The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar menafsir gambarajah litar skematik kawalan motor kepada lakaran litar yang lebih mudah sebelum melakukan tamatan pendawaian. Idea untuk membangunkan modul ini tercetus daripada rekleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) yang lalu apabila didapati ramai pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan melakukan tamatan pendawaian.Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran melakukan tamatan pendawaian dengan merujuk litar skematik yang diberikan. Oleh itu, satu kaedah direka bagi membantu pelajar mencipta sendiri visual aid melalui kaedah ‘Rungkai’ bagi memudahkan mereka melakukan tamatan pendawaian. Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ menerangkan secara terperinci bagaimana kaedah ini dilaksanakan, dimana kaedah ini sangat ekonomik kerana memerlukan sebatang pen berwarna bagi membuat lakaran litar. Walaupun pada awalnya kaedah ini direka bagi membantu pelajar yang lemah, namun ia tetap bersifat universal kerana sesuai diaplikasikan kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang rendah, sederhana mahupun tinggi. Penggunaan kaedah ini mudah dan sesuai diaplikasikan ketika pelajar menjalankan ujian amali. Selain dapat membantu pelajar memendekkan masa yang diambil untuk melakukan tamatan pendawaian ketika menjalani ujian, kaedah ini juga mampu meningkatkan markah prestasi pelajar disebabkan kaedah ini membolehkan pelajar membuat penilaian kendiri sebelum menghantar tugasan amali tersebut kepada pensyarah. Walaupun kaedah ini kelihatan mudah dan ringkas, namun ia memberikan kesan yang besar terhadap prestasi dan minat pelajar. Modul ini sedang dalam peringkat untuk disebarluaskan ke Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan institusi kemahiran yang lain bagi membolehkan ia diguna pakai oleh pensyarah yang mengajar dalam program Teknologi Elektrik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Zahirah, 2023-02-21 23:25:05

Modul Pembelajaran kaedah Rungkai

Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar menafsir gambarajah litar skematik kawalan motor kepada lakaran litar yang lebih mudah sebelum melakukan tamatan pendawaian. Idea untuk membangunkan modul ini tercetus daripada rekleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) yang lalu apabila didapati ramai pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan melakukan tamatan pendawaian.Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran melakukan tamatan pendawaian dengan merujuk litar skematik yang diberikan. Oleh itu, satu kaedah direka bagi membantu pelajar mencipta sendiri visual aid melalui kaedah ‘Rungkai’ bagi memudahkan mereka melakukan tamatan pendawaian. Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ menerangkan secara terperinci bagaimana kaedah ini dilaksanakan, dimana kaedah ini sangat ekonomik kerana memerlukan sebatang pen berwarna bagi membuat lakaran litar. Walaupun pada awalnya kaedah ini direka bagi membantu pelajar yang lemah, namun ia tetap bersifat universal kerana sesuai diaplikasikan kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang rendah, sederhana mahupun tinggi. Penggunaan kaedah ini mudah dan sesuai diaplikasikan ketika pelajar menjalankan ujian amali. Selain dapat membantu pelajar memendekkan masa yang diambil untuk melakukan tamatan pendawaian ketika menjalani ujian, kaedah ini juga mampu meningkatkan markah prestasi pelajar disebabkan kaedah ini membolehkan pelajar membuat penilaian kendiri sebelum menghantar tugasan amali tersebut kepada pensyarah. Walaupun kaedah ini kelihatan mudah dan ringkas, namun ia memberikan kesan yang besar terhadap prestasi dan minat pelajar. Modul ini sedang dalam peringkat untuk disebarluaskan ke Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan institusi kemahiran yang lain bagi membolehkan ia diguna pakai oleh pensyarah yang mengajar dalam program Teknologi Elektrik.

