The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by budaknakals11, 2020-02-26 00:20:40

MODUL MENTOR MENTEE 2020

MODUL MENTOR MENTEE 2020

MODUL 1

TAJUK : MENTEEKU SAYANG

OBJEKTIF :

1. Mentor dapat membina hubungan (Rappo) dengan mente

2. Mentee dapat beramah mesra dengan mentor

3. Mentor prihatin terhadap latar belakang mentee

MASA: : 30 minit

Bahan: Buku Kehadiran Program Mentor Mentee, Borang Profil Mentee (seperti

dalam lampiran)

Aktiviti: - Mentor bertanya khabar mentee

- Mentor meminta mentee menulis kehadiran di buku kehadiran

- Mentor mengenal pasti mentee yang tidak hadir dan bertanya

kepada rakan-rakan mentee ketidakhadiran mentee tersebut.

- Mentor mengedarkan borang profil Mentee untuk diisi oleh mentee

- Mentor mewujudkan sistem panggilan dalam sesi perjumpaan

pertama.

Contoh:

Sistem panggilan untuk mentee berasaskan umur yang paling

tua mengikut tarikh dan hari bulan lahir contoh Kak Long, Abang

Long Kak Ngah, Abang Ngah, Kak Cik, Abang Cik.

- Mentee diminta memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan-

rakan mentee seperti nama panggilan, hobi, aktiviti masa lapang,

aktiviti yang diminati, perkara yang disukai, dan sebagainya.

- Mentor turut memperkenalkan diri kepada mentee seperti nama

panggilannya, hobi, aktiviti masa lapang, aktiviti yang diminati,

perkara yang disukai dan tidak disukai.

RUMUSAN: 1. Mengenali Mentee merupakan elemen yang penting dalam

membina hubungan mesra.

2. Mengenali mentor juga akan mewujudkan rasa saling sayang

dan mempercayai antara satu sama lain.

MODUL 1

AKTIVITI : SUAIKENAL
TAJUK : AKU

OBJEKTIF :

1. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.

MASA : 60 ~ 120 minit

PROSEDUR CATATAN
BAHAN /
Langkah: SUMBER
1. Mentor meminta mentee duduk dalam satu bulatan.
2. Mentor mengedarkan kertas pendua kepada setiap mentee dan Kertas pendua,
pensil, pen
meminta mentee melipat dua kertas pendua.
3. Mentor meminta mentee mencatat sifat-sifat negatif yang ada

pada diri di ruang kiri kertas.
4. Mentor meminta mentee mencatat sifat-

sifat positif yang ada pada dirinya di ruang sebelah kanan kertas.
5. Mentee menomborkan sifat-sifat positif dan negatif diri mengikut

keutamaan.
6. Mentee diminta meletakkan kertas ditengah bulatan.

Mentor memilih secara rawak sekeping kertas untuk
dibincangkan bersama
7. Perbincangan meliputi reaksi mentee terhadap sifat kekuatan
yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana
kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknyanya.

RUMUSAN

AKTIVITI : SUAIKENAL

TAJUK : AKU

1. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri

2. Mengenali kelemahan dan kekuatan diri membolehkan individu
merancangkan untuk pembangunan diri

3. Setiap insan adalah unik kerana :

3.1 mempunyai kelebihan dan kekurangan

3.2 berkeupayaan untuk memperbaiki kekurangan dan
memperkembangkan potensi diri

MODUL 2

AKTIVITI : MEMBINA MATLAMAT

TAJUK : AKADEMIK FANTASIA

OBJEKTIF :

1. Membina matlamat dengan pelbagai cara

2. Mengikis sikap negatif dalam diri yang menghalang kejayaan seseorang

3. Matlamat yang hendak dicapai memerlukan perancangan yang terbaik

4. Menyedarkan mentee tentang pentingnya menetapkan matlamat

bagi menentukan hala tuju .

