KERJA KECEMASAN :
PEMBERSIHAN JALAN
RAYA DISEBABKAN TIANG
LAMPU DAN POKOK
TUMBANG
MALIM, MELAKA
Susulan ribut kuat yang melanda daerah Malim di Mela-
ka pada pagi 11 Ogos 2020, JKR dan agensi terlibat telah beker-
jasama dalam kerja membersihkan jalan raya daripada tiang
lampu dan juga pokok tumbang bagi memastikan jalan raya se-
lamat digunakan oleh para pengguna dan tidak menyebabkan
kesesakan trafik di kawasan tersebut.
INOVASI MAKMAL
PENYELIDIKAN CREATE JKR;
PENGHASILAN SPACER / AER-
OCHAMBER BAGI RAWATAN
PESAKIT ASTHMA
Pelbagai idea dan usaha telah dihasilkan oleh pelbagai pi-
hak dalam memerangi Koronavirus atau COVID-19, samada di dalam
atau di luar negara. Masalah pernafasan, terutamanya mereka yang
mempunyai penyakit asthma, merupakan salah satu simptom seri-
ous COVID-19. Di dalam situasi ini, satu idea telah tercetus dimana
pegawai JKR yang bertugas di Makmal Penyelidikan CREaTE JKR telah
berjaya merekabentuk sebuah alat yang dipanggil sebagai Spacer /
Aerochamber yang digunakan sebagai alat pengantara untuk mer-
awat pesakit asthma bagi memastikan ubat sedut pMDI dapat disal-
urkan ke saluran pernafasan dengan betul dan optimum.
Inovasi cemerlang ini telah dihasilkan oleh staff
JKR di Pusat CREaTE sendiri dan sebanyak 60 unit CREaTE’s
Spacer / Aerochamber telah disumbang ikhlas kepada
Hospital Tampin, Negeri Sembilan, Hospital Alor Gajah dan
juga 94 HAT Kem Terendak di Melaka.
PUSAT KUARANTIN & RAWATAN COVID-19
BERISIKO RENDAH DI MAEPS
SERDANG, SELANGOR
Penularan Koronavirus atau COVID-19 yang semakin serious
di dalam negara telah menyebabkan pihak Kerajaan untuk men-
gambil langkah menyediakan beberapa pusat rawatan bagi pesakit
virus ini.
Antara pusat rawatan yang menjadi perhatian negara
adalah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di
Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang terletak
di Serdang, Selangor. Pusat kuarantin ini diselaraskan oleh Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kemen-
terian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia, Jabatan kebajikan Masyarakat dan jugak Jabatan
Kerja Raya (JKR).
Dalam tempoh yang amat singkat iaitu hanya dalam masa
3 hari, dua buah dewan MAEPS Berjaya ditukar menjadi Pusat Kuar-
antin dan Rawatan COVID-19. Pusat ini dibina sebagai persediaan
untuk menempatkan pesakit COVID-19 memandangkan bilangan
pesakit yang semakin meningkat secara mendadak setiap hari. Pu-
sat ini menempatkan 604 buah katil (400 buah katil di Dewan A dan
204 buah katil di Dewan C). Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan
disediakan di pusat tersebut bagi memastikan keselesaan pesakit
ketika mendapatkan rawatan antaranya adalah seperti kemudahan
WIFI, ruang rehat, bilik kelengkapan jasmani, tandas, ruang mandi,
bilik persalinan dan juga surau. Ruang khas iaitu ruang “resuscita-
tion” turut disediakan di pusat kuarantin ini dimana ruang ini digu-
nakan untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan. Dari
segi perkhidmatan yang disediakan pula termasuklah rawatan pe-
rubatan, rawatan kecemasan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan
x-ray asas, ambulans dan sebagainya.
Pembinaan pusat ini yang hanya mengambil masa 3 hari
telah berjaya melakar sejarah dalam negara sebagai “the fastest to
complete interim treatment centre”. Kecemerlangan Pasukan Projek
Khas JKR dalam membantu merealisasikan fasiliti ini turut menjadi
satu titik bersejarah buat JKR dalam menyumbang kepakaran tekni-
kal kepada negara, terutamanya dalam saat-saat genting.
