PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                           Kumpulan Sasaran
Sampel kajian yang terlibat adalah 20 orang murid Tingkatan 1. Mereka terdiri daripada kelas
pertengahan hingga kelas yang lemah dalam pelajaran. Semua sampel mengambil subjek Reka
Bentuk dan Teknologi sebagai subjek elektif.
                                                   Tinjauan Literatur
Dalam Standard Kandungan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi Tingkatan
Satu, murid perlu menguasai beberapa tajuk utama, antaranya Proses Reka Bentuk, Lakaran,
dan Aplikasi Teknologi. Di bawah tajuk Lakaran, murid akan mempelajari Lakaran Piktorial, di
mana salah satu jenis lakaran piktorial ialah Lakaran Isometrik. Menurut Nordin & Saud (2006),
Lakaran Piktorial sering digunakan bagi mempersembahkan produk yang akan dihasilkan
pembuat atau syarikat untuk pengguna atau pelanggan-pelanggannya dalam bentuk lakaran 3D.
         Lakaran isometrik pula ialah lakaran yang menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan
objek dalam bentuk 3 dimensi (3D). Lakaran jenis ini dibina dengan menggunakan tiga paksi.
Salah satu daripada paksinya adalah menegak, manakala dua paksi yang lain dilukiskan di kiri
dan kanan pada sudut 30 darjah dari garisan mendatar. Kajian oleh Guay R.B. (1976)
menyatakan bahawa lukisan isometrik menjadi pilihan pendidik dalam bidang kejuruteraan dan
teknologi kerana keringkasan teknik lakaran dalam memaparkan objek 3D. Hal ini menunjukkan
betapa pentingnya untuk murid menguasai topik lakaran isometrik.
         Di sekolah, murid diajar lakaran isometrik menggunakan pelbagai teknik mengikut silibus
buku teks, ditambah dengan pengetahuan dan pengalaman guru. Kajian oleh Norliza Jais (2018)
menunjukkan penggunaan teknik yang betul sama ada meniru dari contoh yang diberi atau
melalui idea sendiri telah meningkatkan prestasi murid terhadap lakaran isometrik. Seterusnya,
murid lebih minat kepada topik lakaran dan hasil lakaran adalah lebih baik dari sebelumnya.
                                                  Pelaksanaan Kajian
Tinjauan Awal Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, soal selidik dan
ujian. Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku sampel semasa PdP
berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan sampel menghasilkan
lakaran isometrik yang kurang menarik dan tidak tepat. Memandangkan kelas dijalankan secara
PdPR, sampel kurang bersedia dan tidak bersemangat untuk belajar.
         Sampel kajian diberikan ujian sebelum dan selepas intervensi. Murid dikehendaki melakar
lakaran produk menggunakan kaedah lakaran isometrik. Murid mengambil gambar lakaran yang
dihasilkan dan menghantarnya kepada guru masing- masing. Selepas pengkaji menyemak
jawapan sampel, pengkaji tidak membincangkan kesalahan terhadap lakaran yang disemak.
Sebaliknya pengkaji telah memperkenalkan Teknik Bayangan Garisan untuk membantu murid
melakar lakaran isometrik.
         Borang soal selidik telah disediakan melalui aplikasi Google Form dan diedarkan kepada
sampel untuk mendapatkan maklum balas berkenaan persepsi mereka terhadap topik lakaran
dan pengetahuan mereka mengenai paksi isometrik sebelum dan selepas teknik ini
diperkenalkan. Pengkaji juga menanyakan soalan untuk mengetahui keberkesanan teknik
bayangan garisan yang baru diperkenalkan.
                                           KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 91
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Analisis Tinjauan Masalah
              Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan, didapati :
              a) Sampel kajian kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara
                  lisan yang dijalankan melalui Google Meet. Mereka menjawab dengan suara yang tidak yakin
                  akan jawapan yang diberi dan ada murid yang tidak menjawab langsung soalan apabila guru
                  menyoal.
              b) Latihan lakaran yang dihantar mereka juga memberi gambaran bahawa murid tidak
                  memahami teknik lakaran isometrik yang betul.
              Setelah intervensi dijalankan, mereka memberikan maklum balas yang positif, di antaranya:
              a) Sampel lebih yakin untuk menjawab latihan lakaran dan mengatakan melakar adalah senang.
                  (Lampiran 3)
              b) Latihan yang dihantar adalah bagus dan menepati kriteria pemarkahan. (Lampiran 4)
                                       Rajah 2. Perbandingan purata markah sebelum dan selepas intervensi
                        Rajah 2 menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dalam menghasilkan lakaran
              isometrik. Hal ini menunjukkan teknik bayangan garisan adalah bermanfaat kepada peserta.
                        Pengkaji menjalankan soal selidik menggunakan borang soal selidik tertutup iaitu hanya
              mempunyai dua pilihan jawapan sama ada Ya atau Tidak. Terdapat tiga item yang penting yang
              ditanyakan untuk mengukur persepsi, pengetahuan dan tahap keberkesanan dalam melakar
              lakaran isometrik menggunakan teknik baharu. Berikut adalah dapatan yang diperoleh melalui
              soal selidik sebelum dan selepas teknik bayangan garisan diajar:
                          Rajah 3. Peratus murid menjawab Ya bagi Item 1, 2 dan 3 sebelum dan selepas intervensi
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 92
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                        Rajah 3 menunjukkan bahawa 30% murid mempunyai persepsi lakaran isometrik senang
              untuk dilakar sebelum intervensi. Setelah murid mempelajari teknik baharu, didapati peratus
              murid yang merasakan lakaran isometrik senang untuk dilakar meningkat kepada 90%. Data ini
              menunjukkan respons yang positif terhadap teknik bayangan garisan yang diajar.
                        Bagi Item 2, pengkaji ingin melihat pengetahuan murid terhadap cara untuk melukis paksi
              isometrik yang merupakan langkah pertama untuk menghasilkan lakaran isometrik yang baik.
              Rajah 3 menunjukkan perubahan dari 45% kepada 90% sampel yang mengetahui cara untuk
              melukis paksi isometrik selepas teknik baharu diajar. Lebih ramai sampel yang mengetahui cara
              melakar paksi isometrik setelah pengkaji memperkenalkan Teknik Bayangan Garisan.
                        Item 3 ditanyakan kepada murid hanya selepas teknik bayangan garisan diajar. Pengkaji
              ingin melihat sejauh mana tahap keberkesanan teknik baharu yang diajar terhadap kemahiran
              melakar murid. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, 85% sampel menyatakan bahawa Teknik
              Bayangan Garisan membantu mereka dalam menghasilkan lakaran isometrik yang lebih baik.
              Tindakan (Rawatan) Yang Dijalankan
              Kajian ini bermula dengan pengkaji mengajar teori bagi lakaran isometrik. Kemudian, pengkaji
              mengajar kaedah melakar lakaran merujuk kepada buku teks. Selepas itu, murid diberikan ujian
              sebelum intervensi (Lampiran 5) dan diminta menjawab soal selidik.
                        Seterusnya, pengkaji telah memperkenalkan teknik baharu. Murid diajar Teknik Bayangan
              Garisan dengan bantuan rakaman video (Lampiran 6) dan sesi tunjuk ajar melalui Google Meet
              (Lampiran 7).
                                                         Melukis paksi isometrik
                                                   Melukis garisan binaan bersudut 30˚ di
                                                                kedua belah paksi y
                                                        Melukis garisan binaan yang sama berulang
                                                           kali sehingga menyerupai kertas isogrid
                                                                    Melukis objek yang dikehendaki
                                         Rajah 4. Langkah- langkah menghasilkan Teknik Bayangan Garisan
                                                                       Rajah 5. Kertas Isogrid
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 93
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                        Bagi meningkatkan kemahiran murid, mereka diberi tugasan membuat lakaran isometrik
              beberapa objek reka bentuk menggunakan Teknik Bayangan Garisan. Murid yang lemah boleh
              menggunakan peralatan seperti pembaris sudut untuk membina garisan isometrik. Sekiranya
              murid telah mahir melukis garisan bayangan, bantuan pembaris sudut tidak diperlukan lagi.
                        Setelah murid mahir membina sendiri bayangan garisan tanpa bantuan alatan geometri,
              murid akan mula membina pelbagai lagi lakaran reka bentuk. Ujian selepas intervensi (Lampiran
              8) diberikan kepada murid untuk menguji kemahiran melakar mereka. Murid juga diminta mengisi
              soal selidik untuk mengukur keberkesanan teknik ini.
              Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
              Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua bulan. Pengkaji telah memperuntukkan
              RM143.00 untuk pembelian barangan keperluan. Murid telah menjalani ujian sebelum dan
              selepas intervensi yang menguji kemahiran lakaran mereka. Setelah ujian selepas intervensi
              dijalankan, sampel diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka
              tentang Teknik Bayangan Garisan (Lampiran 9). Tujuan mengedarkan soal selidik supaya murid
              lebih bebas dan selesa memberi pendapat berbanding mendapatkan maklumat secara temu bual
              (Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga).
              Impak Kajian
              Pengkaji telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik Bayangan Garisan kepada rakan
              guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Teknik
              Bayangan Garisan ini berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian di dalam subtopik
              Lakaran Isometrik, malahan murid berlumba–lumba hendak menjawab soalan guru, lebih
              berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab soalan berkaitan lakaran
              isometrik dan boleh membuat lakaran produk dengan lebih baik. Pengkaji berasa lebih seronok
              dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas RBT yang berlaku secara maya. Rakan-rakan
              guru juga telah memberikan komen membina, kata-kata perangsang dan sokongan terhadap
              usaha pengkaji. Malah beberapa orang guru telah meminta pengkaji mengajar anak-anak mereka
              menggunakan Teknik Bayangan Garisan.
SEBELUM  SELEPAS
         KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 94
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR      SELEPAS
MERGEFOR
                                      SEBELUM
    Rajah 6. Hasil lakaran beberapa orang sampel kajian semasa ujian sebelum dan selepas Intervensi
Refleksi Kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan lakaran yang berterusan banyak membantu
murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di
samping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan.
         Terdapat murid yang gagal dalam ujian selepas intervensi kerana pada hari pengkaji
memperkenalkan Teknik Garisan Bayangan, murid tidak fokus di dalam kelas dalam talian yang
dijalankan secara Google Meet. Pengkaji sepatutnya menerangkan dan memastikan mereka
faham dan latihan dijalankan secara berulang kali. Pengkaji juga sepatutnya harus lebih tegas
terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.
         Pengkaji merasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid telah berjaya menguasai
teknik lakaran yang baik. Pengkaji menjadi lebih yakin bahawa Teknik Bayangan Garisan dapat
membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran membuat lakaran yang
akan digunakan sehingga tingkatan 3.
Pencapaian Objektif Kajian Secara Keseluruhan
Pencapaian murid dalam ujian sebelum dan selepas intervensi menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Kebolehan 20 orang murid kelas pertengahan dan lemah yang telah dipilih
membuat lakaran isometrik dalam subtopik lakaran lebih sempurna berbanding sebelum ini.
Kesemua objektif kajian berjaya dicapai melalui dapatan yang diperoleh, iaitu:
a) Peningkatan peratus markah ujian selepas intervensi sebanyak 46.5% berbanding sebelum
   intervensi.
b) Peningkatan peratus persepsi sebanyak 60% dan peratus pengetahuan sampel kajian
   terhadap lakaran isometrik sebanyak 45% melalui soal selidik.
c) Tahap keberkesanan teknik bayangan garisan isometrik sebanyak 85% melalui dapatan soal
   selidik.
                                           Cadangan Kajian Seterusnya
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
a) Memperluaskan penggunaan teknik bayangan garisan kepada semua guru RBT.
                                                                      KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 95
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                   b) Menyediakan kod QR bagi modul lakaran yang mengandungi kesemua jenis lakaran
                        piktorial dan Teknik Bayangan Garisan.
                   c) Mencipta alat yang memudahkan murid menghasilkan Teknik Bayangan Garisan.
                                                                  Sumber Rujukan
              Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008).
                        Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM melalui
                        https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/penyelidikan/kajian/1376-
                        manualkajian/file
              Salmiah B. (2016). Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1, Penerbit Pustaka Pepada
                        Jaya Sdn, Bhd, Selangor.
              Guay, R. (1976). Purdue Spatial Visualization Test: West Lafayette. Indiana, Purdue Research
                        Foundation.
              Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), melalui
                        https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=persepsi
              Nordin, M. S., & Saud, M. S. (2006). Kemahiran visualisasi: Kemahiran kognitif tahap tinggi dalam
                        pendidikan teknik dan vokasional. dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan
                        Vokasional.
              Norliza J. (2018). Meningkatkan Kemahiran Membuat Lakaran Objek Menggunakan Teknik
                        Bayangan Garisan Isometrik dalam Kalangan Murid Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
                        Tingkatan 1. melalui https://norlizajais.blogspot.com/2018/05/kajian-tindakan-2018.html
              Yue, J. (2006). Spatial visualization by isometric drawing. dalam Proceedings of the2006
                        IJMEINTERTECH Conference, Union, New Jersey (Vol. 3).
            Lampiran
Lampiran 1
            Sesi bengkel lakaran bersama guru-guru RBT pada tahun 2020
                                                        KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 96
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Lampiran 2
            Antara hasil kerja murid tahun 2020
Lampiran 3
Salah seorang murid mengatakan senang untuk melakar menggunakan Teknik Garisan Bayangan
Lampiran 4
            Kriteria Permarkahan Lakaran Isometrik ( 10 markah)
                    Kedudukan paksi isometrik.(3m)
                    Lakaran berbentuk 3D (2m)
                    Hasil kerja mengikut tugasan yang diberikan. (1m)
                    Penggunaan peralatan lakaran yang betul.(1m)
                    Kekemasan dan ketepatan objek(3m)
            Kriteria Pemarkahan Lakaran bagi Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi
                                           KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 97
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Lampiran 5
                                          Arahan ujian sebelum intervensi yang diedarkan melalui Telegram
              Lampiran 6
                                     Demonstrasi menggunakan video memaparkan Teknik Bayangan Garisan
              Lampiran 7
                                 Sesi Google Meet bersama-sama murid menggunakan teknik merujuk buku teks
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 98
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Sesi Google Meet bersama sampel kajian menggunakan Teknik Bayangan Garisan
Lampiran 8
            Arahan ujian selepas intervensi yang diedarkan melalui Telegram
Lampiran 9
            Soal Selidik berbentuk Google Form yang diedarkan kepada sampel kajian
                                           KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 99
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                 MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID DAN KEMAHIRAN MEMBACA AL-
             QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KEYCHAIN AJAIB DALAM KALANGAN MURID
                                                               TAHAP DUA
                                                              Zuhaiza binti Hj.Sapari
                                                  SK Kuala Kubu Bharu Satu, Hulu Selangor
                                                                         Abstrak
                Kajian ini dilaksanakan adalah atas kesedaran diri sendiri membuat anjakan paradigma untuk berikhtiar
                mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan
                pembelajaran Tilawah Al-Quran khususnya bidang tajwid. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah
                murid yang kurang mahir membezakan hukum tajwid, sering terlupa hukum tajwid dan kurang cekap
                membaca ayat-ayat al-Quran secara bertajwid yang dihadapi oleh murid-murid. Tinjauan awal, jika di sebut
                tentang hukum tajwid, sering murid mengeluh kerana menganggapnya sukar menyebabkan tidak berminat
                untuk mempelajari dan menguasainya. Akibat daripada kesukaran menguasai hukum tajwid murid tidak
                dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul. Hasil tinjauan daripada permasalah atau isu tersebut
                maka terhasilnya Keychain Ajaib. Pengkaji mengaplikasikan Keychain Ajaib dalam pengajaran dan
                pembelajaran Tilawah Al-Quran kelas tahun 5 Gamma. Pelaksanaaan projek inovasi ini telah dijalankan
                selama lebih kurang 8 minggu ke atas murid-murid di dalam kelas tahun 5 Gamma yang sukar untuk
                menguasai hukum tajwid khususnya hukum Mim Sakinah. Seramai 10 orang murid yang terlibat sebagai
                sampel kajian. Keputusan pasca ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari projek
                inovasi ini telah berjaya mencapai objektif berdasarkan kepada peningkatan dari segi kefahaman dan
                penguasaan murid dalam hukum tajwid setelah menggunakan Keychain Ajaib. Seterusnya murid suka
                menggunakan Keychain Ajaib dan menarik minat murid belajar hukum tajwid dan membaca ayat-ayat al-
                Quran.
              Kata kunci: Keychain Ajaib, inovasi, pembelajaran, tajwid , al-Quran
                                                                  Refleksi PdP Lalu
              Apabila disebut tentang hukum tajwid kepada murid-murid, seringkali disebut sukar
              menyebabkan murid kurang atau tidak berminat untuk mempelajari tajwid apatah lagi
              menguasainya. Ramai juga murid yang mengalami kesukaran membezakan hukum tajwid yang
              banyak, antaranya perbezaan hukum Nun Sakinah dan Mim Sakinah. Selain itu, murid juga sering
              terlupa atau keliru tentang hukum tajwid lain yang telah dipelajari.
                        Berikutan dengan masalah atau isu tersebut menyebabkan ramai murid yang tidak dapat
              membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan bertajwid. Bahkan apabila disemak, keputusan
              ujian bahagian tajwid selalu mengecewakan. Melalui Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
              pula, ramai murid hanya dapat menguasai tahap penguasaan 2, 3 dan 4. Saya berfikir cara untuk
              menyelesaikan masalah ini bahkan bertanya dengan rakan–rakan. Sehinggalah suatu hari
              pengkaji terfikir untuk membuat satu bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat murid
              untuk belajar tajwid, menguasainya seterusnya suka dan mahir membaca ayat-ayat al-Quran.
                        Menyedari kepentingan seseorang individu menguasai hukum tajwid yang amat perlu dan
              wajib dipelajari serta dikuasai demi menjaga bacaan ayat-ayat suci al-Quran, Keychain Ajaib
              terhasil dan direalisasikan serta digunakan oleh murid dalam membantu murid menguasai hukum
              tajwid sejak 2015 lagi. Penghasilan bahan pembelajaran ini telah menghasilkan impak yang
              positif terhadap murid-murid. Sehinggalah pada tahun 2020, pe ngkaji membuat kajian tindakan
              penggunaan Keychain Ajaib khususnya untuk murid tahun 5 Gamma. Sokongan moral diterima
              daripada tokoh guru inovasi, Guru Besar, rakan-rakan guru dan murid serta keazaman untuk
              mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah mendorong pengkaji untuk
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 100
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              menjalankan kajian tindakan. Malah Keychain Ajaib ini menjadi salah satu hasil inovasi dalam
              pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
                                                              Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
              Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran menggunakan Keychain Ajaib
              untuk menguasai pengajaran dan pembelajaran tajwid dengan mudah dan seronok seterusnya
              memperoleh impak positif kepada bacaan ayat–ayat al-Quran murid-murid. Kajian ini adalah
              penting terutama kepada murid tahap dua bagi mencapai Khatam Al-Quran yang baik. Jika
              pelajar tidak boleh menguasai hukum tajwid ini akan memberi kesan yang negatif terhadap diri
              mereka. Mereka tidak akan dapat menguasai bacaan al-Quran yang betul dan bertajwid sehingga
              di sekolah menengah nanti. Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga akan terjejas
              disebabkan murid sukar untuk menguasai hukum tajwid.
                        Pengkaji telah menganalisis data pelaporan PBD tahun 2019 dan mendapati bahawa
              sejumlah 45.2% murid tahun 5 mendapat tahap penguasaan 2 atau 3 pada bahagian tajwid. Jika
              murid dapat menguasai hukum tajwid sudah tentu mereka berpeluang untuk mendapat tahap
              penguasaan yang lebih baik. Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah mengingati dan
              menguasai hukum tajwid. Dengan menggunakan Keychain Ajaib diharapkan dapat memberikan
              impak yang positif terhadap penguasaan tajwid murid-murid.
                                                                      Objektif Kajian
              Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan tajwid dan kemahiran membaca al-
              Quran dengan menggunakan Keychain Ajaib dalam kalangan murid tahap 2.
                                                                 Kumpulan Sasaran
              Kajian ini dilakukan kepada murid tahap dua untuk mendapat manfaat menggunakan Keychain
              Ajaib yang boleh menarik minat mereka belajar tajwid seterusnya dapat mempertingkat bacaan
              ayat-ayat al-Quran.
                                                                    Tinjauan Literatur
              Kajian-kajian lepas menunjukkan penggunaan pelbagai kaedah atau cara dalam penguasaan
              ilmu tajwid. Kajian yang dilaksanakan oleh Hamir Hamzah Jaafar Mohamad Hilmi Mat Said(2019)
              berkaitan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan
              hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima) yang dinamakan sebagai kaedah Yadun. Kaedah
              Yadun menggunakan teknik padanan lima jari tangan dengan bilangan lima hukum tajwid yang
              melibatkan nun sakinah dan tanwin.
                        Didapati faktor penguasaan al-Quran yang masih lemah terutamanya bagi murid yang
              masih membaca Iqra’ secara langsung menjejaskan penguasaan hukum tajwid (Khairiah Razali
              dan Ahmad Sihes, 2017). Dalam konteks pengajaran tajwid dan al-Quran di peringkat sekolah
              rendah, ilmu hukum tajwid tidak diberi penekanan secara khusus dalam pengajaran dan
              pembelajaran tilawah al-Quran kerana lebih mementingkan pembacaan ayat al-Quran secara
              bertajwid. (Ab. Halim, 2013). Ditambah pula dengan amalan guru yang tidak mampu
              menyampaikan isi pelajaran tajwid al-Quran dengan menggunakan kaedah dan teknik
              pengajaran yang bersesuaian dan tidak mencapai tahap memuaskan (Eadil, 2010). Kegagalan
              guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan turut menyebabkan masalah
              penguasaan ilmu tajwid.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 101
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                        Perkara ini disokong oleh Buntat dan Muhamed (2010) menyatakan bahawa para
              pendidik kurang berminat untuk menjalankan aktiviti kreatif di dalam bilik darjah kerana hanya
              bergantung pada media pembelajaran yang tersedia seperti buku teks yang memiliki kekurangan
              yang hanya menyajikan tulisan sehingga susah difahami makna bunyi dan panjang pendek
              bacaan sehingga menjadikan murid cepat bosan sehingga sukar untuk memahami ilmu tajwid.
                                                  Pelaksanaan Kajian
Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Secara lebih
khusus, kajian ini melibatkan kajian kuantitatif eksperimen dan kualitatif iaitu melalui tinjauan
pemerhatian, temu bual dan data ujian.
Lokasi dan Informan Kajian
Responden kajian melibatkan 10 orang murid tahun 5. Responden yang dipilih secara
pensampelan bertujuan bagi pelaksanaan kajian ini adalah terdiri dari murid sederhana dan baik
menguasai tajwid dan bacaan al-Quran.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan dokumen-dokumen praujian dan pasca ujian murid sebelum dan
selepas penggunaan Keychain Ajaib.
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data daripada analisis dokumen, iaitu hasil ujian murid
sepenuhnya, dan disokong dengan analisis refleksi guru. Pengumpulan data melalui analisis
dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji (Jasmi,
2012). Dokumen ialah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan
telah sedia ada (KPM, 2008).
Kaedah Menganalisis Data
Untuk menganalisis data kajian, pengkaji telah menghantar hasil ujian kepada ketua panitia
Pendidikan Islam untuk disemak. Jadual 1 menunjukkan pencapaian diperoleh daripada pra
ujian.
Jadual 1           MARKAH  PENCAPAIAN MURID
Analisis Praujian
                           Bilangan  %
          GRED
A 85 – 100                 2 20
B 65-84
C 55-64                    3 30
D 40-54
E 0-39                     2 20
           LULUS           3 30
           GAGAL
                           --
                           7 70
                           3 30
                           KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 102
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Pelaksanaan Keychain Ajaib di Sekolah
              Pelaksanaan PdP menggunakan Keychain Ajaib asalnya bermula pada tahun 2015 sebagai hasil
              projek inovasi. Hasil ujian murid direkodkan oleh guru dan dianalisis. Kemudian Kajian Tindakan
              baru dilakukan pada tahun 2020. Dapatan kajian mula dikutip oleh pengkaji pada Oktober 2020.
              Jadual 2 menunjukkan fasa pelaksanaan Keychain Ajaib di sekolah.
Jadual 2
Fasa Perlaksanaan Keychain Ajaib
Fasa &Tarikh                      Aktiviti                             Tujuan
                                                 Mengenal masalah murid dalam
Fasa 1         Menjawab soalan                   menguasai tajwid.
