupan golongan
bawahan/ miskin setelah menerima sepucuk surat layang daripada mereka yang
memberitahu akan kesusahan hidup mereka.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Sharifah sayang akan suaminya dan ingin
berubah ke arah yang boleh diterima oleh masyarakat kerana dia tidak mahu
imej suaminya diperkatakan oleh orang lagi.

Nilai tolong-menolong/ nilai baik hati. Contohnya, Abang Said membiayai
pembedahan jantung Mak Limah.

Nilai mengenang budi/ jasa. Contohnya, Mak Limah dan Pak Dol
menangisi kematian Abang Said kerana mengenang budinya yang pernah
menolong membiayai pembedahan Mak Limah pada suatu masa dahulu.

Nilai hemah tinggi. Contohnya, penulis surat layang telah menegur
Sharifah dan suaminya secara berhemah dengan menggunakan bahasa yang
lembut dan tidak menyakitkan hati.

Nilai kesederhanaan. Contohnya, Sharifah akan berpakaian seperti Mek
Nab supaya dia kelihatan seperti orang biasa.

Nilai rasional. Contohnya, Sharifah menerima hakikat yang dia tidak dapat
memuaskan hati/ menggembirakan semua orang.

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersimpati dengan kesusahan hidup orang miskin.

Contohnya, Sharifah bersimpati dengan kehidupan golongan bawahan atau
miskin setelah menerima sepucuk surat layang daripada mereka yang
memberitahu akan kesusahan hidup mereka.

Kita hendaklah mempunyai sifat penyayang/ Kita hendaklah menyayangi
ahli keluarga. Contohnya, Sharifah sayang akan suaminya dan ingin berubah ke
arah yang boleh diterima oleh masyarakat kerana dia tidak mahu imej suaminya
diperkatakan oleh orang lagi.

Kita hendaklah mempunyai keazaman untuk mengubah cara hidup ke arah
yang lebih baik. Contohnya, Sharifah berazam untuk mengubah cara hidupnya
daripada yang mewah kepada yang sederhana.

Kita hendaklah bersederhana dalam kehidupan. Contohnya, Abang Said
dan Sharifah sebagai golongan atasan menjalani kehidupan dengan cara hidup
yang mewah.

Kita hendaklah melaksanakan tanggungawab dengan penuh amanah.
Contohnya, Abang Said tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin
walaupun dia telah dipilih dan diberi amanah oleh rakyat untuk membela nasib
mereka.

66

Kita hendaklah memberi pertolongan kepada orang yang ditimpa
kesusahan. Contohnya, Abang Said membiayai pembedahan jantung Mak
Limah.

Kita hendaklah mengambil berat/ prihatin terhadap masalah rakyat.
Contohnya, Abang Said tidak mengambil berat isi kandungan surat layang
ditunjukkan oleh isterinya tentang masalah rakyat.

Kita janganlah melakukan projek pembangunan sehingga boleh
menjejaskan kehidupan orang miskin. Contohnya, penulis surat layang
memberitahu Sharifah bahawa pengambilan tanah untuk pembinaan
kondominium telah menjejaskan kehidupan orang miskin.

Kita janganlah bersikap hipokrit/ berpura-pura. Contohnya, orang ramai
hanya menghormati Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.

Kita hendaklah menegur kesalahan seseorang secara berhemah.
Contohnya, penulis surat layang telah menegur Sharifah dan suaminya secara
berhemah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan tidak menyakitkan
hati.

Kita hendaklah membuat amal jariah semasa hidup sebagai bekalan pada
hari akhirat. Contohnya, apabila Abang Said sudah meninggal dunia, hanya amal
jariah sebagai bekalannya untuk hari akhirat.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat atasan/ masyarakat yang hidup secara mewah. Contohnya,

Abang Said dan Sharifah sebagai golongan atasan menjalani kehidupan dengan
cara hidup yang mewah.

