The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aaien0945, 2021-08-13 22:01:26

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

BUKU LOG

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

DISEDIAKAN OLEH :
SITI NUR AIN BINTI RAHMAT

KOD KURSUS
MPU 3062

NAMA KURSUS
KOKURIKULUM : UNIT BERUNIFORM

1

DEDIKASI
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka kerja kursus ini
telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan . Subjek kursus ini
merupakan satu ilmu yang sangat penting yang boleh dipraktikan dewasa ini dalam
kehidupan dan pembelajaran . Dalam mata pelajaran ini , terkandung banyak fakta ,
pemikiran dan informasi yang sangat berguna dan bermanfaat .
Ucapan penghargaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah saya yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini iaitu Puan Zaimawati Binti Abdul Kadir
. Beliau banyak membantu saya dan rakan – sekelas yang lain untuk menghasilkan
sebuah tugasan yang baik . Selain itu ucapan penghargaan ini juga saya tujukan
kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan kepada saya dalam proses
penyiapan tugasan ini . Tidak lupa juga ucapan penghargaan terima kasih ini kepada
rakan – rakan yang lain yang banyak menolong dan berkongsi maklumat dan idea
dalam penghasilan rencana dalam tugasan ini .

2

ISI KANDUNGAN 4
5
1 Data peribadi 6–7
2 Bendera Malaysia 8
3 Sejarah Pengakap 9 – 10
4 Bendera Pengakap 11
5 Logo Pengakap 11
6 Persetiaan Pengakap 12
7 Undang – undang Pengakap 12 – 13
8 Cogankata Pengakap 14 – 15
9 Hormat Pengakap 16
10 Lagu Pengakap 17
11 Organisasi Pengakap Malaysia 17
12 Organisasi Pengakap Negeri 18
13 Organisasi Pengakap Kumpulan
14 Organisasi Pengakap Ipg Kampus Perempuan 18
19
Melayu 19
15 Organisasi Pengakap ( Sekawan ) 19
16 Objektif Pengakap 20 – 23
17 Visi Pengakap 24 – 27
18 Misi Pengakap 28
19 Pengurusan dan Pentadbiran 29 – 59
20 Pakaian seragam 60
21 Lencana Pengakap
22 Nota – nota kuliah , tutorial dan perkhemahan
23 Rujukan

3

1 – DATA PERIBADI

NAMA PENUH SITI NUR AIN BINTI RAHMAT
UMUR
NO KAD PENGENALAN 20 TAHUN
TARIKH LAHIR
NO TEL 010315-01-0852
ALAMAT RUMAH
TEMPAT BELAJAR 15 MAC 2001
NAMA AYAH
NAMA IBU 0177288992
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
NO 14 , KAMPUNG BONAGONG , 86400 , PARIT
PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM RAJA , BATU PAHAT , JOHOR .

PENCAPAIAN DALAM KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU MELAKA

RAHMAT BIN HAJI SOKRI

ROSIDAH BINTI KADIR

SEKOLAH RENDAH : SK SERI BANDAN

SEKOLAH MENENGAH : SMA PARIT RAJA

IPT : IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA

SEKOLAH RENDAH : PERSATUAN BULAN SABIT
MERAH

SEKOLAH MENENGAH : KADET POLIS

- JOHAN KAWAD KAKI KOR KADET POLIS
- NAIB JOHAN BOLA JARING IFTIFAL

RIYADHI PERINGKAT NEGERI JOHOR
- WAKIL SEKOLAH BOLA BALING

PERINGKAT MSSD

4

2 – BENDERA MALAYSIA

Maksud Warna Dan Lambang Pada Jalur Gemilang
• BIRU TUA - melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara.
• KUNING-adalah warna Diraja. la melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan
dan falsafah Rukun Negara.
• MERAH-gagah berani dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
• PUTIH-kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan
rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.
• 14 JALUR - 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar menandakan
keanggotaan yang sama dalam persekutuan bagi 13 buah negeri anggota (iaitu
Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan,
Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka) dan Wilayah Persekutuan
(WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan).
• BULAN SABIT - Melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan
negara.
• BINTANG 14 BUCU - Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan .

5

3 – SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

Sejarah Pengakap Dunia telah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.
Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki
di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith
Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh
pengalaman dari medan pertempuran.

Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan
kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan
pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting
For Boys" yang dikarang oleh beliau sendiri.

Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.
Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun
sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui
beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori
Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London.

Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat
kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah
meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan BP
Tarikh Lahir: 22 Februari 1857
Tempat Lahir: London, England Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

6

- SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana
pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa
percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal.
Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua
negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan
pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di
negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura (1910)
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928)
3. I.R Wheeler di Perak (1926)
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka (1925) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925)
7. Ameen Akhbar di Selangor (1926)
8. A.J Cracle di Terengganu (1926)
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927) 10. Perlis dibawah naungan
Kedah (1931)
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (1913)
12. Sarawak (1915)
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia
Ke-2 . Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia dimana dianggotai Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak
Pengakap Malaysia sejajar dengan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965 , Singapura keluar dari gagasan Malaysia .

7

4 – BENDERA PENGAKAP
8

5 – LOGO PENGAKAP
LOGO PENGAKAP SEDUNIA

- Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga
- Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak

kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
- Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
- Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap

Sedunia.
- Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
- Warna putih-kesucian dan kebersihan.

9

LOGO PENGAKAP MALAYSIA

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
iaitu:

• Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang
sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit
pengakap.

• Kuning ( Pengakap Kanak-Kanak ) ,
• Hijau ( Pengakap Muda ) ,
• Merah ( Pengakap Remaja )

10

6 – PERSETIAAN PENGAKAP
7 – UNDANG – UNDANG PENGAKAP

11

8 – COGANKATA PENGAKAP

9 – HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang lainnya:
isyarat Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap)
Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell berkata:
"Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati, ia adalah hak keistimewaan
untuk menghormati dan ianya tidak mengabdikannya"

12

Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang kawan
diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam dengan
melambai-lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah.
Cara Hormat Pengakap
* Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat
tangan kanan dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua saat
dengan permukaan jari menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan ke
bawah dengan pantas secepat yang boleh. Jika anda tidak memakai topi forage,
sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan.
Mana dan bila memberi Hormat
* Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda
kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan, berbudi
bahasa dan persahabatan.
Tanda hormat kepada:
* apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan.
* apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan.
* apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris.
Sebagai salam
* Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam
samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama
memberi Hormat Pengakap.

ISYARAT PENGAKAP

Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai
seorang Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam berkomunikasi
pada masa dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap mengenali antara
mereka dalam sesuatu aktiviti yang tersendiri.

13

10 – LAGU PENGAKAP

LAGU RASMI PERSEKETUAN PENGAKAP

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang Bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

14

TANYA SAMA POKOK UNDANG – UNDANG PENGAKAP

Tanya sama pokok Dipercayai taat berguna
Apa sebab goyang Bersaudara berbudi
Nanti jawab pokok Kasihkan bintang
Angin yang goncang Menurut perintah
Tanya sama angin Tabah hati , berjima
Apa sebab goncang Suci fikiran
Nanti jawab angin Suci perkataan
Langit nak hujan Suci perbuatan
Tanya sama langit
Nanti jawab langit BERTEMU DAN BERPISAH
Tanyalah awan Bertemu dan berpisah
Awan nanti kata Adat manusia biasa
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Aku pun cair Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Tengok dalam air Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Nampak bayang-bayang Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Campak satu batu
Bayang pun hilang DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana – mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana – mana hatiku senang
Lai ,lai , lai , lai , lai , lai

15

11 – ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA
16

12 – ORGANISASI PENGAKAP NEGERI
13 – ORAGANISASI PENGAKAP KUMPULAN

17

14 - ORGANISASI PENGAKAP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI
PESURUHJAYA

PEN PESERUHJAYA
PEN PESURUHJAYA
KETUA MAJLIS SEKAWAN
KETUA – KETUA SEKAWAN

15 - ORGANISASI PENGAKAP ( SEKAWAN )
JURULATIH

KETUA SEKAWAN
PEN KETUA SEKAWAN

QUARTER MASTER
AHLI – AHLI

18

16 – OBJEKTIF PENGAKAP
17 – VISI PENGAKAP
18 – MISI PENGAKAP

19

19 – PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

MENUBUH KUMPULAN
◆ Satu kumpulan bagi sebuah sekolah.
◆ Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu

Contoh :
• KUALA TERENGGANU Ke-18A
• KUALA TERENGGANU Ke-18B

BILANGAN ANGGOTA
◆ Sekurang-kurangnya 18 orang
◆ Sebanyak-banyaknya 48 orang
◆ Dengan dua orang pemimpin
◆ Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan

PENDAFTARAN
◆ Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM;
◆ Gunakan beberapa jenis borang :

Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan)
► Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota)
► Borang PPM 1B (Borang Kawalan)
►Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong)

◆ Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat
PPM

YURAN PENDAFTARAN
◆ Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan anggota yang lama
perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM;
◆ Yuran pendaftaran :

▸ Kumpulan(setahun) : RM 30.00
▸ Ahli Pengakap(1th.) : RM 5.00
▸ Pemimpin/Pen. Pem. : RM 10.00 (1tahun)

20

◆ Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan
menjalankan aktiviti pengakap .
◆ Kumpulan yg. tak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan
latihan/perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana lencananya
- gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan
Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44 - 46 dan 47)
◆ Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta
tauliahnya(peraturan 80)
◆ Pengantungan itu sementara, P'jaya daerah maklumkan kpd. kuasa penganjur
memperbaharui keahlian kumpulan segera. P'jaya daerah menarik balik surat
penggangtungan kumpulan dan tauliah-tauliah peminpin setelah menerima borang
pentadaftaran

TAULIAH PEMIMPIN
◆ Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM :

►Tauliah Sementara
► Tauliah Tetap
◆ Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus
Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua.
◆ Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan
Manikayu Peringkat Tiga .
◆ Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM
sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.

KEGIATAN
◆ Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan
PPM:

► Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah;
► Program Latihan PM untuk pelajar Ting1 - 3;
► Program Latihan PR untuk pelajar Ting 4 - 5;
► Program Latihan PK untuk pelajar Ting 6 & remaja.

◆ Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan
daripada kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua); Ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin
Unit PKK, PM dan PR .

21

PENTADBIRAN KUMPULAN
◆ Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin.
◆ Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa
penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar.
◆ Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran.
◆ Pihak sekolah perlu memiliki/menyediakan satu fail pengakap.

JAWATANKUASA KUMPULAN
◆ Jawatankuasa Kumpulan : (anggota 1 - 9 og. AJK ibu bapa, og.awam, guru sek,
pemimpin/kuasa penganjur. Pengerusi, S/u dan bendahari di pilih antara mereka)
◆ Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan : (pemimpin kumpulan - pengerusi, PK
akan melantik - S/U,Semua pemimpin - J/K.)
◆ Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol : (ketua-ketua patrol dan penolong
penolongnya).

TUGAS MAJLIS PEMIMPIN
■ Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan
■ Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin
■ Memeriksa stok alatan kumpulan
■ Membuat persediaan mengajar (Program latihan Mingguan)
■ Memohon surat kebenaran Ibu Bapa/Penjaga(jawapan daripada mereka
hendaklah disimpan)

BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA PENGAKAP
■ Nama dan no. kad pengenalan ahli;
■ Nombor pendaftaran;
■ Nama ibu bapa/penjaga;
■ Alamat dan no. telefon ibu bapa/penjaga;
■ Tarikh Lahir;
■ Bangsa dan Agama;
■ Kesihatan/Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan;
■ Kecenderungan/Minat

22

REKOD – REKOD
➤ Rekod Kehadiran;
➤ Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana)
➤ Rekod Perancangan Semester dan Mingguan
➤ Rekod Kewangan
➤ Fail Surat-menyurat
➤ Fail Minit Mesyuarat
➤ Laporan Aktiviti
BILIK PERJUMPAAN
➤ Carta Organisasi
➤ Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat)
➤ Buku-buku Rujukan
➤ Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/gajet/ikatan dan
simpulan)
➤ Peralatan Latihan
➤ Peralatan Perkhemahan
➤ Meja dan kerusi untuk bermesyuarat

23

20 – PAKAIAN SERAGAM
PAKAIAN SERAGAM AHLI

24

25

PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN
26

27

21 – LENCANA PENGAKAP
28

22 – NOTA NOTA KULIAH

Kemahiran Perkhemahan (Kraf Perkhemahan)

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling menarik bagi pengakap. Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba
pengalaman, keyakinan dan berdikari. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan
merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.

