The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK DOKTOR MEGAT KHAS, 2023-04-11 04:04:56

MAJALAH CAHAYA Edisi 2022

MAJALAH CAHAYA Edisi 2022

BAHASA MELAYU 99 BAHASA INGGERIS


PERSATUAN PELAJAR ISLAM 100 KKQ


SEJARAH DAN RUKUN NEGARA 101 PENCEGAHAN JENAYAH


STEM 102 SPBT


SENI KREATIF 103 KOPERASI DAN PENGGUNA


BAHASA MELAYU 104 BAHASA INGGERIS


SEJARAH DAN RUKUN NEGARA 105 PENCEGAHAN JENAYAH


STEM 106 SPBT


SENI KREATIF 107 KOPERASI DAN PENGGUNA


PERSATUAN PELAJAR ISLAM 108


SEPAK TAKRAW 109 BOLA SEPAK


110 SOFBOL BOLA JARING


BOLA BALING 111 CATUR


112 OLAHRAGA


SEPAK TAKRAW 113 BOLA SEPAK


114 SOFBOL BOLA JARING


BOLA BALING 115 CATUR


116 OLAHRAGA


PERDANA 117


118 SATRIA


WAJA 119


120 WIRA


LADAP TELUK INTAN


122


123


124


125


LADAP TELUK INTAN


“Ya, Siti. Ada apa kamu hendak jumpa saya ni?” “Saya nak letak jawatan sebagai ketua tingkatan 1,” hanya dengan sebaris ayat dapat membuatkan cikgu Aisyah tergamam. “Kenapa, Siti? Kamu ada masalah apa-apa ke ?” tanya cikgu Aisyah,simpati. “Tak ada, cikgu,” aku tertunduk menahan sebak didada yang perlu ku tahan agar tidak diketahui oleh cikgu Aisyah. Namun tak ada salahnya bila pepatah sudah berkata, tua-tua kelapa, makin tua berminyak. “Tak perlu dipendam jika ada masalah, Siti. Cikgu sudi mendengar luahan kamu,” “Kenapa? Apa yang buatkan awak rasa nak letak jawatan?” Aku masih mendiamkan diri. “Berat sangat ke tugas-tugas yang saya bagi, Siti?” tanya cikgu Aisyah, lemah lembut. Aku sekadar geleng. “Ada yang paksa awak ke?” teka Puan Aisyah lagi. Angguk tidak, geleng pun tidak. Balasan aku itu dijadikan jawapan bagi pertanyaan cikgu Aisyah. Keluhan cikgu Aisyah kedengaran sebelum dia kembali bersuara. “Saya pernah terjumpa satu kata-kata ni. Pendidikan adalah senjata, yang efeknya tergantung pada siapa yang memegang ditangannya dan pada siapa itu ditujukan.” “Maksud tersirat daripada ayat ini, kita perlu mencapai kejayaan supaya dapat ditunjukkan kepada orang yang iri dengan kita tu, yang kita boleh berjaya walaupun mereka mengganggu kehidupan kita.” Hati Siti terjentik dengan situasi dan cara cikgu Aisyah bertahan dengan cabaran pembelajarannya. “Setiap perbuatan kita pasti ada cabaran yang perlu kita tempuh sebelum kita mencapai kejayaannya. Seperti mendaki gunung, kita tak akan sampai ke puncaknya selagi kita tak berusaha mendaki, betul ?” Ya! Ada betulnya jugak apa yang cikgu Aisyah cakap. Takkan Siti nak berhenti setelah bertahan hampir 5 bulan. Siti berfikir sejenak. “Jadi Siti, masih nak letak jawatan?” tanya cikgu Aisyah sambil senyum penuh makna. Siti membalas senyuman cikgu Aisyah dan geleng kepalanya. “Tak.” “Maaf dan terima kasih cikgu telah kembalikan semangat lama dan beri semangat baru pada saya,” Cikgu Aisyah senyum dan anggukkan kepalanya. “Jutaan terima kasih sekali lagi , cikgu. Nasihat cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. Saya minta diri dulu,” ucap Siti sebelum melangkah keluar daripada bilik disiplin. Setelah beberapa bulan, Siti sudah mula mendapat kembali semangat belajar dan tersenarai dalam pelajar harapan sekolah. Nur Izzah Hadirah, 3U Debar kian terasa, impianku menjadi sebahagian daripada warga SBPIA tercapai akhirnya. Sekolah Berasrama Penuh Impian Amanah, antara sekolah berasrama penuh yang terbaik. Peluang pembelajaran ke luar negara selepas pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia yang luas. Persoalannya, adakah aku mampu? Sudah sebulan Siti menuntut ilmu di sekolah itu, Siti berasa serba tak kena kerana dirinya dipulaukan oleh rakanrakan sebayanya. Tambahan pula, Siti dilantik menjadi ketua tingkatan sepanjang tahun itu. Siti memutuskan untuk berada di perpustakaan sewaktu riadah kerana minggu peperiksaan kian hampir. Namun, nasib tidak menyebelahi Siti. “Eh, hi ketua batch !”perli salah seorang pelajar di antara enam orang itu. “Sombongnya dia!” Kotak pensel Siti dicampak ke lantai. Habis segala pen yang berada di dalam kotak pensil itu berterabur. Siti hanya diam dan menunduk ke bawah meja untuk mengutip semula penanya. “Alahai kesiannya dia. Itu lah, lain kali orang tegur tu nyaut.” Sanggul rambut Siti dibalik tudung hitam yang dipakainya itu ditarik dengan kejam. Siti mengaduh kesakitan. “Sakit?” “Macam itu lah sakitnya bila cikgu Aisyah umumkan yang kau dilantik menjadi ketua tingkatan, tahu?” kata seorang lagi pelajar yang tertulis ditag namanya ‘Ayu Syuhada’. Tetapi kenapa dia marah pada Siti? “Sepatutnya aku yang dilantik sebab aku anak ustazah. Potensi aku dipilih tinggi, tapi semuanya musnah bila kau mula mengambil kesempatan untuk rapat dengan semua cikgu dengan menggunakan kepandaian kau!” Amarah Ayu semain membuakbuak. “Ini amaran pertama dan terakhir aku. Kau sendiri letak jawatan kau atau aku akan buat kau letak jawatan!” Pilihan amaran Ayu lontarkan sebelum dia beredar bersama rakan-rakannya. Siti jatuh terduduk sambil menangis. Fikirannya bercelaru, apa yang perlu dilakukan? Esakan Siti semakin perlahan, hanya air mata yang mengalir deras. Keesokan harinya, Siti nekad ingin berjumpa dengan cikgu Aisyah di bilik disiplin selepas tamat waktu persekolahan. TOK! TOK! TOK! “Masuk!” Segera aku buka pintu kayu cengal itu dengan berhati-hati. “Assalamualaikum, cikgu.” Salam diberikan sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik disiplin itu. 127


