Sinopsis Novel
Di Sebalik
Dinara
Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal
terbang ke Kuala lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap
sopan santun dan kacak. Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam
pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan
jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik.
Setelah berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai
ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida
dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat
kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu
apartmennya. Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu
rumah. Setelah menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy
segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar
kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah
mereka. Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal
scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan
bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes
pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta
Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan
rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana
terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha.
Aqram , pemuda yang duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah
mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama
ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang orang
yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat
membaca minda Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding
yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan Penetrator kepada Aqram
untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan dapat
membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa
dia ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan
pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden
Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang
tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen monorel.
Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu.
Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram
beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di
dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat
perunding keselamatan sistem komputer yang bernama Secured Shell
Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang.
Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan
kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak
lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang
memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram.
Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang
dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari
jururunding untuk satu projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan
projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha,
Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall
minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di
depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha
sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam
minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram.
Atas desakan Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang
projek mini itu. Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana
Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di
luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong
untuk perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang
di rumah Karl, seorang penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman
dan Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah memenangi
anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi anugerah
tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa
mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha
mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang
menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang
lelaki tua. Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab
dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin membuat tawaran langsung
kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai
RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut.
Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa
khidmat mereka adalah menggodam tiga kelompok komputer SoftLab
yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam
masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek
itu. Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar
dan pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu.
Farisha terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang
lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong.
Di hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl
terbaring di atas katil hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl
telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha teringat
akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka
hanya berdiam diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam
penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem Dinara yang dibuat
oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan
ingin meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu.
Pada petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas daripada Rosman
bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke
Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha
enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang.
Shida dibangunkan oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana
terdapat temu janji dengan seorang pelanggan. Kebetulan mereka
menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida
menerima tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000.
Setibanya di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya
Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap
jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat
kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha
juga dibawa ke pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha
diberitahu bahawa di situlah semua data untuk perisian Desktop Maya
yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan
dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam.
Shida mengatakan bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana
dan satu buku biografi dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka
berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab manakala
Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan
Aqram bahawa mereka perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama
dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa
terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan
tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan
tugas tetapi mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu.
Sebenarnya Alia ialah sebuah cyborg yang canggih.
Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat.
Setelah itu, Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat
kerja mereka kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia
yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka
berasa agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu
sempurna sehingga tidak dapat bulu kening. Mereka menyangka bahawa
Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan
bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna.
Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi
itu. Farisha turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem
Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu
mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu
dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya
boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara sudah
dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom jangka
yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat
menyertai kerja Farisha di Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah
menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr.
Maxi sedang berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang
rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi
arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok. Setelah Alia beredar dari
situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana
Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu
dengan perhubungan rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia
dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk meneruskan rancangan
bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan
menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik
bermimpi tentang serang binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia
duduk di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima
arahan daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut
tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk
kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl.
Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang menyaksikan
reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati kerana
Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang menjalankan
tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya
yang dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan
bahawa sejak dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan
kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang kawalan dan
terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram
terpaksa mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak
dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya.
Farisha tidak teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram
memberikan multivitamin kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya
mereka berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat
bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di
kantin Soft Lab. Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang
dialaminya. Shida pula menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl ,
saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan
bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang
bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri setelah sistem
Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari maklumat
yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.
Bab 7.
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar
belakang undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak
itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha
mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya
seperti kilat yang memancar seperti yang dialaminya di Hotel
Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan itu. Semasa
mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu
menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang
pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan membawa beberapa
beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka berasa curiga atas
kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut
oleh dua orang anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina.
Farisha sangat sayang akan dua orang anak saudaranya. Farisha
diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya. Perkara
pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah
menghidap penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai
tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu
kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai
menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan
memberitahunya bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan
ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik
angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan amanah
yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis
sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut
mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak
membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam
almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.
Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar
untuk sesi selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba
Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi
menelefon doktor yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi
pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan,
mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke hospital .
Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka
menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha
dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya
bahawa Farisha telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital.
Mereka turut bertanya kepada Shida tentang keadaan Farisha semalam.
Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang
dari rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada
Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana tekanan darah
terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di
belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah
mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak
memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang
keadaan Farisha.
Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi
dilakukan untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah
dan tidak mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan
menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan
untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang
dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk
dibawa ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam
almari. Shida membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di
dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang
diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan
Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia
pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan
kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan.
Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan
keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan
Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan
Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit
lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu
tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha
lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih
tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan
tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan
Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih
terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu
melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu
digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah
arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh
Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat
bagi Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada
kebanyakan laporan. Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida
pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya
ke Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia
enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi,
Alia menekupkan kedua-dua belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida
segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah
dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut
Aqram, Shida telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke
bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi
meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan
yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida. Shida
terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan
keadaan Shida. Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul
Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak
bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi
terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu memadam ingatan
Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan
yang mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun
berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila itu, Farid tidak pernah
lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya
menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja hendak mencari
anaknya tetapi lebih penting untuk membuktikan yang benar dan yang
lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang
malam dia memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang
lain. Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka
tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi
tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana
mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai
terkejut segera meminta Farisha mengemas barang dan hendak
mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan hendak
melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi
rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha
hendak mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha
bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh
Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan hendak
mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak dapat menerima kata-
kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang dapat mengetahui misi
mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi tersebut.
Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua
minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu,
dua orang lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha
bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia
meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki.
Alia diminta mengurut bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi
cuba bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl.
Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl
tidak paus hati kerana mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr.
Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan
Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa
dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana
Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan
Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam
Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl
mengatakan bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular
kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya
Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya Aqram
menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian
Pagoh kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat
memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai
mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang
berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah
membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak membuat
laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida
menangis dan mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai
banduan belasahnya. Shida terus mengatakan bahawa dia telah
membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain
itu, dia juga memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu
memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar meluru
kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida mengatakan
bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang
merupakan pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi
Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan hendak memukul
Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak
tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah
diculik orang. Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon
bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah
lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju
ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya
menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di
makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha.
Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama
Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah
derhaka kepada Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl
mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru
kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa
Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke
dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji
sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah
dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah
menunjukkan kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui
telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah
ditangkap oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl
dengan Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas
bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak
membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa
dia gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan
kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar
baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar
kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan
ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan
prosedur itu kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut
lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida
tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira
berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya
kepadanya tentang sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu.
Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat
kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir.
Menurut Dr. Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta
menjalankan tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis
Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah
memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl
sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida.
Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia.
Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida
untuk menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan
cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan
“Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida
mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa
Farisha telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan
cara untuk menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui bahawa
semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan mereka. Marilyn
masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup dalam
badan perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap Farisha.
Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya ialah
Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada
Karl dan telah menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil
kesempatan dengan sesuka hati. Karl mengatakan bahawa segala-gala
atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan bahawa ternyata dia
lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl
menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina
kerana Medina sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri. Medina
menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila
dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta
memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-
kanak genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah
yang membawa Farisha kepada keluarga angkatnya demi
keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl.
Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl
dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi
sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang
paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina
gila dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti
dihentikan segera kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai
melancarkan dua program seperti yang dicadangkan oleh Dr. Maxi.
Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina
bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina tidak
tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan
Aqram turut menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus
dalam sistem Dinar. Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh
Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan pingatan seorang
bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga Medina menjadi
separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan
merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula
luarannya malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya.
Menurut Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama
tetapi kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat
cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan
beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir
daripada benih kasih sayang Karl dengan Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik
rawatan Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke
bilik rawatan itu dan perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya
memberikan salam kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih
mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris
mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab
berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu. Medina menggenggam
tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari
daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan
kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu
pemulaan baharu. Farisha bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida
menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua
masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia ialah Karl.
Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari
mencari Medina.
Novel Jendela
Menghadap
Jalan
Sinopsis setiap Bab
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres
dengan menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu
kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya
mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk
membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-
buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin
menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili
menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau
kacukan.
ADVERTISEMENT
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan
Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang.
Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal
buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang
sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan
sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu
bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek, datuk sibuk dengan
urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama
dengan masyarakat kampung.
