#MASA DEPAN ADALAH KITA
KATA - KATA ALUAN
KETUA PENGARAH KERJA
RAYA MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Melalui paparan kejayaan yang
Sejahtera, telah dikecapi oleh JKR Malaysia dalam
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penyediaan prasarana untuk rakyat ter-
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kera- utamanya di kawasan luar bandar, be-
na dengan limpah izin dan kurniaNya, sar harapan saya agar e-Book JKR ini
e-Book Jabatan Kerja Raya (JKR Malay- menjadi sumber inspirasi dan pembakar
sia) sempena sambutan Hari Profesional semangat terutamanya kepada gener-
Teknikal Negara (HPTN) 2020 ini berjaya asi muda golongan profesional teknikal
dihasilkan. untuk menerokai dan menggilap kepa-
Objektif penerbitan buku ini ada- karan yang dimiliki agar standing den-
lah untuk memaparkan lakaran kejayaan gan negara maju, seperti kata pepatah
dan tonggak sejarah yang telah dica- melayu, “Berdiri sama tinggi, duduk sama
pai oleh JKR Malaysia pada abad ke-21. rendah”.
e-Book ini merangkumkan segala hasil Selaku agensi teknikal utama
kerja dan perkhidmatan yang telah dilak- negara, semoga kita sentiasa beriltizam
sanakan oleh JKR Malaysia demi kesele- dan bertekad untuk membangunkan
saan dan kesejahteraan rakyat Malaysia industri pembinaan negara dan men-
dalam industri pembinaan negara. gadaptasi elemen tempatan dengan
Sumbangan dan perkhidmatan perkembangan teknologi moden.
oleh JKR Malaysia tidak hanya tertum- Akhir kata, saya ingin merakam-
pu kepada pembinaan projek baharu kan setinggi-tinggi penghargaan dan
dan pelaksanaan projek pembangunan terima kasih kepada semua warga JKR
di kawasan luar bandar, malahan JKR Malaysia yang terlibat dan menyumbang
Malaysia turut melaksanakan kerja-ker- idea, kreativiti dan tenaga dalam peng-
ja penyelenggaraan kemudahan se- hasilan e-Book ini.
dia ada. JKR Malaysia juga berperanan Sekian, wabillahitaufik walhi-
dalam memberi bantuan kecemasan dayah wassamualaikum warahmatullahi
tatkala negara menghadapi bencana wabarakatuh.
di samping menjalankan pelbagai kaji-
an dan uji kaji yang melibatkan industri DATO’ Ir. HAJI MOHAMAD ZULKEFLY BIN
pembinaan. Ini bagi memastikan perkh- SULAIMAN
idmatan dan penyediaan fasiliti untuk Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
rakyat sentiasa ditambahbaik, berkualiti
tinggi dan seiring penggunaan teknologi
moden.
ISI KANDUNGAN
TRANSFORMASI JKR 08 PEMBINAAN HOSPITAL PARIT 07 PEMASANGAN SISTEM SO-
BUNTAR DI DAERAH KERIAN, LAR HIBRID BAGI SEKOLAH
PROJEK INFRASTRUKTUR PERAK. LUAR BANDAR DI SABAH.
01 CENTRAL SPINE ROAD PAKEJ 3. 09 PEMBINAAN BALAI POLIS COUN- 08 FORENSIK PAPAK TANGKI
BENTENG PEMECAH OMBAK TRY HOMES DI RAWANG, AIR RUNTUH DI SEKOLAH KE-
SELANGOR. BANGSAAN JERANGAU DI
- KOTA TINGGI, JOHOR. DUNGUN, TERENGGANU.
10 PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH
02 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH KEBANGSAAN AGAMA JERLUN DI 09 LAPORAN FORENSIK RUN-
- PULAU PINANG (UPSLOPE). KEDAH. TUHAN BUMBUNG SEKOLAH
KEBANGSAAN DANAU KOTA
03 PEMBAIKIAN CERUN RUNTUH 11 PEMBINAAN PEJABAT BARU PER- DI KUALA LUMPUR.
- PULAU PINANG (DOWNSLOPE) TUBUHAN PELADANG KAWASAN
(PPK) DI KLANG, SELANGOR. 10 RUMAH KEKAL BAHARU
04 LEBUHRAYA KOTA BHARU KE (RKB) MANGSA BANJIR.
KUALA KRAI PAKEJ 2B PASIR HOR 12 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH
DAN MENAIKTARAF BANGUNAN 11 MISI BANTUAN KEMANU-
KE KADOK. PARLIMEN MALAYSIA FASA 3B. SIAAN KKR & JKR KE PANTAI
TIMUR.
05 NAIKTARAF DAN BAIKPULIH JETI 13 PEMBINAAN KOMPLEKS PENY-
PUSAT TAMAN LAUT - PULAU TIO- IARAN NEGERI PERLIS. 12 PUSAT RAWATAN COVID-19
DI CREATE.
MAN, PAHANG. 14 PEMBINAAN DAN KELENGKAPAN
BANGUNAN BARU PEJABAT JA-
06 PASCA BANJIR JAMBATAN AUR BATAN MINERAL DAN GEOSAINS
GADING DI LIPIS, PAHANG. MALAYSIA DI KUALA
TERENGGANU.
07 PEMBINAAN JAMBATAN BAILEY DI FUTURE JKR
LIPIS, PAHANG. 15 PEMBINAAN PUSAT ISLAM DAN
MASJID UNIMAP DI PERLIS.
08 MENAIKTARAF JALAN AIR KEROH 01 LANGKAH HIJAU.
KE BANDAR MELAKA (FASA 1). 16 PEMBINAAN BALAI POLIS SIM-
PANG AMPAT DI PULAU PINANG.
