The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kit TAP
(Teknik Asas Penulisan Sekolah Rendah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguLinnZack, 2023-02-24 09:34:08

Kit TAP (Teknik Asas Penulisan Sekolah Rendah)

Kit TAP
(Teknik Asas Penulisan Sekolah Rendah)

Teknik Asas Penulisan


10 KATA KERJA memotong kek menyanyi lagu “Selamat Hari Lahir” menyambut tetamu menjamu selera menyediakan makanan bermain berbual-bual pulang memberi hadiah mengambil gambar


1 Ibu saya menyediakan makanan yang enak. 2 Saya menyambut tetamu dengan gembira. 3 Para tetamu memberi hadiah kepada saya. Mereka menyanyi lagu “Selamat Hari Lahir” 4 dengan gembira. 5 Saya memotong kek dengan berhati-hati. 6 Bapa saya mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. 7 Kami menjamu selera sambil berbual-bual. 8 Kami bermain dengan gembira. 9 Para tetamu berbual-bual dengan mesra. 10 Mereka pulang ke rumah masing-masing.


1 Ibu saya menyediakan makanan yang enak. 2 Saya menyambut tetamu dengan gembira. 3 Para tetamu memberi hadiah kepada saya. Mereka menyanyi lagu “Selamat Hari Lahir” 4 dengan gembira. 5 Saya memotong kek dengan berhati-hati. 6 Bapa saya mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. 7 Kami menjamu selera sambil berbual-bual. 8 Kami bermain dengan gembira. 9 Para tetamu berbual-bual dengan mesra. 10 Mereka pulang ke rumah masing-masing. Saya telah mengadakan sambutan hari lahir pada pukul lima petang. Sambutan hari lahir itu bermula dengan gembira. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyambut hari lahir. Saya berharap agar dapat menyambut hari lahir lagi pada tahun hadapan.


TEMASYA SUKAN menyampaikan hadiah bertepuk tangan berlumba lari mencatat markah bersorak-sorai berbaris menyanyikan lagu “Negaraku” mengambil gambar memberikan ucapan pulang


Sekolah saya telah mengadakan temasya sukan pada hari Ahad yang lalu. Temasya sukan itu bermula pada pukul sembilan pagi. 1 Murid-murid berbaris di padang. Semua murid dan guru menyanyikan lagu “Negaraku” 2 sambil berdiri tegak. 3 Guru besar memberikan ucapan sebelum temasya sukan bermula. 4 Para peserta berlumba lari dengan bersungguh-sungguh. 5 Murid-murid bersorak-sorai kepada para peserta. Guru mencatat markah para peserta 6 dengan teliti.


8 Semua murid bertepuk tangan dengan sangat kuat. 9 Para pemenang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. 10 Semua murid pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai temasya sukan itu. Saya berharap agar dapat menyertai temasya sukan itu lagi pada tahun hadapan. 7 Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Saya sekeluarga makan angin di Cameron Highlands. Bapa memandu kereta untuk pergi ke sana. Kami menikmati pemandangan yang indah apabila di sana. Kami menghirup udara segar di sekitar kawasan ladang teh dan strawberi. Ibu dan bapa saya minum secawan teh yang sedap dengan gembira. Saya dan keluarga telah melawat ke sebuah tempat peranginan pada hari Ahad yang lalu. Kami bertolak ke tempat peranginan itu pada pukul lapan pagi. Saya dan kakak memetik strawberi yang berwarna merah untuk dimakan bersama-sama.


Emak membeli sayur-sayuran yang segar untuk dimasak di rumah. Kami menjamu selera sebelum pulang. Kami membeli buah tangan untuk saudara-mara di kampung. Saya sekeluarga pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melawat ke tempat peranginan yang menarik. Saya berharap agar dapat melawat ke tempat peranginan lagi pada tahun hadapan. Melawat ke Tempat Peranginan Saya dan keluarga telah melawat ke sebuah tempat peranginan pada hari Ahad yang lalu. Kami bertolak ke tempat peranginan itu pada pukul lapan pagi. Saya sekeluarga makan angin di Cameron Highlands. Bapa memandu kereta untuk pergi ke sana. Kami menikmati pemandangan yang indah apabila di sana. Kami menghirup udara segar di sekitar kawasan ladang teh dan strawberi. Ibu dan bapa saya minum secawan teh yang sedap dengan gembira. Saya dan kakak memetik strawberi yang berwarna merah untuk dimakan bersama-sama. Emak membeli sayur-sayuran yang segar untuk dimasak di rumah. Kami menjamu selera sebelum pulang. Kami membeli buah tangan untuk saudara-mara di kampung. Saya sekeluarga pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melawat ke tempat peranginan yang menarik. Saya berharap agar dapat melawat ke tempat peranginan lagi pada tahun hadapan.


Bapa dan saya bersalam-salaman dengan Encik Lukman. Encik Lukman mengucapkan selamat datang kepada kami. Golongan belia memalu kompang apabila pasangan pengantin tiba. Pasangan pengantin yang cantik bersanding di atas pelamin Jurufoto mengambil gambar pasangan pengantin dengan kamera digital. Para tetamu menjamu selera dengan gembira. Saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis perkahwinan pada hari Sabtu yang lalu. Kami menghadiri majlis perkahwinan itu pada pukul dua petang.


Encik Lukman beramah mesra dengan para tetamu yang hadir. Encik Lukman mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi hadir. Bapa menghulurkan sumbangan kepada Encik Lukman untuk meringankan beban. Kami pulang ke rumah setelah selesai. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menghadiri majlis perkahwinan yang menarik. Saya berharap agar dapat menghadiri majlis perkahwinan lagi pada masa depan.


_________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________


Teknik Asas Penulisan


Jenayah ragut berjalan di jalan yang sunyi dan gelap kerana tiada sesiapa yang akan membantu jika diragut. membawa beg tangan secara sambalewa supaya tidak menjadi mangsa peragut memakai barang kemas yang menonjol kerana boleh menarik perhatian peragut. leka semasa menggunakan telefon kerana mereka menggunakan motosikal.


Jasa ibu bapa belajar dengan bersungguhsungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang. mendengar dan menurut kata-kata mereka agar tidak dianggap anak derhaka. membantu mereka agar dapat meringankan kerja mereka. menjaga nama baik mereka dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan mereka.


_________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________


Teknik Asas Penulisan


••••••••••


Kebaikan aktiviti kokurikulum menyihatkan badan kerana bergerak aktif sepanjang aktiviti dijalankan. mewujudkan sikap bekerjasama dengan melakukan aktiviti berkumpulan. mengisi masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan seperti berkawad. menambah pengetahuan kerana dapat belajar perkara-perkara yang baharu.


murid menyertai aktiviti kokurikulum. menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum menyihatkan badan. Murid menyertai aktiviti kokurikulum boleh bergerak aktif sepanjang aktiviti dijalankan. mewujudkan sikap bekerjasama. kita bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan seperti berkawad, mendirikan khemah dan memasak. menambah pengetahuan. dapat belajar perkara-perkara yang baharu. aktiviti kokurikulum penting murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum.


Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Setiap murid perlu menyertai aktiviti kokurikulum. Terdapat beberapa faedah jika kita menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan badan. Murid yang menyertai aktiviti kokurikulum boleh bergerak aktif sepanjang aktiviti dijalankan. Selain itu, kita dapat mewujudkan sikap bekerjasama. Contohnya, kita bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan seperti berkawad, mendirikan khemah dan memasak. Di samping itu, kita boleh menambah pengetahuan. Misalnya, dapat belajar perkara-perkara yang baharu. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum sangat penting kepada muridmurid. Oleh itu, kita harus menyertai aktiviti kokurikulum.


menyihatkan badan bergerak aktif sepanjang aktiviti dijalankan. peluh yang keluar akan menyihatkan badan mewujudkan sikap bekerjasama melakukan aktiviti berkumpulan. dapat mengeratkan hubungan antara ahli kelab atau persatuan. mengisi masa lapang melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan seperti berkawad. tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. menambah pengetahuan dapat belajar perkara-perkara yang baharu. boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.


Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Setiap murid perlu menyertai aktiviti kokurikulum. Terdapat beberapa faedah jika kita menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan badan. Murid yang menyertai aktiviti kokurikulum boleh bergerak aktif sepanjang aktiviti dijalankan. Ini kerana, peluh yang keluar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum akan menyihatkan badan. Selain itu, kita dapat mewujudkan sikap bekerjasama. Contohnya, kita bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan hubungan antara ahli kelab atau persatuan. Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan seperti berkawad, mendirikan khemah dan memasak. Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktivitiaktiviti yang tidak sihat. Di samping itu, kita boleh menambah pengetahuan. Misalnya, dapat belajar perkara-perkara yang baharu. Ilmu yang dipelajari itu boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum sangat penting kepada muridmurid. Oleh itu, kita harus menyertai aktiviti kokurikulum.


TAP KIT TEKNIK ASAS PENULISAN SEKOLAH RENDAH YOP YONG


Click to View FlipBook Version