The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguLinnZack, 2023-10-07 10:43:02

CA

MODUL SR

MANUAL PENYEDIAAN MACAM-MACAM ADA (MMA) Teknik: Pilih, Padan, Lekat SEDIAKAN BAHAN Boneka Kad manila Plastik lamina Kertas warna warni (untuk mencetak peribahasa dan maksud) PENYEDIAAN ALATAN Guru menyediakan robot atau melukis gambar robot. Guru menyediakan poket pada robot untuk mengisi kad peribahasa yang telah dilamina 88


MANUAL PENYEDIAAN SUKA SAMA SUKA (3S) Teknik: Susun, Cantum, Teka SEDIAKAN BAHAN Kepingan gambar peribahasa Kad manila Plastik lamina Kertas warna warni (untuk mencetak peribahasa dan maksud) PENYEDIAAN ALATAN Guru mencetak kepingan gambar peribahasa dan dipotong mengikut kesesuaian. Guru menyediakan kad peribahasa dan kad maksud peribahasa. 89


MANUAL PENYEDIAAN RUMAH PERIBAHASA (RUBA) Teknik: Cari, Bincang, Tulis SEDIAKAN BAHAN Gambar /model/lukisan rumah Plastik lamina Kertas warna warni (untuk mencetak situasi dan peribahasa) PENYEDIAAN ALATAN Guru mencetak situasi cerita pendek yang akan disoal dan dilekatkan pada bahagian rumah. Guru menyediakan kad peribahasa dan kad maksud peribahasa. 90


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN PERIBAHASA OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat; i. Menyenaraikan dan menyatakan peribahasa berdasarkan gambar dan situasi dengan betul. ii. Menyatakan dan menulis maksud peribahasa dengan betul dan tepat. KRITERIA KEJAYAAN Berkeupayaan menyebut peribahasa yang lengkap dengan betul. Memahami dan mengurus hasil inovasi. Memahami maksud peribahasa secara konsisten. CADANGAN MASA 30 MINIT SINOPSIS MMA, 3S dan RUPERI (RUBA) merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk membantu murid menyatakan peribahasa yang lengkap dan membantu murid memahami maksud peribahasa dengan tepat. Guru boleh mengubah suai teknik dan cara pengajaran mengikut aras dan kebolehan murid berdasarkan aktiviti dalam kelas. 91


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN PERIBAHASA 1. MACAM-MACAM ADA (MMA)-POKET AJAIB 2. SUKA SAMA SUKA (3S) PUZZLE 3. RUPERI/RUBA (RUMAH PERIBAHASA) STANDARD KANDUNGAN 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 2.5 Membaca,memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul. 3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. BAHAN/ ALATAN ROBOT (POKET AJAIB) Kepingan gambar peribahasa yang dipotong Model rumah/gambar rumah/lukisan rumah Kad situasi Kad jawapan Kertas warna warni Plastik lamina TMK “You Tube” dan KOD QR FOKUS KEMAHIRAN Lisan – menyebut peribahasa yang dapat dijelmakan daripada situasi cerita dan gambar. Membaca –membaca maksud peribahasa yang diambil daripada poket boneka Menulis – menulis peribahasa dan maksud peribahasa dengan betul dan tepat. 92


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN PERIBAHASA PROSEDUR PELAKSANAAN SKPMg2 STD 4 dan PBD AKTIVITI KAEDAH PBD 4.1 PERANCANG Menjelaskan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Memberi arahan tentang kandungan pembelajaran. Menetapkan masa untuk setiap langkah pembelajaran. 4.2 PENGAWAL MMA,3S dan RUPERI dijalankan mengikut aras penguasaan murid. MMA aras rendah, 3S aras sederhana dan RUPERI aras tinggi Lisan Baca Tulis 4.3 PEMBIMBING Guru membimbing murid menggunakan MMA, 3S dan RUPERI mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dengan aras penguasaan murid Lisan Baca Tulis 4.4 PENDORONG Guru merangsang murid untuk menulis peribahasa dan memberi makna peribahasa. Gunakan kaedah “ gallery walk” untuk rakanrakan menyemak jawapan yang betul. Pemerhatian 4.5 PENILAI Guru meminta murid menjawab soalan peribahasa dengan menyenaraikan peribahasa yang lengkap dengan maknanya. Tulis Pemerhatian 4.6 MURID AKTIF Guru memastikan murid dapat menguasai MMA,3S dan RUPERI untuk menyatakan peribahasa dengan lengkap serta memahami maksud peribahasa. Murid boleh menghasilkan kamus mini peribahasa secara berkumpulan. Tulis Pemerhatian PRINSIP PELAKSANAAN Persediaan dn kefahaman guru dapat melancarkan PdPc. Aktiviti MMA, 3S dan RUPERI yang berkonsepkan permainan dapat menarik minat murid. 93