04.08.2020     semasa PdP
  Fasa 2       Pemeriksaan latihan di            Mengenal masalah murid dalam
05.08.2020     buku tulis                        menguasai tajwid.
     Fasa 3    Pelaporan Pentaksiran             Mengenal masalah murid dalam
13-17.04.2020  Bilik Darjah                      menguasai tajwid.
     Fasa 4    Praujian                          Menjawab ujian berkaitan hukum tajwid
  11.08.2020                                     untuk mengenal pasti masalah murid.
                                                 (Lampiran 1)
     Fasa 5    Pengenalan dan                    Murid diperkenalkan dengan
  12.08.2020   Penggunaan Keychain               Keychain Ajaib dan digunakan di dalam
  09.09.2020   Ajaib                             PdP.
                                                 (Lampiran 2)
     Fasa 6    Pasca Ujian
  06.10.2020                                     Menjawab ujian dengan menggunakan
               Soal selidik selepas              Keychain Ajaib.
     Fasa 7    menggunakan Keychain
13.10.2020     Ajaib                             Soal selidik dijalankan untuk mengetahui
                                                 keberkesanan menggunakan Keychain
                                                 Ajaib
                                                 (Lampiran 3)
Impak Kajian
Setelah pelaksanaan penggunaan Keychain Ajaib sewaktu PdP tajwid bermula Ogos 2020
hingga September 2020, pasca ujian dilakukan. Pasca ujian menunjukkan pencapaian murid
yang lebih baik berbanding dengan pencapaian praujian. Jadual 3 menunjukkan impak
penggunaan Keychain Ajaib dengan menunjukkan perbandingan keputusan pada kedua ujian
tersebut.
Jadual 3
Analisa Perbandingan Praujian dan Pasca Ujian
                                               PRAUJIAN     PASCA UJIAN
                                                            Bil %
          GRED MARKAH                       Bil  %          10 100
                                                             --
          A 85 – 100 2                           20          --
                                                             --
          B 65-84 3 30                                       --
                                                            10 100
          C 55-64 2 20                                       --
          D 40-54 3 30
          E 0-39                            -            -
               LULUS                        7 70
               GAGAL                        3 30
                                                 KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 103
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Peningkatan Skor Ujian
              Skor diperoleh oleh murid dianalisis untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas
              penggunaan Keychain Ajaib. Hasil perbandingan skor digambarkan dalam Rajah 1.
                   Rajah 1. Skor Pencapaian Murid
         Rajah 1 menunjukkan peningkatan skor murid dalam ujian pasca berbanding pencapaian
mereka sebelum menggunakan Keychain Ajaib.
Berdasarkan Data j-Qaf Perekodan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang difokuskan
pada bahagian tajwid dalam bidang Tilawah Al-Quran, dilihat telah berlaku peningkatan tahap
penguasaan pembelajaran. Perkara ini boleh dilihat melalui Jadual 4.
Jadual 4
Analisis Perbandingan Data j-Qaf Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah
Pelaporan PBD TP1  TP2  TP3  TP4                                     TP5 TP6
                                                                       --
Jun 2020      4 5 12                               6
                                                                      12 -
Oktober 2020  -    -    6                          9
Refleksi
Penggunaan Keychain Ajaib terbukti boleh mengubah minat dan pengetahuan murid untuk
mempelajari tajwid di dalam bidang Tilawah Al-Quran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Keputusan ini menggembirakan hati saya apatah lagi apabila melihat peratus murid menguasai
tahap penguasaan 4 dan 5 meningkat. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2.
              Rajah 2. Perbandingan PBD Jun dan Oktober 2020
                                                   KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 104
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                        Berlaku peningkatan sebanyak 56% murid yang memperoleh tahap penguasaan 4 dan 5,
              iaitu 22% pada Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dapatan Jun 2020 telah meningkat kepada
              78% pada Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dapatan Oktober 2020.
                        Rajah 3 menunjukkan perbandingan markah murid sebelum dan selepas menggunakan
              Keychain Ajaib. Hasil ujian menunjukkan praujian dilakukan dengan menggunakan pengetahuan
              murid sendiri dalam tajuk Mim Sakinah. Manakala sewaktu pasca ujian murid menggunakan
              Keychain Ajaib untuk menjawab soalan.
SEBELUM                              SELEPAS
Skor 41/100 (kategori sederhana)  Skor 100/100 (kategori cemerlang)
         Rajah 3. Hasil Ujian Murid
         Rajah 3 menunjukkan penggunaan Keychain Ajaib dapat membantu murid menguasai
tajwid dan dijadikan salah satu intervensi untuk membantu murid-murid yang mempunyai
masalah dalam penguasaan tajwid dan bacaan al-Quran. Dengan menggunakan Keychain Ajaib
diharapkan dapat memberikan impak yang positif terhadap penguasaan tajwid murid.
         Seterusnya melalui soal selidik yang dibuat ke atas 10 orang murid, 100% murid setuju
dan suka menggunakan Keychain Ajaib yang boleh membantu mereka di dalam penguasaan
tajwid.
         Antara jawapan soal selidik yang di bahagian komen/ulasan murid setelah mengenal dan
menggunakan Keychain Ajaib:
1. Nang Alya Shuhada binti Mohamad Aidil Yuhanis, Keychain Ajaib ini memang ajaib,
   memudahkan saya mencari jawapan pada soalan Mim Sakinah.
2. Nur Athirah binti Norazmi, Keychain Ajaib ini bagus untuk pelajar yang lemah dan
   memudahkan kita untuk belajar tajwid.
                                  KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 105
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              3. Muhammad Fareed Nazeem bin Fitridawadin, Keychain Ajaib ini memudahkaan saya belajar
                    tentang tajwid. Saya rasa seronok menggunakannya dan menarik.
                        Berdasarkan kepada kajian tindakan inovasi yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa
              Keychain Ajaib ini telah berjaya mencapai objektif. Selain itu, ia juga dapat menyemai rasa minat
              terhadap topik tajwid berdasarkan kepada kepelbagaian warna yang menarik dan informatif.
              Saiznya yang kompak juga amat memberi kesan yang positif kerana ia dapat dimasukkan ke
              dalam poket telah memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja.
                        Kesimpulannya, Keychain Ajaib ini amat sesuai untuk digunakan oleh semua guru
              Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap
              hukum tajwid yang mempunyai banyak tajuk selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
              Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam KSSR.
                                                         Cadangan Kajian Seterusnya
                        Cadangan kajian seterusnya adalah untuk menghasilkan Keychain Ajaib bagi bidang lain
              dalam Pendidikan Islam seperti bidang Ulum Syariah dan Jawi. Keychain Ajaib ini juga boleh
              diaplikasikan untuk mata pelajaran lain contohnya Matematik (Keychain Ajaib Sifir), Bahasa
              Melayu (Keychain Ajaib Perkataan Sinonim dan Antonim) dan Bahasa Inggeris (Vocabulary
              Magic Keychain).
                        Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, pengkaji mendapati terdapat perubahan
              yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil
              kajian pengkaji ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdP lebih menarik,
              menyeronokkan dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian tahap pembelajaran.
                                                                  Sumber Rujukan
              Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
              Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi
                      Malaysia
              Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan; Teori dan Amalan. Tanjung Malim:
                      Penerbitan UPSI.
              Jasmi Kamarul Azmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif dalam
                      Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012.
                      Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin
                      Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
                                                                       Lampiran
                LATIHAN DAN PENGGUNAAN KEYCHAIN AJAIB
                Sila imbas kod QR untuk keterangan lanjut.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 106
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                               INGAT PEPSIA - HEBAT SEJARAH
                                                           Zaimah binti Mohd Al-Hapiz
                                                     SMK Puncak Alam 3, Kuala Selangor
                                                                         Abstrak
                Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingati fakta bagi
                menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah menggunakan
                kaedah PEPSIA. Kaedah ini menggabungkan salah satu kaedah mnemonic iaitu melalui pembentukan
                akronim. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid Tingkatan 5 Amethyst di SMK Puncak
                Alam 3, Kuala Selangor. Kesemua murid ini didapati tidak dapat memberikan fakta yang tepat dan sukar
                bagi mereka untuk membina ayat lengkap bagi menjawab soalan berbentuk KBAT dalam Kertas 2 bagi
                mata pelajaran Sejarah tingkatan 5. Bagi menarik minat murid untuk mendalami kaedah PEPSIA, paparan
                powerpoint yang menggunakan tulisan berwarna diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
                Proses kajian yang dilaksanakan telah menggunakan beberapa instrumen untuk pengambilan data
                antaranya ialah kaedah ujian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati hampir kesemua murid
                menunjukkan peningkatan positif dalam menulis fakta dan dapat membina ayat lengkap bagi menjawab
                soalan KBAT dalam Kertas 2, Sejarah tingkatan 5. Peratusan murid menguasai fakta bagi menjawab
                soalan KBAT tersebut telah meningkat daripada 0% semasa praujian kepada 80% selepas pascaujian.
                Manakala berdasarkan pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah PEPSIA sangat membantu
                murid untuk menguasai fakta KBAT dan seterusnya dapat menjawab soalan Sejarah dengan baik.
                Keputusan kajian tindakan menunjukkan penggunaan kaedah PEPSIA dapat meningkatkan skor murid
                untuk soalan Kertas 2 Sejarah tingkatan 5.
                Kata kunci: tulisan berwarna, pengajaran, pembelajaran, PEPSIA, KBAT
                                                                  Refleksi PdP Lalu
              Berdasarkan pengalaman mengajar beberapa kelas murid Tingkatan 5 di SMK Puncak Alam 3,
              pengkaji telah mengenal pasti beberapa isu berkaitan teknik menjawab soalan sejarah Kertas 2
              dalam kalangan murid, terutamanya soalan berbentuk KBAT. Disamping itu juga, temubual
              ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang dijalankan melalui medium google
              meet, telah didapati murid kurang menguasai teknik mengingati fakta serta tidak menguasai cara
              menulis jawapan untuk soalan struktur dan esei bagi soalan KBAT.
                        Kegagalan murid menguasai konsep dan teknik menjawab adalah disebabkan murid
              kekurangan idea untuk menjawab soalan struktur dan esei berbentuk KBAT. Mereka juga didapati
              lemah dalam membina ayat lengkap untuk memulakan ayat dan menyambung fakta . Selain itu,
              murid kurang menguasai istilah yang sesuai untuk menulis fakta, huraian dan contoh bagi soalan
              yang diberikan. Berdasarkan permasalahan itu, kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan teknik
              mudah bagi mengingat fakta untuk menjawab soalan KBAT dengan menggunakan kaedah
              PEPSIA dalam pengajaran dan pembelajaran.
                                                         Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
              Berdasarkan refleksi di atas, murid tidak dapat menjawab soalan struktur atau esei berbentuk
              KBAT dengan baik kerana enggan mencuba untuk menjawab soalan latihan yang diberikan
              semasa sesi PdPR. Seterusnya, murid sukar memahami kehendak soalan yang diberikan. Murid
              juga kurang mengetahui teknik menulis jawapan menggunakan ayat lengkap di samping tidak
              menguasai cara penggunaan penanda wacana yang tepat.
                        Walau bagaimanapun, sekiranya murid dapat menguasai kaedah mengingat fakta KBAT
              dengan sempurna, peluang untuk mereka lulus adalah lebih tinggi. Oleh yang demikian,
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 107
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              mempelbagaikan instrumen untuk meningkatkan penguasaan teknik mengingat pastinya dapat
              memperbaiki persepsi negatif murid tentang mata pelajaran Sejarah.
                                                                    Objektif Kajian
              Kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan PEPSIA dalam
              peningkatan idea murid untuk menjawab soalan berbentuk KBAT dalam Pengajaran dan
              Pembelajaran (PdP) mereka di dalam kelas.
                                                                 Kumpulan Sasaran
              Kajian ini melibatkan sejumlah 5 daripada 34 orang murid dari kelas 5 Amethyst. Tumpuan kajian
              pengkaji adalah kepada murid yang mendapat gred sekurang-kurangnya D bagi mata pelajaran
              sejarah.
                                                                  Tinjauan Literatur
              Kajian-kajian lepas dalam penulisan Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018) menunjukkan tahap
              daya ingatan murid juga berada pada tahap tinggi menerusi penggunaan penggunaan kaedah
              mnemonik akronim. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini sesuai dipraktikkan dalam kalangan
              murid-murid sekolah rendah khususnya, kerana ia bukan sahaja mampu menarik minat belajar
              malahan dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid untuk menguasai sesuatu topik dengan
              lebih cepat.