09 PEMBINAAN SEBUAH JAMBATAN 12 BUILDING INFORMATION
BARU MERENTASI SUNGAI KUAN-
MODELLING (BIM)
TAN MENGHUBUNGKAN BANDAR
KUANTAN KE BANDAR PUTRA,
TANJUNG LUMPUR, PAHANG.
10 PEMBINAAN JALAN PINTAS PROGRAM CSR PENGLIBATAN DI
RAWANG. PERINGKAT
01 KERJA KECEMASAN; PEMBERSI- ANTARABANGSA
11 MENAIKTARAF LEBUHRAYA PULAU HAN JALAN RAYA - JELEBU,
N.SEMBILAN. 01 WORLD ROAD CONGRESS
INDAH DI KLANG, SELANGOR. KE-25 – SEOUL 2015
02 KERJA KECEMASAN; PEMBERSI-
PROJEK BANGUNAN HAN JALAN RAYA - MALIM,MELA- 02 WORLD ROAD CONGRESS
KA. KE-26 – ABU DHABI 2019
01 KOMPLEKS PENDARATAN IKAN
DAN BENTENG PEMECAH OMBAK 03 INOVASI MAKMAL PENYELIDIKAN
- KOTA TINGGI, JOHOR. CREaTE JKR; PENGHASILAN
SPACER AEROCHAMBER.
02 KOMPLEKS OBSTETRIK HOSPITAL PUSAT KUARANTIN & RAWATAN
TENGKU AMPUAN RAHIMAH DI
KLANG, SELANGOR – FASA 2. 04 COVID-19 MAEPS - SERDANG,
SELANGOR.
03 DEPOH SIMPANAN KEPERLUAN SUMBANGAN INTUBATION BOX
MANGSA BENCANA - PAHANG. OLEH CREaTE JKR.
KERJA PEMASANGAN ‘AIR COOL-
04 MENAIKTARAF SEKOLAH DAIF
MENGGUNAKAN KAEDAH IBS - 05 ER’ DI KHEMAH PUSAT KUARANTIN
SABAH. - TANJUNG RAMBUTAN, PERAK.
KERJA PEMASANGAN KHEMAH
05 PEMBINAAN PEJABAT KASTAM DAN KERUSI DI KLINIK KESIHATAN
KOTA KINABALU, SABAH.
06 DAERAH - KUANTAN, PAHANG.
06 KOMPLEKS MAHKAMAH BARU MISI BANTUAN BANJIR DI SE-
KOTA KINABALU, SABAH. GAMAT – DISERTAI SUKARELA-
WAN JKR & NGO.
07 PEMBINAAN MASJID HAJI MU-
HAMMAD YASSIN DI PAGOH,
JOHOR.
TRANSFORMASI JKR
Titik permulaan sejarah Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Public Works De-
partment (PWD) sebagai penyumbang utama kepada pembangunan infrastuktur
negara adalah pada seawal tahun 1870-an. Pada waktu tersebut, bidang tum-
puan utama PWD adalah kepada pembinaan dan penyelenggaraan jalan, jam-
batan dan bangunan tertentu di Negeri-Negeri Selat.
Kuala Lumpur mula berkembang pesat setelah
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terbentuk pada
1896, Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan golongan
peniaga dan pentadbir British dan seterusnya menjadi
sebuah bandar dan hub perhubungan. Segala tumpuan
ini membawa kepada pembinaan pelbagai jenis kemu-
dahan oleh JKR bagi memenuhi keselesaan kehidupan
seharian mereka. Pada akhir abad ke-19 ini, bangunan
pentadbiran kerajaan yang terawal telah dibina dan
menjadi ikon penting kepada sejarah pembangunan di
Kuala Lumpur, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, yang
menempatkan semua jabatan pentadbiran NNMB, ter-
masuklah JKR sendiri.
Dibawah seliaan JKR, pembangunan NNMB
kemudiannya tertumpu kepada penyediaan kemuda-
han asas, terutamanya dari aspek kesihatan para pen-
duduk yang dilihat sebagai penggerak kepada kegiatan
ekonomi. Selain penyediaan hospital, kemudahan lain
yang turut disediakan adalah bekalan air, saliran dan
perparitan, pembinaan jalan, jambatan, bangunan ker-
ajaan, rumah pegawai kerajaan, bekalan elektrik, institut
penyelidikan perubatan, lapangan terbang, masjid dan
sebagainya.
Selepas Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan
daripada British pada 31 Ogos 1957, Kerajaan Persekutuan telah
merangka rancangan pembangunan bagi tempoh 5 tahun (1961-
1965) dengan tumpuan utama diberikan kepada usaha membina
jalanraya baru, sistem bekalan air, pusat kesihatan, sekolah dan
lain-lain di kawasan luar bandar dan rancangan ini melibatkan pe-
rubahan besar dalam perancangan dan polisi JKR.
Apabila proses ‘Malayanisation’ bermula, anak tempatan
telah diberi peluang untuk mentadbir dan mengurus dalam pel-
bagai bidang dan pada masa yang sama menentukan dasar da-
lam membuat perancangan bagi memajukan bangsa dan negara.
Bagi JKR, anak tempatan pertama yang menjadi peneraju JKR se-
bagai Ketua Pengarah adalah Tan Sri Ir. Haji Yusoff bin Haji Ibrahim,
yang berkhidmat dari tahun 1964-1971.
Sejak kemerdekaan negara dicapai, pemba-
ngunan Malaysia telah berkembang dengan maju dan
pesat terutamanya dalam industri pembinaan. Pelbagai
bangunan kerajaan dan kemudahan asas telah dibina
bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan
lancar dan pada masa yang sama dapat memenuhi
keperluan rakyat. Antaranya projek yang menjadi tum-
puan pada ketika itu adalah Bangunan Parlimen (Kuala
Lumpur), Bangunan Bank Negara Malaysia (Kuala Lum-
pur), Masjid Negara (Kuala Lumpur), Lebuhraya Timur
Barat, Lebuhraya Karak dan juga Kompleks Kerja Raya
(Kuala Lumpur), Sultan Ismail (Johor), Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah (Selangor), Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah (Selangor), Kampus UiTM (Selan-
gor) dan lain-lain lagi.
