The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK DOKTOR MEGAT KHAS, 2023-04-11 04:04:56

MAJALAH CAHAYA Edisi 2022

MAJALAH CAHAYA Edisi 2022

PENGERUSI TN HAJI MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL TIMBALAN PENGERUSI PN SURIANI BINTI MOHD SAFRI NAIB PENGERUSI 1 PN ASMARIAH BINTI HARUN NAIB PENGERUSI 2 EN HALILUL RAHMAN BIN M SHAHABUDDIN PENYUNTING PN NURRULFAIZA BINTI MOHD SALEH NAIB PENGERUSI 3 DR. FADILLAH BINTI YASSIN SETIAUSAHA PN HALIJAH BINTI ISMAIL PEN. SETIAUSAHA EN MOHD FAUZI BIN HASHIM BAHAN B. MELAYU EN HIREMAN BIN ABDUL GHANI BAHAN B. INGGERIS PN MALLIKA A/P GOPAL BAHAN B. ARAB EN OMAR FUAD BIN OTHMAN


MUHAMMAD ADLI DANISH BIN AHMAD NIZAR PEN KETUA EDITOR FOTOGRAFI MUHAMMAD FAIZ DANIAL BIN NORHISHAM NUR AINSYIRAH BALQIS BINTI KAMARUL ISAM AJK AJK NURUL RABAHIYAH BINTI MOHAMMAD AJK NURUL AZWA BINTI ABDUL HALIM AJK NUR FARISHA AZUREEN BINTI FAIRUS AJK ADRIANA IZZAH BINTI MOHD IBRAHIM ASYAIMA NUR SAHDIA BINTI SHAHRILZAFUL AJK AJK AFIF DANIEL BIN MOHD ZAMZURI AJK AMIR ZULHELMY BIN ZA'ABA SHARIFFAH IMAN AMANI BINTI SYED BADRI SHAH 1 KETUA EDITOR


AJK Sidang Redaksi Kata Alu-Aluan Maklumat Sekolah Pentadbir Sekolah Staf Akademik Staf Sokongan Lembaga Sekolah Pencapaian Akademik Pencapaian Kokurikulum Peristiwa 2022/23 Album Kelas Kokurikulum Sekolah Kenangan Tingkatan 5 Karya Kreatif 1 Isi Kandungan 14 12 3 15 17 18 23 25 30 74 95 127 2 122


3 MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PEMULA BICARA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak.


4 Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan muridmurid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia


5 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan ‘Trust and Inspire’ akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA SEUNTAI KATA SELEMBAR BICARA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T atas limpah izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk merakamkan kata alu-aluan dalam majalah sekolah ini bagi keluaran tahun 2022/23. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi dan warga sekolah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah pada tahun ini. Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami proses transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 merupakan suatu manifestasi kepada proses transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal di peringkat sekolah lagi. Pelbagai idea dan pemikiran baharu telah dan sentiasa dijelmakan di peringkat sekolah bagi memantapkan sistem yang telah sedia diimplementasikan secara lestari. Pelbagai inisiatif dihasilkan dan dipacu dengan lebih pantas agar memberi kesan besar kepada warga sekolah, komuniti dan negara. Anjakan pemikiran yang menjangkau masa hadapan dan merentas pelbagai disiplin keilmuan serta kemahiran itu perlu digarap secara mapan agar kepimpinan sekolah dan guru sentiasa komited bagi menyedia dan melahirkan modal insan yang mampu mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu mendepani segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata saya mendoakan agar warga SMK Doktor Megat Khas akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global. SELAMAT MAJU JAYA AZNAN BIN HAJI ALIAS, A.M.P. Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG PENGARAH PENDIDIKAN PERAK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 6