Masyarakat yang hipokrit/ berpura-pura. Contohnya, orang ramai hanya
menghormati Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.

Masyarakat yang mengenang budi/ jasa. Contohnya, Mak Limah dan Pak
Dol menangisi kematian Abang Said kerana mengenang budinya yang pernah
menolong membiayai pembedahan Mak Limah pada suatu masa dahulu.

Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya, ahli-ahli jawatankuasa
masjid menguruskan jenazah Abang Said.

Masyarakat setinggan. Contohnya, surat layang yang dihantar kepada
Sharifah mewakili penduduk setinggan yang tinggal di situ.

Masyarakat yang hidup dalam kesusahan/ kemiskinan. Contohnya,
penduduk di kawasan setinggan hidup dalam kesusahan.

Masyarakat yang mementingkan kebendaan. Contohnya, orang ramai
mendekati/ baik dengan suaminya dan Sharifah kerana mereka mengharapkan
habuan/ ganjaran daripada mereka.

67

UJIAN PANTAS

cantik setinggan baik hati miskin simpati
tolong- tidak disukai
mewah/ cinta akan mementingkan menolong masyarakat
atasan/ kaya alam sekitar kebendaan
Insaf projek
tidak beragama PERSOALAN membuat pembangunan
mengambil Islam PERWATAKAN amal jariah
berat masalah yang
rakyat/ tidak mengenang NILAI MURNI menjejaskan
menunaikan budi PENGAJARAN kehidupan
tanggungjawab
LATAR berhemah
hipokrit MASYARAKAT
rasional
kesederhanaan azam

kasih sayang

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan tiga perwatakan Sharifah.
5. Huraikan tiga perwatakan Abang Said.
6. Huraikan empat latar masyarakat.

68

69

SINOPSIS
Kehadiran Sahat yang merupakan anak jati Kampung Kuah tidak disenangi

oleh Penghulu Sudin terutama semasa majlis randau diadakan. Penghulu Sudin
akan mengadakan majlis randau ketika ketiadaan Sahat di Kampung Kuah.
Sikap Sahat yang akan bertanya pelbagai perkara yang di luar kemampuan
Penghulu Sudin untuk menjawab menyebabkan Penghulu Sudin merasakan
hilang kewibawaannya di hadapan penduduk kampung.

Penghulu Sudin masih berdendam dengan keluarga Sahat kerana ibu
Sahat iaitu Mak Bedah pernah menolak lamaran Penghulu Sudin semasa zaman
mudanya tetapi menerima lamaran Pak Jaya. Hal ini menyebabkan Penghulu
Sahat berdendam dengan ayah Sahat sehingga sanggup memfitnah Pak Jaya
sehingga nama Pak Jaya digugurkan daripada senarai calon penghulu Kampung
Kuah. Orang-orang kampung bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Pak
Jaya tetapi mereka tidak dapat menunjukkan rasa simpati tersebut kerana
bimbang mereka akan menerima padah daripada Penghulu Sudin. Setelah
kematian Pak Jaya, Mak Bedah mengikut anaknya tinggal di Sri Aman.

Penghulu Sudin juga tidak berterus terang dengan penduduk kampung
dalam melaksanakan sesuatu program untuk Kampung Kuah. Dia mengambil
sikap berdiam diri jika ada penduduk kampung yang bertanyakan sesuatu
kepadanya berkaitan program yang akan dijalankan di kampung tersebut. Walau
bagaimanapun penduduk kampung terpaksa akur dan tunduk dengan segala
kemahuan dan cadangan Penghulu Sudin kerana Penghulu Sudin seorang yang
panas baran. Selain itu Penghulu Sudin juga mengambil kesempatan untuk tidak
berterus terang dengan penduduk kampung yang rata-ratanya tidak bersekolah
atau mempunyai tahap pendidikan yang sangat rendah.

