MANUAL PENYEDIAAN JAKIYAT SEDIAKAN GAMBAR JARI JEMARI NAMAKAN / LABELKAN PERANAN JARI JEMARI IBU JARI (WATAK), JARI TELUNJUK (KATA BANTU), JARI HANTU (KATA KERJA), JARI MANIS (OBJEK) DAN JARI KELIKING (LOKASI/ADJEKTIF/KATA SENDI NAMA) LEKATKAN KERTAS PENANDA/LABEL PADA JARI DAN LAKSANAKAN AKTIVITI ULANG SEBUT TUKARKAN LABEL KEPADA PROSES BINA AYAT YANG BERSESUAIAN DENGAN ARAS KEUPAYAAN MURID PENGUKUHAN DAN PENAMBAHBAIKAN GUNA JARI KE-6 (IBU JARI TANGAN KANAN) SEBAGAI KATA HUBUNG DAN JARI KE-7 DAN SETERUSNYA AKAN BERFUNGSI SEBAGAI KATA KETERANGAN 38
IDEA ASAS JAKIYAT 39
MANUAL PENGGUNAAN TEKNIK JAKIYAT (JARI KIRA AYAT) MASA 30 MINIT OBJEKTIF Murid dapat mencatat maklumat daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis. SINOPSIS Kit JAKIAT dibangunkan adalah untuk mengasah kemahiran membina ayat yang gramatis secara perkongsian idea dan menjana peluasan subjek dan predikat. STANDARD KANDUNGAN Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. KRITERIA KEJAYAAN Mencatat maklumat yang betul daripada bahan grafik. Memahami teknik membina mudah Memahami subjek dan prediket dalam binaan ayat BAHAN/ALATAN Pen merah dan pen hitam Lukisan tangan kiri dan kanan FOKUS KEMAHIRAN Memahami arahan guru dengan jelas dan tepat Menganalisis bahan grafik dengan teliti Membina ayat tunggal dan ayat majmuk denagn betul Membina peluasan ayat dengan betul dan tepat PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. 2. Murid mendengar arahan guru untuk menganalisis bahan grafik yang berbeza dalam kumpulan. 3. Guru menunjukkan kaedah JAKIYAT dan berinteraksi dngan murid 4. Guru memberi tugasan dengan mengedarkan gambar sebagai bahan rangsangan 5. Murid berbincang dan menulis ayat berdasarkan pendapat ahli kumpulan dengan menggunakan JAKIYAT 6. Hasil dapatan akan dibentangkan secara Tinggal dan Gerak (Stay and Stray). 7. Murid dibekalkan sticky notes untuk memberikan komen atau membetulkan ayat kepada kumpulan yang mereka kunjungi. PRINSIP PELAKSANAAN Murid akan diterangkan tentang teknik JAKIYAT oleh guru. Murid mencatat kata berdasarkan acuan tangan. Proses peluasan kata berlaku semasa perbincangan kumpulan dan komen penambahbaikan daripada kumpulan lain. 40
PROSEDUR PELAKSANAAN CADANGAN KESESUAIAN AKTIVITI DENGAN SKPMg2 STD 4 dan PBD (SUSUN IKUT KEPERLUAN) AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG / Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran 4.2 PENGAWAL / JAKIAT dijalankan dengan kemahiran mengira, kemahiran motor halus (gerakan jari) disamping kemahiran membina ayat secara pemeringkatan kemahiran berdasarkan tahap penguasaan murid.. 3 jari 5 jari 7 jari dan seterusnya Pemerhatian 4.3 PEMBIMBING / Guru membimbing murid menggunakan JAKIAT mengikut gerakan jari yang mewakili ikon dalam binaan ayat. Lisan Membaca Pemerhatian 4.4 PENDORONG / Guru merangsang murid membina ayat sendiri menggunakan JAKIAT. Guru menggunakan teknik kuiz atau permainan bahasa untuk penambahbaikan Lisan Membaca Menulis 4.5 PENILAI / Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan membina beberapa ayat yang lain dengan pelbagai bahan rangsangan Lisan Pemerhatian Menulis 4.6 MURID AKTIF / Guru memastikan murid dapat mnggunakan JERID untuk membina ayat. Aktiviti PROJEK dapat dijalankan secara kumpulan. Contoh PBL : 1. VIDEO DEMO – POWER POINT 2. MANUAL JAKIAT Lisan Membaca Pemerhatian Persediaan dan kefahaman guru dapat lancarkan Pdpc. Aktiviti membuat kad piramad menarik minat murid dapat merangsang kesediaan belajar KAEDAH PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) 41
Tangan kiri Ibu jari Merujuk kepada SUBJEK (orang atau bukan orang) contoh : Mary…, ayah dan ibu …, kucing …, pokok … Jari telunjuk Merujuk kepada kata bantu atau kata tunjuk Contoh kata bantu : sedang, hendak, mesti … Contoh kata tunjuk : itu, ini … atau … yang … Jari hantu Kata kerja atau kata adjektif Contoh Kata kerja : menolak, menarik Contoh kata adjektif : manis, laju Jari manis Merujuk kepada objek Contoh objek : bola, buku Jari kelingking/anak jari Merujuk kepada lokasi atau masa Contoh lokasi : padang, utara Contoh masa : petang, semalam, setiap hari Tangan kanan Ibu kelingking/anak jari Merujuk kepada Kata hubung Contoh kata hubung : supaya, kerana, untuk Jari manis Merujuk kepada kata keterangan iaitu peluasan idea yang melengkapkan maksud ayat Contoh ayat berketerangan keterangan (kk) : Ali sedang menyapu sampah di halaman rumahnya supaya bersih dan (kk 1) ceria menjelang hari raya ini (kk 2) (kk 3) # Kata Keterangan (kk) : bersih, ceria dan menjelang Jari hantu Jari telunjuk Ibu jari 42
PENGGUNAAN JAKIYAT ASAS Subjek Kata bantu/kata tunjuk Kata kerja /kata adjektif adjektifadjektif objek Lokasi/masa TANGAN KIRI AYAT MUDAH & AYAT LENGKAP 1 2 1 3 1 4 1 5 43
