CONTOH GAYA BAHASA
14. Simile
Simile ialah gaya bahasa perbandingan yang
menggunakan perkataan tertentu iaitu bak, laksana,
seperti, macam, umpama, bagai, ibarat, dan se.
Contoh: Laksana dipagut tedung yang bisa!
menatap raut wajahnya setulus embun pagi
15. Perbandingan terus
Perbandingan terus (perbandingan langsung) iaitu
membandingkan sesuatu dengan sesuatu konsep
atau keadaan. Gaya bahasa perbandingan terus
menggunakan perkataan tertentu iaitu
itulah, inilah, adalah, dan ialah.
Contoh: Kunci hati ialah iman
Kau adalah gunung
CONTOH GAYA BAHASA
16. Paradoks
Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat
untuk memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang
berlawanan.
Contoh: Bersuara lantang dalam bisu
17. Sarkasme
Sarkasme ialah bahasa biadap atau bahasa kasar.
Contoh: Atau menyusahi ayah dan ibu - jadi kutu
18. Sinkope
Sinkope ialah pemendekan sesuatu kata dengan
menggugurkan huruf atau suku kata.
Contoh: mu, ku, kau, mau, tau, nak, pabila, tika, mentari,
kerna, tak, ujung dan sebagainya
CONTOH GAYA BAHASA
19. Kata ganda
Kata dasar yang diulang secara keseluruhan
atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan
dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Contoh: denai-denai, dedaunan, nafsu-nafsi,
bercabang-cabang, dan sebagainya.
20. Inversi
Gaya bahasa songsang. Kata-kata yang
sepatutnya didahulukan telah dikemudiankan.
Contoh: Kontang sudah ladang yang subur
21. Bahasa istana
Perkataan yang digunakan oleh golongan istana.
Contoh: santap, beta, titah dan sebagainya.
CONTOH GAYA BAHASA
22. Bahasa asing
Penggunaan kata-kata yang bukan bahasa Melayu
(bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan sebagainya)
Contoh: Bahasa Arab. Contohnya, mazmumah
23. Peribahasa
Ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud
yang tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud
berkias, berlapik atau tersirat. Peribahasa
merangkumi simpulan bahasa, bidalan, pepatah dan
perumpamaan.
Contoh: berkaki ayam
24. Bahasa arkaik
Bahasa Melayu lama.
Contoh: marsum
PENCIPTAAN PUISI
PANDUAN MENCIPTA PUISI
1. Menepati tema dan kehendak soalan
(jumlah rangkap atau baris).
2. Menepati ciri-ciri puisi tersebut.
3. Beri tajuk kepada sajak. Untuk puisi tradisional,
tidak perlu beri tajuk.
4. Gunalah bahasa Melayu baku.
Jangan guna bahasa daerah, bahasa Inggeris,
bahasa kasar, ejaan ringkas atau bahasa pasar.
PENCIPTAAN PUISI
PANDUAN MENCIPTA PUISI
5. Jangan tulis sesuatu yang menghina seseorang,
agama, bangsa dan sebagainya.
6. Rima akhir ialah bunyi suku kata yang terakhir di
setiap baris.
Contoh rima akhir:
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Berdasarkan pantun dua kerat di atas, rima akhirnya
ialah aa.
Hal ini menunjukkan bahawa suku kata terakhir iaitu
ram boleh disamakan dengan suku kata
bam/ cam/ dam/ fam/ gam/ ham/ jam/ kam/ lam/ mam/
nam/ pam/ sam/ tam/ wam/ yam/ zam.
KELEMAHAN PELAJAR DALAM PENCIPTAAN
PUISI TRADISIONAL
1. Jumlah perkataan sebaris yang tidak mematuhi ciri-ciri
puisi berkenaan.
(empat atau lima patah perkataan sebaris).
Burung bersiul-siulan di atas dahan yang rapuh
Baris di atas boleh dipendekkan menjadi
Burung bersiulan di dahan rapuh
2. Baris-baris dalam pembayang yang tidak ada kaitan antara
satu sama lain.