Encik Firdaus selaku wakil rakyat yang baharu dipilih akan hadir di majlis
randau di balai raya Kampung Kuah. Penghulu Sudin mengharapkan yang Sahat
tidak hadir semasa majlis tersebut diadakan. Berita yang disampaikan oleh Encik
Firdaus semasa ucapannya di majlis randau iaitu Bukit Emas akan dimajukan
dengan menjadikannya kawasan kuari memeranjatkan seluruh penduduk
kampung. Hal tersebut menimbulkan perasaan tanda tanya kepada Encik
Firdaus kerana beliau difahamkan oleh Penghulu Sudin bahawa semua
penduduk kampung Kuah telah bersetuju untuk menjual kawasan Bukit Emas
untuk dijadikan kuari.

Kemunculan Sahat dalam majlis randau dan penjelasan beliau yang
penduduk kampung tidak mengetahui berkaitan hal tersebut mendatangkan rasa
tidak senang di hati Penghulu Sudin. Beliau telah merasuah anak-anak buahnya
untuk memastikan Sahat tidak hadir di majlis tersebut. Sahat menjelaskan
berkaitan kepentingan mengekalkan pokok buah-buahan bermutu terutama buah
durian yang menjadi punca rezeki penduduk kampung tersebut yang telah

70

berjaya menarik pelancong berkunjung ke Kampung Kuah seterusnya
menjadikan kampung tersebut terkenal di seluruh negara. Penjelasan berkaitan
potensi buah-buahan di Kampung Kuah telah menyebabkan wakil rakyat
memutuskan untuk membatalkan projek kuari di kampung tersebut bahkan
meminta penduduk kampung sentiasa berusaha untuk mengekalkan mutu pokok
buah-buahan di situ.

Keputusan wakil rakyat membatalkan projek kuari setelah mendengar
penjelasan daripada Sahat menyebabkan Penghulu Sudin berasa amat marah
terhadap Sahat kerana telah menyebabkan impiannya terkubur. Penghulu Sudin
dijanjikan habuan oleh Encik Lim sekiranya penduduk kampung bersetuju
menjual Bukit Emas kepadanya untuk dijadikan kuari. Seluruh penduduk
kampung berasa gembira dengan keputusan wakil rakyat tersebut. Anak-anak
buah Penghulu Sudin iaitu Tahot, Ayub dan Kasim berasa menyesal atas segala
perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh mereka terhadap penduduk kampung
terutama terhadap Sahat. Mereka datang memohon maaf daripada Sahat. Sahat
berasa syukur kerana mereka telah insaf dan mengajak mereka sama-sama
memajukan perusahaan penanaman pokok buah-buahan di kampung tersebut
terutama pokok durian. Sahat berharap agar buah durian dari Kampung Kuah
dapat dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Sahat mendapat berita daripada Ayub yang Penghulu Sudin diserang sakit
jantung. Penduduk kampung termasuk Sahat pergi menziarahi Penghulu Sudin
di rumahnya. Setibanya di rumah Penghulu Sudin, Sahat terdengar suara orang
membaca surah Yasin. Sahat juga melihat ahli keluarga Penghulu Sudin
menangis ketika mereka melihat keadaan Penghulu Sudin yang sedang sakit.
Beberapa orang kampung bersama-sama mengangkat Penghulu Sudin ke dalam
ambulans untuk dibawa ke hospital. Sahat memohon maaf daripada Penghulu
Sudin tetapi tidak diendahkan oleh Penghulu Sudin. Imam Haji Ali menasihati
Penghulu Sudin agar melupakan hasratnya untuk menjadikan Bukit Emas
sebagai kuari. Namun Penghulu Sudin masih lagi dengan sifat angkuh dan
tamak serta tidak berasa insaf atas perbuatannya walaupun beliau jatuh sakit
akibat diserang sakit jantung.

TEMA
Tema cerpen ini ialah kepentingan mempertahankan alam semula jadi

daripada arus pemodenan. Sahat mempertahankan kawasan penanaman pokok
buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari.