PELUASAN AYAT 1 2 1 3 2 1 4 3 2 1 5 4 3 2 1 Kata hubung Kata keterangan Kata keterangan Kata keterangan Kata keterangan TANGAN KANAN 44
ELEMEN 3 : ULASAN ISU Murid tidak memahami kehendak soalan. Murid tidak tahu cara menulis ulasan dengan betul sebaliknya membuat karangan cerita. Murid hanya menyalin soalan. Murid hanya mengubah suai idea yang diberi dengan memasukkan penanda wacana sahaja. Murid tidak dapat membezakan isi utama dan isi sampingan. Murid tidak dapat menjelmakan idea tersurat dalam stimulus. Idea tersurat yang ditulis tiada kaitan dengan stimulus yang diberi kerana murid menghafal teknik. Pengolahan idea atau jawapan tidak teratur kerana menggunakan bahasa percakapan. Penguasaan kosa kata juga sangat terhad dengan ulasan yang tidak menarik. 46
ELEMEN ULASAN BAHAN TEKNIK BLOK SUSI 1 ApSuSi (Apa, terSurat, terSirat) (MENYUSUN DAN MENGGABUNGKAN BLOKBLOK ISI TERSURAT DAN TERSIRAT BAGI MEMBINA ULASAN DENGAN MENGGUNAKAN KATA TANYA APA – APA + DILIHAT, APA + DIBACA, APA + DIFAHAMI) BLOK SUSI 2 BiSuSi (Bijak/Bina, terSurat, terSirat) (MEMBINA BLOK TERSURAT DAN TERSIRAT BAGI MENULIS ULASAN YANG LENGKAP) BLOK SUSI 3 CeSuSi (Cemerlang, terSurat, terSirat) (MEMBINA ULASAN DENGAN MEMENUHI KEHENDAK SOALAN BAGI MENCAPAI TAHAP CEMERLANG DALAM PEMARKAHAN) TIP PEMBELAJARAN o Mencari isi tersurat dan tersirat dengan cara memerhati dan menganalisis maklumat berdasarkan bahan stimulus o Menyusun isi tersurat dan tersirat o Menulis ulasan yang efisien dengan mudah 47
KELEBIHAN PEMERINGKATAN : BELAJAR SECARA BERPERINGKAT ATAU ANSUR MAJU MULTI SENSORI : MENGGUNAKAN PELBAGAI DERIA - SENSORI DALAM KEMAHIRAN KEPELBAGAIAN ARAS : SESUAI UNTUK ARAS RENDAH, SEDERHANA & TINGGI KESESUAIAN BBM : BBM MANUAL INTERAKTIF YANG PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA ApSuSi Apa, terSurat, terSirat KONSEP ApSuSi merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat-peringkat mengikut aras penguasaan murid. Penggunaan ApSuSi diharapkan dapat membantu murid memperkukuh asas dalam membina ulasan pada peringkat permulaan. ApSuSi juga direka bentuk mengikut kesesuaian kebolehan murid yang pelbagai. 48
PELAKSANAAN ApSuSi DALAM PEDAGOGI TERBEZA ARAS TINGGI PROSES KENAL PASTI TIGA ISI TERSURAT BERDASARKAN STIMULUS PRODUK MEMBINA TIGA BLOK ISI TERSURAT ARAS SEDERHANA PROSES KENAL PASTI DUA ISI TERSURAT BERDASARKAN STIMULUS PRODUK MEMBINA DUA BLOK ISI TERSURAT ARAS RENDAH PROSES KENAL PASTI SATU ISI TERSURAT BERDASARKAN STIMULUS PRODUK MEMBINA SATU BLOK ISI TERSURAT 49
MANUAL PENYEDIAAN BLOK ApSuSi MANUAL PENGGUNAAN ApSuSi SEDIAKAN BAHAN KAD/ MOUNTING BOARD BERWARNA GUNTING PITA PELEKAT POTONG MENJADI SEGI EMPAT SAMA BLOK ApSuSi - EMPAT(4) BLOK - AYAT PEMULA - PENANDA WACANA - ISI TERSURAT - RUMUSAN 3 Su 0 Si B L O K 50
MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN ULASAN BLOK ApSuSi OBJEKTIF Bertutur untuk membuat penjelasan tentang maklumat yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Membimbing murid membina isi tersurat dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan kaedah membina ayat untuk menulis ulasan yang efisien Menggabungkan kepelbagaian sensori dan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan membina ulasan KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menggabung perkataan untuk membina ulasan CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Blok SuSi 1 merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat mengikut aras penguasaan murid. Blok SuSi 1 merujuk kepada kepelbagaian gaya penggunaan yang bersesuaian dengan kebolehan murid. Kumpulan fokus yang menjadi sasaran ialah kumpulan murid berprestasi rendah. STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. BAHAN/ALATAN Blok SuSi 1 ELEMEN TMK YouTube, Google Classroom, Jamboard FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – Murid bertutur untuk menjelaskan sesuatu maklumat yang tersurat dan tersirat. Membaca – Murid memahami perkara dibaca dengan memberikan penerangan atau cara-cara lain. Menulis – Murid merujuk bahan multimedia dan bukan multimedia yang disediakan bagi menulis isi tersurat. 51
PROSEDUR PELAKSANAAN KESESUAIAN SKPMg2 STD 4 dan PBD (SUSUN IKUT KEPERLUAN) AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG / Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran 4.2 PENGAWAL / BLOK SuSi dijalankan mengikut aras penguasaan murid. 1, 2, 3 4.3 PEMBIMBING / Guru membimbing murid menggunakan BLOK SuSi mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dengan aras penguasaan murid 1, 2, 3 4.4 PENDORONG / Guru merangsang murid membina ulasan sendiri. Guru menggunakan kaedah silang semak untuk penambahbaikan 1, 2, 4 4.5 PENILAI / Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan mmencari isi tersurat dan tersirat serta menulis ulasan yang lengkap menggunakan pelbagai stimulus. 2, 4 4.6 MURID AKTIF / Guru memastikan murid dapat menggunakan BLOK SuSi untuk membina ulasan. Gerak kerja berkumpulan dapat dijalankan secara koperatif dan kolaboratif 4 Persediaan dan kefahaman guru dapat lancarkan PdPc. Aktiviti membuat blok SuSi dapat menarik minat murid dapat merangsang kesediaan belajar KAEDAH PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. KAEDAH LISAN 2 . KAEDAH MEMBACA 3. KAEDAH MENULIS 4. KAEDAH PEMERHATIAN 52
KELEBIHAN PEMERINGKATAN : BELAJAR SECARA BERPERINGKAT @ ANSUR MAJU BAHAN GRAFIK : MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH PENYAMPAIAN BERKESAN KEPELBAGAIAN ARAS : SESUAI UNTUK ARAS RENDAH, SEDERHANA & TINGGI PEMENTORAN : MELAKSANAKAN PRINSIP MURID BELAJAR DAN MENGAJAR BiSuSi Bijak/Bina, terSurat, terSirat KONSEP BiSuSi merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat-peringkat mengikut aras penguasaan murid dan merupakan ansur maju fasa kedua ketika murid membina ulasan. Penggunaan BiSuSi diharapkan dapat membantu murid menulis ulasan sekurang-kurangnya satu isi tersurat. BiSuSi juga direka bentuk mengikut kesesuaian kebolehan murid yang pelbagai. 53
PELAKSANAAN BiSuSi DALAM PEDAGOGI TERBEZA ARAS TINGGI PROSES KENAL PASTI TIGA ISI TERUSRAT DAN DUA ISI TERSIRAT PRODUK BINAAN TIGA ISI TERSURAT DAN DUA ISI TERSIRAT ARAS SEDERHANA PROSES KENAL PASTI DUA ISI TERUSRAT DAN DUA ISI TERSIRAT PRODUK BINAAN DUA ISI TERSURAT DAN DUA ISI TERSIRAT ARAS RENDAH PROSES KENAL PASTI DUA ISI TERUSRAT DAN SATU ISI TERSIRAT PRODUK BINAAN DUA ISI TERSURAT DAN SATU ISI TERSIRAT 54
MANUAL PENYEDIAAN BiSuSi SEDIAKAN BAHAN KAD/ MOUNTING BOARD BERWARNA GUNTING PITA PELEKAT POTONG MENJADI SEGI EMPAT SAMA BLOK BiSuSi - LIMA (5) BLOK - AYAT PEMULA - PENANDA WACANA - ISI TERSURAT - ISI TERSIRAT(SATU SAHAJA) - KATA HUBUNG - RUMUSAN 3 Su 2 Si B L O K 55
MANUAL PENGGUNAAN BiSuSi MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN ULASAN BLOK BiSuSi OBJEKTIF Membimbing murid membina isi tersurat dan isi tersirat dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan kaedah membina ayat untuk menulis ulasan yang efisien. Menggabungkan kepelbagaian sensori dan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan membina ayat KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menggabung perkataan untuk membina ulasan Memahami dan mengurus hasil inovasi membina ayat secara konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Blok SuSi 2 merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat mengikut aras penguasaan murid. Blok SuSi 2 merujuk kepada kepelbagaian gaya penggunaan yang bersesuaian dengan kebolehan murid. Kumpulan fokus yang menjadi sasaran ialah kumpulan murid berprestasi sederhana STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. BAHAN/ALATAN Blok SuSi 2 ELEMEN TMK YouTube, Google Classroom, Jamboard FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – Murid bertutur untuk menjelaskan sesuatu maklumat yang tersurat dan tersirat. Membaca – Murid memahami perkara dibaca dengan memberikan penerangan atau cara-cara lain. Menulis – Murid merujuk bahan multimedia dan bukan multimedia yang disediakan bagi menulis isi tersurat. 56
PROSEDUR PELAKSANAAN KESESUAIAN SKPMg2 STD 4 dan PBD (SUSUN IKUT KEPERLUAN) AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG / Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran 4.2 PENGAWAL / BLOK SuSi dijalankan mengikut aras penguasaan murid. 1, 2, 3 4.3 PEMBIMBING / Guru membimbing murid menggunakan BLOK SuSi mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dengan aras penguasaan murid 1, 2, 3 4.4 PENDORONG / Guru merangsang murid membina ulasan sendiri. Guru menggunakan kaedah silang semak untuk penambahbaikan 1, 2, 4 4.5 PENILAI / Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan mmencari isi tersurat dan tersirat serta menulis ulasan yang lengkap menggunakan pelbagai stimulus. 2, 4 4.6 MURID AKTIF / Guru memastikan murid dapat mnggunakan BLOK SuSi untuk membina ulasan. Gerak kerja berkumpulan dapat dijalankan secara koperatif dan kolaboratif 4 Persediaan dan kefahaman guru dapat lancarkan PdPc. Aktiviti membuat blok SuSi dapat menarik minat murid dapat merangsang kesediaan belajar KAEDAH PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. KAEDAH LISAN 2 . KAEDAH MEMBACA 3. KAEDAH MENULIS 4. KAEDAH PEMERHATIAN 57
KELEBIHAN CeSuSi BERSTRUKTUR : BELAJAR SECARA KETETAPAN YANG DIKENAL PASTI KONSISTEN : PENGGUNAAN PADA PELBAGAI SITUASI, ARAS DAN BAHAN STIMULUS KEPELBAGAIAN ARAS : SESUAI UNTUK ARAS RENDAH, SEDERHANA & TINGGI KESESUAIAN BBM : BBM MANUAL INTERAKTIF YANG PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA CeSuSi Cemerlang, terSurat, terSirat KONSEP CeSuSi merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat-peringkat mengikut aras penguasaan murid dan merupakan ansur maju fasa ketiga ketika murid membina ulasan. Penggunaan CeSuSi diharapkan dapat membantu murid dalam pembinaan ulasan dengan menulis isi tersirat sekurang-kurangnya dua. CeSuSi juga direka bentuk mengikut kesesuaian kebolehan murid yang pelbagai. 58