Apabila memasuki era moden pula, JKR telah bergerak
seiring dengan perkembangan semasa dimana keperluan asas
yang disediakan untuk rakyat di dalam industri pembinaan turut
mengambil kira aspek keselamatan dan kesempurnaan disamping
menyelitkan elemen-elemen tempatan dan tradisional agar dapat
dihargai oleh generasi muda yang moden. Antara hasil pembangu-
nan moden yang dapat dilihat di Malaysia adalah bangunan Arkib
Negara Malaysia(Selangor), Stadium Hoki Tun Razak (KL), Lebuhraya
Utara-Selatan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (KL), Lapangan Terbang
Sultan Mahmud (Terengganu), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah (Selangor), Bangunan MATRADE (KL), Pusat Sains Negara (KL),
Masjid Wilayah Persekutuan (KL), Akademi Audit Negara (Negeri
Sembilan), University Malaysia Sabah (Sabah), Kompleks Pakar dan
Rawatan Harian HKL (KL), Istana Negara Jalan Duta (KL), Kompleks
INTAN (Sarawak) dan juga Institut Kanser Negara (Putrajaya).
Di bawah pimpinan Ketua-Ketua Pengarah yang berdi-
siplin, berwibawa dengan daya penggerak yang tinggi, JKR Malaysia
telah berkembang mengikut peredaran masa, kemajuan teknologi
dan juga pembangunan dunia sehinggalah ke hari ini. Pencapaian
JKR dalam menyediakan pelbagai jenis dan bentuk kemudahan un-
tuk rakyat Malaysia, bukan sahaja dikawasan bandar tetapi juga di
luar bandar, menjadi tali pengukur kepada kejayaan dan kemajuan
yang dikecapi oleh JKR yang turut menyumbang kepada pemban-
gunan negara terutamanya di mata dunia.
PROJEK
INFRASTRUKTUR
CENTRAL SPINE
ROAD PAKEJ 3
GUA MUSANG (KELANTAN) KE KG.
RELONG (PAHANG) – SEKSYEN 3E1:
MENTARA KE MERAPOH.
Isu kesesakan lalu lintas di Malaysia Sebuah majlis perasmian pembukaan CSR Pakej 3 telah
dimusim perayaan sememangnya tidak asing disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail,
lagi, terutamanya dibahagian Timur Laut Menteri Besar Pahang beserta YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yu-
di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, sof, Menteri Kanan Kerja Raya.
sebagai usaha bagi mengurangkan kesesakan
lalu lintas menuju ke Pantai Timur pada musim CSR Pakej 3 telah dibuka untuk kegunaan awam pada
perayaan Malaysia, sebuah projek yang dina- 26 Julai 2020 dan diharapkan dengan pembinaan infrastruktur
makan ‘Central Spine Road’ (CSR) telah diwu- ini dapat memberi impak yang tinggi terutamanya kepada pen-
judkan sebagai salah satu komponen di bawah gurangan kesesakan lalu lintas dan juga tahap keselamatan dan
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur keselasaan kepada pengguna jalan raya, terutamanya di musim
(ECER). perayaan dan cuti sekolah di Malaysia.
Projek ini telah dipertanggungjawab-
kandi bawah Pasukan Projek JKR untuk mer-
ekabentuk, pelaksanaan pembinaan serta
pemantauan sepenuhnya. Pembinaan infras-
truktur jalan ini memakan kos perbelanjaan se-
banyak RM93.6 juta dan antara skop utamanya
merangkumi pembina jalan baru sepanjang
5.4km dari Mentara ke Merapoh, Pahang, ber-
asaskan 4 lorong 2 hala dengan mengikut pi-
awaian JKR R5, sebuah jambatan merentasi
laluan persekutuan FT08, laluan kereta api dan
lain-lain lagi.
PEMBAIKIAN CERUN
RUNTUH DI LALUAN
FT006/045/230
PULAU PINANG
Kerja pembaikan cerun runtuh ini
terletak di Daerah Barat Daya Pulau Pinang
dimana keadaan cerun itu boleh mengganggu keselamatan
pengguna jalan raya di situ terutamanya apabila berlaku hu-
jan lebat.
Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan
pengguna jalan raya di kawasan tersebut, pihak Kementerian
Kerja Raya telah memberi tanggungjawab kepada JKR untuk
kerja pembaikan cerun runtuh tersebut dengan ‘slope treat-
ment’ yang bersesuaian dan seterusnya menjadikan skop
projek ini melibatkan pembinaan ‘rubble wall with stone pitch-
ing’ yang memakan belanja RM0.165 juta.
PEMBAIKIAN CERUN
RUNTUH DI LALUAN
FT006/045/230
(DOWNSLOPE)
PULAU PINANG
Projek pembaikian cerun runtuh
yang berkos RM0.382 juta ini terletak di kawasan Barat
Daya Pulau Pinang iaitu pada Laluan FT006/045/300.
Bagi memastikan kualiti rawatan cerun dan
seterusnya keselamatan pengguna jalan raya terja-
min, pihak pelanggan bagi projek ini iaitu Kementerian
Kerja Raya telah menyerahkan tanggungjawab kepa-
da JKR untuk membina ‘soil nail tie back wall’ pada ce-
run tersebut bagi mengelakkan berlakunya cerun run-
tuh di masa akan datang.
LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI
PAKEJ 2B: PASIR HOR KE KADOK
KELANTAN
Pengguna jalan raya di Daerah Kota Bharu, Kelantan
kini mempunyai laluan alternatif untuk ke Kuala Krai dengan
menggunakan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai Pakej 2B.
Pembinaan lebuhraya baru sepanjang 7km ini mampu men-
jimatkan masa perjalan serta kos bahan api kenderaan peng-
guna jalan raya. Skop projek ini turut melibatkan kerja peleba-
ran Jalan Pasri Hor 3D di Batu 4 sepanjang 1km dari Simpang
Batu 4 berasaskan 6 lorong 2 hala, mengikut Piawaian JKR U5.
Dengan ini keselesaan para pengguna dapat ditingkatkan se-
lain dapat mengurangkan kesesakan trafik semasa musim
perayaan di Malaysia.
Selain itu, skop bagi projek ini juga melibatkan ker-
ja-kerja seperti berikut; (1) membina overpass (viaduct)
sepanjang 400m yang merentangi Jalan Tiong dan Sg. Seri-
bong, (2) membina 6 buah jambatan yang merentasi jalan/
sungai / tali air, (3) membina 5 ‘vehicular box culver’ (vbc), (4)
membina satu persimpangan berlampu isyarat di Jalan Pasir
Hor, (5) kerja rawatan tanah dengan menggunakan kaedah
sand replacement, stone column dan PVD, (6) kerja penam-
bakan tanah (embankment fill), (7) kerja-kerja street lighting
dan lain-lain.
NAIKTARAF DAN
BAIKPULIH JETI
PUSAT TAMAN LAUT
PULAU TIOMAN, PAHANG
Projek yang memakan belanja sebanyak RM4.51 juta ini bertujuan
untuk menambahbaik kualiti infrastruktur jeti ini agar dapat memberi perkh-
idmatan yang jauh lebih baik kepada para pengguna , terutamanya para
pelancong yang datang ke pulau tersebut. Antara kerja-
kerja terlibat dalam menaiktaraf dan baikpulih jeti yang dimiliki oleh Jabatan
Taman Laut Malaysia (JTLM), di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
ini termasuklah;
(1) pembaikan struktur konkrit pada ‘jetty head’ dan juga pada ‘approach
bridge’, (2) penambahan struktur tangga konkrit di pangkal ‘approach bridge’
dan juga (3) menaiktaraf bumbung, hand rail, kemasan lantai serta kemasan
dinding sedia ada.
Bagi memastikan servis perkhidmatan kepada pengguna tidak ter-
ganggu semasa penutupan bagi kerja naiktaraf dan baikpulih jeti tersebut,
sebuah jeti sementara telah disediakan iaitu dengan menggunakan jetfloat,
untuk digunakan semasa menurunkan para pelancong dari bot.
Projek ini berjaya meraih Anugerah Kontraktor Cemerlang 2019, di
Kedudukan Pertama bagi Kategori Infrastruktur di atas hasil dan kualiti kerja
yang memberansangkan oleh pihak kontraktor terlibat dalam kerja-kerja naik-
taraf dan baikpulih jeti JTLM di Pulai Tioman, Pahang ini.
PASCA BANJIR:
JAMBATAN AUR
GADING
KUALA LIPIS, PAHANG
Pada Disember 2014, kejadian banjir teruk di Li-
pis, Pahang telah menyebabkan Jambatan Aur Gading
runtuh. Tindakan susulan kejadian tersebut, Projek Pasca
Banjir telah diwujudkan bagi memperbaiki Jambatan Aur
Gading dengan rekabentuk dan daya ketahanan yang
lebih baik dengan menggunakan ‘prestressed integral
spine beam bridge’, dimana rekabentuk jambatan terse-
but dihasilkan oleh jurutera JKR dengan kepakaran dalam
‘bridge design’.
PEMBINAAN JAMBATAN
BAILEY DI POS LENJANG &
POS TITON DUN JELAI
KUALA LIPIS, PAHANG
Berikutan kejadian tanah runtuh dan jambatan run-
tuh pada 24 Julai 2020, JKR telah berjaya membuka semula
Jalan Pos Betau-Simpang Titom (Sek. 32 dan Sek. 34) dengan
pembinaan Jambatan Bailey, dimana ianya dibina hanya da-
lam tempoh 7 hari sahaja.
Pihak JKR telah dipertanggungjawabkan untuk mem-
bersihkan laluan terhalang bermula dari 25-26 Julai 2020 serta
membantu dalam membina laluan sementara dalam tempoh
4 hari iaitu dari 29 Julai – 2 Ogos 2020. Manakala pembinaan
Jambatan Bailey (Jenis ACROW 700) sepanjang 20 kaki lebar
pula bermula dari 13 Ogos 2020 sehingga 19 Ogos 2020.
Terdapat beberapa kekangan besar yang dihada-
pi semasa tempoh pembinaan jambatan tersebut dan an-
taranya adalah kesukaran dari segi akses ke tapak dimana
keadaan jalan tanah yang digunakan sebagai laluan adalah
sempit dan mempunyai kerosakan. Ini menyebabkan penggu-
naan jentera agak terhad di dalam situasi ini bagi membawa
komponen Bailey, selain menghadapi kesukaran dari segi ko-
munikasi di dalam kawasan pendalaman.
Walaubagaimanapun, masalah tersebut berjaya di-
atasi oleh para pegawai yang terlibat di dalam projek ini dan
seterusnya berjaya mencapai hasil yang memberansangkan
dimana Jambatan Bailey itu dapat dibina dalam masa yang
amat singkat. Dengan kejayaan ini, rakyat sekitar kawasan
tersebut dapat meneruskan semula aktiviti harian tanpa perlu
menunggu dalam tempoh masa yang lama.