MEREALISASIKAN IMPIAN Di suatu kawasan terpencil di kampung luar bandar tinggallah seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang bernama Namer bersama keluarganya. Rumah yang berdindingkan buluh, beratapkan rumbia kelihatan usang sekali. Keadaan rumahnya yang usang itu hampir sujud menyembah bumi. Di situlah Namer, kedua-dua orang tuanya dan empat adik-beradiknya yang masih kecil menetap. Pada awal pagi yang bening, kokokan ayam jantan yang memecah sunyi telah mengejutkannya daripada tidur. Namer bangun seperti biasa dan melangkah lesu menuju ke perigi. “Wah , sungguh nyaman cuaca harini ye! Ini buat aku tambah semangat nak pergi ke sekolah.” kata Namer seorang diri sebelum menyiram air ke tubuhnya . Air perigi yang sejuknya hingga ke tulang sudah lali dengan tubuhnya. Di dapur, ibu sedang menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya. Bau harum nasi goreng yang masih di dalam kuali amat menarik perhatian Namer untuk menjamahnya. Namer menyarung baju sekolahnya yang sudah lusuh dimakan hari itu lalu dia turun ke meja kayu bersegi empat yang menjadi tempat mereka sekeluarga makan bersama. “ Namer, perlahan-lahan makan nasi itu , nanti tercekik emak juga yang susah,” pesan emak Namer ketika melihat anak terunanya itu sangat gelojoh menikmati masakan yang disediakan olehnya. Selepas bersarapan pagi, Namer menggalas begnya untuk ke sekolah. “ Emak , Namer ke sekolah dulu ya . Assalamualaikum !” jerit Namer sebelum melangkah menuruni tangga rumah kampung itu. Namer berjalan kaki menuju ke sekolah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Dia berjalan pantas menyusuri jalan kampung yang gelap dan sunyi kerana tidak mahu terlewat. “Aku harus segera sampai di sekolah, takut didenda oleh pengawas yang bengis itu,” bisik Namer saat kakinya laju melangkah. Sebaik sahaja dia tiba di pagar sekolah, loceng telah pun berbunyi menandakan bermulanya waktu belajar. Namer berlari menuju ke kelasnya. Seperti biasa dia memberi salam sebelum masuk ke kelasnya. Rakan-rakannya hanya memerhatikan Namer yang temengah-mengah seperti dikejar hantu itu. Namer sedar dirinya bukanlah pelajar yang pintar. Dia tekun berusaha untuk membanggakan ibu bapanya. Di dalam kelas, Namer memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran yang diajar guru. Dia selalu bertanya guru jika ada perkara yang tidak difahaminya dalam pelajaran. Namer juga sentiasa mengadakan perbincangan bersama rakanrakannya pada waktu lapang. Jam tua di tangannya telah menunjukkan ke arah angka 10. Waktu rehat telah bermula. Perut Namer berbunyi minta diisi. Para pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin. Keadaan agak bising seperti pasar di kantin. Para pelajar sibuk membeli makanan. Namer duduk di atas kerusi yang disediakan. Dalam suasana yang hingar-bingar itu, Namer membuka bekalan dibawanya dari rumah. Namer memakan nasi goreng berlaukkan telur mata yang disediakan oleh emaknya pagi tadi. Jiwanya dirundung rasa pilu dan segan. Namer tidak mahu memandang keadaan di sekelilingnya. “Eh, lihat dia itu makan nasi kosong sahaja! Hahaha kesian sungguh budak miskin ini!” sindir salah seorang daripada pelajar nakal yang sering mengusik Namer. Dia seolah-olah terasa seperti pelajar lain sedang mengejeknya. Setelah meneguk air suam segelas, Namer beredar menuju ke kelas. Masa berjalan pantas. Loceng terakhir berbunyi sekali menandakan waktu pulang. Namer berjalan pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, Namer terus membersihkan dirinya. Pakaian sekolahnya telah digantung dengan kemas. Setelah menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, dia makan bersama-sama ibu dan adik-adiknya yang lain. Kemudian, Namer mencapai buku mata pelajaran Kimia dan mengulang kaji pelajaran kerana dia yakin bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 128