2. GAJET-GAJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan. Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa
perkhemahan. Mengenal gajet perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat
atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.
kedudukan gadjet. aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa
perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GAJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan

keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan

dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan

gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat

gadjet-gadjet yang berfaedah.

29

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GAJET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GAJET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan

kem atau yang berhampiran.

6. JENIS-JENIS GAJET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan tempat basuhan.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
Lain-lain gadjet.

7.GAJET KAWASAN PINTU
Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan

perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar

30

Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan
kemas dan adanya kawalan keselamatan.

Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.

9. GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak besen air.
Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat menyimpan sabun.
Gejet mengantung tuala mandi.
Gejet kawasan tempat basuhan.

10. GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gejet-gejet yang biasa
dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja
tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu,
tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

31

12. GAJET-GAJET LAIN
Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

13. PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah
dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam
seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api /
tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku
dan tempat letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GAJET
Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh

semua pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah

atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet.
Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.

32

15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gajet, perlu

dipelajari lebih dahulu supaya gajetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi

sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai

penyambung gejet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat

pada pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai

untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang

kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini

digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.

33

Pengurusan dan Penjagaan Khemah
34

35

36

37

PEMILIHAN KHEMAH
38

PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN
39

40

41

42

43

44

45

Ikhtiar Hidup

Prinsip Asas Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan
hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang
banyak. Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip
asasnya sahaja. Dengan masa yang sama saya akan mencadangkan satu bungkusan
yang harus kita bawa bersama semasa kita setiap masa kita memasuki hutan. Saya
juga akan menceritakan cara-cara kita mencari makanan dari tumbuhan-tumbuhan
liar dengan mempelajari cara membuat ujian makan terhadap tumbuhan yang kita
tidak kenali. Saya juga ingin memperkenalkan disini beberapa adapt dan pantang
larang kaum Orang-Orang Asli sekiranya kita bertembung dan berkomunikasi dengan
mereka di hutan.

Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari
makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga,
binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan
kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara
yang betul.

Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga
memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah
sebesar rusa dan seladng.

Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau
pondok, senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar
dan juga kulit kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah
di antara ilmu yang harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari
termadun manusia.

Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi
berikhtiar hidup didalam hutan.

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya
atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana
makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam
keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di
makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan
Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam
hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana
hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat
didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka

46

masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika
dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus
hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah
kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu
keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan
pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam
ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak
mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang
lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka
terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan
berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita
perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan
atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita
hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia
untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan
memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup
semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang
atau kapal di laut.

KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut
adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila
keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh
kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah
seperti berikut:

Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,

Takut disebabkan ketidak selesaan,

Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan
mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri
didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang
sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-
bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan
terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis
ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan
untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya
tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri
kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk
sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti

47

sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga
boleh”

Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang
“KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan.
Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak
takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat
kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir
untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi
peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan.
Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan
sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba
baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan
apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita
sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu
lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin
dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara
lain.

Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa
untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang
lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat
terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar
hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus
membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat
mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di
perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk
kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus
kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia
dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian
makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit
Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

48

Ubat-Ubatan
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit
(v). 1 X Tiub krem luka
(vi). Flavin
(vii). 1 X Gulung pembalut luka.
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)
Makanan.
(i). 1 X Peket Holicks talets
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.
Barangan Kegunaan Am.
(i). 5 meter tali
(ii). 5 ela Tali pancing

49

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi
mancis)
(iv). 1 X pemetik api.
(v). 1 X Batang lilin kecil
(vi). 1 X Kit penapisan air
(vii) 1 X Cermin Kecil
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.
(ix). 1 X compass kecil
(x). 1 X gergaji dawai
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/
balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

50


Click to View FlipBook Version