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA 7 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan dalam Majalah Cahaya Edisi 2022/23 Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas. Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi sekolah ini kerana hasil kerjasama guru dan murid telah berjaya menghasilkan majalah sekolah buat tatapan semua. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Dalam usaha untuk menterjemah hasrat dan objektif pendidikan selaras dengan PPPM 2013-2025, setiap pendidik tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran perubahan dalam dunia pendidikan. Justeru, semua guru hendaklah melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan pada masa kini yang berfokuskan aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa dan etika sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar setiap mereka berupaya untuk bersaing di peringkat global. Saya menyeru dan mengajak pemimpin sekolah, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan ahli komuniti untuk bersama-sama menggembleng idea dan tenaga bagi menjayakan agenda pendidikan seiring dengan Transformasi Pendidikan Negara. Pendidikan negeri Perak akan sentiasa berada pada landasan dan kedudukan terbaik dalam semua aspek sekiranya sikap dan kesungguhan warga pendidik sekalian sentiasa disiapsiagakan demi merealisasikan kemenjadian murid-murid di sekolah. Akhir kata saya yakin dan percaya warga SMK Doktor Megat Khas akan terus berjuang untuk melahirkan murid yang bukan sahaja berpendidikan tetapi berakhlak tinggi, bersemangat kental dan kukuh jati diri. Diharapkan majalah sekolah ini dapat menjadi sumber rujukan dokumentasi sekolah dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah. SELAMAT MAJU JAYA EN. MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara SEUNTAI KATA SEINDAH BICARA


PENGETUA SMK DOKTOR MEGAT KHAS 8 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, majalah Cahaya edisi 2022/23 dapat diterbitkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi yang bertungkus-lumus menjayakan penerbitan naskhah ini. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah ini. Sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kepada semua warga SMK DMK kerana telah berusaha sedaya upaya dalam mencapai dan merealisasikan visi dan misi sekolah dengan meningkatkan kualiti pencapaian akademik sekolah. SMK DMK bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi sahsiah dan kokurikulum. Jati diri yang utuh dalam diri seseorang amat vital untuk berhadapan dengan arus globalisasi pada abad ke-21 ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru, murid dan jawatankuasa PIBG kerana banyak menyumbang tenaga bagi menjayakan semua program sekolah sepanjang tahun 2022/23 ini. Tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak, mustahil program-program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar dalam dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien. Akhir kalam, diharapkan dengan adanya idea yang bernas daripada semua pihak membolehkan sekolah kita terus melangkah untuk mencapai prestasi yang lebih memuaskan. Wujudkanlah daya saing yang baik dengan saling menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain, sehingga ia menjadi pemangkin kejayaan ke atas orang lain. Saya juga menyeru murid-murid SMK DMK supaya terus bangun dan melangkah terus ke menara gading serta ke puncak kegemilangan seiring dengan pembangunan negara. “DMK THE GREAT- MARA MENUJU KECEMERLANGAN” HAJI MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL Pengetua SMK Doktor Megat Khas SEUNGKAP KATA SEMANIS BICARA


YANG DIPERTUA PIBG SMK DOKTOR MEGAT KHAS 9 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK DMK. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , saya mewakili para tenaga kerja SMK DMK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Kejayaan menghasilkan majalah ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru-guru dan murid-murid serta komitmen semua pihak di sekolah ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata. Dalam usaha menjamin kecemerlangan pelajar, permuafakatn antara ibu bapa dengan guru adalah penting. Guru-guru diharapkan dapat mengambil inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di sekolah. Tambahan pula, penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti anjuran PIBG sangat penting dalam proses pelajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita perlu prihatin kepada setiap perubahan tingkah laku anak-anak. Pemantauan daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan kecemerlangan anakanak dalam kehidupan. Jadikanlah mereka sebagai rakan karib kerana pada usia remaja, mereka dambakan rakan untuk berkongsi rasa dan masalah. Jika ini ditangani dengan baik, sudah pasti akan dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Wujudkanlah kolaborasi baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah yang banyak berkorban tenaga dan masa untuk anak-anak kita. Akhir kata, saya berharap SMK DMK sentiasa beroleh kejayaan dalam semua bidang dan segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga berjaya, anak-anak sekalian. Sekian, terima kasih. PREM KAMAL BIN RADZI RAJU Yang Dipertua PIBG KALAM BERMADAH