71

PERSOALAN
Persoalan wawasan untuk masa depan yang gemilang. Contohnya, Sahat

mempunyai wawasan untuk memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah
durian hingga ke peringkat antarabangsa.

Persoalan keberanian menyatakan kebenaran/ menegakkan keadilan.
Contohnya, Sahat berani memberitahu Encik Firdaus semasa majlis randau
bahawa Penghulu Sudin sebenarnya tidak pernah memaklumkan kepada
mereka tentang hasrat Penghulu Sudin untuk menjual tanah di Bukit Emas.

Persoalan kesediaan memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya, Sahat
memaafkan Tahot, Ayub dan Kasim yang insaf atas kesalahan mereka
memusuhi Sahat selama ini.

Persoalan tanggungjawab mempertahankan hak. Contohnya, Sahat
bertanggungjawab mempertahankan Bukit Emas daripada dimusnahkan untuk
dijadikan tapak kuari memandangkan kawasan tersebut telah terkenal sebagai
pengeluar buah durian dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk
kampung.

Persoalan sifat menyembunyikan kebenaran. Contohnya, Penghulu Sudin
tidak pernah berterus terang dengan penduduk kampung untuk menjual tanah
kuning dan batu-batan Bukit Emas kepada Encik Lim.

Persoalan sifat mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Contohnya, Penghulu Sudin mengambil kesempatan atas penduduk Kampung
Kuah kerana kebanyakan penduduk Kampung Kuah kurang pendidikan.

Persoalan amalan rasuah dalam masyarakat. Contohnya, Penghulu Sudin
merasuahkan anak-anak buahnya untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa
majlis randau bersama wakil rakyat.

Persoalan sifat mementingkan diri sendiri. Contohnya, Penghulu Sudin
mahu penduduk kampung menjual tanah mereka untuk dijadikan kuari agar dia
mendapat habuan yang lumayan daripada Encik Lim.

Persoalan gejala memfitnah dalam masyarakat. Contohnya, Penghulu
Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya
digugurkan sebagai calon penghulu.

Persoalan amalan menipu untuk kepentingan diri. Contohnya, Penghulu
Sudin menipu Encik Firdaus tentang projek kuari semata-mata untuk mendapat
habuan daripada Encik Lim.

Persoalan sifat berdendam sesama manusia. Contohnya, Penghulu Sudin
berdendam dengan Sahat kerana ibu Sahat pernah menolak lamarannya/
Penghulu Sudin akan menyenaraihitamkan penduduk kampung yang tidak
sehaluan dengannya daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Contohnya, Tahot,
Ayub dan Kasim memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka selama

72

ini yang memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas
arahan penghulu Sudin.

Persoalan perasaan simpati dengan nasib malang orang lain. Contohnya,
penduduk kampung bersimpati dengan Pak Jaya yang difitnahkan oleh Penghulu
Sudin sehingga nama Pak Jaya digugurkan daripada senarai calon Penghulu
Kampung Kuah.

Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, ahli keluarga
Penghulu Sudin menangis ketika melihat keadaan Penghulu Sudin yang sedang
sakit.

Persoalan amalan tolong-menolong sesama insan. Contohnya, orang-
orang kampung mengangkat Penghulu Sudin ke dalam ambulans untuk dibawa
ke hospital.

Persoalan amalan menghormati tetamu. Contohnya, Penghulu Sudin

mengadakan majlis sambutan yang meriah untuk Encik Firdaus/ wakil rakyat

yang datang ke kampungnya.

Persoalan perasaan syukur apabila selesai permasalahan. Contohnya,
Sahat mengucapkan rasa syukur kerana Tahot, Ayub dan Kasim telah insaf atas
kesalahan mereka selama ini.

Persoalan kerajinan bekerja. Contohnya, Sahat mengharapkan Tahot,
Ayub dan Kasim rajin bekerja untuk memastikan Bukit Emas kekal sebagai
dusun durian.