PELAKSANAAN CeSuSi DALAM PEDAGOGI TERBEZA ARAS TINGGI PROSES MENGENAL PASTI TIGA ISI TERSURAT DAN TIGA ISI TERSIRAT PRODUK BINAAN TIGA ISI TERSURAT DAN TIGA ISI TERSIRAT ARAS SEDERHANA PROSES MENGENAL PASTI TIGA ISI TERSURAT DAN DUA ISI TERSIRAT PRODUK BINAAN TIGA ISI TERSURAT DAN DUA ISI TERSIRAT ARAS RENDAH PROSES MENGENAL PASTI TIGA ISI TERSURAT DAN SATU ISI TERSIRAT DENGAN BIMBINGAN GURU/RAKAN SEBAYA PRODUK BINAAN TIGA ISI TERSURAT DAN SATU ISI TERSIRAT 59
MANUAL PENYEDIAAN CeSuSi SEDIAKAN BAHAN KAD/ MOUNTING BOARD BERWARNA GUNTING PITA PELEKAT POTONG MENJADI SEGI EMPAT SAMA BLOK CeSuSi - ENAM (6) BLOK - AYAT PEMULA - PENANDA WACANA - ISI TERSURAT - ISI TERSIRAT (DUA ATAU LEBIH) - KATA HUBUNG - RUMUSAN 3 Su 3 Si B L O K 60
MANUAL PENGGUNAAN CeSuSi MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN ULASAN BLOK CeSuSi OBJEKTIF Membimbing murid membina isi tersurat dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan kaedah membina ulasan melalui penjanaan inovasi membina ayat yang efisien Menggabungkan kepelbagaian sensori dan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan membina ayat KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menggabung perkataan untuk membina ulasan Memahami dan mengurus hasil inovasi membina ayat secara konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Blok SuSi 3 merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membina ulasan secara berperingkat mengikut aras penguasaan murid. Blok SuSi 3 merujuk kepada kepelbagaian gaya penggunaan yang bersesuaian dengan kebolehan murid. Kumpulan fokus yang menjadi sasaran ialah kumpulan murid berprestasi tinggi. STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. 2.2.1 Membaca dan memahami bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. BAHAN/ALATAN Blok SuSi 2 ELEMEN TMK YouTube, Google Classroom, Jamboard FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – Murid bertutur untuk menjelaskan sesuatu maklumat yang tersurat dan tersirat. Membaca – Murid memahami perkara dibaca dengan memberikan penerangan atau cara-cara lain. Menulis – Murid merujuk bahan multimedia dan bukan multimedia yang disediakan bagi menulis isi tersurat. 61
PROSEDUR PELAKSANAAN KESESUAIAN SKPMg2 STD 4 dan PBD (SUSUN IKUT KEPERLUAN) AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG / Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran 4.2 PENGAWAL / BLOK SuSi dijalankan mengikut aras penguasaan murid. ApSuSi(rendah), BiSuSi (sederhana) dan CeSuSi (tinggi) 1, 2, 3 4.3 PEMBIMBING / Guru membimbing murid menggunakan BLOK SuSi mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dengan aras penguasaan murid 1, 2, 3 4.4 PENDORONG / Guru merangsang murid membina ulasan sendiri. Guru menggunakan kaedah silang semak untuk penambahbaikan 1, 2, 4 4.5 PENILAI / Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan mmencari isi tersurat dan tersirat serta menulis ulasan yang lengkap menggunakan pelbagai stimulus. 2, 4 4.6 MURID AKTIF / Guru memastikan murid dapat mnggunakan BLOK SuSi untuk membina ulasan. Gerak kerja berkumpulan dapat dijalankan secara koperatif dan kolaboratif 4 Persediaan dan kefahaman guru dapat lancarkan PdPc. Aktiviti membuat blok SuSi dapat menarik minat murid dapat merangsang kesediaan belajar KAEDAH PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. KAEDAH LISAN 2 . KAEDAH MEMBACA 3. KAEDAH MENULIS 4. KAEDAH PEMERHATIAN 62
CARA PENGGUNAAN BLOK SuSi MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT AYAT MUDAH & AYAT LENGKAP Kunci masuk e-mel moe-dl Pilih titik sembilan (1) Cari logo Jamboard (2) dan klik logo tersebut 1 2 3 Bagi memulakan projek baharu, klik pada ikon tambah Paparan ini akan kelihatan bagi memulakan projek baharu Ikon pen bagi tujuan untuk menulis secara bebas Ikon laser bagi tujuan pembentangan Ikon gambar bagi tujuan memasukkan gambar Ikon kertas bagi tujuan memasukkan ‘sticky note’ Ikon pemadam bagi tujuan memadam 63
64
