TAP KIT TEKNIK ASAS PENULISAN SEKOLAH RENDAH YOP YONG
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK هرِحميِ ِن ال هرْحَْ ْس ِم اَّللهِ ال ِب Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran kita merafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan belas ihsan, limpah kurnia serta izin-Nya, Kit Teknik Asas Penulisan (TAP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah sebagai bahan sokongan untuk guru dapat dihasilkan dengan jayanya. Bahan sokongan ini merupakan usaha murni dan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah khasnya Sektor Pembelajaran dengan guru-guru berkemahiran dan berpengalaman Negeri Perak dalam menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Kit TAP ini mengandungi panduan dan latihan tentang teknik proses mengarang bermula daripada aspek menulis pendahuluan, menjana idea dan membuat kesimpulan. Diharapkan semua warga pendidik menggunakan Kit TAP khususnya di sekolah rendah agar dapat melahirkan murid yang mahir dalam menghasilkan penulisan dan hal ini selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor Pembelajaran serta ahli panel yang terdiri daripada warga pendidik berkemahiran dan berpengalaman yang bergabung tenaga dan idea dalam penghasilan kit ini. Sesungguhnya diharapkan kit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dengan sebaikbaiknya agar kemahiran murid Tahap 2 khususnya dalam kemahiran menulis dapat ditingkatkan sekali gus minat mereka dalam penghasilan penulisan dapat dipupuk dan dikembangkan. Semoga inisiatif yang dilaksanakan ini akan menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan melalui restu dan inayah-Nya. Insya-Allah. Sekian, terima kasih. Prakata
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SEKTOR PEMBELAJARAN Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam “We Deliver” Alhamdulillah dengan izin dan inayah-Nya, Kit Teknik Asas Penulisan (TAP) di bawah salah satu strategi Sektor Pembelajaran bagi membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah atau teknik yang dapat meningkatkan penguasaan keterampilan berbahasa murid daripada aspek kemahiran menulis dapat dihasilkan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas (KPM, 2016). Pelbagai masalah berkaitan penguasaan penulisan karangan khususnya yang melibatkan murid Tahap 2. Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis Karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu (Che Zanariah, 2011). Sikap tidak minat mengarang dalam kalangan murid merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu. Zamri et al. (2016) menegaskan, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi masalah pengajaran kemahiran menulis ini. Sehubungan dengan itu, penghasilan Kit TAP ini sangat sesuai dan relevan untuk dijadikan bahan rujukan kerana mengandungi panduan, contoh-contoh, tip dan latihan yang dapat memberikan idea kepada guru dalam meningkatkan minat murid untuk menulis dan menjana idea. Penggubal mengambil pendekatan berbentuk intervensi dengan membina borang grafik yang berupa alat berfikir dengan menggabung jalin kaedah pengurusan grafik dan kaedah penyoalan dalam kemahiran berfikir. Sehubungan dengan itu, diharapkan para guru menggunakan kit ini seoptimum mungkin agar dapat melahirkan murid yang kreatif dalam menghasilkan penulisan. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Unit Bahasa Sektor Pembelajaran dan semua penggubal atas komitmen yang telah dicurahkan dalam menghasilkan Kit TAP ini. Semoga Kit TAP ini dapat meningkatkan minat murid belajar Bahasa Melayu khususnya dalam kemahiran menulis sekali gus melahirkan muridmurid negeri Perak yang berimpak tinggi dan selari dengan visi jabatan, “Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul dan Murid Holistik". Prakata
Teknik Asas Penulisan
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan ibu bapa saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung nenek saya. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan ibu bapa saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung nenek saya.
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan. Temasya sukan itu telah diadakan di padang sekolah. Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan. Temasya sukan itu telah diadakan di padang sekolah.