KETUA PELAJAR SMK DOKTOR MEGAT KHAS 10 Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam DMK THE GREAT. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi majalah CAHAYA dan guru pembimbing yang berjaya melahirkan majalah CAHAYA bagi keluaran 2022/23. Terima kasih juga diucapkan kepada sidang redaksi kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan ucapan dalam majalah ini. Tahun 2022 ini merupakan tahun yang bermakna kepada saya kerana diberi tanggungjawab menjadi Ketua Pelajar. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Kepimpinan Pelajar kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyandang tugas kepimpinan ini. Sememangnya tugas sebagai ketua pelajar bukanlah tugas yang mudah kerana saya perlu berdepan dengan pelbagai karenah dari para pelajar. Tugas sebagai pemimpin pelajar juga memerlukan komitmen yang tinggi dan yang paling penting sekali adalah kerjasama antara semua pemimpin lain bagi mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan . Kini, tugas pemimpin pelajar bukan sahaja membantu mengawal disiplin pelajar malahan menjadi contoh yang baik kepada seluruh warga sekolah. Akhir kalam, saya mewakili semua pelajar SMKDMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Saufi bin Ismail (Pengetua) , Puan Asmariah binti Harun (PK Pentadbiran) , Encik Halilul Rahman bin M Shahabuddin (PK HEM) , Puan Suriani binti Mohd Safri (PK Koko) , guru kanan bidang dan guru-guru yang banyak membimbing kami sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Pengorbanan guru-guru ini amat bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat. Disamping itu, saya berharap para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh demi meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang. Sekian, terima kasih. Rais RAIS HAZIMI BIN ABD RAZAK Ketua Pelajar KATA ALU-ALUAN


KETUA EDITOR SMK DOKTOR MEGAT KHAS 11 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, sahabat baginda serta pembaca yang dikasihi. Syukur sekali lagi kerana majalah sekolah iaitu CAHAYA edisi 2022/23 dapat juga disiapkan untuk tatapan warga SMKDMK. Terlebih dahulu, saya selaku ketua editor bagi sidang redaksi majalah Cahaya 2022/23 amat berbesar hati kerana diberi peluang bagi mewakili ahli sidang redaksi majalah untuk membuat catatan untuk diselitkan dalam helaian majalah sekolah. Sekalung penghargaan dan terima kasih diberikan kepada guru penasihat Pn Halijah binti Ismail dan team sidang redaksi atas berkat usaha yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMKDMK. Bagi saya, majalah sekolah menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang sememangnya sudah terpendam lama. Di majalah sekolah juga tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMKDMK yang tercinta ini. Akhir kalam, saya mewakili team sidang redaksi Majalah Cahaya 2022/23 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Allah dan yang sebaliknya datang daripada kelemahan kami sendiri. Sekian, terima kasih. Adli MUHAMMAD ADLI DANISH BIN AHMAD NIZAR Ketua Editor KATA ALU-ALUAN


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu. Melahirkan Insan Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera. Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara. Memberi Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia. Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Ilmu dan Pendidikan Bekalan masa depan Tekun belajar, rajin berusaha Untuk kita Berjaya Sekolah Doktor Megat Khas Terkenal sungguh mulia Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa Jasa guru mulia Selalu membela Untuk anak bangsa Mencapai cita-cita Sekolah Doktor Megat Khas Terkenal sungguh mulia Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa Jasa baktimu tidak dilupa Hingga ke akhir masa Kami warga SMK Doktor Megat Khas, Ipoh dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji melaksanakan usaha-usaha yang berterusan untuk: • Mempertingkatkan azam bergerak bersama-sama ke arah kecemerlangan dalam segala bidang • Mewujudkan iklim dan persekitaran persekolahan yang harmoni, bersih dan ceria selalu • Menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat • Memberikan keutamaan kepada usaha- usaha dan aktiviti penerapan nilai murni dan positif • Mewujudkan sikap terbuka dan mengalu-alukan semua cadangan dan pandangan ke arah peningkatan prestasi 12