Keywords: kaedah rungkai,kawalan motor,elektrik,visual aid

MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELAKUKAN TAMATAN KAWALAN MOTOR SITI ZAHIRAH BINTI HALIM


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI DITERBITKAN OLEH PEM - PENERBITAN EDARAN MURNI (PG0071907-U) 129G-H, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim 11600 Jelutong, Penang, Malaysia Tel: 04-659 1416 Emel : [email protected] MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELAKUKAN TAMATAN KAWALAN MOTOR PEM - PENERBITAN IDAMAN MURNI Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana pihak mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penerbit Cetakan Pertama 2018 ISBN Dicetak oleh PERCETAKAN PMI SDN. BHD


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PRAKATA 1 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 HASIL PEMBELAJARAN 5 3.0 KAEDAH ‘RUNGKAI’ 5 BAGAIMANA KAEDAH RUNGKAI DIGUNAKAN? 8 LATIHAN 16 RUJUKAN 18


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI PRAKATA Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar menafsir gambarajah litar skematik kawalan motor kepada lakaran litar yang lebih mudah sebelum melakukan tamatan pendawaian. Idea untuk membangunkan modul ini tercetus daripada rekleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) yang lalu apabila didapati ramai pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan melakukan tamatan pendawaian. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran melakukan tamatan pendawaian dengan merujuk litar skematik yang diberikan. Oleh itu, satu kaedah direka bagi membantu pelajar mencipta sendiri visual aid melalui kaedah ‘Rungkai’ bagi memudahkan mereka melakukan tamatan pendawaian. Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ menerangkan secara terperinci bagaimana kaedah ini dilaksanakan, dimana kaedah ini sangat ekonomik kerana memerlukan sebatang pen berwarna bagi membuat lakaran litar. Walaupun pada awalnya kaedah ini direka bagi membantu pelajar yang lemah, namun ia tetap bersifat universal kerana sesuai diaplikasikan kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang rendah, sederhana mahupun tinggi. Penggunaan kaedah ini mudah dan sesuai diaplikasikan ketika pelajar menjalankan ujian amali. Selain dapat membantu pelajar memendekkan masa yang diambil untuk melakukan tamatan pendawaian ketika menjalani ujian, kaedah ini juga mampu meningkatkan markah prestasi pelajar disebabkan kaedah ini membolehkan pelajar membuat penilaian kendiri sebelum menghantar tugasan amali tersebut kepada pensyarah. Walaupun kaedah ini kelihatan mudah dan ringkas, namun ia memberikan kesan yang besar terhadap prestasi dan minat pelajar. 1


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Kawalan dan Pemasangan Motor Satu Fasa Kawalan dan pemasangan motor satu fasa adalah salah satu kursus yang terdapat dalam struktur Program Teknologi Elektrik, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej Vokasional. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengenalpasti spesifikasi serta kaedah pemasangan motor dan kawalan motor satu fasa, menyediakan bahan dan peralatan penyenggaraan dan pemasangan motor satu fasa, melakukan pemasangan motor satu fasa, melakukan tamatan pendawaian kawalan motor satu fasa, memeriksa kefungsian kawalan motor dan motor satu fasa serta merekod pemasangan motor dan kawalan motor satu fasa. Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada satu fasa atau tiga fasa. Antara fungsi kawalan motor ialah menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada satu fasa atau tiga fasa, mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan dan meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang-Delta, Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang. Selain itu, kawalan motor juga berfungsi bagi mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yang mengawalnya serta menghidupkan motor secara berperingkat bagi memastikan pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh. 2


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Di dalam kursus ini, kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah melakukan tamatan pendawaian kawalan motor. Kemahiran ini sangat berkait rapat dengan kebolehan pelajar menggunakan kemahiran visualisasi di mana pelajar perlu mahir menterjemahkan litar skematik bagi melakukan tamatan pendawaian kawalan motor tersebut. 1.2 Kemahiran Visualisasi Kemahiran visualisasi dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional merupakan konsep fungsi hemisfera-hemisfera otak manusia dan pembentukan imej mental perlu difahami. Kajian-kajian dalam bidang neurosains mendapati masalah-masalah spatial adalah merujuk kepada aktiviti atau proses yang berlaku dalam hemisfera otak kanan manusia. Proses yang sama juga berlaku bagi tindakan berupa gerakhati, kreativiti dan visualisasi (Field, 1999). Pemprosesan maklumat visual yang berlaku dalam hemisfera otak kanan akan membentuk imej mental dalam bahagian otak tersebut. Menurut Medin, Ross dan Markman (2005) imej mental adalah satu bentuk gambaran yang muncul dan disimpan dalam otak tentang hubungan spatial di antara objek-objek yang dilihat bagi memudahkan pemerhati mengetahui kedudukan relatif setiap objek meskipun semasa berada dalam keadaan bergerak. Manakala menurut Sorby (1999), dalam penyelidikan psikologi pendidikan, kebolehan spatial ditakrifkan sebagai kebolehan menggambar sesuatu yang sedia ada pada diri seseorang individu sejak dilahirkan dan berlaku sebelum sebarang latihan formal dilaluinya. Sementara kemahiran visualisasi merupakan kebolehan menggambar yang diperolehi melalui latihan atau amalan khusus. Perbezaan takrifan kedua-dua istilah ini memberi maksud bahawa setiap manusia mempunyai kebolehan membayangkan sesuatu dalam minda, tetapi tidak semua mereka mahir menggambarkan sesuatu dalam minda tanpa mendapat pendidikan khusus. 3