SUMBANGAN
INTUBATION BOX OLEH
CREATE JKR
Dalam usaha negara menangani penularan Koronavi-
rus atau COVID-19 yang semakin serious di Malaysia, pelbagai
langkah-langkah telah diperkenalkan termasuklah alatan yang
menjadi keperluan bagi petugas-petugas barisan hadapan sep-
erti doktor, jururawat, pegawai polis dan termasuklah para su-
karelawan.
‘Intubation Box’ merupakan salah satu alatan yang
menjadi keperluan para pertugas dalam melindungi diri mereka
semasa menawarkan perkhidmatan mereka dalam menangani
virus ini. Pada April 2020, pihak CREaTE JKR telah berjaya meng-
hasilkan kumpulan (batch) ke empat ‘intubation box’ sebanyak
3 unit dan disumbangkan kepada pihak Pakar Perubatan Kece-
masan dan Trauma, Jabatan Kecemasan di Hospital Selayang,
Selangor, yang menjadi salah satu pusat rawatan bagi COVID-19.
KERJA PEMASANGAN
‘AIR COOLER’ DI
KHEMAH PUSAT
KUARANTIN
TANJUNG RAMBUTAN, PERAK
Sebagai langkah utama bagi memerangi COVID-19
di Malaysia, pihak Kerajaan telah mewujudkan pusat kuar-
antin diseluruh negara.
Oleh yang demikian, bagi memberi keselesaan
kepada petugas barisan hadapan (front liners) negera
yang bertugas di Pusat Kuarantin COVID-19 di Kolej Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) yang terletak di Tanjung
Rambutan, Perak, Bahagian Mekanikal di JKR Perak telah
bertugas bagi kerja pemasangan ‘air cooler’ di khemah pi-
hak Urusetia di pusat kuarantin tersebut. Dengan ini, petu-
gas barisan hadapan dapat menjalankan tugas dengan
keadaan yang selesa walaupun di dalam cuaca panas.
KERJA PEMASANGAN
KHEMAH DAN KERUSI
DI KLINIK KESIHATAN
DAERAH KUANTAN
KUANTAN, PAHANG
Pusat kuarantin dan rawatan telah diwujudkan dipel-
bagai lokasi di Malaysia bagi memerangi penularan COVID-19.
Bagi menyokong inisiatif pihak Kerajaan ini, pihak JKR Kuantan
telah membantu dalam penyediaan dan pemasangan khemah
dan juga kerusi di sekitar Klinik Kesihatan di Daerah Kuantan untuk
dijadikan tempat saringan pesakit COVID-19 di kawasan tersebut.
Pemasangan khemah dan penyediaan kerusi tersebut
bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan juga
pertugas barisan hadapan semasa menjalankan saringan kepa-
da pesakit COVID-19.
MISI BANTUAN
BANJIR DI SEGAMAT
– DISERTAI SUKARELA-
WAN JKR & NGO
SEGAMAT, JOHOR
Dengan bilangan mangsa banjir di Johor yang semakin
meningkat berikutan hujan lebat yang berlangsung lebih 12 jam
pada pertengahan bulan Disember 2018, pihak JKR telah menga-
dakan Misi Bantuan Banjir di Segamat yang disertai oleh sukarel-
awan JKR dan juga pihak NGO.
Selain menghulurkan bantuan dari segi pemberian
barangan keperluan asas, sukarelawan JKR dan pihak NGO turut
memberi bantuan dari segi tenaga dengan membantu mem-
bersihkan rumah-rumah yang terlibat dengan kejadian banjir
tersebut bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung
oleh mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terkesan.
PEMASANGAN SISTEM
SOLAR HIBRID BAGI
SEKOLAH LUAR
BANDAR DI SABAH
Sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah
kawasan pendalaman di Sabah yang tiada bekalan elektrik
24 jam, satu sistem telah diperkenalkan oleh pihak JKR iaitu
Sistem Solar Hibrid. Sistem ini bertujuan untuk menggantikan
sistem janakuasa diesel sedia ada yang kurang efisien dan
hanya mampu untuk beroperasi kira-kira 6 jam setiap hari.
Selain dapat menjimatkan penggunaan diesel, Sistem Solar
Hibrid ini dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksi-
da (CO2) dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah
berbanding janakuasa diesel.
Bermula dari tahun 2008, JKR telah diberi keper-
cayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
melaksanakan projek pembekalan elektrik bagi sekolah-seko-
lah luar Bandar di Sabah dengan menggunakan Sistem Solar
Hibrid. Peranan JKR termasuklah merekabentuk sistem, proses
perolehan, pengawasan semasa tempoh pemasangan serta
penyenggaraan dan pengoperasian sistem. Program pem-
bekalan elektrik bagi sekolah-sekolah luar Bandar ini adalah
selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi tumpuan ke-
pada pembinaan infrastruktur, khususnya bekalan elektrik 24
jam di sekolah-sekolah di luar bandar bagi memastikan kece-
merlangan pendidikan dan suasana pembelajaran yang kon-
dusif bagi generasi pelapis negara.
Pemasangan Sistem Solar Hibrid di Sabah ini melibat-
kan 2 fasa. Fasa 1 hanya melibatkan 78 buah sekolah manaka-
la Fasa 2 pula melibatkan 84 buah sekolah. Inisiatif ini bermula
pada tahun 2008 dan sehingga kini keseluruhan sistem yang
dikategorikan sebagai ‘eco-friendly’ ini masih beroperasi dan
diselenggara oleh JKR.
Dengan pengalaman, kepakaran dan kompeten-
si yang ada, pihak JKR sentiasa bersedia memberi perkhid-
matan terbaik dalam perlaksanaan program bekalan elektrik
di kawasan luar Bandar yang masih tiada bekalan elektrik 24
jam dengan menggunakan teknologi tenaga baru, khususnya
Sistem Solar Hibrid ini.
LAPORAN PEMERIKSAAN
FORENSIK STRUKTUR
AKIBAT KEJADIAN
KOMPONEN TAMBAHAN
PAPAK TANGKI AIR
RUNTUH DI SEKOLAH
KEBANGSAAN
JERANGAU
DUNGUN, TERENGGANU
Jurutera di Bahagian Forensik Struktur Dan Jambatan, JKR
telah turun padang bagi menjalankan pemeriksaan dengan ter-
perinci untuk mengenalpasti punca kegagalan struktur komponen
tambahan papak tangki air yang telah runtuh di Sekolah Kebang-
saan Jerangau di
Dungun, Terengganu.
Berdasarkan analisa yang telah dilaksanakan, punca keg-
agalan struktur tersebut adalah disebabkan oleh pembinaan kom-
ponen tambahan papak yang tidak mengikut lukisan rekabentuk
dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Cadangan pembaikan bagi masalah ini adalah kesemua
pembinaan yang sama seperti komponen tambahan papak yang
telah jatuh itu hendaklah dipisahkan
dan dibuang dan pembinaan struktur komponen papak haruslah
dibina mengikut lukisan rekabentuk yang telah dihasilkan bagi
mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa akan datang
sehingga boleh membahayakan keselamatan para guru dan mu-
rid-murid di sekolah tersebut.
LAPORAN PEMERIKSAAN
FORENSIK STRUKTUR
AKIBAT KEJADIAN
RUNTUHAN BUMBUNG
SEKOLAH KEBANGSAAN
DANAU KOTA DI KUALA
LUMPUR
KUALA LUMPUR
Setelah menjalakan pemeriksaan di tempat kejadi-
an oleh Bahagian Forensik Struktur Dan Jambatan, JKR, punca
keruntuhan bumbung sekolah tersebut adalah disebabkan
oleh kegagalan pada sambungan anggota kekuda bum-
bung itu.
Berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan,
selain daripada factor angina, ianya didapati struktur keku-
da bumbung tersebut telah gagal sepenuhnya dan tidak
dapat lagi memberi kebolehkhidmatan seperti yang telah di-
rekabentuk. Pengemukaan cadangan pembaikan telah dike-
luarkan melalui laporan yang sama iaitu penggantian struk-
tur kekuda bumbung yang baharu dan penggantian tersebut
haruslah menggunakan beban struktur kekuda yang sama
atau lebih baik (seperti kekuda bumbung kayu jenis sederha-
na keras atau medium hardwood dengan ketumpatan yang
rendah).