MASA : 60 ~ 120 minit

CATATAN BAHAN

PROSEDUR /
SUMBER

Langkah Dilakukan dalam bilik /
1. Bahagikan mentee kepada beberapa kumpulan kelas / tempat yang
2. Mentee diminta menyanyi lagu tradisional yang ditentukan sesuai

oleh mentor

3. Ahli kumpulan lain memberi sokongan / sorakan Masa perlu di ambil
4. Mentee mencatatkan ciri-ciri bagi merangsang
aktiviti
suami / isteri idaman / anak idaman
Ramai yang tak sampai
5. Mentee diminta menjelaskan impian / harapan mereka ke matlamat
tersebut untuk dikongsi bersama dengan rakan –rakan lain ( destinasi tertentu )

6. Mentee dibimbing untuk melihat nilai murni tentang
harapan / impian mereka.

kerana : malu, rendah

diri, takut dan lain-lain

RUMUSAN

AKTIVITI : MEMBINA MATLAMAT
TAJUK : AKADEMIK FANTASIA

1. Setiap manusia mempunyai matlmat untuk berjaya di dalam kehidupan

2. Usaha konsisten akan dapat membuahkan hasil yang baik

3. Setiap usaha yang berfokus akan menghasilkan kejayaan secara maksimum

4. Sebarang cabaran perlu dihadapi secara bijaksana.

MODUL 2

TAJUK : CITA-CITAKU

OBJEKTIF :

1. Mentee boleh merealisasikan cita-cita mereka

2. Berpeluang mengenal cita-cita sendiri

3. Boleh mengenalpasti kebolehan dan keistimewaan diri untuk mencapai cita-cita.

4. Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin ada dalam mencapai cita-cita.

5. Mengelakkan mentee mencapai cita-cita dengan cara yang salah.

MASA : 30 minit

AKTIVITI :

1. Mentor mengedarkan edaran.

2. Setiap mentee mesti menulis berdasarkan edaran yang diberikan.

3. Perbincangan

RUMUSAN :
1. Setiap manusia mempunyai cita-cita masing-masing.
2. Dalam usaha mencapai cita-cita, manusia menghadapi pelbagai masalah dan
cabaran yang dianggap sebagai pengahalang.
3. Tidak semua manusia menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk
menghadapi cabaran ini dalam usaha mencapai cita-citanya.
4. Terdapat manusia mencari jalan mudah untuk mencapai cita-cita hidupnya. Dengan
demikian, ia akan mudah terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan
dengan naluri manusia itu sendiri seperti rasuah, mencuri, dan menipu yang
akhirnya bukan sahaja merosakkan dirinya malah masyarakat keseluruhan.

CITA-CITA HIDUP
1. Adakah anda mempunyai cita-cita?

Nyatakan dua cita-cita dalam hidup anda
i. Jangka Pendek
:_______________________________________________
ii. Jangka Panjang
:______________________________________________

2. Perkara-perkara yang menghalang daripada mencapai cita-cita.
i. _____________________________________________________________
____
ii. _____________________________________________________________
__

3. Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai cita-cita ini.
i. _____________________________________________________________
_
ii. _____________________________________________________________
_

4. Adakah anda rasa yakin dapat mencapai cita-cita anda itu? Kenapa? Alasannya
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
_________________________________________________

MODUL 3

TAJUK : PENAMPILANKU-KEBERSIHAN, GAYA HIDUP

OBJEKTIF : 1. Mengurus diri dengan baik

2. Menjaga kebersihan diri

3. Menyayangi diri sendiri

MASA : 60 ~ 120 minit

Aktiviti :

1. Mentor memilih seorang mentee yang berpakaian kemas dan bersih sebagai role

model.

2. Mentee memberi pendapat tentang penampilan mentee tersebut.

3. Mentor menerangkan kepentingan dan cara pengurusan diri yang baik.

4. Mentor memberi motivasi dan galakan pengurusan diri yang baik.

Alatan : Tiada

Rumusan : 1. Mentee mampu menguruskan diri sendiri dan

mengutamakan

kebersihan diri.

2. Kita perlu menyayangi diri sendiri.

3. Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita.

LAMPIRAN:
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:

a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KEBERSIHAN DIRI ADALAH:

a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau

busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Sebagai pelajar, anda mestilah memastikan diri anda sentiasa bersih, sama ada
dari segi pakaian, mahupun anggota tubuh sendiri:
Pakaian
Anda mesti pastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas setiap hari.