25 25 Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah (L) Jalan Labrooy, Ipoh. Pengambilan pelajar-pelajar bermula pada 4 Januari 1965 dan mereka ditumpangkan di SM St. Micheal, Ipoh. Sebanyak 8 buah kelas digunakan untuk menampung 282 orang pelajar dan 14 orang guru. Pelajar ini adalah dari SK Coronation Park, SR Guru Nanak, SK Manjoi dan SRJK Peoples Park, Ipoh. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar dan guru-guru berpindah ke bangunan sekolah yang ada sekarang. Pada tahun 1981, bangunan baharu blok E digunakan untuk kelas sains tulen. Pada tahun 1933, sekolah ini telah menerima pelajar dari SK Manjoi 1, SK Manjoi 2, SK Dato` Ahmad Said, SK Guru Nanak dan SK Panglima Bukit Gantang. Pada tahun 1996, sebuah bilik komputer telah diubah suai untuk Program Pendidikan Sains Komputer. Bilangan pelajar telah meningkat kepada 1700 orang pada tahun 1999. Makmal sains telah digunakan untuk menampung 7 kelas terapung. Pada tahun 2001, dua buah kelas telah dibina bersebelahan dengan bilik guru. Pada tahun 2001, bangunan Surau al-Muttaqin dan Dewan Terbuka dibina. Pada tahun 2002, makmal komputer telah dibina dan dilengkapi 82 buah komputer. Pada tahun 2002 juga telah bermulanya Kelas Aliran Agama (KAA). Pada tahun 2003 taman herba, parkir kereta dan pondok pengawal telah dibina . Taman Herba juga telah terpilih sebagai taman angkat kepada Jabatan Hutan. Pada tahun 2004, bilik guru dan bilik gerakan yang dinamakan Bilik Seri Cahaya telah dinaik taraf. Pada tahun 2007, Kelas Tingkatan 6 dibuka namun pelajar telah dipindahkan ke Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh pada tahun 2015. SMK Doktor Megat Khas telah menyempurnakan sambutan Jubli Emas pada tahun 2015. Sekolah juga berhadapan dengan masalah kerosakan bumbung pada tahun 2018 apabila kebanyakan bumbung diterbangkan angin kencang dan proses membaiki melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Pada tahun 2019 dan 2020, sekali lagi bumbung sekolah diterbangkan angin kencang hingga menyebabkan kerosakan yang teruk. Pada tahun 2020, SMKDMK turut terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Guru dan murid – murid telah menjalani satu norma baharu dalam bidang Pendidikan. Dalam mendepani norma baharu ini, usaha – usaha untuk menaik taraf pembangunan sekolah masih diteruskan. Atas kesedaran menjaga kebersihan tangan dan mencegah Covid-19, singki tempat murid mencuci tangan dibina di persekitaran sekolah Surau Al-Muttaqin telah dinaik taraf dengan pembinaan ruang solat terbuka dengan menggunakan wang sumbangan wakaf. Bilik Seminar, Studio RBT dan Bilik Kesihatan turut dibina. Sekolah turuf diceriakan dengan menaik taraf taman dan Laman Sejarah & Pendidikan Moral. Tempat -tempat duduk tambahan turut dibina di sepanjang bengkel RBT dan surau sekolah. 13


PENGETUA : TN. HJ. MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL PEN. KANAN PENTADBIRAN : PN. ASMARIAH BINTI HARUN PEN. KANAN HAL EHWAL MURID : PN. SURIANI BINTI MOHD SAFRI PEN. KANAN KO KURIKULUM : EN. MAZLAN BIN MOHAMAD ZAKI PEN. KANAN PETANG : DR. FADILLAH BINTI YASSIN GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK : PN. ALINA BINTI OMAR GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : PN. LAILATUL HAZZLINA BT MUSA GURU KANAN KEMANUSIAAN : PN. RUHANA BINTI SETAPA GURU KANAN BAHASA : EN. ABI TALIB BIN YUNUS 14