                        Hal ini disokong oleh beberapa kajian yang lain. Teknik mnemonik merupakan satu teknik
              yang efektif dalam meningkatkan ingatan individu (Bih dan Nurul, 2019). Teknik mnemonik adalah
              satu alat bantu mental individu untuk membantu individu mengingati maklumat seperti nama,
              nombor, formula, perkataan baru dan tarikh sejarah (Parima et al.,2018). Menurut Bih dan Nurul
              (2019) , teknik mnemonik menjadikan proses mengingat menjadi lebih mudah untuk diingat. Jenis
              teknik mnemonik yang digunakan adalah pelbagai bergantung kepada cara seseorang
              mengingati sesuatu maklumat kerana setiap individu mempunyai cara mengingat yang berbeza
              (Bih & Nurul ,2019)
                                                                Pelaksanaan Kajian
              Reka bentuk Kajian
              Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kajian kualitatif deskriptif. Secara lebih khusus,
              kajian ini akan menggunakan teknik kajian iaitu analisis dokumen dan soal selidik .
              Lokasi dan Informan Kajian
              Sampel kajian melibatkan lima orang murid tingkatan 5 di sekolah menengah dalam negeri
              Selangor. Sampel yang dipilih bertujuan bagi pelaksanaan kajian ini adalah terdiri dari murid
              lemah dan sederhana dalam menjawab soalan sejarah berbentuk KBAT.
              Instrumen Kajian
              Instrumen kajian merupakan dokumen-dokumen hasil penulisan murid dalam menjawab soalan
              KBAT semasa dan selepas penggunaan PEPSIA dan dibandingkan dengan hasil jawapan
              mereka selepas menggunakan PEPSIA.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 108
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Kaedah Pengumpulan Data
              Dalam kajian ini pengkaji menggunakan data daripada analisis dokumen, iaitu hasil jawapan
              murid sepenuhnya. Dokumen ialah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat
              yang diperlukan telah sedia ada (KPM, 2008). Pra ujian diberikan kepada murid untuk mengesan
              sejauh mana kefahaman konsep untuk menjawab soalan KBAT . Item ujian merupakan pecahan
              soalan berbentuk KBAT mempunyai markah maksimum, 4 markah bagi setiap pecahan soalan.
              Dokumen lain yang di analisis ialah hasil jawapan murid sama ada semasa sesi soal jawab
              melalui kelas dalam talian dan sebagai kerja rumah . Selain itu, soal selidik secara lisan melalui
              medium dalam talian dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas murid.
Kaedah Menganalisis Data
Bagi menganalisis data kajian, hasil jawapan murid telah diperiksa oleh pemeriksa
berpengalaman selama 10 tahun sebagai pemeriksa SPM Sejarah(Kertas 2). Markah yang
diberikan oleh pemeriksa berkenaan akan dibandingkan dengan pencapaian sebelum murid
berkenaan menggunakan PEPSIA. Selain itu, data juga dianalisis dari aspek idea dan huraian
yang dihasilkan.
Praujian dan Soal Selidik
Didapati pengetahuan murid untuk menyenaraikan fakta / idea untuk menjawab soalan masih
lemah sebelum menggunakan kaedah PEPSIA. Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid bagi
satu soalan struktur berbentuk KBAT berjumlah 4 markah.
Jadual 1                                MARKAH MURID
Praujian pecahan soalan KBAT            (Soalan 4 markah)
           BIL MURID                               2
                                                   1
            1A                                     2
            2B                                     2
            3C
            4D                                     3
            5E
Murid ditemu bual semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tentang teknik menjawab soalan
KBAT. Jadual 2 menunjukkan maklum balas murid semasa di temu bual.
Jadual 2
Maklum balas murid semasa di temu bual
SOALAN                        GURU                         RESPONS MURID
          1  Sebelum ini kamu ada belajar teknik     “Tak ingat la cikgu. Rasa macam takde je”
             menjawab soalan kertas 2?”
          2  “Mesti guru sejarah sebelum ini ada     MURID A: “Ada, tapi tak siap.”
             beri latihan. Kamu ada siapkan latihan  MURID B: “Ada juga, latihan yang kami buat
             tersebut?”                              sama-sama, cikgu bagi jawapan”
          3 “Kamu tau tak, jika menjawab soalan “Tak tau la cikgu, tak pasti”
                       sejarah, kita boleh kaitkan aspek
                       politik, sosial, ekonomi untuk jawab
                       soalan”
                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 109
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Pelaksanaan Kajian
              Pelaksanaan PdP menggunakan PEPSIA bermula pada Ogos 2021. Hasil jawapan murid
              direkodkan oleh guru dan dianalisis untuk melihat peningkatan idea dan skor murid. Dapatan
              kajian mula dikutip oleh pengkaji pada Oktober 2021. Jadual 3 menunjukkan Pelaksanaan
              PEPSIA, manakala Jadual 4 menunjukkan Fasa Pelaksanaan Kajian.
Jadual 3                                          TINDAKAN
Pelaksanaan PEPSIA
   LANGKAH
              Murid diberi latihan setelah selesai PdPR untuk menilai kemampuan murid
1 dalam menjawab soalan KBAT.
1. Mengaplikasikan akronim PEPSIA bagi menjawab soalan struktur
    berbentuk KBAT pada PdPR yang seterusnya menggunakan kaedah
    PEPSIA. PEPSIA merupakan akronim yang telah diringkaskan bagi
    menggantikan perkataan asal ialah:
P - Perpaduan E - Ekonomi P - Politik S - Sosial I - Ilmu A - Aman
                                  CONTOH AYAT / IDEA dalam PEPSIA
                                                 PERPADUAN
1. Meningkatkan perpaduan kaum
2. Sedia bekerjasama
3. Menghormati pegangan agama lain
4. Membudayakan aktiviti bergotong-royong
5. Semangat berjiran
6. Mewujudkan perpaduan kaum
                                                  EKONOMI
                    Kemajuan ekonomi              Peluang baru dalam ekonomi
                    1. Memajukan / mengekalkan    1. Meluaskan pasaran
2 ekonomi
                                                  2. Meningkatkan kemajuan sains
                    2. Menambah bilangan pekerja            teknologi
                    mahir                         3. Melakukan penyelidikan
                    3. Membina pusat latihan dan  4. Mengemukakan idea baru/mereka
                    kemahiran                               cipta
                    4. Memajukan industri kecil   5. Menarik pelabur luar
                    5. Memajukan perdagangan      6. Mengantarabangsakan produk
                    antarabangsa                            negara
                    6. Memberi bantuan kewangan
                                                  POLITIK
   Pemimpin                              Kestabilan Politik                 Hubungan luar
1. Memilih pemimpin                   1. Tidak memainkan isu
                                                                    1. Bersahabat dengan
     yang layak                           sensitif
2. Menolak pemimpin                   2. Hormat hak asasi               semua
                                      3. Patuh undang-undang
     bersikap perkauman               4. Elak campur tangan         2. Elakkan peperangan
3. Mencontohi pemimpin                5. Menghormati amalan         3. Membantu negara lain
                                                                    4. Menentang
     yang berkaliber                      demokrasi
4. Tolak rasuah                                                         penggunaan senjata
                                                                        nuklear
                                                  KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 110
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                                    SOSIAL
                  Dari segi geografi/alam sekitar             Kesihatan
                  1. Menyokong pemuliharaan alam            1. Bersenam
                                                            2. Pemakanan seimbang
                        sekitar                             3. Mengamalkan gaya hidup sihat
                  2. Menyertai kempen alam sekitar          4. Menyokong kempen kesihatan
                  3. Menyokong teknologi hijau              5. Elak penyalahgunaan dadah
                  4. Mengelakkan pencemaran                 6. Menaik taraf hospital
                  5. Menyokong program kitar semula         7. Peka terhadap penyakit berjangkit
                  6. Mengelakkan pembakaran terbuka
                                 ILMU                               AMAN
                  1. Perbanyakan pusat pengajian tinggi     1. Menghargai keamanan
                  2. kajian dan penyelidikan (R&D)          2. Negara akan kekal aman
                  3. Memberi biasiswa                       3. Melahirkan keamanan sejagat
                  4. Pelbagaikan ilmu (ICT, sains           4. Mengekalkan keamanan negara
                       teknologi)
                  5. Meluaskan capaian internet
3 Murid diberi latihan untuk menilai keberkesanan PEPSIA dalam KBAT
                     dengan bimbingan guru (Bersama-sama dalam sesi perbincangan untuk
                     menjawab latihan yang diberi).
Jadual 4
Fasa Pelaksanaan Kajian
BIL AKTIVITI                               OGOS          SEPTEMBER  OKTOBER
1 Mengenal pasti masalah dan x                                      x
                                                                    x
          pengumpulan data awal
                                                                         x
2 Menulis proposal kajian                        X                            xx
3 Merancang tindakan                                X
4 Melaksanakan (Langkah 1)                          X
5 Membincangkan masalah                                  X
          yang timbul dalam Langkah 1
6 Melaksanakan (Langkah 2)                               x
7 Melaksanakan (Langkah 3)                                  X
10 Ujian untuk mengesan
          pencapaian murid
11 Refleksi kajian
12 Menulis laporan Kajian
13 Pembentangan dapatan
          kajian
Dapatan Kajian
Rajah 1 menunjukkan dapatan kajian berdasarkan skor murid semasa praujian dan pascaujian.
Skor diperoleh oleh murid dianalisis untuk melihat perbandingan sebelum dengan selepas
pelaksanaan PEPSIA. Skor sebelum intervensi merupakan markah jawapan murid yang dicapai
semasa praujian. Manakala skor selepas intervensi merupakan hasil jawapan mereka setelah
mengikuti PdP, dan bimbingan menulis jawapan dengan kaedah PEPSIA. Rajah 1 menunjukkan
kelima-lima murid telah menunjukkan peningkatan skor berbanding pencapaian mereka sebelum
menggunakan PEPSIA.
                                                    KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 111
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                         Rajah 1. Dapatan kajian skor murid semasa praujian dan pascaujian
              Refleksi Kajian
              Berdasarkan analisis data, dapatan kajian menunjukkan penerimaan murid terhadap kaedah
              PEPSIA adalah sangat positif dan menggalakkan. Dapatan daripada praujian dan pasca ujian
              menunjukkan peningkatan skor dan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan KBAT.
                                                         Cadangan Kajian Seterusnya
              Penggunaan bahan digital dan interaktif seperti poster dan kad digital dapat menarik minat murid
              dalam pembelajaran. Penggunaan PEPSIA membantu memberi kesan yang positif terhadap
              penguasaan mereka menjawab soalan KBAT. Ini adalah kerana PEPSIA memberi panduan untuk
              murid menjana idea bagi menjawab soalan KBAT. Sebagaimana yang diutarakan oleh Hassan,
              Sulaiman dan Abidin (2009), pembelajaran akan lebih diminati sekiranya murid-murid didedahkan
              dengan kaedah yang sesuai dan praktikal. Dapatan kajian ini menyamai kajian yang dibuat oleh
              Mohammad dan Dina (2016), teknik mnemonik membantu pelajar mengingat perbendaharaan
              kata yang banyak dengan mudah. Konsep PEPSIA ini diharap dapat memberi inisiatif kepada
              guru dan murid dalam meningkatkan pencapaian akademik murid khususnya mata pelajaran
              Sejarah.
                                                                  Sumber Rujukan
              Abd Manaf, C. J. B. (2021). Pembangunan Kaedah Mnemonik Dan Teknik 4q In 1c Dalam
                    Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Sub Topik Krebs Cycle. Journal on Technical and
                    Vocational Education, 6(2), 10-26.
              Ahmad, Norzira (2019) Keberkesanan kaedah SINGONIM dalam membantu pelajar mengingat
                    13 Rukun Solat / Norzira Ahmad. In: LEC 2019, 17 & 18 April 2019, Rainbow Paradise
                    Beach Resort, Pulau Pinang.
              Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018). Kaedah mnemonik akronim dalam mata pelajaran Reka
                    Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. Online Journal for
                    TVET Practitioners, 3(1).
              Khairuddin, N. S., & Mailok, R. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Mata
                    Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in Education, 7(1), 9-15.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 112
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Nahar, N., Safar, J., Hehsan, A., & Junaidi, J. (2018). The Proficiency in the Complete Jawi
                    Spelling System (CJSS) Among Islamic Studies Teachers in Malacca. INTERNATIONAL
                    JOURNAL OF ACADEMIC RESEARCH IN BUSINESS AND SOCIAL SCIENCES, 8(12).
