The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 2 (PUISI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2021-01-27 06:56:10

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 2 (PUISI)

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 2 (PUISI)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KESUSASTERAAN MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020

BAHAGIAN 2
PUISI

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU JALIL



SKOP SOALAN SASTERA DALAM PUISI

1. Maksud baris
2. Tema
3. Persoalan
4. Nilai murni
5. Pengajaran
6. Perasaan penyajak
7. Sikap penyajak
8. Nada
9. Ciri
10. Perbandingan bentuk puisi
11. Unsur bunyi
12. Gaya bahasa
13. Pengkaryaan

Untuk memahami dan menjawab dengan baik genre puisi
berkaitan:

1. Tema
2. Persoalan
3. Nilai murni
4. Pengajaran
5. Sikap penyajak
6. Perasaan penyajak
7. Nada

Anda perlu memahami maksud yang terdapat
dalam setiap rangkap puisi.

MAKSUD BARIS

Pelajar perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat
yang terdapat dalam rangkap puisi tersebut dan menulisnya
dalam bentuk prosa.

Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,
Mereka suka minta tolong, minta beri.

Dipetik daripada Seloka Tak Berikhtiar Sendiri

Jawapan
Ramai orang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak berusaha
untuk mencapai cita-cita tersebut. Mereka hanya suka
meminta pertolongan daripada orang lain.

Kesilapan Pelajar
1. Ayat yang ditulis tidak gramatis.
2. Maksud baris yang ditulis tidak lengkap.

TEMA

Tema ialah persoalan utama sesebuah puisi.
Untuk mendapat tema sesebuah puisi, anda perlu memahami
maksud keseluruhan puisi tersebut sama ada yang tersurat
mahupun yang tersirat.

Maksud sajak Sekeping Kartu Kecil (rujuk buku teks Kubentang
Sehelai Peta, muka surat 13 dan 14)

RI: Penyajak menyangka bahawa bekas kekasihnya telah
melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.

R2: Penyajak menerima kad ucapan selamat hari raya
daripada bekas kekasihnya.

R3: Penyajak terkenang akan hubungan mereka pada masa
lampau yang begitu indah sekali.

R4: Penyajak ingin berkunjung ke rumah bekas kekasihnya
pada hari raya nanti bukan sebagai kekasih tetapi sebagai
sahabat. Penyajak meminta bekas kekasihnya melayannya
sebagai sahabat dan dia berharap hubungan tersebut nanti
akan berkekalan buat selama-lamanya.

Jawapan:
Sajak ini bertemakan persahabatan. Penyajak berharap
hubungan antara dia dengan bekas kekasihnya akan
tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

Anda juga boleh memberi huraian kepada tema tersebut
dengan mengambil baris-baris puisi yang bersamaan
maksudnya dengan huraian yang diberikan.

Sajak ini bertemakan persahabatan.
Contohnya, kiranya hubungan

persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berkepanjangan
sampai bila-bila.

Kesilapan Pelajar
Tema ditulis tanpa huraian.

PERSOALAN

Persoalan ialah perkara-perkara atau isu-isu yang
ingin dikemukakan oleh penyajak dalam karyanya.

Untuk mendapat persoalan dalam sesebuah puisi,
anda perlu memahami maksud rangkap puisi tersebut
sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.

Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
meninggalkan ibu di anak tangga.

Maksud rangkap sajak tersebut ialah:

Penyajak tetap tabah menuntut ilmu walaupun terpaksa
mengharungi pelbagai kesusahan dalam hidupnya.

Jawapan:
Ketabahan dalam menuntut ilmu.
Contohnya, Di atas rakit ini kurempuh kesulitan

menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah

Kesilapan Pelajar
Kesilapan cara menulis persoalan.
Persoalan tabah menuntut ilmu (SALAH)
Persoalan ketabahan menuntut ilmu (BETUL)

NILAI MURNI

Nilai murni ialah unsur-unsur positif yang terdapat
dalam sesebuah karya puisi.

Untuk mengesan nilai murni dalam sesebuah puisi,
anda perlu memahami maksud rangkap puisi tersebut
sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.
Kemudian anda cuba mengesan unsur-unsur positif
yang terdapat dalam rangkap puisi tersebut.