RUMAH KEKAL
BAHARU (RKB)
MANGSA BANJIR
Sebanyak 1,274 buah rumah kediaman banjir di dalam Pro-
jek Rumah Kekal Baharu (RKB) telah dibina bagi membantu keluarga
yang telah kehilangan rumah ekoran tragedi banjir besar yang tel-
ah melanda di negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan juga Per-
ak. Pihak JKR telah dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk dan
melaksanakan projek ini.
Terdapat 2 jenis rekabentuk rumah kediaman banjir yang
telah berjaya dihasilkan iaitu RKB Jenis Sesebiah Atas Tanah yang
berkeluasan 75.48 meter persegi dan juga RKB Jenis Sesebuah Ber-
tiang, dengan keluasan 61.20 meter persegi.
Dari segi pembinaan rumah kediaman banjir ini pula meli-
batkan 2 kaedah. Kaedah yang pertama merupakan Kaedah Konven-
sional yang menggunakan tiang
dan rasuk konkrit bertetulang. Manakala, kaedah yang kedua pula
menggunakan Kaedah IBS atau Industrialised Building System iaitu
dengan menggunakan IBS Steel
Wall Framing with Precision Wall Cladding.
Dengan pelaksanaan projek ini, mangsa banjir mendapat
rumah kediaman yang selesa dengan ruang dalaman
yang kondusif dan pada masa yang sama lebih selamat kerana ru-
mah-rumah tersebut dibina di kawasan yang lebih tinggi dari paras
banjir).
MISI BANTUAN Sebelum bertolak ke kawasan bencana banjir,
KEMANUSIAAN KKR kaunter penyerahan sumbangan dan bantuan telah di-
& JKR KE PANTAI TIMUR buka di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Misi
ini berjaya menarik pehatian orang ramai dimana kaunt-
Di dalam sesuatu operasi pengurusan bagi bantuan er tersebut telah menerima pelbagai bentuk sumbangan
apabila berlaku bencana, JKR berperanan sebagai agensi ban- daripada pelbagai pihak termasuklah daripada jabatan
tuan dan pemulihan seperti memberi bantuan sokongan keper- dan agensi kerajaan yang lain, syarikat korporat dan juga
luan loji-loji, kenderaan dan kaki tangan untuk kerja mengemas orang awam. Antara bentuk sumbangan yang diterima
tempat bencana dan pengangkutan, menyediakan tempat adalah bahan makanan, pakaian dan keperluan asas
berlindung sementara (menggunakan kanopi atau khemah), yang lain.
bekalan air di kawasan yang memerlukan, perkhidmatan tekni-
kal dan pakar dalam bidang kejuruteraan forensik, geoteknik
(contoh: kejadian tanah runtuh), struktur dan lain-lain serta
pelaksanaan kerja-kerja baikpulih.
Pada Disember 2014, bencana banjir telah melanda
negeri-negeri di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pa-
hang) dimana pemindahan mangsa banjir meningkat seti-
ap hari dan kerosakan harta benda yang amat kritikal akibat
banjir tersebut. Satu ‘Misi Bantuan Kemanusiaan KKR dan JKR
ke Pantai Timur’ telah diadakan bagi menyalurkan bantuan ke
kawasan-kawasan yang terkesan teruk akibat banjir, seperti
Kuala Krai, Manek Urai, Pasir Mas, Tanah Merah dan beberapa
kawasan lain lagi. Misi ini berlangsung dari 28 Disember 2014 se-
hinggalah 5 Januari 2015 dan seramai 120 orang sukarelawan
daripada kalangan kakitangan KKR dan JKR telah terlibat beser-
ta 37 buah kenderaan pacuan 4 roda dan juga 11 buah lori bagi
membawa alatan pembersihan dan juga bantuan keperluan
asas untuk diberikan mangsa-mangsa banjir.