Namer menggunakan masa yang ada sepenuhnya. Pada sebelah petang nanti, dia membantu bapanya menjual buah-buahan pula. "Eh, sudah pukul 5. Aku perlu menjual buahlah", getus hatinya. Bapanya hanya tersenyum lalu meanghidupkan enjin kereta untuk ke tempat berniaga. Buah yang dijual oleh bapanya sungguh segar dan sering menjadi kegemaran warga kampung apabila bapa Namer menjualnya dengan harga yang amat berpatutan. Hari demi hari berlalu. Kini sudah masuk bulan Oktober. Namer telah melengkapkan dirinya dengan segala ilmu yang telah dipelajarinya. Pendek kata, persiapan terperinci sudah dibuat. Segala nota-nota penting sudah dihafal. Banyak latih tubi telah dibuat. Setiap hari sebelum menjelma tarikh peperiksaan SPM, Namer tidak jemu-jemu membaca kerana bak kata peribahasa, “usaha tangga kejayaan”. Dia tidak mahu ada kekurangan semasa menjawab soalan itu nanti. Tarikh peperiksaan telah pun menjelma. “Emak dan ayah sentiasa mendoakan kamu ya nak,” emaknya berbisik ke telinga Namer sebelum dia bertolak ke sekolah. Selepas memohon restu kedua-dua orang tuanya, Namer pergi ke sekolah dan dia menjawab dengan tenang bagi setiap subjek yang diambilnya. Selepas tiga minggu, peperiksaan SPM pun tamat. Dalam masa itu, dia telah bersungguh-sungguh menjawab soalan. Segala yang diajar cikgu dipraktikkan kerana peperiksaan SPM amat penting bagi Namer sebagai penentu kejayaannya untuk masa depan dalam mengejar impiannya menjadi seorang doktor yang berjaya. Dialah harapan kedua-dua orang tuanya. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Debaran makin terasa. Tarikh yang mendebarkan itu muncul juga akhirnya dan keputusan peperiksaan telah diumumkan dan dipaparkan di papan kenyataan. Namer menguatkan semangat untuk melihat keputusannya. Jantungnya berdegup kencang. Dia meneliti satu persatu senarai nama dan apabila sampai gilirannya, Namer mengucap kesyukuran. Namer telah berjaya memperoleh 12 A+. Namer menitiskan air mata kegembiraan. “Emak! Ayah! Namer berjaya!” tempik Namer setelah melihat keputusan yang diperolehnya itu. Dalam suasana riuh rendah itu, Namer masih sempat melihat gelagat rakan-rakannya yang lain. Ada yang melompat kegembiraan. Tidak kurang juga yang bersedih. Namer tersentak apabila ada seseorang menepuk bahunya. Cikgu Fazdhly tersenyum lalu berkata "Tahniah Namer! Cikgu tahu kamu pasti berjaya! " ucap Cikgu Fazdhly. Namer mendakap tubuh gurunya itu. Dia tidak lupa berterima kasih kepada gurunya itu. Segala usahanya tidak sia-sia. Dia juga tidak mengecewakan harapan kedua-dua ibu bapanya. Namer mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh pihak kerajaan malah dia juga menerima biasiswa daripada Yayasan Pelajar Malaysia. Tujuh tahun telah berlalu. Hari yang penting dan bermakna dalam hidupnya menjelma. Hari konvokesyen berlangsung. Namer telah membawa segulung ijazah yang menjadi kebanggaannya pulang ke tanah air. “Alhamdulillah, terima kasih ya Allah,” getus hati Namer dengan bangganya. Segala pengorbanan ibu bapanya terbalas dan dia berjaya membuatkan keluarganya berasa bangga dengan kejayaan yang dirangkulnya. Namer telah menjawat jawatan sebagai seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Namer kini mampu menyediakan kehidupan yang mewah buat diri dan keluarganya kerana kegigihannya dalam mencapai sesuatu impian bak kata mutiara, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Nur Farisha bt Fairus 4 Stem 129