ADVERTISEMENT
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang
malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat
yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk,
khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk
kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit.
Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala
pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup
semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan
untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih
pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau
wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak
dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan
herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan
dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan
Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab
dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia
mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya
menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun
ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat.
Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan
rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini.
Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah
sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk
selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak
mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-
ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman
kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali
berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan
pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga
sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh
Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa
berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-
penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di
samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah
sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk
menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung
berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama
ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah
surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan
tanah. Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan
rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah
dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk
menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika
digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan
ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih
selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana
masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu
Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel,
walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat meyakinkannya.
Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah
berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah
mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William
pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara
penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana,
namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa
menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan
berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur
supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili
akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan
kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan
antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan
tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang
datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili
tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung.
Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah
menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas
ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung
ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau
lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan
kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung.
Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit
seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang
Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung
begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan
bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang
Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada
tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang
perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari
Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya
lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke
anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk
hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak
boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya,
datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang
lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah
petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan
ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan.
Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman
bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak
berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa
bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di
rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu
Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka
akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang.
Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit,
tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha
bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya,
terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong.
Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula
dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar
kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut. Datuk masih lagi belum
pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi
mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam.
Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi
dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja
Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan
kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-
olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang
Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili
dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik
kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli
barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak
dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan
parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah
datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut
apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel
berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah
menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom,
Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di
eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian
ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup
mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat
mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga
segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh
menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam
Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang
supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan
Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang ternampak julur ranting di
jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke
pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya.
Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel
mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk
makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini
boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa
nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia
juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili.
Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran.
Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan,
seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai
mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri
jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik
sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki
dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili
mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah.
Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che
Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah
datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel
memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak
memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas
alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau
menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap
dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan
kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung
menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut
kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca
dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili
terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung
pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok
tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan
keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat
negatif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan
Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka.
Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina
secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi
neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk
dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk
mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan
bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya.
Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu
merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana
selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul
bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur.
Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh
anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah
memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan
bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain.
Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka
bermuka-muka. Kadang-kadang boleh mengumpat hanya melalui jendela
sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai dengan isu kubah
surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang
terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang
berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang,
menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam
membina keluarga bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa
kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam,
barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang
dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat
dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka
sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan,
begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau
atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada
melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili
agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan
sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi
dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin
yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya
kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua
penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan
mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain
termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan
tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan
sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah
oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran
buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che
Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya
dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang
dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili
agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih memberi tumpuan
menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu,
seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal
juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas
membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel sebagai
penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang
Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk
membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di
sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan
Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang
berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki,
pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah
Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas
rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik
angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq
sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani
meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar
lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya,
Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat
malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru
yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili
mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut
bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan
panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk
habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga,
penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil
kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah
untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh
pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan
Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan
membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan
pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan
anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu
Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha
bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke
rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada
di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam
menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka
juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing
dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak
Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan
mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili
tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap
suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-
undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang
wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che
Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan
keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang
tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta
semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam
keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk
mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat
pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang
telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan
Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah
membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan
diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan
dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba
sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung
menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah
yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-
puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh
datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin
memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap.
Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq
disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh
badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya
sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk
membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan
pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua
kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu
tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk
menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan
yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke
zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap
jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman
silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di
Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah.
Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap
Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel
telah banyak menulis artikel tentang pisang.
Sinopsis Leftenan Adnan
Wira Bangsa
Leftenan Adnan Bin Saidi
Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung
bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik
itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu
Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang
Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang
menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah
Melayu.
Bab 2-Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai
Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-
kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk
kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai
Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun
ke sawah pula untuk membantu ayahnya.
Bab 3-Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-
olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun ketika membantu keluarganya
mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu
pula.
Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu
bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang
kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan
kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal usul dia dan
ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol
Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik
sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh
masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan
melalui senjata tetapi melalui politik.