PUSAT RAWATAN
COVID-19 DI CREATE
MELAKA
Semasa seluruh negara berusaha untuk
memerangi penularan Koronavirus di Malaysia, Ma-
jlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengemuka-
kan senarai pusat-pusat latihan awam milik Kera-
jaan yang telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai
stesen kuarantin sementara. Salah satu pusat lati-
han yang terpilih adalah Pusat Kecemerlangan Ke-
juruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya atau
lebih dikenali sebagai CREaTE, yang terletak di Alor
Gajah, Melaka. Ia merupakani Stesen Pusat Kuaran-
tin COVID-19 yang pertama di negeri tersebut, yang
menawarkan rawatan kepada individu yang disyaki
pembawa wabak berkenaan.
Dalam usaha menjadikan CREaTE sebagai
Stesen Pusat Kuarantin COVID-19, jabatan dan agensi
kerajaan lain turut terlibat dan antaranya ialah Ke-
menterian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Kesela-
matan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, RELA dan juga JKR Melaka sendiri.
Sebanyak 250 bilik di CREaTE telah dileng-
kapi dengan pelbagai kemudahan khusus untuk pe-
sakit COVID-19. Dewan Utama CREaTE berfungsi se-
bagai Bilik Gerakan yang beroperasi selama 24jam.
Pelbagai kemudahan telah disediakan di dalam de-
wan tersebut bagi kegunaan 118 orang barisan hada-
pan yang bertugas di stesen kuarantin ini. Kawalan
ketat turut dilakukan di CREaTE sepanjang tempoh ia
berfungsi sebagai Stesen Pusat Kuarantin COVID-19
bagi memastikan virus tersebut tidak tersebar dan
seterusnya untuk memutuskan rantaian COVID-19,
terutamanya di Melaka.
FUTURE
JKR
LANGKAH HIJAU
Semasa manusia sibuk mengejar pembangunan
tamadun dunia, alam sekitar menjadi mangsa apabila
pelbagai pencemaran mula berlaku dan keadaan Bumi
menjadi semakin tenat. Di atas hasil pelbagai kajian dan
analisa golongan perihatin di peringkat global, langkah
‘hijau’ telah diperkenalkan dan mula diadapatasi diper-
ingkat dunia sebagai salah satu usaha untuk mengurang-
kan pencemaran dan pada masa yang sama memulihara
Bumi. Bagi membenarkan pembangunan berlaku tanpa
kemusnahan pada Bumi, beberapa langkah ‘hijau’ boleh
diambil bagi memastikan persekitaran sedia ada sihat
dan selamat untuk didiami manusia terutamanya untuk
generasi akan datang. Salah langkah tersebut ialah den-
gan memastikan bangunan yang dibina kurang menggu-
nakan bahan-bahan yang terhasil melalui kaedah yang
menyumbang kepada kemerosotan keadaan Bumi. Selain
itu, rekabentuk sesebuah bangunan juga memainkan per-
anan penting bagi memastikan penggunaan tenaga yang
minimal dan mengurangkan pelepasan karbon.
Salah satu langkah ‘hijau’ yang telah diambil oleh
JKR ialah melalui penghasilan buku Polisi Pembangunan
Lestari JKR Malaysia (2016-2020) dimana ianya diterbit-
kan susulan dari buku polisi yang sebelumnya (Edisi: 2013-
2015). Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menerang-
kan secara terperinci latar belakang, usaha yang diambil
di peringkat nasional dan dunia serta dan juga strategi
JKR dalam memenuhi komitmen negara dalam pemban-
gunan lestari. Selain itu, sebuah jawatankuasa turut ditu-
buhkan, yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Induk
Pembangunan Lestari (JKIPL) dimana ianya berfungsi un-
tuk mendapatkan penglibatan menyeluruh semua warga
JKR terutamanya cawangan sektor pakar dalam menye-
padu, menyelaras dan menggariskan inisiatif pembangu-
nan lestari dalam pelaksanaan projek-projek JKR.
Skim Penarafan Hijau JKR
juga merupakan satu langkah ‘hijau’
yang diambil oleh JKR bagi memas-
tikan pembinaan bangunan dibawah
seliaanya bukan sahaja selamat di-
gunakan tetapi juga mesra alam.
Skim Penarafan Hijau menetapkan
enam bidang utama iaitu tapak, tena-
ga, bahan, kualiti udara dalaman, air
dan inovasi.