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Walaubagaimanapun, hanya segelinitir sahaja pelajar yang dapat menguasai kemahiran ini dengan baik. Ramai pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menterjemahkan litar skematik dan terus melakukan tamatan pendawaian. Masalah ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menyiapkan sesuatu litar yang diberikan oleh pensyarah. Malah masalah ini akan berlarutan sehinggalah pelajar masuk ke semester seterusnya disebabkan mereka gagal menguasai kemahiran asas ini. Bagi membantu pelajar mengatasi masalah ini, satu penyelesaian untuk menggunakan kaedah ‘Rungkai’ bagi memudahkan proses mentafsir litar skematik kepada lakaran litar pendawaian sebelum pelajar melakukan tamatan pendawaian pada komponen. Kaedah ini dilihat lebih baik untuk membantu pelajar yang agak lemah dari segi kemahiran visualisasi. Dengan menterjemah terlebih dahulu litar skematik sedia ada kepada lakaran litar pendawaian, pelajar hanya perlu melakar semula kabel yang akan dipasang pada setiap tamatan di atas gambarajah litar skematik sebelum melakukan tamatan pada komponen sebenar. Dengan cara ini, pelajar tidak perlu menggunakan kemahiran visualisasi yang tinggi semasa melakukan tamatan pendawaian. Selain itu, kaedah ini memudahkan pelajar membuat penilaian kendiri dengan menyemak bilangan kabel yang perlu ada pada setiap tamatan setelah proses pendawaian siap dilakukan. 4


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI 2.0 HASIL PEMBELAJARAN Setelah mempelajari dan mengaplikasikan kaedah ‘Rungkai’, pelajar akan dapat: 2.1 Memendekkan masa yang diambil untuk melakukan tamatan pendawaian litar kawalan motor. 2.2 Meningkatkan markah dalam pentaksiran amali yang melibatkan kemahiran melakukan tamatan pendawaian litar kawalan motor. 3.0 KAEDAH ‘RUNGKAI’ Kaedah ‘Rungkai’ diperkenalkan kepada pelajar bagi membantu mereka melakukan tamatan pendawaian dengan menterjemah terlebih dahulu litar skematik (Rajah 1) kepada lakaran litar pendawaian (Rajah 2). Dengan menggunakan kaedah ini dapat membantu pelajar mengurangkan penggunaan kemahiran visualisasi yang tinggi. Melalui kaedah ‘Rungkai’, pelajar perlu melakar semula setiap kabel yang akan dipasang pada setiap tamatan litar. Setelah lakaran kabel ini dilakukan, pelajar hanya perlu melakukan tamatan pendawaian pada panel litar kawalan motor (Rajah 3) dengan merujuk lakaran litar pendawaian yang telah dibuat. Ini membantu pelajar melakukan kerja-kerja pendawaian dengan lebih mudah dan cepat. Kaedah ini juga didapati mempunyai kelebihan kepada pelajar kerana mereka boleh membuat penilaian kendiri mahupun penilaian rakan sebaya dengan menyemak bilangan kabel pada setiap tamatan dengan merujuk lakaran litar pendawaian kaedah ‘Rungkai’. Oleh itu, kebarangkalian melakukan kesalahan memasang kabel pada tamatan yang salah dapat dikurangkan pada kadar minimum. 5


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Rajah 1 Litar skematik kawalan motor mara-songsang Rajah 2 Lakaran litar pendawaian kawalan motor mara-sonsang menggunakan kaedah ‘Rungkai’ 6


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Rajah 3 Contoh Panel kawalan motor setelah siap pendawaian 7


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Berdasarkan gambarajah skematik diatas. Pelajar dikehendaki melakukan tamatan pendawaian pada panel kawalan motor. Pelajar boleh menterjemahkan dahulu litar skematik tersebut kepada lakaran litar pendawaian menggunakan KAEDAH ‘RUNGKAI’ 8 BAGAIMANA KAEDAH RUNGKAI DIGUNAKAN?