1. Pakaian terutamanya pakaian seragam sekolah haruslah ditukar sekurang-
kurangnya dua hari sekali.

2. Pakaian biasa perlu ditukar setiap hari, apatah lagi kalau anda bermain atau
menjalankan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya

3. Pakaian seragam haruslah diseterika kemas dan kasut sekolah pula
haruslah sentiasa bersih.

4. Stokin mestilah ditukar apabila sudah kotor, lembap, atau berbau. Jika tidak,
kaki anda akan dijangkiti kulat.

5. Begitu juga dengan pakaian seragam lain seperti tali leher, skaf/tudung
haruslah sentiasa bersih dan tidak berbau.

Kebersihan tubuh
Ini amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti penyakit

1. Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
2. Rambut juga pastikan sentiasa pendek. Bagi perempuan yang berambut

panjang, pastikan anda membuat tocang.
3. Untuk mengelakkan kelemumur atau kutu, pastikan anda membasuh rambut

dengan syampu setiap hari.
4. Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik.kerana ini

akan memudahkan jangkitan misalnya kutu dan sebagainya.
5. Rambut haruslah disikat rapi dan bagi pelajar lelaki, pakai minyak rambut

supaya nampak kemas.
6. Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi, terutamanya di celah-

celah ketiak dan kelengkang.

7. Selesai mandi, lap badan sehingga kering, dan cuci telinga dengan berhati-

hati.

MODUL 4 : PENGURUSAN MASA
AKTIVITI

TAJUK :JADUALKU

1. Dapat menyiapkan jadual waktu belajar dan mempraktikkannya.
2. Dapat menghargai masa.

MASA : 60 ~ 120 minit

PROSEDUR BAHAN /
SUMBER /
1. Bersoaljawab tentang pengurusan masa yang diamalkan CATATAN
sekarang. Jadual belajar

2. Cuba dapatkan kekuatan dan kelemahan hasil dari Pensel warna.
perbincangan.

3. Membuat jadual pengurusan masa.
4. Mengedarkan contoh jadual kosong untuk membuat jadual

waktu belajar selama seminggu.
5. Buatlah jadual waktu yang dirasakan lebih praktikal

dengan kemampuan diri sendiri.
6 Mentee mencipta kata-kata semangat / motivasi yang

boleh mendorong mentee untuk mematuhi jadual
berkenaan
7. Boleh ditampal di bilik belajar masing-masing.

RUMUSAN

AKTIVITI : PENGURUSAN MASA
TAJUK : JADUALKU

1. Mentee perlu merancangkan jadual yang praktikal dan realistic

2. Setiap mentee perlu mendisiplinkan diri dengan cara mematuhi jadual
yang telah dihasilkan sendiri untuk berjaya

3. Sebagai mentee , mereka mestilah bijak memanafaatkan masa
semaksimum yang mungkin untuk berjaya

4. masa itu sangat berharga

5. setiap insan mempunyai jumlah masa yang sama

6. kebijaksanaan menguruskan masa akan meningkatkan kualiti diri

MODUL 5

AKTIVITI : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTANYA

TAJUK : DETA ( DENGAR DAN TANYA )

OBJEKTIF :

1. Memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Mentee dapat membezakan di antara kesan bertanya dan sebaliknya.

3. Menunjukkan kesan ulangan dapat meningkatkan daya ingatan

MASA : 60 ~ 120 minit

PROSEDUR BAHAN /
SUMBER /
CATATAN

Menyampaikan mesej Lampiran :
1. Mentor akan menyuruh peserta pertama membaca nota senarai Senarai barang

barang. .
2. Mentee pertama akan membisikkan cerita itu secara lisan kepada

peserta kedua.
3. Mentee kedua pula akan membisikkan cerita itu kepada Mentee

ketiga dan begitulah seterusnya sehingga ke Mentee akhir.
4. Mentee akhir akan menceritakan apa yang didengar dengan

membandingkan cerita itu dengan nota cerita
ringkas di permulaan tadi.

Faham dan ingat dan catat Senarai
5. Mentor membacakan atau menulis senarai perkataan sebanyak 2 perkataan

kali dan mentee perlu mengingat dan tidak mencatat.
6. Kemudian, setiap mentee dikehendaki mencatat kembali senarai

perkataan yang dingati.
7. Mentor menyemak keputusan senarai perkataan yang

paling banyak.

RUMUSAN

AKTIVITI : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTANYA
DETA ( DENGAR DAN TANYA )
TAJUK :

1. Peka dan luaskan minda ke arah kejayaan
2. Malu bertanya kurang pemahaman
3. Aktiviti bersoaljawab dapat memantapkan pemahaman
4. Aktiviti mengulangkaji dapat meningkatkan daya ingatan
5. Kajian menunjukkan keupayaan ingatan bergantung kepada faktor seperti berikut :

Aktiviti % ingatan Aktiviti % ingatan
Baca
10 Dengar + Lihat 50
Dengar
Lihat 20 Sebut + Buat 70

30 Lihat + Sebut + Buat 90

LAMPIRAN SENARAI BARANG

IKAN SAWI PENSEL PINGGAN MEJA TERONG SENDUK GARPU KACANG
PANJANG PENIMBANG FAIL STAPLER KEMBUNG APRON DAPUR KUALI
KOBIS PAPER CLIP

MODUL 6

AKTIVITI : NILAI MURNI

TAJUK : SESAMA

KITA OBJEKTIF :

1. Mentee dapat memahami dengan lebih jelas konsep hubungan

sesama manusia.