Seloka 3U Ada objek keluaran terkini, Membeli di Patani hempedu bumi; Mengajar subjek pendidikan jasmani, Encik Suhasni guru kelas kami. Hendak dalami ilmu rezim, Untuk formula subjek ekonomi; Ketua kami Muhammad Hazim, Penolong pula Muhammad Rahimie. Kaki bernanah kerana tong gas, Ke klinik mami bersama PakYa; Seorang yang amanah menjalankan tugas, Bendahari kami NurFasihah Yahya. Mendapat sumber ditepi tong gas, Bersama suri pergi beramal; Pusat sumber tempat bertugas, Nama diberi Danial Akmal. Buah belimbing buat pemanah, Pemanah berkelas mengguna pena; Jawatan pembimbing sebagai amanah, Di dalam kelas Izzah dan Masturina. Angin badai kajian geonomi, Hendak biaya bayaran tahfiz; Bijak pandai antara kami, Itulah dia Ilham Nafys. Ajakan membaca tidak dibalas, Pelajar terkenal sipintar cilik; Periang suasana didalam kelas, Siapa tak kenal Anas Malik. Sayur peria didalam gelas, Kuih pula dimakan Amin; Dianggap tua umurnya lima belas, Kasihan dia Putra Benyamin. Rupawan bagai Puan Malis, Sakit gigi menjadi bebal; Dikenali sebagai anak polis, Siapa lagi Amirul Iqbal. Anak ikan takut bara, Bara dipadam oleh nyonya; Diejek bukan bumiputera, Arrayan Adam itulah namanya. Kata nama am seperti tekap, Melukis peta didalam makmal; Seorang pendiam tak banyak cakap, Itulah dia Fadhlin Akmal. Mengikut pelan yang telah dilantik, Dilantik bersama ahli futsal; Banyak soalan sewaktu matematik, Dialah yang bernama Ahmad Faisal. Paku pakis dipasar tani, Terjumpa pemadam menjawab kuiz; Kelebihan melukis tangan berseni, Gabungan Adam, Hadiff dan Faiz. Bermain dadu tanpa giliran, Permainan terbuka dinegara Itali; Suaranya merdu menarik perhatian, Kelebihan mereka Humaira dan Fadhli. Adat pepatih asal negeri, Perempuan mewarisi lelaki pun sudi; Kulitnya putih cantik berseri, Nama diberi Aqilah Asmadi Tentang alam banyak pelajaran, Setinggi sarjana telah dipelajari; Agama Islam sebagai ajaran, Ustazah Alia nama diberi Pakai kopiah pinjaman Paan, Dalam ingatan ibu Fariha; Ustazah Zakiah Kemahiran Quran, Dari tingkatan satu usaha. Ada kenderaan jenama kelisa, Terkena sinaran ibnu sina; Bahasa perantaraan antarabangsa, Indah ajaran Puan Anna. Ditanah Arab banyak pelajar, Perkataan mumtaz tanpa samar; Bahasa arab pelajaran yang diajar, Oleh ustaz yang bernama Omar 130