Bab 5-Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan
diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan hasrat untuk
bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di
sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di
sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah
Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat
menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka
menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak
mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai
Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar
baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi
tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri
yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang
miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh
orang lain.
Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi.
Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun,
Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak
elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan
hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap
Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah
tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim
juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu
pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk
Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi
dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan
tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka
setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Bab 9-Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama dan tidak akan
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan
keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang
mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi
mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang
lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan
mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar
yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim
berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan
menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai
berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya
membawa pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11-Yakin Boleh
Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju
untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan
tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang
lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah
semangat berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan
tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam
mendapat tempat ketiga.
Bab 12-Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan
bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka
mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai
Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya.
Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya
berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan
tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati
dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak
Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak
Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.
Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup
semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada
suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi
tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.
Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya.
Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi
melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam
semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara
perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan
bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat
menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara
pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi
menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan
seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang
anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan
itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19-Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura,
Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu
penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir
Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Bab 20-Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga di
bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat
sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit
Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun
berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang penting. Di situ ada
penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah
itu kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan,
Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan
berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat
ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam
keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Bab 21-Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan
askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart
mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui
tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam
keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang
ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di
Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah
pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada
sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah
membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau
melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka
berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-
jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan
kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia
kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan
Adnan.
Bab 23-Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang.
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal
HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya
berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan
Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya
berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar
Nakamura yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji
menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring
di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera
India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas,
kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25-Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di
Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam
mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador
dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun
tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan
akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap
samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun
terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan
bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang
perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera
membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.
Bab 26-Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang
singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS Prince of
Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu.
Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera
Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada
12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan
membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra.
Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada
tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur.
Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia
dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Bab 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada
pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah
Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di
dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham
dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari
1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang
terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat
kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera
British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang.
Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-
tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang
Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana
Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari
pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang
selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat
semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-
satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar
Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi
mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Bab 29-Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu
Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam
perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya
mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu.
Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral
A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal.
Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal
Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu
diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah
lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Bab 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka
kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan
dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera
Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan
pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa
yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan
semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar
Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan
bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera
Sikh telah ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya
Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak
kehilangan nyawa.
Bab 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang
mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani
dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang
semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari
pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan
oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan
berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat
membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Bab 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet
tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya
menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannya telah
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun
marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya
menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang
akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka
berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh
Koperal Yaakob.
Bab 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji Burhan
dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah
memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat
berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai
perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang
Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat
askar Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama
dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan
Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang
menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu
Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi, pisang
,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu
Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam
panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula
oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan
sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-
anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan
semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah
berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan
suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia dan meninggal dunia.
Sinopsis Novel Di
Sebalik Dinara
Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal
terbang ke Kuala lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap
sopan santun dan kacak. Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam
pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan
jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik.
Setelah berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai
ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida
dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat
kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu
apartmennya. Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu
rumah. Setelah menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy
segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar
kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah
mereka. Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal
scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan
bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes
pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta
Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan
rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana
terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha.
Aqram , pemuda yang duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah
mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama
ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang orang
yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat
membaca minda Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding
yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan Penetrator kepada Aqram
untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan dapat
membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa
dia ke Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan
pembukaan yang akan disampaikan oleh Philips Young, Presiden
Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang
tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya ke stesen monorel.
Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu.
Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram
beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di
dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat
perunding keselamatan sistem komputer yang bernama Secured Shell
Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang.
Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan
kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak
lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang
memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram.
Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang
dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari
jururunding untuk satu projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan
projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-bual dengan Farisha,
Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall
minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di
depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha
sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam
minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram.
Atas desakan Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang
projek mini itu. Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana
Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di
luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong
untuk perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang
di rumah Karl, seorang penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman
dan Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah memenangi
anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi anugerah
tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa
mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha
mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang
menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang
lelaki tua. Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab
dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin membuat tawaran langsung
kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai
RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut.
Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa
khidmat mereka adalah menggodam tiga kelompok komputer SoftLab
yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam
masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek
itu. Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar
dan pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu.