Hukuman bagi orang berdosa, menghukum
Dengan tidak memandang bangsa.

Maksud rangkap gurindam tersebut ialah:

Kita hendaklah berlaku adil ketika
seseorang tanpa mengira bangsa.

Jawapan:
Nilai keadilan.
Contohnya,
Hukuman bagi orang berdosa,
Dengan tidak memandang bangsa.

Kesilapan Pelajar
Kesilapan cara menulis nilai
Nilai adil (SALAH)
Nilai keadilan (BETUL)

PENGAJARAN

Pengajaran ialah nasihat atau pesanan yang hendak
disampaikan oleh penyair.

Cara mengesan pengajaran dalam puisi.
Untuk mengesan pengajaran dalam sesebuah puisi, anda
perlu memahami maksud rangkap puisi tersebut sama ada
yang tersurat mahupun yang tersirat dan cari unsur nasihat
yang ingin disampaikan.
Mulakan jawapan anda dengan
Kita hendaklah ... (yang berbentuk positif) atau
Kita janganlah ... (yang berbentuk negatif).

Jika diturut kehendak hati,
Kelak boleh menjadi mati.

Maksud rangkap gurindam tersebut ialah:
Sekiranya kita terlalu mengikut perasan boleh memudaratkan
diri pada suatu hari nanti.

Jawapan:
Kita janganlah bertindak mengikut perasaan kerana boleh
menyebabkan kemudaratan.
Contohnya, Jika diturut kehendak hati,

Kelak boleh menjadi mati.

SIKAP PENYAJAK

Sikap penyajak ialah pandangan atau tindakan yang
diambil oleh penyajak berkaitan sesuatu isu.

Cara mengesan sikap penyajak dalam puisi.
Untuk mengesan sikap penyajak dalam sesebuah puisi,
anda perlu memahami maksud rangkap puisi tersebut
sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.

Kata kunci yang lazim digunakan ialah:
berdoa, berharap, terkenang, memuji, menyanjung, akur,
insaf, menyindir, mengecam, memarahi, mencabar,
mengkritik dan sebagainya.

Wanita, ibuku
Kakakku, nenekku dan aku
Anugerah-Nya yang istimewa amat
Untuk umat sejagat.

Maksud rangkap puisi tersebut ialah:
Wanita merupakan anugerah yang sangat istimewa
daripada Tuhan untuk semua orang.

Jawapan:
Penyajak menyanjung wanita kerana wanita merupakan
anugerah yang sangat istimewa daripada Tuhan untuk
semua orang.
Contohnya,
Wanita, ibuku
Kakakku, nenekku dan aku
Anugerah-Nya yang istimewa amat
Untuk umat sejagat.

Kesilapan Pelajar

Kesilapan cara menulis jawapan.

Penyajak menyanjung. (SALAH)

Penyajak menyanjung wanita kerana wanita
merupakan anugerah yang sangat istimewa
daripada Tuhan untuk semua orang. (BETUL)

PERASAAN PENYAJAK

Perasaan penyajak merujuk apa yang tersirat di
dalam hati penyajak apabila dia memperkatakan
tentang sesuatu isu yang terdapat dalam puisi
tersebut.

Cara mengesan perasaan penyajak dalam puisi.
Untuk mengesan perasaan penyajak dalam
sesebuah puisi, anda perlu memahami maksud
rangkap puisi tersebut sama ada yang tersurat
mahupun yang tersirat.

Kata kunci yang lazim digunakan ialah:
gembira, rindu, sayang, cinta, bangga, sedih,
simpati, gelisah, bimbang, kecewa, marah, benci
dan sebagainya.

Kemerdekaan yang kita gengam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya

ke puncak persada.