PERWATAKAN SAHAT
Seorang yang mempunyai wawasan. Contohnya, Sahat mempunyai

wawasan untuk memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah durian
hingga ke peringkat antarabangsa.

Seorang yang berani menyatakan kebenaran/ menegakkan keadilan.
Contohnya, Sahat berani memberitahu Encik Firdaus semasa majlis randau
bahawa Penghulu Sudin sebenarnya tidak pernah memaklumkan kepada
mereka tentang hasrat Penghulu Sudin untuk menjual tanah di Bukit Emas.

Seorang yang sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya, Sahat
memaafkan Tahot, Ayub dan Kasim yang insaf atas kesalahan mereka
memusuhi Sahat selama ini.

Seorang petani. Contohnya, Sahat mengusahakan dusun durian di
Kampung Kuah.

Seorang yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Sahat berkelulusan
sarjana dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia.

Seorang yang bertanggungawab mempertahankan hak . Contohnya, Sahat
bertanggungjawab mempertahankan Bukit Emas daripada dimusnahkan untuk

73

dijadikan tapak kuari memandangkan kawasan tersebut telah terkenal sebagai
pengeluar buah durian dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk
kampung.

Seorang yang bersyukur kepada Tuhan setelah selesai permasalahan
dalam hidupnya. Contohnya, Sahat mengucapkan rasa syukur kerana Tahot,
Ayub dan Kasim telah insaf atas kesalahan mereka selama ini.

PERWATAKAN PENGHULU SUDIN
Seorang yang tidak suka berterus terang/ perahsia. Contohnya, Penghulu

Sudin tidak pernah berterus terang dengan penduduk kampung untuk menjual
tanah kuning dan batu-batan Bukit Emas kepada Encik Lim.

Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Contohnya, Penghulu Sudin mengambil kesempatan atas penduduk Kampung
Kuah kerana kebanyakan penduduk Kampung Kuah kurang pendidikan.

Seorang yang mengamal rasuah. Contohnya, Penghulu Sudin
merasuahkan anak-anak buahnya untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa
majlis randau bersama wakil rakyat.

Seorang yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Penghulu Sudin
mahu penduduk kampung menjual tanah mereka untuk dijadikan kuari agar dia
mendapat habuan yang lumayan daripada Encik Lim.

Seorang yang suka menabur fitnah. Contohnya, Penghulu Sudin
melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan
sebagai calon penghulu.

Seorang yang suka menipu untuk kepentingan diri. Contohnya, Penghulu
Sudin menipu Encik Firdaus tentang projek kuari semata-mata untuk mendapat
habuan daripada Encik Lim.

Seorang pendendam. Contohnya, Penghulu Sudin berdendam dengan
Sahat kerana ibu Sahat pernah menolak lamarannya.

Seorang yang kejam/ zalim. Contohnya, Penghulu Sudin akan
menyenaraihitamkan penduduk kampung yang tidak sehaluan dengannya
daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

Seorang yang panas baran. Contohnya, Penghulu Sudin cepat marah jika
ada penduduk kampung yang membantah kemahuannya

Seorang yang menghormati tetamu. Contohnya, Penghulu Sudin
mengadakan majlis sambutan yang meriah untuk Encik Firdaus/ wakil rakyat
yang datang ke kampungnya.

Seorang yang berjawatan penghulu. Contohnya, Penghulu Sudin ialah
penghulu di Kampung Kuah.

74

NILAI MURNI
Nilai keberanian. Contohnya, Sahat berani memberitahu Encik Firdaus

semasa majlis randau bahawa Penghulu Sudin sebenarnya tidak pernah
memaklumkan kepada mereka tentang hasrat Penghulu Sudin untuk menjual
tanah di Bukit Emas.

Nilai hemah tinggi. Contohnya, Sahat memaafkan Tahot, Ayub dan Kasim
yang insaf atas kesalahan mereka memusuhi Sahat selama ini.