Burung bersiulan di atas dahan,
Bangunan tinggi tiga tingkat;
Pastikan baris-baris dalam pembayang mempunyai kaitan.
Burung bersiulan di atas dahan,
Ketika fajar mula menyapa;
3. Ayat yang tidak logik maknanya
Air sungai rasanya manis,
Diminum oleh jejaka rupawan;
PANDUAN MENCIPTA PANTUN
PANTUN DUA PANTUN EMPAT PANTUN ENAM
KERAT KERAT KERAT
Dua baris serangkap. Empat baris Enam baris
serangkap. serangkap.
Rima akhirnya ialah Rima akhirnya ialah Rima akhirnya ialah
aa. abab. abcabc.
Setiap baris mempunyai 4 atau 5 patah perkataan.
Ada unsur alam dalam pembayang.
Hasilkan maksud dahulu (mengikut tema), kemudian barulah
menghasilkan pembayang.
Pastikan antara pembayang dan maksud tidak ada kaitan.
Jangan menciplak pantun yang sedia ada ataupun lirik lagu.
Kesilapan Pelajar
1. Pantun tidak menepati tema.
2. Jumlah rangkap yang dihasilkan kurang
daripada yang diminta.
3. Tidak ada unsur alam dalam pembayang
(sekurang-kurang satu unsur alam)
4. Rima akhir yang salah.
5. Tidak menepati ciri-ciri pantun.
PANDUAN MENCIPTA SYAIR
1. Empat baris serangkap.
2. Menepati tema dan jumlah rangkap yang diminta.
3. Setiap baris mempunyai empat atau lima patah
perkataan.
4. Keempat-empat baris ialah maksud.
5. Rima akhirnya ialah aaaa.
Untuk membantu anda memilih rima akhir,
dicadangkan pilihlah perkataan yang suku kata
terakhirnya banyak terdapat dalam bahasa bahasa
Melayu iaitu (a, i, u, an)
Contoh: bunga, mentari, baju, pahlawan
Kesilapan Pelajar
1. Syair tidak menepati tema.
2. Jumlah rangkap yang dihasilkan kurang
daripada yang diminta.
3. Rima akhir yang salah.
4. Tidak menepati ciri-ciri syair.
PANDUAN MENCIPTAAN GURINDAM
1. Dua baris serangkap.
2. Menepati tema dan jumlah rangkap yang diminta.
3. Setiap baris mempunyai empat atau lima patah
perkataan.
4. Rima akhirnya ialah aa.
Untuk membantu anda memilih rima akhir, dicadangkan
pilihlah perkataan yang suku kata terakhirnya banyak
terdapat dalam bahasa bahasa Melayu iaitu (a, i, u, an).
5. Baris pertama ialah sebab, baris kedua ialah jawab.
Cari olehmu seorang kawan,
Yang mengubat hati yang rawan.
(jawapan kepada pernyataan di baris pertama iaitu tujuan
mencari kawan)
6. Jangan menciplak gurindam yang sedia ada.
Kesilapan Pelajar
1. Gurindam tidak menepati tema.
2. Jumlah rangkap yang dihasilkan kurang
daripada yang diminta.
3. Rima akhir yang salah.
4. Tidak menepati ciri-ciri gurindam.
PANDUAN MENCIPTA SAJAK
1. Bilangan baris adalah antara 12 hingga 15 baris. (Jika
anda menulis lebih daripada 15 baris, diterima)
2. Menepati tema dan jumlah baris yang diminta.
3. Berbentuk bebas dari segi jumlah perkataan sebaris
dan rima akhir. (Bukan dalam bentuk puisi tradisional)
4. Cipta dalam beberapa rangkap.
(Jangan hasilkan dalam satu rangkap sahaja)
5. Beri tajuk kepada sajak yang dihasilkan.
Kesilapan Pelajar
1. Sajak tidak menepati tema.
2. Jumlah baris yang dihasilkan kurang daripada
yang dinyatakan di kertas soalan.
3. Sajak yang dihasilkan mirip pantun atau syair.