Maksud rangkap puisi tersebut ialah:
Kata-kata untuk mempertahankan kemerdekaan dan
kedaulatan negara bukan mainan di bibir sahaja.
Setiap anak bangsa telah berjanji untuk
mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Jawapan:

Penyajak melahirkan perasaan cinta akan negaranya.
Contohnya,
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya

ke puncak persada

Kesilapan Pelajar
Kesilapan cara menulis jawapan
Penyajak melahirkan perasaan cinta (SALAH)
Penyajak melahirkan perasaan cinta akan
negaranya. (BETUL)

NADA

Nada melankolik
(ada kaitannya dengan kesedihan, kekecewaan atau
kemurungan)

Nada romantik
(ada kaitannya dengan perasaan kasih sayang,
kerinduan, kesyukuran, kegembiraan, pengharapan atau
kebahagiaan)

Nada patriotik
(ada kaitannya dengan rasa cinta terhadap tanah air,
atau rasa benci terhadap penjajah/ pengkhianat negara)

Nada protes
(ada kaitannya dengan perasaan marah atau tekanan
jiwa)

Nada sinis
(mengandungi unsur sindiran)

Untuk mendapat nada sesebuah puisi, anda perlu memahami
maksud keseluruhan puisi tersebut sama ada yang tersurat
mahupun yang tersirat.
Maksud sajak Sekeping Kartu Kecil (rujuk buku teks
Kubentang Sehelai Peta, muka surat 13 dan 14)
RI: Penyajak menyangka bahawa bekas kekasihnya telah

melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.
R2: Penyajak menerima kad ucapan selamat hari raya

daripada bekas kekasihnya.
R3: Penyajak terkenang akan hubungan mereka pada masa

lampau yang begitu indah sekali.
R4: Penyajak ingin berkunjung ke rumah bekas kekasihnya

pada hari raya nanti bukan sebagai kekasih tetapi
sebagai sahabat. Penyajak meminta bekas kekasihnya
melayannya sebagai sahabat dan dia berharap hubungan
tersebut nanti akan berkekalan buat selama-lamanya.

Keseluruhan puisi tersebut berkaitan hubungan antara
penyajak dengan bekas kekasihnya. Apabila penyajak
menerima kad selamat hari raya daripada bekas
kekasihnya, penyajak teringat semula kenangan indah
masa lalu antara dia dengan bekas kekasihnya. Lalu dia
berhasrat untuk berkunjung bersama-sama ahli
keluarganya ke rumah bekas kekasihnya pada hari raya
nanti. Penyajak berharap hubungan persahabatan antara
dia dan bekas kekasihnya akan berkekalan buat selama-
lamanya.

Jadi nada sajak tersebut ialah nada romantik.

Terdapat tiga jenis soalan berkaitan nada:

1. Soalan struktur (memberi contoh nada)

Aku tetap memahami
rasa hati jiwa penunggu musim
harapan tetap diabadikan
Tuhan jua yang menentukan
adakala bangsaku bernyawa ikan
tercungap-cungap

di tepi tebing waktu.

Aku adakala terlalu asyik
merenung sengketa
yang tidak kesudahan
di bumi dan di langit.
Duka yang sering hadir
terpaksa dikendong
sepanjang hayat.

Dipetik daripada sajak Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai
karya Naapie Mat

Soalan:
Berdasarkan sajak Suara Pedih daripada Anak Penghuni
Sungai karya Naapie Mat (rujuk buku teks Kubentang
Sehelai Peta, muka surat 34).

Sajak tersebut bernada melankolik. Berikan dua contoh
nada melankolik yang terdapat dalam petikan sajak
tersebut.

Jawapan:
i. adakala bangsaku bernyawa ikan

tercungap-cungap
di tepi tebing waktu.

ii. Duka yang sering hadir
terpaksa dikendong
sepanjang hayat.

2. Soalan esei (nada dan contoh)

Penerangan berikut berdasarkan sajak Lidah Anaku
Berbelang-belang karya Abizai (rujuk buku teks
Kubentang Sehelai Peta, muka surat 18)

Apabila mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam
bahasa Inggeris yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris para pelajar menyebabkan
para pelajar lebih mengagungkan-agungkan budaya
barat berbanding dengan budaya tempatan/ bangsa
sendiri. Sikap mengagung-agungkan budaya barat
meliputi semua aspek kehidupan apatah lagi dengan
pengaruh yang kuat daripada alam siber.

Berdasarkan sajak Lidah Anakku Berbelang-belang karya
Abizai, nyatakan nada sajak tersebut berserta dua
contoh.

Jawapan:
Sajak tersebut bernada sinis.
Contohnya,

i. lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang

ii. lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
mengidamkan anggur di ladang yang jauh
membiarkan rambutan layu tiada tersentuh

.3 Soalan esei (nada, huraian dan contoh)

Petua: Huraian yang diberikan berdasarkan
sikap penyajak.