Teknik Asas Penulisan
Apakah yang saya lihat? • ramai tetamu • pengantin bersanding • persembahan silat • tetamu menjamu selera Apakah yang saya dengar ? • orang berbual -bual • paluan kompang • suasana riuh rendah • lagu “Selamat Apakah yang saya Pengantin Baharu” rasa ? • gembira • teruja • kagum
Apakah yang saya lihat? • ramai pengunjung • pemandangan yang indah • orang mandi-manda Apakah yang saya dengar? • deruan angin sepoisepoi bahasa • ilai tawa pengunjung • deruan ombak memukul pantai Apakah yang saya rasa? • gembira • teruja • kagum • ingin datang lagi
Teknik Asas Penulisan
1. mengelap tingkap 3. menyiram pokok bunga 2. membersihkan longkang 4. mengumpulkan sampah sarap 5. menyapu sampah
1. Kok Seng mengelap tingkap supaya tingkap bersih. 2. Amir membersihkan longkang dengan berhati-hati. 3. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga tumbuh subur. 4. Muthu dan Anad mengumpulkan sampah supaya kawasan sekolah bersih. 5. Siti menyapu sampah dengan penyapu. 1 Kok Seng mengelap tingkap supaya tingkap bersih. Amir membersihkan longkang 2 dengan berhati-hati. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga tumbuh subur. 3 Muthu dan Anad mengumpulkan sampah sarap supaya kawasan sekolah bersih. 4 5 Siti menyapu sampah dengan penyapu.
1. membina pondok 2. membersihkan longkang 3. mengutip sampah sarap 4. menyapu dedaun kering 5. menyediakan makanan 1 2 3 4 5
--- --- --- ---
Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah Saya dan rakan-rakan menyertai aktiviti gotong-royong pada hari Sabtu yang lalu. Kami membersihkan kawasan sekolah untuk menjaga keindahan kawasan sekolah. Kami membawa peralatan seperti kain pengelap, penyapu dan baldi. Saya dan Abu mengelap tingkap menggunakan kain pengelap. Mei Ling dan Siti pula menyapu sampah supaya kelas tidak kotor. Muthu dan Ah Meng mencuci longkang agar longkang tidak tersumbat. Selepas itu, kami menanam pokok untuk melestarikan bumi. Beberapa orang murid mengecat bangku agar bangku kelihatan baharu. Cikgu Tan dan beberapa orang murid lelaki membaiki pondok dengan berhati-hati. Kami selesai bergotong-royong pada pukul 11.00 pagi. Kami bergotong-royong dengan gembira pada pagi itu. Saya berharap agar dapat menyertai aktiviti gotong-royong lagi.
- - - - - - - - - - - -
Program Kitar Semula Saya dan penduduk kampung menyertai Program Kitar Semula pada hari Sabtu yang lalu. Program Kitar Semula diadakan di Kampung Ipoh. Program Kitar Semula diadakan untuk menjaga alam sekitar. Semua peserta mendengar taklimat daripada ketua kampung. Para peserta mula bergotong-royong selepas mendengar taklimat. Saya dan Ah Meng mengumpul barangan untuk dikitarkan semula. Saya juga menyertai pertandingan mewarna pada pagi tersebut. Beberapa orang penduduk memenangi cabutan bertuah dengan gembira. Kami menjamu selera selepas sesi cabutan bertuah. Program Kitar Semula selesai pada pukul 11.00 pagi. Kami menyempurnakan tugasan dengan gembira pada pagi itu. Saya berharap agar dapat menyertai program sebegini lagi.
- - - - - - - - - - - - Soalan: _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________
Teknik Asas Penulisan
O BaT
M S
Ini keluarga Mira. Pada hujung minggu yang lalu Mira dan keluarga berkumpul di ruang tamu. Pelbagai aktiviti yang Mdilakukan oleh mereka pada hari itu. Ibu dan Mira memilih baju dan kasut kegemaran di Shopee. Mereka membeli baju dan kasut untuk hari raya. Mereka sepakat memilih warna merah jambu sebagai tema hari raya. Datuk dan nenek menelefon anak-anak untuk berbual-bual. Mereka bersembang tentang keadaan mereka di sana. Datuk dan nenek berasa rindu sejak anak-anak berpindah.
Keluarga Mira sebuah keluarga yang bahagia. Mereka saling S menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Kakak menyanyi sambil menari dengan senang hati di ruang tamu. Kakak gemar mendengar muzik pada waktu lapang. Pada hujung minggu adik akan mengajak kawan-kawan bermain di rumah. Adik dan kawan-kawannya bermain Roblox dengan ceria di ruang tamu. Mereka berasa teruja dapat bermain bersama-sama. Ayah dan abang bersaing permainan secara dalam talian pada hujung minggu. Abang sentiasa berlatih dengan ayah untuk meningkatkan kemahiran. Abang akan menyertai pertandingan e-game di peringkat daerah.