CADANGAN AKTIVITI PdPc 1. Setiap ahli kumpulan menulis satu jawapan atau penyelesaian kepasda masalah. 2. Pada masa yang ditetapkan, semua murid menunjukkan jawapan secara serentak. 3. Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan. BERSEMUKA (SHOWDOWN) 1. Dalam pasukan berempat, murid membuat barisan. 2. Pasukan diminta memberikan jawapan kepada masalah yang diberi. 3. Pasukan mem buat garisan lurus jika setuju dan garisan terpisah-pisah jika tidak bersetuju. BARISAN (LINE UPS) 1. Guru mengemukakan masalah kepada ahli pasukan. 2. Setiap ahli diberikan masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan. 3. Semua ahli pasukan pula diminta berkongsi jawapan penyelesaian masalah. 1. Murid menulis topik di tengah-tengah kertas sebak atau kertas mahjong. 2. Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza-beza untuk menunjukkan sumbangan idea daripada mereka. PASUKAN SESAWANG PERKATAAN(TEAM WORD-WEB) 1. Guru memberikan isyarat, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan. 2. Apabila guru memberikan isyarat ke-2, semua murid balik ke tempat asal dan membuat perkongsian berkaitan apa-apa yang telah dipelajari daripada rakan atau pasukan lain. PENGEMBARAAN BILIK(ROAM THE ROOM) 1. Murid berfikir dan berbincang Bersama-sama pasangan untuk membentuk pernyataan individu. 2. Kemudian, eemua murid bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang telah dipersetujui oleh semua. PERNYATAAN KUMPULAN (TEAM STATEMENTS) FIKIR-PASANGAN-PERKONGSIAN (THINK-PAIR-SHARE) 65
KARANGAN TIP PEMBELAJARAN UMUM:- - Kenal pasti format karangan - Mengenal pasti isi/ idea karangan - Menyusun isi/ idea karangan - Mengembangkan isi/ idea - Menghuraikan isi/ idea - Menulis karangan dengan format dan tatabahasa yang betul KONSEP :- Elemen Mahir Karang ini diwujudkan adalah untuk membantu murid mengenal pasti isi, menyusun, mengembangkan isi/ idea untuk menulis karangan yang lengkap dengan menggunakan ayat yang gramatis dan format yang betul. ISU Murid: tidak memahami kehendak soalan tidak memahami format karangan dengan tepat tidak dapat mencari isi/ idea untuk menulis karangan dengan baik. tidak tahu mengembangkan isi karangan dengan baik tidak tahu menghuraikan isi dengan baik tidak dapat bezakan isi utama dan isi sampingan olahan idea tidak teratur tidak dapat menulis karangan dengan baik. sukar mendapat markah yang tinggi. penguasaan kosa kata juga sangat terhad menyebabkan penulisan karangan tidak menarik 67
ELEMEN MAHIR KARANG Terbahagi kepada tiga:- BIL TEKNIK BAHAN 1 PAKAR PATUNG KARANGAN 2 PSP BINTANG 6 SEGI 3 AdT KATA KUNCI KELEBIHAN Membimbing murid mengembangkan isi karangan. Membimbing murid menghuraikan isi karangan. Murid dapat memilih dan menyesuaikan isi karangan. Membimbing murid menulis karangan yang lengkap menggunakan ayat yang gramatis dan format yang betul. 68
PELAKSANAAN DALAM PEDAGOGI TERBEZA 1. PAKAR – (Patung Karangan) Aras sederhana dan tinggi Murid berfikir untuk mendapatkan idea menghurai isi karangan dengan merujuk tubuh badan sendiri Murid menulis karangan yang lengkap 2. BINTANG PSP - (Pilih, Susun, Padan) Aras sederhana dan rendah Murid mengenal pasti isi karangan yang dan menyusun hingga terbentuk sebuah karangan yang lengkap 3. AdT (Acu dan Tulis) Aras sederhana dan tinggi Murid menekap acuan karangan yang diberi dan murid menulis isi karangan mengikut kehendak soalan. Enam perenggan isi karangan akan dibentuk bagi memudahkan murid menulis sebuah karangan yang lengkap. PEMERINGKATAN : BELAJAR SECARA BERPERINGKAT @ ANSUR MAJU PELBAGAI DERIA : MENGGUNAKAN PELBAGAI DERIA - SENSORI DALAM KEMAHIRAN KEPELBAGAIAN ARAS : SESUAI UNTUK ARAS RENDAH, SEDERHANA & TINGGI KESESUAIAN BBM : BBM MANUAL INTERAKTIF YANG PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA KELEBIHAN 69
PROSEDUR PELAKSANAAN KESESUAIAN SKPMg2 STD 4 dan PBD (PROSEDUR PELAKSANAAN) AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG / Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran 4.2 PENGAWAL / Mahir Karang dijalankan mengikut aras penguasaan murid. AdT(rendah), BINTANG PSP (sederhana) dan PAKAR (tinggi) 1 3 2 4.3 PEMBIMBING / Guru membimbing murid menggunakan PAKAR, BINTANG PSP, AdT mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dengan aras penguasaan murid 1 3 2 4.4 PENDORONG / Guru merangsang murid untuk mengembangkan isi karangan dan menulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan format yang betul. Guru menggunakan kaedah gallery walk rakan-rakan menyemak isi/idea karangan untuk penambahbaikan 4 4.5 PENILAI / Guru meminta murid mengulang aktiviti dengan mencari isi utama dan isi sampingan serta menulis karangan yang lengkap menggunakan pelbagai stimulus. 3 4 4.6 MURID AKTIF / Guru memastikan murid dapat menggunakan PAKAR, BINTANG PSP, AdT untuk menulis karangan. Gerak kerja berkumpulan dapat dijalankan secara koperatif dan kolaboratif 3 4 Prinsip Pelaksanaan Persediaan dan kefahaman guru dapat melancarkan PdPc. Aktiviti PAKAR, BINTANG PSP, AdT yang berkonsepkan bahan grafik dapat menarik minat murid untuk mengikuti PdP dengan aktif KAEDAH PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. KAEDAH LISAN 2 . KAEDAH MEMBACA 3. KAEDAH MENULIS 4. KAEDAH PEMERHATIAN 70