Melalui proses Penarafan
Bangunan Hijau ini, pasukan projek
akan bekerjasama dengan pasukan
pelaksana bagi mencapai Penara-
fan Hijau serta memenuhi kehendak
Pihak Berkuasa Tempatan dan agen-
si-agensi kerajaan lain yang mensa-
sarkan kepada pembangunan yang
lestari. Dengan masa dan data dari
seluruh negara yang ada pada JKR,
keperluan bagi penarafan hijau boleh
disesuaikan untuk memenuhi keper-
luan struktur dan bangunan pada
semua peringkat, tanpa mengira lo-
kasi dan seterusnya Skim pH JKR dan
pembangunan berterusan oleh JKR
mampu meningkatkan tahap kele-
starian semua bangunan Kerajaan di
masa hadapan.
Selain itu, JKR turut bekerjasama dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malay-
sia (CIDB) dalam memperkenalkan satu kaedah pen-
gukuran pelepasan karbon iaitu Malaysian Carbon Re-
duction and Environmental Sustainability Tool ataupun
lebih dikenali dengan nama MyCREST. Ini merupakan
salah satu cara untuk menggalakkan penggiat industri
pembinaan untuk merekabentuk, membina dan men-
gendalikan bangunan-bangunan di Malaysia dengan
mengintegrasikan karbon rendah dan juga amalan
lestari. Kaedah pengukuran ini mengambil kira kitaran
hayat bangunan secara keseluruhan iaitu daripada
proses rekabentuk sehingga kepada proses penye-
lenggaraan dan juga diperingkat perobohan sese-
buah infrastruktur.
Walaubagaimanapun, langkah paling uta-
ma dalam memastikan usaha membina persekitaran
yang lebih selamat dan bebas dari pencemaran un-
tuk keperluan generasi semasa dan yang akan datang
adalah dari segi mempraktikkan pelan tindakan yang
telah dibangunkan. Dengan praktis dan sokongan kuat
daripada penggiat industri, segala inisiatif yang telah
dikaji dan dihasilkan ini akan membawa kepada pen-
capaian matlamat utama langkah ‘hijau’ dan seter-
usnya menyumbang kepada persekitaran yang lebih
sihat.
ANALISA DAN PENCAPAIAN PROJEK RM 7,372,000.00
PENARAFAN HIJAU (2019-2020)
PENJIMATAN KOS
CIQ LANGKAWI LEMBAGA PELABUHAN JOHOR OPERASI PER TAHUN
23% PENJIMATAN TENAGA 42% PENJIMATAN TENAGA 14,018,000
RM 137,642.00 RM 113,197.69
KG CO2 AVOIDANCE
PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PER TAHUN
UTHM BATU PAHAT KUL. KEJURURAWATAN UIAM BALAI POLIS DEBAK
34% PENJIMATAN TENAGA 31% PENJIMATAN TENAGA 31% PENJIMATAN TENAGA
RM 148,624.00 RM 265,874.00 RM 36,674.00
PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN
KPDNKK KUALA PILAH MAHKAMAH KOTA BHARU MAHKAMAH KOTA KINABALU
24% PENJIMATAN TENAGA 38% PENJIMATAN TENAGA 31% PENJIMATAN TENAGA
RM 70,255.00 RM 275,677.00 RM 796,595.00
PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN
CYBERSECURITY IPD JOHOR BAHRU SELATAN HOSPITAL KUALA KRAI
22% PENJIMATAN TENAGA 32% PENJIMATAN TENAGA 34% PENJIMATAN TENAGA
RM 467, 290.00 RM 211,396.00 RM 4,849,071.00
PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN PENJIMATAN KOS OPERASI PER TAHUN
BUILDING
INFORMATION
MODELLING
(BIM)
Sistem Building Information Modelling (BIM)
ini bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi bagi
golongan professional di dalam industri pembinaan.
Ianya telah diperkenalkan kepada dunia sejak beber-
apa tahun yang lalu dan untuk industri pembinaan
Malaysia bergerak maju ke hadapan seiring dengan
teknologi dan pembangunan negara maju lain, pihak
Kerajaan mengharapkan industri pembinaan di Ma-
laysia untuk mula mengadaptasi sistem tersebut da-
lam tempos masa 5 tahun ini. Menurut Menteri Kerja
Raya Malaysia iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, perisian
pintar yang berasaskan model 3-D ini akan dapat
membantu sektor ini menjadi lebih mampan dalam
jangka masa panjang.