Berdasarkan sajak Lidah Anakku Berbelang-
belang karya Abizai, huraikan nada yang
terdapat dalam sajak tersebut berserta dua
contoh.

Jawapan:
Sajak tersebut bernada sinis. Penyajak menyindir
generasi muda masa kini yang mudah terpengaruh dan
mengagung-agungkan budaya barat berbanding dengan
budaya tempatan/ bangsa sendiri.
Contohnya,

i. lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang

ii. lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
mengidamkan anggur di ladang yang jauh
membiarkan rambutan layu tiada tersentuh

Kesilapan Pelajar
1. Pelajar memberi jawapan yang salah.

Contoh yang diberikan tidak betul. Ada baris-
baris puisi yang tidak menggambarkan nada
tersebut dimasukkan juga sebagai jawapan.

2. Untuk soalan yang memerlukan huraian, pelajar
tidak tahu cara menulis huraian (iaitu
mengambil sikap penyajak sebagai huraian).

NOTA:
Jika anda menghadapi masalah untuk menulis
huraian, memadailah anda memberi nada puisi dan
contoh. Markah tetap diberikan walaupun bukan
markah penuh.

CIRI

Ciri-ciri puisi melibatkan:
1. Jumlah rangkap

2. Jumlah baris serangkap
Nyatakan sama ada bilangan baris bagi setiap rangkap
sama atau tidak sama.

3. Jumlah perkataan sebaris
Nyatakan sama ada bilangan perkataan bagi setiap baris
sama atau tidak sama.

4. Jumlah suku kata
Nyatakan sama ada bilangan suku kata bagi setiap baris
sama atau tidak sama.

5. Rima akhir
Nyatakan sama ada rima akhirnya sama, tidak sama atau
berselang.

6. Kesimpulan bentuk
Nyatakan sama ada puisi tersebut berbentuk terikat atau
bebas.

SOALAN STRUKTUR
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Senaraikan empat ciri yang terdapat dalam petikan
pantun empat kerat tersebut.

Jawapan:
Puisi ini terdiri daripada satu rangkap.
Puisi ini mempunyai empat baris serangkap.
Jumlah perkataan dalam setiap baris adalah

sama./ Puisi ini mempunyai empat patah perkataan
sebaris.

Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah
tidak sama./ Puisi ini mempunyai antara sembilan
hingga sepuluh suku kata sebaris.

Rima akhirnya berselang./ Rima akhirnya
abab.

Puisi ini berbentuk terikat.

Nota: Tanda palang (/) bermaksud ada pilihan
jawapan. Anda boleh pilih salah satu daripadanya.

SOALAN ESEI (PUISI BERBENTUK TERIKAT)

Berdasarkan Gurindam Beberapa Petua Hidup, huraikan
empat ciri gurindam tersebut (Rujuk buku teks Nilai Insan,
muka surat 13).

Jawapan:

Puisi ini mempunyai rangkap. Contohnya, puisi ini
mempunyai sepuluh rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, puisi ini mempunyai dua baris serangkap.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah
tidak sama iaitu antara empat hingga lima patah
perkataan sebaris.

Bilangan suku kata dalam setiap baris adalah tidak
sama iaitu antara lapan hingga dua belas suku kata
sebaris.

Rima akhirnya adalah sama iaitu aa.

Kesimpulannya, puisi ini berbentuk terikat kerana
rima akhirnya adalah sama.

SOALAN ESEI (PUISI BERBENTUK BEBAS)

Berdasarkan sajak Aku Hanya Mahu ke Seberang karya Hashim
Yaacob, huraikan empat ciri sajak tersebut (Rujuk buku teks
Kubentang Sehelai Peta , muka surat 28).

Jawapan:
Puisi ini mempunyai rangkap. Contohnya, puisi ini

mempunyai lima rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama.

Contohnya, rangkap 1 ada enam baris, rangkap 2 ada tiga
baris, rangkap 3 ada satu baris, rangkap 4 ada enam baris,
dan rangkap 5 ada dua baris.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah tidak
sama iaitu antara satu hingga enam patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata dalam setiap baris adalah tidak
sama iaitu antara dua hingga tujuh belas suku kata sebaris.