              Simarani, W. (2014). Kesan penyepaduan kaedah mnemonik terhadap pencapaian dan
                    pengekalan ingatan dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga di Negeri Selangor,
                    Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).
              Yusmawani, M. Y. (2008). Mobile Malaysian History Notes Using Mind Map, Mental Story And
                    Minemonic: Kerajaan-Kerajaan Melayu Baru.
              Zaenah, S. (2020). Penerapan Strategi Mnemonic Akronim Dalam Meningkatkan Daya Ingat
                    Siswa Pada Mata Pelajaran Fiqh Materi Shalat Kelas Vii Di Mts Aisyiyah 1
                    Palembang (Doctoral dissertation, UIN Raden Fatah Palembang).
                                                                      LAMPIRAN
LATIHAN (PRAUJIAN)  LATIHAN (PASCA UJIAN)
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
                            KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 113
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                   MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK UNGKAPAN
                ALGEBRA DENGAN KAEDAH RUMAH ALGEBRA DALAM KALANGAN MURID
                                                              TINGKATAN 1
                                         Asamarani Hashim, Mohd Hasanul Fathi Abu Samah
                                                       SMK Puncak Alam, Kuala Selangor
                                                                         Abstrak
              Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak
              ungkapan algebra menggunakan Kaedah Rumah Algebra dalam kalangan murid tingkatan 1.
              Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 10 orang murid daripada tingkatan 1.
              Sampel yang dipilih bagi pelaksanaan kajian ini adalah terdiri daripada murid sederhana dan
              lemah. Tinjauan awal telah dilakukan melalui semakan latihan serta temu bual dengan beberapa
              orang murid berkenaan dengan pemahaman mereka mengenai topik ini. Tinjauan tersebut
              mendapati sebahagian besar murid tidak dapat menyelesaikan masalah algebra dengan baik dan
              kebingungan apabila berhadapan dengan topik ini. Dapatan kajian juga menunjukkan
              penggunaan Kaedah Rumah Algebra dapat memberikan impak yang positif dalam membantu
              mengurangkan kesilapan murid menjawab soalan. Implikasi kajian ini juga mampu
              meningkatkan tahap penguasaan murid dalam memudahkan masalah algebra berdasarkan
              perbandingan markah mereka dalam praujian dan ujian pos.
              Kata kunci: ungkapan algebra, Rumah Algebra, Implikasi kajian, impak positif
                                                                  Refleksi PdP Lalu
              Pengkaji mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor. Pengkaji
              mengajar murid daripada kelas 1 Dinamik dan 1 Ikhlas yang seramai 35 dan 40 orang masing-
              masing. Daripada pemerhatian pengkaji, setelah mengajar kelas ini selama lebih kurang 5
              bulan, didapati sebahagian besar murid di dalam kelas pengkaji menghadapi masalah
              menyelesaikan penambahan dan penolakan ungkapan algebra dengan baik sekali gus
              melahirkan rasa kurang seronok dan ceria apabila berhadapan dengan topik ini .
                      Melalui pengalaman pengkaji mengajar mata pelajaran Matematik selama beberapa
             tahun, pengkaji mendapati ramai murid amat lemah dalam menyelesaikan soalan Matematik
              terutama sekali apabila melibatkan algebra. Antara faktor yang menjadi punca terjadinya masalah
              ini adalah murid sukar memahami konsep Matematik dan tidak dapat mengaplikasikan konsep
              tersebut dalam soalan yang diberikan. Oleh itu, murid kurang motivasi untuk menjawab soalan
              Matematik yang menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran Matematik.
              Sebahagian soalan Matematik tidak memerlukan kalkulator untuk menjawab. Malahan jalan kerja
              perlu ditunjukkan untuk mendapat markah dalam ujian. Oleh itu, murid sukar untuk menjawab
              dengan baik jika tidak menguasai kaedah yang sesuai. Selain itu, mata pelajaran Matematik juga
              sering mendapat Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang rendah dalam setiap kali ujian dan
              peperiksaan. Berdasarkan masalah itu, pengkaji sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan
              berlarutan memandangkan topik ini adalah asas bagi menghadapi topik-topik yang berkaitan
              ketika di peringkat menengah atas.
                         Bagi membantu menyelesaikan masalah murid tersebut, pengkaji cuba mengatasinya
              dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar untuk topik tersebut. Pengkaji bercadang
              untuk memperkenalkan satu kaedah yang dinamakan Rumah Algebra sebagai bahan bantu
              mengajar untuk digunakan dalam topik ini. Kaedah ini merupakan rentetan daripada Kajian
              Tindakan 2020 yang dihasilkan oleh rakan pengkaji dengan memperkenalkan Kaedah Rumah
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 114
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Ajaib iaitu kaedah menambah dan menolak integer. Selepas pengkaji meneliti dan mencuba
              kaedah ini, pengkaji membuat keputusan untuk meneruskan kajian tentang penambahan dan
              penolakan ungkapan algebra menggunakan kaedah yang sama dengan sedikit pengubahsuaian.
              Pengkaji turut memperkenalkan kaedah ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain dan
              meminta mereka memberikan maklum balas.
                                          Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
Teori pembelajaran penemuan adalah teori kognitif yang diperkenalkan oleh Bruner. Teori ini
menekankan kepada proses memperkasakan kefahaman untuk memastikan keberkesanan
pembelajaran. Telah diketahui umum bahawa struktur asas atau gaya pembelajaran subjek
dibina di atas konsep pengajaran subjek tersebut. Oleh itu, pengajar disarankan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang menarik ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar konsep
subjek tersebut mudah difahami. Ini akan meningkatkan pemahaman konsep matematik dan
seterusnya, mengukuhkan keupayaan murid untuk menghafal dan menikmati proses
pembelajaran (Anon, 2008).
         Dengan memperkenalkan Kaedah Rumah Algebra, murid dapat menguasai kemahiran
menambah dan menolak algebra dengan lebih baik. Kaedah ini menggabungjalinkan kemahiran
bercerita dan mengira sebagai satu pendekatan ke arah meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.
Konsep pengiraan Rumah Algebra adalah pengasingan bilik positif dan bilik negatif diikuti dengan
langkah-langkah pengiraan sama ada ditolak atau ditambah mengikut kepada syarat- syarat
dalam Rumah Algebra. Pengkaji yakin murid boleh menjawab soalan algebra ini dengan cepat
dan tepat sekiranya mereka dapat menguasai kaedah ini. Seterusnya diharapkan akan dapat
membantu mereka mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik
          Praujian yang melibatkan penambahan dan penolakan ungkapan algebra telah
dijalankan dan Jadual 1 menunjukkan keputusan praujian tersebut.
Jadual 1            MARKAH
Keputusan Praujian
                        20
       BIL PESERTA       0
                        50
        1 Murid 1       30
        2 Murid 2       20
        3 Murid 3       70
        4 Murid 4      100
        5 Murid 5        0
        6 Murid 6       20
        7 Murid 7       50
        8 Murid 8
        9 Murid 9
       10 Murid 10
         Jadual 1 menunjukkan sebahagian besar murid sangat lemah dalam menjawab dan
memahami soalan yang diberi. Tindakan perlulah diambil segera untuk mengatasi masalah ini
daripada berlanjutan.
                            KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 115
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                           Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid tingkatan 1 dalam kemahiran menambah
dan menolak ungkapan algebra menggunakan Kaedah Rumah Algebra dan seterusnya
meningkatkan minat murid dalam topik ungkapan algebra . Selain itu, untuk meninjau pendapat
guru tentang sejauh mana keberkesanan mengaplikasikan Rumah Algebra dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) mereka.
                                                  Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid daripada kelas 1 Dinamik dan 1 Ikhlas SMK Puncak Alam.
                                                   Tinjauan Literatur
Menurut hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Saripah Latipah (2000), kefahaman amat
penting dalam pengajaran matematik yang berkesan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu,
dalam pengajaran guru-guru harus mengutamakan kefahaman konsep di kalangan murid dan
mereka seharusnya mengetahui dan memahami sesuatu langkah harus diambil bila
menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik. Selain itu, kajian ini selaras dengan apa yang
diperkatakan oleh Biegge (1971), kewujudan aspek kefahaman yang kedua ialah kebolehan
untuk mengaplikasikan segala-gala yang telah dipelajari.
         Dapatan oleh Saripah Latipah (2000), iaitu kesilapan terhadap konsep algebra
disebabkan oleh sikap negatif pelajar terhadap matematik. Dapatan beliau juga menunjukkan
92% guru yang disoal selidik bersetuju bahawa murid yang tidak berminat dengan matematik
amat susah untuk memahami tajuk algebra. Walau bagaimanapun kajian ini tidak dapat
dibandingkan dengan kajian-kajian lain disebabkan kurangnya kajian tahap kefahaman murid
dalam tajuk ungkapan algebra yang dilakukan merentas minat dalam matematik.
                                                  Pelaksanaan Kajian
                                                           Rajah1. Fasa Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan kajian Rumah Algebra bermula pada Jun 2021. Pelaksanaan pembelajaran
dijalankan dalam talian sepenuhnya menggunakan aplikasi Google Meet dan Google Form.
Dapatan kajian mula dikutip oleh pengkaji pada September 2021. Rajah 1 menunjukkan fasa
pelaksanaan kajian.
                                                                      KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 116
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Tinjauan Masalah
              Semasa melakukan tinjauan awal masalah, proses pengumpulan maklumat dan data dijalankan
              melalui tiga cara iaitu pemerhatian, soal selidik dan praujian.
              Analisis Tinjauan Masalah
              Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
              terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
              tersebut.
              Analisis Pemerhatian
              Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
              berlangsung. Semakan hasil kerja murid dan sedikit temu bual dibuat bagi mendapatkan
              gambaran tahap penguasaan murid. Dapatan tersebut kemudiannya digunakan sebagai panduan
              kepada reka bentuk kaedah pengajaran baharu yang akan digunakan. Berdasarkan pemerhatian
              sebelum kajian dijalankan melalui semakan hasil kerja menunjukkan sebahagian kesalahan yang
              dilakukan oleh peserta kajian dalam semakan latihan yang ditemui. Semakan hasil kerja murid
              ini dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid.
                                                               Rajah 2. Semakan hasil kerja murid
              Analisis Soal selidik
              Borang soal selidik turut diedarkan untuk menilai sikap dan persepsi peserta kajian terhadap topik
              yang sedang dibincangkan
              Analisis Praujian
              Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
              ingatan mereka mengenai subtopik penambahan dan penolakan ungkapan algebra yang telah
              dipelajari lebih kurang tiga bulan yang lepas. Pengetahuan murid diuji untuk mengetahui masalah
              konsep yang dihadapi.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 117
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                                               Rajah 3. Gred dan peratus praujian
                        Rajah 3 menunjukkan bilangan murid yang lulus sebanyak 40% dan bilangan yang gagal
              60%. Hanya seorang murid yang mendapat gred A. Murid yang mendapat gred B juga hanya
              seorang. Seterusnya, murid yang mendapat gred C seramai dua orang manakala yang
              selebihnya iaitu seramai enam orang mendapat gred E iaitu markah antara 0 hingga 39.
              Tindakan yang dijalankan
              Berdasarkan analisis praujian, pemerhatian dan soal selidik, satu tindakan akan dijalankan
              dengan memperkenalkan satu Kaedah Rumah Algebra. Dengan kaedah ini, murid dapat
              menguasai kemahiran menambah dan menolak algebra dengan lebih baik sekaligus ianya dapat
              meningkatkan keseronokan murid belajar Matematik. Konsep pengiraan Rumah Algebra adalah
              pengasingan perumah Rumah Positif dan Rumah Negatif. Berikut tiga contoh cara- cara dan
              syarat-syarat Rumah Algebra ini dilaksanakan.
                                             Langkah 1
                                             Guru meminta murid membina Rumah K yang mempunyai 2 tingkat dan
                                             2 bilik.
                                             Bilik 1 ditandai ‘+’ Positif
                                             Bilik 2 ditandai ‘-‘ Negatif
              *Pembolehubah dalam soalan ini adalah k, maka rumah ini dinamakan Rumah K.
                                                Langkah 2
                                               Murid diminta memasukkan nombor ke dalam Bilik Positif dan Bilik
                                               Negatif mengikut soalan 1.