Nilai tanggungawab. Contohnya, Sahat bertanggungjawab
mempertahankan Bukit Emas daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari
memandangkan kawasan tersebut telah terkenal sebagai pengeluar buah durian
dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk kampung.

Nilai keinsafan. Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim memohon maaf dan
menyesal atas perbuatan mereka selama ini yang memusuhi Sahat dan
menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan penghulu Sudin.

Nilai simpati. Contohnya, penduduk kampung bersimpati dengan Pak Jaya
yang difitnahkan oleh Penghulu Sudin sehingga nama Pak Jaya digugurkan
daripada senarai calon Penghulu Kampung Kuah.

Nilai tolong-menolong. Contohnya, orang-orang kampung mengangkat
Penghulu Sudin ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Nilai kasih sayang. Contohnya, ahli keluarga Penghulu Sudin menangis
ketika melihat keadaan Penghulu Sudin yang sedang sakit.

Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Penghulu Sudin mengadakan majlis
sambutan yang meriah untuk Encik Firdaus/ wakil rakyat yang datang ke
kampungnya.

Nilai kesyukuran. Contohnya, Sahat mengucapkan rasa syukur kerana
Tahot, Ayub dan Kasim telah insaf atas kesalahan mereka selama ini.

Nilai kerajinan. Contohnya, Sahat mengharapkan Tahot, Ayub dan Kasim
rajin bekerja untuk memastikan Bukit Emas kekal sebagai dusun durian.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mempunyai wawasan untuk mendapatkan kehidupan yang

lebih cemerlang. Contohnya, Sahat mempunyai wawasan untuk

memperkenalkan hasil buah-buahan terutama buah durian hingga ke peringkat

antarabangsa.

Kita hendaklah berani menyatakan kebenaran/ menegakkan keadilan.

Contohnya, Sahat berani memberitahu Encik Firdaus semasa majlis randau

bahawa Penghulu Sudin sebenarnya tidak pernah memaklumkan kepada

mereka tentang hasrat Penghulu Sudin untuk menjual tanah di Bukit Emas.

75

Kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.
Contohnya, Sahat memaafkan Tahot, Ayub dan Kasim yang insaf atas
kesalahan mereka memusuhi Sahat selama ini.

Kita hendaklah bertanggungawab mempertahankan hak kita daripada
diambil oleh orang lain dengan cara penipuan/ Kita hendaklah bertanggungawab
mempertahankan hak orang ramai. Contohnya, Sahat bertanggungjawab
mempertahankan Bukit Emas daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari
memandangkan kawasan tersebut telah terkenal sebagai pengeluar buah durian
dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk kampung.

Kita janganlah menyembunyikan kebenaran untuk kepentingan diri.
Contohnya, Penghulu Sudin tidak pernah berterus terang dengan penduduk
kampung untuk menjual tanah kuning dan batu-batan Bukit Emas kepada Encik
Lim.

Kita janganlah suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Contohnya, Penghulu Sudin mengambil kesempatan atas penduduk Kampung
Kuah kerana kebanyakan penduduk Kampung Kuah kurang pendidikan.

Kita janganlah mengamalkan rasuah. Contohnya, Penghulu Sudin
merasuahkan anak-anak buahnya untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa
majlis randau bersama wakil rakyat.

Kita janganlah mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri. Contohnya,
Penghulu Sudin mahu penduduk kampung menjual tanah mereka untuk
dijadikan kuari agar dia mendapat habuan yang lumayan daripada Encik Lim.

Kita janganlah suka menabur fitnah. Contohnya, Penghulu Sudin
melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan
sebagai calon penghulu.

Kita janganlah mengamalkan sikap suka menipu. Contohnya, Penghulu
Sudin menipu Encik Firdaus tentang projek kuari semata-mata untuk mendapat
habuan daripada Encik Lim.