Rima akhirnya adalah tidak sama. Contohnya, rima
akhir rangkap 1 ialah aabbcc , rangkap 2 ialah abb, rangkap 3
ialah a , rangkap 4 ialah aabccc , dan rangkap 5 ialah ab.

Kesimpulannya, puisi ini berbentuk bebas kerana rima
akhirnya tidak sama.

Kesilapan Pelajar
1. Perlu ada isi jawapan dan contoh. Jangan

beri isi jawapan atau contoh sahaja.

2. Jawapan untuk jumlah baris, perlu ada
perkataan serangkap. Contoh, bilangan baris
dalam setiap rangkap adalah sama iaitu dua
baris serangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap, anda
perlu nyatakan sama ada bilangan barisnya
sama atau tidak sama.

4. Jawapan untuk jumlah perkataan, perlu ada
perkataan sebaris. Contoh, bilangan
perkataan sebaris adalah tidak sama iaitu
antara dua hingga tujuh patah perkataan
sebaris.

Kesilapan Pelajar
5. Bilangan perkataan dalam setiap baris, anda

perlu nyatakan sama ada bilangan
perkataannya sama atau tidak sama.

6. Jawapan untuk jumlah suku kata, perlu ada
perkataan sebaris. Contoh, Bilangan suku kata
sebaris adalah tidak sama iaitu antara tujuh
hingga enam belas suku kata sebaris.

7. Bilangan suku kata dalam setiap baris, anda
perlu nyatakan sama ada bilangan suku
katanya sama atau tidak sama.

8. Rima akhirnya, anda perlu nyatakan sama ada
rima akhirnya sama, tidak sama atau
berselang.

PERBANDINGAN BENTUK PUISI

1. Gunakan perkataan kedua-dua jika kedua-dua puisi
tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama.

2. Gunakan perkataan manakala jika kedua-dua puisi
tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Syair Bidasari Gurindam Beberapa Petua Hidup

Titah baginda raja sultani, Orang malas jatuh sengsara,
“Mengapakah hutan jadi begini, Orang rajin banyak saudara.
Kepanasan kita sekalian ini,
Baiklah berhenti kita di sini.” Barang siapa mungkir janji,
Namanya tentu menjadi keji.
Berhentilah ia seraya berperi,
Bertitah kepada tiga menteri, Kalau diri kena angkara,
“Ayuhai menteri pergilah diri, Turutlah susah sanak saudara.
Carikan air bawa ke mari.”

Jawapan:

Bilangan rangkap bagi kedua-dua puisi tersebut adalah
tidak sama. Contohnya, Syair Bidasari mempunyai dua rangkap
manakala Gurindam Beberapa Petua Hidup mempunyai tiga
rangkap.

Bilangan baris serangkap bagi kedua-dua puisi tersebut
adalah tidak sama. Contohnya, Syair Bidasari mempunyai empat
baris serangkap manakala Gurindam Beberapa Petua Hidup
mempunyai dua baris serangkap.

Bilangan perkataan sebaris bagi kedua-dua puisi
tersebut adalah sama. Contohnya, kedua-dua puisi tersebut
mempunyai empat patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata sebaris bagi kedua-dua puisi
tersebut adalah tidak sama. Contohnya, Syair Bidasari
mempunyai sepuluh hingga dua belas suku kata sebaris
manakala Gurindam Beberapa Petua Hidup mempunyai
sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.

Rima akhir kedua-dua puisi tersebut adalah tidak sama.
Contohnya, rima akhir Syair Bidasari ialah aaaa manakala
rima akhir Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah aa.

Kedua-dua puisi tersebut berbentuk terikat. Contohnya,
rima akhir Syair Bidasari ialah aaaa manakala rima akhir
Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah aa.

Kesilapan Pelajar

Pelajar tidak menjawab dalam bentuk esei. Pelajar
menjawab dalam kolum.

UNSUR BUNYI

Unsur bunyi terbahagi kepada:
1. Asonansi
2. Aliterasi
3. Rima akhir (pilih rima akhir yang sama atau berselang)

Pokok kuini di tepi pinggiran,
Tempat terkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong;

Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan tiga unsur bunyi berserta contoh yang terdapat
dalam petikan pantun tersebut.