Farisha terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang
lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong.
Di hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl
terbaring di atas katil hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl
telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha teringat
akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka
hanya berdiam diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam
penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem Dinara yang dibuat
oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan
ingin meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu.
Pada petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas daripada Rosman
bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke
Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha
enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang.
Shida dibangunkan oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana
terdapat temu janji dengan seorang pelanggan. Kebetulan mereka
menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida
menerima tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000.
Setibanya di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya
Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap
jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat
kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha
juga dibawa ke pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha
diberitahu bahawa di situlah semua data untuk perisian Desktop Maya
yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan
dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam.
Shida mengatakan bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana
dan satu buku biografi dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka
berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab manakala
Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan
Aqram bahawa mereka perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama
dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa
terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan
tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan
tugas tetapi mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu.
Sebenarnya Alia ialah sebuah cyborg yang canggih.
Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat.
Setelah itu, Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat
kerja mereka kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia
yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka
berasa agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu
sempurna sehingga tidak dapat bulu kening. Mereka menyangka bahawa
Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan
bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna.
Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi
itu. Farisha turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem
Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu
mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu
dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya
boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara sudah
dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom jangka
yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat
menyertai kerja Farisha di Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah
menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr.
Maxi sedang berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang
rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi
arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok. Setelah Alia beredar dari
situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana
Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu
dengan perhubungan rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia
dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk meneruskan rancangan
bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan
menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik
bermimpi tentang serang binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia
duduk di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima
arahan daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut
tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk
kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl.
Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang menyaksikan
reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati kerana
Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang menjalankan
tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya
yang dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan
bahawa sejak dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan
kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang kawalan dan
terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram
terpaksa mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak
dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya.
Farisha tidak teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram
memberikan multivitamin kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya
mereka berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat
bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di
kantin Soft Lab. Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang
dialaminya. Shida pula menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl ,
saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan
bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang
bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri setelah sistem
Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari maklumat
yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.
Bab 7.
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar
belakang undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak
itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha
mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya
seperti kilat yang memancar seperti yang dialaminya di Hotel
Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan itu. Semasa
mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu
menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang
pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan membawa beberapa
beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka berasa curiga atas
kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut
oleh dua orang anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina.
Farisha sangat sayang akan dua orang anak saudaranya. Farisha
diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya. Perkara
pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah
menghidap penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai
tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu
kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai
menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan
memberitahunya bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan
ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik
angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan amanah
yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis
sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut
mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak
membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam
almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.
Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar
untuk sesi selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba
Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi
menelefon doktor yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi
pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan,
mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke hospital .
Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka
menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha
dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya
bahawa Farisha telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital.
Mereka turut bertanya kepada Shida tentang keadaan Farisha semalam.
Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang
dari rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada
Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana tekanan darah
terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di
belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah
mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak
memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang
keadaan Farisha.
Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi
dilakukan untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah
dan tidak mampu menanggung semua kerja itu. Mereka akan
menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan
untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang
dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk
dibawa ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam
almari. Shida membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di
dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang
diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan
Farisha melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia
pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan
kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan.
Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan
keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan
Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan
Amin masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit
lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu
tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha
lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih
tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan
tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan
Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih
terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu
melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu
digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah
arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh
Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat
bagi Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada
kebanyakan laporan. Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida
pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya
ke Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia
enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi,
Alia menekupkan kedua-dua belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida
segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah
dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut
Aqram, Shida telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke
bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi
meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan
yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida. Shida
terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan
keadaan Shida. Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul
Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak
bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi
terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu memadam ingatan
Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan
yang mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun
berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila itu, Farid tidak pernah
lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya
menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja hendak mencari
anaknya tetapi lebih penting untuk membuktikan yang benar dan yang
lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang
malam dia memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang
lain. Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka
tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi
tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana
mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai
terkejut segera meminta Farisha mengemas barang dan hendak
mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan hendak
melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi
rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha
hendak mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha
bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh
Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan hendak
mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak dapat menerima kata-
kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang dapat mengetahui misi
mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi tersebut.
Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua
minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu,
dua orang lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha
bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia
meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki.
Alia diminta mengurut bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi
cuba bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl.
Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl
tidak paus hati kerana mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr.
Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan
Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa
dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana
Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan
Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam
Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl
mengatakan bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular
kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya
Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya Aqram
menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian
Pagoh kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat
memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai
mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang
berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah
membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak membuat
laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida
menangis dan mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai
banduan belasahnya. Shida terus mengatakan bahawa dia telah
membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain
itu, dia juga memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu
memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar meluru
kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida mengatakan
bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang
merupakan pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi
Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan hendak memukul
Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak
tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah
diculik orang. Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon
bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah
lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju
ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya
menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di
makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha.
Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama
Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah
derhaka kepada Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl
mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru
kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa
Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke
dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji
sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah
dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah
menunjukkan kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui
telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah
ditangkap oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl
dengan Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas
bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak
membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa
dia gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan
kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar
baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar
kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan
ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan
prosedur itu kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut
lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida
tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira
berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya
kepadanya tentang sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu.
Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat
kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir.
Menurut Dr. Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta
menjalankan tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis
Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah
memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl
sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida.
Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia.
Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida
untuk menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan
cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan
“Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida
mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa
Farisha telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan
cara untuk menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui bahawa
semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan mereka. Marilyn
masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup dalam
badan perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap Farisha.
Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya ialah
Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada
Karl dan telah menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil
kesempatan dengan sesuka hati. Karl mengatakan bahawa segala-gala
atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan bahawa ternyata dia
lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl
menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina
kerana Medina sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri. Medina
menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila
dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta
memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-
kanak genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah
yang membawa Farisha kepada keluarga angkatnya demi
keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl.
Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl
dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi
sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang
paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina
gila dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti
dihentikan segera kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai
melancarkan dua program seperti yang dicadangkan oleh Dr. Maxi.
Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina
bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina tidak
tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan
Aqram turut menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus
dalam sistem Dinar. Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh
Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan pingatan seorang
bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga Medina menjadi
separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan
merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula
luarannya malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya.
Menurut Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama
tetapi kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat
cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan
beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir
daripada benih kasih sayang Karl dengan Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik
rawatan Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke
bilik rawatan itu dan perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya
memberikan salam kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih
mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris
mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab
berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu. Medina menggenggam
tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari
daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan
kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu
pemulaan baharu. Farisha bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida
menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua
masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia ialah Karl.
Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari
mencari Medina.
TINGKATAN 5
NOVEL: SONGKET BEBENANG
EMAS
Sinopsis
Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti
Cerita bermula dengan Dahlia yang berlatih bola jaring bersama rakan-rakannya di padang
keletihan dan duduk di kerusi panjang untuk berehat. Rakannya Siti Wangi duduk di sebelahnya.
Dahlia memberitahu Siti Wangi tentang keinginannya untuk balik ke kampung, Siti Wangi
mengatakan bahawa pasti disebabkan ada orang menunggu Dahlia di kampung, pertanyaan tersebut
menyebabkan Dahlia teringat akan keadaan ibunya yang bercakap sendirian di bawah pokok getah
dan merayau tidak tentu arah apabila senja menjelang.
Kemudian, mereka berbincang tentang kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam tentang
remaja yang meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja. Perbualan mereka terputus
apabila Kavita muncul dan memberitahu bahawa ada seorang lelaki berkumis (bermisai)nipis, tinggi
dan kacak ingin berjumpa dengan Dahlia di kantin.