                                               Langkah 3
                                               Oleh kerana kedudukan nombor itu dalam bilik yang berlainan. Maka
                                               nombor itu perlulah ditolak. Tolakkan nombor yang lebih besar kepada
                                               nombor yang lebih kecil dan hasilnya diletakkan di bawah nombor yang
                                               lebih besar. Sebagai jawapan akhir, letakkan nombor bilik pada pangkal
                                               hasil tolak tadi dan nama rumah dibelakangnya.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 118
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                           *nombor bilik ialah ‘-‘
                                           *nama rumah ialah ‘k‘
                                            Maka, −7   + 4   = −3k
Langkah 1
           Soalan ini melibatkan tanda kurungan. Berbeza dengan soalan 1,
           Soalan ini memerlukan murid mengaplikasikan pengetahuan
           sedia ada dalam pendaraban simbol integer. Murid perlu
           selesaikan tanda kurungan terlebih dahulu sebelum
           menggunakan kaedah Rumah Algebra.
           Soalan ini melibatkan simbol yang tidak sama iaitu +(−) hasilnya,
           simbol ‘−′
                                         Langkah 2
                                         Guru meminta murid bina Rumah M yang mempunyai 2 tingkat
                                         dan 2 bilik.
                                         Bilik 1 ditandai ‘+’ Positif
                                         Bilik 2 ditandai ‘-‘ Negatif
*Pembolehubah dalam soalan ini adalah m, maka rumah ini dinamakan Rumah M.
                                         Langkah 3
                                        Murid diminta memasukkan nombor ke dalam Bilik Positif dan Bilik
                                        Negatif mengikut kepada soalan.
                                        Tambahkan 1 tingkat di bawah sebagai ruang jawapan
*Sekiranya nombor-nombor duduk bilik berlainan tidak perlu tambah 1 tingkat
                                    Langkah 4
                                    Oleh kerana kedudukan nombor itu dalam bilik yang sama, iaitu bilik
                                    negatif maka jumlahkan nombor tersebut. Hasilnya diletakkan di
                                    tingkat bawah. Sebagai jawapan akhir, letakkan nombor bilik pada
                                    pangkal hasil tambah tadi dan nama rumah dibelakangnya .
                                                                      KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 119
PAGE \*  WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                            *nombor bilik ialah ‘ – ‘
                                            *nama rumah ialah ‘m ‘
                                     Maka, −10   − 14   = −24  
                                                                           Langkah 1
                                                                           Murid membina 2 rumah iaitu Rumah R dan
                                                                           Rumah S.
                                                                           Rumah- rumah tersebut mempunyai 2 tingkat
                                                                           dan 2 bilik.
                                                                           Bilik 1 ditandai ‘+’ Positif
                                                                           Bilik 2 ditandai ‘-‘ Negatif
           *Pembolehubah dalam soalan ini adalah r dan s, maka rumah ini dinamakan Rumah R dan
           Rumah S
                                                                           Langkah 2
                                                                           Murid memasukkan nombor ke dalam Bilik
                                                                           positif dan Bilik Negatif mengikut rumah masing-
                                                                           masing.
                                                                           Tambahkan 1 tingkat di bawah untuk Rumah S
                                                                           sebagai ruang jawapan
           Langkah 3
           RUMAH R:
           Apabila nombor berada dalam bilik berlainan. Maka nombor itu perlulah ditolak. Tolakkan nombor
           yang lebih besar kepada nombor yang lebih kecil dan hasilnya diletakkan di bawah nombor yang
           lebih besar. Sebagai jawapan akhir, letakkan nombor bilik pada pangkal hasil tolak tadi dan nama
           rumah dibelakangnya
                                                                                 KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 120
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              *nombor bilik ialah ‘ – ‘
              *nama rumah ialah ‘ r ‘
            = −2  
              RUMAH S:
              Apabila nombor berada dalam bilik yang sama. Jumlahkan nombor tersebut dan hasilnya
              diletakkan di tingkat bawah. Letakkan nombor bilik pada pangkal hasil tambah tadi dan nama
              rumah dibelakangnya
              *nombor bilik ialah ‘ – ‘
              *nama rumah ialah ‘ s ‘
           = −18  
              Akhir sekali, gabungkan kedua- dua jawapan.
           Maka , jawapan akhir = −2   − 18  
Impak Kajian
Jadual 2
Refleksi Murid Sebelum Rumah Algebra diperkenalkan
                 Tandakan (/) pada ruangan yang berkaitan
Bil Faktor                                                  Ya  Tidak
                                                                   /
1 Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati          /      /
2 Saya seronok belajar topik Ungkapan Algebra dalam                /
      Matematik
3 Saya suka latihan berbentuk Ungkapan Algebra
dalam Matematik
4 Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan          /
Ungkapan Algebra dengan tepat
5 Saya telah memahami konsep penambahan dan
penolakan Ungkapan Algebra dan hubung kait dalam
aktiviti harian
Jadual 3
Refleksi Murid Selepas Rumah Algebra diperkenalkan
                 Tandakan (/ ) pada ruangan yang berkaitan
Bil Faktor                                                  Ya  Tidak
1 Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati          /
2 Saya seronok belajar topik Ungkapan Algebra dalam         /
      Matematik
3 Saya suka latihan berbentuk Ungkapan Algebra              /
      dalam Matematik
4 Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan          /
      Ungkapan Algebra dengan tepat
5 Saya telah memahami konsep penambahan dan                 /
penolakan Ungkapan Algebra dan hubung kait dalam
aktiviti harian
                                                    KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 121
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Maklum balas soal selidik murid dalam Jadual 2 menunjukkan sikap dan persepsi yang negatif
              terhadap topik ungkapan algebra pada awalnya meskipun meminati subjek Matematik. Murid ini
              tidak memahami hubung kait konsep Ungkapan Algebra dalam kehidupan harian dan tidak
              seronok dalam mempelajarinya. Dalam erti kata lain, murid tidak akan tergerak untuk belajar
              sekiranya tidak sedar akan motif sesuatu pembelajaran tersebut (Kamarudin Hj. Husin, 2010).
              Tetapi telah menukar persepsi tersebut setelah mempelajari kaedah Rumah Algebra.
              Peningkatan Skor
              Skor yang diperoleh oleh murid dianalisis untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas
              menggunakan kaedah Rumah Algebra. Melalui praujian dan ujian pos yang telah dilaksanakan,
              didapati ada peningkatan di dalam ujian pos yang dijalankan. Ini menunjukkan Rumah Algebra
              telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan
              penambahan dan penolakan ungkapan algebra tanpa menggunakan kalkulator. Hasil
             perbandingan ditunjukkan dalam Rajah 5.
                                         Rajah 5. Perbandingan Pencapaian Murid Praujian dan Pasca ujian
                        Rajah 5 menunjukkan peningkatan skor bagi lapan orang murid berbanding pencapaian
              mereka sebelum menggunakan Rumah Algebra. Dapatan kajian bagi Murid ke-7 menunjukkan
              murid tersebut memang mempunyai asas yang kukuh sebelum dan selepas Rumah Algebra
              diperkenalkan. Paling ketara ialah murid kelapan yang terus melonjak daripada markah sifar terus
              mencapai gred A.
              Refleksi Guru
              Sebanyak tujuh orang guru matematik tingkatan 1 telah memberikan refleksi selepas mencuba
              kaedah Rumah Algebra kepada murid mereka. Semua guru terlibat bersetuju kaedah Rumah
              Algebra sangat membantu murid yang sederhana dan lemah. Mereka menyatakan bahawa
              murid mereka menunjukkan peningkatan dalam pemahaman menambah dan menolak ungkapan
              algebra. Rajah 6 menunjukkan refleksi dalam kalangan guru matematik tingkatan 1.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 122
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
SOALAN                                                SETUJU KURANG TIDAK
                                                                      SETUJU SETUJU
1. Masalah utama murid-murid Tingkatan 1 tidak        /
   memahami konsep Algebra.
2. Murid tidak faham dan keliru ketika menambah dan   /
    menolak Ungkapan Algebra.
3. Murid suka mata pelajaran Matematik tetapi tidak   /
    bermotivasi apabila melibatkan Ungkapan Algebra.
4. Guru telah bersedia untuk memperkenalkan Kaedah    /
    Rumah Algebra.
5. Murid menjawab soalan penambahan dan penolakan     /
    Ungkapan Algebra lebih cepat dan tepat
    menggunakan Kaedah Rumah Algebra.
6. Murid sudah mula berkeyakinan menjawab soalan      /
    penambahan dan penolakan Ungkapan Algebra.
7. Guru berpuas hati dan berkeyakinan mengajar        /
    menggunakan Kaedah Rumah Algebra.
Rajah 6 . Refleksi dalam kalangan guru matematik tingkatan 1
                                           Cadangan Kajian Seterusnya
Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan. Oleh itu, dapatan kajian bagi murid tingkatan 1 di
kelas terpilih sekolah ini sahaja. Setelah diteliti, adalah dicadangkan agar kaedah Rumah Algebra
perlu didedahkan kepada guru-guru Matematik sekolah lain supaya boleh mencuba kaedah ini
kepada kumpulan murid mereka sebagai latihan tambahan untuk murid bagi pemantapan dan
pengayaan.
         Cadangan seterusnya adalah penggunaan kaedah ini diperluaskan kepada topik
pendaraban ungkapan algebra dengan penyediaan modul Rumah Algebra yang lebih
komprehensif, mudah, ringkas dan efisien. Semoga hasil kajian kami ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
                                                    Sumber Rujukan
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon and Abdul Rahim Hamdan. (2007).
       Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
       Sdn. Bhd.
Buku Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
       Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publications &
       Distributors Sdn. Bhd.
Lee Yoke Chang (2010). Latihan Topikal Skor Gemilang. Kuala Lumpur: Gemilang Publishing
       Sdn. Bhd.
                                                KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 123
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Marlina binti Ali, Nurulhuda Binti Abu Bakar. (2008). Tahap kefahaman Pelajar Tingkatan Empat
                      dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Universiti Teknologi Malaysia.
              Mok Soon Sang. (1997). Siri Pendidikan Guru, Matematik KBSM dan Strategi Pengajaran.
                      Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur
              Saripah Latipah Syed Jaapar (2000). Satu Tinjauan Tentang Kefahaman Konsep Ungkapan
                      Algebra Pelajar Tingkatan Dua dan Pola Kesilapan yang Dilakukan. Universiti Teknologi
                      Malaysia. Sarjana Muda
              Shafie Yusuf & Marline Yusof. (2000). Asas Pemulihan dan Penguasaan Matematik. Kuala
                      Lumpur: SMF Management Consultant Sdn. Bhd
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 124
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                 PENINGKATAN KEMAHIRAN 4M DENGAN MENGGUNAKAN GENIUS SMART
                           TOOLS DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH SK KUANG
                                                                Noraisah binti Sagap
                                                                 SK Kuang, Gombak
                                                                         Abstrak
                Kekurangan bahan bantu mengajar di kelas prasekolah menyebabkan kehendak dan fitrah murid
                prasekolah yang suka bermain tidak dapat dipenuhi, Kos alat permainan di pasaran memakan belanja
                yang tinggi malahan sukar untuk mendapatkan alat permainan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
                murid yang pelbagai serta dapat digunakan secara menyeluruh dan berterusan dalam semua tunjang
                KSPK. Kajian Tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar yang
                berunsurkan permainan dan kekurangan aktiviti hands on yang boleh dijalankan di kelas prasekolah.
                Seramai 25 orang murid dan 2 orang guru Prasekolah SK Kuang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
                menunjukkan murid mudah berasa bosan sekiranya pembelajaran yang disampaikan oleh guru hanya
                menggunakan kad gambar dan papan putih semata-mata. Murid juga mudah hilang tumpuan semasa
                belajar dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Hasil tinjauan menunjukkan
                murid menguasai kemahiran 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul dengan lebih cepat,
                berkesan dan seronok dengan menggunakan bahan yang terdapat unsur bermain sambil belajar.
                Perancangan tindakan yang berfokus kepada cara-cara teknik bermain sambil belajar dapat meningkatkan
                keupayaan murid menguasai standard pembelajaran KSPK dengan lebih cepat, bebas dan
                menyeronokkan.
                Kata kunci: kemahiran 4M, bermain sambil belajar, refleksi, bahan bantu mengajar
                                                           Refleksi PdP Lalu
              SK Kuang merupakan sebuah sekolah bandar yang terletak di Daerah Gombak, Selangor. Tahap
              penguasaan kemahiran 4M di prasekolah sekolah ini adalah pada tahap sederhana. Oleh yang
              demikian, guru perlu lebih kreatif dalam membangunkan bahan yang bersesuaian dengan potensi
              dan minat murid.