15


BIL NAMA GURU JAWATAN 1 HAJI MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL PENGETUA 2 ASMARIAH BINTI HARUN PEN. KANAN PENTADBIRAN 3 SURIANI BINTI MOHD SAFRI PEN. KANAN HAL EHWAL MURID 4 MAZLAN BIN MOHAMAD ZAKI PEN. KANAN KO KURIKULUM 5 DR. FADILLAH BINTI YASSIN PEN. KANAN PETANG 6 ALINA BINTI OMAR GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK 7 ABI TALIB BIN YUNUS GURU KANAN BAHASA 8 RUHANA BINTI SETAPA GURU KANAN KEMANUSIAAN 9 LAILATUL HAZZLINA BT MUSA GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 10 ALIA BINTI YASHAK 11 ANNALETCHUMY A/P SUPPIAH 12 AZLI BIN JOHARI 13 HALIJAH BINTI ISMAIL 14 HANANTHI A/P MUNIANDY 15 HANINAH BINTI ABDUL HAMID 16 HIREMAN BIN ABDUL GHANI 17 IZYAN AMIRAH BT SHAHARUDDIN 18 KAMARUL BAHREN BIN MAT JUSOH 19 KAVETA KUMARI A/P KRISHAN KUMAR 20 KHAIRUL FAREZ BIN NAHRAWI 21 MALLIKA A/P GOPAL 22 MOHAMAD ZUHAILAM BIN MAT ZIN 23 MOHD FAUZI BIN HASHIM 24 MOHD HAIRIL BIN MELAN 25 MUHAMAD SABERI BIN ASHARI 26 MUHAMMAD SALLEH BIN ABD GHAFAR 27 NADIAH BINTI MAHMUD 28 NOOR ASHIKIN BT ABDUL FATAH 29 NOOR AZLINA BINTI ABDUL WAHAB 30 NOOR JANNAH BT SENAPI 31 NORAISHAH BT MOHAMED OSMAN 32 NORHAYATI BINTI ABU BAKAR 33 NORZAKIAH BINTI ABDUL MALIK 34 NUR HANISAH BINTI SAMSURI 35 NURRULFAIZA BT MOHD SALEH 36 NURZARINA BT SHARIFF 37 OMAR FUAD BIN OTHMAN 38 P.KOMALA DEVI A/P S.K.PEETHAMBARAM 39 PADMAVATHI A/P POSENAM 40 RAJA HAPIZA AYU BT RAJA AHMAD NADZRI 41 RUBIAH BINTI SALAMUN 42 RUZAINI BIN ABD KUDUS 43 SHARIFAH SALFARIDAH BINTI SYED ANWAR 44 SITI NUR WATHIQAH BT MOHD MAHLIL 45 SUHASNI BIN HAYANI 46 ZURAIDAH BT ZOLKAPLEY @ZULKIFLI 16


17


18


19


20


21


22


BIL MATA PELAJARAN 2020 2021 % LULUS GRED PURATA % LULUS GRED PURATA 1 Bahasa Melayu 97.62 5.21 94.34 4.29 2 Bahasa Inggeris 71.43 7.19 85.86 5.75 3 Pendidikan Islam 91.19 4.81 91.40 4.43 4 Pendidikan Moral 81.25 6.13 50.00 7.06 5 Sejarah 91.67 5.68 84.55 5.46 6 Matematik 75.00 6.65 69.52 6.70 7 Sains 94.29 5.59 83.70 5.62 8 Pendidikan Seni Visual 97.14 6.43 90.32 6.13 9 Matematik Tambahan 64.29 7.00 88.89 6.50 10 Perniagaan 97.62 6.86 98.15 5.91 11 Ekonomi 92.59 7.33 96.55 5.72 12 Sains Komputer 100. 00 5.54 13 Fizik 92.86 6.29 100.00 5.35 14 Kimia 100.00 5.79 100.00 6.06 15 Biologi 92.86 6.07 100.00 5.50 16 Tasawwur Islam 89.47 4.53 TAHUN 2020 2021 % LULUS KESELURUHAN SPM 90.48 81.98 GRED PURATA SEKOLAH 6.09 5.51 90.48 81.98 76 78 80 82 84 86 88 90 92 2020 2021 % LULUS 23


P E N E R I M A A N U G E R A H P E L A J A R C E M E R L A N G S P M 2 0 2 1 BIL NAMA PELAJAR JUMLAH A KEPUTUSAN 1 SHARMILA BINTINAJIB PAARTHIBAN 9A 5[A+] 3[A] 1 [A-] (0.56) 2 NAZIRUL IMRAN BIN ISMAIL 6A 2[A+] 2[A] 2[A-] 1[B+] 2[B] (1.44) 3 ADLINSYAHIRAH BINTI SAIFUL KAHHAR 6A 2[A+] 4[A] 2[B+] 1[C+] (1.67) 4 NAZIRUL ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN 6A 1[A+] 2[A] 3[A-] 1[B+] 1[C+] (2.00) 5 MUHAMMADAFIF ADHWA BIN AHMAD FADZLI 6A 1[A+] 5[A-] 1[B+] 1[B] (2.25) 6 NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM 6A 6[A] 1[C+] 1[D](2.25) 7 NUR ELYANA BATRISYIA BINTI INBRAN 5A 2[A] 3[A-] 1[B] 2[C] P E N E R I M A A N U G E R A H P E L A J A R C E M E R L A N G D A L A M M A T A P E L A J A R A N S P M 2 0 2 1 BIL MATAPELAJARAN NAMA PELAJAR 1 BAHASA MELAYU ADLINSYAHIRAH BINTI SAIFUL KAHHAR 2 BAHASA INGGERIS PUTRINORAINFARHANA ADDULLAHZAWAWI 3 SEJARAH ADLINSYAHIRAH BINTI SAIFUL KAHHAR 4 MATEMATIK SHARMILA BINTI NAJIB PAARTHIBAN 5 SAINS NAZIRUL ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN 6 PENDIDIKANISLAM NAZIRUL IMRAN BIN ISMAIL 7 PENDIDIKAN MORAL MEENALOSHINI A/PJEGATHESAN 8 FIZIK SHARMILA BINTINAJIB PAARTHIBAN 9 KIMIA SHARMILA BINTINAJIB PAARTHIBAN 10 MATEMATIK TAMBAHAN SHARMILA BINTI NAJIB PAARTHIBAN 11 SAINS KOMPUTER SHARMILA BINTINAJIB PAARTHIBAN 12 EKONOMI NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM 13 PERNIAGAAN NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM 14 TASAWWURISLAM NUR ARTIKA BINTI RAZAINI P E L A J A R C E M E R L A N G S P M 2 0 2 1 ( A L I R A N S A I N S ) SHARMILA BINTINAJIB PAARTHIBAN (5 STEM) P E L A J A R C E M E R L A N G S P M 2 0 2 1 ( A L I R A N S A S T E R A ) NAZIRUL ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN (5K1) 24


PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2022/23 BIL NAMA MURID PERTANDINGAN ANJURAN PENCAPAIAN PERINGKAT 1 1. MUHAMMAD ALEFF SYAHMI BIN ZAINURI (3A) 2. MUHAMMAD ADLI DANISH BIN AHMAD NIZAR (4K1) 3. MOHAMED RAFI BIN HAJI MOHAMED (5S) 4. FAIZ HAKIMI BIN ZUL FADZLEE (3U) 5. AHMAD FAHIM BIN MOHD FADIL (5K1) PERTANDINGAN VIDEOGRAFI KESELAMATAN (LELAKI) KASPA PPD KINTA UTARA JOHAN KELIMA DAERAH NEGERI 2 1. ZUFAR HADID BIN ROSLE (1U) 2. MUHD QHOYRIL SHAFARI BIN MOHD SALJANA (3A) 3. FAWWAZ JUMAN BIN MOHAMED FAREED (3A) 4. MOHAMAD AFIQ IQBAL BIN MOHD AZLAN (3A) 5. MUHAMMAD AFIQ DANIAL BIN MUHAMAD ZABIDI PERTANDINGAN BANTU MULA (LELAKI) KASPA PPD KINTA UTARA KETIGA DAERAH 3 1. WAN NUR FAHTIHAR BINTI EWAN (5K3) 2. NUR AMALINA BINTI AHMAD SAIFUL (5K1) 3. F ATIN NUR SYAZWANI BINTI MOHD SUHAIMI (5K1) 4. NUR FARISHA BINTI ABDUL KHAIR (4K1) 5. NURNATASHA AYUNI BINTI MOHD ZAWAWI (4K1) PERTANDINGAN BANTU MULA (PEREMPUAN) KASPA PPD KINTA UTARA KETIGA PENYERTAAN DAERAH NEGERI 4 1. NURLIYA AYUNI BINTI KAMARUDIN 2. NURKHADIJAH ZAIREEN BINTI TAWAN 3. NURFASIHAH BINTI YAHYA 4. AQILAH BINTI ASMADI 5. TASHNA A/P RAJASEGARAN PERTANDINGAN VIDEOGRAFI KESELAMATAN (P) KASPA NAIB JOHAN NEGERI Ke Peringkat Kebangsaan 5 MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD FARID HAFAZAN KRS PPD KINTA UTARA KELIMA DAERAH 25