PAKAR KONSEP : MANUAL PENGGUNAAN PAKAR- (PATUNG KARANGAN) OBJEKTIF Membimbing murid menulis karangan dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan teknik menulis karangan melalui penjanaan idea yang efisien Menggabungkan kepelbagaian anggota tubuh untuk meningkatkan keupayaan menjana dan mengembangkan isi karangan dan akhirnya menghasilkan sebuah karangan yang lengkap. KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menulis karangan yang lengkap. Memahami dan mengurus hasil inovasi secara kritis dan kreatif dengan konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS PAKAR merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membantu murid menulis karangan mengikut aras penguasaan murid. PAKAR merujuk anggota tubuh manusia yang mempunyai pelbagai bahagian. Tiga bahagian utama tubuh manusia iaitu kepala, badan dan kaki dijadikan asas pembinaan sebuah karangan yang lengkap. Manakala anggota badan yang lain dijadikan simbol yang mewakili kata kunci bagi murid menjana dan mengembangkan isi karangan. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dengan bahasa yang santun. 3.7.1 Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif dengan betul. BAHAN/ALATAN Patung manusia Kertas berwarna Laminate Pelekat ELEMEN TMK ‘Sketchfab’ dan Kod QR FOKUS KEMAHIRAN Lisan – menyatakan idea yang dijana Membaca –membaca perenggan yang dibina Menulis – menulis karangan yang lengkap dengan pelbagai rangsangan MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN KARANGAN Patung Karangan (PAKAR) merupakan bahan bantu yang digunakan untuk membantu murid menulis karangan mengikut aras penguasaan murid. PAKAR merujuk anggota tubuh manusia yang mempunyai pelbagai bahagian. Tiga bahagian utama tubuh manusia iaitu kepala, badan dan kaki dijadikan asas pembinaan sebuah karangan yang lengkap. Manakala anggota badan yang lain dijadikan simbol yang mewakili kata kunci bagi murid menjana isi karangan. 71
MANUAL PENYEDIAAN PAKAR Bahagian 2 - Tubuh Dibahagi kepada 3 bahagian: -Bahu -Isi 1 -Dada -Isi 2 -Perut -Isi 3 -Pinggang -Isi 4 Asingkan kepada 3 bahagian iaitu -2 bahagian sama saiz -1 bhgn besar sedikit Bahagikan Tiga Bahagian : kepala, badan, kaki Bahagian -1 Kepala (Pendahuluan karangan) Labelkan setiap bahagian: 1. Kepala 2. Tubuh 3. Kaki Menulis karangan dengan lengkap Bahagian 3 - Kaki (Kesimpulan karangan) Bahan-bahan : Patung manusia Kertas berwarna Laminate Pelekat Simbol pada tubuh patung dilabel sebagai kata kunci untuk mendapatkan isi karangan. 72
REKA BINA PAKAR TIGA BAHAGIAN PENDAHULUAN ISI 1 ISI 3 ISI 2 KESIMPULAN ISI 4 73
MENJANA ISI/ IDEA KARANGAN BINTANG PSP PENGETAHUAN SALAM MASA TANGGUNGJAWAB PERASAAN LANGKAH MENJAGA KESIHATAN PEKA 74
KONSEP: MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN MAHIR KARANGAN BINTANG PSP OBJEKTIF Membimbing murid menulis karangan dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan teknik menulis karangan melalui penjanaan idea yang efisien. Menggabungkan kepelbagaian perkataan, frasa dan klausa untuk meningkatkan keupayaan mengembangkan isi karangan dan menghasilkan karangan yang lengkap. KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menulis karangan yang lengkap. Memahami dan mengurus hasil inovasi secara kritis dengan konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS BINTANG PSP merupakan bahan bantu belajar yang digunakan untuk membimbing murid-murid di semua peringkat untuk menulis karangan. Bintang PSP merujuk tapak karangan yang dibina oleh guru dan murid memilih dan memadankan isi karangan yang sesuai mengikut kehendak soalan penulisan. Murid akan menampal isi-isi yang telah dipilih pada enam bucu bintang tersebut bagi memudahkan murid-murid menulis sebuah karangan yang lengkap. STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.4 Membina kerangka dan menulis karangan berbentuk naratif dan imaginatif dengan betul. 3.7.1 Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif dengan betul. BAHAN/ALATAN Kertas berwarna Laminate Pelekat ELEMEN TMK Kod QR FOKUS KEMAHIRAN Lisan – menyatakan kehendak soalan Membaca –membaca perenggan karangan Menulis – menulis perkataan, frasa, klausa dan ayat bagi menghasilkan sebuah karangan yang lengkap. Bintang PSP merupakan bahan bantu belajar yang digunakan untuk membimbing murid-murid di semua peringkat untuk menulis karangan. Bintangku merujuk tapak karangan yang dibina oleh guru dan murid memilih dan memadankan isi karangan yang sesuai mengikut kehendak soalan penulisan. Murid akan menampal isi-isi yang telah dipilih pada enam bucu bintang tersebut bagi memudahkan murid-murid menulis sebuah karangan yang lengkap. 75
MANUAL PENYEDIAAN BINTANG PSP (MANUAL) REKA BINA BINTANG PSP Bahan-Bahan: Kertas berwarna Laminate Pelekat Setiap bucu ditandakan : Pendahuluan Isi 1, Isi 2, Isi 3, Isi 4, Kesimpulan Bahagian tengah dibuat poket dan bahagian hadapan poket ditulis tajuk karangan. Guru melukis bentuk bintang enam bucu Murid akan memilih, menyusun dan memadankan isi-isi pada setiap bucu bintang Dalam poket dimasukkan isiisi karangan 76