Data yang telah dijana menggunakan sistem
BIM ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepa-
da sesebuah projek di peringkat perancangan dan
rekabentuk, tetapi juga diperingkat pelaksanaan iaitu
semasa kerja-kerja pembinaan sedang berjalan dan
seterusnya bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan,
selepas projek itu telah siap dibina. Oleh itu, secara
keseluruhannya, penggunaan data daripada sistem
BIM ini boleh digunapakai di setiap peringkat kitaran
hayat bagi sesebuah projek, tidak lagi hanya tertumpu
di peringkat awalan sahaja.
JKR telahpun melaksanakan
beberapa inisiatif sebagai usaha
memperkenal dan menggalakkan
pengadaptasian sistem BIM ini se-
jak beberapa tahun yang lalu. Antara
inisiatif tersebut adalah penghasilan
buku Garis Panduan BIM JKR, Manu-
al Proses Kerja BIM JKR – Fasa Peran-
cangan, Piawaian BIM JKR, seterusnya
memperkenalkan Hari BIM JKR yang
diadakan pada setiap tahun dan juga
mengadakan Pusat BIM JKR yang ter-
letak di Blok F, Ibu Pejabat JKR Malay-
sia di Kuala Lumpur. Dengan melalui
Pelan Strategik 2021-2025 yang diban-
gunkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
Malaysia, Kementerian telah mene-
tapkan satu matlamat dimana pen-
gadaptasian penggunakan sistem ini
harus mencapai 50% pada tahun 2021
dan seterusnya meningkat kepada
80% pada tahun 2025.
Diharapkan dengan inisi-
atif yang telah dilaksanakan, bukan
sahaja oleh JKR tetapi juga usaha
oleh pihak swasta, pengadaptasian
sistem BIM dalam masa akan datang
akan menjurus kepada pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian dan seterusnya indus-
tri pembinaan negara dapat maju
setapak kehadapan dan semakin
menghampiri perkembangan yang
telah dicapai oleh negara-negara
maju yang lain di dalam sektor yang
sama.
PENGLIBATAN DI
PERINGKAT ANTARABANGSA
WORLD ROAD
CONGRESS KE-25
– SEOUL 2015
Sejak World Road Congress yang pertama
diadakan, pihak World Road Association atau lebih
dikenali sebagai PIARC telah menjadikan kongres ini
sebagai program berkala yangs diadakan sekali pada
setiap 4 tahun. Persidangan ini diadalah dilokasi yang
berbeza pada setiap kali ianya dianjurkan dan ianya
bermula di Paris, Perancis pada tahun 1908. Di atas se-
mangat dan komitment tinggi yang ditunjukkan oleh
Malaysia dalam persidangan ini, Malaysia telah terpi-
lih untuk menjadi tuan rumah pada tahun 1999 bagi
penganjuran kongres ini.
Dalam masa yang sama, pemilihan ini diirin-
gi dengan penghormatan dalam menjadikan Malay-
sia sebagai negara Asia kedua, iaitu selepas Jepun,
untuk menganjurkan persidangan berprestij ini. Tujuan
utama persidangan ini diadakan adalah untuk men-
jadi sebuah platform untuk perkongsian maklumat
dan pengalaman diperingkat antarabangsa tentang
pembinaan infrastruktur pengangkutan jalan raya.
Pada tahun 2015, World Road
Congress yang ke-25 telah diadakan
di Seoul, Korea Selatan. Persidangan
tersebut diadakan selama 5 hari,
bermula pada 2 November sehing-
ga 6 November 2015. Tema yang tel-
ah dipilih sebagai teras persidangan
pada kali ini adalah ‘Roads and Mo-
bility-Creating New Value from Trans-
port’. Penyumbang utama kepada
penglibatan Malaysia di dalam persi-
dangan ini adalah The Road Engineer-
ing Association of Malaysia (REAM),
dengan sokongan kuat dan kerjasa-
ma daripada Kementerian Kerja Raya
(KKR) dan agensi dibawahnya iaitu
JKR dan juga Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM).