2. Mentee dapat mengetahui apakah kepentingan menjaga dan

memelihara hubungan sesama manusia.

3. Membina hubungan sesama mentee.

MASA : 60 ~ 120 minit

PROSEDUR BAHAN /
SUMBER
1. Mentor menerangkan konsep hubungan sesama CATATAN
manusia , kepentingan menjaga dan memeliharanya.
Kertas A4
2. Mentor meminta Mentee berbincang dan menyenaraikan
5 contoh aktiviti yang boleh menjalinkan
silaturrahim.Contohnya:ziarah,bersukan,sambutan hari jadi
dan majlis keagamaan.

3. Mentee menyenaraikan contoh batasan dan sempadan
hubungan sesama manusia.Contohnya batasan antara
jantina,tua dan muda,anak dan ibu bapa,pensyarah dan
pelajar.

4. Mentor meminta setiap Mentee mempersembahkan hasil
perbincangan mereka.

5. Mentee lain digalakkan bersoaljawab selepas sesi
pembentangan.

6. Mentor membincangkan faedah yang didapati
daripada aktiviti di atas.

RUMUSAN

AKTIVITI : NILAI MURNI
TAJUK : SESAMA KITA

1. Hubungan yang mulia bermula dari hati yang ikhlas dan bersih
2. Setiap individu mempunyai harga diri dan perlu dihormati dan dihargai
3. Manusia adalah makhluk sosial
4. Hubungan yang baik sesama manusia adalah suatu amalan yang mulia
5. Hak dan perasaan orang lain perlu dihormati demi membina perhubungan yang

berkesan.

MODUL 7

AKTIVITI : KEROHANIAN

TAJUK : DIARIKU

OBJEKTIF :

1. Mentee dapat mengenal pasti ciri-ciri peribadi seorang remaja sebagai

pelajar anak kepada ibu bapa, ahli masyarakat ,dan warga negara.

2. Mentee dapat mengamalkan budaya hidup yang baik dan sihat bagi

menjamin kehidupan masa depan.

3. Manusia yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya lazim

dikaitkan dengan individu yang mempunyai peribadi yang baik dan

dihormati.

4. Mentee /remaja perlu mempunyai jati diri dan mampu memperkasakan

diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang cuba merosakkan diri.

MASA : 60 ~ 120 minit

BAHAN /

PROSEDUR SUMBER /

CATATAN

1. Mentee diminta menyenaraikan sekurang- Kertas A4

kurangnya 10 ciri positif yang perlu ada pada

seseorang pelajar

2. Mentee menyenaraikan 10 ciri negatif yang

berlaku masa kini perlu dijauhi.

3. Mentor meminta setiap kumpulan

membentangkan hasil perbincangan mereka.

4. Mentor meminta mentee menceritakan prihal

rakan-rakannya yang pernah terlibat dengan

gejala sosial.
( contoh : dadah, skodeng, rempit,bohsia…)

5. Mentee lain digalakkan bersoaljawab selepas

sesi berkenaan

6. Mentor membuat rumusan.

RUMUSAN

AKTIVITI : KEROHANIAN
TAJUK : DIARIKU

1. Manusia yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya lazim dikaitkan
dengan individu yang mempunyai peribadi yang baik dan dihormati

2. Kemahiran ini memberikan kesedaran dalam diri seseorang bahawa gaya
hidup yang sihat menjamin kehidupan yang cemerlang

3. Kemahiran ini dapat menyedarkan mantee dalam menilai personaliti seseorang
individu.

MODUL 8

AKTIVITI : SIFAT ASERTIF
TAJUK
Objektif : AIMAN TAK KISAH

1. :
2.
3. Mengetahui sifat diri

Masa Menghargai nilai asertif

Membezakan tingkahlaku asertif daripada tingkahlaku agresif dan

pasif.