ELEMAN MAHIR KARANG AdT (Acu dan Tulis) KONSEP PENDAHULUAN ISI 1 ISI 4 ISI 2 KESIMPULAN Acu dan Tulis (AdT) merupakan bahan bantu belajar yang digunakan untuk membantu murid aras sederhana dan tinggi menulis karangan. AdT merujuk acuan karangan yang dibina oleh guru dan murid hanya menulis kata kunci yang bersesuaian mengikut kehendak soalan penulisan. Lima perenggan isi karangan akan dibentuk bagi memudahkan murid menulis sebuah karangan yang lengkap. ISI 3 TAJUK 77
MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN MAHIR KARANGAN AdT (Acu dan Tulis) OBJEKTIF Membimbing murid menulis karangan dengan menggunakan pelbagai rangsangan Mendedahkan teknik menulis karangan melalui penjanaan idea yang efisien Menggabungkan kepelbagaian perkataan, frasa dan klausa untuk meningkatkan keupayaan mengembangkan isi karangan dan menghasilkan karangan yang lengkap. KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menulis karangan yang lengkap. Memahami dan mengurus hasil inovasi secara kritis dengan konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Acu dan Tulis (AdT) merupakan bahan bantu belajar yang digunakan untuk membantu murid menulis karangan. AdT merujuk acuan karangan yang dibina oleh guru dan murid hanya menulis kata kunci yang bersesuaian mengikut kehendak soalan penulisan. Lima perenggan isi karangan akan dibentuk bagi memudahkan murid menulis sebuah karangan yang lengkap. STANDARD PEMBELAJARAN 3.7.2 Menghasilkan bahan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif menggunakan ayat gramatis dengan betul. BAHAN/ALATAN Kertas berwarna Laminate ELEMEN TMK QR code FOKUS KEMAHIRAN Lisan – menyatakan kehendak soalan Membaca –membaca perenggan yang dibina Menulis – menulis perkataan, frasa dan klausa yang lengkap yang dengan pelbagai rangsangan. 78
MANUAL PENYEDIAAN AdT (MANUAL) Bahan-Bahan: Kertas A4 Laminate Murid akan melengkapkan isi-isi karangan dengan mengisi bahagian-bahagian yang kosong dalam acuan tersebut berdasarkan tajuk karangan yang diberi. Guru membuat acuan untuk menulis karangan dalam kertas A4. Kertas tersebut dilaminate dan guru memotong ruangan yang akan diisi oleh murid 79
REKA BINA AdT ACUAN PENDAHULUAN Sejak akhir- akhir ini isu ________________________sering diperkatakan oleh masyarakat. Hal ini dapat dilihat di dada-dada akhbar. Terdapat _____________________________ ? ISI 1 _____________________utama__________________________________ ___________________________________________________. Hal ini __________________________________________. Akibatnya/ Hasilnya/ Kesannya ________________ Sebagai contoh_____________________ ISI 2 ________________ kedua pula __________________________________ _________________________. Hal ini ____________________________________ _____________________________Akibatnya/ Hasilnya/ Kesannya ______________ ___________________________ ISI 3 ________________seterusnya ialah ______________________ ______________________________________. ________ ini ____________ ________________________________________. Oleh itu, ____________________________ ISI 4 ________________ terakhir ______________________________ Hal ini ______________ _________________________Akibatnya/ Hasilnya/ Kesannya___________________________________ PENUTUP Kesimpulannya, terdapat pelbagai _____________________ . Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama berusaha untuk ____________________ agar ________________________________ 80
Contoh Karangan 1 : Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku. PENDAHULUAN Sejak akhir- akhir ini isu ponteng sekolah sering diperkatakan oleh masyarakat. Hal ini dapat dilihat di dada-dada akhbar. Terdapat punca-punca masalah ini berlaku. ISI 1 Punca utama perkara ini berlaku adalah kerana murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak bersekolah. Hal ini adalah disebabkan oleh murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Akibatnya mereka akan turut terikut-ikut dengan cara hidup mereka tanpa tujuan ini. Sebagai contoh mereka melepak, menghisap rokok dan bermain permainan di siber kafe. ISI 2 Punca kedua pula ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anakanak mereka yang masih bersekolah. Perkara ini berlaku kerana ibu bapa sibuk bekerja. Mereka menghabiskan masa yang banyak di tempat kerja. Akibatnya, anakanak mereka sering diabaikan ISI 3 Punca seterusnya adalah kerana sikap murid itu sendiri yang tidak minat belajar. Hal ini kerana murid tidak dididik untuk memahami kepentingan menuntut ilmu. Akibatnya, mereka rasa tidak suka pergi ke sekolah. ISI 4 Punca terakhir ialah sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Hal ini kerana masyarakat pada masa ini tidak memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain. Oleh itu, gejala ponteng terus berlaku dalam kalangan remaja. PENUTUP Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku. Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama berusaha untuk mengatasi masalah ini agar remaja yang berilmu dapat dilahirkan. 81