CONTOH KAD SITUASI: Pada minggu lalu, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semalam rumah mereka pula hangus terbakar. Sudah jatuh ditimpa tangga RUPERI – CARI, BINCANG, TULIS (CABITU) 94


. Puan Farah mengajar anak-anaknya membaca seawal usia tiga tahun Melentur buluh biarlah dari rebung BAHAGIAN-BAHAGIAN RUMAH Rabung Kekisi Tangga Anjung Pelantar 95


MACAM-MACAM ADA PILIH PADAN LEKAT BERAT MULUT ALAS PERUT BERAT MATA KAKI AYAM 96


SUKA SAMA SUKA SUSANTE Susun, cantum, teka RAJIN BEKERJA BAGAI PINANG DIBELAH DUA BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA PASANGAN PENGANTIN YANG SEPADAN RINGAN TULANG MANDI PELUH 97


98


FAHAM TATABAHASA ANALISIS MINDA (FATAH AMIN) PENGENALAN : ISU :- 1 Murid tidak menguasai jenis kata dan jenis ayat dalam bahasa melayu 2 Murid-murid tidak dapat menyatakan dengan tepat jenis kata dan jenis ayat dalam soalan TIP PEMBELAJARAN UMUM:- - Baca petikan - Kenal pasti jenis kata yang terdapat dalam stimulus - Senaraikan jenis kata yang terdapat - Daripada jenis kata yang terdapat dalam stimulus bina beberapa kosa kata baharu. - Namakan kosa kata tersebut - Bina ayat mudah / ayat lengkap berdasarkan kosa kata yang diperoleh. KONSEP :- Faham Tatabahasa Analisis Minda atau FATAH AMIN ini merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu murid daripada pelbagai aras pencapaian, mengenal pasti aspek tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Faham tatabahasa analisis teks ini bermaksud murid perlu menganalis stimulus yang diberi dan mengenal pasti aspek tatabahasa yang terkandung dalam stimulus.. Selain itu, murid dapat mengayakan perbendaharaan kata dengan membina beberapa kosa kata baharu daripada jenis kata yang diperoleh melalui kaedah pecah kata. Seterusnya daripada kosa kata yang diperoleh, murid diharapkan dapat membina ayat. 100


FAHAM TATABAHASA ANALISIS MINDA (FATAH AMIN) Terbahagi kepada tiga:- BIL TEKNIK BAHAN 1 CUKA (CUNGKIL KATA) Kad Kecil 1 2 KAKA (KAYA KATA) Kad Kecil 2 3 SUKA (SUSUN KATA) Kad Kecil 3 KELEBIHAN Murid dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami. Murid dapat mengetahui jenis kata yang terdapat dalam stimulus Membimbing murid mengenal aspek bahasa yang diuji dan membina ayat daripada aspek Bahasa tersebut. PROSES & KAEDAH 1 Buat buku kecil terlebih dahulu 2 Sediakan stimulus – baca & fahami Kenal pasti jenis kata berdasarkan stimulus 3 Cerakin perkataan yang diperoleh bagi membina beberapa kosa kata baharu Menyenaraikan kosa kata tersebut dan mencari makna setiap kosa kata tersebut sebagai langkah pengukuhan 4 Menulis ayat daripada perkataan yang difahami Menyemak ejaan dan tanda baca 101