MENAIKTARAF JALAN AIR KEROH KE
BANDAR MELAKA (FASA 1)
PEMBINAAN PERSIMPANGAN PERINGGIT DAN PERSIMPANGAN MITC
Jalan Ayer Keroh ke Bandar Melaka ini dbina mengikut
standard piawaian U5 Type II 6 bagi lorong 2 hala dan projek ini
melibatkan 2 persimpangan iaitu Persimpangan Peringgit dan
Persimpangan MITC.
Antara skop projek ini ialah pembinaan Jejambat 2A
(sepanjang 252m) yang menghubungkan Pusat Bandar ke Ayer
Keroh, Jejambat 2B (sepanjang 303m) yang menghubungkan
Pusat Bandar ke Batu Berendam di Peringgit dan juga pembi-
naan 2 buah jejantas pejalan kaki, pembinaan jejambat struk-
tur ‘segmental box’ 640m di MITC, pembinaan simpang MITC
dan juga jalan-jalan yang membawa kepada Jalan MITC dan
Seri Negeri.
Pojek ini telah menjadi satu kejayaan kepada pen-
guraian trafik yang efisyen serta masa perjalanan yang men-
jimatkan di samping penerimaan julat tinggi pengunjung yang
melawat terutamanya cuti umum dan hujung minggu.
PEMBINAAN SEBUAH
JAMBATAN BARU MERENTASI
SUNGAI KUANTAN
MENGHUBUNGKAN BANDAR KUANTAN KE
BANDAR PUTRA, TANJUNG LUMPUR
Skop utama bagi projek di Pahang ini ialah pembinaan jam-
batan baru sepanjang 451m yang merentasi Sungai Kuantan. Selain itu,
projek ini turut melibatkan pembinaan jalan 4 lorong berkembar iaitu
dari Jalan Tanjung Lumpur, FT183 ke Persimpangan Jalan Tanah Putih /
Jalan Pintasan Bukit Setongkol, FT002 mengikut piawaian JKR U5 Jenis
III sepanjang 2.5 km dan merangkumi jalan baru sepanjang 1.524k, me-
naiktaraf jalan sedia ada sepanjang 0.525km,pembinaan jambatan baru
sepanjang 451m yang merentasi Sungai Kuantan, kerja-kerja membina
dan menaiktaraf sistem perparitan serta kerja-kerja sokongan yang lain
seperti pengalihan dan pemasangan semula utiliti sedia ada termasuk-
lah pemasangan lampu jalan.
Objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan projek ini ada-
lah untuk penyuraian trafik yang lebuh lancar dan teratur di Bandar
Kuantan dan Indera Mahkota dimana para pengguna jalan raya dari
Tanjung Lumpur tidak lagi perlu melalui Pusat Bandar untuk ke Indera
Mahkota. Dengan terbinanya jambatan ini, para pengguna juga dapat
menjimatkan masa sebanyak separuh tempoh perjalan dari Tanjung
Lupur ke Bandar Kuantan, selain dapat menggalakkan pertumbuhan
ekonomi di kawasan tersebut dan berlaku peningkatan nilai hartanah
dan seterusnya menjadi tarikan kepada pelabur.
PEMBINAAN JALAN
PINTAS RAWANG
RAWANG, SELANGOR.
Projek Pembinaan Jalan Pintas Rawang ini ber-
tujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas
yang dihadapi oleh pengguna jalan raya hampir seti-
ap hari terutamanya pada waktu puncak. Jalan Pintas
ini bukan sahaja untuk menyediakan infrastruktur yang
lebih selesa kepada pengguna tetapi juga dapat me-
mendekkan perjalanan dari kawasan Serendah ke Kuala
Lumpur daripada 2 jam ke 30 minit (pada waktu puncak).
Ini juga memberi peluang pembangunan bagi kawasan
Serendah, Batang Kali dan juga Tanjung Malim meman-
dangkan sistem perhubungan ke kawasan tersebut telah
dinaiktaraf.
Pembinaan Jalan Pintas ini diputuskan untuk
dilaksanakan secara ‘elevated’ setelah mengambil kira
dan menitikberatkan pemeliharaan spesi pokok unik
Giam Kanching yang hanya boleh ditemui dikawasan ini
sahaja.
MENAIKTARAF
LEBUHRAYA PULAU
INDAH DI KLANG
SELANGOR
Fokus utama projek ini adalah untuk
meningkatkan tahap keselamatan dan kesele-
saan pengguna jalan raya, meningkatkan kapasiti
dan tahap perkhidmatan LOS jalan dan juga untuk
mengurangkan masa perjalanan para pengguna.
Skop bagi projek ini melibatkan pem-
binaan 2 flyover untuk grade separated junction,
menaiktaraf persimpangan at-grade sedia ada
dan seterusnya kerja-kerja sokongan yang lain
seperti menaiktaraf sistem perparitan dan lampu
di sepanjang jalan.
Kesan jangka panjang bagi projek ini
pula adalah ianya dapat membantu dalam
meningkatkan pembangunan ekonomi melalui
peningkatan logistik dan juga pertambahan pusat
perdagangan di kawasan sekitar Pulau Indah.
PROJEK
BANGUNAN
PEMBINAAN KOMPLEKS
PENDARATAN IKAN DAN
BENTENG PEMECAH
OMBAK
KOTA TINGGI, JOHOR
Projek ini terletak di kawasan Punggai, Pengerang di Kota Tinggi,
Johor, dengan kos RM34.58 juta. Skop projek yang ditetapkan oleh pihak
pelanggan, iaitu Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani (MOA),
termasuklah pembinaan jeti pendaratan ikan, pontoon tambatan bot,
bangunan pejabat, benteng pemecah ombak, 5 unit kuarters dan juga
kerja-kerja infrastruktur lain.
