CIKGU AINI BINTI MUSTAFFA
Dedikasi buat semua guru…
Banggalah menjadi Guru…
Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu
menangis, tunjukkanlah bahawa kamu punya 1001 alasan untuk tersenyum.
Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu mengeluh, tunjukkanlah
bahawa kamu punya 1001 alasan untuk bersyukur
Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menyerah,
tunjukkanlah 1001 janji Allah bahawa kamu akan berjaya, sebab…
Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu
sedang belajar tentang KETULUSAN,
Ketika usahamu dinilai tidak penting,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN
Ketika hatimu terluka sangat dalam,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN
Ketika kamu harus lelah dan kecewa,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN
Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI
Tersenyumlah… kerana kamu mendapat
kesempatan dan sedang menimba ilmu di
universiti kehidupan
Guru oh guru...
...Jadilah apapun pada
akhir kehidupanmu, guruku
bakti yang diapungkan di dulang
ilmu
panggilan keramat ‘cikgu’ kekal
terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat…
Terima kasih cikgu,
terima kasih cikgu,