Semasa persidangan ber-
langsung di Coex International Con-
vention Center yang terletak di
Gang-nam-gu, para pengunjung ber-
peluang untuk meninjau pembangu-
nan negara melalui pavilion Malaysia
dimana informasi tentang perancan-
gan, pembangunan dan operasi in-
ovatif infrastruktur jalan negara dan
projek-projek yang berkaitan dikongsi
sebagai pameran di pavilion Malaysia
dengan rekabina berdasarkan senibi-
na traditional negara kita. Selain itu,
para pengunjung juga dijemput untuk
berkongsi pengalaman dan penge-
tahuan bersama petugas-petugas di
ruang pameran untuk mencipta net-
working antara golongan profesional
yang berasal dari pelbagai negara.
WORLD ROAD
CONGRESS KE-26
– ABU DHABI 2019
Persidangan yang dianjurkan pada tahun
2019 pula telah diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab
Bersatu dan ianya berlangsung pada 6-10 Oktober.
Di kongres ini, sebilangan pegawai JKR telah dipilih
sebagai peserta agar berpeluang untuk menimba
pengalaman, memperluaskan ilmu dan berkena-
lan bersama golongan profesional di dalam bidang
yang sama di peringkat antarabangsa. Tema bagi
World Road Congress pada tahun tersebut adalah
‘Connecting Cultures, Enabling Economic’.
Di persidangan ini juga Malaysia diberi pe-
luang untuk mempamerkan kemajuan infrastruktur
jalan raya yang dibina di negara kita. Sebuah pa-
vilion yang dibiayai oleh sektor swasta menjadi ru-
angan pameran yang disertai oleh 19 buah syarikat
tempatan dalam bidang infrastruktur jalan, dimana
ruangan tersebut dipenuhi dengan pelbagai mak-
lumat dan bidang kepakaran dalam pembinaan
jalan raya. Pavilion Malaysia telah berjaya menarik
perhatian orang ramai dan telah mendapat sambu-
tan menggalakkan daripada wakil negara luar yang
dari seluruh dunia.
Informasi yang dikongsikan di pavilion
semasa persidangan tersebut secara tidak langsung
menjadi jendela dalam memberi peluang kepada
dunia untuk meninjau kemajuan yang telah dikecapi
oleh Malaysia, terutamanya dalam pembinaan jalan
raya yang merupakan medium pengangkutan uta-
ma di negara kita dan penggalak kepada pemban-
gunan ekonomi Malaysia sejak 100 tahun yang lalu.
Selama lebih 100 tahun berkhidmat kepada rakyat,
perkembangan organisasi JKR telah bergerak sejajar den-
gan pembangunan negara Malaysia, berperanan sebagai
penggerak utama dalam kemajuan industri pembinaan.
Selain daripada pelaksanaan projek dalam pembi-
naan, JKR turut menggalakkan penyelidikan dan pelbagai
program yang berteraskan sektor ini dengan kerjasama
daripada pelbagai pihak dan ini termasuklah program ‘Hari
Profesion Teknikal Negara’ yang diadakan dengan tujuan
untuk menghargai perkhidmatan dan segala bentuk sum-
bangan golongan profesion teknikal di Malaysia kepada in-
dustri.
Melalui penyelidikan dan program-program seper-
ti ini, ilmu dalam kalangan para pengiat industri bukan sa-
haja dapat dikongsi bersama tetapi juga membantu untuk
membentuk masa depan industri yang boleh dijadikan se-
bagai panduan kepada generasi profesion teknikal yang
akan datang.
SIDANG REDAKSI
Penaung
Yang Berbahagia Dato’ Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman
Penyelaras
Yang Berusaha Ar. Ibrahim bin Isa
Ketua Editor
En. Ab Rashid bin Abdullah
Editor
Mohd Hazwan bin Mohd Anuar
Nur Shafiqa binti Baharin
Turut Menyumbang
Effendi bin Mohd Sood
Ahmad Faaris bin Suden
Mohamad Fazrin bin Mohamad Fauzi
Wan Mohd Norafizul bin Wan Ahmad
DRAFT JKR 19/20
H P T N 20
WARKAH
JKR