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI LANGKAH 2 : Titik A dan titik B bersambung secara terus pada gambarajah skematik. Oleh itu, kita perlu melakar semula sambungan dari titik A ke titik B dengan menggunakan pen bewarna. LANGKAH 1 : Sediakan sebatang pen bewarna. 9


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI LANGKAH 3 : Ulang langkah 2 pada sambungan 2, 3 dan 4 menggunakan kaedah yang sama. 10


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI PERHATIKAN pada titik yang bertanda kuning. Semua titik itu perlu dibuat KAEDAH “RUNGKAI’ di mana ia perlu dirungkaikan dengan melakar sambungan secara terus dari satu tamatan ke tamatan yang lain tanpa ada simpang seperti pada titik kuning. 11


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI LANGKAH 4 : Dengan menggunakan pen berwarna, melakar sambungan dari C ke D dan dari D ke E . ATAU Kita juga boleh melakar sambungan dari C ke D seterusnya C ke E. 12


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI LANGKAH 5 : lengkapkan semua sambungan life (L). Ulang langkah 4 pada semua titik yang bertanda kuning dengan menggunakan KAEDAH RUNGKAI. Ulang langkah 2 pada sambungan yang tidak bertanda titik kuning. 13


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI LANGKAH 5 : lengkapkan semua sambungan neutral (N) dengan menggunakan KAEDAH RUNGKAI. Pelajar juga boleh menggunakan pen berwarna biru untuk membezakan antara sambungan life dan neutral. 14


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI Penilaian Kendiri LANGKAH 6 : Pelajar boleh melakukan tamatan pendawaian pada panel kawalan dengan merujuk gambarajah lakaran litar yang telah dibuat. LANGKAH 7 : Setelah siap melakukan tamatan pendawaian, pelajar boleh membuat penilaian kendiri dengan menyemak satu persatu tamatan pada panel kawalan seterusnya menanda (rujuk garisan berwarna hitam) setiap tamatan pada gambarajah lakaran litar. 16


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI 15 LATIHAN 1: CONTACTOR M3 R M OVERLOAD RELAY CONTACTOR M1 CONTACTOR M2 STAR DELTA MCB Y B a1 b1 c1 c2 a2 b3 MAIN LITAR UTAMA LITAR KAWALAN STAR DELTA STARTER MCB 6A OVERLOAD RELAY STOP ON TDR M2 TDR M3 M1 STAR DELTA MAIN NEUTRAL M3 M2 M1 M2 M2M3 Anda dikehendaki melakar litar pendawaian pada gambarajah skematik di bawah dengan menggunakan Kaedah Rungkai. Seterusnya lakukan tamatan pendawaian pada panel kawalan motor. Selamat mencuba!


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI 17 LATIHAN 2 : Anda dikehendaki melakar litar pendawaian pada gambarajah skematik di bawah dengan menggunakan Kaedah Rungkai. Seterusnya lakukan tamatan pendawaian pada panel kawalan motor. Selamat mencuba! KAWALAN ENJUTAN (JOGGING CONTROL) DENGAN GEGANTI KAWALAN


MODUL PEMBELAJARAN KAEDAH RUNGKAI RUJUKAN Yahya, E. (2006). Kawalan Motor Elektrik.IBS Buku Sdn. Bhd Safarin, M. & Sukri, M., (2006). Kertas Kerja Kemahiran Visualisasi: Kemahiran Kognitif Tahap Tinggi Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Seminar Kebangsaan Pendidikan teknik dan Vokasional. Medin, D. L., Ross, B. H., & Markman, A. B. (2005). Cognitive Psychology (4 ed.). New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. Field, B. W. (1999). A Course in Spatial Visualization. Journal for Geometry and Graphics, 3(2), 201-209. Sorby, S. A. (1999). Developing 3-D Spatial Visualization Skills. Engineering Design and Graphics Journal, 63(2), 21-32.


Click to View FlipBook Version