                        Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid prasekolah dalam kemahiran 4M,
              pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan
              pembelajaran guru dalam bilik darjah. Kajian yang dijalankan oleh Miller dan Almon (2009)
              menjelaskan bahawa kebanyakan guru prasekolah masih mengabaikan pelaksanaan pedagogi
              berasaskan permainan kerana tekanan pihak sekolah yang perlu memenuhi pencapaian
              cemerlang dari aspek akademik dan standard pembelajaran meskipun kanak-kanak mengalami
              masalah dalam literasi dan numerasi. Sehubungan itu, kanak-kanak pada hari ini dihalang
              bermain pada peringkat umur yang terlalu awal bagi mengelak kegagalan dalam akademik
             (Whitebread & Bingham, 2013).
                        Guru juga sering mengalami kesukaran kerana ketiadaan masa serta kekurangan sumber
              eviden untuk menjalankan pentaksiran secara berterusan bagi semua tunjang pembelajaran di
              kelas prasekolah.
                                                 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
              Melalui pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji pada setiap hari terhadap murid-murid
              prasekolah, pengkaji mendapati murid-murid dalam lingkungan umur enam tahun memang
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 125
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              gemar bermain. Namun begitu, kekurangan alat dan bahan permainan yang menyeronokkan
              serta mencabar minda menyebabkan murid-murid mudah berasa bosan. Melalui pengalaman
              pengkaji selama 13 tahun mengajar di kelas prasekolah, pengkaji menyedari bahawa belajar
              melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
              kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka
              dalam sesuatu pengajaran yang hendak guru sampaikan. Dengan bermain juga, kanak-kanak
              akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal serta penguasaan bahasa dari segi
              perbendaharaan dan peraturan tatabahasa (Aliza, A.& Zamri, M. (2016). Permainan juga dapat
              memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta
              memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.
                        Selain itu, dalam sesi pengajaran, pengkaji lebih berpusatkan guru sedangkan
              pendekatan yang harus digunakan adalah berpusatkan murid. Keadaan ini menyebabkan murid
              cepat bosan, kurang aktif dan kurang memberi tumpuan kepada sesi pengajaran guru sehingga
              menyebabkan murid kurang berminat untuk hadir ke sekolah atau mengikuti sesi PdPR.
              Kurangnya aktiviti pengayaan dan pemulihan di kelas prasekolah juga menyukarkan pengkaji
              untuk membimbing murid yang telah menguasai dan murid yang belum menguasai kemahiran
              dan konstruk dalam pentaksiran. Pengkaji juga sering mengalami kesukaran kerana kekurangan
              masa dan sumber eviden untuk menjalankan pentaksiran secara berterusan bagi semua tunjang
              pembelajaran di kelas prasekolah. Pemerhatian hasil kerja murid dalam bilik darjah dapat
              ditunjukkan dalam Rajah 1.
                                                      Murid tidak menguasai kemahiran menulis kerana kaedah
                                                      memegang alat tulis yang tidak betul. Kemahiran motor halus
                                                  murid tidak berfungsi dengan baik.
                                                      Kekurangan aktiviti pengayaan dan pemulihan di kelas prasekolah
                                                      menyebabkan murid kurang menguasai konsep nombor.
                                                      Murid mempunyai kosa kata yang sangat terhad menyebabkan
                                                      mereka menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dalam
                                                      Tunjang Bahasa Inggeris.
                                                Rajah 1. Pemerhatian hasil kerja murid dalam bilik darjah
                        Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, pengkaji akan menghadapi kesukaran untuk
              mengajar kemahiran yang lebih tinggi dan murid akan menghadapi kesukaran untuk
              melaksanakan Speed Target seperti Jadual 1 yang telah pengkaji rancang dan ketinggalan
              apabila ke tahun 1 kelak.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 126
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
Jadual 1
Speed Target Prasekolah (Berdasarkan IPPK)
PENILAIAN  PENILAIAN                       BM               BI              MATHS
  NEGERI    DAERAH
    IPPK                                       HIGH FREQUENCY   KONSEP NOMBOR
                                               WORDS            MINGGU PdPc 1
JUN        MAC        KENAL HURUF              MINGGU PdPc 2    HINGGA 12
                      MINGGU PdPc 2            HINGGA 12
                      HINGGA 12                                 ON: MINGGU 13-15 (+)
                                               READ WORD AND    MINGGU 16-18 ( -)
           APRIL      SUKU KATA                PHRASES          NW: MINGGU 19
                      TERBUKA                  MINGGU PdPc 13   MW: MINGGU 20
                      MINGGU PdPc 12           HINGGA 20
                      HINGGA 16
           MEI        MEMBACA                  ABLE TO READ     ON: MINGGU 21-23 (+)
           JULAI      PERKATAAN DAN            SIMPLE           MINGGU 24-26 ( -) NW:
           SEPTEMBER  FRASA                    SENTENCES WITH   MINGGU 27-29 MW:
                      MINGGU PdPc 17           UNDERSTANDING    MINGGU 30-32
                      HINGGA 22                MINGGU PdPc 21
                                               HINGGA 32        INTERVENSI
                                                                MINGGU PdPc 33
OKT                   MEMBACA AYAT                              HINGGA 43
                      MUDAH DENGAN
                      LANCAR
                      MINGGU PdPc 23
                      HINGGA 32
                      INTERVENSI               INTERVENSI
                      MINGGU PdPc 33           MINGGU PdPc 33
                      HINGGA 43                HINGGA 43
                                           Kerangka Konseptual Kajian
Berdasarkan kepada isu yang dihadapi, pengkaji melaksanakan kajian tindakan berdasarkan
model yang telah diadaptasi oleh Altrichher, Posh and Somekh (2007). Rajah 2 menunjukkan
kitaran Kajian Tindakan iaitu yang melibatkan proses memerhati, mentafsir, merancang dan
tindakan.
     Rajah 2: Model Kajian Tindakan (adaptasi Altrichher, Posh and Somekh (2007)
                                                           KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 127
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                                                   Tujuan
              Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran 4M dengan menggunakan kaedah bermain sambil
              belajar dalam kalangan murid prasekolah.
                                                             Objektif Kajian
              Objektif kajian ini adalah:
              1. Pendekatan belajar melalui bermain yang dapat dikendalikan dengan mudah, menarik minat
                  serta menyeronokkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
              2. Menyediakan peluang pembelajaran yang aktif dan berpusatkan murid agar proses
                  pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat melibatkan murid secara optimum.
              3. Menjalankan pentaksiran secara berterusan dengan memudahkan guru untuk menilai
                  penguasaan murid dalam semua tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard
                  Prasekolah Kebangsaan.
              4. Meningkatkan kreativiti guru untuk menyediakan aktiviti pengayaan dan pemulihan.
                                                           Tinjauan Literatur
              Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam kelas prasekolah, pengkaji telah merujuk
              kepada kepentingan kaedah belajar sambil bermain dalam pendidikan prasekolah dan
              implementasi bahan dan kaedah belajar sambil bermain dalam usaha mencapai kemahiran 4M
              murid prasekolah.
                                                          Pelaksanaan Kajian
              Pendekatan bermain sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang
              membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan
              perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti
              yang dipaksa malah merupakan keinginan semula jadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Main sebagai
              penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,
              perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
              koordinasi dan ketangkasan seorang murid, Caplan & Caplan (1973). Menurut Mak Soon Sang
              (2006), main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid melakukan
              sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Menurut Pusat Perkembangan
              Kurikulum (2017), belajar melalui bermain ialah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
              bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
              menggembirakan dan bermakna.
                        Pembelajaran melalui bermain ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
              berkesan kepada kanak-kanak. Ini adalah disebabkan pembelajaran yang menggunakan
              pendekatan bermain sambil belajar akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
              mereka. Dengan bermain, kanak-kanak akan dapat menguasai pelbagai perkembangan,
              antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa dan sosial. Selain itu, proses
              menyampaikan pengajaran oleh guru dilihat lebih berkesan kerana guru dapat menarik minat
              dan merangsang minda murid dalam memberi respon semasa aktiviti PdPc dilaksanakan. Ini
              juga bertepatan dengan hasrat KPM dalam membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam
              pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 128
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Mencapai Kemahiran 4M Murid Prasekolah
              Set permainan Genius Smart Tools adalah menjurus kepada aplikasi pendekatan Belajar Melalui
              Bermain. Ini secara langsung murid dapat belajar dan bermain dalam menguasai kemahiran
              mengenal huruf, suku kata, perkataan, dan ayat mudah dalam Tunjang Komunikasi. Dalam
              pengajaran teras asas Awal Matematik pula, Genius Smart Tools melibatkan kemahiran
              mengenal nombor, operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Manakala dalam pengajaran
              modul bertema, Genius Smart Tools boleh digunakan untuk setiap tema yang ingin diajar dengan
              hanya menukarkan kad.
                        Genius Smart Tools direka untuk memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti
              secara hands on. Murid-murid boleh melihat huruf, nombor dan pelbagai warna yang terdapat
              pada Genius Smart Tools. Murid juga dapat menyentuh dan memegang kotak semasa membuat
              aktiviti. Selain itu, murid dapat melihat lampu menyala jika jawapan yang diberikan betul. Ini jelas
              menunjukkan penggunaan multisensori murid dapat digunakan secara optimum semasa murid
              menggunakan set permainan ini. Genius Smart Tools menyediakan peluang kepada murid-murid
              yang telah menguasai setiap kemahiran yang ditetapkan untuk menjalankan aktiviti yang lebih
              mencabar dan menarik minat mereka secara bebas dan terkawal setelah mereka menyelesaikan
              tugasan utama yang diberikan oleh guru.
                                              Metodologi Kajian
Kajian ini adalah kajian tindakan dengan mengikuti langkah yang sistematik iaitu memerhati,
mentafsir, merancang dan tindakan. Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut:
a) mengenal pasti isu
b) membuat pemerhatian
c) refleksi berdasarkan pemerhatian
d) membuat perancangan
   i. Intervensi: Menggunakan Bahan Genius Smart Tools
   ii. Indikator/petunjuk intervensi:
       - Penilaian prestasi melalui hasil kerja murid
       - Masa yang diambil untuk mengenal huruf dan nombor lebih cepat
e) Melaksanakan tindakan:
       - Dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut norma baharu (penjarakan sosial)
         mengikut tunjang KSPK Semakan (2017)
       - Kumpulan sasaran terdiri daripada 25 orang murid Prasekolah Nilam.
                                 Dapatan Kajian
Berdasarkan isu yang diperhatikan, pengkaji telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan
refleksi seperti Jadual 2.
Jadual 2                                                                 REFLEKSI
Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri
                      INKUIRI KENDIRI
● Mengapa murid tidak membaca dengan baik? ● Murid tidak mencantum bunyi suku kata
● Apa latar belakang murid ini?                           dengan betul.
● Apakah tahap kebolehan asas murid ● Dari keluarga sederhana dan mengalami
                                                          KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 129
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR                          REFLEKSI
MERGEFOR
                                    INKUIRI KENDIRI
prasekolah?                                          perceraian.
● Bagaimana perkara ini boleh berlaku?               ● Pernah bersekolah ketika 5 tahun tetapi
● Adakah yang telah saya buat dalam kelas secara PdPR
sesuai dengan tahap umur murid prasekolah? ● Kurang bahan berasaskan murid dan bahan.
● Apa yang saya perlu buat supaya murid lebih ● Aktiviti di dalam kelas mengikut tahap
faham?                                               penguasaan murid.
● Siapa boleh bantu saya? Bagaimana mereka ● Merancang aktiviti yang berbeza mengikut
boleh bantu?                                         aras pencapaian murid.
● Perlukah saya mencari bahan bacaan / rujuk ● Maklum balas ibu bapa banyak membantu
kaedah untuk mengatasi masalah ini?                  pengkaji terutama ketika PdPR.
● Perlukah mendapatkan ilmu tambahan bagi ● Bahan bacaan bergred diperlukan .
mengatasi masalah ini? Di mana? Aspek ● Semasa PdPR pendekatan dan kaedah yang
apa?                                                 digunakan perlu kepada ilmu dan
● Bagaimana saya menentukan bahawa pengetahuan tambahan yang lain.
kaedah yang saya akan gunakan itu ● Murid tidak mengenal nombor dan tidak
berkesan?                                            boleh membilang dengan betul.
● Mengapa murid prasekolah mempunyai
masalah mengenal nombor 1-10
● Apa latar belakang pembelajaran matematik ● Pernah bersekolah ketika 5 tahun tetapi
murid ini?                                           secara PdPR.