MANUAL PENYEDIAAN ELEMEN FAHAMI TATABAHASA ANALISIS MINDA BUKU KECIL Buku Kecilku merupakan bahan bantu yang digunakan untuk mencatat kosa kata, perkataan, rangkai kata dan menggabung kata untuk membina ayat secara berperingkat mengikut aras penguasaan murid. Lipatan kertas yang menghasilkan lapan muka surat yang boleh memuatkan maklumat dan mudah dibawa oleh pengguna ke mana sahaja. Buku Kecilku boleh dicetak untuk memuatkan nota tatabahasa dan kepelbagaian gaya penggunaan yang bersesuaian dengan kebolehan murid. Buku Kecilku sangat praktikal untuk teknik CUKA, KAKA dan SUKA sekaligus menjadi eviden dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). MANUAL PENYEDIAAN ELEMEN FAHAMI TATABAHASA ANALISIS MINDA LANGKAH 1 SEDIAKAN BAHAN KERTAS A4 / A3 GUNTING LANGKAH 2 LIPAT DUA KERTAS SECARA MELINTANG LANGKAH 3 LIPAT DUA SEMULA DAN KEMASKAN SETIAP SISI HINGGA MENJADI 4 BAHAGIAN LANGKAH 6 GUNTING DI BAHAGIAN YANG BERCANTUM HINGGA KE TENGAH MENGKUT GARISAN LIPATAN LANGKAH 5 BUKA KEMBALI LIPATAN TERSEBUT DAN LIPAT DUA SECARA MENEGAK PULA LANGKAH 4 LIPAT DUA SEKALI LAGI MENJADI 8 BAHAGIAN LANGKAH 8 LIPAT SEMULA KEPADA DUA BAHAGIAN LANGKAH 9 PEGANG KIRI KANAN KERTAS LIPATAN DAN JADIKAN BENTUK DIAGONAL DAN TERUS LIPAT MENJADI BUKU KECIL LANGKAH 10 LENGKAPKAN DENGAN MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI IKUT ELEMEN 102


LANGKAH 1. Menyediakan kertas A4 / A3 bercetak atau kosong LANGKAH 2. Lipat kertas A4 kepada dua bahagian secara melintang CARA MENGHASILKAN BUKU KECILKU 103


LANGKAH 3. Lipat kertas A4 kepada empat bahagian LANGKAH 4. Lipat kertas A4 kepada lapan bahagian 104


LANGKAH 5. Buka Kembali lipatan tersebut dan lipat dua secara menegak pula LANGKAH 6. Gunting di bahagian yang bercantuk hingga ke tengah mengikut garisan lipatan. 105


LANGKAH 7. Lipat semula kepada dua bahagian seperti di Langkah dua. LANGKAH 8. Pegang kiri dan kanan kertas lipatan dan jadikan bentuk diagonal dan terus lipat menjadi buku kecil. LANGKAH 9. Lengkapkan dengan maklumat yang dikehendaki mengikut elemen (secara bercetak atau menulis sendiri) 106


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN TATABAHASA CUKA - CUNGKIL KATA OBJEKTIF Membimbing murid mengenal pasti jenis kata yang perlu dikuasai menggunakan pelbagai stimulus Mendedahkan cara mengenal pasti jenis kata berpandukan stimulus yang diberi Menggalakkan murid memberi respons tentang jenis kata yang dipelajari KRITERIA KEJAYAAN Membaca petikan dan memahami aspek kata yang ada Menggarisi jenis kata yang diperoleh Menyenaraikan jenis kata yang diperoleh CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Cungkil Kata (CUKA) merupakan KAEDAH yang digunakan untuk mengenal pasti jenis kata secara berperingkat mengikut aras penguasaan murid. CUKA ini dijelmakan agar murid lebih peka tentang aspek yang bahasa yang terdapat dalam buku teks secara amnya dan dalam peperiksaan secara khususnya. Kemahiran ini juga membimbing murid untuk mengenal pasti makna aspek kata yang diperoleh. Secara tidak langsung kaedah ini dapat membantu murid belajar membaca, memahami dan memindahkan maklumat daripada stimulus yang disediakan mengikut acuan kemahiran murid. STANDARD KANDUNGAN - Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan - Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia - Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera - Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna - Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks BAHAN/ALATAN Kertas A4, Buku Kecil, Buku Nota ELEMEN TMK - FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – mendengar dan memahami dan memberi respon Membaca –membaca dan memahami petikan/bahan grafik Menulis – menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna Tatabahasa – memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks CUKA CUNGKIL KATA 107