BIL NAMA MURID PERTANDINGAN ANJURAN PENCAPAIAN PERINGKAT 1 RAIS HAZIMI BIN ABDUL RAZAK 5K1 MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) e- TARANNUM LELAKI PPADNI PPD KINTA UTARA KELIMA DAERAH KINTA UTARA 2 ANAS MALIK AHMAD AKMAL 3 U MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) e- QIRAATUS SAB’IE MEN RENDAH LELAKI PPADNI PPD KINTA UTARA KELIMA DAERAH KINTA UTARA 3 NUR FARISHA AZUREEN BINTI FAIRUS 4 STEM MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) e-KALIMATUS SOBAH PPADNI PPD KINTA UTARA KELIMA DAERAH KINTA UTARA 4 ZIAUL HASSAN BIN ISMAIL 5K1 MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH ( MQSS) E-MIMBAR DAIE PPADNI PPD KINTA UTARA KEEMPAT DAERAH KINTA UTARA 5 1. NUR FAIQAH DAYANA BINTI ZAINUDDIN 2. NUR AFIQAH AMIRAH BINTI HASHIM@KASIM 3. NUR AIN DAMIA BINTI MOHAMMED ZUHAIMI 2 USAHA PERTANDINGAN DAPUR SOLAR PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA PPD KINTA UTARA KETIGA DAERAH 6 1. KESVINI A/P MANOGARAN 2. SHARIFFAH IMAN AMANI BT SYED BADRI SHAH 3. TISHALINI A/P UTYA KUMAR 4 STEM YOUNG INNOVATORS FAIR MA PPD KINTA UTARA NAIB JOHAN DAERAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN 7 1. MUHAMMAD ALEEF SYAHMI BIN ZAINURI 2. MUHAMMAD NURUL AMIN BIN SAEED RAMALAN 3. ELLE - YA - KUL - YAKEN BIN MOHD SALLEH 3 AMAL SCIENTIFIC POSTER INFOGRAFIK PPD KINTA UTARA KEEMPAT DAERAH 8 NUR FARISHA BINTI FAIRUS 4 STEM MENULIS CERPEN MENENGAH ATAS KINTA UTARA KETIGA DAERAH 9 NOR IFFAH BT SHAHRUL RIZA 5 STEM MENGARANG SAJAK MA KINTA UTARA KETIGA DAERAH PERTANDINGAN KOAKADEMIK 2022/23 26


BIL NAMA MURID PERTANDINGAN ANJURAN PENCAPAIAN PERINGKAT 1 1. MUHAMMAD ADAM AQMAR BIN MOHD AZIZI 2. ALIF ASHRAF BIN AZHAR MUHAMMAD 3. HAFIZUDDIN BIN MOHD FAIZARIZAN 4. HAFEEZ ISKANDAR BIN MOHAMAD YUSOF 5. ALIF DARWISH BIN ALIF DANIAL PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD KIU ZON B B15 PPD KINTA UTARA NAIB JOHAN ZON B 2 1. SYABIL ZAKWAN BIN SHAIRUL AZMI 2. SYABIL IKHWAN BIN ZARAWI 3. NABIL IKHWAN BIN FAIZI 4. MUHAMMAD ADAM MUHQRIZ BIN MOHD FITRI 5. AHMAD FARIS BIN FAIZZAL PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD KIU ZON B B18 PPD KINTA UTARA KETIGA ZON B 3 1. MUHAMMAD SYANAIM FIRDAUS BIN NOOR AZIAN 2. MUHAMMAD FATTAH MUAKHIR BIN ABDULLAH 3. HAFIEY MUFAZZAL SYAH BIN JUNAIDI 4. MUHAMMAD YUSUF BIN TUNGGAL 5. MUHAMMAD AQIL BIN AHMAD FAZIL 6. MUHAMMAD SYUKRI BIN HUSAIDI 7. ELLE-YA-KUL-YAKEN BIN MOHD SALEH 8. ANAS MALIK BIN AHMAD KAMAL 9. AFIF DANIEL BIN MOHD ZAMZURI 10. AMIR ZULHELMY BIN ZA'ABA 11. MOHAMMAD ARIFF DANIEL BIN JAFIROS 12. MUHAMMAD SYABIL IKHWAN BIN ZARAWI PERTANDINGAN BOLA BALING MSSD KIU ZON B B18 PPD KINTA UTARA JOHAN ZON B 4 PREVENAN A/L PRAKASLINGAM (4K1) 1.SILAMBAM STICK CAMPURAN/ TERBUKA (SUKMA) 2. SILAMBAM STICK LELAKI (SUKMA) MSN MSN PINGAT PERAK PINGAT PERAK MSN MSN SUKAN DAN PERMAINAN 2022/23 27


28


LADAP TELUK INTAN


30


31


32 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN JAMUAN HARI RAYA


33


34


35


36


37


38


39


40


41


42


43


44


45


46


47


48


Click to View FlipBook Version