Ke d a m ai a n It u In d a h Miliki damai itu indah cerah sinaran mentari nikmati erti damai bersama utuh ikatan kekal abadi bunga damai mencuit hati Impian kedamaian pasti dikecapi perlu banyak sikap dikikis lemparkan sikap prejudis khianat sesama sendiri dendam kesumat yang terpatri nun jauh di sana agar damai kita kecapi Kedamaian takkan hadir andai tamak menguasai kikis ego,riak dan sombong sucikan hati, bahagia menanti Kedamaian pasti dikecapi walau banyak perlu dikorbankan perjuangan perlu diteruskan demi mencapai kedamaian bak bunga semerbak wangi Nor Iffah 5 Stem Rindu Itu Berat Tuhan ... Aku sedang merindukan salah satu hamba Mu Dia yang sering buatku tertawa Dia yang selalu ada tatkala aku berduka Ku mohon jaga dia baik baik di sana Dan biarkan dia bahagia Tuhan ... Sampaikan rasa rindu ini padanya Dengan cara apa sekali pun Entah dengan cara dia mengingatku tiba tiba Atau dengan cara menghadirkanku dalam mimpinya Tuhan ... Jika memang dia untukku Kau permudahkan segala urusan dirinya Kau luaskan rezeki buatnya Kau pelihara cinta yang terbuku dalam dadanya Tuhan ... Sesungguhnya aku amat merinduinya Aku serah hal hati ini kepada Mu ya Allah Angkatlah doa ku yang khilaf ini Ku serahkan segalanya pada Engkau Tuhan Perkasa Nukilan, ryyshaa 131


“Goal ke?” “Aku rasa tak” “Any last word?” “Banyaknya… Susah nak pilih” “Ayuh semangat!” “Panasnya pagi ni” “Let me help you” “Ez win dek” “Kegarisan… Sedia… Mula” “HIARGHH” “Dik, okay tak?” “Sakit oi” “Red colour is my favourite” Kanak-kanak riang sedang berlari WB dah datang ...salam ii “Don’t leave me, sir” “Posing duluu” “Kompang dipalu… Pengantin baru ewah” 132


“Tempat nice… okay continue our work guys” We still forever Selfie duluu Sini cikgu tolong kamu “Menang ni… jom geng aku payung makan” “Mana nak letak ni” “Kuat lah sikit tariknya” Mari kita lihat siapa yang menang “Haihh kalah lagi” “Boleh menang ni” Kawan tak nak tunggu SEMART WOW “Take caree” Congrats!! Ready semua?! Sayonara my fav teacher 133


134 Bersyukur pada yang Maha Esa “Aduhh jatuh pulak!” “Semangatt!!” “Sedia semua?” Kawan ke lawan?? “Sabor kome.. Jangan tarik lagi!” “Aku nak menang je ni” “Eh malu kite” “See you again my friend” first ke last nih? “Macam mana nak buat ni?” “Uish makin hensem kawan aku ni!”


Penghargaan Sidang Redaksi SMK Doktor Megat Khas, ingin mengucapkan dan merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah CAHAYA 2022/23 Kami menghargai jasa baik yang diberikan oleh pihak-pihak berikut :- Menteri Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Jabatan Pendidikan Perak Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Pengetua SMK Doktor Megat Khas Guru-guru Sidang Redaksi Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Para Pentadbir, Guru-guru, Kakitangan dan Pelajar-pelajar SMK Doktor Megat Khas Kelab-kelab, Persatuan-persatuan, Unit Beruniform dan Rumah-rumah sukan Para Penyumbang Artikel Semua Pihak Yang Terlibat Sama Ada Secara Langsung Atau Tidak Langsung


Click to View FlipBook Version