TEKNIK 1 – CUKA (CUNGKIL KATA) - Baca dan fahamkan teks bacaan/stimulus yang disediakan - Garisi perkataan atau frasa yang berkaitan dengan jenis kata yang diperlukan - Kenal pasti jenis kata dan tuliskan jawapan yang diperoleh pada ruang jawapan yang disediakan. Contoh 1 Berdasarkan petikan yang diberi, senaraikan jenis kata pada Buku Kecil/Buku Catatan yang dibina. JENIS KATA CONTOH Kata Sendi Nama Kata Hubung Kata Bilangan Kata Adjektif Kata Bantu Kata Kerja “Selamat sejahtera semua. Minta perhatian seketika. Ada tak sesiapa antara kamu yang terambil gelas yang terletak di meja makan semalam.? Tolong beritahu kawankawan kamu yang lain ya,” kata Cikgu Rani. “Harap, gelas tersebut dapat dipulangkan kerana penyedia makanan dapati tiada gelas yang pecah. Ini bermakna ada yang telah terambil atau tersalah letak di mana-mana,” kata Cikgu Rani lagi. Azima termangu-mangu apabila mendengar pengumuman tersebut. Pasti ada yang tidak kena ni, bisik hatinya. 108


Contoh 2 Berdasarkan gambar di atas, senaraikan jenis kata pada petak jawapan yang disediakan JENIS KATA CONTOH Kata Hubung Kata Bilangan Kata Adjektif Kata Perintah 109


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN TATABAHASA KAKA (KAYA KATA) OBJEKTIF Membimbing murid memperkaya kosa kata dengan menggunakan pelbagai stimulus Mempelbagaikan kaedah penguasaan tatabahasa melalui penerapan elemen PAK 21 dan inovasi Menggabungkan kepelbagaian tahap penguasaan murid melalui aplikasi kuiz Kahoot. KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran memecahkan perkataan untuk membina kosa kata baharu Mengelaskan kosa kata mengikut jenis kata Memahami maksud kosa kata yang dibina dengan mengaplikasikan melalui link PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) CADANGAN MASA 30 minit SINOPSIS Kaedah Kaya Kata ataupun KAKA merupakan bahan bantu yang digunakan untuk memperkayakan kosa kata melalui kaedah pecah kata. Kosa kata yang baharu diperoleh akan dikelaskan mengikut jenis kata. Untuk mencari maksud bagi kata yang baharu diperoleh, murid boleh merujuk melalui pautan PRPM. Penggunaan bahan bantu melalui laman DBP yang merupakan badan rujukan yang diiktiraf dapat meningkatkan keyakinan murid. Bagi mengukuhkan kefahaman murid terhadap jenis kata, satu set soalan kuiz yang dibina dengan menggunakan aplikasi KAHOOT telah disediakan. STANDARD KANDUNGAN Menyebut pelbagai jenis kata dengan jelas dan tepat Membaca pelbagai jenis ayat dengan sebutan yang betul dan tepat Membina pelbagai jenis ayat berdasarkan stimulus BAHAN/ALATAN Kad kata Kad Jenis Kata ELEMEN TMK PRPM dan QR CODE, KAHOOT FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – menyebut jenis kata yang dapat dihasilkan Membaca –membaca kosa kata baharu yang dibina Menulis – menulis semula kosa kata dan jenis kata yang diperolehi dengan pelbagai stimulus KAKA KAYA KATA 110


