Jalan Lasak dan Pandu Arah
Pengenalan
Rasional
Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, efektif dan mesra
pengguna bagi aktiviti yang seragam, efektif dan mesra pengguna bagi Pusat
Kokurikulum di seluruh Malaysia.
Objektif
1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan
2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
3. Melaksanakan aktiviti yang terancangan mengikut prosedur pengendalian aktiviti
51
Masakan Rimba
Asas Masakan Hutan
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli
pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli
pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa
faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap
untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala
jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan
beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli
pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan
makanan, sesat atau kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga
menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum
dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit
doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di
atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-
pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah
masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ?
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman
yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak
ditiup angin.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
52
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa
Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun
pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat
lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan
mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan
bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah
separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan
daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar
apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam
bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah
masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah
dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti
nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh
Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran
beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4
penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan.
Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir
sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga
mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering.
Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah
di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang
bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar
sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan
yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke
dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas.
Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk
limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur
53
tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran
perisa limau dan telur tadi.
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat
Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat
tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga
tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah
atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan
tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi
kelihatan kering dan merekah .
54
Simpulan dan Ikatan
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis
ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang
simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan
mematikan hujung tali (whipping)
Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang
gunting dan lilit balak.
Enam jenis simpulan asas :
1. Simpul Manuk
digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang
gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk
membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
55
2. Simpul Buku Sila
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat.
Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas .
3. Simpul Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk
kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
4. Simpul Bunga Geti
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
bendera dalam flag break .
56
Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
5. Simpul Balak
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar
supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh
digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk) .
Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
6. Simpul Belit
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang
kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
57
Tiga jenis ikatan:
1. Seraya
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat
jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan
dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat
,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.
Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
2. Serong
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang .
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering .
58
3. Lilit Kacang
Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan
seperti pemuka meja .
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang .
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering .
59
23 – RUJUKAN
Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, dan Abdullah
Yusof. (2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan
Menengah. Perak: Emeritus Publications.
Mohd Sufian Omar. (2019). Modul Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn. Bhd.
Fariez. (2015). Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform SMK Sultan. Diakses
daripadahttps://www.academia.edu/11806437/Kertas_Kerja_Perkhemahan_
nit_Beruniform_SMK_Sultan_Mansor. Pada 12 Julai 2021
Ab. Alim Ab. Rahim & Balkis Wan Daud. (2015). Aktiviti Pengakap Muda Malaysia 1.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok, S. (2011). Pengurusan kokurikulum. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja
kokurikulum sekolah menengah, Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Amir hamzah Aman. (2017). Panduan pengurusan Kokurikulum. Petaling Jaya.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Pekeliling Unit Beruniform
https://www.moe.gov.my/en/education/secondaryschool/kokurikulum
pendidikan-menengah
60