Di kantin, Dahlia berjumpa dengan Azhari (lelaki yang sudah lama tidak bertemu). Mereka
berbual tentang pelajaran. Dahlia pelajar STPM manakala Azhari akan mendapat ijazahnya pada
bulan Ogos. Selepas itu, Azhari menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan ke rumah
Dahlia untuk merisik, bertunang dan berkahwin dengan Dahlia. Azhari dikenali Dahlia ketika
mereka sama-sama menuntut di SMK Tun Ismail (5km dari kampung Dahlia). Pada masa itu, Dahlia
(T1) manakala Azhari (T5). Dahlia menyampaikan hasratnya yang masih mahu meneruskan
pelajarannya kerana Dahlia merupakan anak sulung, malah dia telah mengatakan keinginannya
untuk melihat adik-adiknya berjaya dalam pelajaran kepada ibu bapanya. Azhari memberitahu
bahawa dia tidak menghalang Dahlia untuk meneruskan pelajarannya malah menggalakkan Dahlia
menuntut pelajaran hingga peringkat yang tinggi Cuma pertunangan mereka akan dapat menjamin
masa depan mereka.
Ketika mereka berbincang, Dahlia melihat jam tangan di tangan kanannya sudah 4. 25 petang,
pada kebiasaannya waktu seperti ini dia sudah menunggu bas untuk pulang. Azhari ingin
menghantar Dahlia tetapi Dahlia berasa keberatan kerana bimbang akan pandangan orang kampung
terhadapnya.
Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh
Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh
Cerita bermula dengan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Dahlia bertembung dengan
Aton (balu beranak satu) Kata-kata Aton menyentuh hati Dahlia kerana Aton mengatakan bahawa
ibu Dahlia “ tidak betul”dan Aton nampak Azhari menghantar Dahlia pulang dengan kereta lalu
mengatakan bahawa tidak lama lagi Saleha(ibu Dahlia) akan mendapat menantu.
Apabila sampai di rumah, Dahlia mendengar adiknya Anggerik sedang menangis. Melati (11
tahun) menyambut kepulangan kakaknya Dahlia di tangga. Dahlia segera membersihkan kakinya
yang penuh dengan lumpur lalu menuju ke dapur. Adik bongsunya, Anggerik berguling-guling di
lantai. Susu yang dibancuh tidak diminum kerana cair. Dahlia memanggil Kiambang (gadis sunti
Tingkatan 1) yang masih berpakaian sekolah untuk menjaga Anggerik kerana dia perlu memasak
untuk makan malam.
Dahlia meminta Melati membeli susu, Melati meminta duit, Dahlia menyuruh Melati berhutang
dengan Tauke Lim, Melati berasa malu kerana selalu berhutang. Ketika keluar melalui pintu
belakang, Melati kembali memberitahu Dahlia bahawa ibu mereka berada di kebun. Dahlia segera
mendapatkan ibunya, Dahlia berpesan kepada Melati untuk membeli sekilo gula pasir.
Dahlia menyarung kasut getah menuju ke arah ibunya, Dahlia memerhatikan tingkah laku
ibunya yang bercakap sendirian dan berseloka “ Emak Si Randang”. Emaknya tidak pernah belajar
puisi, tetapi tiba-tiba boleh berseloka. Dahlia memanggil ibunya yang berusia 39 tahun itu tetapi
Saleha (ibu Dahlia) tidak mengenali anaknya sendiri. Dahlia memeluk ibunya dengan kuat tetapi
ibunya meronta-ronta lalu menolak Dahlia sehingga jatuh ke tanah yang becak. Pada ketika itu
Embong (bapa Dahlia) muncu untuk mendapatkan anak gadisnya dan menanyakan sebab anaknya
berada di situ. Dahlia menuding ke arah ibunya. Embong terkejut melihat keadaan isterinya yang
berkelakuan ganjil sejak akhir-akhir ini. Apabila Embong menghampiri Saleha, Saleha berlari
semakin jauh, meredah paku-pakis. Dahlia dan Embong cuba membawa Saleha balik tetapi tidak
Berjaya.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang bersolat isyak.
Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia dan menimbulkan pertanyaan sama ada ibunya
dibuat orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang dengki atau sakit hati
terhadap ibunya. Dahlia memohon kepada Tuhan agar menguatkan imannya untuk menghadapi
dugaan dengan tabah.
Doa Dahlia terputus apabila terdengar teriakan Nek Kiah( ibu kepada emaknya). Setelah
masuk ke rumah, Nek Kiah terus ke ruang tengah rumah, Dahlia bersalam dengan Nek Kiah lalu ke
dapur menyediakan minuman. Ibunya Saleha duduk di pojok rumah dengan kaki dan tangannya
terikat tertawa. Nek Kiah mula membebel setelah melihat Saleha dilayan begitu. Kiambang dan Melati