Projek ini telah berjaya melakukan
penjimatan kos sebanyak RM6.8 juta melalui
kaedah 4 in 1 (CPC, SOFA, as built drawing &
Operating Manual). Selain itu, anugerah Pencapaian Pematuhan Amalan
Terbaik Pengurusan Projek (Inspektorat) Tahun 2018 ICU JPM telah diteri-
ma dengan kejayaan peratus Pencapaian Kementerian sebanyak 92.83%
dan pada masa yang sama meraih kecemerlangan bagi Tahap Penca-
paian Significantly Exceed Target (ST).
PEMBINAAN
KOMPLEKS
OBSTETRIK
HOSPITAL TENGKU
AMPUAN RAHIMAH
KLANG, SELANGOR
Pihak JKR bertanggungjawab dalam
pelaksanaan projek pembinaan kompleks ob-
stetrik ini setelah diberi kepercayaan oleh Ke-
menterian Kesihatan Malaysia (KKM).
Projek ini merangkumi satu blok baru
setinggi 9 tingkat yang mengandungi Wad
Pesakit Dalam bagi Perkhidmatan Obstetriks
(dengan penyediaan 216 buah katil untuk pe-
sakit), Neonatal ICU (40 buah katil), Special
Care Nursery, 24 Bilik Bersalin, 2 Bilik Bedah Ma-
ternity (MOT), klinik dan pejabat pakar, Klinik
Pakar Obstetriks dan Ginekologi dan seterus-
nya perkhidmatan sokongan yang lain seperti
Satellite Laboratory, farmasi, Unit Bekalan Ster-
ile (TSSU), Bilik On-Call dan lain-lain kemuda-
han, termasuklah tempat letak kenderaan dan
kafeteria.
Walaupun projek ini berskala besar
dengan kos sekitar RM142.72 juta, pembinaan
kompleks obstetrik ini berjaya disiapkan lebih
awal dari tarikh asal sasaran.
PEMBINAAN DEPOH
SIMPANAN KEPERLUAN
MANGSA BENCANA
PAHANG
Beberapa buah negeri di dalam Malaysia,
terutamanya di bahagian Pantai Timur Semanan-
jung Malaysia, sering dilanda kejadian banjir teru-
tamanya pada musim tengkujuh di hujung tahun.
Sebagai salah satu usaha dan langkah
kesiapsiagaan dalam menghadapi kejadian banjir
di masa akan datang, Kementerian Pembangu-
nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mem-
pertanggungjawabkan pihak JKR untuk melak-
sanakan pembinaan Depoh Simpanan Keperluan
Mangsa Bencana di negeri Pahang.
Kos bagi pembinaan projek ini adalah
berjumlah RM3.42 juta dan ianya bertujuan menja-
di depoh untuk menyimpan stok barangan keper-
luan yang mencukupi tatkala menghadapi ben-
cana di masa hadapan yang tiba tanpa sebarang
isyarat.
PEMBINAAN SEMULA DAN
MENAIKTARAF SEKOLAH
DAIF MENGGUNAKAN
KAEDAH IBS
SABAH
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mem-
beri kepercayaan kepada pihak JKR untuk melaksakan
projek Sekolah Daif ini. Projek yang berkos RM68.37 juta ini
bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan mas-
yarakat sekitar kawasan tersebut disamping menye-
diakan kemudahan dan memberi keselesaan kepada
para guru dan murid-murid di sekolah semasa sesi pem-
belajaran berlangsung.
Sekolah daif ini dibina dengan menggunakan
kaedah ‘Industralised Building System’ atau lebih dikena-
li sebagai IBS manakala skop projek ini pula melibatkan
pembinaan 37 buah sekolah (yang dibahagikan kepada
12 pakej dan 12 kontraktor), 277 buah Bilik Darjah, 37 buah
Bilik Sains dan juga 42 buah Blok Tandas.
Pembinaan menggunakan kaedah IBS ini mem-
benarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang jauh
lebih singkat berbanding dengan kaedah konvensional.
Ini adalah kerana komponen binaan IBS dihasilkan da-
lam persekitaran yang terkawal, lebih ringan, mudah un-
tuk dikendalikan dan seterusnya menyumbang kepada
tempoh masa pemasangan komponen yang IBS yang
singkat dan cepat. Hasilnya, projek ini berjaya disiapkan
dalam tempoh masa kurang dari setahun.
PEMBINAAN
PEJABAT
KASTAM
KOTA KINABALU, SABAH
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
telah meletakkan kepercayaan kepada pihak JKR
untuk melaksanakan pembinaan Pejabat Kastam
Kota Kinabalu di Sabah.
Lokasi tapak projek terletak bersebela-
han Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Jalan
Universiti Malaysia Sabah ini bakal menempat-
kan keseluruhan pejabat JKDM di kawasan Kota
Kinabalu bagi memudahkan segala urusan pen-
tadbiran.
Dengan rekabentuk moden, projek ini
merangkumi bangunan menara pejabat set-
inggi 8 tingkat yang boleh menempatkan 297
orang kakitangan, dewan serbaguna yang boleh
memuatkan seramai 500 orang, sebuah astaka
dan juga kemudahan sokongan yang lain-lain
(seperti bangunan mekanikal dan elekrikal, ru-
mah pengawal, padang kawad dan sebagainya).
PEMBINAAN
KOMPLEKS
MAHKAMAH
BARU KOTA
KINABALU
KOTA KINABALU, SABAH
Tujuan pembinaan kompleks mahkamah
ini adalah untuk memberikan perkhidmatan ke-
hakiman dan perundangan ang berkualiti kepada
rakyat di negeri Sabah.
Skop bagi projek ini adalah pembinaan
sebuah bangunan mahkamah setinggi 6 tingkat
yang mengandungi komponen utama berikut;
sebuah Mahkamah Persekutuan, 3 buah Mahka-
mah Tinggi, 6 buah Mahkamah Seksyen dan juga
6 buah Mahkamah Majistret. Dalam era moden
masa kini, keperluan badan kehakiman adalah
penting dalam agenda pembangunan negara.