Contoh Karangan 2 Cara-cara Menjaga Sungai Pendahuluan Sejak akhir-akhir ini isu pencemaran sungai sering diperkatakan oleh masyarakat. Hal ini dapat dilihat di dada-dada akhbar. Terdapat cara-cara untuk menjaga sungai. ISI 1 Cara utama ialah masyarakat tidak membuang sampah ke dalam sungai. Hal ini akan melancarkan pengaliran sungai . Hasilnya banjir tidak akan berlaku. ISI 2 Cara kedua pula ialah pihak berkuasa hendaklah mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai. Sebagai contohnya denda yang tinggi dikenakan kepada mereka. Kesannya, sungai akan bersih dan menjadi sumber air kepada masyarakat. ISI 3 Cara ketiga ialah pihak sekolah hendaklah mendidik murid-murid agar menjaga sungai. Cara ini akan mendedahkan murid tentang kepentingan sungai kepada manusia. Oleh itu, murid-murid akan menghargai sungai kita. ISI 4 Cara terakhir ialah ibu bapa perlu menerangkan kepentingan sungai kepada anak-anak. Hal ini agar anak-anak tahu bahawa sungai memberi sumber air kepada kita. PENUTUP Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menjaga sungai kita . Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama berusaha untuk menjaga sungai agar sungai tidak tercemar. 82
Contoh Karangan 3 Faedah Amalan Membaca Pendahuluan Sejak akhir- akhir ini isu membaca sering diperkatakan oleh masyarakat. Hal ini dapat dilihat di dada-dada akhbar. Terdapat banyak faedah amalan membaca kepada kita. ISI 1 Faedah utama ialah masyarakat tidak membuang masa begitu sahaja. Hal ini kerana masa diisi dengan membaca buku, surat khabar, majalah dan sebagainya. Akibatnya masa diisi dengan amalan yang berfaedah. ISI 2 Faedah kedua pula ialah amalan membaca dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada kita. Sebagai contohnya apabila kita membaca buku, kita dapat meningkatkan pengetahuan kita. Kesannya, kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat. ISI 3 Faedah ketiga adalah amalan membaca dapat meningkatkan kosa kata kita. Hal ini kerana apabila membaca, kita akan terjumpa banyak perkataan. Oleh itu, kita akan menambahkan kosa kata kita dengan amalan membaca. ISI 4 Faedah terakhir ialah kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada membaca dengan rakan-rakan. Hasilnya ilmu tersebut dapat disebarluaskan. PENUTUP Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah membaca kepada kita. Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama berusaha memupuk amalan membaca dalam diri agar masyarakat berilmu dapat dilahirkan. 83
ISU/ MASALAH 1. Murid tidak dapat menyatakan peribahasa yang tepat berdasarkan gambar atau situasi. 2. Murid tidak dapat menyatakan peribahasa yang lengkap dan tepat. 3. Murid tidak mendapat markah penuh dalam peperiksaan. IDEA BAHAN TEKNIK ROBOT MACAM-MACAM ADA (MMA) PIPAL (Pilih , Padan, Lekat) Memadankan peribahasa dengan maksud SUKA SAMA SUKA (3S) SuCanTe (Susun, Cantum, Teka) Mengenal pasti maksud peribahasa dengan gambar RUMAH PERIBAHASA (RUPERI/RUBA) KAD JAWAPAN CABITU (Cari, Bincang, Tulis Menyatakan dan menggunakan peribahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi KONSEP MMA,3S dan (RUBA) merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk membantu murid menyatakan peribahasa yang lengkap dan membantu murid memahami maksud peribahasa dengan tepat. Guru boleh mengubah suai teknik dan cara pengajaran mengikut aras dan kebolehan murid berdasarkan aktiviti dalam kelas. 85
KELEBIHAN PEMERINGKATAN : BELAJAR SECARA BERPERINGKAT @ ANSUR MAJU MULTI SENSORI : MENGGUNAKAN PELBAGAI DERIA - SENSORI DALAM KEMAHIRAN KEPELBAGAIAN ARAS : SESUAI UNTUK ARAS RENDAH, SEDERHANA & TINGGI KESESUAIAN BBM : BBM MANUAL INTERAKTIF YANG PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA 86
PELAKSANAAN DALAM PEDAGOGI TERBEZA 4. MMA – MACAM-MACAM ADA (TEKNIK: PILIH, PADAN, LEKAT-PPL) Aras rendah Murid pilih, padan dan lekat 5. 3S- SUKA SAMA SUKA (TEKNIK: SUSUN CANTUM TEKA- SUSANTE) Aras sederhana Murid perlu menyusun, mencantumkan gambar dan meneka peribahasa 6. RUBA (RUMAH PERIBAHASA) TEKNIK: CARI, BINCANG, TULIS- CABITU Aras sederhana – murid menyusun peribahasa yang lengkap dengan betul. Aras tinggi - murid menyatakan peribahasa berdasarkan situasi yang diberi. GAYA: MACAM-MACAM ADA ARAS RENDAH TEKNIK: PILIH, PADAN, LEKAT GAYA: SUKA SAMA SUKA PERIBAHASA ARAS SEDERHANA TEKNIK : SUSUN, CANTUM, TEKA GAYA: RUMAH PERIBAHASA ARAS TINGGI TEKNIK : CARI, BINCANG, TULIS 87