Kita janganlah mengamalkan sikap suka berdendam. Contohnya, Penghulu
Sudin berdendam dengan Sahat kerana ibu Sahat pernah menolak lamarannya/
Penghulu Sudin akan menyenaraihitamkan penduduk kampung yang tidak
sehaluan dengannya daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang dilakukan. Contohnya, Tahot,
Ayub dan Kasim memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka selama
ini yang memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas
arahan penghulu Sudin.

Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang mengalami nasib malang.
Contohnya, penduduk kampung bersimpati dengan Pak Jaya yang difitnahkan
oleh Penghulu Sudin sehingga nama Pak Jaya digugurkan daripada senarai
calon Penghulu Kampung Kuah.

76

Kita hendaklah memberi pertolongan kepada orang yang ditimpa
kesusahan. Contohnya, orang-orang kampung mengangkat Penghulu Sudin ke
dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, ahli keluarga
Penghulu Sudin menangis ketika melihat keadaan Penghulu Sudin yang sedang
sakit.

Kita hendaklah menghormati tetamu. Contohnya, Penghulu Sudin
mengadakan majlis sambutan yang meriah untuk Encik Firdaus/ wakil rakyat
yang datang ke kampungnya.

Kita janganlah bertindak kejam/ zalim sesama manusia. Contohnya,
Penghulu Sudin akan menyenaraihitamkan penduduk kampung yang tidak
sehaluan dengannya daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

Kita janganlah memiliki sifat panas baran. Contohnya, Penghulu Sudin
cepat marah jika ada penduduk kampung yang membantah kemahuannya.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mengamal rasuah. Contohnya, Penghulu Sudin

merasuahkan anak-anak buahnya untuk memastikan Sahat tidak hadir semasa
majlis randau bersama wakil rakyat.

Masyarakat yang insaf atas kesalahan diri. Contohnya, Tahot, Ayub dan
Kasim memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka selama ini yang
memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan
penghulu Sudin.

Masyarakat yang bersimpati dengan nasib malang yang dialami oleh
seseorang. Contohnya, penduduk kampung bersimpati dengan Pak Jaya yang
difitnahkan oleh Penghulu Sudin sehingga nama Pak Jaya digugurkan daripada
senarai calon Penghulu Kampung Kuah.

Masyarakat petani. Contohnya, penduduk Kampung Kuah mengusahakan
dusun buah-buahan.

Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. Contohnya, orang-
orang kampung mengangkat Penghulu Sudin ke dalam ambulans untuk dibawa
ke hospital.

Masyarakat yang penyayang. Contohnya, ahli keluarga Penghulu Sudin
menangis ketika melihat keadaan Penghulu Sudin yang sedang sakit.

Masyarakat yang rendah tahap pendidikan. Contohnya, rata-rata penduduk
Kampung Kuah mempunyai tahap pendidikan yang sangat rendah dan ada yang
tidak pernah bersekolah.

Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya, Imam Haji Ali dan Bilal Haji
Amid.

77

LATAR TEMPAT
Kampung Kuah iaitu empat tinggal Sahat dan Penghulu Sudin.
Balai raya Kampung Kuah iaitu tempat berlangsungnya majlis randau

penduduk Kampung Kuah bersama wakil rakyat.
Bukit Emas iaitu tempat dusun buah-buahan penduduk Kampung Kuah.
Sri Aman iaitu tempat tinggal baru Mak Bedah, emak kepada Sahat

selepas kematian suaminya, Pak Jaya.
Rumah Penghulu Sudin iaitu tempat penduduk kampung menziarahi

Penghulu Sudin yang diserang sakit jantung.
Kaki Bukit Emas iaitu tempat Tahot datang berjumpa Sahat untuk

memohon maaf atas kesalahannya terhadap Sahat selama ini.

UNSUR KONFLIK
Konflik antara Penghulu Sudin dengan Sahat. Contohnya, Penghulu Sudin

tidak mahu Sahat hadir ke majlis perjumpaannya dengan penduduk kampung
kerana kehadiran Sahat akan mencabar kewibawaannya sebagai penghulu.