PELAKSANAAN KAYA KATA - Kenal pasti jenis kata yang diperoleh - Pecahkan kata tersebut untuk membentuk kosa kata baharu - Berdasarkan jenis kata yang diperoleh, bina seberapa banyak kosa kata yang boleh dibina - Kenal pasti kosa kata tersebut dan tuliskan jawapan yang diperoleh pada ruang jawapan yang disediakan. - Susun kata-kata baharu tersebut mengikut jenis kata - Nyatakan jenis kata berdasarkan kosa kata tersebut. - Untuk memantapkan penguasaan bahasa, cari makna kosa kata baharu yang diperoleh menggunakan pautan PPRM - Unsur didik hibur dengan menjawab soalan kuiz dengan aplikasi kahoot Contoh Bil Jenis Kata Kosa kata 1 terambil erat ambil liar bila biar lima 2 menangis menang enam simen siang senam seni 111


MANUAL PENGGUNAAN ELEMEN TATABAHASA SUKA – SUSUN KATA OBJEKTIF Membimbing murid mengeluarkan kosa kata dan menyusun kata untuk dijadikan ayat dengan menggunakan pelbagai stimulus Mendedahkan kaedah membina ayat melalui penjanaan inovasi membina ayat yang efisien Menggabungkan kepelbagaian deria dan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan membina ayat KRITERIA KEJAYAAN Mengupayakan kemahiran menggabung perkataan untuk membina ayat Memahami dan mengurus hasil inovasi membina ayat secara konsisten CADANGAN MASA 60 minit SINOPSIS Susun Kata (SUKA) merupakan KAEDAH yang digunakan untuk membina ayat berdasarkan kosa kata yang diperoleh. SUKA ini dijelmakan agar murid dapat menulis ayat berdasarkan kefahaman mereka tentang kosa kata yang diperoleh. Kemahiran ini juga mengajar murid untuk menulis secara umum. Secara tidak langsung kaedah ini dapat membantu murid belajar membaca, memahami dan memindahkan maklumat daripada stimulus yang disediakan mengikut acuan kemahiran murid. STANDARD KANDUNGAN 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks BAHAN/ALATAN Kertas A4 / A3 Gunting ELEMEN TMK YOU TUBE dan QR CODE FOKUS KEMAHIRAN (YANG PERLU SAHAJA) Lisan – menyebut ayat yang dapat dihasilkan Membaca –membaca ayat yang dibina secara bertulis Menulis – menulis semula ayat yang dibina dengan pelbagai stimulus SUKA SUSUN KATA 112


TEKNIK 3 – SUKA (SUSUN KATA) - Kenal pasti kosa kata yang diperoleh - Berdasarkan kosa kata yang diperoleh, kenal pasti jenis kata yang terdapat - Bina ayat berdasar kosa kata tersebut Contoh 3 1 Baca dan nyanyikan lagu di bawah. LAGU TIGA KUPANG - Lagu tiga kupang Saku penuh padi Enam ekor burung masuk dalam kuali Bila sudah masak Burung nyanyi sahaja Tentu sedap makan beri pada raja Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur makan roti gula Dayang tepi kolam baru jemur tepung Datang burung hitam Pagut batang hidung, hidung, hidung (sumber :Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5) 2 Kenali jenis kata yang dikehendaki - CUKA Kata Nama burung raja suri dayang Kata Bilangan enam tiga Kata Adjektif hitam sedap Kata Kerja pagut makan Kira-kira 3 Tulis ayat berdasarkan jenis kata yang diperoleh - SUKA 1 burung : _________________________________________________ 2 raja : _____________________________________________ ____ 3 hitam : __________________________________________________ 113


4 enam : _______________________________________ __________


Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 4, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya: KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun 6, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya.: KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012) Ringkasan eksekutif pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 Putrajaya : KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Inisiatif kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah. Putrajaya : KPM Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Nik Safiah Karim.et.al. (20) Tatabahasa dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://prpm.dbp.gov.my https://www.slideshare.net/.../program-trasformasi-daerah-kementerian https://www.youtube.com/watch?v=88jVtKhQKtk&spfreload=10 SUMBER RUJUKAN 115


116


Click to View FlipBook Version