: 60 ~ 120 minit

BAHAN /

PROSEDUR SUMBER /

CATATAN

1. Mentor mengedarkan borang senarai semak kepada Borang Senarai
setiap mentee. Semak

2.Setiap mentee diminta menanda ( / ) pada ruang ‘Y’ jika item Kertas A4 /
berkenaan berkaitan dengan diri mentee dan pada ruang ‘T’ jika Kertas mahjung
sebaliknya.

3.Setelah selesai menjawab, mentee diminta mengira bilangan “Y”
pada borang tugasan tadi dan tuliskan jumlah di bahagian
bawah borang.

4.Mentor memaklumkan maksud skor yang diperolehi oleh
mentee:
Skor 1 – 3 (Rendah – Pasif ) Skor 4 – 6
(Sederhana - Asertif)
Skor 7 – 9 (Tinggi - Agresif)
(Panduan Mentor, lihat nota di bawah)

5. Mentor meminta mentee menjadikan 3 kumpulan kecil mengikut
skor (tinggi, rendah dan sederhana).

6. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menyatakan apakah
sifat-sifat diri yang ada pada diri mereka dan menyenaraikan
kebaikan dan kelemahan sifat-sifat tersebut di dalam kotak seperti
di bawah:

7. Setiap kumpulan diminta membentang hasil
kerja mereka. 8. Mentor memberi penekanan
berbincang mengenai sifat asertif dan
keperluan kepada seorang mentee.

9. Mentee diminta berbincang bagaimana hendak
tangani simulasi-simulasi / situasi berikut:
a) Menolak pelawaan rokok dari
seorang kawan. b) Menolak cinta rakan
sekuliah.

c) Menegur kesilapan rakan karib.
d) Meminta diri untuk meninggalkan majlis.
--- dll simulasi yang boleh difikirkan oleh mentor /mentee.

RUMUSAN

Aktiviti : SIFAT ASERTIF

Tajuk : AIMAN TAK KISAH

Sifat Agresif – Bersikap bebas, terbuka, cakap lepas, bertindak / berfikir untuk diri

sendiri, bagi mencapai hajat /matlamat tanpa mengambil kira perasaan

dan keselesaan orang lain.

Sifat Pasif - Membiar diri, fikiran, perasaan dimanipulasi oleh orang lain.

Sifat Asertif - Menjaga perasaan dan sensitiviti orang lain di samping berusaha untuk

mencapai hajat/matlamat diri sendiri.

CONTOH BORANG TUGASAN KUMPULAN

SIFAT DIRI

CIRI-CIRI DIRI KELEMAHAN
1
2
3
4
5
6
7

KEBAIKAN

Lampiran Modul Asertif Diri
( Dipetik dari IPS )

Arahan: Tandakan (/) pada ruang ‘Y’ jika item berkenaan ada kaitan
Dengan diri anda dan pada ruang ‘T’ jika sebaliknya.

BIL ITEM Y T
1 Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa
sahaja yang ada dalam fikiran saya.
2 Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan
ahli-ahli profesional bila menghadapi masalah
3 Selesa meminta kembali barang-barang yang telah
dipinjam oleh kawan.
4 Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak
menjadi.
5 Akan berterus terang menyatakan bahawa
tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya.
6 Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh
ketua kurang jelas
7 Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati
dengan jawapan yang diberi
8 Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya
rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang
lain
9 Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan
saya yang lain.
10 Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama
ada saya menang atau kalah
JUMLAH SKOR

MODUL 9
Tajuk : Remaja dan Keluarga.
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Mengetahui punca-punca keretakan hubungan kekeluargaan
2. Memahami situasi rakan-rakan yang terlibat
Masa : 60 ~ 120 minit

Bahan : Kertas sebak, marker pen, contoh soalan perbincangan (Lampiran 40)
Langkah :
1. Mentee dibahagikan kepada 3 orang sekumpulan.
2. Mentor memberikan tajuk untuk perbincangan kumpulan berkaitan dengan

kekeluargaan.
3. Mentee melakukan perbincangan dalam kumpulan.
4. Mentee membentang hasil perbincangan kumpulan.
5. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

Falsafah : Semua orang perlu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun
persekitaran tidak menggembirakan.

PERKEMBANGAN REMAJA
Contoh soalan perbincangan:
1. Apakah punca masalah keretakan hubungan kekeluargaan?
2. Apakah kesan keretakan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak?
3. Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia?
4. Apakah peranan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi

masalah kekeluargaan?

5. Apakah faktor-faktor yang membawa kebahagiaan di dalam institusi kekeluargaan.
6. Apakah tanggungjawab anda sebagai anak?






Click to View FlipBook Version