Siti Zahirah
  • 3
  • 0
Modul Pembelajaran kaedah Rungkai
Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar menafsir gambarajah litar skematik kawalan motor kepada lakaran litar yang lebih mudah sebelum melakukan tamatan pendawaian. Idea untuk membangunkan modul ini tercetus daripada rekleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) yang lalu apabila didapati ramai pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan melakukan tamatan pendawaian.Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran melakukan tamatan pendawaian dengan merujuk litar skematik yang diberikan. Oleh itu, satu kaedah direka bagi membantu pelajar mencipta sendiri visual aid melalui kaedah ‘Rungkai’ bagi memudahkan mereka melakukan tamatan pendawaian. Modul Pembelajaran Kaedah ‘Rungkai’ menerangkan secara terperinci bagaimana kaedah ini dilaksanakan, dimana kaedah ini sangat ekonomik kerana memerlukan sebatang pen berwarna bagi membuat lakaran litar. Walaupun pada awalnya kaedah ini direka bagi membantu pelajar yang lemah, namun ia tetap bersifat universal kerana sesuai diaplikasikan kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang rendah, sederhana mahupun tinggi. Penggunaan kaedah ini mudah dan sesuai diaplikasikan ketika pelajar menjalankan ujian amali. Selain dapat membantu pelajar memendekkan masa yang diambil untuk melakukan tamatan pendawaian ketika menjalani ujian, kaedah ini juga mampu meningkatkan markah prestasi pelajar disebabkan kaedah ini membolehkan pelajar membuat penilaian kendiri sebelum menghantar tugasan amali tersebut kepada pensyarah. Walaupun kaedah ini kelihatan mudah dan ringkas, namun ia memberikan kesan yang besar terhadap prestasi dan minat pelajar. Modul ini sedang dalam peringkat untuk disebarluaskan ke Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan institusi kemahiran yang lain bagi membolehkan ia diguna pakai oleh pensyarah yang mengajar dalam program Teknologi Elektrik.
View Text Version Category : 22
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications