PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 4. Skor Markah Setiap Kategori Tahap Pemikiran KBAT Mengikut Bilangan Murid
Rajah 4 menjelaskan bahawa bagi setiap kategori, keseluruhan murid dalam kajian ini
mendapat skor markah yang terbaik iaitu antara skor 3 dan 4. Murid telah berjaya menguasai aspek
kategori 1 iaitu pembinaan bahan dengan baik iaitu mengaplikasikan bahan yang sesuai untuk
membersihkan tumpahan minyak. Murid juga lebih kreatif menggunakan minyak petrol kenderaan
dan habuk asah pensel berbanding penggunaan minyak masak dan bahan-bahan yang disarankan
oleh guru. Kategori 2 iaitu sikap saintifik menunjukkan semua murid telah berjaya menganalisis
dua jenis bahan-bahan yang paling sesuai digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak,
menjelaskan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang perlu dilaksanakan bagi
memelihara dan memulihara spesies endemik yang semakin pupus. Kategori 3 iaitu fungsi
menjelaskan kesemua murid telah menunjukkan fungsi setiap bahan dengan baik dalam
membersihkan tumpahan minyak dengan berkesan. Kategori 4 iaitu penggunaan ICT menjelaskan
kesemua murid telah berjaya menghasilkan video tugasan yang interaktif dengan susun atur audio
dan pergerakan yang sangat baik. Kesimpulannya semua murid dapat menghasilkan video
interaktif dengan penggunaan ICT yang sesuai yang amat memudahkan guru untuk menilai hasil
aktiviti hands-on mereka. Contoh rakaman video terbaik boleh dilihat melalui pautan
https://youtu.be/joCdMaFOXpM.
b) Aktiviti hands-on remote learning: Pembersihan Tumpahan Minyak
Murid sangat kreatif dalam menghasilkan pelbagai bentuk permainan mudah Food Chain
Marble Run ini daripada bahan kitar semula seperti dalam Rajah 5.
Rajah 5. Reka cipta Permainan Food Chain Marble Run oleh Murid
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 412
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 6 menunjukkan skor markah rubrik prototaip setiap kategori tahap pemikiran KBAT
mengikut bilangan murid bagi aktiviti hands-on mereka cipta permainan mudah Food Chain Marble
Run.
Rajah 6. Skor Markah Setiap Kategori Mengikut Bilangan Murid
Rajah 6 menunjukkan bahawa bagi setiap kategori, keseluruhan murid dalam aktiviti hands-
on kedua telah mendapat skor 4 dalam aspek pembinaan bahan dan fungsi. Setiap murid telah
berjaya menggunakan bahan yang sesuai dan sangat kreatif serta berfungsi dengan berkesan
dalam merekabentuk permainan Food Chain Marble Run. Bagi kategori 2 iaitu sikap saintifik,
murid-murid telah berjaya membentangkan hasil aktiviti hands-on ini dengan kefahaman yang jelas
dan tepat. Mereka telah dapat menyatakan satu rantai makanan dalam siratan makanan dengan
tepat. Mereka dapat menganalisis istilah pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan
pengguna tertier dengan baik. Kategori 4 menunjukkan kesemua murid telah dapat
mengaplikasikan penggunaan kemahiran ICT secara meluas dalam membentangkan hasil reka
bentuk permainan mereka. Video tugasan permainan interaktif ini boleh dirujuk di pautan
https://youtu.be/2tTvHCAB0dY. Terdapat juga murid yang menghasilkan permainan Food Chain
Marble Run dengan menggunakan aplikasi teknologi sepenuhnya seperti Rajah 7.
Rajah 7. Permainan Food Chain Marble Run menggunakan aplikasi teknologi
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 422
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Berdasarkan skor markah rubrik prototaip setiap kategori tahap pemikiran KBAT bagi
kedua-dua aktiviti hands-on remote learning tertumpu kepada skor 3 dan skor 4. Ini menunjukkan
bahawa objektif pertama kajian ini telah dicapai iaitu menghasilkan kemenjadian murid yang
mempunyai tahap pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan aktiviti
hands-on remote learning berbentuk penyelesaian masalah dan penghasilan reka bentuk
permainan dengan mendapat skor 3 ke atas berdasarkan rubrik penskoran aktiviti hands-on.
Semua tugasan aktiviti hands-on remote learning murid dimuat naik ke aplikasi Padlet untuk
rujukan guru dan murid (Lampiran 3).
Kefahaman murid dalam menjawab soalan KBAT dinilai berdasarkan kepada skor markah
soalan KBAT yang diperoleh selepas aktiviti hands-on dijalankan telah menunjukkan peningkatan
markah 70% ke atas berbanding markah sebelum aktiviti hands-on dijalankan seperti dalam Jadual
2. Dapatan ini menunjukkan objektif kedua kajian ini tercapai iaitu kemahiran murid menjawab
soalan-soalan berbentuk KBAT iaitu mendapat skor markah 70% ke atas.
Jadual 2
Analisis markah soalan KBAT sebelum aktiviti hands-on dan selepas aktiviti hands-on dijalankan
Sebelum aktiviti hands-on Selepas aktiviti hands-on
SOALAN Bilangan murid mendapat markah Bilangan murid mendapat markah
(50% ke atas) (70% ke atas)
Biodiversiti 10 20
Aliran Tenaga 9 20
Di akhir pembelajaran secara bersemuka, satu borang soal selidik telah diedarkan untuk meninjau
persepsi murid dalam borang soal selidik terhadap pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning
secara teradun seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3
Persepsi Murid dalam Borang Soal Selidik Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Hands-on Remote Learning
Secara Teradun
Bil Pernyataan item SS S TS STS Min Sisihan Interpretasi
piawai
1 Murid dapat memahami
tugasan aktiviti hands-on 8 12 0 0 3.400 0.490 Tinggi
secara teradun melalui Flipped 0 3.450 0.497 Tinggi
0 3.450 0.497 Tinggi
Classroom. 0 3.450 0.497 Tinggi
2 Pembelajaran teradun
membantu murid untuk
berinteraksi dengan guru dan
rakan-rakan lain melalui 9 11 0
Telegram mengenai tugasan
aktiviti hands-on selepas PdPc
bersemuka di kelas.
3 Murid dapat menerima
tugasan aktiviti hands-on
secara teradun melalui Flipped 9 11 0
Classroom di WhatsApp /
Telegram.
4 Pembelajaran teradun ini
membantu murid berdikari
untuk melaksanakan aktiviti 9 11 0
hands-on dan memahami topik
yang diajar di dalam kelas.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 432
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
5 Guru turut berkongsikan nota
dan latihan melalui WhatsApp /
Telegram untuk meningkatkan 8 12 0 0 3.400 0.490 Tinggi
0 0 3.300 0.458 Tinggi
kemahiran menjawab soalan 0 0 3.450 0.497 Tinggi
0 0 3.400 0.490 Tinggi
KBAT 0 0 4.000 0.000 Tinggi
6 Murid tidak menghadapi
masalah untuk menghantar
aktiviti hands-on secara 6 14
rakaman video menggunakan
aplikasi ICT kepada guru.
7 Aktiviti hands-on secara
teradun meningkatkan
kefahaman 9 11
murid dalam tajuk yang
dipelajari.
8 Aktiviti hands-on pembersihan
tumpahan minyak
menyebabkan murid 8 12
memahami dengan jelas
kepentingan untuk menjaga
alam sekitar atau biodiversiti.
9 Guru Sains menyediakan
penghargaan kepada murid
yang berjaya menghasilkan 20 0
aktiviti hands-on Sains yang
menarik.
Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa murid menunjukkan persepsi yang positif terhadap
aktiviti hands-on remote learning sangat baik dengan julat min keseluruhan 3.300 – 4.000. Mereka
dapat menerima pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning secara teradun. Guru juga dapat
mengoptimumkan melaksanakan aktiviti hands-on yang berfokuskan KBAT kepada murid.
Implikasinya pembelajaran Sains menjadi sangat berkesan kerana mereka dapat mengaitkan
pembelajaran secara bersemuka dengan pembelajaran dalam talian dengan baik terhadap
tugasan yang diberikan. Dapatan ini menunjukkan objektif ketiga kajian dicapai iaitu kajian ini dapat
membentuk persepsi positif penerimaan murid dengan mendapat julat interpretasi skor min 3.00
ke atas terhadap pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning secara teradun.
Refleksi Kajian dan Pencapaian Objektif Kajian Secara Keseluruhan
Objektif 1: Menghasilkan kemenjadian murid yang mempunyai tahap pemikiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan aktiviti hands-on remote learning
berbentuk penyelesaian masalah dan penghasilan reka bentuk permainan dengan
mendapat skor 3 ke atas berdasarkan rubrik penskoran aktiviti hands-on
Kemenjadian murid ditaksir semasa melaksanakan aktiviti hands-on yang diberikan. Hasil dapatan
penilaian prestasi murid melalui aktiviti hands-on remote learning berdasarkan rubrik prototaip
menunjukkan majoriti murid mendapat skor markah terbaik iaitu skor 3 dan skor 4. Ini menunjukkan
murid dapat menguasai kesemua kategori tahap pemikiran KBAT dengan baik. Skor yang telah
diperoleh dalam rubrik prototaip menunjukkan kedua-dua aktiviti hands on remote learning dalam
kajian ini telah mendorong kepada kemenjadian murid yang kreatif, imaginatif, inventif dan
mempunyai nilai estetik dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan
membudayakan tahap pemikiran KBAT. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Muhammad
Faizal & William (2014) iaitu pembelajaran murid sentiasa bermotivasi dan aktif dalam
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 442
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
pembelajaran serta berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
Impak daripada pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning ini juga dapat meningkatkan
kemenjadian murid yang lebih motivasi dan sentiasa bersifat ingin tahu. Mereka lebih berdikari
menyelidik, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mereka cipta mengikut kesesuaian
persekitaran yang ada. Melalui kajian ini pengkaji mendapati sikap murid-murid terhadap aktiviti
Sains telah berubah berbanding sebelumnya. Murid kelihatan teruja untuk belajar. Murid-murid
lebih berminat terhadap pembelajaran Sains. Mereka juga sangat yakin membentangkan hasil
tugasan dengan prinsip-prinsip saintifik yang jelas dengan menggunakan kemahiran ICT yang
selari dengan era revolusi perindustrian 4.0. Mereka juga sentiasa berdaya saing untuk mendapat
keputusan prestasi skor yang tinggi dalam rubrik prototaip dan tugasan soalan KBAT. Penerapan
peneguhan positif seperti pemberian sijil kepada murid-murid yang berjaya mendapat skor yang
tertinggi membantu pengkaji meyakinkan murid untuk menyempurnakan tugasan yang diberi.
Perubahan tingkah laku ini telah membentuk kemenjadian murid dari segi akademik dan sahsiah.
Dapatan ini selari dengan kajian Mohd Asran (2011) iaitu pembelajaran murid abad ke-21
meningkatkan kemenjadian murid yang lebih bermotivasi dan sentiasa bersifat ingin tahu.
Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan-soalan berbentuk KBAT iaitu
mendapat skor markah 70% ke atas
Pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning sebagai aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan
kefahaman murid menjawab soalan KBAT. Aktiviti hands-on ini menilai tahap penguasaan murid
dalam soalan berbentuk aplikasi, analisis, menilai dan mereka cipta. Berdasarkan kepada dapatan
markah murid dalam menjawab soalan KBAT selepas melakukan aktiviti hands-on ini adalah lebih
baik berbanding sebelum mereka melakukan aktiviti hands-on. Maka pelaksanaan aktiviti hands-
on remote learning ini merupakan salah satu alat pentaksiran formatif yang membolehkan pengkaji
menilai tahap penguasaan murid secara langsung semasa PdP dilaksanakan (Adamson & Lewis
2017).
Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh murid-murid adalah di luar
jangkaan pengkaji. Murid-murid berupaya dan bertambah yakin menjawab soalan KBAT dengan
baik. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Harsi Admawati dan Jumadi (2018) yang menyatakan
pembelajaran aktiviti hands-on dapat membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian
murid dalam topik Sains. Namun, apa yang diutamakan ialah kajian ini mengadunkan
pembelajaran aktiviti hands-on. Hal ini jelas menunjukkan pendekatan pembelajaran aktiviti hands
secara teradun berkesan dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam soalan-
soalan KBAT.
Objektif 3: Membentuk persepsi positif penerimaan murid dengan mendapat julat
interpretasi skor min 3.00 ke atas terhadap pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning
secara teradun
Secara dasarnya, kesan positif pendekatan aktiviti hands-on remote learning adalah disebabkan
oleh kesesuaiannya dengan pendekatan pembelajaran teradun yang mengintegrasikan aktiviti
hands-on dengan Teori Konstruktivisme Sosial, Teori Kognisi Bersituasi dan Teori Connectivisme
terhadap murid-murid generasi Z ini (Nor Baizura dan Mohd Ali, 2021).
Berdasarkan Teori Konstruktivisme Sosial, aktiviti hands-on remote learning dalam kajian
ini secara teradun merupakan pembelajaran secara koperatif yang direka bentuk menggunakan
Telegram sebagai platform pembelajaran supaya murid dapat bekerjasama dan berkomunikasi
setelah tidak bersemuka. Teori ini selari dengan Teori Pembelajaran Connectivism, pembelajaran
aktiviti hands-on secara teradun, merupakan suatu proses pembelajaran yang disokong dalam
persekitaran digital dibina melalui rangkaian, hubungan serta interaksi. Pelaksanaan aktiviti hands-
on dalam kajian ini juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang menghubungkan
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 452
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
pengetahuan dengan aplikasi dunia sebenar melalui penggunaan digital. Murid-murid dapat
melihat perkaitan topik-topik sains yang tertentu melalui aktiviti hands-on yang dijalankan.
Pendekatan ini selari dengan Teori Kognisi Bersituasi yang menumpukan tugasan dunia sebenar.
Justeru, penggunaan teknologi dalam pendekatan aktiviti hands-on remote learning secara
teradun dalam kajian ini adalah sangat signifikan dalam mempraktikkan pembelajaran teradun dan
selari dengan kajian Muhammad Modi et.al (2017).
Hasil dapatan analisis borang soal selidik menunjukkan murid-murid dalam kajian ini
mempunyai tahap interpretasi yang tinggi terhadap pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning
secara teradun. Min skor yang diperoleh adalah pada kedudukan yang sangat baik dengan julat
min keseluruhan 3.300 – 4.000. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Zanariah
(2017) yang menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan pencapaian murid menerusi aktiviti
hands-on dalam pembelajaran teradun. Justeru, kajian ini membuktikan pelaksanaan aktiviti
hands-on remote learning secara teradun adalah amat berpotensi diadaptasi dalam bilik darjah
Sains.
Cadangan Kajian Seterusnya
Kajian ini bermatlamat meninjau keberkesanan pelaksanaan aktiviti hands-on remote learning
secara teradun dalam meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan-soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) ke arah pembentukan kemenjadian murid dalam mata pelajaran Sains. Bagi
kajian yang seterusnya, pengkaji akan melaksanakan pendekatan aktiviti hands-on remote
learning secara teradun ini kepada topik-topik selain topik Biodiversiti dan Aliran Tenaga Dalam
Ekosistem untuk menguji penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.
Pengkaji perlu mempelbagaikan bentuk aktiviti hands-on yang dijalankan yang tidak hanya
tertumpu kepada aktiviti penyelesaian masalah dan reka cipta bahan. Bagi cadangan seterusnya,
pengkaji perlu mereka bentuk satu aktiviti hands-on yang mungkin melibatkan konsep Engineering
Design Project yang lebih mencabar untuk mendapat kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Di
samping itu, pengkaji juga akan menambah bilangan sampel kajian untuk mendapat
kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kaedah pengumpulan data juga akan ditambah baik dengan
mempelbagaikan kaedah seperti kaedah temu bual dan melaksanakan pentaksiran sumatif untuk
mendapatkan keberkesanan yang menyeluruh.
Sumber Rujukan
Ateş, Ö., & Eryilmaz, A. (2011). Effectiveness of hands-on and minds-on activities on students’
achievement and attitudes towards physics. Asia-Pacific Forum on Science Learning and
Teaching, 12(1), 1–22.
Barnes & Noble College (2015). Getting to know gen Z: Exploring middle and high schoolers’
expectations for higher education. https://next.bncollege.com/wp-
content/uploads/2015/10/Gen-Z-Research-Report-Final.pdf
Harsi Admawati dan Jumadi (2018).The Effect of STEM Project-Based Learning on Students'
Scientific Attitude based on Social Constructivism Theory . Advances in Intelligent Systems
Research (AISR), vol 157, 270-273.
Hoachlander, G., & Yanofsky, D. (2011). Making STEM Real. Educational Leadership, 68(6), 1–
6.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM). Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 462
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Mohd Asran Amisah (2011). Sistem Peperiksaan Mesti Fokus Kemenjadian Murid. Berita Harian.
https://pspbtp.wordpress.com/2011/08/16/sistem-peperiksaan-mesti-fokus-kemenjadian-
murid/
Muhammad Faizal A.Ghani & William, J. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap
Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik. Vol 2. Isu 1.
Muhammad Modi, L., Maizatul Hayati, M. Y., & Suhairun Nizam, S. (2017). Pengenalan
pembelajaran teradun. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
NA Gage, R Adamson, AS MacSuga-Gage, TJ Lewis (2017). The relationship between the
academic achievement of students with emotional and behavioural disorder and teacher
characteristics. Behavioral Disorders 43 (1), 213-222.
Nor Baizura Bahrum dan Mohd Ali Samsudin, 2021. Kesan Pendekatan Pembelajaran STEM
Secara Teradun Dalam Bilik Darjah Sains. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1),
12–22.
Nurfaradilla Mohamad Nasri, Zakiah Mohd Yusof, Shanti a/p Ramasamy & Lilia Halim (2010).
Uncovering problems faced by science teacher, Procedia Social and Behavioral Sciences
9,670–673.
Ririn Ambarini, Arso Setyaji & Sri Suneki (2018). Teaching Mathematics Bilingually for Kindergarten
Students with Teaching Aids Based on Local Wisdom. English Language Teaching; Vol. 11,
No. 3; 2018.
Salehudin, N.N., Hassan, H.N. & Hamid, N.A.A (2015. Matematik dan Kemahiran Abad Ke-21:
Perspektif Murid, Jurnal Pendidikan Matematik. Vol 3, Bil 1, 24-36:ISSN:2331-9425.
Zanariah, A. (2017). Pembangunan Modul Pedagogi Kelas Berbalik Berasaskan Pembelajaran
Reflektif Untuk Politeknik Premier. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 472
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Lampiran
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 482
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
MENENTUKAN KECERUNAN GARIS LURUS MENGGUNAKAN PEMBARIS PMR
DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 2 HANAFI
Siti Norehan binti Mohd Yusof
Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Klang
Abstrak
Kertas kajian ini bertujuan menentukan peningkatan kemahiran dan memupuk minat murid dalam
menentukan kecerunan objek maujud menggunakan PVC Magic Ruler (PMR) untuk meningkatkan amalan
kendiri pengkaji dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan amalan yang lebih kreatif
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kajian ini dijalankan kepada empat orang peserta
kajian yang dipilih daripada kelas 2 Hanafi. Data awal dipungut melalui kaedah ujian, pemerhatian dan temu
bual. Melalui tinjauan awal pengkaji mendapati peserta kajian menghadapi masalah dalam menentukan
kecerunan objek maujud. Seterusnya metodologi kajian yang digunakan adalah pemerhatian, perancangan,
refleksi dan tindakan (Kemmis dan Mc Taggart, 1988). Oleh itu, pengkaji telah mencari penyelesaian dengan
menghasilkan alat bantu mengajar yang dinamakan pembaris PMR dalam menentukan kecerunan garis
lurus dan objek. Hasil dapatan yang dijalankan menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran peserta
kajian dalam menentukan kecerunan objek maujud. Dapatan ini juga menunjukkan peserta kajian berjaya
menentukan kecerunan suatu objek dengan lebih cepat, mudah dan tepat menggunakan pembaris PMR.
Kajian ini memberi implikasi kepada PdPR yang lebih berkesan dan menyeronokkan kepada inovasi alat
bantu mengajar seperti pembaris PMR dalam pembelajaran abad ke-21. Menambah baik corak
pembelajaran di luar bilik darjah yang menggunakan pendekatan kontekstual yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman murid supaya setanding dan dapat menyaingi negara maju seterusnya
mampu meningkatkan keputusan dalam pentaksiran melalui Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).
Kata kunci: kemahiran, kecerunan, objek maujud, kontekstual, pembaris PMR.
Refleksi PdP Lalu
Pengkaji adalah seorang guru opsyen Matematik di sebuah sekolah agama menengah di sekitar
daerah Klang. Pada suatu hari, pengkaji telah merancang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran
di luar bilik darjah setelah beberapa bulan murid belajar secara PdPR. Aktiviti tersebut
mengaplikasikan kemahiran menentukan kecerunan bagi tangga di sekitar kawasan sekolah.
Sebelum ini pengajaran dan pembelajaran kelihatan berjalan lancar.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengukur dan menentukan
kecerunan tangga di beberapa kawasan sekitar sekolah. Murid diberi taklimat awal secara ringkas
apa yang perlu mereka lakukan. Tiada sebarang pertanyaan yang diutarakan. Walau
bagaimanapun apabila pengkaji menyuruh setiap kumpulan untuk memulakan aktiviti, pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan kumpulan sedang berbincang secara tidak aktif. Apabila 10 minit
masa pertama telah tamat, beberapa kumpulan masih belum memulakan langkah pertama untuk
menentukan kecerunan tangga. Murid kelihatan agak pasif semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan dan kurangnya penjanaan idea dalam kalangan mereka. Semasa menjalankan
aktiviti luar bilik darjah, pengkaji mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid
tersebut ialah menentukan kecerunan bagi sesuatu objek dalam skala yang lebih besar seperti
tangga dan gelongsor. Murid mengambil masa yang agak lama untuk mengaplikasikan konsep
kecerunan iaitu nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk. Pengkaji juga dapat mengenal
pasti sebahagian murid keliru dengan istilah mencancang dan mengufuk. Melalui pemerhatian
semasa murid menjalankan aktiviti, murid hanya menggunakan pembaris pendek untuk mengukur
jarak mengufuk dan mencancang bagi objek maujud. Murid didapati melakukan kesilapan semasa
melihat ukuran pada pembaris, merekod dan menghitung data yang diperoleh.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 492
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Aktiviti berkumpulan tersebut sepatutnya habis dalam masa yang ditetapkan terpaksa
dipanjangkan dalam anggaran masa sepuluh minit lagi. Murid kelihatan letih dan bosan kerana
aktiviti memakan masa agak lama. Pengkaji juga terpaksa memberikan sedikit input kepada setiap
kumpulan cara menghitung kecerunan objek maujud. Pengkaji berasa risau kerana murid tidak
dapat menguasai topik ini dengan baik. Pengkaji rasa bertanggungjawab untuk merapatkan jurang
murid yang lemah dengan murid cemerlang. Pengkaji juga sentiasa tertanya-tanya sebab murid
masih belum dapat menguasai konsep kecerunan. Hasil penerokaan daripada buku teks, pengkaji
mendapat idea untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih murah dan mudah didapati
yang terdiri daripada kertas bersaiz A4, plastic PVC dan benang kait. Melalui perbincangan
bersama dengan rakan sejawat pengkaji akhirnya dapat menghasilkan Pembaris PMR yang dibina
untuk membantu murid menentukan kecerunan objek maujud dengan mudah, cepat dan tepat.
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Pembelajaran semasa pandemik COVID-19 menyebabkan murid kurang bermotivasi dan lesu
untuk terus fokus terutama kelas bersemuka selepas pembelajaran secara maya yang agak lama
yang mana kebanyakan masa lebih tertumpu kepada penggunaan peranti elektronik dan
permainan digital. Pengkaji juga mendapati bahawa keadaan suasana pembelajaran di rumah
tidak menyokong untuk mereka lebih fokus dan belajar dengan selesa. Jadual 1 menunjukkan
faktor-faktor persekitaran di rumah yang tidak kondusif untuk belajar.
Jadual 1
Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Pembelajaran di Rumah
Pengkaji juga mendapati sebahagian murid tidak berminat dengan mata pelajaran
Matematik kerana mereka beranggapan mata pelajaran Matematik adalah bersifat abstrak, susah
dan tidak menarik. Murid juga menghadapi kesukaran untuk mengingat rumus kecerunan dan
keliru dengan istilah mengufuk dan mencancang. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat
mengaplikasi konsep kecerunan dalam permasalahan kehidupan seharian.
Jadual 2 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh murid semasa mempelajari tajuk
kecerunan. Murid tidak menguasai rumus kecerunan iaitu nisbah jarak mencancang kepada jarak
mengufuk. Murid juga keliru dengan istilah mencancang iaitu garis lurus yang menegak manakala
jarak mengufuk ialah garis lurus yang melintang.
Jadual 2 Penjelasan
Permasalahan Murid dengan Tajuk Kecerunan
Pernyataan Masalah
Tidak menguasai rumus kecerunan Rumus kecerunan ialah nisbah jarak mencancang
kepada jarak mengufuk. Iaitu m=
Keliru dengan istilah Mencancang – garis lurus yang menegak
Mengufuk – garis lurus yang melintang
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 502
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 1 menunjukkan kekeliruan yang dihadapi oleh murid yang diperoleh oleh pengkaji
semasa membuat pemerhatian dalam Ujian 1. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid tidak
dapat menjawab soalan yang diberikan walaupun murid dapat memberi respon yang baik. Masalah
ini berlaku kerana murid tidak dapat mengingat rumus kecerunan garis lurus dan
mengaplikasikannya dalam soalan yang diberikan. Sebahagian murid pula menggunakan Teorem
Pythagoras untuk menentukan kecerunan garis lurus. Hal ini menunjukkan murid keliru dengan
penggunaan rumus dan tidak memahami konsep kecerunan yang telah dipelajari.
Rajah 1. Pemerhatian melalui Ujian yang dijalankan untuk Mengenal Pasti Masalah
Jadual 3 menunjukkan penggunaan pembaris dalam kerja mengukur mengikut ketepatan
jarak yang diperlukan. Pengurusan masa ialah masa yang diperuntukkan untuk melengkapkan
tugasan yang bersesuaian dengan keperluan soalan dan perlu diurus dengan baik bagi menjawab
soalan mengikut aras kesukarannya.
Jadual 3
Pernyataan Masalah dan Penjelasan yang Sepatutnya Dilakukan
Pernyataan Masalah Penjelasan Kemahiran yang Sepatutnya Dilakukan
Penggunaan pembaris Pembaris digunakan untuk kerja mengukur mengikut ketepatan
yang tidak sesuai jarak yang diperlukan.
Pengurusan masa Masa yang diperuntukkan bersesuaian dengan keperluan soalan.
Masa perlu diurus dengan baik bagi menjawab soalan mengikut
tahap kesukarannya.
Masalah seterusnya yang dikenal pasti melalui pemerhatian semasa murid menjalankan
aktiviti luar bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Murid menggunakan alat ukur yang
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 512
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
tidak sesuai dengan hanya menggunakan pembaris pendek dan kasut untuk mengukur jarak
mengufuk dan jarak mencancang bagi objek berskala besar. Penggunaan alatan tersebut
menyebabkan murid membuat kesilapan semasa melihat dan merekod ukuran jarak. Cara
pengukuran ini mengakibatkan data kecerunan yang diperoleh tidak tepat dan memberi jawapan
yang salah. Penggunaan alatan yang tidak sesuai semasa mengukur jarak mencancang dan jarak
mengufuk menyebabkan murid mengambil masa yang agak lama.
Rajah 2. Pemerhatian Semasa Menjalankan Aktiviti Kumpulan Bagi Menentukan Kecerunan Objek
Berskala Besar
Murid dapat memahami konsep dan mengaplikasikan kaedah mengukur kecerunan garis
lurus dan objek untuk menentukan ketepatan reka bentuk objek dan memastikan kestabilan
sesuatu objek. Sekiranya masalah pemahaman konsep ini tidak dapat diatasi, konsep pengukuran
kecerunan garis lurus tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Murid tidak dapat mengaplikasikan cara
mengukur kecerunan pada objek yang berada di sekelilingnya. Keupayaan menguasai kemahiran
ini, murid dapat mengukur, membanding beza dan membuat tafsiran tentang sesuatu objek.
Pengkaji perlu membantu murid dengan menyediakan kaedah pengajaran yang efisien. Oleh itu,
pengkaji akan tingkatkan komitmen untuk mencetuskan suasana yang menarik.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. meningkatkan penguasaan murid dalam menentukan pengiraan kecerunan garis lurus dan
objek dengan menggunakan pembaris PMR.
2. mengupayakan pengajaran kreatif dalam mata pelajaran Matematik dengan menggunakan
pembaris PMR.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan kepada murid tingkatan 2 Al-Hanafi yang terdiri daripada tiga orang murid
lelaki dan seorang murid perempuan. Seramai empat orang yang dipilih daripada lapan orang
melalui penilaian hasil kerja dan daripada pemerhatian pengkaji semasa PdP.
Tinjauan Literatur
Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, pengkaji telah
merujuk kepada kepentingan pengajaran kreatif dalam pendidikan Matematik terutama bagi tajuk
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 522
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
kecerunan dan aplikasi intervensi penggunaan alat bantuan mengajar untuk pemahaman konsep
Matematik yang lebih berkesan.
Merujuk kepada alat intervensi yang digunakan dalam kajian ini iaitu pembaris PMR,
pengkaji telah mendapatkan beberapa kajian lepas yang berkaitan penggunaan alat bantu
mengajar. Alat bantu mengajar merupakan pendekatan pengajaran yang terkenal di Singapura
dalam kesemua pendidikan Matematik sejak tahun 1980 (Leong et al., 2015). Jika bahan bantu
mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan
akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan dan Nurdalina, 2017). Bahan bantu mengajar juga
memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses pengajaran (Noor
Azlan dan Nurdalina, 2017) media yang akan merangsang dan mengembangkan pengetahuan
dan kecerdasan (Mohd Suhaimi et. al, 2017). Penggunaan alat bantu mengajar yang berpusatkan
murid adalah bertujuan untuk menguasai kemahiran yang dipelajari (Alizah dan Zamri, 2019).
Menurut (Mohamed Nor Azhari Azman et. al, 2014) adalah tidak wajar bagi pendidik pada era sains
dan teknologi kini masih meneruskan pengajaran mereka dengan cara lama yang hanya
bersandarkan buku teks atau ‘chalk and talk’ semata-mata. Justeru itu, BBM dapat meningkatkan
penguasaan konsep kecerunan dan menarik minat murid untuk meneroka dan mendalami
Matematik.
Menurut Rinkevich (2011) mentakrifkan pengajaran kreatif sebagai sesuatu yang unik,
khusus dan pemindahan pengetahuan yang bermakna dalam kalangan individu. Jelaslah bahawa
pengajaran kreatif ialah pengajaran yang sentiasa ditambah baik, fleksibel, terbuka dan merupakan
kombinasi pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan pengetahuan yang baharu, berguna dan
bermakna. Melalui amalan kreatif dalam pengajaran akan dapat menarik minat dan mengekalkan
tumpuan pembelajaran murid mengikuti perkembangan pembelajaran seterusnya mencapai
objektif pembelajaran (Muhamad Zaki et al., 2013). Menurut (Azhari dan Zaleha, 2013) guru
Matematik yang kompeten berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan dan lebih utama berupaya merangsang dan mengembangkan pemikiran kreatif
dan kritis murid seiring (KPM 2012). Menurut (Nur Aliah, 2019) Kreativiti Didik Hibur yang
dilaksanakan dalam sesi pembelajaran di sekolah dengan menumpukan pemahaman dan
penyerapan sekeliling murid.
Pelaksanaan Kajian
Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kajian kualitatif deskriptif. Secara lebih khusus,
kajian ini akan menggunakan teknik kajian berbentuk triangulasi sumber data iaitu analisis
dokumen, pemerhatian dan catatan nota lapangan sebagai teknik pengumpulan data.
Lokasi dan Informan Kajian
Sampel kajian melibatkan empat orang murid tingkatan 2 di sekolah menengah di Negeri Selangor.
Seramai empat orang yang dipilih daripada lapan orang melalui penilaian hasil kerja dan daripada
pemerhatian pengkaji semasa PdPR. Peserta kajian juga dipilih berdasarkan prestasi sederhana
dan lemah dalam ujian yang dijalankan. Mereka juga dipilih berdasarkan tingkah laku sederhana
dan pasif dalam respon semasa PdPR.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan dokumen-dokumen hasil ujian 1 dan ujian 2 murid sebelum dan
selepas menggunakan pembaris PMR. Dokumen lain termasuk gambar aktiviti, laporan aktiviti,
borang soal selidik dan juga temu bual secara berstruktur.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 532
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Kaedah Pengumpulan Data
Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara analisis
dokumen menggunakan instrumen ujian 1, ujian 2, gambar aktiviti PdP, laporan aktiviti intervensi
dan borang soal selidik. Seterusnya pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur iaitu
menggunakan soalan yang sama pada masa yang beza ke atas empat orang sampel.
Kaedah Menganalisis Data
Bagi menganalisis data kajian, pengkaji telah menggunakan peratus bagi dapatan ujian 1 dan ujian
2 iaitu sebelum dan selepas menggunakan Pembaris PMR. Manakala bagi dapatan laporan aktiviti
menggunakan perbandingan masa yang diambil sebelum dan selepas menggunakan Pembaris
PMR. Pengkaji juga menggunakan min purata dalam menentukan jumlah skor bagi dapatan soal
selidik yang dijalankan.
Pelaksanaan Penggunaan Pembaris PMR di Sekolah
Berdasarkan refleksi, pengkaji membuat perancangan untuk meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep kecerunan garis lurus dan objek. Pengkaji
memperkenalkan pembaris PMR untuk membantu murid-murid meningkatkan penguasaan
kemahiran menentukan kecerunan objek berskala besar. Pembaris PMR dibina menggunakan
bahan yang mudah didapati dengan kos yang rendah dan bahan yang digunakan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.
Rajah 3. Intervensi Pembaris PMR dalam Menentukan Kecerunan Garis Lurus dan Objek
Penggunaan pembaris PMR seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4:
1. Meletakkan benang kait pada tangga atau objek.
2. Meletakkan Pembaris PMR pada kedudukan sudut tegak.
3. Membaca ukuran pada kedudukan mencancang dan menegak pada benang kait tersebut.
4. Merekodkan bacaan dan menentukan kecerunan objek.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 542
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 4. Kaedah Penggunaan Pembaris PMR
Pelaksanaan Aktiviti 1
Peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 iaitu
empat orang setiap kumpulan. Kumpulan 1 terdiri daripada murid A, B, C dan D. Sementara
kumpulan 2 terdiri daripada murid E, F, G dan H. Pembahagian kumpulan ini bertujuan
mengecilkan ahli kumpulan supaya pergerakan murid dapat dipantau dan dikawal dengan baik.
Jadual 4
Pembahagian Kumpulan untuk Menentukan Kecerunan Objek
Kumpulan 1 Kumpulan 2
AE
BF
CG
DH
Rajah 5 menunjukkan bahawa Kumpulan 1 diberikan tugasan untuk menentukan kecerunan anak
tangga. Manakala Kumpulan 2 diberikan tugasan untuk menentukan kecerunan tangga lipat yang
disandarkan ke dinding bangunan dengan menggunakan pembaris PMR.
Rajah 5. Peserta Menentukan Kecerunan Objek Maujud Menggunakan Pembaris PMR
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 552
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Pemerhatian Aktiviti 1
Murid kelihatan teruja untuk menggunakan pembaris PMR semasa menentukan kecerunan. Murid
berbincang bersama ahli kumpulan untuk mengukur jarak mencancang dan jarak mengufuk
menggunakan pembaris PMR.
Pelaksanaan Aktiviti 2
Murid diberi masa untuk menulis hasil dapatan menentukan kecerunan menggunakan Pembaris
PMR. Rajah 6 menunjukkan hasil laporan aktiviti yang dijalankan oleh murid.
Rajah 6. Laporan Aktiviti Intervensi
Pemerhatian Aktiviti 2
Murid dengan yakin merekodkan dapatan dengan betul. Murid juga kelihatan tidak bosan kerana
dapat menghabiskan aktiviti dalam tempoh yang ditetapkan.
Refleksi
Murid dapat menentukan kecerunan objek berskala besar dengan tepat, cepat dan efektif.
Penggunaan pembaris PMR tersebut dapat membangunkan tingkah laku positif seperti yakin diri,
bekerjasama dan proaktif.
Penilaian Pencapaian Murid
Jadual 5 menunjukkan dapatan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 yang dijalankan sebelum dan selepas
menggunakan Pembaris PMR dalam menentukan kecerunan.
Jadual 5
Dapatan bagi Ujian 1(sebelum) dan Ujian 2(selepas) Penggunaan Pembaris PMR
A B DH
Item / Murid Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Ujian 1 0 0 0 0 00 0 0
Ujian 2 4 100 4 100 4 100 4 100
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 562
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 5 menunjukkan analisis perbandingan hasil dapatan Ujian 1 dan Ujian 2 yang dijalankan ke
atas murid sebelum dan selepas menggunakan pembaris PMR. Analisis Ujian 1 menunjukkan
murid A, B, D dan H tidak dapat menjawab keempat-empat soalan yang diberikan. Keputusan
analisis tersebut menunjukkan murid B dan D mengalami masalah yang telah dikenal pasti iaitu
masalah mengingat rumus kecerunan dan keliru dengan istilah jarak mencancang dan mengufuk,
manakala murid A dan H pula menggunakan teorem Pythagoras dalam menentukan kecerunan.
Dapatan ini menunjukkan kesemua murid tidak memahami konsep kecerunan garis lurus dan objek
yang dipelajari sebelum ini.
Analisis Ujian 2 pula menunjukkan peningkatan pencapaian kepada 100 peratus daripada
0 peratus. Peningkatan ini berlaku selepas semua murid menggunakan pembaris PMR. Murid
mampu memahami konsep kecerunan iaitu nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk.
Dapatan daripada Ujian 2 yang dijalankan menunjukkan semua murid mampu mengaplikasikan
konsep kecerunan. Murid lebih yakin melaksanakan tugasan dan menjawab soalan dalam tempoh
masa yang diberikan.
Rajah 7 menunjukkan analisis perbandingan antara hasil dapatan ujian 1 dan ujian 2 yang
dijalankan. Rajah 7 juga menunjukkan peningkatan 100 peratus selepas murid menggunakan
pembaris PMR.
Rajah 7. Analisis Perbandingan Ujian 1 dan Ujian 2
Jadual 6 menunjukkan analisis perbandingan laporan aktiviti menentukan kecerunan objek
maujud sebelum dan selepas menggunakan pembaris PMR. Dapatan aktiviti yang dijalankan
menunjukkan penggunaan pembaris PMR dapat meningkatkan amalan kendiri pengkaji dalam
membantu murid memahami konsep kecerunan dengan lebih baik. Kumpulan 1 (Murid A, B, C, D)
mampu menentukan kecerunan dalam masa 5 minit manakala kumpulan 2 (Murid E, F, G, H) dapat
menentukan kecerunan dengan lebih pantas berbanding murid lain iaitu dengan hanya 1 minit dan
2 saat sahaja. Dapatan ini menunjukkan pembaris PMR dapat membantu murid menentukan
kecerunan dengan mudah, cepat dan tepat dan meningkat pemahaman konsep kecerunan garis
lurus dan objek dengan lebih baik.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 572
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 6
Analisis Perbandingan Laporan Aktiviti Menentukan Kecerunan Objek Maujud Sebelum dan Selepas
Menggunakan Pembaris PMR
Kumpulan Objek Maujud Kecerunan Tempoh Masa
Sebelum Selepas
Kumpulan 1 Tangga 0.49 13 minit 5 minit
(Murid A, B, C, D)
Tangga besi lipat yang 1.62 3 minit 56 saat 1 minit 2 saat
Kumpulan 2 disandarkan ke dinding blok A
(Murid E, F, G, H)
Rajah 8 menunjukkan perbandingan masa yang diambil sebelum dan selepas
menggunakan pembaris PMR dalam menentukan kecerunan garis lurus dan objek.
Rajah 8. Perbandingan Masa yang Diambil Sebelum dan Selepas Menggunakan Pembaris PMR
Jadual 7 dan 8 menunjukkan hasil soal selidik yang dilaksanakan, secara keseluruhannya
murid menunjukkan respon yang sangat bersetuju dengan penggunaan pembaris PMR dalam
meningkatkan kemahiran dan kefahaman setelah memperoleh jumlah skor purata 4.80 markah.
Dapatan juga menunjukkan murid-murid sangat bersetuju mereka lebih faham maksud perkataan
jarak mencancang dan jarak mengufuk. Manakala tiga orang murid sangat bersetuju kecuali murid
B hanya menyatakan setuju mereka dapat menyatakan jarak mencancang dan mengufuk dengan
tepat dan boleh mengaplikasikan konsep kecerunan dalam soalan penyelesaian masalah.
Manakala murid A dan B sangat bersetuju penggunaan pembaris PMR dalam meningkatkan
kemahiran menentukan kecerunan. Secara keseluruhannya semua murid memilih setuju dan
sangat setuju bahawa mereka dapat meningkatkan kemahiran, kefahaman konsep dan jelas
dengan istilah jarak mengufuk dan jarak mencancang selepas menggunakan pembaris PMR.
Jadual 7
Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar
Skor Pemarkahan
1 Huraian
2
3 Sangat tidak setuju
4 Tidak Setuju
5 Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 582
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 8
Analisis Soal Selidik Penggunaan Pembaris PMR dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Murid bagi
Menentukan Kecerunan Objek Maujud
Bil Pernyataan 45
Setuju Sangat
Setuju
1. Saya dapat menyatakan jarak mencancang dan jarak mengufuk 1 3
dengan tepat.
2. Saya lebih faham maksud perkataan mencancang dan mengufuk 4
semasa menentukan kecerunan objek maujud.
3. Saya dapat meningkatkan kemahiran dalam menentukan 2 2
kecerunan objek maujud.
4. Saya boleh menggunakan konsep asas kecerunan dalam soalan 1 3
penyelesaian masalah. 4 12
Jumlah
Pengkaji mengadakan temu bual bersama murid selepas selesai melaksanakan aktiviti
intervensi untuk mendapat respon berkenaan minat dalam tajuk kecerunan garis lurus.
Berdasarkan Jadual 9, murid ini menyatakan bahawa mereka suka menggunakan pembaris PMR
untuk menentukan kecerunan. Murid juga telah menyatakan pembaris PMR dapat memberikan
ketepatan ukuran jarak berbanding teknik biasa yang mereka gunakan sebelum ini. Murid tidak
perlu melakukan pengiraan berulang dengan menggunakan kasut atau pembaris pendek yang
memerlukan masa yang agak lama berbanding dengan menggunakan pembaris PMR. Murid A
dan B juga menyatakan dengan menggunakan pembaris PMR, mereka mudah memahami konsep
kecerunan yang dipelajari sebelum ini. Mereka dapat membezakan istilah jarak mencancang dan
mengufuk. Manakala murid H pula menyatakan penggunaan pembaris PMR dapat menarik minat
terhadap tajuk kecerunan. Secara keseluruhan, hasil daripada temu bual yang dijalankan
menunjukkan penggunaan pembaris PMR dapat memupuk minat murid terhadap topik kecerunan
dan seterusnya mata pelajaran Matematik.
Jadual 9
Transkrip Temu Bual Bersama Peserta Kajian Selepas Aktiviti Intervensi
Respon : Kamu suka tak mencari kecerunan menggunakan Pembaris PMR?
Pengkaji Mengapa?
A : Ya, kerana lebih tepat kiraannya dan mudah difahami.
B : Ya cikgu, sebab menjimatkan masa, lebih tepat dan lebih mudah
difahami.
D : Saya suka kerana pembaris tersebut mempunyai nilai yang tepat.
H : Saya suka, kerana pembaris PMR memudahkan kerja pengiraan,
ukurannya tepat dan menarik minat saya terhadap tajuk kecerunan.
Cadangan Kajian Seterusnya
Proses kajian tindakan ini telah mendedahkan pengkaji berkaitan dengan budaya penyelidikan
yang perlu dijadikan sebagai satu amalan baharu kepada setiap guru di sekolah. Hal ini kerana
setiap guru pasti akan terdedah dengan pelbagai situasi dan masalah yang berkaitan dengan
proses PdPR dalam bidang pendidikan khususnya kurikulum di sekolah. Justeru, budaya
penyelidikan amat penting dalam menjadi sebahagian budaya sekolah dan asas kepada ikhtisas
guru bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Tambahan pula, kajian tindakan yang dijalankan telah mendedahkan pengkaji tentang
kepentingan seorang guru matematik haruslah prihatin terhadap kemahiran-kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid seperti pola nombor, kemahiran menggunakan kalkulator dan kemahiran
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 592
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
memahami konsep asas aritmetik. PdPc pengkaji menjadi lebih menarik dan tidak bosan dengan
menjalankan PdPc di luar bilik darjah semasa menentukan objek maujud. Menurut Anderson &
Nelson (1994), konsep kecerunan lebih mudah difahami oleh murid jika murid diberikan pelbagai
aktiviti bersifat konkrit. bermula dengan mengukur jarak menegak dan mengufuk suatu objek fizikal
yang berbeza setiap kumpulan.
Cadangan kajian seterusnya lebih sesuai jika dapat mengkaji keberkesanan pembaris PMR
dalam menyelesaikan masalah kecerunan yang lebih kompleks dan bukan rutin sesuai dengan
standard pembelajaran abad ke -21.
Sumber Rujukan
Alizah Lambri, Zamri Mahamood. (2019). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. International
Journal of Education, Psychology and Counseling.78-94.
Azhari Mariani. (2013) Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas Amalan Pengajaran Kreatif.
2nd International Seminar on Quality and Affordable Education. 181-187
Bahariah Hj Baharam, Nurul Jannah Ahmad. (2017). Matematik Tingkatan 2. Rimbunan Ilmu Sdn.
Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Laporan Awal. Putrajaya. KPM
Leong,Y.H. Ho,W.K. Chen,L.P. (2015). Concrete-Pictorial-Abstract:Surveying its Origins and
Charting its Future. The Mathematics Educator. Vol. 16, No (1), 1-18
Mohamed Nor Azhari Azman, Nur Amierah Azlia, Ramlee Mustaphaa, B. Balakrishnan dan Nor
Kalsum Mohd Isa. (2014). Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik
Kerja Kayu, Paip dan Logam. Jurnal Sains Humanika, 3(1), 77-85.
Mohd Suhaimi Bin Omar, Noor Shah Saad, Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia
:Vol.7 No.1 Jun 2017,33-46.
Muhamad Zaki Samsudina, Razali Hassan Dr, Azman Hasanc Dr, Mohd As’ed Dato’
Shamsuddind. (2013). Amalan Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Pendidikan Asas Vokasional
(PAV). UTHM Johor.Ms 13.
Rinkevich, J. L. (2011). Creative Teaching: Why it Matters and Where to Begin Creative Teaching:
Why it Matters.The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas,
84(5), 219–223.
Stephen Kemmis, Robin Mc Taggart. (1988).The Action Research Planner, Deakin University.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 602
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
PENGGUNAAN KAEDAH SHARED READING DALAM PEMBELAJARAN
KOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT
MURID 5 YAKIN SK CYBERJAYA
Fazillah binti Musa
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Sepang
Abstrak
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan elemen penting bagi menguasai kemahiran
Literasi Maklumat. Literasi maklumat adalah keupayaan mengakses, menilai dan menggunakan
maklumat daripada pelbagai sumber. Kajian tindakan ini bertujuan untuk memperbaiki strategi
pengajaran untuk meningkatkan kemahiran literasi maklumat murid dengan menggunakan Kaedah
Shared Reading dalam pembelajaran koperatif. Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada
15 orang murid Tahun 5 Yakin. Pemerhatian dan pelaksanaan intervensi telah dijalankan semasa
sesi pembelajaran bersemuka di sekolah dan semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran di
Rumah (PdPR) secara dalam talian. Kaedah Shared Reading mengandungi 2 intervensi iaitu One-
Two-Group dan Share-and-Turn. Kesemua aktiviti intervensi dijalankan semasa mata pelajaran
Reka Bentuk Teknologi Tahun 5 Yakin dan sewaktu program Galakan Membaca dan Literasi
Maklumat (GMLM) anjuran Pusat Sumber Sekolah. Indikator kejayaan daripada intervensi yang
dijalankan diukur melalui keputusan ujian pos serta hasil tugasan dan projek murid. Dapatan
menunjukkan penggunaan Kaedah Shared Reading yang diaplikasikan dalam pembelajaran
koperatif berjaya menarik minat murid dan mengukuhkan kemahiran literasi maklumat murid. Oleh
yang demikian, pengkaji akan terus menggunakan Kaedah Shared Reading dalam menyampaikan
kemahiran literasi maklumat mengikut keperluan semasa bagi kumpulan murid yang akan datang.
Kata kunci: literasi maklumat, Kaedah Shared Reading, KBAT, pembelajaran koperatif, Pusat
Sumber Sekolah
Refleksi PdP Lalu
Kesedaran literasi maklumat dalam dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini amat mencabar
dan perlu seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang maju. Justeru itu,
perlaksanaan literasi maklumat secara menyeluruh di Malaysia telah bermula pada tahun 2004
yang mana Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu menyampaikan kemahiran literasi
maklumat kepada semua murid. Namun begitu, setelah hampir dua dekad pelaksanaannya,
didapati kemahiran literasi maklumat murid di Malaysia masih berada ditahap yang rendah (Minah
Sintian, Rosliah Kiting & Wilson, 2021) dan murid yang tidak menguasai teknologi maklumat perlu
segera dibantu bagi mengharungi cabaran pembelajaran abad ke-21 (Nor Aidawati & Mazidah,
2021).
Kurang bimbingan guru merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah
yang dihadapi murid untuk menjalankan aktiviti menjejak maklumat (Haslinda, Rafidah & Mohd
Firdaus, 2010). Pengkaji merupakan Guru Perpustakaan dan Media yang mengajar bidang
Galakan Membaca dan Literasi Maklumat (GMLM) dengan peruntukan masa 2 jam seminggu yang
biasanya dijalankan pada waktu ganti. Selain itu, pengkaji juga merupakan guru mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 5. Kemahiran literasi maklumat merupakan elemen
penting merentas kurikulum dan diguna pakai dalam semua mata pelajaran. Oleh yang demikian,
pengkaji bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program kemahiran literasi
maklumat selaras dengan kehendak kurikulum dan keperluan maklumat murid di Sekolah Amanah.
Anjakan paradigma perlu pengkaji lakukan supaya dapat menarik minat murid untuk meningkatkan
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 612
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
kemahiran literasi maklumat mereka bersesuaian dengan keadaan pembelajaran norma baharu
masa kini.
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Berdasarkan kepada pengalaman lebih 11 tahun mengajar murid sekolah rendah, pengetahuan
isu semasa serta kaedah mendapatkan maklumat menjadi masalah utama kepada murid-murid.
Pengkaji sebagai seorang Guru Perpustakaan dan Media telah mencuba pelbagai kaedah dan
cara untuk menangani masalah yang dihadapi dan ada kalanya kaedah itu berjaya dan ada
kalanya tidak. Ini menyebabkan perasaan tidak senang dalam diri pengkaji serta percaya sekiranya
murid masih tidak mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat bermaksud mereka masih tidak
dapat belajar serta membuat rujukan dengan baik.
Pembelajaran secara PdPR semasa pandemik COVID-19 memberikan implikasi yang
besar dalam pembelajaran di kelas dan aktiviti literasi maklumat yang dijalankan di Pusat Sumber
Sekolah. Pengkaji mendapati murid menunjukkan sikap kurang bermotivasi dan tidak aktif semasa
proses PdPc dan PdPR berlangsung. Ada juga dalam kalangan murid yang tidak fokus serta tidak
memberi tumpuan dan banyak berkhayal. Oleh yang demikian, murid bukan sahaja tidak berjaya
menyelesaikan tugasan yang diberikan, malah aktiviti dan objektif pengajaran yang telah dirancang
tidak dapat dicapai dengan baik.
Rajah 1. Murid tidak bermotivasi setelah lama berada di rumah akibat pandemik COVID-19
Temu bual secara tidak formal dijalankan secara rawak pada 10 orang murid 5 Yakin
berkaitan aktiviti literasi maklumat. Beberapa jawapan yang telah mereka berikan adalah seperti
“Panjang sangat cerita dekat buku cikgu, saya malas untuk membaca”, “Saya tak pasti saya perlu
dapatkan informasi dari mana cikgu, jadi saya buat sahaja ikut pemahaman saya sendiri” serta
“Saya tidak cukup maklumat untuk siapkan tugasan, jadi saya tiru rakan”.
Analisis temu bual mendapati lima daripada 10 orang murid tidak mengetahui cara untuk
mendapatkan maklumat dengan betul. Mereka berpendapat maklumat hanya boleh didapati
melalui kaedah membaca sahaja. Jika kurang membaca bermakna mereka akan ketinggalan
dalam pelajaran. Manakala dua murid lagi menyatakan mereka tahu akan kepentingan
penggunaan ICT untuk mendapatkan maklumat. Namun, kurang pendedahan dan bimbingan
menyebabkan mereka tidak menggunakan media elektronik dalam mendapatkan maklumat serta
ilmu pengetahuan. Daripada sepuluh orang murid yang ditemu bual, tiga orang murid menyatakan
mereka bosan membaca buku dan tidak mengetahui kaedah yang menarik untuk mengulang kaji
pelajaran. Jadual 1 adalah rumusan analisis temu bual bersama-sama murid.
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 622
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 1
Analisis Temu Bual bersama-sama 10 orang murid
Bilangan Murid Respon Temu Bual
5 Tidak tahu cara mendapatkan maklumat dengan betul
2 Kurang pendedahan ICT dalam mendapatkan maklumat
3 Bosan membaca dan mengulang kaji pelajaran
Hasil pemeriksaan daripada buku tulis murid, pengkaji mendapati pengetahuan murid
tentang sumber untuk mendapatkan maklumat adalah terhad. Murid juga tidak dapat mencari
maklumat untuk menyiapkan tugasan dengan cara yang menyeronokkan seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 2 hingga Rajah 4.
Rajah 2. Hasil kerja murid pada buku tulis menunjukkan sumber maklumat murid adalah terhad
Rajah 3. Hasil daripada aktiviti yang dijalankan menunjukkan murid tidak dapat mencari maklumat dengan
kaedah yang menyeronokkan
Rajah 4. Hasil tugasan secara dalam talian pada Google Classroom Pusat Sumber Sekolah menunjukkan
murid tidak berjaya menjejak maklumat dengan baik
Koleksi Kajian Tindakan KBAT 2021 632
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran bagi meningkatkan kemahiran
literasi maklumat murid tahun 5 Yakin SK Cyberjaya dengan menggunakan Kaedah Shared
Reading dalam pembelajaran koperatif.
Kumpulan Sasaran
Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 15 orang murid 5 Yakin Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
Tinjauan Literatur
Kemahiran literasi maklumat iaitu kemahiran mengakses, mentafsir dan menilai maklumat dapat
memberi impak kepada kognisi, proses berfikir dan membentuk cara seseorang berfikir (PISA
Framework, 2015). Menurut Ward (2006), pelaksanaan PdP KBAT dapat melahirkan individu
yang kebolehan untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat secara efektif serta tidak
ketinggalan dalam aspek pekerjaan, pembelajaran sepanjang hayat dan kualiti hidup. Disokong
hasil kajian Haslinda Husaini et al. (2010) yang membuktikan bahawa kemahiran perpustakaan
dan literasi maklumat akan membantu individu menjadi lebih mahir dan cekap dalam urusan
penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran aktif di mana murid
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Menurut Ismul
Huda (2016), Murid yang menyertai pembelajaran koperatif dengan persekitaran menjejak
maklumat memberi kesan yang lebih baik berbanding murid yang menjalankan aktiviti literasi
maklumat secara individu. Menyedari kepentingan literasi maklumat terhadap murid, maka
pengkaji seharusnya menitikberatkan elemen berfikir aras tinggi (KBAT) dalam amalan
pengajaran bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
Pelaksanaan Kajian
Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kajian kualitatif deskriptif. Dalam kajian ini,
pengkaji mengkaji keberkesanan kaedah Shared Reading dalam meningkatkan amalan
pengajaran dan penguasaan kemahiran literasi maklumat murid dengan mengikut kitaran kajian
tindakan yang diadaptasi dari Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart 1988. Terdapat
empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelung mereflek, merancang, bertindak dan
memerhati seperti Rajah 5.
Rajah 5. Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988)
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 64
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Lokasi Dan Informasi Kajian
SK Cyberjaya terletak di bandar Cyberjaya yang merupakan sebuah Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan menjalani Program Sekolah Amanah. Pembelajaran dan pengajaran di
Sekolah Amanah telah direka untuk membangunkan murid holistik dengan keupayaan abad ke-
21 melalui pembelajaran secara koperatif.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini terdiri daripada dokumen hasil tugasan yang telah murid hasilkan sebelum
dan selepas menjalani intervensi, soalan ujian pra dan ujian pos dan instrumen soal selidik bagi
mendapatkan respons murid selepas menggunakan Kaedah Shared Reading Literasi Maklumat.
Kaedah Pengumpulan Data
Pelaksanaan intervensi dijalankan melalui dua kaedah iaitu kaedah pembelajaran secara PdPc
bersemuka dan kaedah pembelajaran dalam talian PdPR. Terdapat dua intervensi iaitu aktiviti
One-Two-Group dan aktiviti Share-And-Turn. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini
dijalankan secara temu bual, kumpulan sasaran menjawab praujian dan ujian pos, respon dari
borang soal selidik selepas intervensi dan analisis hasil tugasan murid.
Kaedah Menganalisis Data
Data yang diperoleh melalui praujian, ujian pos dan borang soal selidik diproses dan dianalisis
dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.
Pelaksanaan Kaedah Shared Reading Literasi Maklumat
Bahan Shared Reading Literasi Maklumat merupakan satu bahan bacaan yang mengandungi
kisah murid dalam menguasai kemahiran belajar dan menjalani aktiviti jejak maklumat. Bahan
Shared Reading dihasilkan sendiri oleh murid-murid SK Cyberjaya melalui pertandingan yang
dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Kisah-kisah Shared Reading yang dikongsikan adalah
berdasarkan realiti kaedah murid belajar dan mendapatkan maklumat dalam kehidupan seharian
mereka. Ilustrasi dan gambar berwarna yang dapat menarik murid untuk membaca.
Semasa sesi PdP secara bersemuka, bahan Shared Reading dicetak dan dijadikan big
book manakala semasa PdPR, bahan Shared Reading dikongsikan pada Rak Buku Maya PSS
SK Cyberjaya (Link pada Lampiran). Rajah 6 menunjukkan bahan Shared Reading Literasi
Maklumat yang digunakan sebagai bahan intervensi bagi kajian ini.
Rajah 6. Sebahagian bahan Shared Reading literasi maklumat
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 65
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 2
Pelaksanaan Aktiviti 1: One-Two-Group
Guru menyediakan bahan Shared Reading. Murid perlu membaca Shared
Reading secara individu, kemudian membaca bersama rakan secar
Tindakan berpasangan dan seterusnya membaca bersama rakan dalam kumpulan (4
orang). Murid menjalankan aktiviti perbincangan semasa aktiviti berkumpulan
(Rajah 7).
Pemerhatian 1. Murid didapati teruja dan berminat dengan bahan Shared Reading yang
disediakan.
2. Aktiviti berjalan lancar dan terdapat interaksi dua hala yang lebih berkesan
antara murid dan guru.
3. Murid dilihat dapat memahami kaedah mendapatkan maklumat serta
bersemangat untuk menyiapkan tugasan setelah mengetahui sumber untuk
dapatkan maklumat.
4. Semasa aktiviti berkumpulan, murid dilihat lebih aktif mengajukan soalan
kepada rakan kumpulan dan saling bertukar idea berkaitan kaedah
mendapatkan maklumat.
Rajah 7: Aktiviti One-Two-Group secara bersemuka dan secara dalam talian semasa PdPR
Jadual 3
Pelaksanaan Aktiviti 2: Share-and-Turn
Guru menyoal berkaitan bahan shared reading yang telah dibaca dan murid
diminta memikirkan jawapan masing-masing. Kemudian murid diminta
Tindakan berbincang dengan rakan secara berpasangan dan menulis jawapan pada
sekeping kertas. Berikutnya, murid diminta menggabungkan idea dan jawapan
mereka bersama rakan dalam kumpulan. Justeru, murid akan mendapat 4 isi
atau idea terbaik (Rajah 8).
1. Murid berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik.
Pemerhatian 2. Murid kelihatan ceria dan bersemangat mendapatkan maklumat untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan guru.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 66
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
3. Kesemua murid berupaya mengakses, menilai dan menggunakan
maklumat daripada pelbagai sumber.
4. Murid dilihat lebih aktif mengajukan soalan kepada rakan dalam kumpulan
dan saling bertukar idea berkaitan kaedah mendapatkan maklumat.
5. Motivasi dan keyakinan murid untuk menyiapkan tugasan meningkat.
Aktiviti One-Two-Group secara bersemuka
Aktiviti Share-and-Turn secara dalam talian
(tugasan berkumpulan breakout room Google Meet)
Rajah 8. Aktiviti Share-and-Turn secara bersemuka dan secara dalam talian PdPR
Praujian dan Ujian Pos
Soalan praujian dan ujian pos terdiri daripada 10 soalan yang digubal oleh pengkaji sendiri
dengan melibatkan soalan asas berkaitan literasi maklumat. Semua murid pada mulanya berada
pada tahap lemah yang mana tidak dapat menjawab soalan berkaitan literasi maklumat dengan
baik dan sememangnya mempunyai masalah dalam kemahiran menjejak maklumat. Murid juga
didapati tidak mengetahui sumber untuk mendapatkan maklumat serta tidak mengenal enjin
carian maklumat di internet. Selepas intervensi dijalankan, kesemua murid menunjukkan
peningkatan ketara dan berjaya menjawab semua soalan dengan betul serta memperoleh
markah 100.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 67
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Markah praujian dan ujian pos menunjukkan pembelajaran koperatif yang dilaksanakan
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran literasi maklumat. Rajah 9
menunjukkan perbandingan markah Praujian dan Ujian Pos bagi kumpulan sasaran yang dijawab
melalui Google Forms.
Rajah 9. Perbandingan Markah Praujian dan Ujian Pos
Hasil Tugasan
Pencapaian murid dinilai melalui hasil tugasan dan projek yang telah mereka siapkan. Rajah 10
menunjukkan dua tugasan yang dinilai iaitu tugasan literasi maklumat aktiviti Misi 3S dan projek
Reka Bentuk dan Teknologi. Terdapat peningkatan yang ketara dalam kemahiran literasi
maklumat murid setelah kaedah Shared Reading diterapkan dalam pengajaran. Didapati
pengetahuan murid tentang sumber untuk mendapatkan maklumat lebih meluas. Selain itu, murid
bukan sahaja dapat menyiapkan tugasan yang diberikan malah berupaya memberi maklumat
tambahan berkaitan projek. Murid juga lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi semasa
membuat pembentangan projek.
Rajah 10. Latihan Misi 3S dan Projek RBT
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 68
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Maklum balas selepas intervensi
Soal selidik telah diberikan kepada murid selepas selesai intervensi yang dijalankan selama tujuh
minggu melalui Google Form untuk mendapatkan maklum balas murid terhadap penggunaan
kaedah Shared Reading Literasi Maklumat. Jadual 5 berikut merupakan ringkasan daripada
maklum balas yang telah dijawab oleh murid.
Jadual 4
Maklum balas murid terhadap penggunaan Kaedah Shared Reading Literasi Maklumat
Maklum balas
Item Berkesan/ Tidak berkesan/tidak
membantu/ membantu/tidak
Apakah pandangan anda tentang kaedah Shared tahu
Reading? tahu
Adakah aktiviti Shared Reading membantu anda 0 (0%)
dalam menjalankan aktiviti menjejak maklumat? 15 (100%)
Adakah kamu tahu cara untuk mendapatkan, menilai 1 (7%)
dan menggunakan maklumat untuk menyiapkan 14 (93%)
tugasan?
14 (93%) 1 (7%)
Berdasarkan Jadual 4, item pertama menunjukkan 100% murid menyatakan Kaedah Shared
Reading berkesan dalam meningkatkan kemahiran literasi maklumat. Seterusnya dalam item
kedua, 93% murid menyatakan Kaedah Shared Reading membantu mereka dalam menjalankan
aktiviti menjejak maklumat. Item ketiga pula mendapati 93% murid mengetahui kaedah untuk
mendapatkan, menilai dan menggunakan maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
guru.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan murid memiliki kemahiran literasi
maklumat yang baik setelah menjalani intervensi Kaedah Shared Reading yang dijalankan dalam
suasana pembelajaran koperatif. Disokong dengan kajian Erma dan Nani (2021) yang
menyatakan bahawa murid perlu didedahkan dengan aktiviti pembelajaran yang aktif dan
berkumpulan agar mereka memperoleh maklumat melalui pengalaman mereka sendiri.
Selain itu, aktiviti Kaedah Shared Reading ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid
secara aktif. Pengkaji mendapati murid-murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan baik
dan berlumba-lumba untuk mengutarakan idea semasa sesi perbincangan kumpulan. Dapatan
ini menyamai kajian terkini dalam situasi pandemik COVID-19 bahawa kaedah pembelajaran
berkumpulan dengan menggunakan sumber teknologi dapat memberi kesan yang positif
terhadap penglibatan dan pencapaian pelajar (Najmi Muhammad & Mohd Sani Ismail, 2020; Nur
Fatin Shamimi et al., 2021).
Cadangan Kajian Seterusnya
Pengalaman menghasilkan dan melaksanakan Kaedah Shared Reading ini amat berharga
sepanjang kerjaya pengkaji sebagai guru. Ini kerana pengkaji mula sedar bahawa pengkaji
kurang prihatin terhadap kefahaman dan kehendak murid dalam mempelajari kemahiran literasi
maklumat. Murid-murid sekolah rendah amat memerlukan bimbingan dan perlu diberitahu oleh
guru untuk mereka memulakan langkah awal bagi memperoleh sesuatu kemahiran atau
meningkatkan kemahiran sedia ada (Nor Aidawati & Mazidah, 2021). Pengkaji mendapati wajah
murid semakin ceria dan tidak berasa takut apabila mereka mendapat sesuatu ilmu baharu,
mereka akan rasa dihargai dan tidak ketinggalan. Amalan peneguhan positif seperti pujian dan
kata-kata galakan juga membantu pengkaji meyakinkan murid untuk menyempurnakan tugasan
mereka.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 69
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Sebagai pengkaji, sudah tentu rasa berdebar untuk melihat hasil kajian sama ada dapat
memberi impak positif pada murid atau sebaliknya kerana sepanjang menjadi Guru Perpustakaan
dan Media, literasi maklumat kurang digemari oleh murid-murid kerana faktor kebosanannya.
Walau bagaimanapun, setelah membuat pemerhatian, refleksi dan analisis pengkaji boleh
menarik nafas lega kerana ada perubahan positif yang ditunjukkan oleh murid-murid terutama
sekali dari segi hasil kerja tugasan dan projek yang mereka hasilkan. Hasil kajian Haslinda
Husaini et al. (2010) membuktikan bahawa kemahiran perpustakaan dan literasi maklumat akan
membantu individu menjadi lebih mahir dan cekap dalam urusan penyelesaian masalah.
Kaedah Shared Reading yang telah dibangunkan ini dilihat mampu untuk menghasilkan
modal insan yang bermaklumat, berilmu dan memenuhi aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Oleh yang demikian, pengkaji berhasrat
untuk mengembangkan dan menambah baik bahan Shared Reading yang ada untuk
diaplikasikan pada mata pelajaran yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa
Tamil. Shared Reading literasi maklumat ini juga diharap berpotensi untuk disebar luas bukan
sahaja sesuai untuk murid di aliran perdana malah ianya boleh dipraktikkan kepada murid pra
sekolah dan murid berkeperluan khas.
Sumber Rujukan
Ani Omar, Mohd Amir Mohd Zahari & Minah Sintian (2019). Confidence and Success of Teachers
Integrating ICT in TAF Enhancing Student Interest in Malay Literature. International Journal
of Recent Technology and Engineering (IJRTE), 8(3), 3861-3868.
Erma Novitasari, Nani Mediatati (2021). Evaluation of Project Based Learning Model Trough
Online Settings to Increase Science Learning Outcomes. Journal of Educational Research
and Evaluation, JERE 10 (1) (2021) 1-7
Haslinda Husaini, Rafidah Abdul Aziz & Mohd Firdaus Mohd Helmi (2010). Integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
Kepentingan Pusat Sumber Sekolah. Researchgate
https://www.researchgate.net/publication/312763120
Ismul Huda (2016). Kesan Kaedah Koperatif Bersama Persekitaran Pembelajaran Atas Talian
Asinkroni Terhadap Kemahiran Penaakulan Saintifik, Prestasi Pembelajaran Dan
Penglibatan Pelajar. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Minah Sintian, Rosliah Kiting & Wilson (2021). Sikap Murid Terhadap Kemahiran Literasi Digital
dalam Pembelajaran Bahasa Kadazandusun di Sekolah Menengah Sabah, Malaysia.
MJSSH Online: Volume 5- Issue 1 (January,2021), Pages 19 – 21
Nor Aidawati Abdillah, Mazidah Musa (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran (PdP) Norma Baru di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK),
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). International Journal of Modern Education,
Volume 3 Issue 8 (March 2021) PP. 114-124 DOI: 10.35631/IJMOE.380010
Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli1, Mohd Ra’in Shaari, Kesavan
Nallaluthan (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners.
http://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp e-ISSN: 2289-7410
Lampiran
Link bagi Google Forms Ujian Pra: https://forms.gle/eYEkgN7zKCgSJhA9A
Link bagi Google Forms Ujian Pos: https://forms.gle/DH6kjPXASLYg5v1H8
Link Rak Buku Maya Pusat Sumber Sekolah: https://fliphtml5.com/bookcase/rrwpq
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 70
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
TEKNIK LUKIS DAN TULIS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH
DUA HINGGA TIGA NOMBOR MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
Farahana binti Md Dai
Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid pemulihan khas di dalam kemahiran pemulihan
yang keempat, iaitu Operasi Tambah. Pelaksanaan kajian ini khusus untuk kemahiran menambah dua
hingga tiga nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Seperti yang sedia maklum, murid pemulihan
khas terdiri daripada murid yang lembam dan lambat dalam pemahaman dan pelaksanaan tugasan.
Disebabkan tahap keupayaan dan kecenderungan setiap murid pemulihan adalah berbeza, jadi pelbagai
strategi, kaedah dan teknik perlu dirancang ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Kaedah pengiraan yang mudah untuk dilaksanakan dan difahami oleh murid pemulihan amat diperlukan
bagi mereka menguasai tahap kemahiran ini. Sebelum menjalankan kajian tindakan ini, murid menghadapi
kesukaran dalam tahap kemahiran ini dengan betul dan tepat. Bagi menarik minat murid untuk terus
berusaha dalam peningkatan kemahiran mereka, Teknik Lukis dan Tulis dilaksanakan agar murid tidak lagi
tertinggal di dalam kemahiran penambahan ini. Selain itu, teknik ini juga dapat meningkatkan motivasi serta
keyakinan diri murid terlibat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ia juga dapat
memberi peluang kepada murid pemulihan untuk mencapai potensi diri, dan seterusnya dapat bersaing
dengan rakan-rakan lain di arus perdana.
Kata kunci: Operasi Tambah, pemulihan khas, Teknik Lukis dan Tulis, pengumpulan semula
Refleksi PdP Lalu
Masalah penambahan secara mengumpul semula merupakan salah satu kemahiran yang sukar
bagi murid-murid pemulihan. Bagi pelajar pengkaji, murid pemulihan tahun 2, mereka tahu cara
menambah dua nombor, tetapi keliru dengan penambahan secara mengumpul semula. Jika
melibatkan tiga nombor, murid terus hilang punca.
Melalui pemerhatian pengkaji di dalam kelas pemulihan, murid terlibat sering meletakkan
hasil tambah yang terdiri daripada dua digit terus di dalam rumah sa, sedangkan yang sepatutnya
lebih dari sepuluh perlu masuk ke dalam rumah puluh. Murid juga agak cuai dalam pengiraan
kerana kebanyakan mereka suka menggunakan jari ketika mengira. Jadi bila hasil tambah lebih
daripada 10, mereka mula bermasalah.
Pengkaji telah cuba menerangkan tentang kedudukan nombor di dalam rumah sa dan
puluh, namun masih tidak berkesan. Pengkaji berpendapat, mungkin penerangan pengkaji tidak
difahami oleh murid. Maka, pengkaji perlu memikirkan satu kaedah yang lebih berkesan bagi
mengelakkan masalah ini daripada terus berlanjutan dan seterusnya menjejaskan pencapaian
mereka dalam matematik.
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat / sukar untuk menyelesaikan soalan operasi
tambah secara mengumpul semula adalah kerana :
a) Murid kurang cekap dalam penguasaan penambahan.
b) Murid tidak dapat mengingati serta memahami langkah-langkah penyelesaian.
c) Murid cemerkap dalam menulis kedudukan nombor yang betul dalam bentuk lazim.
d) Murid keliru apabila terdapat hasil tambah yang lebih daripada 10 di bahagian rumah sa.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 71
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jika perkara ini tidak ditangani, murid akan terus ketinggalan. Murid akan terus keliru dan
sering melakukan kesilapan dalam pengiraan, sedangkan operasi tambah merupakan asas
matematik yang mudah. Dikhuatiri juga, murid tidak dapat menguasai kemahiran penambahan
sebelum melangkah ke tahun 3.
Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mencuba membuat satu inisiatif yang
memudahkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji akan jalankan
ialah Lukis dan Tulis. Murid akan melukis dan menulis nombor mengikut teknik yang diajar.
Objektif Kajian
Di akhir kajian, murid-murid dapat:
1. menambah dua nombor hingga tiga nombor melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan Kaedah Lukis dan Tulis.
2. meletakkan nombor pada nilai tempat yang betul semasa melaksanakan operasi
penambahan menggunakan Kaedah Lukis dan Tulis.
3. meningkatkan motivasi diri supaya lebih yakin dalam tajuk penambahan dua nombor hingga
tiga nombor.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 6 orang murid Tahun 2 yang berada di kelas pemulihan khas.
Tinjauan Literatur
Menurut KPM (2019), guru yang baik, sentiasa mempelajari dan menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan murid, untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Justeru itu, pelbagai kajian dan teknik yang cuba difikirkan dan diaplikasikan
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa teknik menggambar adalah sesuai untuk
menerangkan konsep matematik kepada murid yang lemah. Ini telah disahkan oleh kajian yang
telah dilaksanakan oleh Ziham Zawawi dan Siti Khadzimah (2012).
Nur Fazlinda dan W.Anor (2018) menyatakan bahawa adalah sangat penting untuk
semua guru memahami perbezaan karakter pelajar-pelajarnya dari segi aspek pertumbuhan dan
perkembangan mereka agar proses pembelajaran yang berkesan dan cekap dapat diterapkan.
Atas dorongan inilah, maka terhasillah kajian tindakan ini.
Pelaksanaan Kajian
Mengenal pasti Masalah
Praujian
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah menjalankan praujian bagi
mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam operasi tambah yang melibatkan pengumpulan
semula.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 72
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Pemerhatian
Setiap tindak balas dan kelakuan murid sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung diperhatikan dan direkodkan. Hasil pemerhatian ini, gambaran sebenar proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat dikenal pasti.
Analisis Permasalahan
Hasil daripada ujian diagnostik yang dijalankan, murid-murid:
1. Lemah dalam penambahan
2. Menambah nombor dari hadapan (rumah puluh)
3. Meletakkan nombor pada kedudukan yang salah.
4. Meletakkan hasil tambah yang melebihi 10 ke dalam kotak jawapan sa.
Pemerhatian
1. Murid tidak memberi tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Murid berbual dengan rakan kerana tidak minat
3. Murid tidak mahu bertanya jika tidak faham
Pelaksanaan tindakan
Memperkenalkan Kaedah Lukis dan Tulis
1. Pengkaji menyediakan dua gambar berbentuk rumah yang mengandungi rumah puluh
(ditulis “pu”) dan sa. Di bahagian jawapan, disediakan dua bahagian, yang mana lapisan
pertama mengandungi garisan pemisah antara dua angka bagi memudahkan murid untuk
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 73
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
mengira secara mengumpul semula. Manakala lapisan kedua untuk menulis jawapan yang
sebenar.
2. Murid masukkan nombor mengikut kedudukan yang betul pada gambar pertama.
3. Murid melukis garisan kecil di dalam gambar yang kedua mengikut bilangan angka di dalam
rumah yang pertama pada gambar kedua. Ini kerana murid pemulihan sangat lemah untuk
kira secara mencongak.
4. Contoh penambahan dua nombor seperti pada Rajah 1.
Rajah 1. Contoh Penambahan Dua Nombor
4. Contoh penambahan tiga nombor, seperti pada Rajah 2.
Rajah 2. Contoh Penambahan Tiga Nombor
Ujian Pos
Ujian pos dilaksanakan selepas selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah yang dijalankan. Sebanyak 10 soalan akan diberikan untuk tempoh 30 minit. Markah ujian
akan direkodkan.
Pemerhatian dan Menganalisis Data
Bagi praujian dan ujian pos, soalan yang diberikan adalah sama. Soalan yang diberi adalah dalam
bentuk ayat matematik dan murid perlu menukarkan ke bentuk lazim dan menjawab soalan
dengan cara dan kedudukan nombor yang betul. Penguasaan murid dalam kemahiran ini dapat
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 74
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
dinilai melalui praujian dan ujian pos. Keberkesanan Kaedah Lukis dan Tulis ini dapat dilihat
melalui perbandingan keputusan praujian dan ujian pos di bawah.
Rajah 3. Skor Pencapaian Murid
Rajah 3 menunjukkan kajian yang telah dilaksanakan ke atas 6 orang murid pemulihan
khas menggunakan soalan praujian dan ujian pos semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Matematik Pemulihan Khas, terdapat 5 orang murid yang telah menguasai Kaedah Lukis dan
Tulis dengan baik. Cuma seorang yang perlu lebih banyak latihan untuk memahirkan diri dalam
penggunaan teknik ini. Hasil pemerhatian pengkaji di dalam kelas, murid kelihatan amat seronok
apabila dapat markah penuh dengan menggunakan teknik ini.
Melalui teknik ini murid lebih berkeyakinan serta menarik minat mereka terhadap subjek
matematik. Bagi pihak pengkaji pula, kaedah ini amat mudah diterangkan kepada murid dan
mendapat maklum balas yang baik daripada mereka.
SEBELUM SELEPAS
Murid meletakkan hasil tambah Murid dapat selesaikan kemahiran tambah dengan
yang melebihi 10 kedalam kotak baik.
jawapan sa
Rajah 4. Hasil kerja murid
Refleksi
Pengkaji merasakan bahawa teknik kad LUKIS DAN TULIS dapat membantu murid dalam
penguasaan operasi tambah secara mengumpul semula dalam bentuk lazim. Ini dapat dilihat
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 75
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
dengan peningkatan pencapaian murid antara praujian dan ujian pos. Daripada pemerhatian juga
dapat dilihat mereka seronok dan ceria dalam mempelajari topik tambah secara mengumpul
semula ini. Murid secara aktif berminat untuk menjawab soalan yang diberi semasa aktiviti
pembelajaran secara maya dilaksanakan.
Cadangan Kajian Seterusnya
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-
murid, pengkaji bercadang untuk mengaplikasikan teknik ini kepada murid-murid pemulihan yang
lain di sekolah pengkaji dan mungkin juga di sekolah-sekolah lain bagi membantu meningkatkan
penguasaan operasi tambah dengan lebih cemerlang.
Dapatan daripada pencapaian kajian terhadap teknik LUKIS DAN TULIS ini, maka
tercapailah sasaran objektif yang ditetapkan, maka untuk kajian akan datang saya akan cuba
mencari satu teknik operasi tolak secara mengumpul semula dalam bentuk lazim pula.
Sumber Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik (Program Pemulihan Khas). Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
Eow Yee Leng. (2019), Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/publication/336274489_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Ma
tematik_di_Malaysia_Less_is_More_atau_More_is_More_Teaching_and_Learning_of_M
athematics_in_Malaysia_Less_is_More_or_More_is_More
Nur Fazlina Andi Sofyan & Wan Anor Wan Sulaiman. (2018). Psikologi Pembelajaran. Diakses
daripada
https://www.researchgate.net/publication/326804090_PSIKOLOGI_PEMBELAJARAN
Nur_Fazlina_Andi_Sofyan_Wan_Wano_Wan_Sulaiman
Ziham Zawawi Mazlan. (2012). Penggunaan Teknik Menggambar dalam Meningkatkan
Kemahiran Matematik Murid Lemah. Diakses daripada https://www.researchgate.net/
publication/325527744_Penggunaan_Teknik_Menggambar_dalam_Meningkatkan_Kema
hiran_Matematik_Murid_Lemah
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 76
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
PERMAINAN SNAKE AND LADDER MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN INTEGER MATEMATIK TINGKATAN 1
Noryati Binti Yacob
SMK Bandar Rinching, Hulu Langat
Abstrak
Pembangunan elemen kreatif dan inovatif dalam melahirkan modal insan adalah aspek utama yang
ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Penyelesaian masalah adalah pendekatan yang sering
digunakan dalam pembelajaran Matematik dan kreativiti merupakan tunjang utama kepada penyelesaian
masalah. Penyelesaian masalah menggunakan kaedah permainan adalah satu kaedah pengajaran yang
efektif dalam meningkatkan motivasi murid bagi meningkatkan kreativiti dalam proses penyelesaian
masalah. Dalam kajian ini, model permainan 3D Snake and Ladder dan permainan Snake and Ladder
dalam talian telah dihasilkan melalui kreativiti murid sebagai inovasi alat bantu mengajar dalam membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran asas penambahan dan penolakan serta pengenalpastian tanda
kepada integer sama ada positif atau negatif. Seramai 30 orang murid tingkatan 1 dipilih sebagai sampel
kajian. Tinjauan telah dilaksanakan melalui analisis praujian dan ujian pos. Hasil tinjauan menunjukkan
murid tidak dapat menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan integer kerana gagal untuk
memahami penambahan dan penolakan nombor integer negatif dengan menggunakan konsep garis
nombor. Penggunaan inovasi reka bentuk model permainan 3D Snake and Ladder dan permainan Snake
and Ladder secara dalam talian ini telah menarik minat murid dalam pelajaran dan meningkatkan prestasi
murid dalam pascaujian. Murid lebih berminat untuk belajar topik integer dan dapat menyelesaikan masalah
penambahan dan penolakan integer dengan lebih baik. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah
penggunaan model permainan 3D Snake and Ladder dan permainan Snake and Ladder akan
diperluaskan kepada topik Operasi Gabungan Tingkatan 2.
Kata kunci: Integer, Operasi Penambahan, Garis Nombor, Permainan 3D Snake and Ladder
Refleksi PdP Lalu
Penambahan dan penolakan integer positif dan negatif merupakan salah satu tajuk dalam
sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1. Asas penambahan dan penolakan integer positif dan
negatif adalah sangat penting dalam Matematik. Hasil pemerhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, saya dapati murid diam sahaja semasa saya mengajar topik
integer. Keadaan sama berlaku apabila saya memberikan beberapa soalan sebagai latihan dan
pengukuhan. Seorang demi seorang murid datang untuk bertanya bagi menyelesaikan soalan
yang telah diberikan. Terdapat juga segelintir murid yang dapat menyelesaikan soalan yang diberi
tetapi berasa tidak yakin dengan jawapan masing-masing. Reaksi sedemikian menggambarkan
bahawa murid tidak dapat mengikuti pengajaran saya yang lebih berpusatkan guru dengan baik
walaupun saya telah mengulangi topik ini beberapa kali dan mempelbagaikan teknik pedagogi
iaitu dengan menggunakan kaedah garis nombor dan kaedah hutang dan bayar.
Corak pengajaran di sekolah kebanyakannya masih berpusatkan guru yang mana amalan latih
tubi dan menghafal petua dan rumus ditekankan dalam pembelajaran (Nooriza & Effandi,
2013). Cara ini mengehadkan keupayaan murid untuk berfikir kerana guru tidak
menggalakkan murid mengeluarkan dan mengembangkan idea-idea mereka sendiri. Rajah
1 menunjukkan aktiviti menghafal tanpa memahami konsep integer menyebabkan murid saya
sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan berkaitan integer.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 77
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 1. Kesilapan murid menjawab soalan integer
Maka pengkaji perlu mengubah suai teknik pengajaran dan pembelajaran serta memberi lebih
tumpuan dan motivasi kepada murid. Lantaran itu, pengubahsuaian dilakukan bagi membantu
murid-murid menguasai kemahiran penambahan dan penolakan integer dengan menggunakan
aktiviti hands-on melibatkan kaedah permainan menggunakan model 3D dan juga kaedah
permainan menggunakan teknologi. Kemahiran pemikiran kritikal dan kreativiti dapat
dibangunkan dengan penggunaan teknologi yang terdapat pada masa kini (Hanus, M. D.,
& Fox, J. ,2015). Salah satu sebab kenapa kurikulum berasaskan ICT dititikberatkan
adalah kerana ianya dapat menggalakkan penyelesaian masalah dan pembelajaran
kendiri (Saudelli & Ciampa, 2014).
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Fokus kajian ini ialah penguasaan kemahiran asas penambahan dan penolakan serta
pengenalpastian simbol kepada integer sama ada positif atau negatif. Sekiranya masalah ini
tidak diatasi, maka murid akan hilang minat dan seterusnya akan menjawab soalan berkaitan
integer dengan menggunakan proses yang tidak menentu. Dalam kajian ini, murid diminta
mereka bentuk permainan Snake and Ladder sebagai inovasi alat bantu mengajar yang boleh
digunakan untuk membantu murid memahami penguasaan kemahiran asas penambahan dan
penolakan integer. Murid diberi pilihan untuk menghasilkan reka bentuk permainan sama ada
menggunakan bahan maujud untuk penghasilan reka bentuk 3D atau permainan menggunakan
teknologi komputer. Inovasi yang dihasilkan adalah untuk meningkatkan minat murid dan
menjadikan pembelajaran Matematik sebagai pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
membantu murid mengatasi masalah tersebut, saya yakin bahawa murid boleh menjawab soalan
integer dengan tepat.
Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran asas penambahan dan penolakan integer
dalam kalangan murid dan meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pascaujian bagi soalan-
soalan penambahan dan penolakan Integer.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 78
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid Tingkatan 1 Jasmine di SMK Bandar Rinching yang
terdiri daripada 30 orang murid.
Tinjauan Literatur
Terdapat banyak kajian lepas yang telah dilakukan bagi topik integer ini, terutamanya dalam
proses penambahan dan penolakan. Barlow (1964), menyatakan kemahiran memperincikan
soalan sangat berkait rapat dengan kebolehan murid-murid semasa memahami masalah
Matematik dan membaca juga berkait rapat dengan kebolehan murid-murid semasa memahami
masalah Matematik. Kajian Fazilahwati (2005) yang bertajuk Kesilapan Murid-murid Tingkatan
Dua dalam Menyelesaikan Soalan Matematik bagi Tajuk Nombor Negatif menyatakan bahawa,
antara punca yang dikenal pasti ialah sikap murid itu sendiri terhadap topik ini serta kelemahan
dalam konsep asas nombor integer negatif. Pengajaran secara tradisional di sekolah tidak
membantu murid menjana kemahiran berfikir secara kreatif. Murid sukar untuk
menggambarkan sesuatu secara abstrak jika hanya menggunakan kaedah pembelajaran dalam
bilik darjah tanpa alat bantu mengajar yang lain. Kepelbagaian corak pengajaran dengan
mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran dapat membantu murid mengembangkan
pemikiran mereka terutamanya apabila melibatkan penyelesaian masalah dalam Matematik (Sin
et al., 2013).
Matematik ialah mata pelajaran yang berkait secara langsung dengan penyelesaian
masalah. Terdapat dua jenis soalan dalam penyelesaian masalah Matematik peringkat sekolah
iaitu soalan rutin dan soalan bukan rutin. Masalah rutin merupakan masalah yang biasa
dengan set prosedur yang telah diketahui cara penyelesaiannya. Murid dapat menjawab
soalan rutin dengan menggunakan kaedah dan algoritma yang telah dipelajari dan
diaplikasikan kepada soalan yang sama formatnya (Harskamp & Suhre, 2007). Soalan
penambahan dan penolakan integer merupakan bentuk soalan rutin. Saya berasa sangat rugi
jika murid gagal menguasai penambahan dan penolakan integer kerana ia merupakan konsep
asas kepada topik-topik Matematik yang lain seperti Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra.
Pelaksanaan Kajian
Berdasarkan isu yang dihadapi, pengkaji melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model
Kemmis & McTaggart (1988) seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2. Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988)
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 79
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Penerangan langkah-langkah pelaksanaan adalah seperti berikut:
Langkah Pelaksanaan 1
Mengenal pasti Isu, Membuat Pemerhatian dan Refleksi Inkuiri Kendiri
Berdasarkan isu yang diperhatikan, pengkaji telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan
refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1.
Jadual 1
Mengenal pasti Isu, Membuat Pemerhatian dan Refleksi Inkuiri Kendiri
PEMERHATIAN INKUIRI KENDIRI REFLEKSI
Adakah murid menyiapkan ● Murid tidak berjaya menghantar
tugasan? tugasan kepada guru
● Pemahaman murid berkaitan
konsep penambahan dan
penolakan integer adalah
Mengapakah murid tidak dapat terhad.
menyiapkan tugasan yang ● Kurang memahami dan tiada
diberikan oleh guru? keyakinan menjawab
1. Murid tidak menyebabkan murid tidak mahu
berkemampuan menyiapkan kerja.
untuk melakukan
operasi ● Tidak. Murid langsung tidak
penambahan dan Adakah tugasan yang membuat tugasan yang
penolakan integer disiapkan oleh murid mencapai diberikan. Saya mengharapkan
semasa tugasan kehendak guru? murid menunjukkan jalan kerja
diberikan oleh guru. yang betul tetapi salah.
● Murid perlu dibimbing untuk
menukar simbol integer yang
Apakah kemahiran asas yang betul sebelum pengiraan
perlu dikuasai oleh murid untuk dilakukan. Kemudian murid
menyelesaikan tugasan? harus memahami cara untuk
menolak dan menambah
integer dengan betul.
● Konsep integer kurang difahami
dengan betul menyebabkan
2. Murid tidak dapat Mengapakah hal ini terjadi? tugasan tidak dapat disiapkan.
menggunakan
konsep integer Apakah kaedah yang ● Murid malas mengira. Murid
yang dipelajari digunakan untuk mengajar hanya menjawab secara ala
untuk murid menukar tanda pada
diaplikasikan nombor integer? kadar dan janji siap.
dalam tugasan
dengan meluas ● Murid takut bertanya dengan
dan seimbang guru apabila tidak faham.
merentasi
pelbagai disiplin ● Saya hanya meminta murid
pengetahuan. menukar tanda. Mungkin tiada
penekanan di situ.
● Murid juga salah tafsir dengan
penerangan yang saya berikan.
● Kaedah komunikasi satu hala/
berpusatkan guru tidak dapat
menarik minat murid.
3. Murid kurang Mengapakah murid kurang ● Saya beranggapan murid sudah
bimbingan tentang bimbingan tentang cara mengetahui cara menjawab
cara menjawab menjawab soalan
soalan soalan tersebut apabila mereka
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 80
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
PEMERHATIAN INKUIRI KENDIRI REFLEKSI
penambahan dan penambahan dan penolakan cuba menghafal konsep integer
ini.
penolakan integer. integer? ● Saya menyangka murid
mungkin boleh merujuk rakan
4. Guru tidak Apakah yang perlu saya yang lain jika tidak faham.
menekankan lakukan untuk menarik minat ● Saya tidak prihatin dengan
aspek kemahiran murid? masalah murid.
penukaran tanda
dan cara ● Saya perlu menyampaikan
menjawab soalan maklumat dengan cara yang
integer dengan mudah untuk murid memahami
betul, terancang dan mengingat.
dan
menghiburkan. ● Bahan Bantu Mengajar(BBM)
yang digunakan mestilah
bersifat mesra dan dekat
dengan kehidupan murid
supaya lebih senang diingati.
● Mempelbagaikan aktiviti yang
sesuai dengan PdPR mengikut
tahap perkembangan murid.
Langkah Pelaksanaan 2
Membuat perancangan
Jadual 2 menunjukkan Carta Gantt yang digunakan dalam tindakan membuat perancangan bagi
melaksanakan intervensi penghasilan permainan Snake and Ladder ini.
Jadual 2
Carta Gantt Pelaksanaan Aktiviti - Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil Aktiviti April Mei Jun Julai Ogos September
Temu bual dengan
1 murid 1 Jasmine
dan guru
2 Merangka kertas
cadangan kajian
3 Praujian dan analisis
Memperkenalkan
4 kaedah Permainan
Snake and Ladder
5 Pascaujian dan
analisis
6 Analisis dapatan
kajian
7 Menulis laporan
kajian
Indikator atau petunjuk kejayaan intervensi adalah berdasarkan kepada penilaian prestasi melalui
pascaujian.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 81
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Langkah Pelaksanaan 3
Melaksanakan tindakan
Pemerhatian Penerangan Guru
Pelaksanaan intervensi kajian tindakan ini dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut normal
baharu (penjarakan sosial). Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka. Pada mulanya, saya menerangkan kepada murid-murid cara mengenal pasti
tanda pada integer sama ada positif atau negatif. Bagi tujuan pemahaman, permulaan
pengajaran difokuskan kepada nombor yang kurang daripada 10. Di samping itu, pemerhatian
juga dibuat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja
rumah dan latihan bertulis.
Refleksi daripada aktiviti penerangan Guru
Hasil pemerhatian yang dibuat didapati bahawa lebih separuh daripada murid tingkatan 1
Jasmine kurang mahir menambah dan menolak integer positif dan negatif dengan tepat. Murid-
murid kelas tersebut lambat memberi respon atau telah memberi jawapan yang salah apabila
soalan–soalan berkaitan integer diajukan kepada mereka.
I.Pemerhatian Pelaksanaan Praujian
Praujian telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid terhadap operasi
tambah dan tolak nombor integer. Praujian dijalankan sebelum aktiviti-aktiviti permainan
dilaksanakan. Rajah 3 menunjukkan analisis markah praujian bagi murid tingkatan 1 Jasmine,
didapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran penambahan dan penolakan nombor
integer dengan baik.
Rajah 3. Analisis markah praujian
Jadual 3 menunjukkan analisis bilangan murid berdasarkan julat bilangan markah yang diperoleh
dalam praujian.
Jadual 3
Analisis bilangan murid berdasarkan julat bilangan markah yang diperoleh dalam praujian
BILANGAN MARKAH BILANGAN MURID PERATUS MARKAH
1-11 29 96.67%
12-22 1 3.33%
23-33 0 0.00%
Rajah 3 dan Jadual 3 menunjukkan keputusan yang diperoleh oleh murid tidak memuaskan
kerana hampir separuh murid yang diuji mendapat markah kurang daripada 12 iaitu sebanyak
96.67%. Hanya seorang murid sahaja yang mendapat markah antara 12-22 markah. Lebih
menyedihkan apabila tiada seorang pun murid yang berjaya memperoleh markah melebihi 23
markah. Ini menunjukkan bahawa hampir semua murid tidak dapat menguasai penambahan dan
penolakan nombor integer dengan baik.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 82
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Refleksi Praujian
Maklumat yang diperoleh ini jelas menunjukkan bahawa murid yang dipilih untuk menyertai kajian
tindakan ini tidak mampu untuk menjawab soalan walaupun soalan yang diberikan itu adalah
daripada aras kesukaran mudah dan sederhana. Maka, kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan
dan perlu diberikan pemulihan yang sewajarnya.
II.Pemerhatian Pelaksanaan Aktiviti Permainan Snake and Ladder
Bagi mengatasi masalah murid dalam penambahan dan penolakan integer, aktiviti Permainan
Snake and Ladder telah dilaksanakan. Murid-murid diminta untuk menghasilkan permainan
Snake and Ladder dalam tempoh seminggu. Rajah 4(a) dan Rajah 4(b) menunjukkan sebahagian
inovasi permainan Snake and Ladder yang telah dihasilkan oleh murid. Rajah 4(a) menunjukkan
Model 3D Permainan Snake and Ladder yang boleh dilayari melalui pautan Youtube
https://youtu.be/h8xFOPKNgFg
Rajah 4 (a). Model 3D Permainan Snake and Ladder
Langkah-langkah Permainan Snake and Ladder
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Guru memberi penerangan peraturan permainan kepada murid. Murid diminta
melambung dua dadu yang berlainan saiz.
3. Dadu bersaiz besar mewakili nombor positif dan dadu bersaiz kecil mewakili nombor
negatif.
4. Sekiranya hasil tambah dua dadu ialah positif, murid boleh menggerakkan damnya ke
depan.
5. Sebaliknya, sekiranya hasil tambah dua dadu ialah nombor negatif, murid diminta
mengundurkan damnya ke belakang.
6. Murid yang sampai ke petak yang ke-100 merupakan pemenang.
Rajah 4(b) menunjukkan Model Permainan Snake and Ladder menggunakan aplikasi yang boleh
dilayari melalui laman sesawang https://MATHSSTARTERS.NET/DICE/
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 83
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 4 (b). Model Permainan Snake and Ladder menggunakan aplikasi DICE
Langkah-langkah Permainan Snake and Ladder menggunakan aplikasi DICE.
1. Bilangan permainan dihadkan kepada lima orang pemain sahaja dalam satu permainan.
2. Murid perlu membina dadu terlebih dahulu sebelum permainan dimulakan melalui
tatacara berikut:
a) Murid perlu melayari laman sesawang https://MATHSSTARTERS.NET/DICE/
b) yang diberikan untuk ke slaid dadu.
c) Setkan dadu kepada two dice dan klik pada Custom. Setkan dadu dengan mengubah
bar gelangsar yang mempunyai julat pilihan nombor integer antara -10 hingga 20.
Murid-murid juga boleh setkan nombor integer pada dadu pertama dengan nombor
positif/negatif manakala dadu kedua adalah nombor negatif/positif terpulang kepada
guru atau murid.
d) Murid perlu memastikan untuk turn off pada show answer.
3. Setelah selesai membina dadu, murid-murid boleh memulakan permainan.
4. Mula-mula anda perlu menekan roll pada dadu tersebut dan kemudian mengira.
5. Jika nombor yang anda dapat.
Contoh:
a) -4 × 10 = -40
(Murid tidak boleh menggerakkan buah dadu kerana mendapat nombor negatif)
b) 6 + 2 = 8
(Murid boleh menggerakkan buah dadu kerana mendapat nombor positif)
6. Jika selepas itu murid mendapat nombor negatif, maka murid perlulah patah balik
sebanyak satu anak tangga. Jika tidak, murid boleh meneruskan permainan dan maju ke
hadapan.
7. Murid yang buah dadu mereka berada pada kedudukan tangga, maka perlu turun ke
bawah manakala pada yang berada pada kedudukan kepala ular perlu naik ke atas
kerana ke bawah adalah nombor yang besar manakala ke atas adalah nombor yang kecil.
8. Murid yang sampai ke finish dahulu adalah pemenang.
Murid mula bermain Permainan Snake and Ladder selama dua minggu. Permainan ini bertujuan
mengukuhkan kemahiran penambahan dua integer iaitu integer positif dan negatif seperti dalam
Rajah 5(a) dan Rajah 5(b).
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 84
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 5 (a). Cara Permainan Snake and Ladder
Rajah 5 (b): Cara Permainan Snake and Ladder Menggunakan Aplikasi DICE
Aktiviti Permainan Snake and Ladder dilaksanakan di dalam kelas pada waktu Matematik dan
dijalankan selama 40 minit (1 waktu) setiap minggu selama dua minggu. Aktiviti tersebut
merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan
bermain. Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan dam ular. Dua dadu diperlukan
untuk setiap Permainan Snake and Ladder ini.
Refleksi Permainan Snake and Ladder
Dapatan daripada pemerhatian menunjukkan murid sangat kreatif dalam mereka bentuk
permainan Snake and Ladder sebagai alat permainan sambil belajar. Ini jelas menunjukkan murid
berminat dengan permainan Snake and Ladder ini. Murid juga telah melibatkan diri secara aktif
dalam permainan ini. Murid yang lebih mahir dalam penambahan integer akan membantu murid
yang kurang mahir.
IV. Pemerhatian Pelaksanaan Pascaujian
Selepas aktiviti permainan ini dijalankan. Pengkaji telah melaksanakan pascaujian bagi menilai
tahap kemahiran murid menjawab soalan penambahan dan penolakan integer ini. Rajah 6
menunjukkan analisis pascaujian.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 85
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Rajah 6. Analisis pascaujian
Jadual 4
Analisis bilangan murid berdasarkan julat bilangan markah yang diperoleh dalam pascaujian
BILANGAN MARKAH BILANGAN MURID PERATUS MARKAH
1-11 1 3.33%
12-22 14 46.67%
23-33 15 50.00%
Berdasarkan Rajah 6 dan Jadual 4 iaitu dapatan daripada ujian pasca yang dibuat selepas murid
bermain Permainan Snake and Ladder sangat membanggakan, didapati tahap penguasaan dan
kemahiran murid menjawab soalan penambahan dan penolakan Integer telah meningkat. Peratus
lulus ujian pasca murid dalam Jadual 4 juga telah menunjukkan peningkatan di mana murid yang
memperoleh markah 12-22 adalah 46.67% (14 orang) manakala markah 23-33 adalah 50.00%
(15 orang).
Refleksi Pelaksanaan Ujian Pasca
Ini menunjukkan bahawa Permainan Snake and Ladder sangat membantu murid memahami dan
menguasai kemahiran penambahan dan penolakan integer dalam pascaujian di samping murid
mencapai keseronokan dengan rakan yang lain.
Langkah Pelaksanaan 4
Pemerhatian Semula dan Refleksi Keseluruhan Kajian
Sebelum kajian, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid menjawab soalan penambahan
dan penolakan nombor integer secara meneka sahaja kerana murid tidak cukup yakin dan takut
untuk tampil ke hadapan kelas untuk menjawab soalan berkaitan integer. Selepas kajian
dijalankan, didapati murid lebih berkeyakinan dan berminat untuk menyelesaikan masalah
penambahan dan penolakan integer. Selain itu, murid tidak takut untuk tampil ke hadapan kelas
untuk menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan integer. Murid yang telah menguasai
topik ini akan membetulkan kesalahan dan kelemahan murid yang lemah. Di samping itu,
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan penglibatan yang aktif daripada
murid dapat dipertingkatkan. Pendedahan Model Permainan Snake and Ladder kepada murid
banyak memberi impak positif kepada murid. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah
Pascaujian murid berbanding markah praujian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan
Rajah 7. Ini membuktikan keberkesanan Model Permainan Snake and Ladder yang berjaya
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 86
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 5
Analisis Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian
Murid Praujian Pascaujian Peningkatan
M1 3 19 16
M2 5 29 24
M3 1 22 21
M4 0 20 20
M5 7 13 6
M6 0 23 23
M7 6 24 18
M8 8 29 21
M9 0 25 25
M10 5 22 17
M11 0 23 23
M12 3 21 18
M13 0 21 21
M14 12 30 18
M15 6 31 25
M16 2 33 31
M17 4 19 15
M18 5 20 15
M19 9 31 22
M20 0 23 23
M21 0 23 23
M22 10 28 18
M23 10 32 22
M24 2 28 26
M25 3 19 16
M26 0 16 16
M27 0 21 21
M28 6 6 0
M29 3 22 19
M30 4 19 15
Rajah 7. Analisis Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian
Berdasarkan kepada Jadual 5 dan Rajah 7 yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat bahawa berlaku
peningkatan terhadap prestasi murid dalam pascaujian. Kadar peningkatan markah murid adalah
sebanyak 96.67% yang menunjukkan perubahan ketara keberkesanan penggunaan Model
Permainan Snake and Ladder diaplikasikan oleh murid-murid ini. Semua murid telah
menunjukkan peningkatan markah berdasarkan perbandingan yang telah dibuat. Murid yang
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 87
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
menunjukkan peningkatan markah yang paling ketara ialah murid 2, 4, 9, 11, 16 dan 24. Walau
bagaimanapun, murid 5 dan 28 tidak menunjukkan perubahan walaupun selepas Model
Permainan Snake and Ladder diperkenalkan.
Permainan Snake and Ladder merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran yang
fleksibel dan dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran Matematik. Secara tidak langsung,
permainan ini dapat menghasilkan inovasi alat bantu mengajar yang membantu guru dalam
merancang program pengukuhan bagi murid dengan lebih awal dan seterusnya akan dapat
menghasilkan keputusan yang diharapkan. Hasil daripada kajian tindakan ini benar-benar
memberikan kepuasan kepada diri pengkaji dan juga telah membangkitkan semangat pengkaji
untuk membantu murid yang lemah dalam subjek Matematik. Di samping itu, pengkaji berasa
puas apabila murid yang sebelum ini mengatakan penambahan dan penolakan nombor integer
adalah susah telah mampu menyatakan bahawa ianya mudah selepas menggunakan Permainan
Snake and Ladder.
Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid memerlukan
pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan untuk kajian seterusnya
adalah penggunaan permainan Snake and Ladder diperluaskan kepada topik Operasi Gabungan
Integer. Setelah diteliti, permainan Snake and Ladder perlu didedahkan kepada guru Matematik
yang lain supaya mereka boleh mencuba teknik ini kepada kumpulan murid yang berpotensi dan
sebagai latihan tambahan untuk murid bagi pemantapan dan pengayaan. Pengkaji percaya,
penerapan pelbagai kaedah dan teknik mampu menarik minat murid tidak kira untuk apa jua mata
pelajaran sekalipun.
Sumber Rujukan
Harskamp, E., & Suhre, C. (2007). Schoenfeld’s Problem Solving Theory in a Student Controlled
Learning Environment. Computers and Education, 49(3), 822–839.
Idris, N., & Nor, N. M. (2010). Mathematical Creativity: Usage of Technology. Procedia -Social
and Behavioral Sciences, 2(2), 1963–1967.
Kow, C., Peter, H., Mahmud, R., Daud, S. M., & Mohd, A. F. (2015). Hubungan antara Amalan
Bermain Permainan Komputer dengan Kemahiran Penyelesaian Masalah. Greduc 2013.
Nadjafikhah, M., Yaftian, N., & Bakhshalizadeh, S. (2012). Mathematical Creativity: Some
Definitions and Characteristics. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31(2011), 285–
291.
Nooriza Kassima, E. Z. (2013). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Persidangan Serantau Siswazah
Pendidikan “Melestari Pendidikan: Membangun Sumber Daya Manusia,” (1990).
Saudelli, M. G., & Ciampa, K. (2014). Exploring the role of TPACK and teacher self-efficacy : an
ethnographic case study of three iPad language arts classes, (March 2015), 37–41.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 88
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
TEKNIK BAYANGAN GARISAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN
LAKARAN ISOMETRIK DALAM KALANGAN MURID REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI TINGKATAN 1
Muzaimah binti Ismail, Rosliza binti Hamzah, Sumaiyah binti Abdullah
SMK Seksyen 16, Petaling Perdana
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran menghasilkan lakaran isometrik yang dihadapi
oleh murid. Penggunaan lakaran isometrik adalah lebih mudah dan ringkas, di mana ianya menunjukkan
keseluruhan sesuatu pandangan objek dalam bentuk 3D. Melalui refleksi pengajaran, pemerhatian dan
soal selidik yang telah dijalankan, pengkaji mendapati murid tidak dapat melakar paksi isometrik dengan
betul dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan lakaran objek 3D dengan baik.
Pengetahuan asas mengenai lakaran isometrik ini adalah penting kerana mereka akan mengaplikasikan
ilmu tersebut sehingga Tingkatan 3. Justeru, pengkaji memperkenalkan Teknik Bayangan Garisan bagi
meningkatkan kemahiran murid melakar objek 3D. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid Tingkatan
1 dan diselesaikan dalam tempoh dua bulan yang mana murid diajar teori dan praktikal lakaran secara
PdPR. Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan peratus markah dalam ujian serta peningkatan
peratus persepsi dan pengetahuan murid terhadap lakaran isometrik melalui soal selidik. Teknik yang
diperkenalkan ini telah berjaya menepati objektif yang disasarkan iaitu peningkatan markah ujian selepas
intervensi sebanyak 45% dan tahap keberkesanan teknik sebanyak 70%. Kesimpulannya, Teknik
Bayangan Garisan berjaya meningkatkan kemahiran melakar murid dan menjadikan proses PdP lebih
menarik dan menyeronokkan.
Kata kunci: Teknik Bayangan Garisan , lakaran isometrik , objek 3D, paksi isometrik
Refleksi PdP Lalu
Melalui refleksi pengajaran, pemerhatian dan soal selidik yang dilakukan oleh guru- guru yang
mengajar mata pelajaran RBT, terdapat beberapa masalah dalam penguasaan kemahiran
melakar lakaran isometrik iaitu:
a) Murid tidak dapat melakar paksi isometrik dengan betul.
b) Murid tidak dapat menghasilkan lakaran produk menggunakan lakaran isometrik dengan
baik.
Pengkaji telah mengajar mata pelajaran RBT selama 3 tahun. Dalam tempoh tersebut,
pengkaji telah berusaha menambah kemahiran melakar dengan mengikuti bengkel lakaran
(Lampiran 1). Pelbagai aktiviti bersama murid telah dijalankan antaranya ialah tayangan video
lakaran, demonstrasi oleh guru dan latihan lakaran bagi projek bab 1 dan 2. Hasil pemerhatian
dalam tempoh tersebut mendapati mereka masih gagal menguasai topik lakaran isometrik. Hal
ini demikian berpunca daripada kegagalan menguasai teknik menghasilkan lakaran isometrik
dengan baik. Kegagalan murid menguasai teknik tersebut kerana:
a) sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh dalam menghasilkan lakaran kerana ingin
cepat siap,
b) kurang fokus semasa guru menunjukkan demonstrasi lakaran,
c) tidak dapat mengenal pasti garisan isometrik bersudut 30˚ tanpa bantuan jangka sudut,
d) tidak dapat mengenal pasti garisan isometrik iaitu paksi x, y dan z pada lakaran
menyebabkan hasil lakaran tidak tepat.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 89
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat membuat lakaran isometrik dengan baik
kerana:
a) murid tiada kemahiran melakar dengan teknik yang betul.
b) murid tidak memahami langkah-langkah yang terdapat dalam buku teks.
c) murid takut untuk melakar dikhuatiri hasil tidak memuaskan.
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid terutamanya disebabkan sikap murid yang hendak
cepat siap dan tidak pandai menilai hasil kerja yang telah disiapkan. (Lampiran 2)
Sesi teori dan praktikal dijalankan menerusi teknik tunjuk ajar, tayangan video dan
demonstrasi lakaran melalui Google Meet. Namun begitu, murid masih tidak dapat menghasilkan
lakaran dengan baik. Setelah sesi PdPR dijalankan, guru meminta sampel kajian seramai 20
orang mengisi soal selidik untuk melihat sejauh mana persepsi mereka terhadap lakaran
isometrik (Item 1) dan pengetahuan mereka dalam melakar (Item 2). Keputusan soal selidik
ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1. Peratus keputusan soal selidik
Secara keseluruhannya, murid mempunyai persepsi yang mana lakaran isometrik adalah
susah untuk dilakar. Tambahan pula, mereka tidak mengetahui teknik untuk melukis paksi
isometrik dengan baik. Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, murid akan terus
mengamalkan sikap sambil lewa dan tidak akan berminat dengan topik lakaran, terutamanya
lakaran isometrik. Murid juga tidak akan tahu betapa pentingnya asas lakaran yang baik kerana
hampir setiap bab Aplikasi Teknologi dalam subjek RBT memerlukan murid menghasilkan
lakaran produk. Murid yang tidak memahami teknik lakaran isometrik akhirnya akan gagal
menunjukkan potensi sebenar mereka dalam kemahiran melakar.
Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan teknik bayangan garisan untuk
meningkatkan kemahiran menghasilkan lakaran isometrik dalam kalangan murid Reka Bentuk &
Teknologi Tingkatan 1. Secara khususnya, kajian ini diharapkan dapat mencapai:
a) Peningkatan peratus markah ujian selepas intervensi sebanyak 45% berbanding sebelum
intervensi.
b) Peningkatan peratus persepsi dan pengetahuan sampel kajian terhadap lakaran isometrik
sebanyak 40% melalui soal selidik.
c) Tahap keberkesanan teknik bayangan garisan sebanyak 70% melalui dapatan soal selidik.
KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 90