Keadaan fizikal bangunan mahkamah
lama yang terhad dari segi keluasan ruang sudah
tidak lagi sesuai dan kondusif. Oleh itu, pembinaan
kompleks ini merupakan salah satu usaha Ja-
batan Perdana Menteri bagi memenuhi keperlu-
an terkini kakitangan badan kehakiman di negeri
Sabah agar mereka dapat menjalankan amanah
dan tanggungjawab dengan selesa dan efisien di
dalam sebuah kompleks yang lengkap dan me-
menuhi keperluan tugasan mereka.
PEMBINAAN MASJID
HAJI MUHAMMAD
YASSIN DI PAGOH
JOHOR
Masjid dengan kos RM39.8 juta ini dikenali
sebagai Masjid Haji Muhammad Yassin, sempena
nama seorang guru agama yang terkenal di daer-
ah Muar, Johor (Allahyarham Muhammad Yassin
Mohamad), yang juga merupakan bapa kepada
Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri
Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yas-
sin. Masjid yang dibina di atas tanah berkeluasan
4.73 hektar itu terletak di kawasan Hab Pendidikan
Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh dan
ianya mampu memuatkan kira-kira 3,500 orang
jemaah.
Pelbagai kemudahan telah disediakan di
dalam masjid tersebut dan antaranya ialah La-
man Islam dan juga 8 unit kuarters untuk Imam, Bi-
lal dan Siak masjid itu. Pembinaan Masjid Haji Mu-
hammad Yassin ini mengambil masa 3 tahun iaitu
bermula pada April 2016 sehinggalah September
2020, dimana pembukaan masjid tersebut kepada
orang ramai menyaksikan Perdana Menteri Malay-
sia; Tan Sri Muhyiddin melaksanakan Solat Jumaat
yang pertama di masjid berkenaan, bersama-sa-
ma barisan ahli politik dan para pegawai Kerajaan
negeri Johor pada 30 Oktober 2020.
PEMBINAAN HOSPITAL
PARIT BUNTAR DI
DAERAH KERIAN
PERAK
Kaedah pelaksanaan bagi projek ini adalah secara
konvensional dalaman dengan kos RM164 juta. Projek milik Ke-
menterian Kesihatan Malaysia ini merupakan projek hospital
pertama JKR menggunakan teknologi Building Information
Modelling (BIM) dimana penghasilan lukisan rekabentuk ada-
lah lebih tepat dan kurang percanggahan berbanding kaedah
penyediaan secara konvensional.
Selain itu, Hospital Parit Buntar ini juga telah di-
rekabentuk dengan teknologi hijau melalui penggunaan ele-
men rekabentuk aktif dan pasif, serta penggunaan bahan bi-
naan yang mempunyai ‘green label’. Antara kemudahan yang
disediakan di hospital yang dilengkapi dengan 76 katil pesakit
ini adalah outpatient care services, inpatient unit services, di-
agnostic and treatment services dan juga medical support
services.Hospital 4 tingkat ini dibina di dalam kawasan tapak
seluas 13.56 ekar di Kampung Tanah Kebun, daerah Kerian di
Parit Buntar, Perak dan lokasinya terletak pada jarak 4.5km
dari Pekan Parit Buntar, manakala hanya 500 meter dari Sim-
pang Lima.
PEMBINAAN BALAI
POLIS COUNTRY HOMES
DI RAWANG
SELANGOR
Projek yang berkos RM15 juta ini telah dilaksanakan secara kon-
vesional dalaman oleh JKR, dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
selaku kementerian pelanggan bagi projek ini. Teknologi precast pada
stuktur bangunan balai polis ini telah digunakan untuk meningkatkan
lagi keselamatan premis tersebut terutamanya dari segi ketahanan
sekiranya berlaku serangan pengganas ataupun letupan.
Projek yang menelan belanja RM15 juta ini boleh menempatkan
seramai 80 orang anggota polis dan merangkumi kemudahan seperti
bangunan pentadbiran, stor barang kes, Kuarters Kelas E, Kuarters Ke-
las F dan juga Pondok Pengawal dengan kawalan keselamatan dalaman
yang lebih efektif.
PEMBINAAN SEKOLAH
MENENGAH KEBANG-
SAAN AGAMA JERLUN
KEDAH
JKR telah diberi kepercayaan oleh pi-
hak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melak-
sanakan projek pembinaan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Jerlun yang terletak di Kedah
ini. Projek yang berkos RM 48.1 juta ini telah mula
dibina pada September 2014 dan tarikh siapnya
adalah pada Jun 2018. Ianya merupakan sebuah
projek yang dilaksanakan secara konvensional
dalaman dan antara kemudahan yang tersedia di
sekolah tersebut adalah seperti blok pentadbiran,
blok makmal, blok bilik darjah 20 BD).
Manakala blok sokongan bagi projek ini
termasuklah pembinaan sebuah Surau yang boleh
memuatkan 700 orang pelajar, Dewan Serbaguna
(600 orang pelajar), Tandas Berpusat Jenis 2A (3
tingkat), Tandas Berpusat Jenis 2B (4 tingkat), Blok
Kantik dan juga Kuarters Kelas C Banglo (2 tingkat).
PEMBINAAN PEJABAT
BARU PERTUBUHAN
PELADANG KAWASAN
(PPK) DI KLANG
SELANGOR
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tania atau
lebih dikenali sebagai MOA telah melantik JKR untuk pelak-
sanaan projek pembinaan Pejabat Baru milik Pertubuhan
Peladang Kawasan (PKK) yang terletak di kawasan Klang di
Selangor. Kos projek ini hanya menelan belanja sebanyak RM2
juta, dimana pembinaannya berjaya disiapkan pada Oktober
2019. Rekabentuk bangunan bagi projek ini dilaksanakan se-
cara dalaman dan antara kemudahan yang tersedia adalah
sebuah bangunan pejabat setinggi 2 tingkat, yang dilengkapi
dengan ruang serbaguna berkeluasan 135mp (kapasiti: 70-
100 orang).
Bangunan dengan ciri senibina moden ini akan digu-
nakan sebagai pusat aktiviti dan juga ruang berkumpul bagi
para peladang setempat untuk melaksanakan variasi aktiviti
ataupun program.
KERJA-KERJA
MEMBAIKPULIH DAN
MENAIKTARAF BANGU-
NAN PARLIMEN
MALAYSIA
FASA 3B
Oleh kerana Kompleks Parlimen telah digazetkan se-
bagai salah satu bangunan Warisan Kebangsaan di Malay-
sia, kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf haruslah me-
matuhi kehendak nyata yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Warisan Negera. Bangunan Parlimen Fasa 3B ini menempat-
kan ruang kerja dan fasiliti asas bagi kemudahan Yang Ber-
hormat Ahli Parlimen dan kakitangan pentadbiran Parlimen
Malaysia. Ianya dihubungkan ke Blok Utama Parlimen (yang
menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negera) melalui
sirkulasi jambatan penghubung yang terletak di Aras 2 ban-
gunan tersebut.
Konsep rekabentuk kerja-kerja ini adalah untuk men-
zahirkan kesinambungan rekabentuk terdahulu yang telah
sebati dengan keseluruhan skim pembangunan Kompleks
Parlimen Malaysia walaupun era telah berubah. Pendekatan
yang digunakan adalah melalui gambaran “sama tetapi tidak
serupa” dimana elemen persamaan dari segi profil bangu-
nan, penggunaan bahan binaan dan juga nilai kualiti sudut
senibinanya dikekalkan.
PEMBINAAN KOMPLEKS
PENYIARAN NEGERI
PERLIS
PERLIS
Projek milik Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) ini berkos RM12 juta. Ianya terletak di Kangar
Perlis dan telah dilaksanakan secara konvensional dalaman
oleh JKR. Skop utama projek ini adalah membina kompleks
penyiaran RTM yang direkabentuk dengan menggunakan
konsep ‘monocoque’.
Projek yang dibina di atas sebahagian tanah sel-
uas 10.12 ekar ini telah siap dibina pada November 2019. Tu-
juan pelaksanaan projek ini adalah bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan penyiaran untuk masyarakat, selain daripada
menyediakan kemudahan yang selesa untuk kakitangan RTM
di Perlis yang lengkap dengan kemudahan terkini.
PEMBINAAN DAN
KELENGKAPAN
BANGUNAN BARU
PEJABAT JABATAN
MINERAL DAN GEO-
SAINS MALAYSIA DI
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Projek ini bertujuan untuk membina se-
buah bangunan baru sebagai pejabat Jabatan
Mineral dan Geosains bagi Cawangan Negeri
Terengganu yang turut dilengkapi dengan kemu-
dahan-kemudahan lain bagi menampung keper-
luan pejabat sedia ada.
Pihak Kementerian Tenaga dan Sumber
Asli (KeTSA) telah memberi kepercayaan kepada
JKR untuk melaksanakan projek ini secara dala-
man dimana kos projek ini memakan belanja se-
banyak RM 22juta. Perancangan tarikh siap projek
ini adalah dijangka pada bulan Mac 2023.
PEMBINAAN PUSAT
ISLAM DAN MASJID
UNIMAP DI PERLIS
PERLIS
Skop projek ini melibatkan pembinaan 1 blok ban-
gunan yang merangkumi masjid dan juga pusat Islam. Kos
bagi projek ini adalah RM 34.8 juta dan ianya direkabentuk
berdasarkan konsep bentuk asas polygonal corak bintang 8
Islam. Masjid ini mampu untuk menampung seramai 3,000
orang jemaah pada satu-satu masa.
Projek yang dilaksanakan secara konvensional dala-
man dan dengan menggunakan sistem BIM ini bakal menjadi
masjid yang terbesar di negeri Perlis apabila ianya telah siap
dibina kelak.
PEMBINAAN BALAI
POLIS SIMPANG AMPAT
DI PULAU PINANG
PULAU PINANG
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan Ke-
menterian Pelanggan bagi projek ini, dengan kos projek se-
banyak RM 4.6 juta. Skop projek bagi projek ini adalah membi-
na Balai Polis Kelas C bagi 30 anggota polis.
Komponen ruang di dalam balai ini termasuklah Ru-
ang Menunggu, Stor Senjata, Bilik Trauma, Bilik-bilik Pegawai,
Lokap Lelaki dan juga Lokap Wanita. Projek yang dilaksanakan
secara konvensional dalaman ini telah siap dibina pada Julai
2019.
PROGRAM
CSR
KERJA KECEMASAN :
PEMBERSIHAN JALAN RAYA
DISEBABKAN POKOK
TUMBANG DI DAERAH
JELEBU
NEGERI SEMBILAN
Disebabkan kejadian hujan lebat, kerja-kerja kecemasan
terpaksa dilaksanakan oleh staf JKR yang melibatkan kerja pem-
bersihan jalan negeri iaitu N133 – Jalan Petasih Hilir Sec. 1 daripada
pokok tumbang yang boleh mengganggu keselesaan dan kesela-
matan pengguna jalan raya itu.
Tindakan pantas oleh staf JKR ini melibatkan penggunaan
jentolak bagi memastikan kerja-kerja pembersihan kecemasan ini
berjalan dengan lancar dan memakan masa yang singkat.