● Bagaimana perkara ini boleh berlaku?               ● Kurang bahan berasaskan murid dan bahan
● Adakah murid ini bermasalah atau saya yang ● Aktiviti di dalam kelas mengikut tahap
bermasalah?                                          penguasaan murid.
● Mengapa kaedah yang di gunakan oleh saya ● Merancang aktiviti yang berbeza mengikut
dalam kelas tidak berjaya membuat mereka kumpulan murid.
faham?                                               ● Maklum balas ibu bapa banyak membantu
● Mengapa saya tidak berjaya sebagai seorang pengkaji terutama ketika PdPR.
guru prasekolah bagi topik ini?                      ● Bahan bacaan bergred diperlukan.
● Apa yang saya perlu buat supaya murid lebih ● Semasa PdPR pendekatan dan kaedah yang
faham?                                               digunakan perlu kepada ilmu dan
● Siapa boleh bantu saya? Bagaimana mereka pengetahuan tambahan yang lain
boleh bantu?
● Perlukah saya mencari bahan bacaan/ rujuk
kaedah untuk mengatasi masalah ini?
● Perlukah mendapatkan ilmu tambahan bagi
mengatasi masalah ini? Di mana? Aspek
apa?
● Bagaimana saya menentukan bahawa
kaedah yang saya akan gunakan itu
berkesan?
● Mengapa murid menjadi bosan dan hilang ● Kekurangan bahan bantu mengajar di kelas
minat terhadap PdP?                                  prasekolah menyebabkan kehendak dan
● Apa yang saya telah buat di dalam kelas? fitrah murid prasekolah yang suka bermain
Mengapa PdP kelas saya membosankan? tidak dapat dipenuhi.
Mengapa saya sebagai guru membosankan? ● Sukar untuk mendapatkan alat permainan
● Apa yang perlu saya lakukan supaya PdP yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
menjadi lebih menarik dan tidak bosan? Apa murid yang pelbagai.
aktiviti yang boleh saya lakukan supaya murid ● Pengajaran berpusatkan guru sedangkan
tidak bosan?                                         pendekatan yang harus digunakan adalah
● Siapa bantu saya? Bagaimana mereka boleh berpusatkan murid.
                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 130
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR               REFLEKSI
MERGEFOR
                                    INKUIRI KENDIRI
   membantu?
● Perlukah saya mencari bahan bacaan/ rujuk
   kaedah untuk mengatasi masalah ini?
● Perlukah mendapatkan ilmu tambahan bagi
   mengatasi masalah ini? Di mana? Aspek
   apa?
● Bagaimana saya menentukan bahawa
   kaedah yang saya akan gunakan itu
   berkesan?
● Mengapa tiada bahan maujud (BBM) bagi ● Guru kekurangan aktiviti yang dapat
meningkatkan penguasaan murid?
                                                     meningkatkan kemahiran menaakul dan
● Adakah BBM amat perlu bagi PdP topik ini? melibatkan              penyelesaian  masalah
Adakah objektif pembelajaran bagi topik ini menyebabkan murid kurang memberi
tidak akan tercapai jika tiada BBM?                  tumpuan dan fokus.
● Jika perlu BBM, apakah elemen dalam BBM ● Kekurangan aktiviti pengayaan dan
yang perlu pengkaji reka?
                                                     pemulihan di kelas prasekolah juga
● Bagaimana saya boleh menjelmakan konsep menyukarkan guru untuk membimbing murid
asas nombor dalam bentuk BBM? Adakah yang telah menguasai dan murid yang masih
saya perlu buat model / video / permainan / belum menguasai kemahiran dan konstruk
simulasi dan lain-lain?                              dalam pentaksiran.
● Jika perlu BBM di mana dan bagaimana saya ● Murid kurang menunjukkan keyakinan diri
boleh cari bahan?
                                                     dan minat semasa sesi pengajaran guru
● Siapa bantu saya? Bagaimana mereka boleh apatah lagi sekiranya guru kurang mahir
membantu?                                            untuk menggunakan kaedah pengajaran dan
● Perlukah saya mencari bahan bacaan/ rujuk pembelajaran yang terkini dan
kaedah untuk mengatasi masalah ini?                  menyeronokkan
● Perlukah mendapatkan ilmu tambahan bagi
mengatasi masalah ini? Di mana? Aspek
apa?
● Bagaimana saya menentukan bahawa
kaedah yang saya akan gunakan itu
berkesan?
         Berdasarkan refleksi, pengkaji membuat perancangan untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid. Pengkaji telah memperkenalkan Genius Smart Tools untuk membantu murid-
murid meningkatkan penguasaan kemahiran 4M (Membaca, Mengira, Menulis, Menaakul) iaitu
pembelajaran bermain sambil belajar. Genius Smart Tools boleh digunakan di dalam semua
tunjang KSPK seperti dalam Rajah 3.
                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 131
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
                                     Rajah 3. Genius Smart Tools: Kotak bermagnet dan kad mengikut tunjang
                                                          Aktiviti 1: Tunjang Komunikasi
                               Pelaksanaan Aktiviti 2: Tunjang Sains Dan Teknologi (Matematik Awal
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 132
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Refleksi
              Murid-murid dapat memahami dan berjaya menguasai kemahiran membaca, mengira, menulis
              dan menaakul dengan lebih cepat. Terdapat peningkatan pencapaian murid yang ketara dalam
              menguasai kemahiran 4M selepas menggunakan bahan Genius Smart Tools. Penilaian
              pencapaian murid boleh dilihat dalam Jadual 3.
              Jadual 3
              Keputusan sebelum dan selepas menggunakan Genius Smart Tools
                                                    Dapatan dan Perbincangan
              Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada objek
              kajian:
              Objektif 1:Pendekatan belajar melalui bermain yang dapat dikendalikan dengan mudah,
              menarik minat serta menyeronokkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
              Genius Smart Tools adalah menjurus kepada aplikasi pendekatan Belajar Melalui Bermain. Ini
              secara langsung membolehkan murid dapat belajar dan bermain dalam menguasai kemahiran
              mengenal huruf, suku kata, perkataan ayat mudah dalam Tunjang Komunikasi. Dalam
              pengajaran teras asas Awal Matematik pula, Genius Smart Tools melibatkan kemahiran
              mengenal nombor, operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10 manakala dalam pengajaran
              modul bertema, Genius Smart Tools boleh digunakan untuk setiap tema yang ingin diajar dengan
              hanya menukarkan kad. Manakala dalam Tunjang Sains dan Teknologi iaitu kemahiran awal
              sains, penggunaan Genius Smart Tools dapat mempamerkan sikap saintifik murid melalui
              bekerjasama dan bertanggungjawab, membuat pemerhatian terhadap warna-warna dan bentuk-
              bentuk yang terdapat pada Genius Smart Tools, membanding dan mengelaskan objek seperti
              warna pada lampu dan kad yang disediakan dan menggunakan deria penglihatan.
              Objektif 2: Menyediakan peluang pembelajaran yang aktif dan berpusatkan murid agar
              proses pengajaran menjadi lebih menarik dan dapat melibatkan murid secara optimum.
              Genius Smart Tools direka untuk memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara
              hands on. Murid-murid boleh melihat huruf, nombor dan pelbagai warna yang terdapat pada
              Genius Smart Tools. Murid juga dapat menyentuh dan memegang kotak semasa membuat
              aktiviti. Selain itu, murid dapat melihat lampu menyala jika jawapan yang diberikan betul. Ini jelas
              menunjukkan penggunaan Genius Smart Tools merupakan multisensori iaitu pelbagai deria
              murid dapat digunakan secara optimum semasa murid menggunakan set permainan ini.
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 133
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Objektif 3: Menjalankan pentaksiran secara berterusan dengan memudahkan guru untuk
              menilai penguasaan murid dalam semua tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard
              Prasekolah Kebangsaan sepanjang penggunaan Genius Smart Tools.
              Guru sering mengalami kesukaran kerana ketiadaan masa serta kekurangan sumber eviden
              untuk menjalankan pentaksiran secara berterusan bagi semua tunjang pembelajaran di kelas
              prasekolah. Genius Smart Tools dapat dijadikan sumber eviden dalam menjalankan pentaksiran
              secara berterusan bagi standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Kurikulum
              Standard Prasekolah Kebangsaan. Ini kerana permainan Genius Smart Tools mengandungi
              kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam konstruk Instrumen Pentaksiran Prasekolah
              Kebangsaan (IPPK).
             Objektif 4: Meningkatkan kreativiti guru untuk menyediakan aktiviti pengayaan dan
             pemulihan
              Kekurangan aktiviti pengayaan dan pemulihan di kelas prasekolah juga menyukarkan guru untuk
              membimbing murid yang telah menguasai dan murid yang masih belum menguasai kemahiran
              dan konstruk dalam pentaksiran. Genius Smart Tools menyediakan peluang kepada murid-murid
              yang telah menguasai setiap kemahiran yang ditetapkan untuk menjalankan aktiviti yang lebih
              mencabar dan menarik minat mereka secara bebas dan terkawal setelah mereka menyelesaikan
              tugasan utama yang diberikan oleh guru. Bagi murid yang masih belum menguasai, Genius Smart
              Tools juga sesuai untuk aktiviti pemulihan secara terbimbing.
                                                               Kesimpulan
              Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran di prasekolah akan lebih bermakna
              sekiranya kita sebagai guru berjaya menarik minat dan keyakinan mereka mempelajari semua
              tunjang dalam KSPK dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif
              menjayakan PdP mengikut keperluan murid dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk
              mereka meminati pembelajaran. Pengkaji akan terus mendapatkan kaedah bersesuaian dengan
              tunjang yang diajar dan meningkatkan tahap profesionalisme pengkaji dengan menyediakan
              bahan yang boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas
              prasekolah sama ada secara bersemuka ataupun secara PdPR.
                                                            Sumber Rujukan
              Aliza, A., & Zamri, M. (2016). Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain
                      Bagi Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal
                      Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 16-29.
                      http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/105
              Altrichher, Posh and Somekh (2007). The Collaborative Action Research Network: 30 years of
                      agency in developing educational action research
                      https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-0-387-73317-3_4
              Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, (Semakan 2017). Buku
                      panduan guru pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan
              Caplan & Caplan (1973). On being useful: The nature and consequences of psychological
                      research on social problems.
                      https://repository.library.georgetown.edu/handle/10822/765198
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 134
PAGE \* WAHANA ILMIAH: SPB JPN SELANGOR
MERGEFOR
              Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Prasekolah KSPK Semakan (2017),
                      Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
              Kraus, (1990) The Effects of Using the Play Method to Enhance the Mastery of Vocabulary
                      among Preschool Children
                      https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814008933
              Miller, E., & Almon, J. (2009). Crisis in the kindergarten: why children need to play in school.
              Alliance for Childhood (NJ3a) https://eric.ed.gov/?id=ED504839
              Mok Soon Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Subang Jaya:
                      Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.
              Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991). Pedagogi 2: strategi pengajaran dan pembelajaran
                      Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
                      https://www.worldcat.org/title/pedagogi-2-strategi-pengajaran-dan-pengajaran
                      mikro/oclc/849808783
              Whitebread, D., & Bingham, S. (2013). Too much, too young. New scientist, 220(2943), 28-29.
                      https://www.newscientist.com/article/mg22029435-000-too-much-too-young-should-
                      schooling start-at-age-7/
                                                                                     KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN KBAT 2021 135
JOHAN  MUHAMAD FIRDAUS BIN HAMZAH (K)
       YUSHAZLINDA BINTI YUSOFF
       SITI NUR AINI BINTI NAZULA
       ZALEHA BINTI MD TAIB
       MAZLIANA BINTI IDRIS
       SMK Seksyen 19, PPD Petaling Perdana
                                             138
NAIB JOHAN  HONG GEOK LING
            SMK Kampong Jawa, PPD Klang
                                         139
TEMPAT KE-3  AHMAD ZAHARUDDI BIN AHMAT MARZUKI
             NUR AINA ALYAA BINTI AHMAD FOAD
             MAIZUN BINTI SAMAD
             RAJAN A/L KRISHNAN
             SMK Seksyen 19, PPD Petaling Perdana
                                                   140
TEMPAT KE-4  TUTI AZURAIDAH BINTI NASIR
             SMK Bandar Rinching, PPD Hulu Langat
                                                   141
TEMPAT KE-5  HASNI YUSOP
             SK Bandar Utama Damansara 2, PPD Petaling Utama
                                                              142