Konflik antara Sahat dengan Penghulu Sudin. Contohnya, Sahat
memberitahu Encik Firdaus/ wakil rakyat yang Penghulu Sudin tidak pernah
berbincang dengan penduduk kampung untuk menjual Bukit Emas kepada
syarikat swasta.

Konflik antara Penghulu Sudin dengan penduduk kampung. Contohnya,
Penghulu Sudin akan membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang
mempersoalkan segala kemahuan dan cadangannya.

Konflik antara penduduk kampung dengan Penghulu Sudin. Contohnya,
penduduk kampung takut untuk melahirkan perasaan simpati kepada Pak Jaya/
ayah Sahat yang difitnah oleh Penghulu Sudin kerana bimbang Penghulu Sudin
akan membalas dendam terhadap mereka.

Konflik antara Penghulu Sudin dengan Pak Jaya/ ayah Sahat. Contohnya,
Penghulu Sudin memfitnah Pak Jaya sehingga namanya digugurkan sebagai
calon Penghulu Kampung Kuah.

Konflik antara Mak Bedah/ ibu Sahat dengan Penghulu Sudin. Contohnya,
Mak Bedah menolak lamaran Penghulu Sudin untuk memperisterikannya.

Konflik antara Penghulu Sudin dengan anak-anak buahnya. Contohnya,
Penghulu Sudin berasa marah kepada anak-anak buahnya yang tidak dapat
diharapkan untuk memastikan Sahat tidak hadir ke majlis randau antara
penduduk kampung dengan wakil rakyat.

Konflik antara Encik Firdaus/ wakil rakyat dengan Penghulu Sudin.
Contohnya, Encik Firdaus berasa kecewa dengan sikap Penghulu Sudin yang
membohonginya tentang persetujuan penduduk kampung untuk menjual Bukit
Emas.

78

PERBANDINGAN ANTARA WATAK
Penghulu Sudin ialah Penghulu Kampung Kuah manakala Sahat ialah

penduduk di kampung tersebut.
Penghulu Sudin lebih mementingkan kepentingan dirinya manakala Sahat

lebih mementingkan kepentingan penduduk Kampung Kuah.
Penghulu Sudin tidak disukai oleh penduduk kampung manakala Sahat

disukai oleh penduduk kampung.
Penghulu Sudin bersifat pendendam manakala Sahat sedia memaafkan

kesalahan orang terhadap dirinya.
Penghulu Sudin ingin menjadikan Bukit Emas sebagai kuari manakala

Sahat ingin mengekalkan Bukit Emas sebagai dusun durian.

UJIAN PANTAS

UJIAN PANTAS 1

tangggungjawab

beragama berpendidikan
Islam
tinggi
simpati
hormat- wawasan tolong- ambil
menghormati
menolong kesempatan
kejam
rajin

hemah tinggi perahsia

berani

PERSOALAN

tahap PERWATAKAN
pendidikan
yang rendah NILAI MURNI mementingkan

PENGAJARAN diri

LATAR

MASYARAKAT

rasuah fitnah
petani
syukur menipu berdendam
insaf
penghulu

panas baran kasih sayang

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan Sahat.
5. Huraikan empat perwatakan Penghulu Sudin.

79

6. Huraikan empat latar masyarakat.

UJIAN PANTAS 2 Bukit Emas
Kampung Kuah Kaki Bukit Emas

Balai raya LATAR Rumah
Kampung Kuah TEMPAT Penghulu

Sudin

Sri Aman

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

UJIAN PANTAS 3
Bandingkan empat perwatakan antara watak Penghulu Sudin dengan watak
Sahat.

UJIAN PANTAS 4
Huraikan empat konflik antara watak yang terdapat dalam cerpen tersebut..

80


Click to View FlipBook Version