Ini keluarga Mira. Pada hujung minggu yang lalu Mira dan keluarga berkumpul di ruang tamu. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh mereka pada hari itu. Ibu dan Mira memilih baju dan kasut kegemaran di Shopee. Mereka membeli baju dan kasut untuk hari raya. Mereka sepakat memilih warna merah jambu sebagai tema hari raya. Datuk dan nenek menelefon anak-anak untuk berbual-bual. Mereka bersembang tentang keadaan mereka di sana. Datuk dan nenek berasa rindu sejak anak-anak berpindah. Kakak menyanyi sambil menari dengan senang hati di ruang tamu. Kakak gemar mendengar muzik pada waktu lapang. Cita-cita kakak ingin menjadi seorang penyanyi terkenal. Pada hujung minggu adik akan mengajak kawan-kawan bermain di rumah. Adik dan kawan-kawannya bermain Roblox dengan ceria di ruang tamu. Mereka berasa teruja dapat bermain bersama-sama. Ayah dan abang bersaing permainan secara dalam talian pada hujung minggu. Abang sentiasa berlatih dengan ayah untuk meningkatkan kemahiran. Abang akan menyertai pertandingan e-game di peringkat daerah. Keluarga Mira sebuah keluarga yang bahagia. Mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.
_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ M _________________________________________________________________
_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ S
Teknik Asas Penulisan
Teknik Tri-SSS
Pada Ahad, saya pergi bergotong-royong di taman perumahan. Saya sampai pada 8:00 pagi. Kami berkumpul dengan rasa teruja.
Pada hari Ahad, saya pergi bergotong-royong bersama keluarga di taman perumahan. Saya sampai pada jam 8:00 pagi. Kami berkumpul di dewan dengan rasa teruja. Pada hari Ahad yang lalu, saya pergi bergotong-royong bersama keluarga di taman perumahan tempat tinggal saya. Saya sampai di tempat berkumpul pada jam 8:00 pagi. Setelah sampai, saya dan keluarga berkumpul di gelanggang sepak takraw dengan perasaan yang teruja. Saya dan keluarga dalam kumpulan 1. Kami membersihkan luar dewan. Kami berasa sangat bersemangat. Saya dan keluarga berkumpul dalam kumpulan 1. Kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar dewan yang kotor. Kami berasa sangat bersemangat untuk bekerja.
Saya dan keluarga berkumpul dalam kumpulan 1 bersama beberapa orang jiran kami. Kemudian, kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar dewan yang kelihatan semak samun dengan dedaun kering dan sampah-sarap. Kami berasa sangat bersemangat untuk bekerja kerana semua orang kelihatan ceria. Kami ahli kumpulan 1 menyapu sampah. Saya menggunakan penyapu. Saya berasa letih. Selepas itu, kami ahli kumpulan satu menyapu sampah dan dedaun kering. Saya menggunakan penyapu yang dibawa dari rumah. Saya berasa letih tetapi gembira. Selepas itu, kami ahli kumpulan 1 terus menjalankan tugas kami iaitu menyapu sampah dan dedaun kering yang ada di sekitar dewan. Saya menggunakan penyapu lidi yang dibawa dari rumah untuk menjalankan tugas itu. Sepanjang masa menjalankan tugas, saya berasa letih tetapi gembira kerana kawasan sekitar dewan semakin bersih.
Saya membuang sampah ke dalam lori sampah. Saya membuang sampah dengan berhati-hati. Saya berasa puas hati. Kemudian, saya dah ahli kumpulan 1 membuang sampah ke dalam lori sampah yang telah disediakan. Kami membuang sampah ke dalam lori dengan berhati-hati kerana sampah itu berat. Saya berasa puas hati kerana menjalankan tugas itu dengan baik. Kemudian, saya dah ahli kumpulan 1 membuang sampah ke dalam lori sampah yang telah disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Kami membuang sampah ke dalam lori dengan berhati-hati kerana sampah yang dimasukkan ke dalam plastik sampah itu sangat berat. Saya berasa puas hati kerana dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.
Pada 12:00 tengah hari, kami selesai bergotong-royong. Saya makan tengah hari bersama keluarga. Saya berasa gembira. Pada jam 12:00 tengah hari, kami selesai bergotong-royong. Sebelum pulang, saya dan keluarga makan tengah hari makanan yang telah disediakan. Saya berasa gembira kerana dapat menyertai gotongroyong itu. Tepat pada jam 12:00 tengah hari, kami telah selesai menjalankan tugas bergotong-royong. Sebelum pulang, saya dan keluarga menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Saya berasa gembira kerana dapat menyertai gotong-royong bersama keluarga dan jiran-jiran saya.