Jawapan:

Asonansi. Contohnya, Tempat terkinja si anak
rusa.

Aliterasi. Contohnya, Nilai sekampung tolong-
menolong.

Rima akhirnya adalah berselang iaitu abcabc.

SENARAI GAYA BAHASA PUISI

1. Asonansi 10. Metafora 16. Paradoks
2. Aliterasi 11. Personifikasi 17. Sarkasme
3. Anafora 12. Hiperbola 18. Sinkope
4. Epifora 13. Perlangan 19. Kata ganda
5. Responsie 14. Simile 20. Inversi
6. Repitisi kata 15. Perbandingan 21. Bahasa istana
7. Repitisi frasa 22. Bahasa asing
8. Repitisi baris terus 23. Peribahasa
9. Repitisi 24. Bahasa

rangkap arkaik

SENARAI GAYA BAHASA PENGULANGAN

1. Asonansi
2. Aliterasi
3. Anafora
4. Epifora
5. Responsie
6. Repitisi kata
7. Repitisi frasa
8. Repitisi baris
9. Repitisi rangkap

SENARAI GAYA BAHASA PERBANDINGAN

1. Metafora
2. Personifikasi
3. Hiperbola
4. Perlangan
5. Simile
6. Perbandingan terus

CONTOH GAYA BAHASA

1. Asonansi
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris.
Contoh: Empat lima kuda di medan

2. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu baris.
Contoh: Nilai anak kerana ketaatan

3. Anafora
Anafora iaitu pengulangan kata di awal baris yang berurutan.
Contoh: Akan matilah kemerdekaan hatinya,
Akan tipislah semangat perjuangannya

4. Epifora
Epifora iaitu pengulangan kata di akhir baris yang berurutan.
Contoh: Memang aku tidak tahu
malah, tak ingin ambil tahu

CONTOH GAYA BAHASA

5. Responsie
Pengulangan kata di tengah baris yang berurutan.
Contoh: Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara

6. Repitisi kata
Sesuatu perkataan diulang pada baris yang sama
atau diulang pada baris yang lain.
Contoh: Banyak udang banyak garam

7. Repitisi frasa
Pengulangan lebih daripada satu patah perkataan
pada baris yang lain.
Contoh:
Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini
Siapakah berani memancung damai negeri bertuah
ini

CONTOH GAYA BAHASA

8. Repitisi baris
Keseluruhan baris diulang pada baris yang lain.
Berdasarkan pantun empat kerat Kasih Jualan,
Makanan baik tidak dibeli

yang terdapat pada Rangkap 5 baris 4
diulang pada Rangkap 6 baris 3.

9. Repitisi rangkap
Keseluruhan rangkap diulang pada rangkap yang
lain.
Berdasarkan sajak Kata Bukit Kepada Jentolak,
keseluruhan Rangkap 2 diulang pada Rangkap 4.

CONTOH GAYA BAHASA

10. Metafora
Metafora ialah gaya bahasa perbandingan
yang menghubungkan sesuatu objek dengan
objek yang lain, atau dengan sesuatu konsep.
Dalam metafora ada perkataan yang bersifat
konkrit dan dihubungkan dengan perkataan
yang bersifat abstrak.

Contoh: Pencipta, bunga-bunga harapan

konkrit abstrak

NOTA:

Konkrit (terdiri daripada kata nama konkrit)

Abstrak (terdiri daripada kata nama terbitan
atau kata adjektif)

Contoh 1: tirai kenangan

Kata nama konkrit Kata nama terbitan
Contoh 2: mata sepi
Kata nama konkrit Kata adjektif

CONTOH GAYA BAHASA

11. Personifikasi
Personifikasi ialah memberikan sifat manusia kepada
bukan manusia.
Contoh: Nyaring katak memanggil hujan

12. Hiperbola
Hiperbola ialah perbandingan yang melampau
Contoh: Kita berfikir tentang sejuta mimpi

13. Perlambangan
Perlambangan ialah perkataan yang membawa maksud
lain daripada yang tersurat.
Contoh: Kalau tiada emas di pinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.

NOTA:
Emas dalam puisi tersebut bermaksud harta benda/ wang
ringgit/ kekayaan.


Click to View FlipBook Version